ads

Rabu, 28 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Jue Aziz Tepis Tuduhan Terkena Buatan Orang

Posted: 27 Dec 2011 10:18 PM PST

Jue Aziz memegang watak Dara dalam teater Se-Merah Padi yang sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pelakon Jue Aziz, 28, menepis tuduhan dirinya sakit akibat terkena buatan orang sehingga menyebabkan namanya hampir digugurkan daripada senarai pelakon teater Se-Merah Padi yang telah dipentaskan sejak 24 Disember lalu.

Jue yang memegang watak Dara dalam teater itu berkata, ketidakhadirannya menjalani latihan selama empat hari sebelum ini disebabkan mempunyai masalah kesihatan dan telah memaklumkan kepada pihak produksi tersebut.

"Sebenarnya saya telah memaklumkan kepada pihak produksi kerana masalah kesihatan. Mungkin terdapat salah faham pada masa itu membuatkan saya dianggap tidak berdisiplin.

"Bagaimanapun saya menafikan kononnya saya sakit akiibat perbuatan orang. Sedangkan badan saya lemah gara-gara terlalu fokus dengan latihan teater ini.

"Tambah pula banyak babak yang memerlukan saya berlawan dan bermain emosi. Sampaikan saya meminta doktor untuk memberikan ubat tidur bagi membolehkan saya mendapat rehat yang cukup," katanya.

Tambah Jue, dia juga menegaskan penundaan teater berkenaan yang sepatutnya bermula 22 Disember diubah dua hari kemudian tiada kaitan dengan 'kehilangannya' itu.

Dalam pada itu, Jue kesal dengan segelintir pihak media yang membuat andaian sendiri tentang dirinya.

"Pelik, entah dari mana sumber yang mereka (media) dapat sehingga mengatakan saya tidak berdisiplin, tambah pula penundaan pementasan buka kerana saya tetapi terdapat masalah teknikal di situ.

"Saya memberi komitmen sepenuhnya terhadap teater ini. Dan hanya kerana saya tidak hadir ke latihan untuk beberapa hari akibat tidak sihat, saya diberi pandangan yang negatif.

"Diakui, saya tidak melayan sebarang panggilan termasuklah media supaya tidak mahu mengganggu mood dengan soalan-soalan yang berbaur negatif tentang diri saya.

"Jika tidak, tahap kesihatan saya pastinya tidak seimbang dan ini membuatkan saya kurang penghayatan pada hari pementasan nanti," tegasnya.

Sebelum ini, penerbitnya, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno kesal dengan sikap Jue yang secara keseluruhannya menyebabkan produksi tersebut terjejas.

Kerana hal tersebut, pihaknya telah pun menggunakan khidmat pelakon lain bagi menggantikan Jue, iaitu adik kepada pengarah Ahmad Idham, Abby Nadzri.

Bagaimanapun, Jue muncul dua hari sebelum pementasan untuk meneruskan latihan. Justeri itu, watak Dara tersebut dibintangi oleh dua pelakon.

Beritahu pengarahnya, Rosdeen Suboh, walaupun terdapat sedikit salah faham antaranya dengan Jue, dia gembira kerana Jue serta Abby berjaya menjiwai watak dengan baik.

"Memandangkan kami mempunyai dua orang 'Dara', maka saya gilir-gilirkan persembahan mereka. Tambahan pula, kesihatan Jue belum sihat sepenuhnya," jelas Rosdeen.

Pementasan Se-Merah Padi yang turut dibarisi pelakon hebat iaitu Khir Rahman, Fauzi Nawawi dan Opie Zami itu masih lagi dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 31 Disember ini.

Shila Amzah Akui Janggal Dipanggil 'Nabella'

Posted: 27 Dec 2011 10:17 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah (gambar)yang kini bergelar pelakon tidak selesa dipanggil Nabella selepas muncul dalam telefilem Patah Seribu arahan Michael Ang.

Menurut Shila, pengalaman tersebut menyeronokkan tetapi cabaran terbesar apabila dia terpaksa menjadi orang lain melalui watak Nabella.

"Biasanya orang memanggil saya dengan nama Shila, jadi saya rasa janggal apabila dipanggil Nabella.

"Bagaimanapun, Michael dan hero telefilem ini iaitu Sharnaaz Ahmad tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar kepada saya memandangkan saya baru pertama kali berlakon.

"Saya juga rasa seronok kerana dapat menyesuaikan keadaan dengan krew produksi yang sama membikin penggambaran muzik video lagu Patah Seribu sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kata Shila, telefilem yang turut dilakonkan oleh Amar Baharin, Sharifah Shahora, Jasmin Hamid dan Mahmud Ali Bashah itu dijangka akan disiarkan pada Februari 2012.

"Saya memang meminati bidang lakonan cuma sebelum ini saya tidak mempunyai kesempatan untuk mencubanya.

"Saya anggap tawaran untuk berlakon dalam telefilem ini sebagai takdir memandangkan Michael juga telah bertungkus-lumus membuat muzik video saya dan merasakan jalan ceritanya agak menarik.

"Sebab utama saya memilih untuk berlakon juga kerana telefilem ini menggunakan tajuk lagu nyanyian dan ciptaan saya serta berlandaskan kepada jalan cerita dalam lagu itu.

"Lagu Patah Seribu turut dipilih sebagai lagu tema," ujarnya.

Tambah Shila lagi: "Ramai peminat yang tidak sabar untuk menonton lakonan saya dan saya menganggap telefilem Patah Seribu sebagai hadiah untuk mereka pada 2012 nanti."

Shila tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk berlakon lagi selepas ini sekiranya ada watak yang sesuai.

"Buat masa sekarang, saya mahu tumpukan pada nyanyian dan pada tahun depan saya mempunyai banyak perancangan untuk nyanyian," katanya yang akan melancarkan muzik videonya serentak dengan telefilem tersebut kelak.

Bagaimanapun, peminat sudah boleh menonton muzik video itu di YouTube.

Menyentuh tentang hubungannya dengan heronya dalam Patah Seribu iaitu Sharnaaz Ahmad, Shila akui mereka masih berkawan tetapi hubungan itu sudah melebihi dari kawan.

"Hubungan kami sudah melepasi lebih dari kawan tetapi bukan kekasih. Saya mengenalinya sudah lebih setahun dan mula rapat sejak Anugerah Skrin 2011," katanya menjawab spekulasi hubungannya dengan Sharnaaz yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Jawablah! 'Kami memang gaduh besar'

Posted: 27 Dec 2011 10:15 PM PST

pix_gal0
Abby masih sayang Zul walaupun hubungan terlerai

CINTA mereka unik. Jarak usia serta status yang dipegang iaitu si bujang dan janda membuatkan hubungan antara Abby Abadi dan Zul Ariffin menjadi perhatian ramai.Namun ketika mengharapkan hubungan berkekalan, perpisahan pula yang muncul. Tidak seperti pasangan bercinta lain yang saling menuding jari apabila cinta tidak kesampaian, Abby atau Zul masing-masing selesa mengunci mulut.
Apakah punca membuatkan ikatan yang terjalin selama tiga tahun itu terlerai, juga tiada siapa tahu. Bertemu Abby sewaktu menghadiri majlis pelancaran laman sosial mface baru-baru ini, membongkar apa yang terbuku di hatinya.

Sambil mengakui keliru dengan status perhubungan mereka itu, Abby bagaimanapun tidak pernah menyimpan dendam pada Zul.

Katanya, walaupun harapan kini tinggal impian namun dalam hatinya, nama jejaka yang pernah bertakhta itu tidak pernah terpadam.

‘Geli Girl’ dah tak kisah

Posted: 27 Dec 2011 10:13 PM PST

PENGAKUAN...Aida  berkongsi pengalaman kisah hidupnya sebagai 'Geli Girl' kepada wartawan Harian Metro.
PENGAKUAN...Aida berkongsi pengalaman kisah hidupnya sebagai 'Geli Girl' kepada wartawan Harian Metro.

GEORGETOWN: Mula menjaja tubuh untuk mendapatkan wang ketika masih bergelar siswi, nyata kerja terkutuk itu sukar ditinggalkan biarpun diri kini sudah menjadi graduan dan memiliki pekerjaan tetap.

Tanpa rasa malu, gadis hanya mahu dikenali sebagai Aida, 24, berkata jika dulu golongan sepertinya dikenali sebagai 'Call Girl' atau 'Escort Girl', kini lelaki yang menagih belaian manja mereka memberi gelaran baru iaitu 'Geli Girl.'

"Apapun gelaran diberi dan biarpun seluruh tubuh kami diratah, kami tidak kisah kerana apa dicari hanyalah wang. Yang penting, orang tak tahu kegiatan saya dan saya juga berjaya menghabiskan pengajian di kolej," katanya.

Aida berkata, walaupun sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, dia masih aktif dalam kerja itu untuk menampung kos kehidupan kerana gaji diperoleh setiap bulan tidak mencukupi."Ibu bapa saya di kampung tak tahu saya melakukan kerja terkutuk ini kerana setiap bulan saya akan memberikan separuh wang gaji kepada mereka."Wang yang dapat hasil kegiatan Geli Girl saya tak bagi pada ibu bapa tapi saya gunakan untuk beli barangan berjenama dan pakaian untuk diri saya," katanya.

Linda Onn Terharu Ziarah Peminat 76 Tahun

Posted: 27 Dec 2011 10:12 PM PST

Linda bergambar kenangan dengan Mak Wan.

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn memberitahu teruja dapat bertemu dengan peminat setianya, Wan Serimah Wan Jusoh, 76, di kediaman wanita itu, di Taman Sri Keramat di sini pada Selasa.

Linda berkata, dia teruja kerana ia adalah kali pertama dia melawat ke rumah peminat selain menyifatkan kunjungan tersebut begitu istimewa.

"Ini adalah kali pertama saya datang sendiri ke rumah peminat dan saya terharu kerana melihat reaksi Mak Wan yang begitu gembira dengan kehadiran saya.

"Saya benar-benar rasa dihargai dan bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Mak Wan," ujarnya ketika ditemui selepas hadir ke rumah peminatnya itu.

Linda melihat koleksi fotonya dalam simpanan Mak Wan.

Pada pertemuan itu, Linda sempat menghadiahkan set barangan solat seperti telekung, sejadah dan tasbih untuk peminat setianya itu selain menyuapkan nasi ayam yang dibawa darirestorannya, My Mom's Chicken Rice.

Linda juga sempat meluangkan masa berbual-bual mengenai keadaan Mak Wan yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan pada bahagian mata selain melihat koleksi gambar dan poster miliknya yang diletakkan di dalam almari bilik wanita itu.

Dalam pada itu, Linda berkata dia mendapat tahu minat Mak Wan terhadapnya daripada salah seorang staf di Suria FM sehinggalah terbuka hatinya untuk datang menziarahi.

"Apabila staf di Suria memberitahu bahawa Mak Wan mempunyai pelbagai poster saya serta sebuah buku penuh dengan gambar-gambar saya sejak dari tahun 1998, ia telah membuatkan hati saya tersentuh.

"Sejujurnya kedatangan saya hari ini adalah kerana teruja untuk bertemu dengannya selain ingin melihat sendiri koleksi gambar-gambar saya dalam simpanannya," ujarnya.

Sementara itu, Mak Wan ketika ditemui memberitahu, dia teruja dapat berjumpa dengan Linda setelah sekian lama memasang hasrat untuk menemuinya.

"Hari-hari Mak Wan berdoa kepada Allah SWT supaya dapat bertemu dengan Linda dan akhirnya doa itu termakbul. Saya rasa sungguh gembira," ujarnya.

Ditanya mengenai mengapa meminati Linda, Mak Wan berkata, dia menyukai Linda kerana kebijaksanaannya mengendalikan sesebuah program radio dan suaranya yang sedap didengar.

Koleksi wajah Linda yang diletakkan pada dinding almari oleh Mak Wan.

Tambahnya, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk mendengar celoteh Linda setiap kali bersiaran radio terutamanya pada segmen Suria Drive pada pukul 4 petang hingga 8 malam.

"Dapat dengar sekejap pun jadilah kerana Linda dapat buat Mak Wan tersenyum," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Linda berkata, dia mungkin akan menjadikan aktiviti pergi ke rumah peminat sebagai salah satu agendanya pada masa depan kerana seronok dapat melayan peminat secara lebih dekat.

SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa

Posted: 27 Dec 2011 10:09 PM PST

PETALING JAYA: Tahun 2011 menyaksikan industri hiburan tanah air telah kehilangan beberapa nama besar. Biarpun meninggalkan kita buat selama lamanya, namun jasa mereka dalam dunia hiburan tetap diingati.

Semoga Allah memberi rahmat kepada roh umat Islam dan mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

1 Januari 2011 - (Faizal Yusup)

Tahun baru 2011 dibuka dengan berita sedih apabila pelakon Mohd Faizal Yusup,33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), kira-kira pukul 1.45 petang iaitu pada hari Sabtu, akibat serangan jantung.

Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur. Faizal meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, hasil perkahwinan pertamanya bersama penyanyi Siti Nordiana, manakala perkahwinan kedua bersama Rosmunira Rashid dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Raqqim Fyzal.

19 Januari 2011 - (Antonio Vincent)

Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang akibat sakit jantung.

Antonio yang popular dengan lagu "Hatiku Kau Guris Luka" dan "Nak Kahwin Duit Tak Ada" ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.

Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.

21 Februari 2011 - (M.Vasudevan)

Penyanyi rakaman popular Malaysia, M. Vasudevan meninggal dunia di selatan bandar Chennai, China selepas mengalami serangan jantung minggu lepas.

Penyanyi berusia 67 tahun itu berada dalam keadaan kritikal selepas serangan jantung dan meninggal dunia di sebuah hospital swasta semalam.

Lebih dikenali dengan nama "Vasudevan Malaysia" di Kollywood, iaitu Bollywoood versi selatan, mendiang telah menyanyikan 8,000 lagu Tamil.

2 April 2011 - (Seri Bayu)

Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.

Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu. Jenazah beliau dikebumikan di rumah keluarga angkatnya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

10 Mei 2011 - (Aimi Jarr)

Pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr atau Omar Puteh, 72, yang juga bekas wartawan hiburan meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa, 10 Mei 2011.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

Ketika hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P.Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P.Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media.

Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Production milik Datuk Yusof Haslam.

14 Mei 2011 - (Orchid Abdullah)

Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari Jumaat.

Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau "paraganglioma" sejak tiga tahun lalu.

21 Mei 2011 - (Mahyon Ismail)

Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetesnya sahaja.

Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.

19 Jun 2011 - (Zami Ismail)

Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Allahyarham yang popular dengan sitkom "Pi Mai Pi Pai Tang Tu" pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" (arahan Mamat Khalid) dan "Shh...Dia Datang" (Saiful Apek).

Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.

1 Ogos 2011 - (Hasnah Haron)

Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru pada pukul 8 pagi Isnin akibat penyakit kanser pangkal rahim.

Allahyarham menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu sehingga merebak ke paru-paru.

Antara lagu-lagu popular beliau ialah "Bersedih", "Sabar Menanti", "Aliran Usia", "Jauh Dariki", "Mengharap Kasih" dan "Bintang Pujaan."

5 Oktober 2011 - (Chee Hood Siong)

Pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, "Baba Nyonya", Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.

Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.

Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.

Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak.

SOROTAN 2011 : Panas & Kontroversi Santapan Dunia Selebriti

Posted: 27 Dec 2011 10:07 PM PST

PETALING JAYA: Dunia seni tanah air tidak pernah suram dengan pelbagai cerita panas dan kontroversi artis yang sentiasa menjadi perhatian peminat.

Seperti tahun-tahun sebelum, 2011 juga mencatatkan pelbagai cerita kurang enak yang melibatkan segelintir artis dan mStar Online menyingkap kembali beberapa peristiwa menjadi bualan peminat.

1. Rozita Che Wan - Antara Shahir dan Zain Saidin

Rozita Che Wan menutup tahun 2010 dengan kontroversi apabila mengumumkan akan bersara daripada dunia lakonan sepenuhnya pada tahun 2011.

Namun wajah jelita pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah ini terus menghiasi kaca televisyen dan muka hadapan majalah apabila menyatakan tidak jadi bersara kerana tawaran lakonan diterima cukup banyak.

Belum reda kecaman daripada masyarakat mengenai 'cakap tak serupa bikin', Rozita terus menghangatkan 2011 dengan kontroversi dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasi, Shahir dan pasangannya dalam drama bersiri popular, Kiah Pekasam, Zain Saidin.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka menafikan dakwaan itu dan memberitahu mereka menjadi mangsa gosip dan hanya rapat sebagai kawan.

2. Konflik Pekida, KL Gangster dan Kongsi

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berang apabila filem KL Gangster arahan Shamsul Yusof dan filem Kongsi arahan Farid Kamil didakwa menggunakan kata kunci pertubuhan itu yang selama ini dianggap rahsia selain dikatakan menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster orang Melayu.

Pekida Wilayah Persekutuan tempoh seminggu kepada Skop Production dan Metrowealth untuk membuat permohonan maaf kerana telah mempersendakan pertubuhan itu.

Kedua-dua pihak bagaimanapun enggan memohon maaf kerana menegaskan apa yang diangkat di dalam filem tersebut adalah tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, penerbit KL Gangster, Datuk Yusof Haslam mengambil jalan tengah apabila menyatakan ingin berdamai dengan Pekida dan memohon maaf kerana telah menyinggung perasaan pertubuhan itu.

Majlis yang berlangsung pada 17 Jun itu turut dihadiri oleh Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.

3. Arah Video Berunsur Lucah, Gambit Dikecam

Pertama kali mengarahkan klip video untuk penyanyi Prema Yin berjudul Marilah nyata memberi impak besar kepada kerjaya seni pelakon, Gambit Saifullah apabila ia dikatakan mempamerkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini.

Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.

Gambit juga didakwa sengaja berbuat demikian bagi meraih publisiti murahan khususnya peminat industri hiburan tanah air.

Pelakon itu menjelaskan klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara.

Dia menganggap video tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Malah menurutnya, ia tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.

4. Raja Azmi Perosak Rumah Tangga Roslin Hashim

Tidak kering dengan pelbagai kontroversi, penerbit filem, Raja Azmi sekali lagi dikaitkan dengan penceraian kali kedua jaguh badminton, Roslin Hashim apabila dia dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh isteri Roslin iaitu Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pada pukul 8.30 malam.

Bagaimanapun Raja Azmi menafikan dakwaan telah melakukan khalwat bersama Roslin seperti didakwa oleh isteri Roslin sehingga kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Penerbit filem ...Dalam Botol itu juga berang apabila beberapa kali kesnya itu ditangguhkan di mahkamah sehingga menyebabkannya berang.

Bagaimanapun, kes berkenaan selesai apabila tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadapnya oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Rentetan daripada itu, Raja Azmi dalam satu sidang media khas menyatakan ingin menyaman tiga individu yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada kemelut itu.

5. Marsha Tolak Dakwaan Bunuh Diri

Pelakon dan penyanyi jelita, Marsha didakwa telah cuba membunuh diri dengan menelan pil akibat kecewa dengan percintaannya yang putus di tengah jalan.

Ekoran itu, dia telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan telah memanaskan lagi spekulasi yang terpalit padanya.

Kecewa dengan tuduhan itu, Marsha dalam satu sidang media berkata, dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan bodoh iaitu membunuh diri hanya kerana putus cinta dengan menelan 30 biji pil seperti yang didakwa.

Marsha berkata, dia tidak menafikan percintaan dia dengan seorang lelaki berbangsa Melayu sebelum ini sering menghadapi masalah, tetapi hal tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

6. Sengketa Johan As'ari-Izreen Azminda.

Mengakui pernah membenci Johan ketika bersama-sama berlakon dalam siri popular, Juvana, pelakon Izreen Azminda bagaimanapun pernah memberitahu kebencian itu telah memaut hatinya kepada pelakon berusia 25 tahun itu.

Bagaimanapun, kasih sayang antara mereka tidak lama apabila Izreen dikatakan berang dengan Johan yang bergambar mesra dengan pelakon Fasha Sandha untuk poster promosi drama Cinta Elysa.

Tidak terhenti di situ, persengketaan mereka bertambah hangat apabila Johan enggan mengaku tentang status hubungan mereka yang didakwa Izreen bermula pada Mei lalu.

Izreen mendakwa, Johan sebelum ini pernah mengaku mencintai dan menyayanginya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Johan pula dalam kenyataan balas menyatakan kecewa dengan tindakan Izreen yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentangnya kepada media.

Menurut Johan, Izreen sepatutnya berjumpa dan menyelesaikan masalah 'cinta' mereka terlebih dahulu sebelum menggembar-gemburkan perkara itu kepada orang ramai.

Mereka kini tidak lagi mempunyai hubungan cinta dan Izreen pula bakal bertunang dengan seorang jejaka Mohammad Riza Baharuddin pada 1 Januari ini.

7. Antara 'Sedetik Lebih' dan 'Penakut'

Kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM18) lalu telah mengheret penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai dalam kancah kontroversi.

Lagu ciptaannya, Penakut yang dinobatkan dalam anugerah itu ditarik balik dan mengumumkan pemenang baru iaitu lagu Sedetik Lebih ciptaan komposer, Edry Abdul Halim.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

Rosmin berkata pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.

Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.

Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.

8. Chef Wan Berang Dengan Anak Sendiri

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dengan anak lelakinya serta melemparkan kata-kata 'pedas' ekoran tindakan anaknya yang didakwa menipu mengenai pengalaman bekerja di luar negara dalam resumenya.

Chef Wan berkata, anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz) yang kini menjadi juri dalam rancangan masakan popular di saluran Astro Ria, Master Chef Malaysia perlu menghadapi akibat daripada perbuatannya itu.

Beliau telah memarahi anaknya lelaki tunggal itu sambil menyifatkan tindakan Chef Riz lebih teruk daripada seorang pelajar yang menipu dalam kelas.

Sebelum ini, Chef Riz didakwa menipu dalam resume sebagai juri Masterchef Malaysia yang dipaparkan dalam laman web Astro Ria.

Dalam resume berkenaan Chef Riz dilaporkan pernah bekerja sebagai ketua chef dan penolong ketua chef di sebuah restoran Itali terkenal New York, Babbo dan restoran Perancis, Le Bernadin.

Bagaimanapun, kedua-dua pemilik restoran berkenaan, chef selebriti, Mario Batali dan Eric Ripert menyangkal kenyataan tersebut dan mendakwa Chef Riz tidak pernah bekerja di sana.

Chef Wan berkata anak sulungnya itu perlu memohon maaf kepada semua dan menerima tindakannya yang kurang bijak itu.

9. Kritikan Pedas, Adlin Aman Berang Dengan Chef Wan

Pelakon Adlin Aman Ramli baru-baru ini telah melancarkan 'Perang Facebook' terhadap juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuwan Ismail apabila dia bengang dengan komen negatif dalam entri Facebook milik Chef selebriti itu selain sering menerima kritikan pedas sewaktu melakukan persembahan di MLM.

Dalam beberapa entri, Chef Wan menyifatkan Adlin sebagai kurang sopan kerana pernah mempersendakan arwah bapanya sendiri iaitu pelakon A.R Tompel dalam persembahan yang dibawakan selain lawak yang dibawa tidak menjadi.

Adlin pula menolak dakwaan tersebut dan menganggap Chef Wan tidak faham dengan lawak yang dipersembahkan.

Chef Wan dalam satu kenyataan berkata, beliau enggan bersemuka dengan Adlin ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.

Chef Wan berkata, tidak ada keperluan untuk menjernihkan keadaan selepas Adlin yang tersingkir daripada MLM pada minggu ketujuh konsert itu, melancarkan 'perang status' di laman sosial Facebook.

Kevin Zahri Jawab Isu Sambut Krismas

Posted: 27 Dec 2011 10:07 PM PST

PETALING JAYA: Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, 33, (gambar) menjelaskan dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan para peminat yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.

Kevin berkata pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi Facebook "fan page" milik beliau itu dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri, 1, amat meminati pokok tersebut.

"Saya merasakan gambar itu bukan isu besar dan peminat telah salah faham kerana saya bukan berniat untuk menyambut Krismas tetapi membeli pokok itu untuk anak saya yang meminatinya.

"Lagipun, hadiah-hadiah yang dibeli itu sempena ulang tahun pertama kelahiran anak saya yang jatuh 22 Disember lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kevin menulis status menunjukkan dia membuat keputusan untuk memadam gambar itu dari Facebooknya.

Kevin diminta mengulas tuduhan peminat dalam Facebooknya berhubung gambar yang dimuat naik menunjukkan dia bersama anak dan isterinya, Rio Elani, 24, bergambar di berlatarbelakangkan pokok Krismas.

Dia turut menulis kegembiraan anaknya dengan pokok Krismas tersebut.

Tindakan itu membuatkan para peminat meluahkan rasa tidak puas hati selain menasihatinya agar tidak meraikan perayaan berkenaan yang ternyata salah di sisi Islam

Tambahnya: "Bagaimanapun, saya menghormati pandangan peminat dan akan memadam gambar itu bagi mengelakkan salah faham."

Bagaimanapun beberapa minit selepas mStar Online menghubungi Kevin, gambar tersebut telah di padam dan Kevin menulis status barunya: "Saya meminta maaf dengan gambar yang dimuat naik sebelum ini. Saya mengambil keputusan untuk memadam gambar itu."

Menyentuh tentang kariernya Kevin memberitahu dia sedang sibuk dengan beberapa seminar yang dikendalikannya.

Selain itu, dia juga mempunyai empat laman sesawang sendiri iaitu yang membicarakan tentang sukan dan penjagaan kesihatan seperti kevinzahri.com, cekodok.com dan embun web.

Watak Jahat Opie Zami Jadi Perhatian

Posted: 27 Dec 2011 10:06 PM PST

Opie Zami (dua dari kanan) di samping para pelakon utama Se-Merah Padi iaitu Khir Rahman, Jue Aziz dan Fauzi Nawawi.

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini pelakon Opie Zami sering muncul dengan watak komedi, sisi jahatnya pula ditonjolkan menerusi teater Se-Merah Padi yang sudah pun memulakan pementasannya sejak Sabtu lalu di Istana Budaya.

Watak Opie sebagai Borek berjaya menjadi perhatian lebih-lebih lagi dia berjaya mengolahkan karakter tersebut dengan gayanya yang tersendiri.

Kata Opie, dia gembira kerana dapat membawakan watak yang sudah lama diidam-idamkannya dan kajian watak juga dibuat bagi menampakkan sisi jahat berbeza berbanding lakonan-lakonan yang sedia ada.

"Borek telah mencabar tahap kemampuan saya dan inilah masa yang paling sesuai untuk saya lakonkan watak itu menerusi Se-Merah Padi.

"Lebih menguji tahap lakonan saya apabila terpaksa menjiwai babak memukul dan merogol wanita.

"Justeru itu, saya jiwai watak tersebut dengan membaca akhbar-akhbar yang memaparkan kes-kes rogol. Alhamdulillah, lakonan saya tidak melebih-lebih dan pelakon-pelakon lain memberi kerjasama yang baik," katanya.

Teater yang diadaptasi daripada karya seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mengisahkan tentang keteguhan seorang penghulu, Tok Merah (Datuk Baharuddin Omar), dalam menegakkan undang-undang Islam, adab dan budaya di sebuah kampung kecil bernama Se-Merah Padi.

Tok Merah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam bersama dua pendekarnya, Aduka (Khir Rahman) dan Taruna (Fauzi Nawawi) yang bersahabat baik.

Dara (Jue Aziz), satu-satunya anak gadis Tok Merah telah ditunangkan atas persetujuan bersama. Namun tanpa diketahui semua, Dara diam-diam mencintai Aduka.

Beberapa hari selepas majlis pertunangan, Se-Merah Padi diserang lanun yang diketuai Borek kerana dendamnya terhadap Tok Merah yang telah menjatuhkan hukuman sula terhadap kakandanya, Jejaka, yang melakukan hubungan zina dengan Mukah.

Pementasan ini cukup bagus daripada segi alatan pentas (props) dan pemilihan pelakonnya.

Menarik untuk ditonton, cuma jalan penceritaannya agak panjang membuatkan penonton berasa keletihan untuk menunggu plot seterusnya.

Lakonan Khir Rahman turut menarik perhatian penonton lebih-lebih lagi ketika pelakon itu melaungkan azan di samping nyanyiannya yang merdu.

Menurut pengarahnya, Rosdeen Suboh, dia gembira, walaupun terdapat sedikit masalah daripada segi props yang tidak mencukupi, teater tersebut masih lagi dijalankan dengan jayanya.

"Alhamdulillah, sepanjang tiga hari pementasan, respons yang diberikan penonton amat baik.

"Saya berharap Panggung Sari akan kekal penuh sehingga di penghujung pementasannya pada 31 Disember ini," ujarnya

Tiket untuk teater di bawah naungan Sultan Pahang ini boleh didapati di www.ticket2u.biz.

Lady Gaga Disaman RM1.2 Juta

Posted: 27 Dec 2011 10:05 PM PST

PENYANYI Lady Gaga (gambar) berhadapan dengan kes saman lagi apabila bekas pembantunya menuntut sejumlah wang kira-kira RM1.2 juta.

Seperti dilaporkan oleh Showbiz Spy, Selasa, Jennifer O'Neill menuntut Gaga untuk membayar upahnya dalam jumlah tersebut. Jennifer pernah menjadi pembantu Gaga selama lebih setahun.

Menurut Jennifer, bekerja untuk Gaga adalah sebuah mimpi buruk. Bahkan, Jennifer tidak pernah mempunyai masa untuk tidur selama 13 bulan.

Peguam yang mewakili Gaga menganggap tuntutan Jennifer tidak mempunyai alasan yang jelas.

Pihak Gaga menganggap penyanyi lagu popular 'Poker Face' itu selalu memperlakukan rakan sekerjanya dengan baik. Bahkan, baru-baru ini, Gaga menghadiahkan lampin selama setahun kepada pemandunya yang baru saja menerima kelahiran cahaya mata.

Matthew McConaughey Lamar Kekasih Selepas Lima Tahun

Posted: 27 Dec 2011 10:03 PM PST

SETELAH lima tahun hidup bersama, pelakon Hollywood Matthew McConaughey akhirnya melamar kekasihnya Camila Alves pada malam perayaan Krismas lalu.

"Saya baru sahaja melamar Camila untuk berkahwin dengan saya. Selamat Hari Natal," kata Matthew menerusi akaun Twitternya, seperti dilaporkan dalam US Magazine, Selasa.

Matthew dan Camila sudah tinggal sebumbung sejak 2006. Hasil hubungan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Levi dan Vida.

Sebelum ini, pelakon filem 'Sahara' itu mengaku dirinya bukan lelaki yang takut dengan perkahwinan. Cuma dia tidak mahu terburu-buru untuk mempunyai komitmen.

"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang saya mahu elakkan," katanya.

Jamu Mak Dara Kukuhkan Pasaran 2012

Posted: 27 Dec 2011 10:02 PM PST

SEIRING dengan kejayaannya sebagai sebuah syarikat pengeluar produk berasaskan jamu terkenal di negara ini, Jamu Mak Dara Sdn Bhd mempersiapkan usaha dalam mendepani persaingan selain mengukuhkan produk keluaran syarikat tersebut.

Ia disebabkan permintaan terhadap barangan keluaran syarikat itu yang kian mendadak tidak tertumpu kepada jamu semata-mata sebaliknya penjagaan kesihatan serta bahan berasaskan makanan lain.

Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. SM Gadaffi Syed Ali bersama produk keluaran syarikatnya.

Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali ataupun lebih dikenali sebagai Habib melihat dia perlu melakukan usaha gigih untuk memperkukuhkan produk dengan mempelbagaikan pengeluarannya bermula pada tahun 2012.

Tahun 2011 yang bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi telah memberi inspirasi kuat buat Habib selepas melihat kepada kejayaan produk keluaran syarikatnya pada tahun ini.

Dengan adanya lebih 21 produk, beliau yakin 2012 yang bakal tiba mampu memberi idea buatnya dalam menghasilkan lain-lain bisnes untuk kejayaan dan kecemerlangan syarikat JMD.

Mengimbas kenangan enam tahun lalu, menurut Habib dia sendiri tidak menyangka dengan bermodalkan RM500 yang dipinjam daripada seorang teman, JMD kini mampu menjadi sebuah syarikat kukuk setanding dengan pengeluar barangan yang sama oleh syarikat lain.

Menyedari persaingannya semakin sengit maka Habib berkata adalah wajar JMD perlu memperluaskan produk keluaran syarikatnya termasuklah memasang pelbagai strategi dalam usaha menarik perhatian orang ramai.

"Saya menyedari apabila syarikat kita menampakkan hasil, akan wujudlah persaingan yang sihat atau pun tidak.

"Saya mengambil perkara itu secara positif dan senantiasa memasang strategi untuk menjadikan produk keluaran Jamu Mak Dara ini sentiasa menjadi barangan nombor satu kepada pelanggan.

"Sebab itulah saya mementingkan kualiti terutama sekali daripada segi kandungan jamu dan rempah ratusnya agar pengguna sentiasa berpuas hati dan tidak merungut dengan keberkesanannya," ujar Habib.

Pembungkusan semula

Menurut usahawan hebat ini, langkah permulaan yang hendak dilakukannya bermula pada tahun 2012 ialah pengenalan paket terbaru atau pembungkusan semula (repackaging) untuk empat barangan penting.

Ia terdiri daripada produk untuk wanita berusia 25 tahun ke atas iaitu Jamu Mak Dara Gold, Jamu Almira (wanita bawah 25 tahun) dan Jamu Vigor (untuk lelaki).

Katanya, perubahan pada kotak ketiga-tiga jamu itu adalah untuk menghasilkan daya minat yang lebih mendalam kepada mereka yang amat mementingkan kesihatan melalui herba tradisional ini.

Langkah itu dibuat kerana permintaan terhadap ketiga-tiga produk berkenaan menunjukkan sambutan luar biasa sepanjang tahun ini.

Set bersalin Ibu Halimah keluaran Jamu Mak Dara.

Kata Habib, produk Jamu Mak Dara Gold menunjukkan peningkatan sebanyak 80 peratus diikuti dengan Jamu Vigor (30 peratus) dan Jamu Almira (20 peratus).

"Saya menaruh keyakinan pada tahun hadapan, kesemua produk tersebut akan terus menujukan prestasi cemerlang termasuklah beberapa produk penjagaan kulit serta makanan lain yang dikeluarkan oleh JMD," ujarnya.

Set penjagaan kulit

Selain pembungkusan semula itu, JMD akan mempergiatkan usaha untuk mempromosikan 11 rangkaian set kecantikan 9 Dara. Ia meliputi pencuci muka, pelembap, krim jerawat, serum kulit, krim siang, krim malam dan pelindung matahari.

Ia termasuk juga barangan penjagaan rambut seperti syampu, perapi, serum dan tonik.Kata Habib, produk yang baru diperkenankan pada tahun ini masih lagi baru dan ia perlu melalui proses promosi yang kuat untuk bersaing dengan produk lain yang lebih kukuh di pasaran.

Ujarnya, dengan kejayaan produk berasaskan jamu keluaran JMD selama ini, pihaknya menaruh keyakinan besar barangan penjagaan kulit dan juga rambut ini turut mendapat perhatian orang ramai khususnya golongan remaja kerana kualiti bahan yang dijamin halal dan juga berkesan.

Tambahnya, biarpun produk itu tidak dijual di pasar raya tetapi ia boleh diperoleh di 200 rangkaian stokis JMD seluruh negara selain boleh dibeli melalui pos dengan menghubungi syarikatnya.

Rempah JMD

Rempah kurma ayam dan daging.

Lebih menarik JMD turut memperkenalkan empat rempah istimewa yang dihasilkan dengan cita rasa luar biasa berbanding rempah makanan lain.

Empat rempah berkenaan terdiri daripada rempah kurma ayam dan daging, rempah kari, udang dan ketam, rempah kari ayam dan daging serta rempah beriani.

Jelas Habib, rempah-rempah berkenaan menghasilkan cita rasa berbeza berbanding rempah lain yang terdapat di pasaran dengan hasil kajian terkini dalam memenuhi selera masyarakat di negara ini.

"Kami mendapati rempah-rempah yang dihasilkan ini mendapat sambutan kerana rasanya amat berlainan. Ia menjadi perhatian pemilik restoran dan suri rumah yang ingin menyajikan rasa berbeza terhadap makanan di restoran atau rumah masing-masing," ujarnya yang memberitahu rempah tersebut boleh diperoleh melalui pos.

Dalam pada itu pengeluaran produk minuman turut tidak dilupakan apabila empat jenis barangan dihasilkan iaitu kopi pracampur Mak dara, Orange Fiber Ramping, Kopi Al-Habshee serta Teh Herba Al-Habsgee.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut mengenai produk JMD bolehlah menghubungi talian: 03-41060299 atau layari www.jamumakdara.com.

Bawa Stokis Makan Angin

Para stokis dibawa melancong ke India sebagai penghargaan di atas penjualan prosuk keluaran Jamu Mak Dara.

KEJAYAAN JMD sehingga dikenali ramai pada hari ini turut dikongsi bukan sahaja dengan hampir 20 orang pekerjanya tetapi meraikan stokis-stokis yang berjaya menjual produk tersebut.

Menurut Habib, daripada 200 rangkaian stokis JMD di seluruh negara, beberapa stokis yang mencatat jualan memberangsangkan tidak di lupa apabila mereka menerima hadiah pelancongan percuma tajaan syarikat.

Katanya, ia adalah usaha untuk menarik minat mereka agar bekerja keras untuk memastikan mereka dapat mencapai sasaran sebelum diraikan dengan aktiviti melancong.

"Kalau sebelum ini saya membawa pemilik stokis saya yang berjaya ke Bandung, Indonesia dan China, pada tahun ini saya membawa mereka ke beberapa lokasi di India termasuklah Kashmir.

"Ia untuk menyuntik semangat supaya bekerja dengan lebih keras dan atas usaha itu saya tidak akan mensia-siakan mereka dengan memberikan trip percuma," ujarnya.

Berkunjung ke India pada awal Oktober lalu, perjalanan berkenaan turut disertai oleh penyanyi Maya dan Jaafar Onn.

Kata Habib, stokis yang berjaya mengutip jualan hasil melebihi RM100,000 dalam masa setahun mampu diberi penghargaan berkenan.

"Saya faham bukan mudah untuk mereka mencapai sasaran seperti itu tetapi jika ada usaha yang gigih, ia bukan sesuatu yang mustahil. Sebab itulah saya memberi suntikan semangat kepada dengan membawa mereka "makan angin" sekiranya mencatatkan jualan yang baik," katanya.

Jelas Habib lagi, tidak mustahil pada tahun hadapan jika pemilik stokis dapat menunjukkan prestasi jualan yang luar biasa, mereka akan dibawa ke destinasi yang lebih jauh lagi," katanya yang turut berhasrat membawa kira-kira 20 individu terpilih ke Tanah Suci, Mekah pada Mac depan bagi menunaikan umrah.

Mingguan mStar Tetap Menjadi Kenangan

Posted: 27 Dec 2011 10:01 PM PST

Edisi 13 November 2011.

HAKIKATNYA, akhbar Mingguan mStar yang berusia hampir dua tahun ini akan melabuhkan tirainya dan hari ini merupakan penerbitan yang terakhir.

Walaupun akhbar mingguan yang diterbitkan bersama Sunday Star tidak lagi berada di pasaran selepas ini namun versi dalam taliannya (online) terus menemui pembaca.

Perubahan dan tuntutan kepada dunia digital memungkinkan akhbar Mingguan mStar harus melalui perubahan itu untuk kelangsungan generasi akan datang yang lebih terarah kepada dunia teknologi.

Pelbagai kenangan manis sejak penerbitan akhbar ini dan ia menjadi kenangan terindah buat Kumpulan Star Publications kerana mencuba kelainan dalam menghasilkan sebuah akhbar berbahasa Malaysia.

Untuk penerbitan terakhir ini, kami mengimbas saat-saat manis Mingguan mStar sejak kelahiran pertamanya pada 28 Februari 2010.

PersonalitiBermula edisi pertamanya, Mingguan mStar memaparkan secara eksklusif wajah pengganas bernama Hambali yang pernah menyembunyikan diri di negara ini dan ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo di Cuba.

Mingguan mStar menjejaki keluarganya sehingga ke Cianjur, Jawa Barat.

Hambali - antara orang penting dalam rangkaian al-Qaeda dan Osama bin Laden yang dikaitkan dengan pengeboman Bali dan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York.

Sultan era milenium.

Edisi kedua pula adalah liputan mengenai Sultan Ibrahim Ismail yang ketika itu baru sahaja ditabalkan sebagai Sultan Johor dan keterbukaannya mempamerkan sisi baginda sebagai seorang raja dalam era milenium.

Kemunculan pertama Norashman Razak Mohd Najib dalam edisi 18 Julai 2010 memaparkan sisi santai anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bagaimana beliau menyambung legasi ayah dan datuknya, Perdana Menteri Malaysia kedua Allahyarham Tun Razak Hussein dari segi jalinan hubungan dengan negara China.

Temuramah eksklusif bersama Norashman Najib.

Sebelum ini, ramai tidak menyedari kehadiran pelakon Shaheizy Sam sama ada di kaca televisyen mahu pun di layar perak.

Namun sejak setiap filem lakonannya mendapat kutipan pecah panggung, beliau terus dijulang sebagai pelakon paling popular. Mingguan mStar mendekatinya secara eksklusif bagi edisi 6 Februari 2011.

Fenomena Shaheizy Sam.

Kedua-dua individu ini pula bukanlah selebriti apatah lagi ahli politik namun beberapa kontroversi yang melanda Jabatan Imigresen menghangatkan nama bekas ketua pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman di mana 'kerusi panas' itu kini diduduki ketua pengarah baru, Datuk Alias Ahmad.

Edisi 17 Oktober 2010 mempertemukan mereka berdua bagi memperjelaskan situasi sebenar dan hala tuju Jabatan Imigresen.

Eksklusif Edisi 30 Mei 2010 mendedahkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak cukup untuk menampung pencen pesara sekiranya mereka hanya bergantung kepada simpanan itu semata-mata.

Ini berikutan jangka hayat rakyat Malaysia adalah 74.4 tahun - satu tempoh amat panjang selepas persaraan pada usia 55 tahun.

Bagi mencapai keselesaan semasa bersara, kita memerlukan sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM1 juta namun berapa ramai yang boleh mencapai simpanan itu?

'Kenapa mereka ditahan?' (22 Ogos 2010) melaporkan tentang 'Holding Lounge' sebuah bilik kaca - menempatkan warga asing yang tidak dibenarkan melepasi pintu masuk utama negara.

Mereka bukan pendatang asing tanpa izin (Pati) tetapi gagal mematuhi syarat kemasukan ke negara ini dan perlu dihantar pulang serta-merta.

Ramai tidak menyedari industri tuisyen di Malaysia bernilai jutaan ringgit namun itulah hakikatnya.

Edisi 9 Januari 2011 mendedahkan jika separuh daripada hampir 3,000 pusat tuisyen di negara ini berskala besar, nilai industri boleh mencecah lebih RM1 bilion ditambah dengan potensi semakin ramai pelajar mengikuti kelas tuisyen.

Isu rakyat Malaysia menjadi mangsa keldai dadah sering mendapat liputan media.

Namun edisi 16 Oktober 2011 menyiarkan bahawa golongan itu adalah sebahagian kecil daripada hampir 2,000 rakyat Malaysia di penjara luar negara.

Satu jumlah besar namun yang membimbangkan sebenarnya adalah lebih ramai orang kita dianiaya.

SegarBanyak lagi laporan dan berita secara eksklusif disiarkan di Mingguan mStar sama ada sebagai cerita muka depan atau segmen-segmen dalaman.

Segmen hiburan OopsStarz! turut melaporkan berita sensasi dan eksklusif secara berterusan.

OopsStarz! memberi nafas baru dan berbeza dalam bentuk laporan hiburan lebih segar.

Penutupan Mingguan mStar hari ini bukan satu penamat tetapi sebenarnya memperlihatkan konsep baru persuratkhabaran pernah direalisasikan di negara ini.

Pencapaian akhbar mingguan ini juga harus dibanggakan kerana ia rentetan daripada portal yang ditubuhkan pada tahun 2005.

Media kebiasaannya mentransformasikan mediumnya dari cetak ke portal namun Mingguan mStar adalah sebaliknya.

Bagaimanapun ruangan-ruangan popular di Mingguan mStar tidak akan berkubur begitu sahaja kerana ia akan menemui pembaca di mStar Online pada tahun hadapan.

Antaranya ialah Seni Menjamu Selera, Ringkas Padat dan Peribadi, Diari Pengembara, Permotoran, Personaliti Sukan.

Begitu juga beberapa ruangan hiburan dalam OopsStarz!

Grafiti Indahkan Kuala Lumpur

Posted: 27 Dec 2011 09:59 PM PST

PROVOKASI, propaganda dan elemen ganas merupakan gambaran tipikal segelintir masyarakat terhadap grafiti.

Sentimen tersebut menyebabkan pelukis grafiti dan pengikutnya dipinggirkan meskipun hakikatnya seni urban itu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Bagaimanapun, ia bukan penghalang buat anak kelahiran Batu Pahat, Mohd Nazri Amran atau nama panggilan Bee, 28, yang membesar dengan pengaruh grafiti.

Nazri menunjukkan antara pencapaian kumpulannya apabila mendapat pengiktirafan 'Lukisan Grafiti Terpanjang' oleh Malaysia Book of Record.

"Kami mahu membuat grafiti yang cantik tetapi aktiviti ini masih dianggap sebahagian daripada vandalisme kerana melibatkan harta awam atau persendirian.

"Budaya grafiti masih baru di Malaysia menyebabkan sesetengah pihak sukar menerima kehadiran kami malah mengaitkannya dengan gejala sosial.

"Ini bukan soal vandalisme kerana kepuasan ini sebenarnya dapat mengindahkan dan mewarnai Kuala Lumpur," katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.

Nazri berkata, antara isu grafiti adalah ketiadaan tempat untuk pelukis berkarya sedangkan mereka mahu ia menarik perhatian atau mudah dilihat oleh orang ramai.

"Maka tidak hairanlah terdapat grafiti di luar negara menggunakan pendekatan pergerakan pantas dengan melukisnya pada kenderaan seperti kereta api," katanya.

Grafiti yang berunsurkan karakter atau potret menarik perhatian orang ramai.

Nazri merupakan Pengarah Kreatif District, sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti rekaan grafiti, fotografi dan menjual pakaian jalanan.

Beliau juga mempunyai kumpulan grafiti PHBKLK dengan panggilan 'tag' grafiti Phobia yang turut disertai oleh Hafiz-Katun, Alfie-Bone, Iskandar-Siek, Aswad-Carpet, Shahqir-Kay, Ridwan-Dwane2, Saufi-Sopey, Saiful-Budean dan Naez-Datom.

Sebahagian daripada ahli Kumpulan PHBKLK sedang berbincang mengenai lakaran untuk projek grafiti.

Peluang perniagaan

Menurut Nazri, grafiti boleh disempurnakan dalam setengah hari namun bagi grafiti bersaiz besar atau memerlukan penelitian boleh menjangkau beberapa hari.

"Cabaran sebenar adalah tenik mengawal semburan dan melakukan kesilapan adalah perkara biasa namun boleh diperbaiki tanpa menjejaskan keseluruhan grafiti.

"Sama ada untuk membuat lakaran terlebih dahulu atau tidak, ia bergantung pada kreativiti seseorang pelukis itu atau melakukannya secara spontan," katanya.

Nazri berkata, grafiti bukan semata-mata menjadi platform untuk meluahkan perasaan atau mendapatkan kepuasan menerusi hasil seni mereka.

Selain memberi perkhidmatan rekaan grafiti, District turut membekalkan kelengkapan seni urban itu.

"Grafiti terbahagi kepada dua iaitu mendapat kepuasan dan boleh dijadikan sebagai peluang perniagaan. Masyarakat jangan melihat grafiti sebagai sesuatu yang sia-sia.

"Ini kerana kami turut menjana pendapatan berdasarkan tempahan membuat rekaan grafiti yang diterima malah melakukannya demi kebajikan," katanya.

Bagaimanapun bukan semua kumpulan grafiti mempunyai haluan yang sama kerana ada yang melukis tanpa berpandukan kreativiti sehingga mencacatkan pemandangan.

Ini katanya, menyebabkan persepsi masyarakat terhadap grafiti sebagai 'tangan-tangan nakal dan kotor' yang suka menconteng dinding tanpa hala tuju.

"PHBKLK tidak mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti New York di Amerika Syarikat yang mempunyai terlalu banyak grafiti haram dan imej keterlaluan.

"Matlamat kami adalah mendapat kepuasan secara positif berdasarkan kreativiti namun pada masa yang sama mengindahkan persekitaran ibu negara," katanya.

Ubah persepsi

Penglibatan dalam festival seni urban KUL SIGN 2011 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedikit-sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap grafiti.

Nazri berkata, DBKL memberi sokongan dari segi ruang untuk melukis grafiti manakala kami turut berkongsi idea bagaimana memantapkan budaya grafiti di negara ini.

"Tidak semestinya memerlukan bangunan baru untuk melukis grafiti tetapi dicadangkan penyediaan tempat tumpuan khusus bagi komuniti ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan DBKL, Tuan Idzawi Raja Ismail pula berkata, DBKL melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan pembangunan seiring dengan pemodenan bandar raya.

"Penganjuran KUL SIGN 2011 dilihat sebagai satu usaha untuk menangani gejala vandalisme namun tidak meminggirkan komuniti pelukis grafiti.

"Diakui bahawa grafiti itu adalah seni urban yang unik namun perlu dimanfaatkannya di kawasan yang dibenarkan tanpa memberi gangguan kepada orang awam," katanya.

Pada masa ini, Sungai Klang merupakan lokasi paling ideal untuk aktiviti grafiti.

Tuan Idzawi berkata, DBKL dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan dengan memadam grafiti di ibu negara dan mengalihkan tumpuannya ke satu tempat khusus yang bersesuaian

"Pada masa ini, kami menjadikan tembok di sepanjang Sungai Klang sebagai tempat paling sesuai untuk aktiviti grafiti dan penggantian dilakukan secara berkala.

"Budaya grafiti masih baru di negara ini namun kesannya mampu mengindahkan Kuala Lumpur sekiranya ia dilakukan pada landasan yang betul," katanya.

Beberapa pelukis grafiti sedang menyiapkan hasil seni mereka di tepi Sungai Klang.

Festival KUL SIGN 2011 yang sepatutnya dijadualkan pada 17 dan 18 Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca tidak menentu dengan kenaikan paras air Sungai Klang.

Tarikh baru bagi penganjuran tersebut akan diumumkan kelak.

Dilema Fenomena Grafiti

Posted: 27 Dec 2011 09:58 PM PST

Hasil kreativiti grafiti yang mencantikkan dinding bangunan.

PARIS tidak hanya dihiasi bangunan seni bina klasik yang mampu mengindahkan persekitarannya sebagai kota fesyen tumpuan pentas peragaan dunia sebaliknya turut dihiasi dengan lakaran lukisan menarik ataupun grafiti pada tempat-tempat tertentu.

Semasa kembara ke ibu negara Perancis itu baru-baru ini, sebahagian tembok dan bangunannya dilihat turut diwarnai grafiti terutama di sepanjang laluan kereta api.

Begitu juga dengan beberapa gerabak kereta api bawah tanah di Rom, Itali yang sarat dengan grafiti sehingga menutupi ruang cermin tingkap pengangkutan awam itu.

Pelik apabila pengawal keselamatan di platform Stesen Colosseo melarang penulis merakamkan 'pemandangan' itu yang mungkin baginya tidak mahu ia didedahkan kepada dunia.

Kereta api bawah tanah di Rom, Itali yang sarat dengan grafiti.

Grafiti tersebut boleh dilihat jelas oleh semua pengguna kereta api dan ia adalah strategi pelukis untuk menarik perhatian orang awam bagi melihat hasil seni mereka.

Jalanan La Ramblas di Barcelona, Sepanyol tidak kurang hebatnya apabila grafiti dijadikan sumber rezeki penggiat seni menerusi penghasilan karya di atas kanvas.

Selagi ada ruang dan peluang, grafiti dilukis dengan penuh warna di aras bawah sehingga ke aras atas bangunan malah di tempat yang tidak pernah difikirkan pun.

Pengaruh grafiti begitu meluas yang bukan sahaja di kebanyakan bandar di Eropah bahkan kota metropolitan New York dan kini menembusi Kuala Lumpur.

Grafiti dijadikan sumber rezeki bagi penggiat seni di jalanan La Ramblas di Barcelona, Sepanyol.

Pergilah meronda di sekitar Bukit Bintang dan beberapa tempat strategik ibu negara pasti antara kita dapat melihat 'karya agung' penggiat seni jalanan ini.

Semburan aerosol

Seorang pelukis grafiti sedang menyempurnakan karya seninya.

Grafiti sudah lama wujud sejak zaman peradaban dunia lagi bermula daripada hasil lukisan batu di dinding dan kini diadaptasi menggunakan tin semburan aerosol.

Dengan hanya menandakan nama di sesuatu kawasan, revolusi grafiti berkembang pesat apabila setiap abjad diubah secara abstrak serta stail dan genre berbeza.

Bagaimanapun sebahagian grafiti di ibu kota sudah dipadamkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan ia menjadi masalah kepada vandalisme.

Sudah tentu ia bermasalah sekiranya segelintir pelukis grafiti bertindak 'menconteng' harta awam, dinding-dinding bangunan milik kerajaan atau persendirian sesuka hati.

Pelukis grafiti tidak seharusnya memberontak dengan lakaran kotor.

Menyifatkan grafiti sebagai platform untuk menyuarakan pandangan atau perasaan bukan alasan untuk mencacatkan pemandangan Kuala Lumpur.

Sama ada ia sekadar gambaran aktiviti nakal atau gejala sosial generasi muda, ia bergantung di mana dan apakah grafiti yang dilukis serta maksud yang ditulis.

Orang ramai tidak perlu berjiwa seni untuk menghargai grafiti di dinding-dinding dan pelukis pula tidak seharusnya memberontak dengan lakaran kotor atau lucah.

Tidak dinafikan sebahagian grafiti sememangnya cantik sehingga memukau mata yang memandang malah boleh dianggap sebahagian daripada produk pelancongan.

Ketiadaan ruang khas dan terlalu banyak bangunan pencakar langit menyukarkan aktiviti grafiti selain pemikiran negatif segelintir masyarakat terhadap seni urban ini.

Fikiran sempit atau malas hanya menganggap grafiti sebagai sesuatu yang buruk sedangkan isu pelekat-pelekat haram semakin berleluasa lebih menyakitkan mata.

Grafiti sebegini hanya mencacatkan dinding bangunan.

Natijahnya, tembok atau dinding bangunan dijadikan mangsa sebagai tempat untuk mencurahkan bakat dan tindakan itu hanya mempamerkan sisi gelap grafiti.

Produk pelancongan

DBKL bagaimanapun tidak sekadar duduk diam atau hanya bertindak memadam lukisan grafiti kerana tindakan itu bukan satu penyelesaian bijak.

Jika hari ini DBKL memantau dan memadam grafiti di ceruk bandar raya sekalipun, grafiti baru 'dinaikkan' semula sebagai ganti tanpa perlu menunggu lama.

Grafiti terus dijadikan trend di kalangan penggiat kreatif yang menghargai seni ini kerana mempunyai nilai estetika yang tinggi terutama di kalangan generasi muda.

Penganjuran Festival Kul Sign 2011 merupakan inisiatif DBKL bagi mengawal gejala vandalisme melalui penyediaan ruang dan aktiviti untuk penggiat seni grafiti.

Begitu juga dengan Gotong Royong Grafiti 2011 yang bertujuan untuk memadam grafiti haram bagi memupuk semangat cintakan harta benda awam tanpa vandalisme.

Aktiviti memadam grafiti haram.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail pernah mengatakan bahawa grafiti jika dilukis pada tempat yang disediakan bukan satu perkara menyalahi undang-undang.

Beliau sendiri menyifatkan seni urban itu boleh dijadikan sebagai satu produk pelancongan terbaru di ibu negara kerana ia mengindahkan pemandangan, Kuala Lumpur.

Justeru, isu grafiti tidak perlu dihambat dengan kontroversi tetapi melihatnya sebagai sesuatu yang positif selagi ada ruang dan peluang untuk memanfaatkannya.

Khidmat Honda Penuhi Kehendak Pelanggan

Posted: 27 Dec 2011 09:57 PM PST

Jenama honda meraih kedudukan teratas dalam kajian kepuasan pengguna.

MASA penghantaran yang pendek dan hubungan di antara peniaga dan pelanggan selepas jualan telah menyumbangkan kepada peningkatan keseluruhan kepuasan jualan kenderaan-kenderaan baru di Malaysia.

Menurut Pengarah Eksekutif di J.D. Power Asia Pacific, Singapura, Mohit Arora, walaupun jualan kenderaan baru di Malaysia semakin meningkat, para pengilang dan pengedar di negara ini telah melaksanakan tugas yang cemerlang dalam pengurusan masa penghantaran untuk pelanggan baru mereka.

Antara sembilan jenama yang termasuk dalam tinjauan ini, Honda berada di kedudukan teratas dengan markah sebanyak 815 selain mencatat prestasi yang cemerlang dalam empat daripada tujuh faktor iaitu inisiatif jualan, fasiliti pengedar, jurujual dan proses penghantaran.

Kedudukan kedua adalah Nissan (813), Suzuki (806) dan Toyota (803). Nissan mencatat prestasi baik dalam faktor kertas kerja dan waktu penghantaran.

Nissan meningkat sebanyak 29 mata pada 2011, berbanding tahun 2010, lebih daripada jenama-jenama lain.

Menurut Tinjauan Indeks Kepuasan Jualan (SSI) melalui SM J.D. Power Asia Pacific 2011 Malaysia yang diterbitkan baru-baru ini, ia mengukur kepuasan pemilik kenderaan baru terhadap jualan dan pengalaman penghantaran serta menilai tujuh faktor yang menyumbang kepada kepuasan keseluruhan.

Prestasi SSI dilaporkan dalam markah indeks berdasarkan skala 1,000 mata, di mana markah keseluruhan SSI yang lebih tinggi menunjukkan kepuasan lebih tinggi terhadap jualan kenderaan baru dan proses penghantaran.

Purata kepuasan jualan untuk tahun 2011 ialah 799 markah, meningkat sebanyak 18 mata berbanding 781 markah pada tahun 2010.Tinjauan juga mendapati bahawa purata masa penghantaran kenderaan baru telah menurun kepada 16.3 hari pada tahun 2011, iaitu penurunan hampir empat hari berbanding tahun 2010.

Kira-kira 38 peratus pelanggan menyatakan bahawa mereka menerima kenderaan dalam tempoh seminggu atau kurang daripada seminggu. Di kalangan pelanggan ini, kepuasan terhadap waktu penghantaran purata 24 markah lebih tinggi daripada purata industri.

Sementara itu, bilangan pelanggan yang menyatakan bahawa penghantaran kenderaan baru mereka mengambil masa lebih daripada sebulan telah menurun daripada 13 peratus pada 2010 kepada 7 peratus pada 2011.

Namun di kalangan pelanggan ini, kepuasan terhadap waktu penghantaran adalah 100 markah lebih rendah daripada purata industri.

Pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan Honda sebelum dan selepas membeli kenderaan ini.

Tinjauan ini juga mendapati bahawa peratusan pemilik kenderaan baru yang mengatakan bahawa pengedar menghubungi mereka selepas penghantaran kenderaan telah meningkat daripada 65 peratus (2010) ke 70 peratus pada 2011.

Di kalangan pelanggan yang menyatakan bahawa mereka dihubungi oleh pengedar selepas penghantaran kenderaan telah mencatat purata markah kepuasan sebanyak 812, 13 mata.

Sebaliknya, mereka yang tidak dihubungi selepas penghantaran kenderaan telah mencatatkan 30 markah lebih rendah daripada purata industri.

"Semakin banyak pengedar telah mengambil langkah untuk menghubungi pemilik kenderaan selepas penghantaran untuk mengetahui sama ada kenderaan mereka memuaskan ataupun tidak.

"Usaha ini bukan sahaja membolehkan pengedar jualan mengekalkan hubungan dengan pelanggan serta membantu membina kesetiaan, ia juga membolehkan pengedar untuk mengambil tindakan segera sekiranya masalah atau aduan mengenai proses jualan dilaporkan," jelas Arora.

Kajian SSI Malaysia 2011 adalah berdasarkan maklum balas daripada 2,478 pemilik kenderaan baru yang membeli kenderaan mereka di antara September 2010 dan April 2011.

Kajian itu dilakukan antara Mac dan Jun 2011.

Penyamun datang balik

Posted: 27 Dec 2011 09:55 PM PST

MUSNAH...sebahagian peralatan rumah hangus dibakar penyamun.
MUSNAH...sebahagian peralatan rumah hangus dibakar penyamun.

KAJANG: Selepas gagal menceroboh rumah ketiga, kumpulan penyamun yang membakar dua banglo di Bandar Rinching, di sini, awal pagi kelmarin, dipercayai datang semula ke lokasi itu untuk membalas dendam dengan membakar perabot dan almari di belakang rumah berkenaan, beberapa jam kemudian.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Ramli Mat Nor, 57, kerugian kira-kira RM3,000 apabila perabot dan almari yang diletakkan di belakang rumahnya musnah selain sebahagian atap rumah turut terbakar.

"Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di selatan tanah air dan mengetahui kebakaran itu selepas dimaklumkan pembantu rumah yang juga baru pulang daripada bercuti," katanya Harian Metro semalam melaporkan kejadian dua banglo dibakar selepas disamun dan penjenayah terbabit berbuat demikian dipercayai bagi menghapuskan bukti.

Jumlah kerugian membabitkan kedua-dua banglo berkenaan dianggarkan mencecah RM1 juta namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penghuni ketika insiden berlaku.Selepas meninggalkan rumah kedua, kumpulan itu dilaporkan cuba memecah masuk ke rumah ketiga iaitu rumah milik Ramli yang terletak selang tujuh rumah dari lokasi pertama dan kedua.

Muzik Bunkface bergema di Indonesia

Posted: 27 Dec 2011 09:52 PM PST

PELUANG...Bunkface diundang menjadi tetamu di program Bukan Empat Mata.
PELUANG...Bunkface diundang menjadi tetamu di program Bukan Empat Mata.

PELUANG mendekati jiwa anak muda ini mengungkap seribu macam kisah peribadinya. Namun, seberapa banyak persoalan yang ditanya, sebanyak itu juga pesannya agar segala apa yang disembangkan tidak diterjemah dalam sebuah lembaran cerita.

Kata Shamsul Annuar Mohd Baharom atau lebih dikenali sebagai Sam juga vokalis kumpulan Bunkface, biar episod peribadinya terus kekal dalam simpanannya sendiri tanpa perlu dikongsikan bersama khalayak kerana keutamaan dalam lapangan seni adalah untuk memperdagangkan bakat nyanyian yang ada bukannya mempamerkan kisah diri sendiri.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Kronologi yang pernah meletak nama Sam jauh ke atas adalah kisah cintanya bersama pelakon jelita, Juliana Evans. Ketika itu, wajahnya mula banyak menghiasi majalah dan dada akhbar. Namun, entah apa puncanya, hubungan itu berakhir.

Tatkala mengusik persoalan mengenai itu, Sam tersenyum dan menyifatkan apa yang pernah berlaku adalah pengajaran dan pengalaman tanpa perlu diungkit lagi."Saya optimis dan terus pandang ke depan. Saya tidak mahu lagi berbicara soal cinta atau apa saja yang berkaitan peribadi kerana ia sedikit-sebanyak memberikan tekanan kepada saya selain mengganggu perjalanan Bunkface. Lihat saja sebelum ini, wajah saya tidak lagi diletak selari dengan perjuangan muzik Bunkface sebaliknya penuh dengan kisah cinta dan peribadi."Cukup-cukuplah dulu ketika baru sibuk mengenal rentak. Kini, saya mula belajar untuk menjadi insan yang lebih berhati-hati dan matang untuk menentukan langkah sendiri," katanya.

Bagaimanapun, kata anak muda berusia 24 tahun ini, kisah cintanya sebelum ini tidak sekali mengundang rasa kesal atau kecewa sebaliknya ia menjadi satu titik permulaan buatnya melihat senario bergelar selebriti dengan lebih luas dan logikal.

"Saya seorang yang berterus terang dan mudah. Saya tidak licik dalam berteka-teki terutama membabitkan soal cinta dan hubungan. Namun, lama-kelamaan saya sedar, sisi peribadi ada kalanya perlu disimpan kemas tanpa meluahkan kepada sesiapa. Lantas peristiwa itu saya jadikan sebagai pengalaman.

"Saya tidak kata menyesal dengan apa yang berlaku. Itulah rencah dan warna menjadi anak seni. Selepas ini apa yang boleh dikatakan, saya inginkan seorang wanita yang memahami dan bukan lagi mereka yang terbabit dalam lapangan yang sama dengan saya. Bukan cuba menyalahkan atau meletak hukum pada hubungan terdahulu sebaliknya itulah keinginan saya sekarang.

"Jujurnya, saya melihat pasangan atau kekasih adalah insan yang tidak henti menyokong dari belakang selain menjadi tempat terbaik meluahkan segala masalah dan perasaan. Mungkin jika datang masanya nanti akan diketahui juga. Saya tidak pernah mencari dan hanya membiarkan ketentuan itu yang datang sendiri.

"Setakat ini, saya lebih selesa sendirian dan meletak sepenuh fokus pada percaturan Bunkface," katanya yang mengakui enggan kisah cinta mengaburi kariernya lagi.

Mengikuti Sam bersama dua lagi temannya, anggota Bunkface iaitu Paan atau nama sebenarnya Ahmad Farhan Hashim dan Mohd Farouk Jaafar (Youk) bulan lalu ketika mereka bertiga sibuk menjelajah kota Jakarta, Indonesia bagi mengintai peluang menembusi pasaran sana, jelas terlihat kesungguhan anak muda ini dalam memperjuangkan muzik mereka.

Sesekali Sam mengusik sambil berseloroh, mana tahu jika tepat percaturan yang dilakukan, mungkin dirinya bersama Bunkface akan menjadi bintang terkenal di serantau Asia Tenggara nanti.

"Alhamdulillah, Bunkface masih bertahan selepas lima tahun memperjuangkan genre dan imej muzik kami. Siapa sangka apa yang kami persembahkan mendapat tempat dan ruang di hati peminat. Namun, sejauh itu perjalanan kami ia tidak semudah yang disangka sebaliknya pelbagai ranjau dan dugaan yang kami tempuhi bersama.

"Kini selepas berpuas hati dengan apa yang kami capai dan lakukan di industri tempatan, kami beranikan diri untuk melangkah setapak lagi ke depan untuk menyebarkan pengaruh muzik kami di Indonesia. Itulah impian kami bertiga dan saya bersyukur akhirnya jalan itu terbuka untuk kami mencuba nasib. Saya tidak mahu meletak keyakinan tinggi melangit, namun apa yang kami lakukan setakat ini adalah permulaan yang baik.

"Insya-Allah jika ada rezeki, kami akan terbang 'menjual' muzik kami di sana pula," katanya.

Bunkface berada di kota Jakarta selama seminggu November lalu bagi mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Jakarta di depan wakil syarikat rakaman untuk menilai kemampuan dan kekuatan muzik mereka.

Kemudian, kumpulan yang menyuntik eksperimen melodi dalam jalur muzik alternatif rock ini diundang pula menyerikan festival Urban Fest 2011 di Pasar Seni Ancol, Jakarta sebagai satu-satunya bakat Malaysia yang diberi ruang menghiburkan golongan muda di sana.

Tidak hanya itu, Bunkface turut diundang menjadi tetamu istimewa, sekali gus membuat persembahan di program bual bicara popular di sana, Bukan Empat Mata.

Melihat peluang dan profil seni yang dihidangkan buat mereka, Sam yang juga anak kelahiran Basildon, England hanya mampu mengukir senyuman dan menyifatkan apa yang diberikan itu sebagai sebuah cenderahati indah atas segala usaha yang mereka berikan selama ini.

"Memang saya sendiri terkejut pada awalnya apabila diberitahu mengenai undangan ke Urban Fest dan membuat persembahan di Hard Rock Cafe. Maklumlah sejak dulu, ia bagai satu persepsi dan stigma kononnya bakat kita sukar menembusi tembok industri muzik di Jakarta. Lantas apabila kami diterima baik seperti ini, ia sudah tentu satu kenangan dan pengalaman indah buat kami bertiga.

"Kami ke sana untuk mencuba nasib. Mungkin darah muda berkobar-kobar, kami sentiasa memikirkan soal untuk ke depan dan memberikan yang terbaik buat pencinta muzik. Syukur alhamdulillah peluang ini sampai buat kami. Bayangkan Bunkface berada di Hard Rock Cafe dan membuat persembahan di depan wakil syarikat rakaman.

"Paling menggembirakan kami apabila tiga daripada wakil syarikat rakaman yang hadir sudah mula merisik kami. Sekarang semuanya dalam proses perbincangan dan pertimbangan.

"Kami ingin sekali melebarkan pengaruh kami ke sana dan itu sudah tentu menjadi misi terbaru Bunkface ketika ini," katanya lagi yang kini sedang sibuk mengumpul material baru untuk album terbaru Bunkface.


PROFIL

Nama penuh: Shamsul Annuar Mohd Baharom
Tarikh lahir: 11 Disember 1987
Umur: 24 tahun
Tempat lahir: Basildon, England
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Vokalis kumpulan Bunkface dan komposer
Album: Phobia Phoney
Pencapaian: Anugerah Kembara di Anugerah Industri Muzik ke-17, Lagu Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 menerusi lagu Situasi, menerima pengiktirafan di Asia Voice Independent Music Awards 2009, Komposer Muda Berbakat di Malam Mesra Badan Pelindung Hak Cipta Muzik (MACP) 2011.

Langkah silat tingkat sifat dalaman

Posted: 27 Dec 2011 09:33 PM PST

BEGINI...Nofal (tengah) menunjukkan pergerakan tangan yang betul ketika bersilat.
BEGINI...Nofal (tengah) menunjukkan pergerakan tangan yang betul ketika bersilat.
DISIPLIN...pergerakan silat melatih kanak-kanak untuk lebih berdisiplin.
DISIPLIN...pergerakan silat melatih kanak-kanak untuk lebih berdisiplin.

MELIHAT sekumpulan kanak-kanak berpakaian lengkap berbaju Melayu dan bertanjak sambil mengalunkan bunga silat kelihatan kesungguhan mereka. Walaupun ada langkah diatur kelihatan sumbang, masing-masing bersemangat mengikut arahan ketua jurulatih silat dan pesilat kebangsaan, Nofal Sandra Sofyan.

Mereka begitu tekun mendengar setiap arahan dan cuba memberikan yang terbaik sama ada daripada segi hayunan tangan mahu pun pergerakan kaki. Apabila masing-masing sudah mendapat rentak tersendiri, setiap langkah diatur sama penuh berseni.

Memang cantik dan comel apabila sekumpulan kanak-kanak berusia di antara lapan hingga 15 tahun melakukan pergerakan seni mempertahankan diri warisan Melayu.

Pergerakan silat yang disampaikan orang dewasa mungkin sudah biasa dilihat, namun tidak ramai ibu bapa hari ini memilih menghantar anak mereka menjalani latihan seni mempertahankan diri seperti silat yang dirasakan ketinggalan zaman atau tidak lagi bersesuaian pada masa kini sebaliknya memilih memberi pendedahan kepada seni bela diri seperti taekwondo atau karate.Menurut Nofal, mengajar silat kepada kanak-kanak memerlukan pendekatan berbeza.Ini kerana kanak-kanak bukan setakat diajar mengenai pergerakan dan langkah dalam silat, tetapi lebih kepada sikap serta keyakinan diri mereka. Ramai tidak tahu pergerakan dalam silat mempunyai banyak keistimewaan bukan saja pada fizikal, tetapi rohani mereka.


"Misalnya pada hari pertama mereka datang ke kelas, guru silat akan mengajar supaya menunjukkan tanda hormat kepada guru sebelum memulakan latihan. Sifat ini akan terbawa-bawa ketika mereka pulang ke rumah atau bertemu sesiapa saja yang lebih berusia," katanya.

Selain itu silat melatih sifat disiplin dan sabar yang sangat tinggi pada kanak-kanak. Ini kerana dalam setiap latihan mereka diajar memahirkan langkah atau posisi ketika bersilat yang memerlukan lebih disiplin dan sabar apabila langkah diatur sumbang.

Hal ini akan meningkatkan sikap baik dalam diri setiap kanak-kanak supaya lebih tenang, berhati-hati dan bersaing dalam setiap bidang yang mereka ceburi.

Namun begitu sifat semula jadi kanak-kanak cepat bosan dalam apa juga dilakukan mereka. Bagi mengurangkan rasa tertekan dan bosan, Nofal tidak memberikan latihan yang berat sebaliknya mengajar pergerakan mudah membuatkan mereka rasa gembira, seronok dan ingin datang lagi untuk latihan seterusnya.

"Guru silat memainkan peranan penting bagi menimbulkan keceriaan dalam setiap sesi latihan. Apa yang penting guru memberitahu rahsia setiap pergerakan bagi memberi pendedahan dan kefahaman asas kepada kanak-kanak. Ini penting kerana kanak-kanak mempunyai akal dan daya ingatan yang sangat tajam. Mereka boleh mengingati setiap pergerakan dalam tempoh singkat," jelasnya.

Nofal yang membuka kelas silat sejak dua tahun lalu memberitahu pada mulanya dia juga tidak mempunyai keyakinan membuka kelas silat tapi memikirkan setiap pesilat yang memiliki tali pinggang hitam perlu mempunyai gelanggang bagi menguji kemahiran diri menyebabkan dia memberanikan diri mencuba.

"Tambahan pula ketika itu saya menjadi tenaga pengajar di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam, jadi pengalaman dalam bidang pengajaran silat sudah ada. Apabila ada ibu bapa yang meminta menjadi tenaga pengajar, saya terus menerimanya kerana bukan senang mendapat kepercayaan ibu bapa," katanya yang mengajar pada setiap Sabtu di Dewan Seri Muda Shah Alam dari jam 6 petang hingga 7 malam.

Sepanjang dua tahun menjadi tenaga pengajar silat, Nofal mengakui banyak perubahan pada sikap dan penampilan anak muridnya antaranya lebih berkeyakinan dan berdisiplin terutama dalam apa juga perkara yang mereka lakukan.

Menerusi latihan jurus silat anak akan menjadi lebih terdidik, taat, bersikap positif dan tegas manakala belebat silat pula mendorong individu untuk meningkatkan kemahiran strategi sekali gus melatih sikap mengambil berat, sayang-menyayangi, bertanggungjawab, kreatif dan setia sesama rakan.

"Di samping itu setiap langkah silat akan mengembangkan kemahiran kanak-kanak dan meningkatkan sifat dalaman mereka seperti jujur dan ikhlas dalam melakukan apa juga perkara dalam kehidupan," katanya.

Menurut Nofal apabila anak memahami semua peringkat dalam latihan silat, mereka akan menjadi lebih berani serta mempunyai rasa ingin tahu mengenai silat. Bagi kanak-kanak apa yang penting bukanlah kemahiran bersilat, tetapi sikap positif dalam diri mereka untuk menjadi pahlawan berhati mulia yang dapat menyumbang sesuatu kepada negara.

Bagi Mohamad Hazamal Sofian, 15, yang menuntut di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang mengakui dia sangat meminati seni mempertahankan diri dan memilih silat kerana ia seni warisan Melayu. Mula menyertai kelas silat pada awal 2010, kini Hazamal sudah mempelajari bunga silat serta silat tempur.

"Pada mulanya agak sukar juga kerana saya langsung tiada pengalaman, namun selepas menghadiri beberapa kelas, minat dalam bidang ini semakin terserlah.
Saya rasakan silat banyak merubah diri saya menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Tambahan pula ibu bapa memberi galakan kepada saya untuk belajar sehingga ke peringkat paling tinggi," katanya.

Bagi Noor Afizzuzlie Hussin, 14, dia memilih silat bukan seni mempertahankan diri yang lain kerana teruja dengan budaya dan warisan Melayu yang terdapat dalam silat. Apabila melihat orang dewasa bersilat dia semakin bersemangat untuk mempelajarinya.

Anak sulung daripada tiga beradik ini mengakui pada mulanya agak sukar juga untuk mempelajari setiap langkah dalam silat kerana semuanya mempunyai maksud tertentu.

"Semakin lama saya belajar semakin banyak yang ingin saya ketahui terutama ketika bertempur. Walaupun anggota badan sakit, saya sangat gembira kerana mampu melakukannya," katanya yang kini mempelajari tahap dua dengan memakai
bengkung biru.

Menurut Noor Afizzuzlie, sepanjang setahun mempelajari silat dia semakin berkeyakinan sama ada dalam kehidupan seharian dan ketika belajar. Selain itu silat menjadikan dia lebih sihat dan cergas kerana menerusi pergerakan dalam silat membuatkan otot bergerak sekali gus senaman yang baik untuk kesihatan badan.

Murid perempuan termuda, Nurul Aqhilla Mohd Sofian, 11, mengakui dia mempelajari silat akibat tidak tahan dibuli rakan sekolah. Jika dia melawan, pelajar lelaki di sekolah semakin mengganggunya. Walaupun cuma gangguan kecil saja, ini mengganggu tumpuannya di kelas.

"Mulanya saya tidak kisah, tetapi jika setiap hari dibuli siapa tidak rimas.
Justeru saya nekad mempelajari seni bela diri sekurang-kurangnya boleh membuatkan mereka takut membuli saya," katanya.

Selepas mendapat sokongan keluarga Nurul menyertai kelas silat di bawah bimbingan guru silat, Nofal Sandra pada setiap petang Sabtu.

"Alhamdulillah selama setahun belajar banyak keistimewaan silat. Antaranya mendidik saya menjadi lebih berdikari dan berdisiplin. Ini kerana silat melatih saya mengikut pergerakan dalam kumpulan yang sama sekali gus menjadikan diri saya patuh pada arahan. Paling penting selepas mampu mempelajari asas silat saya tidak lagi dibuli rakan," katanya gembira.

Anak ketiga daripada empat beradik ini akan terus mempelajari silat sehingga
ke peringkat paling tinggi.

Search tawan Tawau

Posted: 27 Dec 2011 09:31 PM PST

pix_gal0
Tenaga setanding kumpulan rock veteran antarabangsa

SEMAKIN tua semakin menjadi. Bagaimana kebanyakan kumpulan rock veteran antarabangsa yang aktif mengadakan jelajah konsertnya, begitulah juga dengan Search.Berumur lewat 40-an, malahan ada yang sudah melebihi usia 50-an tetapi Search tetap bertenaga untuk membuat persembahan lebih dua jam tanpa henti.
Selepas puas beraksi menjelajah Semenanjung, Search menyeberang Laut China Selatan dengan memilih bandar Tawau, Sabah, sebagai lokasi pilihan dalam Siri Konsert Jelajah Fenomena mereka pada 24 Disember lalu. Cuaca mendung dan hujan renyai pada sebelah petang di Tawau memang agak merisaukan penganjur.

Beberapa jam sebelum konsert dimulakan, cuaca semakin baik walaupun langit masih mendung. Bermula jam 6 petang, sedikit demi sedikit kelibat peminat mula muncul di perkarangan Stadium Mini di Kompleks Sukan Tawau. Sekitar jam 7 petang, mereka sudah dibenarkan masuk.

Kira-kira jam 8 malam barulah suasana kemeriahan dirasai dengan kemunculan Stacy yang beraksi penuh agresif ketika membuat persembahan pembukaan.
Selepas hampir 45 minit kemudian, Stadium Mini Tawau mula riuh rendah dengan penayangan klip video yang memaparkan sedutan ringkas sejarah dan pencapaian Search selama 30 tahun dalam persada muzik rock.
Masih bertenaga dan mengekalkan attitude rock, Amy, Nasir dan Yazid memulakan peranan masing-masing dengan penuh bersemangat. Kawalan stamina dan suara yang teratur membuatkan vokal Amy sentiasa konsisten, tidak ada tanda 'pancit' biarpun pada lagu yang bernada tinggi.

Din (pemain gitar rhythm) dan Kid (gitar utama) melengkapkan aksi kumpulan ini yang turut disokong oleh Firdaus sebagai pemain keyboard. Kid yang tampil dengan gaya seolah-olah seperti Slash, bekas pemain gitar Gun'N' Roses, tidak ketinggalan untuk menunjukkan skil bermain gitar secara solo.

Enam lagu dinyanyikan tanpa henti pada segmen pertama konsert ini. Amy mula melontarkan suaranya dengan menyanyikan lagu Panggung Khayalan, Gothic Malam Edan, disusuli lagu Fenomena, Serigala Segalanya, Balada Pemuzik Jalanan serta Hongky Tong Kosong.

Babak kedua konsert ini dimulakan dengan sedutan klip video yang merakamkan ulasan sebahagian peminat mengenai Search dan lagu-lagu mereka.

Apabila Firdaus memulakan intro lagu Isabella, suasana stadium mula bising. Ternyata Isabella memang lagu wajib dinyanyikan oleh Search dalam setiap persembahannya.

Pada babak kedua ini, Search menyanyikan 11 lagu dalam pelbagai rentak daripada rock n roll kepada Balada rock. Sebaik saja menyanyikan Isabella, lagu seterusnya Melastik Ke Bintang, cakap Memang Mudah, Rozana, Bisa, Laila Namamu Di Atas, Kejora, Gadisku, Isi Dan Kulit, Langit Dan Bumi dan Menara Kesesatan.

Segmen ketiga pula agak menarik apabila dimulakan dengan persembahan secara solo oleh Din dan Kid. Kedua-kedua saling mempamerkan kehandalan bermakna gitar sebelum Amy mengambil kedudukannya di pentas untuk menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Seterusnya, Amy menyanyikan lagu Tiada Lagi yang pernah dipopularkan oleh Mayank Sari diikuti dengan Pelesit Kota. Nasir kemudian mengambil giliran untuk membuat persembahan intro untuk lagu yang memang ditunggu oleh peminat, Pawana.

Konsert Jelajah Fenomena Search diakhiri dengan lagu Balada rock yang boleh meninggalkan kenangan indah kepada peminat kumpulan ini apabila Amy menyanyikan Fantasia bulan Madu.

M Nasir kembali bersemangat

Sementara itu mengulas mengenai Konsert Fenomena 30 Tahun Search, pemain bass, Nasir Daud berkata, selepas selesai jelajah Tawau, konsert seterusnya ialah di Kuching pada 31 Disember dan kemungkinan turut beraksi di Singapura.

Tempoh 'Fenomena 30 Tahun Search' ialah selama setahun bermula Oktober 2011 sehingga Oktober 2012.

"Dalam tempoh setahun itu, memang kami sudah merancang pelbagai projek. Selain konsert, kami juga memang sedang membuat persiapan untuk album terbaru Search," katanya.

Tambah Nasir lagi, komposer dan penerbit, Datuk M Nasir yang sebelum ini agak keberatan kali ini sudah teruja untuk menerbitkan album terbaru Search selepas melihat sambutan peminat berdasarkan konsert mereka.

"Dulu apabila kami minta dia (M Nasir) terbitkan album, dia tanya balik kepada kami, Search ada peminat lagi ke? Tapi kali ini, selepas melihat sambutan peminat pada konsert fenomena, dia jadi sangat teruja untuk menyiapkan album terbaru Search.

"Sambutan dan sokongan peminat terhadap Konsert Fenomena 30 tahun Search turut memberi semangat kepada M Nasir. Malahan empat lagu hampir disiapkan. Kami harap tahun depan album baru Search dapat disiapkan," jelas Nasir.

Ditanya mengenai kemampuan pemain dram, Yazid Ahmad untuk meneruskan konsert fenomena Search tahun depan, Nasir berkata, mereka sudah ada pengganti yang bersedia untuk mengambil alih tempat Yazid.

"Sebagai orang lama dalam Search, kita faham mengapa Yazid tidak mahu melepaskan 'kerusi' pemain dram. Dia memang seorang yang bersemangat tinggi walaupun keadaan kesihatannya kadang-kadang kurang baik. Tapi selagi dia mampu, kami tidak ada halangan.

"Tapi sekiranya Yazid tidak mampu atas sebab kesihatannya, kami sudah bersedia dengan pengganti pemain dram yang bagus macam yazid juga," kata Nasir mengulas keadaan Yazid yang kesihatannya kadang-kadang terjejas kerana masalah kencing manis.
Dalam persembahannya, Amy 'mengisytiharkan' bandar Tawau sebagai tempat kelahiran muzik rock di Sabah. Malahan vokalis Search ini juga menyifatkan Tawau juga seperti Johor Bahru di Semenanjung kerana melahirkan ramai pemuzik atau artis yang dikenali ramai.

"Dari dulu lagi, Tawau selalu akan menjadi destinasi utama kepada setiap penyanyi atau kumpulan rock membuat persembahan. Tawau sentiasa menjadi lokasi pilihan sebelum ke bandar lain di Sabah.

"Ini kerana Tawau mempunyai peminat muzik rock yang ramai. Setiap kali mana-mana kumpulan rock atau penyanyi membuat persembahan di sini, sambutannya pasti tidak menghampakan. Sebab itu, saya boleh katakan Tawau sebagai tempat paling 'best' bagi kebanyakan kumpulan rock kerana peminatnya yang cukup mengagumkan kami," katanya.

Info: Search akan meneruskan Konsert Fenomena 30 tahun di Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2011. Tiket konsert berharga RM25.

Fakta Fenomena & Search
  • Konsert Fenomena 30 Tahun Search adalah sempena pembabitan kumpulan ini dalam dunia muzik selama tiga dekad.

  • Album Fenomena diterbitkan pada tahun 1989. Ia adalah album Search bersama Pacific Music Records Company atau PMC (sebelum ditukar menjadi BMG Music) selepas mereka berhijrah dari syarikat rakaman Polygram.

  • Album Fenomena yang keempat dihasilkan oleh Search selepas Cinta Buatan Malaysia (1985), Langit Dan Bumi (1986) dan Mentari Merah di Ufuk Timur (1987).

  • Album Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.

  • Album Fenomena juga adalah album Search pertama yang terdapat dalam bentuk cakera padat (CD). Bentuk kaset pada 1989.

  • Ketika album ini diterbitkan, kumpulan Search terbabit ialah Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar), Noordin Taib @ Din (gitar), Hamzah Mohd Taib @ Kid (gitar), Nasir Daud (bass) dan Yazid Ahmad (dram). Hillary meninggalkan Search pada pertengahan sesi rakaman album Fenomena untuk mengejar kerjaya solo.

  • M. Nasir sebagai penerbit album Fenomena. Rakamannya dilakukan di Gins Studio, Jakarta dan King's Studio, Petaling Jaya.

  • Album Fenomena versi kaset (1989) mengandungi 10 lagu, iaitu Fenomena ciptaan M Nasir lirik oleh Usop; Purnama (Bob Lokman/Bob Lokman), Isabella (Search/Bob Lokman); Derap Komando (Search/Wanafisu); Ku Taklukkan Dunia (Search/Search); Bencana (M Nasir/Siso); Pawana (M Nasir/S Amin Shahab); Songsang (Bok Lokman/Usop) dan Gadis Misteri (M Nasir/S Amin Shahab)

  • Versi CD (1990) memuatkan tambahan dua lagu iaitu Mencari (instrumental) solo daripada Kid dan Malam (ciptaan M Nasir)

  • Fenomena menjadi judul filem yang ceritanya ditulis oleh Zain Mahmod dan diarahkan oleh Aziz M Osman. Selain kumpulan Search, filem ini turut dibintangi Ramona Rahman, M Nasir dan Abu Bakar Omar.

  • Ketika Festival Filem Malaysia ke-9 pada 1991, filem Fenomena menang Skor Muzik Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Jurukamera Terbaik (Badaruddin Azmi), Penataan Bunyi Terbaik (Musa Idris), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Noramarina Zulkifli) dan Anugerah Khas Juri - Filem Box-Office.

  • Filem Fenomena yang ditayangkan pada 1991 mencatatkan kutipan lebih RM1 juta, angka box-office ketika itu.

  • Lagu Isabella yang dimuatkan dalam album Fenomena turut diangkat menjadi judul filem. Filem Isabella terbitan bersama syarikat produksi Malaysia dan Indonesia diarahkan oleh Boyke Roring (Indonesia) menggandingkan Amy dengan Nia Dzulkarnain selain Julia Rais dan anggota Search.

  • Album Fenomena juga membawakan kumpulan Search dipilih oleh peminat sebagai Penyanyi Berkumpulan Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 1987 dan 1989.

  • Lagu Isabella dari album ini juga dipilih sebagai Lagu Terbaik dan Search juga dipilih sebagai penyanyi yang membuat Persembahan Terbaik menerusi lagu itu pada Anugerah Juara Lagu 1989.
  • Maher Zain terharu

    Posted: 27 Dec 2011 09:30 PM PST

    MAHER Zain berbaju Melayu menyampaikan lagu pada konsert 'Maher Zain Untukmu Rakyat' di Stadium Ipoh, Perak, Sabtu lalu.
    MAHER Zain berbaju Melayu menyampaikan lagu pada konsert 'Maher Zain Untukmu Rakyat' di Stadium Ipoh, Perak, Sabtu lalu.
    Penghormatan, sambutan meriah timbul hasrat untuk datang lagi ke Perak

    KONSERT Maher Zain Untukmu Rakyat yang diadakan di Stadium Perak, Sabtu lalu, berjaya menarik lebih 30,000 orang daripada pelbagai peringkat usia bukan saja di Perak tetapi juga dari negeri lain berdekatan seperti Pulau Pinang dan Selangor.Peminat setia penyanyi kelahiran Lebanon yang bermastautin di Sweden itu mula membanjiri stadium seawal jam 7 petang bagi menyaksikan konsert yang diacarakan Datuk AC Mizal bermula jam 8.45 malam dengan Ramli Sarip menjadi penyanyi undangan bagi membuka tirai persembahan dengan lima lagu popularnya, seperti Doa Buat Kekasih dan Kamelia.
    Konsert diteruskan dengan persembahan Irfan Makki iaitu penyanyi kelahiran Pakistan yang kini bermastautin di Kanada. Dia menyanyikan enam lagu antaranya, Waiting For The Call, Allahu, Mama dan You Never Walk Alone iaitu lagu yang pernah dipopularkan Michael Jackson.

    Selepas lebih sejam menanti, peminat akhirnya bersorak gamat apabila penyanyi kesayangan mereka, Maher Zain memulakan persembahannya dengan mendendangkan Allahuakbar.

    Penyanyi yang murah dengan senyuman itu mendendangkan 15 lagu, antaranya Insyaallah, Barakallah, Thank You Allah dan Hold My Hand. Malahan dia turut menjemput Irfan Makki untuk berduet dalam lagu I Believe.

    Maher juga sempat mengenakan pakaian baju Melayu ungu lengkap bersampin pemberian Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mendendangkan dua lagu sebelum menamatkan persembahan kira-kira jam 11.30 malam.
    Dr Zambry yang ditemani isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli serta beberapa exco negeri turut menonton konsert itu yang diadakan sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk mempromosi Tahun Melawat Perak 2012.

    Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Maher Zain berkata ia adalah konsert kedua terbesar yang pernah diadakan di Malaysia tetapi kali ini lebih menimbulkan kenangan kerana pertama kali muncul berpakaian baju Melayu ketika melakukan persembahan.

    "Masyaallah, saya sangat gembira dan sambutan peminat di Perak sangat hebat. Saya sangat bertuah dapat melakukan persembahan sebegini di sini. Satu kesempatan yang begitu bermakna sekali.

    "Baju Melayu itu adalah pemberian Menteri Besar dan ia satu penghormatan buat saya yang sangat bertuah dapat memakai pakaian rasmi rakyat Malaysia pada malam ini. InsyaAllah, saya akan datang lagi dan amat berbesar hati untuk datang semula ke Perak untuk melakukan persembahan lagi," katanya.

    Naza Kia sasar jual 24,000 kereta 2012

    Posted: 27 Dec 2011 09:28 PM PST

    SM NASARUDIN (dua dari kiri) bersama Syed Hafiz( dua dari kanan)  dan Oh    (kiri)  melancarkan  All-New Optima K5   pada majlis pelancaran cawangan barunya, Kia Red Cube di Petaling Jaya, semalam.
    SM NASARUDIN (dua dari kiri) bersama Syed Hafiz( dua dari kanan) dan Oh (kiri) melancarkan All-New Optima K5 pada majlis pelancaran cawangan barunya, Kia Red Cube di Petaling Jaya, semalam.
    Pelancaran 5 model dapat sambutan

    NAZA Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia menyasar peningkatan jualan keretanya sebanyak dua kali ganda kepada 24,000 unit tahun depan berbanding 12,000 tahun ini.Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, berkata ia didorong pelancaran lima model barunya termasuk All-New Optima K5 yang dilancarkan semalam.
    Kami yakin mampu capai sasaran itu berikutan semua model baru dilancarkan terima sambutan memberangsangkan di luar negara di sebalik krisis ekonomi global. - Syed Hafiz Syed Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia
    "Kami yakin mampu mencapai sasaran itu berikutan semua model baru dilancarkan menerima sambutan memberangsangkan di luar negara di sebalik krisis ekonomi global ketika ini," katanya pada pelancaran cawangan barunya, Kia Red Cube dan All-New Optima K5 di Petaling Jaya, semalam.

    Hadir sama Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalan Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Perniagaan Antarabangsa Kia Motors Corporation, Thomas Oh.

    Syed Hafiz berkata, pihaknya menyasar menjual sehingga 3,600 unit Optima K5 pada tahun depan iaitu dengan anggaran 300 unit sebulan.

    "Kami yakin mampu menjual model ini dengan mudah berdasarkan apa yang ditawarkannya kepada pelanggan dan sekali gus mencapai sasaran ditetapkan.
    "Selain itu, ia juga antara model paling laris dijual di Amerika Syarikat pada tahun ini berbanding model lain dengan jualan 17 peratus atau 73,886 unit daripada jumlah keseluruhan," katanya.

    Sementara itu, mengenai Kia Red Cube, Syed Hafiz berkata bangunan dua tingkat seluas 34,000 kaki persegi itu pertama dilancarkan di Malaysia dan kedua di Asia Tenggara.

    "Ia menawarkan tiga perkhidmatan iaitu jualan, servis dan alat ganti. Pada tahun depan kami merancang membuka sebuah lagi pusat ini sama ada di kawasan utara atau selatan," katanya.

    Optima K5 serba baru ditawarkan pada harga RM143,888 atas jalan itu dilengkapi enjin Theta II 2.0 yang menghasilkan 165 PS dan 198 Nm untuk tork dengan transmisi automatik enam kelajuan.

    Selain itu, antara ciri premium yang terdapat pada model berkenaan adalah lampu kepala HID xenon boleh laras automatik, roda aloi 18-inci, enam beg udara, rekaan dalaman yang menggunakan kulit berkualiti, kestabilan program elektronik (EBS) dan sambungan USB dan Blueetooth.

    Batik Malaysia tarik minat ratu cantik

    Posted: 27 Dec 2011 09:27 PM PST


    Keindahan batik ini menarik minat para peserta.


    Batik Malaysia sememangnya terkenal dengan keunikan yang tersendiri, malah keindahan dan kehalusan seninya membuatkan ia tidak pernah gagal untuk mempesonakan mata yang memandang.

    Lebih Menarik, fabrik warisan negara itu menjadi produk pelancongan yang sentiasa diketengahkan dalam pelbagai promosi sama ada di dalam mahu pun luar negara.

    Keindahannya turut memikat mata sekumpulan ratu cantik yang menyertai lawatan dan aktiviti interaktif kraf dalam majlis Sepetang Bersama Batik dengan Penampilan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 di Laman Wau, Kompleks Kraf, baru-baru ini.

    Majlis tersebut merupakan sebahagian aktiviti sempena Pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 yang menyaksikan penyertaan lebih 54 jelitawan dari seluruh dunia.

    Majlis petang itu berlangsung dalam suasana santai khusus untuk memperkenalkan batik Malaysia kepada para peserta.

    Rata-rata para peserta kelihatan kagum dan teruja menyaksikan kehalusan dan keindahan batik.

    Malah kesemuanya tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri mencanting batik.

    Dalam masa yang sama ada yang mengambil peluang untuk membeli produk tempatan untuk dibawa ke negara masing-masing.

    Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali, berkata, lawatan ini bukan sahaja dapat mengembangkan industri batik tetapi juga sebagai cara mempromosikan batik kepada negara luar.

    "Dengan adanya lawatan ini ia bukan sahaja dapat mempromosi produk kebanggaan kita tetapi juga sebagai membantu industri pelancongan negara dan sebagai usaha mempromosikan rekaan fabrik berasaskan batik ke peringkat dunia,'' ujarnya.

    Sementara itu, ratu Cantik dari Kosovo, Albulena Mazreku memberitahu, amat teruja apabila berpeluang sendiri melihat bagaimana batik dihasilkan.

    "Jika sebelum ini saya hanya melihat di buku ataupun di televisyen tentang kehebatan dan kehalusan fabrik batik ini tetapi hari ini saya sendiri berpeluang untuk membuat batik,'' ujarnya yang begitu teruja dengan kehalusan produk dari Malaysia ini.

    Dia yang merupakan pelajar Undang-undang dari Universiti Rocnymegan Notherland memberitahu, akan menjadikan batik sebagai hadiah kepada ibu dan adik apabila kembali ke tanah airnya.

    "Saya sangat menyukai fabrik bercorak batik yang terdapat di Malaysia dan saya juga tidak sabar untuk memperagakan hasil rekaan fesyen batik yang pastinya menarik," jelasnya.

    Tambah Albulena, dia tidak menyangka motif batik yang disaksikan sebelum ini dihasilkan sepenuhnya dengan mengguna tangan.

    "Kerja-kerja mereka sungguh halus dan berseni. Saya juga tertarik apabila melihat rakyat yang pelbagai bangsa di Malaysia menggunakan fabrik batik sebagai pakaian tradisi dan juga pakaian rasmi negara ," jelasnya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia.

    Katanya lagi, berada di Malaysia membuatkan dia sangat seronok, malah kemesraan dan keramahan rakyat negara ini membuatkannya tidak berasa kekok sepanjang berada di negara ini.

    Dalam pada itu, wakil ratu cantik negara, Aileen Gabriella Robinson, 22, berkata, walaupun berasal dari negara ini namun inilah kali pertama dia berpeluang untuk melihat secara dekat tentang pembuatan batik.

    "Hari ini saya sangat teruja kerana dapat menunjukkan hasil kebanggaan negara kita iaitu batik kepada orang luar,'' ujarnya graduan dari Sunway Universiti ini

    Malah gadis kacukan Pulau Pinang dan England ini memberitahu, dia banyak memberitahu kepada rakan-rakan seangkatan mengenai keunikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

    "Saya sering jelaskan kepada mereka bagaimana negara kita yang berbilang kaum mampu hidup dengan aman serta toleransi antara kaum yang sangat baik dan ternyata mereka kagum melihat perkara itu," ujarnya.

    Perkahwinan rentas sempadan

    Posted: 27 Dec 2011 09:26 PM PST


    Sharifah Zainab Syed Ahmad memilih lelaki Lebanon, Toufic Mohammad El-Uzeir sebagai teman hidupnya.


    Kehadiran warga asing bukan saja telah mengubah iklim ekonomi dengan penggantungan terhadap tenaga kerja luar dalam sektor-sektor tertentu. Malah sedikit sebanyak telah mencorak semula sosio budaya di kalangan masyarakat negara ini.

    Ini berlaku apabila ramai rakyat tempatan tidak kira lelaki mahupun wanita berkahwin dengan warga asing sekali gus mewujudkan percampuran pelbagai budaya.

    Kalau dulu kita hanya dengar perkahwinan campur antara Melayu dengan Cina dan India begitu juga sebaliknya, tetapi kini perkahwinan campur semakin berwarna-warni.

    Bukan sedikit wanita-wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan yang terkini dari rantau Arab serta Afrika.

    Ibarat pepatah Melayu, ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu jua. Jika sudah dikatakan jodoh, walau di benua mana pun tetap akan bertemu.

    Sejujurnya, tabik kepada wanita-wanita ini yang cukup berani untuk mendepani cabaran perkahwinan campur dengan perbezaan negara, budaya, agama, gaya hidup dan latar belakang.

    Tanpa keyakinan yang kuat, cabaran-cabaran ini mampu menjadi penghalang kepada perjalanan rumah tangga bagi pasangan rentas sempadan ini.

    Sebagai contoh, Sharifah Zainab Syed Ahmad yang juga tidak pernah menyangka bahawa jodohnya adalah seorang lelaki berasal dari Lebanon.

    Walaupun punya susur galur keluarga bergelar Sharifah dan Syed, namun beliau tidak sesekali cuba mencari suami yang berketurunan Arab.

    Baginya apa yang berlaku adalah secara kebetulan.

    Sharifah Zainab yang ditemui baru-baru ini berkata, perkenalannya dengan suami, Toufic Mohammad El-Uzeir hanyalah sebagai kenalan biasa di tempat kerja.

    Selama dua tahun kedua-duanya tidak pernah menyimpan perasaan.

    Bagaimanapun tanpa dirancang, mereka mula rapat dan dalam tempoh dua bulan itu, Toufic menyatakan perasaannya pada Sharifah Zainab dan ingin melamarnya.

    Hasrat yang dinyatakan kepada kedua-dua buah keluarga diterima dengan baik tanpa bantahan.

    "Ibu saya menerima Toufic begitu juga dengan keluarga Toufic. Pada mereka, asalkan Toufic berkahwin dengan wanita Islam sudah bagus kerana jika wanita yang menjadi pilihan Toufic bukan Islam, sukar hendak dididik," kata Sharifah Zainab yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

    Menurut Sharifah Zainab, walaupun dalam keluarganya cuma beliau yang berkahwin dengan lelaki warga asing namun tidak banyak masalah yang timbul.

    Ini kerana, Toufic menerima Sharifah Zainab seadanya dan pandai menyesuaikan diri dengan keluarganya, masyarakat sekeliling sehinggalah kepada soal makanan dan adat orang Melayu.

    Beliau yang kini merupakan pemilik Restoran AlRawsha bersama Toufic melayari bahtera rumah tangga dengan aman damai.

    Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tiga orang cahayamata comel, iaitu Fatma Zahra, 11 , Muhammad, 10, dan Ali, 7.

    "Selepas berkahwin, hubungan saya dengan keluarga Toufic bertambah mesra. Ibu dan kakak Toufic selalu datang ke Malaysia. Abang Toufic, Fayaed El-Uzeir juga kini tinggal di Malaysia dan sama-sama mengusahakan restoran.

    "Kami sering berhubung melalui telefon. Jika mereka datang ke Malaysia mereka pasti akan membelikan hadiah atau jika ada keluarga di sana yang datang ke sini pasti ada sahaja barang yang mereka kirimkan.

    "Setahun atau dua tahun sekali kami sekeluarga akan pulang ke Lebanon bertemu dengan keluarga di sana.

    "Sebagai suami isteri, bertegang leher kerana hendak menegakkan pendapat masing-masing adalah biasa tetapi kami tidak pernah bergaduh besar.

    "Saya memang bahagia dengan perkahwinan saya walaupun Toufic bukan orang Melayu. Saya tidak pernah berasa dia orang luar,'' ujar Sharifah Zainab ramah.

    Walaupun ada ketikanya beliau mendengar kata-kata negatif mengenai suami warga asing namun kata beliau, Toufic adalah suami yang baik, bertanggungjawab, tidak pernah meninggi suara apatah lagi berkasar dengannya.

    Ujarnya lagi, Toufic merupakan seorang yang ramah dan rajin bertegur sapa dengan jiran-jiran dan jiran-jiran amat mengenali Toufic kerana dia juga sering ke surau.

    Sementara itu kata Toufic pula, walaupun terdapat lelaki Arab yang bersikap kasar dan tidak menghormati wanita namun itu adalah sikap yang tidak baik.

    Katanya, suami yang memukul isteri adalah suami yang zalim. Jika ada sebarang masalah, eloklah berbincang dan memberi atau meminta nasihat bukannya memukul isteri kerana itu bukan ajaran Islam.

    "Saya menganggap perkahwinan saya dengan Sharifah Zainab adalah jodoh yang telah ditentukan dan satu amanah. Jadi saya harus menjaga jodoh ini dengan baik kerana jika kita reda dengan jodoh kita, sudah tentu Allah akan memberkati perkahwinan kita," ujarnya.

    Sementara itu, Liza Ismail, yang berasal dari Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kelantan, juga percaya kepada jodohnya dengan lelaki warga asing.

    Ini kerana suami yang dikahwininya sekarang merupakan lelaki warga asing ke empat yang telah dipilih untuknya.

    Namun lelaki yang ke empat itulah yang menjadi suaminya dan bahagia hingga ke hari ini.

    "Ketiga-tiga lelaki yang dipilih untuk saya sebelum ini adalah warga Mesir. Namun mungkin kerana tidak ada jodoh, hubungan kami tidak panjang.

    "Saya kemudian diperkenalkan dengan suami saya, Mohammed Abdo Mohammed yang berasal dari Yemen.

    "Bapa saudara saya yang juga beristerikan wanita Mesir, membawa Mohammed yang ditemani oleh seorang kawannya berjumpa ibu bapa saya.

    "Mohammed kata dia hendak berkahwin dengan wanita Melayu. Mungkin kerana dia hendak tinggal di Malaysia.

    "Saya kenal dia tak lama kerana sebulan selepas itu kami dinikahkan. Bagi saya kalau boleh tak mahu berkahwin dengan lelaki asing tetapi kerana bapa saudara yang mencarikan, saya tidak boleh menolak.

    "Mula-mula dulu saya takut juga jika selepas berkahwin suami membawa saya balik ke negara asal dan mendapat layanan buruk. Saya tanya kepadanya tetapi katanya dia memang hendak tinggal di Malaysia.

    "Kata suami, Malaysia aman dan senang mencari rezeki berbanding di Yemen yang selalu bergolak, berperang dan harga barang-barang mahal," kata Liza, 36, anak keenam daripada sembilan beradik.

    Tambahnya, semasa berkahwin, keluarga Mohammed tidak datang, namun suaminya telah menghantar surat kepada mereka dan memberitahu akan berkahwin dengan wanita Melayu.

    Jelasnya, keluarga tidak membantah kerana Mohammed tahu apa yang dilakukan kerana dia pun telah matang.

    Menurut Liza lagi, sebelum berkahwin, beberapa kali dia dirisik oleh lelaki Melayu namun tidak menjadi dan senyap begitu sahaja.

    Kata Liza lagi, walaupun Mohammed berbeza umur 15 tahun namun dia menerima suaminya itu seadanya.

    Perbezaan umur bukan menjadi masalah dalam hubungan perkahwinan antara Liza dan Mohammed yang telah sembilan tahun tinggal di Malaysia kerana mereka bijak menyesuaikan diri.

    "Ketika baru-baru berkahwin suami tidak faham sangat bahasa Melayu. Kami banyak guna bahasa isyarat. Namun dia cuba belajar begitu juga dengan saya yang boleh faham sikit-sikit bahasa Arab.

    "Di rumah kami bercakap campur Melayu dan Arab supaya anak-anak faham kedua-dua bahasa. Kami tidak mahu anak-anak kami hanya faham satu bahasa.

    "Sekarang Mohammed sudah fasih berbahasa Melayu dan saya sudah boleh bercakap Arab sikit-sikit. Dia pun suka sangat dengan masakan tomyam,'' kata Liza yang merupakan ibu kepada Abdullah, 7, Ally Iskandar, 5, dan Ameerah Sajeeda, 3.

    Mengenai perawakan anak-anaknya yang mirip kepada anak Arab, kata Liza, satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah apabila orang bertanya kepadanya sudah berapa lama dia menjaga anak orang atau menjadi pengasuh.

    Namun dijawab oleh Liza dengan baik bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu adalah anak-anak kandungnya yang mirip dengan rupa bapanya yang berketurunan Arab.

    Melvin guna teknik 3D

    Posted: 27 Dec 2011 09:26 PM PST


    Melvin Shah menunjukkan Lakaran fesyen untuk pertandingan ratu cantik Miss Tourism International 2011 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.


    PERJALANAN minat Melvin Shah dalam dunia fesyen mungkin agak berbeza. Ini kerana kerjaya anak muda ini bermula sebagai jurusolek artis dengan sebuah jenama kosmetik terkenal dunia.

    Bagaimanapun, minat yang mendalam dalam fesyen membawanya ke dalam dunia yang indah dan penuh berwarna-warni ini.

    Amat membanggakan apabila Melvin kini telah memiliki butik pakaian sendiri yang terletak di sebuah pusat membeli belah yang terkenal di ibu kota.

    Menamakan butiknya sebagai I Nee by Melson, Melvin menyediakan pakaian yang sedia dipakai seperti baju kurung eksklusif khusus untuk mereka yang inginkan persalinan yang berbeza untuk majlis istimewa.

    Melvin yang merupakan ahli Persatuan Pereka Bumiputera (BDA) mula menghasilkan rekaan fesyen pada tahun 2005 semasa membuat lawatan pembeli ke luar negara.

    Daripada situ dia memperoleh pengalaman yang luas dalam bidang fesyen dan kemudian mengambil keputusan untuk meneruskan minatnya dalam bidang tersebut dengan menjual pakaian sedia dipakai.

    Bermula dengan pakaian yang sedia dipakai, kini Melvin sudah bijak menghasilkan rekaan yang lebih eksklusif dan kontemporari.

    Kebanyakan rekaan baju kurung yang dihasilkan adalah berpotongan kurung Pahang dan Riau yang mendapat permintaan baik daripada pelanggan.

    Setiap helai baju disudahi dengan perincian manik dan batu-batu permata yang bermutu tinggi.

    "Setiap corak manik dan sulaman adalah atas kreativiti saya dan mengikuti perkembangan semasa kerana tidak mahu sama dengan baju butik-butik lain.

    "Jika dahulu saya banyak menggunakan teknik sulaman dan manik Jepun tetapi sekarang saya menggunakan teknik 3D dan manik crump kerana teknik ini menjadikan manik nampak timbul,'' katanya.

    Pada pertunjukan fesyen BDA/MIfa 2011 baru-baru ini, Melvin menghasilkan rekaan moden daripada fabrik corak ular sawa yang berbeza daripada rekaan pereka-pereka lain.

    Menurut Melvin, jika dahulu dia bersikap tidak mahu menonjol kerana mahu menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman dalam fesyen, namun kini dia mahu lebih dikenali.

    Malah baru-baru ini dia diberi peluang mereka persalinan bagi salah seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Tourism International 2011.

    Menurut Melvin, pada pertandingan yang disertai ratu cantik dari 58 negara itu, dia menyediakan rekaan fesyen untuk peserta Korea.

    "Untuk rekaan pertandingan ini, saya menghasilkan rekaan gaun yang menggunakan batik tjanting tangan bermotif wayang kulit.

    "Sebelum menghasilkan rekaan, saya telah membuat kajian mengenai beberapa jenis wayang kulit yang terdapat di Terengganu, Kelantan, Indonesia, Thailand dan Burma. Setiap negeri dan negara ini mempunyai motif wayang kulit yang berbeza daripada segi perwatakan.

    "Bagi saya, seorang pereka itu harus kreatif dan menggunakan elemen semasa bagi menonjolkan kreativiti kepada rekaan,'' ujar Melvin yang ditemui baru-baru ini.

    Tambahnya, terdapat pelanggan yang mahukan sentuhan istimewa pada baju namun tidak mampu membeli yang berjenama mahal.

    Justeru memintanya untuk menghasilkan rekaan yang sedemikian dan Melvin berpuas hati kerana dapat memuaskan hati pelanggannya.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

    Copyright 2010 All Rights Reserved