ads

Selasa, 20 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Jawablah!: Kenapa nak marah?

Posted: 20 Dec 2011 07:46 PM PST

  • Foto

  • Foto

    ADLIN Aman Ramlie membawakan watak A R Tompel sewaktu program Maharaja Lawak Mega minggu ke-8.

Chef Wan anggap Adlin emosional

DARI pentas Maharaja Lawak Mega akhirnya meleret-leret hingga ke laman sosial Facebook. Bagaimanapun, bukan kehebatan program itu yang menjadi bualan tetapi kisah perang siber membabitkan juri program ini, iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan peserta yang tersingkir Jumaat lalu, Adlin Aman Ramlie.Semuanya bermula apabila anak kepada pelakon Ruminah Sidek dan Allahyarham A R Tompel itu meluahkan perasaan marah kepada tukang masak glamour itu kerana menganggap tindakan Chef Wan membuat komentar di laman FB sebagai tidak wajar dan menjatuhkan maruahnya.
Geram dengan perbuatan itu, Adlin dengan lantangnya melancarkan 'perang' terhadap Chef Wan sambil mempersoalkan kredibiliti lelaki berkenaan sebagai juri program itu. Sebagai orang yang didakwa mencetuskan kontroversi itu, Hip terpanggil untuk mendapatkan penjelasan Chef Wan dan pandangannya terhadap kenyataan Adlin itu.

Sambil menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk melayan sifat emosional Adlin itu, selebriti chef itu juga berkata bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar kerja, bukan serangan peribadi ke atas bekas juri program Akademi Fantasia itu.

Hip: Chef Wan ada baca status Adlin dalam FB yang mahu melancarkan 'perang' di laman siber?

Chef Wan:
Saya memang tak baca dan saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan dan peminat. Terus terang saya memang tak berminat untuk ambil tahu atau pun melayan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya yang saya sifatkan sebagai tidak profesional dan penuh dengan emosional. Saya sendiri tak faham mengapa dia begitu marahkan saya walhal markah markah peserta bukanlah terletak di tangan saya seorang saja. Kalau lihat balik komen saya malam itu pun, rasanya tak adalah mengeluarkan perkataan melampau ataupun menggunakan bahasa yang kurang sopan.
Hip: Mungkin kalau bukan kerana Chef Wan membuat komen panjang lebar di status perkara itu tidak akan melarat seperti ini?

Chef Wan:
Komentar itu ditulis itu bukanlah kerana saya suka-suka menulisnya. Pihak Astro sendiri yang meminta saya menulis ulasan saya mengenai persembahan keseluruhan setiap peserta untuk sesuatu minggu itu dan mahu saya membuat sebuah blog khas untuk menyalurkan pandangan saya. Saya buat semua itu adalah atas keizinan Astro dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan. Bagaimanapun disebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menulis blog, jadi apa salahnya rangkuman komentar saya itu diletakkan di laman FB saya. Kebetulan peminat sendiri bertanyakan pandangan saya mengenai program itu saban minggu. Jadi saya rasa itu adalah cara untuk berkomunikasi dengan mereka yang menggemari program itu sambil bertukar-tukar pandangan.

Hip: Berdasarkan luahannya, Adlin mengatakan Chef Wan tidak layak untuk menjadi juri program itu hanya kerana tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pelawak.

Chef Wan:
Pihak Astro mempunyai alasan apabila memilih mereka yang bukan dari latar belakang pelawak untuk menjadi juri atau pengkritik program itu. Mereka mahu kami mewakili penonton biasa. Bezanya kami dari kelompok profil tertinggi dalam bidang masing-masing. Sebagai orang biasa, jadi kami pun kena memainkan peranan sebagai penonton biasa. Formulanya mudah saja, kalau lawak yang ditonjolkan tak lucu, maka tak luculah. Kalau lawak mereka bagus, secara automatik kita ketawa. Dan siapa kata tiada unsur lawak dalam diri saya. Sewaktu mengacarakan program memasak pun, saya tetap berjenaka dengan penonton. Terus terang, lawak Adlin malam itu memang tidak menjadi. Ditambah dengan aksinya yang mempersendakan bapanya sendiri dan tidak peka dengan isu sensitif, jadi dia adalah calon yang memang layak untuk disingkir malam itu selepas berminggu-minggu berada di kedudukan terkebawah.

Hip: Ada yang menganggap, situasi ini berlaku ada kaitan dengan serangan peribadi.

Chef Wan:
Mengapa perlu mengaitkan perkara ini dengan serangan peribadi? Siapa dia untuk saya berbuat begitu? Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan apabila disingkir? Seperti yang saya katakan tadi, kalau lawak dia bagus, saya puji. Sebelum ini sewaktu dia membawakan watak Sangeetha dan Paramjadu, saya puji persembahannya walaupun ada peminat marahkan saya dan mengatakan pujian saya tidak ikhlas. Kalau saya terhibur dengan persembahan mereka, saya puji. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, tak perlulah nak peningkan kepala mencari idea lawak sehingga merumitkan situasi. Apa yang penting, kita berikan apa yang penonton mahukan seperti yang dilakukan kumpulan Boboi dan Osbon yang sentiasa mendapat pujian juri.

Hip: Rasa menyesal tak menerima tanggungjawab sebagai juri apabila berlaku kontroversi ini?

Chef Wan:
Saya adalah seorang yang dikurniakan dengan hati yang keras. Datanglah halangan apapun, saya tetap menempuhinya. Sebelum ini pun banyak perkara kontroversi yang saya lalui dan ia sedikit pun tidak mematahkan semangat saya. Cuma pihak Astro ada juga menawarkan saya untuk menjadi juri program ini untuk musim hadapan tetapi saya tidak memberi kata putus. Bukan mudah menjalankan tugas juri, asyik disumpah orang saja seperti yang berlaku sekarang ini.

Program paling menjijikkan di tv

Posted: 20 Dec 2011 07:42 PM PST

ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu  di depan penonton di studio.
ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu di depan penonton di studio.
STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.
STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.

LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: "Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.


"Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

"Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya."

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: "Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: 'Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato' atau 'Adakah orang buta boleh memandu.'

"Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya."

Belum bertemu pengganti

Posted: 20 Dec 2011 07:41 PM PST

Wan Sharmila
Wan Sharmila
pix_topright

CERITA kontroversi dan imej seksi yang menjolok mata sering dikaitkan dengan dirinya. Ia bagaikan tidak berpenghujung, lebih-lebih lagi selepas pelakon Wan Sharmila memegang status solo sejak bercerai, dua tahun lalu. Bukan dia yang ingin dikenali dengan kontroversi dan imej seksi tapi itulah persepsi negatif orang terhadapnya.

Hakikatnya, pelakon bertubuh kecil molek, anak jati kelahiran Johor Bahru, Johor dan pemilik nama sebenar, Wan Sharmila Wan Mohamed atau lebih mesra disapa Wan, 30, mengakui tidak ingin dikenali dengan imej sedemikian.

"Saya tidak menganggap penampilan saya sebagai seksi, sebaliknya orang yang melabel sedemikian. Siapalah saya untuk menutup mulut orang daripada bercerita mengenai diri saya? Saya juga ingin mengelak daripada publisiti murahan yang akhirnya menjerat diri.

"Terus terang, menjelang tahun baru 2012, saya ingin tinggalkan kontroversi dan imej terlalu seksi kerana fokus pada bidang lakonan. Saya lebih suka orang kenal saya bersandarkan bakat dalam bidang lakonan dan bukannya penampilan seksi mahupun kontroversi."Saya harap orang berhenti memperkatakan imej seksi kerana saya tidak mahu peminat terlupa dengan bakat saya dalam bidang lakonan," katanya.Pada sesi fotografi dengan Rap yang berlangsung di Balai Berita, baru-baru ini, pelakon kecil molek yang mula dikenali melalui drama Tari Tirana, Riang Tirana, Sindarela dan Kisah Kaisara juga mengenakan baju dan jeans serta seluar panjang longgar untuk menutup tubuh seksinya kerana ingin tampil dengan imej yang lebih sopan.


"Bukan maksud saya ingin kurangkan imej seksi kerana saya pakai apapun orang tetap nampak seksi. Ia hanya secara kebetulan saja kerana dari segi imej, saya lebih suka menjadi diri sendiri.

"Saya akui pernah ditegur peminat yang menganggap saya berpakaian terlalu seksi dalam satu majlis. Pada masa sama, saya juga bersedia menerima teguran demi kebaikan dan masa depan dalam bidang seni," katanya.

Bukan saja cara berpakaian, Wan juga memotong rambutnya yang panjang dan berkepuk, sekali gus kini tampil dengan imej rambut baru.

"Ramai artis yang mempunyai imej sama iaitu rambut panjang dan berkepuk. Imej rambut baru saya yang diwarnakan ini memang sesuai dengan watak lakonan saya dalam drama Sijundai.

"Saya juga potong rambut kerana pengarah selalu menasihatkan pelakon supaya fokus pada watak dalam cerita dan bukannya rambut. Selain itu, saya juga tidak suka pakai rambut palsu sejak dulu lagi dan lebih suka rambut sendiri dalam menjiwai watak diserahkan," katanya.

Ditanya sama ada dia bimbang dengan kehadiran artis baru, Wan lebih suka melihat persaingan dengan mereka dari sudut yang positif.

"Saya reda jika ramai produser lebih suka pilih bakat baru berbanding saya untuk beraksi dalam drama mereka. Sebagai pelakon, saya sudah buat yang terbaik dan hanya serahkan pada penilaian peminat selepas itu.

"Saya terjun dalam bidang seni bersandarkan bakat yang menjadi aset nombor satu. Paras rupa dan seksi pula jatuh nombor dua," katanya.

Sekalipun dilanda kontroversi, Wan terus mendapat kepercayaan pengarah dan produser drama dan filem sehingga hari ini.

Antaranya, Wan berlakon dalam telefilem sempena sambutan Maal Hijrah berjudul Meludah Ke Langit arahan Jamal Khan terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd. Dia bawa watak cikgu Intan yang bertudung dan bergandingan dengan pelakon Zahiril Adzim dan Kartina Aziz.

Selain itu, dia juga berlakon siri episod untuk TV3, slot Senda Pagi, Naik Lif Turun Tangga, bergandingan dengan Johan Asari dalam telefilem berjudul Insaf untuk RTM.

Dia juga pegang watak utama dalam drama berjudul Najwa Najiha untuk RTM. Saya bawa watak jahat, Najiha yang akhirnya meninggal dunia bergandingan dengan Sheera Iskandar.

Mengenai filem pula, selepas filem Raya Tak Jadi arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen, Wan berdebar menanti reaksi peminat terhadap lakonannya dalam genre seram, Syaitan Nirojim arahan Faizul terbitan Primeworks Studio.

Filem yang turut dibintangi Fizz Fairuz, Nabila Huda dan Azam Pit akan menjengah pawagam awal tahun depan.



PROFIL:

NAMA PENUH: Wan Sharmila Wan Mohamed
NAMA KOMERSIAL: Wan Sharmila
TARIKH LAHIR: 12 Oktober 1981
UMUR: 30 tahun
ASAL: Johor Bahru, Johor
KERJAYA: Pelakon dan pengacara
STATUS: Janda

TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Riang Tirana, Tari Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara 1 & 2, Tipah Vavavoom, Emil Emilda, Bujang Antik, Sutun, Kembali Lagi, Rona Roni Makaroni, Rebab Tak Bertali, Dendam Maya, Teh O Ais Limau dan Aku, Kau dan Dia.

'Teater Semerah Padi': Jue Aziz Hadapi Masalah Disiplin

Posted: 20 Dec 2011 07:40 PM PST

Jue Aziz

PETALING JAYA: Pelakon Jue Aziz yang dipilih memegang watak Dara dalam teater Semerah Padi yang bakal dipentaskan pada 24 Disember ini terpaksa digugurkan kerana masalah disiplin.

Penerbit, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno kesal dengan sikap Jue yang secara keseluruhannya menyebabkan produksi tersebut terjejas.

"Kami terpaksa menggunakan khidmat pelakon lain bagi menggantikan Jue. Nasib baiklah kami telah bersedia dengan pelakon gantian kerana bimbang berlaku masalah pada saat-saat akhir. Rupa-rupanya memang benar berlaku.

"Jue tidak datang latihan sejak Jumaat lalu dan pihak kami gagal menghubunginya, namun dia ada menghantar pesanan bahawa dia ada masalah kesihatan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Keno diminta menjelaskan dakwaan pihak produksi teater Semerah Padi bakal menggugurkan Jue Aziz kerana masalah disiplin dan dikatakan bakal diganti dengan pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri atau Abby Nadzri.

Jue juga dikatakan kurang memberi komitmen dan perhatian sepenuhnya ketika sesi latihan yang dilakukan sejak 13 November lalu.

"Pementasan teater bukan seperti penggambaran filem atau drama yang boleh ditangguhkan atau menunggu pelakon.

"Teater perlu ada komitmen, usaha dan disiplin yang tinggi. Latihan adalah paling penting dan tidak boleh dipandang remeh atau sambil lewa," katanya kesal.

Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno

Dalam pada itu ditanya tentang tindakan disiplin yang boleh dikenakan terhadap pelakon itu, Keno berkata pihaknya belum membuat sebarang perbincangan tentang hal tersebut.

"Kami mempunyai kontrak dan boleh ambil tindakan terhadapnya kerana melanggar perjanjian.

"Bagi saya dia sendiri telah menjatuhkan reputasi dia dalam industri ini dan secara jujur ini mungkin yang pertama dan terakhir untuk bekerjasama dengan Jue," katanya.

Sementara itu, Keno turut menjelaskan tentang pembatalan dua hari pementasan teater berkenaan iaitu pada 22 dan 23 Disember ini bukan kerana masalah disiplin Jue, sebaliknya persediaan lengkap keseluruhan produksi dari segi teknikal.

"Kami menjangkakan pementasan sepatutnya pada 22 hingga 31 Disember ini tetapi atas perbincangan dengan semua pihak dan bahagian teknikal, keputusan membatalkannya pada dua hari tarikh pementasan terpaksa dibuat.

Teater Semerah Padi ini turut dibintangi Khir Rahman, Fauzi Nawawi , Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.

Teater arahan Rosdeen Suboh ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 hingga 31 Disember depan.

Tiket untuk teater di bawah naungan Sultan Pahang ini boleh didapati di www.ticket2u.biz.

Jimmy Shanley Buat Kerja Amal Tebus Kesilapan

Posted: 20 Dec 2011 07:38 PM PST

Jimmy membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan menerusi drama Antara Garisan.

PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley, 31, mengambil pendekatan untuk bermuhasabah diri dengan melakukan kerja-kerja amal bagi menebus semula kesilapan lamanya.

Bukan itu sahaja, Jimmy juga turut menyertai aktiviti keagamaan di Masjid Putra Height berdekatan rumahnya sepanjang tidak melakukan apa-apa aktiviti hampir setahun.

"Saya tahu saya banyak melukakan hati wanita termasuk isteri saya. Jadi, saya nekad untuk menebus kesilapan ini dengan mendekatkan diri dengan perkara yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan.

"Tidak lama lagi, saya akan mengikut Ustaz Akhil Hayy mengelilingi Malaysia untuk terlibat dengan aktiviti keagamaan.

"Selain itu, saya juga membabitkan diri sebagai sukarelawan Islamic Relief Malaysia dengan berkunjung ke sekolah-sekolah sambil beramal," katanya semasa sidang media drama "Antara Garisan" di The Tranquerah, Encorp Stand, Kota Damansara, dekat sini.

Jimmy yang pertama kali menceburi bidang lakonan akui tertarik untuk berlakon drama bercorak keagamaan dan memberi pengajaran selepas berlakon drama "Antara Garisan".

Katanya lagi, disebabkan tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak, Jimmy ingin membuat permohonan untuk melakukan perbicaraan kes rumah tangganya secara tertutup.

"Saya tak mahu mengaibkan sesiapa. Baik buruk pun, dia adalah isteri saya. Saya masih sayangkan dia dan apa sahaja yang saya lakukan selepas ini lebih menjurus kepada kebahagiaan anak saya," katanya lagi.

Walaupun dia sudah lima bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya, Zahrah Shanley, 6 bulan, Jimmy sentiasa berdoa semoga Zahrah dibesarkan dengan cara yang baik oleh isterinya dan keluarga.

"Jika diikutkan memanglah saya teringin untuk berjumpa dan membawa anak saya keluar bersiar-siar.

"Tetapi sekarang saya sudah terbiasa dengan situasi seperti ini dan apa pun yang berlaku selepas ini biarlah saya bahagia sebagai bapa. Setakat ini saya belum terdetik untuk menceraikan isteri saya," katanya lagi yang turut mengendalikan program televisyen di saluran Astro Ceria.

Pasangan Jimmy dan Nursuhaila Eliani Suhaimy,32, bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

Iqbal Mazlan Sangkal Miliki Anak Luar Nikah

Posted: 20 Dec 2011 07:38 PM PST

Iqbal Mazlan

PETALING JAYA: Pelakon Iqbal Mazlan (Pilih Kasih musim pertama), 23, menolak sekeras-kerasnya tuduhan dia mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan dengan bekas kekasihnya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Kata Iqbal, bayi berusia 10 bulan yang diberi nama Muhammad Adam Zulkarnain itu sebenarnya anak kepada pasangan warganegara Filipina yang diberikan kepada keluarganya akibat desakan hidup.

"Saya tidak kisah dengan tuduhan orang yang memfitnah saya mempunyai anak luar nikah. Senakal-nakal diri ini, tak adalah sampai saya nak buntingkan anak orang. Lebih baik saya kahwin sahaja.

"Pada mulanya saya tak terfikir pun untuk jadikan Adam sebagai anak angkat saya tapi bila fikir masa depannya, timbul rasa kasihan sehinggalah saya terbuka hati untuk menjadikan dia anak angkat saya atas persetujuan keluarga. Dalam masa yang sama saya telah mengislamkannya. Itu lebih baik," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Walaupun memikul tanggungjawab yang berat pada usia muda, Iqbal menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dilalui tetapi dalam masa serupa dia khuatir Adam akan kembali kepada pangkuan ibu bapanya apabila dewasa kelak. "Tak dinafikan saya agak risau tentang risiko yang bakal dihadapi nanti. Apa-apa pun, Adam akan dijaga sebaik mungkin dan apabila sudah meningkat dewasa dan sudah pandai menilai perkara baik dan buruk, saya akan beritahu tentang asal usulnya sedikit demi sedikit.

"Bagaimanapun, tanggungjawab saya sekarang ialah memastikan Adam diberi pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya sehingga dia berumur 18 tahun.

Iqbal sanggup berkorban demi anak angkatnya, Adam.

"Kemudian dia diberi pilihan sama ada ingin kekal dengan saya atau kembali kepada ibu bapanya. Apa yang akan berlaku nanti, saya serahkan kepada Allah," ujarnya.

Kesibukan Iqbal sebagai seorang pelakon dan bapa juga membuatkan masanya agak terbatas untuk memikirkan hal peribadi termasuklah tentang kekasih hati.

Beritahu Iqbal, dia tahu, bukan mudah untuk berkasih sayang dengan seorang wanita lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mendapat tahu dia sudah memiliki seorang anak angkat.

Namun, pelakon ini telah meletakkan syarat, bakal teman wanita atau isterinya nanti bukan sahaja perlu menerimanya bahkan juga Adam.

"Memang sejak saya menjaga Adam, agak susah untuk saya mempunyai teman wanita. Bagaimanapun, ia bukan satu isu besar kerana saya sanggup melepaskan cinta demi Adam.

"Malah, demi anak itu juga, saya sanggup berkorban untuk tidak berkahwin selama-lamanya," tegas Iqbal.

Medium Dakwah Kekuatan Drama 'Antara Garisan'

Posted: 20 Dec 2011 07:36 PM PST

Antara pelakon drama Antara Garisan.

PETALING JAYA: Medium dakwah menjadi aspek utama yang ditonjolkan dalam drama bersiri "Antara Garisan" yang bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) mulai 9 Januari depan. Ia akan ke udara pada setiap hari Isnin pukul 9 malam.

Menurut penerbit dan pengarahnya, Shahrul Ezad Mohameddin, drama itu digarap dalam menyampaikan cerita-cerita teladan untuk mengajak penonton ke arah kebaikan.

"Dalam diri setiap orang ada baik dan buruknya yang mana memisahkan dua sifat itu adalah dua garisan halus.

"Saya akui drama ini boleh dijadikan sebagai salah satu medium untuk berdakwah. Jika kita lihat kebanyakan drama di Astro Ria ia lebih berunsur hiburan.

"Drama yang memberi pengajaran seperti ini sebenarnya semakin mendapat permintaan ramai di kalangan penonton," katanya semasa sidang media drama tersebut di The Tranquerah, Encorp Stand, Kota Damansara, Isnin lalul.

Jelasnya lagi, biarpun drama ini mengisahkan pelbagai sisi kehidupan, Ezad cuba mengadunkan unsur humor dan sinis agar dapat mempelbagaikan persembahan drama itu.

"Plot ceritanya sederhana, cuma yang membezakan adalah karakter dalam setiap cerita. Yang penting, saya cuba membikin drama ini tidak terlalu menjurus ke arah keislaman sebaliknya kandungan yang dihidangkan lebih ringan agar mudah diterima penonton.

"Bagaimanapun setiap siri yang disiarkan akan membuatkan penonton berfikir bahawa tidak semua manusia yang berbuat silap atau jahat akan jahat selama-lamanya dan tidak semua manusia yang baik tidak melakukan kesilapan," ujarnya lagi.

Drama 13 siri ini turut diarahkan oleh Bahri Umararif Bajuri dan Ungku Ismail Aziz. Ia dilakonkan oleh Harun Salim Bachik, Qazem Nor, Amar Ashraff, Fazurina, Hasnol Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Jasmin Hamid, Sharifah Shahira, Khairil Amilin, Farid Kamil, Julia Ziegler, Sabrina Ali, Jimmy Shanley. Rusdi Ramli, Aziz M. Osman, Anding, Siti Elizad dan Adrea Abdullah.

Bekas Suami Gembira Pertunangan Britney Spears

Posted: 20 Dec 2011 07:30 PM PST

Britney Spears.

BEKAS suami penyanyi pop, Britney Spears iaitu Kevin dilaporkan gembira dengan berita pertunangan bekas isterinya itu dengan Jason Trawick.

Britney yang bertunang hujung minggu lalu dengan Jason pernah berkahwin dengan Kevin pada 2005 tetapi bercerai dua tahun kemudian.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Sean Preston, 6, and Jayden James, 5.

"Saya gembira dengan perkhabaran terbaru itu dan mengharapkan dia bahagia dengan Jason. Dia adalah seorang lelaki yang baik," ujarnya kepada sebuah majalah di Australia.

IZREEN tak sabar jadi tunang cameraman Tentang Dhia

Posted: 20 Dec 2011 07:01 PM PST

IZREEN tak sabar bertunang dengan cameraman yang pandai mengurut!
ALHAMDULILLAH... Mangga turut tumpang bahagia bila pelakon cun melecun Izreen Azminda (26) akan bertunang dengan kekasihnya
seorang cameraman kacak Mohd Riza Baharuddin (28). Mereka akan bertunang pada 1 Januari 2012 (Ahad) di kampung halaman Izreen
di Alor Setar, Kedah.
Insya Allah... Pasangan kekasih yang sama-sama cun ni dijangka akan bernikah sebelum Ramadan tahun depan. Wah gitu... jangan
lupa jemput Mangga tau!
Cerita Izreen:
"Sebenarnya dah lama Izreen kenal Riza. Namun selepas kontroversi percintaan Izreen dengan Johan Aas'ari. hubungan
kami mula rapat. Kebetulan masa tu dia jadi cameraman untuk siri drama Tentang Dhia. Bertambah akrab la kami!
"Tak dinafikan memang ramai yang cakap terlalu awal untuk Izreen bertunang sedangkan nama semakin meningkat popular.
"Bagi Izreen, buat apa nak tunggu lama-lama kalau dah jumpa dengan lelaki yang betul-betul ikhlas dan serius mencintai kita.
Zaman sekarang susah nak cari lelaki macam dia tau!
"Lagi pun, Izreen lebih pentingkan kebahagiaan hidup berbanding populariti. Soal rezeki tu semuanya ketentuan tuhan.
"Izreen tak kisah dengan status duda Riza, apa yang penting dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, matang dan
perwatakannya cukup buat Izreen selesa serta bahagia.
"Perangai kami pun sangat kontra dan ini membuatkan kami saling melengkapi. Izreen ni cepat melenting, dia pulak
sangat cool.
"Dia pun pandai mengurut, lepas kahwin nanti bolehlah dia urut-urut Izreen bila penat shooting, hehe...
"Apa yang paling penting adalah bakat seorang bapa yang ada padanya. Ye laa... dia pun dah ada sorang anak lelaki.
"Nak tahu, pada mulanya sebenarnya Izreen sendiri tak terfikir untuk bertunang dalam masa terdekat, sehinggalah
keluarga Riza datang merisik pada 10 Disember lalu. Bila dah dapat tarikh bertunang, barulah Izreen bersedia beritahu media.
"Kalau ikutkan mak Izreen, dia nak kami terus kahwin je... Tapi kami tak nak terburu-buru kerana soal kahwin ni
bukanlah kecil. Banyak persediaan yang perlu dibuat.
"Biarlah ikatan pertunangan ini memberi ruang kepada kami untuk lebih mengenali hati budi masing-masing. Lagi pun ini
menunjukkan Riza serius terhadap Izreen.
"Rasa berdebar-debar jugak nak jadi tunang orang. Dalam masa yang sama Izreen rasa gembira dan sangat bersyukur.
Doakanlah yang terbaik buat kami berdua ya!
"Izreen dah bersedia untuk jadi seorang isteri dan ibu. Selepas kahwin nanti, Riza tak halang Izreen terus aktif
berlakon asalkan tak abaikan tanggungjawab sebagai isteri." Demikian cerita Izreen yang sedang meletup dalam siri drama
Tentang Dhia dengan watak Melly. Lakonan Izreen memang best! Mangga bagi five star! Caayangg Izreen!!

ALHAMDULILLAH... Mangga Online turut tumpang bahagia bila pelakon cun melecun Izreen Azminda (26) akan bertunang dengan kekasihnya iaitu seorang cameraman kacak Mohd. Riza Baharuddin (28). Mereka akan bertunang pada 1 Januari 2012 (Ahad) di kampung halaman Izreen di Alor Star, Kedah.

Insya Allah... Pasangan kekasih yang sama-sama cun ni dijangka akan bernikah sebelum Ramadan tahun depan. Wah gitu... jangan lupa jemput Mangga dan Mangga Online tau!

Cerita Izreen:

"Sebenarnya dah lama Izreen kenal Riza. Namun selepas kontroversi percintaan Izreen dengan Johan As'ari. hubungan kami mula rapat. Kebetulan masa tu dia jadi cameraman untuk siri drama Tentang Dhia. Bertambah akrab la kami!

"Tak dinafikan memang ramai yang cakap terlalu awal untuk Izreen bertunang sedangkan nama semakin meningkat popular. Bagi Izreen, buat apa nak tunggu lama-lama kalau dah jumpa dengan lelaki yang betul-betul ikhlas dan serius mencintai kita. Zaman sekarang susah nak cari lelaki macam dia tau!

"Lagi pun, Izreen lebih pentingkan kebahagiaan hidup berbanding populariti. Soal rezeki tu semuanya ketentuan tuhan. Izreen tak kisah dengan status duda Riza, apa yang penting dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, matang dan perwatakannya cukup buat Izreen selesa serta bahagia.

"Perangai kami pun sangat kontra dan ini membuatkan kami saling melengkapi. Izreen ni cepat melenting, dia pulak sangat cool. Dia pun pandai mengurut, lepas kahwin nanti bolehlah dia urut-urut Izreen bila penat shooting, hehe...

"Apa yang paling penting adalah bakat seorang bapa yang ada padanya. Ye laa... dia pun dah ada seorang anak lelaki.

"Nak tahu, pada mulanya sebenarnya Izreen sendiri tak terfikir untuk bertunang dalam masa terdekat, sehinggalah keluarga Riza datang merisik pada 10 Disember lalu. Bila dah dapat tarikh bertunang, barulah Izreen bersedia beritahu media.

"Kalau diikutkan kehendak mak Izreen, dia nak kami terus kahwin aje... tapi kami tak nak terburu-buru kerana soal kahwin ni bukanlah kecil. Banyak persediaan yang perlu dibuat.

"Biarlah ikatan pertunangan ini memberi ruang kepada kami untuk lebih mengenali hati budi masing-masing. Lagi pun ini menunjukkan Riza serius terhadap Izreen.

"Rasa berdebar-debar jugak nak jadi tunang orang. Dalam masa yang sama Izreen rasa gembira dan sangat bersyukur. Doakanlah yang terbaik buat kami berdua ya!

"Izreen dah bersedia untuk jadi seorang isteri dan ibu. Selepas kahwin nanti, Riza tak halang Izreen terus aktif berlakon asalkan tak abaikan tanggungjawab sebagai isteri."

Demikian cerita Izreen yang sedang meletup dalam siri drama Tentang Dhia dengan watak Melly. Lakonan Izreen memang best! Mangga bagi five star! Caayangg Izreen!!

Majalah Mangga edisi Januari 2012 yang sedang hot di pasaran turut memuatkan kisah Izreen. Cepat dapatkan di pasaran sebelum kehabisan. Mangga kini berwajah baru dengan kesemua halaman berwarna.

Sharifah Aini mahu terus beramal

Posted: 20 Dec 2011 07:00 PM PST

Biduanita Datuk Sharifah Aini semakin giat mengadakan show amal bagi mengutip dana membantu rumah tahfiz dan badan lain yang memerlukan sumbangan. Sambutan menggalakkan peminat dah pihak korporat membuatkan dia semakin bersemangat.

Minggu lalu dia dan dua penyanyi malar segar Indonesia, Grace Simon dan Dewi Yull menjayakan Makan Malam Amal Tiga Sahabat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Meriah persembahannya kali ini dengan banyak lagu-lagu nostalgia.

Masih ramai peminat

"Saya berhajat mahu membuat persembahan yang sama di luar Kuala Lumpur pula," katanya yang sudah banyak kali menjayakannya di sekitar Kuala Lumpur.

Sambutan hangat banyak pihak membuatkan biduanita itu bersemangat untuk meneruskannya pada masa-masa akan datang.

Malah dia ada team yang mencari rumah-rumah anak yatim atau tahfiz yang memerlukan bantuan. Pihaknya turut mencari di kawasan luar Kuala Lumpur.

"Inilah cara saya beramal menggunakan anugerah vokal yang saya ada," katanya lagi. Syarikat Jamu Mak Dara salah sebuah syarikat yang menaja persembahan tersebut.

Dewi Yull juga sanggup turun ke Kuala Lumpur dan menerima tawaran dengan senang hati kerana mahu sama-sama beramal. Malah pihak pengurusannya juga memperuntukkan waktu untuk dia menerima tawaran aktiviti amal yang tidak meletakkan harga yang tinggi.

Grace Simon juga banyak membantu anak-anak miskin di Indonesia. Bila rakan lama melamar, dia senang hati menerimanya. Apatah lagi mereka sudah lama tidak bersua.

"Dulu semasa tahun 70-an kami pernah mengadakan persembahan menjelajah negara-negara Asia. Banyak kenangan yang kami kenang sehingga hari ini," Kata Grace.

Santai Boling Mangga 9 Dara dan pelancaran wajah baru Mangga meriah!

Posted: 20 Dec 2011 06:59 PM PST

Menyedari boling merupakan aktiviti riadah yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia, majalah hiburan popular tanahair terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd., Mangga telah menganjurkan pertandingan Santai Boling Mangga 9 Dara khas untuk pembaca setia.

Pertandingan yang dibawakan khas oleh penaja utama, Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., pengeluar produk kecantikan berasas bahan semulajadi, 9 Dara itu telah diadakan pada 18 Disember 2011 di pusat boling ARL Power Bowl, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya.

Turut menaja hadiah dalam pertandingan itu ialah Red Box, Mya Matahari, Tanah Beris Production, Menara Kuala Lumpur, Adabi, Munif Hijjaz, TV3 dan Mentholatum.

Seramai 78 peserta merangkumi pembaca setia Mangga dan stokis Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. telah dibahagiakan kepada 26 kumpulan yang turut dimeriahkan dengan penyertaan artis-artis popular dalam setiap kumpulan.

Antara artis yang hadir memeriahkan program Santai Boling Mangga 9 Dara ini ialah Miera Leyana, Johan As'ari, Jaslin Puasa, Syazwan, Ana Raffali, Chomell Fana, Nisha Dirr, Maulana, Aliff Aziz, Ryzal Jaafar, Putri Mardiana, Acap (Kristal), Shuib (Sepahtu), Zain Saidin, Lena AF9, Syazwan, Hanez Suraya, Aweera, Adda (Butterfly), Reza Hasbi, Fida, Amran Ismail, Sahri AF1, dan Haiza selaku pengacara sepanjang majlis.

Selain bermain boling dan beramah mesra dengan artis-artis popular tempatan, peserta dan pengunjung yang hadir turut menyaksikan majlis pelancaran wajah baru majalah Mangga sempena keluaran Januari 2012.

(dari kiri) pengarah urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali, Pengarang Mangga, Rosli Manah, Miera Leyana, Johan As'ari dan Penolong Pengarang Mangga, Nor Asikin Hassan

Untuk keluaran Januari 2012, Mangga tampil dengan wajah baru dan kini dengan halaman berwarna sepenuhnya. Mangga terbit sebulan sekali dengan harga terkini RM4.00.

Majlis pelancaran wajah baru Mangga yang diadakan sebelum mengumumkan pemenang pertandingan Santai Boling Mangga 9 Dara telah disempurnakan oleh Miera Leyana dan Johan As'ari yang menghiasi muka depan Mangga edisi januari 2012.

Turut bersama semasa pelancaran adalah pengarah urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali, Pengarang Mangga, Rosli Manah dan Penolong Pengarang Mangga, Nor Asikin Hassan.

"Perubahan wajah baru Mangga dengan memuatkan kesemua halaman berwarna dibuat untuk memberi lebih kepuasan kepada pembaca setia Mangga. Ia bertujuan memberikan wajah baru yang lebih segar dan ceria kepada pembaca.

"Sebelum ini memang ada maklumbalas daripada pembaca yang mahukan Mangga berubah dengan mempersembahkan halaman berwarna warni. Inilah hadiah kami kepada pembaca setia. Sebelum ini sebahagian halaman dalam Mangga dipersembahkan dalam hitam putih.

"Pihak kami berharap perubahan itu akan dapat mengekalkan kesetiaan pembaca sedia ada dan juga dapat menarik pembaca baru khususnya di kalangan remaja yang menjadi sasaran utama majalah Mangga.

"Mangga meneruskan tradisi memaparkan berita banyak artis baru khususnya artis remaja serta artis-artis popular tanah air. Tidak ketinggalan selebriti daripada bidang sukan.Mangga juga turut memuatkan kisah teladan dan pendidikan untuk masyarakat," kata Pengarang Mangga Rosli Manah.

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta telah disampaikan oleh pengarah urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali, Rosli Manah dan Penolong Pengarang Mangga, Nor Asikin Hassan.

Kumpulan 3 yang dianggotai oleh Chomell Fana, Muhammad Fitri, Ahmad Syaqel dan Khairul Salleh telah dinobatkan sebagai juara dengan 1702 jatuhan pin. Mereka telah memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 serta hamper produk 9 Dara.

Tempat kedua dengan 1508 jatuhan pin pula dimenangi oleh kumpulan 20 yang dianggotai oleh Mya Matahari, Christine, Asmir dan Arbani dengan wang tunai sebanyak RM800 serta hamper produk 9 Dara.

Tempat ketiga pula oleh kumpulan 19 yang dianggotai oleh Yanie Johari, Sahri AF1, Sariah Idris dan Baharina Kamarul Baharin dengan hadiah wang tunai RM600 serta hamper produk 9 Dara dengan 1440 jatuhan pin.

Sementara baki 23 kumpulan lain tidak pulang dengan tangan kosong dengan menerima hadiah mengikut kedudukan mereka.

Selain itu, terdapat juga hadiah istimewa untuk kategori Raja Longkang (Shuib Sepahtu), Ratu Longkang (Rosnani), Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki (Khairul Salleh), Jatuhan Pin Tertinggi Wanita (Cristine), Pemain lelaki gaya balingan paling pelik (Azaril), Pemain wanita gaya balingan paling lesu (Amirah Ibrahim) dan kumpulan paling sporting – Kumpulan 17 (Johan As'ari, Firdaus Haikal, Mohd Hanafiah dan Saiful Azmi).

Peserta & artis yang menyertai Santai Boling Mangga 9 Dara

Rakyat Malaysia kurang kesedaran keselamatan Internet

Posted: 20 Dec 2011 06:56 PM PST


PENGGUNA perlu berhati-hati dengan setiap urus niaga menerusi Internet agar tidak mudah menjadi mangsa penipuan. - Gambar hiasan


TAHUKAH anda rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion dengan berurus niaga di Internet.

Angka ini diperoleh oleh agensi pembayaran Internet Paypal pada tahun 2010. Mereka menjangkakan ia akan meningkat kepada RM5 bilion pada tahun 2014.

Dalam kajian yang dilakukan, sejumlah 1.1 juta rakyat Malaysia berbelanja di Internet dengan purata RM2,461 setiap orang.

Bayangkan juga betapa ramai jumlah pengguna yang terdedah kepada jenayah di Internet.

Dengan begitu banyak transaksi yang melibatkan wang di dunia siber, sudah tentu kes-kes penipuan akan turut meningkat.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Paypal bertajuk Mobile Safety Insight mendapati sembilan daripada 10 rakyat Malaysia prihatin tentang maklumat peribadi yang mereka paparkan di Internet.

Lebih mengejutkan hampir separuh daripada jumlah tersebut mengakui tidak tahu berapa banyak laman web yang memiliki maklumat peribadi mereka berdasarkan apa yang pernah mereka isi sebelum ini.

Selain mengenal pasti risiko dan tabiat transaksi, kajian itu turut mengenal pasti trend dalam pembayaran menerusi telefon bimbit pintar dan betapa tahap keselamatan dan keselesaan merupakan faktor utama untuk rakyat Malaysia yang menggunakan Internet sebagai medium transaksi wang mereka.

Malah rakyat Malaysia juga didapati kurang kesedaran dalam hal yang berkaitan dengan keselamatan siber di mana mereka kurang mementingkan aspek keselamatan ketika berurus niaga di Internet.

Ini termasuk gagal untuk log keluar setiap kali selesai melakukan urus niaga di sesuatu laman web.

Malah, perbuatan menggunakan satu kata laluan untuk semua urus niaga juga sebenarnya mendedahkan diri kepada penipuan dan penyelewengan di dunia siber.

Agak mengejutkan apabila kajian tersebut mendedahkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun mereka.

Hasil kajian itu jelas membuktikan bahawa kebanyakan rakyat negara ini memandang rendah akan ancaman yang bakal mereka peroleh menerusi Internet.

Pada tahun 2010, CyberSecurity Malaysia telah menerima lebih 8,000 laporan tentang tahap keselamatan menerusi talian pertolongan Cyber999.

Dari Januari hingga Oktober 2011, pusat bantuan ini merekodkan sejumlah 13,173 insiden berbanding 6,204 aduan yang berlaku pada 2010.

Ia menunjukkan Peningkatan sebanyak 112 peratus. Angka itu merupakan sesuatu yang membimbangkan berhubung keprihatinan rakyat negara ini terhadap ancaman dan keselamatan Siber.

CyberSecurity Malaysia, Profesor Datuk Husin Jazri berkata, insiden yang berlaku di Malaysia bukan satu isu yang kecil malah ia turut melibatkan dunia.

Ancaman dunia siber amat cepat berkembang dan penyelewengan di laman web ini semakin canggih dengan pelbagai kaedah yang membolehkan mereka mencuri identiti pengguna dan menipu identiti mereka sendiri di laman web.

"Saya menggesa semua pengguna Internet jangan begitu percaya dengan laman web.

"Dengan melayari sesuatu laman web anda tidak sedar bahawa anda telah berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja dan anda tidak tahu kepada siapa anda memberikan maklumat tentang kewangan.

"Ini satu langkah yang amat penting bagi melindungi diri anda di Internet," jelasnya.

Sementara itu, pengarah urusan PayPal Asia dan India, Elias Ghanem berkata, ramai rakyat Malaysia tidak sedar akan bahaya yang terdedah apabila mereka memberi atau meninggalkan maklumat peribadi di satu-satu laman web.

"Dengan menggunakan satu kata kunci untuk banyak akaun boleh diibaratkan seperti anda menggunakan satu kunci untuk rumah, kereta, pejabat dan tempat selamat lain.

"Dalam dunia sebenar kita tidak boleh amalkan perbuatan seperti ini. Jadi kenapa kita bersikap lewa dalam dunia siber pula?

''Mungkin mereka tidak tahu risiko tersebut jadi inilah masanya untuk memberitahu rakyat Malaysia agar mengambil berat tentang penggunaan sistem kata kunci yang lebih kuat," jelasnya.

Pilih laman web dengan reputasi baik

Posted: 20 Dec 2011 06:54 PM PST

FRASA semuanya di hujung jari anda memang tepat bagi menggambarkan kecanggihan teknologi maklumat masa kini.

Dengan perubahan gaya hidup di mana semakin ramai yang menggunakan Internet termasuk menerusi telefon bimbit pintar dan tablet menyebabkan makin mudahnya akses di hujung jari tersebut.

Menurut Pengarah Urusan PayPal Asia dan India, Elias Ghanem, menerusi laporan kaji selidik PayPal baru-baru ini juga mendapati bahawa majoriti rakyat Malaysia (92 peratus) mahukan cara yang lebih selamat untuk membeli-belah di Internet.

Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa 72 peratus pengguna di Internet tidak selesa berkongsi nombor kad kredit, kad debit mahupun nombor akaun bank di laman web.

Kaji selidik itu juga mengetengahkan nilai kepercayaan dan tahap keselamatan untuk rakyat Malaysia semasa mereka membeli-belah dalam talian.

Hampir 80 peratus responden berkata, mereka sanggup membelanjakan tidak lebih daripada RM150 untuk membeli produk di laman web yang tidak begitu terkenal. Manakala lebih 50 peratus responden berkata, mereka sanggup berbelanja kira-kira RM500 pada pembelian di laman web yang mempunyai reputasi baik dalam urus niaga Internet.

Lebih separuh daripada responden pula tidak memikirkan bahawa mereka akan mendapatkan kembali wang mereka jika barangan yang dibeli di Internet tidak sampai ke tangan mereka.

Bagi penggunaan telefon bimbit pintar pula mencatatkan hampir tujuh daripada 10 responden berkata, bahawa mereka akan menjalankan transaksi menerusi gajet mereka kerana frasa kemudahan 'di mana-mana dan pada bila-bila masa' itu.

Bagaimanapun, enam daripada 10 pembeli di Internet telah memberhentikan transaksi mereka kerana halangan untuk memasukkan maklumat kewangan pada paparan skrin yang terlalu kecil.

Antara dapatan lain daripada kaji selidik berhubung penggunaan telefon pintar ialah 69 peratus responden risau akan kehilangan maklumat apabila telefon bimbit hilang.

Sementara 50 peratus pula takut transaksi yang tidak sempurna kerana masalah talian.

Elias menambah, keadaan itu jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mahukan ketenangan fikiran apabila mereka membeli-belah di Internet.

"Rakyat Malaysia juga akan berulang kali membeli -belah di laman web yang mereka percayai. Untuk urus niaga menerusi telefon bimbit pintar pula, tahap keselamatan dan keselesaan menjadi faktor utama menambah keyakinan mereka untuk menggunakan medium tersebut," jelasnya.

Fokus rekaan majlis koktel

Posted: 20 Dec 2011 06:53 PM PST


Hasfitri bersama baju rekaan yang mewah dengan jahitan kristal bersalut.


REKAAN fesyennya lebih menjurus kepada sentuhan feminisme dan romantik dengan penggunaan fabrik dan warna yang penuh imaginasi.

Walaupun nama Hasfitri Yusof masih baru dalam industri fesyen Malaysia, namun dia cepat dikenali kerana sifat peramah dan tidak segan bertanya kepada pereka-pereka fesyen yang lebih berpengalaman.

Memulakan labelnya sendiri Hasfitri Yusof pada bulan Jun tahun lalu, dia memberi tumpuan kepada rekaan pakaian wanita khususnya untuk majlis koktel dan pakaian malam.

Sangat cerewet dan mementingkan kualiti, kekuatan Hasfitri terletak pada pemilihan tekstil, perincian dan perhiasan untuk setiap rekaannya.

Bertemu dengan anak bongsu daripada tiga beradik yang berumur 24 tahun itu, Hasfitri berkata, rekaannya lebih kepada yang moden dan gabungan antara timur dan barat.

''Selain menerima banyak tempahan untuk baju kahwin, banyak pelanggan menempah baju kurung dan pakaian moden,'' kata Hasfitri yang datang ke studio Utusan ditemani oleh ibunya, Siti Sandari Shukur.

Menurutnya, dia lebih gemar bermain dengan perincian seperti manik, batu-batu besar, kristal biasa, kristal bersarung, mutiara, batu sungai yang diimport dari China dan sebagainya untuk menghasilkan rekaan yang eksklusif.

''Peranan perincian amat hebat kerana perincian menjadikan sesuatu rekaan yang ringkas nampak 'berpotongan' dan cantik. Dengan perincian juga, kita dapat meningkatkan harga sesuatu rekaan itu.

''Mungkin kebanyakan pereka fesyen tidak begitu gemar menjahit perincian seperti batu dan manik kerana kerja ini rumit dan lama. Namun saya lebih berpuas hati jika menjahit perincian sendiri.

''Biasanya jahitan manik dan batu ini disiapkan pada waktu malam sementara waktu siang saya memotong dan menjahit baju. Bagi perincian yang tebal dan rapat dapat disiapkan dalam masa lima jam sahaja,'' ujar Hasfitri yang berkelulusan Diploma Rekaan Fesyen daripada Politeknik Johor Bahru, Johor.

Dia berkata, idea corak rekaan manik dan batu yang dijahit pada baju mengikut empat musim di luar negara. Justeru jika dilihat, corak yang dibuat berbentuk abstrak dan tidak begitu gemar kepada corak bunga.

Sebelum memulakan jahitan batu, jelasnya, dia akan melukis dahulu corak di atas kertas dan kemudian meletakkan ke atas baju. Kadang-kadang dia akan terus menyusun batu di atas baju dan jika dilihat cantik, akan terus menjahit.

Hasfitri menambah, batu yang paling cantik ialah kristal bersarung yang mempunyai kilatan yang berbeza dan lebih jernih. Namun ia mahal, sensitif dan tidak tahan lasak.

Rekaan baju yang dijahit dengan kristal bersarung itu lebih sesuai untuk persembahan atas pentas atau karpet merah.

Menjadikan usia 30 tahun sebagai sasaran untuk memiliki butik sendiri, Hasfitri berkata, dia menghasilkan sesuatu rekaan bukan kerana syok sendiri tetapi mahu semua orang menyukai dan boleh memakai.

''Saya ingin menjadi pereka fesyen yang diterima oleh masyarakat dan orang mengenali rekaan daripada Hasfitri Yusof Creations,'' ujarnya.

Jika berminat melihat rekaan Hasfitri, layari http://hasfitriyusof.blogspot.com atau telefon 010-7712387.

Mohd. Fiqri lahir tanpa salur najis

Posted: 20 Dec 2011 06:51 PM PST


Faridah Mohd. Nor reda dengan nasib yang menimpa anaknya, Mohd. Fiqri Izwan.


Tempoh sembilan bulan 10 hari bagi Faridah Mohd. Nor, 27, dirasakan terlalu singkat kerana begitu teruja dan tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi dalam kandungannya.

Lebih teruja kandungan tersebut disahkan oleh doktor adalah bayi lelaki yang sememangnya dinanti-nanti oleh keluarga Faridah setelah sebelum ini hanya dikurniakan anak perempuan.

Namun siapa sangka panas yang diharapkan hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ibu muda itu diberi dugaan besar apabila bayi lelaki yang comel dilahirkan tanpa dubur dan mengalami masalah usus

"Jantung saya bagaikan terhenti apabila doktor mengesahkan bayi yang baru lahir itu mempunyai masalah usus yang menyebabkan dia tidak boleh membuang air besar.

"Ketika itu pelbagai perkara bermain di fikiran saya. Lebih tertekan apabila memikirkan masa depannya.

"Sebagai ibu pastinya saya sedih melihat keadaan anak saya sebegitu tambahan pula dia anak lelaki pertama dalam keluarga kami,'' ujar ibu muda dari Kampung Tok Randok, Ajil, Terengganu ini.

Membesar sebagai kanak-kanak yang tidak mempunyai dubur, Mohd. Fiqri Izwan, yang kini berusia empat tahun, tidak boleh membuang air besar secara normal. Ini membuatkan perutnya besar membusung.

Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menjalani beberapa pembedahan dan mendapatkan rawatan secara tradisional. Namun, keadaan kanak-kanak itu masih tidak berubah.

"Tidak sanggup rasanya terus-terusan melihat penderitaannya. Kalaulah boleh ditukar keperitan saya sanggup menggantikan diri saya sebagai galang-gantinya,

"Setiap kali sembahyang, saya selalu berdoa semoga dipermudahkan urusan Mohd. Fiqri dan moga dia diberikan kesihatan yang lebih baik seterusnya dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak lain.

"Sebagai ibu, saya juga mahu melihat anak saya seperti kanak-kanak yang lain yang ceria dan bergerak cergas,'' ujarnya yang tetap yakin segala yang berlaku adalah ketentuan Maha Esa dan ada hikmahnya.

Kini menurut Faridah, anak kecilnya itu masih mendapatkan rawatan susulan dari semasa ke semasa di Hospital Besar Kota Bharu.

Kos untuk berulang-alik ke hospital sedikit sebanyak memberi tekanan kepada ekonomi keluarga memandangkan suami Faridah hanya bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan RM600 sebulan.

"Kehidupan kami terbeban kerana perlu membayar sewa rumah dan perbelanjaan dua lagi anak kami,'' ujar Faridah.

Malah doktor juga menyarankan supaya Mohd. Fiqri diberi minuman kesihatan bagi memudahkan proses penghadaman.

"Memandangkan kami kesempitan wang, saya hanya menggantikan minuman kesihatan itu dengan air sirap atau teh sahaja,'' ceritanya.

Bagaimanapun keperitan yang ditanggung oleh anak keduanya itu diketahui oleh Yakult, jenama minuman kesihatan yang bersetuju untuk menyumbang bagi membantu anaknya itu.

Ceritanya lagi, kini Mohd. Fiqri banyak bergantung kepada minuman kesihatan itu dan kesihatannya juga bertambah baik serta dapat membuang air besar.

"Saya bersyukur sangat, doa saya selama ini dimakbulkan, malah kesihatan anak saya ini semakin baik,'' ujarnya dengan rasa syukur.

Karnival pendidikan kumpul dana KIAI

Posted: 20 Dec 2011 06:50 PM PST


Lakaran Kompleks Islam Al-Itisam yang bakal dibina dan dijangka siap pada 2014 yang mampu memberi faedah kepada umat Islam.


JIKA dilihat binaan masjid pada zaman Rasulullah SAW ternyata umpama langit dan bumi untuk dibandingkan dengan struktur masjid yang serba lengkap didirikan pada masa kini.

Binaan masjid pada masa itu hanya sekadar dikelilingi oleh tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat sebagai dinding, menggunakan pelepah dan daun kurma sebagai atap dengan berlantaikan pasir.

Namun ia memainkan peranan penting dalam pembangunan tamadun Islam.

Masjid yang didirikan Rasulullah SAW bersama sahabat bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadat tetapi memainkan peranan penting sebagai markas perpaduan ummah sehingga agama Islam mampu berkembang ke seluruh pelosok dunia. Buktinya apa yang kita kecapi hari ini.

Ini bertepatan dengan firman Allah bermaksud: Hidayah Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (al-Nur: 36-37).

Mengambil pendekatan, mengembalikan peranan masjid sebagaimana yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dan perintah Allah menerusi ayat di atas, Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya akan mendirikan Kompleks Islam Al-I'tisam (KIAI) bagi menggantikan masjid sedia ada.

Pengurus Dana KIAI, Mohd. Shah Sapiei, berkata, melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada setiap aktiviti di Masjid Al-Itisam yang sedia ada, pihaknya mengambil inisiatif membina kompleks Islam tersebut dan yakin mampu menghidupkan kembali peranan masjid seperti zaman Rasulullah SAW.

"Masjid ini tidak pernah putus dengan pelbagai aktiviti dan jemaah juga terus memberikan sokongan dengan menghadiri kuliah Maghrib dan Subuh yang kita adakan.

"Begitu juga pada pada hari kebesaran Islam disambut dengan penuh kemeriahan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah daripada penceramah jemputan, nasyid dan qasidah dendangan artis-artis terkemuka, seminar remaja dan dewasa, program kanak-kanak dan banyak lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Karnival Pendidikan Shah Alam 2011 di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, baru-baru ini.

Karnival itu dianjurkan bagi mengumpul dana bagi membina Kiai yang dijangka akan mula dibina pada Mac 2012.

Karnival sehari yang berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga 11.45 malam itu disertai 60 pengusaha tadika, sekolah rendah dan menengah Islam swasta, pusat tuisyen, penjual buku dan peralatan sekolah dan sebagainya.

Karnival diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti ceramah dan forum pendidikan, persembahan kumpulan nasyid, program kanak-kanak dan ramah mesra dengan pemain bolasepak negara.

Beliau berkata, KIAI memakan belanja kira-kira RM29 juta dan dijangka akan siap dibina pada 2014.

Kompleks Islam tersebut dijangka bakal memberi faedah kepada lebih 10,000 penduduk setempat juga orang ramai.

Beliau berkata kompleks tersebut akan dibina dengan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk merealisasikan harapan mengembalikan fungsi masjid seperti pada zaman Rasulullah SAW.

"Memperlihatkan keindahan seni binaan Islam dan kontemporari dalam struktur binaan masjid pastinya akan menarik minat orang ramai mengimarahkan masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi menuntut ilmu dan bermuamalat (berjual beli).

"Pada masa sama, kompleks tersebut juga berperanan sebagai pusat pemangkin penyatuan ummah dengan fikrah yang satu berasaskan al-Quran dan sunah Rasullullah SAW," katanya.

Antara kemudahan yang bakal dibina termasuk dewan solat utama berhawa dingin berkapasiti 1,000 orang dan ruang solat terbuka boleh memuatkan 8,000 orang, Maahad Tahfiz, dewan serbaguna, bilik kuliah, bilik mesyuarat, ruang komersial, pejabat dan rumah kakitangan.

Selain itu, hotel Islam, restoran, perbankan Islam, butik busana muslim, ruang niaga berkonsep Islam turut akan dibina di Kiai.

Menurutnya, KIAI dilihat mampu menyerlahkan suasana baru yang meriah di kawasan setempat dengan reka bentuk bangunan moden berkonsepkan Islam.

"Daya tarikan yang ada pada Kiai mampu menarik perhatian ramai pengunjung terutama dihujung minggu.

"Aktiviti perniagaan dan nilai hartanah di persekitaran Taman TTDI Jaya dijangka memuncak sebaik KIAI mula beroperasi," katanya.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh membuat demikian dengan menghubungi Mohd. Shah di 012-2689872, Muhaiyanie Mustapa (019-9996489) atau Rosmaria Abd Rahman (012-2543076).

Bersubahat dalam suasana perang

Posted: 20 Dec 2011 06:48 PM PST


Replika Pedang Zulfikar, pedang milik Saidina Ali bin Abi Talib yang digunakan untuk membunuh Amru bin Abdu Wud dalam perang Khandaq.


TENTERA musuh dengan jumlah yang sebegitu ramai begitu buntu bagaimana untuk melepasi parit besar yang digali oleh tentera Islam yang hanya seramai 3,000 orang itu.

Melihatkan cubaan nekad seorang rakan mereka, Naufal bin Abdullah yang memecut kudanya untuk melompat melepasi parit itu gagal menambahkan lagi kekalutan di pihak musuh.

Tetapi kematian Naufal itu memberikan ilham kepada pihak musuh dalam cubaan mereka untuk menyerang tentera Islam.

Mereka sanggup menawarkan wang sebanyak 10,000 dirham dan 500 ekor kambing untuk menuntut kembali mayat Naufal yang kini berada di pihak Islam.

Dengan harapan apabila mereka mahu menuntut kambing-kambing tersebut, pihak Islam akan membina jambatan bagi membolehkan haiwan ternakan itu dibawa masuk ke Madinah. Pada masa itulah dikira sebagai masa yang sesuai untuk menyerbu dan menyerang tentera Islam.

Namun Rasulullah sedia menyerahkan mayat Naufal tanpa perlu dibayar sebagai pertukaran.

Pihak musuh begitu kecewa apabila rancangan mereka tidak menjadi. Namun kematian Naufal perlu dibela yang menyebabkan mereka tetap nekad untuk membalas dendam.

Akhirnya empat orang dari pihak musuh dengan salah seorangnya merupakan adik kepada saidina Umar bin Al Khattab, iaitu Dhirar bin Al Khattab dengan beraninya cuba menyeberangi parit dengan cara mereka saling membantu antara satu sama lain untuk memanjat tebing dan akhirnya mereka berjaya berada di seberang parit.

Kemudian salah seorang daripada mereka, iaitu Amru bin Abdu Wud yang dianggap sebagai pahlawan paling hebat dan perkasa walaupun telah berusia lanjut, iaitu 90 tahun tampil kehadapan lalu mencabar pihak Islam untuk berlawan dengannya.

Tidak ada sesiapa daripada pihak Islam yang sedia menyahut cabaran Amru itu. Malah mereka membiarkan sahaja pahlawan daripada pihak musuh itu berteriak seorang diri. Ia menyebabkan Amru bertambah sombong dan bongkak.

Apabila suaranya semakin serak kerana mencabar tentera Islam, ketika itulah pahlawan muda Islam yang hanya baru berusia 25 tahun, Saidina Ali bin Abi Talib melangkah ke hadapan dan bersedia untuk bertarung dengan Amru.

Namun Amru enggan bertarung dengan Ali kerana baginya anak muda itu bukan tandingannya. Dia mahukan yang lebih dewasa dan lebih perkasa untuk satu lawan satu.

Sebenarnya tidak ada lagi kekuatan yang tinggal pada Amru itu kecuali suara yang lantang. Sedangkan kudratnya begitu lemah dan jauh berbeza daripada kekuatan dan ketangkasan yang dimiliki Ali.

Mereka akhirnya saling serang menyerang, berbalas-balas tetakan pedang tetapi penghabisannya Ali mengambil kesempatan untuk terus membunuh Amru saat pahlawan musuh itu mencungap kepenatan.

Kematian Amru disambut dengan suara takbir yang kuat bergema dan bersahut-sahutan dengan penuh kegembiraan oleh para tentera Islam.

Manakala tiga lagi yang mengiringi Amru segera lari menyelamatkan diri yang menyebabkan Khalid Al Walid, salah seorang pahlawan terkenal dari pihak kafir Quraisy sangat marah dengan tindakan mereka yang membiarkan Amru mati tanpa dibela.

"Kamu bertiga sepatutnya membunuh Ali, bukan melarikan diri!" Marah Khalid.

"Kami berada di seberang parit. Sekiranya kami membunuh Ali maka kami juga akan dibunuh mereka, lebih baik kami lari menyelamatkan diri," kata Dhirar.

Mereka kemudiannya bergaduh dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Namun mereka tetap menyerang pihak Islam dengan melancarkan serangan panah walaupun anak-anak panah yang dilepaskan dari busur-busur pasukan memanah itu tidak satu pun dapat melepasi tebing parit besar tersebut.

Ini menyebabkan pihak musuh benar-benar berada dalam keadaan tertekan.

Di pihak Islam pula, mereka mengambil kesempatan untuk melancarkan satu bentuk serangan yang cukup unik, iaitu dengan cara bersubahat.

Perbuatan bersubahat adalah sangat dilarang dalam Islam sebagaimana ditegaskan oleh Allah dalam sebuah firman-Nya yang bermaksud: Jangan kamu bersubahat (bersekongkol) dengan orang yang melakukan kezaliman, (Hud: 113)

Namun dalam keadaan pihak musuh sering bertelagah sesama mereka dan tidak mencapai kata sepakat maka ketika inilah seorang pemuda, Nuaim bin Mas'ud meminta kebenaran daripada Rasulullah untuk 'bersubahat' dengan pihak musuh.

Satu cubaan yang sangat berani dan risiko sangat tinggi. Namun Rasulullah terpaksa membenarkannya.

Setelah mendapat kebenaran daripada baginda, Nuaim berpura-pura menyebelahi pihak musuh dan akhirnya diterima sebagai sebahagian daripada mereka.

Rupa-rupanya dalam pasukan musuh itu, Nuaim berperanan memecah-belahkan perpaduan suku Quraisy dengan ahli-ahli gabungan yang lain.

Perbuatan Nuaim yang menawarkan rasuah dan mengadu domba antara Yahudi dan Quraisy itu menyebabkan kekuatan musuh walaupun bilangan melebihi pihak Islam semakin hari semakin lemah.

Ternyata tindakan bersubahat itu sedikit sebanyak menjadi satu strategi yang bermanfaat untuk menyelesaikan sesuatu masalah lebih-lebih lagi dalam suasana perang seperti itu.

Syirik runtuhkan akidah, hancurkan ibadah

Posted: 20 Dec 2011 06:47 PM PST


Budaya punk pernah menjadi ancaman kepada agama Islam suatu masa dahulu kerana pengamalnya perlu melakukan perkara yang mensyirikkan Allah SWT sebagai tanda penerimaan sebagai ahli kumpulan itu. - Gambar hiasan


SEMUA orang yang beriman berkehendakkan amalan yang dikerjakannya bernilai dan diterima oleh Allah SWT. Amalan yang dilakukan akan dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak batal. Amalan yang terbatal tentunya tidak mempunyai nilai. Iia hanya sia-sia seumpama debu-debu yang berterbangan. Antara perkara yang boleh membatalkan aqidah kita ialah syirik kepada Allah SWT.

Syirik boleh terjadi dengan dua keadaan. Pertama adalah menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain. Ia dikenali sebagai syirik kecil. Ini termasuklah menyembah dan menyamakan Allah SWT dengan batu, pokok, matahari, bulan, Nabi, pemimpin, malaikat dan sebagainya.

Syirik merupakan dosa yang paling besar berbanding dosa-dosa besar yang lain. Ia boleh meruntuhkan akidah seseorang. Apabila akidah telah runtuh, maka ibadah yang dilakukan sia-sia dan tidak berguna sama sekali.

Lebih dahsyat dari itu ialah dosa syirik tidak diampunkan dosa oleh Allah SWT. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (an-Nisa': 48).

Jelas daripada ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT tidak mengampunkan dosa-dosa orang yang telah melakukan syirik kepada-Nya. Namun, sekiranya orang yang melakukan syirik itu sempat bertaubat kepada Allah SWT sebelum meninggal dunia, maka dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengampun, dia akan diampunkan dosa walaupun telah melakukan syirik.

Manakala orang yang tidak sempat bertaubat setelah mengerjakan dosa syirik tidak akan diampunkan dosa.

Dengan kata lain, dia kekal dalam seksaan neraka selama-lamanya. Adapun mereka yang melakukan dosa-dosa yang lain walaupun tidak sempat bertaubat, akan diampunkan dosa-dosa mereka setelah melalui tempoh hukuman di akhirat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Inilah pandangan yang dikemukakan oleh para ulama termasuk Imam Az-Zahabi dalam kitab terkemukanya, Al-Kabair.

Antara amalan-amalan yang boleh membawa kepada berlakunya syirik ialah mempercayai dukun atau bomoh dan meminta pertolongan daripada mereka.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang menemui tukang tilik atau bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka, lalu dia mempercayai apa yang dikatakan oleh mereka itu, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW." (Riwayat Ashabus Sunan).

Amalan bertemu dengan dukun, pawang dan bomoh banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Antaranya disebabkan sikap permusuhan yang membuahkan perasaan cemburu dan iri hati yang tidak berkesudahan. Lantas, jalan singkat untuk menjatuhkan dan menghancurkan kehidupan musuhnya ialah dengan meminta pertolongan bomoh yang sesat.

Di samping itu, kepercayaan bahawa pada tarikh dan bulan tertentu boleh membawa malang dan sial juga boleh membawa kepada syirik. Ini adalah kerana, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Ia tiada kaitan dengan detik dan masa tertentu.

Perbuatan lain yang boleh menyebabkan berlakunya syirik menggunakan atau memakai barangan tertentu untuk mendapat tuah atau menghalang sial. Ini termasuklah memakai tangkal atau azimat yang dipercayainya boleh menyembuhkan penyakit, pelaris perniagaan, ilmu kebal dan sebagainya.

Begitu juga yang menggunakan alatan seperti keris, tengkorak dan barangan mistik yang lain untuk dipuja bagi meraih sesuatu untuk keuntungan duniawi. Semua perbuatan ini juga dianggap syirik berdasarkan hadis Nabi SAW: "Sesungguhnya jampi mantera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik". (riwayat Abu Daud).

Keadaan kedua yang boleh menyebabkan syirik ialah riak iaitu melakukan sesuatu ibadah bukan kerana Allah SWT, tetapi untuk mempamerkannya kepada manusia. Riak adalah sebuah penyakit hati yang berpunca dari perasaan ingin dilihat hebat melebihi orang lain. Lalu ditunjuk-tunjukkan amalannya supaya orang yang melihatnya menyanjungi dan memujinya.

Riak juga dikenali sebagai syirik kecil. Ini adalah kerana orang yang melakukan amalan dengan hati yang riak seolah-olah melakukan amalan untuk orang lain, bukan untuk Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka barang siapa yang mengharapkan untuk bertemu dengan Tuhannya hendaklah dia mengerjakan amalan yang soleh (baik), dan janganlah mempersekutukan sebarangpun dalam beribadah kepadanya. (al-Kahfi: 110)

Nabi SAW bersabda: "Jauhilah kamu dari syirik yang kecil." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah syirik kecil itu?" Nabi SAW menjawab: "Riya.'" (riwayat Ahmad dan Baihaqi).

Ini bermakna, apabila seseorang itu melakukan sesuatu amalan dengan riak, maka amalannya sudah tidak bermakna lagi kerana ia tidak mendatangkan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: Dan kami hadapi segala amalan yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amalan itu seperti debu yang berterbangan. (al-Furqan: 23).

Semangat belia India Muslim

Posted: 20 Dec 2011 06:46 PM PST




WALAUPUN dilanda musim sejuk yang melampau, ia tidak menghalang anak muda India untuk terus mengamalkan sunah Rasulullah SAW bertadarus al-Quran secara berjemaah berhampiran Masjid Jamek di New Delhi, India.

Dilaporkan seramai 26 orang meninggal dunia akibat cuaca sejuk yang melampau di Utara India sehingga mencecah lima darjah celsius.

Suhu sejuk melampau tersebut memaksa beberapa sekolah di Kashmir dan Leh ditutup lebih awal, manakala laluan darat ditutup berikutan salji tebal.

Suami isteri idola

Posted: 20 Dec 2011 06:44 PM PST


Para peserta Seminar Baiti Jannati yang terdiri daripada ahli Kelab Pemilik Nissan Grand Livina Malaysia bersama ahli keluarga bergambar dengan kereta masing-masing di Masjid Negara, baru-baru ini.


DARIPADA Saad bin Abi Waqqas bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Di antara sumber kebahagiaan anak Adam itu tiga perkara, manakala di antara punca kecelakaan anak Adam itu juga tiga perkara. Tiga sumber kebahagiaan mereka adalah isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik. Manakala punca kesengsaraan mereka pula adalah isteri yang jahat, tempat tinggal yang buruk dan kenderaan yang tidak menyenangkan."

Inilah antara yang cuba ditekankan oleh Pensyarah di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Abdul Aziz Abdul Samad kepada para peserta seminar Baiti Jannati anjuran Masjid Negara, baru-baru ini.

Seminar separuh hari yang berlangsung di Dewan Syarahan Utama itu telah menghimpunkan 15 keluarga yang merupakan ahli Kelab Pemilik Nissan Grand Livina Malaysia dari sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Menurut Abdul Aziz, isteri yang solehah yang disebutkan dalam hadis itu bermaksud patuh dan taat kepada perintah Allah, Rasul malah perintah daripada para suami juga perlu ditaati isteri selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat agama.

Manakala yang dimaksudkan dengan tempat tinggal yang baik pula ialah di dalamnya dilakukan aktiviti ketaatan kepada Allah dan Rasul. Contohnya solat, membaca al-Quran, melaksanakan ibadat dan begitu juga dengan wirid. Di samping itu juga rumah yang baik juga adalah rumah yang dikunjungi oleh tetamu.

"Rumah yang di dalamnya tidak ada bacaan al-Quran seumpama tanah perkuburan. Oleh kerana itu, isteri yang baik daripada keluarga yang baik mereka akan melakukan ketaatan di dalam rumah-rumah mereka.

"Sementara itu, kenderaan yang baik pula bermaksud, kenderaan yang digunakan kepada ketaatan kepada Allah ataupun kenderaan tersebut bergerak kepada jalan-jalan kebaikan bukan sebaliknya," kata Abdul Aziz pada slot pertama seminar tersebut.

Menjawab persepsi majoriti umat Islam sekarang yang menilai kebahagiaan semata-mata dari sudut kebendaan seperti rumah besar dan kereta mewah, jelas Abdul Aziz inilah antara masalah masyarakat moden sekarang apabila tenggelam di dalam kebendaan serta membelakangi ilmu.

"Sebenarnya, apabila kita memahami ilmu, kita akan sedar sebenarnya ada panduan yang jelas berkaitan kebahagiaan. Ini kerana ilmu yang datang kepada kita adalah berpandukan kepada al-Quran manakala dijelaskan menerusi hadis.

"Sekiranya kita berpandukan kepada al-Quran dan hadis, walau hebat mana cabaran duniawi itu, kita tidak akan mudah diperdayakan oleh kesenangan di dunia semata-mata," ujar Abdul Aziz.

Sementara itu, menurut Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan, Masjid Negara, Ustaz Mohammad Zaki Ibrahim, pihaknya mengambil masa sebulan bagi memastikan seminar ini berjaya direalisasikan.

"Alhamdulillah apabila diutarakan kepada ahli kelab menerusi forum yang kami wujudkan secara dalam talian, respons yang diperoleh agak menggalakkan. Sebenarnya kami tidaklah berharap terlalu tinggi kerana ini adalah program percubaan untuk melihat sejauhmana penerimaan ahli kelab.

"Namun, melihat kehadiran pada pagi ini, ia jelas membuktikan satu yang positif, lebih-lebih lagi ini adalah program berbentuk keislaman. Kejayaan kecil ini, pasti menjadi pemangkin semangat untuk kami mengadakan lebih banyak aktiviti berbentuk Islamik.

Pada seminar itu juga para peserta turut diberi penerangan mengenai solat musafir memandangkan antara aktiviti popular kelab-kelab berkereta ialah berkonvoi berkereta.

Sebelum mengakhiri seminar itu, kata Mohammad Zaki para peserta akan solat Zuhur berjemaah sebelum menjamu jamuan tengah hari di Taman Tasik Perdana.

Menariknya pada slot latihan dalam kumpulan (LDK), antara harapan kaum suami kepada para isteri-isteri ialah seorang suri yang pandai memasak selain boleh memantau pelajaran anak, membantu kewangan keluarga, taat, mengingatkan suami, idola kepada anak-anak, tidak suka mengumpat dan memahami.

Manakala di pihak isteri pula, mereka mengharapkan agar seorang suami mempunyai daya kepemimpinan, bertanggungjawab, berlaku adil, ringan tulang, prihatin, bertolak ansur dan idola kepada anak-anak.

Sambut tahun baru sambil beramal

Posted: 20 Dec 2011 06:43 PM PST


Zawahir Abdullah (dua dari kiri) pada sidang media majlis makan malam amal 'Sambutan Tahun Baru 2012', baru-baru ini.


MEMANDANGKAN hanya tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2012, maka bahang peralihan tahun baru sudah semakin terasa.

Rata-rata masyarakat membicarakan mengenai azam tahun baru. Tidak kurang juga yang turut membincangkan mengenai aktiviti yang akan diadakan bersempena sambutan tahun baru yang akan datang ini.

Berdasarkan peredaran bulan dan matahari manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masihi. Bagaimanapun, kalendar Masihi lebih banyak digunakan dalam pelbagai urusan. Kalendar Hijriah hanya untuk tujuan keagamaan.

Dalam surah Yunus ayat lima Allah berfirman, yang bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....

Jika mengikut kalendar Masihi, kita kini berada di tahun baru (2012 bersaman dengan 1433 Hijrah). Bagi kebanyakan anggota masyarakat, ketibaan tahun baru ini sudah tentu menjadi satu kebanggaan, tidak kira mereka hamba yang taat, suka melakukan maksiat, kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi dan ia akan disambut dengan penuh meriah.

Di negara kita, akan terdapat anak-anak remaja menyambutnya dengan berlumba haram dan terlibat dalam dengan pelbagai gegala yang tidak sihat. Mungkin pada pandangan mereka ia betul dan inilah cara sebenar untuk menyambutnya.

Pun begitu, terdapat juga golongan yang takut terhadap Allah dan menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi.

Yang pasti, sambutan tahun baru Masihi lebih mendapat sambutan berbanding tahun Baru Hijrah yang disambut dalam bulan Muharam mengikut kalendar Islam. Demi menyambut tahun baru Masihi mereka sanggup untuk berjaga malam demi menanti detik 12 tengah malam.

Tetapi bila disuruh melakukan amar makruf nahi mungkar mengikut syariat Islam, tidak ramai yang turun padang menyertainya.

Hakikatnya, menyambut tahun baru tidak salah tetapi perlulah mengikut tetapan yang betul berlandaskan syariat Islam. Di negara kita , kedatangan tahun baru Hijrah disambut dengan bacaan Yasin dan solat hajat secara berjemaah di surau, madrasah dan masjid. Sepatutnya perkara yang sama juga dilakukan bagi menyambut kedatangan tahun baru Masihi.

Tahun baru yang bakal tiba membuka lembaran baru kepada semua anggota masyarakat, ada segelintir masyarakat terpinga-pinga dan gelisah memikirkan kedatangan tahun tersebut kerana banyak kerja dan azam yang dibuat sebelum ini yang belum terlaksana.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Asr yang membawa maksud: Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan penuh kesabaran.

Oleh itu, masa yang diberikan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan perancangan yang teliti perlu dilakukan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Semoga kedatangan tahun baru ini disambut dengan cara yang betul, dan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini patut bersyukur ke hadrat-Nya kerana masih diberi kesempatan untuk bernyawa dan meneruskan kehidupan dunia.

Hakikatnya, saban tahun penduduk seluruh dunia rata-ratanya menyambutnya dengan perasaan gembira. Ini dibuktikan menerusi sambutan secara besar-besaran.

Keruntuhan moral

Namun, ramai tidak menyedari realiti keseronokan sambutan tahun baru telah menyumbang kepada isu keruntuhan moral.

Ini ekoran apa yang dilakukan jelas terpesong daripada budaya dan identiti bangsa, hingga timbul persoalan bilakah generasi muda kita akan berubah.

Sambutan yang lebih berpaksikan kepada hiburan itu mungkin boleh diubah dengan program yang lebih bermakna sekiranya diwujudkan suatu kelainan mengikut syariat Islam dalam melakukan perubahan dan penghijrahan.

Menyedari akan hakikat itu, satu usaha murni telah cuba diperkenalkan dalam menganjurkan majlis sambutan tahun baru berkonsepkan Islam yang memenuhi tuntutan syariat sebagai seorang Muslim.

Bagi menjalankan tanggungjawab sosial dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan, sebuah pertubuhan yang fokus kepada bantuan kemanusiaan dalam negara, Islamic Aid Malaysia (IAM) telah ditubuhkan bagi membantu golongan tersebut. Pertubuhan itu telah menjadi platform kepada orang ramai yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan.

Walaupun ia masih baru, namun atas usaha dan sokongan orang ramai pertubuhan ini telah berjaya menjalankan misi kemanusiaan peringkat tempatannya dengan baik sekali.

Pelbagai program kemanusiaan telah berjaya dijalankan antaranya program kemanusiaan membantu mangsa banjir, program Jejak Prihatin di mana penjelajahan ke Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Sarawak telah dilaksanakan bagi menghulurkan bantuan termasuk program Pembaikan Rumah fakir miskin dan lain-lain lagi.

Lanjutan daripada itu, bagi memastikan usaha kemanusiaan ini dapat diteruskan pelbagai program pengumpulan dana telah dilaksanakan oleh IAM. Pihak pertubuhan juga turut mengalu-alukan kerjasama daripada badan-badan korporat, badan-badan kerajaan dan juga pihak individu mahupun perseorangan dalam menjayakan usaha kemanusiaan ini.

Menyedari situasi ini, usaha kemanusiaan IAM telah mendapat perhatian Syarikat Twins Light Bulb Sdn. Bhd. yang telah memilih IAM sebagai badan amal yang akan menerima sumbangan hasil daripada penganjuran majlis makan malam amal Sambutan Tahun Baru 2012.

Bertemakan Getaran Gemilang Islam 2011, buat julung kalinya sambutan tahun baru berkonsepkan Islam telah diperkenalkan. Program yang bermotifkan kebajikan sambil berdakwah ini merupakan anjuran Syarikat Twins Ligh Bulb Sdn. Bhd. pada 31 Disember, bertempat di Restoran Cerana, Batu 9, Cheras.

Uniknya, sambutan itu turut menampilkan konsep makan malam amal santai. Lebih menarik lagi, persembahan istimewa beberapa artis tempatan yang akan menyanyikan lagu-lagu bertemakan ketuhanan dan kerohanian.

Penampilan istimewa seramai lapan artis tempatan seperti Nasir Bilal Khan, Yasin dan juga beberapa artis veteran yang prihatin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Twins Light Bulb Sdn. Bhd., Abd. Aziz Abas, pada mulanya pihaknya telah berhasrat untuk menganjurkan acara sambutan tahun baru 2012 secara besar-besaran serta berunsurkan hiburan masa kini. Tetapi setelah dipertemukan dengan pihak AF.Com, maka idea asal tersebut telah ditukar kepada sambutan ke arah keislaman dan disuntik sedikit elemen kebajikan.

"Walaupun sambutan tahun baru Islam ialah pada Awal Muharam yang lalu, namun masih lagi ramai masyarakat kita terutama sekali golongan muda yang menyambut tahun baru Masihi dengan menikmati 90 peratus hiburan.

"Apa salahnya, jika tahun ini kita menyuntik sedikit kelainan dengan menyelitkan unsur-unsur keislaman dan kerohanian dalam mendidik generasi muda untuk berhibur mengikut acuan Islam.

"Saya akan buat yang terbaik dalam menghiburkan tetamu yang hadir dan yang pasti saya akan memastikan mereka yang hadir ke majlis makan malam ini akan meninggalkan majlis ini dengan memori yang indah," katanya.

Tambah Abd. Aziz, beliau berharap agar penganjuran majlis seumpama ini akan menjadi anjakan paradigma dalam penganjuran sambutan tahun baru yang biasa dipraktikkan.

Malah beliau turut menyeru orang ramai dan badan-badan korporat untuk turut serta dalam majlis makan malam amal ini.

Majlis yang dijangka diadakan di Restoran Cerana, Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur ini boleh memuatkan kira-kira 700 tetamu.

Meja yang ditawarkan untuk kumpulan terdiri daripada tiga bentuk iaitu; Platinum (RM10,000), Emas (RM5,000) dan Perak (RM3,000).

Selain itu, jualan meja juga turut dibuka untuk individu, di mana kerusi yang ditawarkan juga dalam tiga peringkat iaitu; Platinium (RM1,000), Emas (RM500) dan Perak (RM300).

Mengulas lanjut, pengisian majlis makan malam amal adalah seperti persembahan nasyid, zikir, ratib, marhaban, berendoi dan sebagainya.

Turut diadakan adalah bacaan doa semasa 'countdown' dan juga alunan zikir serta acara 'Berendoi' dan 'Ratip Saman' di mana ramai di antara kita yang sudah alpa dengan acara yang semakin ditelan zaman.

Sementara itu, menurut Presiden IAM, Zawahir Abdullah, pihaknya amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memilih IAM sebagai penerima manfaat daripada hasil jualan meja untuk program ini.

Katanya lagi, hasil daripada sumbangan Majlis Makan Malam Amal ini akan disalurkan bagi meneruskan usaha-usaha kemanusiaan terutamanya, bagi membantu mangsa banjir menerusi Tabung Bantuan Bencana Banjir yang dilancarkan, baru-baru ini.

Tabung ini merupakan sebuah kerjasama kemanusiaan antara IAM dengan Utusan Malaysia. Pelancaran tabung ini diadakan sebagai salah satu usaha membantu meringankan beban mangsa banjir terutamanya yang berada di Pantai Timur dan di seluruh Malaysia.

Zawahir juga mengalu-alukan sumbangan serta sokongan daripada individu dan badan-badan korporat serta organisasi yang prihatin serta menyeru sokongan daripada orang ramai untuk turut serta menjadi sukarelawan.

Orang ramai juga boleh temui dan mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti terkini IAM melalui jaringan rangkaian komuniti sosial facebook dengan carian nama Islamic Aid Malaysia.

Untuk tempahan meja majlis 'Sambutan Tahun Baru 2012' anda boleh menghubungi Abd. Aziz di talian 017- 7037158 dan Zuraida Md. Ali di talian 019-2477913.

Pendakwah muda pemacu generasi akan datang

Posted: 20 Dec 2011 06:42 PM PST


Tekun... Badrul Sani menggunakan pendekatan santai dan menanamkan semangat kekeluargaan kepada anak didiknya bagi memudahkan mereka menerima apa yang ingin disampaikan.


SIAPA sangka kanak-kanak seawal usia sembilan tahun mampu berhujah dan mengutarakan idea matang di hadapan khalayak dengan penuh keyakinan.

Gaya pertuturan dan kebolehan mereka dalam memberikan pandangan mengenai isu semasa dan kemahiran berpidato sama sekali tidak menunjukkan umur yang sebenar.

Membawa perwatakan matang dengan berwajah riang, kanak-kanak ini sangat sesuai untuk dijadikan 'ikon' kepada rakan sebaya mereka.

Biasanya kanak-kanak pada umur tersebut lebih gemar menghabiskan masa dengan bermain dan berseronok bersama rakan-rakan dan ada segelintir yang masih belum dapat membezakan baik dan buruk (mumayiz) untuk diri mereka sendiri.

Namun, berbeza dengan 13 kanak-kanak celik yang terpilih mengikuti rancangan realiti televisyen Adik-adikku musim ketiga anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Peserta terbaik yang terpilih daripada 500 kanak-kanak dari seluruh negara termasuk negara serantau itu dipersiapkan dengan ilmu dan kemahiran diri yang lengkap bagi menjadi aspirasi masyarakat sebagai pendakwah (daie) cilik.

Bukan sahaja persiapan rohani, aspek jasmani juga ditekankan kepada setiap peserta agar bersedia menempuhi cabaran semasa yang semakin mencabar pada masa depan.

Pegawai Penyelidik Jakim, Muhammad Zarifi Mohd. Daud berkata, usaha melahirkan pendakwah muda penting dan amat diperlukan pada masa kini.

Beliau berkata, walaupun sudah pasti setiap peserta ingin memburu kejayaan, tetapi apa yang penting pertandingan ini akan melatih peserta menjadi daie muda yang berwibawa dan berkebolehan.

Merekalah yang akan memainkan peranan utama dalam memacu generasi masa depan dan juga negara ke arah berpaksikan ajaran Islam.

"Hanya mereka sahaja yang lebih mengetahui dan memahami masyarakat dalam kelompok mereka. Cabaran global berubah-ubah dari semasa ke semasa, oleh itu hanya generasi pada masa itu yang lebih mengetahui kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa tersebut," katanya ketika ditemui di Institusi Latihan Islam Malaysia (ILIM), baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan murabbi (pembimbing) peserta Adik-adikku berkata, pendakwah muda juga memainkan berperanan penting sebagai ikon kepada rakan sebaya melalui contoh teladan yang baik.

"Untuk melahirkan pendakwah yang berkarisma, mereka perlulah dididik dan dipersiapkan dengan segala kemahiran dan persedian minda yang mantap. Peserta juga didedahkan dengan aktiviti bersukan agar mempunyai kemahiran yang serba boleh.

"Ia akan membuatkan mereka sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran semasa yang semakin mencabar pada masa akan datang," katanya.

Mengulas lanjut, kata Zarifi, beliau menggunakan pendekatan santai dan komunikasi dua hala dalam mendidik anak buahnya.

"Mendidik kanak-kanak bukanlah mudah, ia memerlukan kaedah yang mesra supaya mereka lebih mudah menerima dan mengamalkan apa yang kita ajarkan.

"Kita juga perlu pandai memainkan emosi dan mentaliti mereka dengan cara memberikan pujian dan kata-kata dorongan. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi mereka untuk terus berusaha dengan gigih," katanya.

Manakala dua lagi murabbi ialah Ketua Jurulatih Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC), Ahmad Badrul Sani Baharudin dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohd. Izhar Ariff Mohd Kashim.

Setiap murabbi bertanggungjawab membimbing empat atau lima peserta untuk dididik, diasuh, diasah bakat mereka bagi pertandingan ini.

Manakala, raesah (pengetua) pada sesi kali ini pula adalah pendakwah bebas dan juga personaliti televisyen, Asni Abu Mansor.

Asni berkata, akademi itu bukan semata-mata medan pertandingan, tetapi landasan bagi melahirkan pemimpin dan daie kecil yang boleh menjadi model kepada rakan sebaya mereka.

Katanya, pada musim ketiga ini juga, Jakim turut meluaskan penyertaan ke peringkat serantau dengan penampilan istimewa peserta dari negara Brunei.

"Peserta adalah berumur dari sembilan hingga 12 tahun. Mereka akan mengikuti sesi latihan di akademi selama hampir sebulan bermula awal Disember lalu.

"Peserta turut diwajibkan mengikuti kelas pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang disediakan bagi membentuk jati diri mereka menjadi daie yang berwibawa suatu hari nanti," katanya.

Beliau berkata, pertandingan kali ini menjanjikan kelainan berbanding musim sebelum ini iaitu musim pertama dan kedua.

Ujarnya, ini kerana penonton dapat melihat sendiri penglibatan dan bakat peserta musim pertama dan kedua dalam segmen diari dan pengacara pentas.

"Segmen Diari Adik-adikku' memaparkan aktiviti harian yang berlaku kepada peserta termasuk aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

"Antara aktiviti yang wajib diikuti ialah kelas Pidato, Tahsin Al-Quran, Taranum, kelas Tasmi', kelas Fardhu Ain dan sesi motivasi," katanya.

Selain itu, Asni berkata, peserta turut di bawa mengikuti lawatan sambil belajar, membuat tazkirah di masjid dan aktiviti memanah serta berkuda dalam sesi riadah sepanjang sebulan pertandingan.

Menurutnya, seperti musim sebelum ini, pertandingan pidato akan diadili gandingan juri profesional daripada pelbagai bidang.

Manakala juri tetap pertandingan adalah Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Selain itu, peserta turut dinilai dari segi hafazan dan sahsiah ketika di Akademi.

Bagi Badrul Sani, penganjuran pertandingan seperti ini dapat mengenalpasti individu yang berpotensi menyebarkan dakwah dan memimpin negara pada masa depan.

Selain itu katanya, pertandingan ini juga secara tidak langsung berfungsi sebagai medium dakwah kepada masyarakat dengan cara yang santai dan mudah diterima semua peringkat umur.

"Jika kita lihat di kaca televisyen, majalah atau media baru yang lain, sangat sedikit nisbah pengisian berbentuk agama berbanding hiburan dan bermotif suka ria.

"Menerusi program ini, secara tidak langsung penonton dapat berhibur sambil menghayati nilai kerohanian disampaikan oleh peserta melalui kaedah pidato dan menyanyi," katanya.

Beliau berkata, melihat kepada sambutan program musim sebelum ini, ternyata Adik-adikku mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Badrul Sani menitikberatkan tiga aspek utama kepada anak didiknya iaitu yang paling utama ialah ilmu, melakukan yang terbaik dan jadi yang terbaik.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa agak susah mendidik golongan celik ini lebih-lebih lagi diterapkan dengan unsur yang berat dan serius.

Adik-adikku akan memasuki peringkat separuh akhir pada 18 Disember ini bertempat di Dewan Dato' Shahir, ILIM, Bangi, Selangor.

Penggembala unta Islam

Posted: 20 Dec 2011 06:39 PM PST


PENGGEMBALA unta bersama unta dan muatan guni sekam untuk dihantar ke beberapa stesen di sepanjang Oodnadatta, Australia sekitar tahun 1911. - Gambar Ihsan Perpustakaan Negeri Australia Selatan.


POPULASI Islam di Australia bermula secara rasmi pada abad ke-19 Masihi iaitu sekitar tahun 1860-an. Masyarakat Islam yang berasal dari Afghanistan dan Pakistan dibawa masuk secara sah oleh beberapa syarikat bagi mengendalikan haiwan yang amat berjasa kepada kemajuan Australia, iaitu unta.

Masyarakat Islam yang datang ke Australia berasal dari beberapa kaum seperti Pashtun, Baluchi, Punjabi dan Sindhi. Kepelbagaian kaum atau etnik itu telah bersatu di bawah nama Islam dan mereka telah bersama-sama berusaha mengekalkan agama dan cara hidup mereka di Australia. Dari tahun 1870 hingga 1920, kira-kira 200 orang penggembala dan 20,000 ekor unta telah tiba di Australia.

Dengan tujuan untuk mencari rezeki, penggembala unta Islam yang terdiri daripada golongan lelaki ini telah datang bersendirian dan diikat dengan kontrak kerja untuk jangka masa tertentu.

Tugas utama mereka yang dibawa ke Australia ialah untuk menggembala unta yang dibawa masuk ke Australia untuk tujuan penghantaran bekalan ke kawasan pedalaman.

Antara tugas yang dilakukan ialah memberi makan unta, mengikat barangan ke atas badan unta, menjadi penunjuk jalan dan seterusnya mengawal unta ketika dalam perjalanan.

Orang Australia pada waktu itu percaya bahawa hanya orang Islam boleh mengendalikan unta dengan berkesan kerana dalam Islam unta dianggap sebagai haiwan yang diberkati.

Mereka lebih faham dengan sifat dan kehendak haiwan tersebut. Ini kerana latar kehidupan mereka yang didatangkan dari Afghanistan dan Pakistan adalah amat rapat dengan unta dalam kehidupan harian mereka.

Selain pengalaman, para penggembala unta Islam juga mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka mengendalikan unta dengan berkesan.

Contoh kemahiran yang mereka miliki ialah mengikat barangan seperti bekalan bulu kambing yang beratnya boleh mencecah ratusan kilogram dengan hanya menggunakan seutas tali.

Teknik mengikat dan mengawal unta adalah penting untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diigini.

Kelebihan bekerja di dalam cuaca yang ekstrem dan kurang memerlukan air menjadi kelebihan kepada unta dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan bagi membawa keluar produk Australia seperti bulu kambing biri-biri dan membawa bekalan kayu api untuk menggerakkan enjin bagi tujuan perlombongan di kawasan perlombongan emas di Murin, Australia Barat.

Emas telah ditemui di Kalgoorlie dan Coolgardie pada tahun 1893. Selain emas, benua Australia kaya dengan sumber mineral lain seperti perak, zink, tembaga dan plumbum.

Kepakaran penggembala unta sebagai penunjuk arah telah menjadikan mereka penting dalam ekspedisi-ekspedisi sains yang dijalankan oleh para saintis Australia di kawasan pedalaman. Beberapa ekspedisi yang disertai oleh penggembala unta Australia ialah seperti Ekspedisi Burke dan Wills pada tahun 1860, Ekspedisi Warburton pada tahun 1873, Ekspedisi Goose pada tahun 1873 dan Ekspedisi Elder pada tahun 1891. Di dalam ekspedisi saintifik sebegini, para penggembala unta Islam ini mempunyai tugas yang berat selain sebagai penunjuk jalan iaitu mereka bertanggungjawab dalam mengangkat dan menurunkan peralatan daripada unta, mencari sumber air bagi ahli ekspedisi, dan turut terlibat dalam pengumpulan spesimen.

Setiap barangan sama ada tong air, tiang telegraf, guni bulu biri-biri dan sebagainya diikat dan disandarkan pada sejenis pelana yang direka khas untuk membawa barang. Pelana ini mempunyai rekaan khusus seperti deretan kayu di bahagian sisi, kiri dan kanan bagi membolehkan para penggembala mengikat barangan yang hendak di bawa dengan mudah.

Selain memberi sumbangan dari segi kemajuan Australia, penggembala Islam Australia juga berjaya dalam menjalankan satu lagi tugas mereka iaitu sebagai orang Islam.

Mereka telah berjaya memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan di situ.

Mereka telah membina masjid sebaik sahaja sampai di Australia walaupun hanya daripada tanah liat dan ranting-ranting kayu.

Sumbangan penggembala unta Islam dalam membuka kawasan pedalaman Australia dan memajukan Australia tidak pernah disebut dalam sejarah negara itu.

Pameran Penggembala Unta Islam Australia - Perintis Di Kawasan Pedalaman 1860an - 1930an, yang sedang berlangsung di Muzium Kesenian Islam Malaysia dari bulan Oktober lalu sehingga 22 Januari ini merupakan kali pertama sejarah itu diketengahkan kepada masyarakat umum dan luar Australia. Pameran ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia, Miles Kupa pada 21 Oktober lalu. Ia merupakan hasil kerjasama antara Muzium Australia Selatan dan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan sokongan daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, Institut Australia-Malaysia dan syarikat perkapalan UASC dan Inchscape.

Adilla kerja 7 hari seminggu

Posted: 20 Dec 2011 06:38 PM PST


Adilla Zainuddin sentiasa optimis dengan setiap perniagaan yang dijalankannya.


Kita bekerja bukan semata-mata untuk mendapatkan duit, tapi untuk mencari erti kehidupan kita sendiri. Apa yang kita buat adalah lebih bermakna dari diri kita sendiri."

Kata-kata itulah yang menjadi pegangan wanita jelita ini. Istilah cuti dan rehat tidak pernah ada dalam diari hidupnya. Hatta ketika bercuti sekalipun, komputer riba tetap menjadi teman setia dan otaknya pula ligat memikirkan apakah strategi dan perancangan yang boleh dibuat demi memantapkan lagi perniagaan yang sedia ada.

Itulah semangat yang dibuktikan oleh Adilla Zainuddin, 32, pemilik pusat terapi dan kecantikan Dr. Azimuth Bioherbal dan kedai dobi Applefresh ini.

"Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang mudah, minat yang mendalam mengatasi segala-galanya. Namun tanpa ilmu dan pengalaman agak sukar untuk memulakan perniagaan apatah lagi mengukuhkannya ke satu peringkat yang lebih baik untuk jangka masa panjang," ujar wanita kelahiran Kedah itu.

Mengimbas kembali penglibatan awalnya dalam bidang perniagaan ia bermula selepas mendirikan rumah tangga.

"Saya nekad menamatkan perkhidmatan sebagai penolong pengarah di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Walaupun terasa berat untuk meninggalkan kerjaya tersebut, namun permintaan suami untuk bekerja di syarikatnya wajib saya turuti.

"Alhamdulillah berkahwin dengan ahli perniagaan merupakan satu anugerah Ilahi yang tidak ternilai kerana di sini saya dicurahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan selok belok perniagaan," jelas ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Akhirnya, setelah beberapa tahun berkhidmat dengan suami, Adilla diberikan lampu hijau untuk meneruskan impian membina empayar perniagaan sendiri.

"Cabaran saya ialah apabila saya tidak mahu menggunakan modal seratus peratus daripada suami. Saya tidak mahu berharap semuanya pada suami. Didikan ibu bapa saya agar berdikari menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menggunakan wang simpanan sendiri.

"Memang saya akui modal menjadi cabaran utama, biarpun ramai yang menyangka suami saya menyalurkan modal secara percuma, hakikatnya tidak begitu. Saya sendiri mahukan segalanya dibayar kembali setelah diberi pinjam kerana itu adalah hakikat perniagaan.

"Saya mulakan perniagaan dengan modal RM3,000, rumah menjadi premis pertama saya, akhirnya Seksyen 23, Shah Alam menjadi pilihan untuk beroperasi," jelasnya yang turut pernah menjadi guru dan Inspektor kawalan mutu di F&N Coca Cola, Shah Alam.

Menurut Adilla, berkat ilmu yang digali di peringkat institusi pengajian tinggi ditambah dengan pengalaman bekerja di sektor awam dan swasta menambah keyakinan untuk mengusahakan perniagaan sendiri.

"Pada mulanya saya memilih spa, kemudian barulah timbul idea untuk menubuhkan kedai dobi.

"Apabila sudah agak berjaya pula ada lah pihak yang mula cemburu dan rasa tidak senang hati dengan apa yang diperolehi.

"Namun saya mengambil pendekatan untuk menyerahkan semua urusan tersebut kepada Allah," ujar graduan sarjana Pengajian Makanan dan Sains dari Universiti Putra Malaysia itu.

Kejayaan Adilla memang berbaloi. Selain banyak ilmu perniagaan yang dipelajari dia juga mengakui menjadi usahawan banyak mendidiknya untuk mengawal emosi dengan baik. Tambahnya menjadi usahawan bukanlah sesuatu yang mudah kerana jika tersilap membuat keputusan akan mendatangkan kerugian.

"Alhamdulillah berkat kesabaran serta sikap tungkus-lumus selama dua tahun akhirnya modal boleh dibayar.

"Saya juga bersyukur kerana mendapat pekerja yang baik. Kesusahan dan kepayahan yang diharungi menjadi senang apabila ada rakan rapat yang sudi berkongsi dan memberi nasihat yang baik," katanya.

Kemas, bersih dandanan 2012

Posted: 20 Dec 2011 06:37 PM PST


Fesyen rambut panjang yang di blow dry masih lagi sesuai pada masa kini.


SELAIN pakaian, kasut dan solekan, gaya rambut melengkapkan penampilan seseorang. Jika pakaian sahaja yang cantik namun rambut tidak terurus pastinya tidak sesuai, malah seseorang itu tidak akan kelihatan menarik.

Rambut yang bersih, sihat dan didandan cantik mengikut kesesuaian wajah seseorang pasti akan membuatkan orang yang memandang, menoleh dua kali.

Memang ramai yang mengambil berat akan rambut mereka tidak kira lelaki dan wanita kerana rambut diumpamakan seperti mahkota.

Bagi yang betul-betul menjaga kesihatan rambut, seminggu sekali mereka pasti akan ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut seperti stim, trimming dan sebagainya.

Gaya rambut juga sering berubah mengikut peredaran masa. Biasanya fesyen rambut selebriti dan artis sering menjadi perhatian. Hari ini ramai yang gemar mengikut gaya rambut artis luar negara seperti Korea, Hong Kong dan Barat.

''Bagaimanapun gaya rambut yang versatil masih tetap sesuai di negara kita. Gaya seperti ini sesuai untuk setiap suasana sama ada hendak ke pejabat, berjalan-jalan dan sebagainya. Sekiranya hendak ke majlis, dandan sahaja di salon,'' kata pemilik E-Go Hair Salon, Nora Wahib ketika ditemui di salonnya, baru-baru ini.

Menurutnya, mendekati tahun 2012, gaya rambut untuk tahun depan tidak banyak berbeza dengan gaya rambut 2011.

Fesyen rambut pendek ujar Nora, masih digemari kerana nampak ringkas dan menepati untuk ke pejabat atau ke mana-mana. Senang diurus, rambut pendek juga mudah dibentuk dan dijaga.

''Bagi lelaki, penggunaan wax dan gel memainkan peranan kerana dengan menggunakan dua bahan tersebut, boleh menukarkan fesyen rambut pendek yang ringkas kepada yang nampak funky.

''Jika ke pejabat, sudah tentu anda perlu nampak kemas dan rapi dengan menyapu sedikit minyak rambut. Namun jika keluar bersama kawan-kawan, tambahkan sedikit gel yang membuatkan rambut nampak basah sedikit atau tarik sedikit ke atas supaya nampak spiky.

Begitu juga dengan fesyen rambut wanita yang masih mengekalkan gaya yang selamat untuk setiap ketika,'' sambungnya.

Tambahnya, biasanya wanita yang bekerja dan tidak memakai tudung masih mengekalkan gaya rambut yang sama. Sama ada fesyen rambut pendek, paras bahu atau melepasi bahu, rambut nampak kemas dan cantik jika di blow dry atau digulung.

Trimming dan rebonding sekali-sekala menjadikan rambut nampak lebih kemas.

Menurut Nora, kelainan dapat dicipta apabila menghadiri majlis kerana ada wanita yang ingin nampak lebih kemas, menarik dan berbeza daripada hari-hari biasa dengan dandanan sanggul atau ban.

''Sanggul yang bersaiz besar sedikit dengan perhiasan permata diselitkan pada sanggul sesuai tatkala menghadiri majlis rasmi atau ke majlis perkahwinan sementara ban untuk ke majlis yang lebih ringkas atau koktel. Ban turut sesuai digayakan ketika ke pejabat kerana rambut nampak kemas,'' jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved