ads

Sabtu, 14 Januari 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Gelora di hati Neelofa

Posted: 14 Jan 2012 09:24 PM PST




GELORA hatinya tidak mampu dibendung lagi. Tidak tertahan jiwanya saat ini. Apa yang bersarang tidak mampu diterjemah dengan kata-kata apatah lagi lima belas hari di tahun baru sudah dilewati.

Ramai yang menaruh harapan yang cukup besar kepada Neelofa Mohd. Noor. Satu nama yang masih baru tetapi cukup panas dengan pelbagai kontroversi dan spekulasi.

Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada yang menyapa. Orang mahu tahu segala-gala tentang dirinya.

Malah sudah tidak ada sisi lain yang mampu disorok oleh Neelofa saat ini.

Berkisar tentang sisi peribadi, semuanya didedahkan. Dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia menjalinkan hubungan cinta sehinggalah musuh-musuh sendiri terdedah sejak bergelar anak seni. Sisi peribadi Neelofa lebih diketahui berbanding hasil kerja.

Ya, menyorot kembali lipatan sejarah 2011, tidak ada yang mampu disorokkan. Isu rampas-merampas, dikatakan bergaduh sesama artis tidak pernah lekang daripada perjalanan kerjayanya.

Semua itu diikat dan disimpan kemas-kemas sebagai sejarah yang cukup pahit untuk dikenang. Tidak ada penyesalan yang lahir dari lubuk hatinya dengan apa yang telah berlaku.

Di sebalik itu semua, nama Neelofa terus mekar sebagai bunga yang dipuja orang. Kembang dan cukup harum ketika ini, ramai yang ingin berdamping dengannya. Maka tidak hairanlah semakin ramai yang mahu mengambil Neelofa sebagai pelaris produk.

"Saya bersyukur dengan perjalanan yang cukup indah ini. Walaupun tahun lalu nama saya banyak dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, ia tidak mematahkan semangat saya.

"Sama ada suka ataua tidak sememangnya jiwa saya bergelora menantikan perjalanan seni saya tahun ini. Banyak drama dan filem yang bakal ditayangkan di pawagam dan tahun ini juga saya memulakan kerjaya sebagai pengacara Nona.

"Memang saya risau tentang penerimaan peminat kali ini. Orang banyak berkata tentang isu peribadi berbanding kerjaya. Saya mahu itu diseimbangkan," kata anak ketiga ini.

Terima kritikan

MELEWATI satu tahun penglibatan dalam dunia seni, benarkah ada dakwaan yang mengatakan Neelofa belum benar-benar memberi impak pada bidang lakonan? Kalau melihatkan beberapa drama bersiri yang sudah menemui peminat tahun lalu, tidak banyak yang benar-benar melekat di hati peminat.

Tidak menafikan hal tersebut, dia sedar tanggapan orang tentang perkara itu.

"Memang belum ada drama yang benar-benar memberikan impak kepada saya. Kalau melihat ke belakang saya telah berlakon banyak drama bersiri. Tetapi saya bukan sebagai watak utama. Saya ambil pun hanya beberapa episod dan saya sedar orang kurang ingat.

"Ada beberapa drama yang saya lakonkan dan saya tahu kekuatannya. Insya-Allah drama Dejavu Di Kinabalu nanti akan memberi sisi lain kepada peminat yang masih skeptikal kepada saya," luah anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini lagi.

Terbaru wajah manis Neelofa akan muncul di layar perak menerusi filem Azura. Filem yang mengangkat dirinya bersama dengan Shahrizal Jaszle itu menjadi titik tolak kepada kerjaya seni Neelofa sebagai pelakon filem.

Cukup risau dengan penerimaan peminat terhadap filem berkenaan, jelas Neelofa debaran hatinya kian kencang apatah lagi itu merupakan filem pertama lakonannya.

"Azura adalah filem pertama lakonan saya. Memang waktu tu saya sangat baru dan masih hijau. Bila ada peluang berlakon dengan Aziz M. Osman sudah tentu saya terima sebab ini filem yang besar.

"Saya harap peminat jangan membandingkan lakonan saya dengan pelakon-pelakon hebat yang lain. Sebab saya masih baru dan masih banyak kelemahan.

"Ini produk pertama saya. Penilaian setiap orang berbeza-beza dan pelbagai. Mengkritik dan menghentam adalah dua perkara berbeza. Jangan hentam tak tentu pasal sebab isu peribadi saya. Itu kurang bijak," jelas pengacara Nona ini lagi.

Berpeluang mengendalikan Nona musim terbaru bersama Fara Fauzana, Neelofa menyifatkan itu sebagai satu peluang besar buat dirinya menempa nama sebagai pengacara baru.

Ramai yang memberikan reaksi positif apabila melihat dua episod pertama Nona bagi tahun 2012. Ramai juga yang percaya gandingan baru mereka mampu menaikkan kembali rating rancangan yang mempunyai ramai peminat.

"Saya masih baru dan masih banyak yang perlu dipelajari. Bila kali pertama muka saya keluar tv sebagai pengacara, ramai yang suka dengan cara saya mengendalikan Nona.

"Jangan lihat pada gandingan kami sahaja tetapi lihat keseluruhan kandungan rancangan ini. Saya rasa banyak pembaharuan yang produksi buat untuk peminat setia Nona.

"Lagi satu saya minta supaya jangan dibanding-bandingkan cara penyampaian kami. Setiap pengacara ada cara tersendiri dan masing-masing ada pengikut.

"Asalkan saya mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sudah cukup baik," katanya ringkas.

Cerita cinta

MENJADI orang cantik dan popular cukup untuk membuatkan Neelofa tidak senang duduk. Saban hari dia terpaksa melayan kerenah pelbagai ragam lelaki hidung belang yang cukup meminati dirinya.

Menganggap itu hanya asam garam dunia penuh gemerlapan, dia sering dikaitkan dengan beberapa lelaki yang cukup digilai ramai wanita.

Terbaru nama Neelofa sekali lagi terpalit apabila dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Hans Isaac.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Neelofa buat kesekian kalinya menafikan hubungan cinta itu dan menegaskan antara dirinya dengan Hans hanyalah kawan biasa.

"Kami tak pernah bercinta. Kalau keluar sekali tu tak bermakna saya dan dia bercinta. Saya selalu sibuk dengan jadual penggambaran yang cukup padat dan dia juga sama. Kalau ada masa lapang barulah kami keluar tetapi tidaklah sampai bercinta.

"Saya tak peduli pun apa orang nak cakap. Apa yang penting saya mencari lelaki yang benar-benar boleh memahami diri saya. Setakat ini belum jumpa yang benar-benar berkenan di hati.

"Saya tak suka lelaki yang banyak bagi arahan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau pertama kali jumpa dah cakap macam tu, memang itulah penamatnya," katanya yang pernah membintangi drama Jiwa & Lara.

Bercerita mengenai sisi lain pula, Neelofa masih lagi bergelar pelajar di sebuah universiti swasta terkemuka di Kuala Lumpur.

Dia yang menyasarkan untuk menamatkan pelajaran sedikit masa lagi sebenarnya cukup sibuk dengan pelbagai perancangan. Satu persatu tawaran yang diterima menyebabkan dia terpaksa membahagikan masa dengan baik.

Paling terkesan apabila dia terpaksa berlakon, belajar dan mengendali perniagaan kasut yang semakin berkembang maju itu.

"Ada sahaja tawaran berlakon yang saya terima saban minggu. Tapi saya tidak boleh menerima semua sekali memandangkan saya masih bergelar pelajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi swasta.

"Apa yang penting saya terpaksa membahagikan masa memandangkan bermula Februari depan saya akan memulakan kelas kembali. Ini cabaran terbesar dan memang sukar untuk saya lakukan.

"Tapi ini jalan yang saya pilih dan suka atau tidak saya kena harungi juga. Saya pun tak mahu abai pelajaran sebab nak kejar kerjaya. Kalau boleh biarlah ia datang seiring dan saya berjaya dalam kedua-dua bidang serentak," jelasnya lagi.

ROZITA mengaku suka lelaki muda

Posted: 14 Jan 2012 09:22 PM PST




SATU persatu gosip panas menghimpit pelakon cantik yang seorang ini. Daripada isu bulu mata palsu, isu bersara sehinggalah isu lelaki muda sering kali melingkari perjalanan kerjaya seni Rozita Che Wan sehingga saat ini.

Semuanya ditelan bulat-bulat. Tidak ada apa yang mampu menghalang langkah kaki Rozita untuk terus aktif dalam kerjaya seni. Paling tidak dia tahu masih ramai yang ambil berat perihal dirinya biarpun apa yang diperkatakan itu mengguris hati kecilnya.

Berpeluang bertemu ibu tunggal kepada dua orang anak baru-baru ini, Rozita menjelaskan segala-galanya. Ramai yang mengenali Rozita kerana bulu mata palsunya. Ke mana sahaja dia pergi pasti bulu mata palsu akan dikenakan sebagai perhiasan wajah manisnya.

Tidak cukup dengan itu, Rozita juga pernah dituduh sebagai ratu propa. Bercerita hal bersara tak habis-habis tetapi masih ada di dalam industri. Ramai yang menghentam Rozita sampaikan dia sendiri hilang punca untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.

Terbaru pelakon drama bersiri Anissa ini dikatakan lebih berminat dengan lelaki muda. Nama Shahir terpalit apabila dikatakan sebagai lelaki yang pernah hadir dalam hidup Rozita lantaran keakraban mereka itu.

Tak cukup dengan itu, kini nama Zain Saidin pula naik apabila dikaitkan dengan Rozita. Ramai yang menganggap Zain menagih cinta Rozita lantaran lelaki itu dilihat lebih banyak berusaha untuk mendampingi wanita tersebut.

"Saya tak kisah langsung dengan apa orang nak cakap pasal saya. Yang paling penting saya tahu apa yang saya buat itu betul dan cakap-cakap orang tu saya biarkan sahaja.

"Dulu heboh orang kutuk saya pakai bulu mata palsu. Nak ke mana-mana pun kata saya kena ada bulu mata palsu sampai jadi isu besar.

"Untuk pengetahuan semua, saya memang pakai bulu mata palsu sebelum bergelar artis lagi. Bila dah jadi artis bulu mata palsu tu dah jadi perkara biasa pada saya.

"Sampaikan tok saya pernah tegur kenapa nak pakai bulu mata palsu 13 tingkat walaupun nak ke kedai. Saya tak kisah pun orang nak cakap apa," kata Rozita sambil ketawa.

Dua tahun lalu Rozita pernah menggembar-gemburkan yang dia mahu bersara lebih awal dalam dunia lakonan. Namun hasrat yang lahir daripada mulutnya itu tidak menjadi kerana menerima tawaran berlakon yang tidak henti-henti.

Apa yang berlaku di luar kawalannya apatah lagi tawaran yang diterima langsung tidak dapat ditolak atas pelbagai faktor. Lantas ramai yang mula sangsi kepada wanita yang dikatakan menerima bayaran setengah juta ringgit sebagai duta Safi Rania ini.

"Memang saya pernah pasang niat nak bersara lebih awal. Bila hajat nak bersara tu tersebar, ramai pula yang memberikan tawaran berlakon pada saya. Orang pujuk untuk saya batalkan hasrat bersara.

"Ada sebab kenapa perkara tu tak menjadi. Tapi orang tetap kata saya macam-macam. Ratu propa, ratu kontroversi dan macam-macam gelaran yang saya dengar.

"Saya tak kisah pun apa yang orang nak cakap. Apa yang penting, saya tahu apa yang saya lakukan. Kalau nak dengar cakap orang sampai bila-bila pun tak habis.

"Lagi satu, saya tak pernah baca pun apa yang orang tulis di dalam Internet. Kalau baca buat sakit hati buat apa? Saya pun tak ada Facebook atau Twitter.

"Kalau keluar surat khabar tu memang ada saya baca. Memang ada kalanya apa yang ditulis tu pedih tapi saya terima kritikan mereka," ulas Rozita panjang lebar.

Mengulas mengenai isu lelaki pula, Rozita sememangnya cukup hebat dalam soal ini. Dia bukan sahaja menjadi buruan lelaki-lelaki kaya hidung belang malah menjadi kegilaan lelaki muda.

Bergelar janda dalam tempoh masa sembilan tahun cukup membuatkan dirinya semakin diburu. Bercinta dan putus cinta bagaikan sudah sinonim dengan Rozita sampaikan dia sendiri cukup berharap dipertemukan dengan lelaki budiman sedikit masa lagi.

Semua orang tahu tentang dua lelaki ini. Benarkah dakwaan yang mengatakan Rozita gemarkan lelaki muda agar mudah 'diuruskan'?

Lantas saat diajukan pertanyaan itu, Rozita dengan tenang menjawab segala-galanya. Pancaindera sempat bertanya antara Shahir dan Zain Saidin yang mana satu pernah bertakhta di hatinya.

"Salah seorang daripada mereka pernah hadir dalam hidup saya. Cuma saya tak akan mendedahkan yang mana satu dan kalau boleh biar saya simpan sahaja untuk diri sendiri.

"Memang saya suka berkawan dengan lelaki muda. Golongan ni lebih mudah mendengar kata dan lebih senang untuk didekati. Kalau dengan lelaki berusia dah tentu saya yang kena ikut kehendak mereka.

"Apa yang paling penting saya tak rampas hak orang. Lelaki muda, bujang dan bukan milik sesiapa. Kalau yang berusia selalunya suami orang.

"Jadi tak payah nak risau pasal saya nak rampas hak sesiapa. Sebab tu saya lebih suka lelaki bujang kerana dia bukan milik sesiapa," kata Rozita.

Kenapa nak kecoh? - Ogy

Posted: 14 Jan 2012 09:21 PM PST




TAK sudah-sudah artis yang seorang ini dilanda kontroversi. Hujung tahun lalu dia mencetuskan kenyataan mengejutkan untuk menyaman Johan Raja Lawak lantaran 'budak baru' itu didakwa tidak menghormatinya sebagai seorang senior dunia hiburan.

Belum pun selesai isu itu, timbul pula cerita baru.

Mana tidaknya, kini sekali lagi nama Fauziah Ahmad Daud atau Ogy kembali menyemarakkan atmosfera hiburan di bulan Januari, pembuka tahun baru 2012.

Kali ini isu yang dibangkitkan ialah mengenai penglibatannya sebagai salah seorang daripada enam artis yang terpilih dalam program realiti Mentor musim keenam.

Tak dinafikan, memang ramai yang terkejut dengan pemilihan mentor musim terbaru ini lebih-lebih lagi Ogy.

Rata-rata melemparkan pandangan 'kreatif' sendiri dan mengatakan bahawa Ogy sebenarnya tidak layak untuk menyandang gelaran itu.

Apa kelebihan yang Ogy ada? Layak ke Ogy jadi mentor? Banyak lagi artis lain dan kenapa mesti Ogy?

Lebih kurang begitulah kritikan yang terpaksa dihadapi oleh anak seni serba boleh ini.

Ketika Pancaindera bertanyakan mengenai isu tersebut, tiba-tiba tawa Ogy berderai dan menganggap isu ini cukup kelakar untuk dipersoalkan.

KENAPA kak Ogy ketawa?

Awak tak rasa kelakar? Saya rasa isu ni satu bahan yang kelakar. Iyalah, kenapa nak kecoh sangat kalau saya jadi mentor? Memang saya hairan. Tak tahulah apa motif pihak-pihak tertentu yang cetuskan perkara ini sampai jadi isu besar.

Kak Ogy dah 38 tahun dalam bidang hiburan tapi ada pihak kata tak layak jadi mentor. Tolong komen sikit.

Sebagai seorang anak seni, dah macam-macam bidang saya ceburi. Mula-mula saya menyanyi di kelab malam, masuk arus perdana kemudian baru berlakon dan ceburi bidang lain pula. Saya rasa mereka pertikai dari sudut nyanyian. Katanya suara saya ni bukanlah sedap mana pun. Kalau tak sedap pun awak tengoklah lagu Sandarkan Pada Kenangan tu masih lagi orang dengar sampai hari ini. Padahal lagu tu dah berusia puluhan tahun dah. Saya sedar pasal hal ini. Tapi saya rasa adalah sebab kenapa pihak TV3 pilih saya. Janganlah sempitkan fikiran tu.

Agaknya kenapa mereka pilih kak Ogy?

Manalah saya tahu. Itu awak kena tanya sendiri pada pihak TV3. Hanya mereka yang ada jawapan. Mungkin TV3 melihat saya dari sudut yang orang lain tak nampak. Siapa tahu bukan?

Kak Ogy selalu kritik orang, kali ini akan kena kritik pula. Apa rasa Kak Ogy?

Ada dua cara kritikan. Satu kritikan mengikut akal dan satu lagi kritikan mengikut emosi. Kalau orang yang mengkritik ikut akal, dia akan lihat dari pelbagai sudut. Kalau awak kritik ikut emosi, itu yang akan makan diri awak balik. Itu saja. Kenapa Simon Cowell boleh jadi juri dalam program realiti American Idol? Padahal dia pun tak boleh menyanyi. Kritikan dia pedas, tapi kenapa tak ada orang berani nak kritik dia? Sebab dia beri teguran jujur.

Walaupun jujur, tapi ada juga pihak yang tak boleh terima pandangan sebegitu. Komen kak Ogy?

Kita sebenarnya boleh tapis kata-kata orang. Biasalah, ada yang nak tengok kita jatuh dan ada kritikan yang membina. Kenalah nilai sendiri. Orang mahu kritik saya apa sekali pun, saya tak rugi apa-apa sebab saya akan tetap menjalankan tugas saya sebagai mentor atas kepercayaan pihak TV3. Saya hairan juga kenapa sampai ada orang nak bergaduh pasal hal ini?

Maknanya kak Ogy tak risau sekali pun dikutuk tak layak jadi mentor?

Sudah tentulah. Saya tahu ini semua adalah cubaan untuk melemahkan semangat saya. Tetapi percayalah, mereka tak berjaya buat begitu. Malah saya lebih bersemangat untuk berikan yang terbaik untuk tugas ini. Saya anggap isu ini ibarat nyamuk saja. Lagipun saya jadi mentor bukan untuk menjahanamkan orang. Bukan sekadar menyanyi, lebih penting, saya nak bantu protege saya kelak jadi artis yang boleh berdepan dengan realiti hidup anak seni yang perlu kekuatan fizikal dan mental.

Katalah kak Ogy tewas dalam program Mentor , tak bimbangkah kredibiliti kak Ogy akan terjejas?

Tewas merupakan satu titik mula kepada kejayaan lain. Saya tidak akan melatah. Tak perlu rasa murung atau tertekan kerana saya pun bukannya tak boleh terima kritikan.

Janji Jamal untuk orang Ipoh

Posted: 14 Jan 2012 09:20 PM PST




Biarpun satu persatu kontroversi yang melanda Jamal sejak akhir-akhir ini, itu langsung tidak meninggalkan kudis buat lelaki yang cukup terkenal dengan lagu Di Penghujung Rindu ini.

Tidak mahu terus membiarkan dirinya larut dalam apa juga masalah yang melanda, Jamal sebenarnya tahu yang kerjaya seninya perlu didahulukan berbanding dengan hal peribadi.

Dia juga sedar peminat tidak pernah jemu menyokong apa juga produk terbaru dan sudah pasti dengan menghiburkan peminat sahaja cara untuk dia berterima kasih kepada semua.

Untuk itu pada 28 Januari ini, Jamal bakal mengadakan Konsert Jamal Abdillah Raja Pop 2012 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak bermula pukul 8.30 malam.

Seperti mana yang sudah diketahui, Jamal merupakan anak jati negeri Perak. kepulangan untuk menghiburkan peminat di sana ibarat sirih pulang ke gagang.

"Saya bersyukur kerana berpeluang untuk menghiburkan orang Perak. Sebelum ini saya belum pernah membuat konsert sebegini besar di sana dan sudah pasti saya cukup teruja menjelang 28 Januari ini.

"Memang ramai peminat saya di sana. Ada yang menyokong kerjaya seni saya tanpa pernah hadir menyaksikan sendiri persembahan secara langsung saya. Jadi saya mahu semua peminat hadir sama kali ini.

"Banyak pengisian baru yang pihak kami lakukan khusus untuk konsert di Ipoh. Selain daripada pemilihan hampir 30 buah lagu-lagu popular saya, peminat juga boleh beramah mesra dengan saya pada keesokan harinya.

"Tapi itu hanya untuk mereka yang membeli tiket VIP yang berharga RM300. Ada acara minum petang yang telah diatur buat peminat yang cukup istimewa ini," kata Jamal Abdillah ketika ditemui baru-baru ini.

Konsert Jamal Abdillah Raja Pop 2012 kali ini dibawakan secara eksklusif oleh Persatuan Budak Bus Stand Ipoh (BSSI) dan Bombay Worldwide sebagai permulaan langkah Jamal untuk tahun ini.

Sebelum ini Jamal pernah mengadakan persembahan konsert One Night Only With Jamal Abdillah pada tahun 2006, Jamal... Kembara Seniman (2009) dan Konsert J2011- Lagenda pada tahun lalu.

Bagi Jamal, dia tidak pernah penat menghiburkan peminat biarpun saban tahun dia pasti akan keluar dengan konsert berskala besar yang cukup mengujakan dirinya.

"Kali ini kami akan menggabungkan elemen konsert saya di di Istana Budaya dan Singapura yang berlangsung tahun lalu. Jadi peminat yang hadir ke Ipoh akan menyaksikan sendiri elemen-elemen ini yang pastinya lebih hebat.

"Kalau ikutkan saya sendiri tidak pernah menaruh harapan untuk buat konsert sebesar ini. Bila orang tawarkan peluang, saya terima dan akan lakukan yang terbaik.

"Saya anggap ini rezeki saya. Tak mungkin Jamal Abdillah akan mensia-siakan rezeki yang sudah ada di depan mata. Setidak-tidaknya saya dapat berbakti sedikit pada negeri kelahiran saya," kata Jamal lagi.

Dalam pada itu, tanggal 7 Januari lalu, penyanyi bersuara lantang ini telah bersama-sama menjayakan pertandingan karaoke Jamal Idolaku di Majlis Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah di Maju Junction.

Apa yang menariknya selain dari pertandingan karaoke, karnival ini juga turut memperkenalkan produk Awet Muda D'JAS keluaran syarikatnya Bintang Channel.

Produk itu sudah berada dipasaran dan dilancarkan secara rasmi bersama dengan album Raja Pop 2 pada Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah.

"Karnival ini adalah idea saya sendiri. Saya mahu berkongsi rasa dan mengumpul semua peminat saya," ungkapnya mengenai karnival yang turut mendapat kerjasama syarikat Warner Music Malaysia dan juga pusat beli-belah Maju Junction itu.

Malah, Jamal turut membuat kemunculan istimewa mendendangkan lagu-lagunya termasuk lagu hitnya bersama Malique Aku Maafkan Kamu.

Abon hantar notis 24 jam

Posted: 14 Jan 2012 09:19 PM PST


watak lelaki jawa yang diketengahkan dalam persembahan memikat hati peminat industri seni negara.


PELAWAK handalan, Abon sedar ramai yang merendahkan kemampuannya berfikir di luar kotak dalam usaha mengembangkan minda kanak-kanak sewaktu bertugas di Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Kuala Lumpur satu ketika dahulu.

Anak kelahiran Melaka ini turut menerima cemuhan setiap kali ideanya dilontarkan dan bertambah perit usai meraih Sijil Teater Kanak-Kanak Tokyo di Ohanashi, Jepun pada tahun 1987.

Kursus jangka pendek selama enam bulan itu adalah sokongan kemahiran dirinya yang selama ini cenderung dengan pembelajaran teater terutama buat golongan kanak-kanak secara interaktif.

Bagaimanapun, impian tersebut terkubur tatkala bekas penolong pegawai tadbir bahagian kewangan ini ditukarkan ke satu unit yang mengehadkan pergerakan dan kreativitinya serta merta.

"Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati saya mendengar berita sedih itu. Macam ada yang tak kena bila saya dibekukan pada satu posisi tugas yang tak ada kena mengena dengan bidang kemahiran saya.

"Peristiwa itu buat saya sedar yang tak semua orang suka tengok kita lebih sikit daripada mereka. Memang kursus saya perlukan belanja besar, tapi bagilah saya 'balas' semula, kongsi semua ilmu yang dipelajari di luar negara itu kepada kumpulan sasaran.

"Lepas berfikir panjang, saya tak ada pilihan lain selain hantar notis berhenti kerja 24 jam," imbau Abon tentang sejarah silam yang banyak menyuntik semangat untuk menjadi anak seni yang berbakat pada hari ini.

Keputusan itu diambil lantaran kecewa kerana impiannya untuk membantu anak bangsa terbantut. Sedangkan rangka untuk tujuan tersebut sudah dilaksana menerusi eksperimen Abon sendiri.

"Saya tahu risiko yang bakal dihadapi selepas buat keputusan itu sebab melibatkan periuk nasi dan nasib keluarga. Tak apalah, saya lupakan sebentar impian saya itu kalau itu sudah suratan.

"Keputusan berhenti kerja di gedung ilmu itu tak pernah mengubah rasa cinta saya terhadap seni budaya dan bahasa. Malah, saya jadikan ia sebagai perkongsian ilmu kepada orang ramai," cerita Abon yang diambil dari akronim perkataan 'asal bayar on' ini.

Pemilik nama Shahrizan Ahmad, 52, ini kemudiannya menjadikan dunia pementasan teater sebagai mata pencarian selain terlibat dalam produksi filem dan drama tempatan.

Abon yang gemar menggunakan watak lelaki Jawa dalam persembahan itu memikat penganjur yang mahukan khidmat jenakanya untuk memeriahkan majlis kerajaan mahu pun korporat.

"Tuhan maha mendengar rintihan hamba yang teraniaya. Saya bersyukur sebab berjaya melalui dugaan-Nya selain doa keluarga.

"Saya tak pernah kenal erti putus asa, tak peduli kata orang sebab apa yang penting adalah penyebaran input berguna pada setiap persembahan yang ditawarkan kepada saya," katanya lagi.

Slapstik kegemaran ramai

JUARA pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama pasangannya, Os menerusi Kumpulan Osbon ini juga berkongsi pandangan tentang genre komedi yang menjadi pilihan generasi masa kini.

"Cita rasa orang sekarang lebih kepada lawak slapstik berbanding lawak cerdik. Sebagai bukti, lawak cerdik dipersembahkan pada episod satu hingga tiga di MLM, sambutannya memang ada tapi tak meriah macam persembahan slapstik minggu berikutnya.

"Saya bekalkan 'punch line' dan point tanpa mengetepikan soal budaya orang kita. Mana-mana perkara penting yang kita hampir lupa, Osbon ingatkan semula dalam bentuk jenaka," jelasnya.

Jadi, kalau Osbon selesa menggunakan pendekatan sebegitu tapi kenapa pelawak lelaki perlu berpakaian perempuan?

"Bukan semua keadaan seseorang pelawak itu boleh berpakaian perempuan, semuanya bergantung pada jenis persembahan. Karakter zahir saja perempuan tapi tak bolehlah lembut macam perempuan," kata lelaki yang berjaya mengembalikan kegemilangan pelawak veteran ini di mata masyarakat ini.

Syarat ayah, senangkan Eizlan

Posted: 14 Jan 2012 09:18 PM PST




BENARLAH kata pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah dengan perjalanan hidup pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Eizlan Yusof, 41 tahun.

Siapa sangka, Eizlan yang bermula sebagai pelakon pembantu dalam filem Kad Cinta arahan Julie Dahlan dan diterbitkan oleh JD Production pada tahun 1994, kini berjaya sebagai tauke arang batu!

"Bagi saya semua yang diterima ini adalah anugerah daripada Allah SWT. Rezeki isteri dan anak-anak," kata Eizlan sewaktu ditemui di sebuah hotel di pinggir kota Jumaat lalu.

Sebagai seorang artis, kejayaan Eizlan dalam bidang perniagaan memang membanggakan namun dia tidak dapat lari daripada pandangan skeptikal masyarakat terhadapnya.

Betapa tidak, dalam meniti kejayaan demi kejayaan, kemampuan Eizlan yang baru-baru ini dianugerahkan bintang Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-81, dalam bidang perniagaan diragukan.

Mungkin bagi para peminat drama dan filem tempatan, Eizlan hanya dikenali sebagai pelakon tanpa latarbelakang pelajaran yang membanggakan.

Namun bagi mereka yang mengenali ayah kepada Vie Zaara, 4, Zareef Yusof, 2, dan suami kepada Vie Shantie Haroon Khan, 26, sebenarnya Eizlan mempunyai latarbelakang akademik yang boleh menjamin masa depannya.

Semuanya gara-gara syarat yang diberikan oleh ayahnya, Allahyaham Md. Yusof Abdullah apabila Eizlan mahu menceburi bidang lakonan.

Menurut Eizlan, dia tidak pernah ambil peduli akan pandangan masyarakat tentang dirinya kerana baginya setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri.

"Waktu di bangku sekolah lagi, apabila cikgu bertanya apa cita-cita, saya tidak pernah berganjak dengan impian saya untuk menjadi bintang filem.

"Ada juga kawan-kawan yang ketawa mendengar jawapan saya, tetapi saya tidak pernah anggap itu sesuatu yang memalukan.

"Arwah ayah tahu cita-cita saya, tapi... arwah bagi syarat jika mahu menjadi pelakon saya mesti memiliki kelulusan yang tinggi dalam bidang akademik," cerita Eizlan sambil tersenyum tatkala menyingkap nostalgia zaman remajanya.

Walaupun ketika itu, Eizlan begitu berat untuk menerima syarat Allahyarham ayahnya tetapi dia bersyukur berbekalkan pendidikan yang tinggi kini dia boleh berdiri megah sebagai seorang ahli perniagaan yang berpelajaran.

Menerima syarat arwah ayahnya, Eizlan akhirnya berjaya memilikki Diploma Kejuruteraan Elektrik (1991) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (1994) dari Institut Teknologi Federal.

Bersandarkan diploma yang dimilikki dan selaku Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn. Bhd.,Eizlan bersama rakan kongsinya, Abdul Munaf Sultan sebagai Pengarah Eksekutif, mereka berdua menjalankan perniagaan arang batu di Banjar Masin, Kalimantan sejak 2007.

"Saya amat bersyukur dengan syarat yang arwah ayah bagi. Disebabkan syarat itulah saya kini menjadi manusia yang berguna kerana dapat menjalankan tugas dan kewajipan dalam syarikat ini.

"Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan bersama rakan kongsi yang mana Blackstone merupakan anak syarikat Agate Group yang sememangnya mempunyai lombong arang baru di sana, kini semakin berkembang dan kami mampu memenuhi permintaan pelanggan," cerita Eizlan.

Walaupun Blackstone hanya membekalkan arang batu ke China dan India dengan kapasiti antara 30,000 - 60,000 tan sebulan ia sudah cukup memberi gambaran kejayaan mereka berdua.

Menurut Eizlan, dengan syarat yang diberikan oleh arwah ayahnya, dia bukan sahaja berjaya sebagai ahli perniagaan namun syarat itu jugalah yang membantunya di zaman gawat.

"Saya masih ingat tatkala dunia seni mengalami kegawatan sekitar tahun 1997 -1999, kebanyakan artis tidak mendapat tawaran berlakon.

"Ketika itu, ramai yang membuka gerai untuk meneruskan kehidupan. Tetapi saya amat bersyukur mempunyai simpanan melalui pekerjaan di sebuah syarikat pelaburan.

"Disamping itu, pendapatan saya sebagai model komersial juga banyak membantu saya untuk meneruskan hidup saya tanpa menagih simpati daripada sesiapa," cerita Eizlan.

Selain menjalankan perniagaan arang batu, Eizlan bersama isterinya, Vie Shantie Haroon Khan mempunyai syarikat Magna Ratus Sdn. Bhd. (menguruskan projek pembangunan dan hartanah) dan Magna Pictures Sdn. Bhd. yang akan menerbitkan filem tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai bidang lakonan, Eizlan yang akan ke lokasi filem aksi komedi Pak Pong, tidak lama lagi berkata;

"Walaupun telah mempunyai perniagaan dan syarikat sendiri, saya tidak akan meninggalkan dunia seni.

"Bagi saya berlakon bagaikan santapan jiwa yang akan memberi ketenangan dalam kehidupan saya, apalagi bila mengingatkan perjalanan seni saya yang begitu indah dan kadangkala melucukan."

Mungkin ramai yang tidak tahu, selain berlakon, Eizlan juga pernah bergelar penyanyi dengan album pertamanya Jatuh Hati dengan kumpulannya Impression yang dianggotai bersama Norman Hakim dan Sani Salleh (kini bergelar Datuk).

"Sayangnya album kedua kami terbitan Sony Music yang telah dirakamkan sepi tanpa khabar berita," kata Eizlan yang mula muncul dalam iklan minuman hasil usaha Allahyarham Yasmin Ahmad.

Cantikkah saya?-Asmidar

Posted: 14 Jan 2012 09:18 PM PST




JUARA program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) kesal apabila ada pihak mempertikaikan kemenangan yang diraih pada pertandingan akhir 25 Disember lalu.

Asmidar dikatakan tidak layak memenangi hadiah utama program itu kerana dia berwajah cantik sedangkan ia kontra dengan syarat utama penyertaan pertandingan.

Dakwaan tersebut juga sekali gus menafikan usaha keras Asmidar memperkenalkan bakatnya dalam pertandingan nyanyian yang dianjurkan buat pertama kali oleh TV3 itu.

"Cantikkah saya? Mereka silap sebab Asmidar di pentas nyanyian memang lain dengan di luar. Saya biasa saja. Tanpa solekan tebal, pakai baju T dan bebas ke mana dengan keluarga dan rakan.

"Mungkin teknik solekan buat saya kelihatan istimewa masa persembahan. Baju glamor berkelipan juga membuatkan orang nampak saya berbeza," jelas wanita berusia 26 tahun ini.

Dia juga menjawab isu berpakaian seksi pada konsert akhir Vokal atas pilihannya.

"Saya tak punya kuasa dalam bab pakaian sebab semuanya ditetapkan oleh TV3. Mungkin pihak TV3 mahu saya ubah imej yang selama ini lebih berat ke arah tradisional.

"Sepatutnya, saya yang perlu berfikir dalam tentang perkara ini dan mungkin juga sudah tiba masanya saya ubah kepada imej moden," katanya jujur.

Apakah Asmidar selesa dengan pemilihan imej barunya itu nanti? Ada senyuman terpalit di wajah anak kedua daripada empat beradik ini sebelum berkata: "Saya selesa dan cuba untuk sesuaikan diri. Jujurnya, saya memang suka dengan imej elegan dan ini masih boleh diubah sedikit demi sedikit. Memang sebelum ini saya tidak pandai untuk mencari imej sesuai kerana tak nak keluar dari zon selesa."

Apakah perancangan juara Bintang Asli Remaja Wanita Kebangsaan tahun 2006 ini selepas hampir sebulan keluar dari Vokal?

"Saya aktif menyanyi dan giat promosi single Biar Sampai Ke Bintang yang dah mula tarik minat stesen radio untuk menyiarkannya. Saya berharap andai ada tawaran daripada syarikat rakaman yang berminat dengan bakat saya.

"Saya sangkal pendapat orang yang cakap saya lewat menempah nama sebagai artis walhal sejak dari kecil lagi saya sudah menyanyi," kata Naib Juara Bintang RTM 2001 yang dinobatkan sewaktu berusia 15 tahun.

Mengulas tentang strategi untuk menawan hati peminat seni tanah air tanpa bersandarkan rupa semata-mata, Asmidar memberitahu dia yakin masyarakat sudah bijak menilai kualiti penyanyi tempatan.

"Mentaliti orang kita dah berubah, mereka dah terima penyanyi 'berwajah biasa' asalkan lagunya bagus. Saya yakin dengan bakat dan rezeki yang ada boleh buat orang terus sokong seseorang penggiat seni hingga akhir hayat mereka," katanya di hujung perbualan.

Finalis Ratu Kebaya manjakan diri

Posted: 14 Jan 2012 09:17 PM PST


Dari kiri (atas) Nora Aspadalila, Liza Akma, Norhafizah, Liza Aryanti (duduk kiri), Fahyu Hanim dan Norafzan.


MINGGU lepas, pembaca sudah pun mengetahui barisan 24 finalis yang layak ke pertandingan akhir pencarian Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara 2011.

Di sebalik fokus utama para peserta terhadap hari pertandingan yang mendebarkan, penganjur telah menyediakan aktiviti pada setiap minggu sebelum pertandingan berlangsung.

Aktiviti dimulakan bagi peserta yang berada di Kuala Lumpur yang menyaksikan kehadiran enam finalis berkumpul pada hujung minggu lalu.

Mereka yang terlibat ialah Liza Akma Zulkifli, Liza Aryanti Zulkifli, Nora Aspadalila Omar, Fahyu hanim Ahmad, Norhafizah Rahmat dan Norafzan Abdul Rahman.

Berlangsung dalam suasana santai, keenam-enam mereka diberi peluang untuk memanjakan diri dan merawat tubuh sebagai persediaan melangkah lebih yakin pada hari pertandingan.

Lokasi yang dipilih adalah di Spa Beauty Enhancement Centre Jamu Mak ara, Taman Melawati, Kuala Lumpur yang juga merupakan penganjur utama pencarian Ratu Kebaya 2011.

Sepanjang hari bersama penganjur, enam peserta itu telah diberikan pelbagai tips menarik untuk dikongsi.

Dikelolakan oleh pakar kecantikan Norizan Kasmon, peserta berpeluang mendalami ilmu pemakanan produk jamu Mak Dara yang terkenal dengan khasiat rempah ratus tradisional Melayu.

Selain itu, mereka juga turut disediakan dengan rawatan spa dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Selain menikmati urutan badan dan kecantikan di spa berkenaan, peserta juga dilihat bijak mengambil peluang dengan mengisi masa yang ada untuk beramah mesra antara satu sama lain.

Usai rawatan itu, keenam-enam mereka juga telah dibawa bertemu Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. (JMDSB) Syed Muhammad Gaddafi Syed Ali untuk sesi taklimat ringkas mengenai pertandingan akhir.

Menurut Syed Muhammad Gaddafi, taklimat itu merupakan antara sesi penting yang menyediakan maklumat terperinci mengenai pertandingan yang dilihat cukup sengit.

"Menerusi taklimat, mereka diberi peluang bertanya apa juga mengenai pertandingan tersebut," katanya.

Yuna penyanyi hebat

Posted: 14 Jan 2012 09:14 PM PST

SEMUA orang berkata Datuk Siti Nurhaliza adalah penyanyi nombor satu negara. Memang tidak dinafikan kehebatan yang dimiliki oleh Siti sehinggakan namanya masih lagi kekal bertahan sehingga hari ini.




Apa sahaja yang Siti lakukan pasti akan mendapat sambutan. Peminat-peminat tegar penyanyi ini cukup hebat menyokong kerjaya seni Siti sampai dia mampu bertahan selama ini.

Sebagai pemerhati industri muzik tanah air, saya melihat Yuna mempunyai potensi untuk menjadi hebat seperti Siti. Kelebihan yang dimiliki oleh Yuna cukup luar biasa apabila dia mampu mencipta lagu dengan baik dan melekat di telinga peminat.

Satu persatu lagu-lagu yang dikeluarkan oleh Yuna berjaya mendominasi carta-carta radio tanah air. Tak cukup dengan itu, Yuna juga berjaya merangkul beberapa anugerah besar dan menewaskan nama-nama besar yang lain.

Paling penting Yuna harus menjaga disiplin dan sentiasa berinteraksi dengan peminat. Bila adanya interaksi dengan peminat barulah peminat akan rasa dihargai dan terus menyokong kerjaya seni Yuna sampai bila-bila.

Lagi satu pesan saya agar Yuna tidak lupa diri dengan kejayaan yang dikecapinya hari ini. Moga Yuna mampu memberikan yang terbaik dalam kerjayanya dan dilimpahi rezeki tak putus-putus.

Brad Pitt bertongkat?

Posted: 14 Jan 2012 09:14 PM PST




PELAKON terkenal, Brad Pitt terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat akibat kecederaan pada bahagian lutut selepas terjatuh dari gunung ketika sedang mendukung anak perempuannya, Vivienne, baru-baru ini.

Aktor yang tampil bertongkat pada acara karpet merah Festival Filem Palm Springs ke-23 itu berkata kepada pemberita, dia mengalami kecederaan pada bahagian yang dinamakan ACL iaitu ligamen lutut yang menghubungkan bahagian femur dan tibia.

"Saya tergelincir ketika sedang menuruni bukit sambil mendukung anak perempuan Vivianne... pilihan yang ada ketika itu sama ada untuk menyelamatkan diri saya atau Vivianne," katanya yang dipetik majalah People.

Kekasihnya aktres Angelina Jolie berkata dia menyukai tongkat yang digunakan oleh Pitt dan mengakui kecederaan tersebut langsung tidak membatasi pergerakan aktor itu.

"Dia (Pitt) seorang lelaki yang tidak mudah mengalah," katanya.

Aktres itu turut mengesahkan bahawa anak perempuan mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan daripada insiden itu.

habis

Snoop Dogg ditahan miliki ganja

Mungkin ramai sudah tahu memang Snoop Dogg terkenal dengan penggunaan ganjanya yang tidak pernah disorok dari umum.

Baru-baru ini dia ditahan di Texas kerana membawa ganja bersamanya didalam sebuah bas apabila anjing pengesan polis telah menghidu bahan terlarang itu yang disimpan didalam sebuah botol preskripsi merah.

Namun begitu, Snoop Dogg terus mengaku bahawa ganja itu memang miliknya.

Untuk pengetahuan, Snoop Dogg memang mempunyai kebenaran untuk menggunakan ganja tapi hanya dihadkan di California sahaja dan tidak di Texas.

habis

Beyonce selamat lahirkan bayi

Penyanyi dan pelakon antarabangsa, Beyonce Knowles akhirnya telah selamat melahirkan cahaya pertamanya bersama Jay-Z di Hospital Lenox Hill, New York baru-baru ini.

Menurut laporan E! Online, pasangan selebirti berkenaan telah pun menamakan puteri sulungnya dengan Blue Ivy Carter setelah mendapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.

Difahamkan Beyonce telah mendaftar masuk kehospital tersebut pada malam Sabtu lalu dengan nama samaran Ingrid Jackson supaya dirinya tidak dikenali.

Namun, kehadiran Beyonce ke hospital tidak dapat diselindung lagi apabila ramai orang awam dan pihak media datang menyerbu hospital berkenaan sehinggakan seluruh kawasan tingkat empat yang diduduki Beyonce dikawal ketat.

Malah doktor serta jururawat juga tidak dibenarkan masuk ke tingkat tersebut.

Selain itu, kelahiran puteri pertama Beyonce juga telah mendapat perhatian beberapa selebirti di sana seperti Rihanna dan Kelly Rowland yang turut memberi ucapan tahniah ke atas kelahiran bayi berkenaan.

Beyonce dan suaminya, Jay-Z telah berkahwin pada April 2008 dan kelahiran Ivy sudah lama dinanti-nantikan oleh pasangan tersebut.

habis

Salman Katrina kembali rapat?

BERITA terkini mengenai hubungan bekas pasangan kekasih pasangan selebriti Bollywood, Salman Khan dan Katrina Kaif dilihat mereka akan menghabiskan banyak waktu bersama kerana digandingkan bersama dalam filem terbaru mereka, Ek Tha Tiger di Istanbul, Turki.

Selama proses penggambaran, Salman sendiri sudah meminta Katrina untuk melakukan yang terbaik dalam setiap adegan yang mereka lakonkan.

Sebagai imbuhan terhadap lakonan Katrina, Salman akan mengajaknya makan malam.

Mendengar tawaran itu, Katrina akhirnya melakukan lakonannya dengan sangat baik sehingga Salman menaati janjinya.

"Nampaknya hubungan sebagai sahabat baik telah mula berputik kembali," ujar Salman.

habis

Amitabh Bachchan mahu buka sekolah

BERJAYA di dunia lakonan ternyata tidak membuat lagenda bintang Bollywood, Amitabh Bachchan lupa pada golongan yang kurang berkemampuan.

Menurut satu laporan, pelakon berusia 69 tahun itu ingin melakukan sesuatu yang terbaik selain daripada terkenal dari segi lakonan.

"Saya impikan untuk membina satu sekolah khas untuk golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah, tidak kiralah masalah kesihatan atau masalah kemiskinan, saya mahu menolong mereka.

"Sebenarnya niat ini sudah lama saya pendamkan sejak beberapa tahun sebelum ini bersama rakan-rakan saya, saya harapkan niat ini akan termakbul.

"Ini niat murni saya, saya tidak mahu perkara ini disalah ertikan oleh orang lain, saya betul-betul ikhlas," jelas Amitabh.

Infinite cuci stadium

Posted: 14 Jan 2012 09:13 PM PST

GRUP Infinite bukan sahaja menjadi kegilaan peminat malah turut dipuja oleh golongan artis. Sehingga kini beberapa artis seperti pelawak dan pengacara Boom, ketua kumpulan Kara, Gyuri dan pelakon jelita Lee Da Hae secara terbuka mengakui meminati kumpulan tujuh anak muda kacak yang berbakat ini.




Menariknya di sebalik populariti yang dikecapi itu, Infinite tidak cepat lupa daratan bahkan tetap menunjukkan sikap rendah diri.

Baru-baru ini, lensa kamera peminat sempat merakamkan sikap baik hati anggota kumpulan itu. Ketika selebriti lain sudah pun meninggalkan stadium tempat rakaman 'Idol Star Athletics & Swimming Championships', anggota Infinite dilihat membantu krew penerbitan MBC membersihkan sampah-sarap termasuk pom-pom yang ditinggalkan oleh artis lain yang menjadi peserta program itu.

Para peminat cukup terharu dengan sikap ringan tulang dan baik hati yang ditunjukkan oleh Infinite, walaupun mereka mungkin melakukan tindakan itu untuk menggembirakan penyokong setia Infinite.

Patutlah Infinite begitu cepat mendaki tangga populariti dan dilihat sebagai antara grup baru yang dihormati dalam industri hiburan Korea.

Nikita Willy tak sekolah?

Posted: 14 Jan 2012 09:12 PM PST




GRUP Infinite bukan sahaja menjadi kegilaan peminat malah turut dipuja oleh golongan artis. Sehingga kini beberapa artis seperti pelawak dan pengacara Boom, ketua kumpulan Kara, Gyuri dan pelakon jelita Lee Da Hae secara terbuka mengakui meminati kumpulan tujuh anak muda kacak yang berbakat ini.

Menariknya di sebalik populariti yang dikecapi itu, Infinite tidak cepat lupa daratan bahkan tetap menunjukkan sikap rendah diri.

Baru-baru ini, lensa kamera peminat sempat merakamkan sikap baik hati anggota kumpulan itu. Ketika selebriti lain sudah pun meninggalkan stadium tempat rakaman 'Idol Star Athletics & Swimming Championships', anggota Infinite dilihat membantu krew penerbitan MBC membersihkan sampah-sarap termasuk pom-pom yang ditinggalkan oleh artis lain yang menjadi peserta program itu.

Para peminat cukup terharu dengan sikap ringan tulang dan baik hati yang ditunjukkan oleh Infinite, walaupun mereka mungkin melakukan tindakan itu untuk menggembirakan penyokong setia Infinite.

Patutlah Infinite begitu cepat mendaki tangga populariti dan dilihat sebagai antara grup baru yang dihormati dalam industri hiburan Korea.

Pop yeh yeh di istana budaya

Posted: 14 Jan 2012 09:12 PM PST


BERDIRI (dua dari kiri) - Juhari Shaarani bergambar bersama Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan barisan artis yang akan menjayakan Konsert Kugiran 60-an.


SATU ketika dahulu, era 60-an muda-mudi kebanyakannya kuat dipengaruhi fenomena kumpulan legenda terkenal dunia, The Beatles.

Itulah era pop yeh yeh yang pastinya mengimbau kenangan buat orang-orang lama yang satu ketika dahulu pernah menikmati era tersebut.

Di Malaysia, nama-nama seperti A.Ramlie, Jeffrydin, L.Ramlee, A. Halim misalnya cukup sinonim dengan rentak irama berkenaan yang sebenarnya unik jika dihayati.

Bagaimanapun selepas setengah abad, irama unik ini sudah tidak lagi menarik perhatian pendengar.

Semuanya disebabkan wujudnya revolusi dalam dunia muzik yang membawa arus semasa dan ia adalah sesuatu yang normal.

Pun begitu, atas kesedaran untuk mengangkat dan mengembalikan semula zaman kegemilangan pop yeh yeh, Istana Budaya (IB) dengan kerjasama Gombak Serumpun Sdn. Bhd., akan mengadakan Konsert Kugiran 60-an untuk semua peminat tegar era berkenaan.

Bakal berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari ini, konsert itu akan membariskan bukan sahaja penyanyi, tetapi kumpulan asal yang popular ketika itu.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, bersama Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi, konsert tersebut merupakan yang julung kalinya diadakan di IB.

"Selama ini, banyak yang dapat kita saksikan tokoh atau ikon irama Pop Yeh Yeh seringkali cuma muncul sebagai penyanyi tempelan dalam mana-mana konsert mahupun pementasan muzikal.

"Sebagai contoh dalam pementasan teater Muzikal Suzana 60an (2006) dan Kenangan Mengusik Jiwa (2011). Mereka cuma menyanyi dan orang yang datang pun tak berapa nampak kewujudan ikon-ikon ini yang dilihat macam 'terkebelakang'.

"Sekarang inilah masanya untuk ikon-ikon ini muncul sebagai bintang utama pada konsert yang pastinya menjanjikan yang terbaik buat semua peminat setianya," katanya.

Sementara itu, menurut Juhari lagi, selepas berbincang, pihak penganjur juga telah sepakat untuk membuat penambahan artis sempena konsert tersebut.

Mereka yang terlibat ialah Zam Zam (The Twilites), Fatimah M. Amin, Rodziah Latif dan A. Rozaini yang akan membuat kemunculan khas dengan menyanyikan seleksi lagu-lagu popular A. Ramlie.

Menurut Juhari, penambahan ini dibuat bagi memeriahkan lagi konsert itu yang akan menyaksikan pelawak terkenal Abon sebagai pengacara.

Dalam pada itu, penyanyi Fatimah M. Amin ketika ditemui melahirkan rasa terujanya untuk berdiri di atas pentas IB buat kali ketiga.

"Sebelum ini saya pernah terlibat dengan dua teater 60-an yang dijayakan di sini.

"Tentunya saya gembira kerana ditawarkan untuk menjayakan konsert yang menampilkan kumpulan-kumpulan asal di era kami bergabung di atas pentas ini buat pertama kali.

"Saya tidak sabar untuk menghiburkan penonton pada konsert itu nanti," katanya.

Perasaan yang sama turut dikongsi oleh penyanyi Rodziah Latif yang pernah popular bersama kumpulan The Jayhawkers dan The Wisma.

Kata Rodziah, pada awal konsert itu dihebohkan oleh pihak media, dia mengaku terkilan kerana namanya tidak tersenarai.

"Namun selepas mendapat tahu bahawa mereka mahu membuat penambahan, saya gembira kerana penganjur mengundang saya turut serta dalam konsert ini," ujarnya.

Sementara itu, Jeffrydin yang terkenal dengan lagu Kenanganku menyifatkan penganjuran konsert itu sebagai satu penghargaan buat artis lama sepertinya.

"Irama pop yeh yeh kita lihat sudah semakin dilupakan oleh pendengar apatah lagi generasi baru.

"Dengan adanya penganjuran konsert sebegini, sekurang-kurangnya irama ini dapat dikongsi oleh bukan sahaja peminat tegarnya, tetapi generasi muda.

"Kita mahu budak-budak sekarang kenal irama pop yeh yeh walau zaman sudah berubah.

"Apa pun diharapkan, semua akan terhibur dengan persembahan barisan artis yang terlibat pada konsert itu minggu depan," katanya.

Harga tiket persembahan dijual dari harga serendah RM40 hingga RM350.

Tiket-tiket boleh didapati di Ticket2u.biz atau hubungi talian 03-4147 8600 atau telefon bimbit di talian 012- 369 5230.

Zahiril & Eina tetap hala tuju

Posted: 14 Jan 2012 09:05 PM PST


FILEM Sesuatu Yang Tertinggal menggandingkan Zahiril Adzim dan Eina Azman buat kali pertama.


BELUM puas! Ungkap Zahiril Adzim saat ditanya tentang kerjaya seninya yang semakin bersinar sejak kebelakangan ini. Dalam nada yang cukup merendah diri, Zahiril tahu ramai yang mengharapkan dia mampu memberikan sesuatu kepada industri.

Akui Zahiril, dia masih lagi menapak dalam bidang yang cukup dicintainya sementelah tawaran yang diterimanya masih belum ada yang mampu memberikan kepuasan maksimum yang diharapkan.

Cukup terkenal dengan lakonan mantap sebagai Daim dalam drama bersiri Juvana, mungkin khalayak lebih mengingati watak tersebut berbanding dengan drama atau filem yang lain.

Tetapi kehebatan lakonan Zahiril dalam drama bersiri Parit Jawa mampu melekat di hati peminat yang menontonnya.

"Sehingga hari ini saya masih lagi belum puas. Kalau tanya mana-mana pelakon pun memang akan cakap perkara yang sama.

"Apatah lagi pelakon baru macam saya ini. Masih banyak lagi perkara yang perlu saya capai untuk bergelar pelakon yang hebat. Paling tidak setiap kali menerima tawaran saya akan pastikan skrip yang saya terima bagus.

"Ada kala skrip dah memang bagus. Tapi bila ia dibuat sambil lewa ketika penggambaran, apa lagi yang tinggal. Semua orang nak kejar masa dan sebagai pelakon ada kalanya tak mampu nak beri seratus peratus komitmen.

"Jadi hasil yang dipaparkan di kaca televisyen atau layar perak tu bukan dibuat sepenuh hati mengikut tuntutan skrip. Ini memang banyak kali berlaku dan memberikan impak pada saya.

"Kalau masalah macam ni terus berlarutan tak mustahil untuk saya bersara lebih awal," kata Zahiril yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Shera Aiyob.

Terbaru Zahiril muncul dalam filem seram berjudul Sesuatu Yang Tertinggal yang sudahpun menjengah pawagam bermula 5 Januari yang lalu.

Filem yang menelan belanja berjumlah RM750,000 diarahkan oleh Black turut dibintangi pelakon tinggi lampai Nur Eina Azman, Sara Ali, Shera Aiyob, Daniel El Arash dan ramai lagi.

Mungkin ramai yang belum mengenali pelakon baru, Eina yang pernah terlibat dalam kontroversi filem Ratu The Movie satu ketika dahulu.

Bagi Eina, 17, dia tidak mahu peminat terus menghukumnya kerana dia sentiasa cuba memperbaiki segala kekurangan untuk lebih maju.

"Filem Sesuatu Yang Tertinggal adalah filem kedua lakonan saya selepas Ratu The Movie. Bila orang sebut nama saya pasti ada yang teringat kontroversi yang melanda.

"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu lagi mengingatinya. Biarlah orang lain menilai lakonan saya berbanding dengan cerita panas yang dah berlalu tu.

"Tahun ini saya akan mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan saya akan membahagikan masa sebaik mungkin.

"Apapun saya mahu berjaya dalam pelajaran dan hanya berlakon pada hujung minggu atau cuti sekolah sahaja," kata Eina, anak saudara kepada penyanyi Juliza Adlizan.

Selain berlakon Eina juga sedang berjinak-jinak dalam dunia nyanyian. Menyedari dia datang daripada keluarga yang sangat meminati seni suara, Eina menjelaskan dia sudahpun merakamkan sebuah lagu.

Single yang diciptakan oleh Adnan Abu Hassan berjudul Bahagia Bersamanya itu bukan dibuat sekadar suka-suka sebaliknya dia mahu serius dalam bidang yang cukup dicintainya itu.

Hubungan ini menyeronokkan - Ally Iskandar

Posted: 14 Jan 2012 09:03 PM PST


ALLY ISKANDAR bersama bakal isterinya, Farah Lee, seorang penuntut jurusan kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan. Mereka bakal bernikah pada 20 Januari dalam satu majlis tertutup.


PERANCANGAN pengacara popular TV3, Ally Iskandar untuk memasuki gerbang perkahwinan bersama seorang gadis Terengganu, Farah Lee, 22, yang masih menuntut di Korea Selatan menjadi berita sensasi sejak dua minggu lalu.

Beberapa keping gambar Ally bersama Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli mula menjadi tatapan pengguna Internet sekali gus membuatkan Ally tampil membuka cerita. Dia akhirnya mengaku akan bernikah pada 20 Januari nanti, sebagai mana yang digembar-gemburkan dalam portal-portal hiburan.

Kepada Sensasi Bintang, Ally mengulas lanjut, katanya: "Ada beberapa fakta yang dikeluarkan dalam Internet tentang perkahwinan saya nanti tidak begitu tepat. Pertamanya, majlis pernikahan saya tidak akan berlangsung di rumah keluarga bakal isteri saya, di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

"Kami sudah ada lokasi lain, tapi biarlah buat masa ini tidak begitu dihebahkan. Lagipun ia dibuat secara sederhana dan hanya kenalan serta keluarga terdekat sahaja akan dijemput. Lagi satu, memanglah keluarga saya berasal dari Terengganu, tapi saya tidak dilahirkan di sana sebagai mana yang ditulis oleh satu portal hiburan, sebaliknya di Kuala Lumpur," katanya dalam nada mesra.

Berkongsi debar bergelar suami tatkala usia genap 36 tahun, Jumaat lalu, Ally mengucap syukur kerana Allah menemukannya dengan seorang wanita yang sudi menjadi pelengkap hidupnya.

SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.

Hati Anzalna dimiliki pelajar

Posted: 14 Jan 2012 09:03 PM PST

SEBELUM soal cinta menjadi kisah sensasi yang dijaja tanpa rela, Anzalna Nasir terbuka mengakui hatinya dimiliki cinta mahasiswa. Sebagai pendatang yang mahu mencuri ruang untuk bersinar, dia enggan popular atas rupa atau sensasi semata-mata.
Melangkah dalam ruang tersendiri, selain drama televisyen termasuk Gemersik Kablu yang sedang bersiaran ketika ini, jelitawan berumur 24 tahun ini sudah mencatatkan namanya untuk ke layar perak dengan dua filem, Sepah The Movie dan TyIcKooUns.


UKIRAN pesona tentang namanya sudah mesra ditatap banyak mata. Dia Anzalna Nasir, bunga baharu yang sedang menguntumkan kelopak ke sebuah daerah bernama seni lakon ini. Di sini, baru enam bulan langkahnya diatur penuh ritma.

Melihat langkahnya, mahu tidak mahu, seringkali kelibatnya dilihat, dirujuk sebagai artis seangkatan kepada Neelofa, sementelah mereka sama-sama lahir daripada pertandingan bakat yang sama. Untuk Anzalna sendiri, dia sendiri sudah lali dibanding-bandingkan begitu.

Menyedari sedikit terkebelakang barangkali untuk sesaat, namun durasi dan kepantasan yang sedang dilalui, membekalkan Anzalna sebuah energi. Dia sudah bersedia untuk berlari lebih kencang dalam trek popular ini.

"Sungguh, beberapa bulan kebelakangan ini, saya langsung tiada waktu untuk diri sendiri, setiap hari ada sahaja urusan yang harus diselesaikan. Kalau tak ada penggambaran, ada majlis yang harus dihadiri dan ajakan fotografi yang sayang hendak dilepaskan.

"Bukannya saya tamak atau mahu ambil semua peluang, tapi selagi saya mampu lakukan tanpa merosakkan jadual sendiri, saya buat," katanya tiada berselindung saat ditebak tentang kerancakan publisiti yang sedang diraih.

Bukan untuk bertanding siapa popular atau siapa yang lebih lumayan mengait sensasi, Anzalna mampu memekarkan senyuman. Bakatnya yang masih perlu dipahat-pahat itu semakin diterima. Bersilih ganti judul drama lakonannya menghiasi kaca televisyen, Suria Di Cordoba, Ramadan Terakhir, Ajaibnya Cinta dan ketika ini, Gemersik Kalbu, namanya terpahat sebagai heroin untuk dua buah filem, Sepah The Movie dan TyIcKooUns yang baru disempurnakan.

"Saya pun tak sangka. Tapi penonton boleh tengok lakonan saya di kaca televisyen, mula-mula berlakon dahulu memanglah nak hayati watak merupakan satu tugas yang cukup payah. Tapi bila banyak kali bertukar set, jumpa lebih ramai pelakon senior dan bekerja dengan pengarah yang berlainan, saya dapat rasakan perubahan," katanya.

Sudah bersuluh dalam terang, dia sedang memanjat tangga populariti. Popular dalam kaca penglihatannya, bukan sahaja satu bonus bahkan juga satu hukuman. Menjadi popular juga bererti mengizinkan segala kisah dan hidup yang selama ini privasi berubah untuk diratah mentah di ruang terbuka.

Dilambung populariti

Terlanjur muncul sebagai pendatang yang sedang diintai-intai potensi, sengaja anak kedua daripada lima beradik itu diusik-usik tentang bayaran bergelar selebriti. Hadir dalam pakej, jelita bersama bakat yang boleh diasah, Anzalna juga seperti wanita muda sebayanya, jika salah percaturan membawa diri, mudah sahaja dia terjerumus ke lubuk sensasi yang boleh merosakkan diri.

"Sebelum masuk menjadi pelakon, saya ada mengamati corak dan permainan industri hiburan. Dari hari pertama turun ke lokasi juga, saya kutip dan nilai setiap apa yang berlaku depan mata sebagai ilmu. Bila sudah jadi pelakon, saya juga tak perlu takut.

"Banyak yang saya pelajari, termasuk cara bercakap dengan wartawan," katanya bersulam ketawa.

Menambah dalam nada berbunyi serius: "Memanglah bila dalam situasi sekarang, banyak orang mula beri perhatian, sama ada hendak memberi peluang atau mengambil kesempatan, itu Tuhan sahajalah yang tahu.

"Apa yang penting kena kawal diri, selagi pihak yang suka mengambil kesempatan itu tidak diberi ruang, kita akan selamat. Saya sentiasa ingatkan diri, selalu hati-hati dengan lelaki," katanya.

Teman lelaki mahasiswa

Bertukar topik ke topik, anak kepada pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim ini secara terbuka berkongsi kisah hati. Sedang intim bersama seseorang, si cantik yang genap berumur 24 tahun pada tanggal 9 Januari lalu, enggan berselindung atau menyembunyikan hubungan istimewa yang dijalin penuh kasih.

"Mulanya saya keliru juga dalam soal ini (teman lelaki). Sudahlah kami memang selalu ke mana-mana berdua, ada masanya dia yang hantar dan jemput saya dari lokasi. Takkanlah saya hendak cakap dia sebagai pembantu peribadi saya pula.

"Jadi lebih baik saya mengaku sahaja, senang cerita. Dia bukan artis, baru sahaja habis pengajian. Cukuplah saya kenalkan namanya sebagai Hanif," telus sahaja pengakuan itu keluar daripada bibir mongelnya.

Heroin dua filem

Manis bersulam manja yang tidak dibuat-buat, emosinya melonjak saat judul TyIcKooUns disebut semula. Katanya, filem arahan pengarah Khairunazwan Rodzy itu boleh dikira satu pencapaian dan keberuntungan untuknya.

"Saya masih baru, tapi dalam filem berkenaan, saya mungkin antara yang paling junior tapi diberi peluang bergandingan dengan pelakon-pelakon besar seperti Aaron Aziz, Wan Hanafi Su, Bront Palarae serta Remy Ishak.

"Saya diminta buangkan segala sifat asal saya dan masukkan karakter yang diberikan. Jalan ceritanya bagus walaupun saya hanya bawak watak kecil, sebagai Ramona. Apa yang saya faham, walaupun watak itu kecil tetapi, saya antara punca kepada konflik filem itu," katanya puas melakonkan watak primadona bernama Ramona yang menjadi rebutan dalam filem itu.

Masih hijau membentuk kematangan dalam lakonan, wanita yang fasih berbahasa Perancis itu meluahkan, dalam tempoh singkat sejak lakonan menjadi fokus, sudah variasi watak telah dipersembahkan.

"Saya sudah bawa watak perempuan sejahat-jahatnya, perempuan paling baik, tapi paling mendebarkan, watak dalam TyIcKooUns. Saya kena tembak orang guna pistol sebenar. Menggigil-gigil dibuatnya, sampaikan orang yang akan kena tembak juga naik menggigil, mungkin tak yakin dengan lakonan saya atau takut peluru dalam pistol itu belum dikosongkan," ceritanya seronok.

Masih panas dan bersemangat untuk mencuba banyak watak, soalan watak bagaimana yang ingin dicuba mungkin berbunyi klise. Bagi Anzalna, dia masih belum berpeluang terlibat dalam mana-mana naskhah seram, jika ada peluang pasti tidak akan dilepaskan.

Minta dibayangkan hari mukanya, dua atau tahun dari sekarang, jawabnya mudah sahaja.

"Berbaloi jadi pelakon dan saya akan pastikan keputusan masuk ke industri ini satu perkara yang masih berbaloi. Buat masa ini, rasanya saya perlukan kereta sendiri, tapi lesen memandu belum ada," lentur Anzalna menghabiskan sepetang bersama penuh santai.

Zahiril pandang tinggi

Posted: 14 Jan 2012 09:02 PM PST


BOLEH dikategorikan sebagai aktor masa depan, Zahiril Adzim sedang dinantikan kemunculannya dalam Bunohan, Mac ini.


LELAKI ini tidaklah tinggi fizikal, namun cita-citanya menggunung. Ungkapan kecil-kecil cili padi boleh menjadi penterjemah mengenai siapakah jejaka yang berketinggian 168 sentimeter (sm) ini.

Mohd. Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar memiliki wajah remaja biarpun dia sudah berumur 28 tahun dan bergelar suami kepada pelakon, Shera Aiyob, 25.

Bukan sahaja bergelar seorang pelakon, portfolio jejaka yang popular dengan nama Zahiril Adzim ini terisi dengan kebolehan menulis. Selain aktif meluahkan rasa di laman blog, Zahiril juga sudah menghasilkan sebuah buku, Bogel Menuju Tuhan.

Namanya mula melonjak selepas filem Kami The Movie. Seterusnya naskhah-naskhah layar lebar seperti Gadoh, Karaoke, Senjakala dan Tolong Awek Aku Pontianak turut dihiasi wajahnya.

Biarpun dari sisi fizikal ramai aktor lain yang meninggalkan Zahiril di belakang, namun usaha keras anak kelahiran Taiping, Perak itu membuahkan hasil.

Namanya seakan menjadi sebutan, apatah lagi selepas drama bersiri di TV3, Juvana yang turut dibintanginya menjadi fenomena.

"Selepas Juvana disiarkan di televisyen, kini versi filem pula akan muncul. Saya sekarang sedang sibuk dengan penggambaran filem Juvana The Movie.

"Selepas berkahwin pada November lalu, saya mengurangkan sedikit kerja-kerja lakonan dan kini baru sahaja kembali sibuk," terangnya yang akan tampil menerusi filem Bunohan pada Mac nanti.

Terkini, Zahiril sekali lagi diberi kepercayaan untuk bekerja dalam produk seram. Digandingkan bersama Eina, Sara Ali dan Shera Aiyob, filem Sesuatu Yang Tertinggal sedang berada di panggung sejak 5 Januari lalu.

Sesuatu Yang Tertinggal mengisahkan mengenai kehidupan mereka di rumah anak-anak yatim yang melalui pengalaman menakutkan ketika menetap di sebuah rumah lama.

Sambung legasi Pax Pako

Posted: 14 Jan 2012 09:00 PM PST


KUMPULAN Round Robin dianggotai dari kiri Asraf Raiz, Bob, Sehar, Ezzad dan Ijatt.


JENAMA Round Robin sebagai sebuah band yang bernaung di bawah syarikat Interglobal Music Malaysia masih baharu, namun impian anggota tersebut sudah menjangkau usia enam tahun.

Ditubuhkan pada 2006 oleh Pax Pako dan Bob bersama rakan-rakan lain ketika menuntut di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun, Kedah, band itu mengalami banyak pasang dan surut.

Beberapa tahun kemudian setelah anggota lain meninggalkan Round Robin, tinggallah Pax Pako dan Bob meneruskan impian mereka dalam dunia nyanyian.

Mereka merancang banyak perkara, apatah lagi vokalis dan pemain basis kumpulan itu, Pax Pako menyimpan impian besar untuk mengangkat jenama tersebut.

"Pax Pako ialah orang paling penting di sebalik Round Robin kerana dialah orang terawal dan kekal bersama band kami," jelas Bob.

Malangnya, cita-cita Pax Pako untuk melihat kejayaan band itu tidak kesampaian apabila dia pergi buat selama-lamanya pada Julai 2010.

Pax Pako meninggal dunia pada usia 24 tahun kerana mengalami kegagalan fungsi jantung.

"Pemergiannya itu berlaku dalam sekelip mata pada saat kami masih memerlukan Pax Pako. Apa yang kami ingat, ia (kematian Pax Pako) berlaku tiga hari selepas kami bersama-sama berlatih.

"Tidak sangka pula ia merupakan saat terakhir untuk kami berlatih bersama," kata Bob kepada Sensasi Bintang baru-baru ini.

Seterusnya, bagi menggantikan tempat Pax Pako, Ezzad menjadi ganti, meneruskan 'baton' sebagai pemain basis demi merealisasikan impian sebuah album sendiri.

Kini Round Robin dianggotai oleh Asraf Raiz sebagai gitaris, Bob (synthsizer), Sehar (pemain drum), Ezzad (vokalis) dan Ijatt (pemain keyboard).

Cita-cita dan impian Pax Pako seakan terlaksana apabila pada Oktober tahun lalu, Round Robin berjaya mengeluarkan sebuah album sendiri.

Tampil menerusi judul The Philophobic, album tersebut mengandungi sepuluh buah lagu termasuklah Omashita!, Helah, Philophobic, Lukha, Love For Losers dan Epilog.

"Syukur kerana kami dapat menghasilkan sebuah album yang mengandungi sepuluh buah lagu.

"Album ini turut menampilkan campuran lagu Inggeris dan Melayu. Pastinya ia didedikasikan buat Pax Pako kerana suaranya turut termuat menerusi lagu Stressed Up dan Rafla Jingga," ujar ahli kumpulan itu.

Lagu-lagu dalam album itu dihasilkan sendiri oleh Round Robin manakala liriknya ditulis oleh Nurul Adilah.

"Album ini dirancang untuk diterbitkan secara indie kerana kami hanya membelanjakan RM3,000 sahaja untuk menghasilkan 10 buah lagu.

"Tetapi kami bersyukur kerana mendapat tawaran daripada penerbit untuk mengikat kontrak dengan mereka," ujar Bob yang mahu melihat band tersebut pergi jauh.

Mengapa memilih nama Round Robin? Jelas mereka, gelaran tersebut diberikan oleh Pax Pako sendiri apabila membelek perkataan yang sesuai untuk menjadi identiti band berkenaan.

"Maksudnya ialah keputusan yang dibuat adalah dalam kalangan kami sahaja. Jadi muzik yang kami hasilkan adalah penyatuan setiap ahli band," kata mereka lagi yang banyak dipengaruhi oleh band antarabangsa seperti The Rolling Stones, Arctic Monkeys, The Strokes dan Kasabian.

Jamal konsert di tanah sendiri

Posted: 14 Jan 2012 08:58 PM PST


SIRIH pulang ke gagang. Jamal pulang ke negeri tumpah darahnya untuk sebuah konsert besar.


BAGAI sirih pulang ke gagang, penyanyi dengan vokal dan gaya tersendiri, Jamal Abdillah bakal mengadakan konsert di Ipoh, Perak pada 28 Januari ini.

Anak kelahiran Perak ini melahirkan rasa bangga dan gembira bakal mengadakan sebuah konsert besar di negerinya sendiri.

Konsert yang diberi nama Konsert Raja Pop Jamal Abdillah 2012 ini adalah sebuah konsert penghormatan khas buat para peminatnya yang berada di Ipoh.

"Peluang mengadakan konsert ini amat baik untuk saya. Apatah lagi, tahun ini merupakan Tahun Melawat Perak. Ia bukan sahaja konsert solo terbesar saya di Perak tetapi ia serampang dua mata untuk membantu sambutan tersebut.

"Sebagai anak Perak, saya berasa amat bangga kerana dapat mengadakan konsert besar di negeri saya sendiri," ujar juara pertandingan Bintang RTM 1979 ini tentang konsert yang berdurasi dua jam 30 minit ini.

Pernah mendapat tawaran mengadakan konsert di negeri sendiri namun ujar penyanyi yang kini popular dengan lagu duet bersama Malique, Aku Maafkan Kamu ini menjelaskan keadaan.

"Dulu saya pernah mendapat tawaran seperti ini tetapi ketika itu saya tidak mampu memberikan komitmen. Saya fikir lebih baik tidak ada konsert besar. Sekarang ini, selepas 'dunia saya semakin cerah' barulah peluang itu datang semula.

"Malah, sejak kebelakangan ini saya juga mendapat semakin banyak tawaran mengadakan konsert. Saya anggap semua itu sebagai rezeki anak-anak. Kalau boleh saya tidak mahu mensia-siakan tawaran yang datang," jelasnya yang dalam sidang akhbar konsertnya yang diadakan di Saddle Coffee House, Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, baru-baru ini.

Konsert yang dibawa khas oleh Bombay WorldWide Sdn. Bhd. dan Persatuan Budak Bus Stand Ipoh (BBSI) ini akan diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pukul 8.30 malam. Konsert ini bakal menyaksikan Jamal menyanyikan 28 buah lagu popular khas buat peminat setianya di Ipoh.

"Konsert ini cukup istimewa kerana ia akan menggabungkan konsep persembahan saya ketika di Istana Budaya dan Singapura. Selain itu, persembahan saya nanti akan menampilkan tujuh segmen antaranya lagu duet, lagu-lagu dari filem, tribute untuk Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, segmen Datuk Ahmad Nawab dan juga segmen pencarian gadis Melayu," ujarnya yang akan membahagi-bahagikan persembahannya kepada tujuh segmen yang berbeza dengan seleksi lagu-lagu popularnya sejak era tahun 1980-an sehinggalah kini.

Bagi yang ingin menyaksikan persembahan Konsert Raja Pop Jamal Abdillah 2012 pada 28 Januari ini, anda bolehlah mendapatkan tiket-tiket berharga RM80, RM140 dan RM300 di www.ticket2u.biz.

Bas SKMK henti operasi 31 laluan

Posted: 14 Jan 2012 08:58 PM PST


BERMULA hari ini syarikat bas henti-henti SKMK tidak akan beroperasi di 31 laluan di Kelantan ekoran menanggung kerugian akibat kos operasi yang tinggi.


KOTA BHARU - Setelah lebih 60 tahun menjadi syarikat tunggal yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negeri ini, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) menghentikan operasi di hampir 80 peratus laluannya mulai hari ini.

Langkah untuk menghentikan perkhidmatan bas SKMK/Cityliner itu dimaklumkan oleh syarikat tersebut melalui satu kenyataan yang difakskan kepada Kosmo! di sini semalam.

Syarikat itu memberitahu, ia tidak lagi mampu untuk meneruskan operasi bas henti-henti di hampir 80 peratus laluan akibat menanggung kerugian teruk.

"Kita tidak lagi berkemampuan untuk meneruskan perkhidmatan sebagaimana sedia ada setelah beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri ini menemui jalan buntu dan gagal untuk mencapai penyelesaian," kata kenyataan itu di sini semalam.

Syarikat bas itu sebelum ini beroperasi di 37 laluan yang melibatkan 130 buah bas.

"Dengan ini, mulai hari Ahad (15 Januari 2012) perkhidmatan bas syarikat akan tergendala di 31 laluan kecuali enam laluan," katanya.

Kereta Ferrari RM2 juta remuk ketika pandu uji

Posted: 14 Jan 2012 08:56 PM PST


BEGINILAH keadaan kereta Ferrari F430 yang mengalami kerosakan akibat kemalangan di Lebuh Raya KLIA kelmarin.


SEPANG - Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.

Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.

"Kereta itu terlanggar penghadang jalan serta sebatang tiang lampu sebelum terhumban kira-kira 20 meter dari bahu jalan.

"Pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tiga maut kapal persiaran mewah terbalik di Itali

Posted: 14 Jan 2012 08:53 PM PST

KAPAL persiaran Costa Concordia senget semalam selepas ia terlanggar kawasan batu karang dekat pulau Giglio, Itali.


ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.

Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.


PENUMPANG kapal Costa Concordia tiba di Pelabuhan Porto Santo Stefano, wilayah Tuscany di Itali semalam.


Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila," kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.

"Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi," tambah Parmegiani.


GAMBAR fail pada April 2009 menunjukkan kapal persiaran Costa Concordia.


Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.

Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini.

Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.

Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.

Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang.

Pelajar cemerlang dapat rumah

Posted: 14 Jan 2012 08:52 PM PST


SAMANTHA GARVEY dipeluk ibunya, Olga Garvey (kiri) dalam satu sidang media di di Sekolah Tinggi Brentwood, New York kelmarin.


BRENTWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sikap tekun dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu akhirnya membuahkan hasil kepada seorang pelajar perempuan tidak berumah, Samantha Garvey.

Baru-baru ini, Garvey, 17 dan keluarganya ditawarkan menduduki sebuah kediaman tiga bilik oleh pentadbiran daerah ini, negeri New York pada kadar sewa yang amat rendah.

Tawaran tersebut dibuat selepas dia berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan sains berprestij Intel di AS.

Sebelum ini, mereka tinggal di sebuah pusat perlindungan untuk golongan tidak berumah di sini. Selain kediaman, pelbagai pihak turut menghulurkan derma bagi meringankan beban keluarga miskin berkenaan.

"Ini adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku kepada diri saya," kata Garvey dalam satu sidang media bersama ibu bapa dan dua adik- beradiknya serta beberapa ahli politik tempatan kelmarin.

"Inilah apa yang kami mahukan selama ini," tambahnya.


samantha menunjukkan segenggam kupang yang merupakan sebahagian projek sainsnya kelmarin di Sekolah Tinggi Brentwood, New York.


Dia adalah antara 300 remaja di seluruh AS yang berjaya mara ke separuh akhir pertandingan sains berkenaan pada minggu ini. Finalis pertandingan tersebut pula akan diumumkan pada akhir bulan ini.

Garvey yang merupakan pelajar senior Sekolah Tinggi Brentwood bercita-cita untuk menjadi seorang ahli sains marin. Dia sudah memohon untuk memasuki Universiti Yale dan Brown untuk meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah.

Gadis berkenaan diusir bersama keluarganya dari kediaman mereka menjelang tahun baharu selepas bapanya tidak mampu membayar ansuran bulanan rumah mereka.

Bapa Garvey, Leo bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunya, Olga tidak dapat bekerja selepas terbabit dalam kemalangan kereta pada Februari lalu.

Menurut broker hartanah tempatan, sebuah kediaman dengan tiga bilik tidur di lokasi berkenaan berharga sekitar AS$291,000 (RM911,702) manakala sewanya pula adalah sekitar AS$1,800 (RM5,639) sebulan.

Jadiwarganegara AS pada usia 111 tahun

Posted: 14 Jan 2012 08:51 PM PST


WARINA ZAYA BASHOU melafazkan ikrar untuk menjadi warga negara AS pada satu majlis di kediamannya di Sterling Heights, Michigan kelmarin.


STERLING HEIGHTS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita berketurunan Iraq mendapat kewarganegaraan AS pada usia 111 tahun, lapor sebuah stesen radio tempatan.

Warina Zaya Bashou mengangkat sumpah sebagai warga negara AS di kediamannya di sini, negeri Michigan kelmarin.

Stesen radio WWJ-AM melaporkan, Warina dikelilingi sekitar 12 saudara- mara dan rakannya semasa majlis angkat sumpah berkenaan berlangsung.

Menurut jurucakap Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS, Marilu Cabrera, Warina yang dilahirkan pada tahun 1900 merupakan individu kedua tertua di AS yang mengangkat sumpah kewarganegaraan.

Warga emas berkenaan memberitahu, dia mengamalkan petua meminum teh hijau agar dirinya kekal sihat.

Hafal al-Quran dalam ladang

Posted: 14 Jan 2012 08:49 PM PST

PANORAMA indah vila yang terdapat di Syamille Agro Farm & Resort.


SEKUMPULAN sepuluh pelajar berjalan penuh ceria menuju ke surau Maahad Tahfiz AnNuri untuk meneruskan pengajian. Pada masa tertentu, mereka bebas menunggang basikal di sekitar resort atau mandi-manda di sungai yang mengalir jernih di tepi madrasah.

Mereka merupakan kumpulan pertama pelajar sekolah tahfiz itu yang memulakan pengajian sejak enam bulan lalu. Mereka berusia di antara 10 hingga 20 tahun.

Belajar di sini kedengaran mengujakan. Tiada yuran pengajian dikenakan bahkan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dibiayai sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Semua kemudahan ini disediakan sehingga mereka memasuki universiti atau berhenti daripada sekolah berkenaan.

Maahad Tahfiz AnNuri berbeza berbanding sekolah tahfiz lain di negara ini kerana lokasinya di dalam kawasan resort ladang Syamille Agro Farm & Resort, terletak di Kampung Chuar Hulu dekat pekan Kati, Kuala Kangsar, Perak.

Jurutera


PANORAMA indah vila yang terdapat di Syamille Agro Farm & Resort.


Di sini, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan ilmu al-Quran bahkan boleh mempelajari cara menternak kambing, lembu dan rusa pada hujung minggu.

Haiwan itu juga merupakan sumber makanan utama mereka selain menjadi punca pendapatan sekolah berkenaan.

Malah, seorang pelajar dari Pengkalan Chepa, Kelantan, Muhammad Aiman Akraf Shamsuriah, 14, menyifatkan aktiviti memasak makanan bersama rakan lain merupakan pengalaman paling menarik di situ.

"Biasanya kami masak daging ayam kampung, rusa, kambing dan lembu yang baru disembelih.

"Kami juga berpeluang menikmati madu lebah di resort ini," katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera.

Selain menghafal 30 juzuk al-Quran dan belajar agama, pelajar turut didedahkan dengan kurikulum pendidikan yang sama seperti di sekolah biasa.

Aktiviti sekolah tahfiz ini bermula pukul 5 pagi setiap hari. Selepas solat sunat tahajud dan diikuti sembahyang Subuh, barulah rutin pembelajaran dilakukan sehingga pukul 9 malam.

Rezeki


RUSA yang pada mulanya diternak sebanyak lima ekor kini membiak kepada 27 ekor.


"Sistem tahfiz yang diterapkan di sini berbeza kerana ia mengikut sistem Turki berbanding maahad tahfiz lain di Malaysia yang menggunakan sistem hafalan al-Quran seperti di Pakistan dan Bangladesh.

"Mengikut sistem Pakistan dan Bangladesh, pelajar perlu hafal daripada surah pertama sehingga akhir secara berturutan.

"Sebaliknya bagi sistem tahfiz ala Turki pula ia boleh melompat surah lain tanpa ikut turutan tetapi konsepnya sama iaitu menghafal keseluruhan surah yang ada dalam al-Quran," beritahu seorang tenaga pengajar, Akmal Jamaluddin, 25.

Akmal yang berasal dari Johor Bahru memberitahu, sekolah tahfiz itu mengutamakan pengambilan pelajar yatim piatu atau daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Mereka datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Sebenarnya, anak yatim piatu dan orang miskin lebih komited untuk belajar kerana mereka sedar akan kesusahan keluarga mereka.

"Tahun ini kami akan mengambil seramai sepuluh lagi pelajar," ujar Akmal.


PEMBIAKAN lebah madu turut diusahakan di resort ini.


Pencetus idea sehingga wujudnya Maahad Tahfiz AnNuri bukan calang-calang orang.

Walaupun bukan lulusan bidang agama, penasihat dan Ketua Pegawai Eksekutif Syamille Agro Farm Sdn. Bhd., Mohd. Zainuri Mohd. Idrus mempunyai kisah tersendiri untuk dikongsi.

Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bersyukur kerana beliau dikurniakan rezeki yang lebih baik akhir-akhir ini.

"Rezeki yang kita terima sebenarnya ada bahagian untuk orang lain. Itulah antara punca saya membina sekolah tahfiz di sini," ungkap Zainuri yang berasal dari Perlis tetapi menetap di Subang Jaya, Selangor.

Beliau juga mahu sekolah tahfiz itu menjadi contoh dari segi kos operasi.


KOS pengajian pelajar tahfiz ini ditanggung sepenuhnya sehingga mereka menamatkan pengajian di universiti.


"Kerana itu pelajar mengusahakan sendiri ternakan kambing dan lembu yang mana hasil jualannya digunakan mereka sendiri.

"Malah, konsep ini juga akan dikembangkan di sekolah tahfiz lain dengan memberi mereka haiwan ternakan untuk dijadikan sumber pendapatan mereka," jelasnya.

Berbicara mengenai resort, beliau berkata, Syamille Resort lebih menampilkan ciri-ciri kawasan pelancongan tani, kemudahan latihan serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Pada mulanya, kawasan seluas empat hektar termasuk tahfiz itu hanya terhad untuk pembinaan sekolah tahfiz serta lima buah resort untuk kegunaan keluarga. Bagaimanapun, idea itu semakin bertambah.

Kini, resort itu mengandungi sebuah vila, sepuluh bilik resort dan empat bilik asrama.

Resort


AKTIVITI penduduk pekan Kati tertumpu kepada pertanian dan juga menoreh getah.


Bagaimanapun, ia belum membenarkan kehadiran pelancong asing kerana dikhuatiri cara pemakaian mereka boleh mengganggu tumpuan pelajar menghafal al-Quran.

Di sini juga terdapat 27 ekor ternakan rusa, kambing (836) dan lembu betina (23 ekor). Ia turut mengusahakan ternakan ikan tilapia, keli, ayam kampung dan itik selain dusun buah-buahan.

Najis haiwan itu pula tidak dibuang begitu sahaja. Sebagai contoh, najis lembu dan kambing digunakan untuk menjana gas metana bagi tujuan memasak.

Bagi pekerja resort, tempat ini banyak kelebihannya. Seorang pekerja, Muslim Mardenir, 40, yang berasal dari Jakarta, Indonesia menganggap resort berkenaan sebagai tempat kerja dan universitinya sekali gus.

"Saya dapat menambah ilmu agama dan mendalami al-Quran. Sambil bekerja saya boleh menuntut ilmu agama," katanya.

Pengurus Syamille Resort, Norzihan Abdul Halim, 32, pula berasa lucu apabila teringat gelagat segelintir pengunjung yang terkejut kerana dapat makan buah-buahan seperti langsat, rambutan serta nangka tanpa dikenakan bayaran.

"Ada pelanggan yang makan buah-buahan tersebut sehingga kembung perut. Kebanyakan pelanggan terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan yang melaksanakan kursus di sini," cerita beliau.

Seorang lagi pekerja, Rafidah Rafee, 26, ingin mempelajari cara menternak kambing dan lembu sebelum dapat menjalankan perniagaan sendiri.

"Memang bau kambing dan lembu busuk tetapi jika kita bersabar dan bersahabat baik dengan haiwan ternakan itu, hasilnya lumayan kelak," terangnya berfalsafah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved