ads

Rabu, 21 Disember 2011

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


AC MIZAL & EIZLAN YUSOF DAPAT GELARAN DATO'..?

Posted: 21 Dec 2011 01:00 AM PST


Ini berita panas yang baru myartis terima, iaitu Eizlan Yusof dan AC Mizal dikhabarkan bakal dianugerahkan gelaran Dato' oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran tersebut akan berlangsung di Negeri Pahang Darul Makmur. Gambar-gambar ini jelas menunjukkan AC dan Eizlan sedang sibuk membuat full rehearsal di Istana Pekan Pahang sebagai persediaan penerimaan tersebut.

Tahniah diucapkan buat mereka berdua dan semoga anugerah tersebut bakal membuat mereka lebih gigih memartabatkan industri seni negara.

Seperti biasa, klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - FASHA & ZIANA KONGSI BAJU?

Posted: 20 Dec 2011 08:51 PM PST


Siapa lebih bergaya dan siapa lebih slim bila menggayakan baju 'sama' yang menampilkan aktress dua zaman ini? Anda pilih Ziana Zain atau Fasha Sandha?

Untuk info, Ziana merupakan pelakon, model dan penyanyi handalan era 90-an manakala Fasha pula adalah model dan pelakon popular era baru. Jika Ziana pernah mengadakan majlis perkahwinan bertaraf  'wedding of the year', kemungkinan Fasha juga bakal melakukan majlis yang serupa pada 2012 nanti... bersama Jejai mungkin?

Jom pilih..!

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - AKSI FARID DI AKADEMI STUNT

Posted: 20 Dec 2011 03:18 PM PST


Untuk memantapkan lagi lakonannya dalam filem mahupun drama aksi, pelakon Farid Kamil baru-baru ini telah menyertai 'Stunt Academy Australia'. Akademi yang berlangsung di negara Kangaroo itu bukan sahaja mengajar Farid bagaimana membuat aksi lagak ngeri melibatkan pergaduhan dan tembak menembak... malah aksi memandu kenderaan.

Untuk peminat Farid, ayuh kita layan gambar-gambar aksi beliau sedang menimba ilmu di Australia itu. Moga selepas ini, Farid akan muncul sebagai pelakon serba boleh yang mampu memartabatkan industri perfileman negara.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MAMPUKAH CINTA DIANA & FARID BERTAHAN?

Posted: 20 Dec 2011 02:40 PM PST


Apakah kesudahan episod cinta antara Farid Kamil dan Diana Danielle yang kini sudah hampir tiga tahun menjadi pasangan kekasih? Ini kerana, hubungan cinta mereka berdua sebelum ini pernah putus sebelum bertaut kembali sekitar bulan Mei lalu dan ianya disahkan sendiri oleh Diana melalui twitter.

Kesempatan bertemu dengan pasangan ini yang datang bersama dalam satu kenderaan ketika sidang media Hantu Gangster arahan Namewee, merungkai segalanya. Nampaknya, mereka berdua masih belum bersedia untuk mendirikan mahligai bahagia atas alasan tersendiri yang masih samar.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved