Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Mengaku ingkar
- Hanya Media Terpilih Di Jemput Majlis Nikah Fasha
- Rozita Che Wan elak bermadu
- Usia bukan alasan berehat
- Laluan mudah untuk The Artist
- Katy Perry menang 5 anugerah PCA
- Karen Gillan bawa watak supermodel Jean Shrimpton
- Watie (Elite) & Joey Nikah Dalam Diam
- Hidup semakin indah
- Lobi syarikat induk
- Tiada rasa cemburu
- Janda serumah dengan kuda
- 'Tiada Masalah Dengan Namewee' - Produser
- Alvin Anthons Enggan Disamakan Dengan Glenn Fredly
- Jangan Pertikai Gelaran 'Datuk' Saya - Eizlan
- Britney Spears Rancang Konsep Perkahwinan 'Barbie'
- Onar dalam tren
- Hattan sah bercerai
- Fasha nafi nikah di Thailand
- Serius berlakon
- Jamal solo tanpa kekasih
- Brad Pitt mengaku tua
- Najib lancar SARA 1Malaysia
- Bayaran BR1M bermula 15 Jan.
- Samun wang RM400,000
Posted: 12 Jan 2012 07:22 PM PST Nur Fazura SELEPAS menceburi dalam bidang lakonan hampir lapan tahun, Nur Fazura mengaku dia sebenar ingkar kepada ibunya kerana meneruskan kerjaya itu sedangkan tidak mendapat restu daripada orang tuanya itu. Sejak kebelakangan ini, dia sudah mula mengurangkan pembabitannya di layar perak selepas filem Pisau Cukur. Filem terbarunya ketika ini Bujang Terlajak Belum Terlanjur arahan A Razak Mohaideen. Keputusan bersara awal itu pun bukanlah kerana tunduk dengan kehendak ibunya tetapi lebih kepada memilih karektor yang lebih baik. "Emak memang tidak suka saya berlakon sejak dari dulu lagi kerana dia mahu melihat saya terbabit dalam kerjaya lain atau perniagaan tetapi kerana minat saya teruskan juga berlakon. "Mungkin sebab sudah berusia 52 tahun dan mudah sensitif menyebabkan emak bersikap macam itu. Apapun bukan niat saya untuk menderhaka. Ini semua kerana minat," jelasnya. Mengenai 'pertikaman lidah' dengan Neelofa menerusi laman Twitter, Nur Fazura berkata, dia sebenarnya tidak suka bercerita dengan menyentuh hal peribadi orang lain. "Saya lebih gemar bercerita tentang diri saya, jadi tidak timbul persoalan berhubung rasa tidak puas hati. Kalau dia (Neelofa) berasakan kata-kata saya menyinggung perasaannya itu terpulang. Apa yang saya cakap atau twit adalah pasal diri saya," tegasnya. Nur Fazura menganggap itu hanya isu remeh dan kematangan dalam berkata-kata perlu selari dengan akal sebelum melemparkan tohmahan. Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur membariskan Saiful Apek, Johan dan Nabil. Ia dianggap membuka lembaran baru kepada pelakon ini. "Saya terima tawaran Razak sebab merasakan watak saya dalam filem ini ada kelainan dan ingin mencuba komedi ringan. Filem ini ada mesej tersendiri dan tidak memerlukan penonton untuk berfikir plot penceritaannya," katanya. Meskipun jarang muncul di filem berbanding drama, Nur Fazura yakin ada pihak sudi menawarkan watak yang diimpikan selama ini. "Ini (filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur) adalah filem pertama dan terakhir saya untuk tahun ini (2012) kerana saya lebih fokus kepada drama. Lepas ini saya sibuk dengan penggambaran dua drama arahan Erma Fatimah," katanya. Sering kali membawakan watak sama atau klise menyebabkan Nur Fazura berasa muak dan ini membuatkan dia bersikap cerewet dengan setiap tawaran yang datang. "Saya banyak tolak tawaran berlakon sebab belum ada satu watak pun yang mampu menambat hati saya untuk terbabit dalam filem. Banyak karektor yang diberikan lebih kepada watak seperti dalam filem Pisau Cukur dan drama Tahajjud Cinta. "Saya impikan watak wanita jahat yang penuh dengan perasaan benci dan dendam kerana saya nak selami hati wanita sebegini," katanya. | |||
Hanya Media Terpilih Di Jemput Majlis Nikah Fasha Posted: 12 Jan 2012 07:22 PM PST SUBANG JAYA: Pelakon Fasha Sandha hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinannya kepada enam media terpilih termasuklah mengundang wakil media tersebut meraikan majlis pernikahannya dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai). Fasha menggambarkan hanya media yang rapat dengannya akan mendapat peluang tersebut tetapi enggan menyatakan senarai media yang dimaksudkan. "Belum tiba masanya untuk saya beritahu tentang tarikh hari bahagia saya. Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira ini kepada semua. "Bagaimanapun saya tidak akan membuat pengumuman secara sidang media seperti para selebriti selalu lakukan kerana dia (Jejai) agak segan untuk menghadiri acara sebegini. "Justeru itu saya akan memilih hanya enam wakil media yang rapat untuk mengumumkan hari bahagia itu," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu. Baru-baru ini, sebuah laman blog melaporkan bahawa pelakon yang popular dengan drama Cinta Elisa itu kini sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya Dikhabarkan juga, perkahwinan Fasha dan bekas suami kepada pelakon Nora Danish itu akan berlangsung pada 28 Mac depan iaitu sempena tarikh ulang tahun kelahiran Fasha. Bagaimanapun, pelakon jelita itu menafikan akan berkahwin pada tarikh tersebut kerana dia akan ke Perancis untuk penggambaran drama slot Akasia TV3 berjudul, Seindah Safura. "Jangan pula ada yang membuat spekulasi bahawa tarikh perkahwinan saya jatuh pada hari jadi saya. Itu tidak benar kerana saya akan sibuk dengan penggambaran di Perancis. "Ada juga gosip kononnya saya akan berkahwin di Thailand. Tak mungkinlah," selorohnya. Mengenai ABPBH2011, Fasha turut menerima pencalonan bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular. | |||
Posted: 12 Jan 2012 07:21 PM PST
KECANTIKAN wajahnya sentiasa menjadi dambaan lelaki tak kira tua mahupun muda. Namun tidak dinafikan wujud perasaan cemburu pada sesetengah peminat wanita. Masakan tidak pada usia 38 tahun, pelakon yang mendapat jolokan 'artis bergetah', Rozita Che Wan terus anggun dan mudah mencairkan hati lelaki. Biarpun begitu, Rozita memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup walaupun telah sembilan tahun memegang status ibu tunggal. Malah tegas aktres cantik itu, dia tidak akan sesekali merampas hak orang lain demi kebahagiaan dirinya. "Pilih suami bukan perkara mudah untuk saya dan saya memang sangat berhati-hati dalam memilih perkara yang satu ini. "Jadi saya rasa wanita di luar sana tidak perlu untuk mencemburui saya kerana saya tidak akan sesekali merampas hak milik orang lain," katanya yang ditemui ketika hadir memenuhi undangan untuk Jom Chat Bersama... di ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad baru-baru ini. Sering dikaitkan bercinta dengan jejaka yang jauh lebih muda dari usianya, menurut Rozita, bukan niatnya memilih lelaki muda sebagai buah hati. Bagi Rozita sendiri, dia senang memilih untuk berkawan dengan lelaki bujang kerana tidak mahu dituduh sebagai perampas. "Pilihan saya bukan semestinya lelaki muda. Mungkin ini adalah secara kebetulan sahaja. "Bagaimanapun saya akui saya agak cerewet di dalam memilih teman hidup," katanya yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan juara Akademi Fantasia 8, Shahir dan terbaru, aktor muda, Zain Saidin. Besar kepala Tidak dinafikan, perjalanan seni Rozita juga agak berbeza daripada pelakon wanita lain apabila hanya aktif dalam dunia lakonan pada usianya mencecah awal 30-an. Biarpun kelihatan sedikit lewat namun pembabitan Rozita memberi kesan kepada industri seni tanah air dan tawaran lakonan terus mencurah-curah sehingga kini. Percaya dengan kemampuannya sebagai pelakon, wanita cantik itu khabarnya sudah mula besar kepala apabila dikatakan mula meminta bayaran tinggi. "Saya percaya dengan komitmen yang mampu saya berikan. Jadi rasanya tidak salah untuk saya meminta bayaran yang setimpal. "Bagi saya sendiri ini merupakan masa yang sesuai untuk meletakkan harga untuk setiap kerja saya memandangkan saya masih diterima di dalam industri. "Sebagai pelakon saya tahu saya tidak selamanya mampu berada di tahap saya berada kini," katanya. Ibu kepada dua anak bujang Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14, juga menegaskan pembabitannya dalam dunia seni bukan untuk mencari glamor dan populariti semata-mata. "Tujuan utama saya memasuki dunia lakonan adalah untuk mencari rezeki yang halal untuk anak-anak saya," kata pelakon yang berasal dari Kedah itu lagi. Sesuai dengan umurnya kini, Rozita juga memberitahu, dia semakin matang memikirkan arah tuju hidupnya. Sedar akan kegemilangan yang dikecapi seorang anak seni itu akan hilang suatu hari nanti, Rozita kini sedang berjinak-jinak untuk meluaskan rezekinya ke dalam bidang perniagaan. "Mungkin pada tahun ini saya akan melancarkan jenama tudung saya sendiri, Padussi yang bermaksud wanita dalam bahasa Minang. "Perniagaan ini juga akan disertai adik beradik saya yang lain," katanya yang akan turut mereka sendiri tudung jenamanya itu. | |||
Posted: 12 Jan 2012 07:20 PM PST
TERGAMAM seketika apabila pengacara Aznil Nawawi memberitahu dia akan terus sibuk sepanjang tahun 2012. Ia termasuk akan terlibat dengan tujuh program kendaliannya dalam pelbagai genre. Mana tidaknya, pada usia di ambang setengah abad atau lebih tepat 49 tahun, Aznil masih lagi bersemangat dan bekerja keras mencari rezeki menerusi bidang pengacaraan. Sempat juga ditanya kepada anak jati Kuala Lumpur itu dari mana datang kudratnya untuk terus berada di pentas seni sekali gus menggenggam kemas status sebagai pengacara terulung negara. Sambil ketawa kecil, Aznil berkata, dia tidak pernah memikirkan soal penat dan jauh sekali untuk merungut. Bagi Aznil, jika minat dan kesungguhan mengatasi segala-galanya, semua akan menjadi mudah. "Kalau anda bertanya tentang tenaga yang saya miliki, jawapannya cukup mudah. Semua adalah daripada tugas saya sendiri. Apabila saya melakukan sesuatu tugas itu, saya akan mencurahkan dengan sepenuh hati tanpa memikirkan penat dan lelahnya. "Saya sudah berada dalam industri ini hampir suku abad. Rasanya kalau saya sendiri tidak kuat dan tidak bersungguh-sungguh dalam kerjaya saya, pasti saya tidak akan berada selama ini di dalam industri. "Untuk kekal lama, kita harus sentiasa gembira dan ikhlas melakukan setiap apa yang dilakukan kerana ia akan terpancar menerusi hasil kerja kita," kata Aznil penuh luhur dalam satu pertemuan bersama Hits di ibu negara, baru-baru ini. Atas alasan itu, Aznil memberitahu dia akan terus 'mengganas' di kaca televisyen menerusi tujuh program yang akan dikendalikannya. Kata Aznil, walaupun ada yang berpendapat dalam usianya kini dia seharusnya memperlahankan aktiviti seninya, namun bagi Aznil itu bukan alasan kukuh berbuat demikian. "Saya akan terus bekerja selagi saya termampu. Selagi minat saya terus bercambah, selagi itu saya akan meneruskan perjuangan dalam bidang seni. "Tiada alasan untuk saya berehat atau mengundurkan diri sebagai seorang anak seni. Insya-Allah, selagi Allah SWT memberikan tenaga dan kudrat, saya tidak akan berhenti untuk memberikan hasil kerja yang terbaik," ikrar Aznil yang mula menempa kemasyhuran sebagai pengacara rancangan permainan hiburan, Pop Kuiz pada awal 90-an itu lagi. Harapan Bakal memulakan misi pencarian bakat baru dalam bidang pengacaraan pada uji bakat pertama di Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini (14 dan 15 Januari), sesungguhnya Aznil mengharapkan peserta yang hadir bersiap sedia sepenuhnya. Malah dia memberitahu akan berfikiran terbuka untuk berhadapan dengan peserta yang memiliki idea kreatif serta hadir dengan personaliti dan gaya tersendiri dalam membentuk diri mereka sebagai seorang pengacara. "Sudah pasti ini adalah cabaran untuk saya dalam mencungkil bakat-bakat baru ini yang saya percaya mempunyai idea baru dan segar untuk merobah senario dunia pengacara hari ini. "Jika dahulu, gaya persembahan saya kerap dikritik dan sukar sekali diterima tetapi lama-kelamaan apabila sering didedahkan, akhirnya masyarakat menerimanya dengan terbuka. "Skop dunia pengacaraan ini sebenarnya luas dan tidak boleh terlalu berfikiran sempit serta mengongkong diri kita untuk berada dalam satu acuan yang sama. Itu yang saya mahu lihat menerusi program On Air ini," ujar Aznil penuh harapan. Menerusi On Air juga, Aznil yang memegang portfolio sebagai ketua juri itu tidak keseorangan, tetapi bakal dibantu oleh sahabatnya yang juga pengacara terkenal, Suhaimi Sulaiman. Bukan itu sahaja, sesi uji bakat yang akan berlangsung di Pulau Pinang akan turut disertai oleh bekas pengacara Nona, Datin Seri Normala Shamsudin. "Ibaratnya On Air ini juga bagaikan satu pertemuan kecil dengan kawan-kawan saya yang turut berkecimpung dalam dunia pengacaraan seperti Dang Suria Zainurdin dan Sarimah Ibrahim. "Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk musim pertama ini. Tetapi seandainya kami mendapat 50 orang peserta yang benar-benar layak, itu pun sudah memadai," kata Aznil tersenyum. On Air yang diterbitkan oleh Azlan Zanudin itu dijangka siarannya pada April atau Mei ini di saluran Astro Ria. | |||
Posted: 12 Jan 2012 07:19 PM PST Musim anugerah di Hollywood telah bermula dan filem hitam putih The Artist dilihat berpotensi besar untuk merangkul dan mendominasi acara anugerah berprestij. Walaupun berdepan dengan saingan sengit daripada filem-filem hebat sepanjang tahun 2011 antaranya The Help, The Descendants, Hudo, The Ides of March, Bridesmaids, Midnight In Paris dan Moneyball, The Artist dikatakan mempunyai sebab tersendiri untuk menjadi pilihan majoriti dalam mengungguli musim anugerah kali ini. Namun apa juga andaian, musim anugerah di Hollywood juga tidak pernah terlepas daripada kejutan. Berbalik kepada The Artist, faktor utama filem itu menjadi perhatian adalah kerana keunikan yang ditampilkan. Selepas sekian lama Hollywood tidak menghasilkan sebuah filem bisu hitam putih, The Artist berani menongkah arus untuk muncul pada era ini. Pada masa yang sama,ia juga dianggap memiliki resipi lengkap untuk dianugerahkan sebagai juara lantaran ia lengkap dengan segala rencah - humor, bijak, bersemangat, keaslian dan jalan cerita yang dekat dengan khalayak. Selalunya lima faktor itu yang dirangkumkan dalam sebuah filem akan menjadi sebuah karya agung dan mampu menjadi malar segar. Di sebalik deretan filem popular yang mencatatkan kutipan pecah panggung sepanjang tahun lalu, The Artist hadir tepat pada masanya apabila memperkatakan tentang sebuah filem asli. Atas alasan itu jugalah, filem arahan Michel Hazanavicius itu dijangka menang mudah pada Anugerah Golden Globe Ke-69 yang berlangsung 15 Januari ini (Isnin waktu Malaysia) di Los Angeles, Amerika Syarikat. Untuk edisi kali ini, The Artist mendahului senarai pencalonan untuk enam kategori iaitu Filem Komedi atau Muzikal, Pelakon Lelaki Filem Komedi atau Muzikal, Pengarah, Lakon Layar dan Skor Muzik Asal Terbaik. Ternyata pencalonan itu membuatkan hati Hazanavicius girang apabila karyanya yang satu ketika dulu pernah dipandang sepi kini diiktiraf oleh anugerah berprestij di Hollywood. Ilham untuk menzahirkan The Artist sebenarnya bukan baru. Hazanavicius sudah merancang filem tersebut sejak sedekad yang lalu. Puas dijaja naskhah tulisannya itu kepada studio terkemuka dan pelabur serta penerbit filem tetapi tiada seorang pun yakin dengan The Artist kerana Hazanavicius tetap dengan pendiriannya yang mahu melahirkan filem bisu hitam putih. Rezeki tetap berpihak kepada pengarah kelahiran Perancis itu apabila Thomas Langmann sanggup menerbitkan filem itu. Walaupun sebuah filem Perancis tetapi ia mengambil tempat ketika zaman kegemilangan Hollywood pada akhir tahun 20-an dan awal tahun 30-an yang ketika itu filem bisu menjadi perhatian ramai. Lakonan dua pelakonnya, Jean Dujardin dan Berenice Bejo juga mendapat pujian dan tidak mustahil untuk masing-masing menerima trofi Golden Globe dalam kategori yang dicalonkan. Seperti yang dikatakan tadi, kejutan memang tidak dapat lari. Siapa tahu, filem Bridesmaids yang dicalonkan untuk kategori Filem Komedi atau Muzikal mampu meraih anugerah utama itu. Bukan sebuah filem komedi biasa, Bridesmaids sememangnya mengejutkan ramai pihak apabila meraih perhatian meluas dalam musim anugerah kali ini. Dalam kategori Drama pula, filem The Help dilihat berpotensi besar untuk meraih trofi Filem Drama Terbaik. Seperti mana Bridesmaids, filem yang mengisahkan tentang kemelut golongan kulit hitam yang bekerja sebagai orang gaji di Amerika Syarikat pada tahun 1950-an itu telah menjadi perhatian sejak awal lagi. Selain itu, The Help turut dicalonkan untuk empat kategori lain termasuk Pelakon Filem Wanita Drama Terbaik untuk Viola Davis dan dua pencalonan bagi Pelakon Pembantu Filem Wanita Terbaik (Jessica Chastain dan Octavia Spencer). | |||
Katy Perry menang 5 anugerah PCA Posted: 12 Jan 2012 07:18 PM PST LOS ANGELES 12 Jan. - Katy Perry memenangi lima kategori utama pada majlis anugerah tahunan People's Choice Awards ke-38 anjuran rangkaian televisyen CBS di sini, semalam. Perry, yang tidak hadir pada majlis itu, merangkul trofi dalam lima kategori iaitu Penyanyi Wanita Paling Diminati, Siri Jelajah Paling Diminati, Lagu Paling Diminati - melalui lagunya E.T, video muzik terbaik (Last Friday Night) dan Pelakon Jemputan Siri Televisyen Paling Diminati (How I Met Your Mother). Perry memberitahu peminatnya melalui mesej Twitter pada awal minggu berhubung ketiadaannya pada majlis itu berikutan perceraiannya dengan Russel Brand, namun mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memilihnya memenangi anugerah berkenaan. Filem terakhir Harry Potter iaitu Harry Potter and The Deathly Hallows yang dibintangi Daniel Radcliffe berada di tempat kedua di belakang Perry, memenangi empat anugerah iaitu Filem Paling Diminati, Filem Aksi Paling Diminati, Adaptasi Buku Paling Diminati dan Gandingan Pelakon Paling Diminati. Bagaimanapun kesemua pelakon filem itu tidak menghadiri majlis tersebut yang dihos oleh bintang siri televisyen The Big Bang Theory, Kaley Cuoco. Ellen DeGeneres, Nina Dobrev, Chloe Grace Moretz, Adam Levine, Lea Michele dan Demi Lovato turut memenangi anugerah berdasarkan undian peminat yang dilakukan melalui Internet. Sementara itu, Emma Stone dan Johnny Depp pulang dengan trofi masing-masing selepas merangkul anugerah Pelakon Wanita Paling Diminati dan Pelakon Lelaki Paling Diminati. Depp turut memenangi anugerah Suara Latar Filem Animasi Paling Diminati melalui filem Rango dan Stone menerima anugerah Pelakon Komedi Wanita Paling Diminati. Neil Patrick Harris pula memenangi Pelakon Komedi Lelaki Paling Diminati dan siri televisyen lakonannya, How I Met Your Mother merangkul anugerah Rangkaian Siri Televisyen Komedi Paling Diminati. | |||
Karen Gillan bawa watak supermodel Jean Shrimpton Posted: 12 Jan 2012 07:18 PM PST
LOS ANGELES 12 Jan. - Pelakon siri televisyen Doctor Who, Karen Gillan mengakui tidak pernah mengambil serius tentang kerjaya menjadi seorang model. Gillan, 25, diberi watak sebagai Jean Shrimpton, seorang daripada supermodel pertama di dunia pada 1960 dalam drama terbarunya, We'll Take Manhattan yang akan ditayangkan di saluran BBC4. Menurutnya, dia memahami peranan supermodel itu. "Sebagai model, saya hanya perlu melakukan apa yang diberitahu dan ia tidak menyusahkan kerana saya rasa ia tidak memerlukan banyak latihan. "Saya tidak pernah mengambil serius tentang kerjaya menjadi seorang model, jadi saya tidak merasai tekanan itu," katanya kepada majalah Stylist. Gillan turut menyatakan bahawa dia tidak berjumpa dengan Shrimpton ketika membuat persediaan bagi watak tersebut, namun dia pernah membaca autobiografi mengenai supermodel itu. "Saya tidak mempunyai peluang kerana Shrimpton agak sibuk menguruskan hotelnya di Penzance," jelasnya. "Autobiografi itu ditulis Shrimpton ketika dia berada di kemuncak kemasyhuran, jadi dia jujur tentang pendapatnya mengenai bidang pemodelan," ujar Gillan. | |||
Watie (Elite) & Joey Nikah Dalam Diam Posted: 12 Jan 2012 07:16 PM PST PETALING JAYA: Ketika orang tertanya-tanya sejauh manakah hubungan pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dengan Zulkifli Daud (Joey), 38, pasangan tersebut rupa-rupanya dilaporkan sudah berumah tangga dalam diam. mStar Online dimaklumkan mereka telah bernikah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing pada hujung tahun lalu. Watie yang dihubungi bagaimanapun enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan tentang hal tersebut. "Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu. "Kami mahu keadaan 'panas' yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum. "Lagipun saya perlu meminta izin daripadanya (Joey) sebelum membuat sebarang kenyataan. Maklumlah, sekarang ini kami sudah 'berdua'," katanya. Tambah Watie, dia akan mencari tarikh sesuai untuk membuat pengumuman tersebut sebelum Joey sibuk dengan aktiviti konsert jelajah bersama kumpulan Exist tidak lama lagi. Joey, yang merupakan vokalis kumpulan Exists mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5, hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noraini Mohamad Nasir. Mereka telah bercerai pada 8 Ogos tahun lalu. Begitu juga dengan Watie yang telah mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, 5, hasil perkahwinan terdahulu. Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor. Sementara itu, kata Watie, dia bersyukur, walaupun terpaksa berdepan dengan kontroversi, kerjaya lakonannya masih lagi tidak terjejas. "Alhamdulillah, sejak tahun lalu hingga sekarang, tawaran lakonan yang saya terima tidak putus-putus. Cuma, kerjaya Joey yang menerima kesan yang banyak. "Bagaimanapun, saya berharap, tahun 2012 memberi satu sinaran buat kami agar bahagia dan serta menjadi pembuka rezeki untuk kami sekeluarga," ujarnya. | |||
Posted: 12 Jan 2012 07:13 PM PST ASYIK rasanya memerhati setiap satu 'timeline' Twitter si pemilik senyuman manis juga juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan. Larut malam memang mengundang senyum sendiri memantau persoalan yang dilontarkan kepadanya dan setiap jawapan yang diberi. Beratus-ratus soalan diberikan oleh peminatnya dan jika ada kelapangan, lekas Asyraf menjawabnya.
Kiranya, program televisyen yang pernah dikendalikannya sebelum ini, Soal Asyraf sudah diteruskan pula di laman sosial Twitter miliknya pula. Kelakarnya, undangan ke sesi fotografi petang itu juga dilakukan menerusi Twitter saja kebetulan asyik melihat reaksi Asyraf kepada setiap pengikutnya. "Saya sendiri kagum apabila sudah boleh mendekatkan diri dengan mereka yang dahagakan jawapan dengan cara yang mudah. Maklumlah, Twitter sedang 'in' sekarang dan saya tidak mahu ketinggalan," katanya. Mengenakan persalinan moden tanpa kopiah yang sinonim dengannya sebelum ini, anak muda berusia 27 tahun juga kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini tampak berbeza dan lebih dinamik. Mengakui sedikit janggal pada mulanya, namun selepas diajak bersembang dan mengalih tumpuannya daripada sibuk membelek pakaiannya, Asyraf mula rancak berkongsi cerita mengenai 'dakwah moden' yang kini menjadi rutin harian setiap malam. "Macam ketagih pun ada juga apabila sibuk melayan Twitter kerana ia mengkhayalkan dan mengisi masa dengan rasa seronok. Isteri saya sendiri pernah bertanya kerana ada kalanya saya tersenyum sendiri ketika membelek telefon. Namun alhamdulillah, dia memahami dan menyokong apa yang saya lakukan. "Bayangkan, setiap malam sebelum tidur atau ketika ada saja kelapangan, saya akan lekas membuka akaun Twitter dan sebolehnya menjawab semua yang bertanya. Walaupun begitu banyak soalan yang diajukan, saya akan cuba untuk melayan setiap satunya. "Adakalanya saya sendiri tergelak kerana saya sudah seperti guru agama alam maya pula. Namun itulah keseronokan dan kepuasan yang saya terima apabila berjaya meringankan kekalutan seseorang atau menjawab kekeliruan yang ada. Sekurang-kurangnya, ruang sesawang sosial seperti ini tidak hanya berfokus pada keseronokan duniawi semata-mata. "Jujurnya saya berpendapat, kaedah ini adalah terbaik dalam meletak usaha mendekatkan diri dengan golongan remaja dan belia. Mereka mungkin segan atau sukar untuk bertanyakan kepada mana-mana guru agama, mungkin payah untuk ke masjid mengikuti kelas agama. Lantas dengan bertanya menggunakan Twitter, apa yang membingungkan mereka dapat juga diselesaikan. "Saya sangat gembira apabila begitu ramai golongan remaja yang mendekati serta berani bertanyakan soalan. Ini satu perkembangan yang baik apabila semua orang semakin nampak ia adalah satu ruang untuk merujuk sebarang keraguan," katanya. Kelakar apabila meneliti setiap soalan yang diberi dan ada juga antara pengikutnya yang bertanyakan soalan-soalan yang tidak relevan. Seolah-olah saja mengusik atau memperlekeh, ada juga antaranya yang tanpa segan silu menyentuh soal sensitif yang membuatkan graduan Syariah dari Universiti Malaya ini berkerut dahi sebelum membalas. Jelas Asyraf, jika ada yang melampau atau menyentuh soal sensitif, ia akan dibiarkan saja. "Namanya pun medium komunikasi yang tiada batasan, lantas soal persoalan pelik dan tindakan sesetengah yang ada kalanya melangkaui imaginasi itu sudah pasti terjadi. Namun berpaksikan pada fikiran yang waras dan pandangan yang optimis, saya hanya membiarkan saja atau cuba mengelak untuk melanjutkan komunikasi itu. "Ada sesetengah mereka yang menghantarkan pesanan dan mesej secara peribadi (direct message) dan bertanyakan hal-hal 'dalam kain' hingga membuatkan saya sendiri malu dan berkerut dahi membacanya. Namun perlu diingat, nawaitu saya adalah ingin membantu dan berkongsi ilmu. Jadi sebolehnya saya akan cuba menjawab atau meninggalkan pesanan. "Membaca segala soalan dan masalah yang dipaparkan kepada saya sudah menjadi satu komitmen dan tanggungjawab yang baru. Kini saya akan meluangkan masa untuk membantu setiap mereka yang mengharapkan jawapan. "Saya melihat daripada perspektif berbeza. Jika mereka sudah selesa bertanya dan melontarkan apa saja keraguan yang ada, ia bermaksud mereka sudah percaya dan yakin. Bukankah ini satu kaedah yang baik dan bijak," katanya yang boleh diikuti menerusi www.twitter.com/imammudaasyraf. Mengalih sedikit topik perbualan petang itu, sisi peribadi Asyraf yang begitu bijak menyusun kata ini adalah sempurna dan kemas. Selain berjaya menempa nama sebagai seorang pelapis ilmu Islam muda dan memiliki profil kerjaya yang stabil, Asyraf juga kini bahagia menyulam cinta bersama keluarganya. Berkahwin Februari dua tahun lalu bersama pilihan hatinya, Nur Husna Yusoff yang tiga tahun lebih muda daripadanya, diari hidupnya kini kian bersinar apabila dikurniakan anak pada 18 November lalu, Muhammad Aisy Raihan. "Alhamdulillah hidup saya semakin indah. Selain berusaha menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan sentiasa peka dengan komitmen yang ada, saya diberikan pula cenderahati istimewa apabila Aisy muncul melengkapkan lagi kebahagiaan yang ada. "Rezeki yang melimpah ini membuatkan saya bersyukur dan tidak mahu hanyut," katanya merendah diri. | |||
Posted: 12 Jan 2012 07:12 PM PST LANCAR...Jeff (dua dari kiri) pada majlis pelancaran bateri boleh cas semula Evolta, semalam. PANASONIC Malaysia Sdn Bhd berazam untuk membawa lebih banyak pelaburan ke negara ini menerusi pelbagai cabang pengeluaran produk syarikat induknya yang berpangkalan di Jepun. Pengarah Urusannya, Jeff Lee berkata, pihaknya akan berusaha melobi dan meyakinkan syarikat induknya itu untuk membuka lebih banyak kilang pengeluaran di negara ini berdasarkan pelbagai faktor galakan oleh kerajaan dan dilihat jauh dari unsur kemusnahan akibat bencana alam.
Panasonic melalui syarikat terbarunya, Panasonic Energy Malaysia Sdn Bhd akan membuka kilang pengeluaran panel solar bersepadu merangkumi wafer, sel dan modul di tanah seluas 70,000 meter persegi di Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah.
| |||
Posted: 12 Jan 2012 07:10 PM PST ERAT...pemilik butik Busana Jalanan dari kiri, Suriyati, Jida, Fadilah, Farah Adeeba, Nurul Azwin dan Nina. WALAUPUN sudah mempunyai nama sebagai jenama pakaian Muslimah, butik Najjah, Serikapas, Saraya Zahret dan NainiKifli mahu mewujudkan kawasan membeli-belah dengan jolokan Busana Jalanan di The Strand Kota Damansara bagi memberi peluang kepada wanita memilih kepelbagaian pakaian dengan fesyen terkini pada harga berpatutan. Keempat-empat pemilik butik ini yakin perniagaan berlandaskan Islam dengan persaingan sihat mampu mengembangkan ekonomi selain perasaan ingin membantu sesama sendiri tanpa rasa iri hati sebaliknya, saling memberi sokongan supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran membeli-belah yang diinginkan. Bagi pemilik Najjah, Farah Adeeba Mohamed Ashraf dan Nurul Azwin Musa, ketika membuka butik pada Ogos 2010, tidak banyak butik Muslimah beroperasi. Mula beroperasi pada Jun 2010, setiap pakaian mempunyai keistimewaan tersendiri daripada segi potongan serta jahitan yang mampu menyerlahkan penampilan si pemakai. Selain pakaian, turut disediakan tudung sedia dipakai bersengkuap daripada fabrik renda serta kelengkapan haji dan umrah. Pemilik Serikapas, Fadilah Abdul Hamid mengakui tidak wujud rasa tidak puas hati atau cemburu dengan kelebihan masing-masing. "Sebaliknya kami saling memberikan pendapat dan berkongsi masalah bagi meningkatkan kualiti pakaian serta layanan kepada pelanggan. Malah kami akan mengesyorkan pakaian yang ada di butik lain sekiranya pakaian yang ada di sini kurang sesuai," katanya. Wanita yang ingin mendapatkan pakaian ke pejabat dan kasual boleh mengunjungi butik Saraya Zahret yang terletak bersebelahan dengan butik yang lain. Pemiliknya, Suriyati Daman, memberitahu pengalamannya yang sukar mencari pakaian sesuai ke pejabat menyebabkan dia membuka butik bagi memenuhi keperluan wanita berkerjaya. Keistimewaan adalah pada teknik suai padan pada setiap helaian yang membolehkan wanita menukar gaya pada setiap hari. "Setiap rekaan tampil berbeza sama ada daripada segi potongan serta fabrik digunakan. Antaranya skirt, seluar, gaun labuh dan blaus yang bukan saja sesuai digayakan ke pejabat tetapi juga untuk majlis kasual," katanya. Suriyati gemar menggunakan fabrik bercorak pada pakaian yang mudah disuai padan dengan seluar atau skirt. Selain pakaian, pemilihan tudung sedondon mampu memberikan gaya berbeza kepada wanita. Pasangan dua beradik yang hanya mahu dikenali sebagai Nina Zulkifli dan Jida Zulkifli mengakui, kali pertama melihat lokasi untuk menempatkan butik Naini Kifli mereka terus terpikat memandangkan kawasannya strategik, tidak sesak serta mempunyai banyak pilihan untuk membeli-belah. Mula dibuka pada Jun 2011, Naini Kifli menyediakan himpunan eksklusif untuk gaya ke majlis kasual atau rasmi. Antara padanan disediakan termasuk gaun labuh, kaftan, jubah, perhiasan, selendang serta tudung sedia dipakai dengan rekaan bermanik. Menggunakan fabrik bermutu seperti lycra, renda dan sifon, pemakaiannya terletak cantik pada tubuh si pemakai. "Setiap rekaan kami tampilkan berbeza namun masih memenuhi ciri wanita Muslimah. Menerusi potongan yang unik serta perincian manik menjadikan setiap helaian mempunyai keistimewaan tersendiri," ujarnya. | |||
Posted: 12 Jan 2012 07:09 PM PST LADY GREY TOO yang berusia tiga tahun, diberi minuman oleh Stephanie di ruang tamu rumah wanita itu di Back, Scotland. EDINBURGH: Seorang wanita bertegas enggan berpindah atau mengubah cara hidupnya walaupun tindakannya hidup bersama seekor kuda kecil dibantah jiran. Di sebuah rumah separa berkembar sederhana di kawasan terpencil di Back, Pulau Lewis, Scotland, Stephanie Noble memilih untuk menjaga kuda itu sebagai teman hidupnya.
Stephanie, 60-an, menyediakan 'tilam' diperbuat daripada jerami untuk Grey Lady Too, selain menggunakan kerusinya menjadi tempat meletak makanan untuk haiwan berkenaan.
Stephanie pula berkata, dia berhak melakukan apa saja di rumahnya.
"Mengapa tiada sesiapa merungut mengenai itu?" katanya. | |||
'Tiada Masalah Dengan Namewee' - Produser Posted: 12 Jan 2012 07:08 PM PST PETALING JAYA: Syarikat produksi Prodigee Media dan UB Prodigee Entertainment menolak dakwaan kru penggambaran filem Hantu Gangster terpaksa 'angkat kaki' berikutan tidak sehaluan dengan pengarahnya, Namewee. Produser filem tersebut Fred Chong berkata, hanya masalah kecil sahaja berlaku dalam produksi tersebut membabitkan beberapa kru sampingan seperti pembuat air dan runner yang mempunyai masalah dengan pengarah itu. "Sebenarnya ia bukanlah satu isu besar dan tiada masalah pun kerana kru utama seperti pengarah seni dan pekerja kreatif Hantu Gangters masih lagi kekal bersama kami. "Mereka juga pernah bekerjasama dengan Namewee dalam filem Nasi Lemak 2.0 tahun lalu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Fred diminta mengulas kononnya terdapat rasa tidak puas hati kru produksi filem Hantu Gangster terhadap cara kerja Namewee, sehingga menyebabkan mereka menarik diri untuk terlibat dengan pembikinan filem itu. Dalam pada itu, Fred menambah, dia tidak menganggap hal tersebut telah mengganggu penggambaran yang hanya berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi yang bermula sejak sebulan lalu. Katanya, kru produksi yang sering bersilih ganti dalam sesebuah produksi adalah satu perkara biasa. "Biasalah kalau sesebuah produksi terpaksa menukar kru kerana ia membabitkan keserasian antara satu sama lain ketika bekerja. "Dan apabila merasakan tidak sehaluan mereka akan mengundur diri. Apa-apa pun, ia tidak menjejaskan penggambaran Hantu Gangter. "Malah baik daripada segi kerjasama para pelakon dan Namewee, mereka sangat profesional," ujarnya. Hantu Ganster mengisahkan tentang tiga kumpulan gengster daripada latar belakang budaya yang berbeza, berganding bahu dalam mempertahankan keluarga melalui bantuan seorang pencuri. Antara barisan pelakon yang membintangi filem komedi seram ini ialah Noh, Mizz Nina, Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Datuk Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Taijuddin Bakar, Dennis Lau dan beberapa pelakon tambahan. | |||
Alvin Anthons Enggan Disamakan Dengan Glenn Fredly Posted: 12 Jan 2012 07:07 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi baru Alvin Anthons, 36, enggan imejnya disamakan dengan penyanyi Indonesia, Glenn Fredly sebaliknya mahu dinilai menerusi kemunculan single lagu pertamanya berjudul Berdua. Alvin yang merupakan penyanyi baru di bawah naungan syarikat Wake The Baby, berkata, imej itu bukan sahaja digayakan ketika di atas pentas, tetapi juga diluar ketika beriadah. "Apa yang anda lihat sekarang adalah diri saya tanpa meniru gaya siapa-siapa termasuklah Glenn. "Apa yang saya inginkan ialah agar lagu pertama saya, Berdua menjadi hit dan menjadi kegemaran kepada para peminat muzik tempatan," katanya. Beritahu Alvin, lagu genre pop rock itu merupakan percubaan pertamanya selepas 10 tahun menyimpan impian untuk bergelar penyanyi profesional. Tambahnya yang berbangsa India ini, usia yang agak lanjut juga bukanlah satu penghalang untuk memperkenalkan bakat nyanyian kepada umum. "Saya percayakan dengan bakat yang ada. Tambah pula bekerjasama dan duduk di bawah naungan Ajai merupakan satu peluang yang besar sekali gus memberi keyakinan untuk saya pergi lebih jauh dalam bidang ini. "Pada bulan Mac depan, saya akan muncul dengan sebuah album mini memuatkan sebanyak empat buah lagu baru," ujarnya yang begitu fasih berbahasa Malaysia. Sementara itu, Ajai pula berkata Alvin mempunyai nada suara yang cukup unik dan yakin penyanyi baru itu mampu menarik perhatian umum menerusi lagunya. "Selain fasih berbahasa Malaysia, Alvin mempunyai bakat yang besar dalam dirinya. "Dia juga merupakan artis bukan Melayu pertama Wake The Baby. Tahun ini saya akan mencari lebih ramai lagi artis bukan Melayu untuk menyertai syarikat saya ini," tuturnya. | |||
Jangan Pertikai Gelaran 'Datuk' Saya - Eizlan Posted: 12 Jan 2012 07:06 PM PST SHAH ALAM: Pelakon Datuk Eizlan Yusof meminta orang ramai tidak mempersoalkan gelaran Datuk yang diterimanya kerana ia adalah sesuatu yang istimewa kurniaan pihak Istana Pahang. Eizlan, 41, atau nama sebenarnya Idris Md Yusof berkata, individu yang mempertikaikan kurniaan tersebut seolah-olah tidak mempercayai kredibiliti dan kemuliaan istana yang harus dihormati. "Saya tidak faham kenapa ada pihak yang ingin mempertikaikan kurniaan tersebut? Ia diberi oleh istana dan bukan saya yang minta. Ia juga seolah-olah menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak istana. "Sudah lebih 18 tahun saya berada dalam industri ini, saya tidak mudah untuk tunduk dengan tohmahan orang terhadap saya," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis sidang media filem Pak Pung, di sini, Khamis. Eizlan diminta mengulas mengenai cakap-cakap segelintir pihak yang mempertikaikan sumbangannya dalam bidang seni sehingga melayakkan dia untuk dikurniakan gelaran Datuk. Pada 22 Disember lalu, Eizlan dan beberapa artis lain antaranya Datuk AC Mizal dan Datuk Fazley Yaakob dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ke-81. Dalam pada itu Eizlan berkata pihak Istana Pahang juga mempunyai sebab tersendiri dalam memilihnya sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut dan menolak dakwaangelaran tersebut dibelinya untuk tujuan tertentu. "Apabila ada pihak mencadangkan nama saya untuk menerima gelaran berkenaan dan pihak istana meminta agar saya menghantar butiran diri, takkan saya hendak ingkar? "Prosedur yang melayakkan saya menerima gelaran itu juga bukan ditentukan oleh saya atau pihak pencadang sebaliknya ditentukan sendiri oleh Sultan," ujarnya. Eizlan memberitahu dia tidak kisah dengan kata-kata negatif terhadapnya selain merasakan tidak perlu menjelaskan kepada umum mengapa dia layak menerima anugerah terbabit. "Rasanya tidak perlulah saya menghebohkan kepada satu dunia mengenai pencapaian atau kejayaan yang telah saya kecapi sehingga dikurniakan gelaran itu. "Saya lebih selesa untuk berdiam diri dan membiarkan segelintir pihak yang tidak puas hati terus mempersoalkannya," ujar Eizlan. | |||
Britney Spears Rancang Konsep Perkahwinan 'Barbie' Posted: 12 Jan 2012 07:04 PM PST PENYANYI terkenal, Britney Spears dikhabarkan sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya dengan Jason Trawick dan berkira-kira untuk menghasilkan konsep istimewa untuk hari bahagia itu nanti. Britney memberitahu konsep pernikahan seperti patung Barbie yang sangat diminatinya semasa kecil. "Dia mahukan perkahwinan kali ketiganya itu seperti kisah dongeng," ujar sumber terdekat penyanyi itu. Tema perkahwinan yang diidamkan itu juga dipersetujui oleh tunangnya Jason dan dia sendiri akan menguruskan mengenai konsep impian bakal isterinya itu. Sementara itu, semua pihak berharap perkahwinannya kali ini akan menjadi yang pernikahan yang terakhir selepas mengalami kemusnahan rumah tangga yang telah merosakkan reputasinya sebagai selebriti. | |||
Posted: 12 Jan 2012 06:58 PM PST TIDAK PEDULI...penumpang lelaki seringkali memberi alasan tidak nampak tanda koc untuk wanita. KUALA LUMPUR: Ramai wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter rimas apabila ada warga asing yang bukan hanya menggunakan koc yang dikhaskan untuk mereka, tetapi juga mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh. Pemantauan Metroplus selama dua minggu terhadap perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendapati lebih separuh pengguna perkhidmatan itu rakyat asing manakala warga tempatan ramai menggunakannya pada waktu puncak iaitu ketika orang ramai pergi dan pulang daripada bekerja. Perkara itu diakui Pegawai Operasi Utara Wilayah Tengah KTMB, Mohammad Fudzi Othman, yang berkata hampir 30 peratus pengguna tetap komuter ialah warga asing. Pengangkutan awam terutama bas dan komuter menjadi pilihan utama warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Afrika disebabkan ia murah dan mudah untuk sampai ke destinasi. Pengguna, Nurul Izzah Wahidul Azam, 23, berkata dominasi warga asing dalam penggunaan pengangkutan awam mungkin memberi keuntungan kepada penyedia pengangkutan, tetapi masalah yang ditimbulkan mereka perlu diberi perhatian. "Bagi wanita, berhimpit dengan mereka ketika menggunakan komuter kadangkala merimaskan dan boleh membuat saya hilang sabar apabila ada di antara mereka yang suka melakukan perkara tidak senonoh seperti mencabul dan meraba," katanya. Mohd Rabiq Abdullah, 24, pula berkata ramai warga asing yang memilih menggunakan perkhidmatan awam kerana tambang murah. "Saya terkilan kemudahan yang sepatutnya disediakan untuk kami menjadi pilihan warga asing, malah mereka lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan ini sehingga kami berasa terpinggir. "Saya berharap akan ada kelainan caj tambang terhadap warga tempatan dan warga asing supaya kemudahan ini dapat terus digunakan orang yang sepatutnya," katanya. Sementara itu, Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, berkata perlunya pengasingan kemudahan pengangkutan bagi warga tempatan dan warga asing dalam usaha menggalakkan kemudahan itu terus digunakan rakyat Malaysia. "Tidak dinafikan ramai warga asing menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kerana mereka mengambil kesempatan terhadap wanita setiap kali keadaan di dalam koc atau bas sesak dengan cubaan mencabul dan meraba. "Selain pengasingan koc untuk wanita, koc bagi warga tempatan juga ada baiknya diasingkan bagi memberi keselesaan terhadap mereka yang dibimbangi boleh menimbulkan masalah dengan sikap biadab segelintir warga asing," katanya ketika dihubungi. Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Azhar Ahmad, ketika dihubungi berkata masalah pengangkutan awam yang banyak digunakan warga asing di luar bidang kuasa pihaknya untuk menghalang. "Kami sedar masalah ini banyak mengganggu pengguna warga tempatan yang tidak selesa kehadiran mereka, namun ini kemudahan paling cepat dan senang untuk mereka naiki kerana masing-masing tidak memiliki kenderaan. "Perkara ini akan dibawa ke dalam kajian yang kami lakukan dengan satu cara akan mengusulkan kepada pengusaha pengangkutan awam untuk mengenakan tambang berlainan di antara warga asing dan tempatan dengan pengwujudan pas bulanan yang turut boleh mengesan data status seseorang. "Selain itu, kajian mengenai kadar tambang yang digunakan sekarang juga dijalankan berikutan peredaran zaman kini dengan semua kadar barangan dan kemudahan semakin meningkat," katanya. | |||
Posted: 12 Jan 2012 06:53 PM PST KUALA PILAH - Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab. | |||
Posted: 12 Jan 2012 06:52 PM PST
KISAH percintaan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha, 28, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, sememangnya sudah pun diketahui peminat. Biarpun hubungan mereka ada pasang surutnya dan pernah putus sebelum ini, tetapi Fasha kini dikatakan sedang bahagia bersama kekasihnya. Memandangkan usia percintaan mereka yang sudah mencecah dua tahun, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan pasangan tersebut bakal berkahwin dalam tempoh terdekat ini sehingga pelbagai spekulasi dibuat oleh segelintir pihak. Fasha dan Jejai dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon berkenaan pada 28 Mac ini setelah gambarnya memakai gaun pengantin di sebuah butik tersebar di Internet. Bagaimanapun, beberapa hari lalu tersebar pula gosip di beberapa laman blog hiburan tempatan mendakwa kononnya kedua-duanya sudah menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah di selatan Thailand! Berkesempatan bertemu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011) baru-baru ini, Fasha menitipkan jawapan tentang semua kisah hangat yang membabitkan dirinya itu. Kosmo!: Apa perkembangan terbaharu Fasha sekarang ini? FASHA: Boleh dikatakan jadual kerjaya saya agak sibuk sehingga bulan Mei ini. Yang terbaharu, saya sedang menjalani penggambaran filem Penanggal yang diarahkan oleh Ellie Suriati Omar. Kemudian saya akan terbabit pula dengan drama yang berjudul Seindah Sakura slot Akasia di TV3 sebanyak 24 episod dan sepanjang bulan Mac nanti saya akan menjalani penggambaran di Paris, Perancis. Betul ke desas-desus Fasha dan Jejai akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac ini? Sebenarnya perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana pada masa itu saya memang akan sibuk dengan penggambaran. Jadi, saya menafikan bahawa kami berdua akan berkahwin sempena hari jadi saya nanti. Bagaimana pula dengan dakwaan Fasha dan Jejai sudah berkahwin di selatan Thailand ? Itu pun tidak benar kerana kami berdua memang belum mendirikan rumah tangga lagi dan buat apa kami hendak bernikah di sana. Saya menganggap semua cerita yang timbul itu adalah sekadar spekulasi semata-mata. Saya sedar dalam usia yang sudah mencecah 28 tahun ini, memang ramai peminat yang mahukan saya segera berkahwin. Mungkin itu adalah salah satu punca yang menyebabkan cerita saya akan menamatkan zaman bujang selalu tersebar. Adakah Fasha dan Jejai sememangnya sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini? Buat masa ini saya tidak mahu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan, tetapi saya akui sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Bila sudah tiba masanya untuk berkahwin, saya akan umumkan kepada semua orang. Adakah Fasha akan membuat satu sidang akhbar khas untuk umumkan tarikh perkahwinan nanti? Saya tidak bercadang untuk berbuat demikian kerana merasakan ia tidak perlu. Apabila saya umumkan tarikh perkahwinan kami berdua, saya akan menghubungi semua rakan-rakan media yang rapat dengan saya sama ada melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas. Bagaimana pula dengan perkembangan bisnes Fasha sekarang ini? Sudah tentu saya sangat bersyukur kerana perniagaan salun Chinta saya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Biasanya kalau tidak sibuk dengan jadual penggambaran, saya akan ke salun empat kali seminggu untuk memantaunya. Ada perancangan untuk membuka cawangan pada masa akan datang? Sebenarnya saya pernah berangan-angan untuk membuka cawangan di Johor Bahru. Ia adalah lokasi yang cukup istimewa kerana saya dilahirkan di situ dan mendapati peminat saya yang paling ramai adalah dari Johor Bahru. Boleh komen sedikit tentang pencalonan anda untuk Anugerah Bintang Popular 2011 ini? Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus menyokong saya selama ini. Pastinya saya tidak sangka akan tercalon buat kali ketujuh untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular memandangkan semakin ramai artis baharu yang muncul sekarang ini. Walaupun sering dikaitkan dengan pelbagai cerita kontroversi, tetapi peminat sekarang sudah pandai untuk menilai dan mereka tetap memberikan sokongan untuk saya terus berjaya dalam bidang saya ceburi sekarang ini. | |||
Posted: 12 Jan 2012 06:50 PM PST
BAGI yang pernah mengikuti drama bersiri Spa Q beberapa ketika dahulu, wajah Nelydia Senrose yang memainkan watak sebagai Melissa iaitu anak kepada Norish Karman pastinya cukup sinonim di kalangan penonton. Memegang watak seorang gadis yang suka memberontak dalam drama bersiri popular itu, tetapi pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur itu dilihat menampilkan lakonan yang cukup berkesan. Biarpun namanya kurang menjadi sebutan ramai, tetapi menerusi drama tersebut juga sebenarnya menjadi batu loncatan sehingga dia sering menjadi pilihan pengarah untuk muncul dalam drama dan telefilem. Namun begitu, pada tahun ini kemunculan pelakon berkenaan di kaca televisyen dilihat semakin berkurangan sehingga ada yang berpandangan bahawa dia cuba untuk mengelak dikaitkan dengan gosip yang melanda salah seorang kakaknya sebelum ini. "Sebenarnya saya terpaksa menyepi seketika daripada sebarang aktiviti lakonan memandangkan saya menghadapi ujian yang cukup besar iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. "Biarpun lakonan adalah suatu bidang yang cukup saya minati dan sudah sebati dengan jiwa saya, tetapi sudah tentu pelajaran harus menjadi keutamaan kerana ia adalah penentu kepada masa depan," ujarnya ketika ditemui sewaktu penggambaran drama bersiri Puaka Bunga Tanjung baru-baru ini. Menurut Nelydia, sepanjang tahun ini dia memang terpaksa menolak banyak tawaran berlakon yang diterima, malah kali terakhir dia berlakon adalah menerusi telefilem Tudung Tweet pada bulan Oktober lalu. Ujarnya, antara sebab dia menerima tawaran untuk berlakon dalam telefilem tersebut kerana agak tertarik dengan jalan cerita yang ditampilkan serta dapat berlakon di samping pelakon-pelakon hebat seperti Liyana Jasmay. "Kebetulan ketika ditawarkan untuk berlakon dalam Tudung Tweet, saya baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Lagipun peranan saya tidak terlalu besar dan hanya membabitkan penggambaran selama tiga hari semasa cuti hujung minggu," ujarnya. Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13, Subang Jaya itu lagi, dia akui ada mendapat beberapa tawaran yang cukup menarik, tetapi dengan nasihat keluarga dia terpaksa berkorban kerana risau tidak dapat memberikan tumpuan kepada dua kerja dalam satu masa.
Bagaimanapun, kini dia berasa sangat lega apabila selesai menjalani SPM dan dapat memberi keutamaan sepenuhnya kepada dunia lakonan. Menariknya, beberapa hari selepas tamat SPM, dia sudah pun mula menjalani penggambaran drama bersiri Puaka Bunga Tanjung. "Sekarang saya mahu kembali aktif semula dan amat bersyukur kerana tawaran berlakon memang sentiasa ada. Cuma saya tidak mahu terlalu tamak untuk terima apa sahaja tawaran yang diberikan. "Lagipun secara kebetulan nama saya juga tidak tersenarai sebagai pelatih untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Jadi, dapatlah saya terus berlakon sementara menunggu keputusan SPM keluar," ujarnya. Mengenai sokongan yang diterima sepanjang pembabitannya sebagai seorang anak seni, Nelydia memberitahu ibunya banyak memberi sokongan berbanding ayahnya yang mahukan dia memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dahulu. "Namun, sekarang ini kedua-dua ibu bapa saya tidak kisah untuk saya terus berlakon. Lagipun daripada saya cuma duduk di rumah tanpa membuat apa-apa, lebih baik berlakon kerana masa saya tidak akan terbuang begitu sahaja. "Cuma ayah ada berpesan supaya saya menjaga tingkah laku dan tidak terbabit dalam sebarang kontroversi. Pada masa yang sama ayah turut meminta saya untuk menyambung pelajaran sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti," jelasnya. Cerita lama Pada akhir tahun yang lalu industri hiburan pernah digemparkan dengan penyebaran gambar aksi cium yang membabitkan seorang pelawak terkenal dengan gadis yang dikenali sebagai Nik Zarith Uqasya Senrose Nik Sen. Gadis dalam gambar berkenaan sebenarnya adalah kakak Nelydia sendiri, sehingga ada yang beranggapan pula bahawa Nelydia mahu menyepikan diri dari dunia lakonan disebabkan kontroversi tersebut. "Secara jujurnya saya tidak mahu lagi mengungkit cerita kontroversi itu kerana ia sudah pun lama berlalu. Ia langsung tidak memberi impak terhadap karier saya kerana keputusan untuk menyepi seketika adalah disebabkan saya mahu memberi tumpuan kepada pelajaran. "Bagaimanapun, ia tetap menjejaskan sedikit nama saya kerana kontroversi yang menimpa itu terjadi ke atas kakak saya sendiri. Lagipun tidak perlu lagi hendak diungkit cerita-cerita lama yang sudah tidak diperkatakan lagi," tegasnya. Ujar Nelydia, dia menganggap segala yang berlaku itu sebagai satu pengajaran yang berguna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang artis dan ia membuatkan dirinya supaya lebih berhati-hati selepas ini. Jelasnya, dengan kebebasan yang diberikan oleh kedua-dua orang tuanya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia lakonan akan digunakan sebaik-baiknya serta akan cuba mengelak untuk dijadikan bahan kontroversi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sambung belajar Biarpun kini dia kembali aktif berlakon dengan tawaran yang tidak putus-putus, namun Nelydia meluahkan hasratnya yang mahu tetap menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ujarnya, selain mahu berjaya sebagai seorang pelakon yang terkenal, dia juga mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran menggenggam segulung ijazah sebagai jaminan masa hadapan. "Saya tidaklah bermaksud untuk mengatakan kerjaya dalam bidang seni tidak mempunyai masa depan yang cerah. Cuma bila difikirkan kembali saya sendiri pun tidak tahu sampai bila akan terus bergelar sebagai pelakon. "Jadi, kalau ditakdirkan saya tidak lagi terbabit dalam industri ini, sekurang-kurangnya saya boleh menceburi bidang pekerjaan yang lain dengan kelulusan yang ada nanti," jelasnya. Ditanya tentang jurusan apa yang mahu diambil sekiranya berpeluang untuk menyambung pelajaran, Nelydia memberitahu dia sebenarnya berminat untuk mengambil jurusan kejuruteraan bunyi. "Sebenarnya saya memang sudah lama berminat dalam bidang kejuruteraan walaupun ia biasanya dimonopoli oleh lelaki. Saya memilih kejuruteraan bunyi kerana merasakan ia satu bidang yang cukup menarik untuk dipelajari. "Namun, itu semua masih lagi di peringkat perancangan kerana segala-galanya nanti bakal ditentukan menerusi keputusan SPM yang akan saya terima pada tahun hadapan," ujarnya. | |||
Posted: 12 Jan 2012 06:49 PM PST BIARPUN sudah 33 tahun berada dalam industri seni dengan cerita-cerita buruk yang melanda diri seperti isu dadah, rumah tangga dan terkini berita mengenai keluar Pengasih, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 53, masih belum hilang taringnya. Peminatnya masih setia dengan penyanyi yang digelar Raja Pop itu. Malah, tawaran membuat persembahan pentas dan juga konsert tidak putus-putus diterima Jamal. Atas dasar ingin membalas jasa peminat, baru-baru ini di Pusat Beli-Belah Maju Junction, Kuala Lumpur, Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah buat julung-julung kali dianjurkan. Pada sebelah malamnya pula, berlangsung satu mini konsert Jamal bersama 300 peminat bertuah. Jamal juga mengambil peluang melancarkan album baharunya iaitu Raja Pop 2 pada hari yang sama. Sememangnya aura penyanyi itu begitu kuat kerana ada peminat yang sanggup datang jauh dari Terengganu, Perak dan Kedah semata-mata ingin bertemu penyanyi bersuara emas itu. Jamal mengaku idea untuk menganjurkan karnival dan mini konsert lahir daripadanya dan ia dianjurkan semata-mata untuk menghargai peminatnya. "Tujuan karnival ini diadakan bukan untuk mengaut keuntungan tetapi menghargai peminat-peminat yang menyokong saya selama ini. Saya bersyukur kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan," ujarnya ketika ditemui selepas mini konsert bersama peminat dan pelancaran album baharunya, Raja Pop 2 di Dewan Golden Chernoese, Maju Junction, Kuala Lumpur baru-baru ini. Baginya, kesetiaan peminat terhadapnya menjadi penyuntik semangat kepadanya untuk terus bertahan dalam kerjaya seni. Tiada istilah bersara bagi Jamal malah dia akan pastikan dirinya terus menghiburkan peminat-peminat dengan rangkaian lagu-lagu baharunya. Menyentuh mengenai mini konsert Jamal pada malam itu, ternyata kreadibiliti Jamal menyanyi di atas pentas masih hebat seperti dulu. Malah, Jamal juga begitu pandai membuat jenaka dan mengusik salah seorang pemuzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam yang mengiringi persembahannya pada malam itu. Tampil kasual dengan persalinan jaket dan seluar, Jamal memulakan persembahannya dengan sebuah lagu lama yang diberi nafas baharu, Tangisan Di Waktu Malam. Jamal meneruskan lagi persembahan dengan mendendangkan lagu-lagu yang dipetik daripada album baharu Raja Pop 2 termasuk Perasaan, Manis Manja, Lagu Rindu dan Secupak Dua Cupak. Biarpun mengalami gangguan teknikal ketika menyanyikan satu-satunya lagu balada pada malam itu, Rayuan Maut, ia tidak menggugat langsung kemerduan vokalnya itu. Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Ketua Pegawai Operasi Maju Holding, Wan Shariman Wan Mohamad dan Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy. Mengulas mengenai album Raja Pop 2, Jamal amat teruja kerana single keduanya yang berjudul Aku Maafkan Kamu bersama penyanyi hip hop terkenal, Malique mendapat sambutan daripada peminat-peminatnya. Jamal juga mendedahkan lirik Aku Maafkan Kamu lahir daripada ideanya. Malah, ia dihasilkan mengikut kisah sebenar yang berlaku kepada Jamal. Katanya, Malique cuma mencantikkan lagi ayat-ayat dalam lirik tersebut. "Lagu Aku Maafkan Kamu menceritakan seseorang yang suka memburukkan kita tanpa bukti sebenar. Menghukum kita tanpa usul periksa. "Lagu ini sangat bermakna kepada saya kerana setiap bait lirik ada kena mengena dengan perjalanan karier seni saya selama ini. Secara jujurnya, banyak sangat dugaan yang saya tempuhi sepanjang bergelar anak seni, dan semua itu diceritakan dalam lagu berkenaan," ulas Jamal yang tidak mahu mengulas mengenai isu Pengasih biarpun diasak para media. Mengulas mengenai konsep album baharunya itu, kata Jamal, ia berkonsepkan muzik orkestra dan Jamal mengambil inspirasi daripada kejayaan penghibur antarabangsa, Michael Buble sebagai rujukan untuk susunan muzik dalam album itu. "Album ini memuatkan sebanyak lapan lagu runut bunyi dan dua lagu baharu termasuklah Bahagia Sementara yang saya buat bersama dengan seorang penerbit lagu senior, Razman. Saya percaya album ini mungkin mengulangi kejayaan pencapaian Raja Pop yang dijual sebanyak 150,000 unit," tuturnya yakin. Dalam perkembangan lain, Jamal sempat diusik dengan pertanyaan mengenai dakwaan dia dilihat bersama seorang wanita misteri, baru-baru ini. "Cerita itu mengarut. Saya mana ada teman wanita lagi dan masih lagi belum berpunya," katanya berjanji jika tiba masanya dia berjanji tidak akan berahsia mengenai sebarang hubungan dengan mana-mana wanita. | |||
Posted: 12 Jan 2012 06:49 PM PST
BRAD PITT mampu menerima kenyataan bahawa dirinya kini sudah tua. Aktor yang sudah mencecah usia 48 tahun itu baru-baru ini mengalami kecederaan pada bahagian lututnya selepas terjatuh di sebuah bukit ketika mendukung anak perempuannya yang berusia tiga tahun, Vivienne. Walaupun dia kini berjalan dengan menggunakan tongkat, namun kata Pitt insiden yang dialaminya itu bukan soal hidup atau mati, tetapi sebaliknya menandakan bahawa dirinya sudah tua. Ujar Pitt kepada People.com: "Insiden saya terjatuh di sebuah bukit baru-baru ini bukan soal hidup atau mati. Ia lebih kepada tentang seorang lelaki tua yang tersadung lalu terjatuh. Ia tak teruk sangat." Pitt yang juga membesarkan anak-anaknya, Maddox, 10, Pax, 8, Zahara, 6, Shiloh, 5 dan adik kembar Vivienne Knox, 3, bersama pasangannya, aktres Angelina Jolie itu mengakui dia terpaksa menggunakan badannya sendiri untuk melindungi Vivienne ketika mereka berdua jatuh bukit tempoh hari. Tambahnya: "Saya sedang mendukung Vivienne sebelum kaki saya tersadung dan rebah. Ia sama ada saya atau Vivienne yang tercedera." Dalam pada itu Jolie pula dalam ulasannya berkata: "Pasangan yang memiliki anak sememangnya punya risiko berdepan dengan kecederaan. Sebagai contohnya, ketika Maddox masih kecil, saya yang ketika itu mendukung dia kemudiannya terjatuh dan siku saya yang luka dalam usaha saya melindunginya daripada tercedera. Hal sebegitu adalah perkara biasa bagi ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak." | |||
Posted: 12 Jan 2012 06:48 PM PST KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) semalam bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan keluarga. Perdana Menteri berkata, skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini. Katanya, ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten. "Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya bermula 30 Januari ini melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih. "Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan," katanya ketika melancarkan skim tersebut di sini semalam. | |||
Posted: 12 Jan 2012 06:47 PM PST
KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara. "Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Menurut beliau, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. "Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan," jelas beliau. Katanya, pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini. | |||
Posted: 12 Jan 2012 06:47 PM PST PUCHONG - Dua pekerja premis pengurup wang berlesen di pusat beli-belah IOI di sini cemas apabila diacu parang oleh dua lelaki menyebabkan kerugian RM400,000 kira-kira 15 minit selepas premis itu memulakan operasinya semalam. Dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, dua suspek tersebut menutup mata dan mulut mangsa termasuk seorang wanita serta mengikat tangan mereka sebelum melarikan wang tunai di dalam premis itu. Ketua Polis Daerah Serdang, Superitenden Abdul Razak Elias berkata, ketika kejadian, terdapat dua pekerja di dalam premis tersebut manakala pengawal keselamatan syarikat itu keluar untuk membaiki motosikalnya. "Ketika kejadian, dua pekerja termasuk seorang daripadanya yang baru sehari bekerja itu didatangi oleh suspek yang memakai topi besbol dan baju berwarna merah lalu mengacu parang ke arah mangsa. "Selepas menutup mata dan mengikat tangan mangsa, dua suspek terbabit mengambil pelbagai mata wang berjumlah RM400,000 dan sebuah Unit Pemprosesan Komputer (CPU) kamera litar tertutup (CCTV)," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Kesemua wang yang akan diletak di kaunter hadapan premis itu kemudian dipindahkan ke dalam sebuah beg galas yang dibawa oleh suspek. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan