ads

Ahad, 25 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Aroma seksi Marsha + Julie

Posted: 24 Dec 2011 05:10 PM PST

  • Foto

  • Foto

Marsha enggan kenang lagi siri kontroversi yang menimpa dirinya sepanjang 2011

SAMBUTAN Hari Natal yang jatuh pada hari ini tetap disambut dengan cara tersendiri oleh dua selebriti tempatan, Marsha, 26, dan Julie Woon, 27. Malah, tiada apa bezanya dengan penganut Kristian yang lain kerana saban tahun setiap kali perayaan Krismas ini menjelma, meluangkan masa bersama keluarga antara satu kemestian.Menyatukan kedua-duanya untuk sesi muka depan B*POP kali ini juga atas alasan mereka mempunyai persamaan yang nyata kerana kecenderungan memilih lelaki Melayu sebagai arjuna hati. Selain kedua-duanya juga mempunyai 'aroma' seksi dalam bergaya dan personaliti.
Demi meraikan keghairahan kedua-duanya, tema color blocking dipersembahkan dengan ilham idea pereka fesyen, Hazree Wahid. Warna rona merah menjerit memang cukup sinonim dengan sambutan Krismas, malah turut menjadi pilihan Santa Claus yang sinonim dengan perayaan ini.

Gandingan ini menjadi pertemuan kali kedua untuk bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan personaliti 8TV menerusi program Quickie itu. Kali pertama mereka bersua ketika Marsha menjadi artis undangan program 8TV Whack It yang dihoskan Julie dan Prem Shankar.

Mengimbas kembali sisi peribadi, Marsha pernah diingati dengan cinta bersama rakan seperjuangannya di AF3, Kefli dan jejaka dengan huruf pangkal Z di mana kedua-duanya sudah pun berakhir. Kini, Marsha sedang bahagia dengan kerabat Pahang, Tengku Burn sejak cinta mereka mula bersemi beberapa bulan lalu.

Julie pernah diingati dengan hikayat cintanya bersama Qushairi atau Qi. Namun, cinta itu yang berputik sejak sama-sama berlakon dalam drama Blogger Boy sudah lama berakhir. Kini, Qi diketahui umum sedang meniti bahagia bersama penyanyi popular, Yuna.
Bagi Marsha yang sedang sibuk melunaskan baki penggambaran drama Bicara Hati arahan Osman Ali bagi siaran Astro Prima (Selasa, jam 9 malam bermula 3 Januari depan), saat ditanya mengenai kamar hatinya, dia memilih untuk tidak terus menyembunyikan status hubungannya dengan Tengku Burn.

"Lebih baik saya berterus-terang dan mengaku. Kalau tak cakap perkara betul selagi itu pasti ada yang akan cuba mencari kesahihan. Tak kisahlah kalau ada yang tak suka jika saya memilih untuk tidak berselindung. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira bersamanya selepas tiga bulan kenal rapat," katanya yang merancang lebih-lebih mengenai fasa hubungannya dengan Tengku Burn kerana bimbang apa dirancang tak menjadi.

Dalam sisi lain, 2011 turut dicemari kontroversi buat wanita kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini. Gimik kononnya berkahwin secara rahsia di di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan dituduh cuba melakukan cubaan membunuh diri dengan mengambil pil secara berlebihan antara contoh.

"Ada yang positif dapat saya raikan tahun ini terutama memiliki album dan tidak kurang juga kontroversi yang cukup menyesakkan jiwa. Tahun 2011 tahun cukup mencabar diri. Kontroversi yang terjadi bukan dibuat-buat atau disengajakan terutama berkaitan gimik kahwin itu.

"Tiada niat pun untuk saya mencipta publisiti murahan sebegitu. Cuma apabila disalah tafsir dan jatuh hukum, ia jadi lain. Tapi saya tidak mahu lagi mengenang kisah lalu. Saya nak buka buku baru sempena kedatangan 2012 beberapa hari lagi.

"Musim 2012 juga menjadi tahun untuk saya terus memberi tumpuan terhadap kerjaya. Banyak lagi saya ingin capai sejak tahun lalu, namun belum menjadi kenyataan. Perniagaan jeans saya pun belum terbukti dan lagu dihasilkan pun tidak memberi impak. Harap-harap saya tidak terus dibayangi dan dihantui kontroversi lalu," katanya yang bergandingan dengan Sharnaaz Basir Ahmad dam Cris Cempaka dalam drama Bicara Hati.

Ditanya mengenai sambutan Krismas tahun ini, Marsha yang berada di bawah pengurusan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment Sdn Bhd diberi pelepasan bercuti daripada berlakon sejak 23 hingga 27 Disember ini. Bagaimanapun tahun ini, Marsha hanya menyambutnya di Kuala Lumpur saja.

"Selalunya saya sambut Krismas di Sabah dan kadang-kadang keluarga saya pun turun Kuala Lumpur. Cuma tahun ini kami tak beraya sakan sangat sebab masih dalam proses berkabung sejak kematian datuk, Basanda Ponguk, dua bulan lalu. Kehilangannya masih dirasai apatah lagi saya cukup rapat dengannya.

"Saya hanya beraya dengan abang dan mungkin lepak dengan kawan-kawan. Rutin biasa bertukar-tukar hadiah tak dilupakan. Mujur saya sempat belikan hadiah sejak dua minggu lalu kerana ada undangan persembahan di Sabah. Jadi alang-alang sudah tahu tak balik beraya, saya sudah belikan hadiah untuk keluarga.

"Sekarang kalau beli hadiah untuk perayaan ini, saya sudah mula merancang bajet. Tidak seperti awal kemunculan AF3, saya memang boros dan beli hadiah sesuka hati. Kenangan bersama mendiang datuk juga masih terasa hingga kini," katanya yang turut diundang berlakon dalam telefilem Penjara arahan Michael Ang bersama pelakon seperti Erra Fazira, Elliza Razak, Zarina Zainoordin, Sharifah Shakinah dan Azza.

Julie tak kisah dapat jodoh lelaki Melayu

BAGI Julie Woon, seperti biasa dia akan menyambut Krismas di Kuala Lumpur. Kali ini, dia meraikannya bersama ibu tersayang kerana bapanya berada di Sabah, abangnya di Manchester, England. Tiada persiapan khusus dilakukan kerana apa yang penting baginya ialah mensyukuri nikmat kehidupan yang dilalui ini.

Kata Julie, makan besar antara yang dinanti-nantikan setiap kali tiba Krismas. Rutin bertukar hadiah sesama sendiri tak sesekali dilupakan. Krismas ini juga masa terbaik untuknya memberi hadiah kepada mereka yang kurang bernasib baik.

"Makan besar selalunya bukan hanya pada malam Krismas bersama keluarga dan sanak saudara. Empat hari sebelumnya pun sudah ada sesi makan besar dengan kawan-kawan. Saya juga bercadang untuk menurut jejak kawan untuk membuat amal menjelang Krismas.

"Kawan saya setiap tahun akan membeli apa saja makanan atau barangan untuk dikongsi dengan mereka yang memerlukan atau tidak mempunyai tempat tinggal. Tahun lalu, kawan saya membeli 200 burger untuk diagihkan kepada masyarakat miskin di sekitar tempat tinggalnya. Jadi, saya pun nak buat benda yang sama tahun ini.

"Selain itu, kenangan bertukar hadiah yang dipanggil Secret Santa juga masih diingati. Dulu saya sesama kawan akan melakukan cabutan bertuah dengan bertukar hadiah secara rahsia dengan bajet paling maksimum sebanyak RM50. Bererti, kami menerima hadiah tanpa mengetahui siapa pemberinya," kata pengacara Take Me Out versi Malaysia itu.

Musim 2012 juga menjadi tahun ketiga Julie bersama 8TV Quickie. Julie juga menjadi antara pengacara perintis program berkenaan bersama Prem dan Zher. Kini bilangan hos program terbabit turut bertambah, selain hubungannya dengan kru dan hos 8TV Quickie semakin erat.

Julie mula membabitkan diri dalam bidang pengacaraan sejak enam tahun lalu dan mengakui peluang dibuka 8TV kepadanya menjadi landasan terbaik memasarkan diri dalam liga seni. Selain mengacara, berlakon iklan dan drama, Julie juga aktif menjadi pengacara majlis.

"Kerjaya ini juga membuka ruang mengembara ke negara orang. Tahun ini saja saya dapat ke Sepanyol dan Itali kerana terbabit dalam kerja mengacara. Tahun depan, saya mahu mengembara lagi untuk menimba pengalaman," katanya yang meletakkan soal cinta di tangga kedua selepas kerjaya.

Sambil berseloroh, Julie memberitahu, dia merancang bertunang pada 2013 dan berkahwin sekitar 2014.

Difahamkan selepas putus cinta dengan Qi, dia sempat bertemu pengganti dengan lelaki Cina yang juga kawan kepada pengurusnya. Mereka saling mengenali ketika Julie terbabit dalam penggambaran telefilem Qalbu di Ipoh, Perak. Lelaki itu bukan orang seni dan tinggal di Australia dan sesekali pulang ke Malaysia.

"Tapi hubungan itu sudah putus sejak dua bulan lalu. Kini saya ada berdating dan terbuka dalam soal berkawan. Saya pun tak kisah berkawan dengan lelaki Melayu atau Cina. Kalau ada jodoh dengan lelaki Melayu atau disyorkan sesiapa, saya OK saja," katanya yang cuba berselindung mengenai status sebenar dirinya kini sama ada sudah bertemu pengganti atau tidak.

PROFIL Marsha
Nama: MARSHA MILAN LONDOH
Tarikh lahir: 6 DISEMBER 1985
Tempat lahir: MICHIGAN, AMERIKA SYARIKAT
Filem: CUN, 4 MADU, MAGIKA, SENARIO EPISODE 2: BEACH BOYS, SAUS KACANG, MISI 1511
Drama: MIMI MENCARI CINTA, KUM KUM, AWAN DANIA 3, SERIBU KALI CINTA, DOTTIE, K.I.T.A, HOTEL MANIA, MEGA SEKEPING HATI, KORBAN 44, KERANA KARINA

PROFIL Julie Woon
NAMA KOMERSIAL: Julie Woon
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 21 Julai 1984
PENDIDIKAN: Diploma Pemasaran & Perakaunan Kolej Metropolitan
KARIER: Pengacara, pelakon dan model
IKLAN: HSBC, Sony Handycam, Maxis, Volkswagen, 1Utama, Canon, Myeg

ANTARA DRAMA & TELEMOVIE: Tin Kei Bin, Like Sunshine After Rain (drama Mandarin), Perfect Match (drama Taiwan), Blogger Boy musim pertama dan kedua, Rembak, Qalbu

PENGACARA PROGRAM: Absolute Football menerusi saluran Astro SuperSport (2006), Championship Gaming Series (Astro Star World/ 2007), Motorsports@Petronas (ESPNStarSports/ 2008), Motorsports@ Petronas (ntv7/ 2009), 8TV Quickie, Looking Good With Watson.

Lisa dan Yusry nikah 23 Februari 2012

Posted: 24 Dec 2011 04:50 PM PST

Lisa & Yusry semasa sidang media pengumuman tarikh pernikahan dan persandingan mereka

Akhirnya...selepas pelbagai khabar angin tersebar tentang tarikh perkahwinan pasangan popular, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani, kedua mereka membuat pengumuman tentang pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 23 Februari 2011.

Yusry dan Lisa yang ditemui di majlis ringkas yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya, telah melangsungkan upacara 'hantar tanda' semalam iaitu pada 23 Disember.

'cincin tanda' pemberian Yusry kepada Lisa

Kedua-dua mereka bagaimanapun masih belum bersedia untuk memperkatakan tentang majlis resepsi yang bakal diadakan selepas majlis akad nikah berlangsung nanti.


''Kami hanya akan membuat dua majlis sahaja iaitu majliis pernikahan di Masjiid tuanku mizan, Putrajaya dan kemudiaannya majlis resepsi di PICC, tiga hari selepas majlis pernikahan.

''Memandangkan kedua kami sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing maka persiapan perkahwinan akan dibuat seiring dengan tugasan íharian tanpa bercuti.

''Saya lebih suka jika majlis itu nanti berlangsung dalam keadaan sederhana, dan saya lebih mementingkan majlis akad nikah berbanding resepsi nanti,'' jelas Lisa Surihani yang masih mencari waktu untuk mengambil kursus perkahwnan.

Lisa & Yusry Nikah 23 Februari

Posted: 24 Dec 2011 02:57 AM PST

Lisa Surihani dan Yusry bergambar bersama selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada media di Hotel Marriot Putrajaya pada Sabtu.

PUTRAJAYA: Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terjawab apabila mereka mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012.

Yusry berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tarikh perkahwinan mereka kerana perlu berbincang dengan kedua-dua belah keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pegumuman.

"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami.

"Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.

Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

"Bagaimanapun tidak akan ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan kerana kami memilih untuk bernikah terus pada tarikh yang diumumkan itu," katanya.

Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.

"Saya tidak begitu memikirkan untuk membuat majlis gilang gemilang tetapi biarlah ia sederhana kerana apa yang penting nanti adalah majlis akad nikah.

Yusry menambah, setakat ini mereka berdua masih belum memikirkan sebarang konsep untuk majlis itu nanti tetapi akan berbincang dengan Lisa dan keluarga dalam masa terdekat.

"Saya baru hantar tanda semalam dan hari ini umum tarikh pernikahan jadi kami masih belum membincangkan mengenai perancangan majlis itu nanti cuma lokasi sahaja telah ditempah," ujarnya.

Berhubung isu perkahwinan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro, Yusry berkata, tiada sebarang perbincangan dibuat antara pihak pengurusan mereka dengan stesen berbayar tersebut.

Bagaimanapun katanya, keputusan sama ada perkahwinan mereka akan disiarkan secara langsung atau tidak adalah terletak ditangannya dan Lisa tetapi tidak dapat memberi jawapan sekarang kerana masih belum ada perbincangan.

"Seperti saya katakan tadi, kami mahukan perkahwinan ini menjadi satu majlis yang sederhana dan bukannya ingin menunjuk-nunjuk.

"Bagaimanapun sebarang hak penyiaran atau tajaan akan kami fikirkan sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang keputusan," ujarnya.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, ibu bapa Yusry, Abdul Halim dan Zarina Fenner selain abang sulungnya, Norman Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Ibu Lisa ketika ditanya mengenai perkahwinan anaknya berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan mengenai siapa pilihan anak gadisnya itu dan membiarkannya memilih lelaki yang dirasakan sesuai untuk dijadikan suami.

"Sudah tentu saya gembira dengan perkahwinan anak saya selain menganggap Yusry adalah seorang lelaki yang baik dan saya merestui perkahwinan ini," ujarnya.

Manakala ibu yusry, Zarina berkata, Lisa adalah seorang yang mudah didekati dan gembira dengan kehadirannya dalam hidup Yusry dan mengambil berat tentangnya.

"Lisa sangat disukai oleh semua ahli keluarga saya kerana sifat ramahnya dan saya gembira dia sangat mengambil berat tentang Yusry," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved