ads

Isnin, 2 Januari 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Posted: 02 Jan 2012 09:20 PM PST

nur amalina che bakri 5 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Bagi kami kalau individu tersebut bernama Ali Bin Abu (bukan nama sebenar) ataupun artis Malaysia, kami tidak ambil pusing sangat. Tetapi jika namanya Nur Amalina Che Bakri satu nama yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu di mana beliau berjaya memperolehi 17 A1 semasa keputusan SPM 2004, bagi kami ia harus diberikan perhatian.

Sehinggakan selepas itu, "fenomena Nur Amalina" terus-menerus menyelubungi kalangan adik-adik kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM setiap tahun. Kalau ditanya kepada mereka, ramai yang akan menjawab :

  • Saya nak jadi macam akak Nur Amalina
  • Saya nak berjaya macam akak Nur Amalina
nur amalina che bakri1 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Sampai begitu sekali. Lagi satu, kalau Nur Amalina Che Bakri berpakaian tidak senonoh daripada mula, kami kurang ambil pusing. Tetapi berlainan apa yang kita lihat sekarang ini. Mungkin inilah yang dinamakan kejutan budaya?

Isu pelajar-pelajar yang berjaya terbang ke negara orang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi setiap tahun, bagi kami tidak boleh dipandang ringan. Sejarah sudah membuktikan daripada kalangan ini ramai yang akhirnya :

  • Positifnya : Pulang semula ke Malaysia dan terus menabur bakti kepada negara (cemerlang daripada segi ilmu & sahsiahnya) atau……
  • Negatifnya : Hanyut bersama-sama dengan kebebasan yang mula "mereka" perolehi sejak berada di negara orang.(Ini yang kita patut elakkan)

Gambar Nur Amalina Che Bakri : Akaun Facebook Amalina Telah Ditutup

nur amalina che bakri 2 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Kami yakin pasti akan ada yang mengatakan :

"Ala…baru tak pakai tudung, buka sini sikit sana sikit". Takkan itupun nak dihebohkan.

Okey…..Pertama apa yang kami nak katakan di sini Nur Amalina Che Bakri hanyalah satu contoh sahaja. Persoalan yang cuba kami tampilkan di sini, adakah kita mahu melihat keadaan menjadi lebih teruk, baru kita semua mula mahu nak melatah? Contoh? Lihat apa yang terjadi adik Ariff Alfian dan …………………..? Erm…..Dah terlambat dah.

Disebabkan beliau rakyat Malaysia, mempunyai kebolehan tersendiri, berpenampilan bersih pada mulanya dan paling pentingnya kami sayangkan beliau, itulah antara sebab kami menegur beliau. Kami menegur bererti kami sayangkan beliau (Nur Amalina) "ibarat permata bagi negara".

Apatah lagi ada kalangan adik-adik kita selepas ini akan berangkat ke luar negara bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihat kami supaya adik-adik kita ini supaya pandai menjaga diri & elakkan diri daripada terkena 'kejutan budaya" juga.

nur amalina che bakri 3 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Kejutan budaya tidak mengenal mangsa. Baik penuntut di Malaysia mahupun penuntut Malaysia di luar negara sana. Kalau anda tidak kuat & pandai menjaga diri, anda akan hanyut. Lebih-lebih lagi adik-adik yang baru nak mengenal apa itu erti "kebebasan".

Gambar Nur Amalina Che Bakri Telah Dibuang Di Facebook

nur amalina che bakri 4 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

P/S : Kami tidak berharap banyak, cukup sekadar Nur Amalina Che Bakri berfikir sejenak apa yang beliau lakukan & kami doakan juga beliau berjaya di sana.

PP/S : Untuk renungan buat kami dan kepada semua, belajar tinggi-tinggi & genius belum tentu dapat menjamin EQ & SQ berjalan seiring dengan tahap pendidikan yang ber'IQ' tinggi. Tetapi….

PPP/S : Tetapi jika anda jaga iman di ceruk mana sekalipun Insyaallah, kejayaan yang akan "terus mengiringi & mengejar anda".

Chef Wan Batal Hasrat Tutup Akaun Facebook

Posted: 02 Jan 2012 09:11 PM PST

Chef Wan.

PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) membatalkan hasrat untuk menutup akaun Facebook dengan alasan tidak dibenarkan oleh peminat-peminatnya.

Chef Wan menerusi satu entri menerusi Facebook miliknya itu berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak sampai hati untuk menghampakan semua peminatnya selepas mengumumkan untuk berbuat demikian sempena Tahun Baru 2012.

"Saya berkorban untuk semua peminat yang mahu saya terus aktif di sini (Facebook) dan keputusan ini dibuat kerana tidak sampai hati hendak menghampakan mereka dan saya sayangkan semua peminat saya," ujarnya pada entri tersebut.

Pada Jumaat lalu Chef Wan membuat keputusan untuk menutup akaun Facebook miliknya selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega atas alasan tidak mahu laman sosial itu menjadi medan perbalahan para peminatnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, walaupun banyak pihak cuba menghentamnya menerusi komen-komen di laman sosial miliknya itu, dia mengambil jalan untuk tidak lagi melayan golongan tersebut sebaliknya ingin menumpukan perkatian kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong.

Ujarnya, segala komen negatif mengenai dirinya di Facebook akan diambil secara positif selain tidak cuba terlalu memikirkan tentangnya.

"Apabila difikirkan kembali saya tidak perlu melayan golongan yang cuba memburuk-burukkan saya di Facebook kerana apa yang penting masih ramai peminat yang sentiasa berdiri di belakang saya," ujarnya.

Reza Tinggalkan Era Kerana Sedikit Masalah

Posted: 02 Jan 2012 09:09 PM PST

Reza telah berkhidmat sebagai DJ Era FM selama lima tahun.

PETALING JAYA: Bekas penyampai radio Era FM, Reza Mohamed mengakui keputusannya meninggalkan stesen radio itu Disember lalu kerana mahu berehat selain tidak menolak mempunyai sedikit masalah apabila ada pihak tertentu yang kurang senang dengannya.

Reza berkata, semua orang menghadapi masalah di tempat kerja tetapi dia enggan mengulas perkara tersebut mengapakah keputusan itu dibuat.

"Di mana saja kita berada, tipulah kalau tiada masalah dengan tempat kita bekerja. Paling tidak pun orang lain yang sengaja mencari masalah dengan kita. Apa-apa pun, biarlah itu menjadi rahsia saya.

"Keputusan meninggalkan Era FM dibuat kerana saya mahu berehat seketika. Lagipun sekarang ini saya sibuk menguruskan Patung Studio, iaitu sebuah studio tarian yang ditubuhkan di bawah syarikat saya sendiri, Rezakey Management.

"Pada masa yang sama saya turut memenuhi undangan menjadi pengacara majlis," katanya kepada mStar Online, menerusi e-mel di sini, Isnin.

Ditanya adakah dia akan berpindah ke stesen radio lain, Reza enggan mengulasnya tetapi menjelaskan jangka masa rehatnya selepas menamatkan perkhidmatan di Era tidaklah terlalu lama.

Dalam pada itu Reza mengakui sepanjang lima tahun bekerja di Era, banyak kenangan dan pengalaman yang dipelajarinya.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang pernah bekerjasama dengan saya di AMP Radio Networks. Siapa tak sayang ERA? Berat juga hati nak tinggalkan stesen yang telah menjadi penyumbang besar kepada karier saya.

"Ramai juga yang tak tahu tentang pemergian saya ini. Para peminat sangka saya masih bekerja dan sedang bercuti. Ada yang rindu, sedih dan tentunya ada juga yang sedang tersenyum sambil bertepuk tangan," ujarnya sinis.

Bagaimanapun, Reza yang juga merupakan pengacara Kelab Pop itu percaya, ketiadaannya di Era tidak bermakna dia juga akan kehilangan para peminat, malah dia tidak menyesal dengan keputusan yang dilakukannya itu.

"Selain itu saya juga ingin perbaiki bakat yang ada untuk menjadi seorang penghibur yang bagus. Cuma saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 'guru-guru' yang telah banyak mengajar saya iaitu Nila Kurnia, Zainal Alam Kadir, Aznil Nawawi, Nana Mahazan dan ramai lagi," katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran telah mengesahkan Reza meletakkan jawatannya sebagai seorang penyampai radio stesen berkenaan.

Peletakan jawatan itu juga tiada isu berkaitan masalah dalaman mahupun disiplin.

"Pihak kami menghormati keputusan Reza dan setakat ini kami tiada sebarang masalah dengannya. Malah, pihak kami telah memilih Zahid (AF) sebagai penggantinya selepas membuat beberapa uji bakat pada Disember lalu.

"Andai kata dia ingin kembali kepada Era, pihak kami mengalu-alukan kedatangannya," kata Nazri.

Menang MLM, Os Tetap Pandu Teksi

Posted: 02 Jan 2012 09:08 PM PST

Os memberitahu akan terus memandu teksi sebagai punca rezekinya.

SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Os akan terus menjadi pemandu teksi walaupun telah diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) pada Jumaat lalu.

Os berkata, dia tidak akan berhenti daripada memandu teksi hanya kerana telah bergelar juara disebabkan kerjaya itu telah sebati dengannya.

"Saya akan tetap memandu teksi sebagai punca pendapatan tambahan kerana saya masih mempunyai permit memandu teksi sehingga tahun 2015," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak mahu mengharap kepada tawaran berlakon kerana ia tidak memberi jaminan kepadanya dan perlu menampung keluarga dan anak-anaknya yang masih tidak bekerja.

Bagaimanapun Os berkata, dia tidak menolak jika ada tawaran berlakon atau untuk membuat pertunjukan pentas pada masa akan datang.

"Cinta pada dunia lakonan dan melawak masih ada kerana saya sudah terlibat dalam industri hiburan selama 27 tahun dan jika ada tawaran sesuai saya tidak menolak untuk terima sebagai kerja sampingan," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai wang kemenangannya pada MLM, Os berkata dia bercadang untuk menggunakan sebahagian hasil kemenangan tersebut bagi menaik taraf keadaan teksinya supaya lebih selesa buat penumpang.

Os berkata, dia tidak bercadang untuk membeli teksi baru kerana kenderaannya sekarang masih dalam keadaan baik.

"Saya tidak bercadang untuk membazirkan duit tersebut kepada perkara yang tidak berfaedah sebaliknya ingin membaik pulih keadaan teksi untuk keselesaan penumpang," ujarnya.

Terdahulu, kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Sharizan Ahmad (Abon) menjadi juara MLM selepas sembilan minggu bertanding.

Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. MLM disiarkan menerusi saluran Astro Prima.

Mentor 6 : Adam (AF2) Tidak Hirau Bakat Dipertikai

Posted: 02 Jan 2012 09:08 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF2) tidak kisah jika pemilihannya sebagai mentor bagi program realiti Mentor 6 dipertikaikan oleh segelintir pihak yang menganggapnya masih mentah dalam dunia seni muzik tanah air.

Adam berkata, hal tersebut bukanlah satu isu yang besar meskipun ramai yang tidak sedar bahawa pengalamannya dalam industri muzik tempatan sudah mencecah lapan tahun.

"Orang selalu menganggap saya masih lagi baru dan mentah dalam industri muzik. Malah kurang berpengalaman untuk mendidik seorang protege di 'Mentor 6'.

"Tetapi mereka tidak sedar bahawa sudah lapan tahun saya bergiat aktif dalam muzik. Ya, mungkin sebelum ini saya kurang berpengalaman, tetapi sedikit sebanyak ilmu itu ada dalam diri ini.

"Bukannya mahu membangga diri, berdasarkan pengalaman yang ada, saya ingin berkongsi dengan bakal protege saya nanti," jelasnya.

Selain Adam, antara selebriti yang menggalas tanggungjawab sebagai mentor untuk musim terbaru ini ialah Faizal Tahir, Ferhad, Ella, Ogy Ahmad Daud, dan Ramlah Ram.

Tambahnya, memandangkan tanggungjawab menggalas peranan mentor telah pun diberi untuk dia mengasah bakat remaja yang ingin menjinakkan diri dalam industri muzik, dia ingin mencari seorang protege yang lebih berbakat untuk menggantikannya satu hari nanti.

Malah, anak kelahiran Sabah ini juga mahu menambahkan bilangan penyanyi yang boleh menari serentak, di mana ia masih lagi kurang dalam industri muzik tempatan.

"Cuba fikir, berapa ramai penyanyi 'dance' di Malaysia yang berbakat? Yang popular hanya Stacy sahaja. Justeru itu saya ingin kembalikan konsep tersebut dalam peredaran muzik kita," katanya.

Uji bakat Mentor 6 akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel Merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

Britney Spears Mahu Majlis Perkahwinan Sederhana

Posted: 02 Jan 2012 09:07 PM PST

Britney Spears.

SELEPAS mengumumkan pertunangan dengan bekas pengurusnya pada awal Disember lalu, penyanyi Britney Spears memberitahu inginkan sebuah majlis perkahwinan sederhana dan ringkas yang dihadiri oleh kaum keluarga terdekat.

Majalah Touch Weekly melaporkan, Britney ingin mengadakan sebuah majlis pesta tradisional gaya selatan Amerika untuk perkahwinan itu nanti.

"Dia begitu inginkan sebuah perkahwinan yang berinspirasi suasana selatan Amerika yang mementingkan kehadiran ahli keluarga, tarian dan makanan yang jauh berbeza dengan impian perkahwinan selebriti Hollywood.

Bagaimanapun pasangan itu masih belum memutuskan bilakah akan melangsungkan hari bahagia itu.

Terdahulu, tunangnya, Jason Trawick telah mengejutkan penyanyi Baby One More Time itu dengan seutas cincin dan melamarnya di Las Vegas. Mereka berpacaran selama dua tahun.

Debar tunggu Sesuatu Yang Tertinggal

Posted: 02 Jan 2012 09:05 PM PST

KIAN BERSINAR...Eina semakin mendapat tawaran berlakon daripada pelbagai syarikat produksi.
KIAN BERSINAR...Eina semakin mendapat tawaran berlakon daripada pelbagai syarikat produksi.

JURANG usia 10 tahun tidak pernah menghalang Zahiril Adzim dan Eina Azman untuk mendekati satu sama lain. Bukan untuk bercinta, sebaliknya semuanya dek tuntutan skrip yang memerlukan mereka berlakon dalam sebuah karya menarik.

Karya itu adalah filem cereka yang mempertemukan mereka - Sesuatu Yang Tertinggal akan mula menemui peminat di pawagam pada Khamis, 5 Januari ini.

  • Foto

    Zahiril Adzim

  • Foto

    SUAMI ISTERI...Zahiril dan Sheera Ayob belum lagi timang anak.

Filem genre seram dan misteri arahan Asrull Hisham itu menonjolkan lakonan Zahiril sebagai Arshad, pelajar di sebuah sekolah manakala Eina pula sebagai Bella, gadis nakal yang menghuni sebuah rumah anak yatim.

Semuanya bermula apabila satu objek misteri ditemui Mona, seorang rakan Bella yang turut menghuni di rumah terbabit.


Bagaimanapun, Zahiril dan Eina tidak terbabit dalam mana-mana babak secara bersama dalam filem itu. Namun, kekuatan lakonan mereka turut menyumbang kepada sebuah kisah yang menarik lagi menyeramkan. Turut berlakon dalam filem itu, Sara Ali.


"Entahlah, watak budak sekolah seperti sudah sinonim dengan diri saya. Mungkin disebabkan fizikal saya ini yang agak kecil, watak juvana seperti itu sesuatu yang sinonim dengan saya.

"Karakter dalam filem Sesuatu Yang Tertinggal tidaklah serius dan tidak juga lawak kerana watak Arshad banyak cakap berbanding lakonan saya dalam drama Juvana atau filem Klip 3GP.

"Tidak wujud kontroversi saya dan Eina di lokasi kerana saya bertemu isteri (Sheera Ayob) di lokasi penggambaran Sesuatu Yang Tertinggal dan dia sendiri berlakon dalam filem ini," kata Zahiril yang memegang watak utama bersama Sara Ali sebagai Mona.

Eina atau Ainur Syakina Azman, 17, bersyukur kerana ada produksi memberi tawaran berlakon selepas terbabit dalam kontroversi dengan seorang pelakon filem sulung lakonannya dulu, Ratu The Movie.

"Saya tidak mahu lagi memikirkan kisah lama itu. 2012 ini saya begitu sibuk kerana perlu membuat persiapan rapi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Apa yang berlaku dalam filem Ratu The Movie, biarkan ia berlalu. Kita buka buku baru.

"Apapun, saya berterima kasih kepada Rashid Sibir dan A Aida yang tetap memberi kepercayaan berlakon dalam produksi mereka.

"Bukan itu saja, kehadiran 'single' saya, Bahagia Bersamanya sangat bermakna kerana ia dapat memperkenalkan lagi bakat saya. Sekarang saya dalam proses menyiapkan klip video lagu itu.

"Saya tidak berniat bertukar karier sebagai penyanyi kerana lakonan datang lebih dulu. Sekalipun selalu dikaitkan suara saya iras ibu saudara (penyanyi Juliza Adzlizan), bagi saya itu kebetulan.

"Apa yang penting sekarang menunggu munculnya filem Sesuatu Yang Tertinggal yang akan ditayangkan mulai Khamis ini," katanya.

Eina yang tinggi lampai itu akui dia begitu menghormati Zahiril kerana dia banyak pengalaman dalam bidang lakonan, komited dan bersikap matang.

"Saya masih terlalu muda. Saya macam adik kepada yang lain," kata Eina yang pernah terbabit dalam beberapa drama seperti 5 Jingga, Pucuk Muda Kerabu Taugeh dan telemovie Mistik Alam Hitam.

Kembali kepada Zahiril, mengulas mengenai kehidupan rumah tangga baru dibina beberapa bulan lalu bersama Sheera Ayob, Zahiril sedar peranan suami menjadikannya seorang yang lebih dewasa.

"Sewaktu hidup solo dulu, saya tidak banyak sangat berfikir mengenai masa depan. Kehadiran isteri, Sheera, membuatkan saya rasa lebih matang dan bertanggungjawab.

"Buat masa ini, kami ada perancangan dalam bidang seni. Sheera kemungkinan menjadi pengurus saya yakni mengatur jadual lakonan. Cara itu lebih senang sebab kami lebih kenal hati budi masing-masing. Lagipun ia dapat mengelakkan gosip.

"Kami berdua perlu bekerja keras sekarang malah perlu lebih menabung mana tahu tiba-tiba datang rezeki untuk menyambut anak," kata Zahiril yang juga penulis novel yang berbakat.



7 perkara mengenai Eina:

  • Tempat shopping pilihan?
    KLCC & Pavilion

  • Aiskrim kesukaan?
    Haagen Dazs

  • Juadah barat kegemaran?
    Lamb chop

  • Kalau memasak, juadah yang disukai?
    Kari

  • Jenama mahal pilihan?
    Prada & Gucci

  • Pelakon barat yang digemari
    Angelina Jolie

  • Artis luar yang diminati?
    Chicago dan Peter Cetera



    7 perkara mengenai Zahiril:

  • Aktiviti lasak yang digemari?
    Motorcross

  • Instrumen muzik paling unik?
    Gendang Melayu

  • Dua benda perlu ada dengan anda setiap masa?
    Kertas dan pen

  • 'Benda' yang selalu dicari?
    Idea

  • Filem yang diminati?
    Into The Wild

  • Pemimpin dikagumi?
    Rasulullah s.a.w

  • Lokasi percutian menarik?
    Jepun.
  • Derita patah paha

    Posted: 02 Jan 2012 09:02 PM PST

    SAKIT...Mohamad Hafiz (hadapan) dan Mohamad Fahmi (belakang) terbaring sambil meraung menahan kesakitan.
    SAKIT...Mohamad Hafiz (hadapan) dan Mohamad Fahmi (belakang) terbaring sambil meraung menahan kesakitan.
    BANTU...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tenteramkan  mangsa sebelum dibawa ke hospital.
    BANTU...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tenteramkan mangsa sebelum dibawa ke hospital.

    ALOR GAJAH: "Pemboncengnya melambung melepasi kenderaan sementara penunggangnya melekat di pintu kiri sebelah belakang dengan separuh badannya terperosok dalam cermin kereta yang pecah," kata Rahmad Azlan, 33, seorang saksi kemalangan di Jalan Baru Solok Duku-Tanjung Bidara, dekat sini, kelmarin.

    Kemalangan jam 6.30 petang itu membabitkan motosikal Honda Ex-5 dengan sebuah kereta Perodua Kembara.


    Dalam kemalangan itu mangsa, Mohamad Hafiz Shaari, 23, dari kampung Ayer Paabas, dekat sini, cedera parah di muka dan patah paha kiri manakala rakannya Mohamad Fahmi Abdul Wahab, 20, dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah turut patah kaki kiri selepas motosikal dinaiki mereka merempuh Perodua Kembara yang melintang jalan.

    Sebelum kejadian Mohamad Hafiz yang juga pelajar Kolej Risda, Ayer Paabas, dekat sini, baru selesai berkelah di Pantai Tanjung Bidara ke Masjid Tanah bersama beberapa rakan yang menunggang tiga motosikal lain.


    Rahmad berkata, dia yang berada dalam jarak dua kenderaan di belakang mangsa tergamam melihat perlanggaran itu yang berlaku sekelip mata.


    Katanya, dia melihat motosikal dinaiki mangsa gagal mengelak kenderaan terbabit yang secara tiba-tiba melintang di tengah jalan dipercayai hendak membelok ke kanan tanpa memberi lampu isyarat kanan.

    "Saya memandu tidak jauh di belakang motosikal mangsa bersama tiga motosikal lain di hadapan dan mangsa ketika itu cuba mengejar sebuah motosikal ditunggang rakannya sebelum terbabit kemalangan.


    "Selepas memberhentikan kereta di bahu jalan, saya berlari dapatkan penunggang motosikal yang masih melekat dengan kepalanya menembusi cermin pintu sebelah kiri manakala kaki sebelah kiri terlipat dua," katanya.

    Sementara itu, Mohamad Fahmi berkata, ketika tiba di tempat kejadian mereka menyangkakan kereta berkenaan akan terus masuk ke simpang jalan namun meleset apabila pemandunya memperlahankan kenderaannya ketika berada di tengah jalan.


    "Rakan saya (Mohamad Hafiz) tidak dapat mengelak ke kanan jalan sebab ada beberapa kenderaan dari arah bertentangan manakala di sebelah kiri pula jalannya tidak rata dan terus merempuh kereta itu," katanya.


    Pemandu kereta, Ghani Abd Wahid, 55, pula berkata dia dalam perjalanan ke rumah seorang rakan berhampiran tempat kejadian sebelum kemalangan.


    "Tak tahu nak cakap apa, tengah gemuruh sekarang ini, benda sudah berlaku siapapun tidak dapat menduga cuma saya sangkakan kenderaan dari Tanjung Bidara masih jauh lagi," katanya.


    Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

    Katty jadi wanita tua

    Posted: 02 Jan 2012 09:00 PM PST

    HASIL kerja keras pasukan jurumekap.
    HASIL kerja keras pasukan jurumekap.

    KATY Perry berkongsi sedikit gambar belakang tabir pembikinan klip video untuk lagu popularnya 'The One That Got Away.'

    Di dalam klip video itu, penyanyi 'Teenage Dream' yang berusia 27 tahun ini bertukar menjadi wanita tua berkedut yang bercerita mengenai kisah cintanya yang kecundang dan rasa menyesal.

    • Foto

      PROSES PERLAHAN...Katy terpaksa menunggu tujuh jam untuk dimekap.

    • Foto

      PROSES PERLAHAN...Katy terpaksa menunggu tujuh jam untuk dimekap.

    Dia menghabiskan masa selama tujuh jam duduk di atas kerusi untuk ditata rias dengan berhati-hati dan teliti oleh sekumpulan juru mekap untuk video itu.

    "Anda akan lihat saya sangat muda dan sangat tua. Dan saya harap anda masih menyayangi saya," katanya dalam rancangan MTV Special, The Making Of 'The One That Got Away'.


    Katy menggunakan khidmat juru mekap dan pakar prostetik yang beribu pejabat di New Zealand, Dominie Till, yang pernah terlibat dalam penggambaran beberapa filem, antaranya 'Lord Of The Rings' dan 'King Kong.'


    Menurut Till, ia satu proses yang 'sukar.'

    Wajah Katy terpaksa diliputi dengan cecair pekat warna biru untuk mereka membuat acuan ciri-ciri wajahnya.

    Katanya, "Ia melibatkan ramai orang dan beberapa peringkat."

    Kemudian ia dijadikan enam keping prostetik yang kemudian dicantum balik dengan teliti.

    Sebelum transformasi itu, Katy sempat berjenaka mengenai cara-cara dia menghayati karektor sebagai wanita tua.

    "Saya mungkin akan pakai Depends (lampin berbentuk seluar dalam untuk dewasa), menulis wasiat atau apa-apa lagi," katanya.

    Lagu itu sekarang berada di kedudukan nombor lima dalam carta Billboard Hot 100, menjadikan ia satu tahun yang sibuk tetapi penuh kejayaan untuk isteri Russel Brand ini.

    Dengan beberapa lagunya kini mendapat kedudukan teratas, dia sekarang hampir setaraf dengan rekod singles Michael Jackson dalam carta Billboard Hot 100 dan dia turut membuat persembahan California Dream di seluruh dunia.

    Dia turut termasuk dalam senarai 10 Orang Yang paling menarik 2011 Barbara Walter.

    "Tahun ini memang sangat sibuk untuk saya," kata Katy ketika diwawancara oleh Barbara Walters.

    "Saya seperti berpaut di atas sebuah roket sekuat yang boleh dan berharap tidak terlepas," katanya.

    MyLED ke Eropah

    Posted: 02 Jan 2012 09:00 PM PST

    JIMAT TENAGA...Razali menunjukkan produk LED keluaran syarikatnya.
    JIMAT TENAGA...Razali menunjukkan produk LED keluaran syarikatnya.

    KUMPULAN MyLED, syarikat tempatan yang mengeluarkan sistem pencahayaan jenis padu (SSL) dan diod pemancar cahaya (LED) dijangka meluaskan operasi untuk pasaran Eropah dan Timur Tengah menjelang pertengahan tahun ini selepas berjaya menembusi pasaran China, India, Taiwan serta Korea.

    Pengarah Urusan Kumpulan, Razali Pakeer Mohamed berkata, produk pencahayaan itu mendapat sambutan menggalakkan dan mereka yakin memasuki pasaran Eropah berikutan komponen LEDnya menggunakan teknologi Osram, syarikat berpangkalan di Jerman.


    Beliau berkata, pasaran di Timur Tengah juga akan terus berkembang kerana kesedaran terhadap produk jimat tenaga seperti lampu LED semakin mendapat tempat di kalangan pengguna kerana produk itu mampu menjimatkan tenaga sehingga 60 peratus.

    Produk LED juga tidak memerlukan penyelenggaraan kerana ia mampu bertahan sehingga lima tahun tanpa perlu ditukar atau 100,000 jam dan bermula April ini, pihaknya akan menghasilkan lampu LED untuk Osram yang akan dijual untuk pasaran global.


    "Kami mengikat perjanjian dengan Osram untuk menggunakan teknologi mereka berikutan lampu LED yang kami gunakan didaftarkan sebagai harta intelek (IP) Osram dan mereka akan membeli produk siap daripada kami serta menjualnya di seluruh dunia menjelang akhir tahun ini," katanya.

    Brand tambah kaya lepas cerai

    Posted: 02 Jan 2012 08:58 PM PST

    MUSNAH...Brand dan Katy.
    MUSNAH...Brand dan Katy.

    LOS ANGELES: Russell Brand akan memperoleh RM100 juta hasil penceraiannya dengan isteri, Katy Perry.

    Menurut laporan, pelawak berkenaan akan memperoleh pembahagian 50/50 daripada pendapatan pasangan berkenaan walaupun hanya berkahwin selama 14 bulan.


    Brand, 36, dan Katy, 27, tidak menandatangani perjanjian praperkahwinan ketika mendirikan rumah tangga pada Oktober 2010.

    Menurut undang-undang California, dia berhak terhadap separuh daripada harta Katy.


    Brand, Jumaat lalu mengumumkan perkahwinan mereka berakhir selepas masing-masing meraikan sambutan Krismas secara berasingan dan peguamnya mengemukakan dokumen perceraian di Mahkamah Agung Los Angeles dengan alasan tidak sefahaman lagi.


    Brand dan Katy mula bercinta selepas berkenalan di majlis Anugerah Muzik MTV pada September 2009.

    Bercakap kepada akhbar Daily Star semalam, Brand berkata: "Saya dalam keadaan baik. Segala-galanya akan bertambah baik tahun ini." Pelawak berkenaan keluar dari hotel The Savoy di London semalam dengan wajahnya dilindungi cermin mata hitam dan topi berbulu.


    Dia dilihat tiba di pejabat peguam di London menerusi pintu belakang sebelum memasuki hotel berkenaan kelmarin. Menurut majalah Forbes, Katy mempunyai harta berjumlah RM140 juta. Sumber industri muzik berkata, harta penyanyi itu berkembang baru-baru ini hingga sekurang-kurangnya RM225 juta ekoran konsert menjelalajahnya dan pembabitan berterusannya dalam industri komersial.

    Brand pula dilapor memiliki harta berjumlah kira-kira RM55 juta hasil pendapatannya menerusi komedi dan beberapa filem termasuk Get Him To The Greek.


    Menurut laporan lain, Brand dan Katy saling mengancam untuk menceraikan satu sama lain beberapa kali selepas bergaduh berulang kali.


    Bekas pembantu pasangan berkenaan memberitahu Daily Star: "Saya percaya tindakan mengemukakan penceraian itu adalah perbuatan keanak-anakan, sama seperti pertengkaran mereka selama ini.


    "Ia umpama kes 'Saya akan singkirkan awak sebelum awak boleh singkirkan saya.' "Saya tidak fikir Brand gembira Katy lebih hebat daripadanya." Dalam pada itu, laman web TMZ melaporkan semalam, meskipun pasangan itu mencintai satu sama lain ketika berkahwin, tempoh bulan madu mereka begitu singkat.


    Laman selebriti itu mendakwa, Brand dan Katy mula bergaduh tidak lama selepas berkahwin dan pelawak itu lebih banyak tinggal di rumah selepas meninggalkan kehidupan berpartinya sejak beberapa tahun lalu.


    Katy pula suka keluar dan mereka akan bertengkar jika Brand mahu meninggalkan sesuatu majlis lebih awal.

    Cuba zahirkan budaya baru

    Posted: 02 Jan 2012 08:46 PM PST

    Ringo Tan Hui Ling
    Ringo Tan Hui Ling
    Hanis Zalikha
    Hanis Zalikha

    MEREKA memiliki pesona dan aura tersendiri. Walaupun tidak bergelar selebriti, masing-masing mempunyai pengaruh serta pengikut yang ramai di alam maya.

    Bagi pengendali blog, nama Hanis Zalikha, 20, sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pengikut Melayu begitu juga rakan seangkatannya, Ringo Tan Hui Ling, 27, yang bukan saja dikenali sebagai penulis fesyen malah mengikuti perkembangan fesyen semasa.

    Sebut saja penulis blog paling berpengaruh, bijak dan menawan pasti nama Hanis Zalikha terpacul di bibir kalangan penulis blog. Blognya sentiasa dikunjungi, dilayari ribuan pembaca dengan ratusan komen ditinggalkan serta menjadi inspirasi bagi penulis blog baru.

    Selepas tersenarai di tangga ke-10 dalam pencarian Google Zeitgeist 2011, Hanis Zalikha tercalon dalam Anugerah Blog Paling Berpengaruh Anugerah Blog Nuffnang Asia Pasifik 2011 manakala Hui Ling berjaya memenangi Anugerah Blog Fesyen Terbaik 2011.


    Bertemu kedua-dua wanita cantik ini mereka ibarat selebriti di alam maya, bukan saja petah berbicara malah bijak beraksi di hadapan kamera.


    Bagi Hanis Zalikha, pengalaman sebagai peragawati sambilan mematangkan dirinya untuk lebih berani serta tidak kekok berhadapan kamera. Nyata dia menggunakan pengalaman yang sama untuk berinteraksi dengan peminat di dalam blog inibelogsaya.blogspot.com yang rata-rata masih di bangku sekolah.

    Selain menulis mengenai aktiviti harian, pelbagai panduan berguna diberikan misalnya teknik belajar, panduan penjagaan rambut, solekan dan penjagaan kulit.
    Seboleh-bolehnya anak kedua daripada enam beradik ini mengelak membicarakan mengenai cinta kerana itu terlalu peribadi dan tidak perlu dikongsi bersama pembaca.

    Bercerita lebih lanjut, gadis yang memiliki senyuman menawan ini mula membina laman blog sejak tiga tahun lalu. Ketika itu Hanis menyertai pertandingan kecantikan yang dianjurkan secara dalam talian. Peluang bertemu dengan rakan yang menulis blog menyebabkan dia terpengaruh untuk mempunyai blog sendiri.

    "Ketika di bangku sekolah pun saya sudah mempunyai blog sendiri tapi ia tidak dipamerkan kepada umum kerana blog itu saya bina hanya sebagai medium untuk meluahkan perasaan yang bergolak dalam jiwa remaja. Namun, apabila melihat perkembangan rakan yang mempunyai ramai pengikut, saya mula tertarik membina blog sendiri untuk tatapan umum," katanya.

    Bagi menjadikan blognya sentiasa berinformasi dan menjadi kunjungan ramai, dia sentiasa memastikan bahasa digunakan dekat di hati pembaca.

    Walaupun tidak 100 peratus menggunakan bahasa Melayu formal, Hanis tidak menggunakan bahasa rojak atau bahasa pasar. Adakalanya dia turut menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian.

    "Saya cuba menzahirkan budaya baru dalam kalangan pelayar Internet iaitu 'blogging' sebagai satu kaedah meluahkan rasa hati serta meningkatkan jati diri. Apabila menerima kiriman e-mel dan komen daripada pengunjung yang berpendapat cerita atau panduan dikongsi melalui blog boleh dijadikan sumber inspirasi kepada mereka, ia secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan untuk saya terus berusaha menjadikan setiap bahan yang dipaparkan bermutu dan memberi manfaat kepada pembaca," katanya.

    Selain itu, Hanis juga tidak lokek berkongsi ilmu yang diperoleh sepanjang berkecimpung di dalam bidang peragaan misalnya ketika disolek jurusolek berpengalaman dia bertanya mengenai teknik solekan yang betul.

    "Memang seronok kerana saya dapat berkongsi dengan pembaca berdasarkan pengalaman sendiri. Secara tidak langsung ini menjadi panduan kepada mereka terutama bagi mereka yang berani mencuba," kata Hanis yang memperuntukkan tiga atau dua jam sehari untuk menulis di blog.

    Melalui agensi perhubungan awam yang menguruskan kerjayanya, Hanis turut berpeluang menerima jemputan untuk membuat liputan acara berkaitan fesyen, pelancaran produk kecantikan dan peraduan ditawarkan dalam talian.

    "Secara tidak langsung, saya berpeluang mendapat ramai kawan selain merasai keseronokan mencuba produk kecantikan sebelum dikongsi bersama rakan di blog.
    Memang seronok kerana bidang kecantikan antara cabang yang saya sukai," katanya.

    Pada tahun ini sekali lagi Hanis tercalon untuk Anugerah Blog Asia Pasifik anjuran Nuffnang untuk kategori Blog Paling Berpengaruh yang diadakan Disember lalu. Walaupun tidak memenanginya, ini tidak mematahkan semangat untuk terus menyajikan cerita menarik kepada pengunjung.

    "Mungkin belum ada rezeki untuk saya meraih anugerah sebegini. Saya akui, saingannya sangat sengit memandangkan semua peserta sangat hebat. Saya terpaksa bersaing dengan penulis blog Filipina, Thailand dan Singapura yang kebanyakan mereka mempunyai pengikut yang ramai," katanya.

    Pada masa hadapan, pemegang diploma pengurusan perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara, Johor ini berazam untuk menulis dengan lebih matang serta beretika bagi memberikan sesuatu yang lebih bermanfaat kepada pembaca.

    "Selama ini pembaca tanpa jemu mengunjungi blog saya, setiap masa dan meninggalkan komen yang memberikan kata-kata semangat. Adakalanya saya tidak mampu membalas setiap komen diberikan. Justeru saya rasa bertanggungjawab memberikan penulisan berkualiti dan berinformasi kepada mereka," katanya.

    Bagi Tan, kali pertama tercalon untuk Anugerah Blog Asia Pasifik anjuran Nuffnang memberi pengalaman manis apabila dia berjaya mengalahkan penulis blog dari Singapura, Thailand dan Filipina bagi kategori Blog Fesyen Terbaik.

    Dia sendiri tidak menyangka memenangi anugerah itu kerana peserta lain tidak kurang hebatnya.

    "Saya menerima banyak e-mel, komen dan twitter daripada pembaca yang gembira dengan kemenangan saya. Saya sangat terharu dengan sokongan mereka selama ini dan berasakan apa yang saya lakukan sepanjang tujuh tahun lalu berbaloi.

    "Ini menguatkan semangat saya untuk lebih memberikan informasi berkualiti kepada pembaca terutama daripada segi penggayaan dan fesyen," ujarnya yang menggemari gaya fesyen Jepun.

    Mula menulis sekitar 2004 yang bermula dengan diari harian dikongsi bersama lima rakan, akhirnya pemilik laman cheeserland.com kini memiliki lebih 10,000 pengikut yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam bidang fesyen.

    Menurutnya, bagi menjadikan blognya dikunjungi ramai dia sentiasa memastikan bahan dipaparkan menarik, mempunyai unsur lucu dan menyegarkan.

    Dalam hal ini, penggunaan bahasa memainkan peranan penting selain susun atur yang tidak membosankan. Dia juga mempunyai cara tersendiri mendekati pembaca dengan sering membalas komen mereka sama ada di blog, twitter atau facebook.

    "Selain memberi panduan mengenai fesyen dan kecantikan, saya juga gemar melancong ke luar negara. Jadi pengalaman di luar negara saya sampaikan kepada pembaca supaya dapat dijadikan panduan kepada mereka. Saya juga banyak menerima jemputan daripada Nuffnang untuk membuat ulasan produk dan ini memberi peluang kepada saya berkongsi dengan pembaca," katanya.

    Dia yang menjadikan kerjaya ini sebagai sumber pendapatan mengakui dengan kemunculan ramai penulis blog baru, ditambah blog yang lebih interaktif dan menarik menjadikan dia lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik kepada pembaca.

    "Saya gembira kerana mampu bertahan sehingga kini. Dengan kemunculan penulis blog yang lebih versatil dan pelbagai, pengunjung tetap bertahan dan terus memberikan sokongan. Saya percaya ini kerana saya mengekalkan karakter tersendiri, penulisan interaktif dan unik serta hebahan maklumat kepada pembaca," katanya yang bercadang mempunyai label pakaian sendiri suatu hari nanti.

    Kota Fez

    Posted: 02 Jan 2012 08:46 PM PST


    Peninggalan Kota Fez berupa kota, pintu gerbang, istana dan madrasah masih dapat ditemukan sekarang ini.


    KOTA Fez di Maghribi pernah menjadi kota penting, iaitu sebagai ibu kota pertama negara itu dan pusat spiritual Islam. Fez didirikan pada 789 Masihi oleh Idris bin Abdullah, seorang keturunan Nabi Muhammad SAW yang melarikan diri ke Maghribi kerana dianiaya oleh Kerajaan Abbasiyah. Beliau kemudiannya mendirikan Kerajaan Idrisiyah di Fez.

    Fez kemudian dibangunkan oleh Idris II pada 809 Masihi dan berkembang dengan pesat serta menjadi ibu kota pemerintahan Idrisiyah. Fez menjadi tumpuan imigran Islam dari Cardova dan Qairawan.

    Selain menjadi pusat gerakan politik dan agama dalam melawan penjajahan Perancis pada awal abad ke-20, Fez juga menjadi pusat pendidikan dan kebudayaan dengan adanya Universiti-Masjid Qairawan.

    Gerbang kota Fez, merupakan salah satu gambaran kebesaran kota ini pada abad pertengahan. Fez juga sarat dengan peninggalan lainnya yang masih dapat kita lihat sehingga kini.

    Idrisyiah

    Selama 300 tahun sejak didirikan, Fez dikuasai Kerajaan Idrisiyah, Fez kemudian jatuh ke tangan al-Murabitun pada 1075 dan al-Mwahhidun pada 1145. Pada 1248, Fez direbut oleh Kerajaan Mariniyah dan dijadikan ibu kota.

    Ketika kaum Sa'adiah berkuasa, mereka memilih Marakesh sebagai ibu kota. Ketika Sultan Maghribi, Abdul Aziz bin Hassan naik takhta, Fez kembali menjadi ibu kota. Namun pada 1911, kota ini dikuasai oleh Perancis.

    UniversitI Qairawan

    Kewujudan Masjid dan Universiti Qairawan menjadikan Fez terkenal sebagai pusat kajian Islam. Peninggalan lain berupa kota, pintu gerbang, istana dan madrasah masih dapat ditemui sekarang. Sejumlah madrasah tidak lagi berfungsi selain sebagai tempat ibadat.

    Meskipun sejumlah karya seni di kota ini telah hilang keasliannya, namun Fez tetap menggambarkan sebuah kota besar kuno yang pernah terkenal. Masjid Qairawandi kota Fez dibina pada masa Yahya I bin Muhammad dari kerajaan Idrisiyah. Masjid ini dapat menampung hampir 10,000 jemaah.

    Pusat Kemerdekaan

    Ketika ini, peranan Fez sebagai sebuah kota negara yang utama telah berkurangan meskipun masih menjadi ibu kota wilayah. Peranannya sebagai pusat pemerintahan digantikan oleh Rabat. Casablanca juga telah menggantikannya sebagai pusat perdagangan negara.

    Namun keluarga terkemuka dari Fez masih memainkan peranan di kalangan elit politik Maghribi. Fez sebagai pusat sejarah nasional dan pusat keagamaan Islam.

    Selain masjid, kota Fez ada banyak bangunan madrasah, kewujudan Madrasah Bu'inaniyah dan madrasah yang lain membuatkan kota Fez dikenal sebagai pusat kebudayaan dan pendidikan.

    Gerakan Kemerdekaan

    Ketika Perancis berkuasa di Maghribi, muncul gerakan penentangan yang berasaskan agama untuk melawan Perancis di Fez. Sebagai pusat keagamaan, Fez menjadi tempat munculnya protes keagamaan dari gerakan Salafiah dan pemberontakan golongan nasionalis.

    Betapa aksi demonstrasi penting berlangsung di sana, dan para pemimpinnya berperanan penting dalam gerakan kemerdekaan Maghribi. Kepemimpinan Parti Kemerdekaan Parti Kemerdekaan juga disusun terutama oleh golongan elit politik dari Fez.

    Berhijrah daripada membuat dosa

    Posted: 02 Jan 2012 08:45 PM PST


    GHAZALI Omar (Tengah) mempengerusikan Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid an-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Di kirinya Dr. Zahazan Mohamed dan Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (kanan).


    NALURI manusia yang normal sudah pasti mahukan kepada kejayaan atau pun perubahan yang lebih baik pada setiap masa. Tiada manusia yang sempurna akalnya, mahu terus hidup dalam kegelapan dan bergelumang dalam dosa dan maksiat.

    Persoalannya, bagaimana mahu berubah dan untuk berubah, manusia itu perlu mengorbankan banyak perkara. Antaranya adalah 'kekuatan' untuk mengorbankan rasa selesa berada pada tahap sedia ada dan berusaha atau berhijrah melaksanakan transformasi dalam diri untuk menjadi insan mukmin yang berjaya.

    Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: ...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka...(ar-Ra'd: 11)

    Sebagai mana kita maklum, hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat ke Madinah Al-Munawwarah menjadikan dakwah Islam berpindah ke satu tahap dakwah yang baru.

    Kaum muslimin juga boleh beribadah dengan lebih selamat dan terbuka berbanding tekanan dan suasana umat Islam di Mekah.

    Daripada Aishah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekah) tetapi jihad dan niat (yang baik). Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah. (riwayat Muslim)

    Sememangnya tidak ada lagi hijrah selepas hijrah (perpindahan) Nabi SAW itu. Yang ada, adalah hijrah dalam segi berjihad menentang hawa nafsu yang suka mengajak manusia bergelumang dalam noda dan dosa.

    Penolong Profesor Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, hijrah dalam segi bahasa bermaksud tinggal.

    Justeru katanya, umat Islam masa kini perlu berusaha berhijrah dalam tiga keadaan untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.

    Pertama, hijrah seseorang daripada melakukan dosa dan kesalahan, kedua; meninggalkan negara kufur (yang melarang umat Islam melaksanakan Islam) dan ketiga; hijrah meninggalkan tempat-tempat maksiat.

    Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab (al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekelian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam. (al-Nisa': 140)

    Menurut Zaharuddin, maksud negara kufur di sini adalah negara yang melarang umat Islam melaksana ibadat.

    "United Kingdom memang negara kufur tetapi tidak sampai menghalang umat Islam beribadat malah wujud masjid pelbagai mazhab di sana," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk 'Hijrah: Transformasi Ke Arah Kebaikan' di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, Jumaat lalu.

    Seorang lagi ahli panel ialah Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn. Bhd., Dr. Zahazan Mohamed. Moderator ialah guru Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor, Ghazali Omar.

    Forum yang dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang itu adalah anjuran bersama Masjid An-Nur, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

    Zaharuddin menambah, antara resipi kejayaan Rasulullah SAW berhijrah dan membentuk para sahabat menjadi mukmin adalah sering membawa akhirat dalam kehidupan.

    Contohnya, dalam Perang Tabuk, umat Islam diperintah berjihad menentang musuh ketika masa hasil tanaman mereka hanya menunggu masa dituai.

    Keadaan ketika itu, kata Zaharuddin adalah musim panas dan orang Islam perlu membelah kawasan gurun yang suhunya mencecah 50 ke 60 darjah Celsius.

    Di sini, menurut belau, golongan munafik awal-awal lagi mencari pelbagai helah supaya tidak ikut serta berjihad bersama Nabi SAW.

    "Lebih teruk lagi, mereka cuba mempengaruhi umat Islam supaya jangan berjihad dengan alasan antaranya, sudah tentu kamu akan mati kepanasan di padang pasir yang tidak ada air dan tempat berteduh.

    "Namun baginda SAW bersabda kepada umat Islam, neraka Allah adalah lebih panas daripada yang bakal dilalui di padang pasir.

    "Pendek kata, para sahabat mendalami ajaran Allah sebab itu mereka berjaya," jelas beliau.

    Zaharuddin juga menarik perhatian agar masyarakat membetulkan salah tanggapan dalam mengukur kejayaan kaum wanita.

    Katanya, Allah mencipta kaum lelaki untuk keluar bekerja dan wanita untuk mendidik keluarga dan anak-anak.

    Menurut beliau, walaupun Saidatina Khadijah bekerja iaitu sebagai usahawan tetapi beliau adalah seperti pemegang saham dan duduk di rumah.

    Demikian juga dengan Aisyah, beliau bekerja mengajar para sahabat ilmu Islam baik hadis dan juga al-Quran.

    "Malangnya, media kini mencanangkan wanita yang hebat dan berjaya itu adalah wanita yang berkerjaya.

    "Bukan saya suruh para isteri berhenti kerja tetapi tugas utama isteri adalah di rumah iaitu menjaga 'sarangnya'.

    "Sebabnya, keluarga yang pincang akan melahirkan golongan pembunuh, perompak dan sebagainya," tegas beliau.

    Jauhi enam sifat mazmumah

    Posted: 02 Jan 2012 08:42 PM PST


    BALA bencana yang berlaku di atas muka bumi ini perlu menjadi iktibar bagi setiap manusia. - Gambar hiasan


    SECARA umumnya, manusia memiliki dua jenis keperibadian iaitu; positif dan negatif yang tercermin pada tingkah laku dalam setiap gerak geri kehidupan seharian.

    Sikap positif menjelma dalam tindakan kepatuhan, mencari kebenaran, muhasabah diri, bekerja dengan amanah dan bermuamalah dengan jujur dalam semua lapangan kehidupan.

    Sikap negatif pula terlihat pada penentangan, cenderung kepada perbuatan maksiat, malas bekerja serta melakukan kerosakan terhadap diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat.

    Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud: "Ada enam perkara yang menyebabkan amal kebajikan menjadi sia-sia (tidak mendapat pahala); iaitu sibuk mencari keaiban orang lain, keras hati, terlalu cinta kepada dunia, kurang rasa malu, panjang angan-angan dan orang yang berterusan melakukan kezalimannya". (riwayat Dailami)

    n Pertama, orang yang lebih suka mencari dan menyebarkan keburukan yang terdapat pada orang lain lalu membesar-besarkannya, sementara aibnya sendiri tidak pernah diperiksanya sesuai dengan pepatah lama "Kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tidak nampak."

    Terdapat sebuah riwayat mengisahkan seorang khalifah yang melakukan rondaan dan lawatan terhadap rakyatnya pada waktu tengah malam, lalu dia menemui dalam sebuah rumah seorang lelaki dan wanita serta minuman khamar yang dihidangkan, dia masuk ke rumah itu dengan memanjat dinding, terus menerjah masuk dan terjadilah dialog.

    Khalifah: Hai musuh Allah, apakah kau menyangka bahawa Allah akan menutupi kesalahan kau ini?

    Lelaki: Tuan sendiri jangan tergesa-gesa, tuan juga telah melakukan kesalahan.

    Khalifah: Kesalahan apa yang saya perbuat?

    Lelaki: Kesalahan saya hanya satu iaitu apa yang Khalifah lihat sekarang, sedangkan tuan telah melakukan tiga kesalahan iaitu; mencari dan mendedahkan keburukan orang lain, padahal Allah melarang perbuatan itu, masuk ke dalam rumah orang dengan memanjat dinding, bukankah ada pintu yang harus dilalui dan masuk rumah tanpa izin tuan rumah.

    n Kedua, sikap keras hati bermaksud tidak mahu menerima pengajaran yang baik dan nasihat ke arah kebaikan ditolaknya. Dia tidak suka segala kesalahannya dikritik apatah lagi dipersalahkan, kerana dia yakin bahawa dialah yang paling benar, di samping itu hatinya pula tidak tersentuh oleh penderitaan dan kesedihan orang lain.

    Sewaktu hayat Rasulullah SAW, terdapat suatu kejadian yang membuat semua sahabat bersedih kerana matinya seorang anggota keluarga daripada mereka.

    Bahkan Nabi SAW pun menitiskan air matanya, sahabat-sahabat di sekitarnya pun berlinang air matanya, tetapi ada seorang sahabat nampak biasa-biasa saja, sedikitpun dia tidak tersentuh melihat kejadian itu. Lalu dia bertanya kepada Nabi SAW, maka Rasulullah SAW menjawab, "Itu tandanya hati yang keras."

    Orang yang keras hati lebih cenderung bersifat ego, sombong, takbur dan tidak mahu menerima kebenaran, kerana hatinya telah keras dan tidak terbuka untuk menerima pengajaran yang benar.

    n Ketiga, kehidupan dunia hanyalah sementara dan kita sebenarnya adalah seorang musafir yang berada dalam perjalanan, lalu beristirehat pada sebuah tempat untuk sementara waktu. Namun tidak sedikit pun manusia yang beranggapan bahawa tempat istirehat yang sejenak itulah matlamat dan tujuan mereka sehingga lupa akan matlamat dan tujuan sebenar mereka akan kembali kepada Allah Yang Maha Esa.

    Justeru, Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa pada suatu masa nanti, umat Islam akan ditindas dan dizalimi oleh umat lain sebagaimana mereka menghadapi makanan di atas meja, padahal jumlahnya ramai tetapi kekuatannya ibarat buih di atas lautan, mudah hancur. Saat itu umat dihinggapi penyakit yang bernama al-Wahn iaitu suatu penyakit yang meracuni umat ini sehingga mereka terlalu cinta kepada dunia dan takut akan kematian.

    n Keempat, orang yang tiada sifat malu ini, tidak akan malu-malu untuk berbuat apa pun menurut kemahuan hawa nafsunya. Oleh itu, perbuatan dosa dan maksiat adalah agenda utama kehidupan sehariannya, manakala benar dan salah tidak lagi menjadi suatu ukuran dalam hidupnya.

    Bila sifat malu tiada, maka dia akan melakukan apa sahaja menurut kehendak nafsunya dan beranggapan bahawa dirinya lebih suci daripada orang lain. Menurut Abu Hasan Al Mawardi, sifat malu itu ada tiga jenis, iaitu;

    1. Malu kepada Allah

    2. Malu kepada manusia

    3. Malu kepada diri sendiri.

    n Kelima, sifat panjang angan-angan pula menunjukkan kekerdilan manusia, kemahuannya lebih tinggi, tidak sesuai dengan kemampuannya yang sebenar, malah dia suka berkhayal dan berangan-angan. Ungkapan yang biasa bermain pada lidahnya ialah seandainya, andai kata, apabila, jika, kalau dan lain lain lagi.

    Bahkan, dia banyak menghabiskan waktunya untuk berangan-angan dan berkhayal pada setiap masa, tetapi dia sama sekali tidak melakukan sesuatu. Ironinya, dia beranggapan bahawa khayalan itu benar, indah dan realistik. Orang yang bersikap demikian samalah dengan ibarat pungguk merindukan bulan atau katak ingin jadi kerbau.

    n Akhirnya, dengan kekuasaan dan kekuatan, manusia akan melakukan eksploitasi terhadap orang lain, memeras golongan bawahan dan menindas kelompok yang lemah. Jika perbuatan ini dilakukan secara berterusan, maka akibatnya orang pun terus menerus menanggung kezaliman dan penindasannya.

    Demikianlah enam sifat mazmumah yang dapat menghancurkan nilai-nilai ibadah, ia ibarat air di daun keladi, amal yang dilakukan berpahala banyak tapi tertumpah tanpa meninggalkan sebarang bekas. Jika enam sifat tercela ini terdapat dalam peribadi seseorang, maka hendaklah dia berwaspada dan berhati-hati dalam segala tindak tanduknya selaras dengan peringatan Rasulullah SAW dalam hadis di atas.

    Terima kasih cinta kedua

    Posted: 02 Jan 2012 08:41 PM PST


    SAAT-SAAT awal, sebaik saja diijabkabul, Ash menyarung acincin pernikahan.


    HARI pertama, ketika tabir suria 2012 menguak dengan limpahan rahmat, senyuman indah tersungging dari bibir merekah wanita ini.

    Saya lihat senyuman itu seperti satu cahaya, gilang-gemilang bak mentari megah menunggu pada pagi hari. Sungguh, sangat bermaya.

    Benarlah kata orang, kalau hati sedang dipagut bahagia, serinya menjelma, bercantum melahirkan zat-zat pada rupa yang indah.

    Pelakon kecil molek, Sherie Merlis akhirnya bertemu cinta keduanya, dengan lelaki yang juga anak seni, Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd.Shahidd.

    Sementelah bergelar raja sehari, Ash, sang arjuna 29 tahun ini juga kelihatan cukup tampan meski dalam gaya sederhana.

    Dewasa seorang lelaki terpancar dari bahasa badan yang kelihatan sangat bersedia. Di sebalik semua itu, dia teguh dengan pilihan untuk menamatkan zaman duda, setelah pernikahan pertama karam di laut hidup, sekitar dua tahun lalu.

    Majlis pernikahan pasangan sama cantik, sama padan ini berlangsung di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota Kuala Lumpur, dengan dihadiri hanya keluarga terdekat.

    Bapa Sherie, Wan Zainal Abidin Wan Kassim sendiri, memilih 'terbang' dari Sarawak, untuk menikahkan anak perempuan kesayangannya yang telah sekian lama hidup sendirian.

    Dengan mas kahwin RM200, dua kali lafaz, Ash dan Sherie secara mutlak bergelar suami isteri.

    "Syukurlah, semua berjalan lancar. Saya benar-benar lega kerana akhirnya hari ini sampai juga, 17 tahun, masanya sangat lama" demikian kata Sherie, beberapa detik selepas meraikan hari besarnya.

    Mengimbau kisah cinta mereka, perkenalan bertanda setelah sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama bersiri pada awal 2011.

    Hanya sekitar enam bulan berbahagi cerita, Ash pantas membawa Sherie bertemu ahli keluarga lalu bertambah serius selepas mendapat restu.

    Dari situ, cinta semakin mekar, berkembang dan berbunga, kemudian bernekad mengakhirinya dengan sebuah hubungan suci.

    Pun juga, usia yang bertingkah banyak, tidak mematikan cinta mereka untuk bersatu.

    Di sebalik perbezaan itu, ia tidak pernah menjadi halangan untuk mereka memilih bersatu, menjalani kehidupan bersama berdua, mengejar pelangi berwarna-warni.

    "Banyak benda kami serasi. Sherie seorang wanita yang amat baik dan atas kepercayaan itu, saya membuat lamaran. Dia sangat menghormati saya sebagai lelaki dan kehadirannya seperti satu anugerah terbaik dari Allah kepada saya.

    "Semoga selepas ini, kami akan saling memberi dan menerima, menjadi teman dan lawan berbicara yang baik, saling berkongsi dan membina semula sebuah pernikahan dengan cara penuh dewasa," kata Ash, si pelantun vokal dari kumpulan Gabba Gabba ini.

    Ash kejora di langit biru

    Kembali ke tahun 1990-an, umum mengetahui, guruh besar yang melintas dalam rumah tangga pertama, menjadikan wanita ini benar-benar serik.

    Gagal dalam usia perkahwinan yang kemudiannya membawa dia kepada situasi terpaksa memikul gelaran janda pada usia muda, membuatkan Sherie terfikir untuk terus hidup sendirian sepanjang kehidupannya.

    Selama 17 tahun, bukan tidak ada lelaki yang cuba mengocak perasaan, malah dia telah berusaha beberapa kali membuka pintu hati.

    Mengakui sepanjang jalan itu dia banyak bertemu dengan lelaki-lelaki yang baik, pun apalah daya, tiada jodoh dikamus pertemuan.

    Bercinta, putus cinta, beberapa tahun kemudiannya bercinta lagi dan putus lagi, itulah yang terjadi apabila seorang wanita sangat 'takut' dengan perjalanan jodoh.

    Pun, hari pertama dalam kalendar tahun baru ini, disambut dengan satu tanda. Dia sebenarnya mahu keluar daripada detik hitam dan menyelongsor ke dunia lebih cerah, terang benderang.

    "Saya sendiri tidak pernah terfikir, perjalanan pertemuan kami sehingga membawa kepada pernikahan.

    "Inilah takdir-Nya. Berkenalan tidak berapa lama pun, tetapi hati saya boleh terbuka untuk menerima Ash dan kembali memasuki pintu perkahwinan.

    "Ia adalah sesuatu yang saya sendiri tidak fikirkan sewaktu awal perkenalan kami. Saya sendiri berasa sangat tidak sangka hubungan kami akan pergi sejauh ini.

    "Semoga pernikahan ini akan menjadikan kami manusia yang lebih baik, saling berkongsi dan hidup aman bahagia bersama-sama buat selama-lamanya," katanya.

    Layari hidup ini dengan matang

    Usai menjabat tangan juru nikah yang hari ini menjadi mertua, Ash memberitahu ia adalah satu pengalaman yang cukup mendebarkan. Pernikahan dengan cara yang lebih dewasa ini, menurut Ash menuntut banyak perubahan dalam garis-garis kehidupan.

    "Sudah pasti jalannya perlu dilalui dengan lebih matang. Perlu jadi lebih dewasa kerana pernikahan bukan satu permainan.

    "Insya Allah, kami akan saling menjaga dan mengisi kekosongan masing-masing, menjadi teman dan sahabat.

    "Apa yang baik daripada pernikahan kami yang lalu boleh dicontohi, yang kurang baik boleh dijadikan sempadan. Semoga semua pihak mendoakan kebahagiaan kami selepas ini," ujar bapa kepada seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra.

    Usai semua perkara, Ash memilih untuk membawa isterinya bercuti panjang ke sebuah pulau dalam negara.

    Bijak rancang perbelanjaan

    Posted: 02 Jan 2012 08:41 PM PST


    Ibu bapa perlu bijak merancang perbelanjaan ketika membeli keperluan sekolah anak-anak mereka pada hujung tahun - Gambar hiasan.


    SETIAP kali menjelang awal tahun, pasti ramai ibu bapa yang 'pening kepala' memikirkan faktor perbelanjaan yang perlu diperuntukkan. Maklum sahaja pada waktu ini perbelanjaan dijangka meningkat untuk pelbagai keperluan termasuk bagi persekolahan anak-anak.

    Bagi keluarga yang bergaji besar pastinya tidak membawa masalah tetapi bagaimana pula bagi yang berpendapatan yang sekadar 'cukup-cukup makan' dan ditambah pula anak yang ramai.

    Bagaimanapun, menurut Perunding Kewangan HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., Rohani Datuk Shahir, bilangan anak dalam keluarga yang besar atau kecil adalah tidak penting tetapi yang menjadi keutamaan adalah bagaimana cara individu itu menguruskan kewangan.

    "Jika mempunyai anak yang sedikit dan pendapatan keluarga yang besar tetapi pengurusan tidak betul ia pasti membawa kepada masalah juga, sebab itu pengurusan sesebuah keluarga itu sangat penting.

    "Begitu juga dengan situasi keluarga yang besar tetapi pendapatan yang rendah, jika diurus dengan teratur pasti lebih sempurna," jelasnya.

    Kata Rohani, merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak dan keadaan ini tidak mengira sama ada individu itu berpendapatan besar ataupun kecil.

    Malah katanya, merancang kewangan sebenarnya melibatkan masa depan, kerana di masa depan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku iaitu yang memerlukan pengaliran wang keluar atau wang masuk.

    "Melalui perancangan yang betul, ia boleh membuatkan kita berada di situasi sebenar, malah keadaan ini juga dapat membuatkan kita tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.

    "Bagaimanapun ramai di kalangan masyarakat kita yang tersilap langkah dengan membuat perbelanjaan melebihi kemampuan diri.

    "Keadaan itu sebenarnya menjerat diri sendiri dan boleh memberikan tekanan kepada diri,'' ujarnya.

    Katanya, dalam membuat perancangan keluarga setiap daripada individuperlu berdisiplin dan perlu memikirkan tentang kebajikan keluarga. Malah jelasnya, matlamat juga merupakan perkara yang penting dalam merancang kewangan keluarga.

    "Sekiranya kita mengetahui anak akan memasuki sekolah pada tahun depan, jadi dari awal tahun lagi kita perlu membuat perancangan supaya keadaan tidak menjadi kelam-kabut," katanya.

    Malah dalam situasi ini ujarnya, sikap menabung adalah perlu bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku pada saat akhir. Di sini perlunya pengurusan yang teratur dilakukan terhadap pendapatan yang diperoleh.

    "Gunakan sebahagian daripada gaji kita untuk disimpan bagi kegunaan tersebut, contohnya untuk keperluan sekolah anak, jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM2,000.

    "Jadi jumlah tersebut dibahagikan dengan 12 bulan, keadaan ini bukan sahaja dapat menanam sikap menabung tetapi juga boleh menjadikan kita lebih berdisiplin dalam pengurusan wang,'' ujar Rohani yang juga penulis buku Ke mana Wang Anda itu lagi.

    Bagaimanapun katanya, syarat utama dalam mengurus kewangan ialah mesti menetapkan matlamat, perkara itu penting di mana matlamat menentukan arah tuju kepada apa yang ingin kita capai.

    "Matlamat pula terbahagi kepada tiga bahagian - jangka pendek iaitu selama dua tahun, jangka sederhana untuk tempoh dua hingga lima tahun dan jangka panjang untuk lima tahun ke atas," ujarnya.

    Katanya, setelah menentukan matlamat kita boleh mulakan dengan yang paling bawah iaitu matlamat jangka pendek dan diikuti pula dengan matlamat seterusnya.

    "Dalam situasi ini, gunakan imaginasi sendiri dan lakarkan jadual sendiri untuk menentukan matlamat kita supaya boleh tercapai.

    "Buatlah peringatan sebagai catatan untuk bulan-bulan kritikal yang memerlukan kos yang tinggi contohnya untuk percutian akhir tahun, belanja perayaan, cukai jalan dan sebagai,'' katanya.

    Terangnya, melalui kaedah itu, ia sekali gus memberikan peringatan kepada individu untuk lebih berhati-hati dalam perbelanjaan .

    Selepas matlamat kewangan ditentukan katanya, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik dan terancang agar matlamat yang dibina mudah tercapai. Perlu diingatkan matlamat yang dibuat dalam masa jangka terdekat bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi bagi mengenal pasti tabiat berbelanja.

    Dalam masa sama, beliau juga mengingatkan kepada setiap suami isteri yang bekerja bahawa apa saja urusan kewangan dibuat akan memberi kesan kepada keluarga mereka.

    "Apa yang penting bagaimana kita uruskan wang kita dan bagaimana kita menahan nafsu daripada berbelanja yang tidak mengikut keperluan sebenar keluarga kita," ujar beliau lagi.

    Kata Rohani, adalah lebih baik jika dapat mengajak anak-anak sekali ketika membuat perancangan dan belanjawan keluarga.

    "Contoh termudah, sebelum pergi membeli-belah di pasar raya, senaraikan barangan yang ingin dibeli. Dengan ini mereka sudah tahu yang ibu bapa memperuntukan wang untuk perbelanjaan barangan yang telah disenaraikan sahaja dan mereka tidak bolehlah meminta sesuka hati," katanya.

    Malah, terangkan situasi ekonomi semasa juga merupakan kaedah terbaik kepada anak-anak , keadaan ini penting supaya mereka lebih berjimat dan tidak terlalu terikut-ikut dengan budaya pentingkan barangan berjenama semata-mata.

    Restu keluarga panjangkan jodoh

    Posted: 02 Jan 2012 08:40 PM PST


    KEDUA ibu bapa Ash dan seluruh keluarga terdekat hadir menyaksikan hari bersejarah pasangan ini.


    PASTINYA, restu keluarga menjadi lembayung syahdu yang menghantar doa terbaik untuk sebuah pernikahan.

    Bonda yang melahirkan Ash, Raja Fauziah Hanim Raja Karim kala disapa Mega memberitahu, dia tidak pernah kisah akan status menantunya, Sherie.

    Malah, soal usia yang jauh berbeza juga tidak sesekali dijadikan bahan untuk perbandingan.

    "Sherie sangat baik. Saya bersyukur untuk Ash kerana mendapat seorang isteri yang lemah-lembut dan menghormati orang lain.

    "Saya harap Sherie dan Ash saling menjaga satu diantara lain dengan baik dan mudah-mudahan jodoh mereka serasi bersama."

    Sementara bapa kandung Sherie sendiri, Wan Zainal Abidin Wan Kassim juga memberi sepenuh restu terhadap pernikahan anak kesayangan.

    Malah, sempat memberitahu bahawa lebih 20 keluarga dari Sarawak sanggup bertandang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk meraikan detik bersejarah Sherie.

    "Saya memberi sepenuh restu untuk pernikahan ini. Semoga anak saya beroleh bahagia buat selama-lamanya dan mereka saling bertanggungjawab. Saya dan keluarga lain begitu gembira," katanya.

    Tip goda isteri

    Posted: 02 Jan 2012 08:38 PM PST


    Si isteri perlukan kata-kata rangsangan daripada suami untuk meningkatkan keghairahannya. - Gambar hiasan.


    SUAMI mana yang tidak berasa hampa apabila isteri sering menolak pelawaan untuk mengadakan hubungan intim atas alasan penat. Persoalannya adakah para isteri benar-benar jujur dengan alasan tersebut atau sebenarnya tidak mendapat rangsangan yang sempurna daripada anda, para suami.

    Dalam hal ini cuba imbas kembali saat anda dan pasangan mula-mula berkahwin dulu, apa caranya untuk memikat atau setidak-tidaknya membangkitkan mood isteri untuk mengadakan hubungan seks dengan anda. Bagi si suami yang tidak mempunyai idea untuk tujuan tersebut boleh mencuba 10 cara yang dicadangkan ini.

    1) Selepas bertengkar: Dalam hubungan suami isteri, anda tidak akan dapat lari daripada bertengkar. Apabila bertengkar sudah tentu kemarahan meluap-luap dan menjadikan jantung anda berdegup kencang. Selepas anda berdua meledakkan kemarahan masing-masing, anda perlu mengambil inisiatif untuk meredakan kemarahan isteri dengan menghampirinya, merangkul pinggangnya dan berikan ciuman seikhlas hati. Pasti isteri anda tidak menolak dan hubungan seks boleh diteruskan dengan cara yang selembut mungkin.

    2) Bahagia: Sama seperti kemarahan dan kesedihan, kebahagiaan menjadikan seseorang wanita itu tidak menolak untuk melakukan hubungan seks. Justeru tidak hairanlah seorang wanita yang baru menerima bonus, atau kenaikan pangkat atau apa saja yang menggembirakan hatinya di pejabat memberikannya satu perasaan ghairah dan mood yang amat positif untuk melakukan hubungan seks dengan anda.

    3) Stres: Ada wanita yang apabila terlalu stres akan mempunyai semangat untuk melakukan hubungan seks. Pernah seorang rakan memberitahu bahawa dalam satu hari dia mengalami pelbagai dugaan, kertas cadangannya ditolak, kereta mengalami kerosakan dan peliknya pada waktu malam dia mahukan hubungan seks. Kajian menunjukkan bahawa stres atau tekanan meningkatkan rangsangan keintiman wanita. Oleh itu para suami, jika isteri anda stres namun tidak bercadang melakukan hubungan seks, anda boleh menawarkan untuk melakukan urutan aroma terapi kepada isteri dan pastinya keghairahan isteri meningkat.

    4) Cemburu: Isteri memang mudah terbakar jika mendengar suami ada wanita lain, oleh itu jangan pelik jika dalam keadaan sedemikian keinginannya untuk bersama semakin meningkat.

    5) Waktu subur: Wanita sangat mudah terangsang semasa tempoh suburnya (waktu pelepasan telur) oleh itu dua minggu selepas haid adalah saat paling baik untuk melakukan hubungan seks. Pastikan anda tidak terlepas saat tersebut.

    6) Selepas menghadiri majlis: Wanita mudah terangsang dalam situasi romantis, tak perlulah anda hairan apabila selesai majlis, mendengar alunan muzik romantis, berdua-duaan sudah cukup untuk menggodanya untuk bersama anda.

    7) Menonton filem romantis: Kebanyakan wanita menyukai filem romantis dan ia salah satu cara untuk anda membangkitkan mood isteri untuk berhubung intim.

    8) Tinggal-tinggalkan: Berpisah beberapa hari dengan isteri anda membuatkan dia akan merindui anda. Luahan kata-kata rindu berbaur romantis menerusi telefon cukup untuk membangkitkan rasa ghairah isteri untuk bersama anda selepas pulang nanti, cubalah.

    9) Bersendirian: semakin lama wanita tidak melakukan hubungan intim sebenarnya dia pasti akan merinduinya. Tidak salah anda membiarkannya bersendirian jika itu yang dimahukannya, namun sebaik sahaja isteri anda mahukannya jangan lepaskannya, kerjasama daripada kedua belah pihak pasti akan mendatangkan kepuasan maksimum buat anda berdua.

    10) Kreatif: Sesekali cuba buat kejutan dengan memberikan ciuman ketika isteri masak di dapur. Hadiahkan dia sekuntum bunga ros atau coklat, paling tidak ajak dia untuk ke makan malam yang indah bersama anda, pasti ada kelainannya selain menggoda di bilik tidur.

    Perkasakan wanita banteras HIV/AIDS

    Posted: 02 Jan 2012 07:47 PM PST


    Mohd. Zaman Khan bersama sekretariat Majlis AIDS Malaysia Kelantan sempena Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV/AIDS di negeri itu, baru-baru ini.


    APALAH nasib kehidupan seorang wanita bergelar isteri yang seringkali dilambangkan sebagai ratu rumah tangga memberi sinar kepada keluarga tetapi akhirnya semua kebaikan dibalas dengan tuba.

    Beginilah keadaan nasib berisiko yang dialami oleh golongan wanita yang kebanyakannya berada di luar bandar, menjadi mangsa jangkitan HIV/AIDS sama ada disedari atau tidak daripada suaminya sendiri.

    Dek kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan kesetiaan yang membabi buta, selepas mereka menerima virus HIV/AIDS daripada suami, kehidupan mereka merempat disisihkan kaum keluarga biarpun kesalahan 'menerima' AIDS itu bukan berpunca daripada mereka.

    Dalam kes ini sebahagian besar daripada wanita-wanita ini termasuklah para ibu dan isteri yang taat setia di rumah telah dijangkiti HIV melalui pasangan yang mengamalkan aktiviti berisiko seperti menggunakan dadah secara suntikan dan mengamalkan seks tidak selamat.

    Tahun 2010, adalah tahun yang amat mengejutkan dengan realiti terbaru epidemik HIV/AIDS di negara ini yang telah berubah arah daripada transmisi yang berpunca daripada perkongsian jarum suntikan kepada transmisi seksual.

    Perubahan ini sudah tentu membawa kepada implikasi yang sangat besar dalam usaha pihak-pihak tertentu untuk membendung epidemik HIV/AIDS ini kerana ia meletakkan kaum wanita sebagai kumpulan sasaran yang terdedah kepada risiko virus dan penyakit berkenaan.

    Menurut Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Tan Sri Mohd. Zaman Khan, sebagai bukti terdapat peningkatan sebanyak tiga kali ganda bilangan wanita yang dijangkiti HIV semenjak 10 tahun lepas.

    Katanya, nisbah jangkitan baru HIV di kalangan wanita adalah semakin meningkat dari 1.2 peratus pada tahun 1990 kepada 9.4 peratus pada tahun 2000 dan kepada 18.3 peratus pada tahun 2010.

    ''Adalah menjadi hasrat MAM untuk memperkasakan kaum wanita khususnya yang mendiami kawasan luar bandar dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya tentang HIV/AIDS, terutamanya tentang cara-cara bagaimana HIV boleh disebarkan.

    ''Kaum wanita seharusnya mempunyai kekuatan dalam merundingkan seks selamat dengan suami supaya mereka boleh melindungi diri mereka sendiri.

    ''Pendekatan berkesan yang boleh melindungi pasangan yang berisiko mendapat jangkitan HIV adalah dengan menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks di kalangan mereka yang mempunyai pasangan HIV positif atau bila status HIV pasangan mereka tidak diketahui," jelasnya.

    Beliau berkata demikian pada Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV/AIDS yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini selaras dengan tema utama kempen sambutan Hari AIDS Sedunia, menuju Sifar - Sifar jangkitan HIV, Sifar Diskriminasi, Sifar Kematian dengan AIDS sempena sambutan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada bulan Disember setiap tahun.

    Seminar ini dilakukan dalam usaha memperkasakan wanita dengan ilmu dan memberi pendedahan efektif dalam menangani dan membanteras HIV/AIDS.

    Bagi Mohd. Zaman Khan, keperluan penggunaan kondom perlu ditekankan supaya peningkatan kes melalui transmisi seksual mampu dikurangkan.

    Begitu juga kepentingan menjaga batas-batas susila dan bertapak kepada soal keagamaan ketika menjalinkan hubungan seks. Ini bermakna hubungan seksual perlu dilakukan secara sah berlandaskan keagamaan dan tidak melakukan seks secara diluar tabii.

    Beliau juga menekankan pentingnya untuk membuat ujian darah bagi setiap wanita dan pasangannya serta penggunaan kondom amat diperlukan supaya peningkatan kes melalui transmisi seksual mampu dikurangkan.

    Katanya, kini cara jangkitan HIV telah berubah, iaitu daripada jangkitan penggunaan dadah melalui jarum suntikan kepada jangkitan melalui hubungan kelamin (seksual).

    ''Pada tahun 2010, jangkitan melalui hubungan seks (hetero, homo atau biseksual) iaitu 48.7 peratus melebihi sedikit peratusan daripada jangkitan penggunaan dadah (47.4 peratus).

    ''Jangkitan daripada ibu kepada bayi meliputi hanya 1.1 peratus atau 40 kes kes baru yang dilaporkan di mana 13 kes dikesan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun," katanya.

    Jelasnya, penyebaran HIV di negara ini bermula pada tahun 1986, apabila kes AIDS yang pertama telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun yang sama.

    Jangkitan HIV di di negara ini menular hanya beberapa tahun selepas wabak ini berlaku di negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat.

    Pada tahun 2010, sebanyak 3,652 kes baru jangkitan HIV telah dimaklumkan melalui sistem pengawasan HIV kebangsaan, menjadikan jumlah keseluruhan 91,362 kes, sejak virus ini dilaporkan.

    Sehingga kini golongan lelaki menjadi golongan yang tertinggi mendapat virus HIV/AIDS. Ini berikutan jangkitan di kalangan lelaki menyumbang kepada 81.7 peratus (2,985 orang) kes-kes baru yang dilaporkan pada tahun 2010, berbanding golongan wanita iaitu 18.3 peratus (668 orang).

    Lingkungan umur 20-40 tahun pula menjadi majoriti jangkitan baru seperti tahun sebelumnya iaitu 88.7 peratus.

    Pelajar cemerlang Kampung Pondok Paku diarak kereta berhias

    Posted: 02 Jan 2012 07:45 PM PST


    RAMLAN Ali (lima dari kanan) melambaikan tangan bersama penduduk ke arah murid cemerlang yang diarak dalam motosikal berhias di Kampung Pondok Paku, Besut, kelmarin.


    BESUT 2 Jan. - Lima murid cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Kampung Pondok Paku diraikan oleh masyarakat setempat apabila diarak mengelilingi kampung dengan kenderaan berhias semalam.

    Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu bertujuan memberi penghormatan kepada anak kampung itu yang memperoleh kejayaan cemerlang dan sebagai perangsang kepada murid lain.

    Malah, ia memberikan kenangan amat manis dan bermakna bagi murid-murid dengan pencapaian yang turut dikongsi kebanggaan oleh keluarga dan masyarakat setempat.

    Pengerusi JKKK kampung itu, Hamid Ismail berkata, idea mengubah suai alat yang digunakan untuk mengangkut rumput dan ditarik menggunakan motosikal itu dicetuskan penduduk sendiri.

    Perarakan itu turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali; Penolong Pengarah Jabatan Penerangan, Mohd. Iskandar Jaafar dan lebih 500 penduduk kampung sekitar.

    Menurutnya, acara julung kali diadakan itu berjaya membangkitkan semangat kerjasama antara penduduk yang sanggup menyiapkan lima motosikal berhias yang dijadikan kenderaan mengangkut murid terbabit.

    Hamid bangga dengan semangat dan sokongan penduduk kampung itu yang memberi sokongan untuk mengiktiraf anak rakan sekampung yang Berjaya mencipta nama dalam bidang pendidikan.

    Sementara itu, Ramlan ketika berucap meraikan murid terbabit berkata, usaha yang dilakukan oleh JKKK kampung itu patut dicontohi penduduk tempat lain.

    Katanya, penggunaan kenderaan tersebut sebenarnya dapat mengingatkan anak-anak bahawa mereka datangnya dari keluarga petani.

    Menurut Ramlan, dengan cara demikian mereka dapat menilai pengorbanan kedua ibu bapa yang saban hari memerah keringat untuk menyediakan segala keperluan untuk belajar.

    Aster pernah jadi polis bantuan

    Posted: 02 Jan 2012 07:44 PM PST


    GAYA segak... Mohd. Aster Mohamad kini mengetuai Ops Lejang IPD Gombak.


    MENYEBUT namanya sahaja sudah membuatkan hati semua orang tertanya-tanya siapakah gerangan pegawai polis ini.

    Adakah nama Aster itu milik seorang wanita dan jika lelaki, mungkinkah dia berasal dari Sabah ataupun Sarawak. Mungkin juga dia seorang Serani yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

    Nama yang cukup unik dan memberi maksud bau-bauan yang wangi ini sebenarnya diabadikan kepada seorang pegawai polis lelaki berpangkat inspektor, yang kini bertugas sebagai Pegawai Operasi Unit Curi Kenderaan di IPD tersebut.

    Mohd. Aster Mohamad, 33, juga bukan berasal dari Malaysia Timur, sebaliknya dia merupakan anak jati Kuala Lumpur dengan kampung halamannya terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

    Bercerita tentang namanya itu, beliau memberitahu, nama Aster sebenarnya diberikan oleh Allahyarham ibunya, Hamidah Hasyim yang ketika itu cukup meminati seorang penyanyi dari negara seberang.

    "Arwah ibu ketika hayatnya begitu meminati penyanyi dari Indonesia bernama Astor dan berhasrat mengabadikan nama itu kepada anaknya iaitu saya.

    "Bagaimanapun, ayah saya mengubah suai nama itu menjadi Aster yang membawa maksud wangi, agar ia sesuai masyarakat Melayu di sini.

    "Namun, kadang-kadang saya tetap akui, nama ini lebih menonjol dari pemiliknya, apatah lagi kepada yang belum mengenali diri ini. Saya sudah lali malah ia agak mencuit hati," katanya ketika ditemui Gaya Polis di IPD Gombak baru-baru ini.

    Bukan seindah nama, Mohd. Aster juga boleh dianggap sebagai pegawai polis muda yang cemerlang kerana khidmatnya bukan di atas nama profesion semata-mata apabila semangatnya menjadi bukti segalanya.

    Katanya, beliau sanggup berkhidmat sebagai polis bantuan selama dua tahun dengan gaji sekitar RM500 sahaja, meskipun memiliki segulung Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    "Saya berkerja sebagai polis bantuan di Genting Highlands selama dua tahun kerana begitu meminati bidang kepolisan. Ketika itu tawaran menjadi polis masih belum dibuka malah peluang pekerjaan lain juga sukar.

    "Saya menjadi polis bantuan dengan melakukan kerja pengurusan, sebagai pemandu serta membuat rondaan di Genting Highlands. Bapa saya sendiri ketika itu pun tidak berapa setuju dengan kerjaya ini tetapi saya cekalkan hati juga.

    "Akhirnya pada 2005, saya membaca satu tawaran menjadi anggota polis di dada akhbar Utusan Malaysia dan setelah membuat permohonan, akhirnya saya berjaya memasuki Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Disember, tahun yang sama," jelasnya.

    Idola Kecil menyerlah bakat baru

    Posted: 02 Jan 2012 07:43 PM PST


    FINALIS Idola Kecil mempunyai bakat besar.


    PEPATAH ada mengatakan, 'kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa' kerana kelebihan itu bukan milik orang dewasa sahaja, ada kalanya terdapat pada orang muda juga.

    Kelebihan itu dapat disaksikan menerusi persembahan enam finalis pertandingan program realiti Idola Kecil, terbitan TV9, pada Konsert Final Idola Kecil 4 yang diadakan di Dewan Sri Ptura Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Melihat kepada cara persembahan para peserta, kita tidak percaya bahawa rata-rata mereka adalah kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun.

    Mereka begitu berkeyakinan ketika tampil mengadakan persembahan di pentas, hingga menyukarkan para juri untuk memilih siapa yang terbaik antara terbaik.

    Bagaimanapun juri pada malam itu, penyanyi Atilia, komposer Adnan Abu Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul sepakat memilih Fifa atau Sharifah Nurhafifa Wan Aziz, 12, dari Shah Alam, Selangor sebagai juara.

    Fifa yang mendendangkan lagu Aku Permata dendangan Salma Mentor dan lagu baru ciptaan Delly, Cinta Sebelah Meja, berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi.

    Menurut murid Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana itu, dia tidak sangka dipilih menjadi juara kerana rakan-rakan yang bersaing di peringkat final hebat-hebat belaka.

    "Bagi Fifa, peluang memasuki final pun merupakan kesempatan yang baik. Ditambah pula menjadi juara yang sememangnya di luar jangkaan. Ini semua menyuntik semangat Fifa untuk terus bergiat dalam seni.

    "Tanpa bimbingan cikgu Alfa Booty (komposer), cikgu Delly (vokal) dan

    cikgu Affizal (tarian), tidak mungkin Fifa menang. Fifa nak guna duit itu untuk belanja keluarga dan untuk perbelanjaan sekolah," katanya yang mendapat keputusan 3A 2B pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

    Sementara itu, Farisha Asmadi atau Irish, 12, yang mempunyai suara mirip Shila Amzah berkata, sepanjang pertandingan, dia berusaha membuat persembahan yang terbaik.

    Kata Irish, niat utama memasuki pertandingan Idola Kecil adalah untuk menjadi juara namun dia hanya mampu menduduki tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 serta trofi.

    "Siapa yang tidak mahu menjadi juara, tapi Irish kena terima keputusan juri. Irish tumpang gembira untuk Fifa. Biarpun nombor dua tapi Irish tetap dapat hadiah.

    "Irish harap lepas ini, kami semua diberi kesempatan menunjukkan bakat di tempat yang lebih terbuka," katanya yang mendendangkan lagu Patah Seribu (Shila Amzah) dan lagu baru Apalah Erti Semua Ini, ciptaan Alfa Booty.

    Dalam pada itu, Abby atau Nabihah Idrus, 12, dari Melaka yang memperoleh wang tunai RM5,000 sebagai pemenang tempat ketiga secara jujur berkata, dia bersyukur meskipun mendapat tempat ketiga.

    Katanya, seperti peserta lain, dia juga dambakan tempat pertama tapi apakan daya rezeki malam itu milik Fifa.

    "Tidak sangka dapat nombor tiga, kerana untuk lagu Kisah Hati (Alyah) dan Dalam Laman Kalbu (Alfa Booty), Abby telah berikan persembahan yang terbaik.

    "Kalah dan menang adalah adat pertandingan, apa pun Abby tetap gembira kerana sekurang-kurangnya Abby tidak pulang dengan tangan kosong."

    Lain-lain peserta yang turut menampilkan persembahan hebat pada konsert final Idola Kecil 4 yang dihoskan Aliff Satar itu adalah Sharifah Rusilmu Imani Syed Hussain (Rusil), 11, Sarah Elyssa Kahirul Fahmy (Shasha), 11, dan Hairul Asri Sjofjan (Hairul), 12, satu-satunya peserta lelaki peringkat akhir.

    Barisan pelapis industri

    Lebih 1,500 peserta telah menyertai uji bakat Idola Kecil musim empat yang diadakan di seluruh negara dan daripada itu, 20 peserta dipilih sebelum menyenaraikan 12 orang untuk bertanding.

    Melihat pada sambutan yang diberikan terhadap program Idola Kecil yang dilancarkan sejak 2008, Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin berkata, pihaknya tidak sangka di luar sana banyak kanak-kanak berbakat.

    Katanya, program itu akan diteruskan setiap tahun kerana selain menjadi platform untuk bakat-bakat kecil mengasah dan mengekspresikan bakat, ia juga memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari tutorial muzik dan menimba ilmu pada musim cuti sekolah.

    "Sambutan terhadap program ini amat menggalakkan, walaupun sudah empat tahun ia masih kekal sebagai program realiti kanak-kanak nombor satu di Malaysia.

    "Kalau kita lihat semua finalis mempunyai keupayaan vokal, alunan suara dan persembahan yang berkualiti tinggi. Walaupun kecil tapi bakat yang ditonjolkan sangat mengagumkan. Untuk masa depan, kita tidak perlu risau kekurangan penyanyi berbakat kerana dari sini kita boleh membentuk mereka menjadi terbaik," katanya.

    Osbon berbaloi kena kutuk

    Posted: 02 Jan 2012 07:42 PM PST


    Osbon telah memenangi hati penonton semenjak daripada minggu terawal membawa kepada minggu terakhir dalam pertandingan yang mempertaruhkan jaguh-jaguh dalam bidang lawak jenaka ini.


    JUARA Maharaja Lawak Mega (MLM), kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon berasa berbaloi menerima banyak kritikan daripada para pengkritik pertandingan itu apabila di penghujungnya, mereka meraih hadiah wang tunai RM350,000 dan trofi.

    Menurut Os atau Mohd. Yusof Abdul Hamid, 50, dia dan Abon tidak pernah berkecil hati dengan segala kritikan dan kutukan itu, malah menerimanya dengan positif serta hati yang terbuka demi meneruskan saingan dalam pertandingan tersebut.

    "Kami terima segala kritikan itu dengan hati ikhlas. Contohnya apabila Zainal Abidin Hassan yang mengkritik kami dengan cara memberikan kad merah. Saya tidak kecil hati. Bukan setakat para pengkritik, Abon sendiri bantai saya juga, tetapi saya tidak kisah.

    "Bagi saya para pengkritik seperti cikgu yang mengajar sesuatu subjek di mana kalau kita melawan mereka, maka keputusan peperiksaan nanti mungkin boleh kantoi (gagal). Saya sudah biasa kena kritik termasuklah dalam filem-filem lakonan saya sebelum ini," katanya.

    Dengan kemenangan itu, Osbon mengetepikan saingan terdekat mereka iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik yang muncul naib juara dengan mendapat hadiah wang tunai RM250,000.

    Abon atau Sharizan Ahmad, 51, juga tidak menafikan kritikan serta kutukan yang dilemparkan kepadanya di mana pada masa sama dia menerima dengan reda, biarpun ia datangnya daripada pengkritik yang bukan daripada kalangan pelakon atau pelawak.

    "Sewaktu tiga minggu pertama MLM semasa dikritik saya berasa terpinga-pinga kerana orang yang mengkritik kami itu bukannya pelawak. Datuk Chef Wan misalnya adalah seorang tukang masak dan begitu juga Zainal Abidin Hassan adalah pemain bola sepak.

    "Jadi apabila dikritik sebegitu rupa, saya tidak patah semangat. Saya semakin bersemangat dan mahu membuktikan kritikan itu juga harus dilawan. Kami harus membuktikan bakat sebenar kami dan menganggap ini adalah pentas sebenar kami sebagai pelawak.

    "Ia bukan main-main atau cubaan dan kami telah membuktikan ketahanan kami sebagai peserta MLM. Sepanjang 10 minggu menyertai pertandingan itu, kami tidak pernah membantah atau melawan juri yang telah mengkritik kami. Kami menghormati mereka," ujarnya.

    MLM yang memberikan markahnya sebanyak 70 markah daripada para pengkritik dan 30 markah lagi menerusi undian khidmat pesanan ringkas penonton itu menyaksikan Osbon mendapat 31.1 markah, Boboi (29.3 markah), Saehu (22 markah) dan Syok (17.5 markah).

    Sewaktu ditanya apakah yang akan digunakan pada wang hadiah kemenangan Osbon itu, Os berkata, dia akan menggunakannya bagi menambahbaik teksi miliknya selain bagi memenuhi keperluan anggota keluarganya.

    "Saya bercadang mahu menggunakan duit kemenangan ini bagi menambahbaik teksi saya supaya ia kelihatan lebih solid dan menarik demi keselesaan penumpang.

    "Ini kerana, saya seorang pemandu teksi dan saya akan meneruskan kerjaya itu seperti biasa.

    "Saya tidak akan tukar teksi saya kerana keadaannya masih elok lagi, apatah lagi permit teksi saya hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan gunakan wang kemenangan ini bagi menyara keluarga. Anak-anak pula ramai, jadi kos sara hidup agak tinggi," jelasnya.

    Biarpun tewas kepada Osbon tetapi Afdlin Shauki, 40, yang mewakili Boboi akur dengan kemenangan pesaing terdekatnya itu pada pertandingan akhir MLM yang diwakili empat pengkritik iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan Aaron Aziz.

    Jelas Afdlin, dia tidak menafikan kekuatan lawak Osbon pada setiap minggu yang memberikan saingan sengit kepada Boboi, apatah lagi mereka pula adalah pelawak yang paling senior dalam MLM berbanding para peserta lain dalam pertandingan anjuran Astro Warna itu.

    "Boboi bangga kerana tewas di tangan Osbon. Mereka memang layak menang. Sebagai pelakon dan pengarah, saya kagum dengan Osbon. Mungkin saya mengambil masa lagi tujuh tahun untuk menandingi bakat dan pengalaman mereka itu," ungkapnya berterus terang.

    Selain Osbon dan Boboi yang mewakili Malaysia, Saehu yang berasal dari Indonesia turut memberikan saingan dalam MLM.

    Tampil dengan pelbagai idea lawak jenaka berbeza berjaya menggeletek hati para penonton, bagaimanapun kedua-dua kumpulan ini sedari awal dikatakan bakal tewas di tangan Osbon atau Boboi.

    Bagaimanapun, Saehu yang diwakili oleh Eko Sugiyanto (Eko), Muhammad Abdi Zein Bancin (Bocil) dan Refika Novianti Faturohman (Vicha) tetap berbangga kerana berpeluang bertanding dalam MLM hingga ke peringkat final biarpun hanya menduduki tempat ketiga.

    "Kalau ada orang kata hubungan Malaysia dan Indonesia itu kurang bagus, rasa rasa perkara itu tidak benar kerana kami diterima oleh para penonton di sini. Hubungan kami dengan para peserta MLM juga amat baik. Kami bangga kerana dapat mewakili Indonesia dalam MLM.

    "Kami juga amat berbangga kerana dapat bersaing dengan para peserta otai (lama) dalam pertandingan ini seperti Os dan Abon. Mereka memang layak menang dalam pertandingan ini. Hadiah yang kami terima ini juga amat lumayan jumlahnya," komen Bocil.

    Sementara itu, kumpulan Syok yang menggabungkan peserta dari Malaysia dan Singapura yang dianggotai oleh Suhaimi Yusuf, Ifa Raziah serta Ariff Sudin menganggap penyertaan mereka dalam MLM mampu untuk mengembangkan lagi populariti mereka dalam bidang seni di sini.

    "Ini adalah langkah awal kami untuk memperkenalkan lagi bakat dan nama kami di Malaysia. Asalnya kami dikenali sebagai kumpulan Pecah Dara dan melalui MLM inilah kami mahu menunjukkan bakat sebagai pelawak.

    "Melalui pertandingan inilah saya dapat memperkenalkan lagi nama saya walaupun di Singapura saya telah terbabit dalam bidang penyiaran televisyen dan lawak jenaka selama hampir 20 tahun. Baru sekarang saya dapat peluang dan pendedahan ini di Malaysia," kata Ifa Raziah.

    Zalif transformasi hero tempatan

    Posted: 02 Jan 2012 07:41 PM PST


    HASHIM Rejab (dua dari kiri) bersama penerbit Metrowealth, David Teo (tiga dari kiri) dan para pelakon Papa I Love U selepas pratonton filem itu di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.


    BIDANG lakonan di negara ini masih dikatakan stereotaip kerana antara kriteria bagi membolehkan seseorang pelakon menjadi hero dalam filem mestilah kacak, bertubuh sasa dan berpenampilan menarik.

    Bagaimanapun, pelakon baru Zalif Sidek menafikan kebiasaan itu apabila dia yang berbadan gempal dan tidak pernah menjadi hero dalam filem diberi kepercayaan sebagai teraju utama dalam filem berjudul Papa I Love U.

    Dia merupakan pelakon lelaki berbadan gempal tempatan pertama yang ditonjolkan sebagai hero dalam filem terbitan Metrowealth Pictures itu yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 29 Disember lalu.

    Menurut Zalif, dia tidak kecil hati apabila ada pihak yang mengatakannya tidak sesuai melakonkan watak hero dalam filem arahan Hashim Rejab itu kerana biasanya pelakon yang melakonkan watak itu adalah pelakon yang kacak.

    "Saya tidak peduli apa orang hendak kata kerana saya berlakon dalam filem ini pun kerana tawaran daripada Metrowealth. Lagi pun watak lakonan saya dalam filem itu sesuai dengan saya. Saya tidak anggap negatif komen seperti itu.

    "Setiap penonton ada cita rasa mereka sendiri, malah setakat ini saya seronok berlakon dalam filem itu. Pada masa sama, saya mahu membuktikan saiz tubuh badan atau paras rupa bukan penentu lakonan yang hebat," ujarnya.

    Pelakon montel yang juga merupakan model iklan-iklan televisyen itu ditemui selepas pratonton Papa I Love U lakonan Lisa Surihani, Mia Sara dan Zaidi Omar di pawagam MBO, Subang Parade, Selangor baru-baru ini.

    Menerusi filem itu, Zalif melakonkan watak Baha iaitu seorang duda yang terpaksa membesarkan anak tunggalnya, Mia di mana dia kemudiannya dipertemukan dengan Elly (Lisa Surihani) seorang gadis yang hidup bersendirian.

    Tambah Zalif, biarpun berbadan gemuk tetapi dia bersyukur kerana tawaran berlakon datang mencurah-curah daripada kalangan penerbit dan pengarah yang semakin yakin dengan bakat lakonannya di layar perak.

    Malah, penampilannya menerusi filem genre kekeluargaan dan romantik komedi itu secara tidak langsung menjadi suatu transformasi dalam mengangkat pelakon yang dilihat kurang glamor melakonkan watak hero dalam filem.

    "Saya baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem Budak Pailang yang dalam genre aksi. Begitu juga dengan filem Hantu Dalam Botol Kicap dan Ajinohmoto dalam genre komedi yang tamat penggambarannya baru-baru ini.

    "Sebagai pelakon baru, apatah lagi dengan badan yang gempal ini, saya mulanya berasa gugup untuk menerima tawaran berlakon dalam Papa I Love U. Saya seakan-akan tidak percaya apabila mendapat tawaran tersebut.

    "Bagaimanapun apabila penerbit filem ini, David Teo memberitahu dia mahukan saya melkaonkan watak hero dalam filem ini untuk membuat suatu kelainan, maka saya terima tawaran itu dengan hati yang terbuka," ujarnya.

    Jelas Zalif, sejurus ditawarkan mendukung watak Baha dalam filem ke-52 terbitan Metrowealth itu, dia tidak berfikir panjang lantas melakukan pelbagai persediaan bagi memastikan watak itu dapat dilakonkannya dengan berkesan.

    Bekas pekerja KRU Studios ini berkata, dia antaranya menonton filem seperti Persuede of Happiness lakonan Will Smith bagi menghayati watak Baha yang merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan, Mia.

    "Selain itu, saya juga meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada pelakon seperti Pekin Ibrahim, Sein Ruffedge dan Opie Zamie sebelum berlakon dalam filem ini. Lisa Surihani juga banyak membantu saya sewaktu di lokasi penggambaran," jelasnya.

    Mampu memberi kelainan

    Sementara itu, pengarah Papa I Love U, Hashim Rejab berkata, dia tidak menafikan Zalif bukan seorang pelakon yang kacak, tinggi atau menarik di layar skrin, tetapi yakin hero baru itu mampu memberi kelainan dalam filem tempatan.

    Hashim turut tidak menafikan pengambilan Zalif sebagai hero dalam filem komersial seperti itu merupakan suatu risiko buat Metrowealth dalam usaha menarik para penonton berkunjung ke pawagam menonton filem tersebut.

    "Saya tidak nafikan memang ada risiko meletakkan pelakon seperti Zalif sebagai hero dalam filem. Apatah lagi, dia orang baru dalam dunia perfileman di negara ini. Namun, penerbit David Teo sanggup berdepan dengan risiko itu.

    "Sungguhpun begitu, Zalif tetap mampu melakonkan watak itu dengan baik. Dia ada watak hero yang lain daripada lain. Kami mengambil risiko itu juga bagi memberi peluang muka-muka baru menjadi hero dalam filem," komennya.

    Papa I Love U mengisahkan tentang Baha yang kematian isteri dan terpaksa membesarkan anak perempuannya, Mia sendirian. Baha terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran sewaktu membesarkan anak tunggalnya itu.

    Di saat dia berdepan dengan kepayahan termasuklah tiada pekerjaan dan hidup merempat, Baha telah bertemu dengan seorang gadis bernama Elly yang banyak membantu meringankan beban hidupnya.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

    Copyright 2010 All Rights Reserved