ads

Khamis, 22 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


60 Artis Jana Pendapatan Menerusi 'Mface'

Posted: 22 Dec 2011 07:01 PM PST

AC Mizal

KUALA LUMPUR: Pengerusi jaringan sosial pertama Malaysia, mface iaitu Datuk AC Mizal yakin bahawa penyertaan 60 artis tanah air menerusi laman itu akan turut menjana pendapatan kepada mereka.

AC Mizal berkata pengaruh dan aura yang dimiliki golongan artis mampu menarik perhatian masyarakat untuk sama-sama menyertai laman berkenaan yang menyasarkan jumlah pengguna seramai 1 juta orang dalam tempoh enam bulan.

Katanya, jika sebelum ini golongan artis kerap mengemas kini status dan perkembangan mereka di laman sosial seperti Facebook dan Twitter secara percuma tanpa mendapat sebarang pulangan, penyertaan dalam mface ini sebaliknya akan memberikan pendapatan apabila syer mereka dilaburkan ke dalam pasaran saham kelak.

"Laman mface ini tidak memerlukan sebarang modal atau bayaran. Fungsinya adalah sama seperti Facebook di mana pengguna boleh mengemas kini dan berkongsi perkembangan dan maklumat mereka dengan orang ramai.

"Saya memilih 60 artis untuk menyertai mface kerana mereka adalah golongan berpengaruh yang mempunyai pengikut dan peminat. Setiap artis ini akan diberikan 100,000 unit syer dalam akaun masing-masing.

"Kami menyasarkan untuk mencapai 1 juta pengguna bagi melayakkan laman ini disenaraikan dalam bursa saham. Apabila ia disenaraikan dalam bursa saham kelak, insya-Allah semua artis akan menerima pendapatan daripada syer mereka," katanya.

AC Mizal berkata sebagai bentuk promosi dalam tempoh enam bulan, setiap pemilik akaun mface yang mengumpul mata tertinggi menerusi kemas kini status mereka pada setiap minggu berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2.

"Pada setiap minggu, pemilik akaun mface tidak kira golongan artis atau orang awam akan berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2 menerusi mata terkumpul tertinggi yang diperoleh daripada kemas kini status mereka.

"Untuk berlaku adil, pemenang mingguan tidak akan berulang walaupun kita sedar artis-artis tertentu mungkin akan memiliki mata yang tinggi secara berterusan pada setiap minggu ekoran populariti dan pengikut mereka yang ramai," katanya.

Menjawab tentang pemilihan jenama mface yang kedengaran seakan Facebook, AC Mizal berkata jenama itu dipilih bukan bertujuan untuk meniru populariti Facebook.

Sebaliknya, ia dipilih kerana ingin menumpang sebahagian kecil populariti laman Facebook yang sememangnya sudah terkenal di seluruh dunia.

"Nama mface bukan tiru Facebook, cuma saya akui kami memilih nama yang seakan sama ini untuk menumpang sedikit bahagian atau syer populariti Facebook yang sedia terkenal itu bagi melonjakkan laman mface.

"Saya yakin mface akan diterima ramai dan mampu untuk mencapai sasaran 1 juta pengguna dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang," katanya yang merancang untuk meluaskan jaringan mface ke negara-negara serantau dalam masa terdekat.

Untuk menyertai laman ini, pengguna boleh layari www.mface.me.

mface dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.

Antara barisan artis yang hadir pada malam pelancaran itu adalah Afdlin Shauki, Zizan Razak, Aril AF7, Linda dan Diana Rafar, Sathiya dan ramai lagi.

Yusry & Lisa Umum Tarikh Nikah Sabtu Ini

Posted: 22 Dec 2011 07:00 PM PST

PETALING JAYA: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.

Jamal Abdillah Tenang Selepas Keluar Rumah Pengasih

Posted: 22 Dec 2011 07:00 PM PST

Jamal Abdillah

PETALING JAYA: Penyanyi popular Jamal Ubaidillah Ali atau lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah mengaku lebih tenang menjalani kehidupan seorang diri selepas meninggalkan rumah perlindungan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), awal November lalu.

Katanya, dia kini menjalani kehidupannya seperti biasa dan sibuk dengan beberapa perniagaan yang dijalankan.

"Saya berasa lebih tenang menjalani kehidupan seharian saya berbanding ketika berada "di dalam" (rumah Pengasih). Lagi pula saya tidak mahu menumpang terlalu lama di rumah orang,

"Insya-Allah selepas rumah saya siap awal tahun depan saya akan memulakan hidup baru di sana," katanya ketika ditemui di majlis minum petang bersama Jamal Abdillah, di sini, Khamis.

Jamal diminta mengulas tentang tindakannya keluar dari rumah Pengasih yang telah diduduki lebih lima tahun.

Bagaimanapun, dia enggan menjawab tentang tuduhan pengerusi Pengasih yang kecewa terhadap sikapnya sepanjang berada di rumah perlindungan tersebut.

"Saya mempunyai bukti yang kukuh terhadap sumbangan saya kepada Pengasih jika dia mendakwa saya tidak mempunyai apa-apa sumbangan.

"Namun ini bukan masa yang sesuai, mungkin nanti saya akan adakan satu sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar," katanya.

Tambahnya, tuduhan yang dilemparkan pihak pengasih sedikit sebanyak memberi tekanan dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.

"Perkara ini memberi tekanan pada saya dan mengganggu kehidupan saya terutamanya berhadapan dengan tanggapan masyarakat luar dan peminat," ujarnya.

AmBank Anjur Konsert Ambang 2012

Posted: 22 Dec 2011 06:59 PM PST

Tan Sri Azman Hashim (dua dari kanan) bersalaman dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail pada majlis sidang media Konsert Ambang 2011 di sini. Turut kelihatan dalam gambar penyanyi, Mizz Nina dan Jamal Abdillah.

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan tahun baru 2012, Kumpulan AmBank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan Konsert Ambang 2012 pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka di sini.

Menurut Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, konsert yang akan diadakan buat kali ketujuh itu adalah untuk menyokong semangat perpaduan dan muhibah di antara warga bandar raya Kuala Lumpur dan seluruh rakyat negara ini.

"Kami mengadakan konsert ini sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang telah kami terima daripada semua pelanggan kami," ujarnya ketika ditemui pada sidang media konsert itu di sini, Rabu.

Azman berkata, konsert tersebut bakal menjanjikan persembahan menarik daripada artis terkenal tanah air seperti Mizz Nina, Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Awie, Faizal Tahir, kumpulan Hujan dan banyak lagi.

Ujarnya, secara keseluruhan konsep Ambang 2011 adalah berteraskan kepada kepelbagaian etnik di negara ini dengan semangat 1Malaysia.

"Atas dasar itu juga, pada konsert itu nanti penonton yang hadir akan dihiburkan dengan pelbagai jenis lagu dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil daripada artis yang membuat persembahan.

Dalam pada itu, Azman berkata, konsert berkenaan juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2 dari pukul 9.15 malam sehingga pukul 1.00 pagi.

Katanya, sebagai tambahan, dua iklan terbitan istimewa "Selamat Tahun Baru dari Kumpulan AmBank" bakal disiarkan menerusi TV1 dan TV2 dari 22 Disember 2011 sehingga 4 Januari 2012.

"Konsert ini bakal menarik lebih 70,000 penonton daripada semua lapisan masyarakat ke Dataran Merdeka dan akan menjadi salah satu acara terunggul untuk menyambut tahun baru," katanya.

Sambut Krismas Bersama Michael Buble

Posted: 22 Dec 2011 06:58 PM PST

PETALING JAYA: Penghibur terkenal Michael Buble bakal memeriahkan sambutan Hari Krismas menerusi sebuah rancangan konsert hebat, An Audience With Micheal Buble yang disiarkan pada 25 Disember ini, pukul 2 petang menerusi saluran TV1.

Kemunculan penyanyi dari Kanada yang telah memenangi beberapa anugerah, termasuk tiga Anugerah Grammy ini pasti mengubat rindu peminat yang mahu melihat aksinya di pentas menyampaikan lagu-lagu popularnya yang menghiburkan.

Antara lagu yang dibawakan ialah Cry Me A River, Home, Me and Mrs.Jones dan Haven't Met You Yet.

Pada masa yang sama, Buble mengambil kesempatan beramah mesra dengan peminat-peminatnya yang di undang ke studio. Ia merupakan ruang terbaik untuk melayani peminat yang sebelum ini banyak menyokong kariernya dalam bidang seni.

Menerusi An Audience With Micheal Buble juga, terdapat segmen Buble mendekati penonton yang juga terdiri daripada rakan-rakan artisnya dalam bidang seni seperti Fern Britton, Gino D'Acampo, Larry Lamb, Joe McElderry Faktor X, Meaden Dragons Den Deborah, Lemar Obika, Paul O'Grady, Dermot O'Leary, Fay Ripley, Rachel Stevens, Joe condong, Lacey Turner, Michael Underwood, Nina Wadia dan Holly Willoughby yang di undang menyaksikan persembahan hebatnya itu. Dalam pada itu penonton diberi peluang untuk menyertai kuiz tentang kerjaya dan bakat seni luar biasanya menerusi program ini.

Bagi peminat-peminat Buble, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan khas ini.

Hubungan Marc Anthony, J-Lo Panas Kerana Cemburu

Posted: 22 Dec 2011 06:58 PM PST

Jenifer Lopez dan Marc Anthony.

PERPISAHAN pasangan Marc Anthony dan Jenifer Lopez (J-Lo) yang pada awalnya tidak mempunyai sebarang kontroversi kini kelihatan semakin panas apabila Marc dikatakan cemburu dengan kekasih baru bekas isterinya, Casper Smart.

Menurut laporan daripada Splashnews, Marc dikatakan berang apabila melihat gambar-gambar mesra J-Lo bersama teman lelakinya dan anak-anak kembar mereka, Max dan Emme yang kelihatan gembira semasa mereka bersiar-siar.

Sumber terdekat penyanyi Latin itu juga berkata Marc ada menyebut akan membuat hidup J-lo derita dan merancang untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka ke pangkuannya.

"Marc tidak senang dan cemburu melihat kebahagiaan bekas isterinya itu bersama lelaki lain," ungkap satu sumber pada Us Weekly.

Bagaimanapun, J-Lo yang mengetahui rancangan Marc tidak akan berdiam diri. Penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing ini menyatakan akan membuat serangan balas jika bekas suaminya itu bertindak di luar kawalan.

Justin Timberlake, Jessica Biel Sudah Bertunang?

Posted: 22 Dec 2011 06:57 PM PST

Jessica Biel dan Justin Timberlake.

WALAUPUN khabar angin bertiup kencang tentang keretakan hubungan pasangan penyanyi Justin Timberlake dan kekasihnya Jessica Biel menjadi tajuk utama, pasangan ini dikhabarkan telah bertunang pada Isnin lalu.

Masih belum mengesahkan mengenai berita berkenaan, Splashnews melaporkan aktor berusia 30 tahun ini telah melamar kekasihnya semasa berhibur di Wyoming.

Turut dilaporkan pasangan itu menginap di sebuah hotel mewah yang berdekatan dengan wyoming.

Sumber yang turut berada di tempat kejadian berkata pasangan tersebut begitu mesra dan Justin kelihatan telah melamar kekasihnya yang berusia 29 tahun itu.

Berita pertunangan mereka tersebar selepas seorang peminat yang turut berada di tempat sama telah meninggalkan status di laman Twitter berbunyi "Justin Timberlake telah melamar Jessica Biel semalam".

Ramli MS Berpindah Selepas 10 Tahun Tinggal Di Hotel

Posted: 22 Dec 2011 06:55 PM PST

PETALING JAYA: Akhirnya, konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya awal tahun depan selepas 10 tahun menetap di sebuah hotel.

Ramli berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.

"Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.

"Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini.

Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninnya itu.

Dalam pada itu, Ramli menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahan tersebut dibuat kerana bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat ini.

"Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin dalam buat masa ini.

"Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," selorohnya.

Bercerita mengenai cara hidupnya sepanjang 10 tahun menetap di hotel, tiada memori yang indah untuk diingati dek kerana terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel berkenaan melayannya dengan baik.

"Memandangkan sudah lama saya tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya.

"Bayangkan, mereka turut membenarkan saya memasak di dapur hotel. Alhamdulillah, saya dilayan dengan baik. Mungkin selepas berpindah nanti saya akan rasa perbezaannya.

"Lebih-lebih lagi dari segi penjagaan dan sekuriti rumah. Harap-harap saya dapat menguruskannya dengan baik," kata Ramli.

Tinggalkan kerjaya di awan biru

Posted: 22 Dec 2011 06:04 PM PST

KRIS...berlakon sungguh-sungguh.
KRIS...berlakon sungguh-sungguh.

BELUM sampai setahun terjun ke dunia seni, pelakon jelita, Cristina Suzanne Stockstill atau Kris Suzanne, 26, berjaya mendapat kepercayaan pengarah popular, Osman Ali sebagai bintang utama drama rantaian terbaru, Bicara Hati.

Mungkin masih terlalu awal untuk menilai bakat seni gadis kacukan Melayu-Jerman ini, apatah lagi pertama kali membawakan watak utama menerusi siri yang bakal disiarkan Astro Prima, setiap Selasa, jam 9 malam bermula 3 Januari ini.

  • Foto

    AYU...Kris bawa watak Zahlia dalam Bicara Hati.

  • Foto

    MANTAP...gandingan Kris, Shanaaz (tengah) dan Marsha dalam drama bersiri arahan Osman Ali.

Mengakui dirinya masih mentah dalam dunia lakonan, Kris berkata, dia mendapat tunjuk ajar serta bantuan daripada pengarah serta pelakon yang terbabit produksi itu seperti Shanaaz Ahmad, Marsha Milan Londoh, Abby Nadzri, Balkish dan Lash Mokhtar.

Dalam drama kisah cinta itu, Kris memegang watak sebagai Zahlia."Zahlia seorang yang lemah lembut, selain suka melakukan kerja kebajikan. Dia tidak mudah marah, sebaliknya suka memendam perasaan. Memang pada awalnya agak mencabar juga untuk membawa watak yang banyak bermain emosi ini. Mujur saya mendapat dorongan daripada Abang Man (Osman Ali). Malah dia banyak membantu dari segi penghayatan watak."Ini pertama kali saya membawakan watak utama, sudah tentu cabarannya cukup kuat. Saya harap penonton juga dapat menerima penampilan saya menerusi drama ini," kata Kris yang bertudung sepanjang membawakan watak Zahlia.

Mengenai gandingan bersama Shanaaz yang membawa watak Tengku Syahran pula, Kris akui dia mendapat banyak tunjuk ajar dan bantuan daripada pelakon kacak kelahiran Pulau Pinang itu. Begitu juga barisan pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya seperti Abby Nadzri.

Ternyata pengalamannya yang pernah bekerjasama dengan Osman menerusi drama Sentuhan Isabella, Kasih Najihah selain Cermin Pada Bulan (Erma Fatima) dan filem Kill bersama Redza Minhat, membuatkan Kris semakin serius memilih kerjaya lakonan.

Ternyata pada pandangan Kris, Osman punya idea dan kredibiliti tersendiri dalam berkarya. Walaupun pendiam, dia cukup serius ketika di lokasi penggambaran.

Demi nekad menjadi anak seni, bekas peserta program Pilih Kasih (PK) ini sanggup menamatkan perkhidmatan sebagai peragawati di awan biru bersama Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya seni yang semakin sibuk.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia lakonan, Kris yang ditemui pada sidang media drama berkenaan di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini berkata, awalnya dia secara kebetulan mendapat peluang membawa watak pembantu dalam drama Cermin Pada Bulan sekitar 2004.

Jauh di sudut hati, dia menyimpan impian menjadi pelakon sejak kanak-kanak lagi. Minat itu bercambah apabila dia turut mendapat dorongan ibu untuk mencuba nasib dalam program realiti TV serta menghadiri beberapa sesi uji bakat.

"Saya mula membabitkan diri secara serius dalam lakonan sejak Mac lalu. Memang saya sekarang meletakkan kerjaya seni sebagai 'periuk nasi'. Jadi buat masa ini saya memang komited terhadap kerja. Saya memang akan menyambar apa saja peluang yang dirasakan menarik," kata Kris yang pernah dikenali dengan nama Kris Cempaka dalam program PK.

Kris yang menyimpan minat membuka perniagaan pencetakan Kemeja-T tidak kisah ditawarkan pelbagai peranan. Namun dia berharap dapat melakukan yang terbaik apabila diberi tanggungjawab membawakan watak pembantu atau watak utama menerusi mana-mana drama.

"Fokus saya kepada kerja terlebih dulu. Bekerja biarlah ikhlas. Bukan soal mengejar populariti atau kemewahan, sebaliknya saya menceburi bidang seni kerana suka berlakon dan mahu belajar daripada ramai pengarah," katanya.

Drama yang diadaptasi daripada novel popular karya Damya Hanna terbitan Alaf 21 itu dianggap sesuatu yang menarik untuk tatapan penonton Astro Prima kerana Osman ketika ini mencipta reputasi yang baik melalui filem Cun! dan Ombak Rindu.

Bagi Osman, drama terbarunya itu mencabar dirinya selepas kali terakhir menghasilkan drama bersiri, Rumah Itu Duniaku pada 2004.

Sekali lagi Osman memikul tanggung jawab yang besar untuk menterjemahkan sebuah naskhah cinta ke dalam bentuk audio dan visual.

"Penghasilan drama ini cukup menarik. Saya mendapat sokongan baik daripada penulis novel ini sendiri yang turut serta memberikan idea dan berbincang mengenai beberapa babak dan watak yang perlu dikembangkan supaya penceritaan menjadi lebih impak. Malah penulis novel ini juga kerap ke lokasi penggambaran kami.

"Tidak dinafikan memang ada penambahan dari segi perkembangan watak dan plot kerana saya mahukan kisah yang lebih dramatik," ujar Osman.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan Tarantella Pictures Sdn Bhd, merangkap produser 'jutawan baru', Sharad Sharan; Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani serta barisan pelakon siri ini.



PROFIL

NAMA PENUH: Cristina Suzanne Stockstill
NAMA KOMERSIAL: Kris Cempaka, Kris Suzanne
TARIKH LAHIR: 22 Januari 1985
TEMPAT LAHIR: Johor
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Mendaki, berkhemah dan fotografi
KERJAYA: Pramugari (2003 -2009), model dan pelakon
DRAMA: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (Astro Prima)
FILEM INDIE: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)

‘Rokok tolak bala’

Posted: 22 Dec 2011 06:01 PM PST

KHURAFAT...rokok yang dicampur kemenyan digunakan sebagai pelaris perniagaan.
KHURAFAT...rokok yang dicampur kemenyan digunakan sebagai pelaris perniagaan.

KUALA LUMPUR: "Saya tak sanggup hidup mewah hasil bantuan syaitan dan tak sangka suami menyara keluarga dengan duit daripada amalan khurafat," kata seorang isteri selepas mengesan suaminya menggunakan 'rokok tolak bala' berharga RM15,000 sekotak bagi menjamin keuntungan dalam perniagaannya.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wahida, 29, itu berkata dia pelik dengan sikap suaminya kerana lelaki itu bukan perokok, namun dia hanya menghisap rokok pada setiap malam Jumaat dan membuka pintu rumah seluas-luasnya.


"Bau asap rokok itu sangat busuk seperti bau bangkai menyebabkan saya bertambah curiga dengan perlakuannya," katanya.

Menurutnya, suaminya yang juga ahli perniagaan mula berkelakuan seperti itu selepas hampir muflis setahun lalu akibat gagal melangsaikan hutang.


Bagaimanapun, selepas mula melakukan amalan menghisap rokok pada setiap malam Jumaat, lelaki itu memperoleh keuntungan sekelip mata dalam perniagaannya.


Wahida berkata, apabila dia bertanya suami berhubung tingkah laku peliknya dia dimarahi selain diminta tidak mencampuri urusannya."Selepas dia mula taksub dengan rokok itu, dia langsung tidak menunaikan solat. Saya pernah mengajaknya solat berjemaah, namun dia berang dan memarahi saya," katanya ketika ditemui.


Akibat tidak tahan dengan bau busuk asap rokok termasuk kelakuan pelik suaminya itu, Wahida memberanikan diri memeriksa beberapa rokok yang disimpan di dalam almari suaminya."Selepas saya patahkan sebatang rokok, saya terkejut apabila mendapati kandungan ia dicampur dengan kemenyan yang sudah dihancurkan. "Berikutan itu, saya mendesak suami untuk memberi penjelasan dan suami memberitahu dia mendapatkan rokok itu daripada seorang bomoh di utara tanah air sebagai pelaris perniagaan," katanya.


Wahida berkata, suaminya memberitahu rokok itu dikenali sebagai 'rokok tolak bala' dan sesiapa yang memiliki serta menggunakannya seperti disyaratkan dikatakan boleh mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dalam bidang perniagaan.


"Suami turut memaklumkan dia mengeluarkan hampir RM15,000 untuk mendapatkan sekotak rokok berkenaan yang mengandungi 20 batang, namun menyifatkan kos itu berbaloi kerana dia mendapat untung berlipat ganda dalam bidang perniagaan sehingga mampu membeli rumah mewah serta beberapa kereta," katanya.


Selain itu, katanya, suaminya disyaratkan memberikan wang kepada bomoh terbabit setiap bulan RM1,500 bagi memastikan pelaris dipakainya kekal berdampingan dengannya dan jika enggan pelaris itu akan hilang. "Saya cuba menasihatkannya untuk kembali ke pangkal jalan dan saya tidak kisah hidup susah asalkan wang diperoleh dari sumber halal tanpa bantuan syaitan, namun dia tidak menghiraukannya.


"Saya juga hairan kerana setiap kali mendapatkan bantuan ustaz untuk memulihkan suami, dia pasti tahu dan memarahi saya," katanya.

Luna, Ariel dah nikah?

Posted: 22 Dec 2011 06:00 PM PST

LUNA Maya kelihatan lebih segar dengan gaya rambut pendek.
LUNA Maya kelihatan lebih segar dengan gaya rambut pendek.

JAKARTA: Sudah beberapa bulan berlalu setelah berita mengenai Luna Maya dikatakan putus hubungan cinta dengan Ariel.

Dan sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengesahkan berita itu.

Namun begitu, Pengurus Luna Maya, Vitalia Ramona menolak berita itu.

Katanya, Luna jarang menjenguk Ariel di penjara di Kebon Waru bukan bermakna hubungan mereka sudah putus.Kini, tersebar pula khabar angin mengatakan yang Luna sudah bernikah dengan Ariel.Upacara pernikahan itu dikatakan telah dibuat di penjara yang terletak di Bandung itu.


Luna Maya yang ditemui pada pratonton media untuk filem terbarunya 'My Blacberry Girlfriend' di FX Plaza di Jakarta Selatan semalam, enggan menjawab soalan yang diajukan.

"Kalau mengenai perkara luar filem, saya tidak mahu jawab," kata Luna.

"Tidak ada khabar apa-apa. Semua itu hanya gurauan pihak wartawan," katanya lagi.

Sejak kebelakangan ini, tubuh Luna juga kelihatan lebih berisi dan wanita yang berusia 28 tahun itu turut mengakuinya tetapi tidak mahu terlalu memikirkan mengenai masalah berat badan.

"Saya memang suka makan dan tidak mahu memikirkan soal badan," katanya.

Luna yang kini berambut pendek mengaku dia kelihatan lebih berisi kerana gaya rambut terbarunya itu.

"Mungkin sebab rambut saya sudah pendek," katanya.

Setelah bertahun-tahun mengekalkan rambut panjang, Luna membuat keputusan memotong pendek rambutnya. Biarpun kelihatan lebih berisi, dia tampak lebih segar.

Jahitan halus dan berseni

Posted: 22 Dec 2011 05:56 PM PST

BERBEZA...potongan berbentuk kelawar serta tampalan sulaman nyata menampilkan imej kontemporari kepada si pemakai.
BERBEZA...potongan berbentuk kelawar serta tampalan sulaman nyata menampilkan imej kontemporari kepada si pemakai.

ABAYA yang dulu dikenali sebagai pakaian tradisi wanita di negara teluk atau Timur Tengah pada dasarnya hanyalah sehelai kain yang dipakai di luar atau di atas pakaian lain ketika keluar rumah.

Dulu rekaan abaya hanyalah pada perkara asas seperti kain hitam polos yang dipotong secara potongan A. Tetapi kini rekaannya semakin moden dengan pelbagai teknik jahitan seperti potongan payung atau rama-rama yang lebih kembang serta terbuka luas pada bahagian bawah.

  • Foto

    POLOS...biarpun polos namun sulaman pada hujung lengan baju memberikan penampilan berbeza kepada penggemar abaya.

  • Foto

    ABAYA BERTOPI...pemakaian abaya bertopi memberikan kelainan kepada si pemakai, apatah lagi disarungkan dengan tudung warna kontras.

Menurut pemilik butik Anggerik Avenue, Amnas Ibrahim, pemakaian abaya amat bertepatan dengan ciri-ciri pakaian wanita Muslimah.

Ini kerana sehelai abaya biasanya mempunyai beberapa ciri diperbuat daripada fabrik tebal, hitam, longgar serta labuh sehingga menutupi keseluruhan badan.Sudah tentu penampilan yang sopan menjadi simbol kepada gaya wanita Muslimah.Anggerik Avenue yang menyediakan kepelbagaian busana Muslimah termasuk jubah, tudung serta kelengkapan haji dan umrah juga menyediakan rekaan abaya buatan sendiri yang mempunyai keistimewaan dari segi potongan serta perincian manik.


"Jika di Timur Tengah kebanyakan rekaan abaya lebih sederhana dan polos, namun saya memberi sedikit kelainan dari segi penambahan topi serta selendang sedondon supaya wanita tidak sukar mencari padanan sesuai," katanya.

Abaya rekaannya menggunakan fabrik likra dan sifon kerana sejuk dan menyerap peluh. Walaupun pembuatan abaya menggunakan fabrik yang banyak kerana perlu dihasilkan dalam dua helaian iaitu luar dan dalam, namun Amnas sentiasa memastikan fabrik digunakan berkualiti tinggi serta memenuhi tuntutan dalam pemakaian wanita Islam.

Jika dulu wanita memakai abaya polos atau jika ada hiasan hanyalah sekadar sulaman ringkas dengan warna senada tetapi kini kebanyakan abaya dihiasi tampalan kristal swarovski berkilauan, jahitan sulaman berwarna-warni, manik dan labuci serta penggunaan fabrik berlainan warna.

Bagi Amnas, dia lebih mementingkan keselesaan dari segi potongan dan jahitan yang halus dan berseni, abaya rekaan Anggerik Avenue diperindahkan dengan sulaman serta perincian manik pada bahagian dada serta lengan baju.

"Lebih menarik apabila terdapat tambahan ropol pada bahagian hujung baju sewarna tudung bagi memberikan imej lebih elegan untuk gaya ke majlis rasmi," katanya.

Tambahnya lagi, kini abaya bukan hanya dipakai wanita berumur tetapi berjaya menarik minat pelbagai lapisan usia sehingga mereka menerimanya bukan hanya sebagai pakaian harian tetapi pakaian eksklusif yang membawa kepada imej kontemporari.

Selain abaya, Anggerik Avenue turut menyediakan pelbagai rekaan tudung berkualiti yang dihasilkan sendiri. Menariknya, pembeli boleh memilih busana sepadan dengan tudung sama ada untuk pakaian harian atau majlis rasmi. Pakaian dijual dengan harga bermula daripada RM280 sehingga RM1,300.

Anzalna keletihan

Posted: 22 Dec 2011 05:54 PM PST

Anzalna
Anzalna
Belum ada masa rehat secukupnya

ANZALNA, adalah antara puluhan bakat baru yang diketengahkan dalam lakonan sepanjang tahun ini.Dalam drama yang dibintanginya, namanya sering dikaitkan dengan watak penggoda. Mungkin kerana susuk tubuh dan raut wajahnya sesuai dengan watak seperti itu.
Diakui sendiri, mungkin matanya yang bundar, penampilannya yang mempengaruhi pengarah atau penerbit menawarkannya karakter yang mencairkan hati lelaki. Namun Nur Anzalna Md Nasir tidak mengeluh mahu pun menolak.

Bagi gadis berusia 23 tahun ini, ia bukan saja memantapkan profilnya tetapi juga satu penerimaan yang positif ke atas dirinya sebagai bakat baru dalam bidang lakonan.

Namun, memang bukan itu saja yang mahu diharapkan. Sama seperti pelakon lain, dia juga mahu mencuba atau dicuba dengan peranan lain, yang tidak pernah terfikir oleh dirinya.

Ini untuk membuktikan dia juga mampu mempelbagaikan kebolehannya. Justeru, Anzalna berasakan dirinya sedia diberikan ujian dengan aksi lasak, mencabar fizikal dan mentalnya ketika berada di lokasi penggambaran.
Bagaimanapun, melihat kepada usianya, dia sedar semua itu tidak boleh digapai dengan terburu-buru. Masih ada masa lagi.
Pelakon dari Pulau Pinang ini bakal muncul dengan drama terbarunya Gemersik Kalbu terbitan Global Station dengan memegang watak perempuan jahat bernama Tasha.

"Pertama kali bekerja dengan produksi ini ialah menerusi drama Suria di Cordoba, dan ini adalah drama kedua bersama mereka. Namun bekerja di bawah arahan pengarah, abang Heykal (Heykal Haniffah), ini adalah yang pertama kali.

"Melihat kepada pembabitan saya dalam dunia lakonan, tahun ini saja saya sudah menjayakan tiga drama termasuk Ramadan Terakhir dan sebuah telefilem. Manakala, dua filem yang saya bintangi akan ditayangkan tahun depan iaitu Taikun dan Sepah The Movie.

"Sebenarnya saya baru saja habis dengan penggambaran filem Sepah The Movie dan kini saya sedang terbabit dengan penggambaran drama Gemersik Kalbu yang akan disiarkan 2 Januari nanti.

"Sememangnya saya sangat penat serta stress dengan aktiviti penggambaran tanpa henti dan satu demi satu tawaran yang saya jayakan tanpa rehat. Saya mengambil keputusan, selepas habis saja komitmen saya bersama Global Station ini, saya mahu berehat sebentar sebelum mula berlakon kembali," katanya yang berkebolehan bertutur bahasa Perancis dengan baik.

Manakala, beralih kepada sisi peribadi, terus terang gadis berambut panjang mengurai ini mengatakan dia sememangnya sudah berpunya. Tidak ramai pelakon baru sepertinya yang mengakui diri mereka sudah berpunya, ada yang ingin menjaga reputasi agar 'saham' tidak jatuh, namun berbeza bagi Anzalna yang tidak berteka-teki dalam hubungan cintanya.

Walaupun dalam keadaan penuh segan silu, Anzalna tidak kedekut untuk mendedahkan serba sedikit mengenai teman istimewanya itu. Akuinya, teman lelakinya itu adalah di kalangan orang biasa dan mereka sudah saling mengenali sejak berumur 17 tahun lagi.

"Kami sudah kenal lama dan saya masih ingat saya kenal dia melalui laman sosial Myspace, dan pada masa itu saya menetap di Australia. Dia seorang yang cukup sempurna bagi saya dan saya selesa bersama dengannya memandangkan berkongsi usia yang sama.

"Walaupun begitu, saya tidak mahu menceritakan terlalu banyak mengenai dirinya, nanti syok sendiri. Dia baru saja habis belajar dan perjalanan kami berdua masih jauh," katanya sambil mengakui kedua-dua pihak sudah mengenali keluarga masing-masing dan sama-sama matang dalam menjayakan hubungan tersebut.

ABPBH2011 bagi kejutan

DI sebalik itu, meluahkan perasaannya apabila ditanya mengenai namanya disenaraikan di antara 20 pendatang baru paling popular di dalam kategori Artis Wanita Baru bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011), Anzalna akui dia sangat terkejut.

Ceritanya, "Secara jujur memang saya terkejut, itu pun selepas membaca sendiri Berita Harian dan melihat nama saya turut tersenarai. Saya langsung tidak sangka nama saya akan dicalonkan di kalangan ramai lagi yang popular.

"Apatah lagi kawan saya, Ramona Zamzam yang sudah berlakon lama dari saya tapi tidak dicalonkan, itu membuatkan saya lagi terkejut. Dia menyertai dunia seni sebelum saya lagi, dan siapa saya untuk dicalonkan.

"Apa pun, saya bersyukur kerana berpeluang dan saya tidak rasa saya akan disenarai pendek sehingga ke top 5 serta saya tidak berharap sangat memandangkan yang lain lebih bagus dari saya.

"Pada pendapat saya, lima yang akan tersenarai nanti adalah seperti Tasha Shilla, Izara Aishah, Neelofa, Fathia dan Ika Farhana," katanya dengan penuh rendah diri.


PROFIL

NAMA PENUH: Nur Anzalna Md Nasir
TARIKH LAHIR: 9 Januari 1988
USIA: 23 Tahun
TEMPAT LAHIR: Pulau Pinang
PENDIDIKAN: Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia
KERJAYA: Model, pelakon
DRAMA: Suria Di Cardoba, Ramadan Terakhir, Gemersik Kalbu
FILEM: Sepah The Movie, Taikun
IKLAN: Trenz (siaran TV Indonesia), Celcom, French Oil, ECPI

PMR: Didie Alias Bangga Anak Dapat 8A

Posted: 22 Dec 2011 05:45 PM PST

Didie bersama dua orang anaknya termasuklah Dinie (kanan).

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Didie Alias menganggap kejayaan anak ketiganya, Nur Dinie Ridzuan, 15, merangkul 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya.

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

"Ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, saya sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A.

"Sebagai seorang ibu sudah tentu ada perasaan bangga dan ini merupakan hadiah paling istimewa buat saya. Biar apa juga orang ingin kata tentang saya namun kejayaan ini membuktikan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ditanya tentang kunci kejayaan anaknya, Didie berkata dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya biarpun sibuk dengan kerjaya.

"Saya tidak nampak dia belajar 24 jam tetapi saya yakin dia menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.

"Sebagai ibu sudah tentu saya pantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademiknya dari semasa ke semasa," ujarnya.

Sementara itu, jelas Didie dia masih belum merancang sebarang hadiah sebagai ganjaran atas kejayaan tersebut.

"Saya tidak janjikan apa-apa pada dia dan dia juga hanya minta doa dari saya untuk berjaya cemerlang PMR ini," katanya.

Selain Nur Dinie, Didie juga mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dania, Muhammad Daniel dan Nur Diyana dan Nur Dayini.

Yusry-Lisa umum pernikahan?

Posted: 22 Dec 2011 05:43 PM PST

Yusry-Lisa

Hubungan cinta Yusry KRU dan Lisa Surihani bukanlah rahsia lagi dan pasangan ini bakal melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi.

Ini berikutan jemputan diterima media ke majlis khas pasangan popular itu yang dinamakan Pengumuman Istimewa Yusry dan Lisa.

Walaupun tidak menyatakan lebih lanjut, pengumuman itu dijangka berkaitan tarikh pernikahan Yusry dan Lisa.

Majlis akan diadakan Sabtu ini di Marriott Putrajaya Resort & Spa dan turut bakal dihadiri kedua ibu bapa Yusry, iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.

Sebelum ini, sudah bertebaran khabar angin bahawa pasangan ini memilih Februari depan untuk melangsungkan perkahwinan dan sudah menempah dewan di kawasan Lembah Klang.

Ugut sebar gambar bogel

Posted: 22 Dec 2011 05:41 PM PST

Ugut sebar gambar bogel

AYER KEROH - Akibat merogol seorang remaja bawah umur dan mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa, seorang pekerja 'bundle' dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar ke atas Nornira Ali, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan termasuk pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, tertuduh bersama seorang lagi rakannya Ruszarie Aim didakwa bersama-sama melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa sama dan teman lelaki mangsa, berusia 15 tahun iaitu ugutan menyebarkan suatu bencana terhadap nama baik mereka.

Perbuatan itu dilakukan Nornira dan Ruszarie pada 22 Ogos 2010 di sebuah Pusat karaoke, tingkat atas Perhentian Bas Pulau Sebang di dalam daerah Alor Gajah, jam 9.30 hingga 10.30 pagi.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, Nor­nira didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun di alamat dan masa yang sama seperti pertuduhan pertama pada 23 Ogos 2010.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sebelum ini, pada 13 Mac lalu, Ruszarie dijatuhi hukuman denda RM2,000 atas kesalahan bagi Seksyen 506 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Nornira yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hu­kuman kerana telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Dia juga perlu menanggung ibu bapa yang uzur dan anak kecil berusia setahun serta isteri yang tidak bekerja.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memohon mah­kamah menjatuhkan hukuman berat kerana sering berlaku kes melibatkan rogol bawah umur.

Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan pindaan dan lima tahun untuk pertuduhan kedua.

Ramuan turun temurun dikomersil

Posted: 22 Dec 2011 05:39 PM PST

Ramuan turun temurun dikomersil

Melihat peluang yang tinggi dalam perniagaan rempah ratus masak hitam, Opah Ngah Enterprise (One) memanfaatkan peluang itu untuk menjadikan perusahaan berkenaan sebagai sebuah perniagaan komersil.

Masakan kampung masak hitam yang berasal dari Perak itu mula beroperasi sejak 1998 diusahakan oleh keluarga di Lenggong dengan menggunakan ramuan rempah resipi turun temurun daripada beberapa jenis rempah ratus seperti jintan manis, ketumbar, buah lawang, lada hitam, cengkih dan cili.

Pemilik Syarikat One, Musa Abd Wahab, 62, berkata, perusahaan keluarga itu dahulunya dilakukan dalam skala kecil dan diedarkan hanya di kawasan Lenggong.

Hasil 50,000 peket sebulan

"Namun selepas mendapat maklum balas dan permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan, dengan bermodalkan RM20,000 kami berjaya membuka kilang bagi membantu menampung permintaan yang lebih banyak.

"Setakat ini, kami hanya mempunyai empat kakitangan di kilang selain bantuan keluarga dan anak beranak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, Selangor.

Menurutnya, kilang One yang terletak di Lenggong kini boleh menghasilkan sebanyak 50,000 peket rempah sebulan ketika musim perayaan atau 15,000 sehingga 20,000 peket sebulan mengi­kut permintaan pelanggan.

Sebelum ini, jenama One pernah ditawarkan untuk masuk ke dalam pasar raya besar tanahair, namun terpaksa menolak kerana tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan akibat kekurangan modal dan kakitangan.

"Setakat ini, jenama rempah masak hitam One hanya boleh didapati di Kuala Lumpur dan Selangor. Berikutan permintaan yang tinggi di negeri ini, menyebabkan kami membuka cawangan di Sri Gombak bagi memudahkan
pengedaran.

"Bukan sahaja di dalam negara, jenama One juga turut boleh didapati di Brunei yang diedarkan melalui pengedar yang diterima menerusi tempahan telefon oleh pelanggan di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga pesara kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB). Sehubungan itu menurutnya, One berhasrat untuk membuka kilang yang lebih besar bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Konsisten tambah pengedar

Selain boleh didapati di kedai runcit, pasar malam dan pasar tani, jenama One juga boleh diperoleh di kedai 1Malaysia.

Peningkatan jualan produknya telah mendorong populariti jenama One sehingga mendapat tempahan daripada pelanggan untuk dihantar kepada sanak saudara di luar negara terutamanya Mesir dan Australia.

Oleh itu, bagi memperkukuhkan lagi perniagaannya, jenama One mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat untuk menjadi pengedar di seluruh negara.

"Sesiapa yang berminat hanya perlu memberikan deposit RM1,000 dan kami akan memberikan produk dengan nilai tersebut bersama wang penghantaran atau boleh mengambil sendiri di cawangan atau kilang kami," katanya.
Musa berkata, rempah masak hitam dijual dengan harga bermula RM2 bagi peket kecil sehingga RM22 untuk peket lebih besar.

Menurut Musa, jenama rempah masak hitam boleh dimasak menggunakan bahan ayam atau daging amat sesuai dimakan ketika musim perayaan bersama nasi lemak, nasi beriani dan roti.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk memasak pelbagai masakan lain seperti ayam rempah, ramuan ayam bakar dan nasi goreng serta bihun.

Selain itu, jenama One turut mendapat sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) dan mampu bertahan sehingga setahun ketika berada dalam suhu sederhana walaupun telah dibuka.

Katanya, jenama One juga pernah terlibat dalam pameran yang diadakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Peladang yang secara tidak langsung banyak membantu mempromosikan produknya ke dalam pasaran tempatan.

One menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, apatah lagi ketika pameran Halfest 2011, baru-baru ini, jenama One telah berjaya menjana pendapatan sehingga RM7,000 dalam tempoh lima hari.

Perkenalkan produk baru

Musa berkata, jenama One kini mampu menjana pendapatan sehingga mencecah RM15,000 sebulan.

"Atas permintaan pelanggan, kami sedang dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk terbaru iaitu ayam atau daging masak hitam sejuk beku, kuah dan pes masak hitam yang dijangka berada di pasaran menjelang awal 2012.

"Selain itu, kami turut sedang giat merangka strategi untuk membuka kedai yang menjual pelbagai produk tempatan di kawasan Lembah Klang," katanya.

Optimis tembusi pasaran luar negara

Menurutnya, melihat potensi yang tinggi dalam perniagaan ini, One berharap agar jenama ini mampu memasuki pasaran luar negara, sekali gus menjadi salah satu produk tempatan yang dikenali ramai.

"Namun, sebagai langkah permulaan, saya berharap agar jenama ini boleh berada di pasar raya besar Tecso atau Mydin dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya.

Di samping itu, One turut menjual produk lain seperti kuih muih dan biskut untuk perayaan, minuman kordial Roselle, kerisik dan ikan pekasam.

KIP Mart buka cawangan baru

Posted: 22 Dec 2011 05:37 PM PST

KIP Mart buka cawangan baru

Pusat membeli-belah komuniti keluarga, KIP Mart, mengukuhkan kedudukan perniagaan dengan membuka cawangan keempat di Segamat, sekali gus menjadi cawangan ketiga di Johor selepas pembukaan KIP Mart Masai dan Kota Tinggi, 24 Disember nanti.

KIP Mart mempunyai keluasan 150 ribu kaki persegi dan dibina di tanah seluas 3.4 hektar yang menyediakan keperluan harian pelanggan serta keselesaan ketika membeli-belah.

KIP Mart Segamat terletak di kawasan yang cukup strategik iaitu di Taman utama berhampiran Bandar Baru Segamat yang menghubungkan bandar–bandar berhampiran.

KIP Mart Segamat juga menyediakan 170 lot perniagaan pelbagai saiz bagi menjual pelbagai jenis pilihan barangan dengan kombinasi pasar basah seperti ikan, daging, ayam, buah-buahan, sayur-sayuran, dan pelbagai produk keperluan harian se­perti fesyen pakaian, perabot, kasut, pakaian, telefon bimbit, barangan kemas dan perhiasan wanita, peralatan elektrik, perkakas rumah dan bara­ngan plastik.

Promosi pembukaan, pengunjung ditawarkan de­ngan dengan promosi kembali ke sekolah, selain berpeluang menerima baucar RM2 apabila berbelanja melebihi RM20 sehingga 1 Januari 2012.

Perintis pengeluar pokok selasih

Posted: 22 Dec 2011 05:35 PM PST

Perintis pengeluar pokok selasih

SAWAH LEBAR – Siapa menyangka, Kuala Pilah menjadi perintis kepada pengeluaran tanaman pokok selasih di seluruh Malaysia bertempat di Sawah Lebar.

Dengan keluasan 1.6 ­hektar, benih pokok selasih ­diimport dari India dan mula dikomersialkan pada awal ­tahun ini.

Pengusaha, Mohd Adze­nam Ismail berkata, dia menceburi bidang pertanian berasaskan herba sejak 2010.

Menurutnya, buat masa ini, mereka telah berjaya menghasilkan tanaman teh herba dan jus yang berasaskan selasih dan 'mahkota dewa'.

"Produk berkenaan telah diuji kaji di makmal Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk ­di­ana­lisis bahan kimia serta kandungan nutrisi.

"Atas minat sama, pihak Kumpulan Pensyarah Pro­gram Diploma Bioteknologi Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dari Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) bersama Perbadanan Bioteknologi Me­laka (PBM) akan mengkaji serta melakukan penyelidikan berhubung pokok Selasih," katanya selepas lawatan Adun Senaling, Datuk Ismail Lasim ke tapak ­ tanaman selasih, dekat sini.

Mohd Adzenam berkata, hasil lawatan pihak Kuim, satu perjanjian telah dilakukan ­untuk menjadikan pokok selasih sebagai lokasi utama projek kajian mereka bagi menghasilkan produk kesihatan.

"Pokok selasih ini mem­punyai banyak khasiat terutama untuk bahagian sistem ­per­nafasan diri kita. Bagi yang memiliki penyakit seperti asma, resdung, paru-paru ­berair dan batuk boleh minum air herba selasih ini.

"Ini kerana, biji selasih ­dipercayai dapat menghilangkan dahaga dan menyegarkan serta mengembalikan tenaga. Selain itu, pokok selasih ­dipercayai mempunyai unsur-unsur penenang (anti-stress), anti oksida bagi membantu meningkatkan sistem imunisasi badan," katanya.

Katanya, NR Herbal Sanctum Enterprise ditubuh­kan bagi menyahut saranan pihak kerajaan untuk ­men­ceburi dan membangunkan industri herba masyarakat Melayu.

"Salah satunya dengan memperkasakan tanaman selasih sebagai rawatan ­alter­natif dengan bantuan dan kepakaran bioteknologi.

"Saya bukan sahaja mengusahakan pokok selasih atau bahasa saintifiknya Ocimum Sanctum tetapi juga ­ menanam Kancing Baju iaitu Biden Pilosa bermula April 2011.

"Tanaman itu ­diusahakan tanpa guna racun serangga," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Adzenam menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Kuala Pilah kerana memberikan bantuan menaiktarafkan infrastruktur ladangnya.

Tiduri isteri kawan sendiri

Posted: 22 Dec 2011 05:33 PM PST

Tiduri isteri kawan sendiri

GEORGETOWN – "Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya," rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

"Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan," katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

"Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap," katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

"Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

"Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar," kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.

Empat beranak nyaris maut

Posted: 22 Dec 2011 05:30 PM PST

Empat beranak nyaris maut

KAMPUNG LUIT - Empat beranak yang sedang tidur di ruang tamu nyaris maut apabila bahagian hadapan rumah mereka di Batu 42, Kampung Luit, dirempuh sebuah lori tangki membawa 32 tan minyak masak, kira-kira jam 11.30 malam, kelmarin.

Lori yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai terbabas dan turut merempuh tiga kenderaan lain iaitu sebuah pacuan empat roda, lori dan van di hadapan rumah berkenaan.

Mangsa, Hamzah Mohamad, 69, berkata, dentuman kuat akibat rempuhan itu mengejutkan dia yang sedang tidur bersama isteri dan dua anak, lalu segera ke luar rumah bagi mengetahui perkara sebenar.

Menurutnya, sebaik membuka pintu, dia tergamam melihat sebuah lori tangki berada di hadapannya dan sebatang tiang beranda rumah patah.

"Lori ini terbabas lalu merempuh sebatang pokok mangga dan tiga kenderaan lain. Saya segera minta tolong jiran terdekat yang keluar menyaksikan kejadian itu untuk menahan bahagian bumbung dan siling beranda yang hampir roboh akibat tiang utama patah.

"Ini merupakan kejadian kedua menimpa kami sekeluarga kerana kira-kira 20 tahun lalu, sebuah bas pernah terbabas dan merempuh rumah serta merosakkan tujuh kenderaan lain, namun kami tidak menerima sebarang ganti rugi daripada pihak syarikat bas berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Hamzah berkata, dia sekeluarga bersyukur apabila terselamat dan meminta syarikat lori berkenaan bertanggungjawab dengan menanggung kos kerugian yang dianggarkan melebihi RM100,000.

Difahamkan, pemandu lori yang ditemani isteri tidak mengalami sebarang kecederaan dan mendakwa kerosakan brek adalah punca kejadian.

‘Kancil’ tersepit

Posted: 22 Dec 2011 05:29 PM PST

kancil-tersepet

SEREMBAN – Dua rakan sekerja bernasib baik kerana selamat dalam kemalangan di jejambat Jalan Serem­ban-Tampin, berhampiran Kampung Baru Rahang, kira-kira jam 9 pagi, di sini, semalam.

Pang Kin Yin, 72, memandu kereta Perodua Kancil, dan rakannya dikenali sebagai Ahmad memandu lori, dalam perjalanan pulang ke Seremban selepas mengambil lori yang telah dibaiki dari sebuah bengkel di sekitar Senawang.

Bagaimanapun, lori tanpa muatan itu tiba-tiba mengalami kerosakan di tengah jalan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di lorong kiri dan keluar dari kenderaan untuk menghubungi mekanik.

Kin Yin berkata, tidak sampai lima minit menunggu, keretanya dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kembara dari arah belakang.

"Rempuhan menyebabkan kereta saya terdorong ke depan dan merempuh lori pula.

"Ia menyebabkan kereta saya ber­ada di tengah remuk," katanya.

Sementara itu, pemandu Perodua Kembara yang mahu dikenali sebagai Ho, 30, berkata, dia tidak menyedari kereta Kin Yin berhenti di kiri jalan.

"Saya sangka kenderaannya bergerak, menyebabkan saya hilang kawalan sebelum merempuh kedua-dua kenderaan.

"Mujur saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Pesakit terlantar kronik raih 5A dalam PMR

Posted: 22 Dec 2011 05:26 PM PST

Pesakit terlantar kronik raih 5A dalam PMR

AYER KEROH - Tuah buat pelajar, Hazman Shahir Samsul Kamar, 15, apabila berjaya memperoleh 5A 3B dan 1C untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) walaupun menderita 'spinal muscular atrophy' tahap dua sejak berusia lapan bulan.

Pergerakan yang terbatas menggunakan kerusi roda, menjadi pembakar semangat buat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said, Alor Gajah itu untuk menimba ilmu.

Dikategorikan sebagai pesakit terlantar kronik tidak menjadi halangan buatnya mencapai cita-cita menjadi pereka cipta komputer.

"Saya bersyukur kerana rakan dan guru di sekolah banyak membantu.

"Jika tidak, saya tidak akan sampai ke tahap ini dan terima kasih kepada ibu yang sudi berkorban masa, menggalas tanggungjawab berat ini untuk membesarkan saya," katanya.

Ibunya, Hazrina Hasan, 41, yang turut memiliki seorang lagi anaknya berpenyakit sama, Muhammad Hazwan Syaref, 12, berkata, walaupun dikurniakan anak tidak sempurna, mereka harus dihargai dan disayangi seperti insan normal.

"Walaupun dalam keadaan kurang upaya dan susah untuk mengambil peperiksaan tetapi Hazman Shahir membuktikan dia mampu mencipta kejayaan," katanya.

‘Jadikan Selangor pilihan utama’

Posted: 22 Dec 2011 05:24 PM PST

durian

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Selangor mengalu-alukan peniaga buah-buahan tempatan seluruh negara supaya menjual produk pertanian mereka di pasar tani di negeri ini.

Pengarahnya, Mansor Omar berkata, pelawaan itu dibuat bagi membantu usahawan terutama pekebun dan peniaga buah-buahan tempatan khususnya jenis bermusim untuk memasarkan produk mereka.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh membuat permohonan kepada Fama dan pihaknya akan memberi tapak kepada individu terlibat untuk berniaga di sekitar 60 pasar tani di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Sebagai agensi pemasaran, kami sedia membantu pekebun dan pengeluar buah-buahan tempatan antaranya durian serta rambutan dari luar Selangor seperti Perak dan Pahang untuk memasarkan produk mereka sendiri di pasar tani yang dibuka setiap hari.

"Setakat ini, kita ada lima peniaga yang jadi ejen mengumpul buah-buahan tempatan dari seluruh negara untuk dijual di pasar tani. Selain itu, Fama dari pelbagai negeri juga berniaga di sini," katanya selepas Majlis Promosi Buah-buahan Tempatan Fama di Kelab Shah Alam, semalam.

Mansor berkata, pihaknya juga sudah berbincang dengan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) supaya membenarkan mereka berniaga di kawasan terpilih antaranya di Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

"Kita jangkakan 10 peniaga akan sertai terutama mereka yang masih tiada tapak perniagaan lagi," katanya.

Berhubung majlis promosi itu, Mansor berkata, ia dijalankan untuk mempromosikan buah-buahan tempatan terutama nanas, durian dan rambutan kepada pengunjung di sini.

"Kita hendak perkenalkan nanas jenis Selangor Sweet kepada umum kerana buah jenis ini hanya terdapat di Selangor dan manis rasanya, selain teksturnya yang lembut. Nanas jenis ini juga mendapat permintaan tinggi di pasaran," katanya.

Pelajar istimewa catat keputusan cemerlang

Posted: 22 Dec 2011 05:22 PM PST

Pelajar istimewa catat keputusan cemerlang

JOHOR BAHRU - Biarpun bertubuh genit, Nurul Najihah Ishak, 15, tetap membuktikan dirinya mempunyai jiwa yang besar.

Dengan berketinggian 124 sentimeter, Nurul Najihah mencuri tumpuan apabila memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perem­puan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat itu menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kategori Calon Istimewa (Pembelajaran).

"Saya gembira dan tidak menyangka dapat keputusan cemerlang. Ini semua hasil usaha gigih ibu bapa dan guru yang banyak memberi dorongan dan saya akan meneruskan usaha demi mengejar cita-cita untuk menjadi doktor," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, pelajar yang mengalami masalah saraf daripada SMK Tun Mamat, Muar, Lim Yi Zhan, 15, turut menerima anugerah yang sama selepas berjaya meraih keputusan 6A dan 2B.

"Ini merupakan sesuatu yang sangat menggembirakan dan saya akan terus berusaha di masa akan datang," katanya.

Bagi pelajar yang mengalami kecacatan anggota akibat penyakit tulang belakang, S Lavanya, 15, dari SMK Tengku Mahmud Iskandar turut diumumkan sebagai pelajar cemerlang dengan keputusan 5A dan 2B.

"Saya bercita-cita untuk menjadi ahli farmasi dan subjek kegemaran saya Sains," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved