ads

Selasa, 3 Januari 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Jawablah!: Bercerai tanpa rela

Posted: 03 Jan 2012 08:00 PM PST

Aleeza Kassim
Aleeza Kassim
Aleeza bawa diri ke Eropah, lupakan kenangan lalu

SEBAIK saja rumah tangga yang dibina sejak lima tahun lalu berkecai di pertengahan jalan, supermodel dan pelakon terkenal, Aleeza Kassim mengambil keputusan meninggalkan tanah air dengan membawa sekeping hati yang lara.
Baginya, melarikan diri ke luar negara ialah jalan paling baik untuk mengelak dirinya daripada menjadi buruan media yang mendambakan kenyataannya berhubung perceraian itu. Tidak sanggup rasanya untuk Aleeza berdepan dengan semua realiti apabila gelaran yang amat ditakuti oleh wanita itu berada dalam genggaman.
Sakitnya melalui perceraian, hanya Tuhan saja yang tahu. Kesakitan itulah juga yang membuatkan pelakon filem Panas ini nekad bertindak sedemikian serta sanggup meninggalkan kerjaya lakonan, peragaan dan perniagaan yang sedang kemuncak ketika itu.

Kini, selepas setahun memori duka itu tercipta, Aleeza mula berani untuk berdepan dengan kenyataan dan berkongsi kisah perceraiannya bersama bekas suaminya, Mohd Fauzi Che Ros. Kepada Hip, Aleeza meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hatinya.

Hip: Selepas bercerai Aleeza hilang tanpa dapat dikesan. Ke mana menyembunyikan diri?

Aleeza:
Sebaik saja bercerai talak satu, Februari tahun lalu, saya nekad meninggalkan Malaysia dan membawa diri ke Eropah. Saya perlukan ketenangan kerana perceraian ini sangat melukakan. Saya sedar ramai yang mencari saya untuk mendapatkan kenyataan berhubung perceraian itu. Terus terang, saya masih belum dapat menerima hakikat atas apa yang berlaku. Gelaran janda itu amat berat untuk saya. Lagipun saya tak mahu kisah perceraian itu disensasikan, tambahan pula saya sendiri tidak mempunyai jawapan atas setiap pertanyaan yang bakal diajukan wartawan pada waktu itu. Justeru jalan mudah untuk saya melarikan diri daripada segala situasi ini ialah dengan pergi ke luar negara. Sepanjang tempoh itu saya kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota London. Saya terpaksa berbuat begitu kerana saya mahu melupakan segala yang berlaku. Jika saya terus berada di Malaysia, pastinya saya akan terus diganggu kenangan sewaktu masih berumah tangga. Itulah yang cuba saya elakkan buat masa itu.
Hip: Tanpa angin atau ribut, tiba-tiba Aleeza dan Fauzi mengumumkan perceraian. Apakah puncanya?

Aleeza:
Jujurnya, perceraian ini berlaku tanpa kerelaan daripada kedua-dua belah pihak. Namun ada perkara yang membuatkan kami terpaksa berpisah. Tetapi ia bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga. Fauzi menceraikan saya bukan atas kehendaknya, namun semua itu terpaksa dilakukan disebabkan saya tidak tahan dengan tekanan yang ada di sekeliling kami. Pelbagai perkara berlaku sejak kami berkahwin. Mungkin bagi dia, perkara itu remeh. Tapi sebagai orang yang perlu menghadapi semua dugaan itu, saya tidak sanggup untuk mengharunginya. Lagipun waktu itu saya tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi segala tekanan itu. Saya lebih banyak mengurungkan diri dalam bilik sehingga keluarga saya risau dengan keadaan saya. Meskipun kami cuba menyelamatkan perkahwinan itu namun apakan daya, sudah tertulis bahawa jodoh kami hanya setakat itu saja. Saya pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Hip: Tidak berhasrat untuk rujuk kembali memandangkan perceraian itu berlaku kerana terpaksa?

Aleeza:
Semua itu saya serahkan pada jodoh. Jika ditakdirkan saya kembali kepadanya, saya reda kerana dia seorang suami yang baik. Dia sering membawa saya ke arah kebaikan dan juga seorang lelaki yang sangat sporting. Terus terang, memang sukar untuk mencari lelaki sepertinya pada waktu ini. Antara kami masih lagi ada perasaan sayang. Cuma apabila mengenangkan kembali apa yang sudah terjadi, saya jadi sedih. Saya tahu dia masih mengharapkan saya untuk kembali ke pangkuannya dan dia juga ada mencari saya. Namun saya enggan memberikan alamat saya di sana kerana tak mahu bertemu dengannya.

Hip: Apakah Aleeza sengaja bertindak sebegitu sebagai satu hukuman buatnya?

Aleeza:
Saya mahu dia belajar sesuatu daripada apa yang berlaku. Sejak awal lagi saya sudah berpesan kepadanya supaya lebih bersikap tegas dalam menghadapi sesuatu keadaan. Namun disebabkan kedegilannya kerana sering menganggap semua yang berlaku itu sebagai satu perkara remeh, akhirnya berlakulah perceraian ini. Sebagai orang yang terpaksa melalui semua keadaan yang sukar itu, saya harap jika masih ada jodoh kami selepas ini, dia akan lebih peka dan sedar akan kesilapannya sebelum ini. Saya tidaklah meletakkan kesalahan itu di atas bahunya seorang saja. Saya juga ada kelemahan dan jika kami rujuk kembali atau pun saya berkahwin dengan orang lain, saya mahu lebih kuat dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan.

Hip: Sudah bertemu pengganti sewaktu di luar negara?

Aleeza:
Tak dinafikan memang ada lelaki yang cuba untuk mengenali diri saya. Tapi saya lebih senang berkawan saja. Saya lebih selesa hidup bersendiri. Cuma saya tak nafikan, ada ketika saya rasa sunyi tanpa ditemani seorang lelaki bernama suami. Perasaan itulah yang membuatkan hati saya berdetik untuk kembali berumah tangga. Dengan siapa? Biarlah Tuhan yang menentukannya.

Hip: Jadi, apa perancangan Aleeza selepas kembali ke tanah air?

Aleeza:
Cukuplah tempoh setahun saya membawa diri. Sepanjang tempoh itu banyak pengalaman yang saya kutip dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah dalam menghadapi apa juga keadaan. Jika dulu saya sanggup tinggalkan karier kerana kecewa dengan apa yang berlaku, kini saya mahu bergiat kembali dalam bidang seni. Sejak kembali, tawaran membuat peragaan semakin mencurah-curah. Saya juga banyak menghabiskan masa membuat kerja amal terutama yang membabitkan warga emas. Saya mahu menjadi Aleeza Kassim yang baru. Tutup buku lama dan buka buku baru.

Sedia lebar bakat ke Indonesia

Posted: 03 Jan 2012 07:58 PM PST

CHE TA...sekadar kawan rapat dengan Zain.
CHE TA...sekadar kawan rapat dengan Zain.
SEGAK...Zain mahu teroka genre muzik rap.
SEGAK...Zain mahu teroka genre muzik rap.

SETIAP pelakon pastinya mengimpikan untuk membawa watak hero atau protagonis, tetapi berlainan halnya dengan jejaka kacukan Inggeris-Melayu, Zain Saidin.

Zain yang mula bertatih dalam bidang seni lakon sejak terbabit drama rantaian berjudul Suraya di TV3 semakin hari semakin menyinar dengan lakonannya yang berkesan.

Pelakon yang akan genap berusia 28 tahun pada 23 Februari depanternyata tidak kisah membawakan watak jahat atau antagonis dalam drama lakonannya.

"Saya tidak kisah bawa peranan apa sekali pun asalkan ia berkualiti dan dapat memberi impak kepada penonton yang melihat lakonan saya.


"Selain itu, saya tidak memilih dengan tawaran yang diberikan produser kerana kepercayaan yang diberikan mereka sudah cukup menggembirakan dan ini bererti mereka percaya dengan bakat yang saya ada," katanya kepada Rap, kelmarin.


Sekarang drama terbaru lakonan Zain, Gemersik Kalbu sedang ditayangkan di TV3 bermula semalam. Ia turut menampilkan Aqasha, Ayu Raudhah, Anzalna Nasir dan Fazreen Rafi. Drama terbabit diadaptasikan daripada novel nukilan Anis Ayuni arahan Heykal Haniffah.

Gemersik Kalbu antara lain berkisar mengenai kisah pergolakan hati dan perjuangan cinta dilalui Raihana (Ayu Raudhah), seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil apabila ditinggalkan dalam jagaan neneknya.

"Dalam drama ini, saya memegang watak sebagai Hisham, seorang pekerja pejabat yang berusaha mendapatkan cinta Raihana, gadis idamannya.

"Hisham sanggup menggunakan taktik kotor dalam persaingan untuk merebut Raihana daripada Sufian lakonan Aqasha," cerita Zain.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd sebanyak 24 episod itu akan ke udara setiap Isnin hingga Khamis di TV3, jam 7 malam, bermula semalam.

Buat masa sekarang, Zain menjalani penggambaran drama terbaru terbitan RTM berjudul Bermulanya di Sini di Pulau Pinang selama seminggu.

Drama 13 episod yang turut dibintangi pelakon baru, Miera Liyana serta Abby Abadi itu berkisarkan cinta remaja yang berputik sepanjang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Keseluruhan penggambaran drama itu mengambil tempat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, ada saja tawaran berlakon yang tidak putus-putus dan ini menguatkan azam saya untuk terus berjaya dalam bidang yang diminati sedari kecil lagi.

"Selain itu, saya turut dalam proses merakamkan 'single' saya dalam genre rap yang bakal menemui pendengar dalam Februari atau Mac depan kalau tiada aral melintang memandangkan saya kini masih terikat dengan sesi penggambaran drama," katanya yang pernah digelar Eminem Malaysia oleh rakan terdekat.

"Kalau semua proses penggambaran tamat, barulah saya akan masuk ke studio untuk merakam lagu terbabit dan kalau mendapat sambutan, Insya-Allah saya akan terbitkan album penuh pula suatu hari nanti," katanya yang juga adik kepada penyanyi kumpulan Elite, Sasha.

Sebelum ini, pernah terdengar ura-ura mengatakan anak bongsu daripada tiga beradik ini merajuk sehingga mahu meninggalkan Malaysia untuk melebarkan bakat di negara seberang, Indonesia.

"Saya bukan merajuk sehingga mahu meninggalkan tanah air sebaliknya jika mempunyai tawaran berlakon di sana, saya mungkin pertimbangkan kalau mendapat watak yang dapat mencabar kredibiliti lakonan.

"Abang ipar saya, Salyo turut ada rakan kru produksi di sana, sekali gus ini peluang cerah untuk saya mengembangkan bakat yang sedia ada ke sana, Insya-Allah," katanya.

Bercakap mengenai azam tahun barunya, Zain menjelaskan, dia mahu membintangi sebuah filem bercorak aksi ala KL Gangster serta membawakan watak yang mempunyai karektor sekali gus memberi impak kepada penonton yang terhasil daripada karya itu bermutu.

"Selain itu, kalau ada rezeki lebih, saya juga mahu menunaikan umrah dan haji tahun ini. Doakan saya dapat capai semua azam yang diimpikan selama ini," katanya.

Sementara itu, sikap Zain yang bersikap terbuka dan sedia bergambar tanpa baju pernah diselar segelintir masyarakat yang kurang menyenangi aksinya itu.

Mengulas mengenai isu itu, Zain menjelaskan dia bukan sengaja mahu menayangkan tubuh badannya, sebaliknya mahu memberikan kelainan dalam penampilan untuk sesi fotografi bersama pihak media.

"Benda ini tidak sepatutnya dijadikan isu kerana saya hanya membuka baju, bukannya saya tidak berpakaian langsung!" selorohnya.


Temankan Che Ta ke Genting?

NAMA Zain juga seakan-akan tidak pernah sunyi daripada digosipkan dengan ibu tunggal jelita, Rozita Che Wan. Baru-baru ini, tersebar cerita dia menemani pelakon yang dikenali sebagai Cik Ta dan kedua-dua anaknya bercuti di Genting Highlands.

Menjawab persoalan itu, Zain berkata, dia hanya menemani Cik Ta dan anaknya sempena cuti persekolahan dan baginya tidak salah sebagai kawan dia berbuat demikian.

"Buat masa sekarang saya memang masih solo dan tidak terikat dengan mana-mana perempuan. Mengenai gosip dengan Rozita itu, ingin saya jelaskan kami memang berkawan rapat tapi tak pernah bercinta pun!

"Kami boleh berkawan rapat kerana saya menyenangi sikapnya yang pemurah dan peramah dengan sesiapa saja. Selain Rozita, saya juga rapat dengan rakan artis lain seperti Azza Elite dan Natasha Hudson.

"Sebenarnya saya tak ada masalah untuk berkawan dengan wanita yang lebih berusia atau matang kerana saya jenis yang tidak memilih kawan serta boleh berkawan dengan sesiapa saja.

"Cukup-cukuplah dengan gosip cinta kerana tahun ini saya hanya mahu lebih fokus kepada karier seni saja selain mengurangkan kontroversi yang sering melanda diri saya. Saya mahu membuka mata orang ramai dengan bakat lakonan dan nyanyian yang dimiliki saya," katanya.



7 perkara mengenai Zain


Haiwan yang paling geli: Biawak atau 'water lizard"

Warna yang paling tidak disukai: Kelabu

Supermodel antarabangsa yang hebat: Naomi Campbell

Kereta idaman: Nissan Skyline

Idola lakonan: Aaron Aziz, Tom Cruise, James Dean

Aksesori kegemaran: Rantai

Artis wanita tempatan paling cantik: Rozita Che Wan.

Pengalaman Luar Biasa Memey Jaga Anak Tiri

Posted: 03 Jan 2012 07:57 PM PST

Memey Suhaiza.

PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza,24, mengakui berhadapan dengan pengalaman luar biasa menguruskan tiga anak tirinya selama sebulan sempena cuti penggal persekolahan lalu.

Memey berkata, ketiga-tiga mereka iaitu Mohamed Danish Hakim,9, Marissa Dania Hakim,7 dan Maria Danisha Hakim,4, mempunyai perangai berbeza tetapi dia sangat gembira dapat bersama-sama mereka.

"Si abang (Danish) pendiam sikit. Dia lebih suka main Internet manakala dua orang lagi sangat aktif. Saya tak berani nak bawa mereka berjalan-jalan kalau tak ada Abang Norman," katanya kepada mStar Online.

Jelas Memey, sepanjang bulan Disember lalu dia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon kerana memegang amanah suaminya, Norman Hakim, 36, yang mahu dia menguruskan anak-anak.

Katanya, pengalaman itu sangat berguna kerana ia dapat dijadikan persediaan sekiranya dia memiliki anak sendiri suatu hari nanti.

"Saya dah janji nak bawa budak-budak tu jalan-jalan sempena cuti sekolah. Kebetulan pula Abang Norman sibuk, jadi saya ambil tanggung jawab untuk menjaga mereka.

"Lagipun anak-anak Abang Norman semuanya sudah biasa dengan saya. Tak ada masalah lagi untuk menguruskan mereka. Tetapi kalau tak ada suami, saya jadi kelam kabut juga," ujarnya.

Memey turut memberitahu, sempena pembukaan sesi penggal persekolahan pada Selasa, dia dan Norman turut menguruskan kemasukan dua anak mereka iaitu Mohamed Danish yang belajar di tahun tiga, Sekolah Kebangsaan St. John I, Bukit Nanas sementara Marissa Dania pula bersekolah pada tahun satu Sekolah Convent, tempat yang sama.

Katanya, segala persiapan persekolahan termasuklah pakaian telah diuruskan mereka lebih awal agar tidak menjadi kelam kabut jika dibuat pada saat-saat akhir.

Ditanya reaksi bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi apabila dia mengambil tanggungjawab berkenaan, Memey berkata dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah malah bersyukur keadaan menjadi semakin baik.

Memey berkata dia juga selalu memberitahu Norman agar mengajak Abby sekiranya mereka keluar bersama anak-anak dalam usaha untuk menjernihkan keadaan.

"Kadang-kadang kalau kami pergi makan bersama anak-anak, Abang Niorman ada juga pelawa Abby bersama," jelasnya yang gembira dengan perkembangan itu.

Ditanya tentang percutian berbulan madu selepas bergelar suami isteri pada 24 September lalu, Memey berkata hasrat untuk melancong ke Paris, Perancis tidak dapat dilaksanakan kerana masing-masing sibuk.

Bagaimanapun kedua-duanya berhasrat untuk melancong ke Hong Kong ataupun China pada bulan Mac depan kerana pada tarikh itu masing-masing tidak lagi sibuk dengan tawaran berlakon.

Mengenai cahaya mata pula Memey berkata, dia dan Norman sudah bersedia untuk mendapat anak pada tahun ini dan berharap rezeki itu dimakbulkan Allah.

Sharifah Shahira Kecewa Asyik Pegang Watak Komedi

Posted: 03 Jan 2012 07:56 PM PST

Sharifah Shahira.

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau Shira memberitahu dia ingin kembali melakonkan watak serius dan bukannya tertumpu kepada peranan sebagai pelakon komedi semata-mata.

Shira berkata, dia sudah lama memasang hasrat untuk kembali mempelbagaikan wataknya dalam dunia lakonan tetapi kecewa kerana tidak lagi ditawarkan oleh pihak penerbit.

"Sekarang orang lebih nampak saya sebagai seorang pelakon komedi walaupun pada asasnya saya bermula dengan watak-watak lebih serius.

"Mungkin sebab itu pihak penerbit tidak lagi mahu menawarkan watak yang lebih serius kepada saya," ujarnya kepada mStar Online.

Shira bagaimanapun berkata, dia tetap bersyukur dengan segala tawaran diberikan kerana itu adalah sumber pendapatannya dan dia tidak boleh terlalu memilih.

Pelakon berusia 37 tahun ini pernah popular dengan siri Mat Despatch selain pernah membintangi filem Femina dan Cinta Kita di samping pelakon Datin Sofia Jane dan Arman Graseka pada awal 1990-an.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan terbaru dirinya, Shira berkata, dia bakal sibuk dengan beberapa penggambaran drama dan telefilem selain akan menjalani latihan untuk pementasan teaterikal Bila Hati Digeletek di Istana Budaya pada September depan.

Shira berkata, dia teruja dengan persembahan tersebut kerana ia menggandingkan ramai nama besar dalam industri komedi negara ini di atas satu pentas sama.

"Pertama kali ramai pelawak terkenal tanah air akan bergabung dan berpadu tenaga untuk satu persembahan hebat di Panggung Sari, Istana Budaya dan saya cukup teruja dengan persembahan itu nanti," ujarnya.

Terdahulu, Shira mengesahkan akan meninggalkan Suria FM kerana kontraknya bersama stesen itu akan berakhir pada 24 Januari ini.

Shira berkata, selain soal kontrak, keputusan untuk meninggalkan stesen itu adalah kerana dia mahu mencuba perkara baru dalam kerjaya seninya.

Aaron Aziz Tolak Tanggapan 'Mata Duitan'

Posted: 03 Jan 2012 07:56 PM PST

Aaron Aziz.

SHAH ALAM: Pelakon kacak, Aaron Aziz menolak anggapan sesetengah pihak dia bersikap mata duitan kerana membolot semua tawaran berlakon yang diberikan walaupun filem itu tidak sesuai dengannya.

Aaron berkata, meskipun terdapat beberapa filem lakonannya gagal mendapat perhatian di pawagam, dia sebenarnya tidak melihat kepada tema sesebuah filem itu sebaliknya kepada watak yang diberikan.

"Saya akui ada sesetengah filem temanya tidak bersesuaian tetapi saya lebih memberi tumpuan kepada watak yang ditawarkan kepada saya.

"Soal membolot dan mata duitan tidak sepatutnya timbul kerana ini adalah punca rezeki saya dan seharusnya saya bekerja kuat untuk memberi nafkah kepada keluarga.

"Bagaimanapun saya akui ada sesetengah filem temanya tidak bersesuaian tetapi tumpuan saya adalah kepada watak yang ditawarkan sama ada sesuai atau pun tidak," ujarnya kepada mStar Online.

Antara filem lakonan Aaron sepanjang 2010 dan 2011 ialah Syyhh... Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Suaka, 2 Alam, Datin Ghairah, KL Gangster dan Ombak Rindu.

Mengikut rekod Finas, filem lakonan Aaron iaitu 2 Alam mencatat kutipan paling rendah iaitu sebanyak RM440,000 sementara filem KL Gangster meraih kutipan RM11.74 juta.

Dalam pada itu, Aaron berkata, dia akan lebih selektif terhadap filem dan watak yang ditawarkan kepadanya selepas ini kerana ingin memastikan karya tersebut berkualiti dan dapat diterima penonton.

Ujarnya, itu bukan bermakna dia sudah mulai "demand" atau berlagak tetapi tidak mahu peminat menuduhnya sebagai artis 'tangkap muat'.

"Kegagalan sesebuah filem bukan dapat dijangka kerana kita sebagai pelakon telah melakukan terbaik dalam kerjaya kita tetapi saya ingin lebih selektif dan berhati-hati sebelum menerima sesuatu watak," ujarnya.

Sementara itu, Aaron yang bakal berangkat ke Tokyo, Jepun pada 10 Januari ini berkata, dia bakal muncul dengan filem terbarunya iaitu KL Gangster 2 dan Taikon pada tahun ini.

Selain itu, Aaron memberitahu dia baru sahaja menerima tawaran berlakon filem berjudul Kerat 14 bersama pelakon Siti Saleha dan akan menjalani penggambaran dalam masa terdekat.

"Kerat 14 adalah sebuah karya yang baik dan saya cukup teruja untuk memulakan penggambaran dan berharap hasilnya disukai oleh penggemar filem tempatan.

Dalam perkembangan lain, Aaron cukup gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem Ombak Rindu dengan kutipan melebihi RM11 juta dan terkejut dengan sambutan peminat terhadap karya Osman Ali itu.

"Kadang-kadang sampai ada orang panggil saya Hariz dan sambutan luar biasa ini cukup merubah kerjaya seni saya," ujarnya.

Nabil (Raja Lawak) Deejay Baru Suria FM

Posted: 03 Jan 2012 07:55 PM PST

Nabil.

PETALING JAYA: Pelawak, Ahmad Nabil Ahmad,28, atau Nabil (Raja Lawak) memperluaskan lagi kerjaya seninya selepas ditawarkan menjadi deejay stesen radio Suria FM.

Pemilihan Nabil dibuat selepas dia berjaya dalam satu sesi uji bakat yang diadakan di stesen radio berkenaan pada hujung tahun lalu.

"Nabil akan memulakan tugasnya sebagai deejay dan mengendalikan satu segmen khas pada pertengahan Januari ini," kata sumber kepada mStar Online.

Nabil yang dihubungi mStar Online pada Selasa, bagaimanapun enggan mengulas mengenai desas-desus tersebut sebaliknya meminta pihak media menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh stesen berkenaan.

"Macam mana tahu ni? Saya tak nak komen. Tunggulah pihak Suria FM yang buat pengumuman. Tapi saya mengaku pernah dipanggil untuk diuji bakat sebelum ini," katanya.

Ditanya adakah dia bakal menggantikan penyampai Breakfast@Suria, Sharifah Shahira yang akan tamat kontrak pada 24 Januari ini, Nabil berkata dia tidak akan menggantikan sesiapa di stesen itu.

"Tidak akan ganti sesiapa. Tunggulah pengumuman mereka nanti," ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, Nabil berkata walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang juruhebah radio, dia yakin dapat menjadi deejay yang baik kerana pernah muncul sebagai penyampai jemputan di beberapa stesen lain seperti Sinar FM dan Hot FM.

Selain Nabil, antara artis yang turut dipanggil diuji bakat oleh Suria FM adalah Azza (Elite) dan Amy Mastura.

Seekers Musim Keenam Lebih Seram

Posted: 03 Jan 2012 07:54 PM PST

PETALING JAYA: Program paranormal kegemaran ramai, Seekers musim keenam akan dikendalikan oleh tiga pengacara baru iaitu Bil Azali, Syai dan Ixora Chern.

Ia bersiaran pada setiap Khamis mulai 5 Januari ini, pukul 9 malam menerusi saluran ntv7.

Menurut penerbitnya, Aeizul Reeza Ismail, Seekerskali ini tampil penuh kejutan, seram dan suspens dengan pelbagai perkara aneh yang terpaksa dilalui oleh tiga pengacara tersebut untuk mencari jawapan kepada misteri paranormal yang ditampilkan.

"Saya pasti penonton berminat melihat sesuatu yang jarang boleh ditemui terutama apabila berjaya dirakam secara visual ataupun bunyi.

"Inilah kelainan yang kami cuba sampaikan melalui rancangan ini iaitu sejauh mana perkara paranormal boleh diterima akal atau mungkin kami boleh membuktikan sesuatu di sebalik semua peristiwa aneh," katanya.

Tambah Aeizul, program tersebut turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti kamera infra merah, alat pandangan malam, pengesan bunyi dan haba sensitif, medan pengesan elektronik serta lampu suluh.

Bagi musim ini, kru dan ahli penyiasat Seekers akan ke Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 19 episod ia disiarkan.

Bukan itu sahaja, selebriti tempatan seperti Black (Mentor), Danny (X-Factor), Kanchana Devi, Belle Ngasri, Hamdan dan ramai lagi turut bersama penyiasat Seekers untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan mencabar perasaan takut dalam diri mereka masing-masing.

Sebelum menyelongkar misteri di lokasi yang mereka singgah, Bil Azali, Syai dan Ixora Chern akan melakukan kajian dengan menemu bual saksi di tempat kejadian yang dikatakan aneh.

Mereka juga akan mengumpul data-data yang boleh dikaitkan dengan peristiwa ganjil itu sebelum membuat persediaan dan berjaga malam untuk cuba berhubung dengan sebarang kebarangkalian aktiviti paranormal.

Rancangan itu juga akan lebih interaktif dengan memberi peluang kepada para penonton untuk berkomunikasi menerusi ruang forum dengan cara berkongsi pengalaman masing-masing, bercerita tentang lokasi mistik yang mereka ketahui selain memberi maklum balas mengenai rancangan tersebut.

Jennifer Lopez, Casper Smart Berpesta Di Miami

Posted: 03 Jan 2012 07:54 PM PST

Jennifer Lopez.

CINTA penyanyi popular, Jennifer Lopez dan kekasih barunya, Casper Smart dilihat semakin intim apabila pasangan itu kelihatan berpesta bersama-sama di Miami sempena sambutan Tahun baru 2012.

Sumber yang melihat pasangan itu berkata, Jennifer dan kekasihnya yang berusia 24 tahun itu tanpa segan silu mempamerkan kemesraan mereka pada pengunjung kelab dan menari sehingga pukul 3 pagi.

"Mereka kelihatan begitu asyik dilamun cinta sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling," ujarnya.

Penyanyi lagu On the Floor itu juga dilihat menghabiskan masa di atas sebuah bot mewah milik rakannya bersama beberapa kenalan mereka.

Aretha Franklin Bakal Berkahwin Pada Usia 69 Tahun

Posted: 03 Jan 2012 07:53 PM PST

Aretha Franklin dan tunangnya, William.

PENYANYI veteran, Aretha Franklin dilaporkan bakal berkahwin buat kali ketiga dengan William Willie Wilkerson yang juga orang kepercayaan ratu 'soul' itu.

Aretha, 69, sebelum ini pernah berkahwin dengan pengurusnya, Ted White sekitar tahun 60-an dan berpisah dengan suami keduanya Glynn Turman pada 1984 selepas lima tahun bersama.

Penyanyi lagu Chain of Fools itu yang dilaporkan mengalami kanser pada 2010 kini kelihatan ceria dan bahagia di samping William.

Pasangan itu dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun depan dan Aretha ingin meraikan saat bahagianya itu di pantai Miami.

"Tidak perlu terburu-buru untuk berkahwin kerana saya tidak mengandung," katanya bergurau.

Cita rasa penyanyi itu juga tinggi apabila ingin mengayakan pakaian daripada Valentino atau Vera Wang pada perkahwinan itu nanti.

Siang malam jual ‘ayam’

Posted: 03 Jan 2012 07:52 PM PST

 BERKAS...wanita disyaki pelacur ditahan polis dalam serbuan di restoran, kelmarin.
BERKAS...wanita disyaki pelacur ditahan polis dalam serbuan di restoran, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Siang menjalankan perniagaan nasi ayam dan malam pula menyediakan perkhidmatan 'ayam' kepada pelanggan mereka.

Itu taktik digunakan sebuah restoran berhampiran Jalan Inai, Bukit Bintang, di sini, yang dipercayai turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan berselindung di sebalik operasi restoran.

Difahamkan, lokasi restoran terletak di kawasan kurang strategik menyebabkan pemiliknya mengambil jalan mudah menyediakan khidmat pelacur bagi menarik pelanggan.

Kebanyakan pelacur disediakan mengikut permintaan pelanggan, malah mereka boleh membawa wanita terbabit keluar dari premis dengan kadar bayaran tertentu.


Malah, pemilik restoran itu turut menggunakan cermin gelap di seluruh bahagian restorannya bagi mengaburi pihak berkuasa.

‘Nur Amalina mangsa fitnah’

Posted: 03 Jan 2012 07:50 PM PST

KENANGAN...gambar Sabariah dan anaknya ketika menerima keputusan SPM pada 2004.
KENANGAN...gambar Sabariah dan anaknya ketika menerima keputusan SPM pada 2004.

JOHOR BAHRU: "Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan," kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.

Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.

Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

"Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.


"Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Helah lapuk tak menjadi

Posted: 03 Jan 2012 07:49 PM PST

TAHAN... sebahagian wanita warga asing yang dicekup  dalam operasi cegah maksiat.
TAHAN... sebahagian wanita warga asing yang dicekup dalam operasi cegah maksiat.

PUCHONG: Biarpun menyedari taktik menyorok dalam stor sudah lapuk, namun helah sama tetap menjadi pilihan wanita warga asing yang panik ketika premis yang dijadikan pusat maksiat diserbu.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.40 petang semalam dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Jalan 1/19 Bandar Puteri, dekat sini, lapan wanita warga asing dari China, Vietnam dan Filipina hanya mampu berdiam diri sebaik tempat persembunyian mereka diserbu.


Helah dengan membiarkan premis di tingkat satu dalam keadaan seperti tidak berpenghuni dengan penuh tampalan iklan sewa bangunan bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila taktik itu berjaya dikesan polis.

Pegawai Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China, tiga dari Vietnam serta seorang dari Filipina berusia antara 23 hingga 30 tahun yang disyaki menawarkan khidmat urut batin.

RM2 juta sebulan

Posted: 03 Jan 2012 07:49 PM PST

BERKHASIAT...Iman menunjukkan produk Tahitian Noni Bioactive Beverage.
BERKHASIAT...Iman menunjukkan produk Tahitian Noni Bioactive Beverage.

TAHITIAN Noni International Sdn Bhd (Tahitian Noni), pengeluar produk minuman kesihatan berasaskan mengkudu, Tahitian Noni Bioactive Beverage berhasrat meningkatkan perolehannya sehingga sekali ganda sebulan kepada RM2 juta apabila berjaya menembusi pasaran di kalangan masyarakat Melayu.

Perunding Produk Bebasnya, Iman Wan berkata, Tahitian Noni yang sebelum ini amat popular di kalangan masyarakat Cina, memerlukan pasaran masyarakat Melayu bagi memperkembangkan perniagaan ini kerana hampir 70 peratus penduduk Malaysia adalah di kalangan kaum itu.


"Setakat ini belum ada lagi masyarakat Melayu menggunakan produk Tahitian Noni sedangkan ia terbukti boleh membantu meningkatkan dan melindungi kesihatan.

"Ketika ini, terdapat dua jenis Tahitian Noni Bioactive Beverage berada di pasaran Malaysia iaitu Tahitian Noni Original Bioactive Beverage yang boleh membantu tubuh badan manusia daripada serangan penyakit kerana ia memperkuatkan sistem imunisasi penggunanya. Tahitian Noni Original Bioactive Beverage 750 mililiter dijual pada harga runcit RM110 dan RM98 untuk ahli.


"Kedua, Tahitian Noni Family Bioactive Beverage boleh membantu melindungi penggunanya daripada diserang penyakit dan ia sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak seawal usia dua tahun. Perbezaan antara Tahitian Noni Original Bioactive Beverage dan Tahitian Noni Family Bioactive Beverage ialah rasa yang boleh diterima oleh semua golongan. Ia dijual pada harga runcit RM70 dan RM50 untuk ahli," katanya.


Katanya, Tahitian Noni yang mula memasuki pasaran tempatan sejak 12 tahun lalu adalah minuman kesihatan pertama berasaskan buah yang baik untuk tubuh badan manusia daripada serangan penyakit.

"Syarikat juga dalam perancangan untuk memperkenalkan produk perisa ketiga iaitu Tahitian Noni Extra Bioactive Beverage yang memberi kesan lebih baik daripada dua produk sebelum ini dan dijangka memasuki pasaran Malaysia pada April atau Mei depan," katanya. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.tni.com/malaysia.

Kereta mesra alam serba boleh

Posted: 03 Jan 2012 07:47 PM PST

KERETA yang dihasilkan uintuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.
KERETA yang dihasilkan uintuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.

BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air.

Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.


Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.

Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.


Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.


Satu daripada motor itu menggelembungkan 'skirt' di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.

"Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.


"Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam," kata Zhang.

Peserta pertandingan berkenaan dikehendaki menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya.

Tiada perkataan ‘tidak cantik’ diucapkan

Posted: 03 Jan 2012 07:43 PM PST

BANGGA...pelajar bersama hasil lukisan yang direka mengikut daya imaginasi tersendiri.
BANGGA...pelajar bersama hasil lukisan yang direka mengikut daya imaginasi tersendiri.

BIDANG kesenian tidak hanya terhad bagi golongan dewasa untuk berkarya kerana kanak-kanak juga memiliki bakat dan kreativiti tersendiri mengikut daya imaginasi mereka.

Setiap kraf yang dihasilkan serta lukisan atau contengan si kecil itu lebih daripada sekadar kreativiti kerana itulah luahan isi hati mereka yang tidak boleh digambarkan melalui kata-kata.

Malah, boleh dikatakan setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita dan memiliki kesinambungan tersendiri hinggakan ia menjadikan seolah-olah seni dan kanak-kanak sangat rapat.

Mengambil langkah proaktif dalam memahami keinginan kanak-kanak yang berusaha untuk meluahkan daya kreativiti mereka tanpa mendapat halangan, kelas seni dan kraf Art-Venture Kids' Studio (AVKS) mula ditubuhkan.


Sungguhpun tidak memiliki asas dalam bidang kesenian, ia tidak menghalang pengasas AVKS, Nor Haniza A Ghafar, 37, menubuhkan sebuah tempat yang memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan kebolehan untuk meluahkan pendapat, emosi serta ketakutan dihadapi mereka dalam persekitaran yang selamat.


Baginya, dapat melihat wajah kanak-kanak yang ceria selepas berjaya menghasilkan seni serta kraf hasil ciptaan dan usaha mereka sendiri sudah cukup memberikannya keyakinan untuk menjalankan aktiviti sebegini.

"Saya melihat seni dan kraf sebagai salah satu hobi yang positif untuk kanak-kanak kerana ia memberi peluang kepada mereka mencipta rekaan kreatif mengikut pemahaman tersendiri.

"Ia suatu aktiviti yang mudah, menyeronokkan, bersifat sejagat, pelbagai dan berevolusi serta boleh dibuat di mana saja dan pada bila-bila masa," katanya.

Melalui kesenian juga boleh dimasukkan elemen pembelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains serta Pendidikan Islam dalam bentuk interaktif yang lebih menarik dan mampu menarik lebih perhatian daripada kanak-kanak terbabit.

Nor Haniza berkata, idea untuk menubuhkan kelas seni dan kraf ini berdasarkan pengalaman sendiri apabila 'terpaksa' berhadapan kerenah anak-anak yang gemar membuat kerja tangan kreatif mereka di rumah.

"Boleh dikatakan adakalanya rumah bersepah terutama jika mula menghasilkan hasil seni yang pelbagai mengikut daya kreativiti tersendiri.

"Namun, bagi saya keadaan persekitaran di rumah adakalanya kurang sesuai untuk mereka menghasilkan seni kreatif kerana kurang peralatan bersesuaian, gangguan daripada adik-beradik serta ruang yang agak terhad," katanya.

Disebabkan itu, timbul idea untuk menyediakan studio sendiri apabila anak boleh meluangkan masa mengasah bakat mereka dengan suasana yang lebih kondusif dan menggalakkan.

Memasuki tahun pertama penubuhannya, kelas yang dijalankan di AVKS adalah lebih kepada konsep santai apabila kanak-kanak diberi peluang mencuba pelbagai teknik dan medium yang digemari mereka dalam penghasilan seni dan kraf.

"Tiada perkataan 'tidak cantik' yang akan diucapkan dalam kelas yang kami sediakan kerana apa yang penting bukanlah hasil akhir seni dan kraf terbabit, tetapi keseronokan yang dirasai kanak-kanak berkenaan sepanjang proses yang dilakukan untuk menyediakannya.

"Malah, saya memberi mereka kebebasan mutlak untuk meneroka dan menghasilkan idea seni dan kraf tersendiri sebagai contoh, melalui projek menghasilkan mangkuk daripada kertas.

"Saya hanya akan menunjukkan cara membuat mangkuk itu, tapi cara untuk menghiasnya terpulang kepada idea sendiri dan ini memberikan lebih keseronokan kepada mereka," katanya.

Di samping itu, selain membantu merangsang minda kanak-kanak, aktiviti sebegini secara tidak langsung berupaya meningkatkan kemahiran sosial sesama mereka.

Melalui kelas yang diadakan, kanak-kanak belajar cara untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya, berkongsi peralatan, mengutarakan dan menerima pendapat orang lain selain membantu merehatkan minda selepas penat menumpukan perhatian pada bidang akademik sepanjang minggu.

Berpusat di Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah dan kini sudah memasuki tahun pertama penubuhannya, kelas seni dan kraf di AVKS ini diadakan sekali pada setiap minggu. Ketika cuti sekolah pula, turut diadakan bengkel tambahan kepada mereka yang tidak berpeluang menyertainya secara bulanan.

Selain itu, Nor Haniza berkata, buat masa ini dia mengajar sendiri kanak-kanak terbabit, tetapi tetap menggunakan khidmat dua artis secara sambilan terutama untuk kelas dan bengkel seni dan kraf yang lebih khusus.

"Tidak dinafikan untuk melayani kerenah mereka yang pelbagai saya perlu bertindak kreatif, ada masanya saya pasangkan lagu kegemaran mereka supaya tak cepat bosan, melayan mereka bercerita kisah di sebalik hasil seni mereka serta bermain, makan dan minum.

"Untuk itu, mereka dipecahkan kepada kumpulan kecil supaya lebih fokus dan saya juga boleh memberikan tunjuk ajar dengan lebih dekat tanpa sebarang gangguan," katanya.

Malah, Nor Haniza berkata, dia sering mengingatkan diri 'kanak-kanak hanya ingin berseronok' dan kehadiran mereka di AVKS juga untuk merasai kemeriahan yang sama. Disebabkan itu, dia cuba jadikan suasana pembelajaran di situ lebih menyeronokkan.

Untuk perancangan masa hadapan pula, dia berharap mengembangkan lagi kelas aktiviti seni dan kraf kanak-kanak ini ke seluruh negara.

"Saya bercadang membuka beberapa cawangan sama ada melalui sistem francais atau secara berlesen di beberapa negeri lain kerana turut mendapat permintaan untuk konsep sebegini khasnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

"Ini bertujuan membolehkan setiap kanak-kanak mampu meluahkan daya kreativiti mereka pada tempat yang betul dan tidak ada orang boleh menilai apa yang mereka hasilkan itu 'tidak cantik'," katanya yang turut menyediakan laman web www.artventurekids.wordpress.com.

Ciptaan Malaysia di pentas dunia

Posted: 03 Jan 2012 07:33 PM PST

  • Foto

    FILEM Vikingdom terbitan KRU Studios disasarkan untuk pasaran global.

  • Foto

    Hikayat Merong Mahawangsa turut ditayang di luar negara

Kualiti karya kreatif tempatan semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa

INISIATIF Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menyertai pasaran filem peringkat global membuat hasil memuaskan apabila beberapa karya tempatan mula menarik minat pembeli dan pengedar filem antarabangsa.
Menerusi penyertaan FINAS di Pasaran Filem Amerika (AFM) di Santa Monica, Los Angeles pada November lalu, enam filem mendapat perhatian daripada pengedar di sana iaitu War of the Worlds: Goliath, Vikingdom, The Malay Chronicles: Bloodlines atau versi tempatan Hikayat Merong Mahawangsa, 3:59, SeeFood dan Between Two Skies.
Delegasi FINAS ke Los Angeles ketika itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarahnya, Mohd Zulkifli Wahab, manakala syarikat Agensi Media Kreatif Malaysia (CGMA) bertindak sebagai perunding dan mengatur semua sesi sepanjang berada di sana.

Sebanyak 11 syarikat penerbitan Malaysia menyertai delegasi ke AFM iaitu Tripod Entertainment, Imaginex Studios, Primeworks Studio, Astro Entertainment, KLIFF, Golden Screen Cinemas (GSC), LineClear Pictures, Nusantara Edaran Filem, Measat Broadcast Network Systems (MEASAT) dan MM2.

Tripod Entertainment mengumumkan produk mereka, War Of The Worlds: Goliat filem animasi 3D sudah diambil oleh Epic Pictures Group, Inc untuk jualan global. Dijadualkan siap pertengahan tahun ini, filem animasi yang mendapat sokongan padu kerajaan Malaysia dibuat dalam bentuk 3D stereoskopik dengan gabungan teknologi sel 2D hibrid serta kesan khas komputer (CGI), ia menggabungkan kepakaran studio animasi dari Kuala Lumpur, Seoul, Korea Selatan dan Los Angeles.

Penerbit Eksekutif filem War of The World: Goliath ialah Kevin Eastman iaitu pencetus bersama siri animasi Ninja Turtles Teenage Mutant selain pemilik bersama majalah Heavy Metal. Turut terbabit dalam pembikinan filem itu ialah Leon Tan iaitu pengasas bersama Tripod Entertainment dengan Joe Perason.
Filem animasi ini menggunakan suara pelakon siri TV Highlander, Andrian Paul, Peter Wingfield, Jim Byrnes dan Elizabeth Gracen; dan Adam Baldwin dan Mark Sheppard (pelakon Battlestar Galactica, Firefly, Supernatural).

"Kami sungguh teruja untuk menjadikan Epic Pictures sebagai ejen jualan global untuk filem War of The World: Goliath. Mereka yang terbabit dalam filem ini benar-benar kreatif dan kami penonton akan menunggu cerita dalam filem ini," kata Eastman.

Pembikinan filem ini dilakukan secara usaha sama dengan studio Sun Min Images Pictures di Korea, manakala Studio Climb bersama-sama Imaginex Pictures pula terbabit dengan kerja pra-produksi, reka bentuk dan audio, pengadunan bunyi dan sebagainya.

The World of War: Goliath mensasarkan penonton 18-30 tahun, mengetengahkan cerita sains fiksyen dan anime.

Dalam perkembangan lain, satu filem Malaysia, 23:59 Malaysia akan ditayangkan di Thailand menerusi syarikat pengedaran dari negara itu, International Sahamongkofilm.

Diarahkan oleh Gilbert Chan, filem ini memberitahu kisah pembunuhan misteri yang berlaku pada tahun 1983 di kem tentera. Filem ini dihasilkan oleh Clover Filem, Gorylah Pictures, Innoform Media, mm2, MP hiburan, Passion Music & Entertainment dan Primeworks Studios Malaysia. Ia dibintangi oleh pelakon dari Singapura, Mark Lee, Henley Hii, Tedd Chan, Lawrence Koh, Josh Lai dan Tommy Kuan.

Sebuah lagi filem yang turut menarik minat syarikat pengedar filem antarabangsa ketika di AFM ialah Vikingdom. Filem itu yang diterbitkan bersama KRU Studios dan Epic Pictures, dan masih belum siap sepenuhnya.

Filem itu yang memaparkan pahlawan Viking itu baru selesai penggambarannya di Kuala Lumpur, bulan lalu dibintangi oleh pelakon siri TV, Break Prison iaitu Dominic Purcell, Craig Fairbrass, Natassia Malthe, Conan Stevens dan Jon Foo.

Sementara itu, BetweenTwo Skies adalah satu lagi filem bajet tinggi adalah prosek usaha sama antara LineClear Pictures, FINAS dan Media Australia A2K.

Filem ini dijangka mengangkat imej Malaysia di pentas perfileman antarabangsa. Ia menceritakan mengenai pengeboman tentera Jepun ke atas Malaya hampir serentak dengan serangan ke atas Pelabuhan Pearl, Hawaii ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Satu lagi karya yang mendapat perhatian ialah SeeFood, juga filem animasi 3D berkualiti tinggi diterbitkan secara bersama oleh SilverAnt dan Kids Channel AlJazeera. Pembikinan filem ini juga sebahagiannya mendapat sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Multimedia Development Corporation (MDeC) Malaysia. Siri animasi filem ini juga turut mendapat tempahan daripada syarikat pengedaran dari Asia, Amerika Latin dan Eropah.

Pinewood bina studio di Johor

MOHD Zulkifli berkata, hari ini Malaysia mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk menjadi salah satu hab utama bagi pembangunan kandungan kreatif.

"Kita kini telah mencapai satu pencapaian yang menarik matang di mana Malaysia, secara kolektif perlu menghargai dan kandungan nilai tempatan bertaraf dunia budaya, dan membantu mempromosikan kandungan di seluruh dunia," katanya.

Industri kreatif juga dijangka semakin berkembang pesat dengan terbinanya Pinewood Iskandar Malaysia. Sebuah studio perfileman bernilai lebih RM300 juta di di Johor dan ini akan membantu meningkatkan kepesatan pembangunan membimbing industri kandungan kreatif di Malaysia.

Studio yang dijangka siap pada 2013 dan dibina menerusi usaha sama antara Pinewood Shepperton, United Kingdom (UK) dan cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings, dijangka menjana keuntungan ekonomi sebanyak RM1 bilion dalam tempoh lapan tahun.

Ia juga berpotensi mewujudkan 3,000 pekerjaan langsung selain berpotensi menyediakan 5,000 lagi peluang pekerjaan tidak langsung. Bahkan studio Pinewood ini yang terkenal dengan pembikinan filem James Bond itu, dijangka dapat meningkatkan kehadiran syarikat pengeluar filem dan TV luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Michael Lake berkata, dia benar-benar kagum dan teruja dengan komitme yangd diberikan oleh kerajaan Malaysia dan berharap kewujudan studio ini dapat mengubah industri filem dan produksi TV.

"Kami yakin bahawa Malaysia akan menjadi kuasa utama dalam perniagaan kandungan kreatif Asia dalam beberapa tahun akan datang," katanya.

TV AlHijrah tambah siaran

Posted: 03 Jan 2012 07:31 PM PST


Program 30 Minit Ustaz Don antara yang ditunggu-tunggu ramai penonton saluran TV Al Hijrah.


SEMUANYA demi memenuhi kehendak penonton, selain mengejar misi dan visi menjadi lebih unggul. Melihat masyarakat yang tidak jemu memberi sokongan padu kepada saluran TV AlHijrah sejak mula beroperasi pada 7 Disember 2010, hidangan lebih menarik disediakan di tahun baru ini.

Jika sebelum ini saluran televisyen berunsur islamik itu hanya bersiaran selama 12 jam sehari namun bermula 1 Januari 2012, siaran boleh diikuti seawal 6 pagi hingga 12 tengah malam, setiap hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda, penambahan siaran tersebut bagi memenuhi permintaan penonton yang telah mula mengikuti program-program TV AlHijrah sejak diperkenalkan di saluran ASTRO.

"Dengan siaran awal pagi, penonton dapat mengikuti banyak rancangan-rancangan menarik yang penuh dengan bimbingan agama, kerohanian dan motivasi. Antaranya seperti 30 Minit Ustaz Don dan Reflections, seawal 6 pagi hingga 8 pagi.

"Program-program di TV AlHijrah adalah lebih kepada 'lifestyle' dan pengukuhan nilai-nilai moral," katanya.

Tambahnya, rancangan juga telah diubah siaran kepada waktu perdana bagi memberi peluang kepada lebih ramai penonton mengikuti bersama-sama ahli keluarga.

Antara perubahan jadual yang dilakukan termasuklah 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran lebih awal iaitu pada pukul 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis.

Kata Bukhari, lain-lain program yang berubah waktu siaran adalah rancangan bual bicara, Bicara, yang ditukar siaran kepada 9 malam hingga 10 malam, setiap Isnin.

"Program penerbitan drama tempatan akan disiarkan setiap Selasa hingga Khamis pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam. Manakala program Khidmat Syariah Musim 3 bersama Wan Kamaruddin mulai 6 Januari 2012 akan ditambah waktu siaran kepada satu jam setiap Jumaat.

"Format program kali ini akan lebih interaktif dan secara terus akan membincangkan topik yang ada hubungkait dengan subjek atau isu yang dikemukakan pada setiap minggu.

"Penonton boleh menghubungi terus kepada tetamu yang dijemput untuk bertanyakan mengenai isu yang dibincangkan," katanya.

Sementara itu, slot Movie Around The World akan disiarkan setiap hari Ahad dan Dikir Zikir sebuah bermula 7 Januari,pukul 9.30 malam setiap Sabtu. Program berbentuk hiburan secara santai yang menggabungkan alunan qasidah, lagu-lagu ketuhanan serta tazkirah ringkas itu dihoskan oleh Mustafa dari Kumpulan Debu, Ramly dan Mohar dari Kumpulan Mohram.

Dengan penambahan waktu siaran ini, TV AlHijrah cuba memenuhi permintaan penonton yang ingin mengikuti program-program dengan pengisian yang lebih menarik, berfaedah, bermanfaat, berilmu pengetahuan dan penuh dengan motivasi, kerohanian dan bimbingan.

Sepahtu terus melangkah

Posted: 03 Jan 2012 07:31 PM PST


SEPAHTU selesa bergerak berdua walaupun seringkali dijemput membuat persembahan secara solo.


MULA melangkah melalui rancangan Raja Lawak, kini kumpulan Sepahtu masih teguh berdiri walaupun salah seorang daripada ahli kumpulan mereka ketika bergelar Sepah dulu sudah mengundur diri.

Kesempatan Hits bertemu dengan mereka baru-baru ini, berjaya menyelami perasaan lelaki ini setelah tinggal hanya berdua melayari dunia seni.

Menurut Jeff, mereka sememangnya sangat merindui kehadiran Mamat yang membuat keputusan mengundur diri daripada meneruskan perjuangan beberapa bulan lalu.

"Kami sebenarnya memang rindu sangat kepada Mamat. Tapi buat masa sekarang, kami juga perlu akur bahawa kami sudah mempunyai kehidupan berbeza.

"Apa yang penting, kami masih berkawan seperti biasa dan tidak timbul sebarang masalah di antara kami. Dia dengan cara dia untuk meneruskan kerjaya seni dan Sepahtu dengan cara kami yang tersendiri," jelasnya.

Sementara itu, menurut Shuib, meskipun bergerak secara duo, Sepahtu juga sebenarnya tidak selalu berjumpa. Mereka hanya bertemu kala ada undangan pentas, selebihnya tidak selalu bersama.

"Kami juga ada menerima tawaran persembahan secara individu, jadi jarang-jarang juga berjumpa selain jika diundang bersama.

"Apa yang lebih penting, semua yang dilakukan berjalan lancar demi menghadapi tahun baru dengan penuh cemerlang," katanya.

Menelaah cara penerimaan mereka terhadap kemunculan semula pelawak-pelawak senior melalui rancangan Maharaja Lawak Mega yang dilihat mendominasi industri hiburan ketika ini, menurut Sepahtu ia bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.

Malah, bagi Shuib juga, mereka gembira kerana dunia humor dan lawak jenaka semakin kukuh nilainya di mata masyarakat. Keadaan ini akan menjamin masa depan artis-artis lawak itu sendiri.

"Kami tidak pernah berasa tercabar atau cemburu. Memang mereka adalah senior dan mempunyai peminat yang tersendiri. Banyak yang kami boleh belajar daripada mereka sebenarnya.

"Ia adalah persaingan yang cukup sihat antara pelawak-pelawak generasi baru dan generasi lama apabila kehadiran kami ini diangkat ke martabat yang lebih baik, itu yang penting," katanya.

Dj Lin bergelar penyanyi

Posted: 03 Jan 2012 07:11 PM PST


MINAT yang suka berkaraoke akhirnya mendorong DJ Lin merakam album.


BIARLAH orang nak kata, dia syok sendiri atau perasaan kerana tampil dengan single pertama, sedangkan masyarakat sedia maklum DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 36, adalah penyampai radio dan bukanlah artis.

Kata Lin, dia sendiri tidak menyangka akan merakam lagu berjudul Ranting Kenangan, ciptaan komposer Eddie Hamid.

Menurut ibu kepada Nureen Areesya, 10, dan Nazreen Asyran, 8, apa yang dilakukan (merakam lagu) adalah bagi memenuhi permintaan daripada para peminatnya.

"Semuanya bermula pada majlis sambutan ulang tahun Lin yang ke-35. Pada majlis itu Lin menyanyi secara karaoke di hadapan peminat dan mereka cadangkan Lin buat album.

"Mulanya tidak terlintas langsung untuk rakam lagu tapi apabila peminat tidak henti menyarankan Lin rakam lagu dan berkata mereka sanggup memberi sokongan. Terfikir juga, kalau ada permintaan kenapa tidak Lin mencuba?" ceritanya.

Kata DJ Lin, lagu Ranting Kenangan yang berentak balada itu dirakamkan di studio Nar Records, Taman Tun Dr. Ismail, beberapa bulan lalu dan buat pertama kali diperdengarkan kepada para peminat sewaktu majlis sambutan hari lahirnya yang ke-36 tahun, di Rex Box, Sogo, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, lirik yang ditulis oleh Ku Seman Ku Hussin itu ada kaitan dengan perjalanan hidupnya dan berharap para peminat dapat menerima lagu tersebut dengan hati terbuka.

"Lin tidak bercerita pada komposer atau penulis lirik, tapi muzik dan lirik yang dibuat kena dengan diri Lin. Tujuan Lin rakam lagu ini bukan untuk bersaing dengan penyanyi lain kerana Lin bukanlah penyanyi.

"Setakat ini Lin bercadang untuk jual single itu secara nada dering dan cakera padat menerusi laman sosial peminat dalam waktu terdekat ini," katanya yang mengeluarkan kos peribadi sebanyak RM3,000 untuk pembikinan rakaman lagu tersebut.

Katanya, hasil jualan single itu nanti akan disumbangkan kepada kelab peminat Fan DJ Lin Cintamania yang banyak menyokong kerjayanya selama ini.

Pemenang kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2011 itu berkata, jika sambutan yang diterima terhadap single itu amat menggalakkan, dia akan lebih serius untuk menjadi penyanyi.

"Selama ini pun Lin mengasah bakat menyanyi di karaoke sahaja dan tidak pernah mengikuti kelas vokal. Katalah kalau sambutan amat menggalakkan, mungkin Lin akan ikuti kelas vokal untuk memperbaiki kelemahan diri," katanya sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi kehendak peminat.

Begitu juga apabila ditanya, adakah dia akan terjun ke bidang lakonan, jika dipinta oleh para peminat.

Tanpa berfikir panjang, Lin berkata, dia bersedia mencuba nasib sebagai pelakon jika itu yang dikehendaki oleh penyokongnya.

Pengendali program Suria Cinta yang mempunyai lebih 70,000 peminat menerusi laman sosial FaceBook itu berharap kecemerlangan yang diperoleh pada tahun lalu akan terus berkekalan pada tahun ini.

"Tahun lalu merupakan tahun kejayaan dan Lin berharap tahun ini kerjaya akan lebih menyerlah. Semoga program Suria Cinta itu terus menambat hati pendengar," katanya yang baru berpindah ke rumah baru di kawasan Sentul, Kuala Lumpur.

Untuk tahun baru ini juga, Lin bakal memikul tanggungjawab sebagai duta sebuah produk yang sedang dalam perbincangan.

Lin yang sudah enam tahun memegang status ibu tunggal berkata, setiap kali dia mengendalikan program Suria Cinta pasti ada peminat-peminat nakal yang menghantar surat cinta kepadanya.

Katanya, dia amat serius ketika bekerja dan sebab itulah surat cinta begitu tidak dilayan kerana buat masa kini hatinya belum terbuka untuk mencari pengganti.

"Ramai yang hantar surat cinta dan lamaran tapi Lin tak layan. Lin percaya kalau Allah sudah kata orang itu jodoh kita, bertemu hari ini esok atau lusa pun sudah boleh mendirikan rumah tangga.

"Setakat ini Lin gembira dan bahagia dengan apa yang ada. Bagi Lin anak-anak paling penting. Teman hidup itu biar ia datang sendiri. Lin bukan jenis yang sanggup pening kepala memikirkan soal jodoh," katanya terus terang.

Ibu: Tuduhan Nur Amalina liar hanya fitnah

Posted: 03 Jan 2012 07:09 PM PST

ibu amalina

JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

"Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana," kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

"Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah," katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

"Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli," kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

"Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
"Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini," katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

"Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja," katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

"Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari," katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

"Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan," katanya.

Pian Cecupak kena buatan orang?

Posted: 03 Jan 2012 07:05 PM PST

Pian Cecupak

Pelakon dan pelawak, Pian Cecupak dikatakan menderita penyakit misteri hampir dua bulan lalu selepas kontroversi perkahwinan dengan seorang model sambilan.

Mengakui dirinya mengalami sakit teruk selepas kejadian itu, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman berkata, bahagian dalam kedua-dua belah telinganya membengkak menyebabkan pendengarannya terganggu.
Selain itu, Pian juga dilihat berkelakuan seperti orang kurang siuman apabila menangis dan bercakap seorang diri.

Menurut pelakon yang berusia 42 tahun itu, perubahan dirinya hanya disedari oleh orang di sekeliling kawasan perumahannya.

"Saya tidak sedar apa yang berlaku pada diri saya. Tapi, menurut jiran-jiran, saya berubah menjadi seorang yang pemarah dan gemar memukul orang. Ada juga jiran mendengar saya terjerit-jerit dan menangis di dalam rumah.

"Apabila emak saya mendapat tahu mengenai keadaan saya, dia lantas membawa saya balik ke rumahnya. Menurut emak, beberapa hari sebelum itu, dia ada bermimpi berlaku perkara tidak elok ke atas diri saya," katanya yang kini tinggal bersama emaknya di Sentul.

Rentetan kejadian itu, Pian berkata, sehingga kini dia masih lagi hidup dalam ketakutan biarpun sudah dibawa berubat secara moden dan tradisional.

Bagaimanapun, Pian enggan menuding jari kepada mana-mana pihak dan menganggap kejadian yang berlaku adalah balasan ALLAH SWT untuk dirinya di atas segala perbuatannya dahulu yang pernah melakukan perubahan pada wajahnya.

"Saya tidak tahu sama ada saya terkena buatan orang ataupun tidak," katanya yang kini semakin beransur pulih.

Tarikan sari kundur

Posted: 03 Jan 2012 07:04 PM PST

Tarikan sari kundur

Syarikat pengeluar rangkaian minuman berasaskan buah kundur milik penuh Bumiputera, Qundur AgroFood berhasrat menjadi pengeluar jenama kundur dikenali di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusannya, Jamaluddin Ismail berkata, Qundur AgroFood adalah satu-satunya pengeluar produk 100 peratus berasaskan kundur seperti kordial, jem, halwa, aiskrim, serbuk kundur, sup kundur dan kek lapis perisa kundur dengan menggunakan 35 peratus sari kundur sebenar.

"Kami hanya mengeluarkan produk secara kecil-kecilan bergantung kepada permintaan. Jika ada permintaan kami mampu menghasilkan pengeluaran produk sehingga 50,000 setiap bulan yang dilakukan secara manual.

"Walaupun produk kami hanya berada di pasaran sejak dua tahun lalu, namun kami mendapat sambutan daripada pelanggan yang amat menggalakkan terutamanya halwa kundur yang baru diperkenalkan telah habis dijual sehingga 1,000 peket," katanya.

Menurutnya, buah kundur mempunyai khasiat tinggi sebagai penawar dan membantu mengurangkan penyakit kronik.

Katanya, produk terbaru minuman serbuk kundur, iaitu minuman yang boleh membantu menjaga diet dan mengurangkan berat badan itu telah diuji oleh Universiti Putra Malaysia.

Jamaluddin berkata, dengan bermodalkan RM200,000 bagi mesin dan proses penyelidikan serta pembangunan produk sejak 2010, Qundur AgroFood mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan bergantung kepada permintaan.

"Kami berhasrat membuka kilang lebih besar.

"Kami turut mahu memasuki pasar raya tempatan dan kedai runcit sebelum meneroka pasaran China menerusi," katanya.

Ekspo medium Raflesia berkembang

Posted: 03 Jan 2012 07:03 PM PST

Ekspo medium Raflesia berkembang

Strategi pemasaran dilihat menjadi salah satu faktor utama dalam bidang perniagaan diceburi seseorang, malah pelbagai mekanisme digunakan memastikan umum mengetahui kewujudannya.

Berbeza dengan Butik Langsir Raflesia, mereka lebih memilih menyertai ekspo perniagaan anjuran pelbagai agensi tidak kira sama ada kerajaan atau swasta bagi meng­uar-uarkan kemunculan mereka dalam bidang tempahan langsir dan sebagainya.

Pengusahanya, Maslinda Kuduri berkata, dia memulakan perniagaan itu sejak 2006 dan bukan sahaja menerima tempahan atau menjual lang­sir pasang siap, malah turut menawarkan kelas jahitan kepada orang ramai.

"Antara produk dihasilkan melibatkan selimut tebal, cadar dan kraf tangan seperti sarung pemegang, bakul sampah dan bantal. Modal permulaan keseluruhan mencecah RM10,000, RM5,000 digunakan untuk membeli mesin jahit tepi dan lurus.

"Penyertaan dalam ekspo adalah bertujuan meninjau pasaran luar terhadap tempahan langsir supaya dan pemantauan ini telah dilakukan sebelum saya memulakan perniagaan tersebut dengan lebih serius sehingga ke tahap ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kepuasan pelanggan menjadi keutamaannya maka dia perlu memastikan pekerjanya kelak dapat memberi perkhidmatan terbaik dalam setiap jahitan dilakukan. Sasaran perolehan musim perayaan 2012 adalah RM8,000 dan pastinya lebih tinggi daripada sebelum ini.

Derma melalui potongan gaji

Posted: 03 Jan 2012 07:00 PM PST

derma melalui potongan gaji

KOTA BHARU- Kakitangan kerajaan, badan berkanun dan swasta kini boleh menderma kepada anak yatim dengan membuat potongan gaji mereka serendah RM1.

Setiausaha Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Yaatim), Mohamad Yaakob berkata, sebelum ini terdapat permintaan kakitangan kerajaan yang mahu menderma tetapi dalam kadar yang tidak menentu.

"Bagi memenuhi permintaan berkenaan, pihak kami mengalu-alukan kira-kira 70,000 kakitangan kerajaan yang ada di Kelantan, pekerja pejabat badan berkanun dan swasta digalakkan menderma melalui potongan gaji mereka.

"Bagi kakitangan kerajaan, pihak kami memudahkan cara dengan berunding dengan Jabatan Akauntan Negara dan Bank Negara Malaysia membenarkan gaji yang akan didermakan dipotong melalui Biro Angkasa serendah RM1," katanya selepas memberi taklimat kepada 15 Pegawai Lantikan Baru Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Yaatim, di sini.

Beliau berkata, derma melalui potongan gaji sudah dijalankan sejak 2005 dan sekarang ini, Yaatim memperoleh RM3,000 sebulan derma daripada kakitangan kerajaan di Kelantan melalui pemotongan gaji.

Menurutnya, setiap tahun, sebanyak RM1.52 juta peruntukan diperlukan bagi membiayai kos keperluan 200 anak yatim yang ada di yayasan berkenaan.

"Setakat ini, pihak kami memperoleh geran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM310,000 setahun dan kami masih memerlukan banyak kos bagi menanggung perbelanjaan makan minum, persekolahan, pakaian termasuk wang persekolahan mereka RM2 sehari," katanya.

Katanya, bagi pendaftaran baru, sehingga semalam, terdapat seramai 24 anak yatim dan pertambahan tersebut memerlukan kos berganda, namun penyertaan mereka bukanlah tetap pada satu-satu masa.

"Yaatim menganggarkan terdapat 10,000 anak yatim di negeri ini dan tidak semua antara mereka tinggal di rumah anak yatim, sebaliknya sebagai anak angkat atau menumpang di rumah saudara-mara," katanya.

7 sekolah dibuka semula

Posted: 03 Jan 2012 06:57 PM PST

basuh-sekolah

RANTAU PANJANG – Tujuh daripada 11 sekolah yang ditunda hari pertama persekolahan sesi 2012 akibat banjir dan terputus hubungan semalam akan memulakan sesi baru hari ini.

Empat sekolah lagi masih ditutup akibat terputus hubungan serta ditenggelami air iaitu Sekolah Kebangsaan Balar dan Bihai di Gua Musang serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Alfalah Siram dan SABK Diniah Bongor.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, sekolah berkenaan ditutup setelah beliau mengambil kira soal keselamatan pelajar.

Menurutnya, pekarangan SABK Alfalah Siram dan Diniah Bongor masih digenangi air dan pihak Jabatan Pelajaran akan memantau keadaan sekolah terlibat seterusnya memaklumkan kepada ibu bapa.

"SK Balar dan Bihai di Gua Musang masih tidak dapat memulakan sesi persekolahan akibat terputus hubungan dan akan dimaklumkan kemudian tarikh persekolahan kedua-dua sekolah ini.

"Sehingga hari ini tidak ada kerosakan peralatan sekolah yang dilaporkan berlaku kerana pihak sekolah bersiap sedia dari awal menghadapi banjir dengan meletakkan kerusi dan meja di tempat tinggi," katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang ketika melawat sekolah yang ditutup akibat banjir, di sini.

Hussain berkata, sekolah yang terpaksa ditutup semalam akan digantikan hari persekolahannya pada hari Sabtu, bagaimanapun tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di sekolah terbabit bagi membolehkan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dalam keadaan selesa.

Sementara itu, pada sidang media sama, Hussain berkata, 28,586 murid tahun satu mendaftar di seluruh Kelantan bagi sesi persekolahan 2012 berbanding 29,229 tahun sebelumnya.

Semalam, 11 sekolah di dua daerah iaitu sembilan di Pasir Mas dan dua di Gua Musang diarahkan tutup seterusnya tidak dapat memulakan sesi baru persekolahan tahun 2012, berikutan terputus hubungan serta kawasan sekolah dinaiki air.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai; SK Balar; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; SK Rantau Panjang; SK Sri Rantau Panjang Satu; SK Sri Rantau Panjang 2; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khay Boon; SK Lubok Setol; SK Kok Pauh, SABK Alfalah Siram dan SABK Diniah Bongor.

Berikutan penutupan itu, pembelajaran dan pengajaran 5031 pelajar terjejas hubungan sementara sekolah lain ditutup kerana dinaiki air serta jalan menghubungkan sekolah dengan jalan utama dinaiki air.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved