ads

Rabu, 7 Disember 2011

Sensasi


sumber :-

Sensasi


Pemain Harimau Muda,Nazmi Faiz gembira diminati Neelofa dan mengaku Solo

Posted: 07 Dec 2011 09:38 PM PST






Sebelum nie Sensasi ada juga terbaca gossip kononnya Neelofa mahu belanja Skuad Harimau Malaya makan malam kerana meminati salah seorang pemain bola dalam skuad ini.Dan kononnya Neelofa menyuarakan hasrat kepada PA nya untuk bertemu salah seorang pemain yang diminatinya.

Nazmi Faiz yang dikaitkan dengan Neelofa mengaku meminati Neelofa setelah melihat kekerapan wajah cantik aktres itu menghiasi majalah hiburan tempatan.

Malah, anak keempat daripada lima adik-beradik itu ikhlas mengakui tambah meminati Neelofa sebaik saja menonton lakonan pemenang Dewi Remaja itu.

"Jujur saya katakan, saya memang tidak pernah berjumpa dengan Neelofa. Jadi, kalau saya tak pernah jumpa dengan dia, bagaimana pula saya boleh dikatakan makan malam bersamanya? Terus-terang, saya mendapat tahu diri saya dikaitkan dengan Neelofa daripada kawan saya sendiri yang juga seorang pemain bola sepak.

"Selepas mendapat tahu, saya terus membaca gosip berkenaan. Walaupun saya terkejut, tergamam dan tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku, tapi ada sedikit rasa gembira kerana saya juga adalah peminat Neelofa.

"Buat sementara waktu, saya tidak akan berjumpanya memandangkan saya sibuk dengan latihan dan persiapan untuk perlawanan akan datang. Pun begitu, saya tidak boleh menolak andai kata berpeluang bertemu dengan dia," katanya.

Dalam pada masyarakat rancak mempersoalkan gosip berkenaan, Nazmi turut dikatakan sudah mempunyai pasangan kekasih bernama Nadia Ismael. Ternyata, Nazmi tambah terkejut apabila mendengar nama itu dan terus menegaskan bahawa dirinya masih lagi tidak mempunyai teman istimewa.

"Saya masih lagi muda. Baru saja berusia 17 tahun. Perjalanan saya masih jauh. Saya masih belum ada kekasih lagi. Saya masih lagi solo. Nadia Ismael itu adalah kawan kepada adik saya. Dia memang sangat rapat dengan adik saya. Saya hairan kenapa dia dikatakan kekasih saya.



Nadia Ismael yang dikatakan kekasih kepada Nazmi Faiz namun dia menafikan dan mengaku Solo
"Saya cuma anggap Nadia seperti kawan saya saja. Tidak lebih dari itu. Kalau boleh saya mahukan gosip seperti ini dihentikan kerana saya mahu memberikan fokus kepada karier bola sepak saya. Apapun, saya bersyukur setakat ini gosip ini tidak mendatangkan kesusahan dan gangguan dalam hidup saya.

"Sekali lagi, saya mahu menegaskan bahawa setakat ini, saya bukanlah pemain bola sepak yang dikatakan digilai selebriti tempatan. Tiada seorang artis pun cuba datang mendekati saya apatah lagi Neelofa," jelasnya.


Fakta yang anda perlu tahu tentang Nazmi Faiz

1. Sanggup meninggalkan akademik dengan tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana merasakan dirinya lebih menyerlah dalam bidang sukan bola sepak.

2. Akademik masih lagi menjadi tunjang utama dan menganggap ia satu perkara yang boleh dilaksanakan tidak kiralah jika seorang itu sudah meningkat usia.

3. Masih belum ketahui tarikh untuk menduduki SPM kerana segalanya sedang diuruskan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Sejak berusia 6 tahun lagi, Nazmi sudah mula bermain bola sepak dengan memaksa ayahnya untuk bermain bersama.

5. Mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan seorang adik.

6. Seluruh keluarganya meminati bola sepak namun dirinya saja yang mempunyai bakat besar dalam bidang ini.

Gambar Hariz dan Izzah (Ombak Rindu) di Wangsa Walk TGV

Posted: 07 Dec 2011 09:29 PM PST

Baru je semalam Sensasi dengan family pergi ke Wangsa Walk TGV untuk menonton ombak rindu..Tapi malangnya Cinema dah full sampai kan malam punyer tayangan pkul 12 pun tinggal seat front row ..tue pun kene duduk asing-asing sebab takda yang sebaris utk kami berlapan..huhu

Memang hot meletup filem ini ye..ada yang sampai menangis menonton filem nie dgr kata nyer..
Ada pulak yang tak berhenti ketawa sebab rasa lucu dengan babak romatis..huhu

Timbul pula soal bayaran yang hanya cukup-cukup tambang pergi balik johor ke KL untuk penulis Fauziah Ashaari ,Sensasi rasa selepas habis kutipan filem tentu Penulis turut sama mendapat bonus lah kot..

Memang tak patut lah kalau penulis tak dpat bonus atau saguhati drpd kutipan filem ini yang dikatakan mungkin mampu menandingi kutipan filem KL Gangster lebih kurang 11 juta,sebab ramai yang nak menonton filem ini kerana Judul Ombak Rindu yang menarik perhatian.




Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Aaron

Penulis Ombak Rindu Kecewa Bayaran Seciput

Posted: 07 Dec 2011 08:43 PM PST

Kehebatan filem "Ombak Rindu" tidak perlu disangkal lagi apabila berjaya mendapat kutipan RM 4 juta dalam masa 4 hari, tetapi penulis novel tersebut tampil kecewa atas tidak dapat terlibat dalam produksi filem itu.

Novel "Ombak Rindu" yang diterbitkan oleh Alaf 21 telah dicetak semula sebanyak 23 kali sejak tahun 2000, tetapi pemilihan adaptasi itu tidak boleh menjauhkan dirinya dari kontroversi.

Isu timbul apabila penulis novel "Ombak Rindu", Fauziah Ashari, nyata kecewa dengan pihak produksi kerana tidak memanggilnya untuk sama-sama menyertai produksi ini sebagai penasihat skrip hatta penulis skrip. Ini kerana selaku pemilik idea asal, mereka lebih mengetahui isi dan memahami jalan cerita novel itu sendiri.

Kini isu bayaran tidak setimpal pulak telah disuarakan oleh penulis novel yang mengatakan bahawa bayaran yang diterima cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik dari Johor ke Kuala Lumpur dek kerana sokongan padu untuk filem "Ombak Rindu".

"Tiada apa yang tinggal," kata Fauziah lagi, " tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari "Ombak Rindu" hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, " Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". Itu juga merupakan ayat yang ada di novel," ujar Fauziah.

"Nasihat sebagai penulis selepas ini kepada organisasi yang telus dalam menguruskan kewangan, adalah untuk adil dan saksama untuk kepentingan menjaga hak masing-masing. Apa jua yang ingin dilakukan yang melibatkan hasil ciptaan pihak lain, perlu dibincang dari akar umbi. Fauziah juga mengambil contoh penerbit barat yang mengangkat martabat penulis setanding dengan nama besar yang lain. Ini yang perlu kita contohi."

"Ombak Rindu" dibarisi oleh pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Maya Karin pasti memerlukan pelaburan yang banyak dari pihak penerbit Tarantella Productions Sdn Bhd yang dipelopori pengarah ternama Sharad Shadan selaku penerbit filem ini.

Gambar Jessica Simpson jadi gemuk kerana mengandung

Posted: 07 Dec 2011 08:28 PM PST

.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved