ads

Sabtu, 17 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Karimon penguji barang mistik

Posted: 17 Dec 2011 10:30 PM PST


BAU busuk kayu tas dapat menundukkan harimau ganas.


SELESA memakai baju T dan seluar jean, penampilan Rahim Hanipah, 53, tidak menampakkan beliau seorang peminat aktiviti paranormal.

Namun, hakikatnya beliau ialah seorang penguji dan pengumpul tegar barang-barang mistik.

Malah, semasa ditemui di kediamannya di Puchong, Selangor baru-baru ini beliau sedang sibuk memunggah kotak yang berisi bahan-bahan seperti kayu, batu serta minyak wangi dari kereta Proton Persona miliknya.

"Maaf saya baru pulang dari Jengka, Pahang bertemu dengan orang lama yang mengatakan dia pernah ke kampung orang bunian," ujarnya membuka bicara.

Lelaki yang berasal dari Temerloh, Pahang ini memberitahu, beliau mula terlibat dengan profesion sekarang sejak umur belasan tahun.

Tetapi beliau cuma bergiat secara serius pada tahun 1998 selepas berhenti kerja di sebuah syarikat swasta.

Uji

"Saya hanya ingin mencari kepastian sama ada batu, kayu malah amalan seperti tarik duit, puja kubur untuk mendapatkan nombor ekor dan fenomena tidak lut senjata merupakan perkara realiti atau sebaliknya.

"Kerana itu saya telah menjelajah seluruh negara untuk berguru dan melihat sendiri amalan tersebut," cerita beliau.

Menurut Rahim, secara peribadi beliau tidak menolak perkara mistik itu. Malah, katanya, perkara itu lebih berkesan dengan bantuan makhluk halus seperti jin.

Rahim yang lebih dikenali dengan panggilan Karimon menjelaskan sebagai pengkaji aktiviti paranormal seseorang itu harus memiliki deria rasa dan pendengaran yang tajam.

"Deria rasa membolehkan kita menyedari kehadiran makhluk halus manakala pendengaran penting untuk berkomunikasi dengan makhluk itu. Kadang-kadang kita boleh melihatnya," ujarnya.

Bicaranya lagi, definisi mistik bersifat subjektif namun ada penjelasan logik mengenainya.

"Saya pernah tidur di sebuah hotel di Kedah beberapa tahun lalu untuk menguji barang mistik. Tiba-tiba alat pendingin hawa bilik kami terhenti.


BATU tabasheer didakwa mampu membuatkan pemiliknya lebih kuat.


"Isteri saya takut kerana menganggap ia disebabkan gangguan makhluk halus. Tapi sebenarnya pendingin hawa itu terpadam kerana alat itu telah di-set sebelum itu," katanya.

Karimon yang mempunyai tiga orang isteri juga pernah pergi ke Sabah dan Sarawak untuk menguji barang mistik.

"Ada pelanggan yang menawarkan saya untuk menjadi warganegara Indonesia semata-mata mahu saya menguji barang-barang mistik di sana," jelasnya.

Karimon berkata, kebanyakan barang yang diuji beliau ialah keris, batu, pedang.

"Pelanggan meminta saya memulihkan barang tersebut kerana didakwa tidak mempunyai 'kuasa' lagi.

"Saya berpendapat barang itu tidak berfungsi kerana ia telah digunakan untuk tujuan salah seperti meminta nombor ekor dan mengenakan orang lain.

"Semua benda itu memang ada fungsi dan khasiat dari sudut sains tetapi jika dijampi serta mempunyai khadam ia akan menjadi lebih berkuasa," ujarnya.

Karimon mendakwa batu dan kayu boleh digunakan untuk mempertahankan diri, memikat orang atau bagi tujuan perubatan.

"Kayu tas misalnya didakwa menyebabkan harimau menjadi takut kepada pemakainya.

"Sebenarnya, bau busuk kayu itu yang tidak disukai oleh haiwan terbabit menyebabkan ia menjauhkan diri, bukannya disebabkan kekuatan semula jadi kayu itu," terang beliau.

Pontianak


MINYAK pengasih terkenal dengan kebolehannya untuk menawan hati individu lain.


Karimon sempat menunjukkan kayu keluat yang digunakan oleh pemilik ayam sabung. Cebisan kayu itu dicucuk pada kulit ayam bagi menjadikannya lebih garang semasa berlawan.

Kayu keluat juga dipakai sebagai gelang tangan oleh para peninju tomoi untuk lebih gagah beraksi di gelanggang.

Hakikatnya menurut sains, kayu tas ada khasiat dalam melancarkan pengaliran darah sekali gus menjadikan pemakainya lebih cergas.

Karimon juga menunjukkan batu tabasheer atau lebih dikenali sebagai batu buluh yang tinggi kandungan ferumnya.

Batu itu jika dibuat loket dikatakan mampu memberikan kekuatan dan ketahanan tubuh kepada pemakainya.

Penulis sendiri cuba menguji batu itu dengan menggenggamnya dengan tangan kiri selama beberapa minit.

Selepas itu, Karimon cuba membuka genggaman tangan penulis tetapi mendapati ia cukup sukar untuk dibuka.

Dalam pertemuan dengan Karimon, beliau turut menceritakan pengalaman lucu mengikut seorang bomoh di Klang, Selangor bernama Rudi untuk meminta nombor ekor di sebuah kawasan perkuburan.

"Antara bahan pemujaan pada masa itu ialah cebisan kain puntianak yang tertinggal di pokok yang dihinggapi makhluk itu. Kain itu berbau hanyir dan busuk.

"Semasa upacara pemujaan dijalankan, tiba-tiba puntianak itu yang bermata merah muncul sambil mendengus. Ia mungkin marah kerana Rudi mencuri kainnya.

"Apa lagi kami terus menjerit dan lari lintang-pukang," imbau Karimon sambil ketawa.

Isteri Karimon, Azura Ibrahim, 40, berkata sepanjang lebih 10 tahun bersama suaminya beliau tidak pernah diganggu makhluk halus.

"Setakat ini tiada perkara buruk yang berlaku walaupun semasa saya mengikut suami pergi ke lokasi mistik tempat beliau menguji barang-barang tertentu," ujar Azura yang merupakan isteri ketiga Rahim.

Seronok lihat lelaki sogok wang

Posted: 17 Dec 2011 10:28 PM PST

MUDAH JERAT... Liana hanya bermodalkan gambar seksi di laman sosial.
MUDAH JERAT... Liana hanya bermodalkan gambar seksi di laman sosial.

KUALA LUMPUR: Mangsanya hampir 30 lelaki yang sanggup menyerahkan puluhan ribu ringgit hanya kerana tergoda dengan kata-kata cintanya dalam laman sosial Facebook (FB).

Gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.


Dia yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menafikan mereka yang terjebak termasuk artis yang baru mencipta nama, bahkan beberapa adik kepada artis terkenal turut menjadi mangsa selain yang berkerjaya penting sebagai jurutera, jurujual dan eksekutif syarikat swasta.

Secara jujur, Liana berkata, perceraian ibu bapa menjadi punca dia melakukan perbuatan itu untuk membalas dendam, terutama bapanya yang banyak mengabaikannya, manakala ibu pula sibuk dengan kerjaya harian sebagai eksekutif syarikat.


Katanya, dalam sebulan, dia mampu meraih dua tiga ribu ringgit hanya berbekalkan air liur untuk menggoda lelaki yang bagaikan terpikat dengan pesona menarik gambar yang dipaparkan dalam laman sosial itu.


Malah, katanya, dia tidak pernah menyesal dengan apa dilakukannya, sebaliknya mampu melepaskan tekanan akibat kesunyian dengan menggoda lelaki."Saya mula teruja dengan perbuatan ini apabila memasukkan gambar seksi dalam laman sosial semata-mata untuk menarik perhatian kenalan yang menjadi rakan saya dengan niat menggoda atau 'test market'.


"Mungkin terpikat dengan gambar sedemikian, ia menjadi senjata untuk membuatkan ramai yang suka bersembang dengan saya dan ingin mengenali saya dengan lebih dekat."Bayangkan dalam sekelip mata, saya ada lebih seribu kenalan. Semuanya saya layan dengan baik... jika ada yang hendak bertemu, saya memberi pelbagai alasan tidak boleh keluar.


"Kebanyakan mangsa saya adalah artis baru, anak orang kaya atau yang memiliki kerjaya menarik. Soal memasukkan wang ke akaun bank, mereka tidak kisah berapa jumlah yang saya minta," katanya kepada wartawan Metro Ahad selepas berjaya memujuknya beberapa kali menceritakan perbuatannya.


Liana berkata, selepas memasukkan wang ke dalam akaun, dia memberi helah memaklumkan wang tiada dalam akaun dan meminta wang dimasukkan lagi.


"Lelaki yang bagaikan lembu dicucuk hidung akan terus memasukkan jumlah lebih banyak ke akaun saya," katanya yang mengakui ada mangsanya bergelar anak seni dan adik artis terkenal.


Kebanyakan mereka menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki dan tidak kurang mengajaknya berlibur.


"Saya sebenarnya bukan gadis liar yang gemar menghadiri parti liar atau bersosial. Apabila melihat lenggok mereka lebih condong ke arah hubungan seks, saya terus mematikan perbicaraan.


"Hampir tiga tahun saya melakukan kerja itu hingga sekarang, saya berasa seronok melihat betapa ramai lelaki mudah terpedaya dengan wanita cantik. Namun jika melihat gaya lelaki jujur pula, saya tidak sampai hati untuk mengayat mereka," katanya.


Ditanya mengenai wang diterimanya, Liana yang tinggal bersama ibu selepas bercerai sejak lima tahun lalu berkata, dia menghabiskan wang itu bersama rakan dengan membeli-belah mahupun karaoke atau melancong ke pelbagai destinasi.


Menurutnya, dia banyak menghabiskan masa dengan Internet untuk muat turun gambar dan aktiviti dilakukan supaya dirinya sentiasa ada perkembangan terbaru.


"Saya mengambil gambar kawan yang cantik dengan penampilan badan menarik, lalu saya masukkan ke dalam FB. Oleh kerana fizikal saya gemuk, sudah tentu saya malu untuk menampilkan diri sebenar.


"Pernah terjadi seorang kenalan mahu berjumpa dan kami mengadakan janji temu di kompleks beli-belah. Saya menyatakan kesanggupan bertemu demi meyakinkan mereka.


"Namun saya tidak menyatakan diri yang sebenar. Kalau pakai baju biru, saya katakan warna merah untuk mengelirukan mangsa.


"Apabila melihat dia (mangsa) datang dengan menggambarkan warna dan jenis pakaian dipakai, ketika itu saya segera bersembunyi.


"Kemudian saya hubungi lelaki itu dengan mengatakan tidak dapat datang kerana tiba-tiba ada kecemasan atau sakit. Kebanyakan alasan diberi agak konkrit, menyebabkan mangsa percaya apa saya katakan.


"Sebaik melakukan penipuan, saya berasa puas apabila melihat kesungguhan mangsa untuk benar-benar bertemu.


"Daripada situ saya membuat kesimpulan jika selama ini lelaki suka menipu perempuan sesuka hati mereka, kali ini saya ingin melihat bagaimana lelaki pula diperdaya," katanya.

Diana Danielle belum bersedia

Posted: 17 Dec 2011 10:27 PM PST

  • Foto

Diana Danielle masih belum bersedia untuk menjadi isteri

SUARANYA di hujung talian membiaskan gemersik dan metafora penuh bahagia. Barangkali itu petanda si tinggi lampai kesayangan si ibu, Norsiah Ramly ini cukup tenang melalui sisi manusia biasanya untuk dicintai lelaki yang tidak asing lagi di persada perfileman, yakni aktor yang juga pengarah muda, Farid Kamil.
Baru menyambut hari lahirnya ke-20 pada 22 November lalu, Diana Danielle kini semakin matang. Bicara yang dituturkan sama sekali tidak seperti pada awal kemunculannya. Ia satu proses biasa bagi mana-mana manusia yang melalui fasa peningkatan dalam hidup.
Seperti gadis lain, keinginan bercinta itu menjadi lumrah. Lalu hadirnya insan bernama Farid dalam hidupnya mengalunkan petanda bahawa topik perkahwinan akan terus ditanya media massa. Tambahan pula, Farid pelakon juga tidak berselindung untuk menjadikan Danielle sebagai suri hatinya beberapa tahun lagi.

Soalnya bila atau tarikh lebih khusus mereka bakal diikat sebagai pasangan suami isteri? Farid dalam kenyataannya sebelum ini pernah memberikan bayangan untuk diberikan tempoh dua atau dua tahun lagi untuk melamar Danielle sebagai isteri.

Namun, bagi pihak sebelah Danielle, dia juga tidak boleh terlalu beriya-iya memberikan kenyataan kerana bimbang dituduh seperti perigi mencari timba. Malah dalam keselesaan dan keterbukaan si anak berdarah campuran ini bercakap mengenai sisi peribadi, terbit juga bimbang di hati kalau yang dirancang tak menjadi.

"Tiga tahun mengenali Farid, saya senang bertemankannya. Kalau diaju persoalan bersediakah saya untuk ke fasa seterusnya memegang status isteri orang, jawapannya sama sekali bukan senang. Takut yang diharap tak berakhir seperti yang diingini.
"Tetapi nak kata saya bersedia 100 peratus untuk mengakhiri zaman bujang, tidaklah juga. Soal kahwin ini harus difikir masak-masak. Sesuatu yang diharapkan atau mahu dicapai seperti satu proses pembelajaran yang terbaik untuk kita mempersiapkan diri.

"Kalau ada seru untuk berkahwin itu datang, kita melaluinya sebaik mungkin. Melihat orang atau rakan artis lain berkahwin, sejujurnya tak memberikan saya apa-apa kesan pun. Tak rasa apa pun. Mungkin juga saya jiwa kering. Yang menjadi perhatian saya saat menghadiri majlis kahwin orang lain lebih kepada melihat konsep atau tema perkahwinan saja," katanya ketika ditemubual menerusi telefon, bari-baru ini.

Pelakon ini seboleh-bolehnya tidak suka merancang termasuk soal membabitkan perihal jodoh. Ketentuan pada hari mendatang diharungi sebaik mungkin kerana apa yang lebih baik baginya ketika ini ialah meneruskan apa sudah dimulakan.

"Saya yakin sesiapapun bercinta mahukan yang terbaik dalam hubungan dibina. Saya mengharapkan kesudahan terbaik buat kami. Bercinta, berkahwin, mempunyai anak dan meneruskan kehidupan hingga akhir hayat satu kitaran yang cukup indah dalam hidup manusia," katanya yang sedang menunggu deretan tayangan empat filem lakonannya, Jiwa Taiko, Hanyut, Azazil dan Spilt Gravy On Rice.

Sepanjang bulan lalu juga, Danielle dan Farid terpaksa berjauhan kerana intan payungnya itu terbang ke Brisbane, Australia bagi mengikuti kursus perfileman pengkhususan dalam aspek lagak ngeri di Australia Stunt Academy selama sebulan. Farid sudah kembali ke Malaysia 30 November lalu.

Kalau disingkap, Danielle juga pada tahun ini meluangkan masa mengikuti kursus lakonan jangka pendek di Akademi Filem New York cawangan Los Angeles di Universal Studios. Ketika itu hubungan mereka dikatakan berantakan seketika sebelum kembali terkawal sekembalinya Danielle ke Kuala Lumpur 6 Mei lalu.

Adat bercinta, pasti ada pasang surutnya. Hubungan mereka pernah dikatakan terjalin selama dua tahun sebelum berpisah `sementara' secara baik. Dulu ramai yang berteka-teki mengenai cinta yang dianyam antara mereka tetapi kini tiada lagi tembok rahsia.

"Kami sudah terbiasa kalau tak jumpa dan berkomunikasi dalam tempoh lama. Malah, kami juga terbuka untuk tidak terlalu mengongkong masing-masing apabila sibuk dengan komitmen seni. Situasi jarak jauh ini ibarat 'kacang' saja buat saya.

"Sepanjang dia (Farid) berada di Australia, kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS. Cara konvensional itu tetap menjadi pilihan. Alhamdulillah, jarak tak menjadi masalah untuk kami. Yang paling afdal ialah soal hati dan bagaimana kita menjadi lebih kuat saat berjauhan," katanya yang sejak Oktober lalu turut bergelar hos mengacarakan program MyEG Extra Time menerusi saluran ESPN.

Tak gusar saingan aktres baru

MENGENAI lakonannya sebagai Dina dalam filem ... Dalam Botol arahan Khir Rahman tidak menjadi pilihan juri dalam senarai Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) baru-baru ini, Diana Danielle enggan memberi komen panjang.

"Saya gembira dan tak kisah sekalipun tak menjadi pilihan juri sekali pun ada yang memuji bakat lakonan saya sebagai Dina dalam filem ini. Mungkin belum masa untuk saya diangkat atau berada dalam kelompok lima terbaik. Tengok saja pelakon Eja, selepas bertahun lama berlakon baru bakatnya dipandang orang.

"Apatah lagi saya yang masih muda dan baru dalam dunia lakonan. Kalau tak tercalon atau disenarai pendek bererti ruang itu harus dimanfaatkan untuk memperbaiki kelemahan yang ada atau terlepas pandang. Anugerah itu satu bonus dan pembakar semangat tetapi kalau bukan rezeki kita apa boleh buat," katanya yang melihat ruang menyambung belajar atau mengambil kursus jangka pendek sebagai platform menimba pengalaman dan bercampur gaul dengan pelbagai masyarakat serta latar belakang.

Mengenai perancangan dan apa yang boleh diharapkan pada 2012 yang bakal tiba tidak lama lagi, Danielle memberitahu, dia juga mahu memberikan perhatian khusus terhadap dunia nyanyian yang masih belum dibuktikan kepada masyarakat.

Biarpun cerita nyanyiannya bagaikan tenggelam timbul dan nampak seperti tidak serius, Danielle mempunyai sebab kenapa percubaannya dalam nyanyian masih belum mampu memberikan impak. Danielle pernah tampil dengan lagu Tak Pernah Ada pada tahun ini berkonsepkan akustik rock, namun belum masih menyerlahkan potensinya.

"Mungkin juga saya tidak terlalu fokus terhadap dunia nyanyian apatah lagi kerjaya lakonan lebih memerlukan komitmen. Mungkin saya tidak terlalu beriya-iya atau mungkin juga saya tidak mahu membuat kerja sekerat jalan. Siapa tahu 2012 akan menyebelahi nasib saya dalam nyanyian," katanya.

Disoal mengenai lambakan pelakon generasi muda atau muka baru terutama wanita ketika ini, antaranya seperti Neelofa, Nur Fathia, Izara Aishah, Kilafairy, Anzalna dan Nuremy, Danielle tidak risau dengan kehadiran mereka itu dari segi persaingan.

"Saya tak kisah dan amat terbuka dalam hal ini. Masing-masing mahu mencuba nasib dan mencari rezeki dalam pelbagai bidang termasuklah dunia lakonan. Setiap daripada kita ada hak jadi itu dan ini. Selagi kita ada bakat boleh digilap dan dikongsi, kenapa tidak dipersembahkan kepada khalayak," katanya yang turut menerima hadiah seekor kuda bernama Tic Tac Toe dek minatnya menunggang haiwan itu.

PROFIL Diana Danielle
NAMA: Diana Danielle Danny Beeson
USIA: 20 Tahun
TARIKH LAHIR: 22 November 1991
TEMPAT LAHIR: Houston, Texas, Amerika Syarikat
BINTANG: Scorpio
ADIK BERADIK: Anak tunggal
DRAMA: Janji Diana, Sembilu Kasih, Takbir Terakhir, Cinta Bulan, Mentari dan Air Mata Maria
FILEM: Idola, Evolusi: KL Drift, Malaikat Maut, Kecoh Betul, Magika, .. Dalam Botol, Hanyut, Jiwa Taiko, Azazil, Spilt Gravy On Rice.

Amy Search Hampir Titiskan Air Mata Lihat 15,000 Peminat

Posted: 17 Dec 2011 10:24 PM PST

Vokal Amy masih mantap dan memukau penonton.

SERI KEMBANGAN: Vokalis kumpulan Search, Amy, hampir menitiskan air mata apabila melihat seramai 15,000 penonton tidak henti-henti menyanyi bersama-samanya sepanjang konsert jelajah Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran MINES, di sini, malam Sabtu.

Amy berkata, perasaan terharu semakin memuncak ketika membawakan lagu terakhir iaitu Fantasia Bulan Madu lebih-lebih lagi mendengar gema suara nyanyian seluruh penonton yang berada di konvesyen berkenaan.

"Saya rasa, konsert ini adalah yang terbaik. Kami berpuas hati dengan persembahan dan respons yang diberikan peminat.

"Ia merupakan satu momen yang sangat indah lebih-lebih lagi ketika membawakan lagu Fantasia Bulan Madu sambil diringi suara nyanyian penonton, mereka membuatkan saya terduduk dan hampir mengeluarkan air mata.

"Semangat mereka membuatkan kami terharu," katanya yang ditemui selepas konsert tersebut.

Selain Amy, Search dibarisi Din, Kid, Nasir dan Yazid.

Persembahan energetik Search selama hampir tiga jam telah memukau para penonton yang tidak henti-henti menyanyi bersama-sama sepanjang 25 buah lagu dipersembahkan

Suntikan 'magis' Search bermula dengan lagu pembukaan, Panggung Khayalan diikuti dengan barisan lagu lain seperti Gothik Malam Edan, Fenomena, Metropolitan, Melayar Bahtera, Serigala Segalanya, Pemuzik Jalanan, Isabella, Melastik Ke Bintang, Cakap Memang Meriah, Rozana dan Bisa.

Malah pentas yang dibina khas agak menarik dan mesra penonton dimana Amy dapat beraksi lebih dekat dengan mereka.

Hampir 15,000 penonton membanjiri konsert.

Kelincahan Amy juga membuatkan dirinya hampir terjatuh saat mendendangkan lagu Isi dan Kulit.

Penonton juga diberi kejutan dengan kemunculan M.Nasir untuk berduet dengan Amy dalam beberapa seleksi lagu seperti Mat Rock, Paranoid dan Meniti Titian Usang.

"Ini adalah satu penghormatan buat saya apabila dijemput berduet dengan Amy.

"Ternyata perjuangan Search selama 30 tahun cukup hebat sehingga mencetuskan fenomena.

"Lihat saja penonton-penonton yang hadir, ia cukup jelas memberitahu,peminat Search masih lagi kekal malah bertambah dengan peminat generasi baru pula," ujarnnya.

Lagu-lagu lain yang juga dipersembahkan Search ialah Laila Namamu Teratas, Kejora, Mat Rock, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Pawana dan Fantasia Bulan Madu.

Dalam pada itu, beberapa selebriti terkenal seperti Aizat, Ella, Ika (Mentor), Altimet, Nana dan Burn turut hadir menyaksikan konsert tersebut.

Siri jelajah bersempena dengan 30 tahun penubuhan kumpulan itu telah bermula di Stadium Batu Kawan, pulau Pinang dengan jumlah penonton sebanyak 7,000 orang dan Johor, seramai 10,000 penonton.

Ruth Sahanaya Pukau Penonton Malaysia

Posted: 17 Dec 2011 10:23 PM PST

Ruth ketika menyanyikan lagu Kaulah Segalanya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Ruth Sahanaya berjaya memukau hampir 2,800 penonton yang hadir di Konsert 25 tahun Ruth Sahanaya yang berlangsung di Plenary Hall, pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam Sabtu.

Konsert yang bermula kira-kira pukul 8.40 malam itu dibuka dengan dendangan lagu-lagu popular Ruth Sahanaya yang disampaikan secara medley sebagai pembuka tirai.

Peminat penyanyi berasal dari Bandung, Indonesia ini bagaikan terpukau dengan kemerduan suara Ruth yang mengalunkan lagu-lagunya biarpun terdapat beberapa lagu yang tidak popular di Malaysia.

Pada malam itu juga, Ruth sempat menyanyi lebih 30 buah lagu termasuk solo dan medley antaranya termasuk lagu Kaulah Segalanya, Bawa Daku Pergi, Astaga dan Keliru.

Selain itu, Ruth juga memberi kejutan apabila menyanyikan lagu Tan SriP.Ramlee, Getaran Jiwa duet bersama penyanyi tersohor tanah air, Datuk Khatijah Ibrahim sebagai penyanyi jemputan.

Khatijah yang mendendangkan lagu popularnya Ku Pendam Sebuah Duka juga berjaya menarik perhatian penonton untuk turut menyanyi bersama.

Selain Khatijah, dua orang puteri Ruth, Nadine dan Amabel yang berusia 16 tahun dan 11 tahun turut tampil membuat persembahan pada malam itu.

Persembahan Ruth memukau.

Ruth yang ditemui pada sidang media selepas persembahan selesai menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih terhadap sokonganpeminat-peminatnya sepanjang 25 tahun berada dalm industri muzik.

"Saya sangat gembira dan puas hati apabila apa yang saya hajati dan rancang untuk konsert ini telah berjalan dengan lancar.

"Malam ini akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup saya.

"Hajat saya untuk sampaikan rindu terhadap peminat di sini akhirnya terlaksana dan berharap peminat yang hadir berpuas hati dan terhibur," katanya.

Tambah Ruth, dia juga berbangga dapat berduet dan berkongsi pentas dengan penyanyi yang menjadi idolanya selama ini, Khatijah Ibrahim.

"Kehadiran Kak Kathy adalah sebagai satu penghormatan yang cukup besar memandangkan beliau adalah seorang penyanyi Malaysia yang cukup saya kagumi," jelasnya.

"Ombak Rindu" Cecah Kutipan RM10 Juta

Posted: 17 Dec 2011 10:22 PM PST

Filem "Ombak Rindu" dilakonkan Aaron Aziz dan Maya Karin

PETALING JAYA: Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu kini berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan.

Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember lalu.

Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, berkata, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua minggu.

"Setakat ini kutipan Ombak Rindu ialah RM 10 juta yang mana melebihi sasaran awal kami iaitu RM6 juta.

"Saya jangkakan mungkin boleh mnecapai RM14 juta kerana tayangan akan dilanjutkan selama dua minggu lagi selepas tarikh wajib tayang," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Sharad turut berkata pihaknya akan menyediakan ganjaran atau bonus kepada pelakon dan krew produksi sebagai penghargaan terhadap usaha mereka.

"Pihak kompeni sudah tentu berbangga dengan kejayaan filem ini dan semamangnya telah merancang untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat," katanya.

Selain itu, Sharad berkata, selepas kejayaan filem adaptasi Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan tahun lalu,Tarantella Pictures akan terus menerbitkan filem yang diadaptasi novel.

"Kejayaan dua filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak setan, Tarantella Pictures akan muncul dengan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki tulisan Ahadiat Akashah dan Lagenda Budak Setan 2," katanya.

Katanya, filem Ombak Rindu akan dihantar untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012

Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah.

Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.

"Saya Tidak Persendakan Arwah Bapa" - Adlin

Posted: 17 Dec 2011 10:21 PM PST

Adlin Aman Ramli.

SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramli menolak dakwaan juri tetap program Maharaja Lawak (MLM), Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan yang menyifatkan dirinya sebagai kurang sopan kerana mempersendakan arwah bapanya pelakon A.R Tompel.

Adlin berkata, dia tidak pernah memperlekehkan atau mempersendakan bapanya kerana dia begitu bangga dan merasakan Chef Wan telah salah faham terhadap lawaknya dipentas.

"Siapa yang tidak bangga dengan bapa mereka? Jadi kenapa perlu saya persendakan bapa sendiri. Itu adalah tidak benar kerana saya menyangjungi setiap apa perkara yang dilakukan oleh arwah bapa," ujarnya ketika ditemui selepas konsert MLM minggu ketujuh di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Adlin berkata, dia tidak terkesan dengan semua komen pedas daripada chef selebriti itu yang kerap memberi ulasan negatif terhadap persembahannya di MLM.

Ujarnya, dia yakin telah melakukan persembahan terbaik setiap minggu untuk program tersebut untuk para peminatnya.

"Saya tidak mengambil hati dengan segala komen pedas yang diberikan kepada saya kerana tidak mahu ia menggangu emosi saya," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai penyingkirannya pada konsert minggu ketujuh itu, Adlin berkata, dia terkejut dapat bertahan selama itu selepas sentiasa mendapat kritikan negatif daripada pihak juri.

"Saya anggap menyertai program ini adalah sebagai satu percutian buat saya dan ia cukup menyeronokkan. Malangnya percutian itu telah pun habis," ujarnya.

Selain Adlin, kumpulan Bawal Power (BP) turut disingkirkan bersama-samanya selepas kedua-dua mereka mendapat markah terendah.

Kumpulan Saehu Terkejut Dapat Ke Separuh Akhir MLM

Posted: 17 Dec 2011 10:20 PM PST

Kumpulan Saehu menjadi peserta tunggal daripada Indonesia dalam program Maharaja Lawak Mega.

SHAH ALAM: Kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu melahirkan rasa terkejut apabila berjaya ke peringkat separuh akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu hadapan.

Salah seorang ahli kumpulan itu, Bocil, 28, berkata mereka tidak menyangka akan kekal sehingga ke tahap ini kerana tidak pernah meletakkan sebarang harapan tinggi untuk pertandingan ini.

"walaupun terkejut tetapi kami rasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki kepada kami dalam pertandingan ini dan nyata usaha kami membuahkan hasil.

"Sokongan daripada peminat di Malaysia juga amat memberangsangkan dan kami cukup terharu," ujarnya ketika ditemui pada sidang media program MLM pada Jumaat.

Dalam pada itu, Bocil berkata, mereka masih belum memikirkan konsep untuk persembahan mereka pada minggu hadapan tetapi menjanjikan persembahan terbaik buat peminat mereka di sini.

Bocil memberitahu, mereka akan kembali ke Jakarta, Indonesia dan menjalani latihan bersama-sama di sana.

Sementara itu, Bocil berkata, mereka akan tetap berulang alik ke Kuala Lumpur selepas tamat program MLM kerana ingin membina nama di sini sebagai artis.

Ujarnya, peluang menyertai MLM telah membuka ruang untuk mereka mencipta nama di sini selain dapat menghiburkan peminat yang disifatkan sebagai banyak memberi sokongan kepada mereka.

"Saban minggu kami terkejut dengan peminat yang hadir ke dewam persembahan dengan membawa sepanduk dan menjerit nama kami. Ia adalah sesuatu yang cukup manis.

"sudah tentu kami akan merindukan program MLM dan pasti kembali ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan peminat," ujarnya.

Pada konsert MLM minggu ketujuh, Saehu mendapat 61 peratus undian daripada penonton dan pihak juri tetap sekaligus melayakkan mereka bersaing di peringkat separuh akhir bersama-sama Osbon, Boboi, Pimai dan Syok.

Britney Spears Akhirnya Tunangan Jason Trawick

Posted: 17 Dec 2011 10:20 PM PST

LONDON: Khabar angin tentang pertunangan Britney Spears dan kekasihnya, Jason Trawick akhirnya terjawab apabila Jason tampil menjelaskan situasi tersebut.

Seperti dilaporkan contactmusic, Jason yang telah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi popular telah mengumumkan perkara tersebut secara rasmi di laman Twitter pada Jumaat.

"Ya kami sudah bertunang," tulisnya.

Jason yang turut mengakui sangat bahagia berkata bahawa dia telah melamar Britney di depan anak-anak penyanyi tersebut.

Katanya dia sengaja mahu anak-anak Britney iaitu Sean Preston (6) dan Jayden James (5) menjadi saksi hari bahagia mareka.

Perkara tersebut telah diberitahu oleh Britney melalui Twitternya dengan menulis bahawa Jason telah memberi kejutan yang dia sangat idamkan selama ini.

Tulisnya: "Semalam Jason memberikan kejutan dan hadiah yang sangat aku inginkan selama ini. Aku tidak sabar untuk menunjukkan kepada semua,".

Khabarnya, Jason telah menghadiahkan Britney sebuah cincin berlian.

Glenn Fredly Doa Kebahagiaan Dewi Sandra

Posted: 17 Dec 2011 10:16 PM PST

Glen Fredly

JAKARTA: Bekas suami penyanyi Dewi Sandra iaitu Glenn Fredly mengakui tidak dapat hadir pada pernikahan penyanyi itu pada 12 Disember lalu kerana mempunyai persembahan nyanyian.

Bagaimanapun, Glenn berkata bahawa dia gembira dengan kehidupan bekas isterinya dan mendoakan kebahagian mereka.

"Saya diundang cuma tidak dapat datang disebabkan ada undangan nyanyian. Namun saya sangat gembira melihat dia bahagia sekarang,

"Saya berharap semoga rumah tangganya berjalan dengan lebih baik dan mendapat rahmat dari tuhan dan saya tetap menyokong segala keputusan dia," katanya.

Biarpun sudah berpisah, Glenn mengakui hubungan mereka hingga kini masih baik sebagai rakan.

"Hubungan kami baik namun saya belum pernah bertemu suaminya. Saya rasa dia telah berjumpa seorang lelaki yang terbaik buat dirinya," katanya.

‘Jika ada jodoh’

Posted: 17 Dec 2011 10:15 PM PST

KUALA LUMPUR: "Jodoh, pertemuan dan ajal adalah takdir Allah. Kita tidak tahu apa akan terjadi esok. Insya-Allah jika ada jodoh, saya akan berkahwin," kata Fasha Sandha.

Pelakon utama drama Cinta Elysa itu berkata demikian ketika ditanya mengenai desas desus dirinya bakal mengakhiri zaman bujang bersama buah hatinya, Rizal Ashram Ramli (Jejai), tahun depan.


Tidak mengiyakan mahupun menafikan, Fasha lebih senang memberi jawapan selamat terhadap gosip terbarunya.

Namun, pelakon ini berkata, dia tidak lokek berkongsi berita gembira apabila sudah bersedia dan sesuai masanya.


"Bila tiba masanya dan bila saya sudah 'ready', saya akan berkongsi dengan semua. Buat masa ini, 'no comment'. Kita doakan yang baik-baik," katanya.


Sejak kebelakangan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai ura-ura Fasha akan melangsungkan hari bahagianya dengan Jejai sekitar majlis ulang tahun kelahirannya pada 28 Mac 2012.Spekulasi mengenai pelakon itu dikatakan membuat persiapan hari perkahwinannya timbul selepas gambar Fasha mencuba sepasang gaun pengantin tersebar di kebanyakan blog tempatan.


Ketika ditanya konsep perkahwinan diimpikan, Fasha berkata dia belum ada perancangan mengenainya."Saya tidak fikir apa-apa lagi. Lagipun belum tiba masanya," katanya yang enggan mengulas lanjut.


Ketika ini, kata Fasha, fokusnya lebih kepada seni lakonan dan perniagaan salon miliknya, Chinta.


Sebaik diminta mengulas sambutan penonton terhadap drama siri lakonannya yang baru selesai ditayangkan di slot Akasia TV3, Fasha melahirkan kesyukuran.


"Alhamdulillah, karakter saya meninggalkan kesan buat penonton. Saya menjadi selektif dalam menerima tawaran sekarang kerana ingin buat lebih baik dalam bidang ini," katanya yang ketika ini sibuk menjalani penggambaran Filem Penanggal di bawah arahan Ellie Suriati.


Fasha terpaksa menghadiri kelas Bahasa Arab bagi wataknya, Sharifah Zahrah yang memerlukan dia berbahasa Arab.

Lemah lutut depan kamera

Posted: 17 Dec 2011 10:13 PM PST

Nurhawa Zainal Abidin
Nurhawa Zainal Abidin

KEHADIRAN Nurhawa Zainal Abidin, 19, atau Wawa dalam dunia lakonan tanah air menambah lagi senarai bakat baru di dalam industri. Jika dibandingkan dengan pelakon zaman dulu, pelakon baru sekarang sangat bertuah.

Baru satu atau dua drama serta filem, mereka terus menjadi insan popular dan hidup mewah. Belum pun bakat mereka benar-benar diuji, sudah menjadi buruan produser dan pengarah. Wajah mereka terpampang di layar lebar.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Wawa antara lapisan baru yang diberi laluan mudah untuk bergelar anak seni.
Dengan hanya mengirim sekeping fotonya kepada syarikat produksi yang antara paling aktif menerbitkan drama dan filem, MIG Pictures, terus dia dilamar untuk menjadi warga seni syarikat itu. Wawa yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, tidak pernah berlakon. Yang ada cuma minat mendalam untuk menjadi pelakon.Namun dengan seraut wajah jelita, peluang bergelar pelakon terbentang luas di depan mata dan sekarang Wawa semakin aktif mencipta nama.Tidak mustahil, dengan bernaung di bawah syarikat segah MIG berserta kerja keras, namanya akan sebaris dengan pelakon jelita yang lain seperti Neelofa, Izara Aishah, Sara Ali, Anzalna, Faralyna dan Ramona Zam Zam.

Pada mulanya SELEBRITI sukar mengatur sesi fotografi dengan si jelita ini kerana waktunya padat. Namun dengan kerjasama MIG, mereka berusaha mencari sedikit ruang untuk ditemubual.

Ketika ini Wawa sibuk di lokasi filem Budak Pailang dan drama Kasih Emelda.
Kepada yang ingin menatap wajah Wawa, saksikan lakonannya dalam drama komedi remaja 13 episod berjudul Klik yang kini bersiaran di Astro Ceria, setiap Ahad, jam 10.30 pagi.

Selain Wawa, Klik diwarnai pelakon muda lain seperti Ariel Zafril, Erin Malek, Aren Yunus, Sashwin Raj, Fiffy Natasya, Jorrin atau Chee Ka-Yee, Fatin Nur Afeefah, Zalif Sidek dan Man Rahman.

Pada pertemuan itu, Wawa akui dia sangat bertuah apabila tauke MIG, David Teo sudi mengambilnya bernaung di bawah syarikatnya.

"Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Saya sangat meminati filem diterbitkan MIG dan selalu mengikuti perkembangan MIG yang banyak menerbitkan drama dan filem.

'Saya juga melayari lama web MIG dan melihat nama besar yang menjadi artis MIG.
MIG juga aktif mengambil dan mengasuh bakat baru demi merancakkan lagi industri.

"Lalu saya terfikir kenapa saya tidak mencuba sesuatu, mana tahu ada rezeki saya untuk bersama syarikat itu, dan saya pun hantar gambar kepada MIG.

"Seminggu selepas itu, saya dipanggil ke Kuala Lumpur (KL) dan segala-galanya berubah dalam sekelip mata. KL kini 'rumah kedua' saya. Demi cita-cita, saya terpaksa berjauhan daripada keluarga.

"Selepas menandatangani kontrak lima tahun dengan MIG, saya terus dilamar berlakon dalam Klik. Peluang yang terbuka di depan mata ini akan saya gunakan sebaik mungkin dan saya sangat bersyukur kerana impian menjadi pelakon akhirnya tercapai," katanya.

Menurut Wawa, kali pertama berdepan lensa kamera di lokasi Klik, dia berasakan serba tidak kena dan tidak menjadi. Kaku dan gugup.

"Mana mahu ingat dialog dan beraksi depan kamera, dengan kru yang asyik memandang saya. Lemah lutut dibuatnya, tetapi dek kerana mahu sangat bergelar pelakon, saya berusaha mengatasi debaran itu. Selepas beberapa kali beraksi, saya makin selesa melakukannya.

"Watak pelajar sekolah bernama Amanda dalam Klik sesuai dengan saya yang baru dua tahun meninggalkan bangku sekolah. Kenangan sebagai pelajar sekolah masih terpahat di minda.

"Kenakalan rakan di sekolah dulu dan saya sendiri dapat diterjemahkan dengan baik di layar kaca. Watak Amanda adalah kayu pengukur kepada saya untuk berlakon dalam drama dan filem terbitan MIG seterusnya," katanya.

Menjadikan Que Haidar, Shaheizy Sam dan Erra Fazira sebagai idolanya, Wawa memasang harapan menjadi pelakon sehebat mereka. Dalam diam juga Wawa mahu berganding dengan mereka dalam drama atau filem.

"Memuja saja tidak cukup, saya mahu bekerja dengan mereka. Sampai sekarang Erra kekal sebagai 'Ratu Filem Melayu'. Pelapis yang ada perlu masa untuk mengambil tempatnya.

"Saya tahu mereka bekerja keras untuk berjaya dan serius menceburi dunia lakonan, sebab itu mereka boleh kekal lama dan terus mendapat sanjungan peminat," katanya.

Sewaktu di kampung dulu, tidurnya 'enak' tetapi kini banyak yang merubah rutin hariannya. Sebahagian besar masanya dihabiskan di lokasi penggambaran dan petang belum tentu ada di rumah.

"Saya terima perubahan itu dengan hati terbuka kerana saya yang memilih jalan ini. Tambahan saya masih bujang, jadi saya hanya fokus pada diri sendiri dan kerja.

"Kalau dulu cukup waktu, saya sudah tidur. Kini ada ketika orang sudah tidur, saya masih dalam perjalanan balik ke rumah. Pagi lagi saya sudah keluar. Memang letih, tetapi saya gembira dan sebaik tiba di lokasi, badan rasa segar. Biarpun penat, tetapi apabila saya buat perkara yang saya suka, saya tak akan merungut," katanya.

Disebabkan baru sekarang Wawa berpisah dengan keluarga, rasa rindu untuk bersama mereka selalu menerpa dalam mindanya.

"Saya cekalkan hati dan selalu ingat pesan ibu bapa supaya menjaga diri dan nama baik di tempat orang. Sesekali mereka datang menjenguk saya di KL, tetapi boleh dikatakan saya yang kerap balik ke Lahad Datu," katanya.

Mangsa asid azab

Posted: 17 Dec 2011 10:10 PM PST

REDA... Mahyuddin menunjukkan kesan simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian Ogos lalu.
REDA... Mahyuddin menunjukkan kesan simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian Ogos lalu.

KOTA BHARU: "Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya," kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas, di sini, Ogos lalu.

Akibat kejadian itu, Mahyuddin yang sebelum ini berniaga murtabak di pasar malam sekitar Kok Lanas, dekat sini, menanggung azab apabila muka dan separuh badannya melecur, manakala mata kanannya pula buta.


Difahamkan, sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), sudah tiga pembedahan dilakukan termasuk pembedahan pemindahan kulit dan telinga, sebelum disusuli pembedahan mata kanan oleh pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Mahyuddin berkata, kehidupannya berubah selepas kejadian berkenaan kerana selain cacat, pergerakannya terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga dalam menguruskan dirinya.


"Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap isteri walaupun terseksa menanggung derita akibat perbuatannya. Sebagai suami, saya tidak berhak membalas perbuatannya dan biarlah Tuhan mengadilinya.


"Saya juga perlu muhasabah diri untuk menjadi insan lebih baik. Dalam keadaan sekarang, hanya keluarga menjadi punca kekuatan saya untuk meneruskan hidup," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini.Ditanya mengenai hubungan dengan isterinya, sehingga hari ini, Mahyuddin mengakui mereka masih suami isteri tetapi tidak pasti apa akan berlaku pada masa akan datang.


"Selepas kejadian itu, kami tidak pernah berjumpa dan saya hanya berkesempatan bertemu seorang anak perempuan berusia 15 tahun," katanya yang mengakui dirinya tidak membuat sebarang laporan polis atas tindakan isterinya.Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia tidak mahu mengingati sejarah hitam berkenaan dan biarlah ia disimpan sebagai kenangan berharga.


Katanya, kesan cuka getah yang disimbah oleh isterinya menyebabkan dia menderita kerana bahan berkenaan membuatkan tubuhnya panas, selain melecur dan meninggalkan kesan terbakar.


"Masih saya ingat, ketika pertama kali cuka getah dicurah ke kepala, ia terasa sejuk. Bagaimanapun, mata mula pedih ketika ia meleleh ke muka dan badan, menyebabkan saya bergegas ke bilik air.


"Dalam tempoh beberapa minit, seluruh tubuh saya menjadi terlampau panas dan azabnya sukar digambarkan dengan perkataan," katanya.


Mahyuddin berkata, kejadian berkenaan berlaku di dapur rumahnya ketika sibuk membuat persiapan untuk berniaga murtabak di bazar Ramadan.


Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas oleh biras serta seorang kenalannya sebelum dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan kecemasan.


"Keadaan saya tidak begitu teruk ketika itu dan boleh makan sendiri pada hari pertama dan kedua dirawat, namun pada hari ketiga kesan simbahan cuka getah menjadi teruk kerana muka saya terbakar dan ia memamah kulit saya secara perlahan-lahan.


"Setakat ini empat kali saya menjalani rawatan, termasuk tiga daripadanya pembedahan di HRPZ II membabitkan dua pembedahan plastik serta pembedahan telinga kanan akibat bernanah," katanya.


Menurutnya, susulan tiga pembedahan itu, dia kemudian dibawa mendapatkan rawatan daripada pakar mata di HUSM Kubang Kerian dan menjalani pembedahan keempat di hospital berkenaan.


"Disebabkan pihak HRPZ II tidak cukup kepakaran, kes mata saya dirujuk ke HUSM, Kubang Kerian. Walaupun mata kanan buta, tetapi Alhamdulillah, pandangan mata kiri saya masih nampak antara 30 hingga 40 peratus.


"Saya dinasihatkan supaya meletakkan ubat titis di mata kanan sekerap mungkin untuk mengelak dijangkiti kuman. Mungkin saya akan menjalani beberapa lagi pembedahan selepas ini, termasuk di bahagian mata," katanya.


Mahyuddin berkata, bagi memastikan kulit kedua-dua paha yang ditampal pada bahagian depan, belakang badan dan lengan tidak membengkak, dia terpaksa memakai baju khas yang dibekalkan hospital.


"Baju itu sangat penting untuk mangsa cuka getah seperti saya, terutama bagi mengelak kulit membengkak, manakala topeng khas yang digunakan untuk melindungi muka juga dibuat pihak hospital dan menunggu masa untuk disiapkan," katanya.


Pada 29 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan, seorang peniaga murtabak disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar. Kejadian pada jam 9.30 pagi itu berlaku ketika Mahyuddin menguli tepung di rumahnya.

GIST jejas salur penghadaman

Posted: 17 Dec 2011 10:08 PM PST

MENGHADANG... tumor dalam gastrousus.
MENGHADANG... tumor dalam gastrousus.

TUMOR Stroma Gastrousus (GIST) ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran gastrousus yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen. Bagaimanapun, ia tumor yang jarang berlaku dengan kes tahunan sebanyak 0.7 bagi setiap 100,000 orang.

Ia boleh berlaku di mana-mana di sepanjang saluran gastrousus iaitu dari esofagus hingga ke dubur. Walaupun tumor ini sering berlaku di saluran gastrousus, ia juga mungkin timbul di bahagian lain tubuh. Kekerapan terjadi di dalam perut ialah 60 peratus selain di kolon dan usus kecil.

  • Foto

    MEMBESAR... GIST dalam perut.

  • Foto

    TERDEDAH... GIST boleh berlaku di mana-mana sepanjang saluran gastrousus.

GIST adalah sarcoma iaitu sebarang kanser pada tisu perantara yang mungkin berlaku pada sebarang bahagian tubuh dan ia tumbuh daripada sel-sel tisu badan penghubung atau menyokong seperti tulang, tulang rawan, tendon, saraf, lemak, otot, tisu sinovia (tisu di sekeliling sendi) atau saluran darah.

GIST terbit sama ada daripada sel yang dipanggil Sel Celahan Cajal (ICCs) atau daripada sel stem yang berbeza atau sel pelopor yang boleh membangunkan ICCs. Kira-kira 50 hingga 80 peratus (%) GIST timbul kerana mutasi dalam gen yang dipanggil c-kit. Gen ini mengkodkan reseptor transmembran untuk faktor pertumbuhan yang dipanggil sel faktor (scf).Tumor yang sering dikesan secara kebetulan itu, sebelum ini sering disalah anggap sebagai sel tumor lain. Peningkatan kes GIST adalah disebabkan kesedaran yang semakin meningkat dan pengesahan diagnosis oleh ahli patologi.GIST mempunyai kadar tahunan sekitar 14.5 juta individu di seluruh dunia. Di Britain, terdapat kira-kira 900 kes baru setiap tahun, berbanding kira-kira 3,500 hingga 5,000 kes setiap tahun di Amerika Syarikat (AS).

Kadar insiden di AS lebih rendah iaitu pada 0.32 pesakit bagi setiap 100,000 orang berbanding kadar di Korea (1.6 kepada 2.2 pesakit bagi setiap 100,000).

Di Hong Kong, kadar insiden GIST ialah 13.4 hingga 15.6 bagi setiap 100,000 orang, dengan kejadian tahunan 1.68 hingga 1.96 setiap 100,000 penduduk.

Pakar Runding Onkologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Datuk Dr Fuad Ismail, berkata tanda GIST tidak spesifik dan bergantung kepada saiz dan pada bahagian ia berlaku.

Menurutnya, sebanyak 20% kes GIST dikesan secara kebetulan ketika pemeriksaan atau prosedur pembedahan bagi mengesan penyakit lain.

GIST kecil iaitu berukuran dua sentimeter atau kurang biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit (asimptomatik) dan majoriti mempunyai risiko yang rendah untuk menjadi tumor yang berbahaya.

"GIST biasanya tidak disedari sehingga ia mencecah saiz yang besar, berdarah atau pecah. Gejala GIST yang dikesan ketika diagnosis ialah sakit perut (antara 20% hingga 50%), pendarahan gastrousus (50%) dan tersekat dalam gastrousus (10% hingga 30%) dan asimptomatik (20%)," katanya.

Beliau berkata gejala yang paling biasa ialah pendarahan pada gastrousus iaitu membabitkan kira-kira 50 peratus pesakit. Kira-kira 25% pesakit hadir dengan pendarahan yang teruk di dalam saluran usus atau rongga peritoneal akibat tumor yang pecah.

"Pesakit dengan tumor yang lebih besar mungkin mengalami ketidakselesaan abdomen. GIST esofagus boleh hadir dengan disfagia iaitu gastrik dan usus kecil sering hadir dengan gejala yang tidak nyata dan hanya disedari ketika pengesanan melalui gastroskopi atau pengimejan.

"Pesakit biasanya mengalami masalah ketika menelan, pendarahan gastrousus dan metastasis (perebakan penyakit terutamanya di dalam hati)," katanya.

Menurutnya, pesakit biasanya ada sejarah sakit perut atau rasa tidak selesa yang tidak nyata dan tumor sudah menjadi agak besar ketika diagnosis dibuat.

Sebagai sebahagian daripada analisis, ujian darah dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) sering dijalankan. Satu sampel biopsi akan diperiksa menggunakan mikroskop. Ahli histopatologi mengenal pasti ciri-ciri GIST (sel gelendung dalam 70% hingga 80%, aspek epiteloid dalam 20-30%). Tumor yang lebih kecil biasanya boleh didapati pada lapisan propria muscularis dinding usus.

Tumor yang besar berkembang, terutamanya yang keluar daripada dinding usus sehingga tahap di mana ia mendahului bekalan darah dan menjadi beku (mati) di bahagian dalam.

Semua ketumbuhan mempunyai potensi untuk menjadi malignan (merebak ke bahagian lain). Untuk itu, satu skim untuk meramalkan risiko kelakuan agresif dalam GIST berdasarkan saiz tumor dicadangkan.

GIST kecil iaitu dengan ukuran rentas kurang dua sentimeter (cm) sering diabaikan. Kriteria untuk merebak yang berdasarkan saiz ketumbuhan dan kiraan mitotic mungkin berbeza-beza bergantung kepada tempat ia tumbuh. GIST usus dianggap berisiko tinggi apabila ia lebih 5 cm atau lebih lima mitoses setiap 50 HPF.

GIST gastrik dianggap berisiko tinggi apabila ia melebihi 10 cm atau lebih lima mitoses setiap 50 HPF. Saiz tumor juga ditunjukkan sebagai bebas faktor ramalan dalam hidup, dengan tumor lebih 10 sm mempunyai lima survival tahun hanya 50%.


Diagnostik

Rawatan utama - pembedahan dan terapi sasaran.


Pembedahan

Pembedahan utama rawatan untuk pesakit dengan GIST setempat. Pembedahan perlu terapi.


Rawatan cadangan

Peranan pembedahan ialah melegakan kesakitan penghidapnya.


Terapi perubatan dan terapi sasaran

Terapi perubatan bagi tumor pepejal secara umumnya merujuk kepada kemoterapi dan terapi. Walaupun ia berbentuk tisu lembut, ia tahan kemoterapi tetapi tidak digalakkan.

‘Laga hidung’ pahlawan cilik

Posted: 17 Dec 2011 10:06 PM PST

KEBANGGAAN...pokok paku pakis menjadi kebanggaan penduduk Rotorua.
KEBANGGAAN...pokok paku pakis menjadi kebanggaan penduduk Rotorua.

PERJALANAN dari Lapangan Terbang Auckland ke Rotorua yang mengambil masa hampir empat jam tidak menjemukan kerana dapat menyaksikan pelbagai keindahan yang menarik dan kawasan berbukit, terutama apabila hampir di Manganoa.

Rotorua atau lebih dikenali sebagai Tanah Maori di Pulau Utara mempunyai banyak keindahan dan pemandangan yang menarik kerana ia dikelilingi tasik.

  • Foto

    TERSENYUM...penulis (tengah) bersama dua lagi rakan menaiki 'swoop'.

  • Foto

    SENI UKIR...seni ukir Orang Maori jadi kebanggaan dan dipertahankan sehingga sekarang.

  • Foto

    SEMANGAT...pahlawan muda Maori menyambut ketibaan dengan pertunjukan kebudayaan yang unik.

  • Foto

    AWET...burung kiwi yang diawetkan bagi membolehkan pelancong melihatnya.

  • Foto

    BEGINI...pemilik Omania Farm menunjukkan cara biri-biri dicukur untuk mendapatkan bulu.

Rotorua sendiri berasal daripada perkataan Maori - Roto bermakna tasik dan Rua bermakna dua. Ini bermakna Rotorua bermaksud Dua Tasik.

Selain itu, kawasan ini dipenuhi kawasan berbukit yang luas. Jangan terperanjat, banyak binatang ternakan termasuk lembu dan biri-biri di sini yang diternak untuk eksport.Memang tidak dinafikan, ternakan lembu dan biri-biri lebih empat kali ganda jumlah penduduk New Zealand. Cuba bayangkan, ternakan melebihi penduduk. Namun, itulah hakikatnya di negara burung kiwi dan buah kiwi itu.Walaupun cuaca sejuk diikuti hujan renyai, ia tidak membataskan kunjungan melawat Omania Farm. Di sini, ternakan lembu dan biri-biri dijalankan secara meluas. Untuk naik ke puncak gunung sejauh enam kilometer, pacuan empat roda digunakan untuk meninjau seluruh kawasan berkenaan. Ini berikutan jalan yang berbukit, berlumpur dan cerun menyebabkan terasa takut.

Dari sini, kami dapat melihat ternakan biri-biri dan lembu diternak dengan bebas. Yang menakjubkan, pemilik Omania Farm tidak perlu mengambil pengawal keselamatan untuk menjaga ternakan mereka bagi mengelakkan ia dicuri atau sebaliknya.

Mereka memasang pagar elektrik sepanjang ladang yang beribu-ribu hektar itu.
Selain itu, anjing yang dilatih khas turut digunakan untuk menjaga ternakan.

Selain melihat ternakan, kami berpeluang melihat bagaimana bulu biri-biri dicukur untuk dijadikan permaidani. Pekerjaan dilakukan dengan pantas dan untuk setiap biri-biri yang bulunya diketam, satu kilogram bulu diperoleh.

Biasanya, seekor biri-biri dicukur dua kali setahun dan hitung panjang bulu biri-biri dicukur ialah dua kilogram setiap ekor. Setiap kilogram bulu biri-biri dijual NZ$6 (RM18).

Kami juga sempat melawat Rainbow Springs Park yang dibangunkan kerajaan New Zealand sejak 1995 untuk menyelidik dan memulihara burung kiwi daripada kepupusan. Ada pelbagai spesies burung dan ikan air tawar jenis 'trout' di kawasan ini, termasuk rainbow trout dan brown trout yang memang terkenal.

Kawasan seluas 22 ekar itu yang paling unik berikutan banyak perkara menarik boleh dilakukan di situ. Di situ kami berpeluang mengenali tumbuhan kayu rosewood dan daun paku-pakis.

Kayu berkenaan unik kerana walaupun keras, permukaannya lembut seperti span.
Kayu ini digunakan untuk membuat ukiran tradisional Maori.

Daun paku-pakis ini juga menjadi logo baju pemain ragbi All Blacks dan pemain bola sepak All Whites. Namun, daun yang terkenal ialah silver fern.

Kami juga sempat ke Perkampungan Maori untuk menyaksikan aktiviti, adat resam, kebudayaan serta cara hidup seharian mereka.

Ketibaan kami disambut dengan ungkapan 'Kia Ora' (hello) dan 'Haere Ma' (welcome). Mula-mula kami terasa cemas juga, sama ada kedatangan kami dialu-alukan atau tidak.

Tiga pahlawan mereka dengan muka yang bengis datang menyambut kami dengan persembahan adat. Kami terpaksa melakukan 'laga hidung' dengan pahlawan kecil ini sebagai adat mereka yang menunjukkan kami datang dengan niat baik. Setiap lukisan pada muka pahlawan berkenaan membawa pelbagai maksud.

Maori ialah penduduk asli New Zealand yang juga kumpulan etnik kedua terbesar di negara burung kiwi itu. Mereka mengembangkan budaya unik dengan bahasa sendiri, kraf dan seni persembahan. Sehingga tahun lalu, ada kira-kira 660,000 Maori di New Zealand iaitu 15 peratus daripada penduduk negara itu.

Kami juga sempat melawat Agroventures dan tidak melepaskan peluang menaiki permainan dikenali sebagai 'swoop' setinggi 40 meter. Walaupun rasa gementar, semua tak mahu ketinggalan mencubanya.

Kami juga sempat menaiki kapal persiaran mengelilingi Tasik Rotoiti selama dua jam. Sambil menjamu makanan yang disediakan di atas kapal, kami menikmati pemandangan sekitar tasik.

Lake Rotoiti ialah tasik di Wilayah Tasman New Zealand yang juga tasik gunung yang besar di dalam sempadan Nelson Lakes National Park.

Ilmu jet ski ‘penyelamat’ Nazar

Posted: 17 Dec 2011 10:04 PM PST

PELBAGAI...jet ski milik individu persendirian serta agensi kerajaan mendapatkan servisnya.
PELBAGAI...jet ski milik individu persendirian serta agensi kerajaan mendapatkan servisnya.

MATANYA asyik memandang bangunan tiga tingkat yang menempatkan beberapa model jet ski dan kenderaan ATV yang digemari peminat sukan ekstrem.

Boleh dikatakan usahawan berusia 46 tahun ini seakan-akan memecah tradisi kerana berani menceburi bidang berbeza iaitu perniagaan sukan ekstrem.

  • Foto

    TURUT DIPASARKAN...kenderaan ATV keluaran BRP Incorporation.

  • Foto

    KOMUNIKASI...Nazar sentiasa berbincang dengan kakitangannya.

  • Foto

    KENANGAN...Nazar dan keluarga bergambar bersama kenalan di Australia.

  • Foto

    TIDAK LOKEK...Nazar berkongsi kemahiran dengan pekerjanya.

Usahanya berbaloi apabila namanya dikenali penggemar sukan berkenaan serta syarikatnya, Meganrata Sdn Bhd mempunyai kredibiliti tersendiri di peringkat antarabangsa.

Bagi Nazar Omar, beliau sedikit pun tidak mendabik dada serta bicaranya lebih banyak merendah diri dengan mengatakan kejayaan hari ini bukan usahanya sendiri, sebaliknya membabitkan kerja keras keluarga serta jasa kenalannya yang sangat besar terhadapnya."Saya tidak dapat melupakan budi seorang kenalan kerana kesanggupan beliau menyumbang dalam pembangunan perniagaan saya."Pendek kata, tanpa bantuannya yang sudi menyalurkan pembiayaan kewangan untuk saya mendapatkan tender daripada kerajaan ketika itu, mustahil syarikat saya boleh berdiri teguh seperti hari ini," katanya.

Menurut Nazar, bantuan kenalannya iaitu Ahmad Faez Yahaya, anak kepada Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad, disifatkan sebagai suntikan semangat baru sewaktu beliau hampir putus harapan kerana kegagalan mendapat pembiayaan bank.

"Ketika itu, saya dan isteri pergi ke setiap bank untuk memperoleh dana bagi memenangi tender kerajaan ketika itu. Namun semuanya ditolak kerana kami tidak mempunyai aset untuk dicagarkan kepada pihak bank.

"Hanya Tuhan tahu betapa saya dan isteri berusaha keras mendapatkan bantuan kewangan ketika itu bagi memperkembangkan perniagaan kami," katanya sambil menyifatkan anak kepada ahli perniagaan terkenal itu bukan sekadar kenalan, tetapi mentor terbaik dalam bidang perniagaan.

Beliau kini mampu berbangga apabila sokongan kenalannya serta usaha gigih isterinya, Rashidah Abdul Majed, 43, membolehkan syarikatnya Meganrata Sdn Bhd mendapat hak pengedaran sepenuhnya jet ski di Malaysia bagi memasarkan produk keluaran Bombardier Incorporation, syarikat terkemuka dari Kanada.

"Sekitar 2008, syarikat mendapat hak penuh dalam mengedarkan jet ski jenama Sea Doo, sedangkan bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan syarikat itu.

"Mereka sangat teliti dan kerjasama antarabangsa dijalinkan antara pihak saya dan mereka secara berperingkat-peringkat.

"Mula-mula syarikat saya membekalkan alat ganti, dan selepas melihat potensi serta servis syarikat saya pada klien, mereka mulai yakin lalu memberikan hak pengedaran sepenuhnya untuk jet ski jenama Sea Doo," katanya.

Pernah diiktiraf sebagai syarikat kedua terbaik bagi rantau Asia Pasifik kerana jualan produk jet ski yang memberangsangkan antara kenangan paling manis sepanjang pembabitan beliau dan isteri dalam perniagaan itu.

"Saya tidak sangka Meganrata mampu menyaingi syarikat di rantau Asia selaku syarikat mempunyai prestasi baik pada tahun lalu.

"Mungkin faktor strategi jualan jangka masa panjang yang berjaya mengekalkan hubungan baik dengan klien menyebabkan mereka yakin dan berterusan mendapatkan perkhidmatan syarikat kami.

"Meskipun pada awalnya harga ditawarkan lebih tinggi berbanding syarikat lain, ia berbaloi untuk perkhidmatan ditawarkan oleh Meganrata dalam jangka masa panjang," katanya yang turut mahir memperbaiki kraf air berkenaan.

Kemahiran memperbaiki diperoleh berdasarkan pengalaman dilaluinya ketika berkhidmat dengan syarikat yang pernah memasarkan jet ski berkenaan.

"Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai jurujual di syarikat yang mengedar dan memperbaiki jet.

"Ketika itu, polisi syarikat saya mewajibkan setiap pekerja memiliki jet ski supaya mengenali produk dengan lebih dekat.

"Tugas saya bukan mudah, selain bertanggungjawab menjual jentera kecil ini, saya perlu belajar setiap aspek mengenainya.

"Tidak lama selepas itu, saya kehilangan pekerjaan kerana ekonomi dunia mengalami kegawatan teruk yang memberi tempias kepada syarikat ketika itu," katanya yang membuka bengkel memperbaiki jet ski sebaik berhenti berkhidmat dengan syarikat itu.

Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, dia mula membuka bengkel kecil-kecilan disebabkan kerap menerima tawaran memperbaiki secara persendirian daripada klien yang pernah berurusan dengannya.

"Mujur saya mempunyai hubungan baik dengan pelanggan yang pernah membeli jet ski, dan ini membuatkan rezeki saya tidak terhenti begitu saja.

"Meskipun kehilangan pekerjaan, saya bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan dengan memperbaiki jet ski pelanggan yang masih menagih perkhidmatan saya.

"Alhamdulillah, ia membantu saya terus menyara keluarga meskipun ia dilakukan kecil-kecilan dan mulai saat itu saya serta isteri mengenal pasti potensi perniagaan lasak ini," katanya yang mahu melihat ia sebagai perniagaan keluarga yang berjaya.

Oleh itu, beliau tidak ragu-ragu memperkembangkan bidang perniagaan sukan lasak menerusi tender kerajaan dan pada masa sama mensasarkan pembeli persendirian.



PROFIL:

NAMA: Nazar Omar
UMUR: 46 tahun
ASAL: Puchong, Selangor
ISTERI: Rashidah Abdul Majed
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Institut Bombardier Recreational Products Inc (BRP), Sydney, Australia (2007); Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam (2002)


INFO SYARIKAT

NAMA: Meganrata Sdn Bhd

PENUBUHAN: Mula ditubuhkan pada 2002 oleh Pengarah, Nazar Omar bersama isteri, Rashidah Abdul Majed

LOKASI SYARIKAT: No 2, Jln BPU 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

JENIS PERNIAGAAN: Perniagaan sukan lasak seperti jet ski jenama Sea Doo serta ATV dan pelbagai aksesori sukan lasak berkaitan

Buka pejabat di laut

Posted: 17 Dec 2011 10:02 PM PST

pix_middle

ANDA pernah mendengar mengenai syarikat teknologi tinggi yang bermula di garaj di Lembah Silicon. Bagaimana dengan sebuah kapal?

Itu idea yang ditimbulkan oleh beberapa rakan yang mahu melabuhkan sebuah kapal di luar pantai dengan menjadikannya bandar terapung bagi menempatkan usahawan asing yang mempunyai impian mewujudkan sebuah syarikat seperti Google tetapi tidak memperoleh visa untuk bekerja di Amerika Syarikat.


Blueseed yang berpangkalan di Sunnyvale berkata, undang-undang imigresen Amerika Syarikat ketika ini boleh memusnahkan impian, inovasi dan peluang pekerjaan untuk warga asing di negara itu. Dengan adanya bandar raya terapung itu, ia boleh menjadi 'penawar' apabila ia dapat memberikan usahawan asing tempat untuk membina syarikat mereka dengan menaiki bot dalam masa yang singkat daripada hab teknologi tinggi.

  • Foto

    CANGGIH... bandar terapung Dua Menara Blueseed yang menjadi tumpuan.

  • Foto

  • Foto

    CADANGAN... sebuah lagi bandar terapung yang mungkin dibina oleh Blueseed.

"Ramai orang berkata: 'Saya berminat untuk ke Silicon Valley.' Tetapi tidak ada cara untuk mereka berbuat demikian," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Blueseed, Max Marty.


Marty, anak pendatang Cuba mendapat idea mengenai bandar raya terapung itu selepas mendengar keluhan beberapa rakan sekuliah di Sekolah Perdagangan Universiti Miami yang kecewa kerana terpaksa meninggalkan Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajian. Menurut Marty, bandar raya terapung itu akan dibina dengan menggunakan kapal pelancong, tongkang atau kapal pengangkut pesawat yang sudah diubah suai dan dan boleh menempatkan kira-kira 1,000 orang dan berlabuh kira-kira 19 kilometer di perairan antarabangsa ke barat daya San Francisco.


"Ia boleh didaftarkan di negara yang mempunyai sistem perundangan yang bereputasi baik, seperti Bahamas atau Kepulauan Marshall," kata Marty.Katanya, kerana alasan ekonomi, kapal pelancong mungkin boleh dibeli dengan harga murah ketika ini. "Banyak kapal pelancong yang tersadai kerana masalah kemelesetan ekonomi. Tidak ada masalah untuk mendapatkannya." Apabila menjadi kenyataan kelak, penduduknya akan diwajibkan mengikut undang-undang negara tempat kapal itu didaftarkan. Mereka akan dibawa ke darat dengan mengguna visa perniagaan sementara atau pelancong untuk menemui pelabur, rakan perniagaan dan lain-lain. Presiden Blueseed, Dario Mutabdzija, berkata, perbincangan bersemuka tidak boleh dipandang remeh apabila berusaha untuk mendapatkan kepercayaan dan mendapatkan dana daripada pelabur.


"Memang benar kita hidup dalam zaman yang saling berkait menerusi Skype atau dan sidang video yang lain. Tetapi, jika anda ingin mengembangkan sebuah syarikat, interaksi fizikal adalah amat penting. Dengan berpusat di bandar raya terapung itu, ia akan membolehkan usahawan untuk berinteraksi secara fizikal dengan bakal pelabur. Mereka hanya perlu menaiki bot dan mendarat di Lembah Silicon. Kerana itu kedekatan dengan hab teknologi tinggi itu." Bandar raya terapung itu boleh terdiri daripada kapal pelancongan atau tongkang yang sudah diubahsuai dan disewa atau dimiliki oleh Blueseed. Ia akan mempunyai segala kemudahan teknologi tinggi yang diharapkan lengkap dengan kemudahan seperti yang terdapat di pejabat gergasi Internet seperti Facebook dan Google. Kos untuk ruang bekerja dan tempat tinggal mungkin sekitar AS$1,200 sebulan.Sokongan logistik, termasuk makanan dan bekalan lain akan diperoleh menerusi perniagaan tempatan di sepanjang pantai, lantas membantu ekonomi Half Moon Bay dan San Francisco meskipun sehingga ini belum dapat dipastikan dengan tepat pelabuhan mana yang akan digunakan oleh Blueseed. Sebuah helikopter juga akan disediakan untuk kecemasan.


Idea Blueseed sudah mendapat sokongan. Pelabur Lembah Silicon, Peter Thiel yang juga pengasas PayPal mengumumkan, beliau akan mengetuai kajian membiayai Blueseed yang merancang mendapatkan pelaburan antara AS$10 juta hingga AS$30 juta dalam masa setahun setengah. Projek itu dijadual dilancarkan hujung 2013.

Tonton drama percuma di blog

Posted: 17 Dec 2011 10:00 PM PST

GEMBIRA...sebahagian pemenang turut membawa rakan dan ahli keluarga bersama.
GEMBIRA...sebahagian pemenang turut membawa rakan dan ahli keluarga bersama.

SESUATU yang berbaloi apabila peminat tegar drama Korea (Korea Selatan) boleh muat turun di laman web bagi menikmati siarannya walaupun terpaksa berperap lama semata-mata berkongsi rasa seronok dengan apa ditontonnya.

Pengalaman menonton drama Four Season Drama Art Gallery (Four Season), Coffee Prince Cafe, Snow Queen, Autum, Hello My Lady, Still Marry Me, Princess Man (sekadar menyebut beberapa nama) antara drama yang menjadi kegilaan ramai peminat drama itu di negara ini dan mencetus fenomena tersendiri.

  • Foto

    LATIHAN...lakukan latihan pemanasan badan sebelum memulakan permainan ski.

  • Foto

    LAWAT...pemenang melawat Korea Broadcasting System (KBS).

Melihat kecenderungan itu mendorong syarikat PlayTV Asia Sdn Bhd menerusi Maaduu.com menyiarkan drama Korea yang boleh ditonton melalui blog secara percuma.

Ia syarikat pertama di Asia menyiarkan drama terkini daripada stesen televisyen Korea Selatan iaitu Korea Broadcasting System (KBS) dan Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) dengan mendapat hak penyiaran sehingga membolehkan syarikat yang menaunginya iaitu PlayTV Asia Sdn Bhd menyiarkan drama dengan menyediakan sari kata dalam dwibahasa iaitu bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Manakala sarikata dalam bahasa Mandarin dan Indonesia dapat dinikmati sebulan lagi.Selain itu, penggemarnya dapat memanfaatkan teknologi 'pure streaming' bagi membolehkan videonya ditonton dengan saiz paling kecil iaitu 300 kilobait sesaat dan ia dapat dinikmati dalam tempoh 48 jam selepas tayangannya di televisyen Korea.Menurut pengasas syarikat berkenaan, Syed Yazrine Shahab, Maaduu.com membawa pelbagai rancangan dan kandungan perdana daripada saluran TV Korea secara percuma kepada peminatnya di negara ini mengikut saluran betul.

Dia yang juga pengurus bersekutu syarikat itu berkata, kewujudan laman berkenaan semata-mata berdasarkan kecenderungan penggemar drama Korea melayari laman web secara 'curi-curi' untuk menontonnya, lalu dia bersama empat rakan kongsi mengambil inisiatif menghasilkan sebuah laman berdaftar dan boleh dilayari tanpa bayaran sejak setahun lalu.

"Kami tidak menduga menerusi laman 'fanpage Facebook' itu, kini lebih 1.6 juta orang memanfaatkannya dan angka itu terus meningkat seiring dengan pelancaran ke Indonesia, baru-baru ini. Bayangkan dalam masa tidak sampai dua minggu, angkanya meningkat melebihi sejuta," katanya.

Syed Yazrine tidak menafikan ada penonton mendesak tahap masa 'dipercepatkan' iaitu kurang daripada 48 jam. Namun katanya, ia bukan sesuatu yang mudah kerana perlu memproses fail drama serta menyediakan sari kata dalam pelbagai bahasa termasuk Melayu, Inggeris dan yang lain sebelum disiarkan di laman web.

Mengenai kualiti gambar pula, Syed Yazrine berkata, ia sama seperti menonton drama daripada cakera padat digital (DVD) dan boleh ditonton di televisyen jika mempunyai sambungan Antaramuka Multimedia Definisi Tinggi (HDMI).

Bagaimanapun, katanya, demi keselesaan ketika menonton drama, iklan iaitu antara elemen yang dianggap mengganggu tayangan hanya diperlihatkan pada selingan tertentu saja.

Dalam merealisasikan impian peminat drama Korea, syarikat berkenaan baru-baru ini menerbangkan pemenangnya selama lima hari ke Korea bagi memberikan pengalaman bermakna buat mereka.

"Kami mengadakan peraduan berdasarkan drama yang ditonton dan tiga pemenang yang dipilih boleh membawa seorang kenalan bersama menikmati percutian di negara itu," katanya.

Syed Yazrine berkata kebanyakan pemenang bukan hanya meminati drama Korea tetapi juga peminat fanatik aliran muzik pop negara itu yang dikenali sebagai K-pop.

Sepanjang percutian ke negara itu, pelbagai aktiviti diadakan, termasuk melancong ke pelbagai tempat menarik selain bermain ski di Phoenix Park Resort yang terletak di daerah Gangwon-Do.

"Rata-rata pemenang dan ahli rombongan kami menyatakan pengalaman bermain ski di gunung itu adalah paling menarik, selain menonton persembahan muzik secara langsung di studio KBS yang menyaksikan kumpulan muzik popular bertanding.

"Mereka juga dibawa melancong ke beberapa tempat pelancongan menarik, misalnya Pulau Nami yang menjadi lokasi penggambaran drama popularnya selama ini.

"Semua pendedahan itu memberikan pengalaman berguna kepada pemenang serta anggota rombongan, dan kami puas kerana dilayan bagai orang kenamaan oleh pihak KBS. Pengalaman ini turut memberi semangat kepada orang ramai supaya terus setia melayari blog kami kerana usaha seperti itu akan berterusan pada tahun depan dan mungkin banyak lagi program menarik bakal disediakan," katanya.

Tiga pemenang peraduan dianjurkan Maaduu.com ketika ditemui berkata, bermain ski antara pengalaman yang tidak akan dilupakan ketika berkunjung ke Korea baru-baru ini.

Nur Azmah Aziz, 22, berkata menonton drama Korea berjam-jam setiap kali pulang daripada kerja tidak sia-sia kerana akhirnya berpeluang melancong ke Korea apabila dipilih sebagai pemenang.

"Apabila mengetahui Maaduu.com mengadakan peraduan, saya menonton drama bersama rakan, Farah Mustaffa. Pernah saya menonton selama empat jam tanpa henti dengan hanya berperap di bilik.

"Saya menjawab soalan dan Farah pula membuat slogan sebagai memenuhi syarat ditetapkan. Apabila diumumkan sebagai pemenang, saya turut membawa Farah ke Korea.

"Usaha kami berbaloi kerana pengalaman di Korea sungguh indah, terutama menyaksikan persembahan Music Bank di KBS dan aksi hebat artis pujaan, termasuk Wonder Girls," katanya.

Norliana Abdul Rahim, 23, penuntut tahun akhir Diploma Kejururawatan Politeknik Nanyang, Singapura juga mengakui hanya 'suka-suka' menyertai peraduan itu dan tidak menduga diumumkan antara pemenang.

Berkongsi kegembiraan dengan membawa rakannya, Sakinah Tamzin, 20, mereka merasakan seolah-olah bermimpi sebaik diberi peluang bermain ski.

"Setiap malam saya menghabiskan dua jam menonton drama yang saya minati sebaik tamat kelas. Menonton drama seolah-olah satu kemestian sebelum masuk tidur.

"Paling seronok menonton drama di Maaduu.com kerana ia satu-satunya laman yang menyediakan sari kata berbahasa Melayu, manakala saya peminat tegar drama Korea dan pengikut setia K-pop.

"Apabila dihubungi PlayTV Asia Sdn Bhd untuk memaklumkan pemilihan saya sebagai pemenang, saya menjerit kegembiraan. Kenangan terindah di Korea pastinya pengalaman bermain ski," katanya.

Clarrisha Hong Kah Wai, 18, penuntut matrikulasi yang bakal melanjutkan pelajaran ke Australia, adalah peminat fanatik lagu pop Korea dan dramanya.

Hal itu diakui ibunya, Lily Kan, 40-an, yang menggalakkan anaknya menyertai peraduan dengan menonton drama disiarkan syarikat berkenaan.

"Keseronokan menonton drama Korea ialah keindahan lokasinya di samping plot atau jalan ceritanya yang menarik perhatian. Selalunya saya menonton bersama ibu, kakak dan adik. Di Korea, saya seronok melihat rakan bermain salji walaupun saya tidak mencubanya," kata Clarrisha.



INFO:

  • Untuk menjadi ahli, hanya perlu memasuki laman sesawang Facebook, sekali gus diterima menjadi 'fanpage Facebook'

  • Kelebihan menonton drama Korea sama seperti anda memanfaatkannya daripada cakera padat digital (DVD) dan boleh ditonton di televisyen jika mempunyai sambungan Antaramuka Multimedia Definisi Tinggi (HDMI)

  • Dapat dinikmati dalam tempoh 48 jam selepas tayangannya di televisyen Korea Selatan
  • Keganasan rumah tangga makin serius

    Posted: 17 Dec 2011 09:56 PM PST

    FADZIL...panas baran perlu dirawat.
    FADZIL...panas baran perlu dirawat.

    KETIKA mengambil keputusan untuk berumah tangga, pastinya seorang wanita mengimpikan suami yang boleh mendampingi dan melindungi mereka sepanjang hayat.

    Saat akad dilafazkan, mereka bukan lagi di bawah tanggungjawab ibu bapa, sebaliknya berkongsi hidup bersama lelaki bergelar suami untuk mengharungi suka duka alam perkahwinan.

    Pasti bahagia jika memiliki suami penyayang dan memahami keadaan diri serta sering bertolak ansur, malah bertimbang rasa dalam semua keadaan.

    Namun, tidak semua isteri bertuah dikurniakan suami sebegitu kerana sesetengah daripada mereka hidup dengan menjeruk perasaan apabila bersuamikan si panas baran.Sudahlah terpaksa menahan telinga mendengar maki hamun, jerkahan dan kata-kata kesat, tubuh pula seakan-akan menjadi 'punching bag' tatkala si suami hilang pertimbangan.Dipijak hanya kerana minta untuk dipicit, dicakar kerana tidak mahu melayan nafsu dan dibelasah angkara sifat cemburu suami antara kes keganasan rumah tangga yang sering menghiasi dada akhbar.

    Jika dilihat penyebab yang meletuskan perasaan marah itu, kebanyakannya hanya berpunca daripada perkara kecil yang langsung tidak pernah terlintas di fikiran kita ia boleh menjadi punca utama.

    Terlintas juga di fikiran, adakah lelaki bergelar suami kini semakin menipis kesabarannya dan kurang kewarasan apabila diselubungi kemarahan.

    Lebih membimbangkan apabila statistik menunjukkan peningkatan demi peningkatan kes keganasan rumah tangga saban tahun dengan jurang besar.

    Pada 2006, sebanyak 463 kes dilaporkan membabitkan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan meningkat kepada 517 kes pada 2007, 513 kes (2008), 502 kes (2009) dan 663 (2010).

    Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Fadzil Che Din berkata, individu panas baran ini jika dilihat daripada luaran sama seperti orang lain dan berada dalam keadaan stabil, namun mereka ini boleh dilabel sebagai bom jangka yang boleh 'meletup' secara tiba-tiba.

    Apabila rangsangan diberi, lebih-lebih lagi yang tidak 'kena' di mata mereka, ia akan disusuli tindakan agresif, baik secara verbal mahupun perlakuan fizikal.

    "Panas baran ini sebenarnya berkait rapat dengan kelakuan, di mana mereka disifatkan sebagai individu sensitif dan mudah tercuit apabila berlaku sesuatu yang tidak seperti mereka harapkan.

    "Faktor kelakuan merangkumi tabiat, kelangsangan, ajukan atau tiruan dan gerak balas baru yang akhirnya menjurus kepada tingkah laku agresif yang menyakitkan, mencederakan dan memusnahkan," katanya.

    Daripada segi pemikiran, golongan panas baran sering berdepan kekeliruan dan pemikiran tidak rasional sehingga adakalanya gagal membuat pertimbangan sewajarnya.

    "Mereka gemar meletakkan harapan tinggi pada sesuatu perkara dan cepat merasa kecewa apabila apa yang diharapkan tidak menjadi.

    "Daripada perasaan itu akhirnya membawa kepada perasaan marah, seterusnya mencetuskan perlakuan agresif daripada segi percakapan dan kelakuan," katanya.

    Sama ada kita sedar atau tidak, semua orang terdedah kepada risiko menjadi panas baran kerana banyak faktor boleh 'mengheret' seseorang ke arah itu.

    Pernah tinggal bersama si panas baran atau menjadi mangsa golongan itu adalah faktor persekitaran yang boleh mencambahkan benih panas baran dalam diri seseorang.

    Pengalaman dan pemerhatian mereka mencetuskan sifat kelaziman, yang mana keadaan itu menjadi kebiasaan kepada mereka dan meneruskan perlakuan itu kepada individu yang boleh ditindas.

    Jika ada yang mengatakan sikap panas baran hanya dimiliki golongan muda, faktor usia sebenarnya tidak memberi jaminan atau penentu.

    Keadaan ini membabitkan dua golongan iaitu yang menindas dan tertindas.
    Lazimnya golongan yang menindas ini mempunyai kelebihan berbanding individu ditindas.

    "Individu panas baran biasanya lebih tua, kuat, tinggi, besar dan bertenaga berbanding individu yang ditindas, sekali gus membuatkan mereka lebih dominan.

    "Mereka merasakan mampu mengatasi individu lemah dan di sinilah elemen kelaziman itu diguna pakai sehingga tanpa sedar mencederakan orang lain," katanya.

    Sikap panas baran boleh diubati dengan mengikuti sesi kaunseling, di mana sistem pemikiran si panas baran akan diubah supaya dia boleh mengawal segala perilakunya.

    Mereka dilatih cara menyempitkan jurang antara perkara yang diharapkan dan yang diperoleh dan belajar untuk menerima keadaan yang tidak diharapkan.

    Kunci utama untuk memulihkan si panas baran adalah daripada pemikirannya kerana ia mampu mempengaruhi perlakuan mereka daripada bertindak di luar batasan.

    Bagi mangsa individu panas baran, mereka mempunyai tiga jalan penyelesaian yang boleh dipilih untuk berdepan golongan ini iaitu bersemuka, meneruskan hidup dalam keadaan itu dan mengelakkan diri daripada bertemu individu panas baran.

    "Mengambil langkah bersemuka dengan si panas baran boleh dikatakan langkah berani untuk menegur atau meluahkan rasa tidak puas hati kepada mereka dengan harapan mampu mengubah sikap mereka.

    "Jika tidak mempunyai kekuatan, mereka perlu menghadapi keadaan itu dengan cuba 'membaca' emosi dan perlakuan si suami dan mengelak melakukan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan mereka," katanya.

    Sikap panas baran perlu diatasi dan diubati kerana jika dibiarkan bukan hanya boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan tetapi juga boleh memberi kesan kepada masyarakat, termasuk aktiviti jenayah, kes penderaan dan perlakuan mencederakan orang lain.

    Sementara itu, menurut peguam syarie firma guaman Fadhlina Siddiq & Associates, Fadhlina Siddiq, isteri perlu proaktif dalam melindungi diri sebaik mendapati dirinya menjadi mangsa penderaan.

    "Apabila sering dipukul, ditampar mahupun disepak terajang oleh suami, isteri perlu sedar mereka harus mendapatkan perlindungan daripada pihak berkaitan.

    "Langkah segera seperti mendapatkan laporan perubatan dan polis dalam tempoh 24 jam sangat perlu bagi memperoleh injuksi perintah perlindungan interim (sementara) (IPO) daripada Mahkamah Sivil.

    "Secara tidak langsung, keselamatan diri mereka lebih terjamin kerana dengan adanya IPO, suami tidak boleh menghampiri mahupun mendatangkan kecederaan sehingga kes selesai.

    "Jika suami masih mendekati isteri, mereka bakal berdepan tindakan mahkamah," katanya sambil menegaskan, semua tindakan termaktub di dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1999 (Akta 521).

    Fadhlina turut menyarankan isteri bertindak tegas dengan tidak menarik kembali aduan dikenakan kerana dibimbangi akan menyebabkan pelaku mengenakan penderaan lebih teruk terhadapnya.

    "Kadangkala, kami selaku peguam syarie berdepan dilema isteri menarik dakwaan dalam usaha membantu mereka.

    "Saya tidak pasti mengapa mereka sanggup menarik balik dakwaan dan kembali kepada pasangan meskipun cukup masak dengan panas baran suami.

    "Malah, mereka sedia maklum risiko dan bakal berdepan kesan penderaan lebih buruk," katanya.

    Selain itu, Fadhlina berkata, keprihatinan masyarakat juga diperlukan bagi menangani isu penderaan suami terhadap pasangan daripada terus berleluasa.

    "Masyarakat hari ini lebih senang memekakkan telinga dan membutakan pandangan kerana tidak mahu dikatakan mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

    "Ini berdasarkan pengalaman saya yang pernah berurusan dengan kes di mana saksi daripada jiran pasangan mendakwa sudah jelak mendengar raungan isteri yang didera saban tahun.

    "Saya berharap masyarakat lebih prihatin sebaik mereka fikirkan nasib menimpa isteri mahupun anak kepada lelaki yang panas baran," katanya yang juga Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia.

    Azri, Ummi berganding dalam Penanggal

    Posted: 17 Dec 2011 09:55 PM PST

    Lama tak dengar cerita pelakon Azri Iskandar dan Ummi Nazeera. Azri ada di sini tapi jarang muncul di layar lebar dan layar kaca. Ummi pula menyambung pengajian di luar negara.

    Filem Penanggal arahan pelakon terbaik Ellie Suriaty Omar menggandingkan mereka. Sekarang filem ini sedang rancak menjalani penggambaran.

    Bagaimana dengan gandingan Azri dan Ummi?

    Agaknya Azri seorang yang pemilih watak. Dia seorang pelakon yang baik sudah tentu mahukan watak mencabar dan berbeza dengan watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

    Mungkin juga dia sangat selesa berlakon di bawah arahan isterinya, Ellie. Sementelah watak yang dilakonkan secocok dengan dirinya yang boleh berlakon watak bengis dengan berkesan.

    Ummi juga masih dirindui sebab sudah lama tidak muncul dengan filem baru. Selain mereka, filem berkosep thriller itu turut menampilkan Zul Ariffin, Fasha Sandha, Normah Damanhuri, Anne Abdullah, Rozie Othman, Kuswadinata dan ramai lagi.

    Pasti ramai yang menunggu buah tangan sulung Ellie ini kan? Bertambah seorang lagi pengarah wanita dari kalangan pelakon terbaik selepas beberapa nama antaranya Erma Fatima dan Fauziah Ahmad Daud.

    Maklumlah selain lakonannya yang baik, Ellie juga hangat dengan cerita kontroversi dalam bab-bab pengarahan.

    Kesnya dengan Erma Fatima ketika terlibat dalam pengarahan sebuah teater tidak lama dulu masih diingati oleh peminat.

    Harung air banjir cari mayat hanyut

    Posted: 17 Dec 2011 09:53 PM PST

    PENDUDUK mencari anggota keluarga  dipercayai dihanyutkan air selepas Taufan Washi melanda bandar Cagayan De Oro,   Mindanao, semalam. - Foto EPA
    PENDUDUK mencari anggota keluarga dipercayai dihanyutkan air selepas Taufan Washi melanda bandar Cagayan De Oro, Mindanao, semalam.
    250 penduduk terkorban, 400 hilang apabila Taufan Washi badai selatan Filipina

    CAGAYAN DE ORO: Anggota pengawal pantai dan pasukan penyelamat Filipina semalam terpaksa mengharung air sehingga ke paras pinggang untuk mencari mangsa yang terselamat atau mayat yang mungkin dihanyutkan ke laut, apabila Taufan Washi melanda selatan negara itu semalam.

    Ceria & duka 2011

    Posted: 17 Dec 2011 09:47 PM PST

    pix_gal0
    Dominasi revolusi, pembunuhan & bencana: Sepanjang tahun lebih banyak diisi kisah duka, bencana

    DUA minggu lagi, 2011 akan menutup tirai meninggalkan bersama pelbagai peristiwa suka dan duka. Sebut apa saja - tragedi, bencana alam, perang, revolusi, krisis kewangan, kejayaan, kebahagiaan - semua dalam diari 12 bulan yang berlalu.Berlalu Tahun Arnab ini, 2012 yang bakal mengganti diharap memberikan sinar lebih baik untuk kehidupan manusia di muka bumi. Harapan tidak mahu lagi menyaksikan pemimpin dunia dan tokoh terkenal menemui ajal, terbunuh atau dibunuh, sama ada dalam misi rakus kuasa asing mahupun ketika diguling rakyat sendiri.

    Santai ditemani landskap hijau

    Posted: 17 Dec 2011 09:46 PM PST


    Gambaran hijau dan moden menyambut kehadiran tetamu.


    SATU ketika dahulu, nama pekan Gambang mungkin agak asing pada sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Namun, pembukaan Bandar Resort Bukit Gambang yang terletak kira-kira lima kilometer dari pekan berkenaan mengubah segala-galanya. Daripada sebuah pekan yang dikelilingi hutan bakau, kini pekan Gambang semakin mekar sebagai destinasi percutian keluarga. Tidak hairanlah, saban minggu lokasi itu sentiasa sesak dengan kehadiran pengunjung yang mahu berlibur sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

    Melangkah ke alam moden yang dikelilingi tumbuhan semula jadi adalah gambaran yang mula-mula terfikir ketika kaki melangkah masuk ke resort Bukit Gambang ini.

    Bermotifkan unsur moden, resort mewah ini mengajak kita untuk menempuhi satu pengalaman baru dan meninggalkan segala kekusutan ketika berada di kota.

    Tempat peranginan dikelilingi hutan mempunyai ciri eksklusif hasil gabungan moden dan landskap tumbuhan hijau.

    Ia sememangnya sesuai untuk mereka yang mengidamkan layanan mewah dan suasana damai lagi menenangkan.

    Walaupun berfungsi sebagai tempat peranginan, hiasan dalamannya lebih bercirikan sebuah kediaman.

    Pengurus Besar Bandar Resort Bukit Gambang, Shepard Ku mahukan sesiapa sahaja yang hadir dapat menikmati ketenangan di situ seperti berada di kediaman sendiri.

    "Bukan itu sahaja mewah ini juga sesuai untuk keluarga yang inginkan kedamaian hidup di samping menikmati keindahan panorama yang diserikan dengan tumbuhan hijau. Selain bermain di Taman Tema Air Bukit Gambang dan aktiviti di hutan, kami mahu pelanggan merasai keindahan di resort ini," ujarnya.

    Landskap

    Pengalaman indah pasti terpahat sebaik sahaja melihat keindahan landskap taman botani.

    Ia tampak lebih menarik dengan tumbuh-tumbuhan hijau kecil dan besar yang terdapat di setiap ruang.

    Memberi pandangan hutan yang tenang , pengunjung pasti terpukau dengan keindahannya.

    Sesuai buat mereka yang mahu mencari persekitaran yang segar dan semula jadi, resort ini melengkapkan percutian anda sekeluarga.

    Pada bahagian luar resort, hampir sebahagian keluasan tanah dipenuhi dengan landskap yang indah dan meredupkan mata memandangkan.

    Lebih mengasyikkan resort yang indah mempunyai kelengkapan seperti sebuah kediaman seperti bilik tidur, dapur ringkas, ruang tamu dan beranda. Biarpun sederhana, ternyata resort berwarna putih ini sesuai untuk menyambut ketibaan tetamu.

    Eksklusif

    Mengintai ke dalam vila, kita seperti berada di dalam kediaman sendiri.

    Ruang tamu dan bilik tidur kelihatan tenteram dan eksklusif.

    Tidak mahu ruang menjadi sempit dengan terlalu banyak barangan, pihak pengurusan resort hanya meletakkan barangan dan perabot memadai dengan apa yang perlu sahaja.

    Ketenangan dapat diperolehi apabila melihat resort berkenaan bersih, kemas dan tidak terlalu berserabut.

    Pilihan cat berwarna krim juga sesuai dengan warna perabot kayu.

    Lihat sahaja dekorasi ruang tamu dan bilik tidur yang lapang dan elegan mampu memberi ketenangan.

    Dengan pemandangan menerusi beranda setiap tetamu dapat mengamati keindahan tempat peranginan ini.

    Tetamu dijanjikan dengan kebebasan dan penghormatan dalam hak untuk bersendirian. Pada masa yang sama tetamu dimanjakan dengan pengalaman yang khusus dicipta untuk keseronokan.

    Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah mengunjungi Taman Tema Bukit Gambang.

    Berada di taman tema itu, pengunjung boleh merasai sendiri keunikan pelbagai segmen permainan yang setiap satunya mempunyai kelainan tersendiri.

    Kuning jagung buat Norzita riang

    Posted: 17 Dec 2011 09:44 PM PST




    BIASANYA wanita meminati warna lembut merah jambu atau kuning air tetapi lain pula dengan Norzita Mahdzir. Ibu empat anak ini suka benar dengan warna kuning terang.

    Pantang melihat barang perhiasan berwarna itu, dia sanggup menghabiskan duit untuk memilikinya. Sayangnya, tidak banyak perhiasan atau barangan yang dihasilkan dalam warna kuning. Lantaran dia memberi tumpuan kepada hanya satu barang iaitu perhiasan replika tumbuhan yang juga makanan popular rakyat Malaysia - jagung.

    Sejak 1998, Norzita mengumpul perhiasan replika jagung pelbagai saiz. Yang pasti, ia berwarna kuning!

    Bermula daripada gambar dan bekas tisu, kini dia berjaya mengumpul lebih 100 koleksi jagung.

    "Saya perhatikan ramai kawan suka menghias ruang dapur atau tempat makan dengan replika buah-buahan seperti anggur, epal dan sebagainya. Oleh kerana mahu mencari kelainan di samping minat terhadap benda berwarna kuning, saya cuba kumpul jagung,'' katanya.

    Misi mencari jagung diteruskan setiap kali dia ada kelapangan atau bercuti di tempat orang. Setiap tempat yang dilawati, pasti ada saja ole-ole jagung dibawa pulang.

    Norzita juga tidak menetapkan harga untuk setiap koleksinya asalkan ia menarik dan belum pernah dimiliki.

    Antara replika jagung yang dimiliki kini berbentuk mangkuk, tabung syiling, mainan, pinggan, klip dan rantai kunci. Kebanyakannya diperbuat daripada seramik, logam dan kayu.

    Ditanya kesukaran mendapatkan koleksinya, kakitangan Unit Cukai Pintu Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) ini memberitahu, pada peringkat awal replika jagung yang diperoleh agak terhad.

    Namun, dengan bantuan sanak-saudara dan juga rakan-rakan yang mengetahui tentang minatnya, koleksi itu semakin bertambah.

    "Banyak juga daripada koleksi ini diperoleh daripada rakan-rakan yang menghadiahkan sempena hari-hari istimewa,'' katanya.

    Norzita kini turut berbangga kerana minat mengumpul 'jagung' dikongsi bersama empat anaknya yang berusia antara 9 hingga 24 tahun.

    Dengan perkembangan teknologi komunikasi, banyak koleksi jagung kini diperoleh menerusi rakan laman web sosial Facebook.

    Kuetiau goreng Doli Taiping di KL

    Posted: 17 Dec 2011 09:43 PM PST


    Kuetiau goreng akan dibungkus dengan daun pisang.


    KALAU pergi ke Taiping, Perak, rasanya tidak sah jika tidak singgah menikmati kuetiau goreng Doli yang terkenal di sana.

    Perniagaan kuetiau goreng yang diusahakan pasangan suami isteri, Abdul Rahim Yaacob dan Masira Elamdin sejak 35 tahun lalu asalnya bermula dengan gerai kecil saja di pasar Larut Matang, sebelum berpindah berdekatan dengan Balai Bomba Taiping dan sekarang sebuah restoran di Jalan Tupai, Taiping.

    Kuetiau goreng Doli dikenali ramai sehinggakan ada pelanggan dari negeri lain seperti Terengganu sanggup untuk merasai sendiri keunikan kuetiau tersebut yang dimasak menggunakan arang.

    Bagi meneruskan legasi, anak lelaki pasangan tersebut, Aidil Suffian Abdul Rahim membuka cawangan Restoran Doli Kuey Teow Goreng di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

    Mengekalkan teknik masakan terutamanya penggunaan dapur arang menggantikan dapur gas dan bahan-bahan sama, 60 peratus pelanggannya ialah mereka yang pernah merasai air tangan ibu bapa pengusaha muda ini di Taiping.

    "Kami mengekalkan penggunaan dapur arang seperti zaman dulu sebab itulah keistimewaan kuetiau Doli di Taiping kerana bara daripada arang itu membuatkan kuali panas sekata.

    "Bahan asas seperti kuetiau diambil daripada pembekal sama di Taiping kerana ia lembut berbanding yang dijual di Kuala Lumpur.

    "Udang dan kerang juga kami dapatkan dari Kuala Sepetang, sama seperti restoran di Taiping kerana susah mendapatkan udang laut di sini. Kebanyakannya udang yang dibela.

    "Udang laut lebih segar dan kenyal berbanding udang dibela," terang Aidil Suffian yang mengusahakan restoran berdekatan bangunan Vads itu bersama-sama isterinya.

    Selain kuetiau, restorannya turut menyajikan hidangan lain seperti nasi ayam, mi rebus dan goreng, bihun sup dan nasi dalca, sama seperti menu di Taiping.

    Menurut Aidil Suffian, keunikan nasi ayamnya, pada ayam yang digaul rempah khas resipi ibunya malah nasinya juga dimasukkan sedikit susu supaya lebih berlemak.

    Restoran Doli Kuey Teow Goreng dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 12 tengah hari.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

    Copyright 2010 All Rights Reserved