ads

Sabtu, 31 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


AC dedah rahsia di sebalik kehilangannya

Posted: 31 Dec 2011 05:29 PM PST


INILAH gajet keluaran MBI antaranya notebook, iPad dan telefon bimbit.


SETELAH lebih setahun menjejakinya dan pelbagai cerita negatif mengenainya disebarkan, akhirnya penyanyi, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan yang kian membina nama, Datuk AC Mizal sudi menerima kedatangan Pancaindera.

Rabu lalu bertempat di pejabat empat tingkat MBI milik syarikatnya dengan rakan kongsi Tedy Teow(Pengerusi Kumpulan) dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida (Ketua Pegawai Eksekutif), AC menanti kehadiran kami.

Walaupun lebih 10 tahun kami tidak bersua muka, namun jarak waktu yang memisahkan sedikitpun tidak melunturkan sikap ramah dan mesra AC Mizal seperti waktu pertama kali bertemunya 20 tahun lalu ketika bersama dengan 4U2C.

Itulah AC Mizal,40, atau nama sebenarnya Mizal Zaini bekas penuntut Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.

Lebih dua jam berbual dengannya, siapa sangka AC yang dulunya popular dengan lagu Fiona, kini boleh berdiri megah sebagai Pengerusi Eksekutif empat buah syarikat iaitu Malaysia Brand International, M7,Mface dan AC Living Large dengan pekerja melebihi 50 orang.

Satu demi satu soalan yang dilontarkan kepadanya isu gelang, gelaran Datuk dan melarikan diri daripada wartawan, AC yang mulanya begitu kental jiwanya, akhirnya kalah apabila ditanya bertubi-tubi soalan mengenai isu yang telah mencalarkan namanya.

Wajahnya yang ceria tiba-tiba redup seketika dan tanpa disangka mata kecilnya berkaca bagai menceritakan gelodak jiwa yang pernah dialami tatkala ia menjadi umpat nesta mereka yang tidak senang melihat kejayaannya.

"Saya tahu, waktu itu pelbagai cerita negatif tentang saya disebarkan. Saya tahu ramai wartawan yang mencari saya tetapi saya sengaja mengelak bukan kerana takut tetapi saya ada perancangan sendiri.

"Ketika orang sibuk bercakap tentang saya dan mendakwa pelbagai cerita yang buruk, saya percaya Allah tahu segala-galanya.

"Tanpa pengetahuan mereka saya bangun dan berusaha untuk merealisasikan impian saya menubuhkan MBI.

"Betul kata orang bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Saya adalah jenis yang tidak mahu mengaku kalah. Saya akan berusaha sehingga berjaya dan sebenarnya mereka yang pernah bekerja dengan saya tahu akan perancangan ini.

"Setahun lamanya saya berusaha sebelum saya boleh berdiri tegak selepas jatuh ditolak oleh mereka. Namun bagi saya, apa jua halangan dan dugaan Tuhan saya hadapi dengan tabah dan syukur alhamdulillah saya berjaya menubuhkan syarikat ini," kata AC sambil tersenyum.

Walaupun hari ini, AC boleh berbangga menerajui empat buah syarikat tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah menitiskan air mata kerana tindakan dan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Namun ketika kepedihan itu, AC beruntung mendapat seorang isteri yang begitu memahami dan sentiasa menyokongnya.

Ketika ditanya pernahkah dia menangis menghadapi saat kesusahannya itu, tanpa berselindung AC berkata;

"Saya cuma menangis dalam hati. Tapi ia sedikitpun tidak memadamkan hasrat saya untuk membuktikan yang saya akan berjaya dan saya sentiasa menjadikan Donald Trump sebagai idola kerana dia juga pernah jatuh bangun dalam hidupnya.

"Dengan tertubuhnya syarikat ini saya mahu mengubah pandangan skeptikal masyarakat terhadap artis yang sentiasa dianggap tidak cerdik dan tidak boleh hidup mewah dan berjaya."

Menurut AC, dia memilih Tedy Teow sebagai rakan kongsi kerana dia juga pernah mengalami nasib yang sama sepertinya.

Berkongsi rezeki

SETELAH berjaya menubuhkan MBI, tanpa teragak-agak AC turut menubuh tiga lagi syarikat iaitu Mface, M7 dan AC Living Large.

Mface yang mengendalikan laman sosial telah memilih 60 artis popular dengan memberi mereka saham bernilai RM100,000 setiap seorang.

Antara artis yang menjadi pilihan Mface ialah Afdlin Shauki,Harun Salim Bachik, Zain Saidin, Emelda Rosmila, Zizan Raja Lawak dan Adlin Aman Ramli.

"Saya memilih artis kerana mahu berkongsi rezeki bersama mereka. Mudah-mudahan impian saya akan diberkati dan mereka akan berjaya mencapai matlamat ini," kata AC.

Selain Mface, M7 yang berkonsepkan kedai serbaneka juga ditubuhkan bagi membantu mereka yang ingin menambah pendapatan bulanan.

Menurut AC, M7 yang kini dibuka di bangunan yang sama dengan pejabat MBI memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertainya dengan bermodalkan RM2,799 sahaja.

"Siapa yang berminat bolehlah menghubungi syarikat saya kerana syaratnya begitu mudah."

Selain di Malaysia, M7 juga akan membuka cawangannya di luar negara dan setakat ini ia telah mendapat permintaan lebih daripada 11,000 cawangan di dua buah negara.

Telefon bimbit serendah RM29

Posted: 31 Dec 2011 05:23 PM PST

hp-murah

TEMERLOH – The One Group sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis telefon bimbit dan aksesori terkemuka menawarkan 100 unit telefon bimbit Samsung E1080 dengan harga murah kepada para pelanggannya sempena pembukaan besar-besaran cawangan mereka di Jerantut hari ini.

Berita baik itu diumumkan kepada penduduk Jerantut, Temerloh dan kawasan sekitar untuk mendapatkan telefon bimbit model berkenaan dengan harga serendah hanya RM29 sahaja.

Pengurus Rekabentuk dan Komunikasi The One Group, Wei Ming berkata, sempena pembukaan cawangan baru itu, orang ramai khususnya pelanggan setia The One boleh berkunjung ke Lot 42, Jalan Inderapura 2, Bandar Inderapura, Jerantut untuk mendapatkan pelbagai barangan telekomunikasi lain dengan harga berpatutan.

Menurutnya, antara produk yang dijangka mendapat sambutan ialah pelbagai jenis telefon pintar, aksesori pelbagai jenama, malah mereka juga boleh mendaftar sebagai ahli The One untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran.

"Program akan bermula pada jam 10.30 pagi dimulakan dengan tarian singa pada jam 11 pagi seterusnya promosi berjalan serentak.

"Kita akan mula menjual 50 unit Samsung E1080 pada jam 12 tengah hari sebelum berhenti untuk jamuan makan pada jam 1 tengah hari.

"Sebanyak 50 unit lagi telefon bimbit Samsung E1080 akan mula dijual kepada orang ramai kira-kira jam 3 petang," katanya.

Sehubungan itu, Wei Ming menggesa orang ramai mengambil kesempatan itu dengan hadir beramai-ramai ke cawangan The One di Jerantut untuk mendapatkan telefon, aksesori dan pelbagai lagi barangan lain.

Bingung belum tiba giliran

Posted: 31 Dec 2011 05:21 PM PST

Bingung belum tiba giliran

JERAM – Rata-rata penduduk yang juga warga emas di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeram bingung memikirkan nasib mereka berikutan masih belum dipanggil menyertai program Jom Shopping meskipun didakwa antara peserta terawal mendaftar.

Wakil penduduk, KT Lim berkata, peserta yang berdaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) itu sering mengadu kepadanya berikutan masih belum berpeluang untuk menyertai program Jom Shopping.

Menurutnya, mereka terdiri antara yang terawal berdaftar berdasarkan nombor pada borang yang telah disediakan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM Dun Jeram).

"Saya minta kerjasama pihak PKM Dun Jeram supaya menyemak semula borang pengadu kerana kebanyakan peserta yang berpeluang menyertai program Jom Shopping rata-ratanya individu yang baru mendaftar.

"Saya berharap sangat isu ini dapat perhatian pihak berkenaan kerana tidak mahu hasrat warga emas yang sememangnya menantikan tawaran membeli belah tidak kesampaian," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Terdahulu, isu ini pernah diperjelaskan Pegawai Khas II Ahli Parlimen Kuala Selangor, B Sivabalan dan pihaknya memberitahu isu terbabit mungkin timbul kerana kebanyakan Dun mempunyai sistem masing-masing.

"Untuk makluman, program Jom Shopping ini hanya diadakan setahun sekali dan penduduk perlu bersabar sementara menunggu nama mereka dipanggil untuk kumpulan seterusnya," katanya yang turut menafikan nama yang dipilih mengikut senarai kegemaran atau individu tertentu.

Beliau berkata, penerangan yang jelas perlu dilakukan pegawai bertanggungjawab mengenai program ini khususnya kepada mereka yang telah menerima tawaran.

"Jika penduduk memerlukan maklumat lanjut, mereka boleh terus ke Pejabat Kerja Ahli Parlimen Kuala Selangor atau menghubungi petugas di talian 0332896575 atau menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Malawati di talian 0332811911.

"Sekiranya mereka berada di kawasan Jeram dan Ijok, boleh menghubungi PKM Dun Jeram di talian 0332640864 dan PKM Dun Ijok di talian 0332792468 untuk mendapatkan info terkini berhubung pendaftaran SMUE atau senarai nama untuk kumpulan seterusnya," katanya.

Wang pelaburan ternakan lintah lesap

Posted: 31 Dec 2011 05:19 PM PST

Wang pelaburan ternakan lintah lesap

SHAH ALAM - "Kami mahu duit kami semula. Mana wang yang kami laburkan dalam penternakan lintah seperti yang dijanjikan?".

Itu antara luahan hati kira-kira 13 individu yang kerugian hampir RM400,000 selepas membuat pelaburan dalam projek penternakan lintah daripada seorang ahli perniagaan dan mendakwa mereka tidak mendapat pulangan.

Mereka yang diiringi Ahli Parlimen Kapar, S Manika­vasagam, semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), di sini, berhubung perkara itu untuk menuntut pembelaan.

Manikavasagam berkata, semua mangsa membuat pelaburan itu sejak 2009 selepas mendengar taklimat yang menawarkan pelaburan projek itu di Kuala Lumpur.

"Penganjur menjanjikan pulangan lumayan bergantung kepada lot yang dilaburkan dalam tempoh antara enam hingga 18 bulan. Satu lot dilaburkan RM5,230.

"Selepas tempoh itu, bukan saja hasil pelaburan tidak diperoleh, malah wang pelaburan mereka juga tidak dikembalikan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membantu individu tersebut untuk memfailkan saman dan membawa perkara itu ke mahkamah.

"Difahamkan, kira-kira 450 orang melabur dalam projek itu, tetapi saya hanya dapat lebih 10 aduan saja di kawasan saya dan mungkin ada lagi individu lain di luar sana belum tampil membuat laporan dan dianggarkan jumlah kerugian mencecah RM2 juta.

Sementara itu, mangsa, Krishna Kumari, 53, seorang guru, berkata, dia tertarik untuk melabur kerana terpengaruh dengan 'kata-kata manis' yang ditawarkan.

"Saya dan rakan lain yang mendengar taklimat itu turut berpeluang melihat sendiri kawasan penternakan lintah di Dengkil. Kami terus tandatangan dokumen perjanjian selepas melihat semua bukti itu.

"Saya pinjam wang dari bank sebanyak RM10,000 untuk melabur dua lot penternakan lintah," katanya.

Bagaimanapun, impian­nya untuk mendapatkan hasil pelaburan musnah apabila ahli perniagaan itu sentiasa berdolak-dalik apabila dihubungi.

"Kami juga pernah pergi ke pejabatnya di Klang, tetapi ia dikunci. Kami telefon berkali-kali, tetapi tidak dijawab.

"Saya tidak dapat satu sen pun wang yang dijanjikan, malah terpaksa pula bayar faedah dan hutang yang dipinjam," katanya.

Sasar dua juta belia HBN 2012

Posted: 31 Dec 2011 05:18 PM PST


AHMAD SHABERY bersama sebahagian pemilik kereta kawalan jauh ketika melawat ke tapak Karnival Mini HDN 2011 di Laman 1 Malaysia, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kerajaan menyasarkan Hari Belia Negara (HBN) 2012 dapat menghimpunkan kira-kira dua juta orang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya yakin angka itu dapat dicapai berdasarkan sambutan terhadap HBN pada tahun lalu.

"Program belia akan diadakan dengan lebih kerap di Putrajaya supaya kita mampu untuk menghimpunkan dua juta belia sempena sambutan HBN, Mei nanti," ujarnya ketika ditemui pada Karnival Mini HBN 2011 di sini semalam.

Menurut Ahmad Shabery, karnival mini itu merupakan satu permulaan ke arah merealisasikan himpunan dua juta belia menjelang HBN 2012.

Selain Putrajaya, beberapa lokasi tertentu di negeri-negeri lain sedang giat menganjurkan program yang berkaitan dengan HBN.

Sementara itu, Ahmad Shabery meletakkan harapan agar atlet negara dapat membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat emas pada Sukan Olimpik di London yang akan berlangsung pada tahun ini.

JAIS tahan 10 belia Melayu minum arak

Posted: 31 Dec 2011 05:17 PM PST


SALAH seorang penguat kuasa JAIS mengambil butiran pengenalan seorang pengunjung pada Ops Mungkar di Petaling Jaya awal pagi semalam.


PETALING JAYA - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan 10 lelaki beragama Islam kerana kesalahan meminum arak dalam Ops Mungkar yang diadakan di sini pada awal pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baharu selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu.

"Jadi, kita telah menyerbu dua buah premis hiburan dan menahan seramai 23 orang belia Melayu. Kesemua mereka terdiri daripada sepuluh lelaki dan 13 wanita.

"Setelah diperiksa, 10 daripada mereka didapati meminum arak dan akan didakwa mengikut peraturan yang sedia ada," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hasan yang mengetuai sendiri operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi itu memberitahu, kesemua individu terbabit takan diberi kaunseling khas di pejabat JAIS di Shah Alam pada 11 dan 12 Januari ini.

Difahamkan, rata-rata individu yang ditahan itu ialah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.

MPAJ tidak perbaharu permit kelab malam yang ada tarian tiang

Posted: 31 Dec 2011 05:16 PM PST


KERATAN Kosmo! 29 Disember 2011.


KUALA LUMPUR – Permit kelab malam yang menyajikan persembahan tarian tiang di Pandan Perdana dekat sini tidak akan diperbaharui sekiranya siasatan mendapati operasinya melanggar peraturan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Hamid Hussain berkata, pihaknya kini sedang mengumpul bukti mengenai kegiatan itu.

"MPAJ berkemungkinan besar tidak menyambung permit premis itu yang tamat pada 31 Disember (semalam) jika ada bukti tentang dakwaan wujud tarian tiang di situ.

"Keputusan mengenai status permit itu akan dibuat pada awal Januari ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Akhbar Kosmo! kelmarin melaporkan sebuah kelab malam di Pandan Perdana didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.

Mengikut laporan itu, penari terbabit hanya memakai coli dan seluar dalam semasa membuat persembahan. Mereka juga dikatakan tidak segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.

Dalam pada itu, Abd. Hamid berkata, anggota penguat kuasa MPAJ telah melakukan pemantauan ke atas kelab malam terbabit selepas laporan kegiatan tidak bermoral mereka dibongkar oleh akhbar ini.

Jamal yakin tidak ketagih dadah lagi

Posted: 31 Dec 2011 05:15 PM PST


JAMAL percaya dia dapat mengawal diri daripada kembali terjerumus dengan ketagihan dadah selepas meninggalkan rumah Pengasih baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU - Selepas hampir dua bulan meninggalkan Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), penyanyi terkenal, Jamal Abdillah, 53, yakin mampu mengawal dirinya daripada terlibat semula dengan dadah.

Raja pop itu berkata, Pengasih banyak membantunya selama ini sehingga berjaya 'mengubatinya' dan kembali menjalani kehidupan normal sekarang.

"Apa pun saya memang kena berterima kasih dan bersyukur. Saya akui tanpa Pengasih saya tidak akan sihat seperti sekarang.

"Tetapi walaupun saya sudah tinggal di luar (rumah Pengasih) saya percaya saya boleh kawal diri," katanya selepas majlis Makan Malam dan Konsert Jamal Abdillah di Hotel Permai di sini kelmarin.

Penyanyi itu mendendangkan 12 buah lagu pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 500 peminatnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Jamal diarah keluar oleh pihak pengurusan rumah Pengasih di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada awal November lalu selepas lima tahun menjadi penghuni pusat itu.

Jamal turut melahirkan rasa terkilan dan tertekan dengan tuduhan bahawa dia tidak menyumbang apa-apa kepada pusat tersebut.

Bentuk masa depan lebih baik - PM

Posted: 31 Dec 2011 05:13 PM PST




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan kerajaan bagi merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk negara.

Najib berkata, kejayaan bagi negara bukanlah sekadar mimpi, sebaliknya akan dapat dirangkul sekiranya semua pihak sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya.

"Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik masih berada di hadapan kita, bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah," katanya dalam perutusan Selamat Tahun Baharu 2012 yang disiarkan dalam blog www.1Malaysia.com.my.

Najib menyimpulkan 2011 merupakan tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (DTN) (2011-2020) dan pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia diperkenalkan pada tahun 1971.

Chef Wan tidak tahan dicemuh tutup akaun Facebook

Posted: 31 Dec 2011 05:11 PM PST


Laman Facebook milik Chef Wan yang akan ditutup hari ini.


SHAH ALAM - Selebriti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 53, atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan menutup akaun Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club mulai hari ini kerana ia dijadikan tempat oleh segelintir pihak untuk mencemuhnya.

Menurut Chef Wan, dia berbuat demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun orang ramai berikutan komennya sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan Astro.

"Tujuan saya mewujudkan fan page Chef Wan Fan Club di laman sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peminat sehingga ia berjaya mengumpulkan lebih 80,000 peminat.

"Namun, apa yang saya lihat ia sudah menjadi punca kepada wujudnya sifat hasad dengki, tikam belakang dan kutuk-mengutuk terutamanya terhadap diri saya. Oleh itu, lebih baik saya tutup terus akaun Facebook tersebut," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir saingan program MLM di sini kelmarin.

Antara komen yang dilemparkan di akaun Facebook tersebut ialah Jangan bersikap prejudis wahai DCW berhati mulia. Harus terbuka dengan pemikiran yang bijak dan saksama dan Jangan jatuhkan maruah orang lain.. hati busuk!!!.

Ubat HKL bernilai RM1 juta hilang angkara orang dalam

Posted: 31 Dec 2011 05:09 PM PST


POLIS masih memburu beberapa lagi individu yang dikatakan terlibat dalam kes kehilangan ubat-ubatan di HKL.


KUALA LUMPUR - Kehilangan bekalan ubat-ubatan bernilai RM1 juta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kebelakangan ini rupa-rupanya angkara orang dalam.

Hasil siasatan polis ekoran kejadian pada 25 Disember itu mendapati kemudiannya membawa kepada penahanan dua suspek yang juga kakitangan HKL di rumah mereka di sekitar ibu kota.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang ditahan Khamis lalu didapati sudah bekerja di bahagian farmasi HKL selama lebih dua tahun.

Mereka disiasat atas dakwaan melarikan pelbagai jenis ubat dan mengambil kesempatan sempena hari cuti umum untuk melarikan ubat-ubatan berkenaan.

"Suspek mengambil kesempatan pada cuti Krismas untuk melarikan ubat-ubatan tersebut kerana ketika itu kebanyakan kakitangan HKL bercuti," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan, suspek melarikan ubat-ubatan tersebut sedikit demi sedikit bagi mengelak dikesan dan dipercayai menjualnya di pasaran gelap.

Buru premis logo haram

Posted: 31 Dec 2011 05:06 PM PST

SEBUAH premis di George Town yang masih lagi mempamerkan logo halal Islamic Food Research Centre Asia yang telah diharamkan.


KUALA LUMPUR – Walaupun tarikh wajib penggunaan logo Halal Malaysia keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula hari ini, masih banyak premis terutamanya yang menjual makanan terang-terang mencabar pihak berkuasa dengan mempamerkan logo keluaran syarikat swasta yang sudah diharamkan penggunaannya.

Tinjauan Jakim mendapati hampir 1,900 premis masih menggunakan sijil halal yang diharamkan seperti Halal Food Council S.E.A, Islamic Food dan Research Council dan IFANCA International.

Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan tempoh mendapatkan logo Halal Malaysia sudah mencukupi.

"Mereka yang ingkar berdepan dengan tindakan denda sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali ," katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Tindakan tegas itu sudah berkuat kuasa mulai hari ini melalui Akta Perihal Dagangan 2011 selepas sidang Parlimen pada Julai lalu memutuskan hanya logo Halal Malaysia sahaja yang dibenarkan.

Eina tolak lakonan berahi

Posted: 31 Dec 2011 05:05 PM PST


MAHU lebih diberi peluang untuk meluaskan bakat lakonan bagaimanapun Eina menolak untuk melakonkan adegan berahi.


PUCUK muda ini jika dihitung pada usianya memang masih mentah. Namun perwatakannya yang dewasa memberi kelebihan buat Eina Azman untuk berdiri sebaris pelakon jelita lain.

Berusia 17 tahun pada tanggal 13 Mac depan, gadis sunti yang merupakan anak saudara penyanyi Juliza Adlizan ini komited tatkala merenung masa depannya dalam dunia hiburan.

Dia seakan menghitung setiap perjalanan kerjayanya biarpun masih bergelar pelajar sekolah. Meletakkan syarat-syarat tertentu untuk berkerja, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman itu mahu perjalanan hidupnya menjadi sempurna.

Pada tahun ini, Eina terpaksa berkorban dengan memperlahankan seketika dunia seninya untuk memberi perhatian kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Oleh kerana pada November hadapan saya akan menduduki SPM, jadual penggambaran perlu disusun dengan sempurna.

"Fokus utama saya pada tahun ini adalah kepada peperiksaan itu dan mengenepikan seketika aktiviti seni. Saya sedaya upaya akan menamatkan semua penggambaran sebelum sesi persekolahan 2012 bermula," ujarnya ketika sesi fotografi di Studio Utusan, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sekilas pandang, Eina merupakan seorang yang seksi, bagaimanapun penampilan itu sebenarnya tidak menggambarkan identiti dirinya yang sebenar.

Mengaku masih belum bersedia untuk melakonkan adegan berahi, gadis manja yang berketinggian 170 sentimeter tersebut tetap meletakkan sempadan untuk menerima setiap tawaran.

"Saya masih meletakkan batasan ketika berlakon. Saya rasa masih belum cukup umur untuk melakukan aksi ranjang.

"Jadi saya tidak akan sesekali melakonkan watak-watak yang dianggap melampaui batas," kata gadis yang bakal berada di tingkatan lima di sebuah sekolah di Subang Jaya, Selangor.

Bercerita soal kerja, Eina sudah berlakon dalam dua buah filem dan beberapa drama termasuklah 5 Jingga, Mistik Alam Hitam dan Demi Masa.

Biarpun filem Ratu The Movie dianggap gagal, namun semangat Eina tidak pernah patah. Sebagai pembuka lembaran 2012, filem Sesuatu Yang Tertinggal bakal menjadi pertaruhan baharu Eina.

Membawakan watak sebagai seorang budak sekolah yang kuat membuli bernama Bella, filem yang diarahkan oleh Azrul Hisham itu bakal menemui peminat di pawagam pada 5 Januari ini.

Filem bergenre seram itu turut menampilkan barisan pelakon termasuklah Zahiril Adzim, Sara Ali, Shera Aiyob dan Daniel El Arash.

Tidak mahu statik dengan kerja lakonan sahaja, Eina tetap meneruskan impian ramai pihak terutamanya ahli keluarganya untuk menjadi penyanyi.

Gadis itu baru sahaja selesai menyiapkan sebuah lagu single yang dihasilkan sepenuhnya oleh komposer Adnan Abu Hasan.

Biarpun sekadar mencuba untung nasib dengan lagu berjudul Bahagia Bersamanya itu, fokus Eina tetap dalam bidang lakonan.

"Biarpun ramai ahli keluarga yang lebih suka saya menyanyi, tetapi pilihan saya tetap pada lakonan," kata Eina.

Kuasa dua jenama

Posted: 31 Dec 2011 05:05 PM PST



MILIKI kuasa dan bisa dalam konteks tersendiri, ayunan karakter dua jenama, Shaheizy Sam dan Fasha Sandha ini tingkah-meningkah antara sensasi keperibadian dan impak lakonan. Dua-dua popular atas nama yang dibina, tapi ironinya, acuan populariti antara kedua-duanya bergerak atas landasan berbeza.

Terlalu banyak kisah terpaksa ditelan Fasha Sandha untuk terus berada dalam industri hiburan hingga ke hari ini. Pernah disayangi, dibenci, dihentam, diselar, jatuh dan bangun semula, dia masih berdiri sebagaimana dirinya.

Sam pula seperti tiada langsung kisah negatif tercipta angkara perbuatan sendiri. Secara lunak, Sam memenangi hati khalayaknya walaupun terpaksa menunggu agak lama sebelum dikenali.

Lihatlah kepada pesona dua bintang ini, bagaimana mereka sedang meneruskan sebuah ikatan yang terbina secara tidak rasmi. Dari saat pertama menjejakkan ke dunia seni, bersendikan audiens sebagai saksi, mereka sebenar sudah memeterai akad untuk bersanding dalam karier.

"Ya, saya boleh anggap ini juga satu 'perkahwinan' dalam hidup saya. Kalau perkahwinan sebenar perlukan keharmonian, perlu dipertahankan hingga ke akhir hayat, karier juga begitu. Saya akan pertahankan karier sampai bila-bila," kata Sam menyimpulkan jika ada wanita yang akan dikahwininya kelak, haruslah wanita itu sanggup dimadukan bersama karier.

Berbeza falsafah yang dipegang Fasha, wanita sensasi itu tidak mahu karier seni diikat mati menjadi komitmen sepanjang hidupnya.

"Komitmen seni hanyalah hubungan jangka pendek. Akan tiba masanya nanti ia harus diperlahankan, jika sudah berkahwin, suami dan keluarga menjadi fokus. Saya inspirasikan kehidupan sukses yang dibina oleh aktres Sofia Jane, dia sukses ketika zaman kegemilangannya dan bila berkahwin, dia juga sukses membina keluarganya. Seni bukan seperti bisnes, bakat tidak boleh diwariskan, tapi bisnes boleh," ujar Fasha meninggalkan satu 'alamat'.

Aura positif Sam

Patah kata lelaki paling popular 'genre' hiburan ini selalu bersimpul dengan ungkapan positif. Ditilik dua kali, ada sedikit kata-kata sarkastik tetapi benar dalam penyampaian mahu pun jawapan yang dituntut daripada setiap soalan yang diberikan. Dimulakan dengan ucapan Alhamdulillah, Sam merasakan 2011 berlalu dengan sangat baik malah merupakan bunga permulaan yang baik untuk dirinya.

"Syukur kerana saya diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh penggiat industri perfileman dan para peminat. Pelbagai anugerah diberikan dan secara peribadi, ia memberi impak dan membuatkan saya mahu terus buat yang terbaik," ujarnya yang melihat semua itu sebagai pemacu untuk 2012.

Terus melihat ke terowong 2012, nekad Sam secara individu adalah untuk berbuat sesuatu dengan lebih baik. Pergi secara terperinci terhadap satu resolusi, sebelah kakinya sedang melangkah ke dunia penerbitan, bergelar produser.


MELIHAT hari muka sebagai anak seni semakin kompetetif, Sam tidak mahu hidupnya dikongkong lakonan semata-mata.


Menunduk ke bumi, walaupun diberi anugerah itu dan ini, Sam masih melihat dirinya bekerja keras dalam lapangan perfileman. Impak daripada kepercayaan yang diberikan khalayak, dia mahu segala itu dibalas.

"Saya mahu mendapat lebih kepercayaan daripada peminat apatah lagi merekalah yang memilih saya menggenggam anugerah. Jadi saya mahu segala itu terbayar (melalui lakonan yang jauh lebih baik)," ujar peminat aktor Javier Bardem ini.

Berasa tidak pernah selesa dalam status aktor tetapi mahu memastikan konsistensi, Sam mahu mencuba bidang yang lebih besar.

"Saya mahu menjadi produser kerana saya mahu membesarkan lakonan dan membawa ke arah penceritaan. Saya beri contoh, Tan Sri P. Ramlee yang mampu menjadi pelakon dan membuktikan bahawa dia seorang pencerita yang baik. Namun saya belum masak untuk menjadi seorang pengarah," jujurnya yang melihat dalam arena perfileman ada dua kategori penonton iaitu penonton yang gemarkan hiburan dan realisme.

"Jujurnya, sukar untuk mendapatkan sebuah naskhah dengan jalan cerita yang baik. Mulai Ogos hingga kini, saya belum dapat pengolahan jalan cerita yang baik, idea sudah ada," ujar Sam yang dipuji kelainan dalam persembahannya dalam filem Songlap.

Menyorot dalam penelitian tugasan produser, Sam ada pandangan peribadinya.

"Produser perlu ambil berat bila pengkritik filem mengkritik kerja pelakon. Produser juga perlu bagi masa bagi pelakon membuat kerja mereka dan menitik beratkan kerja pelakon dan jam bekerja mereka. Selalunya bila pelakon lambat ke set, salah akan dituding kepada pelakon walhal pihak pengurusan yang perlu pikul tanggungjawab," ujarnya yang akan muncul dengan drama secara perkongsian dengan kakaknya, Zizie Ezzete.

Melihat reaksi tidak mudah melenting yang dibawanya, elemen positif ini dilihat salah satu faktor-X yang membawa Sam berada di kelasnya.

"Saya banyak bersabar dan berfikiran positif. Saya rasa kalau kita bagi aura negatif, persekitaran turut terbiasa negatif. Adakalanya cuma 'memberi' dengan nada menyindir untuk difahami, itu lebih mudah," senyum pelakon yang bakal muncul dengan filem Adnan Sempit 2, Aku Ada Kau Ada, 8 Jam, Nongkrong dan SAM pada tahun ini.

Fasha sedia bergelar isteri

Dalam pada itu, Fasha meninggalkan 2011 sebagai tahun penuh tuah, kejayaan, bahagia dan keberhasilan bermain eksperimen.

Eksperimen yang dimaksudkan Fasha adalah percubaannya mengusahakan Salon Chinta sebagai bisnes pertamanya. Kejayaan pula dilihat daripada pencapaian merampas semula status Pelakon Drama Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular awal tahun lalu serta Best Skrin Couple Award yang dinilai berdasarkan drama hit, Cinta Elisya anjuran majalah Cosmopolitan, baru-baru ini.

Seperti terjerat istilah bahagia yang terucap dari bibirnya, cepat-cepat aktres bermata bundar itu meleretkan senyuman. Dia sangat faham pengertian bagaimana yang mahu dihuraikan.

"Saya mengharungi 2011 dengan perasaan gembira dan penuh keseronokan," katanya berbolak-balik sebelum topik 2012 mencari ruang.

Masuk ke tahun 2012 membawa watak Sharifah Zahra yang dipegang Fasha dalam filem seram terbaharu, Penanggal.

Drama arahan Ellie Suriaty Omar itu membentuk ungkapan baharu. Dia ditebak soalan yang paling ingin diketahui khalayak, adakah benar zaman solonya menuju titik noktah dalam beberapa bulan ini. Khabar angin tentang rancangan perkahwinannya dengan Jejai juga sedang bertiup kencang.


BERADA di zon selesa dalam lakonan, Fasha merasakan sudah tiba waktunya untuk dia berumah tangga.


"Tahun 2012 pula memberi lebih sinar, saya menjadi lebih dewasa, sedang menjangkau usia 28 tahun. Tahun 2012 juga saya akan ke Paris, Perancis kerana terlibat dengan penggambaran drama Seindah Sakura selama 10 hari.

"Tapi untuk menjawab persoalan perkahwinan, sejujurnya, saya tidak dapat memastikan apa yang akan berlaku di kemudian hari. Ajal, jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah, saya tidak berani menjanjikan apa-apa tetapi secara peribadinya saya telah bersedia untuk masuk ke alam berumah tangga.

"Rasanya masa juga telah tiba, peminat juga mendoakan perkara yang serupa cuma saya tidak mahu beria-ria bercerita tentang perkara itu selagi saya belum benar-benar bersedia untuk menghebahkannya," dalam santun, sekali lagi Fasha seakan-akan memberikan jawapan hampir pasti atau dengan kata lain, tunggulah pengumuman di kemudian hari.

Sama ada mengakui ada tidak, reaksi itu menjelaskan sejauh mana kematangan Fasha berpegang pada pendiriannya. Selama ini juga, dia pernah jatuh kerana silap percaturan memberi reaksi terhadap kontroversi yang melanda tapi atas semangat untuk terus di sini, dia kembali dan banyak belajar dari kesilapan lalu.

"Macam ketika dikecam kerana berpakaian seksi baru-baru ini, saya tahu itu salah saya dan saya minta maaf. Dalam soal beri respons, rasanya saya semakin matang, dulu selalu cepat marah dan asyik nak melenting," akuinya adalah sesuatu yang sukar untuk bangkit semula selepas jatuh satu ketika dulu.

Maharaja Lawak banyak kudis emosi

Posted: 31 Dec 2011 05:03 PM PST


CHEF WAN


SOAL apa cerita Maharaja Lawak Mega (MLM) bukan lagi perkara utama kerana kumpulan Osbon kelmarin diumumkan sebagai juara program realiti tersebut. Semoga keputusan itu akan menutup segala sengketa yang berlaku sepanjang MLM bersiaran. Namun, barangkali ia tidak semudah itu kerana setiap kutukan, herdikan serta perang mulut sepanjang lebih dua bulan dalam MLM sudah tertanam dalam hati semua yang terlibat.

Selama 10 minggu, MLM bukan sahaja satu penjenamaan baharu kepada program lawak di Astro. Selama itu juga, daya kelakar dan komedi dalam MLM jarang diangkat atau diperkatakan sehingga ramai yang mendakwa auranya tidak setanding Maharaja Lawak yang mengangkat Sepah sebagai juara.

Dari satu perspektif lain, MLM banyak membongkar corak pemikiran serta etika juri dan peserta MLM. Pemerhati dari luar juga mampu menilai kualiti peserta atau juri program yang diuar-uarkan sebagai raja kepada segala raja lawak itu.

Mahukan yang terbaik, peserta sanggup melakukan apa sahaja sehingga ada idea lawak mereka disalah erti dan dikatakan menghina orang lain. Itu yang berlaku terhadap Bawal Power (hina Zaiton Sameon) dan Adlin Aman Ramli (hina keluarga sendiri). Semua orang mahukan yang terbaik dan tidak mustahil ada kalangan juri sendiri yang ingin dilihat sebagai pengkritik yang hebat. Itulah yang berlaku kepada tukang masak terkemuka, Chef Wan.

Saban minggu ada sahaja komen juri serta idea lawak peserta yang dirasakan tidak sepatutnya diluahkan. Paling ketara ialah pada minggu kelapan iaitu selepas Adlin tersingkir daripada persaingan.

Perang siber dilancarkan. Adlin dan Chef Wan berbalas-balas hamburan menuding jari sesama sendiri dan ia dapat disaksikan ribuan pengikut masing-masing di laman Facebook.

Sehari sebelum final, Afdlin Shauki daripada kumpulan Boboi pula meluahkan tidak puas hati kepada juri paling 'jujur', Chef Wan.

Afdlin dalam satu tulisan melalui Facebook mempersoalkan motif Chef Wan yang berubah daripada seorang yang positif dan ceria sebelum ini kepada seorang yang sinis dan kritikal terhadap MLM.

Dalam kenyataan yang sama, Afdlin menekankan yang MLM sangat berbeza daripada rancangan realiti lain kerana peserta dijemput khas dan bukan melalui uji bakat.

Walaupun Boboi masih terselamat daripada menjadi mangsa 'kejujuran' Chef Wan, Afdlin mendakwa luahan perasaannya di Facebook merupakan suara 'mereka' yang sudah pun tersingkir daripada persaingan yang menjanjikan habuan utama RM350,000 itu.


KUMPULAN Boboi diwakili oleh Afdlin Shauki (kiri) dan Harun Salim Bachik antara yang terselamat daripada komen Chef Wan yang mengguris hati.


"Menjadi juri tidak semestinya menjadi seseorang lebih bagus daripada orang lain. Dia meminta kami supaya jangan kurang ajar dalam berlawak, tapi ada ketikanya dia terlalu emosi. Jadi, adakah dia mempraktikkan apa yang diucapkannya," selar Afdlin terhadap Chef Wan.

Chef Wan tanpa berlengah melepaskan pelurunya, juga dalam Facebook.

"Afdlin tu, kalau nak sangat bercerita banyak, pergi dapatkan penjelasan daripada pihak Astro, kan senang. Sebagai juri, saya telah melakukan tugas saya sejujur-jujurnya.

"Lagipun itu pandangan saya, tak semestinya ia harus dipersetujui semua orang. Ada aku kisah? Ada tiga orang juri lain lagi dan penonton yang undi peserta, apa nak susah," tempelak Chef Wan.

Perang status dalam Facebook itu tidak mudah berakhir selagi individu terlibat masih dikuasai emosi berbanding rasional. Apa yang berlaku kepada Adlin, Afdlin dan Chef Wan bukan sesuatu yang privasi tetapi terbuka kepada umum.

Bergantung kepada pemilihan cara ia diungkapkan, peminat yang bijak pasti boleh menilai artis mana yang betul dan mana yang salah.

Tomok menghitung hari

Posted: 31 Dec 2011 05:02 PM PST


BERMULA sebagai penyanyi remaja bersama New Boyz, Tomok bukan sahaja berjaya menjenamakan dirinya menjadi penyanyi lebih matang bahkan kini dia bergelar hero filem.


BERMULA sebagai penyanyi remaja bersama New Boyz, Tomok bukan sahaja berjaya menjenamakan dirinya menjadi penyanyi lebih matang bahkan kini dia bergelar hero filem.BERMULA sebagai penyanyi remaja bersama New Boyz, Tomok bukan sahaja berjaya menjenamakan dirinya menjadi penyanyi lebih matang bahkan kini dia bergelar hero filem.

MENJENGAH ke tahun baharu, penyanyi yang direvolusi melalui program realiti, One In A Milion (OIAM) ini sudah mencongak banyak kegembiraan yang bakal dilalui pada tahun ini.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Inderawan Ismail bukan sahaja bakal muncul dengan dua buah filem, Mantera dan Istanbul Aku Datang, bahkan lebih bersifat peribadi, dia sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ayah. Tomok, 27, berkahwin dengan seorang pramugari, Siti Rahayu Abas pada 1 Julai tahun lalu di Kuala Lumpur.

Tidak sekadar tertumpu kepada dua agenda yang sudah ditempah sejak tahun lepas, diari 2012 Tomok juga ditanda untuk menghasilkan sebuah album baharu.

"Saya sekarang sedang mengumpul bahan untuk album kedua yang akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

'Jatuh air muka saya'

Posted: 31 Dec 2011 05:01 PM PST


RAMLAH RAM diapit kumpulan Sleeq yang dianggotai Syarif (kanan) dan Arif.


BIARPUN sudah berusia 24 tahun, lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu tidak pernah pudar popularitinya.

Dalam tempoh itu, penyanyinya, Ramlah Ram berdepan banyak transformasi. Terkenal dengan gimik lampu berbentuk hati, Ramlah kini berhijrah kepada fesyen muslimah.

Biarpun berimej Islamik tatkala usianya menjengah separuh abad, Ramlah kini didakwa bercinta dengan lelaki muda berusia 20-an.

Tidak mahu diam, Ramlah tampil memberikan penjelasan dan menafikan mengenai cerita yang menghebahkan dirinya membela 'anak ikan' seperti mana tersebar di internet.

"Cerita ini tidak benar. Kalau ikutkan saya malas nak ulas pasal gosip ini kerana ia memalukan diri saya dan keluarga.

"Jatuh air muka saya apabila gosip mengarut seperti ini tersebar. Di usia begini saya tidak memikirkan soal cinta," kata Ramlah sedikit beremosi ketika sidang akhbar Mentor 6 di Sri Pentas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Ramlah, lelaki yang dikenali sebagai Hafiz itu merupakan pengurus peribadinya yang sudah dua tahun berkhidmat secara profesional bersamanya.

Hafiz juga seperti didakwa Ramlah mempunyai hubungan persaudaraan dengannya dan mengambil lelaki itu berkerja selepas dia tamat belajar di sebuah kolej.

Ramlah tidak mahu tunduk dengan kontroversi murahan seperti itu. Justeru anak kelahiran Muar, Johor itu tidak berhasrat untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terbabit menyebarkannya.

"Saya tahu siapakah dalang yang menyebarkan cerita ini. Bagaimanapun saya tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap orang tersebut kerana tidak mahu membesar-besarkan cerita ini.

"Penulis itu pun sudah meminta maaf. Cuma sebagai manusia yang tidak sempurna tetap ada perasaan geram dalam hati saya," kata juara Bintang RTM 1985 itu.

Menafikan gosip bercinta dengan orang muda tidak bermakna Ramlah mahu kelihatan tua dalam industri hiburan.

Sebagai bukti mahu mendekatkan diri dengan peminat generasi kini, Ramlah tampil dengan sebuah lagu single berentak terbaharu berbanding lagu-lagunya sebelum ini.

Diberi judul Sesaat Kau Datang, lagu itu dinyanyikan bersama kumpulan anak muda dari Singapura, Sleeq.

Luna kerat rambut

Posted: 31 Dec 2011 05:00 PM PST


LUNA MAYA berasa dirinya terlihat gemuk dengan rambut pendek.


TAHUN baharu selalu memberi perangsang buat segelintir individu untuk muncul dengan gaya baharu. Tidak terkecuali dengan aktres cantik, Luna Maya yang tampil dengan gaya potongan rambut pendek. Bekas kekasih Ariel Peterpan itu mengaku bosan dengan rambut panjang yang disimpannya sejak bertahun-tahun.

"Bosan berambut panjang. Sudah sepuluh tahun saya berambut panjang. Kali terakhir saya potong rambut adalah sewaktu di sekolah menengah. Tanpa berfikir panjang, saya terus ke salun. Ketika ditanya mahu potongan yang bagaimana, saya beritahu 'pendek.' Jadi hasilnya begini," ujar Luna yang dahulu terkenal dengan gaya rambut panjang mengurai.

Luna yang tampil dengan potongan rambut baharu tersebut pada sidang akhbar filem My BlackBerry Girlfriend itu mengaku bahawa wajahnya kelihatan lebih bulat.

Luna mendakwa dia tidak kisah walaupun kelihatan sedikit gemuk kerana nafsu makannya sejak kebelakangan ini tinggi.

"Kerana rambut pendek jadi terlihat gemuk tetapi tidak apa-apa kerana hobi saya memang makan. Saya tidak fikir masalah berat badan," ujarnya positif.

Abhishek mahu cacah nama anak

Posted: 31 Dec 2011 04:59 PM PST


ABHISHEK dan Aishwarya masih mencari nama sesuai untuk bayi perempuan mereka.


TREND mencacah tatu nama anak seakan menjadi ikutan buat aktor-aktor di Bollywood. Terkini pelakon Akshay Kumar dan Ajay Devgan mencacah tatu yang tertera nama anak masing-masing.

Nampaknya suami kepada aktres Aishwarya Rai Bachchan, Abhishek Bachchan juga ingin mengikut trend sama, demi membuktikan bahawa dia sayangkan anaknya.

Tetapi buat masa ini Abhishek masih tidak boleh berbuat demikian kerana nama anak perempuannya masih belum dimuktamadkan.

"Saya masih belum memikirkan untuk melakukannya kerana nama anak saya masih belum diberikan.

"Ajay sering memujuk saya untuk turut mencacah nama anak seperti yang dilakukannya. Tetapi keutamaan saya kini adalah untuk menamakan bayi ini dahulu," kata Abhishek kepada sebuah surat khabar.

Bercerita soal nama anaknya itu, Abhishek memberitahu bahawa dia masih tercari-cari nama yang paling sesuai tetapi meletakkan syarat bahawa nama itu perlulah bermula dengan huruf A.

Eyka takut kamera

Posted: 31 Dec 2011 04:58 PM PST




DI SEBALIK pesona lakonannya dalam siri popular Juvana, tidak ramai penonton drama bersiri tersebut menyangka bahawa dia hanyalah remaja berusia 16 tahun.

Melalui siri itu jugalah, Eyka Farhana berjaya meletakkan dirinya dalam ruang tersendiri. Tanpa banyak publisiti, lakonan spontannya kini berjaya mencuri perhatian pengarah-pengarah besar. Bagi pelakon remaja yang belum mencapai usia dewasa, Eyka pasti berbangga. Dia sudah tiga kali berturut-turut disunting Bade Azmi untuk membintangi tiga buah produk dalam tempoh kurang setahun. Drama tersebut termasuklah Sejadah Kaabah yang ditayangkan Mei lalu manakala, Puteri Pulau Tuba serta Miang Buluh Keladi Birah masih belum disiarkan.

"Saya pun tak menyangka akan kerap bekerja dengan Uncle Bade, sampai tiga kali dalam tahun ini. Mula-mula memang saya diberi tunjuk ajar sepenuhnya dari aspek lakonan. Dia pengarah yang mengagumkan. Dalam Puteri Pulau Tuba, saya masih kekok-kekok juga tapi bila buat Miang Buluh Keladi Birah, saya nampak pengarah sudah mula puas hati dengan kerja saya. Sebelum ini, saya sukar untuk buat babak menangis, tapi baru-baru ini saya dapat menangis dengan mudah," laju anak kedua daripada empat beradik itu mengatur bicara.

Mengimpikan peluang melakonkan watak jahat, Eyka sebenarnya belum meletakkan harapan besar untuk terus membina nama dalam bidang seni.

"Saya masih terlalu baharu, nak terima undangan sesi fotografi pun masih takut-takut. Lagipun saya muda lagi untuk terlalu serius dalam pekerjaan. Saya anggap lakonan sebagai aktiviti sampingan selain belajar, dapat cari duit untuk tampung keperluan sendiri dan bantu keluarga sikit-sikit.

"Saya memulakan lakonan pada awal usia, tempoh untuk saya naik atau jatuh juga cepat. Jadi saya tak mahu beri sepenuh perhatian dalam lakonan, kalau ada rezeki, saya teruskan," katanya yang akan memulakan sesi persekolahan 2012 di tingkatan lima pada Rabu ini.

Bakal bergelar si manis 17 tahun menjelang 3 Februari nanti, tahun 2012 menjadi tahun kemuncak buat seorang remaja sebelum memasuki fasa yang lebih matang.

"Saya akan ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun nanti, jadi fokus kepada akademik kena lebih sikit, tak boleh ambil projek besar-besar, setakat telemovie bolehlah," katanya.

Sedang di lokasi penggambaran drama bersiri Mencari Athirah sehingga hujung bulan nanti, malam ini Eyka bakal bergandingan dengan Fahrin Ahmad dan pelakon baru Eina Azman dalam sebuah telemovie menarik bertajuk Jatuh Cinta.

Drama Jatuh Cinta mengisahkan perkahwinan gadis kampung, Manisah dengan Badrul (Fahrin) yang mempunyai seorang anak bernama Tasha. Kehadiran Manisah mulanya dipandang negatif oleh Tasha lakonan Eyka.

"Saya bawa watak anak manja dan terlalu sayangkan bapa saya, bila dia berkahwin dengan gadis seusia saya, sesiapapun boleh ada perasaan negatif tapi bila lama-lama hidup bersama, barulah kami saya nilai sebuah ikatan," tutup bersulam tawa.

Lady Gaga disaman lagi

Posted: 31 Dec 2011 04:57 PM PST


LADY GAGA


BAGI bekas pembantu kepada penyanyi Lady Gaga, Jennifer O'Neill, bekerja dengan artis tersebut dalam tempoh setahun seakan sebuah igauan paling buruk yang pernah dilaluinya.

O'Neill mendakwa, dia berkerja keras tidak kira masa dan lokasi sepanjang berkhidmat bersama penyanyi itu tetapi dia diberikan gaji yang tidak setimpal dalam tempoh 13 bulan berkerja.

Demi membela diri, O'Neill menuntut haknya supaya Lady Gaga membayar jumlah yang menyamai masa-masa bekerjanya yang berjumlah hampir AS$379,000 (RM1.2 juta) untuk 7,168 jam lebih masa.

Bagaimanapun jurucakap penyanyi tersebut menafikan dakwaan yang dikemukakan oleh pembantunya itu dan menganggap tuduhan itu sebagai tidak berasas.

Sebelum ini penyanyi lagu Born This Way itu pernah berdepan saman bernilai AS$$5 juta (RM16 juta) apabila dia didakwa menggelapkan dana untuk membantu mangsa gempa bumi di Jepun pada Jun lalu.

Samoa paling awal sambut tahun baharu

Posted: 31 Dec 2011 04:56 PM PST

ORANG ramai memenuhi kawasan sepanjang laluan Beach Road di Apia, Samoa ketika waktu menghampiri pukul 12 tengah malam Khamis lalu untuk berpesta.


APIA, Samoa - Samoa menjadi negara pertama di dunia meraikan sambutan tahun baharu 2012 kerana garis masa antarabangsa meletakkan negara yang terletak di kepulauan Pasifik itu 24 jam lebih awal berbanding masa di negara-negara lain.

Samoa dan negara jirannya, Takelau terletak hampir dengan Garisan Tarikh Antarabangsa yang merentasi Lautan Pasifik secara menegak.

Kedua-dua set gugusan pulau itu mengambil keputusan untuk menjajar semula diri mereka dari bahagian Amerika ke arah bahagian Asia pada tahun ini.

Langkah itu sekali gus membuatkan Samoa menjadi negara pertama yang menyambut tahun baharu. Rakyat Samoa mengadakan sambutan tahun baharu pada tengah malam Khamis, 29 Disember 2011.

Samoa juga melepasi hari Jumaat dan terus berada dalam zon waktu 12:01 tengah malam pada malam tahun baharu. Maka tidak hairanlah jika pantai-pantai di negara tersebut dipenuhi oleh pengunjung dan rakyat tempatan yang ingin berpesta.

34 maut puting beliung landa selatan India

Posted: 31 Dec 2011 04:54 PM PST


SEKUMPULAN penduduk berjalan di bawah hujan lebat di hadapan kawasan pantai Pondicherry, selepas puting beliung Thane membadai negeri Tamil Nadu, India semalam.


CHENNAI, India - Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh apabila puting beliung Thane dengan kekuatan angin 140 kilometer sejam (km/j) melanda kawasan pantai Cuddalore, negeri Tamil Nadu di selatan India semalam.

"Dianggarkan 50,000 buah pondok musnah akibat angin kencang. Kami akan mendapatkan gambaran lebih jelas tidak lama lagi," kata pengurus daerah, V. Amuthavalli yang tidak menolak jumlah kematian mungkin meningkat.

Kebanyakan mangsa maut kerana terkena renjatan elektrik dan ditimpa dinding bangunan atau rumah. Para jurutera dilihat bekerja keras untuk memulihkan talian telefon dan bekalan elektrik yang terputus di beberapa lokasi terjejas.

Namun begitu, perkhidmatan kereta api dan kapal terbang dapat beroperasi seperti biasa tidak lama kemudian.

Angin kencang itu membuatkan sebuah kapal kargo terdampar di darat dan 70 buah bot menangkap ikan rosak. Beratus-ratus hektar padi yang sedia untuk dituai juga musnah.

Jong-un pemimpin tertinggi Korea Utara

Posted: 31 Dec 2011 04:54 PM PST




PYONGYANG - Korea Utara semalam secara rasminya mengumumkan Kim Jong-un (gambar) sebagai Komander Tertinggi negara komunis itu selepas kematian bapanya, Kim Jong-il.

Pengumuman itu sekali gus mengukuhkan lagi autoriti Jong-un ke atas negara nuklear yang memiliki lebih 1.2 juta anggota tentera.

Jawatan tersebut diberikan dalam mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea Utara pada Jumaat lalu, lapor agensi berita Korea Tengah dalam satu kenyataan.

Pelantikan Jong-un sebagai komander tentera Korea Utara dikatakan dibuat berikutan wasiat daripada Jong-il pada 8 Oktober lalu. Jong-un turut menerima pelbagai gelaran lain daripada parti pimpinannya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Korea Utara memberi amaran bahawa ia tidak akan berlembut terhadap Korea Selatan biarpun setelah kematian Jong-il. Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan Korea Utara menegaskan bahawa ia tidak akan berunding dengan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak. Mesej keras itu juga menyatakan rakyat Korea Utara bersatu di bawah kepimpinan Jong-un.

Namun, berdasarkan kepada kekurangan pengalaman dan usia Jong-un yang muda, timbul persoalan berkaitan kemampuannya untuk menangani rundingan program nuklear, masalah ekonomi dan kekurangan makanan kronik yang melanda Korea Utara sejak sekian lama.

Pengguna implan PIP tuntut pampasan

Posted: 31 Dec 2011 04:52 PM PST


ALEXANDRA BLACHERE yang mengetuai persatuan wanita yang menggunakan implan payudara keluaran PIP memegang gel implan payudara itu dalam satu temuramah di Paris, Perancis.


CARACAS, Venezuela - Kira-kira 100 orang wanita berkeras memfailkan saman ke atas pengeluar implan payudara dari Perancis dan para pengedarnya di Venezuela untuk menuntut pampasan.

Pengeluar terbabit, Poly Implant Prothese (PIP) dilaporkan telah menjual ratusan ribu implan yang diperbuat daripada silikon berkualiti rendah di seluruh dunia.

Pihak berkuasa Perancis menasihatkan 30,000 orang wanita yang memiliki implan PIP agar mengeluarkannya. Ini kerana mereka berdepan risiko implan tersebut bocor dan silikon tersebut masuk ke dalam tubuh.

Dalam saman yang bakal diserahkan pada pertengahan Januari depan, wanita-wanita terbabit menuntut defendan menanggung kos implan itu dikeluarkan dan diganti dengan implan lain.

"Kami tahu bahawa kerajaan Perancis telah menuntut sokongan teknikal dan kewangan bagi pihak wanita yang terjejas dengan implan itu. Jadi kami mahu langkah sama turut melibatkan wanita Venezuela, bukan sekadar untuk wanita Perancis sahaja," kata peguam, Gilberto Andrea.

Perkhidmatan Kesihatan Awam Venezuela Selasa lalu menyatakan pihaknya akan membantu mengeluarkan implan itu secara percuma.

Dianggarkan seramai 300,000 hingga 400,000 orang wanita di 65 buah negara di Eropah dan Amerika Latin telah menggunakan implan buatan PIP yang kini diisytihar bankrap.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved