Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Angah Raja Lawak Suka Makan Cacing? Posted: 12 Dec 2011 04:19 PM PST Pelawak terkenal yang menempa nama dari program realiti Raja Lawak, Angah dengar katanya memang suka makan cacing dari zaman kanak-kanak lagi. Oooh, patutlah badan Angah Raja Lawak ni bukan main sihat lagi ya, makan cacing rupanya? Berita ini disampaikan sendiri oleh penduduk Kampung Angan Tak Sudah sendiri. Diceritakan dulunya Angah yang digelar Atan ni sebenarnya seorang yang lurus bendul, ringan tulang dan kerjanya pula sebagai penggali kubur, dipercayai telah memakan cacing di pinggir sebuah kubur? Ya, ini bukan cacing tipu atau cacing buatan ke atau cacing olok-olok ya, ini cacing betul yang real punya. Siap gerak-gerak lagi cacing tu masa Angah makan tu. Mungkin dalam kepala pembaca sekarang, dah ragu-ragu tentang fakta (auta?) yang Budiey tulis kat atas ni. Okay, jangan peningkan kepala anda, kerana pada hakikatnya, ini cuma satu komitmen dan kesungguhan yang mahu ditunjukkan oleh pelawak berbadan besar ini untuk merealisasikan satu babak paling geli-geleman sepanjang tahun 2011 ini. Mungkin kerana itu jugak, Budiey dapat tahu yang Angah sanggup makan satu pinggan cacing demi menjayakan satu babak seram dalam filem Suatu Malam Kubur Berasap. Oooh noo, betul ke apa yang Budiey dengar ni? Kalau kasi kat Budiey makan cacing tu, upahlah RM1juta pun, memang tak lah kan, nak makan cacing yang betul-betul cacing tu, kan? OMG! Seriau dan geli geleman betul bila Budiey mendengar cerita ini. Betulkah Angah suka makan cacing pada zaman kanak-kanak atau Angah dipaksa makan cacing tu semasa menjayakan watak Atan di lokasi Suatu Malam Kubur Berasap? Itu yang Budiey nak tahu sangat. Jadi, pada malam ni, Budiey akan jumpa Angah dan nak interview Angah, nak tanya la jugak samada dia betul-betul makan cacing tu untuk kepuasan hawa nafsu atau memang terpaksa mengikut skrip filem ini. Begitulah kisah kehidupan Atan, watak yang sangat unik dan berkarakter yang dibawa oleh Angah di dalam filem terbaru terbitan OutLoud Studios yang akan ditayangkan di seluruh pawagam serentak seluruh Malaysia pada 22 Disember 2011 ini… berjudul Suatu Malam Kubur Berasap… atau dalam bahasa Inggerisnya, One Nite Smoking Grave? Itu usikan spontan dari Along Raja Lawak kat twitter. Ya, Along Raja Lawak pun berlakon dalam filem ni dengan membawa watak seorang kutu rayau bernama Burn. Wataknya agak lucu bagi Budiey sebab ni memang kecoh sikit, suka merempit dengan motor kapcainya. Budiey percaya ramai pembaca yang dah menonton trailer filem ini. Melalui trailer ini pun, Budiey rasa ramai pembaca yang rasa teruja untuk menonton filem ini. Adakah filem ini 100% seram atau 100% komedi? Atau ada ramuan kedua-duanya sekali, seram dan komedi? Sebagai salah seorang peminat filem seram yang dah tonton filem arahan Ernie Chen ini, Budiey hanya boleh katakan semasa babak seram, filem ini dirasakan sangat-sangat seram tapi semasa babak komedi pula, memang kelakar habis. Selain itu, Budiey menggesa anda semua untuk menyerang pawagam mulai 22 Disember ini dan berilah penilaian sendiri tentang filem ini. Selain Along Charm dan Angah Raja Lawak, filem ini dilakonkan juga oleh Azrul Zaidi (sebagai Pet), Zac Diamond sebagai Mie, Wira Raja Lawak sebagai Jedel, Accapan, pendatang baru Nurul Ain Nordin sebagai Siti dan menggandingkan dua orang pelakon veteran iaitu dan Rusminah Sidek dan juga tribute kepada Allahyarham Zami Ismail. Budiey difahamkan filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah filem terakhir lakonan Allahyarham Zami Ismail. Jadi, kepada peminat Pak Zami, kenalah datang ke pawagam tonton filem terakhir Allahyarham. Dalam filem yang menampilkan kisah hantu 1Malaysia ini, banyak scene dilakonkan pada waktu malam. Sudah tentu banyak sekali pengalaman-pengalaman yang menyeramkan dialami oleh pelakon dan krew pengambaran. Maklumlah, diaorang berlakon pun dalam hutan tebal dan dipercayai kat situ memang berpuaka ya amat! Antara kejadian yang menyeramkan, semasa waktu pengambaran, pelakon baru bernama Ain terpaksa berendam dengan hanya berkemban di dalam Sungai Sendat di Ulu Yam pada jam 3 pagi dengan keadaan gelam dan menyeramkan. Boleh bayangkan perasaan Ain semasa melakonkan watak Siti. Dengan air yang memang sejuk dan ntah apa lah yang ada dalam sungai tu, ditambah lagi dengan suasana sekitar yang sunyi sepi, ooo… memang seriau betul. Tapi demi menyahut cabaran dari pengarah, Ain berjaya juga melakonkan babak mencabar ini dengan jayanya. Penerbit dan pengarah filem SMKB ini berharap filem pertama ini dapat mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan, sekaligus dapat memberikan kepuasan kepada penonton. Ernie Chen juga berpuas hati kerana dapat menyelesaikan filem ini dalam masa yang singkat iaitu 40 hari. Pengambaran dibuat di 3 buah lokasi iaitu Rawang, Kuang dan Damansara Utama. Nak tahu apa yang Budiey ceritakan kat sini betul atau tak, kenalah tonton filem Suatu Malam Kubur Berasap mulai 22 Disember ini di pawagam berhampiran dengan anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari fanpage Facebook: https://www.facebook.com/suatumalamkuburberasap dan laman web rasmi http://suatumalamkuburberasap.com Tags: Angah Raja Lawak, FilemClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
HTC Desire S Nampak Sempurna Dengan Pakej U28 Posted: 12 Dec 2011 06:27 AM PST HTC Desire S Nampak Perfect Super Cool Dengan Pakej U28 Hari ini, Budiey tak nak cerita pasal selebriti tapi sebaliknya nak cerita sikit pasal telefon bimbit yang baru je Budiey beli beserta dengan pakej U28 dari U-Mobile nih. Saje nak buat korang cemburu. Hehe:) Ya, siapa yang tak pernah terserempak dengan HTC, sebuah pengeluar telefon bimbit Android sebab HTC sekarang kan dah makin popular bak bintang. Budiey rasa sangat kelakar bila mana HTC menambah 'S' untuk produk yang menggantikan HTC Desire ni sebab mengingatkan dengan produk iPhone. Namun, itu pilihan HTC, tapi bagi Budiey yang dah pakai telefon bimbit ni, S mewakili kepada SUPER! Super Cool & Super Awesome! Sebab apa, HTC Desire S ni sebenarnya telah dipertingkatkan dari version sebelum ini. Dari segi body, rupa bentuk fizikalnya memang lebih nipis dan ciri-cirinya juga nampak lebih kukuh dan rasa cool bila dipegang. Berbanding dengan Desire yang sebelum ini, saiznya 0.27mm lebih nipis, 0.22 dari segi lebar dan 4mm lebih tinggi. Dari segi berat pula, Desire S adalah 5gram lebih ringan berbanding dengan model sebelum ini. Ia mempunyai Qualcomm yang lebih baru iaitu 1GHz MSM8255 processor dengan dilengkap pula 1.1GB storage dan 768MB RAM. Dan yang paling bestnya, Android support Flash Player dengan HTC Desire S korang boleh view hampir semua benda di internet seperti apa yang boleh korang view menggunakan laptop atau PC korang. Dari segi bentuk fizikal pula, di depan HTC Desire S ini punya skrin 3.7″ dengan resolusinya 800 X 480 tapi yang penting sekali ia guna Super LCD berbanding dengan AMOLED. Di belakang pula ada kamera 5MP yang mana korang boleh rekod video 720p HD video. Hasilnya memang gempak habislah. HTC Desire S ni awal-awal dah membuatkan Budiey rasa lebih impressif sebab cukup bagus dari segi kualiti dan magikalnya. Android OS v2.3 Gingerbread. Rata-rata tahu yang HTC Desire S ni menggunakan sistem operasi android, katanya ia adalah antara Operating System (OS) phone yang terbaik di dunia. Dan yang best part pasal HTC Desire S ni adalah ia menggunakan Android v2.3 Gingerbread which is antara platform yang paling latest selepas Android 3.0 Honeycomb (Tablet). Kira nak sama gak la dengan iPhone OS. Yang pasti, masing-masing ada kelebihan. Maksud Budiey, Android dan iPhone OS ada kelebihan masing-masing seperti Android ni memang semua tahu ia adalah open source, jadi korang boleh dapat aplikasi yang kebanyakannya boleh dapat secara percuma atau boleh direct download, dan korang bebas nak buat dengan sistem operasi ni. Aplikasi pertama yang Budiey terus ON masa buka HTC Desire ni sudah tentulah twitter dan blog budiey.com. Kelajuannya, haa dengan pakej U28 berserta dengan data internet ni, memang laju la sangat, budiey.com terus loading dengan laju walaupun ada banyak gambar yang besar-besar dalam blog ni. Selain kelajuan, penampilan imej dan gambar sangat terang dan cantik. Selepas tu, Budiey cuba pulak download beberapa games seperti Angry Bird terbaru. Pergh! Superb best!. Semua aplikasi Budiey bukak guna HTC Desire S ni, Budiey rasa sempoi. Untuk 2 jam pertama godek-godek dengan smartphone memang rasa asyik sangat sampai tak sedar hari dah malam. Hari pertama guna, Budiey dah start buka Android Market untuk cari games dan aplikasi yang cool. Budiey cuba browse games apa yang ada kat Android Market Place. Pergh! Memang banyak giler. Rasa macam senarai games ni infinti la pulak dan tak akan habis. Memang tak puas la nak download satu per satu kan. Yang penting, boleh dapat FREE. Rasanya dengan kerja Budiey yang bertimbun, selain nak update status di Facebook dan Twitter setiap hari, memang pakej 1GB data internet untuk sebulan memang dah memadai. Fikir-fikir balik bila dah setiap hari Budiey guna HTC Desire S ni dengan main games, update Twitter, tengok video di Youtube, layan Facebook, baca blog, baca dan balas email dan sebagainya tu, rasa sama dengan Budiey guna laptop pulak. Sebijik sama! Okaylah, Budiey tinggalkan entri ini dengan meletakkan sebuah video promo dari HTC yang memaparkan keistimewaan HTC Desire S ni. Semoga anda terliur untuk mendapatkannya! kalau nak dapatkan satu, bolehlah ambil mana-mana pakej di SINI. Tags: GadgetClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan