ads

Jumaat, 30 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Zain Saidin Temani Rozita & Anak-Anak Bercuti

Posted: 29 Dec 2011 07:39 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang Selasa lalu.

Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.

"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Rozita diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Zain selepas pihak mStar Online mendapat panggilan telefon daripada beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang melihat mereka.

Tambah pelakon Kiah Pekasam ini, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama.

Sebagai bukti mereka rapat kata Rozita, pada malam ini (Khamis) anak-anaknya turut keluar bersama Zain untuk bermain futsal.

Sementara itu Zain yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung cerita itu sebaliknya dia mengambil pendekatan untuk menghubungi Rozita terlebih dahulu.

"Saya tengah nak main futsal ni. Saya komen yang sama la (seperti Rozita).

Dalam perkembangan lain, Rozita memberitahu jadual kerjayanya agak padat sehingga Ogos tahun hadapan dengan pelbagai tawaran berlakon telefilem dan drama bersiri.

Zain Saidin.

Rozita berkata, dia juga bakal sibuk dengan perniagaan tudungnya, Padusi yang ingin diusahakan secara lebih serius.

"Alhamdulillahlah rezeki mencurah-curah sehingga jadual kerjaya saya telah pun penuh sehingga Ogos depan selain perniagaan tudung yang bakal saya usahakan secara lebih serius," ujarnya.

Tambahnya, ketika ini dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Mr. Labuci arahan Murali Abdullah selain sedang giat dengan drama bersiri Mencari Athirah sebanyak 13 episod.

SOROTAN 2011: Kejayaan Terbukti, Kehebatan Teruji

Posted: 29 Dec 2011 07:37 PM PST

PETALING JAYA: Saban tahun, dunia seni tempatan sering dicalit dengan pelbagai warna yang mampu meninggalkan sejarah.

Bukan sahaja kontroversi dan isu-isu panas sebaliknya pelbagai pencapaian dan anugerah yang diraih setiap anak seni tempatan memberi satu impak besar yang mampu mengembangkan industri hiburan tanah air.

Malah, ada segelintir mereka meraih kejayaan tersendiri sehingga ke peringkat antarabangsa sekali gus telah mengharumkan nama negara.

1. BUNKFACE : Selepas kontroversi kononnya kumpulan ini akan dibubarkan, nampaknya isu tersebut telah memanaskan semangat bagi membuktikan mereka masih kekal dan mampu memberi perubahan dalam industrui muzik tanah air.

Pada Mac lalu, kumpulan punk rock ini berjaya ke peringkat akhir pertandingan Asia Music Festival (HKAMF), Hong Kong dan telah membuka mata pihak luar dengan kehebatan tersebut.

Dalam pada itu, vokalisnya, Shamsul Annuar Mohd Baharum atau Sam turut mencipta kejayaan manis apabila dia dianugerahkan sebagai Komposer Muda Berpotensi.

Anugerah khas ini mengiktiraf bakat-bakat muda berusia 25 tahun ke bawah dan pemenangnya ditentukan oleh ahli Lembaga Pengarah MACP

2. M.NASIR : Buat kali ke 12, penyanyi dan komposer tersohor, Datuk M.Nasir mengungguli Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak.

Ternyata lagu-lagu penyanyi yang dipaggil 'Sifu' ini masih masih lagi menyengat halwa telinga pendengar.

3.BUNOHAN : Filem arahan Dain Said ini sememangnya dinanti-nantikan apatah lagi filem lakonan Faizal Hussein, Zahiril Adzim serta Pekin Ibrahim itu telah mencatat sejarahnya yang tersendiri sebelum ditayangkan pada 8 Mac 2012.

Bunohan telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September lalu.

Malah filem ini juga berjaya meraih Anugerah NETPAC (rangkaian untuk promosi pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011 pada November lalu selepas membuat tayangan perdana di peringkat Asia.

Ini sekali gus memberi peluang besar buat filem ini apabila dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan ke beberapa negara termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

4. KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH : Rasanya, belum lagi mana-mana penyanyi solo atau yang berkumpulan mampu mengumpulkan angka penonton lebih 10,000 orang untuk menyaksikan sesebuah konsert apatah lagi yang melibatkan konsert berbayar.

Namun, kumpulan legenda, Search mampu melakukannya dan baru-baru ini di mana konsert jelajah tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran MINES (18 Disember) sahaja telah menarik seramai 15,000 penonton.

Malah konsert jelajah yang diadakan di kompleks Sukan Tawau, Sabah juga berjaya mengumpulkan sebanyak 11,000 orang penonton.

Jumlah ini menunjukkan satu pencapaian besar buat kumpulan tersebut kerana belum pernah ada lagi sesebuah konsert berbayar yang mampu menarik jumlah penonton besar.

5. YUNA : Yunalis Zarai atau Yuna yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya telah memulakan langkah besarnya pada awal tahun ini sering berulang alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengembangkan bakatnya.

Misinya untuk melebarkan bakat muzik secara global membuahkan hasil apabila dia telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa, Fadel Label.

Sepanjang pembikinan lagu-lagu baru di AS, Yuna semakin menjadi perhatian penggiat muzik AS lebih-lebih lagi apabila laman portal popular antarabangsa, Billboard.com membincangkan tentang gaya muzik versatil Yuna dalam membawakan lagu saduran daripada kumpulan Nirvana, Come As You Are.

Penyanyi ini juga bakal melahirkan album debut Inggeris penuh pada awal tahun depan yang akan menampilkan kolaborasi bersama beberapa figura hebat persada seni antarabangsa seperti Pharrell Williams dan Guy Sebastian.

Baru-baru ini, Yuna turut mengadakan persembahan di acara MTV Iggy's Best di Times Square, New York.

6. LISA SURIHANI : Satu pencapaian yang menarik boleh disimpan dalam profil pelakon jelita, Lisa Surihani apabila dia menerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno pada Perhimpunan Agung pergerakan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Lisa yang bakal berkahwin dengan Yusry Abdul Halim itu merupakan Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010/2011.

7. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA : Filem terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke 24.

Selain membolot pengiktirafan utama, filem arahan Yusry Abdul Halim itu turut meraih tujuh anugerah lain iaitu Skor Muzik Asal Terbaik, Kostum Terbaik, Sinematografi Terbaik, Anugerah Kesan Visual Terbaik, Poster Filem Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik dan Penataan Seni Terbaik

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu bukan sahaja ditayangkan di panggung tempatan, malah sebanyak 25 buah negara telah membeli hak penyiarannya dengan mengubah judulnya kepada The Malay chronicle: Bloodlines.

8. SYAMSUL YUSOF : Sekali lagi menjadi pengarah muda terbaik, anak bujang kepada penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam ini diangkat sebagai Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24).

Kejayaan Syamsul itu diiktiraf barisan juri menerusi air tangannya, KL Gangster.

Dek kerana kejayaan besar yang juga meraih kutipan tiket sebanyak RM11.74 juta, pembikinan KL Gangster 2 kini sedang dijalankan.

9. DAVID TEO : Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) telah menerima Penganugerahan Tauliah (Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan-ASP) yang membawa gelaran Mejar (Kehormat).

Majlis penganugerahan yang disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Mohd Nazir bin Mami (Panglima 12 Briged) ini diadakan di Pejabat Panglima 12 Briged, Kem Wardieburn Setapak, Rabu lalu.

Penganugerahan tersebut diberi kerana David begitu komited melibatkan diri dalam pasukan Askar Wataniah di samping mempromosikan pasukan tersebut kepada orang ramai terutama golongan belia.

10.OSMAN ALI : Satu pencapaian yang amat membanggakan, selepas menerima pelbagai anugerah menerusi filem Cun, Osman melakar sejarah apabila filem adaptasi arahannya, Ombak Rindu berjaya menjadi filem cinta pertama yang mempunyai kutipan tiket yang tertinggi sebanyak RM11.2 juta.

Mungkin kejayaan ini telah membayar kekecewaannya terhadap beberapa buah filem arahannya yang gagal mendapat kutipan cemerlang di pawagam.

Daniel Lee Akui Ego, Hanya Popular Dua Tahun

Posted: 29 Dec 2011 07:37 PM PST

Setelah lama menyepi, Daniel Lee tampil dengan album terbarunya berjudul 'Sincerely Yours Daniel'.

SUBANG JAYA: Penyanyi Daniel Lee mengakui kegembiraannya selepas menjuarai Malaysian Idol musim kedua pada 2005 hanya mampu bertahan selama dua tahun kerana popularitinya mula menurun selepas itu.

Katanya, ini disebabkan dia terlalu yakin selepas menjadi juara program realiti itu dia akan mendapat peluang luar biasa dan sokongan berterusan dalam bidang seni.

"Dulu saya sedikit ego. Saya terlalu yakin mampu bertahan dengan apa yang saya miliki pada ketika itu," katanya kepada mStar Online pada majlis pelancaran album ketiganya yang diadakan di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Khamis.

Daniel yang muncul dengan album terbarunya berjudul 'Sincerely Yours Daniel' ini memberitahu, sepanjang empat tahun menyepi, dia pernah membuat keputusan untuk terus meninggalkan bidang seni.

"Saya hampir putus asa dan merasakan muzik beri tekanan kepada diri saya. Saya rasa bidang ini susah dan seperti tak mahu menyanyi lagi," katanya.

Menurut Daniel, kesedaran mengenai muzik terjadi apabila dia diminta menguruskan perniagaan milik bapanya.

"Saya cuba nak berniaga, tapi tiba-tiba hati saya terbuka untuk berjinak-jinak kembali dalam bidang seni. Lama saya berfikir dan akhirnya saya sedar bahawa muzik perlu lahir dari hati, bukan usaha keras semata-mata seperti yang saya fikirkan dulu," jelas penyanyi berusia 29 tahun ini.

Daniel berkata, selain sikap dan kurang pengalaman dalam industri hiburan, kesilapan memilih konsep dan aliran muzik yang sesuai untuk dirinya dulu turut menjadi salah satu faktor albumnya kurang mendapat sambutan.

"Sebelum ini apa sahaja yang saya buat semata-mata mahu buktikan kepada semua orang yang saya boleh buat. Sekarang saya sedar tindakan saya itu tidak betul. Dalam berkarya, kita kena jujur dan ikhlas. Semuanya perlu lahir dari hati," ujarnya.

Justeru, menerusi album kali ini, Daniel amat bertuah kerana diberi kebebasan memilih konsep untuk albumnya, malah turut berpeluang mencipta empat buah lagu.

Daniel berkata, kelainan album ini dapat dilihat apabila lirik dan gubahan lagu-lagunya lahir tulus dari hatinya dan disampaikan dengan ikhlas kepada peminatnya.

"Lagu-lagu dalam album ini adalah lagu cinta dan kasih sayang tetapi dalam masa yang sama dapat memberi inspirasi dan semangat terutama buat mereka yang pernah berputus asa dalam hidup seperti saya," katanya.

Ditanya mengapa tiada lagu Melayu diselitkan dalam albumnya kali ini dia menjawab:

"Selepas album ini, saya akan buat sesuatu yang lebih besar. Saya mahu merakamkan album berbahasa Melayu sepenuhnya," katanya, yakin.

Sebelum ini Daniel popular di kalangan pendengar Melayu apabila lagu-lagunya seperti Mimpi, Pasti dan Tiada Maaf Bagimu sering berkumandang di radio.

Berbicara lanjut mengenai albumnya, selain lagu berbahasa Cina, album keluaran Sony Music ini turut memuatkan lagu Inggeris termasuklah lagu baru dan lagu Inggeris klasik bertajuk Fixing A Broken Heart.

"Album ini disasarkan untuk peminat berbangsa Cina dan mereka yang mendengar lagu-lagu Inggeris," katanya.

Gaya Yuna pikat remaja Malaysia

Posted: 29 Dec 2011 07:34 PM PST

MENARIK...Yuna mengetengahkan fesyen anak tudung bersama selendang yang dililit pada leher.
MENARIK...Yuna mengetengahkan fesyen anak tudung bersama selendang yang dililit pada leher.

FESYEN tidak hanya tertumpu kepada pakaian atau aksesori digayakan mahupun jenama yang diketengahkan, tetapi lebih kepada keselesaan cara menggayakan busana yang dipakai terutama jika mengenakan tudung.

Secara keseluruhan, perkembangan fesyen bertudung kini mengalami perubahan agak ketara iaitu daripada bentuk segi empat sama satu ketika dulu hinggalah kepada bentuk tiga segi, kemudian menggunakan selendang atau disarung terus tanpa perlu diikat atau bersusah payah menggunakan pin.

  • Foto

    GAYA TUDUNG ARIANI...sesuai digayakan dengan busana berbeza.

  • Foto

    ROPOL...gabungan ropol pada tepi selendang Fareeda.

  • Foto

    SELENDANG FAREEDA...tampil bergaya dengan selendang dua lapis.

  • Foto

    BERLAPIS...kombinasi tiga lapisan kain sifon untuk tudung Fareeda.

  • Foto

    GAYA SELENDANG GIPSI...disertakan aksesori menarik di hujung selendang untuk menampakkan kelainan.

Malah sepanjang 2011, boleh diperhatikan artis tempatan atau pereka muda luar negara memainkan peranan dalam mengetengahkan bentuk pemakaian tudung terutama membabitkan penggunaan selendang dengan bentuk lilitan berbeza bagi menampilkan gaya santai tersendiri.

Penangan pemakaian selendang Yuna yang digayakan penyanyi terkenal, Yunalis Zaraii (lebih dikenali sebagai Yuna) atau cara lilitan diketengahkan pereka fesyen muda, Hana Tajima, berjaya menarik remaja terutama menjadikan fesyen bertudung lebih menarik untuk digayakan.Mungkin ramai tidak sependapat dan mengatakan adakalanya gaya diketengahkan Yuna agak ganjil terutama dengan imej serban jika dibandingkan pada awal pembabitannya dalam dunia seni.Malah, dia juga pernah dikecam di Internet kerana gaya pemakaian hijabnya ketika menghadiri acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, April lalu yang dikatakan menyerupai rahib. Namun, teguran yang diberikan itu amat dihargai tuan empunya diri.


Sementara itu, bagi penggemar gaya gadis manis kacukan Britain-Jepun, Hana Tajima, dia pula mengetengahkan pelbagai cara memakai tudung dan hijab agar bersesuaian mengikut majlis serta suasana persekitaran.

Ini semestinya memberikan banyak pilihan kepada remaja yang sentiasa menginginkan pembaharuan dalam gaya mereka berfesyen.

Selain itu, penggunaan selendang gipsi dengan hiasan ala Timur Tengah di bahagian hujung selendang turut menjadi ikutan gadis remaja yang gemar mencuba gaya tudung terbaru kerana ia mudah dan ringkas untuk digayakan serta menarik tanpa perlu mengenakan aksesori berlebihan.

Di samping itu, pelbagai jenama tudung yang turut mengetengahkan koleksi fesyen tudung siap disarung turut mendominasi dan mewarnai pasaran tudung tempatan antaranya Fareeda, Ariani, Hajaba, Pearl Haya, Najjah, Bienda serta D'Haja.

Masing-masing cuba menghasilkan rekaan serta corak berbeza bagi menarik peminat ataupun penggemar rekaan tudung terkini dengan gaya lebih moden.

Koleksi tudung Fareeda menawarkan bentuk tudung dengan fabrik terpilih kain sifon pelbagai warna yang eksklusif, membuatkan ramai teruja dengan setiap koleksi yang diketengahkan.

Menghasilkan rekaan selendang, tudung sarung bersengkuap dan tudung dua lapis kain serta tiga lapis kain, keunikan tudung Fareeda juga diserlahkan melalui pemilihan warna yang mudah untuk disuai padan dengan busana.

Selain itu, butik busana Muslimah terkemuka, Hajaba turut memperkenalkan rekaan hasil inspirasi daripada gaya bertudung yang diketengahkan penyanyi Yuna dan pelakon Aida Radzwill iaitu koleksi anak tudung yang dipakai bersama tudung mini i-Da.

Ia adalah pilihan gaya tudung yang lebih eksklusif kerana bukan saja menjadi pilihan wanita pertengahan usia, tetapi turut sesuai dipakai remaja.

Jenama Ariani juga tidak terlepas daripada penghasilan tudung siap disarung ini apabila ia direka khas bagi 100 warna untuk 100 helai saja dan setiap dua hingga tiga minggu akan menerima koleksi baru dengan corak serta warna baru.

Antara yang menjadi pilihan adalah tudung berhias Swarovski, tudung Syria, sifon empat segi, pelbagai selendang dan sutera sifon yang mempunyai pelbagai ton warna dan corak menarik.

Teater Muzikal Ungguli Pementasan Di IB 2012

Posted: 29 Dec 2011 07:33 PM PST

Datuk DJ Dave bergambar kenang-kenangan bersama para pelakon teater Upin dan Ipin yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada tahun depan.

KUALA LUMPUR: Tahun 2012 bakal menyaksikan Istana Budaya menyajikan pelbagai program berbentuk muzikal yang lebih menarik dan dijangka mampu membawa lebih ramai penonton ke panggung tahun depan.

Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, sebanyak lapan buah teater muzikal bakal dipentaskan selain empat drama tari bakal mengambil tempat dalam senarai kalender program agensi itu pada 2012.

"Pementasan teater berbentuk muzikal adalah menjadi pilihan penonton teater di negara ini dan tidak hairan ia bakal memenuhi jadual IB pada 2012.

"Malah ada pihak produksi yang terpaksa menunggu selama setahun untuk mendapatkan tarikh di IB dan kami terpaksa membuat pilihan secara bijak bersesuaian dengan selera penonton teater di negara ini," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program 2012 Istana Budaya di sini, Khamis.

Mohamed Juhari berkata, antara pementasan yang dijangka mendapat perhatian umum adalah Cuci The Musical 3 (4-18 Mac), Upin Dan Ipin (14 april-6 Mei), Muzikal Dr Siti Hasmah (15-27 Mei), Bahaman Orang Kaya Semantan (30 Ogos - 8 september), The Kitchen Musical (12-21 Oktober) dan P.Ramlee The Musical (1-18 November).

Selain itu, Konsert Awie dan Ella (12-15 Januari), Kugiran Pop Yeh Yeh (20-22 Januari), teater Gerimis Mengundang (27 Mac-8 April), konsert Datuk DJ Dave (1-3 Jun), Bila Hati Di Geletek (27-29 September) dan Lana Latisya (29 November-9 Disember) turut dijangka akan mendapat reaksi baik daripada peminat.

"Kita membawakan kembali beberapa teater muzikal yang pernah beraksi di pentas Panggung Sari seperti Cuci The Musical 3 dan P.Ramlee The Musical atas permintaan ramai," ujarnya.

Dalam pada itu, Juhari memberitahu sebuah teater adaptasi daripada novel popular turut akan dipentaskan pada 17-23 September depan tetapi masih merahsiakan tajuk teater tersebut.

Juhari berkata, pihak produksi masih berusaha mendapatkan hak cipta novel berkenaan daripada syarikat penerbitan dan penulis sebelum membuat sebarang pengumuman.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar sebuah novel dari tajuk popular akan dipentaskan di IB pada tahun depan.

Sharifah Shahira bakal beraksi dalam teater Bila Hati Di Geletek.

"Penerbitan teater daripada adaptasi itu adalah berdasarkan sambutan hangat terhadap teater Badai Semalam yang turut diadaptasi daripada novel dan kehangatan filem "Ombak Rindu" di pawagam," katanya.

Tambahnya, sebuah pementasan teater bertaraf antarabangsa juga akan diselitkan pada pertengahan bulan Jun tetapi masih belum mendapat hak cipta daripada penerbit asal.

Sementara itu, Juhari berkata, pihak IB masih mengekalkan kuota 70 peratus produksi tempatan dan selebihnya kepada produksi luar negara tetapi memberi keutamaan kepada karya tempatan.

Pihaknya juga yakin dapat menyahut seruan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mahu jumlah penonton yang hadir ke IB meningkat kepada 200 ribu pada tahun hadapan berbanding tahun ini sebanyak 150 ribu penonton.

"Kami yakin dengan pelbagai persembahan mantap di IB tahun depan, kami dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh menteri," katanya.

Antara program lain yang bakal dipentaskan di IB adalah The White Bat (7-8 Januari), Thousand Hands (31 Januari-12 Februari), Songs of the Wanderes (16-17 Februari), Muzikal ASEAN Xtravaganza (1 Mac), International Ballet Gala 2012 (13-15 Julai) dan Dramatari (7-10 Jun).

Diana mahu terbit filem pertama pada 2012

Posted: 29 Dec 2011 07:30 PM PST

SEGAR...Diana mengambil angin di tengah sawah padi yang cantik di Sekinchan.
SEGAR...Diana mengambil angin di tengah sawah padi yang cantik di Sekinchan.

PENGHAYATAN lakonannya memang bersungguh. Biarpun pengarah Murali Abdullah sudah menjerit 'cut!', kelopak mata Diana Johor masih bergenang dengan air mata. Juraian titisan jernih itu enggan berhenti biarpun babak pilu lakonan bersama Zamarul Hisham untuk telemovie Ku Hijrahkan Doa sudah selesai.

Situasi terbabit menimbulkan tanda tanya buat wakil Rap yang mengikuti penggambaran drama menarik itu di Sekinchan, Selangor itu, baru-baru ini.

  • Foto

    USAHAWAN...Diana semakin seronok menjadi produser drama.

  • Foto

  • Foto

Terfikir juga adakah Diana begitu sedih kerana terkenangkan kisah silam perkahwinannya dulu yang kembali mengganggu fikiran?

Enggan mengganggu 'mood' lakonannya ketika itu, Diana dibiarkan melayan perasaannya sendiri. Selepas beberapa ketika, penggambaran berakhir barulah Diana atau pemilik nama Nordiana Johor Zainal Abidin, 28, dapat bercakap panjang lebar."Jalan cerita ini sendiri sememangnya sedih, sebab itulah saya mudah menangis.Mata saya pula memang sensitif dan kebetulan pula tergosok bahagian mata, apa lagi mata terasa sangat pedih sehinggakan air mata keluar tak berhenti-henti.
Selepas babak itu habis, saya terpaksa jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan!

"Biasanya sebelum babak yang berat, Murali akan bagi panduan terlebih dulu untuk menghayati watak. Dengan cara inilah saya boleh menghayati watak dan menangis. Tapi menangis ni ada banyak jenis kerana ada kalanya kita menangis sebab terlalu gembira, kerana kehilangan sesuatu atau putus cinta.

"Tapi saya menangis bukan sebab terkenangkan kisah lama saya dulu," jelas Diana yang sempat bergambar di tepian sawah padi yang cantik pada hari itu.

Enggan lagi mengimbas kisah lalu membabitkan kehidupan bersama bekas suami, Ramelle Ashram Ramli yang pernah dibina hampir satu setengah tahun dan kini sudah berakhir, Diana ingin mengorak langkah baru memajukan syarikat produksinya, Unique Twins Sdn Bhd.

Syarikat itu ditubuhkan bersama saudara kembarnya, Norlina Johor Zainal Abidin atau Lina Johor pada 2008.

Bebas menentukan jalan hidup sendiri, sudah banyak perancangan dibuat Diana untuk 2012 akan datang. Antaranya, dia mahu lebih aktif menghasilkan karya bermutu termasuk menerbitkan filem cereka pertama.

Kejayaan menghasilkan beberapa drama yang sudah menemui penonton di beberapa stesen TV tempatan menjadi pembakar semangat Diana yang sememangnya berasal daripada keluarga yang gemar meneroka bidang perniagaan.

Daripada segi kelulusan akademik, Diana memang bijak kerana memiliki ijazah dalam jurusan Ekonomi Dan Kewangan dari University Curtin, Perth, Australia.
Jadi kelebihan itu dimanfaatkan dalam tugas seharian.

"Sebelum ini, drama berjudul Hana Hani Coklat Strawberi yang membabitkan kemunculan saya dan Lina sendiri sudah menemui peminat menerusi stesen Astro.
Lina banyak bekerja di belakang tabir dan hanya saya yang banyak berlakon.
Disebabkan ceritanya berkisar mengenai pasangan kembar, kami dilihat layak melakonkan watak kisah itu.

"Drama lain seperti Keras dan Puteri Kayangan juga sudah ditayangkan menerusi slot Cerekarama di TV3. Sekarang kami diberi kepercayaan menghasilkan drama pertama untuk RTM pula. Drama berjudul Melodi Cinta Sarikei ini akan menjalani penggambaran di Sarawak pada Februari nanti dan barisan pelakonnya masih dikenal pasti. Kami akan menggabungkan pelakon dari Kuala Lumpur bersama-sama pelakon tempatan Sarawak nanti.

"Saya juga menghasilkan pelbagai genre drama bergantung kepada skrip. Ada yang ditulis saya sendiri berdasarkan idea yang diberikan rakan dan ada yang diambil daripada beberapa penulis skrip profesional. Contohnya skrip Puteri Kayangan karya saya sendiri. Pada masa sama, ada beberapa penulis skrip yang giat menulis skrip untuk drama saya.

"Kalau tiada aral melintang, perancangan untuk menerbitkan filem pertama juga akan berjalan pada 2012 nanti. Setakat ini perbincangan lanjut dengan beberapa pihak masih berjalan. Namun, barisan tenaga kerja yang terbabit dalam filem ini sudah ada," katanya yang mahu mengang�kat kualiti drama tempatan ke tahap yang lebih baik.

Memandangkan itu filem sulungnya, Diana membayangkan dirinya perlu berhati-hati memantau setiap inci perjalanannya terutama daripada aspek kewangan. Harapannya biarlah pasukan yang dipilih betul-betul boleh bekerja.

"Banyak benda perlu diteliti dan diambil kira. Mujurlah saya sudah lama berada dalam industri seni dan ada pengalaman. Sebelum buka produksi sendiri, saya juga ambil pendapat kawan yang sudi mencurahkan ilmu. Selain itu, saya juga belajar mengenai bisnes daripada ibu (Nor Aishah Abas, 54) yang menguruskan Hotel Pelangi di Muar, Johor dan Pelangi Balau Resort di Tanjung Balau Desaru, Johor.

"Kedua-dua ilmu ini saya gabungkan bagi mendapatkan hasil terbaik. Tidak dinafikan tekanan selalu ada. Pening juga menguruskan kerja tapi saya faham bidang perniagaan di mana-mana pun tetap ada cabarannya.

"Begitupun, saya masih akan berlakon dengan keutamaan tentulah kepada syarikat sendiri. Sama ada saya hadkan hanya untuk berlakon telemovie atau drama bersiri, semuanya bergantung kepada skrip dan pengarah. Saya sedar populariti saya tak begitu menyerlah kerana agak lama berhenti berlakon.

"Saya tinggalkan lakonan pada 2004 kerana sambung pelajaran di Australia selama tiga tahun dan kembali berlakon pada 2007. Saya berlakon kerana minat dan tak fikirkan sangat mengenai populariti.

"Dah lama berhenti, saya nak juga rasa pengalaman berlakon dengan syarikat produksi lain kerana sebelum ini saya kerap berlakon drama terbitan Skop Productions," katanya yang mula dikenali menerusi drama bersiri Sembilu.

Berbual dengan Diana, ternampak segala fokusnya kini lebih bertumpu kepada karier dan apabila ditanya mengenai persoalan peribadi, dia pantas memberikan jawapan tidak tergesa-gesa mahu menjalinkan hubungan baru.

"Buat masa ini memang saya tak terfikir mengenai teman hidup. Sebenarnya saya tak pernah serik untuk berkahwin lagi. Saya percaya Tuhan akan tentukan segala-galanya dan saya lebih senang mengikut arus. Saya terlampau sibuk dengan kerja sekarang dan selalu berdoa agar suatu hari dipertemukan dengan jodoh yang sesuai.

"Saya sememangnya sibuk kerana dalam sebulan, hanya beberapa hari saya dapat berehat di rumah," katanya.



PROFIL:

Nama penuh: Nordiana Johor Zainal Abidin
Panggilan: Diana Johor
Asal: Johor Bahru, Johor
Usia: 28 tahun
Kerjaya: Pengarah Hotel Pelangi, Johor, produser, pelakon, model iklan
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik

Drama: Mas Maria, Sembilu, Astana Idaman, Hana Hani Cokelat Strawberi dan Tanah Keramat, Pelamin Di Pusara, Ku Hijrahkan Doa

Teater: Muzikal Tun Mahathir
Pendidikan: Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari University Curtin, Perth, Australia.

Peniaga pengotor buat kecoh cuba alih perhatian

Posted: 29 Dec 2011 07:29 PM PST

PERIKSA...pegawai LPKPM menyoal pembantu dapur sebuah kedai makan di Medan Selera Farlim.
PERIKSA...pegawai LPKPM menyoal pembantu dapur sebuah kedai makan di Medan Selera Farlim.

PETALING JAYA: Seorang peniaga makanan di Medan Selera Farlim Jalan PJS 8/9, Bandar Sunway, di sini, mengejutkan ramai pelanggan dengan membuat kecoh apabila enggan memberikan kerjasama ketika pegawai Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) melakukan pemeriksaan terhadap kedainya.

Bagaimanapun, kekecohannya itu bersebab apabila siasatan mendapati dia memperoleh bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam yang diragui halalnya.


Malah, ketika resit ayam diminta, dia cuba mengalih perbualan dengan menyuruh LPKPM memeriksa premis lain yang bermasalah.

Hasil siasatan mendapati, peniaga terbabit memang mengambil bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam, namun dia enggan bekerjasama.


Malah, keadaan dapur peniaga terbabit kotor dan sampah dipenuhi lalat.


Operasi kali pertama yang dilakukan LPKPM dengan kerjasama penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu bertujuan memastikan peniaga Islam mempamerkan logo halal di samping menjaga kebersihan premis masing-masing.Ketua Pegawai LPKPM, Sharifah Mat Nor Rashid, ketika ditemui berkata, pihaknya perlu tegas dengan masalah itu dan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak terbabit seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Cat Farish Jadi Penasihat 1Malaysia TV

Posted: 29 Dec 2011 07:28 PM PST

Cat Farish.

KUALA LUMPUR: Pelakon, penyanyi dan komposer, Cat Farish memberitahu lebih selesa dengan tugas barunya sebagai penasihat program di saluran televisyen dalam talian, 1Malaysia TV.

Cat ketika ditemui mStar Online berkata, tugas barunya itu lebih mencabar kerana dia perlu mengemukakan idea bersesuaian dengan konsep saluran itu yang memfokuskan kepada golongan remaja.

"Setakat ini pihak kami masih belum mempunyai program tetap tetapi lebih daripada 20 idea telah dibentangkan untuk memantapkan 1Malaysia TV.

"Insya-Allah menjelang Mac tahun depan kita akan lancarkan semua program yang bakal disiarkan di 1Malaysia TV," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Program 2012 Istana Budaya di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Cat berkata, walaupun telah lama berada di dalam industri hiburan dia masih perlu banyak belajar mengenai selok-belok dunia penerbitan program.

Ujarnya, dia yakin dapat melunaskan tugas barunya itu dengan baik dengan sokongan semua kaki tangan di 1Malaysia TV khususnya dalam membangunkan saluran itu ke tahap lebih baik.

"Pelancaran baru-baru ini untuk menghebahkan mengenai kewujudan 1Malaysia TV dan segala komen mengenai penonton di laman web kami atau pun di Facebook adalah sangat dialu-alukan supaya kami boleh memperbaiki prestasi program disediakan," ujarnya.

Sementara itu, Cat berkata, penglibatannya di 1Malaysia TV juga adalah untuk membantu rakan-rakan seperjuangan yang tidak mendapat perhatian di stesen arus perdana dari segi promosi.

Katanya, menerusi beberapa program baru yang bakal diterbitkan, pihaknya akan cuba membantu mereka dengan memberi pendedahan terutamanya kepada bakat-bakat baru yang ingin menempa nama dalam industri.

"Selain memberi pendedahan dan promosi kepada mereka, ia sekali gus dapat mengembangkan industri muzik tempatan ke stu tahap yang lebih baik," katanya.

1Malaysia TV adalah siaran televisyen secara talian yang dimajukan oleh 1MediaIPTV Sdn Bhd yang boleh ditonton melalui telefon pintar, komputer tablet dan juga komputer riba.

Isu Teater : KP Istana Budaya Kesal

Posted: 29 Dec 2011 07:27 PM PST

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.

KUALA LUMPUR: Pihak Istana Budaya (IB) kesal dengan segelintir pihak yang hanya pandai mengkritik agensi itu khususnya dalam pementasan teater tanpa memberi sokongan untuk mengangkat industri seni tersebut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, selama ini banyak pihak yang menuduh IB sekadar mementingkan pementasan bersifat komersial dengan mengetepikan dunia teater .

"Pihak IB terpaksa mempelbagaikan persembahan dalam kalendarnya adalah kerana pementasan teater tidak mendapat sambutan daripada penonton.

"Pelbagai naskhah teater terbaik telah dipentaskan tetapi daripada segi penglibatan penonton setakat ini masih mengecewakan," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program 2012 Istana Budaya di sini, Khamis.

Mohamed Juhari berkata, beliau kesal apabila banyak pihak mempertikaikan agensi itu kerana membawa masuk pelbagai persembahan yang bersifat komersial di IB sedangkan objektif utama penubuhannya adalah untuk memartabatkan seni teater.

Ujarnya, pihaknya telah melakukan pelbagai perkara untuk memartabatkan seni teater di negara ini melalui IB tetapi mereka perlu realistik dan memenuhi kehendak penonton.

"Kebanyakan persembahan yang dipentaskan seperti teater muzikal, konsert dan drama muzikal mendapat sambutan hebat daripada penonton.

"Oleh sebab itu kita perlu realistik dengan membawa masuk pelbagai genre dalam program di IB bagi mengikut kehendak semasa," ujarnya.

Bagaimanapun Juhari berkata, IB mencipta sejarah apabila kutipan jualan tiket pada tahun 2011 menunjukkan peningkatan positif iaitu hampir RM12 juta berbanding RM11 juta pada tahun lalu.

Tambahnya, walaupun peningkatan itu sedikit tetapi jumlah tersebut adalah hasil daripada 90 peratus pementasan produksi tempatan berbanding hanya 70 peratus tahun lalu.

"Ini telah menunjukkan penonton di negara ini lebih bijak menghargai hasil karya tempatan dan tidak hanya bergantung kepada persembahan luar negara.

"Pun begitu, kita masih perlu menyelitkan produk dari luar negara bagi menaikkan nama IB sebagai salah satu lokasi bertaraf antarabangsa," ujarnya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais.

Pengarah Drama, Murali Dikejarkan Ke Hospital

Posted: 29 Dec 2011 07:26 PM PST

Murali Abdullah

PETALING JAYA: Pengarah drama terkenal, Murali Abdullah dikejarkan ke Hospital Selayang, dekat sini kira-kira pukul empat petang Khamis selepas mengalami muntah-muntah dan sakit kepala di lokasi penggambaran drama Mr. Labuci.

Menurut Penerbit Ekskutif Zeel Production, Muhamad Norazhar Baharuddin atau Bobby, pihaknya belum mengetahui keadaan Murali kerana masih menunggu laporan daripada pihak hospital.

"Ketika ini Murali masih ditahan di wad kecemasan dan sedang tidur selepas mengalami muntah-muntah yang agak teruk. Doktor juga telah melakukan x-ray ke atasnya bagi mencari punca penyakit tersebut," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Muhamad Norazhar berkata, mengikut pemeriksaan awal, doktor memberitahu pengarah tersebut mengalami sedikit pendarahan pada otak tetapi keadaannya terkawal.

Katanya, doktor juga masih tidak dapat mengesahkan sama ada Murali diserang penyakit angin ahmar kerana simptom yang ditunjukkan tidak ke arah itu.

"Semasa dibawa ke hospital dia dalam keadaan sedar dan tiada tanda-tanda dia mengalami angin ahmar," ujarnya.

Ditanya adakah Murali pernah mengadu mengalami sebarang kesakitan sebelum ini, Muhamad Nurazhar berkata, pengarah drama itu tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya.

"Dia juga tidak pernah sakit sebelum ini dan hanya mengadu mengalami pening kepala pada tengah hari ini," ujarnya.

Sementara itu, pelakon Rozita Che Wan yang turut berlakon dalam drama berkenaan ketika dihubungi pada malam Khamis berkata, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa Murali dan memberitahu sedang dalam perjalanan ke hospital berkenaan.

Rozita berkata, Murali tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia sakit pada penggambaran yang baru masuk hari kedua di sebuah kawasan di Selayang itu.

Beyonce Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat

Posted: 29 Dec 2011 07:26 PM PST

Beyonce dilaporkan bakal melahirkan anak pada bila-bila masa.

PENYANYI popular, Beyonce Knowles dilaporkan akan melahirkan anak pertamanya hasil perkongsian hidup bersama penyanyi rap, Jay-Z dalam masa terdekat.

Sebelum ini media melaporkan Beyonce akan menyambut orang baru dalam keluarganya pada Februari nanti.

Khabar terbaru itu tersebar apabila seorang petugas di Hospital St Luke Roosevelt di New York mendedahkan penyanyi yang popular dengan lagu Crazy In love itu telah menempah bilik bersalin eksklusif untuk dirinya.

Malah MediaTakeOut turut melaporkan bahawa mengikut perkiraan Beyonce akan melahirkan anaknya pada bila-bila masa.

Bagaimanapun pihak hospital berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai berita tersebut.

Beyonce pada September pernah mendedahkan bahawa dirinya sedang hamil enam bulan ketika diwawancara oleh majalah Hello! mengenai penggambaran video klipnya berjudul Countdown dan kini kandungannya telah pun mencecah sembilan bulan.

"Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran video klip Countdown dan sedang hamil enam bulan, berpura-pura tampil dengan perut rata dengan dalam bodysuits ini," katanya ketika itu.

Jurucakap kedua-dua belah pihak pasangan itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkhabaran itu.

Ashton Kutcher Pilih Gadis Mirip Bekas Isteri

Posted: 29 Dec 2011 07:22 PM PST

Lorene Scafaria (kiri) dikatakan mempunyai iras bekas isteri Ashton, Demi Moore.

SEJAK kembali membujang, pelakon kacak, Ashton Kutcher dilaporkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang dikatakan mirip bekas isterinya, pelakon Demi Moore.

Media melaporkan, wanita berkenaan yang juga seorang penulis novel, Lorene Scafaria dikatakan semakin rapat dengan aktor itu dan sering bergambar mesra dengan Ashton.

Bagaimanapun, jurucakap bintang filem Spread ini menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu Ashton masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Lorene.

Khabar angin turut bertiup kencang apabila pasangan itu dikatakan menghabiskan masa bersama semasa Hari Natal baru-baru ini di Itali. Us Weekly turut melaporkan mereka dilihat bersiar-siar menaiki kereta jenis Porsche Carrera Sports semasa di sana.

"Mereka pernah ke Itali bersama-sama untuk menjayakan sebuah projek filem yang berkisar tentang pasukan bola sepak negara itu dan ia tidak lebih dari itu. Mereka tidak bercinta tetapi hanya kawan," ujar jurucakap pelakon itu.

3 lelaki acu pisau

Posted: 29 Dec 2011 07:20 PM PST

CEROBOH...Nordin menunjukkan tingkap rumah yang dipotong penyamun.
CEROBOH...Nordin menunjukkan tingkap rumah yang dipotong penyamun.

KUALA LUMPUR: Dua anak perempuan pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengalami detik ngeri apabila diugut dengan pisau sebelum dikurung sejam dalam tandas oleh tiga lelaki yang memecah masuk rumah mereka di Taman Wilayah di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 4 pagi ketika dua beradik anak Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Nordin Che Ngah, 54, yang masing-masing berusia 15 dan 27 tahun tidur di tingkat atas rumah dua tingkat itu.

Tiba-tiba bilik mereka diceroboh tiga lelaki bersenjatakan pisau dan dua beradik itu kemudian diugut akan dicederakan sebelum diarah masuk ke dalam tandas dan dikunci dari luar.

Nordin berkata, tiga penjenayah itu melarikan Proton Inspira milik kerajaan, empat komputer riba, iPad dan RM1,500.Menurutnya, kejadian itu hanya disedarinya jam 5.30 pagi ketika dia menunaikan solat Subuh, namun berasa pelik apabila rumahnya terang-benderang manakala pintu rumah terbuka luas.

SKM saran koperasi gabung

Posted: 29 Dec 2011 07:01 PM PST

Datuk Md Yusof Samsudin
Datuk Md Yusof Samsudin

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) menggalakkan gabungan koperasi di seluruh negara bagi mencapai matlamat suruhanjaya itu menubuhkan empat bank koperasi di negara ini menjelang 2020.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Md Yusof Samsudin berkata, Bank Rakyat satu-satunya bank koperasi yang wujud hasil gabungan koperasi dan individu.


"Untuk itu, SKM menyasar untuk membuka tiga lagi bank koperasi menjelang 2020 bagi membolehkan setiap ahli mendapat lebih banyak faedah daripada segi persaingan dan penawaran daripada tiga institusi berkenaan.

"Setakat ini, SKM masih menjalankan penilaian ke atas koperasi yang mempunyai potensi diiktiraf sebagai bank koperasi hasil kerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya pada Bisnes Metro, baru-baru ini.


Katanya, gabungan antara koperasi memberi manfaat kepada ahlinya apabila mampu untuk mengumpulkan dana modal secara makro yang membantu memperkasakan institusi koperasi itu sendiri.


"Tambahan, apabila gabungan ini dapat dilaksanakan ia memberi peluang kepada semua ahli untuk berkongsi pengetahuan memperbesarkan institusi melalui perniagaan yang sememangnya menjadi teras kepada kekuatan sesebuah koperasi."Seterusnya, matlamat lebih penting ialah memperluaskan penguasaan pasaran koperasi itu sendiri di dalam negara kerana seperti yang diketahui koperasi sememangnya merangsang ekonomi negara," katanya.


Yusof berkata, SKM turut menggalakkan koperasi di seluruh negara untuk memberi pinjaman antara satu sama lain seperti dilaksanakan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang memberi pinjaman kepada koperasi peringkat menengah iaitu di kalangan koperasi saja."Untuk mencapai matlamat mewujudkan bank koperasi ini, SKM akan memohon semua koperasi untuk bergabung dan kami membuat penilaian ke atas kewujudan audit dasar bagi mengiktiraf koperasi berkenaan menjadi sebuah institusi kewangan," katanya.

Pertahankan maruah Dara

Posted: 29 Dec 2011 06:53 PM PST

pix_gal0
Pengorbanan suci kekasih tutup aib pujaan hati

LUPAKAN seketika kontroversi yang menyelubungi pementasan Se-Merah Padi ke rana isi teater yang ditonjolkan di Lambang Sari Istana Budaya hingga Ahad ini (31 Disember) sudah mampu menutup kekalutan yang tercetus di luar gelanggang.

Pujian wajar diberikan kepada seluruh produksi termasuk barisan pelakon dan krew belakang tabir apabila segala rasa yang mahu dikongsi dengan khalayak dipaparkan dengan kemas tanpa adegan meleret-leret.Dalam tempoh singkat, Rosdeen Suboh selaku pengarahnya membawa penonton ke sebuah perkampungan Melayu yang masyarakatnya kuat dilingkungi adat dan agama hingga berlakunya kejadian serangan puak lanun yang membawa pengakuan mukah atau zina antara Aduka dan Dara.
Namun berlainan daripada garapan di layar perak yang menyaksikan lako nan mantap Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee, babak akhir dilencongkan kepada penutup yang lebih dramatik - pengakuan zina si ke kasih demi menutup aib gadis yang menjadi mangsa noda.

Biar berdepan hukuman 100 sebatan disebabkan pengakuan itu, Aduka, lakonan Khir Rahman masih menutup mulut semata-mata enggan membiarkan maruah pujaan hatinya yang sudah menjadi tunangan sahabat baik sendiri, Taruna (Fauzi Nawawi) mendapat malu lebih hebat kerana dirogol!

Begitulah pengorbanan suci seorang kekasih walau mengetahui dara impian sudah ditebuk tupai sekali gus bersedia memikul tanggungjawab supaya kekasih dan keluarganya tidak mendapat aib lebih besar jika kejadian pemerkosaan itu diketahui ramai.

Bagi yang pernah menonton filem Semerah Padi, dalam kepala tentu sudah membayangkan satu persatu visual pertembungan cint a tiga segi antara Ta runa, Aduka serta anak penghulu, Dara pasti menyangka paparan di pentas tidak jauh berbeza dengan di layar perak.
Nyata sangkaan awal itu jauh tersasar malah tidak keterlaluan dikatakan segala-galanya tampak sempurna baik dari segi mainan emosi pelakon, pencahayaan, muzik latar, pemilihan lagu hingga sentuhan terhadap perub ahan latar babak yang cukup menarik.

Sentuhan jitu diberikan kepada props gergasi membabitkan perkampungan, rumah besar tok penghulu, kediaman penduduk kampung, kawasan pertanian, gua dan tidak terkecuali tempat persembunyian lanun yang menghidupkan keseluruhan kronologi kisah.

Malah kehadiran tujuh makhluk yang menjadi simbolik kepada nafsu menonjolkan perlambangan kepada setiap insan bahawa walau sebaik mana pun individu, dorongan nafsu sentiasa menanti untuk menerkam tetapi masih mampu dikawal dengan akal dan kembali kepada-Nya.

Tidak perlu panjang le bar, babak pembukaan di sebuah kampung yang mendamaikan ditonjolkan menerusi perpaduan seluruh masyarakat menerusi lagu dan dari situ ju ga sudah diselitkan paparan awal konflik dalam hubungan Aduka dan Dara yang juga lakonan bintang baru, Abby Nadzri.

Babak diteruskan dengan pertunangan antara Ta runa serta Dara. Kelibat Aduka yang sekadar memandang dari jauh sudah menunjukkan betapa hatinya remuk redam melihat bunga idaman dipetik orang.

Kemudian kejadian penangkapan seorang lelaki dari luar, Jejaka (Bohari Ibrahim dengan isteri penduduk kampung, Galak (B aby Erin) yang berzina menyebabkan kedua-duanya dihukum sekali gus menyebabkan adik si mati, Bonek (Opie Zami) nekad membalas dendam.

Sememangnya mengangkat sebuah naskah yang sekian lama dihasilkan di layar perak untuk divisualkan pula di pentas te ater bukanlah kerja mudah walaupun ada segelintir menyifatkan ia sebagai kerja senang berikutan rangka yang sudah sedia ada.

Namun ia tidak semudah disangkakan apatah lagi pastinya peminat Seniman Agung itu sendiri sedikit sebanyak cuba membuat perbandingan atau lebih tepat akan cuba melihat kelemahan dari setiap sudut.

Apa pun, produk si yang turut dibintangi Azizah Mahzan sebagai ibu Dara serta Datuk Baharuddin Haji Omar selaku ketua kampung mampu menyahut cabaran malah kedua-dua pelakon senior ini turut membuktikan mereka sememangnya pelakon versatile.

Jika ada sebilangan penerbitan yang berpaksikan teater muzikal seakan kurang percaya terhadap nyanyian pelakon secara langsung atau sememangnya mengambil kerja mudah dengan merak amkan lagu terlebih dahulu, Se-Merah Padi tidak berbohong kepada penonton.

Bukan hanya bermain emosi, mereka juga menari dan menyanyi secara langsung seperti mana ditonjolkan Aziz ah, Bahaharuddin dan sebahagian besar lagi pelakon pementasan itu malah yang berada di bangku penonton juga merasa lebih puas.

Dari segi lakonan, tiada siapa boleh mempertikaikan kemampuan Azizah mahu pun Baharuddin yang nyata 'memberi' dalam setiap babak begitu juga Opie, Fauzi dan tentu sekali Khir Rahman yang begitu melankolik.

Masing-masing membina karakter hitam dan putih dengan cemerlang.

Walau tidak punya banyak pengalaman, Abby mampu menyerlahkan keupayaannya membawakan emosi cinta tidak kesampaian seorang gadis dengan baik cuma pada pengakhiran Dara lebih banyak merintih.

Biar apa pun tanggapan, teater Se-Merah Padi yang dibawakan Keno Produc tion menjadi penutup tirai persembahan pementasan Istana Budaya yang indah untuk ditonton kerana segala-galanya tampak indah.

Cabaran kreatif jeli acuan pewter

Posted: 29 Dec 2011 06:50 PM PST


Terri Ng (kanan) berkongsi pengetahuan membuat jeli yang menarik dengan para tetamu.


BUKAN mudah menyiapkan hidangan enak untuk keluarga setiap hari apatah lagi menghasilkan sesuatu yang kreatif dan lazat selama 30 hari berturut-turut.

Namun inilah cabaran yang telah disahut oleh 10 penulis blog dari Malaysia, Indonesia, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam cabaran yang dinamakan Jelliryfic.

Mereka menyahut cabaran mencipta pelbagai resipi baru dan kreatif menggunakan acuan jeli pewter dari Royal Selangor selama 30 hari berturut-turut.

Acuan jeli tersebut direka eksklusif untuk syarikat pewter berprestij itu oleh pereka Inggeris, Nick Munro dengan tema Cinta, Kehidupan dan Jenaka.

Cabaran yang diberi nama Siapkan Jeli Anda dalam 30 Hari telah diadakan sempena bulan kesedaran tentang kanser payu dara pada Oktober lalu.

Penulis blog diberi hama Hunger Hunger yang juga ibu kepada tiga anak, Terri Ng muncul sebagai juara.

Wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu, telah mencipta resipi yang unik dan mempunyai sentuhan peribadinya sendiri.

"Walaupun sibuk dengan urusan harian saya akan pastikan saya menghasilkan jeli yang cantik sempurna. Jika tidak berpuas hati saya akan menghasilkan cubaan kedua, ketiga sehingga saya benar-benar berpuas hati dengan rekaan yang dihasilkan," jelas suri rumah ini.

Terri berkata, dia sungguh gembira dan sangat berterima kasih kepada pembaca dan pengikut setia blognya yang telah memberi banyak cadangan serta sokongan sepanjang pertandingan tersebut.

"Walaupun kami tidak pernah bertemu, semangat dan kepercayaan yang para pembaca blog saya beri begitu meyakinkan dan saya sedaya upaya tidak mahu mengecewakan mereka," katanya.

Menceritakan pengalamannya sepanjang pertandingan tersebut, Ng sentiasa mencabar dirinya untuk menghasilkan resipi yang bagus menggunakan acuan jeli dari Royal Selangor.

Dua daripada 30 rekaan unik dan istimewanya adalah puding Krismas yang dihias menyerupai pokok krismas dan Dragon' s Jelly.

Untuk Dragon's Jelly yang dicipta sempena sambutan Halloween, Ng telah menggunakan buah longan bagi mendapatkan efek biji mata.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Billy Law, seorang warga Australia yang dilahirkan di Malaysia dan bekas peserta Masterchef Australia.

Law yang sememangnya pakar dalam penghasilan pencuci mulut, begitu teruja menghasilkan inovasi untuk jelinya.

Untuk ciptaan pertamanya yang diberi nama Jeli Susu Kacang Soya, Law telah membuat sebuah video yang menunjukkan jeli tersebut menjalani 'ujian getar' dengan meletakkannya di atas sebuah penguat audio.

Law cukup konsisten dengan mencipta sebuah pencuci mulut setiap hari dan kesemuanya menjalani 'ujian getar'.

Kedua-dua pemenang ini hadir pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Royal Selangor, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut mereka turut berkesempatan berkongsi pengetahuan bersama para tetamu yang hadir dengan mengendalikan bengkel membuat jeli.

Sementara itu, Pengurus Besar Royal Selangor International, Yong Yoon Li berkata, pihaknya cukup gembira dengan kempen cabaran melalui Internet yang pertama kali dilaksanakan itu.

"Dengan kejayaan cabaran ini kami akan meneruskan lagi kempen menerusi Internet pada masa akan datang.

"Setiap penulis blog telah menunjukkan dedikasi terhadap pertandingan ini. Mereka berjaya menggunakan acuan jeli tersebut untuk mencipta pelbagai jenis hidangan," ujarnya.

Dalam pada itu Royal Selangor juga akan mendermakan sebanyak RM80 daripada setiap jualan acuan jeli yang berharga RM290 kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara.

Acuan jeli ini juga boleh dibeli di kedai jualan Royal Selangor dan juga di laman web www.royalselangor.com.

Senyuman 2011 milik diriku

Posted: 29 Dec 2011 06:49 PM PST




DARIPADA orang biasa-biasa, muncul menjadi luar biasa. Ia seperti sangat mudah, tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangka.

Istimewanya gadis ini ialah dia terkenal apabila lagu miliknya yang bertajuk Cinta Muka Buku menjadi perhatian setelah dimuat turut ke laman YouTube.

Lagu tersebut bukan sahaja berjaya membawa namanya terkenal secara mendadak tetapi juga meletakkan muzik santai miliknya menjadi antara kegilaan remaja di negara ini. Najwa meraih kemewahan melalui kreativiti bergandanya itu.

Bagi Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 16, tahun ini merupakan tahun paling bermakna untuknya.

Mana tidaknya mengambil masa hanya 6 bulan sahaja, dia telah berjaya mencapai pelbagai peluang dan yang paling hebat adalah melayakkan diri ke pertandingan akhir Muzik Muzik ke-26 pada 29 Januari ini depan.

"Saya langsung tidak menyangka bahawa Cinta Muka Buku membawa saya sehingga ke tahap ini dalam jangka waktu yang begitu singkat.

"Bagaimanapun saya tetap bersyukur dengan rezeki mendadak ini, di mana saya akan menghargai peluang yang diberikan untuk memperbaiki perjalanan muzik saya di dalam industri," katanya, berkongsi bahagia dengan Utusan Malaysia.

Sedar akan peluang yang terimanya ini terlalu cepat, menurut Najwa dia tidak pernah menduga perjalanan seninya ini akan bermula seawal dia di bangku sekolah lagi.

"Saya sendiri tidak percaya akan berada di sini secepat ini.

"Bagaimanapun itu bukan perkara yang perlu saya rungsingkan kerana apa yang penting saya masih di dalam proses pembelajaran untuk melalui liku-liku sebagai seorang penghibur di negara ini," katanya yang bernaung di bawah label NAR Records.

Najwa memberitahu walaupun kini dia sudahpun bergelar penyanyi professional namun tiada salahnya jika peminat di luar sana masih mahu mengenalinya dengan gelaran sebagai "gadis YouTube"

"Saya bermula dari situ (YouTube), dan saya tidak pernah mahu melupakan landasan pertama saya.

"Sehingga ke saat ini pun masih ada peminat yang menggelarkan saya sebagai gadis You Tube, dan jujur saya katakan saya tetap selesa dengan gelaran itu," kata.

Bakal menghadapi peperiksaan penting pada tahun hadapan, menurut Najwa di dalam memastikan dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran dia akan mengurangkan aktiviti seninya mulai bulan Mac hadapan.

Kekal di persada cinta peminat

Posted: 29 Dec 2011 06:49 PM PST


KELAHIRAN album Inggeris pertama adalah kejayaan terbesar Siti Nurhaliza dalam tahun 2011.


MELANGKAH satu hari ke depan, kita bakal memulakan perjalanan baru. Sementelah, mentari 2012 bakal bersinar terang benderang bersama hadirnya hari baru yang penuh gemilang itu. Pun dalam tahun 2011, terlalu banyak yang indah dan jelek, berlaku dalam industri hiburan tempatan, menjadi simpanan di ingatan. Pun, kita ambil saja yang indah, yang putih dan bersih dan ia adalah bekalan untuk mencipta lebih banyak kejayaan yang bertanda. Hits memilih artis-artis yang kami fikirkan terbaik pada tahun 2011.

BIARPUN ramai tidak yakin akan kebolehan Datuk Siti Nurhaliza berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, penyanyi itu tidak gentar menghasilkan album Inggeris All Your Love pada 24 September lalu.

"Sudah lama Siti simpan hasrat untuk buat album Inggeris. Akhirnya dengan kegigihan Adib (anak tiri), impian Siti tercapai. Album Inggeris ini merupakan kenangan paling manis Siti dalam tahun 2011 ," akuinya yang turut berduet dengan penyanyi popular kelahiran Amerika Syarikat, Sean Kingston dalam lagu Remember Me.

Katanya, setelah produk kecantikan jenama Simply Siti dipasarkan pada 2010, dia perlu bekerja keras bagi memastikan produk itu terus diterima ramai dalam tahun 2011.

"Tahun ini tumpuan dan fokus Siti lebih kepada produk berbanding kerjaya kerana saingan dalam bisnes amat mencabar. Setelah pengguna tempatan memberi reaksi positif terhadap produk Simply Siti, sudah Siti kena tumpu untuk pasaran luar pula.

"Setakat ini, produk itu sudah memasuki Brunei dan Insya-Allah tahun depan, Simply Siti akan ke Indonesia pula. Siti harap semuanya berjalan lancar," katanya.

Di sebalik kegembiraan dengan kelahiran album dan perkembangan positif produk Simply Siti, penyanyi itu turut berhadapan dengan dugaan dalam tahun 2011 apabila produk kecantikannya didakwa sebagai tidak halal.

"Berita tidak benar itu sangat menguris hati, ia cabaran paling pahit pada Siti yang baru nak berjinak dengan perniagaan kecantikan," akuinya.

Namun dugaan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus melebarkan sayap sebagai ahli perniagaan apatah lagi, sehingga kini sudah ada 200 rangkaian di seluruh negara.

Bakal mencecah usia 33 tahun pada 11 Januari depan, diva ini berharap untuk mengadakan konsert secara solo sebagai iltizam 2012.

"Semoga menjadi nyata kerana Siti sudah terlalu rindu untuk berasa duduk dalam atmosfera sebuah konsert berskala besar," katanya.

Sam Si arjuna digilai

Posted: 29 Dec 2011 06:13 PM PST


2011 tahun paling banyak menerima pengiktirafan.


SETELAH 15 tahun berhempas pulas menghadapi segala perit getir dunia hiburan, Shaheizy Sam (Sam) kini sudah boleh tersenyum lebar.

Namun bagi anak muda yang baru memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke- 24, dia tidak pernah letih untuk bekerja keras.

Malah bagi Sam, 2011 merupakan tahun paling penting buatnya apabila bakat lakonan diiktiraf setelah kembali aktif pada 2009.

"Tahun ini saya banyak menerima penghargaan dari peminat.

"Bagaimanapun itu tidak bermakna ini merupakan tahun kemuncak saya, perjalanan seni itu masih lagi terlalu jauh untuk dilalui," katanya.

Ditanya mengenai kenangan pahitnya sepanjang 2011 menurut Sam, tiada apa yang mahu di kategorikan sebagai pahit, baginya setiap yang berlaku itu mempunyai sebabnya yang tersendiri.

"Susah untuk saya berkongsi pengalaman pahit.

"Saya langsung tidak pernah menggangap perkara yang buruk itu sebagai sesuatu yang pahit, malah ia merupakan satu lagi petunjuk untuk saya berusaha lebih kuat pada masa hadapan," katanya yang bakal muncul dengan lima buah filem baru pada tahun hadapan.

Akur memberitahu bahawa filem komedi banyak menguasai perjalanan seninya pada tahun ini, menurut Sam dia tidak kisah andai peminat lebih menyukai dia melakonkan watak sebegitu.

Namun bagi kariernya sendiri, Sam berharap dia mampu membawakan pelbagai watak bagi mengimbangi bakat lakonan yang dimiliki.

"Saya mahu dikenali sebagai pelakon yang mampu membawakan pelbagai watak, bukan hanya watak komedi.

"Namun itu bukan bermakna saya akan menolak tawaran untuk berlakon di dalam filem komedi selepas ini. Saya cuma mahu memberi gambaran jelas kepada peminat yang saya merupakan seorang pelakon yang mampu membawakan apa saja watak," jelasnya.

Jarang rasanya untuk melihat Sam menghiasi kaca televisyen kebelakangan ini, malah ada yang mengatakan Sam kini mahu menyimpan bakat eksklusifnya untuk tayangan filem sahaja.

Menjawab persoalan itu Sam memberitahu dia tidak pernah mahu menjadi tamak untuk menerima apa saja tawaran, malah bagi anak bujang pelakon veteran terkenal Khaty Fauziah ini adalah lebih baik untuknya memberi fokus kepada setiap pekerjaannya.

"Saya lebih suka untuk memberikan fokus kepada setiap pekerjaan.Bukan niat saya untuk tidak berlakon dalam mana-mana drama kini cuma kekangan waktu itu membataskan," tegasnya yang menjangkau umur 29 pada tahun hadapan.

"Impian saya adalah untuk menjadi seorang penerbit suatu hari nanti.

"Bidang pengarahan pula masih lagi di fikiran saya. Saja juga menyimpan minat untuk menjadi pengarah suatu hari nanti," katanya.

Bekas pegawai Digi dijel 4 tahun

Posted: 29 Dec 2011 06:05 PM PST


S. STANLEY dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM2.075 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 29 Dis. - Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn. Bhd. dihukum penjara empat tahun dan denda RM2.075 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 14 tuduhan menerima rasuah RM415,000 daripada sebuah syarikat pembekal, tiga tahun lalu.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Stanley, 40, selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 14 tahun lagi jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun dibenar ditangguhkan sehingga rayuannya selesai dengan syarat jumlah jaminan dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM250,000 dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat pada Ahad pertama setiap bulan.

Stanley didakwa memperoleh bagi dirinya kesemua wang tunai itu melalui akaun Maybank daripada Syarikat Nakhoda Sistem Sdn. Bhd. di Maybank cawangan Taman Kinrara, Puchong dekat sini antara 13 Ogos 2007 dan 22 Oktober 2008.

Wang suapan itu sebagai dorongan untuk tertuduh memilih syarikat berkenaan sebagai pembekal kabel dan peralatan telekomunikasi kepada Digi Telecommunication.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Sinti manakala Stanley diwakili peguam M. Athimulan.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 16 saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan manakala bagi pihak pembelaan hanya tertuduh yang tampil memberi keterangan.

Business Presentation Skills Course & Training

Posted: 29 Dec 2011 06:05 PM PST

Business Presentation Skills Course & Training

Introduction

Good presentation skills are within everyone's reach. For many people, if not most, presenting can be a daunting and unpleasant experience. It needn't be so, and here we'll give you some simple tips to help you hone more effective presentation skills.

Presentations are an effective way to communicate to large numbers of people at the same time. However, it is not just about communicating information, but more importantly, to have advanced presentation skills you should be able to create interest and excitement in your subject and trust and enthusiasm in you.

Course On Offer

This is a 2-day intensive programme for working adults, including executives and managers who require improving their business presentation skills.

The course is run by Azmi Shahrin our principal trainer. Read more about him.

image

Image gallery of courses conducted by Azmi Shahrin can be seen here.

Course Objective

In this programme, participants will first of all acquire basic presentation skills required for delivering business presentations. Next, participants will learn to use PowerPoint effectively, which is an essential skill in today's corporate environment. Finally, participants will learn to deliver an impactful business presentation with the powerpoint as a visual aid. At the end of the programme, participants will be able to deliver professional and effective business presentations with the powerpoint confidently, persuasively and stylishly.

Course Methodology

This programme employs adult learning techniques which include active learning strategies to facilitate understanding and retention. Participants will spend 80% of the time in individual or group activities which allow them to learn, develop and practise presentation skills. A workbook is used to facilitate the programme and additional notes will be handed out where necessary. The number of participants is limited to 15 to ensure personal attention for each participant.

image

Course Syllabus

Module 1
Introduction to Business Presentations – the importance of effective presentation skills, a glimpse of great presentations

Module 2
Self-assessment – where am I now and where do I want to be?

Module 3
Overcoming Nervousness & Avoiding Speech Crutches - first presentation project

Module 4
Elements of Dynamic Delivery – hand gestures, stance, facial expression, eye contact, and vocal projection and variation.

Module 5
Speech Organization – introduction, body & conclusion, logic & sequencing

Module 6
Using PowerPoint Effectively – crafting effective slides and delivering persuasively

Module 7
Presenting A Proposal –  statement of problem, selling the solution, features vs benefits, call to action
Demonstrating a Product – analyzing customer expectations, Selecting critical product features for customer, Simplifying processes

Module 8
Further Steps – self-assessment again, comparison with earlier results, what to do next to become even better

Course Timetable

Time

1st Day

2nd Day

9.00-10.30 a.m.

Introduction to Business Presentations (M1)
Self-assessment (M2)
Overcoming Nervousness & Avoiding Speech Crutches (M3)

Using PowerPoint Effectively (M6)
Individual Practice

10.30-10.45 a.m.

Tea Break

10.45 a.m.-
12.30 p.m.

Elements of Dynamic Delivery I (M4)
Individual Practice

Presenting A Proposal / Demostrating a Product (M7)
Individual Practice

12.30-1.30 p.m.

Lunch

1.30-3.30 p.m.

Elements of Dynamic Delivery II (M4)
Individual Practice

The High Impact Presentation – final presentation, apply all skills I

3.30-3.45 p.m.

Tea Break

3.45-5.00 p.m.

Speech Organization (M5)
Individual Practice

The High Impact Presentation – final presentation, apply all skills II
Further Steps (M10)

Course Requisites
Participants need to bring their own notebook computer and thumbdrive on the final day.
Note: Participants are assumed to be familiar with the PowerPoint software. This course does not teach participants how to operate the software.
We are also able to tailor the programme to the specific needs of your organization. Please contact our training consultant for an appointment.

Talk to us about this course

We will be happy to discuss suitability of this training programme to your organisation. Please do not hesitate to contact us if you require further information or clarification.

For more information, please go to http://businesspresentationskills.com.my/

Pegawai PTD dituduh pukul suami dengan fail

Posted: 29 Dec 2011 06:04 PM PST


KAMALIAH


SEPANG – Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.

Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dua beradik azab dirantai bapa

Posted: 29 Dec 2011 06:03 PM PST


DUA kanak-kanak ditinggalkan oleh bapa mereka dalam tandas sebuah rumah kedai di Butterworth semalam.


BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.

Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.

Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.

Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.

Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.

Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.

Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005

Posted: 29 Dec 2011 06:01 PM PST




KUALA LUMPUR - Harga Kosmo! dan Kosmo! Ahad akan dinaikkan masing-masing kepada RM1.20 dan RM1.30 berkuat kuasa 1 Januari ini.

Sebelum ini Kosmo! dan Kosmo! Ahad dijual pada harga RM1.

Kenaikan harga tersebut tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos operasi.




Berbeza dengan harga produk lain yang semakin mahal saban tahun, harga baharu Kosmo! dan Kosmo! Ahad itu sebenarnya sama dengan apa yang pembaca bayar pada tahun 2005.

Sewaktu mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004, harga pengenalan akhbar kompak terbitan Kumpulan Utusan itu hanya RM1 senaskhah.

Malah, Kosmo! pernah dijual pada harga serendah 80 sen dan Kosmo! Ahad pula hanya RM1 mulai 1 September 2005 sehingga 31 Disember 2006.

Kosmo! ketika ini dicetak hampir 300,000 naskhah setiap hari dengan jumlah pembaca dianggarkan lebih satu juta orang sehari.

Diperdaya syarikat kereta terpakai

Posted: 29 Dec 2011 06:00 PM PST


WENG YEW menanggung hutang RM20,000 selepas sebuah syarikat kenderaan terpakai gagal menukar hak milik kereta yang dijualnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang ejen hartanah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM20,000 ekoran sebuah syarikat kenderaan terpakai tidak menukar hak milik kereta yang dijualnya kira-kira dua tahun lalu.

Mangsa, Ng Weng Yew, 35, mendakwa, kereta jenis Honda Accord miliknya itu dijual kepada syarikat di Jalan Klang Lama di sini dengan harga sebanyak RM26,500.

Ujarnya, ketika itu syarikat tersebut berjanji akan menyelesaikan segala prosedur penjualan kenderaan itu termasuk menukar nama hak milik.

Bagaimanapun, katanya, dia kemudian menerima panggilan daripada pihak bank yang mengatakan dia masih mempunyai hutang pinjaman kereta tersebut sebanyak RM20,000.

"Saya amat terkejut kerana bayaran tersebut sepatutnya disambung bayar oleh pemilik baharu kereta berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Jelasnya, dia kemudian mendapati kereta yang telah dijual itu masih didaftar di bawah namanya.

"Saya tidak sangka selepas tiga tahun perkara ini dibiarkan begitu sahaja sehingga membawa masalah kepada saya," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved