ads

Rabu, 28 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Gangguan makin teruk

Posted: 28 Dec 2011 07:23 PM PST

Gangguan

MARANG – Kerisauan lima sekeluarga dari Kampung Temilang, Pengkalan Berangan dekat sini terhadap gangguan misteri lembaga wanita berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah sejak beberapa minggu lalu, bakal berakhir, apabila ada pihak tampil membantu mereka.

Ketua keluarga itu, Mazlan Ali, 55, lega setelah dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya itu, secara percuma.
Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya pada Sabtu ini, bersama dua lagi pembantu bagi menangani gangguan yang berlaku sejak dia membawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, Dungun hujung November lalu.
"Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega, Alhamdulillah ada juga pihak sudi membantu kami.
"Buat masa ini ustaz itu sudah beberapa kali, menghubungi saya dan bertanya perkembangan berhubung gangguan dialami," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Dalam pada itu, bapa kepada lapan anak itu berkata, sejak berita berhubung gangguan misteri dialaminya sekeluarga disiarkan, gangguan itu semakin bertambah terutamanya kepada dirinya.
Katanya, sejak beberapa hari lalu, sebelah kanan badannya menjadi lemah dan tidak mampu membuat sebarang kerja, hanya berkurung di dalam rumah.
"Malah ada kalanya badan saya rasa seram sejuk, rasa nak marah dan tiba-tiba rasa sebak sehingga menyebabkan saya rasa semakin tertekan.
"Saya risau, sejak gangguan ini berlaku saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja-kerja kampung yang saya usahakan sebelum ini dan ini secara tidak langsung menjejaskan pendapatan kami sekeluarga," katanya.
Dia berkata, dia sudah tinggal di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan tidak pernah mengalami sebarang gangguan, malah bahagia bersama keluarga, namun sejak peristiwa misteri itu berlaku dia dan keluarganya semakin tertekan serta dihimpit kegelisahan setiap kali senja.
Bagaimanapun Mazlan ketika ditanya, sama ada dia mahu memulangkan semula barang diambil dari rumah pusaka bapanya, dia berkata, sekiranya dia berbuat demikian bimbang perkara yang sama berlaku pula kepada keluarganya di Jerangau.
"Saya berharap dengan bantuan daripada ustaz itu nanti, ia dapat menyelesaikan segala masalah gangguan itu dan mengembalikan semula kehidupan kami seperti sedia kala.
"Apa dibimbangkan adalah keselamatan anak dan cucu saya, saban malam mereka tidak lena tidur kerana diganggu lembaga itu," katanya.
Kelmarin, Mazlan nekad mahu memulangkan bara-ngan diambil daripada rumah pusaka bapanya kerana tidak tahan diganggu makhlus halus.

Puntianak Puaka Bunga Tanjung

Posted: 28 Dec 2011 06:16 PM PST

WASPADA...sentiasa pentingkan aspek positif apabila berada di lokasi penggambaran.
WASPADA...sentiasa pentingkan aspek positif apabila berada di lokasi penggambaran.

BAKAT dan emosi sewaktu berada dalam set penggambaran dimiliki bintang muda, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, mula membuatkan ramai pengarah memuji dan sedia membimbingnya.

Pada usia baru mencecah 17 tahun, siapa sangka gadis kacukan Kelantan-Siam ini sudah membintangi lebih 10 drama terbitan pelbagai produksi besar.

  • Foto

    NELYDIA...cari kelainan watak dalam setiap lakonan.

  • Foto

    ADA JIWA...antara lakonan Nelydia bersama Faizal Hussein dalam drama seram Puaka Bunga Tanjung.

Lakonannya dapat dilihat menerusi drama bersiri Spa Q 1,2 dan 3, Ahmad Durrah, Datin Wanabe dan genre seram, Mistik Alam Hitam.

Bagi Nelydia, dia sentiasa mahu karakter lakonan dinamik dan mencabar diri sendiri. Tidak mustahil, satu hari nanti, dia bakal menggugat pelakon lain yang sedia ada.Dalam lakonan terbaru menerusi drama bersiri untuk slot terbaru TV9 bertajuk Puaka Bunga Tanjung arahan Fairuz Loy, Nelydia diberi tugas memegang dua peranan sekali gus iaitu sebagai watak gadis moden dan purba."Watak Mayang dan Sanur yang diberikan kepada saya adalah dua karakter berbeza dalam drama ini yang berlatarkan zaman 1960-an dan moden. Mayang seorang wanita kampung berusia 30-an sementara Sanur pula wanita yang bertukar menjadi puntianak. Membawa dua watak dalam satu drama nyata mencabar diri saya dan saya berazam memberikan yang terbaik kepada penonton.

"Drama ini sangat berbeza kerana inilah kali pertama membawa watak yang tidak sama perasaan dan penampilan. Ia akan ditayangkan sebanyak lapan episod dalam sebuah program baru slot seram stesen TV9.

"Apa lebih menariknya, cerita ini juga mengisahkan kisah silam dua generasi yang datang semula kepada sebuah keluarga akibat balas dendam selepas 30 tahun. Ia juga diselitkan kisah cinta yang mendapat tentangan," katanya, kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Berbicara sewaktu ditemui pada sesi penggambaran drama terbabit di sebuah kawasan perkampungan tradisional Melayu di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini, Nelydia berkata:

"Pengalaman baru ditimba dalam drama Puaka Bunga Tanjung sangat menarik apatah lagu bergandingan dengan beberapa pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussin, Namron dan Fizz Fairuz.

"Saya tidak kekok kerana pengalaman bergandingan dalam drama Iqra' bersama Abang Eman Manan dulu sangat membantu dan saya anggap Abang Eman seorang pelakon yang hebat," katanya.

Berguru dengan pelakon hebat seperti Ellie Suriaty dan Erma Fatima pula banyak membimbing Nelydia dari segi ekspresi, intonasi serta 'mood'. Tambahan pula ia kisah klasik dan zaman moden yang sangat menarik.

Mengenai tawaran berlakon diterima, Nelydia berkata pada usia belasan tahun sekarang, perjalanannya masih jauh dan banyak lagi yang perlu diselami dalam menjadikan dirinya seorang pelakon serba boleh.

Selain itu dia juga terpaksa menempuh perjalanan hidup dengan begitu berhati-hati agar namanya tidak tercalar.

"Apatah lagi setiap pergerakan kita sekarang senang dirakam dan mudah disebarkan dalam internet menerusi pelbagai teknologi canggih diperkenalkan dalam dunia serba moden.

"Apa yang pasti, saya sentiasa mengambil iktibar daripada kes kakak yang pernah terbabit dalam kontroversi bersama seorang pelakon komedi sebelum ini.

"Ini antara panduan sentiasa berada dalam fikiran saya. Ibu bapa banyak memberi peringatan supaya tidak melanggar tata susila orang Melayu. Kalau boleh, saya tidak mahu terbabit dalam kontroversi dan mahu bersikap positif kerana sehingga kini, saya masih mendengar dan menerima tempias orang bercakap mengenainya hingga sekarang.

"Bagi saya, berkongsi pengalaman dengan pelakon orang lama banyak membantu mematangkan diri dan sentiasa memikirkan apa yang dimahukan untuk masa depan.

"Lagipun, ayah mahu saya melanjutkan pengajian dan jika boleh menjadi pelakon memiliki pelbagai ilmu dan mempunyai kelayakan dalam bidang tertentu.

"Pendek kata, cari pengalaman dan ilmu sebaik mungkin kerana tidak mahu terburu-buru semata-mata mengejar glamor dan populariti dengan cara mudah tanpa memikirkan kesan jangka panjang," katanya mengakui banyak berfikir daripada banyak sudut dan membaca buku novel untuk menimba ilmu.

Nelydia berkata lagi, dia tidak mahu tamak dalam mengejar impian menjadi pelakon kerana tidak mahu apa yang diimpikan atau dikejar berciciran.

"Paling utama sekiranya tidak bertembung jadual lokasi, saya akan memenuhi tawaran berlakon. Saya juga tidak mahu merosakkan skrip jika saya tidak mampu membawanya, saya akan berlaku jujur mengatakan tidak boleh dan jika boleh, saya kata boleh.

"Bagi saya rezeki tetap ada asalkan kita jujur untuk membina reputasi dengan cara terbaik dalam bidang seni walaupun bukan senang memuaskan hati semua orang," kata pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Subang Jaya, Selangor ini.

"Saya mahu mendapat keputusan baik dalam peperiksaan SPM dan itu fokus paling utama sekarang. Mendapat penghormatan berlakon dan mempunyai peminat ketika di bangku sekolah juga membuatkan saya perlu bijak memikirkan masa depan yang saya rasakan tiba tanpa sempat berfikir langkah seterusnya. Apapun, faktor itu juga cepat mematangkan diri," katanya.


PROFIL

Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Nama komersial: Nelydia Senrose
Tarikh lahir: 30 Julai 1994
Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon Lakonan Drama dan Cerekarama: Spa Q 1, 2, 3, Ahmad Durrah, Datin Wanabe, Sirah Cinta, Pak Suman, Khalifah, Anak Aku Artis, Syah Jihan.

Cantik, lasak

Posted: 28 Dec 2011 06:14 PM PST

  • Foto

  • Foto

Tak tidur gara-gara filem seram

WALAU pada bahagian betis dan lengannya tidak lagi putih mulus dek beberapa kesan lebam berikutan aksi lasak, Carmen Soo tetap bersemangat meneruskan penggambaran filem Dead Mine yang berlangsung di Batam, Indonesia.Pelakon tempatan yang turut membina kerjaya mantap di Hong Kong, Filipina dan Singapura itu nyata puas apabila berpeluang melakukan sendiri babak mendebarkan dengan bimbingan pengarahnya, Steven Shiel.
Membawakan wanita licik dan punya misi di sebalik lagak lembutnya, akui model terbabit hasil kerja penuh teliti Steven selain peluang bergabung dengan ramai bintang Asia lain membuatkannya begitu teruja sepanjang di lokasi.

"Apabila menghadiri uji bakat, saya tidak meletakkan harapan tinggi, namun berharap dapat bekerja di bawah arahan Sheil kerana hasil buah tangannya, Mum & Dad juga antara sebuah filem seram yang bagus.

"Sebaik dipilih, saya tidak sabar melihat Dead Mine muncul di layar lebar seluruh rantau ini. Ia pengalaman menyeronokkan walaupun lebam sentiasa muncul di badan," katanya ketika ditemui di set penggambaran.

Selain aktres berusia 38 tahun itu, Dead Mine turut dibarisi aktor Indonesia, Joe Taslim, Jaitov Yanda dan Mije Lewis serta Miki Mizuno (Jepun), Sam Hazeldine (British) dan Jimmy Taenaka dari Singapura.
Biar jadual di set cukup padat bermula seawal pagi hingga tengah malam, Carmen mengakui dia sudah biasa bekerja lebih masa ketika menjayakan drama bersiri di Filipina.

"Pengalaman bekerja di Filipina untuk beberapa drama siri membuatkan saya sudah imun dengan jadual yang panjang. Kadangkala lebih 24 jam di hadapan kamera tetapi ia memang budaya di sana kerana mereka punya episod yang banyak untuk disiapkan.

"Sekurang-kurangnya pengalaman yang saya raih bekerja dengan pelbagai produksi di beberapa negara mengajar saya supaya lebih kental. Semua ini pengalaman yang cukup manis, begitu juga dengan Dead Mine.

"Apabila di hadapan kamera watak kami saling mencurigai antara satu sama lain tetapi di luar babak kami penuh dengan gelak ketawa. Itu yang menyeronokkan apabila semua pelakon berbincang untuk mendapatkan hasil terbaik," katanya lagi.

Dead Mine berkisar mengenai pemburuan terhadap harta karun peninggalan Jeneral Yamashita yang dikatakan tersembunyi di satu lokasi di sebuah pulau di Indonesia dan sekumpulan orang cuba menjejak emas berkenaan.

Mereka terjumpa sebuah bunker peninggalan tentera Jepun dan cuba merungkai misteri di sebalik penemuan itu namun situasi menakutkan mula melanda kerana sejak itu bermulalah kejadian menakutkan.

Filem aksi seram ini dijadualkan di pawagam tahun depan. Pelakon yang bermula sebagai model pada usia 17 tahun itu baru menyelesaikan sebuah lagi filem seram berjudul The Hunter yang mengambil lokasi di China, Hong Kong dan Malaysia.

Menyingkap semula repertoire lakonannya, Carmen ke Hong Kong pada usia 20 tahun untuk membina nama di pentas peragaan namun disebabkan ketinggiannya dia mencuba nasib pula di arena lakonan.

Wajah jelita saja tidak mencukupi jika tiada bakat tetapi dia membuktikan dirinya hadir bersama pakej lengkap malah sejak itu kerjaya seni melebar hampir ke seluruh rantau ini dan Carmen pernah membintangi filem Gorgeous bersama Jackie Chand dan Shu Qi.

Drama bersiri yang mencetus fenomena di Filipina, Kahit Isang Sanglit bersama Jericho Rosales selain The Pupil di Singapura antara lakonannya yang menyerlah. Tidak hairan sikap profesional serta kemampuan membuatkan dia disenangi banyak produksi luar.

Ditanya apakah dia lebih senang menjayakan projek lakonan di luar negara, katanya tidak pernah terdetik untuk meninggalkan peluang di negara sendiri tetapi kebanyakan undangan adalah daripada luar.

"Ketika menjayakan drama bersiri di Filipina saya pernah menghabiskan masa sembilan bulan di sana. Walaupun masih sempat berulang-alik ke Kuala Lumpur, ada antara tawaran membintangi drama di Kuala Lumpur terpaksa saya lupakan demi komitmen ini.

"Begitu pun, timbul sedikit rasa sedih. Namun saya yakin rezeki tetap ada. Macam The Hunter yang menjalani penggambaran Jun lalu, Malaysia antara lokasinya.

"Memang rindu terhadap keluarga dan rakan. Kebanyakan masa saya bergerak antara Singapura, Malaysia dan Filipina. Ia memenatkan dan pada masa sama pengalaman menyeronokkan," katanya yang mengintai peluang ke China, India dan Taiwan pula.

Jubah bayaran ke ranjang

Posted: 28 Dec 2011 06:11 PM PST

BERKAS...sebahagian GRO ditahan di sebuah pusat hiburan di Pudu, semalam.
BERKAS...sebahagian GRO ditahan di sebuah pusat hiburan di Pudu, semalam.

KUALA LUMPUR: Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai 'Queen of the Night' dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.

Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun.

Ayu Raudhah Sukar Lakonkan Aksi Intim

Posted: 28 Dec 2011 06:06 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah mengakui sukar untuk melakon adegan intim dan romantik dengan pelakon Aqasha menerusi drama Gemersik Kalbu.

Disebabkan itu dia terpaksa membuat latihan beberapa kali untuk memastikan adegan itu berjaya dilakonkan mengikut kehendak pengarah, Heykal Hanafiah.

"Saya mengalami cabaran ketika babak intim seperti berlakon di atas katil disebabkan status saya sebagai isteri orang.

"Jadi, untuk mengatasi masalah itu, saya kena rehearsal beberapa kali," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama "Gemersik Kalbu" baru-baru ini.

Drama ini bakal disiarkan di TV3 mulai 2 Januari depan menerusi slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Kata Ayu, dia sudah meminta kebenaran daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha untuk melakonkan adegan berkenaan dan mendapat "lampu hijau" daripada suaminya itu.

"Suami saya profesional dan membenarkan saya melakonkan babak itu. Kadangkala, dia ada mengikut saya ke set penggambaran jika berkesempatan," katanya.

Beralih kepada kehidupannya selepas hampir setahun bergelar isteri, Ayu masih menunggu rezeki cahaya mata selepas mengalami keguguran pada 26 Oktober lalu.

"Selepas berakhir penggambaran drama ini, saya akan berehat sementara menerima tawaran lakonan yang lain," katanya yang memegang watak Raihana.

Drama ini merupakan hasil adaptasi dari novel "Gemersik Kalbu" yang ditulis oleh Anis Ayuni.

Sebelum berlakon drama ini, Ayu sempat menghabiskan bacaan novel tersebut selepas mendapat skrip daripada pengarah.

Cintai Lelaki Muda, Ramlah Ram Kenal Pasti Penyebar Fitnah

Posted: 28 Dec 2011 06:05 PM PST

Ramlah Ram dan Hafiz hanya menjalinkan hubungan profesional sahaja.

PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram, 46, terkejut apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengurus perubadinya yang berusia 20-an seperti dilaporkan akhbar baru-baru ini.

Ramlah berkata, gosip yang dianggap 'busuk' itu telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang penyanyi yang sentiasa menjaga rekod bersih sepanjang berada dalam industri hiburan tempatan.

"Gosip tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya malas nak ulas gosip ini panjang lebar kerana ia telah memalukan diri saya dan keluarga. Buat masa ini, saya telah berjumpa dengan penulis artikel tersebut dan menjelaskan situasi yang sebenar.

"Memang Hafiz sudah dua tahun bekerja untuk saya tetapi dia bukanlah seperti yang didakwa itu. Malah kami bekerja secara profesional. Dengan usia saya yang sudah meningkat begini, agak malu dibuatnya apabila gosip mengarut seperti ini disebarkan kepada khalayak," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Mentor 6 di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Rabu.

Tambah Ramlah yang baru sahaja muncul dengan single baru, Sesaat Kau Datang (kolaborasi dengan duo Sleeq), dia tahu siapa dalang yang menyebarkan fitnah tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

"Perkara ini memang telah memalukan saya. Hati ini masih ada rasa geram," ujarnya yang menjadi mentor dalam pertandingan realiti Mentor musim keenam pada tahun hadapan.

Bercerita tentang tanggungjawab barunya sebagai mentor itu, Ramlah sudah bersedia untuk mencari bakat baru yang memiliki kriteria-kriteria yang diingini untuk diasah menjadi seorang penyanyi profesional yang hebat.

"Antara ciri-ciri utama protege yang saya inginkan, mereka mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak menjadi klon kepada mana-mana penyanyi yang tersedia ada.

"Apa-apa pun, ia satu tugasan yang besar buat saya untuk mengasah bakat seseorang dengan jangka masa yang pendek dan ia bukan senang, lebih-lebih lagi melibatkan markah daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS)," jelasnya.

Selain Ramlah, antara selebriti yang menggalas tanggungjawab sebagai mentor untuk musim terbaru ini ialah Faizal Tahir, Ferhad, Ella, Ogy Ahmad Daud, dan Adam (AF).

Uji bakat akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 iaitu Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

'Saya Tiada Hak Paksa Lisa Surihani' - David Teo

Posted: 28 Dec 2011 06:04 PM PST

David Teoh.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo tidak akan menghalang artis di bawah naungannya, Lisa Surihani untuk meninggalkan syarikat tersebut selepas wanita itu berkahwin kelak.

David berkata, dia tidak berhak memaksa Lisa untuk terus bersamanya walaupun pelakon itu masih mempunyai baki kontrak bersama syarikatnya.

"Jika selepas berkahwin nanti dia ingin menyertai KRU Studios atau syarikat lain tidak menjadi masalah kepada saya kerana keputusan berada di tangan dia," ujarnya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, David memberitahu dia berasa sebak dengan berita perkahwinan Lisa dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim yang di jadual pada 23 Februari depan.

David berkata, dia sudah menganggap Lisa seperti anaknya dan telah melihat perkembangan pelakon filem I'm Not Single itu sejak hari pertama dia terlibat dalam dunia hiburan.

"Saya bukan sahaja sebagai seorang rakan perniagaan malah lebih kepada bapa kerana telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga Lisa daripada arwah bapanya.

"Jadi sebagai seorang bapa sudah tentu sedih 'anak' saya akan berkahwin. Bagaimanapun saya merestui perkahwinan ini dan gembira untuk Lisa," ujarnya.

Sementara itu, Lisa ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, dia masih belum membuat keputusan mengenai isu itu dan ingin memberi fokus kepada kerjaya dan perkahwinannya yang akan berlangsung dalam masa dua bulan lagi.

Lisa bagaimanapun memberitahu selesa berada di bawah naungan David dan berterima kasih kepadanya kerana telah memberi peluang dalam dunia lakonan.

"David adalah seperti bapa yang banyak menjaga dan menasihati saya dan sukar untuk saya membuat sebarang keputusan tanpa mengambil pandangannya terlebih dahulu.

"Bagaimanapun saya masih belum berfikir mengenai kebarangkalian untuk meninggalkan Metrowealth kerana itu bukan tumpuan saya," ujarnya.

Yusry dan Lisa Surihani.

Bakal suami Lisa, Yusry pula berkata, dia tidak akan mempengaruhi Lisa mengenai perkara tersebut dan membiarkannya membuat keputusan sendiri.

"Itu adalah kerjaya seninya dan dia berhak untuk membuat keputusan sendiri sama ada untuk terus bersama Metrowealth atau pun menyertai KRU Studios," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, dia percaya Lisa sudah boleh menguruskan kerjaya lakonannya sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak pengurusan.

Aaron Aziz Teruja Mahu Bertarung Dengan Rosyam

Posted: 28 Dec 2011 06:03 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon popular filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 35, (gambar) yang sedang menjalani penggambaran filem KL Gangster 2 teruja menunggu babak pertarungan dengan pelakon Rosyam Noor dalam filem tersebut.

Menurut Aaron, ini merupakan kali pertama dia berlakon dengan Rosyam dan adegan pergaduhan tersebut dijangka mengambil masa selama tiga hari berturut-turut untuk disiapkan.

"Saya dan Rosyam akan bertarung dalam satu adegan pergaduhan yang agak besar selama tiga hari bermula 8 Januari depan di lokasi yang belum diketahui.

"Dalam filem ini, saya dan Rosyam bermusuh. Pengarahnya Syamsul mengambil keputusan untuk melakukan penggambaran aksi pertarungan besar ini pada akhir penggambaran," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Aaron lagi, untuk adegan aksi ngeri, dia melakonkan sendiri watak berkenaan seperti yang diminta oleh Syamsul.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mengalami apa-apa kecederaan sewaktu melakon aksi bertarung walaupun waktu itu saya perlu bertarung dengan ramai orang.

"Cuma masalah kepenatan akan mengganggu konsentrasi persembahan lakonan saya," ujarnya.

Menyentuh tentang babak pertarungan, Aaron perlu belajar teknik-teknik tertentu untuk menjadikan lakonannya dalam filem tersebut lebih menarik.

"Biasanya, setiap koreografi dilakukan semasa hari penggambaran tanpa ada latihan. Alhamdulillah, saya dapat melakukan koreografi aksi itu. Bagaimanapun, apa yang saya persembahkan tidak mungkin dapat menandingi gaya lakonan pelakon Ong Bak, Tony Jaa," ujarnya.

Selepas mendapat perhatian peminat menerusi drama Nora Elena, Stanza Cinta, KL Gangster dan Ombak Rindu, Aaron tidak menafikan tawaran lakonan untuknya semakin bertambah sehingga menyebabkan dia perlu bersikap memilih.

"Selepas ini saya akan memasuki penggambaran filem psiko seram berjudul Kerat 14 arahan S Baldev di samping Siti Saleha.

"Pada penghujung Februari pula saya akan berlakon dalam drama adaptasi novel Adam dan Hawa terbitan Astro," kata Aaron.

Selain itu, dia akan terbang ke Tokyo, Jepun pada 11 Januari depan untuk menjayakan program sukan perlumbaan kereta anjuran M7 setelah dilantik sebagai Duta minuman Drive M7 pada 17 September lalu.

"Saya akan mengambil peluang ke Jepun pada awal Januari ini untuk bercuti dengan isteri saya, Diyana Halik.

"Selepas itu, mungkin saya akan membawa anak-anak dan isteri saya ke Australia untuk menjalani penggambaran Adam dan Hawa pada hujung Februari depan," katanya.

Adam dan Hawa dijangka akan menjalani penggambaran di tiga lokasi uar negara iaitu Australia, Mekah dan India.

Elly Suriati Menangis Kerana Keguguran

Posted: 28 Dec 2011 06:02 PM PST

Elly Suriati.

PETALING JAYA: Pelakon, Azri Iskandar memberitahu isterinya, Elly Suriati sering menangis kerana tertekan selepas mengalami keguguran ketika mengarahkan filem Penanggal di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak pada Rabu.

Azri berkata, isterinya seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan kerana kehilangan bayi ketika usia kandungan itu telah mencecah empat bulan.

"Saya bimbang Elly tertekan dengan apa yang berlaku dan saya sering menyatakan kepadanya bahawa ia bukan salah sesiapa kerana itu adalah ketentuan Allah SWT. Walaupun sedih saya berusaha untuk menenangkan dia," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Elly dikatakan menyedari mengalami keguguran apabila hendak membuang air kecil dan secara tiba-tiba berlaku pendarahan yang memaksanya di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Azri berkata, selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan Elly mengalami keguguran dan terpaksa ditahan di Hospital Kuala Kangsar.

Elly ketika kejadian Elly baru sahaja selesai merakamkan adegan pada waktu malam filem itu yang berakhir sehingga lewat pagi.

"Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi. Keguguran itu berlaku mungkin disebabkan dia terlalu aktif dan lasak ketika di lokasi namun itu adalah suratan daripada-Nya," kata Azri.

Terdahulu sebelum ini, Elly dan Azri berkongsi khabar gembira apabila memberitahu mereka bakal menimang cahaya mata keempat dan pengumuman itu dibuat semasa pelancaran filem Penanggal baru-baru ini.

Elly yang ditemui nyata gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka dan memberitahu yakin dapat melakukan kerja-kerja pengarahan walaupun sedang berbadan dua.

Azri Iskandar.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.

Dalam perkembangan lain, Azri berkata, penggambaran filem Penanggal yang turut menampilkannya sebagai pelakon akan dihentikan buat beberapa hari sementara menunggu keadaan kesihatan Elly kembali pulih.

Penanggal adalah filem arahan pertama Elly dan dibarisi oleh pelakon seperti Zul Ariffin, Umi Shazera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.

Akui Terkejut, Faizal Tahir Tidak Bersedia Sertai 'Mentor'

Posted: 28 Dec 2011 06:01 PM PST

Faizal Tahir

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang daripada enam mentor terpilih bagi program Mentor musim keenam yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Pengumuman tersebut dilakukan pada sidang media khas pelantikan enam mentor bagi musim tersebut termasuklah Ramlah Ram, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Ella, Adam dan Ferhad di Sri Pentas TV3, di sini, Rabu.

Faizal berkata, dia sebenarnya masih lagi berfikir dengan tawaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai mentor kepada bakat-bakat baru dan tidak memberi apa-apa kata putus kepada pihak TV3 tetapi tidak sangka namanya terus dipanggil pada pengumuman tersebut.

"Sebenarnya saya berada di Sri Pentas pada hari ini (Rabu) untuk membincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak sangka pula selepas itu saya menyertai sidang media ini kerana saya belum membuat apa-apa lagi keputusan (mengenai Mentor).

"Bagaimanapun, saya terima pemilihan ini. Memang pada mulanya saya enggan sertai Mentor 6, tetapi penerimaan tawaran ini juga bukan kerana terpaksa. Saya akan buat sedaya yang mungkin," katanya.

Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu "Karma" ini, keengganannya melibatkan diri dalam program popular tersebut adalah kerana tahap keyakinan diri untuk mengajar protege baru agak kurang.

Barisan mentor yang bakal beraksi bersama protege masing-masing pada tahun depan.

Malah, Faizal tahu, mengasah bakat seseorang bukannya mudah, malah memerlukan strategi dan kesabaran yang sangat tinggi.

"Bukan mudah untuk mendapatkan seseorang protege seperti yang diinginkan. Malah, tahap keyakinan saya untuk mendidik seseorang juga agak kurang kerana saya sendiri masih lagi bertatih dalam bidang muzik ini.

"Saya selalu meletakkan satu tahap yang tinggi untuk diri sendiri setiap kali beraksi, inikan pula seorang bakat baru yang akan berada di bawah saya. Lebih menakutkan ialah, saya risau jika tidak dapat mencari protege seperti yang diinginkan. Saya mahu cari seseorang yang lebih daripada seorang juara," tegasnya.

Uji bakat Mentor 6 akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

Sementara itu, Ogy pula sudah bersedia untuk menerima segala kritikan pedas yang mampu membakar semangatnya untuk terus mendidik protege yang bakal dipilihnya nanti.

"Memang ketika bekerja saya seorang yang sangat tegas dan protege yang dipilih perlu mengikut kriteria-kriteria seperti yang diinginkan seperti boleh bermain alatan muzik dan paling penting, membaca nota muzik.

"Apabila mereka tahu dua perkara ini, ia lebih memudahkan saya mengasah bakat mereka menjadi yang terbaik. Dan ya, kritikan pedas yang diberi oleh juri juga saya sudah bersedia untuk menerimanya," seloroh Ogy.

SOROTAN 2011: Kontroversi, Kemeriahan Industri Perfileman

Posted: 28 Dec 2011 05:59 PM PST

PETALING JAYA: Penayangan pelbagai judul dan genre filem tempatan di pawagam terus merancakkan arena hiburan tanah air sepanjang 2011.

Tahun menyaksikan peningkatan pada jumlah filem yang ditayangkan iaitu 42 buah berbanding 39 pada tahun lalu.

Apa yang lebih menarik, industri perfileman turut diwarnai dengan rekod kutipan pecah panggung yang baru, selain rantaian kontroversi yang silih berganti.

Jika diselak pada sisi kecemerlangan, kita boleh tumpang gembira dengan kejayaan memberangsangkan oleh tiga filem yang mencatat kutipan tertinggi bagi 2011 iaitu KL Gangster dengan RM11.74juta, Ombak Rindu (RM11.05j) dan Hantu Bonceng (RM8.53j).

Namun, kalender perfileman kita turut tidak terkecuali daripada isu-isu panas dan sensasi termasuklah lambakan filem yang tertangguh menanti slot tayangan, trend filem seram yang mendapat teguran, pertikaian keputusan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) dan kontroversi berkaitan dengan beberapa buah filem.

Menerusi Sorotan 2011 ini, mari kita imbas 10 filem tempatan paling sensasi yang telah mencetuskan impak tersendiri sama ada positif atau sebaliknya.

Ombak Rindu

Arahan: Osman Ali

Tayangan: 1 Disember 2011

Kutipan: RM11.05 juta dan masih ditayangkan

Filem cinta dan air mata ini mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat jumlah kutipan luar biasa dan sekaligus mengungguli carta kutipan tertinggi filem Melayu setakat ini.

Menariknya, filem yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fauziah Ashari ini turut mengundang kontroversi apabila penulis tersebut mendakwa tidak mendapat royalti yang setimpal.

Kejayaan filem ini di pawagam membuktikan bahawa selera penonton kita tidak hanya terbatas pada filem seram seperti yang sering didakwa oleh segelintir penerbit sebelum ini.

... Dalam Botol

Arahan: Khir Rahman

Tayangan: 24 Mac 2011

Kutipan: RM570,000

Asal namanya Raja Azmi, memang tidak sah jika tiada kontroversi dikaitkan dengan penerbit dan penulis popular ini.

Walaupun ... Dalam Botol tidak menyerlah di pawagam, setidak-tidaknya filem ini berjaya memberikan impak ketika ia ditayangkan pada Mac lalu.

Filem ini dilihat membuka dimensi baru pada penghasilan filem tempatan apabila Raja Azmi dengan beraninya mengetengahkan tema lelaki transeksual yang julung kali buat filem Melayu sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Antara isu panas yang timbul termasuklah jumlah kutipan sebenar filem ini yang ditimbulkan oleh Raja Azmi apabila pelakon utamanya Arja Lee yang berbogel berdepan tindakan tatatertib kerana masih menuntut di Universiti Sains Malaysia.

Filem itu turut mendapat respons meluas daripada media di seluruh dunia termasuk New York Times Online, penyertaan di pelbagai anugerah termasuk festival filem gay iaitu Festival Filem Q di Jakarta, Indonesia dan peminggiran filem itu di FFM24 kerana temanya walaupun ia memaparkan lakonan dan mesej yang baik.

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)

Arahan: Yusry Abdul Halim

Tayangan: 10 Mac 2011

Kutipan: RM6.5 juta

Filem ini meninggalkan impak tersendiri pada kalender perfileman 2011. Ia boleh dianggap sebagai karya epik yang membanggakan kerana bukan sahaja pembikinannya digarap seakan sebuah filem epik antarabangsa, malah turut dinobatkan sebagai filem terbaik di FFM24.

Dengan terhasilnya HMM, penerbitnya KRU Studios telah membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan kreativiti yang tinggi, keterbatasan modal dan teknologi mampu diatasi untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti.

Ia juga membawa anjakan pada perfileman Melayu apabila mendapat pengedaran terbanyak di luar negara dan beberapa festival penting.

Walaupun kutipannya mencecah RM6.5 juta tetapi ia masih tidak cukup untuk mengatasi kos penerbitan yang mencecah RM8 juta itu.

Kongsi

Arahan: Farid Kamil

Tayangan: 12 Mei 2011

Kutipan: RM8.09 juta

Filem terbitan Metrowealth (MIG) ini memberikan kesan tersendiri pada dunia filem kita. Pertama,sebelum tayangan umumnya, ia sudah dicanang-canang sebagai sebuah filem aksi komedi yang luar biasa namun ramai yang kecewa selepas menonton kerana ia disifatkan tidak segah mana.

Bahkan, penerbitnya David Teo juga meletakkan sasaran kutipan yang tinggi iaitu RM12 juta tetapi ia gagal dicapai ekoran persaingan sengit filem-filem tempatan dan antarabangsa yang silih berganti.

Malah, filem ini juga dikecam oleh Pekida kerana seakan mempersendakan perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan.

Pun begitu, Kongsi boleh berbangga kerana aktor utamanya Shaheizy Sam diangkat sebagai pelakon lelaki terbaik di FFM24 menerusi watak Tumulak itu.

Hantu Bonceng

Arahan: Ahmad Idham

Tayangan: 31 Ogos 2011

Kutipan: RM8.53 juta

Filem yang ditayangkan pada musim perayaan Aidilfitri lalu ini turut tidak terkecuali daripada tempias kontroversi.

Ia menjadi semakin panas apabila dialog dalam salah sebuah babak yang melibatkan pelakon utamanya Zizan Razak telah dikecam oleh banyak pihak kerana dilihat seakan mempersendakan Nabi Muhammad.

Kronologi kes tersebut bermula apabila dialog yang dilontarkan oleh Zizan seolah-olah menyamakan Rasulullah dengan syaitan sehingga mengundang campur tangan pihak berkuasa, jabatan agama dan paling panas apabila ia melibatkan parti politik PAS.

Kontroversi filem itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan cara yang baik akhirnya.

KL Gangster

Arahan: Syamsul Yusof

Tayangan: 9 Jun 2011

Kutipan: RM11.74 juta

Filem kelima arahan pengarah muda Syamsul Yusof ini mencipta dua impak pada industri. Pertama, apabila rekod kutipannya sebanyak RM11.74 juta telah melonjakkan KL Gangster menjadi filem Melayu yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini.

Pencapaian itu bukan sahaja mencipta fenomena dan penanda aras baru pada kutipan filem Melayu, malah kejayaan filem Syamsul itu turut mengatasi fenomena sama yang pernah dilakukan oleh bapanya juga penerbit filem Datuk Yusof Haslam menerusi Sembilu 2 dengan kutipan RM6.1j (1995).

Kejayaan membanggakan itu bukan sahaja baik untuk pemangkin kerancakan filem termpatan, malah ia membuktikan keutuhan legasi anak beranak ini dalam menghasilkan filem-filem yang digemari oleh masyarakat.

Namun, filem yang dibintangi oleh Syamsul, Aaron Aziz dan Adi Putra ini turut terkena tempias 'panas' apabila berdepan kecaman daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang mendakwa filem itu mempersenda dan mendedahkan beberapa perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan.

Kontroversi itu akhirnya memaksa Yusof Haslam mengadakan pertemuan dengan pertubuhan itu bagi menyelesaikan perselisihan faham yang timbul.

Nur Kasih The Movie (NKTM)

Arahan: Kabir Bhatia

Tayangan: 19 Mei 2011

Kutipan: RM4.93 juta

Kemunculan NKTM sememangnya memberikan impak kepada para peminat filem Melayu.

Selepas kejayaan rating luar biasa yang dicatatkan oleh drama bersirinya di TV3 sebelum ini, tayangan filem yang dibintangi Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah ini cukup dinantikan oleh peminat siri itu.

Sayangnya, penantian itu tidak diterjemahkan dengan jayanya seperti ramalan banyak pihak apabila NKTM sekadar mengutip RM4.93 juta walaupun ia hangat diperkatakan sebelum itu.

Mungkin kerana plot filemnya yang terhad dan rumit atau persaingan dengan filem-filem tempatan lain ketika ia ditayangkan telah membantutkan peluang filem ini meraih kutipan yang lebih besar.

Ratu The Movie

Arahan: Prof Madya A Razak Mohaideen

Tayangan: 17 Mac 2011

Kutipan: RM200,000

Sambutan dingin daripada penonton terhadap filem yang berkisar tentang misteri pertandingan ratu cantik ini seakan membuktikan bahawa filem-filem arahan A Razak Mohaideen boleh ditolak oleh penonton jika tidak kena dengan formulanya.

Filem ini tidak terkecuali daripada tempias kontroversi salah seorang pelakonnya Nur Eina Azman didakwa telah mengeluarkan kenyataan dan membuat fitnah terhadap penerbit filem Abdul Latiff Mohaideen kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon iaitu Bkay Nair.

Susulan itu, pihak produksi Line Clear Motion Pictures telah menghantar notis peguam yang menuntut agar Eina membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya itu dan dia digugurkan daripada senarai pelakon.

Haq

Arahan: C.L. Hor & Jumaatun Azmi

Tayangan: 27 Januari 2011

Kutipan: RM800,000

Filem aksi ini menyaksikan percubaan sulung aktres Nanu Baharudin sebagai penerbit bersama.

Walaupun diterbitkan dengan kos produksi yang tinggi iaitu RM2.5j kerana aplikasi imej janaan berkomputer (CGI), ia gagal membawa pulangan apabila sekadar mengutip tidak sampai RM1 juta.

Barisan pelakon yang mantap iaitu Adi Putra dan Zulhuzaimy selain trailer filem yang memikat tidak mampu yang akhirnya kecundang di pawagam.

Malah, kontroversi yang melanda iaitu apabila Nanu didakwa melakonkan babak cium dan tampil seksi yang keterlaluan dalam filem itu juga gagal melonjakkan keterujaan penonton untuk memberikan peluang kepada filem ini.

Nasi Lemak 2.0

Arahan: Namewee

Tayangan: 8 September 2011

Kutipan: RM7 juta

Dengan kos penerbitan kurang daripada RM1 juta, produksi filem ini boleh berbangga apabila Nasi Lemak 2.0 berjaya memikat penonton segenap kaum untuk bertandang ke pawagam.

Walaupun ia terlebih dahulu disensasikan oleh isu hangat yang melibatkan pengarah dan pelakonnya Namewee yang mempersendakan lagu kebangsaan, Negaraku, isu tersebut dilihat membantu dalam menarik perhatian masyarakat untuk menonton filem ini.

Tanpa publisiti yang meluas, filem yang membariskan Adibah Noor dan Datuk David Arumugam ini turut berdepan kecaman umum yang meminta ia diharamkan.

Namun, kontroversi itu sedikit pun tidak menjejaskan filem ini apabila meraih kutipan RM7 juta.

Malah, perkhabaran terbaru tentang Namewee dan produksi ini adalah mereka sedang menjalani penggambaran filem kedua Hantu Gangster yang menampilkan Diana Danielle dan Noh (Hujan).

Apa yang diharapkan adalah kalender filem tempatan 2012 akan menjadi lebih rancak dan hebat dengan barisan filem yang bervariasi dan bertaraf tinggi, seiring dengan visi kerajaan untuk melonjakkan filem kita ke pasaran serantau.

* Jumlah kutipan filem adalah berdasarkan statistik daripada laman web Finas.

Ungku Ismail Sudah Jadi Pengarah

Posted: 28 Dec 2011 05:57 PM PST

Ungku Ismail sedang mendalami bidang pengarahan drama.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah drama, Ungku Ismail Aziz, 26, semakin seronok mendalami bidang lakonan dan pengarahan sejak melibatkan diri dalam industri seni bermula 2006.

Biarpun pernah mempunyai ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom, pelakon yang selesa dipanggil Is ini nekad untuk menjadikan dunia seni sebagai kerjaya sepenuh masa.

"Saya mahu meneroka kerjaya dalam industri seni ini lebih meluas dan sedalamnya. Tetapi ia adalah ketentuan kepada Allah yang menentukan di mana rezeki saya," katanya yang mengarah buat kali kedua menerusi drama "Antara Garisan" selepas "Ramadan Terakhir".

"Antara Garisan" akan disiarkan bermula 9 Januari depan, setiap Isnin pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Menurut Is, dia mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan setelah diperkenalkan oleh bekas pensyarahnya, Prof Jamaludin kepada Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab.

"Pada awal saya memasuki dunia lakonan, saya dibawa berjumpa dengan Jalena Rejab oleh "sifu" saya, Prof Jamaludin setelah saya memberitahunya yang saya meminati bidang lakonan.

"Selepas itu, saya diberi peluang berlakon watak pembantu dalam drama "Dunia Baru". Masa uji bakat drama ini, Abang Shahrul Ezad terlibat sekali.

"Kemudian saya mendapat tawaran berlakon drama "Sutun 2" yang diterbitkan oleh Abang Ezad. Sejak dari itu, saya mula belajar menulis skrip daripada Abang Ezad dan dalam masa setahun lebih saya menimba ilmu untuk mengarah drama daripada dia," katanya.

Tambahnya: "Saya mengambil jurusan kejuruteraan sebelum ini kerana minat dan meletakkan minat itu pada nombor tiga. Jadi, saya tidak merancang untuk bekerja dalam bidang kejuruteraan setakat ini."

Arnold Sambut Krismas Dengan Bekas Isteri

Posted: 28 Dec 2011 05:51 PM PST

Arnold dan Maria.

PELAKON Arnold Schwarzenegger yang bercerai dengan isterinya Maria Shriver pada Mei lalu akhirnya kembali bersatu pada Hari Krismas lalu.

Maria Shriver memang pernah meminta cerai pada Arnold dua bulan setelah Arnold mengaku curang kepadanya.

Bintang filem 'Terminator' itu diketahui berlaku curang kerana mempunyai hubungan rumah yang sudah bekerja untuk mereka selama 20 tahun.

Kecurangan yang berlaku sejak sepuluh tahun itu menyebabkan pembantu rumah berkenaan mendapat seorang anak lelaki.

Namun ketika menyambut perayaan Krismas pada Ahad lalu, mereka dan keempat anaknya kembali bersatu. Bahkan mereka kelihatan sangat bahagia.

"Mereka memiliki waktu yang sangat menyenangkan selama bercuti," kata sumber seperti dilaporkan oleh Showbizspy, Rabu.

Warna anggun dwifungsi

Posted: 28 Dec 2011 05:48 PM PST

BERBEZA...rona dalam Mac Holiday Glitter and Ice menampikan ton dwifungsi dan serakan warna unik.
BERBEZA...rona dalam Mac Holiday Glitter and Ice menampikan ton dwifungsi dan serakan warna unik.

ELEMEN dingin, kemilau serta magisnya pesona musim cuti diangkat sebagai tunjang utama yang melatari himpunan rona solekan Mac bagi hujung tahun ini.

Kemeriahan perayaan dan percutian akhir tahun nyata dipersembahkan dengan penuh semangat dan memukau menerusi pilihan warna terang dan unik.

  • Foto

    ADUN...Haritha (kiri) menekankan teknik adunan dalam solekan untuk hasil lebih menarik dan seimbang.

  • Foto

    MENARIK... kemeriahan perayaan dan percutian akhir tahun dipersembahkan Mac dengan rona memukau menerusi pilihan warna terang dan unik.

  • Foto

    MENARIK... kemeriahan perayaan dan percutian akhir tahun dipersembahkan Mac dengan rona memukau menerusi pilihan warna terang dan unik.

Namun, usah skeptikal dengan rona yang disediakan meskipun secara umumnya ia seakan tidak sesuai untuk digayakan bagi aktiviti harian.

Menurut Jurusolek Kanan Mac Cosmetics Malaysia, Haritha Shan, koleksi ini bertindak dwifungsi yang bukan saja untuk acara pesta, tetapi sesuai untuk penampilan siang yang lebih ringkas."Kombinasi antara dua atau tiga warna berbeza sebenarnya mampu membuatkan riasan kelihatan tidak keterlaluan."Warna dalam koleksi ini banyak memainkan ton terang dan keras, tetapi apabila diadun bersama rona lebih gelap, riasan akan tampak lebih segar dan seimbang.


"Pada masa sama, rona dalam koleksi ini turut bertindak sebagai penyerlah bagi mereka yang gemarkan solekan lebih tebal tapi masih sesuai digayakan siang atau malam," katanya.

Teknik adunan juga menjadi salah satu perkara utama bagi merias bibir menggunakan gincu serta pengilat bibir dalam koleksi ini yang pada dasarnya tampak pucat, kabut dan kusam.

"Mac Holiday Glitter and Ice 2011 menampilkan rona unik seperti Soft Sable (taupe kabut) dan Eloquent Air (putih-perak) yang pastinya bukanlah pilihan pertama di kalangan wanita kerana warnanya agak pucat.

"Tapi apabila ia digabungkan bersama warna lain yang lebih terang, ia mampu menghasilkan satu rona berbeza dan lebih menarik. Jika tidak mahu menggunakan dua gincu dalam satu masa, pilih pengilat bibir yang lebih terang seperti merah, fuchsia atau merjan untuk riasan sekata.

"Saya sentiasa percaya dengan teknik adunan ini kerana kita boleh mencipta riasan istimewa sendiri, di samping memberi peluang untuk bereksperimen dengan warna yang sesuai untuk ton kulit kita," ujarnya.

Pada masa sama, Haritha tidak menggalakkan pembaziran barangan solekan apabila tersilap membeli warna, sebaliknya dapatkan satu atau dua warna tambahan yang lebih terang, lembut atau gelap, bergantung kepada padanan warna asal.

"Sebagai wanita kita terdorong untuk membeli barangan solekan tanpa memikirkan keperluan penggunaan selepas itu. Apabila pulang ke rumah, baru kita sedar warna yang dibeli itu dirasakan terlalu gelap atau terang lalu tidak sesuai dengan cita rasa kita.

"Jangan buang warna itu, tetapi cuba adun dengan warna lain. Mungkin kombinasi itu dapat menghasilkan satu warna unik yang sesuai dengan ton kulit kita," jelasnya.

Koleksi Mac Holiday Glitter and Ice ini boleh didapati di butik Mac seluruh Malaysia pada harga antara RM44 hingga RM288.

Impian menggunung Faizal

Posted: 28 Dec 2011 05:45 PM PST

  • Foto

  • Foto

Pengalaman 15 tahun dalam muzik, tapi belum sedia cipta lagu sendiri

KELIBATNYA kerap kelihatan di televisyen, mengendalikan sekumpulan pemuzik profesional. Sebagai Pengarah Muzik untuk beberapa program hiburan yang menampilkan penyanyi popular negara serta yang terbaru Vokal...Bukan Sekadar Rupa, tugas Faizal Uzir boleh dianggap sebagai tulang belakang kepada sesebuah program itu.Pincang muzik yang dipersembahkan, pincanglah juga keseluruhan program itu meskipun dari segi produksi dan artis yang membuat persembahan mempunyai reputasi yang bukan sembarangan. Bukan mudah menggalas tanggungjawab itu.
Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik dari UiTM Shah Alam ini, sebelum berada pada kedudukan sekarang, dia terlebih dulu menimba pengalaman dengan menjadi pemuzik pengiring untuk pelbagai acara hiburan.

Sebaik tamat pengajian pada 1996, banyak membuat persembahan sebagai pemuzik undangan untuk beberapa acara membabitkan artis penyanyi seperti Mas Idayu dan Hattan. Dari situ belajar serba sedikit dan mencari pengalaman untuk dijadikan ilmu.

Perkenalannya dengan pemuzik dan pengarah muzik, Helen Yap banyak mengubah kehidupan Faizal. Helen dianggap sebagai sifu dan juga mentornya dalam bidang ini.

Bermula sebagai pemuzik biasa hinggalah diberi kepercayaan oleh pihak stesen untuk menjadi pengarah muzik program hiburan mereka. Program hiburan pertama sebagai pengarah muzik adalah rancangan hari raya Teratak Siti Nurhaliza kira-kira tahun.
Bercerita mengenai tugasnya itu, jejaka berusia 37 tahun ini berkata, antara perlu dilakukan adalah membuat susunan semula muzik untuk disesuaikan dengan persembahan seseorang artis itu.

"Contohnya, kalau ada penyanyi tidak mahu intro sesebuah lagu itu seperti dalam cakera padat, saya akan menggubahnya. Begitu juga jika terdapat lagu yang disampaikan secara medley, kerja saya menyusun semula muzik itu mengikut apa yang dimahukan penyanyi terbabit.

"Biasanya sebelum melakukan tugas itu, saya terlebih dulu mengkaji tahap suara mereka untuk disesuaikan dengan muzik yang hendak digubah. Biasanya hanya penyanyi yang tahu mengenai muzik saja yang akan saya layan. Jika tidak, saya akan buat sendiri," kata Faizal yang pernah menganggotai kumpulan muzik Dominan.

Antara penyanyi yang pernah mendapat sentuhannya adalah Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ziana Zain, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah.

"Diberi kepercayaan menjadi tulang belakang persembahan penyanyi ini ibarat satu ganjaran di atas kerja keras saya. Mereka adalah penyanyi yang sangat profesional," kata Faizal yang menjadikan Datuk Ramli MS dan Aubrey Suwito sebagai idola.

Impiannya selepas 15 tahun berkecimpung dalam bidang muzik ialah mahu melebarkan kebolehannya di peringkat Asia, sekurang-kurangnya di luar tanah air sendiri. Anak jati Kluang, Johor ini menyimpan hasrat untuk dikenali sehingga ke peringkat lebih tinggi dan meletakkan tempoh lebih lima tahun untuk dia merealisasikan impiannya itu.

"Saya ingin dikenali seperti komposer dan pengarah muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa. Sebelum itu, saya harus mempersiapkan diri terlebih dulu dengan mengisi pelbagai ilmu serta mengumpul pengalaman dalam bidang muzik," katanya.

Sekalipun bercita-cita besar seperti Erwin, tetapi Faizal tidak pula mempunyai impian mencipta lagu sendiri. Ia bertentangan dengan impiannya. Memberi alasan belum bersedia, tidak seharusnya ada pada diri Faizal yang mengaku sudah 15 tahun dalam bidang muzik.

"Pernah juga saya mencuba untuk menulis lagu tapi hasrat itu terbantut kerana dalam fikiran saya terlalu banyak melodi yang harus dimuatkan dalam sesebuah lagu sehingga sukar untuk saya buat pilihan.

"Seorang komposer dan juga penggubah lagu memang berbeza. Komposer akan mencipta apa saja melodi yang terlintas di fikirannya, manakala penggubah lagu begitu cerewet kerana terlalu banyak melodi yang ingin disumbat dalam sesebuah lagu itu. Jadi saya fikir, biarlah tugas mencipta lagu itu diberikan pada orang lain," itulah alasan Faizal mengapa tidak bersedia menghasilkan karya sendiri.

Rakyat Terengganu banjiri Karnival Hijrah

Posted: 28 Dec 2011 05:43 PM PST


Aksi kumpulan nasyid Al Mawlid menghiburkan pengunjung karnival hijrah di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


Karnival Hijrah 2011 mencatatkan sejarah apabila lebih 200,000 pengunjung membanjiri Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sepanjang tiga hari ia berlangsung mulai 22 Disember lalu.

Karnival yang julung kali diadakan itu adalah anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman dan TV AlHijrah.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan karnival tersebut yang berjaya menarik penyertaan masyarakat dari seluruh negeri itu.

Acara kemuncak adalah konsert Hijrah yang bersiaran secara langsung di pentas utama Karnival Hijrah, tepat pukul 9 malam Sabtu lalu.

Antara artis tanah air yang membuat persembahan adalah kumpulan nasyid Al Mawlid, Yassin, UNIC, Rabbani, Aisyah, Nora, Jay Jay, Ustaz Zul (kumpulan Visa), Amin (Adik-Adikku) dan ramai lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda berpuas hati dengan sambutan yang amat menggalakkan oleh penduduk Terengganu.

"Terima kasih juga diucapkan kerana ramai penduduk Terengganu yang sentiasa mengikuti program-program TV AlHijrah.

"Ini dapat dilihat apabila mereka mengenali dan berinteraksi dengan hos-hos program kami di sepanjang Karnival Hijrah," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Kemaman, Zulkifli Ahmad menyifatkan karnival itu memberi banyak manfaat terutama bagi mereka yang mahu mendekati stesen televisyen Islam pertama di negara itu.

Selain itu, katanya, ia juga memberi pendedahan kepada pelbagai agensi agama di bawah JPM dan juga dapat mengenali Jakim dengan lebih dekat.

"Saya sempat melawat gerai Pameran Jakim, Tabung Haji, dan menyaksikan rakaman 30 Minit bersama Ustaz Don," katanya.

Panduan hotel mesra pelanggan Muslim

Posted: 28 Dec 2011 05:41 PM PST


Selain makanan halal, hotel mesra Muslim perlu memiliki pakej termasuk petugas yang berpakainan menutup aurat. - Gambar hiasan


INDUSTRI perhotelan negara semakin berkembang seiring dengan pertumbuhan produktiviti pelancongan negara. Statistik Kementerian Pelancongan mencatatkan peningkatan kemasukan pelancong asing dari 10.2 juta (tahun 2000) kepada 24.6 juta orang (2010). Malah, jumlah ini sangat ketara di kalangan pelancong negara-negara Islam, terutama Timur Tengah iaitu peningkatan hampir empat kali ganda dalam tempoh enam tahun pada 2010.

Walaupun begitu, penawaran tempat penginapan terutamanya hotel yang mesra pengguna Muslim agak berkurangan. Isu-isu sensitif umat Islam seperti tanda arah kiblat, makanan halal, minuman keras, aktiviti pelacuran, perjudian, bilik persalinan, kolam renang terbuka dan sebagainya sering tidak dititik berat oleh pihak yang bertanggung jawab.

Justeru, sebagai panduan untuk mewujudkan hotel yang lebih mesra pelanggan Muslim, kita seharusnya kembali merujuk kepada al-Quran dan hadis yang cahaya panduan dalam setiap aspek kehidupan manusia. Walaupun bukan secara terus, namun suruhan, larangan dan pedoman wahyu menjadikan kita tidak hilang idea dalam perkara ini.

Reka bentuk dan ruang bilik air dan tandas, sama ada di kawasan hotel atau dalam bilik penginapan adalah suatu yang penting untuk diteliti. Secara asas, Rasulullah SAW melarang membuang air kecil atau besar dengan menghadap ke arah kiblat.

Justeru, hotel yang bercirikan Islam sepatutnya merancang lokasi dan pelan bilik air dan tandas supaya pelanggan tidak menghadap kiblat ketika qada' hajat.

Kemudahan bilik air seperti paip air untuk berwuduk atau beristinjak mestilah ada dan bukannya hanya diletakkan tisu semata-mata. Kelengkapan lain seperti kain basahan, peralatan kecil lain seperti berus gigi, ubat gigi halal dan seumpamanya disyorkan diwujudkan.

Ini secara langsung membantu pelanggan supaya mematuhi galakan mandi tidak berbogel dan sunnah sentiasa bersiwak.

Pihak hotel juga boleh menyediakan ruangan ibadah khas dalam bilik penginapan. Ruangan ini boleh dilengkapi dengan waktu solat, tikar, sejadah, telekung, ketayap, tasbih dan sebagainya bagi memudahkan pelanggan menunaikan ibadah. Selain itu, tanda arah kiblat adalah suatu kemestian selain disediakan naskah al-Quran dan terjemahannya untuk setiap bilik.

Suasana di sekeliling bilik penginapan, terutamanya ruangan solat janganlah dipenuhi dengan gambar-gambar yang boleh mengganggu konsentrasi solat.

Malah, Rasulullah SAW mengingatkan bilik dan ruang yang mempunyai gambar haiwan atau patung tidak akan dimasuki oleh malaikat rahmat.

Solat adalah wajib ditunaikan, terutama pada awal waktu dan dilakukan secara berjemaah. Justeru, pihak hotel perlu menyediakan surau atau bilik khas yang dijadikan musalla (tempat solat) dan lengkap dengan tempat wuduk. Ini sebagai langkah mesra Muslim bagi memberi kemudahan kepada pekerja dan pelanggan menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.

Lebih baik lagi jika pihak hotel menyediakan imam, bilal dan siak yang bertugas setiap hari. Laungan azan pula bolehlah dikumandangkan pada setiap waktu solat. Malah, rutin hotel begini juga boleh mengelakkan jin jahat daripada berlindung kerana syaitan takut kepada azan.

Lokasi surau

Selain itu, papan tanda dan arah hendaklah jelas selain lokasi surau itu sendiri berada di tempat yang strategik untuk disinggahi oleh pelanggan. Surau atau musalla ini juga hendaklah sentiasa bersih, terjaga dan wangi.

Ruang dapur perlu diberi perhatian dalam industri hotel kerana salah satu piawai penilaian hotel adalah pada tahap kebersihannya. Makanan pula mestilah berkualiti, materialnya halal dan daripada sumber yang halal. Dalam hal ini, kebersihan ruang dapur dan kehalalan dan kualiti makanan amat perlu dititik beratkan.

Imam al-Ghazali menganggap aspek pemakanan adalah sebahagian daripada urusan agama. Ini juga selaras dengan pesanan al-Quran dan hadis yang sering menggandingkan istilah halal dan tayyib (baik).

Ia sebagai mana Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia, makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168)

Oleh itu, setiap hotel yang bercirikan Islam hendaklah memenuhi piawai halal yang ditetapkan dalam negara seperti garis panduan makanan dan minuman halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan piawai Standard Malaysia MS 1500:2009 (Makanan Halal : Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum) Jabatan Standard Malaysia (DSM) di samping selari dengan Akta Perihal Dagangan 1972, GHP (Amalan Kebersihan Baik) dan sebagainya. Hotel dan dapur hotel bercirikan Islam juga mesti mendapat sijil halal.

Pihak hotel juga disyor memberi nilai tambah kepada ciri keislaman dengan menyediakan minuman dan makanan pencuci mulut daripada makanan yang disebut dalam al-Quran dan hadis seperti madu, zaitun, tin, delima, kurma, kismis dan habbatul sauda'.

Makanan atau minuman yang haram seperti arak tidak boleh disajikan kepada pelanggan. Restoran atau ruang makanan seperti di koridor bilik seminar atau dewan juga disyorkan mempunyai kerusi yang memadai untuk pelanggan. Ini bagi mengelakkan pelanggan makan dan minum secara berdiri yang bukan suatu yang digalakkan dalam sunnah Rasulullah SAW.

Industri perhotelan mempunyai struktur organisasi yang ramai, iaitu daripada pengurus hinggalah kepada tukang sapu. Namun, realitinya pihak hotel tidak menyediakan jawatan yang terlibat dalam urusan keagamaan.

Justeru, hotel bercirikan Islam sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya seorang Pegawai Agama yang boleh memberi justifikasi kepada sebarang perkara berkaitan hukum hakam. Pegawai Agama dan stafnya juga boleh berperanan melaksanakan dakwah dan amar makruf nahi munkar.

Justeru, pihak hotel perlu mengambil inisiatif mewujudkan Majlis Penasihat Syariah seperti dalam industri perbankan dan takaful negara. Ia boleh berfungsi menasihati, memantau serta mengenal pasti pelaksanaan urusan sama ada dari segi fizikal, makanan dan persekitaran sentiasa berada dalam piawaian syariah.

Hotel mesra Muslim juga wajib mempunyai kod pakaian yang selari dengan Islam. Para pekerja hotel dan rumah penginapan juga perlu menjaga etika ketika bertugas, mengawal pergaulan, personaliti selain bersikap prihatin dan jujur terhadap pelanggan.

Hotel yang bercirikan Islam juga bertanggung jawab ke atas perilaku dan aktiviti pelanggan. Justeru, hotel perlu memastikan pasangan lelaki dan perempuan yang menginap adalah pelanggan yang sah daripada segi hubungan syarak. Mereka yang belum berkahwin dan bukan mahram tidak boleh menginap dalam satu bilik.

Oleh itu, hotel sewajarnya meletakkan peringatan dalam pamplet, risalah, papan tanda dan seumpamanya tentang larangan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Selain itu, segala aktiviti dan makanan serta minuman haram seperti arak perlu disekat daripada dibawa masuk oleh pelanggan.

Industri perhotelan biasanya menyediakan pelbagai kemudahan sampingan kepada pelanggan seperti televisyen, kelab, kolam mandi, akhbar dan sebagainya. Sebagai hotel mesra Muslim, perkara ini juga perlu diberi pertimbangan supaya selari dengan syariah.

Justeru, televisyen sepatutnya mempunyai saluran informasi Islam dan hanya melanggan saluran bersesuaian seperti pendidikan, selain mengelak melanggan saluran yang tidak bermanfaat. Jadual waktu solat, senarai masjid dan restoran halal berdekatan hotel harus disediakan di kaunter hadapan untuk rujukan pelanggan

Kelab, pusat hiburan, pusat urut dan sebagainya sewajarnya dipisahkan antara lelaki dan perempuan selain tiada ruang untuk pergaulan bebas dan dalam suasana gelap.

Kolam renang pula wajib dipisahkan lelaki dengan perempuan di samping ingatan penggunaan pemakaian yang sesuai dengan syarak.

Selain itu, pihak hotel juga boleh mengadakan program keilmuan Islam dari masa ke semasa. Risalah dan pelekat peringatan seperti doa harian perlu diedar dan ditampal di tempat strategik serta berkaitan.

Program berkala seperti ceramah, kuliah dan bentuk tazkirah bukan lisan seperti di papan notis, banner dan sebagainya juga perlu diberi perhatian.

Penawaran mengikut kuasa pelanggan. Jika ramai pelanggan yang berkehendakkan begitu, pasti pengusaha hotel akan menawarkannya.

Harapan baru pengurusan sisa pepejal negara

Posted: 28 Dec 2011 05:40 PM PST


Mohd. Zain Hassan (kiri sekali) bersama penduduk menunjukkan tanda bagus pada majlis penyerahan tong sampah baru secara percuma bertempat di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Air larut resap (leachate) meleleh sepanjang jalan, masa kutipan tidak mengikut jadual ditetapkan, sampah bertaburan, bau memualkan dan pandangan menjijikkan.

Itu adalah antara rungutan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan syarikat konsesi negara dalam menjalankan kewajipan memungut sisa pepejal di kawasan perumahan dan sebagainya.

Tidak pernah lekang di bibir masyarakat akan bait-bait kata mengeksplisitkan ketidakpuasan hati perkhidmatan syarikat konsesi negara sama ada dalam kalangan jiran, rakan sepejabat mahupun penggunaan media.

Namun demikian, penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 pada 1 Septemper lepas, seolah-olah memberikan harapan baru kepada masyarakat dan negara.

Menerusi penguatkuasaan akta ini, kesemua mata ditumpukan khusus kepada peranan syarikat konsesi dalam mengevolusikan perkhidmatan ditawarkan kepada masyarakat.

Impian masyarakat melihat transformasi bersifat holistik yang diinginkan selama ini agar tiada lagi senario sedemikian serta matlamat negara mencapai status negara maju, diyakini dapat direalisasikan menerusi pelaksanaan akta berkenaan.

Akan begitu, ia merungkai kepada persoalan adakah syarikat konsesi seperti Alam Flora sudah bersedia dalam perjalanan misi itu?

Masakan tidaknya, pengurusan sisa pepejal kepada Alam Flora telah bermula sejak 1997 lagi, bermakna usia tanggungjawab syarikat konsesi ini kepada negara sudah mencecah 14 tahun.

Bukan satu masa yang singkat, kerana sepanjang tempoh itu adalah sewajarnya pengurusan sisa pepejal bagi kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada Alam Flora sudah mencapai tahap memberangsangkan namun ia masih lagi disusuli dengan pelbagai rungutan.

"Penswastaan secara interim telah berlangsung selama 14 tahun bermula 1997 lagi di bawah pemantauan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Sebelum itu, pengurusan sisa pepejal adalah di bawah kelolaan PBT.

"Dengan terlaksananya penswastaan ini, (pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007), kini pihak PBT lebih fokus menjalankan pelbagai tugas seperti kutipan cukai bangunan, isu buat jalan, lampu rosak tanpa fokus pada isu sampah lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd. Mohd. Zain Hassan kepada Bernama sambil tidak mahu menyalahkan sesiapa akan senario pengurusan sisa pepejal sebelum ini.

Mungkin disebabkan kepelbagaian tugas yang dibahukan ke atas PBT, menyebabkan usaha pemantauan terhadap isu pembuangan sampah tidak dapat direalisasikan sepenuhnya.

Bagaimanapun, tidak lagi menerusi penguatkuasaan akta ini.

Menerusi akta itu, bukan sahaja kerajaan dapat menguatkuasakan pelaksanaan penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan pengurusan daripada PBT malah ditetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang lebih ketat kepada syarikat konsesi yang dilantik.

Alam Flora yang bertanggungjawab terhadap kawasan tengah dan timur Semenanjung Malaysia, merangkumi seluas 63,000 kilometer persegi, berusaha mengubah pengurusan sisa pepejal secara berperingkat-peringkat.

"Sekarang ini kita akan dipantau oleh satu badan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu PPSPPA (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) yang difahamkan mempunyai lebih 1,000 pegawai yang akan memantau dari segi kualiti kerja kami.

"Ketika ini, Alam Flora diberi satu tahun grace period ataupun peralihan bermula 1 September lepas sehingga akhir Ogos tahun depan.

"Semasa proses peralihan ini Alam Flora bertanggungjawab menyediakan kenderaan baru, membeli dan mengedar tong sampah baru kepada masyarakat.

"Menjelang 1 September 2012, bermulalah tahun pertama untuk Alam Flora menjalankan 30 peratus kawasan yang dikenakan KPI baru merangkumi enam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kuantan, Pekan dan dua lagi PBT yang dicadangkan untuk diambil alih pada tahun hadapan iaitu Kuala Terengganu dan Kota Bahru," katanya.

Tambah Mohd. Zain, proses peralihan yang berakhir 2015 akan menyaksikan kesemua 32 kawasan (tidak termasuk Selangor) di bawah penyeliaan Alam Flora akan menggunakan KPI penswastaan penuh yang lebih ketat.

Berbelanja ikut keperluan

Posted: 28 Dec 2011 05:39 PM PST


Berbelanja keperluan sekolah anak-anak mengikut keperluan supaya tidak membazir. - Gambar hiasan


PENGGAL persekolahan 2012 bakal bermula minggu depan. Jika sebelum ini ibu bapa berhabisan belanja untuk perayaan kini tibalah masa pula untuk berbelanja keperluan anak-anak ke sekolah.

Lazimnya, keperluan ini memerlukan kos yang agak tinggi apatah lagi bagi yang mempunyai anak yang ramai ke sekolah.

Jika dahulu RM200 mungkin cukup untuk keperluan seorang anak tetapi musim sekarang dengan keadaan yang serba mahal, nilai tersebut sudah tidak mencukupi.

Malah, harga sepasang kasut sekarang melebihi RM30 itu belum lagi ditambah dengan sepasang baju baru dan keperluan yang lain.

Bagi yang berkemampuan ia mungkin tidak memberi masalah namun bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah ditambah lagi memiliki anak yang ramai dan bersekolah, keadaan itu sangat membebankan.

Diakui bahawa pada zaman sekarang tidak seperti 20 atau 30 tahun lepas, semua harga barangan atau perkhidmatan telah berlipat kali ganda lebih tinggi.

Kalau dahulu, anak-anak dibekalkan wang saku RM2 tetapi sekarang harga nasi lemak sahaja melebihi harga itu.

Keadaan ini menuntut ibu bapa supaya bersikap lebih 'berkira' dengan anak-anak mereka selain mengamalkan sikap berjimat cermat.

Menurut Pengasas Hijrah Wealth Management, Rohani Shahir, ada banyak kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam mendepani permasalahan sebegini.

Antaranya adalah mengajar anak-anak untuk faham dan mengamalkan budaya berjimat cermat dan tidak bermewah-mewah.

"Dalam situasi ini kita perlu mendidik mereka supaya tidak terikut-ikut gaya berbelanja besar seperti rakan-rakan yang berada, sebaliknya berbelanja sekadar berpada-pada dan mengikut kemampuan diri,'' ujarnya.

Dalam situasi sedemikian katanya, ajarlah anak-anak supaya berjimat cermat dan tidak terlalu mengikut hati membeli keperluan.

"Didiklah anak-anak supaya membeli barangan yang perlu sahaja dan tidak membazir, sekiranya barang lama boleh digunakan, apa salah terus digunakan,'' ujarnya lagi.

Katanya lagi, banyak cara untuk menjimatkan belanja kita kita benar-benar mahu berbuat demikian, kepada keluarga besar, buku abang atau kakak misalnya boleh digunakan lagi, begitu juga dengan pakaian seragam sekolah yang masih elok digunakan.

"Jika baju masih elok, tidak salah kalau 'ditukar milik' kepada adik pula,'' ujarnya lagi.

Dalam situasi itu, beritahu anak-anak bahawa barangan tersebut masih elok dan masih boleh digunakan.

Keadaan ini katanya, sekali gus mendidik anak-anak supaya berjimat cermat dan juga bertolak ansur sejak daripada kecil lagi.

Dalam masa sama, beritahu mereka tentang keadaan sebenar iaitu dalam situasi ekonomi tidak menentu, anak-anak perlu dilatih supaya mengetahui 'aliran tunai' duit perbelanjaan mereka.

Dengan cara ini, anak-anak faham jika duit keluar itu lebih banyak daripada duit masuk, ini menunjukkan bahawa mereka mungkin perlu menyingkirkan apa-apa pembelian barangan yang tidak patut dan merugikan.

Kaedah ini juga boleh melatih anak-anak supaya mempunyai wang simpanan untuk tujuan kecemasan dan keperluan terdesak pada masa hadapan.

Sementara itu, pensyarah, Sekolah Pengajian Pengurusan, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Noor Hilyati Alilah pula berpendapat, sikap ibu bapa sebenarnya mencorakkan keperibadian anak-anak.

Dalam situasi ini, ibu bapa perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menguruskan keperluan anak-anak.

"Dalam situasi membeli keperluan anak-anak, ibu bapa disaran supaya menyimpan keperluan itu daripada awal tahun lagi.

"Tidak salah, kalau ibu bapa membuat simpanan dari awal tahun lagi, keadaan ini menjadikan wang yang disimpan itu boleh digunakan pada akhir tahun yang sememangnya memerlukan kos yang sangat tinggi.

"Jika RM50 sebulan disimpan, pastinya jumlah tersebut sudah memadai untuk keperluan dua orang anak, keadaan ini juga membuatkan ibu bapa sendiri tidak perlu mengeluarkan kos lain untuk membeli keperluan sekolah anak-anak,'' katanya lagi.

Katanya lagi, keadaan itu juga membuatkan ibu bapa tidak 'pening kepala' untuk memikirkan untuk mencari dana lain untuk tujuan membeli keperluan persekolahan anak-anak.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyarankan supaya ibubapa membuat persediaan secara berperingkat-peringkat,

Keadaan itu, tegasnya membuatkan ibu bapa tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk membuat keperluan anak-anak.

"Tidak salah kalau membuat persediaan awal dan membeli sedikit demi sedikit sejak awal lagi untuk keperluan anak-anak, keadaan ini sebenarnya mampu mengurangkan kos,'' katanya lagi.

Parti Kolam Friso meriah

Posted: 28 Dec 2011 05:38 PM PST


Salah satu acara yang menarik perhatian kanak-kanak di Parti Kolam Friso.


Sifat semula jadi kanak-kanak sememangnya begitu dekat dengan apa saja bentuk aktiviti yang membabitkan air.

Suasana tersebut sekali lagi dapat disaksikan pada Parti Kolam Friso yang berlangsung di Sunway Lagoon baru-baru ini.

Lebih 1,500 ibu bapa dan kanak-kanak memeriahkan acara anjuran Friso, salah satu jenama produk susu terkenal di negara ini.

Parti Kolam Friso itu dianjurkan untuk meraikan ibu bapa dan anak-anak kecil mereka tanpa perlu berasa bimbang tentang kesan aktiviti di luar rumah terhadap anak.

Pengarah Pemasaran Dutch Layd Malaysia, Rahul Colaco berkata, ibu bapa selalunya risau apabila anak-anak kecil bermain atau melakukan aktiviti yang mereka sukai di luar rumah.

Kebimbangan tersebut lebih menjurus kepada ketahanan diri anak-anak daripada anasir luar seperti bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

"Kami cuba untuk menyakinkan ibu bapa bahawa anak-anak yang mengambil Friso Gold tidak perlu terlalu bimbang kerana ketahanan badan anak mereka dilindungi dari dalam.

"Acara hari ini adalah antara buktinya di mana kami raikan ibu bapa dan anak-anak mereka dalam acara penuh meriah sambil bermain air di Sunway Lagoon," kata Colaco.

Pelbagai acara menyeronokkan berlangsung seawal 9 pagi lagi iaitu sebaik saja pintu taman tema air tersebut dibuka kepada orang ramai.

Antara aktiviti menarik untuk anak-anak termasuk aerobik kanak-kanak, angin kebuk belon, permainan gelung hula dan persembahan oleh Badut Coco sebagai pembuka tirai di luar taman tema .

Selain itu ibu bapa yang hadir juga berpeluang menyertai acara mencari harta karun di pantai dan permainan air yang berlainan.

Semua aktiviti ini dibangunkan khas untuk ibu bapa serta kanak-kanak yang mana ia dibina berasaskan kebolehan kognitif, penyelarasan, pemikiran logik dan kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak.

Ketika menyertai permainan, pasukan ibu bapa dan anak-anak mereka mempunyai peluang untuk mengisi pasport aktiviti mereka.

Mereka yang menyerahkan pasport lengkap kepada pihak penganjur selepas permainan berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik seperti skuter, khemah kubah dengan bola permainan dan set Lego.

"Kejayaan perhimpunan awam Friso yang pertama untuk ibu bapa dan kanak-kanak ini telah memberi ilham kepada kami untuk meneroka cara-cara yang lebih menyeronokkan bagi menggalakkan ibu bapa muda merapatkan hubungan dengan anak masing-masing.

"Yang pastinya kami akan menganjurkan lebih banyak acara yang menarik dan menyeronokkan bagi keluarga-keluarga muda untuk bertemu dan bergaul dalam persekitaran yang aktif sekali gus membolehkan ibu bapa menerokai dunia bersama-sama dengan anak-anak mereka," kata Colaco.

Sementara itu, Friso Gold dirumus khas dengan Dwi Sistem P2, yang mengandungi Agen Sinbiotik Friso iaitu satu gabungan Prebiotik dan Probiotik (Bifidobacterium lactis, Lactobacillus paracasei).

Satu kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menerima Sinbiotik, satu gabungan Prebiotik dan Probiotik, menunjukkan kecenderungan lebih rendah terhadap cirit-birit dan alahan.

Prebiotik membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan mengekalkan persekitaran usus yang sihat.

Ia juga mengandungi DHA, AA dan SA, yang mempercepatkan penyampaian maklumat antara sel-sel otak.

Tertib raja sehari

Posted: 28 Dec 2011 05:35 PM PST


Pasangan berumah tangga tidak harus mengambil mudah aspek-aspek yang mampu mengukuhkan rumah tangga mereka. - gambar hiasan


TERSENYUM apabila terdengar satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang sahabat tentang perlunya pertukaran istilah 'raja dan ratu sehari' kepada istilah lain.

Walaupun ia satu frasa 'penyedap bahasa' sahaja, namun ada wajarnya kerana 'sehari' itu merujuk kepada tempoh yang terlalu sekejap hinggakan begitu banyak sekali kes perceraian yang berlaku pada usia awal perkahwinan.

Rasionalnya, setiap tutur kata yang keluar dari mulut itu juga adalah doa maka wajarlah istilah tersebut ditukar demi kelangsungan sebuah rumah tangga yang rukun bahagia.

Menambah bukti terhadap pernyataan di atas ialah dengan meningkatnya kes penceraian melibatkan usia perkahwinan di bawah lima tahun tahun demi tahun.

Benar ia satu senario yang amat membimbangkan apatah lagi jika pasangan bercerai sudah memiliki cahaya mata.

Bukankah ia sepatutnya tidak berlaku kerana rumah tangga itu dibina atas dasar kasih sayang dan ikrar untuk menjaga satu sama lain?

Antara yang dilihat menjadi punca kepada rumah tangga yang tidak bahagia adalah kerana pasangan suami isteri muda ini tidak mengamalkan tertib pengantin sebelum bergelar suami isteri.

Perunding perkahwinan berpengalaman, Raja Andak Raja Hussin atau lebih dikenali dengan panggilan Andak berkata, tertib pengantin boleh disimpulkan sebagai disiplin diri atau etika pasangan lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumah tangga.

"Kedua-dua sama ada lelaki mahupun perempuan yang sudah memutuskan mahu menjadi pasangan suami isteri mesti berjanji untuk mengikuti tertib ini sehinggalah mereka diijabkabulkan.

"Tertib ini amat penting kerana ia secara tidak langsung menjamin kebahagiaan dalaman dan luaran, impian membentuk keluarga bahagia andai mereka berdua berjanji untuk mempraktikkannya," jelas Raja Andak yang ditemui baru-baru ini.

Dalam zaman yang serba ringkas dan berteknologi tinggi ini ramai muda mudi yang mengambil mudah tentang perkara asas seperti adab sopan, kelakuan diri, sifat malu dan mengawal diri, serta menjaga perasaan orang lain terutama keluarga dan bakal mertua.

"Alangkah ruginya jika bakal pengantin tidak mengamalkan tertib-tertib ini, kerana ia adalah punca utama mengapa sebuah kerukunan rumah tangga itu tidak dapat bertahan untuk satu jangka masa yang panjang," tegasnya.

Pengalaman pelajaran paling berharga

Tambahnya, jika diimbas pada zaman kira-kira 50 tahun dahulu ibu bapalah yang banyak memberi panduan dan menegur dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka walaupun setelah anak-anak berkahwin.

Namun situasi itu sudah amat jarang dipraktikkan memandangkan ibu bapa kini menyerahkan segala urusan rumah tangga secara mutlak kepada anak mereka.

"Mungkin ini berlaku kerana kebanyakan anak-anak kini berpelajaran tinggi dan ibu bapa menganggap mereka tidak layak untuk memberi nasihat, padahal ia tidak patut berlaku begitu kerana pengalaman adalah pelajaran yang paling berharga dalam hidup.

"Alam bujang dan alam bergelar suami atau isteri adalah dua dunia yang amat berbeza. Transformasi inilah yang perlu dipandu dengan cermat oleh ibu bapa supaya anak tersebut berjaya mengemudikan diri dan ahli keluarga dengan lebih matang dan rasional.

"Dalam pada itu, ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak yang baru memasuki alam rumah tangga ini agar pandai hidup bermasyarakat kerana ia amat penting bagi mendapatkan kehidupan yang berkualiti dan stabil," ujarnya.

Penari tiang Siam dicekup

Posted: 28 Dec 2011 05:32 PM PST

GRO warga Thailand ditahan dalam serbuan di pusat hiburan Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, awal pagi semalam. - Foto Yong Chee Choong
GRO warga Thailand ditahan dalam serbuan di pusat hiburan Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, awal pagi semalam.68 GRO warga asing ditahan dalam dua serbuan

KUALA LUMPUR: Seramai 68 wanita pelayan pelanggan (GRO) termasuk 17 warga Thailand yang sedang menghiburkan pelanggan dengan tarian ghairah dan tarian tiang ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di ibu negara, awal pagi semalam.Ketika serbuan mengikut Ops Noda oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), seorang pondan warga Thailand yang asyik menari tarian ghairah di hadapan 27 pelanggan turut ditahan.
Pondan yang sudah menukar jantina berusia 20-an itu ditahan dalam serbuan pertama sekitar jam 12.30 tengah malam di sebuah pusat hiburan Jalan Changkat Thambi Dollah.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mat Isa, berkata 17 wanita Thailand dan pondan yang berusia antara 21 hingga 33 tahun itu turut didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat hiburan berkenaan.

"Kita percaya mereka kerap keluar masuk ke negara ini dan pernah bekerja di beberapa pusat hiburan sekitar ibu negara secara haram.

"Kita dapati pusat hiburan itu yang dipercayai baru empat minggu beroperasi tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan," katanya.
Azman berkata, pengusaha pusat hiburan itu didapati menggunakan khidmat wanita Thailand untuk menarik pelanggan dengan menganjurkan tarian tiang yang mengghairahkan.

"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah dan mereka (pelanggan) akan mengalungkan kalungan bunga kepada penari kegemaran mereka sebagai bayaran tips.

"Lebih banyak kalungan bunga, lebih banyaklah jumlah tips yang diterima penari," kata Azman yang turut mengakui tarian tiang kini umpama satu tren di kalangan pengusaha pusat hiburan sekitar ibu negara.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua di sebuah pusat hiburan di Wisma PGRM 2, Cheras sekitar jam 2 pagi pula, 37 wanita tempatan serta seorang wanita Vietnam berusia 17 hingga 50 tahun yang menjadi GRO ditahan.

"Kita dapati pusat hiburan kedua yang baru sebulan beroperasi juga tidak mempunyai lesen dan turut menggunakan khidmat penari tiang untuk menarik pelanggan.

Vaksin mencegah penyakit

Posted: 28 Dec 2011 05:28 PM PST


Suntikan vaksin membantu meningkatkan sistem imunisasi pada kanak-kanak.


MEMANG terbukti pemberian vaksin kepada bayi dan kanak-kanak di Malaysia telah banyak mengurangkan kes kecacatan serta meningkatkan perlindungan terhadap penyakit berjangkit dan penyakit bahaya lain.

Apabila Kementerian Kesihatan mewajibkan pengambilan vaksin seperti BCG, Hepatitis B, DPT dan MMR terhadap bayi yang baru lahir, telah berjaya melindungi berjuta rakyat daripada penyakit seperti polio, tetanus, difteria, meningitis dan banyak lagi.

Malah kes seperti kecacatan kaki akibat polio juga amat jarang dilihat kini, semuanya kerana inisiatif yang telah diambil oleh pihak ibu bapa dan kerajaan dalam memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.

Namun ada sesetengah golongan di peringkat antarabangsa yang giat mempromosikan gerakan anti vaksin.

Dan dengan hebahan yang diadakan menerusi Internet dan sebagainya telah sedikit sebanyak berjaya menghakis segelintir pandangan ibu bapa tentang kebaikan vaksin ini.

Perunding kesihatan kanak-kanak dari Hospital Pakar An-Nur, Dr. Khairul Azman Mohd. Khalid berkata, vaksin secara umumnya memang halal.

"Ada fatwa sudah dikeluarkan dan mengatakan bahawa beberapa jenis vaksin yang dulu diragui halal kini sudah disahkan halal seperti rotavirus.

"Memang vaksin tiada mengandungi unsur babi dan fatwa mengatakan kita boleh mendapatkan vaksin tanpa was-was," jelasnya.

Menurut Dr. Khairul Azman, kurangnya pengetahuan di kalangan ibu bapa menyebabkan mereka meragui kebaikan suntikan vaksin untuk anak-anak.

Malah ada yang mempersoalkan tentang kesan sampingan pengambilan vaksin yang dikatakan mempunyai kesan mudarat untuk jangka masa panjang.

"Memang ada kesan sampingan tapi terlalu sedikit seperti demam atau tempat suntikan membengkak. Melalui kemajuan dalam bidang perubatan, ahli sains telah menghasilkan vaksin dengan kesan sampingan yang sangat minimum," katanya.

Dr. Khairul juga menangkis tanggapan mengatakan bahawa apabila anak demam selepas disuntik bermakna vaksin memberikan tindak balas positif.

"Itu tidak benar, kemajuan dalam penyelidikan dan penghasilan vaksin telah meminimumkan kesan sampingan pada anak-anak hingga mereka tidak demam atau berasa tidak selesa selepas disuntik vaksin," ujarnya.

Tegas Dr. Khairul Azman, vaksin sebenarnya meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak, dengan itu mereka akan menjadi lebih aktif dan boleh mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.

Sesetengah vaksin hanya perlu diambil sekali untuk seumur hidup sebagai contoh kanak-kanak yang mengambil vaksin cacar (chicken pox).

"Bayangkan manfaatnya, selepas mengambil vaksin tubuh badan mereka terlindung daripada virus tersebut dan jika alaminya pun tidaklah seteruk tanpa vaksin," jelasnya.

Tambah Dr. Khairul, tanggapan sesetengah ibu bapa yang mengatakan anak-anak lasak di kampung kurang terkena jangkitan penyakit dan lebih sihat berbanding di bandar adalah kerana faktor keadaan sekeliling.

"Pengudaraan ibu yang menjaga anak sendiri di rumah berbanding dengan di pusat jagaan di bandar adalah amat berbeza.

"Adalah salah jika membandingkan kanak-kanak di luar bandar lebih sihat berbanding di bandar walaupun mereka tidak mengambil vaksin," katanya.

Tambah Dr. Khairul lagi, kanak-kanak yang tidak mengambil vaksin di waktu kecil tetap boleh mengambilnya apabila remaja atau dewasa.

Cuma ada vaksin seperti rotavirus yang ada peringkat umur dan jika terlepas tidak boleh mendapatkannya kembali.

Bagi sesetengah kanak-kanak yang menghidapi penyakit seperti Down Sindrom amat disarankan pengambilannya.

Begitu juga dengan bayi yang lahir pra matang, bayi berpenyakit jantung, lelah juga sebaiknya memiliki pelalian ini.

"Bila ada imuniti yang diambil menerusi vaksin maka sistem imunisasi kanak-kanak ini akan menjadi lebih kuat.

"Ibu bapa perlulah menambah ilmu. Memang saya tidak nafikan adanya pergerakan yang melarang pengambilan vaksin ini secara besar-besaran, bukan sahaja di luar negara malah di Malaysia juga.

"Ibu bapa perlu tahu bahawa tidak mengambil sebarang pelalian menyebabkan anak-anak berpotensi untuk mendapat penyakit yang mencacatkan mereka.

"Memang vaksin yang kerajaan sarankan sudah cukup namun bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak di bandar perlu mengambil inisiatif untuk mendapatkan pelalian tambahan kepada anak-anak.

" Dengan pencegahan ini kita bukan sahaja mendapatkan ketenangan fikiran malah dapat menyelamatkan anak-anak daripada penyakit berjangkit yang boleh mengancam nyawa. Perlu juga ingat, kos rawatan lebih mahal daripada imunisasi yang diambil," ujarnya.

Sementara itu, bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai imunisasi, orang ramai boleh menyertai siri ceramah awam bertajuk Menguatkan Pertahanan Semulajadi Anak-Anak dari Dalam sempena kempen pembelajaran oleh NAN® Grow 3.

Sara 1Malaysia dilancar bulan depan

Posted: 28 Dec 2011 05:19 PM PST

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu kedua bulan depan, demikian menurut sumber di sini hari ini.

Sara 1Malaysia merupakan satu program khas yang ditawarkan kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Difahamkan skim itu hampir menyamai ASB Sejahtera dan Amanah Saham Wawasan 2020 yang diperuntukan kepada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Tetapi, difahamkan Sara 1Malaysia adalah skim terbaik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan.

Lebih menariknya, penyertaan pemilikan skim itu juga terbuka kepada semua kaum.

Oleh sebab, Sara 1Malaysia adalah skim bantuan, PNB akan melaksanakan pemilihan yang ketat bagi memastikan hanya pelabur yang layak sahaja dipilih

Berikutan itu, PNB difahamkan bakal mengemukakan syarat-syarat tertentu kepada para pemohon.

Syarat-syarat itu perlu dilaksanakan bagi memastikan objektif Sara 1Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan pada masa sama memastikan golongan terbabit tidak dikecualikan peluang untuk melabur tercapai.

Difahamkan pelabur yang layak akan ditawarkan pinjaman pada jumlah tertentu oleh bank-bank yang menjadi ejen PNB, selain Bank Simpanan Nasional.

Bagaimanapun, para pelabur ini dipercayai hanya akan dikenakan kadar faedah yang sangat minimum kerana selebihnya ditanggung oleh kerajaan.

Para pelabur yang diberikan pinjaman tidak dibenarkan untuk menjual pelaburan mereka sehinggalah tempoh bayaran ansuran diselesaikan tetapi boleh menikmati agihan pendapatan setiap tahun.

Anzalna belum bersedia

Posted: 28 Dec 2011 05:18 PM PST

Anzalna Nasir

Bekas finalis Dewi Remaja 2010, Anzalna Nasir, antara nama baru dalam industri hiburan tanah air yang semakin mendapat perhatian pengarah dan penerbit filem serta drama.

Ternyata rezeki gadis manis ini semakin mencurah-curah apabila menerima pelbagai tawaran berlakon hingga tidak menang tangan dibuatnya.
Baru sahaja selesai penggambaran drama adaptasi novel di TV3, Gemersik Kalbu, anak kelahiran Pulau Pinang ini bagaimanapun tidak mahu terlalu tamak meraih peluang yang ada.
Menurut Anzalna, buat masa ini dia lebih selesa memegang watak pembantu dalam sesebuah drama kerana masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai pelakon utama.
"Saya selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun sekadar memegang watak sampingan kerana saya masih dalam proses belajar menghayati watak yang ditawarkan kepada saya.
"Sebelum ini ada beberapa pengarah menawarkan saya watak utama dalam drama mereka, tetapi saya terpaksa tolak. Belum masanya lagi untuk saya ambil tawaran seperti ini kerana banyak lagi yang perlu saya perbaiki," katanya.
Katanya, walaupun masih baru dalam bidang lakonan, setiap watak yang diberikan kepadanya akan cuba dihayatinya sebaik mungkin.
"Saya akui lakonan saya tidak sebaik pelakon lain, tapi saya akan lakukan yang terbaik dan saya harap penonton dapat menerimanya," katanya.
Pelakon berusia 23 tahun ini juga bakal membintangi dua filem iaitu Sepah The movie arahan MP Roslin yang akan menemui penonton pada Jun 2012 dan filem Tyickoouns yang akan memulakan penggambaran pertengahan tahun depan.

Mahu rehat secukupnya
Jika rakan seperjuangannya di Dewi Remaja 2010 seperti Neelofa dan Izara Aisyah semakin mencipta nama, Anzalna juga tidak kurang hebatnya.
Menurut Anzalna, sejak empat bulan lalu, jadualnya amat padat dengan sesi penggambaran drama dan filem.
"Baru-baru ini saya terpaksa berulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur selama seminggu untuk menghadiri penggambaran filem Sepah The Movie dan drama Gemersik Kalbu.
"Bukannya tamak, tapi atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan membuatkan jadual saya menjadi kucar-kacir dan terpaksa berulang-alik," katanya.
Maka, selepas tamat saja penggambaran Sepah The Movie dan Gemersik Kalbu, Anzalna merancang untuk menghabiskan masanya dengan berehat.
"Saya akui sangat keletihan dan tidak mendapat rehat yang cukup akibat aktiviti penggambaran tanpa henti.
"Oleh itu, saya ambil keputusan untuk berehat seketika sebelum kembali sibuk dengan aktiviti lakonan," katanya yang sudah memiliki teman istimewa ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved