ads

Rabu, 21 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Chef Wan Enggan Bersemuka Dengan Adlin

Posted: 21 Dec 2011 09:22 PM PST

Chef Wan

PETALING JAYA: Tukang masak selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan enggan bersemuka dengan Adlin Aman Ramli ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.

Chef Wan berkata, tidak ada keperluan untuk menjernihkan keadaan selepas Adlin yang tersingkir daripada MLM pada minggu lepas, melancarkan 'perang status' di laman sosial Facebook.

"Saya tak akan merendahkan martabat diri saya sepertinya (Adlin) iaitu orang yang tidak matang. Lagipun, siapa dia untuk saya pergi berjumpa?," soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

'Perang Facebook' yang dilancarkan Adlin pada Ahad lalu bermula apabila dia bengang dengan komen negatif dalam entri Facebook Chef Wan selain sering menerima kritikan pedas sewaktu melakukan persembahan di MLM.

Dalam entri tersebut, Chef Wan menyifatkan Adlin sebagai kurang sopan kerana pernah mempersendakan arwah bapanya sendiri iaitu pelakon A.R Tompel dalam persembahan yang dibawakan.

Adlin pula menolak dakwaan tersebut dan menganggap Chef Wan tidak faham dengan lawak yang dipersembahkan.

Bagaimanapun kata Chef Wan, sepatutnya Adlin yang mempunyai pengalaman sebagai juri program Akademi Fantasia (AF) tidak perlu melatah tentang komen yang diberikannya memandangkan dia juga seorang juri yang 'bermulut pedas'.

"Dia kritik orang boleh, tetapi tidak boleh pula terima kritikan orang. Karakternya sudah cukup menunjukkan dirinya yang sebenar.

"Sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai, dia perlu menunjukkan persembahan lawak yang positif dan secara amnya tidak membabitkan isu-isu keluarga, agama atau persendakan orang.

"Perlukah kita yang mempunyai adat dan budaya sopan yang tinggi mengikuti pelawak-pelawak Barat yang juga mampu membogelkan diri mereka untuk dijadikan bahan lawak? Pada pendapat saya, mana yang baik, kita ambil, yang buruk pula kita abaikan," tegas bapa kepada dua orang anak ini.

Terima anugerah

Sementara itu, Chef Wan telah menerima Anugerah Khas Menteri Pelancongan pada Malam Gala Anugerah Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, Selasa.

Katanya, ia merupakan penghormatan yang amat bermakna setelah 25 tahun memberi komitmen sepenuhnya dalam memperkenalkan masakan Malaysia kepada dunia.

"Terasa segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang diberi dalam kerjaya ini berbaloi. Pengiktirafan yang diberikan memberikan semangat lebih untuk memperkenalkan masakan Malaysia kepada dunia," kata Chef Wan yang akan sibuk pada tahun depan mengendalikan beberapa program masakan di beberapa saluran televisyen.

Selain Chef Wan, pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo turut menerima anugerah khas tersebut.

Elfira Loy Gementar Terima Watak Romantik

Posted: 21 Dec 2011 09:21 PM PST

Elfira Loy.

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Elfira Loy mengakui gementar apabila pertama kali membawakan watak romantik dalam telefilem terbarunya Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Elfira, 17, berkata, dia gugup kerana sebelum ini lebih banyak membawakan watak-watak pelajar sekolah atau remaja dan menganggap ia adalah satu cabaran besar buat dirinya.

"Saya gementar apabila mendapat tawaran tersebut daripada Michael Ang dan lebih mencemaskan apabila bergandingan dengan Randid.

"Bagaimanapun saya teruja kerana belum pernah membawa watak romantik dan saya menerimanya sebagai satu cabaran sebagai seorang pelakon," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran telefilem berkenaan di sini.

Dalam pada itu, Elfira berkata, tidak sukar bekerja dengan pelakon yang popular menerusi drama bersiri "Nada Cinta" itu dan menyifatkan Randid sebagai seorang yang mesra dan mudah bekerjasama.

Ujarnya, walaupun telah mempunyai banyak pengalaman berlakon di Indonesia tetapi Randid sangat merendah diri.

"Walaupun pada mulanya saya berasa sedikit kekok tetapi keramahan dan sifat merendah dirinya membuatkan saya selesa berlakon dengannya tanpa sebarang masalah," ujarnya.

Sementara itu, Elfira berkata, dia tidak mahu mempedulikan kata-kata nakal yang menjentik dirinya di laman Twitter dan Facebook ekoran ada pihak tidak berpuas hati apabila dia bergandingan dengan Randid.

Katanya, dia hanya menganggap kata-kata tidak puas hati yang dilemparkan terhadapnya sebagai tanda kehadirannya untuk menjadi seorang pelakon disedari oleh masyarakat.

"Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak akan mengambil serius mengenai rasa kurang senang peminat Randid terhadap saya," ujarnya.

Selain Elfira dan Randid, telefilem Biar Mimpi sampai Ke Bintang turut dilakonkan oleh Sharifah Shahora dan Didie Alias. Ia bakal ditayangkan pada Khamis, 22 Disember pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria.

Mizz Nina Bakal Jelajah Amerika Syarikat

Posted: 21 Dec 2011 09:20 PM PST

Mizz Nina teruja dapat menjelajah ke Amerika Syarikat pada Januari depan.

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina memberitahu akan menjelajah ke Amerika Syarikat (AS) untuk mempromosikan albumnya di negara itu bermula Januari ini.

Mizz Nina berkata, dia begitu teruja untuk mengunjungi AS kerana bakal mempromosikan lagu terbarunya bersama Flo Rida berjudul Take Over dan albumnya di pelbagai lokasi terpilih.

"Ia adalah satu permulaan yang baik untuk tahun 2012 kerana saya berpeluang menjelajah di Amerika Syarikat bagi memperkenalkan diri dan muzik saya kepada masyarakat di sana.

"Walaupun tidak tahu bagaimana respons yang bakal diterima, saya yakin mereka akan dapat menerima muzik yang ingin saya perkenalkan kepada mereka," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Ambang 2012 di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Mizz Nina berkata, jadualnya telah disusun termasuklah mengadakan temu bual di televisyen dan radio selain persembahan untuk peminat.

Ujarnya, dia teruja dengan semua peluang yang diberikan itu dan akan menggunakan sebaik-baiknya dalam mempromosikan diri dan muzik yang bakal dibawa.

"Kita tidak tahu apa akan jadi di sana nanti tetapi yang penting saya telah berusaha untuk melebarkan sayap ke Amerika Syarikat," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan berkeluarga pada tahun hadapan, Mizz Nina berkata, dia tidak mahu terburu-buru untuk mendapatkan cahaya mata kerana dirinya dan suami, Noh Salleh ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

Tambahnya, tahun 2012 adalah tahun sibuk buat mereka berdua bagi memperkukuhkan kerjaya seni untuk masa hadapan.

"Bukan tidak mahu anak tetapi ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya terlebih dahulu namun saya tidak menolak jika diberikan rezeki oleh Allah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mizz Nina berkata dia akan terlibat dalam Konsert Ambang 2012 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini di samping artis seperti Jamal Abdillah, Datuk M.Nasir, Awie dan Faizal Tahir.

Cif Besar, Kecik Pembaharuan Raja Lawak Keenam

Posted: 21 Dec 2011 09:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Program realiti popular Raja Lawak musim keenam dengan format baru memperkenalkan penerbit dan pelakon popular, Ahmad Idham Nadzri sebagai Cif Besar.

Manakala tiga bekas peserta Raja Lawak iaitu Yus, Angah dan Taukeh sebagai Cif Kecik. Kesemua mereka diberi peranan untuk membantu peserta menghasilkan lawak yang berkualiti setiap minggu.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, pembaharuan yang dibuat untuk musim terbaru ini adalah bagi memantapkan persembahan para peserta ketika di gelanggang Raja Lawak.

"Kita telah memilih Ahmad Idham sebagai untuk memainkan peranannya sebagai Cif Besar, manakala Cif Kecik terdiri daripada Angah, Yus dan Taukeh bagi membantu persembahan peserta.

"Mereka akan membantu dalam memberi idea kepada peserta supaya menjadi lebih baik dan berkongsi pengalaman yang ada," katanya pada sidang media, majlis pelancaran Raja Lawak musim keenam, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, 12 peserta yang bakal memberi saingan di pentas Raja Lawak 6 ini turut diperkenalkan iaitu Kumpulan Zero, Skema, Cuit, 2yol, Gman, Albob, Shiro, Riki, Selak, Ketupat, King dan seorang peserta solo, Kudan.

Tambahnya, kesemua peserta akan ditempatkan di tiga buah lokasi dan menerima latihan serta bimbingan profesional daripada pengkritik jemputan pada setiap minggu sebagai persediaan sebelum membuat persembahan mingguan secara langsung.

Sementara itu, tiga orang pengkritik tetap akan bertanggungjawab menilai persembahan para peserta.

"Tiga orang juri tetap akan diumumkan pada minggu pertama. Mereka terdiri dari orang dalam industri komedi juga dan mereka akan menilai berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka setiap persembahan, " katanya.

Bagaimanapun nasib peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Raja Lawak musim ini turut dikendalikan dua pengacara popular iaitu Johan dan Zizan

Ia akan disiarkan secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 13 Januari di saluran Astro Warna.

Penyakit Misteri Azizah Muhammad Semakin Pulih

Posted: 21 Dec 2011 09:18 PM PST

Datin Azizah Muhammad enggan berfikir penyakit misteri yang dideritainya adalah perbuatan khianat orang lain.

KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran dan anggota kumpulan pop yeh yeh, Nirwana iaitu Datin Azizah Muhammad, 62, berkata kesukaran untuk bercakap dengan jelas dan membaca sejak Januari lalu kini beransur pulih.

Azizah yang juga isteri kepada penyanyi 60-an Datuk A. Rahman Hassan, berkata sejak menderitai penyakit misteri itu, dia dan suami telah berikhtiar untuk berubat sama ada secara saintifik mahupun tradisional.

Bagaimanapun, menurut rekod perubatan, dia tidak menghidap sebarang penyakit aneh melainkan darah tinggi dan kencing manis.

"Kalau diikutkan, sudah genap setahun saya derita akibat penyakit pelik ini. Saya juga sukar untuk berdiri dan berjalan sehingga memerlukan bantuan orang lain.

"Saya dan keluarga sudah puas berubat di merata tempat tetapi tiada penjelasan yang kukuh mengenai masalah ini. Namun, saya bersyukur kerana sejak kebelakangan ini saya sudah dapat bercakap dengan lebih lancar dan semakin pulih," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Syurga Idaman itu, berkata sejak menghidap penyakit tersebut, komitmennya dalam memenuhi undangan nyanyian di pelbagai acara dan majlis turut terjejas.

"Sehingga hari ini, saya dan kumpulan Nirwana terus aktif menerima pelbagai tawaran nyanyian tetapi saya tidak dapat menyertai semua persembahan tersebut kerana penyakit ini.

"Bayangkanlah, saya bukan sahaja sukar untuk bercakap dan bergerak, lebih memburukkan keadaan apabila saya juga tidak dapat mengingati lirik lagu saya sendiri.

"Walaupun saya membaca lirik pada kertas tetapi masih sukar untuk mengeluarkan perkataan-perkataan yang dibaca itu," katanya.

Namun, Azizah berkata dia memanjatkan kesyukuran kerana keadaan tersebut beransur pulih apabila dia sudah dapat menyanyi kembali dalam dua persembahan nyanyian baru-baru ini.

Datin Azizah dan suami Datuk A. Rahman Hassan bersama kumpulan Nirwana akan terlibat dalam Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh pada 20 hingga 22 Januari depan di Istana Budaya.

"Saya bersyukur kerana keadaan ini semakin pulih. Bukan sahaja pertuturan dan pergerakan semakin baik, malah saya juga dapat menyanyi semula dalam dua persembahan nyanyian baru-baru ini.

"Saya tidak mahu fikir sama ada ia perbuatan khianat orang lain atau apa sekali pun, yang penting saya mahu pulih sepenuhnya dan redaa dengan ujian Tuhan ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azizah, suaminya dan kumpulan Nirwana dijangka akan membuat persembahan dalam Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 22 Januari depan di Istana Budaya.

Konsert yang bakal menghimpunkan barisan penyanyi era 60-an termasuk Datuk Jeffrydin, Datuk L. Ramlie & Orkes Teruna Ria, A. Halim & D'Fiction, J. Sham & The Wanderers, A. Rahman Onn & The Strangers dan kugiran The Rhythm 60's itu diarahkan oleh pengarah teater popular Lokman Ghani.

Tiket-tiket konsert yang berharga RM40, RM80, RM120, RM160, RM200, RM240 dan RM350 boleh didapati menerusi Ticket2U.biz di talian 03-4147 8600 atau hubungi GSSB di talian 012-3695230 dan 012-322 4104.

AC Mizal Sudah Boleh Dipanggil Datuk

Posted: 21 Dec 2011 09:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan AC Mizal, 41, mengesahkan penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada Khamis.

Pengesahan AC itu sekaligus menepis pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaan tersebut sebelum ini.

Menjawab tentang isu gelaran Datuk itu, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, berkata surat pengurniaan berkenaan sebenarnya sudah diterimanya sejak sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-79 lagi.

Bagaimanapun, upacara pengurniaan kepadanya itu tertangguh kerana dia perlu mengikut giliran senarai penerima darjah kebesaran itu sebelum ini sehingga mencetuskan pertikaian di kalangan orang ramai.

"Pada hari ini (Rabu) saya baru sahaja terlibat dengan sesi latihan untuk upacara penganugerahan Datuk bersempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Pahang yang ke-81.

"Saya berharap dengan pengurniaan Datuk pada esok (Khamis) akan menjawab segala kekeliruan yang tercetus sebelum ini," katanya.

AC Mizal ditemui pada sidang media majlis pelancaran laman sosial pertama Malaysia, mface di Hotel Doubletree by Hilton, di sini, malam Rabu.

Lagu Duet Satukan Peminat Ramlah Ram & Sleeq

Posted: 21 Dec 2011 09:16 PM PST

Ramlah Ram.

KUALA LUMPUR: Selepas kemunculan lagu Sesaat Kau Datang duet di antara Ramlah Ram dengan kumpulan Sleeq dari Singapura berkumandang di corong radio tempatan, kedua-dua artis tersebut mengakui populariti mereka kian meningkat.

Menurut Ramlah, peminatnya yang tidak mengenali Sleeq yang dianggotai oleh Alif Abdullah (Alif), 22, dan Ahmad Syarifullah Ahmad (Syarif), 22, itu mula menyukai kumpulan tersebut dan begitu juga sebaliknya.

"Ada juga peminat baru yang mula meminati saya selepas mendengar lagu "Sesaat Kau Datang" disiarkan di radio.

"Saya tidak menjangkakan respons yang begitu baik memandangkan lagu ini masih baru dihasilkan. Malah saya mendapat tahu lagu ini sudah menjuarai carta di Hot FM," katanya semasa sidang media Sesaat Kau Datang bersama Ramlah dan Sleeq di Hotel Quality, di sini, Rabu.

Sleeq.

Buat julung kalinya juga, Ramlah dan Sleeq dipertemukan memandangkan sebelum ini mereka berhubung menerusi telefon dan merakamkan lagu ini secara berasingan.

"Sebelum ini saya hanya mendengar lagu Sleeq di YouTube dan mendapat informasi tentang mereka menerusi ahli kelab Ramlah Ram Group (RRG).

"Semuanya bermula pada Mac lalu setelah wartawan dari Singapura yang bertanya bila saya akan ke negara itu dan terus mencadangkan nama Sleeq memandangkan saya memerlukan artis yang boleh menyanyi lagu rap dan R&B.

"Saya terpikat dengan bakat mereka dan pada bulan Mei lalu mendapat persetujuan daripada Sleeq setelah menghubungi salah seorang anggotanya, Syarif," kata Ramlah.

Selepas rakaman berlangsung, lagu ciptaan ID Mifzal serta lirik oleh Zie Syafruddin, Syarif dan Alif itu disusun semula oleh Manusia Putih.

Mereka akui walaupun lagu itu dirakam secara berasingan, namun mudah untuk mencipta keserasian dalam lagu.

Lagu ini akan dimuatkan dalam album Ramlah yang dijangka siap pada tahun hadapan yang turut memuatkan lagu Cinta Gila, Sejadah Cinta, Seandainya dan Benar Mencintai (bersama Faris AwanBand).

Dalam perkembangan lain, Ramlah turut sibuk menyiapkan rakaman album ini, merancang untuk membikin klip video dan membuat persembahan pentas dengan Sleeq.

Ibu Bapa Beyonce Sah Bercerai

Posted: 21 Dec 2011 09:15 PM PST

Matthew dan Tina Knowles.

IBU bapa kepada penyanyi pop terkenal, Beyonce Knowles sah bercerai selepas proses penceraian mereka tertunda sejak awal 2010.

Matthew dan Tina Knowles yang telah hidup bersama sejak 30 tahun lalu berpisah pada November 2009 selepas Tina berang dengan tindakan suaminya yang mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan dengan seorang wanita.

Matthew yang juga pengurus kepada Beyonce bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Dalam dokumen penceraiannya, Tina menyatakan tidak dapat lagi bertahan dengan konflik rumah tangganya sebagai alasan untuk bercerai.

Beyonce dan suami, Jay-Z sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka yang bakal dilahirkan pada Februari tahun depan.

Anak Tom Cruise & Katie Holmes Paling Berpengaruh

Posted: 21 Dec 2011 09:14 PM PST

Suri Cruise.

ANAK kepada pasangan Tom Cruise dan Katie Holmes iaitu Suri Cruise diumumkan sebagai anak selebriti paling berpengaruh di Hollywodd dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh Daily Beast.

Pengaruh Suri diekori rapat oleh anak perempuan David dan Victoria Beckham iaitu Harper Seven Beckham yang berada di tempat kedua senarai itu.

Antara penyebab mereka tersenarai adalah berdasarkan populariti menghiasi majalah-majalah dan selain ibu bapa mereka menjadi tumpuan ramai.

Nama lain yang tersenarai adalah seperti Shiloh, Max Anthony, Mason Disick dan Jayden Federline.

Berikut adalah senarai 10 anak selebriti yang paling berpengaruh di Hollywood.

1. Suri Cruise (anak kepada Tom Cruise - Katie Holmes)

2. Harper Seven Beckham (David - Victoria Beckham)

3. Shiloh Jolie-Pitt (Brad Pitt - Angelina Jolie)

4. Max Anthony (Marc Anthony - Jennifer Lopez)

5. Mason Disick (Scott Disick - Kourtney Kardashian)

6. Honor Marie Warren (Cash Warren - Jessica Alba)

7. Cruz David Beckham (David - Victoria Beckham)

8. Vivienne Jolie-Pitt (Brad Pitt - Angelina Jolie)

9. Violet Anne Affleck (Ben Affleck - Jennifer Garner)

10. Jayden Federline (Kevin Federline - Britney Spears)

Ezlynn & Adam nak berbasikal di Sepanyol

Posted: 21 Dec 2011 09:09 PM PST

pix_middle
pix_topright

SESUDAH lebih sebulan menempuh gerbang perkahwinan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hi Hi, Bye Bye, Ezlynn kelihatan semakin berseri-seri di samping suami tersayang yang merangkap pengurusnya, Adam Fahmy Shamsudin.

Pasangan yang sama ceria itu selamat diijabkabulkan di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur pada tarikh cantik, 20.11.2011 lalu.

Kini Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin, 30, dan Adam, 35, bakal mengikut jejak langkah pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey apabila butik barang kemas terkenal, Rafflesia The Pearl Centre bakal menaja majlis resepsi mereka menerusi satu acara persandingan yang penuh gilang gemilang pada 11 Januari depan.

Apa yang menarik, tajaan mewah itu meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki bagi pasangan mempelai berkenaan selain hiasan dewan serta jamuan enak untuk tetamu yang hadir.Selain itu, busana pengantin berona emas yang bakal diperagakan penyanyi bersuara merdu itu juga nyata bukan calang-calang kerana ia akan dihiasi mutiara daripada Rafflesia.Ezlynn akan menyarungkan dua gaun pengantin mewah, sehelai berwarna kuning 'champagne' bertatahkan Mutiara Laut Selatan manakala sehelai lagi rona keemasan yang berhiaskan Mutiara Hitam Tahiti dengan setiap butir berharga RM80,000 hingga RM100,000 manakala Adam akan bergaya dengan sut Lord's Tailor.


Majlis persandingan bertemakan Sepanyol Di Musim Luruh itu akan memilih rona emas, kuning dan coklat. Ia juga akan menampilkan hidangan lazat dengan tema makanan set Mediterranean.

Antara menu hidangan itu ialah Fresh Tiger Prawn Cocktail & Waldorf Salad with Orange Citrus Dressing, Creamy Pumpkin Soup with Salmon Strip, Oven Baked Norwegian Salmon with Seafoof Ragout, Tomato Salsa with Creamy Mashed Potatoes & Sweet Potatoes dan disudahi dengan pemanis mulut, Chocolate Mousse Cake Torte with Raspberry Coulis.

Ia hasil sentuhan Junior Sous Chef Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, Chef Abu Suffian Mohd Lazim.

Pada masa sama, majlis persandingan Ezlynn menjadi lebih bermakna dengan kehadiran kek perkahwinan yang paling mahal dalam sejarah perkahwinan di Malaysia apabila kek itu akan ditaburi mutiara Rafflesia.

Pegawai publisiti Rafflesia, Bill Bora berkata, kek indah itu akan menjadi satu sejarah buat pasangan terbabit.

Selain itu, bintang jelita, Neelofa turut mencipta kasut tumit tinggi yang akan dipakai Ezlynn pada majlis itu nanti.

Walaupun Rafflesia menaja keseluruhan majlis itu, Ezlynn dan pasangannya tetap berbincang untuk mendapatkan kepuasan dan cita rasa mereka sendiri.

"Semoden mana pun majlis ini dan apa pun tema yang dipilih, saya mahu ia dimulakan dengan doa selamat serta kami juga mahu kedua-dua orang tua kami hadir di majlis ini," kata Ezlynn ketika ditemui pada majlis memperkenalkan menu hidangan itu, malam kelmarin.

Jika pada majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza lima tahun lalu Ezlynn sempat menyumbangkan lagu, dia turut menaruh harapan agar Siti akan turut menyanyi sebagai hadiah buat dirinya dan Adam.

"Selain Siti, saya juga teringin rakan artis seperti Adibah Noor, Anuar Zain dan Alyah menyanyi untuk majlis resepsi saya itu. Dengan tema Sepanyol, kalau boleh biarlah semua lagu Latin disampaikan pada malam itu.

"Saya juga akan menyanyi pada malam itu," kata Ezlynn sambil membetulkan skirt hitam pendeknya yang kembang itu.

Menariknya, bercakap soal bulan madu, mereka berdua ingin pergi makan angin ke Sepanyol dan mahu berbasikal untuk mengembara ke pekan kecil di negara menarik itu.

Sudah mula intai produk bayi

MENJELASKAN lebih lanjut mengenai kehidupan mereka selepas berumah tangga, Ezlynn berkata, dia masih sibuk dengan pertunjukan pentas.

"Walaupun begitu, kami berdua sempat mencuri masa membeli perkakas rumah dan barang keperluan harian bersama. Selain itu, kami berdua juga sudah mula intai produk keperluan bayi. Entahlah rasa teruja sangat walaupun kami belum ada perancangan untuk menimang anak dalam masa terdekat ini," ujarnya.

Pasangan sama cantik sama padan ini mengharapkan sepasang cahaya mata untuk menceriakan hidup mereka berdua tetapi tidak kisah kalau dikurniakan cahaya mata yang ramai.

"Perubahan ketara saya selepas berkahwin adalah memasak untuk suami. Saya juga seronok belajar masak daripada ibu mentua beberapa masakan kegemaran Adam seperti ayam masak halia, daging masak kicap dan sambal udang.

"Selain itu, Adam juga tidak cerewet soal makanan sebab dulu dia biasa tinggal di Australia selama empat tahun dan selalu ke luar negara. Dia makan saja apa yang saya masak tanpa mengomel.

"Peliknya, selepas berkahwin Adam sudah boleh makan makanan pedas kerana sebelum ini dia memang tak makan pedas. Mungkin dah berjangkit daripada saya yang suka makan pedas," ujar Ezlynn.

Bercerita mengenai perjalanan karier seninya, Ezlynn mengucapkan kesyukuran dengan segala limpah rezeki yang dikurniakan Allah SWT walaupun kini sudah memegang status isteri.

Menurut Adam yang turut menjadi pengurus kepada pelakon Juliana Evans, kerja menguruskan karier isteri sendiri tidak seperti pekerjaan lain kerana ia memerlukan komitmen, dedikasi dan tanggungjawab yang lebih.

Ezlynn akui sangat tenang dan yakin dengan masa depannya diuruskan suami sendiri kerana ia dapat mengurangkan risiko pengurus sentiasa bertukar ganti dan tidak kekal lama yang kerap berlaku di kalangan artis masa kini.

"Selain itu, kelebihan yang kami peroleh ialah kami sentiasa dapat bersama sebab saya rasa setiap pasangan berkahwin kalau boleh mahu luangkan masa berkualiti bersama-sama dan ini agak sukar bagi pasangan lain kerana mereka bekerja berasingan," tambah Ezlynn.

Dalam kesibukan merencana majlis persandingan, Ezlynn tidak lupa kepada bidang nyanyian yang sudah sebati dengan dirinya.

"Walaupun saya sudah bergelar isteri, karier nyanyian tetap menjadi keutamaan kerana suami sudah memberi keizinan untuk bergerak aktif dalam bidang ini.

"Selain itu, saya turut berminat untuk terus berlakon kerana bidang seni ini tidak terhad kepada bidang nyanyian saja. Oleh itu, saya mahu melebarkan bakat lakonan saya untuk dinilai penonton," jelas Ezlynn.

Sebelum ini, Ezlynn membintangi filem seperti Zombi Kampung Pisang, Diva Popular, Bilut dan sebuah lagi filem yang akan ditayangkan iaitu Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit.

Single terbaru Ezlynn juga akan menemui peminatnya pada Februari depan berjudul Dusta. Single terbaru ini adalah hadiah buat peminat setianya yang sudah lama ternanti-nanti lagu terbaru daripada penyanyi serba boleh itu.

Ezlynn turut dalam proses mengumpul material untuk album terbaru dan masih lagi mencari lagu daripada komposer yang dapat menghasilkan lagu yang menepati genre dan jiwa penyanyi berambut kerinting itu.

Sementara itu, Ezlynn dan Adam turut bersama-sama berganding bahu membangunkan syarikat Ezlynn Entertainment Sdn Bhd yang menguruskan perjalanan karier lebih ramai artis tempatan dan model komersial.

Syarikat itu mempunyai anak syarikat yang akan menguruskan acara perkahwinan atau bertindak sebagai 'wedding planner'.

BNM perkenal not, syiling baru

Posted: 21 Dec 2011 09:05 PM PST

pix_middle

KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.


Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.

Semua mata wang kertas dan polimer 'berwajah' baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.


Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.


Bertemakan 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.


Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.

Silap potong!

Posted: 21 Dec 2011 09:03 PM PST

MALANG...penduduk kampung menziarahi  Mohd Iskandar (tengah) dan Mohd Shah selepas menyertai program berkhatan November lalu.
MALANG...penduduk kampung menziarahi Mohd Iskandar (tengah) dan Mohd Shah selepas menyertai program berkhatan November lalu.

JITRA: Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.

Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. "Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat," kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.


"Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya," kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.

"Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. "Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. "Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan," katanya.


Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.

‘Mujur tak hempap budak’

Posted: 21 Dec 2011 09:00 PM PST

TUMBANG...pokok yang tumbang di taman permainan kanak-kanak di Pangsapuri Merak, Subang.
TUMBANG...pokok yang tumbang di taman permainan kanak-kanak di Pangsapuri Merak, Subang.

SUBANG: "Nasib baik ketika pokok tumbang tiada kanak-kanak yang bermain di taman permainan ini. Jika tidak pasti ada yang parah dan mungkin maut," kata penghuni Pangsapuri Merak, Muhammad Najwan Adzmi, 25.

Katanya, kejadian ribut yang kuat jam 9 malam pada Sabtu lalu itu menyebabkan sebatang pokok di taman berkenaan tumbang dan menghempap alat permainan pada hari berkenaan.


"Terdapat 11 pokok di sekitar taman ini dan berusia hampir 10 tahun. Selepas kejadian itu, kami bimbang kejadian sama berulang dan berlaku tanpa dijangka.

"Ini kali pertama berlaku dan saya difahamkan pokok ini tumbang berikutan akarnya yang tidak kuat mencengkam disebabkan lapisan bawah tanah adalah konkrit," katanya ketika ditemui.


Penduduk yang mahu dikenali, Taib, 34, berkata keadaan struktur tanah yang lemah sudah tidak sesuai untuk menampung pokok yang tinggi dan berharap pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) memotong pokok berkenaan.


"Mungkin pihak JMB boleh menanam pokok yang renek untuk menggantikan pokok berkenaan kerana perlu diutamakan sekarang keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman ini."Lagipun pokok ini menghadap parkir kenderaan penghuni dan berkemungkinan tumbang bila-bila menghempap kereta," katanya.


Sementara itu, penyelenggara bangunan pangsapuri berkenaan, Zakaria Zailani, berkata walaupun kejadian ini tidak meragut nyawa penduduk, pihaknya akan bertindak segera bagi memastikan keselamatan penghuni terjamin."Setiap bulan kawasan taman permainan ini diselenggara pihak pengurusan dengan memotong dahan yang tua selain membersihkan kawasan permainan berkenaan," katanya.

Rawatan sehingga ke hujung kaki

Posted: 21 Dec 2011 08:58 PM PST

WAJAH...untuk kulit bermasalah, Spa De'Daun menggunakan produk rawatan wajah Bio Pearl.
WAJAH...untuk kulit bermasalah, Spa De'Daun menggunakan produk rawatan wajah Bio Pearl.

MELANGKAH kaki memasuki Spa De'Daun, salun dan gimnasium yang terletak di Seri Kembangan, Selangor, mata bagaikan terpesona pada susun atur serta seni hias yang ringkas namun menyerlah. Penggunaan bahan semula jadi seperti kayu serta batu sungai memberi definisi yang sama kepada dekorasi spa yang biasa dilihat, namun menariknya apabila ruang yang kecil itu digunakan sepenuhnya menerusi bilik yang tersembunyi di dalamnya.

Ketenangan terasa tatkala aroma segar halia dan serai menusuk ke hidung, ditambah alunan irama muzik Indonesia yang pastinya membuai perasaan seakan-akan mahu segera badan diurut juruterapi. Sambil menunggu, anda dihidangkan secangkir teh halia pekat dan panas yang menyegarkan.

  • Foto

    SALUN...rawatan untuk kulit kepala bermasalah turut disediakan.

  • Foto

    SAUNA...sauna tradisional dengan bahan herba membantu meningkatkan kesegaran tubuh.

  • Foto

    GIMNASIUM...pelanggan bukan saja menjaga kecantikan wajah malah kesihatan terjaga menerusi perkhidmatan gimnasium.

Spa yang dibuka pada 31 Oktober 2010 itu bukan saja menyediakan rawatan muka dan badan tetapi pusat sehenti untuk kesihatan dan juga penggayaan rambut menerusi gimnasium dan salun yang bukan saja memudahkan wanita mendapatkan rawatan terbaik, malah memberi keselesaan kepada mereka kerana berkonsepkan Muslimah.

Menurut pemilik Spa De'Daun, Siti Noorul Ainee Mohd Yusoof, menyedari wanita moden kini sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan, dia terpanggil untuk menyediakan pusat rawatan yang bukan saja merangkumi penjagaan kecantikan wajah dan tubuh semata-mata, sebaliknya dilengkapi peralatan gimnasium bagi memudahkan wanita meluangkan masa menjaga kesihatan mereka."Saya percaya kecantikan datang dari tubuh yang sihat. Justeru, apabila kita mendidik wanita untuk menjaga kesihatan, secara tidak langsung kesegaran tubuh serta keserian wajah terpancar. Dengan adanya perkhidmatan salun walaupun kebanyakan pelanggan bertudung, namun mereka juga perlu menjaga kebersihan rambut kerana ia juga termasuk dalam tuntutan Islam," katanya yang mempunyai jurusan dalam bidang Biokimia dan pernah menjadi tenaga pengajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.Ainee yang optimis pada bidang kecantikan mengakui sebelum ini dia membuka agensi pelancongan dan restoran tetapi dengan niat ingin membantu wanita, dia cuba menceburi bidang yang sangat menjanjikan pengalaman berharga.


"Saya banyak belajar bagaimana memberikan yang terbaik kepada pelanggan terutama dari segi memuaskan hati mereka serta menyediakan perkhidmatan kecantikan daripada hujung rambut hingga kaki," katanya.

Kini pusat rawatan ini bukan saja menyediakan rawatan wajah merangkumi kulit bermasalah serta penuaan kulit, malah menyediakan kelengkapan sauna sama ada secara tradisional dan moden. Bagi penggemar gaya tradisi mereka boleh memilih sauna herba yang disediakan di dalam ruang bertutup dengan di bawahnya terdapatnya pelbagai herba tradisional seperti halia, serai dan daun yang mempunyai khasiat tersendiri.

Di sebelahnya pula terdapat bilik comel seakan-akan seperti bilik air dengan pancuran air yang menyediakan mandian haba selepas bersauna. Menariknya jika sauna hanya menyediakan haba yang dikeluarkan dalam keadaan kering, sebaliknya mandian haba boleh mengeluarkan cecair dalam suhu ditetapkan bagi memberi kesegaran kepada wanita. Selepas bersauna, pelanggan boleh terus memanjakan diri dengan mandi di dalam ruang yang sama.

"Secara tidak langsung rawatan ini dapat melegakan badan dan menenangkan minda menerusi pengeluaran haba yang dapat mengurangkan tekanan selepas penat bekerja.

"Secara saintifiknya, semakin kulit kita menerima tekanan haba, kadar pembebasan bahan kimia daripada badan turut meningkat. Dengan rawatan mandian haba, bahan kimia itu dapat dikurangkan, sekali gus membantu mengatasi tekanan," katanya.

Tambahnya lagi, ketika melakukan rawatan sauna dan mandi haba ini, toksin dapat dikeluarkan ketika proses perpeluhan dan ia membantu meningkatkan kadar denyutan jantung serta metabolisma dalam badan.

"Keadaan ini sama seperti bersenam dan bersukan. Oleh itu, wanita digalakkan duduk dan bertenang dalam bilik sauna seterusnya mereka akan merasai perpeluhan yang membantu membakar lemak yang tidak diperlukan oleh badan," ujarnya.

Bagi yang mengalami masalah kulit, mandian haba ini membantu mengurangkan masalah jerawat dengan cara peningkatan kadar denyutan jantung dan ini meningkatkan kadar aliran darah ke kulit.

Pada kadar biasa, hanya 10 peratus yang mengalir ke kulit dan apabila suhu meningkat, kadar aliran meningkat kepada 30 hingga 40 peratus. Kadar aliran yang tinggi akan membantu membekalkan oksigen yang mencukupi untuk kesihatan kulit.

Namun mandian ini hanya sesuai dilakukan pada kadar 20 minit saja dan tidak lebih tiga kali seminggu. Ini bagi memastikan tiada kesan lain yang boleh mengganggu kelancaran darah. Bagi penghidap penyakit kronik seperti lemah jantung, kencing manis atau kanser, mereka tidak digalakkan melakukannya kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Jelas Ainee, bagi ibu mengandung terutama yang sudah melepasi fasa tiga bulan ke atas boleh melakukan mandian haba tetapi dalam jangka masa yang disyorkan juruterapi.

Selain rawatan moden, Spa De'Daun turut menyediakan pakej urutan bagi ibu selepas bersalin sama ada untuk urut Bali atau tradisional Melayu. Walaupun kedua-duanya seakan-akan sama, namun teknik digunakan sedikit berbeza.

"Urut Bali lebih kepada memberi tumpuan kepada urat di sekitar badan dengan memberi lebih tekanan kepada bahagian tertentu. Namun terpulang kepada pelanggan sama ada mahukan urutan yang agak keras atau sederhana saja," katanya.

Bagi rawatan wajah, Spa De'Daun menyediakan pakej untuk kulit bermasalah menggunakan produk Bio Pearl dari Itali. Juga untuk pemulihan antipenuaan, rawatan bibir, rawatan kuku tangan dan kaki turut disediakan.

Bagi wanita yang ingin mendapatkan perkhidmatan di gimnasium boleh datang pada bila-bila masa saja dengan bayaran RM10 atau boleh menjadi ahli untuk tempoh sebulan atau enam bulan.

Pada masa hadapan, Ainee berharap dapat meluaskan lagi perniagaan dalam bidang kecantikan kepada kolej akademi kecantikan bagi membolehkan sesiapa juga terutama wanita menceburi bidang perniagaan.

Bayi berkepala 2

Posted: 21 Dec 2011 07:41 PM PST

SIHAT...bayi berkepala dua yang dilahirkan di Brazil.
SIHAT...bayi berkepala dua yang dilahirkan di Brazil.

BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.

Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.


Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.

Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.


Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.


Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk."Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. "Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.


"Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. "Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat," kata de Vasconcelos.Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.


"Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah," katanya.


Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.


Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini.


Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.


Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya.

Hafiz ada ‘barang’ baru

Posted: 21 Dec 2011 07:39 PM PST

  • Foto

    Hafiz

  • Foto

  • Foto

Giat promosi lagu terbaru Watak selepas kejayaan Masih Jelas, Noktah Cinta, Awan Nano

SELEPAS tiga lagu solonya, Masih Jelas, Noktah Cinta dan Awan Nano mendapat sambutan hangat dan reaksi positif, penyanyi muda berambut kerinting ini sekali lagi tampil dengan 'barang' baru berjudul Watak.Satu demi satu lagu solonya mendapat sambutan memberangsangkan termasuk kejayaan Awan Nano, yang meraih lebih pendengar secara global, Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip akan berkunjung ke Jakarta awal tahun depan bagi mempromosikan lagu terbarunya.
Tuah badan, hasil duetnya bersama Nidji menerusi lagu Laskar Pelangi di suatu persembahan lewat ini, membuatkan peluang bekerjasama dengan syarikat rakaman dari negara seberang terbuka luas.

Langkahnya kini dilihat lebih utuh selepas beberapa kejayaan diciptanya termasuk memenangi anugerah Vokal Terbaik dan tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) dengan lagu Noktah Cinta.

Lagu solo pertamanya, Masih Jelas layak hingga ke peringkat akhir pada anugerah sama sebelumnya. Kali ini sekali lagi lagu taruhannya, Awan Nano layak ke peringkat akhir AJL26 yang akan berlangsung pada 29 Januari depan.

Ini adalah pencapaian membanggakan apabila Hafiz berjaya tiga kali berturut-turut sertai anugerah yang bukan saja mempertaruhkan kekuatan seni cipta lagu, malah kekuatan vokal seseorang penyanyi itu.
Berkongsi perasaan, Hafiz bersyukur kerana ketiga-tiga lagu solonya itu mendapat penerimaan yang baik dan ini mendorongnya mengekalkan persembahan terbaik pada anugerah yang disertainya.

"Lagu Awan Nano mempunyai struktur yang kuat dan kemungkinan daripada penghayatan yang saya bawakan, lagu itu menjadikan lebih bermakna.

"Lagu ini juga menyentuh kehidupan yang lain dan karakter di muka bumi ini, lalu sedikit sebanyak membangkitkan kesyahduan setiap pendengar. Dengan izin tuhan dan adanya rezeki, mungkin saya akan mengulangi kemenangan lalu serta semestinya saya menjanjikan persembahan terbaik," katanya yang ditemui di Konsert Akhir Reunion AF di Setiawangsa, baru-baru ini.

Pada malam konsert itu juga, Hafiz rasa sedih kerana berakhirnya program realiti yang menggilap bakat ramai bintang.

"Saya pun dilahirkan menerusi program ini. Semestinya saya rasa bersyukur, berbangga walaupun kini ia sudah menjadi memori. Menyertai AF adalah pengalaman terbaik dan berterima kasih kepada pihak yang menyediakan landasan untuk kami mewarnakan lagi pentas hiburan tanah air.

"AF adalah program yang menjadi ikutan orang ramai, tidak kira lingkungan usia, dari remaja hingga yang berkeluarga dan dengan penamatan program ini bermakna berhentinya fenomena. Namun di sebalik itu kami tidak akan melupakan AF, kerana inilah asal usul kami," tambahnya lagi.

Boleh dikatakan, Hafiz adalah segelintir peserta AF yang sinarnya tidak pudar sejak menjuarai AF musim ketujuh pada 2009. Tidak sekadar mengungguli bersama barisan peserta AJL26, Hafiz juga dicalonkan sekali lagi pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) dalam pencalonan awal bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Agak terkejut apabila diberitahu mengenai perihal tersebut, Hafiz mengakui dirinya tidak tahu menahu dirinya tersenarai di kalangan 20 penyanyi lelaki popular tanah air. Pada masa sama, dia bersyukur kerana diberi peluang sejak 2009 lagi untuk terus memeriahkan dunia hiburan tempatan.

Di sebalik kejayaan yang diperoleh sebagai penyanyi, Hafiz meletakkan sisi peribadinya di tepi dan mengharapkan kerjayanya lebih dijadikan perhatian berbanding hal percintaannya bersama Adira.

Sama seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, dia akui hubungannya bersama bintang AF8 itu tidak lebih daripada sekadar kawan biasa dan sememangnya mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sebelum ini.

"Dari dulu saya pernah katakan kami masih dalam tempoh mengenali hati budi masing-masing, walaupun saya mengaku saya rapat dengannya tapi itu tidak bermakna kami bercinta. Kami mahu lebih fokus dengan kerjaya dan karier seni masing-masing.

"Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana saya pun mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Saya akui sisi peribadi saya menjadi perhatian orang ramai kerana status sebagai artis tapi kes seperti ini tidak sepatutnya menyekat kegiatan harian saya.

"Saya sama seperti orang lain mempunyai perasaan dan saya tidak suka perkara seperti ini diperkatakan serta sebaiknya ia diletakkan di tempat kedua selepas kerjaya," ujarnya.

Merlin lebih dramatik

Posted: 21 Dec 2011 07:34 PM PST

pix_gal0
Keakraban di lokasi rahsia persefahaman

DI dalam siri televisyen, Merlin, hubungan antara ahli sihir muda bernama Merlin dengan tuannya, Arthur digambarkan cukup akrab dan hakikatnya situasi sama berlangsung di luar skrin apabila kedua-dua pendukung watak utama, Colin Morgan serta Bradley James sememangnya bersahabat baik.Empat musim berganding bahu menjayakan produksi sama membuatkan mereka boleh berkongsi apa saja namun yang pasti, masing-masing sentiasa berusaha mempertajamkan skil lakonan demi memastikan kisah epik pengembaraan itu terus meraih perhatian ramai.
Mengakui menghilangkan tekanan berada di set dalam tempoh lama dengan menjadikan lokasi sebagai tempat menyeronokkan, gurauan dan usikan nakal antara rahsia melupakan lelah.

"Apabila bekerja kami sentiasa ketawa malah tidak semua babak tegang kerana adegan lucu Arthur dan Merlin dilihat mampu mengurangkan debaran penonton yang disogokkan pertarungan atau babak mendebarkan dan secara teknikalnya ia juga dapat meredakan keletihan kami.

"Boleh dikatakan kami tidak terasa seperti bekerja kerana berada di bawah pengarah seperti Alice Troughton, Alex Pillai, Justin Molotnikov dan Jeremy Webb umpama suntikan segar terhadap skil lakonan kami ," kata Colin sambil tertawa.

Mereka diwawancara khas secara langsung oleh beberapa wakil media Malaysia menerusi laman maya Skype terus dari United Kingdom ke Seri Pentas Bandar Utama dalam sesi yang berlangsung kira-kira setengah jam.
Daripada temu bual secara maya ini, kedua-duanya menggambarkan musim terbaru Merlin sebagai semakin matang, penuh drama serta lebih aksi pertarungan berbanding tiga musim terawal.

Berbeza dengan James yang tidak nampak perubahan dari rupa fizikalnya, Colin pula kelihatan agak macho dengan imej jambang namun yang pasti mereka ramah melayani pertanyaan media baik mengenai siri berkenaan mahu pun sisi peribadi.

"Ya, tempoh yang lama di lokasi membuatkan kita mengenali rakan lain dengan lebih dekat. Bukan saja Colin, saya juga seronok berdampingan dengan Angel Coulby (Guinevere), Katie McGrath (Morgana Pendragon), Nathaniel Parker (Agravaine de Bois), Anthony Head (Uther Pendragon) dan ramai lagi.

"Selain pengarah yang sedia mendengar komen atau idea, antara pelakon juga saling melontarkan buah fikiran. Kami banyak berbincang biarpun sebenarnya lebih banyak berlawak daripada berkongsi pandangan secara serius," tambah Bradley.

Mengorek lagi rentetan episod demi episod kerana dikhabarkan selepas Arthur menduduki takhta Merlin bakal membongkar kebolehan keajaibannya, masing-masing sekadar berpandangan sambil tertawa kecil.

Akui Colin yang juga kelahiran Republik Ireland, biarlah menjadi rahsia kerana kuasa jahat yang cuba menakluk Camelot selain usaha Morgana dan sekutu jahatnya membawa sebarang kemungkinan apatah lagi selepas terbukanya pintu laluan sakti ke dimensi lain.

"Kalau saya buka mulut satu persatu mengenai plot, tentu ia tidak lagi mendebarkan kerana setiap episod menjanjikan kepuasan tambahan pula dalam musim ini kuasa jahat bergabung untuk merampas Camelot dan jajahannya.

"Penonton juga tentu tidak menjangka karektor Merlin bakal berubah apabila dalam usaha menyelamatkan Arthur dan Camelot, dia berdepan pelbagai dugaan yang menyebabkan dia perlu membuat pilihan sama ada menonjolkan kemampuan sebenar atau terus berahsia," dedahnya memberi sedikit petanda.

Bagi James, watak anak raja yang sudah bergelar raja itu semakin mencabar apabila dia perlu bertempur di medan perang dengan menonjolkan skil menunggang kuda dan aksi lawan pedang yang hebat.

Begitupun, babak lasak tidak membimbangkan aktor berusia 28 tahun itu sebaliknya perlu memakai kostum pahlawan Camelot yang berat antara situasi yang membuatkan pergerakannya perlu diseimbangkan.

"Bertuah jadi Merlin sebab tak perlu pakai kostum, cukup dengan jubah labuh tetapi saya perlu mengenakan persalinan serba sarat berjam-jam lamanya. Bayangkan kalau cuaca panas, berpeluh satu badan," kongsinya yang tetap tertawa mengenang pengalaman di lokasi.

Cuma tambahnya paling mencabar dalam episod kali ini adalah ketika menjalani penggambaran di istana lama di Wales yang sepanjang penggambaran dipenuhi ramai pelawat apabila ada di antara mereka mengganggu tugasan.

"Pancaran cahaya kamera dan bunyi bising adalah masalah yang perlu kami tangani. Saya menghargai sokongan ramai tetapi sikap segelintir pengunjung kadangkala merosakkan agenda pada hari berkenaan.

"Namun kami melihat perkara itu dari sudut positif sekali gus menunjukkan maklum balas peminat kerana ketika musim terawal dulu lokasi warisan itu kurang pengunjung sebaliknya sekarang ia cukup meriah dan semakin terkenal," kata Bradley lagi yang terharu dengan sambutan penonton termasuk di Malaysia.

Perbualan juga terarah kepada persediaan menyambut Krismas yang hanya tinggal beberapa saja hari lagi yang menurut mereka bakal diraikan bersama keluarga tersayang.

Siri Shine TV dan BBC Wales, episod pengenalan Merlin musim ke empat bermula pada 16 Disember lalu selama dua jam bermula 10 malam manakala episod seterusnya dapat diikuti di slot Mega Movie setiap Ahad waktu yang sama mulai 18 Disember.

Menonjolkan tema The Darkest Hour Is Just Before The Dawn, siri pengembaraan fantasi British itu bakal memaparkan sisi gelap dan personaliti berbeza setiap karektor.

'Saya rindu Misbun'

Posted: 21 Dec 2011 07:32 PM PST

pix_gal0
Chong Wei mahu 'berguru' semula demi kejar emas Sukan Olimpik

IBARAT pepatah 'aur dengan tebing', jelas sekali ikatan di antara Lee Chong Wei dan mentornya, Datuk Misbun Sidek masih kuat.Semalam, pemain badminton nombor satu dunia itu akur betapa dia masih menagih sentuhan bekas jurulatihnya ketika digamit ujian amat getir mengejar pingat emas di Sukan Olimpik 2012 yang berbaki kira-kira lapan bulan lagi. Ringkasnya, dia tampak tidak kisah untuk kembali 'berguru' dengan Misbun.
"Sekarang tinggal kira-kira lapan bulan saja lagi (Olimpik) dan saya mahu meningkatkan skil dan mengekalkan tahap kecergasan diri. Selain itu apa yang penting ialah memastikan tidak berlaku kecederaan terhadap diri saya.

"Saya tidak kisah siapa saja boleh memberi pandangan dan melatih saya dalam tempoh ini. Semua orang boleh bekerjasama dalam membantu meningkatkan prestasi dan corak permainan saya," katanya dalam sidang media selepas menjadi Duta Rasmi kepada jenama Cafe 99 Ipoh White Coffee di Shah Alam, semalam.

Chong Wei mengutarakan dia tidak boleh membuat apa-apa keputusan jika dia mahukan bimbingan Misbun kerana terikat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan akur harus ikut sahaja.

Enakmen cegah murtad perlu dilaksana segera

Posted: 21 Dec 2011 07:28 PM PST

Sebahagian besar negeri sudah gubal: Jamil Khir

PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya undang-undang berkaitan pencegahan murtad yang diwujudkan di sebahagian besar negeri di Malaysia sejak 1980-an dikuatkuasakan sepenuhnya bagi membendung gejala itu, termasuk mengenakan tindakan terhadap mereka yang didapati cuba memesongkan akidah umat Islam di negara ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata enakmen berkaitan murtad sudah diwujudkan lama dulu bagi membendung gejala itu, tetapi tidak dikuatkuasakan sepenuhnya menyebabkan ada pihak menganggap tidak ada peruntukan undang-undang berkaitan isu itu.
"Undang-undang mengenai murtad itu perlu dikuatkuasakan sepenuhnya berikutan perkembangan terkini sejak kebelakangan ini yang membabitkan akidah umat Islam hingga menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat"

Jamil Khir Baharom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Beliau berkata, negeri yang sudah mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam Negeri-Negeri ialah Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Negeri yang belum ada enakmen berkenaan pula ialah Perak, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

"Kita mengambil ketetapan supaya negeri yang belum menguatkuasakan enakmen atau diwartakan (supaya berbuat demikian) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengatur pertemuan dengan jabatan dan majlis agama Islam negeri.

"Kita akan maklumkan kepada jabatan dan majlis agama mengenai kewujudan enakmen ini (dan) dikuatkuasakan supaya rasa kebimbangan (mengenai gejala murtad) ini dapat diselesaikan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membincangkan isu berkenaan di sini, semalam.
Beliau berkata, undang-undang mengenai murtad itu perlu dikuatkuasakan sepenuhnya berikutan perkembangan terkini sejak kebelakangan ini yang membabitkan akidah umat Islam hingga menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

Tertuduh dalam enakmen berkenaan dibicarakan di mahkamah sivil kerana ia turut membabitkan orang bukan Islam.

Katanya, bagi Wilayah Persekutuan, draf undang-undang berkaitan dalam peringkat akhir disiapkan dan perlu dibentangkan ke Parlimen untuk kelulusan manakala negeri lain di bawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri masing-masing.

"Kita juga sudah ada contoh kes menggunakan enakmen berkenaan yang mana tertuduh dikenakan denda dan penjara di Pahang pada 2002," katanya.

Jamil Khir berkata, masyarakat perlu disedarkan mengenai kewujudan undang-undang berkaitan manakala pihak berkenaan perlu menguatkuasakan sepenuhnya dalam usaha membendung gejala murtad.

"Ia boleh memberikan kesan psikologi kepada orang ramai bahawa ada undang-undang berkaitan murtad di negara ini dan masyarakat juga tahu di mana hendak mengadu jika ada isu," katanya.

Selain isu murtad, katanya, JAKIM juga akan bekerjasama dengan NGO Muslim yang lain bagi menangani gejala lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang berlaku sejak kebelakangan ini.

"Perkongsian maklumat dengan NGO penting bagi membolehkan JAKIM mengambil tindakan perlu jika sesuatu isu berkaitan LGBT timbul di kalangan masyarakat.

"LGBT dan seksualiti merdeka adalah di luar nilai masyarakat dan ditentang semua agama dan diharamkan Islam," katanya.

AC Mizal nafi gagal dalam perniagaan

Posted: 21 Dec 2011 07:09 PM PST

Banyak cerita tak enak dikaitkan dengan AC Mizal sejak akhir-akhir ini. Antaranya dikatakan sudah jatuh gara-gara kegagalan perniagaan jualan langsungnya.
Kehadirannya melancarkan rangkaian sosial baru buatan Malaysia, mface hari ini membuktikan cerita negatif itu tidak sah. AC ialah Pengerusi mface yang dilancarkan penuh meriah dengan sokongan lebih 60 selebriti popular.
"Saya tahu macam-macam cerita pasal saya, ada yang kata saya mengalami masalah dan sudah jatuh. Kalau saya dah jatuh takkan saya mengadakan majlis malam ini," kata AC kepada media.
Dia sentiasa memandang positif walaupun sentiasa dihujani kritikan dan sebaran cerita sensasi yang tak benar.
"Saya selalu membaca fan page facebook Perdana Menteri. Dia lagi banyak dihemtam. Apalah sangat yang saya kena ni," katanya.
Dalam ucapannya AC mengumumkan artis yang ada di majlisnya akan diberikan 100,000 saham mface. Seramai 60 artis akan dapat saham itu apabila mface disenarai di Bursa Malaysia bila mencecah sejuta pelanggan.
Antara artis yang hadir termasuk Zizan Raja Lawak, Abby Abadi, Zain Saidin, Adlin Aman Ramli, Linda Rafar, Amyza Aznan, Azza, Maulana, Forteen, Afdlin Shauki dan ramai lagi.
"Saya menawarkan saham kepada artis kerana mereka mempunyai ramaii peminat dan boleh membawa ramai pengikut menyertai mface. saya yakin dalam masa sekiitar dua bulan boleh mencecah sejuta yang menyertai mface," katanya.

Industri muzik Malaysia dan Indonesia kukuhkan lagi kerjasama

Posted: 21 Dec 2011 07:07 PM PST

Satu memorandum persefahaman (MoU) di antara Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM), Asosiasi Industri Rekaman Indonesia (ASIRI) dan PT.AS Industri Rekaman Indonesia (ASIRINDO) telah ditandatangan di DEA Tower 1, Mega Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia pada 14 Disember lalu.

Menerusi pelaksanaan MOU ini, RIM kini telah merasmikan visinya untuk memupuk hubungan erat di antara industri muzik Malaysia dan Indonesia yang berkongsi hubungan budaya yang erat dan bahasa yang sama.

RIM serta anak syarikat perlesenan kolektif milik sepenuhnya, PPM bersama-sama dengan rakan-rakan Indonesia, ASIRI dan ASIRINDO akan bekerjasama secara rapat dan agresif untuk pembangunan merentas sempadan hubungan industri muzik dan perniagaan di antara Malaysia dan Indonesia.

Antara inisiatif kerjasama yang dipersetujui adalah sokongan bersama dan pengiktirafan antara satu sama lain rancangan anugerah muzik nasional tahunan iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Muzik Indonesia (AMI) dengan RIM dan ASIRI masing-masing memperuntukkan satu slot rancangan anugerah secara langsung untuk artis-artis rakaman ahli-ahli mereka.

RIM dan ASIRI turut menetapkan sasaran untuk ahli-ahli masing-masing untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 10 buah lagu gabungan Indonesia-Malaysia untuk jualan komersial dalam tahun pertama kerjasama ini.

"Bagi pihak industri rakaman Malaysia, saya mengalu-alukan Memorandum Persefahaman bersejarah ini yang menandakan peningkatan kerjasama dan perdagangan dua hala di antara industri muzik Malaysia dan Indonesia yang akan saling memperkayakan lagi budaya kedua-dua negara.

" RIM kini dipandang sebagai persatuan yang progresif dan berwibawa, dan bersama dengan sumbangan penting perlesenan PPM, kedua-dua badan Malaysia ini telah diakui sebagai antara yang terbaik di rantau Asia Pasifik," kata Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim.

Satu lagi tujuan utama MOU adalah untuk PPM untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman untuk memberi perkhidmatan perundingan pelesenan hakcipta secara kolektif kepada pengurusan ASIRINDO dalam isu-isu pelesenan hak cipta dan melaksanakan kutipan dan pengagihan royalti berdasarkan peruntukan undang-undang Indonesia.

Sementara itu, Pengerusi PPM, Adrian Lim berkata dia amat berbangga kerana PPM dan RIM dapat berkongsi pengalaman dengan industry rakaman Indonesia dalam perlesenan kolektif untuk membantu peningkatan pendapatan perlesenan persembahan awam, penyiaran dan pengeluaran semula yang telah semakin penting untuk syarikat rakaman untuk terus melabur dan menghasilkan artis serta rakaman muzik yang hebat.

Menurut Yessi Kurniawan, Pengurus Besar ASIRINDO, pihaknya membuat keputusan untuk bekerjasama dengan RIM dan PPM kerana kedua-dua organisasi dari Malaysia ini telah membangunkan sistem perlesenan hak cipta kolektif yang baik dan amat telus dalam pengagihan royalti kepada ahli-ahlinya.

"RIM dan PPM adalah dua badan yang berjaya bukan sahaja untuk industri muzik di Malaysia tetapi juga di antara yang terbaik di dunia, dan kami amat berbangga atas kerjasama mereka sebagai rakan kami," kata Yessi.

Ternak itik hasil bantuan zakat

Posted: 21 Dec 2011 07:05 PM PST


LENBAGA Zakat Selangor telah membuka jalan buat Norzaini Jusoh untuk memulakan kehidupan baru setelah menghadapi kegagalan.


SAAT melewati sebatang jalan di pinggiran tasik yang meluas terbentang di Ulu Yam, terasa kagum pada kecantikan alam ciptaan Tuhan. Di sebuah kawasan rumah, rumput yang menutup bumi dipotong pendek. Beberapa batang pohon rambutan berbuah lebat mulai masak meranum. Tasik yang melatari pemandangan menambahkan keindahan. Terdetik di hati, alangkah tenangnya jika dapat bermukim di sini.

Tanpa sedar, konvoi Jejak Asnaf yang diketuai Ustaz Shahril, Pegawai Zakat Agihan Daerah Hulu Selangor rupa-rupanya berhenti di hadapan salah sebuah rumah yang terletak di pinggir tasik berkenaan. Tanpa diduga, daripada tiga buah rumah yang terletak di pinggir tasik itu, salah sebuah daripadanya adalah milik seorang asnaf yang kini sedang berada di garisan penamat kemiskinannya.

Hakikatnya, beliau menjadikan kelebihan rumah di tepi tasik untuk mengembangkan rezeki. Maka kali ini, marilah kita telusuri bersama cerita Norzaini bin Jusoh, 49 yang bakal mewarnai kisah Jejak Asnaf pada kali ini.

"Saya berasal dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Isteri saya, Rozaidah Ahmad juga berasal dari Kuala Lumpur. Kami ini hakikatnya memberanikan diri mencuba nasib di Hulu Selangor.

"Sewaktu di ibu kota dahulu, saya bertukang. Itulah mata pencarian saya. Apabila saya mengambil keputusan berhijrah ke Ulu Yam, saya sebenarnya mengambil risiko yang sangat besar. Ini kerana, saat awal, kami tiada kenalan langsung di sini.

"Pendeknya, tiada sesiapa pun yang boleh dijadikan panduan untuk membuka apa-apa jalan pekerjaan. Bahkan untuk mendapatkan kerja membina rumah pun susah. Itulah sejarah awal kedatangan saya dan keluarga ke Ulu Yam," demikianlah Norzaini memulakan cerita.

Sesekali bunyi ayam dam itik peliharaannya turut mencelah.

"Hampir sahaja saya membuat keputusan pulang semula ke Kuala Lumpur. Tetapi, isteri saya menguatkan semangat. Maka, demi meneruskan kehidupan, saya menggagahkan diri mencari ikan di tasik, mencari rebung, pucuk paku dan sebagainya. Pendek kata, alam semula jadi adalah jalan rezeki saya kala itu.

"Setelah dapat mengumpul duit sedikit demi sedikit, saya mencuba membela itik di tasik di belakang rumah. Maklumlah, tasik ini luas dan rugi jika tidak dimanfaatkan. Mula-mula 100 ekor sahaja. Kemudian 200 ekor dan kemudiannya mencecah 500 ekor . Sempat saya jual dan mendapat pulangannya. Sayangnya, itik-itik saya keracunan dan 500 ekor yang terakhir itu mati begitu sahaja," jelas Norzaini sambil mengenangkan kerugian yang pernah dialaminya.

Menurut Norzaini, kerugian yang melanda menyebabkan dia terpaksa bersusah-payah mencari titik mula rezekinya.

"Teringat juga saya, waktu mula-mula ke sini dahulu, kebetulan ada orang meminta saya untuk memunggah sebuah surau lama. Maka, dengan kayu-kayu bekas surau itulah saya membina rumah untuk keluarga di sini. Mujur saya ini pandai bertukang. Pendek kata semuanya saya bangunkan sendiri.

"Memang perit jika dikenangkan. Semasa susah itu, anak-anak saya menyambut hari raya pun dalam keadaan baju mereka dibeli oleh adik-beradik saya. Tapi tidaklah sampai kami kelaparan. Alhamdulillah, ahli keluarga yang kemudiannya turut berpindah ke sini sudi menghulurkan bantuan," jelasnya

Jelas Norzaini, kaum keluarganya telah berpakat membeli seekar tanah di Ulu Yam dan mereka berkongsi empat orang memilikinya.

"Ketika saya sedih menanggung kerugian akibat kematian itik-itik itulah, saya telah disarankan oleh seseorang agar memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"Akhirnya saya ke Pejabat LZS Cawangan Hulu Selangor. Hasil pertemuan dengan pegawai di sana, saya dibanci dan dikategorikan sebagai asnaf.

"Maka, mulai tahun 2009 saya pun mulai dibantu dengan wang zakat secara teratur," ujarnya lagi.

Berdasarkan rekod LZS, Norzaini yang mempunyai enam orang anak pernah menerima bantuan Ramadan dan hari raya, bantuan pendidikan, bantuan makanan dan bantuan wang bulanan.

Bahkan LZS turut meluluskan bantuan modal penternakan bagi beliau menjalankan semula penternakan itik dan kini ditambah dengan penternakan ayam.

Modal penternakan yang diperolehinya adalah sebanyak RM4,000.

"Hakikatnya, LZS telah membuka jalan buat saya memulakan semula kehidupan. Saya amat menghargainya dan mengucapkan ribuan terima kasih atas semua bantuan ini.

"Ia mengobarkan lagi semangat juang saya untuk menjadi seorang pengusaha dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Jika dahulu, kehidupan saya anak beranak memang susah. Misalnya, bila berhadapan dengan sesi baharu persekolahan, saya mulai risau memikirkan belanja anak-anak. Namun, bantuan zakat telah meringankan semua ini," tambah Norzaini.

Dalam pada itu, berdasarkan unjuran oleh LZS, Norzaini bakal keluar daripada status asnaf zakat pada penghujung tahun 2011.

Demi melengkapkan lagi usaha penternakannya, LZS kini dalam proses memberikan modal tambahan sebanyak RM11,000 lagi kepada beliau.

Bantuan itu khusus bagi membina reban ayam dan itik yang lebih baik. Modal itu juga untuk membesarkan lagi jumlah ternakannya.

"Syukur kepada Allah, kini saya mulai mampu memperolehi pendapatan melebihi RM1,000 setiap bulan. Jika dahulu, hendak mendapat RM800 pun susah. Mujurlah ada zakat, dan zakat telah membuka jalan baru buat saya.

"Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat, kerana telah memberikan peluang kepada orang-orang seperti saya untuk berjaya." Akhirinya dengan penuh pengharapan.

Kempen kebajikan 'Kembali ke Sekolah'

Posted: 21 Dec 2011 07:03 PM PST


Kempen kebajikan Kembali ke Sekolah IAM mendpat kerjasama pusat daripada gedung membeli-belah Mydin.


MENGIMBAU kembali pada masa dahulu, sebahagian besar daripada mereka yang berada di puncak kejayaan kebanyakannya berasal daripada keluarga yang serba kekurangan. Sewaktu kecil, mereka pernah merasa mempunyai hanya sepasang baju sekolah ataupun menyarung baju bersaiz besar yang telah digunakan oleh kakak atau abang.

Malah ada malu ke sekolah kerana hanya memiliki pakaian compang-camping dan lusuh.

Realitinya, ramai di kalangan mereka yang berjaya dan berjawatan besar hari pernah merasai erti kemiskinan. Sama ada ketika di zaman persekolahan, ketika di kampus ataupun di peringkat awal kerjaya.

Keadaan itu cukup menyakitkan dan mengaibkan. Bukan hanya pada orang tetapi juga pada diri sendiri.

Oleh itu, setiap pelajar yang susah akan berazam untuk mengubah cara hidup dengan berusaha bersungguh-sungguh sehingga mendapat pekerjaan baik, sekali gus mengubah status kehidupan.

Kita yang asalnya susah dan 'makan untuk hidup' kini bertukar senang dan kini 'hidup untuk makan' sehinggakan kesenangan yang dikecapi itu menjadikan segelintir daripada kita terlupa akan erti kemiskinan.

Itulah pentingnya pendidikan kepada generasi muda dalam mengubah nasib hidup sesebuah keluarga. Namun terdapat juga faktor kepincangan dalam pendidikan anak-anak adalah kerana berlakunya kesempitan hidup yang melampau.

Sebenarnya kesempitan hidup bukan alasan untuk mendidik anak dengan baik. Banyak anak-anak dari golongan fakir yang berjaya dan soleh. Ibu bapa mereka berjaya mendidik dengan baik walaupun mempunyai kemampuan kewangan yang terhad. Namun tidak dinafikan, hakikat kesempitan hidup dan pengangguran sedikit sebanyak boleh menjejaskan kestabilan keluarga dan pendidikan anak-anak.

Islam amat mengambil berat soal pengukuhan sosial umatnya. Syariat Islam bukan sahaja menyeru manusia bekerja kuat, bahkan mempunyai elemen-elemen sokongan untuk membasmi kemiskinan. Islam meletakkan asas yang kukuh agar kekayaan diagihkan dengan adil supaya golongan yang fakir atau miskin sentiasa terbela.

Islam amat mengutamakan kesaksamaan, mensyariatkan zakat serta menggalakkan sedekah agar mereka yang berada terdorong untuk menghulurkan bantuan kepada yang susah. Islam amat menggalakkan umatnya agar melindungi dan membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal serta warga emas atau sakit dan tidak mampu menyara hidup.

Ganjaran yang besar dan berganda ini dijanjikan kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan secara ikhlas. Jika umat Islam menghayati galakan Islam yang hebat ini, nescaya setiap pihak yang kurang bernasib baik pasti terbela.

Walaupun harta bukan jaminan kepada kejayaan pendidikan anak-anak, namun ia sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kemelaratan dan kesempitan yang mungkin menjerumus anak-anak ke lembah kerosakan akhlak.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 220 yang membawa maksud: Anak-anak yatim adalah amanah Allah SWT, orang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak.

Ini jelas menunjukkan bahawa setiap ahli masyarakat juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk menghulurkan bantuan demi meringankan bebanan rumah anak-anak yatim yang kadang-kadang mengharapkan bantuan daripada orang ramai.

Ketika ini dengan sesi persekolahan bakal bermula, pasti ramai ibu bapa yang hidupm dibelenggu kemiskinan gusar bagaimana mahu menyediakan keperluan sekolah untuk anak-anak.

Menjejaki anak-anak yang kurang berkemampuan dan membantu mengurangkan beban penderitaan mereka merupakan satu usaha kebajikan Islamic Aid Malaysia (IAM).

Ini juga merupakan salah satu usaha dalam berkongsi nikmat yang telah Allah kurniakan bersama dengan mereka yang kurang berkemampuan.

Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat tujuh: Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras.

Pernyataan syukur kepada Allah atas nikmatnya itu tidaklah memadai hanya mengucapkan dengan mulut sahaja, tetapi mestilah dilakukan dengan beramal soleh dan membuat kebajikan dengan hati yang ikhlas.

Selain itu, mestilah nikmat itu digunakan pada jalan yang diredai Allah. Lebih bermakna andai nikmat rezeki yang dikurniakan itu dikongsi bersama mereka yang lebih memerlukan.

Justeru itu, program kemanusiaan yang bertemakan projek Kembali Ke Sekolah merupakan program komuniti bagi membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan mendapatkan pembiayaan persediaan untuk kembali ke sekolah.

Program itu menumpukan kepada anak-anak yatim miskin dan anak-anak fakir miskin di kawasan luar bandar.

Melalui program tersebut IAM bersama rakan penaja akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2012.

Ia merangkumi seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan juga alat tulis. Program berkenaan akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama pertubuhan.

Objektif utama adalah mengurangkan beban golongan fakir miskin dalam membuat persediaan lengkap menjelang sesi persekolahan 2012.

Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, ia merupakan antara program kemanusiaan yang telah dirancang setiap tahun bagi membantu dan meringankan beban kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk membuat persediaan ke sekolah.

"Apa yang ingin kami berikan sebenarnya bukanlah pakaian serta barang kelengkapan persekolahan tetapi kasih sayang sebagai seorang bapa atau ibu.

"Kami akan menemani mereka untuk membeli dan memilih pakaian yang bersesuaian agar mereka dapat merasai sendiri bagaimana rakan-rakan mereka yang lain saban tahun ditemani oleh ayah atau ibu tersayang bagi membeli barangan keperluan sekolah.

"Sebelum ini, kami hanya menyumbangkan bantuan berbentuk pek makanan, namun atas dasar prihatin terhadap nasib kanak-kanak yang kurang berkemampuan bagi meneruskan sesi persekolahan, pihak kami bercadang untuk membantu menyediakan kelengkapan persekolahan mereka.

"Lebih menarik lagi, sesi bantuan ini turut melibatkan penyertaan kanak-kanak terpilih. Mereka akan kami bawa mereka ke pusat membeli-belah untuk mereka merasai sendiri keseronokan membuat persiapan persekolahan.

"Ini juga sebahagian tanggungjawab sosial korporat kami untuk mendekati golongan kurang berkemampuan ini," katanya.

Setiap penerima manfaat akan diperuntukkan sebanyak RM150 untuk membeli kelengkapan sekolah yang diperlukan.

Tambah Zawahir, aktiviti tahunan akan diperluaskan jumlah penerimanya pada masa akan datang.

Harapannya, semoga kanak-kanak yang terpilih dalam program berkenaan akan merasa gembira kerana mendapat pakaian sekolah baru.

Pihaknya juga turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai, khususnya golongan korporat untuk turut sama dalam menjayakan program amal ini.

Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia iaitu www.iam.org.my atau menghubungi pihak Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia di talian 03-89485939 / 019-3973558.

Kesyumulan Undang-undang Islam

Posted: 21 Dec 2011 07:02 PM PST


Zakat merupakan salah satu pecahan hukum-hukum yang berkaitan dengan urusan manusia dengan Allah SWT. - Gambar hiasan


RUANG lingkup ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Dalam ajaran Islam terdapat pelbagai panduan hidup sama ada tentang urusan peribadi, keluarga, masyarakat dan Negara. Inilah keistimewaan agama Islam iaitu kesyumulan ataupun keuniversalannya.

Kesyumulan agama Islam dijelaskan dalam al-Quran: Tiadalah (haiwan) yang melata di bumi dan tiada pula burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu juga. Tiada Kami tinggalkan sesuatupun dalam kitab ini, kemudian mereka semuanya dihimpunkan kepada Tuhan mereka. (al-An'am:38)

Islam mempunyai hukum ke atas semua perkara yang terbit dari manusia. Allah SWT berfirman: Pada hari Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seseorang saksi atas mereka dan Kami bawa engkau (Muhammad) menjadikan saksi pula ke atas mereka ini. Kami turunkan kepada engkau Kitab (al-Quran) untuk menerangkan tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat, serta khabar gembira bagi orang-orang Islam. (al-Nahl: 89)

Memandangkan ajaran Islam mencakupi semua aspek kehidupan manusia dan dapat menghukum dan menyelesaikan apa saja permasalahan manusia, tidak wajarlah bagi seorang seorang Muslim membenarkan sebarang sistem lain menyusun mana-mana aspek kehidupannya.

Seandainya seseorang Islam melakukan sebaliknya, mereka sebenarnya tergolong dalam kumpulan orang-orang yang hanya mempercayai sebahagian daripada al-Quran dan menolak sebahagian yang lain. Mereka ini akan mendapat kehinaan dalam kehidupan di dunia dan akan menerima azab yang amat pedih pula di akhirat.

Allah menjelaskan di dalam al-Quran yang maksudnya: Adakah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan ingkar akan sebahagiannya? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian, melainkan kehinaan dalam kehidupan di dunia dan pada hari Kiamat pula akan dimasukkan ke dalam siksaan yang keras. Allah tidak lali dari apa-apa yang kami kerjakan. (al-Baqarah:85)

Sesungguhnya Islam telah memperkenalkan undang-undang kepada pemeluknya. Undang-undang di sini bermaksud hukum-hukum untuk mengatur hubungan antara individu. Undang-undang Islam menetapkan hukuman dan balasan terhadap individu yang melanggar undang-undang itu, sama ada hukuman dan balasan itu bersifat sivil yang dilaksanakan ke atas harta penjenayah atau hukuman dalam bentuk balasan setimpal (qisas atau retaliation) dengan perbuatan penjenayah. Ini dapat dilihat dalam kes mencedera tubuh badan orang lain atau membunuh orang lain; yang akan dihukum dengan mencederakan hidung atau bunuh balas ke atas pesalah.

Undang-undang Islam juga merangkumi pelbagai sudut dalam hubungan sesama manusia. Undang-undang Islam menghukum semua perbuatan sama ada ia wajib, sunat, haram, makruh, harus, sah dan batal. Semua perbuatan manusia, zahir dan batin terikat dengan hukuman ini. Tidak ada satu pun yang terlepas daripada ruang lingkup ini.

Dr Abdul Karim Zaidan membahagikan hukum-hukum Islam kepada empat bahagian:

1) Hukum-hukum akidah, iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah, hari Akhirat, kufur dan murtad.

2) Hukum-hukum akhlak, iaitu hukum-hukum yang berkaitan sifat-sifat mahmudah (yang terpuji) yang sepatutnya ada pada diri setiap Muslim seperti sifat jujur, sabar, menjauhi perkara syubhat dan lainnya di samping menjauhkan sifat mazmumah (yang keji) seperti riak, takbur dan lainnya.

3) Hukum-hukum yang berkaitan dengan urusan manusia dengan Allah seperti solat, puasa, haji, zakat yang merupakan ibadat khusus.

4) Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara individu semasa mereka. Hukum-hukum ini terbahagi kepada lapan bahagian:

l Hukum-hukum kekeluargaan yang meliputi nikah, kahwin, cerai, nafkah, pusaka dan sebagainya (Undang-Undang Keluarga).

l Hukum-hukum muamalah yang menyusun hubungan individu dengan orang lain dalam perkara sivil seperti jual beli, sewa, gadai menggadai dan sebagainya (Undang-Undang Transaksi/Kontrak).

l Hukum-hukum kejaksaan yang berkaitan persoalan kehakiman seperti pendakwaan, saksi, sumpah dan sebagainya yang lebih dikenali sebagai Kanun cara Jenayah/Mal.

l Hukum-hukum dalam negeri yang antara lain menyusun perhubungan dengan orang bukan Islam yang masuk ke dalam negara Islam, termasuk hak-hak dan kewajipan mereka.

l Hukum-hukum antarabangsa, iaitu hukum-hukum yang menyusun hubungan antara negara Islam dengan negara lain dalam hal peperangan, perdamaian dan sebagainya (Undang-Undang Antarabangsa).

l Hukum-hukum perlembagaan yang menyusun sistem pemerintahan dan kaedahnya iaitu cara-cara memilih ketua negara, hubungan pemerintah dengan individu dan sebagainya. Hukum ini dikenali sebagai Undang-undang Perlembagaan.

l Hukum-hukum yang berhubung hasil negara dan perbelanjaannya. Menyusun sistem kehartaan antara individu dengan individu, individu dengan negara, golongan kaya dengan miskin dan sebagainya.

l Hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman dan denda yang dikenakan ke atas pesalah jenayah, mal, keluarga dan sebagainya.

Berdasarkan huraian ringkas di atas, dapat disimpulkan betapa universalnya Syariah Islam. Apabila kita perhatikan segala kehidupan yang ada sekarang, undang-undang Islam sebenarnya boleh memenuhi kehendak zaman dan masa.

Undang-undang Islam tidak bersifat jumud sebaliknya mengambil kira faktor persekitaran, kepentingan awam (maslahah) dan kehendak politik (siyyasah syar'iyyah) semasa dalam menentukan sebarang hukum yang sesuai dengan penduduk setempat.

Walaupun hukum yang dikeluarkan merujuk kepada tulisan-tulisan kitab silam, namun ia perlu melihat kepada kepentingan dan latar belakang serta sebab ia dikeluarkan. Tentu sekali ia merujuk kepada sumber utama seperti Quran dan Sunnah dan sumber sekunder seperti Ijma', Qiyas, Ijtihad, Masoleh Mursalah, 'Uruf, Istihsan dan lain-lain yang menjadi tunjang kepada hukum Islam.

Oleh itu, sebagai umat Islam yang patuh sewajarnya kita cuba memahami hakikat undang-undang Islam ini dan membantu menjadikannya realiti.

Rela jadi mangsa keganasan suami

Posted: 21 Dec 2011 07:00 PM PST


Selalunya pihak isteri sanggup bertahan dengan sikap ganas suami bertahun-tahun lamanya dengan berharap suaminya akan berubah demi masa depan rumah tangga dan anak-anak - Gambar hiasan.


BERPELUANG bertemu Emi (bukan nama sebenar) merupakan saat yang amat dinanti-nantikan. Tiada niat untuk mencampuri urusan peribadinya. Tetapi sekadar ingin menyelami hati seorang isteri yang hidup menderita akibat dikasari lelaki yang bergelar suami.

Di awal pertemuan, tergambar di wajahnya yang begitu takut untuk memulakan bicara. Setiap soalan yang diutarakan hanya dijawab dengan jawapan 'selamat'.

Setelah 10 minit berbual, jalan cerita yang diinginkan masih belum diperoleh. Malah jawapan yang diterima bercanggah antara satu sama lain.

Apabila diberitahu kecelaruan tersebut, Emi terdiam sebelum akhirnya bersetuju menceritakan perkara sebenar tanpa berselindung.

Kata Emi, pernikahannya dan suami berlangsung di negara jiran kerana tidak mendapat restu orang tuanya.

Ini kerana selain usia perkenalan mereka yang baru mencecah lima bulan, Emi sebenarnya mengandung empat bulan hasil hubungan terlarang tersebut bersama Din (bukan nama sebenar), kekasihnya (ketika itu).

Menurut Emi, sepanjang perkenalan serta di awal perkahwinan, segala-galanya berjalan lancar dan mereka tidak menghadapi masalah.

Mereka diibaratkan seperti pasangan suami isteri yang bahagia. Tetapi tidak diduga segala-galanya berubah dalam sekelip mata.

Tambah Emi, di saat dirinya mengandungkan anak kedua, suaminya mula buat perangai.

Din, bukan sahaja bertukar menjadi seorang suami yang suka 'naik tangan' tetapi dia juga seorang penagih dadah.

Ulas Emi, bermula dari situ, rumah tangga mereka berantakkan dan dirinya selalu menjadi mangsa kemarahan suaminya.

"Saya sering dipukul sekiranya segala kehendak Din tidak dapat dipenuhi.

"Sejak Din mengambil 'benda' tu, dia bukan sahaja menjadi seorang suami yang baran malah dia juga sudah lupa pada tanggungjawabnya. Saya pula tidak bekerja.

"Pantang salah sedikit, tubuh badan saya akan menjadi mangsa barannya itu walaupun ketika itu saya sedang mengandung," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Apabila ditanya adakah dia ada membuat laporan polis, Emi hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Menurut Emi, bukan dia tidak mahu membuat laporan polis tetapi disebabkan terlalu sayang dan memikirkan Din adalah ayah kepada anak-anaknya, Emi hanya mampu mendiamkan diri.

Lagipun katanya, dia masih boleh bertahan dan bersabar. Ditambah pula Din akan merayu dan meminta maaf darinya selepas setiap kali pertelingkahan berlaku.

Setiap kesabaran pasti ada hadnya. Emi akhirnya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis apabila dia bukan sahaja dipukul malah kepalanya turut ditetak dengan parang mengakibatkan kepalanya luka sebelum jatuh pengsan. Din akhirnya ditahan polis dan dipenjarakan untuk satu jangka masa yang agak pendek.

Penderitaan Emi tidak berakhir di situ. Kini dia mengalami satu lagi masalah apabila dia ingin meminta cerai daripada Din, kesnya tidak boleh dirujuk di mana-mana pejabat agama.

Ini kerana sijil pernikahan mereka telah hilang dan hanya ada satu jalan penyelesaian iaitu pergi semula ke tempat mereka dinikahkan untuk mendapatkan salinan sijil nikah mereka di sana.

"Tanpa sijil perkahwinan, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Sekarang saya dan abang saya sedang usahakan untuk mendapatkan salinan sijil nikah tersebut.

"Namun kehidupan saya sekarang bukan sahaja dalam ketakutan malah turut diugut oleh pihak suami kerana tidak menarik balik laporan polis yang dibuat biarpun dia dalam penjara.

"Saya pasti, apabila Din keluar dari penjara, dia akan mencari saya kerana itu janjinya," katanya.

Hari ini, bagi menampung kehidupannya anak-beranak, Emi bukan sahaja keluar mencari rezeki malah turut mendapatkan perlindungan daripada salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) khusus untuk wanita.

Alhamdulillah, setakat ini Emi bukan sahaja gembira dengan kehidupannya tetapi turut bersyukur kerana dikelilingi oleh orang-orang yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya sekeluarga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved