ads

Ahad, 18 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hubungan Intan Ladyana, Kamal Tiada Masalah

Posted: 18 Dec 2011 06:25 PM PST

Intan Ladyana.

AKTRES jelita Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 29, atau Intan Ladyana menyifatkan khabar angin yang mendakwa hubungan cintanya dengan aktor Kamal Adli berantakan gara-gara aktor itu menjalin hubungan sulit dengan aktres Indonesia, Olivia Jensen sebagai tidak berasas.

Malah, ada juga yang melemparkan tuduhan bahawa perubahan fizikalnya yang semakin kurus dewasa ini adalah berpunca daripada kekecewaan dengan kecurangan kekasihnya itu.

Hakikatnya, pelakon filem Flat 3A ini dengan tenang mengakui hubungannya dengan Intan yang berusia dua tahun itu masih terjalin dengan baik tanpa sebarang masalah.

"Saya tidak faham kenapa orang mendakwa hubungan saya dan Kamal sedang berhadapan masalah walhal saya sangat bahagia dan ceria dengan kehidupan sekarang.

"Hanya kerana orang nampak saya semakin kurus, orang mula menuduh saya makan hati dengan kecurangan Kamal.

"Padahal, saya memang mengamalkan diet untuk mengekalkan bentuk fizikal kerana sebagai aktres saya perlu sentiasa cantik dengan fizikal yang konsisten," katanya kepada OopStarz!, baru-baru ini.

Tambah Intan, sebagai kekasih, dia mengetahui pergerakan aktor itu sepanjang penggambaran filem Gerimis Mengundang di Indonesia. Malah, rakan-rakannya dan pengarah filem itu sendiri, Ahmad Idham turut memaklumkan cerita yang sebenar, sekali gus menangkis desas-desus yang tersebar.

"Sebenarnya, memang tiada isu pun yang timbul antara kami. Saya tahu dia tidak buat begitu kerana dia sentiasa berkongsi setiap pergerakannya apabila kami berjauhan.

"Lagipun, beberapa rakan saya yang terlibat dalam filem itu dan pengarahnya Ahmad Idham juga sempat memberitahu saya bahawa cerita-cerita yang timbul itu adalah tidak benar.

"Jadi mengapa saya perlu risau tidak tentu pasal kerana tiada apa yang berlaku dalam hubungan kami," ulasnya sambil mengakui gosip tersebut tidak menjejaskan dirinya secara peribadi.

Sempat diusik adakah dia cuba menyembunyikan masalah yang sebenar, Intan berkata jika hubungan mereka berantakan seperti diperkatakan, dia tidak akan keberatan untuk berkongsi cerita.

"Saya akan cakap apa yang saya tahu saja. Tidak tahulah pula kalau benar Kamal berlaku curang seperti yang didakwa itu.

"Mungkin lebih baik bertanya pada dia sendiri kerana dalam kes ini, saya adalah pihak ketiga dan saya hanya boleh ulas apa yang wajar bagi pihak saya saja.

"Lagi pun saya jenis yang akan mengaku dan berterus-terang saja jika benar hubungan kami bermasalah. Tidak perlu saya terlalu berahsia kerana lambat-laun orang akan tahu juga," katanya.

Keluarga Jadi Keutamaan Faizal Tahir

Posted: 18 Dec 2011 06:24 PM PST

Faizal Tahir.

AGAK lama juga wajah Faizal Tahir, rockstar kesayangan ramai ini sepi daripada publisiti media, apatah lagi mendengar khabar berita mengenai perkembangan dirinya.

Mengakui sudah lama tidak muncul di mana-mana akhbar mahupun majalah, jelas bapa kepada empat orang anak iaitu Ahmad Mikael Zidane, 6, Siti Raudhah Nur Iman, 4, Ahmad Rifa'ie Zidane, 2, dan Siti Rawdha Nur Jannah, 8 bulan, dia tidak terfikir untuk mencari publisiti jika tiada produk baru yang ingin diketengahkan.

Pelantun lagu Karma ini hanya selesa memenuhi undangan persembahan selain mempersiapkan material untuk album terbarunya yang akan dilancarkan pada tahun depan.

Selebihnya, Faizal banyak menghabiskan masa bersama keluarga dimana selama ini dia rasakan telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa gara-gara terlalu sibuk dengan aktiviti seni nyanyiannya itu.

"Jujur saya katakan, sejak kelahiran Siti Rawdha pada Mac lalu, banyak perubahan yang berlaku dalam diri ini. Kerana dia, saya telah membuat perkara yang sebelum ini tidak pernah dilakukan.

"Antaranya, masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga terutamanya anak-anak dan sempat pergi bercuti bersama ke beberapa lokasi menarik. Malah kami turut jamming bersama di rumah.

"Sebelum kemunculan album baru pada tahun depan, saya akan pastikan isteri (Raihanim Noran) dan anak-anak mendapat perhatian sepenuhnya.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh lagi mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka dan akan memastikan sesibuk macam mana sekalipun, masa antara kerja dan keluarga perlu diselaraskan," katanya.

Tambah bekas ahli kumpulan Mirwana ini, masa yang diluangkan bersama anak-anak membuatkan dia lupa seketika tentang kerjaya seninya dan sekali sekala, karakter Faizal turut berubah seperti kanak-kanak dek kerana melayan telatah anak-anak.

Beli Mainan

Dalam pada itu, menjadi aktiviti tetap pada setiap hujung minggu, Faizal memanjakan anak-anaknya dengan membeli segala jenis permainan yang terbaru di pasaran.

"Diakui, saya telah memanjakan mereka terlebih sedikit dengan membelikan pelbagai mainan dan boleh dikatakan rumah saya penuh dengan barang-barang mainan mereka sahaja.

"Mintalah apa sahaja, pasti keinginan mereka saya tunaikan. Sampaikan isteri marah kerana terlalu mengikut kehendak anak-anak.

"Bagaimanapun, saya turut mengajar mereka untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki dan pada masa sama mengingatkan mereka tentang kesusahan orang di luar sana.

"Alhamdulillah, apabila mendapat barang mainan baru, mereka pula yang beri pendapat dengan meminta saya sedekahkan permainan-permainan lama kepada anak-anak yatim atau yang lebih memerlukan.

"Meskipun suka melayan karenah manja mereka, sebagai seorang ayah, saya tetap bertegas dalam bab mendidik dan mereka dengar cakap saya dengan hanya mengeluarkan satu perkataan sahaja," ujarnya terharu.

Melihat sendiri bakat seni muzik yang telah pun mengalir ke jiwa anak-anaknya, kata penyanyi ini, dia enggan mendedahkan mereka dengan muzik di peringkat awal.

Sebaliknya, Faizal mahu anak-anaknya dibesarkan dengan ilmu akademik dahulu sebelum menjadikan muzik sebagai pilihan utama.

"Saya tak mahu mereka membesar dengan pengaruh muzik yang terlalu kuat. Memang mereka sudah pun menunjukkan minat yang mendalam lebih-lebih lagi apabila sering dikelilingi oleh rakan-rakan baik saya yang juga merupakan ahli pemuzik.

"Tak naklah anak-anak melihat bidang ini sebagai impian masa depan. Bagaimanapun mereka tidak akan dihalang sekiranya ingin mengikut jejak langkah saya. Cuma, biarlah pelajaran dahulu yang diutamakan sebelum memilih muzik sebagai punca rezeki utama," katanya.

Mahu bikin konsert solo

Bercerita pula tentang perancangan tahun depan, kata Faizal, kerjayanya akan bermula aktif selepas pelancaran album ketiganya (masih lagi belum diberi judul lagi) pada Mac atau April depan.

Katanya, album yang menampilkan sebanyak 20 buah lagu itu akan dipromosikan sehabis baik dan jika segala yang dirancang berjalan lancar, dia memberi sasaran untuk mengadakan konsert solo buat pertama kalinya pada hujung tahun depan.

"Tahun 2012 ternyata memberikan cabaran besar buat saya lebih-lebih lagi pelbagai perancangan telah pun dipersiapkan terutamanya dari segi strategi promosi dan penjualan album.

"Insya-Allah jika ada rezeki, saya akan muncul dengan konsert sulung pada akhir tahun depan dan semua itu terpulang pada respons yang diberikan oleh para peminat," katanya bersemangat.

Tambah Faizal, dia juga mencabar dirinya untuk melihat sejauh mana kemampuan dia berdiri sebagai seorang penghibur.

Sementara itu, Faizal juga akan muncul pada Konsert Loudspeaker yang bakal berlangsung pada 25 Disember ini, pukul 8.30 malam, di Stadium Merdeka.

Faizal bersama ahli bandnya, Faizal Tahir & The Royale FT Force, akan berkongsi pentas bersama kumpulan Wings, Azlan The Typewriter dan XPDC pada malam itu.

"Tidak sabar rasanya untuk menantikan konsert ini lebih-lebih lagi apabila diberi penghargaan untuk berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi 'otai'.

"Setiap daripada kumpulan terbabit akan membawakan lagu-lagu hit mereka manakala saya pula akan persembahan lagu popular seperti Karma, Sampai Syurga dan Hanyut," katanya.

Shahz Jaszle Tak Gaduh Dengan Julie Dahlan

Posted: 18 Dec 2011 06:24 PM PST

Shahz Jaszle nafi dakwaan begaduh dengan penerbit drama, Julie Dahlan.

PETALING JAYA: Pelakon, Shahz Jaszle menafikan khabar angin bahawa dia mempunyai masalah dengan Julie Dahlan gara-gara gagal menjayakan sebuah drama terbitan penerbit wanita itu baru-baru ini.

Shahz berkata, dia menarik diri daripada membintangi drama berjudul Pemandu MB itu secara baik kerana mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu.

"Benar saya menarik diri daripada drama itu kerana telah dimasukkan ke hospital dan disyaki dijangkiti penyakit batu karang.

"Bagaimanapun pengunduran saya daripada drama tersebut adalah secara baik dan pihak produksi termasuk Kak Julie menerimanya tanpa ada sebarang percakaran antara kami," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Dalam pada itu, Shahz berkata, dia ingin terus berlakon di dalam drama tersebut selepas keluar daripada hospital tetapi pihak produksi tidak dapat menunggu kerana penggambaran telah pun dimulakan.

Ujarnya, dia hanya sempat berada di lokasi selama sehari sebelum dimasukkan ke hospital dan mengakui ada menerima bayaran pendahuluan.

"Pihak produksi tidak dapat menunggu saya kerana penggmabaran telah pun dimulakan dan mereka terpaksa menggantikan peranan saya dengan pelakon lain.

"Walaupun sedikit sedih tetapi saya anggap ia bukan rezeki saya," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan dia masih belum memulangkan duit pendahuluan yang telah diterima daripada pihak penerbit, Shahz mengakui telah menerima bayaran sebanyak 25 peratus sebelum penggambaran dan memberitahu akan memulangkan wang berkenaan dalam masa terdekat.

"Saya telah memberitahu Kak Julie akan memulangkan duit berkenaan dalam masa terdekat kerana sedikit sibuk di lokasi penggambaran drama Atas Nama Cinta," ujarnya.

Terdahulu, Shahz memberitahu dia telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 5 hingga 12 Disember lalu disyaki menghidapi penyakit batu karang.

Shahz berkata, bagaimanapun doktor tidak dapat mengenal pasti penyakit tersebut menyebabkan dia terpaksa ditahan di hospital selama seminggu untuk pemerhatian lanjut.

"Doktor syak saya mempunyai masalah batu karang apabila saya mengalami jangkitan pada air kencing dan sehingga kini saya masih bergantung kepada antibiotik selama tiga minggu untuk memastikan keadaan benar-benar pulih," katanya.

Sementara itu, Julie ketika dihubungi mStar Online menafikan dakwaan dia mempunyai masalah dengan pelakon berusia 23 tahun itu.

"Benar dia menarik diri daripada drama tersebut tetapi tiada sebarang perselisihan faham antara kami.

"Kalau ada sudah tentu saya akan buat sidang akhbar mengenainya," ujarnya.

Julie bagaimanapun mengakui Shah ada menelefonnya memberitahu akan memulangkan duit pendahuluan yang diterima kepadanya dalam masa terdekat.

"Ya dia ada menelefon memberitahu akan memulangkan duit pendahuluan tersebut dalam masa dua ke tiga hari," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahz berkata dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Bunga April dan sedang sibuk di lokasi drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production sebelum berangkat ke Australia pada Januari depan untuk menyelesaikan beberapa adegan drama itu.

Senyuman Ikhlas Petua Awet Muda Cristina

Posted: 18 Dec 2011 06:20 PM PST

Cristina.

NAMA Cristina Suzanne Stockstill seindah pemiliknya. Dan memiliki raut wajah persis gadis Eropah pasti mengundang tanda tanya siapakah gerangan wanita asing ini?

Anak kacukan Melayu-Jerman ini merupakan pendatang baru dalam industri seni tempatan. Bagi yang masih ingat drama Cermin Pada Bulan tujuh tahun lalu, Cristina turut terlibat dengan drama arahan Erma Fatima itu dan ia merupakan kerjaya lakonannya yang pertama.

Sukar membahagi masa dengan kerja tetapnya sebagai pramugari, Cristina terpaksa meninggalkan kerjaya seni untuk memberi perhatian sebagai krew kabin.

Bagaimanapun dek kerana minat menjadi pelakon itu sangat menebal, dia membuat keputusan untuk meletakkan titik noktah perkhidmatannya pada April 2010.

Beberapa bulan selepas itu, pelakon kelahiran Johor Bahru ini menyertai program realiti Pilih Kasih 2 atas permintaan ibunya. Tapi sayang dia hanya dapat bertahan sehingga minggu ke lapan sahaja.

Pun begitu, bakat pelakon bersia 26 tahun ini mula meniti di bibir peminat selepas membintangi drama Dia Bukan Maryam dan Kasih Najihah, arahan Erma Fatima lebih-lebih lagi memegang peranan utama dalam telefilem Sentuhan Isabella.

Maka bermulalah kerjaya baru Cristina menerima tawaran berterusan dan terbaru, dia digandingkn dengan Sharnaaz Ahmad menerusi drama adaptasi novel, Bicara Hati, arahan Osman Ali, yang akan disiarkan di saluran Astro Prima tahun depan.

Tidak sukar mendekati pelakon ini, sifat peramah dan ceria Cristina membuatkan dia mudah didampingi, malah dia juga tidak membatasi pergaulannya dengan orang yang tertentu.

Tidak putus-putus memberikan senyuman setiap kali orang menyapanya, Cristina berseloroh tentang karakternya dengan berkata; "Memberi senyuman yang ikhlas buat wajah kita tampak awet muda tau."

Ujarnya senyuman atau ketawa merupakan tips kecantikan yang paling mudah dipraktikkan tetapi andai kata ia tidak ikhlas, wajah akan meninggalkan kesan kedutan dengan lebih mudah dan teruk.

"Ramai yang tidak sedar senyuman atau ketawa yang dibuat-buat akan mengedutkan lagi wajah kerana urat dalam muka dipaksa melakukan sesuatu yang tidak diingini.

"Justeru itu, hati kita perlulah bersih daripada segala prasangka buruk dan berfikiran positif, barulah keikhlasan itu timbul dengan sendiri," ujarnya.

Menggali lagi ilmu kecantikan yang dipraktikkan pelakon ini, dia lebih senang jika penjagaan diri dilakukan secara sederhana.

Cukup saja dengan amalan meminum air suam atau mineral yang banyak serta mengambil makanan tambahan, Cristina memastikan tubuh badannya tidak lemah atau mudah jatuh sakit.

"Sebenarnya dua perkara ini baru saja diamalkan sejak bergelar pelakon. Maklumlah, dengan masa kerja yang tidak menentu, tubuh kita akan mudah terkena penyakit dan seboleh-bolehnya saya akan cuba mendapatkan tidur yang cukup.

"Paling penting air mineral botol besar akan dibawa ke mana-mana sahaja terutamanya ke lokasi penggambaran. Selain itu, amalan meminum segelas air suam setiap pagi sebelum menggosok gigi amat bagus kerana dapat membantu kelancaran organ sekali gus mampu mengelak diri daripada demam panas," kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Dek kerana mempunyai selera makan yang tinggi apabila melihat makanan di depan mata, justeru dia mengamalkan senaman setiap hari.

"Sudahlah selera makan saya kuat, tambah pula saya tak suka sayur-sayuran. Jadi selain pengambilan makanan tambahan, senaman ringan amat diperlukan. Tidak perlu terlalu ekstrem, cukup jika kita dapat mengeluarkan peluh seperti menaiki tangga, berjalan kaki atau skipping," jelasnya.

Dalam pada itu, penjagaan rambut juga diambil berat oleh pelakon ini.

Memandangkan rambutnya agak nipis, dia perlu menggunakan pengering rambut setiap hari agar ia tidak kelihatan leper.

"Berambut pendek adalah gaya yang paling sesuai untuk saya. Bukannya apa, ia mudah diuruskan. Pastikan rambut anda diletakkan serum supaya tidak kering," katanya.

‘Saya harus buktikan kemampuan diri’

Posted: 18 Dec 2011 06:17 PM PST

ELFIRA...memberanikan diri melakonkan watak bercinta.
ELFIRA...memberanikan diri melakonkan watak bercinta.

MUNGKIN sudah tiba masanya pelakon Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menyahut cabaran melakonkan watak gadis bercinta. Ditambah usia yang kini di alam remaja, sudah pasti gadis yang mesra dengan panggilan Elfira ini perlu mencuba watak baru.

Sehubungan itu, produksi Cube Film Sdn Bhd yang diterajui pengarah berkaliber, Michael Ang nyata tidak gusar dengan kemampuan lakonan Elfira. Barangkali, sudah selalu bekerjasama membuatkan Michael arif apa yang sesuai buat si manis itu.

  • Foto

    GANDINGAN HEBAT...Michael (kiri) selaku pengarah bersama pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang iaitu Didie Alias, Sharifah Shahora dan Elfira.

  • Foto

    MENARIK...babak-babak membabitkan Randy dan Elfira dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Justeru, buat pertama kalinya Elfira diberi kepercayaan melakonkan watak yang menuntut dia menjalin cinta menerusi telefilem menarik dan hebat, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang untuk siaran Astro Ria (saluran 104) pada Khamis ini, jam 9.30 malam.

Mampukah Elfira menjiwai watak yang pertama kali dilakonkannya itu? Apatah lagi, dia turut digandingkan bersama pelakon sinetron popular Indonesia, Randy Pangalila sebagai hero yang berjaya menawan hatinya. Apakah mereka mampu memupuk keserasian?Elfira, 17, yang ditemui pada majlis ramah mesra di Alexis, Garden Mid Valley, baru-baru ini berkata, dia gementar juga pada mulanya. Maklumlah, pertama kali melakonkan watak bercinta yang dia sendiri tidak pernah melaluinya lagi."Jujur saya katakan, ia memang agak sukar untuk diri ini kerana tiada pengalaman bercinta. Saya tidak tahu macam mana perasaannya (bercinta) hingga terfikir perlu menonton lakonan pelakon lain. Apapun, tak adil juga untuk buat begitu.


"Ini kerana, jika saya menonton lakonan mereka (pelakon lain) sudah pastilah akan terikut dengan cara yang dilakukan. Jadi, mana keaslian dalam diri saya? Oleh itu, saya fikir ada baiknya berlakon dengan cara sendiri kerana lebih selesa.

"Bahkan, saya juga berbincang dengan penulis skrip apa sepatutnya dilakukan. Mujur, dia (penulis skrip) pun mengesyorkan perkara sama iaitu saya jadi diri sendiri kerana watak diilhamkan itu berdasarkan karakter saya sendiri," katanya.

Berkongsi pandangan mengenai Randy, luah si manis ini lagi, dia tak me�nyangka aktor dari negara seberang itu seorang yang baik dan mudah bekerjasama. Katanya, Randy juga tidak banyak songeh atau berlagak yang dirinya bagus.

"Saya senang sepanjang bekerja dengannya walaupun kami perlu melakonkan babak pasangan kekasih. Tak dinafikan, geli juga saya dibuatnya tetapi inilah cabaran yang harus disahut. Michael sudah memberikan peluang yang besar kepada saya.

"Jadi, buat apa saya mensia-siakannya. Apatah lagi, Michael sudah membawa saya keluar daripada kepompong lama. Kini, saya harus buktikan kemampuan diri," katanya yang baru memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK).

Mengulas mengenai kemenangannya, Elfira berkata, sehingga kini, dia masih berasa terkejut dan bagaikan tidak percaya dirinya yang dipilih sebagai pemenang. Menurutnya, ini kerana nama pesaing berentap dengannya adalah hebat dan berbakat.

Menurutnya, mereka semua (calon bertanding) pun sudah lama berkecimpung sebagai anak seni serta luas pengalaman. Jika dibandingkan dirinya yang masih terlalu baru itu, tentulah ada banyak yang perlu dipelajari serta diperbaiki lagi.

Apapun, Elfira berkata, dengan anugerah dimenanginya membantu bakat lakonan dimiliki terus menonjol. Akuinya, kini dia semakin dikenali sebagai pelakon dan tawaran kian bertambah. Cuma, dia tidak mahu tamak dan hanya menerima tawaran sesuai.

"Bagaimanapun, saya masih bukan seorang pelakon yang 'demand' (meletak harga). Bagi saya, bayaran yang ditetapkan sekarang ini untuk lakonan saya sudah berpatutan. Malah sebelum menang anugerah lagi, bayaran untuk lakonan saya tetap sama.

"Namun yang mengecewakan apabila ada pihak produksi yang mempertikaikan kerana ketika itu saya belum menang sebarang anugerah. Jadi, soal 'demand' pada saya bukan terletak sepenuhnya pada seseorang pelakon, tetapi ada segelintir produksi berpandangan begitu," katanya.

Elfira yang sudah tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata, selain berlakon, dia juga mengatur perancangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Malah, kini dalam proses memilih bidang diminati.


Sinopsis Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

TELEFILEM romantik berkisarkan percintaan remaja ini menceritakan Alya (lakonan Elfira), seorang gadis yang menghabiskan masa dengan membantu ibunya, Peah menjual ayam di pasar borong. Alya juga seorang gadis bijak yang memiliki impian.

Namun ibunya lebih selesa Alya sekadar membantunya di pasar daripada memilih melanjutkan pelajaran. Peah juga lebih mengutamakan pendidikan anak lelaki, Adib yang dianggap lebih penting untuk membantu keluarga mereka pada masa akan datang.

Biarpun hidup miskin, Alya berkawan dengan Kinah yang kaya raya tetapi kurang bijak. Sementara itu, Andy (Randy) pula adalah seorang remaja yang berasal dari Indonesia dan anak jutawan. Bagaimanapun, kehidupannya terlalu bosan dan tak seronok.

Kehadiran ibu tiri, Jenny dan dikelilingi rakan yang hanya berkawan dengannya kerana dia anak orang berada membuatkan Andy kecewa. Justeru, bagi menghilangkan kebosanan itu, dia sering melawat bekas pembantu rumahnya, Mak Yam yang sudah berhenti kerja.

Latar belakang kehidupan Alya dan Andy yang berbeza membuatkan mereka cuba mencari kelainan dengan menyamar diri menjadi 'orang lain' di laman sosial facebook (FB) iaitu Alya adalah anak orang kaya dan Andy sebagai pemuda miskin.

Apapun, pertemuan mereka kali pertama sudah membuahkan bibit cinta pandang pertama. Bermula saat itu, pelbagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka hingga masing-masing semakin rapat dan tidak mampu menafikan perasaan yang hadir.

Andy berterus terang bahawa dia adalah anak kepada jutawan Hardiyanto Rasputra. Begitu juga, penyamaran Alya terbongkar dan itu mengecewakan Andy. Pemuda itu jauh hati dan menganggap Alya sama seperti gadis lain yang pernah dikenalinya.

Adakah cinta Andy dan Alya kembali bertaut? Apakah yang berlaku seterusnya dan bagaimana Andy boleh terluka dengan Alya. Jadi, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang pastinya ada semua jawapan untuk persoalan yang berlaku.

Ops! Tak sengaja

Posted: 18 Dec 2011 06:13 PM PST

GAUN Sun tertarik turun kerana Fang Ling terpijak talinya.
GAUN Sun tertarik turun kerana Fang Ling terpijak talinya.

Aktres China, Sun Feifei akhirnya faham apa yang gadis-gadis TOWIE sudah tahu berbulan lalu ... untuk dikenali di persada antarabangsa, apa yang perlu dia lakukan hanya tunjukkan sedikit payu dara.

Tapi yang menyedihkan untuk bintang TV ini, ia disebabkan satu kejadian yang memalukan di karpet merah.

Sun kelihatan sangat jelita dengan gaun panjang berwarna putih ketika bergaya di hadapan jurugambar dalam perjalanan masuk ke dewan untuk acara Anugerah Esquire di Beijing.

Ketika dia berpusing untuk masuk ke bangunan, hos malam itu, Fang Ling dengan 'tidak sengaja' terpijak tali gaun aktres itu lantas menarik gaun itu ke bawah.Sun bernasib baik kerana dia mengenakan coli tanpa tali dan seorang pembantu dengan cepat membalut tubuh Sun dengan selimut berwarna kelabu.Sebelum anda merasa kasihan dengan Sun, apa kata anda lihat dahulu gambarnya.

Laman web berbahasa Inggeris tempatan, Shanhaiist.com mempersoalkan ketulenan insiden itu.

Ia menulis, "Tangan Sun yang terbuka dan raut wajahnya yang terperanjat - seperti dibuat-buat juga wajah Fang yang terperanjat juga seperti dibuat-buat, menjadikan kami rasa insiden itu seperti dirancang untuk sengaja mendapatkan publisiti."

Lagipun, ini adalah cara terbaru aktres China cuba mendapatkan perhatian kepada dada mereka daripada skil lakonan mereka.

Minggu lalu, Liu Yuxin dengan berani mendedahkan dadanya.

Hos televisyen Liu Wan juga sering memilih pakaian yang mendedahkan sebahagian dadanya.

Walaupun begitu, kejadian terpijak gaun aktres di karpet merah sebenarnya adalah perkara biasa.

George Clooney, Harrison Ford dan Brad Pitt pernah juga tersalah langkah.
Mungkin Fang benar-benar tidak sengaja.

Rujuk label bungkusan

Posted: 18 Dec 2011 06:07 PM PST

PILIH TEMPAT...sentiasa simpan ubat di tempat yang kering dan sejuk serta jauh daripada cahaya matahari.
PILIH TEMPAT...sentiasa simpan ubat di tempat yang kering dan sejuk serta jauh daripada cahaya matahari.

TERINGAT ketika kecil dulu, ayah meletakkan peti kayu kecil dengan pintu kaca berukuran satu kaki lebar dan panjang yang dipaku ke dinding ruang rehat keluarga. Dalam peti kecil inilah ibu dan ayah menyimpan ubat yang hanya beberapa jenis saja termasuk cecair iodin, ubat batuk, paracetamol, balsam, krim luka, kapas dan kain anduh.

Walaupun ia mudah dicapai (kerana kedudukannya di tepi tangga) tetapi ayah tegas mengingatkan barang dalam peti berkenaan hanya boleh diambil apabila perlu dan hukuman rotan menanti kami adik-beradik jika ada yang berani menyalahgunakannya.

  • Foto

    AWAS...pastikan kabinet ubat jauh daripada jangkauan kanak-kanak.

  • Foto

    SIMPAN TEMPAT SELAMAT....pilih kabinet berkunci jika ada anak kecil.

Meskipun peti atau kabinet ubat sangat penting tetapi kini ia tidak menjadi keutamaan, malah ada keluarga yang tidak mempunyai ruang khas untuk menyimpan ubat.

Mungkin ada juga yang membuat kabinet ubat seperti di rumah Barat iaitu dalam bilik air. Walaupun nampak kemas dan praktikal tetapi sebenarnya ia adalah tempat paling teruk untuk menyimpan ubat kerana suasana bilik air yang lembap dan hangat akan mempercepatkan kemusnahan atau kerosakan bahan aktif dalam ubat.Keadaan ini sangat mudah berlaku terutama pada ubat dalam bentuk pil dan kapsul. Pendedahan kepada haba dan kelembapan akan membuatkan ubat menjadi kurang berkesan sebelum tarikh luputnya. Malah ia mungkin mengubah komposisi kimia bahan aktif dalam ubat itu kepada bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.Pengarah Hal Ehwal Profesional, Persatuan Farmasi Negara New York, Selig Corman, memberi contoh ubat lazim ada di kebanyakan rumah seperti aspirin yang bahan aktifnya mungkin berubah menjadi asid asetik (cuka) dan asid salisilik yang boleh merengsakan perut jika ia terdedah kepada persekitaran lembap dan hangat.

Di Malaysia mungkin sedikit berbeza kerana kebanyakan ibu bapa terutama yang mempunyai anak kecil, menyimpan ubat anak (biasanya ubat untuk merawat demam) di pintu peti sejuk supaya 'tahan' lebih lama. Lebih memburukkan keadaan, semua ubat cecair di masukkan ke dalam botol yang sama bentuk dan saiznya.

Apa yang membezakan ialah warna cecair dan catatan tarikh pada label botolnya. Itupun jika ia masih boleh dibaca kerana ada tulisan pada label sering kali 'terpadam' dek ubat yang meleleh di atasnya. Bahkan, bukan semua ubat sesuai disimpan dalam peti sejuk.

Jadi timbul persoalan, di mana tempat paling sesuai untuk menyimpan ubat? Ini kerana selain dalam peti sejuk, kebanyakan orang meletakkan kotak ubat di dapur bagi memudahkan mereka mengambil ubat setiap hari dan tidak perlu berjalan jauh untuk mengambil air minuman.

Pakar perubatan sependapat mengatakan tempat paling baik untuk menyimpan ubat ada beberapa ciri iaitu sejuk, kering, dalam bekas kedap udara, selamat dan jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Sejuk yang dimaksudkan di sini ialah suhu bilik iaitu 25 hingga 27 darjah Celsius kecuali ada arahan mengatakan satu-satu ubat itu perlu disimpan pada suhu tertentu.


Arahan pada label

Pengurus Farmasi Hospital Assunta, Kwan Yee Man, pernah menasihatkan supaya kaedah penyimpanan ubat dilakukan dengan teliti seperti yang diarahkan pengeluarnya. Jika tidak pasti, sila rujuk pada label bungkusan ubat.

Di situ ada dicatatkan kaedah penyimpanan untuk panduan. Sekiranya masih kurang faham, dapatkan maklumat ini daripada ahli farmasi di klinik, hospital mahupun di kedai farmasi ketika menerima ubat anda.

Perkara pertama yang perlu diketahui ialah setiap ubat mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Ini kerana sesetengah ubat menjadi kurang berkesan apabila ia terdedah kepada udara, kelembapan, suhu sejuk, suhu panas atau cahaya.

Selain itu, kita juga perlu memahami makna arahan penyimpanan pada label kotak atau botol ubat seperti:

  • Dingin beku - Simpan dalam suhu terkawal antara -20 hingga -10 darjah Celsius.

  • Peti sejuk - Simpan dalam suhu terkawal antara dua hingga lapan darjah Celsius.

  • Tempat sejuk - Suhu di antara lapan hingga 15 darjah Celsius.

  • Suhu bilik - Suhu antara 15 hingga 30 darjah Celsius.


    Tempat yang hangat bermakna suhu persekitaran antara 30 hingga 40 darjah Celsius manakala suasana panas pula bermakna suhunya melebihi 40 darjah celsius. Setiap ubat perlu disimpan pada suhu dua darjah Celsius lebih rendah daripada yang disarankan pengeluar.

    Secara umumnya ubat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

  • Ubat yang perlu disimpan dalam peti sejuk.

  • Ubat yang perlu disimpan pada suhu bilik.


    Menurutnya, ramai orang tidak tahu bahawa peti sejuk bukanlah tempat yang sesuai bagi kebanyakan jenis ubat walaupun arahan pada label botol atau kotak mengatakan supaya ia diletakkan di tempat bersuhu rendah.

    Kita dilarang meletakkan ubat yang boleh disimpan pada suhu bilik (pil atau kapsul) di dalam peti sejuk. Kita mungkin beranggapan pada suhu yang rendah ubat berkenaan akan tahan lebih lama tetapi anggapan ini salah. Sebaliknya, tindakan itu boleh menyebabkan ubat berkenaan lebih cepat rosak.

    Ini kerana kelembapan yang tinggi dalam peti sejuk akan membuatkan ubat berkenaan menjadi lembap walaupun bungkusannya tidak dibuka. Apabila kita keluarkan ubat dari peti sejuk, perubahan suhu (sejuk ke panas) membuatkan persekitaran dalaman ubat meruap dan menjejaskan mutu ubat berkenaan.

    Jika ubat perlu disimpan dalam suhu rendah, tempat yang sepatutnya ialah di dalam peti sejuk, bukannya pada rak di pintu sejuk kerana suhu pada bahagian ini akan sentiasa terganggu (turun naik) setiap kali kita membukanya. Bahkan, jika kita mempunyai anak yang kerap membuka peti sejuk, mutu ubat lebih cepat terjejas.

    Bagi yang mempunyai anak kecil, anda boleh menyimpan ubat sirap atau cecair termasuk ubat batuk di dalam peti sejuk selama enam bulan walaupun sepatutnya satu botol kecil itu hanyalah untuk sekali penggunaan. Buanglah ubat yang tidak habis dimakan jika ia sudah melebihi enam bulan.

    Untuk ubat cecair atau sirap yang disimpan dalam peti sejuk, goncang botolnya dulu sebelum digunakan kerana dalam suhu yang rendah, kandungan ubat akan mendap. Pastikan ubat ini tidak menjadi beku. Ingat, jangan sekali-kali simpan ubat dalam bahagian dingin beku.

    Ubat suntik seperti insulin, perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ia sangat mudah rosak dengan perubahan cuaca yang keterlaluan. Kalau ia beku, ia juga boleh rosak. Malah tindakan memanaskan ubat juga kadangkala boleh memusnahkan bahan aktifnya jika terlebih panas.

    Selain itu, kabinet dapur juga bukanlah tempat yang sesuai untuk menyimpan ubat kerana di sini suhu dan kelembapannya lebih tinggi. Tempat disarankan ialah ruang makan - yang lebih sejuk, terlindung daripada pancaran matahari terik dan kering. Jadi carilah sudut yang boleh anda gunakan untuk meletakkan ubat. Jika kreatif, kabinet ubat boleh menjadi sebahagian daripada hiasan.



    Panduan

    Pensyarah Universiti Pusat Sains Kesihatan Texas di Houston, Dr Grant Fowler, dalam berita yang disiarkan agensi ABC News, memberi beberapa panduan untuk membawa ubat terutama bagi mereka yang merancang perjalanan jauh. Antaranya ialah:

  • Jangan meletakkan ubat di tempat meletakkan barang kerana suhunya sangat panas. Sebaliknya, letakkan ubat di bahagian tempat duduk dan bawa ubat berkenaan apabila anda masuk ke rumah atau bangunan.

  • Jika menaiki kapal terbang, jangan daftar masuk ubat (bersama bagasi). Sebaiknya masukkan ubat dalam bekas khas dalam beg sandang.

  • Senaraikan semua ubat yang anda perlu ketika berkemas. Bawa lebih bekalan ubat untuk kecemasan.


    Selain itu ada beberapa panduan umum untuk penyimpanan ubat yang selamat iaitu:

  • Sentiasa baca dan fahami arahan penyimpanan ubat pada label.

  • Biarkan ubat dalam bekas asalnya. Jika ia didatangkan dalam bekas berpelekat (seperti ubat paracetamol) jangan ubah ke dalam botol kerana ia menandakan ubat berkenaan perlu disimpan dalam persekitaran yang sejuk dan kering. Menyimpannya dalam botol boleh mengurangkan keberkesanan ubat kerana ia terdedah kepada kelembapan dan udara.

  • Jangan menyimpan beberapa jenis ubat dalam satu bekas.

  • Jangan simpan ubat dalam beberapa jenis ubat dalam beg plastik. Ubat berkenaan boleh pecah dan mengurangkan kesannya.

  • Sentiasa simpan ubat di tempat yang kering dan sejuk serta jauh daripada cahaya matahari.

  • Elak meletakkan kotak ubat di tempat yang mempunyai suhu terlalu sejuk (kecuali jika diarahkan berbuat demikian seperti dalam peti sejuk. Anda juga perlu pastikan sama ada ia perlu disimpan di tempat dingin beku atau sejuk).

  • Jangan simpan ubat di tempat panas (termasuk dalam kereta) kerana suhu yang terlalu panas boleh memusnahkan bahan aktif dalam ubat.

  • Untuk mengelakkan berlaku keracunan ubat atau sebarang masalah yang tidak diingini, pastikan ubat anda disimpan jauh daripada jangkauan anak-anak. Ubat orang dewasa boleh menjadi racun kepada kanak-kanak kecil.

  • Sebagai perlindungan, kebanyakan botol ubat didatangkan dengan penutup yang sukar dibuka kanak-kanak, namun ia bukan jaminan ia selamat sepenuhnya apabila sampai di tangan si kecil.

  • Jangan biarkan putik kapas yang anda gunakan untuk menyapu ubat dalam botol. Ia boleh menarik kelembapan luar masuk ke dalam bekas ubat anda.

  • Periksa tarikh luput ubat setiap kali sebelum memakannya. Buang ubat yang sudah luput tarikh.

  • Jangan sekali-kali mengambil ubat yang sudah berubah warna, tekstur dan bau walaupun ia belum luput tarikh. Perubahan ini menandakan ubat berkenaan sudah rosak. Buang juga ubat kapsul yang melekat sesama sendiri, menjadi keras atau lebih lembut daripada biasa atau ada kesan retak.


    Perkara yang perlu kita tahu mengenai luput tarikh:

    Jangka hayat ubat yang selamat dimakan dan berkesan berbeza mengikut jenis, pengeluar dan cara simpanan. Sesetengah jenis ubat hanya bertahan beberapa hari tetapi ada yang boleh disimpan sehingga beberapa tahun lamanya. Tidak kira berapa lama pun jangka hayatnya, anda perlu memastikan tarikh luputnya sebelum makan.


    Buang ubat dalam simpanan anda jika ia:

  • Pil atau kapsul yang disimpan lebih dari dua tahun yang berubah warna, retak atau berdebu.

  • Krim atau balsam menjadi keras dan hilang warna.

  • Ubat cecair menjadi pekat dan berubah warnanya.

  • Ubat kapsul menjadi lembut berbanding asal, melekat sesama sendiri atau retak.

  • Ubat titis mata yang sudah dibuka melebihi 28 hari.

  • Semua ubat yang sudah luput tarikh.
  • Bapa perturun ilmu mencuri

    Posted: 18 Dec 2011 06:05 PM PST

    pix_middle

    KUALA TERENGGANU: Seorang bapa dipercayai merekrut dua anak lelaki bagi mengikut jejaknya menjalankan aktiviti mencuri dan menjual kenderaan secara berkumpulan meskipun seorang daripada anaknya masih di bawah umur dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, berikutan kes kecurian kenderaan meningkat kebelakangan ini, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas menjejak dalang kejadian itu.

    Menurutnya, hasil maklumat, serbuan dilakukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu terhadap sebuah rumah di Kampung Dusun Berliku, Besut, pada 4 Disember lalu.

    "Dalam serbuan jam 7 malam itu, dua beradik berusia 17 dan 21 tahun ditahan. Soal siasat membawa kepada penemuan dua Proton Wira, satu Proton Waja dan sebuah lori di rumah berkenaan dipercayai dicuri."Polis juga menjumpai geran Proton Wira daripada suspek," katanya pada sidang media di IPK, semalam.

    Sudah bosan gedik, seksi

    Posted: 18 Dec 2011 06:03 PM PST

    • Foto

    • Foto

    • Foto

      MARSHA bersama dua lagi pelakon Bicara Hati, Cristina Suzanne dan Sharnaaz Ahmad.

    Marsha idam watak lebih serius sesuai peningkatan usia

    LABEL seksi, gedik, penggoda cukup sinonim dengan pelakon dan penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia ini. Sejak kemunculannya hinggalah sekarang, watak Marsha Milan Londoh sama ada dalam drama ataupun filem sering digambarkan seperti itu.Jarang sekali kita melihat artis berasal dari Tamparuli, Sabah ini memegang watak lebih serius. Jika ada pun, mungkin telefilem Kum Kum siaran Astro tidak lama dulu. Apa yang sering kita saksikan sebaliknya watak Marsha yang stereotaip sehingga membuatkan penonton meluat melihat aksinya yang manja dan mengada-ngada, seperti yang sering dilakonkannya itu.
    Sampai bila pelakon berusia 26 tahun ini mahu dikenali dengan watak sebegitu? Apakah tidak ada pengarah yang meletakkan kepercayaan terhadap pelakon ini untuk membawakan watak berbeza ataupun Marsha sebenarnya yang lebih selesa menonjolkan imej seksinya di layar kaca?

    Meskipun ramai yang menyangka beraksi gedik dan seksi ialah kehendak sebenar pelakon jelita ini, namun sewaktu menghadiri majlis pelancaran drama bersiri Bicara Hati yang diadakan di sebuah restoran di Jalan Ampang baru-baru ini, Marsha membuat kejutan bahawa dia sebenarnya sudah jemu membawakan watak sebegitu.

    Malah, hampir saja dia menolak tawaran untuk berlakon dalam drama yang bakal disiarkan di Astro Prima itu, semata-mata sudah jelak dengan watak sedemikian.

    "Sejujurnya saya sendiri sudah jemu untuk membawakan watak begitu. Sebaik saja dapat skrip, saya lihat watak yang diberikan sama saja dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Kalau ikutkan hati, memang saya mahu menolak tawaran itu. Namun apabila mendapat tahu drama ini adalah arahan Osman Ali dan juga ia adalah projek besar Astro, lantas saya terima.
    "Sebelum ini saya pernah berlakon di bawah arahan Osman, cuma babak saya tidak banyak. Jadi apabila peluang itu datang sekali lagi, saya harus menerimanya walaupun pada awalnya saya tidak berminat untuk membawakan watak Linda," ujar Marsha berterus terang.

    Apakah keengganan Marsha untuk membawakan watak gedik dan manja itu ada kaitan dengan faktor usia, ataupun tidak mendapat keizinan buah hatinya?

    "Kalau dari segi usia, mungkin ada kebenarannya kerana saya sekarang sudah pun berusia 26 tahun. Kalau boleh, saya tak mahulah lakonan saya statik dan dilihat hanya mampu membawakan watak sebegitu semata-mata. Teringin juga sekali sekala membawakan watak lebih serius.

    "Tapi ia memang tak ada kena mengena langsung dengan teman lelaki. Dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat ataupun mencampuri urusan kerjaya saya," terang penyanyi yang popular dengan lagu Yang Terbaik ini.

    Disebabkan terlalu kerap membawakan watak wanita seksi dan penggoda, Marsha turut ditanya apakah kelainan yang cuba ditampilkan menerusi watak Linda.

    "Mujurlah dalam drama ini, pengarah meminta saya supaya membawakan watak gedik yang tidak keterlaluan. Jadi saya kena kawal tahap kegedikan itu supaya tidak kelihatan berlebihan.

    "Watak Linda juga tetap ada cabarannya kerana saya perlu menghisap rokok dan minum, sedangkan saya tidak pernah melakukan perkara itu dalam kehidupan seharian. Memang ada kesukarannya di situ," ujarnya lagi.

    Rapat dengan kerabat

    SATU perkara yang cukup positif dalam diri pelakon ini ialah sifatnya yang jujur. Meskipun banyak kecaman dan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya, hanya kerana dia tidak pernah berahsia mengenai kisah cinta, Marsha tetap mahu berkongsi cerita peribadinya itu.

    Tanpa berselindung, Marsha mengakui kini menjalinkan hubungan rapat dengan jejaka kerabat Pahang yang hanya dikenali sebagai Tengku Burn.

    "Ya, saya memang menjalinkan hubungan dengan dia ketika ini. Kami sudah lama berkenalan, iaitu sebelum dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Selepas dia pulang dari luar negara, barulah hubungan itu terjalin kembali. Buat masa ini kami hanya berkawan dan belum terfikir sehingga ke peringkat lebih serius. "Apapun, keluarga kami mengetahui hubungan ini dan mereka mengenali dirinya," luah Marsha.

    Sementara itu, mengulas kerjaya nyanyiannya yang dilihat begitu suram sejak kebelakangan ini, Marsha mengakui hakikat itu.

    "Dari segi undangan nyanyian, memang tak pernah putus. Cuma saya tak ada cerita terbaru mengenai dunia muzik. Lagipun saya sudah bertukar pengurusan dan pihak pengurusan baru masih dalam perancangan untuk merencana kerjaya nyanyian saya.

    "Selain itu kesibukan saya berlakon membuatkan tumpuan terhadap bidang nyanyian terpaksa dikurangkan. Mungkin selepas ini saya kena aktif balik," katanya yang kini mempromosikan single terbaru berjudul Tak Perlu Selamanya.

    Mengenai sambutan Krismas yang bakal menjelang, Marsha berkata, besar kemungkinan dia tidak akan pulang ke kampung dan hanya meraikannya di Kuala Lumpur (KL).

    "Abang dan kakak saya ada di sini, jadi mungkin kami akan berkumpul di KL saja. Lagipun kami baru saja kematian datuk lebih sebulan lalu. Jadi kami tidaklah beriya-iya untuk menyambutnya," katanya mengakhiri perbualan.

    Dengarnya... Tony Jaa berlakon KL Gangster 2?

    Posted: 18 Dec 2011 06:01 PM PST

    Tony Jaa
    Tony Jaa
    PEMINAT filem KL Gangster yang muncul filem Melayu paling berjaya di pawagam sehingga kini tentunya bersorak riang apabila baru-baru ini produser Datuk Yusof Haslam daripada Skop Production mengumumkan KL Gangster 2 pula akan dikeluarkan tidak lama lagi.Filem pertama dulu berjaya memungut kira-kira RM11.7 juta sewaktu ditayangkan di lebih 60 panggung di seluruh negara. Kali ini, berapa la pula pungutannya nanti? Kita pakat tunggu tahun depan ya.
    Khabarnya, ia bukanlah filem susulan, sebaliknya kisah yang berlaku sebelum cerita yang disaksikan penonton dalam filem pertama. Maknanya, filem prekuellah tu. Dan, ia juga lebih hebat apabila kos penerbitannya pun mencecah RM3 juta.
    Kalau tidak silap Cik Normah, ramai pelakon asal yang muncul dalam KL Gangster akan kembali menghangatkan filem kedua ini. Antaranya ialah Aaron Aziz, Adi Putra, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar dan Zizan.

    Lepas tu Cik Normah ada terdengar khabar angin mengatakan, pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa pun akan diundang sama memeriahkan filem itu? Biar betul?

    Kalau benarlah apa yang Cik Normah dengar ini, maka nilai komersial filem kedua ini tentulah bertambah lagi. Kita semua bukannya tak kenal siapa Tony Jaa. Dia kan bintang lasak cukup hebat yang menggegarkan pawagam setiap kali muncul dengan siri filem Ong Bak.

    Motosikal elektrik dijual bulan depan

    Posted: 18 Dec 2011 06:00 PM PST

     PENGARAH Komunikasi  Nexus Technopreneur Sdn Bhd, Noor Amy Ismail bergaya di atas motosikal elektrik  Eclimo ES 25 selepas majlis menandatangani perjanjian pelantikan syarikat Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai pengedar utama motosikal itu, di Pulau Pinang, kelmarin.
    PENGARAH Komunikasi Nexus Technopreneur Sdn Bhd, Noor Amy Ismail bergaya di atas motosikal elektrik Eclimo ES 25 selepas majlis menandatangani perjanjian pelantikan syarikat Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai pengedar utama motosikal itu, di Pulau Pinang, kelmarin.
    Eclimo juga akan masuki pasaran Eropah Jun

    MOTOSIKAL elektrik keluaran Eclimo Sdn Bhd (Eclimo) yang berpangkalan di Pulau Pinang akan berada di pasaran tempatan pada akhir bulan depan, sebelum memasuki pasaran Eropah pada Jun 2012.Model pertama motosikal jenis skuter jenama Eclimo adalah ES11 yang mempunyai kapasiti 125 cc dan digerakkan menggunakan bateri ion litium.
    Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dennis Chuah, berkata pihaknya menyasar untuk menjual sehingga 20,000 unit tahun depan iaitu penguasaan empat peratus pasaran motosikal tempatan.

    Sehubungan itu, syarikat itu menjalin kerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dengan membentuk satu program keusahawanan untuk pengedar motosikal jenama Eclimo.

    Menerusi kerjasama itu, syarikat berkenaan melantik Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai 'Peniaga Utama' Eclimo.

    Syarikat itu dan DPMM juga akan membangunkan 10 peruncit Bumiputera yang akan menjual, menyediakan perkhidmatan dan aksesori untuk pemilik motosikal Eclimo pada tahun depan.
    "Dengan pelaksanaan program ini, kami percaya setiap peruncit akan memperoleh sekurang-kurangnya RM800,000 setahun dan ini akan memberi sinar baru dalam industri automotif elektrik," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian pelantikan Nexus Technopreneur Sdn Bhd sebagai 'Peniaga Utama' Eclimo, yang disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Georgetown, baru-baru ini.

    Pada majlis itu, Eclimo dan Nexus Technopreneur Sdn Bhd, diwakili oleh pengarah urusan masing-masing, Liew Chung Pang dan Amilka Nazim.

    Model Eclimo ES 11 boleh dicaj penuh dalam tempoh tiga setengah jam dengan jarak perjalanan sejauh 100 kilometer. Kelajuan maksimum skuter dilengkapkan dengan bateri ion litium adalah 100 kilometer sejam.

    Bagi meringankan pembeli, Eclimo bekerjasama dengan Hong Leong dan Mastercard International menyediakan skim bayaran mudah. Pembeli hanya perlu membayar pendahuluan RM100 dan bayaran ansuran RM199 sebulan selama 60 bulan.

    Eclimo juga menawarkan jaminan lima tahun bagi alat ganti dan kos buruh dan servis percuma empat kali setahun sepanjang tempoh jaminan.

    Dennis berkata, model ES11 akan dikeluarkan di kilang di Pulau Pinang tetapi jika permintaan mencecah 40,000 unit, pihaknya akan bekerjasama dengan Kumpulan NAZA untuk memasang di Shah Alam, Selangor.

    Mengenai pasaran antarabangsa, beliau berkata, skuter itu juga akan dieksport ke Itali dan Jepun.

    "Sebagai permulaan, kami akan mengeksport beberapa ribu unit ke Itali pada pertengahan tahun depan," katanya.

    Eclimo ditubuhkan pada Jun 2008 adalah syarikat tempatan yang terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang teknologi kuasa mesra alam, terutama untuk sektor pengangkutan.

    1MDB bina rumah mampu milik

    Posted: 18 Dec 2011 05:57 PM PST

    Juraimi Azahar
    Juraimi Azahar
    10,000 kediaman untuk pembeli berpendapatan bawah RM6,000 sebulan

    1MALAYSIA Development Bhd (1MDB) yang menerima mandat kerajaan untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik di Lembah Klang, bercadang melancarkan projek berkenaan tahun depan.Pemaju induk Bandar Malaysia di Sungai Besi itu akan membangunkan projek rumah mampu milik yang berkualiti dengan sasaran jualan kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan di bawah RM6,000 sebulan.
    Pembangunan projek rumah mampu milik kami ini akan berkonsepkan gaya hidup berkualiti. Kami menyediakan kemudahan memanfaatkan penduduk untuk menikmati gaya hidup sihat, berkualiti serta mesra keluarga. - Juraimi Azahar, Timbalan Presiden Hartanah 1MDB
    Rumah mampu milik yang akan dibangunkan 1MDB itu akan membabitkan harga jualan antara RM220,000 hingga RM300,000 seunit.

    Timbalan Presiden Hartanah 1MDB, Juraimi Azahar, berkata projek rumah mampu milik yang akan dibangunkannya itu berbeza dengan projek perumahan mampu milik yang pemaju hartanah lain kerana ia lebih tertumpu kepada meningkatkan kualiti hidup penduduk.

    Katanya, walaupun dari segi keluasan rumah dijangkakan antara 800 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi tetapi kemudahan yang akan disediakan di kawasan perumahan itu berbeza daripada projek perumahan mampu milik lain, yang mana ia akan turut dilengkapi kemudahan penjagaan kanak-kanak.

    "Pembangunan projek rumah mampu milik kami ini akan berkonsepkan gaya hidup berkualiti. Sehubungan itu, kami akan menyediakan kemudahan yang dapat memanfaatkan penduduk di situ untuk menikmati gaya hidup yang sihat dan berkualiti serta mesra keluarga," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur semalam.
    Beliau berkata, antara kemudahan yang dirancang untuk projek rumah mampu milik itu ialah pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan pusat transit, dewan serba guna dan pusat keagamaan.

    Selain itu, 1MDB juga akan memastikan projek rumah mampu milik yang dibangunkannya itu dihubungkan dengan jalan raya utama serta berhampiran dengan stesen transit aliran ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).

    Juraimi menjelaskan pihaknya juga akan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai konsep diketengahkan dalam projek rumah mampu milik yang akan dibangunkannya itu sejajar dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

    "Kami jangka proses pengumpulan maklum balas ini akan mengambil masa beberapa bulan dan kami jangka akan melancarkan projek perumahan ini tahun depan," katanya.

    1MDB dilantik kerajaan untuk membangunkan 196.6 hektar tanah di Sungai Besi yang kini adalah pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
    Keseluruhan Bandar Malaysia itu termasuk taman, perpustakaan serta kemudahan awam yang lain akan menjadi fokus kepada pembangunan mampan.

    Bakar sampah dekat rumah

    Posted: 18 Dec 2011 05:55 PM PST

     Penduduk meninjau  tempat pembakaran sampah jarak 50 meter dari kawasan perumahan di Taman Megah Ria.
    Penduduk meninjau tempat pembakaran sampah jarak 50 meter dari kawasan perumahan di Taman Megah Ria.
    Penduduk Taman Megah Ria tidak tahan hidu asap sejak dua bulan

    JOHOR BAHRU: Lebih 300 penduduk Taman Megah Ria, di sini, mengadu kehidupan mereka terganggu akibat asap daripada sebuah pusat pembakaran sampah haram yang mula beroperasi kira-kira dua bulan lalu di kawasan berkenaan.Operasi pembakaran dilakukan selepas jam 7 malam hingga jam 10 pagi keesokan harinya, menyebabkan penduduk yang mendiami kawasan kira-kira 50 meter dari situ menghidu bau asap hitam yang menyesakkan hidung.
    Sudah dua kali saya membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar kerana bimbang masalah kesihatan, malangnya tiada tindakan susulan. - Lim Fang Ling, Penduduk
    Penduduk, Lim Fang Ling, 36, berkata kehidupan harian keluarganya terganggu apabila pihak terbabit memulakan aktiviti pembakaran mengakibatkan udara dicemari kepulan asap hitam dan masuk ke dalam rumah didiaminya.

    "Antara bahan dibakar adalah perabot terpakai, sisa klinikal, getah serta plastik yang dibakar di tiga tempat berasingan di tanah persekitaran itu, menyebabkan rumah kami berbau asap dan hal ini mengganggu kami sekeluarga tidur nyenyak.

    "Sudah dua kali saya membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) berikutan bimbang kesihatan kami sekeluarga terjejas kerana masalah ini sudah berlarutan lebih dua bulan tanpa ada usaha menyelesaikannya," katanya.

    Pekerja pembinaan, Leong Ngek Peg, 50, berkata beliau kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan yang beroperasi secara haram dan gagal meletakkan sebarang notis pemberitahuan aktiviti dijalankan walaupun ia dimiliki pihak persendirian.
    "Sebelum ini, saya pernah melihat dua lelaki berada di kawasan ini pada waktu malam, namun apabila didekati, mereka melarikan diri dan meninggalkan petrol digunakan untuk membakar bahan sisa industri dekat sini," katanya.

    Beliau berkata, hasil tinjauan penduduk mendapati kawasan berkenaan mula dijadikan pusat pembakaran sampah haram kira-kira dua bulan lalu.

    "Kami berharap pihak berkuasa tempatan turun padang menyelesaikan masalah ini kerana penduduk sukar melakukan tindakan sendiri kerana kawasan itu milik persendirian," katanya.

    Buaya tembaga dalam pukat nelayan

    Posted: 18 Dec 2011 05:54 PM PST

     BUAYA  berjaya ditangkap menggunakan pukat nelayan diikat sebelum diserahkan kepada PERHILITAN di Kuala Kurau.
    BUAYA berjaya ditangkap menggunakan pukat nelayan diikat sebelum diserahkan kepada PERHILITAN di Kuala Kurau.
    KUALA KURAU: Seorang nelayan terkejut apabila pukat yang disangkakan berat dengan hasil tangkapan rupa-rupanya menjerut seekor buaya tembaga berukuran tiga meter.

    Buaya yang masih hidup ditemui Sazali Mohamad, 47, ketika menangkap ikan di sungai di Kuala Parit 30, di sini, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.Sazali berkata, pada mulanya dia mengandaikan pukat berkenaan berat kerana terlalu banyak ikan, tetapi apabila ditarik ke atas didapati ada seekor buaya cuba melepaskan diri.
    "Saya terpaksa meminta tolong daripada beberapa rakan lain yang kebetulan turut menangkap ikan di kawasan berkenaan. Kami bergabung tenaga untuk menaikkan pukat berkenaan kerana buaya itu sangat berat.

    "Kami bernasib baik kerana buaya itu tidak terlalu agresif. Sebaik berjaya dibawa ke darat, saya menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)," katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

    Pengutip sampah jumpa bungkusan mayat bayi

    Posted: 18 Dec 2011 05:49 PM PST

     ANGGOTA polis memeriksa  mayat bayi yang dijumpai di pusat pelupusan sampah Labok, Machang, semalam.
    ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang dijumpai di pusat pelupusan sampah Labok, Machang, semalam.
    MACHANG: Seorang lelaki yang mencari rezeki dengan mengutip sampah terkejut apabila kotak yang dijumpai di pusat pelupusan sampah Labok di sini mengandungi bungkusan mayat bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat selain ada kesan darah melekat pada kain bungkusan itu, tengah hari semalam. Rusmi Shafei, 30, berkata beliau yang sudah enam tahun mencari sampah di pusat berkenaan, agak terkejut dengan kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam.
    "Naluri saya tersentuh ketika membuka bungkusan kotak itu dan terlihat wajah mayat bayi yang sudah kebiruan," katanya.
    Katanya, sebelum itu beliau bersama sembilan rakannya yang mencari sampah di kawasan itu menyerbu ke arah sebuah lori sampah bagi mendapatkan barang terpakai.

    Rusmi berkata, beliau kemudian ternampak sebuah kotak berbungkus plastik, lalu membukanya dan ternampak wajah bayi yang dipercayai baru dilahirkan berdasarkan kepada kesan darah pada badan serta kain bungkusan itu.

    Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Che Malek Bedot, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.30 tengah hari dan beliau bersama beberapa anggota terus ke lokasi pusat pelupusan sampah di Labok.

    "Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu dipercayai bayi lelaki berusia sekitar dua hari," katanya.

    Pelajar asing disaring

    Posted: 18 Dec 2011 05:46 PM PST

    ANGGOTA imigresen membawa warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan untuk di bawa ke Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin Lenggeng dalam operasi di Nilai.
    ANGGOTA imigresen membawa warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan untuk di bawa ke Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin Lenggeng dalam operasi di Nilai.
    Visa hanya untuk permohon yang diterima masuk IPT tempatan, tangani penipuan khusus warga Afrika

    KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan Malaysia akan memperkenalkan sistem tapisan bagi menyaring kemasukan pelajar asing ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bagi menangani masalah kebanjiran pelajar asing 'palsu' terutama warga Afrika yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

    Pakej eksklusif iPhone 4S Maxis

    Posted: 18 Dec 2011 05:39 PM PST


    SANDIP Das (kiri) pada pelancaran iPhone 4S bersama tawaran pelan-pelan eksklusif Maxis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.


    TEPAT jam 12 tengah malam 16 Disember lalu, peranti telefon pintar iPhone 4S yang telah lama dinantikan peminat setia gajet tersebut secara rasmi memasuki pasaran Malaysia.

    Dibawakan oleh syarikat pengendali telekomunikasi terkenal negara, Maxis Berhad (Maxis), peranti itu tersedia bersama tawaran pakej data mobiliti yang eksklusif.

    Ia merupakan kesinambungan daripada kecemerlangan syarikat berkenaan menjadi peneraju dalam menawarkan peranti iPhone sejak tahun 2009.

    Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Sandip Das, bagi menyokong servis iPhone 4S terbaru itu, pihaknya telah melakukan pelbagai perubahan besar dalam mengukuhkan operasi rangkaian, pelan dan juga aplikasi.

    ''Untuk iPhone 4S kali ini, pihak kami telah menerima tempahan awal sebanyak lebih 5,000 unit sejak beberapa bulan lalu.

    ''Melengkapkan fungsinya pula, Maxis ada menyediakan beberapa pilihan pelan menarik sesuai untuk semua peringkat pengguna,'' katanya pada majlis pelancaran iPhone 4S Maxis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    iPhone 4S Maxis hadir bersama empat pilihan pelan iValue yang mengkombinasikan akses data dan Wi-Fi mobiliti sehingga 11 gigabit (GB) selain mempunyai spesifikasi produk yang cemerlang.

    Bagi setiap pelan tersebut, ia dilengkapi data sambungan Wi-Fi 4GB sebulan secara percuma di kawasan hotspots Maxis seluruh negara.

    Setakat ini, terdapat sebanyak 1,500 kawasan hotspots Maxis tersedia di beberapa lokasi seperti di pusat bandar, kediaman dan pusat membeli-belah.

    Dengan kelebihan itu, ia akan memudahkan pengguna melakukan aktiviti pelayaran Internet, memuat turut, bersembang dalam talian, video streaming dan sebagainya di mana-mana sahaja mereka berada.

    Di bawah pelan-pelan berkenaan juga, pengguna iPhone bakal dilengkapi aplikasi Khidmat Pelanggan Maxis terus daripada peranti telefon mereka.

    Menerusi aplikasi itu, pengguna berpeluang mengakses informasi seperti maklumat bil, melanggan perkhidmatan tambahan serta mendapatkan sebarang bantuan servis daripada saluran yang betul.

    Lebih menarik, pengguna yang melanggan sebarang pelan data akan dapat menikmati faedah kosong peratus selain boleh menaiktaraf pelan kegemaran mereka pada bila-bila masa.

    Untuk kapasiti memori, peranti iPhone 4S disempurnakan bersama pilihan storan 16GB, 32GB dan 64GB.

    Komitmen bulanan yang disediakan pula adalah RM100 (iValue 1), RM155 (iValue 2), RM250 (iValue 3) dan RM375 (iValue 4).

    Daripada segi spesifikasi, peranti iPhone 4S dilengkapi beberapa kelebihan seperti pemproses dua teras dengan cip A5 untuk kelancaran prestasi dan paparan grafik cemerlang.

    Sementara sistem operasinya iOS 5 pula menawarkan lebih 200 ciri termaju seperti iCloud untuk penyimpanan kandungan data secara bebas dan boleh diakses terus dari peranti iPhone, iPad, iPod Touch, Mac atau PC.

    Fungsi kameranya turut dipertingkatkan melalui resolusi lapan megapiksel dengan keupayaan rakaman video definisi tinggi (HD) 1080p.

    Pengguna yang berminat mendapatkan gajet berkenaan, mereka boleh memilikinya pada harga serendah RM1,450 untuk komitmen bulanan RM100, kapasiti memori 16GB dan kontrak selama 24 bulan.

    Maklumat lanjut mengenai pakej dan pelan yang ditawarkan, sila layari www.maxis.com.my/iphone.

    Baucar RM200 diedar minggu pertama Januari

    Posted: 18 Dec 2011 05:39 PM PST



    JOHOR BAHRU - Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.

    "Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.

    "Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan," katanya selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang, dekat sini semalam.

    ‘Superman’ rampas kuasa JCorp

    Posted: 18 Dec 2011 05:38 PM PST


    Isu pembelian KFC tidak menjejaskan kedatangan pelanggan ke premis berkenaan.


    KUALA LUMPUR - Pengaruh luar yang bukan daripada kalangan pengurusan dalaman Johor Corporation (JCorp) kini dipercayai menerajui JCorp, menurut bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

    Menyifatkan pengaruh luar tersebut sebagai 'Superman', Muhammad Ali berkata, ia telah merampas pengurusan sedia ada dan kini menerajui dan menentukan hala tuju JCorp dan kumpulan syarikatnya.

    "Tangan-tangan Superman inilah antara faktor yang menyebabkan perancangan asal JCorp untuk melepaskan sebahagian daripada aset dan perniagaan yang kurang strategik untuk menyelesaikan masalah hutang diketepikan," katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.

    Najib lancar 1Malaysia TV

    Posted: 18 Dec 2011 05:37 PM PST


    NAJIB menunjukkan aplikasi 1Malaysia TV menggunakan i-Pad sambil diperhatikan oleh Md. Afendi di Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan 1Malaysia TV yang membolehkan rakyat negara ini menonton siaran televisyen kegemaran mereka menerusi telefon pintar atau komputer tablet masing-masing.

    Siaran televisyen yang boleh diakses melalui 1Malaysia TV adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1, RTM2, TV3 dan TV Al-Hijrah.

    Lima rancangan kelolaan 1Media IPTV Sdn. Bhd. turut boleh diakses menerusi 1Malaysia TV iaitu MyTV sebagai saluran utama, CCTV1, e-Korea, erama TV dan Dokumentari TV.

    4 gadis maut MPV jatuh gaung

    Posted: 18 Dec 2011 05:36 PM PST




    KOTA TINGGI - Empat sahabat yang baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut manakala dua lagi parah apabila kenderaan Toyota Innova yang dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini kelmarin.

    Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mereka yang terkorban ialah Ng Sin Yun, 17; Tey Jia Xin, 17; Winnie Ng, 18, dan Ching Hui Sean, 18.

    Sin Yun mati di tempat kejadian manakala Winnie, Jia Xin dan Hui Sean meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi di sini.

    Pemandu kenderaan, Victor Ng Wee Tai, 17, iaitu adik Winnie dan seorang lagi rakan mereka, Chin Shi Xuan, 17, cedera parah. Victor dirawat di sebuah hospital swasta di sini manakala Shi Xuan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

    4 sekeluarga anggota penyamun

    Posted: 18 Dec 2011 05:35 PM PST


    MANOHARAN (tengah) menunjukkan barang-barang yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu semalam.


    KUALA TERENGGANU – Dua beradik dengan salah seorang merupakan bapa kepada dua pemuda yang diberkas pada awal bulan ini kerana terlibat dengan sindiket curi kereta turut menjadi buruan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket sama.

    Kedua-dua beradik itu merupakan antara empat lagi suspek yang dicari kerana disyaki menganggotai sindiket curi kereta Geng Pok Su Wa.

    Tembelang dua beradik itu terbongkar ekoran penahanan seorang pelajar dan abangnya di Kampung Dusun Berliku, La, Jerteh, Besut pada 4 Disember lalu.

    Dua beradik yang ditahan di Kampung Dusun Berliku itu merupakan anak kepada salah seorang daripada empat suspek yang kini dicari polis.

    Pelajar mati dalam asrama Unisel

    Posted: 18 Dec 2011 05:34 PM PST


    Unisel Kampus Bestari Jaya, Selangor tempat seorang pelajar ditemui mati dalam asramanya kelmarin.


    KUALA SELANGOR - Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel) di sini.

    Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.

    Mangsa dikatakan baru melaporkan diri di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pada Rabu lalu.

    Dia sepatutnya mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan namun belum sempat Rammath mengikuti kuliah, pelajar yang tinggal bersendirian di bilik itu ditemui meninggal dunia.

    MiG-29N mungkin dinaik taraf

    Posted: 18 Dec 2011 05:32 PM PST


    FIRMA aeroangkasa Rusia, Mikoyan sedia untuk memasang sistem avionik dan persenjataan termoden untuk pesawat MiG-29 milik TUDM.


    KUALA LUMPUR – Firma aeroangkasa Rusia, Mikoyan dikatakan sudah bersedia untuk menaik taraf 16 pesawat pejuang MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk proses memasang sistem avionik, radar dan persenjataan termoden.

    Cadangan menaik taraf pesawat tempur itu kepada versi Mikoyan MiG-29UPG merupakan opsyen Rusia kepada TUDM untuk memanjangkan jangka hayat selain mampu beroperasi setanding pesawat generasi baharu.

    Menurut sumber industri, kos keseluruhan program itu dijangka tidak membebankan TUDM kerana ia melibatkan kerjasama strategik Rusia dengan industri aeroangkasa India, Hindustan Aeronautics Limited (HAL).

    Tangani segera isu banjir kilat

    Posted: 18 Dec 2011 05:31 PM PST


    KEJADIAN banjir kilat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur perlu diselesaikan bagi mengelakkan kesulitan kepada warga kota.


    KUALA LUMPUR - Banyak pihak menuntut penyelesaian segera dicari berikutan insiden banjir kilat di Jalan Tun Razak di sini, Selasa lalu akibat hujan lebat di sekitar ibu negara.

    Mereka berpendapat, isu banjir kilat di kawasan utama di ibu kota itu sudah berlarutan sejak sekian lama dan sudah tiba masanya untuk meletakkan titik noktah kepada lalu lintas yang lumpuh dan ancaman kepada keselamatan nyawa dan harta benda setiap kali hujan lebat.

    Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, langkah penyelesaian holistik perlu diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

    "Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk menyelesaikan masalah ini. Ia memerlukan campur tangan pelbagai pihak," katanya.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

    Copyright 2010 All Rights Reserved