ads

Selasa, 10 Januari 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Seksinya Kak Ita!

Posted: 10 Jan 2012 08:47 PM PST

Gaya remaja Rozita Che Wan

Amboi Kak Ita kia ni makin daring sekarang. Gaya Kak Ita dan macanm anak dara dah. Inilah foto Rozita Che Wan semasa menghadiri majlis ulang tahun pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab di ibu negara baru-baru ini.

Agaknya tema malam itu yang memerlukan Kak Ita berpakaian macam tu. Maklumlah majlis di sebuah kelab, pastilah temanya gaya-gaya berpesta di kelab gitew.

Mangga Muda nampak gambar-gambar artis lain dalam majlis tu pun bergaya sakan. Agaknya konsep gothik kut, sebab ada yang bercelak hitam baik lelaki dan wanitanya.

Kiranya Kak Ita ni boleh mengalahkan penampilan pelakon muda tau! Adakah sebab dia sedang berkawan dengan aktor muda membuatkan Kak Ita pun terikut gaya orang muda? Tak tahulah Mangga Muda nak cakap apa kan!

Gebunya...

Mangga Muda bukan nak kata Kak Ita buat kesalahan dengan pakai macam ni. Itu pilihan dan gaya dia. Biarkanlah. Dah majlisnya di sebuah kelab, takkanlah Kak Ita nak berbaju kebaya pulak. Masuk kandang kambing kena mengembik. Kalau masuk kandang harimau kenalah lari... kalau tak lari alamatnya jadi santapan indahlah.

Biarlah sekali sekala dia nak kembali melaram macam anak dara. Yalah masa dia anak dara dulu Kak Ita ni belum lagi terjun ke dunia glamor. Agaknya ala-ala gadis kampung yang naif gitew. Tak kan nak pakai macam ni kat kampung kan? Pening kepala mak dia nanti.

Mangga Muda: Pernah juga berborak dengan Kak Ita ni... memang lemah lembut orangnya. Sebab itu ramai lelaki cair melihat dia. Kalau pakai macam ini lagilah cair kan?

Azza (Elite) Kecil Hati Dituduh Sorok Tarikh Kahwin

Posted: 10 Jan 2012 08:45 PM PST

Sama cantik, sama padan. Azza bersama bakal suaminya, seorang pramugara AirAsia.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) tidak berniat untuk menyembunyikan tarikh perkahwinannya dengan pramugara AirAsia, Azlan Zulaily yang dijangka berlangsung pada 1 April depan.

Sebaliknya, Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari, berkata penjelasan yang diberikan kepada media sebelum ini telah di manipulasi oleh segelintir pihak sehingga menimbulkan salah faham.

"Saya akui berkecil hati apabila kisah perkahwinan saya di manipulasi oleh segelintir pihak yang mendakwa saya sengaja menyembunyikan tarikh perkahwinan daripada pengetahuan umum.

"Sebagai selebriti yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang ini semestinya saya faham bahawa artis adalah milik masyarakat.

"Namun dalam hal berkaitan perkahwinan, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum saya sewenangnya mencanangkan perkara besar ini kepada khalayak," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Azza berkata walaupun dia terguris dengan dakwaan kononnya dia sengaja mencari publisiti murahan menerusi pengumuman perkahwinan itu, ia tidak membangkitkan kemarahan kepadanya.

"Kenyataan-kenyataan yang saya keluarkan melalui akaun Twitter sebelum ini bukanlah kerana saya marah atau melenting dengan tuduhan yang dilemparkan itu.

"Ia hanya teguran ikhlas buat pihak yang tidak bertanggungjawab agar mereka menyedari bahawa saya juga mempunyai perasaan dan perlukan privasi. Apa-apa pun, saya reda dan bersabar dengan tuduhan itu," katanya.

Mengulas lanjut, Azza yang kini berusia 34 tahun berkata, alasan sebenar di sebalik keengganannya untuk mengumumkan tarikh perkahwinan sebelum ini adalah kerana dia, bakal suami dan pihak keluarga masih lagi mencari tarikh terbaik yang bersesuaian dalam takwim Islam.

"Perkahwinan ini adalah perkara yang suci dan satu tuntutan. Mengapa saya perlukan gimik atau publisiti untuk perkahwinan saya sendiri?

"Hakikatnya, kami sekeluarga masih lagi mencari tarikh terbaik sebelum mengumumkannya. Ia membabitkan banyak pihak termasuklah soal penajaan juga," katanya yang merancang sebuah majlis perkahwinan yang ringkas dan sederhana.

Azza yang menjalin hubungan dengan Azlan sejak setahun yang lalu berkata, keterbukaan dan keikhlasan pemuda berusia 20-an itu menerima dia seadanya membuatkan dia tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.

"Saya rasa pilihan pada kali ini adalah tepat, insya-Allah. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, saya yakin dengan keikhlasan dan kejujurannya menerima saya sebagai Azzarima dan bukannya seorang artis.

"Dia (Azlan) rapat dengan keluarganya. Sikap itu meyakinkan saya bahawa dia boleh menjaga saya dengan baik. Anak saya juga menerima Azlan dengan hati terbuka," katanya.

Terdahulu, pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan bercerai pada pertengahan November 2004.

Mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang berusia tujuh tahun.

Azza yang aktif berlakon dan memenuhi pelbagai undangan nyanyian bakal muncul dengan 'single' terbaru berjudul Boleh Jalan tidak lama lagi.

Zaquan Minta Rita Rudaini Tidak Sebar Fitnah

Posted: 10 Jan 2012 08:44 PM PST

Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak

PETALING JAYA: Bintang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak menasihati kakak iparnya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.

Zaquan berkata tuduhan yang ditulis dalam entri Twitter milik Rita itu adalah sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

"Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.

"Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, malam Selasa.

Inilah entri Rita Rudaini yang ditulisnya pada petang Selasa menyelar individu tertentu.

Perbalahan antara mereka tercetus apabila masing-masing dilihat mengeluarkan kenyataan sinis melalui laman sosial tersebut walaupun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Dalam entri Twitter Zaquan, suami kepada pelakon Ayu Raudhah ini meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang tidak pernah pulang ke rumah untuk menjenguk mertua.

Malah Zaquan meminta individu berkenaan tidak mencari masalah dengan sikapnya yang dilihat semakin melampaui batas.

Zaquan Adha bersama isterinya, Ayu Raudhah.
Zaquan Adha meluahkan perasaan marah dalam Twitter miliknya pada entri petang Selasa.

Tambah Zaquan melalui Twiter terbabit, jika dia menjadi "batu api" dalam kemelut yang melanda keluarga, ia adalah disebabkan keinginan dia untuk menyelamatkan abangnya daripada seseorang yang dianggap kejam.

Dalam pada itu menurut Zaquan, dia enggan memberi komen tentang perbalahan antara mereka kerana risau jika isu tersebut akan memburukkan lagi keadaan dan keluarga.

"Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.

"Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh," kata Zaquan.

Bagaimanapun, Zaquan mengakui dia menyesal dengan entri tersebut yang boleh mengundang suasana "panas" terhadap individu yang dimaksudkan.

Sementara itu dalam entri Twitter milik Rita Rudaini pula, pelakon itu sekali lagi menyelar pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya sehingga tahap kesabaran dia telah hilang.

Rita dalam entri petang Selasa menulis pelbagai perkara sensitif tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkan termasuklah mengisytiharkan "perang" bagi "membongkar" rahsia yang disimpannya.

"Jantan macam tu tak boleh dibiarkan... dia nak sangat malukan saya, meh kita start the game," katanya.

Rita yang juga isteri kepada kembar Zaquan iaitu Aidil Zafuan dalam Twitter berkenaan turut berkata, seseorang yang hendak meruntuhkan masjid (merujuk kepada rumah tangganya) akan menerima balasan daripada Allah.

Kata Rita lagi, pihak yang membuat tuduhan kepadanya telah beberapa kali melakukan kejahatan sehingga diberi balasan dengan musibah patah kaki.

mStar Online beberapa kali menghubungi Rita lewat malam Selasa untuk mendapatkan komen mengenai kekecohan yang berlaku tetapi pelakon itu tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.

Zara Jadi Pengubat Kesedihan Safura

Posted: 10 Jan 2012 08:43 PM PST

Zara Nur Aisyah

PETALING JAYA: Penyanyi Safura Yaacob menganggap kelahiran bayinya pada 3 Januari lepas sebagai satu rahmat selepas kehilangan anak tersayang, Nur Aisyah Mariam.

Safura selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.33 kilogram yang diberi nama Zara Nur Aisyah di Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira pukul 4.32 petang.

"Alhamdulillah, Zara dilahirkan dengan selamat. Suami (pelakon Sharonizam Noor) pula sangat gembira dengan kelahirannya sehinggakan dia menitiskan air mata.

"Cuma Zara mempunyai sedikit masalah penyakit kuning dan kami perlu berulang alik ke hospital selang tiga hari bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Justeru itu saya tidak boleh berpantang mengamalkan jamu kerana ia boleh mengganggu pemprosesan susu badan saya," ujarnya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Nur Aisyah Mariam meninggal dunia pada September tahun lalu akibat demam berpanjangan pada usia tiga tahun.

Shahronizam, Yusoff dan Safura

Selain Zara dan Mariam, Safura mempunyai seorang lagi anak iaitu Yusoff Firdaus hasil perkahwinannya dengan Sharonizam.

Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon wanita itu turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurul Natasha, 17, dan Muhammad Daniel Khaqim, 11.

Safura menambah, kehadiran Zara diibaratkan seperti penyeri hidup mereka sekeluarga lebih-lebih lagi bayi tersebut mempunyai iras-iras wajah Mariam.

"Sejak pemergian Mariam, rumah kami sedikit sunyi kerana masih lagi belum menyesuaikan diri tanpanya. Zara merupakan anugerah Allah yang sangat bermakna untuk kami.

"Dalam pada itu, saya akan berehat seketika daripada sebarang aktiviti selama empat hingga lima bulan untuk menjaga Zara," katanya.

Tak sempat merompak

Posted: 10 Jan 2012 08:40 PM PST

PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat penjenayah, semalam.
PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat penjenayah, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat  penjenayah yang ditembak mati.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat penjenayah yang ditembak mati.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditembak mati manakala seorang lagi melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan anggota polis ketika kumpulan itu dalam perjalanan untuk menyamun berdekatan sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini, petang semalam.

Kumpulan lelaki terbabit dipercayai aktif merompak bank, samun kereta mewah dan samun di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Putra berwarna putih sedang berlegar-legar berdekatan kawasan pasar raya itu yang disyaki penjenayah, kira-kira jam 4.15 petang.

Menurutnya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan ketika pihaknya sedang mengintip kenderaan itu, kereta yang dinaiki tiga penjenayah terbabit memecut laju sebelum dikejar."Ketika itu, kumpulan penjenayah terbabit sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum dibalas anggota menyebabkan dua daripada mereka mati.

Drebar teksi urus kerja rumah

Posted: 10 Jan 2012 08:38 PM PST

SEDIA BERKHIDMAT...Mohd Asyaharim (tiga dari kiri) bersama kakitangan ALM Concierge.
SEDIA BERKHIDMAT...Mohd Asyaharim (tiga dari kiri) bersama kakitangan ALM Concierge.

KUALA LUMPUR: Memberi kemudahan kepada orang ramai yang kesuntukan masa, Syarikat Airport Limo Malaysia (ALM) Concierge Sdn Bhd kini bukan hanya menyediakan perkhidmatan pemandu teksi, malah berfungsi lebih kepada pemandu peribadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Asyaharim Abdul Latif, berkata setiap pemandu ALM Concierge diberikan latihan khusus bertujuan memberikan perkhidmatan yang pelbagai termasuk membantu menguruskan kerja rumah seperti membeli barangan keperluan dapur dan urusan hospital.


"Menawarkan harga berpatutan dengan penjimatan sehingga 40 peratus berbanding perkhidmatan pemandu peribadi sedia ada, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan seolah-olah mempunyai pembantu peribadi sendiri.

"Setakat ini kami mempunyai 40 pemandu yang diberi latihan khusus dan berkhidmat sepenuhnya kepada ALM Concierge, manakala 1,200 lagi berkhidmat secara sambilan," katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Menurutnya, ALM Concierge membelanjakan RM1 juta setiap tahun bagi membolehkan kakitangannya menghadiri kursus termasuk latihan pertahanan diri yang diadakan bersama Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi menghadapi kejadian jenayah khususnya untuk menjaga keselamatan pelanggan sepanjang menggunakan perkhidmatan berkenaan.


Selain menyediakan perkhidmatan pemandu, kakitangan syarikat ini juga berfungsi sebagai perunding pengembaraan, ketua pembantu rumah, menjalankan pemeriksaan kenderaan dan perkhidmatan katering.Selain Lembah Klang, syarikat itu turut menyediakan perkhidmatan perjalanan sekitar Semenanjung. Pelanggan juga bebas memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri atau milik ALM Concierge.


Malah, syarikat ini juga akan membuat tempahan ke atas kenderaan lain mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.

Orang ramai boleh menghubungi talian 1300888989 atau melayari laman web www.almgroup.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lebih selesa lagu balada

Posted: 10 Jan 2012 08:35 PM PST

CERIA...meskipun sibuk dengan pengajian, Mimie masih sempat mengatur langkah keduanya.
CERIA...meskipun sibuk dengan pengajian, Mimie masih sempat mengatur langkah keduanya.

ENTAH apa sebab dan puncanya, bintang kelahiran program realiti, MyStarz LG, Norshamini Ahmad Haris atau lebih dikenali sebagai Mimie Haris bagaikan hilang dari pentas komersial.

Sejak berjaya mencipta nama menerusi lagu Jatuh Cinta Lagi dan kemudiannya memperdagangkan bakat lakonannya dalam drama siri Kau & Aku, Mimie terus lenyap.

  • Foto

  • Foto

    FOKUS...tidak mahu fikirkan soal cinta.

  • Foto

    KOMITED...kematangan terserlah dalam projek terbarunya.

Bagaimanapun, mendengar kembali lagunya diputarkan di radio baru-baru ini, ia bagai memanggil untuk mencari semula gadis berwajah manis ini dan mencoret kembali perkembangannya.

Jelasnya sebaik ditanyakan ke mana perginya nama Mimie Haris hampir dua tahun, lekas gadis berusia 22 tahun ini menafikan persepsi yang kononnya dirinya sudah tidak aktif."Siapa kata saya sudah tiada dalam industri. Saya masih aktif dan sibuk menerima undangan persembahan nyanyian, cuma segala aktiviti seni dikurangkan sedikit kerana memberi laluan kepada pelajaran yang masih berbaki satu semester di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya perlu meletak sepenuh fokus pada pelajaran kerana sudah beberapa kali ia tertangguh.


"Bagaimanapun saya masih lagi mencuri masa dan ruang bagi menerima tawaran yang saya fikirkan masih relevan dan tidak mengganggu pembelajaran. Umpamanya saya masih lagi mengacarakan rancangan In Trend di TV2 dan kini sudah masuk musim ketiga. Hampir dua tahun saya mengendalikan program itu.

"Soal nyanyian pula, saya sibuk dalam rangka promosi single kedua dan ketiga yang akan menyusul tidak lama lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut perancangan meskipun terikat dengan komitmen sebagai pelajar," katanya yang kini sedang menyudahkan Diploma dalam jurusan Muzik dan Vokal.

Tambahnya lagi, mungkin ramai yang beranggapan dirinya sudah tidak aktif kerana wajahnya tidak lagi mewarnai visual TV selain jauh daripada menerima limpahan publisiti daripada media.

Namun persepsi itu tidak sekelumit meninggalkan rasa kecewa kerana jelasnya, akan muncul strategi dan percaturan baru sebaik menyudahkan pengajiannya.

"Bohong kalau saya katakan tidak rindu untuk kembali aktif seperti dulu. Namun saya perlu fikirkan soal masa depan dan tanggungjawab saya sebagai seorang anak juga. Keluarga tidak pernah menghalang untuk saya menjadi artis, namun perlu diingatkan yang mereka juga amat berharap untuk saya menghabiskan pelajaran.

"Bagaimanapun saya tidak pula rasa tertinggal atau tersisih jauh dari industri kerana walaupun sibuk dengan kuliah dan tugasan harian, saya masih lagi berulang-alik mengendalikan program In Trend dan sibuk mengatur strategi untuk mempromosikan lagu baru. Mungkin saya kurang tampil di dada media membuatkan ramai beranggapan saya sudah tiada.

"Percaya atau tidak, saya masih lagi menerima tawaran untuk berlakon walaupun kurang publisiti. Alhamdulillah masih ramai pihak produksi yang ingat dan percaya dengan hasil kerja saya. Namun, semuanya terpaksa saya tolak memandangkan komitmen berlakon yang panjang dan akan mengganggu masa kuliah.

"Tambahan pula ketika ini saya sibuk dengan pelbagai tugasan di universiti. Setiap hari ada saja kerja dan tugasan hingga ada kalanya saya rasa bagai tidak cukup masa dalam sehari.

"Insya-Allah saya akan kembali aktif berlakon dan menyanyi seperti dulu sebaik tamat pengajian nanti," katanya yang muncul setiap Sabtu jam 1 tengah hari di TV2 menerusi In Trend.

Mimie juga anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini akan muncul dengan lagu Kakiku Kaku sentuhan komposer muda, Manusia Putih dan kemudiannya dengan lagu ketiga berjudul Sastera Kupu-Kupu. Kelainan yang ada kali ini jelasnya, genre dan jalur melodi pada kedua-dua lagu ini jelas menggambarkan kematangannya.

"Kedua-dua lagu ini sesuatu yang berbeza daripada saya berbanding lagu Jatuh Cinta Lagi baik dari aspek nyanyian mahupun melodinya secara keseluruhan.

"Saya lebih yakin dan selesa untuk menyampaikan lagu berentak balada pula yang mana akan memberikan penekanan pada vokal dan kekuatan nyanyian saya. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mencari satu identiti sendiri bagi mengukuhkan lagi profil diri sebagai penyanyi lebih-lebih lagi dengan pengalaman yang masih hijau dalam industri ini.

"Saya yakin peminat yang tidak henti menyokong kerjaya seni saya selama ini dan sentiasa menantikan kemunculan saya akan dapat merasai kelainan yang cuba disuntik ini," katanya.

Perlahan-lahan persoalan peribadi disogok. Tatkala bertanyakan soal kekasih dan cinta yang ada dalam jiwanya, tangkas anak bongsu daripada tiga beradik ini menepis dan mengelak untuk mengulas lanjut.

Jelasnya, berilah ruang untuknya membuktikan bakat yang ada dan mempamerkan wajahnya di pentas seni tanpa ada soal peribadi yang diperjudikan.

"Saya masih sendiri dan tidak pernah terfikir untuk berkongsi soal peribadi kepada khalayak. Bukan sombong atau tidak mahu bercerita namun saya tidak mahu kisah peribadi seperti ini akan mengganggu apa yang sudah saya rancangkan.

"Biarlah saya meletak sepenuh fokus kepada kerjaya yang baru hendak bermula terlebih dulu. Insya-Allah jika ada jodoh dan rezeki, pasti saya akan berkongsi bersama peminat nanti," katanya.



7 PERKARA MENARIK TENTANG MIMIE

  • Pelakon di Malaysia yang nak 'dating'?
    Aaron Aziz. Sebab saya jatuh cinta Ombak Rindu.

  • Filem pertama yang ditonton di panggung?
    Senario The Movie

  • Kalau anda bukan pelakon atau penyanyi?
    Tauke salun dan spa

  • Kali terakhir ketawa besar?
    Semalam ketika melepak dengan kawan-kawan baik

  • Bandar raya yang paling ingin dikunjungi?
    Paris sebab kagum dengan seni bina dan suasana romantiknya

  • Perkara yang paling ditakuti?
    Kegagalan

  • Lagu yang takkan boleh anda nyanyikan?
    Listen - Beyonce. Sebab suara saya serak dan memang tidak akan boleh saya nyanyikan
  • 3 konsep pilihan

    Posted: 10 Jan 2012 08:34 PM PST

    PELBAGAI...Intan  menunjukkan  produk kosmetik berasaskan tumbuhan semula jadi, Forest's Secret.
    PELBAGAI...Intan menunjukkan produk kosmetik berasaskan tumbuhan semula jadi, Forest's Secret.

    AFPM Systech Sdn Bhd menawarkan Skim Tukar kepada usahawan kecantikan sedia ada untuk menjual dan menggunakan produk Forest's Secret yang lebih meyakinkan.

    Pengarah Urusannya, Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, Skim Tukar terbuka kepada mereka yang sudah mempunyai pusat kecantikan, salun atau kedai sendiri dengan modal lebih rendah diperlukan untuk memasarkan semua rangkaian produk Forest's Secret yang dihasilkan berasaskan tumbuhan semula jadi, mesra alam dan diperakui halal oleh Jakim.


    Katanya, selain Skim Tukar pihaknya turut menawarkan peluang francais Forest's Secret dengan tiga pilihan konsep perniagaan iaitu Herbal Shop, Herbal Kios dan Herbal Cart di mana terdapat lebih 240 jenis produk daripada lima kategori utama.

    "Sehingga kini, terdapat empat cawangan Forest's Secret iaitu di The Curve Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Kuala Terengganu, Terengganu, Plaza Angsana, Johor dan Universiti Utara Malaysia di Kedah dan awal tahun ini juga Forest's Secret akan dibuka di Shah Alam dan Alamanda Putrajaya. "Untuk pertanyaan lanjut boleh menghantar e-mel ke careline.afpm@gmail.com atau melayari http://www.forestsecret.com," katanya.


    Menurutnya, Forest's Secret turut mendapat permintaan di pasaran negara luar dan sekarang pihaknya dalam perbincangan dengan Brunei dan Singapura. Malah, Iran, Arab Saudi dan Nepal sudah menunjukkan minat untuk mendapatkan master francais Forest's Secret di negara terbabit.


    Sementara itu, Pengurus Besar Forest's Secret, Intan Hyriatee Mohd Zawai berkata, barisan produk Forest's Secret lengkap daripada penjagaan kulit dan badan, kosmetik, aroma terapi dan spa, makanan kesihatan dan haruman serta wangian.Intan berkata, semua produk Forest's Secret diuji ke atas manusia dan tidak menggunakan haiwan selain mendapat anugerah jualan terbaik bagi produk penjagaan kulit, kosmetik dan makanan kesihatan.


    "Paling penting produk Forest's Secret melalui piawaian ditetapkan dan setiap tahun kami memperkenalkan dua atau tiga produk baru," katanya.

    Pak Arab jual anak menerusi Facebook

    Posted: 10 Jan 2012 08:32 PM PST

    SAUD dengan anak yang hendak dijualnya.
    SAUD dengan anak yang hendak dijualnya.

    RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

    Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.

    Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.

    Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.


    Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.

    Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.

    Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

    Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.

    Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.

    Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.

    Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi.

    Pembelajaran ikut peringkat umur

    Posted: 10 Jan 2012 08:06 PM PST

    PENDIDIKAN AWAL...Norzuraini bersama dua anaknya, Syafiqah Amirah (kiri) dan Sofea Azrina (kanan) yang memasuki tadika pada usia empat dan tiga tahun.
    PENDIDIKAN AWAL...Norzuraini bersama dua anaknya, Syafiqah Amirah (kiri) dan Sofea Azrina (kanan) yang memasuki tadika pada usia empat dan tiga tahun.
    RANGSANG MINDA...persekitaran yang selesa memberikan keseronokan kepada kanak-kanak belajar.
    RANGSANG MINDA...persekitaran yang selesa memberikan keseronokan kepada kanak-kanak belajar.

    PAKAR perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat lebih separuh daripada perkemba�ngan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia sifar hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia lapan tahun.

    Kajian yang dijalankan pakar neurologi mendapati 80 hingga 85 peratus perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia kanak-kanak.

    Jika dulu rata-rata ibu bapa menghantar anak-anak ke tadika pada usia enam tahun tetapi kini pada usia lima tahun, anak-anak sudah didedahkan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Malah senario hari ini semakin berubah apabila ramai ibu bapa mengambil keputusan menghantar anak ke tadika seawal usia tiga dan empat tahun.

    Kajian di California, Amerika Syarikat mengenai pendidikan awal kanak-kanak pada 2002 oleh Sue Dockett dan Bob Perry mendapati kanak-kanak bersedia ke sekolah lebih awal tetapi tidak bersedia untuk belajar lebih awal. Sebanyak 60 peratus pula bersetuju bahawa memasuki sekolah pada usia lima tahun ke bawah akan mendatangkan kejayaan kepada kanak-kanak itu.Persoalan mengenai masa sesuai menghantar anak ke tadika iaitu pada usia empat atau lima tahun sebenarnya terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum menghantar mereka ke tadika.


    Bagi ibu kepada tiga anak, Norzuraini Shibi, keputusan menghantar anak pertama, Syafiqah Amirah Nazri pada usia empat tahun ke tadika kerana ingin memberi pendedahan kepada anak sulung supaya lebih berdikari dan memberi tindak balas positif kepada persekitaran sekolah.

    "Pada mulanya penerimaan Syafiqah memang sukar namun selepas dua bulan, dia mula seronok dengan persekitaran sekolah serta mula menunjukkan minat belajar," katanya.

    Malah pada usia lima tahun, dia sudah boleh membaca dengan lancar dan ini memudahkan Shafiqah apabila memasuki darjah satu pada tahun ini apabila dia langsung tidak menangis malah boleh berdikari tanpa kehadiran ibu di sisi.

    Untuk anak kedua, Norzuraini bertindak lebih awal dengan menghantar Sofea Azrina Nazri seawal usia tiga tahun ke tadika. Ini kerana tidak seperti kakaknya yang lebih aktif dan banyak cakap, Sofea agak pendiam dan kurang keyakinan diri.

    "Saya agak takut mengenangkan diri Sofea lalu berbincang dengan suami untuk menghantar Sofea ke sekolah lebih awal. Saya tidak mengharapkan yang dia boleh menguasai sesuatu pada usia sebegini sebaliknya supaya dia lebih bersosial, berbual dengan rakan dan memahami arahan guru. Selepas dua bulan saya dapati perubahan ketara pada diri Sofea kerana dia semakin berani dan mempunyai keyakinan diri," katanya.

    Menurut Norzuraini, setiap kanak-kanak mempunyai potensi diri yang perlu digilap dan dibentuk dengan baik. Dengan menghantar anak ke tadika seawal usia tiga dan empat tahun, dia dapat dilatih dan diajar oleh guru berpe�ngalaman.
    Daripada duduk di rumah menonton televisyen atau bermain permainan video, lebih baik anak dihantar ke tadika supaya dia dapat belajar secara perlahan-lahan.

    "Sebagai ibu bapa, usah menaruh harapan terlalu tinggi yang anak akan membaca pada usia yang awal atau memahami proses tambah atau tolak. Apa yang penting mereka mampu belajar asas membaca, mengira atau menulis serta bermain bersama rakan-rakan yang dapat membantu merangsang otak anak dan melatih koordinasi mata dan tangan," ujarnya yang turut menghantar anak ketiga, Ahmad Harees Syafiq yang kini berusia tiga tahun di sekolah tadika yang sama dengan Sofea.

    Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk pendidikan ketiga-tiga anaknya, namun demi pelajaran anak-anak dia tidak kisah kerana Norzuraini yakin pendidikan awal mampu membentuk ketiga-tiga anaknya menjadi seorang yang lebih mencintai ilmu dan menyukai suasana persekitaran persekolahan.

    Pengetua Smart Reader Kids cawangan Bandar Baru Bangi, Datin Nor Hidayawati Jaafar, berpendapat pendedahan seawal usia tiga dan empat tahun untuk pendidikan prasekolah anak-anak dapat membentuk diri mereka menjadi lebih bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekolahan sebenar apabila mencecah usia tujuh tahun.

    Dengan kata lain, kanak-kanak yang berada di tadika selama tiga atau empat tahun menjadi lebih berdikari, tidak takut serta mudah menerima pelajaran di sekolah.

    "Ini bermakna apabila kanak-kanak ini memasuki darjah satu mereka tidak takut kepada persekitaran sekolah, tidak mengalami kejutan budaya apabila diberi kerja sekolah yang banyak serta berhadapan dengan guru yang tegas. Ini kerana semua ini sudah dialami sepanjang berada di tadika," katanya.

    Menurut Nor Hidayawati, ibu bapa bekerja dan tiada masa memastikan pembelajaran anak-anak di rumah menjadikan tugas guru tadika menjadi semakin berat. Ditambah pula apabila memasuki sekolah rendah, persaingan sengit antara pelajar serta pelajar yang bijak dan berkebolehan menjadikan ada antara ibu bapa tertekan dalam memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran.

    "Apabila memasuki darjah satu, guru bukan setakat beranggapan pelajar sudah boleh membaca dengan lancar tetapi memahami apa yang dibaca serta mempunyai pemikiran kritis bagi setiap apa yang difahaminya. Bagi kanak-kanak yang masih tidak boleh membaca atau belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, sudah tentu mereka akan ketinggalan," katanya.

    Walaupun Smart Reader Kids menyediakan kelas untuk kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun namun apa yang diajar bersesuaian dengan usia mereka. Misalnya pada usia tiga dan empat tahun, mereka bukan saja diberi penekanan daripada sudut sosial tetapi teknik memegang pensel dan mengenal huruf. Malah bagi pelajar yang mampu mencapai tahap diberikan, mereka akan terus meningkat ke tahap seterusnya. Ini bagi memastikan mereka tidak bosan.

    "Kanak-kanak pada usia lima dan enam tahun pula didedahkan pada persekitaran sebenar sama seperti sekolah rendah. Mereka diberi pemahaman yang jelas sekolah adalah tempat belajar dan bukannya bermain. Sebab itu dalam masa tiga jam di sekolah mereka diberi latihan serta tunjuk ajar menggunakan papan putih serta buku latihan bagi membiasakan diri mereka dengan buku teks dan latihan sebenar ketika darjah satu.

    "Selain itu Smart Reader Kids juga mewujudkan peperiksaan pada pertengahan dan akhir tahun bagi memberikan suasana sebenar di sekolah," katanya.

    Justeru, Nor Hidayawati menasihatkan ibu bapa supaya memilih tadika yang menyediakan sistem pembelajaran sistematik dengan menyediakan semua pelajaran asas termasuk pendidikan Islam serta Fardu Ain.

    Pastikan waktu belajar tidak terlalu panjang, seeloknya tiga jam untuk pembelajaran saja kerana kanak-kanak mudah bosan dan akan mula bermain apabila waktu belajar terlalu panjang.

    "Sebaiknya cari tadika berbeza dengan tempat penjagaan mereka supaya mereka tidak bosan kerana terlalu lama berada di sekolah. Paling penting cikgu yang disediakan mampu mendidik pelajar untuk memahami apa yang diajar," katanya.

    Pendapat yang sama turut diberikan pengurus Sinar Bistari Ceria, Asiah Wahid ,yang bersetuju sekiranya anak-anak dihantar ke tadika pada usia yang awal. Ini kerana pada masa sekarang kanak-kanak semakin bijak dan mula terdedah dengan teknologi yang menyebabkan perkembangan minda mereka berlaku dengan cepat.

    "Pada usia empat tahun naluri ingin tahu mereka terlalu tinggi. Namun ibu bapa jangan sesekali memaksa tetapi memberi mereka ruang untuk belajar. Apabila mereka meningkat usia enam tahun, barulah mereka perlu tahu dan memahami apa yang diajar," katanya.

    Dia juga menolak dakwaan kanak-kanak akan mudah bosan apabila dihantar terlalu awal ke sekolah. Sebenarnya ini tidak berlaku kerana setiap tadika menyediakan sistem pembelajaran berbeza mengikut peringkat umur. Jadi tidak timbul perasaan bosan malah mereka akan lebih matang dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh apabila di sekolah rendah.

    Tuntutan yang tinggi serta persaingan sengit di sekolah rendah menyebabkan ibu bapa semakin terbuka untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak. Ini kerana kekangan masa dengan ibu bapa berkerjaya menyebabkan tugas mendidik anak-anak banyak diberikan kepada guru tadika.

    "Namun dalam pencarian mendapatkan pendidikan sempurna, semuanya bergantung kepada kemampuan ibu bapa. Bagi ibu bapa berpendapatan agak baik, tidak salah mencarikan sekolah berkualiti serta memenuhi kriteria dikehendaki mereka sebaliknya bagi ibu bapa kurang mampu, masih banyak sekolah yang menyediakan pendidikan yang sama. Terpulang kepada kehendak serta keperluan masing-masing," katanya.

    Haiza Mengaku Guna Populariti Zain Saidin

    Posted: 10 Jan 2012 08:05 PM PST

    Haiza mengakui populariti Zain merupakan strategi untuk melonjakkan lagu terbarunya.

    PETALING JAYA: Penyanyi, Haiza mengakui mengambil kesempatan terhadap populariti Zain Saidin untuk melonjakkan semula namanya apabila menawarkan pelakon lelaki tersebut membintangi klip video lagu terbarunya berjudul Semalam.

    Haiza berkata, kemunculan pelakon Kiah Pekasam yang hangat dikaitkan dengan aktres Rozita Che Wan itu salah satu strategi pemasaran untuk menarik perhatian penonton menyaksikan klip video lakonan mereka sekali gus dapat memperkenalkan single terbarunya kepada peminat.

    "Jika ingin mengatakan saya menggunakan Zain atas sifat peribadi semata-mata ingin melonjakkan kembali nama saya di mata peminat, ia adalah tidak benar.

    "Tetapi jika bercakap dari aspek strategi pemasaran ia memang tidak dinafikan kerana perkara itu akan memberikan faedah kepada kami berdua dari segi publisiti," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

    Haiza berkata, kolaborasinya dengan Zain bermula apabila dia mengenali pelakon itu dalam sebuah pertandingan boling dan daripada situ mereka berbincang untuk bekerjasama dalam klip video Semalam.

    Ujarnya, Zain seorang yang peramah dan begitu komited dalam melunaskan tanggungjawab diberikan tanpa memberi sebarang masalah.

    "Mula-mula saya segan juga untuk bekerjasama dengan dia tetapi sifatnya yang ramah dan komited dalam kerja telah membuatkan saya selesa semasa di set penggambaran.

    "Dia adalah antara pelakon generasi muda yang berpotensi untuk terus kekal lama dalam industri seni walaupun sedang melalui pelbagai kontroversi terutamanya membabitkan cinta," ujarnya.

    Dalam pada itu, Haiza berkata, kesuraman stesen radio yang enggan memutarkan lagunya juga menjadi pendorong untuk dia menggunakan pelakon popular tersebut menjadi model klip video berkenaan.

    "Sebaik mana pun lagu yang dihasilkan jika tidak mendapat perhatian dan kerjasama daripada stesen radio tiada guna juga. Sebagai seorang penyanyi yang telah 17 berkecimpung dalam dunia hiburan, saya perlu cepat dalam memikirkan idea-idea baru dan bergerak sendiri untuk tampil dengan perkara segar bagi menarik minat pendengar," ujarnya.

    Haiza menambah, klip video itu akan dilancarkan sepenuhnya bersama-sama single nyanyiannya pada 28 Januari ini sempena Malam Gemerlapan Haiza di Hotel Prime City, Kluang Johor.

    Katanya, selain lagu Semalam ciptaan Nawfas dan lirik Mawar Putih itu, album terbaru Haiza akan turut memuatkan lagu Marilah Padaku ciptaan Audi Mok dan Omar K.

    "Ia akan dijual dengan harga istimewa iaitu RM15 dan pembeli yang mendapatkan album itu pada majlis itu nanti turut menerima kalendar sebagai hadiah," ujarnya.

    Pengarah klip video "Semalam", Shuhaimi Lua (kanan) sibuk memberikan arahan kepada Zain dan Haiza.

    Sementara itu pemilik Tanah Beris Filem Production, Shuhaimi Lua Abdullah yang juga pengarah klip video tersebut berkata, Semalam mengisahkan seorang wanita yang berangan-angan untuk memiliki seorang lelaki kacak dalam tetapi tidak kesampaian.

    Ujarnya, kedua-dua artis tersebut dapat melakonkan adegan yang diberikan dengan baik kerana keserasian mereka selain keupayaan Zain untuk menjadi pelakon serba boleh.

    "Zain tidak banyak kerenah. Untuk adegan menari, dia tidak mengambil masa yang lama mempelajarinya. Dengan beberapa kali tunjuk ajar, dia sudah dapat menguasai lakonan yang saya inginkan," jelasnya.

    Ajai Enggan Melatah Isu Bergambar Dengan Bukan Isteri

    Posted: 10 Jan 2012 08:03 PM PST

    KUALA LUMPUR: Komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai menganggap, penyebaran foto yang membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita bukanlah satu perkara yang memerlukan dia untuk melatah.

    Ujar Ajai, dia merasakan gambar tersebut tidak menggambarkan perlakuan negatifnya ataupun dapat menjatuhkan reputasinya sebagai seorang komposer.

    "Sebenarnya saya pun tak tengok lagi foto tersebut. Kawan-kawan saya yang bagi tahu. Tapi berdasarkan kontroversi-kontroversi saya yang lebih kurang sama isunya dahulu, saya berpendapat, ia tidak menjejaskan karier atau menunjukkan sisi buruk tentang saya," katanya yang ditemui pada pelancaran single lagu pertama artis baru naungan Wake The Baby, Alvin Anthon di Red Box, Sogo, di sini, Selasa.

    Ajai diminta mengulas laporan sebuah akhbar Ahad lalu yang melaporkan perihal penyebaran foto seorang komposer dengan wanita yang tidak dikenali.

    Mengiakan lelaki pada foto berkenaan adalah dirinya, Ajai berkata tiada sebab untuk dia melenting tentang hal remeh itu.

    Tambah Ajai, dia hanya akan bergambar dengan wanita yang dianggap rapat dengannya sahaja memandangkan dia mempunyai ramai kenalan.

    "Saya faham, diri ini kepunyaan masyarakat dan saya tidak menyalahkan sesiapa pun tentang hal ini.

    "Ia sedikit pun tidak mengganggu kerjaya, diri dan keluarga saya. Tanyalah isteri saya (Liza Ilias) dia pun faham dengan kontroversi seperti ini dan tak hairan pun.

    "Lainlah kalau foto itu menunjukkan saya bercium dan berbogel ataupun kena tangkap khalwat. Tapi ia sekadar foto biasa sahaja," selorohnya.

    Sementara itu Liza pula berkata dia belum melihat foto tersebut tetapi tidak kisah jika ia diperkatakan umum kerana yakin suaminya bukan seperti yang digambarkan segelintir pihak.

    "Saya tak kisah dengan penyebaran foto tersebut. Lagipun setakat ini Ajai tidak pernah tidak pulang ke rumah," katanya.

    Aeril Zafril Gementar Kerana Tiz Zaqyah

    Posted: 10 Jan 2012 08:02 PM PST

    Aeril Zafril memberitahu gementar bergandingan dengan Tiz Zaqyah.

    PUTRAJAYA: Pelakon kacak, Aeril Zafril, mengakui gementar apabila digandingkan dengan pelakon Tiz Zaqyah menerusi filem Cinta Kura-Kura yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 1 Mac depan.

    Aeril,24, berkata, perasaan gugup itu timbul kerana Tiz adalah seorang aktres popular dan mempunyai ramai peminat berbanding dirinya yang masih membina nama sebagai seorang pelakon.

    "Terus terang saya katakan pada awalnya memang malu nak berhadapan dengan Tiz ketika mula-mula tiba di set penggambaran Cinta Kura-Kura.

    "Bagaimanapun saya tidak mahu perasaan itu menghantui diri saya kerana peluang berlakon dengannya bukan datang setiap hari.

    "Keramahan Tiz dan sifat rendah dirinya telah membuatkan saya selesa dengannya sekali gus kami dapat bekerjasama dengan baik di lokasi," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sesi penggambaran filem itu di Hotel Palm Spring di sini pada Selasa.

    Aeril memberitahu, usia mereka yang sebaya telah memberikan lagi keserasian semasa bersama-sama menjayakan filem arahan Nizam Zakaria itu.

    "Umur kami sama. Era kami juga sama dan kami boleh berkongsi pelbagai perkara dan memahami antara satu sama lain," ujarnya.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai pengalaman bekerja di bawah produksi KRU Studios dan pengarahnya, Aeril berkata dia rasa bertuah dapat bekerjasama di bawah label tersebut.

    Dia tidak berfikir panjang ketika ditawarkan berlakon dalam filem itu tambahan pula peluang berkenaan datangnya daripada produksi yang telah membina nama dengan pelbagai kejayaan.

    "Bodohlah saya jika menolak tawaran daripada KRU Studios dan sebagai pelakon baru ini saya perlu merebut peluang dan langsung tidak memikirkan mengenai bayaran," ujarnya.

    Cinta Kura-Kura mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tiz) yang mempunyai seekor kura-kura sebagai binatang peliharaan bernama Nico.

    Nico mempunyai kelebihan iaitu boleh bercakap dengan manusia dan perpindahan Nani ke kawasan perumahan baru telah memperkenalkannya dengan seorang jejaka, Adam (Aeril).

    Adam pula adalah satu-satunya manusia yang boleh bercakap dengan Nico (Zizan Razak) dan telah jatuh cinta dengan jiran barunya itu tetapi Nico tidak menyukai Adam dan mula mensabotaj hubungan mereka dengan pelbagai perkara.

    Selain Aeril, Tiz dan Zizan, Cinta Kura-Kura turut dibarisi oleh pelakon seperti Fara Fauzana, Fizz Fairuz dan Sy8 (Usop Wilcha).

    Snoop Dogg Ditahan Kerana Miliki Ganja

    Posted: 10 Jan 2012 07:57 PM PST

    Snoop Dogg.

    PENYANYI rap terkenal, Snoop Dogg dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas didapati memiliki dadah jenis ganja dalam bas yang digunakan untuk jelajah konsertnya pada Sabtu lalu.

    Daily Mail melaporkan Snoop ditangkap di Sierra Blanca setelah seekor anjing pengesan telah mengesan sejumlah dadah berkenaan dalam bas tersebut.

    Ketika itu rombongan berkenaan sedang berhenti berehat di sebuah lokasi sebelum dihampiri oleh pasukan polis yang membuat rondaan di kawasan itu pada pukul 3 pagi.

    "Semasa melakukan rondaan, anjing pengesan itu telah tercium bau dadah dari arah bas terbabit dan siasatan lanjut dilakukan bagi mengesan dadah itu," kata sumber polis.

    Tambah sumber itu lagi, dadah berkenaan dijumpai pada bahagian belakang bas dan turut ditemui beberapa botol ubat yang berisi rokok dipercayai mengandungi dadah.

    Terbukti menyimpan dadah secara terlarang di dalam bas, Snoop atau nama asalnya Calvin Broadus C, mengaku bahawa dadah tersebut miliknya dan dia ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut.

    Lisa Yusry shooting menjelang nikah

    Posted: 10 Jan 2012 07:55 PM PST

    Pasangan yang sedang lalui hari-hari berdarah manis, Lisa Surihani dan Yusry KRU berganding lagi. Kali ini dalam filem Ular terbitan KRU Studios. Semakin dekat dengan tarikh pernikahan bulan depan, semakin banyak komitmen mereka.

    Mungkin juga mereka selesa bergandingkan setelah mengakui bakal berkahwin. Selama ini mereka mengunci untuk bercerita secara terbuka. Sehinggalah majlis pengumuman pasalnya dibuat baru-baru ini.

    Ular arahan Jason Chong. Tak kekokkah mereka berlakon sebagai pasangan kekasih di dalam filem. Maklumlan bila saling mencintai, takut nanti terbawa perasaan sebenar ke dalam filem.

    Jawab sikit Yusry?

    "Saya tidak rasa kekok berlakon dengan Lisa... apatah lagi kami bukannya jadi sepasang kekasih. Di luar set penggambaran pun kami profesional dan boleh bezakan di antara kerja dan perkara peribadi."

    Apa kata Lisa?

    "Saya sudah cukup mengenali Yusry sewaktu melihat dia bekerja untuk menyiapkan filem Vikingdom. Janganlah pula kata yang saya terima tawaran berlakon dengan dia sebab nak kenal hati budi dia dengan lebih dekat."

    Inilah barisan karyawan Ular.

    Filem sedang menjalani penggamaran di Pulau Pangkor, Perak. Ia perlu disiapkan sebelum menjelangnya hari pernikahan Lisa dan Yusry pada 23 Februari ini. Bermakna mereka perlu melunaskan kerja dulu sebelum naik pelamin.

    Pasangan bahagia... tapi kena kerja dulu ya!

    Ular mengisahkan Myra (Lisa) seorang wartawan yang digantung kerja diarahkan membuat liputan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak menyangka tugasannya bertukar jadi bencana.

    Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan tempat mereka menginap menyelinap masuk ke dalam hutan berpagar elektrik. Ia menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh pemilik pusat itu (Namron).

    Mereka sebenarnya terperangkap di sebuah pulau yang dipenuhi oleh penunggu asal pulau itu. Itulah mimpi ngeri yang dilalui oleh mereka di pulau tersebut.

    Buah hati Erema

    Posted: 10 Jan 2012 07:52 PM PST

    • Foto

    • Foto

      EREMA bersama permata hatinya, Nur Irsya Amyra Jamaludin, kini berusia lapan tahun.

    Penyanyi akui ada anak kini berusia lapan tahun hasil perkongsian hidup dengan arwah Seri Bayu

    KETIKA dirundung duka, anak menjadi peniup semangat. Bernafas penyanyi Erema hari ini hanya kerana permata hatinya, Nur Irsya Amyra Jamaludin, kini berusia lapan tahun. Mungkin pendedahannya ini mengejutkan ramai, Erema tidak mahu bermain tarik tali lagi.
    Cukuplah lapan tahun penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pelita Di Bawah Purnama merahsiakan kehadiran buah hatinya itu. Nur Irsya Amyra, cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas penulis lirik, Allahyarham Seri Bayu.
    Allahyarham Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik menghembuskan nafas terakhir pada usia 46 tahun di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan pada April tahun lalu akibat penyakit saraf (motoneuron disease). Bagaimanapun, belumpun sempat kes tuntutan cerai yang difailkan Erema dan pertelingkahan mereka selama dua tahun selesai, Seri Bayu terlebih dulu dijemput Ilahi.

    Bukan berselindung, bukan juga mahu membohongi sesiapa, Erema atau nama sebenarnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 28, terpaksa merahsiakan kehadiran Nur Irsya Amyra kerana atas permintaan arwah suaminya ketika itu. Pada masa itu, Erema belumpun menempa nama dalam dunia persada seni suara.

    "Saya minta maaf, tidak terlintas di fikiran mahu membohongi sesiapa, tapi saya terpaksa akur dengan permintaan arwah Seri Bayu. Amyra menjadi kekuatan jiwa saya yang terlalu merana dan tersiksa dengan konflik rumah tangga. Kehidupan saya tanpa arwah Seri Bayu, tetapi nadi saya terus berdenyut kerana Amyra.

    "Amyra tinggal bersama ibu saya di Kuching sejak dulu lagi. Diakui memang pernah timbul gosip mengatakan saya sudah mempunyai cahaya mata dulu, bagaimanapun saya tidak pernah mengiya dan menidakkannya.
    "Di kalangan teman-teman mahupun wartawan yang rapat, saya tidak pernah berselindung malah ada antaranya sudah menemui Amyra. Mereka menghormati permintaan arwah Seri Bayu dan menyimpan rahsia sehingga saya bersedia mendedahkannya. Tidak guna saya terus berselindung dan bermain teka teki, lambat laun orang luar akan tahu dan terus menuduh saya sebagai penipu. Dulu, terbit juga rasa bersalah tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana arwah tidak mahu saya mendedahkan kisah anak.

    "Amyra rapat dengan arwah Seri Bayu. Walaupun Amyra berjauhan dengan arwah, mereka tidak pernah terputus hubungan. Mereka sentiasa berhubung dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana di penghujung hayat, arwah tidak mampu lagi bertutur. Saya sedih tidak dapat menemukan Amyra dengan arwah bapanya sebelum meninggal dunia.

    Hajat terakhir tak kesampaian

    "Saya juga terkilan, permintaan arwah yang terakhir iaitu mahu menemui Amyra sebelum menghembuskan nafas terakhir. Arwah menyuarakan rasa rindu dan mahu bertemu anaknya sebelum menutup mata.

    "Malang sekali ketika itu, saya tidak berduit. Saya berdepan dengan kes muflis apabila kereta yang dibeli arwah atas nama gagal dilunaskan tunggakan. Semua akaun bank saya dibekukan. Dalam tangan saya ketika itu hanya ada RM50. Saya tidak dapat membawa Amyra bertemu arwah kali terakhir ketika terlantar sakit di Hospital Port Dickson.

    "Alhamdullilah, selepas dua tahun bekerja siang malam, akhirnya saya dapat membayar semua tunggakan dan nama saya tidak disenarai hitam lagi. Walaupun banyak hutang yang ditinggalkan arwah, saya tidak berdendam dan sudah memaafkannya. Apa yang termampu, saya akan cuba selesaikan. Disebabkan itulah, saya terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang dan menanggung sara hidup anak.

    "Saya tidak berdendam. Jika berdendam dan menyimpan perasaan amarah, saya tidak akan muncul pada hari pengebumiannya. Malah, saya sudah dua kali membawa Amyra menjenguk pusara bapanya di Port Dickson. Jika ada kelapangan, saya juga akan menjenguk pusara arwah bersendirian," katanya ketika ditemui B*POP, baru-baru ini.

    Amyra menangis bapa meninggal

    Erema akui berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Walaupun tiada apa yang ditinggalkan untuk anaknya, dia bersyukur sekurang-kurangnya kehadiran Amyra menjadi kekuatan hidupnya. Ketika menangis, Amyra menyapukan air mata. Ketika bersedih, Amyra menghiburkan hatinya. "Amyra suka buat saya tergelak.

    Dia lucu orangnya. Sungguhpun Amyra melihat penyiksaan yang saya lalui apabila sering diaibkan dan dimalukan menerusi dada akhbar, dia tidak pernah membenci arwah. Amyra melihat saya menangis siang malam mengenang perbuatan arwah dulu.
    "Amyra menerima arwah sama ada baik atau buruknya. Saya nampak kesedihan Amyra apabila kehilangan bapanya. Ibu saya melihat Amyra menangis sendirian di dalam biliknya selepas menonton berita kematian bapanya di kaca TV. Bagaimanapun, Amyra tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan keluarga."

    Lara hatinya berlalu perlahan, ia meninggalkan kesan kesedihan mendalam dalam jiwanya. Erema mengakui hampir terkena penyakit kemurungan dek tersiksa dengan konflik rumah tangga berterusan dengan arwah Seri Bayu ketika hayatnya. Kini, dia cuba bangkit daripada kesedihan silam.

    Hidup kini lebih tenang

    Jujurnya, Erema berkata hatinya tetap sedih dan terkilan kerana kes tuntutan cerai belum selesai. Seakan-akan mengetahui dirinya tidak akan hidup lama, arwah Seri Bayu pernah berkata, dia tidak akan berpisah dengan Erema, melainkan berpisah mati.

    Walaupun sehingga akhir hayat, mereka tidak berbaik namun Erema dan keluarganya tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan memohon keampunan untuk suaminya di alam barzakh. Walaupun hatinya terlalu terluka mengenangkan pertelingkahan yang tidak berkesudahan, Erema sudah lama memaafkannya.

    "Saya tidak mahu menangis lagi, dulu saya puas menangis dan meratap. Kehidupan saya hari ini lebih tenang kerana tiada lagi masalah rumah tangga yang harus difikirkan. Saya juga semakin biasa mengharungi hidup sendirian tanpa insan bernama suami. Kisah sedih dulu, saya buang jauh-jauh dari kotak fikiran, saya tidak mahu mengenangkannya lagi.

    "Walaupun saya pernah menerima aib yang teramat sangat hingga tidak tahu meletakkan muka, saya akur ujian Tuhan. Saya tidak mahu terus menyimpan perasaan marah. Tapi, mulut boleh berkata sudah lupa, kadang kala hati dan fikiran masih menerawang memikirkannya. Saya akui, hampir terkena penyakit kemurungan ketika berdepan dengan kes tuntutan cerai dan selepas kematian arwah Seri Bayu.

    "Saya menangis tanpa henti selama beberapa bulan. Ketika makan menangis, tidur pun dalam linangan air mata. Apa saja yang dilakukan pasti air mata berjuraian. Sehingga suatu ketika, keluarga saya terpaksa membawa saya bertemu seorang ustaz di Kuching. Saya tahu jiwa dan hati saya terlalu merana ketika itu sehingga hilang semangat untuk meneruskan hidup.

    Salahkan diri sendiri

    "Bagaimanapun, semuanya sudah berlalu. Tiada guna mengenang kesakitan lalu. Apa yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa saya. Saya sudah puas hidup susah dan tersiksa, saya mahu melalui hidup yang lebih tenang dengan Amyra walaupun ada ketikanya, masih terbayang-bayang kesakitan dulu. Saya kehausan kasih sayang ketika hidup bersama arwah dulu.

    "Saya sering menyalahkan diri, saya persoalkan kenapa hidup saya jadi begini? Persoalan yang sering menerjah fikiran, kadang kala buat saya hampir gila. Ia kerana saya sendiri tiada jawapannya. Apabila arwah Seri Bayu menghembuskan nafas terakhir, saya terkejut. Bohonglah kalau saya cakap tidak sedih. Arwah pernah melalui hidup susah senang bersama saya. Baik atau buruknya, kami pernah menjadi suami isteri dulu. Terlalu cepat arwah pergi tanpa ada penyelesaian antara kami.

    "Kami sering bertikam lidah di dada akhbar dan penghujungnya hanya tergantung begitu. Mungkin betullah apa yang arwah pernah cakap pada saya, dia tidak akan menceraikan saya sehingga akhir hayat. Hanya maut akan memisahkan kami. Tidak dinafikan, terbit juga rasa terkilan kerana tidak berada di sisi arwah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir, sedangkan hampir empat tahun saya menjaganya ketika sakit. Hampir dua bulan saya rasa bagai nak gila, sering menyalahkan diri dan macam-macam. Jiwa saya rasa terlalu kosong.

    "Walaupun saya digantung tidak bertali selama lebih dua tahun, tapi saya dan arwah masih berhubungan kerana kami punya anak. Kami saling menghubungi menerusi SMS dan ada ketika, saya dan Amyra menjenguk arwah. Cuma kami tidak bertemu selama lima bulan apabila arwah tinggal bersama keluarga angkatnya di Port Dickson," katanya.

    Mohon maaf pada wartawan

    Erema berkata, hidup perlu diteruskan, apatah lagi Amyra kian membesar. Dia perlu bekerja keras untuk membesarkan Amyra. Ketika ini, Erema masih aktif menyanyi, malah akan muncul dengan lagu single baru tidak lama lagi.

    "Saya tidak mahu nama saya terus tenggelam. Saya nekad mengeluarkan duit simpanan untuk membiayai lagu single. Saya masih lagi mencari lagu-lagu yang sesuai, tentunya genre balada menjadi pilihan. Dulu, saya pernah menolak beberapa tawaran kerana malu mahu muncul di khalayak ramai. Hati saya juga belum terbuka untuk bertemu sesiapa ketika itu.

    "Saya mohon maaf pada wartawan yang sering memanggil saya untuk mengadakan sesi fotografi, saya terpaksa menolak kerana jiwa saya belum kuat untuk berdepan dengan mereka. Kini, saya mahu membuka lembaran baru, saya harap ada sinar untuk kerjaya nyanyian.

    "Tidak dinafikan, saya masih aktif menyanyi, cuma menerima undangan nyanyian makan malam. Saya tidak kuat lagi ketika itu untuk menerima undangan pertunjukan pentas yang membabitkan orang ramai. Alhamdullilah, kini saya sudah mendapat sedikit kekuatan, apatah lagi Amyra mahu saya terus menyanyi dan menghasilkan album.

    "Saya juga kerap menerima undangan nyanyian sekitar Kuching. Masa saya juga banyak dihabiskan di Kuching bersama Amyra dan keluarga. Bagaimanapun, saya masih menyewa rumah di Puchong kerana masih banyak menerima undangan makan malam di Kuala Lumpur," katanya.

    Info Erema

    NAMA SEBENAR: Dayang Zaira Erema Awang Moshdad
    NAMA KOMERSIAL: Erema
    USIA: 28 Tahun
    TARIKH LAHIR: 28 September 1983
    ASAL: Kuching, Sarawak
    KELUARGA: Anak sulung dari pada empat beradik
    ALBUM: Pelita Di Bawah Purnama
    ANAK: Nur Irsya Amyra Jamaludin, 8

    Aaron cedera

    Posted: 10 Jan 2012 07:51 PM PST

    • Foto

    • Foto

    Bintang KL Gangster 2 terjatuh ketika jayakan babak aksi

    BINTANG utama filem KL Gangster 2, Aaron Aziz, mengalami kecederaan di pinggang akibat terjatuh ke atas sebuah kereta yang sedang bergerak. Kejadian berkenaan berlaku ketika aktor popular terbabit menjayakan babak aksi bersama pelakon Rosyam Nor.
    Akibat kecederaan berkenaan, Aaron dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana (TMC).
    Aaron yang dihubungi Hip semalam mengakui, kecederaan yang dialami tidak mengganggu produksi untuk meneruskan penggambaran filem arahan Syamsul Yusof itu.

    "Sebelum melakukan aksi terbabit, memang saya ada mengambil langkah keselamatan dengan memakai pelapik kaki dan tangan kerana tahu aksi itu berbahaya. Saya pula berkeyakinan dapat melakukan babak lasak berkenaan, malangnya nasib kurang menyebelahi saya ketika itu.

    "Sebenarnya kecederaan itu tidaklah serius, namun saya tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian imbasan x-ray.

    "Alhamdulillah doktor mengesahkan memang tiada tulang yang retak, cuma bengkak pada bahagian belakang pinggang selepas ujian imbasan dilakukan," kata bintang kelahiran Singapura ini.
    Menceritakan detik mendebarkan itu, Aaron mengakui kecederaan yang dialami disebabkan kebodohan dirinya sendiri yang berani mengambil risiko untuk melakukan aksi berbahaya bagi memberi impak yang lebih kepada lakonannya.

    "Ketika kejadian, saya sedang berlawan dengan Rosyam dan aksi itu memerlukan saya terjatuh di atas sebuah kereta yang sedang bergerak. Sewaktu jatuh, kereta itu pula sedang bergerak dengan kelajuan 45 kilometer sejam dan saya terus terhempas di jalan.

    "Sebenarnya filem ini memang banyak memerlukan saya melakukan aksi berbahaya seperti berlawan. Setiap hari, selepas pulang daripada penggambaran badan saya pasti sakit-sakit. Ia sudah menjadi perkara biasa.

    "Selepas kejadian itu kelmarin, saya masih berkeadaan baik untuk kembali beraksi semalam dengan melakukan aksi berlawan bersama Rosyam. Namun, pada sebelah malamnya, kesakitan dirasa semakin kuat sehingga saya tidak dapat tidur sampai pagi.

    "Memang saya risau kerana sepanjang terbabit di dalam bidang lakonan, saya tidak pernah mengalami masalah seperti ini dan mengambil keputusan untuk terus merujuk ke hospital berdekatan dengan rumah," katanya.

    Sepanjang berada di pusat rawatan itu, dia turut dikunjungi penerbit filem berkenaan, Datuk Yusof Haslam, pelakon Fizz Fairuz dan Khairul Anuar Salleh.

    Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz bagaimanapun tetap berasa bangga apabila dipilih sebagai seorang daripada bintang utama filem susulan itu. Filem pertama, KL Gangster, yang turut dilakonkan olehnya pada tahun lalu muncul judul paling berjaya dalam sejarah perfileman tanah air dengan pungutan kasar RM11.7 juta.

    "Saya menjalani penggambaran filem ini selama lebih 50 hari dan hanya tinggal beberapa hari saja lagi babak saya akan habis. Hari ini (semalam) ialah hari terakhir untuk babak membabitkan saya, dan kebetulan hari ini juga saya sudah boleh keluar daripada hospital, jadi saya akan terus menjalani penggambaran.

    "Esok pula saya akan ke Jepun kerana ada urusan lain. Saya akan kembali menyambung penggambaran selama lima hari lagi selepas pulang nanti," katanya yang mengharapkan penonton akan berpuas hati dengan persembahannya dalam filem itu nanti.

    Selain Aaron (Malek) dan Rosyam (Don), filem ini turut dibintangi Zizan sebagai Fadil, Adi Putra (Jai), Ridzuan Hashim (King), Soffi Jikan (Ajib), Sheera Iskandar (Zati), Ku Faridah (ibu Malek, Jai dan Zati) dan Adam Corrie.

    Filem yang menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi.

    Ia mengisahkan dua beradik iaitu Malek dan Jai terjebak dalam dunia samseng setelah kematian bapa mereka 10 tahun lalu. Sejak kematian si bapa, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan dan mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

    Disebabkan kesempitan wang, Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja bagi mengubah nasib hidupnya walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi apabila laporan doktor mengesahkan ibu mereka mengidap penyakit barah. Keadaan bertambah perit apabila adiknya, Zati diperkosa.

    Jamal mahu bikin gempak di Perak

    Posted: 10 Jan 2012 07:50 PM PST

    Kalau sebut pasal nak buat konsert besar, seseorang penyanyi akan fikir lokasinya di sekitar Kuala Lumpur. Fikiran itu dengan penuh harapan agar konsert yanag dijalankan mendapat sambutan memberangsangkan. Tambahan pula banyak vanue besar di KL.

    Tapi penyanyi Jamal Abdillah mahu bikin gempak di tempat asalnya. Di nak buat konsert besar-besaran di Perak. Pasti anak Perak yang meminati Jamal akan seronok. Peminat di luar Perak pun boleh menonton juga. Sekarang banyak kemudahan perjalanan kan?

    Pada 28 Januari ini peminat di Perak akan dapat menonton konsert solo mega Jamal di sana. Dia pilih Stadium Indera Mulia, Ipoh. Nampaknya Jamal tak lupa negeri kelahirannya. Bukan tak pernah adakan konsert di Perak, tapi yang berskala besar inilah masanya.

    "Sekarang ini ada promosi Tahun Melawat Perak, jadi saya rasa kenalah dengan masanya. Secara tak langsung konsert ini boleh menggalakkan pelancong ke negeri Perak.

    "Sebagai anak Perak saya amat bangga sekali dapat mengadakan konsert solo di negeri kelahiran saya," kata Jamal.

    Konsert selama dua jam setengah yang mengenakan tiket pada harga RM80, RM140 dan RM300 itu anjuran Bombay Worldwide dengan kerjasama Persatuan Budak Bas Stand Ipoh.

    Jamal akui sebelum ini dia pernah ditawarkan mengadakan konsert berskala besar di Perak, tapi dia tidak mampu melunaskannya kerana tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Jadi dia harap peminat yang menunggunya selama ini tidak akan melepaskan peluang menonton.

    Dengarnya... Yuna cari penyanyi lelaki

    Posted: 10 Jan 2012 07:48 PM PST

    Yuna
    Yuna
    NAMPAKNYA, Yuna, sedang memantapkan lagi label miliknya, Yuna Room Records. Selepas Diandra Arjunaidi, difahamkan seorang lagi bakat baru bakal bernaung di bawah syarikatnya itu.

    Wah! kencang sungguh perjalanan kerjayanya. Satu persatu cabang seni diteroka. Walau sibuk berulang alik antara Los Angeles dan Kuala Lumpur, Yuna yang tampil bersama album kedua rancak mengatur rancangan.
    Dengarnya, dia dan pengurusnya, Wawa, masih mengintai bakat baru lelaki yang belum diketengahkan ke arus perdana. Pilihannya tentu saja yang punya vokal unik, selain boleh menghasilkan lagu sendiri.
    Jadi peluang bagi sesiapa di luar sana yang berasakan diri memenuhi kriteria berkenaan bolehlah mencuba nasib. Lihat saja gadis berusia 20 tahun yang diperkenalkan kepada umum, Diandra. Teman Cik Normah yang menghadiri sesi pelancaran album cucu Datuk Rosnani Jamil dan Datuk Jamil Sulong itu turut memuji lagu serta vokalnya.

    Yuna sendiri mengakui pengurusannya di Amerika Syarikat, The Fader Label juga kagum dengan rangkaian dendangan gadis itu. Siapa tahu selepas ini Diandra pula mengikut jejak Yuna merakamkan album di sana.

    Apa pun, sudah pasti selepas ini bukan calang-calang bakat diketengahkan penyanyi ini. Cik Normah memuji sikapnya yang turut membuka laluan untuk penyanyi indie lain diketengahkan dalam industri muzik perdana. Semoga usahanya ini mendapat sokongan semua.

    Eksklusif: Ally sah bernikah 20 Januari

    Posted: 10 Jan 2012 07:46 PM PST

    pix_gal0
    Gadis dari Terengganu jadi pilihan hatinya

    PENGACARA TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, mengesahkan bakal bernikah dengan gadis dari Terengganu, Farah Lee pada 20 Januari ini.

    MIKHA TAMBAYONG DALAM TEATER GERIMIS MENGUNDANG

    Posted: 10 Jan 2012 07:45 PM PST

    Kamal, Mikha (tengah) & Ahmad Idham

    Pelakon remaja popular dari Indonesia, Mikha Tambayong,18, telah memeterai persetujuan untuk terlibat dalam pementasan teater muzikal romantik, Gerimis Mengundang, yang akan diadakan di pentas berprestij, Istana Budaya, bermula 27 MAC - 8 APRIL 2012 yang diterbitkan oleh Excellent Pictures, ERama Creative dan Global Network.

    Mikha Tambayong yang sedang popular di kaca televisyen dengan memegang watak Nada dan Cinta dalam sinetron muzikal Nada Cinta, ini melahirkan rasa kegembiraan kerana diberikan peluang terlibat dalam pementasan teater di Malaysia.

    Bagi Mikha, ini merupakan peluang bagi peminat di negara ini, mengenali dan bertemu dengannya secara dekat dan sebaliknya, apabila berada di Kuala Lumpur untuk pementasan, penghujung Mac nanti.

    Persetujuan itu dicapai sebentar tadi, dalam acara ringkas yang turut dihadiri oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri, selaku pengarah teater Gerimis Mengundang, juga Datuk Md Afendi Hamdan dari ERama Creative. Selain itu, Kamal AdliI selaku pelakon utama yang akan bergandingan dengan Mikha Tambayong juga turut berada di Jakarta, Indonesia.

    Mengikut jadual Mikha Tambayong akan berada di Kuala Lumpur bermula awal Mac untuk sesi latihan teater yang akan dilakukan di sini.

    Teater Gerimis Mengundang diinspirasikan dari filem Gerimis Mengundang lakonan Kamal Adli dan Olivia Jensen yang akan ditayangkan tahun 2012 ini.

    Penghasilan filem dan Gerimis Mengundang ini adalah bertujuan dalam mengeratkan lagi hubungan serumpun di antara dua negara tetangga, Malaysia dan Indonesia, melalui karya seni.

    Pencen tentera naik 8 peratus

    Posted: 10 Jan 2012 07:37 PM PST

    100,000 dapat manfaat pelarasan kadar minimum RM777.60 berbanding RM720 bulan depan

    KUALA LUMPUR: Pesara tentera akan menikmati kenaikan pencen sebanyak lapan peratus, bermula bulan depan berikutan pelarasan kadar pencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia.

    Kaftan sulaman eksklusif

    Posted: 10 Jan 2012 07:36 PM PST


    Jahitan manik kecil dan besar pelbagai warna menyerlahkan kaftan yang berwarna gelap.


    WALAUPUN kaftan mempunyai potongan yang ringkas dan mudah, sulaman yang dijahit di atas kaftan menjadikan rekaan ini masih diminati.

    Memasuki tahun 2012, kaftan masih lagi diminati oleh semua golongan wanita kerana keselesaan memakainya.

    Sulaman pada kaftan menjadikan baju ini nampak eksklusif dan bukan lagi sekadar baju untuk dipakai di rumah.

    Malah kaftan tidak segan untuk dipakai ke majlis-majlis rasmi dan makan malam.

    Sulaman cantik dan kemas dengan corak-corak yang menarik ditambah dengan jahitan manik menjadikan kaftan masih lagi pilihan kebanyakan wanita yang gemarkan fesyen yang ringkas namun menarik.

    Selain sulaman pada bahagian dada, sulaman turut dibuat pada bahagian tangan bagi menambah keindahannya.

    Anda tidak perlu lagi memakai rantai kerana sulaman di bahagian dada sudah cukup cantik dan menarik perhatian yang melihat.

    Wanita Muslimah juga amat sesuai menggayakan kaftan kerana potongan kaftan yang longgar dan berlengan panjang serta menutup aurat.

    Selain sulaman, keindahan kaftan terletak pada jenis fabrik yang digunakan.

    Fabrik yang lembut dan nipis seperti syifon dan sutera amat sesuai dan menjadikan kaftan nampak mahal dan cantik pada tubuh si pemakai.

    Kaftan juga sesuai dipakai oleh semua jenis bentuk badan sama ada yang bertubuh berisi atau langsing.

    Selain kaftan longgar, terdapat juga kaftan yang mempunyai tali di bahagian dalam pinggang yang boleh menampakkan kerampingan.

    Gayakan bersama kasut bertumit tinggi dan tas tangan kepit serta dandanan rambut yang kemas, pastinya penampilan anda tampak menawan dan menyerlahkan kelembutan.

    Lelaki lemah punca wanita queen control

    Posted: 10 Jan 2012 07:35 PM PST


    Adakah memeriksa rakan-rakan Facebook suami antara tindak-tanduk yang dipanggil queen control? - Gambar hiasan


    B siapa kawan awak yang add awak di Facebook tu? Perempuan, kawan sekolah awak ke? Perlu ke nak contact kawan sekolah lagi? Kan awak dah ada keluarga, dah ada saya tak perlulah kawan-kawan lama tu lagi."

    Apa persepsi anda pada si isteri apabila membaca petikan dialog isteri di atas? Terlalu mengongkong, terlalu cemburu atau mungkin istilah queen control yang paling sesuai?

    Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, tidak kira apa zaman sekali pun memang masih wujud sikap-sikap yang dirujuk sebagai queen control.

    Sikap ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, queen control yang memberikan kebahagiaan kepada suami dan rumah tangga dan satu lagi, queen control yang membebankan suami dan menimbulkan kekecohan di dalam rumah tangga.

    Dan menurut Suzana juga lelakilah punca wanita itu dikatakan bersikap queen control.

    "Ia berpunca daripada beberapa sebab yang asasnya adalah suami gagal berperanan sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri perlu mengambil alih peranan suami sepenuhnya.

    "Keduanya suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri bertindak mengawal segala tindak-tanduk suami dengan harapan pengabaian tanggungjawab suami tidak berulang lagi

    "Dan ketiga suami gagal mengawal isteri hingga membiarkan diri dikawal penuh oleh isterinya," ujarnya lagi.

    Apabila ditanya adakah lelaki akan jemu dengan wanita yang bersikap queen control, Suzana berkata ia terpulang kepada bentuk kawalan (control) daripada wanita itu sendiri.

    "Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak akan rasa jemu malah tak mustahil lelaki akan rasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri.

    "Namun, jika sikap mengawal atau mengongkong si isteri dengan hasrat mengawal pergerakan suami supaya tidak mengulangi kesilapan lalu, memang lelaki akan rasa jemu dan bosan. Sebabnya, lelaki akan mula rasa segala pergerakannya tidak bebas dan terkawal," jelasnya.

    Menurut Suzana, sama juga dengan sikap wanita yang memang sejak awal gemar mengawal dan bila bersama dengan teman lelaki atau suami, dia tidak dapat membuang sikap tersebut ditambah pula dengan kegagalan si lelaki mengawal wanita tadi, lelaki pasti rasa jemu dan bosan.

    "Kalau sebagai teman lelaki, tidak mustahil wanita tadi akan ditinggalkan dan jika sebagai suami, tidak mustahil juga si suami akan mula pasang mata mencari wanita lain yang boleh memberikan ketenangan kepadanya.

    "Paling buruk, lelaki akan mengambil pendirian keluar daripada perkahwinan," tegasnya.

    Namun bagi suami, terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk berhadapan dengan isteri yang queen control.

    "Perkara paling penting yang perlu anda lakukan ialah menjadi lelaki yang sebenarnya. Maksud saya, jadilah lelaki yang tegas dan menjalankan tanggungjawab.

    "Jika anda pernah tersilap, yakinkan isteri atau teman wanita anda bahawa anda telah berubah dan tak akan ulangi kesilapan lalu.

    "Pastikan juga anda betul-betul berubah. Ingatlah, teman wanita atau isteri anda mengawal anda kerana sayangkan anda dan ingin hidup bahagia dengan anda,"katanya.

    Tambah Suzana, jika teman wanita atau isteri anda memang bersikap queen control sejak awal dan bukan kerana kesilapan anda, anda perlu ubah sikap teman wanita atau isteri anda itu.

    Anda perlu sedarkan dirinya tentang kesilapan sikapnya. Sedarkan bahawa dia ialah wanita yang perlu taatkan suami dan tidak boleh sesenang hati mengarah suami itu ini.

    "Sebagai permulaan, tanamkan dalam diri teman wanita atau isteri anda untuk bersikap toleransi dan sering berbincang di dalam menetapkan sesuatu perkara atau keputusan.

    "Ingatkan wanita anda, walau siapa pun dirinya di luar rumah hatta jika dia adalah bos anda sendiri, di rumah dia adalah wanita yang perlu menghormati dan mentaati perintah suami selagi perintah suami tidak menyalahi ketetapan syarak," jelasnya.

    Bila masuk ke dunia perkahwinan, sikap ini terbawa-bawa hingga kadang-kadang si isteri sendiri merasa rimas sebenarnya.

    Tidak semua wanita suka bersikap queen control tetapi terpaksa bersikap sedemikian demi menyelamatkan sebuah hubungan kasih sayang.

    Kes queen control juga sering berlaku di dalam perkahwinan yang melibatkan pasangan lelaki dengan wanita yang lebih berusia, lebih berharta atau lebih berpendidikan daripada si lelaki.

    "Dengan kelebihan yang ada pada diri wanita, ada kalanya mereka akan lupa diri maka tugas si lelaki adalah untuk mengingatkan peranan wanita tadi dan untuk melakukan tugas tersebut, lelaki perlu tegas dan bijak menangani si wanita.

    "Perkara paling penting, lelaki dan wanita, suami dan isteri perlu faham dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam rumahtangga.

    "Jika masing-masing memahami dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, tidak kisahlah king control atau queen control, rumah tangga akan aman dan bahagia, insya-Allah," akhiri Suzana.

    Peluang terhidang di China

    Posted: 10 Jan 2012 07:34 PM PST


    Anzac Consultancy pernah berkerjasama dengan akhbar Utusan Malaysia mengadakan program Rombongan Usahawan Bumiputera ke Negara China.


    DI MANA ada gula, di situ ada semut. Perumpamaan ini sangat tepat dengan status negara China hari ini yang seakan menjadi gula, membuatkan semua usahawan di seluruh dunia bertumpu ke sana.

    China adalah negara yang menjanjikan seribu peluang keemasan kepada golongan usahawan yang sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan melepaskan meluang meneroka pasaran termurah dan terbesar di dunia ini.

    Namun negara ini juga penuh dengan cabaran dan tipu daya.

    Ramai usahawan jatuh tersungkur kerana hanya menyasarkan kepada peluang tanpa mengambil-kira perangkap yang menanti.

    Berniaga di China

    Memulakan urusan perniagaan di China memerlukan seseorang usahawan itu sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan setiap urusan.

    Bermula kecil-kecilan dan belajar daripada orang yang lebih berpengalaman adalah satu-satunya solusi menghadapi masalah ini.

    Menyedari ramai usahawan yang membazirkan masa, wang dan tenaga dengan kegagalan di China, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman dari Anzac Consultancy tampil dengan satu modul bagi usahawan tempatan Melayu mengharungi cabaran di negara tembok besar itu.

    Bersama adiknya, Mohamed Firdous, mereka mula meneroka pasaran China sejak 10 tahun yang lepas dan mempunyai banyak pengalaman jatuh bangun di sana.

    Pengalaman inilah yang dikongsi dalam Kursus Memborong ke China yang mereka anjurkan sejak 2007.

    Kursus ini mengajar dan melatih usahawan mengenai peluang, harapan dan cabaran yang bakal ditempuhi oleh usahawan sepanjang di sana nanti.

    "Sebagai usahawan, kita tidak akan berjaya jika tamak mengambil peluang yang ada. Sebaliknya kita perlu kemahiran untuk memilih peluang yang sesuai untuk dimanfaatkan," katanya.

    Menurut Shahabudeen, di China memang banyak peluang terhidang untuk mereka yang ingin mengambilnya.

    Justeru katanya, dalam kursus ini peserta akan diajar mengenai bagaimana merebut peluang di China yang sesuai dengan diri seseorang.

    "Kursus komprehensif ini juga mengajar usahawan bagaimana untuk menghadapi dan menyelesaikan cabaran yang bakal mereka hadapi di sana.

    "Dari segi budaya kerja yang berbeza sehinggalah skim-skim penipuan yang memang mensasarkan orang asing," katanya..

    Katanya, walaupun kursus ini diukir untuk usahawan, ia juga disertai oleh pelbagai golongan masyarakat yang ingin membuat pendapatan sampingan atau bersedia untuk kehidupan selepas persaraan nanti.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

    Copyright 2010 All Rights Reserved