ads

Khamis, 15 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sharnaaz Akui Tertarik Dengan Shila Amzah

Posted: 15 Dec 2011 07:27 PM PST

Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad, 26, mengakui tertarik dan selesa berkawan rapat dengan Shila Amzah, 21, kerana penyanyi itu memiliki kriteria-kriteria wanita idamannya yang layak dijadikan sebagai calon isteri.

Sharnaaz berkata, hubungan akrab yang dijalinkan sejak terlibat dalam klip video "single" lagu penyanyi itu, Patah Seribu, turut direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

"Baik daripada pihak keluarga Shila mahupun keluarga saya, mereka menerima perhubungan akrab ini dengan baik tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta tau.

"Masih terlalu awal untuk menjalinkan hubungan itu (cinta) kerana masing-masing mempunyai matlamat tersendiri dalam mengejar impian kami.

"Tambah pula Shila masih muda dan semestinya banyak perkara yang perlu dia laksanakan untuk mengukuhkan kerjaya nyanyiannya itu," katanya yang ditemui pada pelancaran drama Bicara Hati di Ampwalk, di sini, Khamis.

Tambah Sharnaaz, hubungan akrab antaranya dan Shila timbul kerana anak kepada penyanyi ND Lala itu memiliki karakter yang sama dengannya iaitu seorang yang 'gila-gila' tetapi berfikiran jauh mengenai perancangan masa hadapan.

Shila Amzah

"Walaupun berada di bidang yang berbeza, matlamat kami adalah sama. Apabila saya bercerita tentang keterujaan saya dalam lakonan, dia pula berkongsi cerita tentang kerjayanya itu dan saya lihat kami begitu serasi," ujarnya.

Beritahu pelakon yang ingin menamatkan zaman bujangnya sebelum usia 30 tahun itu, dia dan Shila belum pernah keluar berdua-duaan sebaliknya mereka sering ditemani ibu atau salah seorang daripada keluarga Shila.

Sharnaaz juga kagum dengan cara didikan yang diterima Shila yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan.

Sementara itu, Sharnaaz bersama pelakon Christina Suzanne, Marsha Londoh dan Lash Mokhtar bakal muncul dengan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel, Bicara Hati, arahan Osman Ali, yang masih lagi dalam penggambaran.

Bicara Hati mengisahkan tentang kisah cinta yang terjalin kerana wang dan kuasa di mana Tengku Shahran, lakonan Sharnaaz terpaksa berkahwin secara kontrak dengan Zahlia (Christina).

Drama sebanyak 26 episod itu akan bersiaran setiap Selasa, pukul 9 malam, mulai 3 Januari tahun depan menerusi saluran Astro Prima (105).

Tuduhan Hamil Luar Nikah Beri Aib Pada Norish Karman

Posted: 15 Dec 2011 07:25 PM PST

Norish Karman anggap gosip hamil luar nikah sebagai tidak beretika dan tidak adil.

KUALA LUMPUR: Pelakon Norish Karman, 35, (Norish) menyifatkan laporan media yang mendakwa dia telah menyembunyikan diri kerana hamil luar nikah sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak adil buatnya dan keluarga.

Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, berkata sekalipun dakwaan liar itu tidak asing baginya yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam dunia lakonan, ia tetap mengganggu dan mengaibkan khususnya kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

"Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan anak-anak.

"Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?" luahnya kepada mStar Online.

Tambah pelakon filem Sayang Salmah ini, walaupun provokasi dan dakwaan liar itu amat menyedihkan, dia bersyukur kerana anak-anaknya begitu memahami, terbuka dan memberikan sokongan yang utuh.

"Saya berasa sedih apabila perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa cerita itu adalah dakwaan palsu.

"Mujurlah anak-anak saya sangat memahami, terbuka dan enggan melayan provokasi melampau itu. Malah, saya bertuah kerana mereka setia menyokong di sisi pada waktu begini," katanya.

Katanya, apa yang lebih membuatkan dirinya berasa terkilan apabila tindakan berdiam diri daripada dunia hiburan sebagai persiapan untuk muncul dengan album sulung itu telah dimanipulasikan dengan dakwaan yang mengatakan dirinya hamil luar nikah.

Aksi Norish menyampaikan monolog Bukan Dejavu nukilan Ismail Kassan pada Festival Monodrama di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember lalu.

"Saya berdiam diri kerana sibuk membuat persiapan dan mencari material yang berkualiti untuk album sulung saya pada tahun depan.

"Jadi, tidak perlulah saya hendak kecoh-kecoh memberitahu semua orang setiap perkembangan saya pula.

"Apabila orang menuduh saya macam-macam, saya berasa sedih tetapi saya tiada masa untuk melayan fitnah sebegini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Norish berkata dia sudah tidak sabar untuk melancarkan album sulungnya yang memuatkan tujuh hingga lapan trek lagu.

Album tersebut bakal diterbitkan oleh barisan komposer popular termasuk Damien V.E, Johari Teh dan Manan Ngah.

Hasil perkahwinan aktres Singapura itu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan iaitu Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, lapan, dan Putri Hany Amanda, tujuh.

Ketengah bakat di luar negara

Posted: 15 Dec 2011 07:23 PM PST

CUBA NASIB...Mila usaha sendiri untuk kembangkan karier nyanyiannya di luar negara.
CUBA NASIB...Mila usaha sendiri untuk kembangkan karier nyanyiannya di luar negara.

PEMBABITANNYA dalam program realiti TV popular, Akademi Fantasia 5 (AF5) nyata tak sia-sia buat Mila atau Nor Sharmila Jirin, 24, apabila memilih karier sebagai anak seni. Bukan saja namanya dikenali ramai, tetapi langkah gadis genit ini semakin jauh.

Sekitar September lalu, Mila yang membawa diri ke Batumi, Georgia untuk kembara seninya mendapat peluang menyertai pertandingan Golden Talent International Pop TV Performers. Biarpun tidak bergelar juara, dia meraih tempat keempat.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

    JADUAL PADAT...selain menyanyi, Mila juga sibuk urus perniagaan.

Akur dengan persaingan hebat dari 22 negara Eropah dan Asia yang berentap, apa diinginkan Mila hanya untuk menimba pengalaman. Malah, siapa sangka dalam pertandingan itu juga dia memenangi anugerah Artis Paling Berbakat (Most Talented Artist).

Mila yang agak lama 'menyepi diri' memaklumkan perjalanan karier nyanyiannya masih aktif. Malah dalam diam, bakal muncul dengan single Inggeris pertama untuk pasaran antarabangsa tidak lama lagi.


"Single berjudul Break Down yang diketengahkan nanti adalah hasil ciptaan bersama antara saya dengan Lawrance Hobs, Daniel dan John. Kami mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lagu ini sepenuhnya. Ia pengalaman sungguh berharga.


"Apapun, penghasilan lagu ini tiada kaitan dengan kisah hidup saya dan judul Break Down diperoleh pun selepas ia disiapkan. Namun, jujur saya akui amat teruja untuk memperdengarkan single ini kepada peminat serta penggemar muzik luar negara.

"Bagi pasaran antarabangsa, single ini dilancarkan secara online di iTunes dan rangkaian radio Internet di United Kingdom (UK) tidak lama lagi. Semua ini terhasil dengan kerjasama syarikat rakaman, MJ Panachea Record dan BGM Music yang berpangkalan di London.

"Apapun, saya sudah melakukan yang terbaik serta berusaha gigih untuk mengembangkan karier nyanyian ke peringkat antarabangsa. Bahkan, kerjasama dua hala yang dijalinkan ini selamat kerana ia tidak membabitkan sebarang perjanjian," katanya.

Penyanyi yang popular dengan Persis Mutiara itu berkata, langkah perjalanan kariernya untuk pasaran antarabangsa hanya bergantung kepada permintaan pendengar. Ujarnya, dia hanya akan ke UK apabila sudah ada permintaan. Justeru, tunggu dan lihat sajalah apa perkembangan selanjutnya.

Berbicara mengenai album Inggerisnya, Mila berkata, dia menyasarkan hanya 10 lagu akan dimuatkan. Bagaimanapun, 15 lagu sudah dirakamkan. Apapun, pasaran lagu terpilih dibuat secara berperingkat mengikut single.

Mengambil langkah berani, Mila juga tidak mengharapkan penajaan pihak tertentu. Biarpun, kos pembikinan album itu adalah 100 peratus tanggungannya sendiri, Mila mengakui masih mampu berbuat demikian. Katanya, kos tidaklah terlalu besar.

"Apa yang penting, saya puas. Sekalipun bukan mudah memperoleh peluang ini kerana perlu berhadapan cabaran tetapi saya berusaha sebaik mungkin. Lagi pun, inilah masanya untuk saya cuba ketengahkan bakat dan karier nyanyian untuk pasaran luar.

"Perubahan harus dilakukan untuk berjaya. Bahkan, kecanggihan teknologi masa kini juga boleh membantu menjayakannya. Tak dinafikan, sekarang pun pasaran muzik di luar negara lebih menjurus kepada pendekatan jalur lebar," katanya.

Katanya, apa yang dilakukan itu sekadar mahu membuktikan dalam zaman serba maju kini, tiada yang mustahil. Ibarat pepatah, di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalan.


Mila sibuk urus perniagaan

SELAIN tumpuan penuh pada karier nyanyian, umum mengetahui Mila juga menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan syarikat Luvmila Corporation Sdn Bhd yang memasarkan produk kosmetik. Justeru, sejauh manakah perkembangan syarikatnya itu?

Mila tanpa berselindung mengakui syarikat yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu itu, tidak lagi memasarkan produk kosmetik. Sebaliknya, kini hanya menjurus kepada pengurusan artis dan pengendali acara anjuran syarikat korporat dan kerajaan.

Terbaru, syarikat Mila ini akan mengendalikan acara Putrajaya Bike Ride sempena program Cuti-Cuti 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan di Dataran Putra, Presint 2, Putrajaya yang berlangsung esok dari jam 6.30 pagi hingga jam 4 petang.

"Sebagai pengendali yang menguruskan acara, pelbagai pengisian menarik disediakan untuk pe�ngunjung. Antaranya acara menunggang basikal yang disertai kira-kira 1000 orang, pameran basikal, persembahan kebudayaan dan tarian, pameran homestay serta produk tempatan.

"Tidak ketinggalan, persembahan artis yang membabitkan Jay Jay serta penyanyi berketurunan Cina dan India. Ia seiring dengan matlamat mewujudkan perpaduan antara kaum di bawah 1Malaysia. Malah, turut mengetengahkan keindahan lanskap di Putrajaya.

"Kemasukan adalah percuma dan saya mengharapkan kehadiran ramai pengunjung. Majlis perasmian dilakukan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Apapun, sebagai syarikat baru, saya berusaha memastikan ia berjalan dengan lancar," katanya.

Mila berkata, disebabkan terlalu sibuk dengan karier nyanyian dan perniagaan diusahakannya, dia menolak tawaran lakonan. Katanya, minat berlakon itu masih ada, namun ia tidak dapat dipenuhi berikutan begitu sibuk dengan pelbagai urusan.

Menurut Mila, Putrajaya Bike Ride juga adalah projek besar pertama diuruskan syarikatnya. Katanya, ia bukan saja satu kepercayaan tetapi peluang yang harus dibuktikan. Justeru, ujarnya adalah lebih baik tumpuan diberikan kepada perkara keutamaan.

"Negara ini memiliki ramai bakat baru sama ada dalam bidang nyanyian atau pun lakonan. Oleh itu, kemunculan mereka seharusnya mendapat peluang. Jadi, bagi saya sekarang adalah masa untuk gigih berusaha mengembangkan perniagaan," katanya.

'Konsert 60-an Masih Ada Aura' - Lokman Ghani

Posted: 15 Dec 2011 07:22 PM PST

Lokman Ghani yang sinonim sebagai pengarah teater dan drama berasa teruja untuk mengarahkan konsert pula.

KUALA LUMPUR: Pengarah persembahan Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh, Lokman Ghani yakin kekuatan aura yang masih dimiliki oleh penyanyi-penyanyi era 1960-an bakal membawa kejayaan kepada konsert itu yang dijadualkan pada 20 hingga 22 Januari depan.

Lokman yang juga pengarah teater dan drama berpengalaman berkata, dia menerima pelawaan penganjur konsert, Gombak Serumpun Sdn Bhd (GSSB) kerana mahu merasai pengalaman yang berbeza berbanding mengarahkan teater, muzikal dan drama sebelum ini.

"Saya tertarik dan suka dengan tawaran untuk mengarahkan konsert ini kerana ia lain daripada yang lain. Sebelum ini, saya sudah biasa mengarahkan teater, muzikal dan drama tetapi kali ini, saya berpeluang untuk mengemudi perjalanan sebuah konsert pula.

"Tambahan pula, mereka (penyanyi-penyanyi 60-an) masih mempunyai aura dan kekuatan masing-masing yang pasti akan menjayakan konsert ini kelak," katanya yang ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya, di sini, Khamis.

Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh itu bakal menghimpunkan Datuk Jeffrydin, Datuk L. Ramlie & Orkes Teruna Ria, Datuk A. Rahman Hassan, isterinya Datin Azizah Muhamad & Orkes Nirwana, A. Halim & D'Fiction, J. Sham & The Wanderers, A. Rahman Onn & The Strangers dan kugiran iringan The Rhythm 60's.

Ia bakal berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari pada pukul 8.30 malam di Istana Budaya.

Barisan penyanyi era 60-an yang bakal menjayakan Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh.

Lokman berkata sebagai menyuntik elemen segar dan kontemporari pada konsert itu nanti, dia akan menitik beratkan aspek teknikal agar persembahan penyanyi-penyanyi tersebut akan menjadi lebih hebat dan meriah.

"Saya tidak perlu gusar tentang aspek muzik dan nyanyian kerana mereka memang hebat dan konsisten dalam aspek itu.

"Sebagai pengarah, saya akan selitkan beberapa elemen segar pada aspek teknikal yang melibatkan pergerakan pentas, visual di layar dan pencahayaan, selain memilih pelawak Abon sebagai pencerita bagi menyuntik suasana yang lebih santai," katanya.

Lokman menambah, pada malam konsert itu, barisan artis 60-an ini masing-masing akan menyampaikan tiga buah lagu penuh dan sebuah dendangan instrumental.

Ia dijangka akan berlangsung dalam tempoh 1 jam 45 minit.

Tiket-tiket konsert yang berharga RM40, RM80, RM120, RM160, RM200, RM240 dan RM350 boleh didapati menerusi Ticket2U.biz di talian 03-4147 8600 atau hubungi GSSB di talian 012-3695230 dan 012-322 4104.

Ella, Awie Kongsi Pentas Untuk Sebuah Konsert Rock

Posted: 15 Dec 2011 07:21 PM PST

Ella teruja dapat bergandingan dengan Awie dalam sebuah konsert.

KUALA LUMPUR: Ratu rock negara, Ella menyatakan rasa teruja apabila dapat berganding dengan vokalis kumpulan Wings, Awie dalam sebuah konsert pada Januari depan.

Ella berkata, walaupun telah lama mengenali Awie dan pernah membuat persembahan bersama, Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia itu adalah konsert pertama yang menggandingkan mereka berdua.

"Ella tidak berfikir panjang ketika menerima tawaran untuk menjayakan konsert ini bersama-sama Awie kerana ia adalah peluang besar untuk berganding dengannya dalam sebuah konsert yang sama," katanya ketika ditemui sidang media konsert berkenaan di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Ella berkata, dia masih berbincang dengan pengarah muzik konsert itu, Edrie Hashim mengenai pemilihan lagu untuk dipersembahkan kerana terlalu banyak lagu yang diminati oleh peminat.

Ujarnya, dia perlu berhati-hati dalam memilih lagu yang akan dibawa kerana tidak mahu peminat berasa terkilan jika tidak menyanyikan lagu yang disukai mereka.

"Ella ada lagu yang diminati dan peminat ada lagu yang mereka inginkan. Jadi ia sedikit sukar," ujarnya.

Pun begitu, Ella berkata dia tidak akan melepaskan peluang untuk berduet dengan Awie menerusi lagu Baldu Biru yang sebelum ini tidak pernah dinyanyikan secara langsung di hadapan peminat.

"Selain Baldu Biru, Awie dan Ella akan menyanyikan beberapa lagu duet yang dipilih daripada koleksi lagu-lagu kami sendiri," ujarnya.

Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia bakal diingati oleh peminat.

Sementara itu, Awie menyifatkan konsert tersebut adalah sebuah pengiktirafan dan penghormatan daripada seorang rakan kepada seorang kawan yang lain.

Katanya, dia terharu apabila rakan baiknya, Hans Isaac sudi untuk menerbitkan konsert tersebut yang dianggap sebagai hadiah buat dirinya dan Ella.

"Ini adalah satu tanggungjawab besar buat saya dan Ella. Sudah pasti kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan oleh Hans," ujarnya.

Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia akan diadakan selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012. Dalam konsert itu sebanyak enam persembahan akan diadakan oleh mereka.

Memasang hasrat - Hans Isaac

Sementara itu Hans Isaac, mengakui teruja dapat menerbitkan sebuah konsert khas untuk dua rakan baiknya itu.

Hans berkata, dia telah lama memasang hasrat untuk menerbitkan sebuah konsert sejak menubuhkan syarikat produksi Tall Order Productions (TOP) lima tahun lalu.

"Selepas hampir lima tahun baru kini saya berpeluang menerbitkan sebuah konsert khas dan ia seperti melaksanakan sebuah impian.

"Tambah manis apabila konsert itu nanti bukan sahaja menampilkan dua legenda dan ikon dalam genre rock tetapi juga mereka adalah sahabat baik saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Hans berkata, pemilihan Awie dan Ella adalah berdasarkan kekuatan mereka yang memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dan masih digemari oleh peminat.

Hans berkata, Edrie Hashim akan mengetuai persembahan pada malam itu di samping Ujang Exists (drum), Ujang (gitar), Fly (bass), Amir Feerza (percussion), Kudin dan Jason Voo (keyboard).

"Semua pemuzik adalah yang terbaik dalam alatan masing-masing untuk persembahan itu nanti dan sudah pasti ia tidak akan mengecewakan," ujarnya.

Tiket untuk Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia telah pun mula dijual pada 14 Disember dengan harga dari RM40 hingga RM450 dan tempahan tiket boleh dibuat melalui www.TICKET2U.BIZ atau boleh menghubungi 03-4147 8600.

Michael Ang Sanggup Tunggu Randy Pangalila

Posted: 15 Dec 2011 07:20 PM PST

Michael Ang sanggup menunggu Randy Pangila untuk drama arahan terbarunya.

KUALA LUMPUR: Pengarah drama, Michael Ang memberitahu sanggup menunggu pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila untuk berlakon dalam drama terbaru arahannya, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Michael berkata, kesibukan pelakon berusia 21 tahun itu menjayakan drama bersiri Nada Cinta di Indonesia tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus mendapatkan bintang muda itu.

"Randy adalah seorang bintang muda yang bukan sahaja popular di Indonesia tetapi juga di Malaysia gara-gara sinetron Nada Cinta yang disiarkan di Astro Ria.

"Atas dasar itu saya sanggup menunggunya untuk menjayakan drama ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton drama tersebut di sini pada Khamis.

Michael berkata, pihaknya melalui Cube Film mula merisik pelakon berkenaan sejak awal tahun ini dan komitmennya terhadap sinetron yang mempunyai durasi episod panjang telah membantutkan perancangan mereka.

Randy Pangalila.

"Selepas selesai dia menjalani lebih 200 episod drama bersiri itu barulah kami berbincang secara serius untuk menggandingkannya dengan pelakon muda, Elfira Loy dalam drama itu yang akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Michael memberitahu, dia memilih Randy bukan sahaja kerana pelakon itu sedang popular tetapi juga ingin memberikan kelainan pada drama yang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora dan Didie Alias.

Ujarnya, faktor kekurangan pelakon lelaki muda di negara ini juga telah menjadi antara penyebab dia memilih Randid.

"Di Malaysia tidak ramai pelakon lelaki muda yang sesuai untuk digandingkan dengan Elfira. Oleh kerana itu saya memilih dia untuk berlakon dalam "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang" dalam usaha menggabungkan pelakon dari dua buah negara," ujarnya.

Barisan pelakon drama Biar Mimpi Sampai Bintang.

Sementara itu, Michael berkata, tidak sukar bekerja dengan Randy kerana dia senang menerima arahan dan dedikasi ketika berada di lokasi.

Katanya, Elfira juga memberikan komitmen tinggi walaupun dalam drama tersebut adalah pertama kali pelakon berusia 17 tahun itu memegang watak romantik.

"Ia adalah satu perubahan pada Elfira yang sebelum ini banyak memegang watak budak sekolah dan melalui drama ini kita dapat melihat transformasinya dari seorang pelakon kanak-kanak kepada pelakon wanita yang cukup berbakat," ujarnya.

Biar Mimpi Sampai Bintang adalah sebuah drama romantik antara dua darjat bakal disiarkan pada 22 Disember ini di saluran Astro Ria.

Lady Gaga Penyanyi Paling Kaya 2011

Posted: 15 Dec 2011 07:19 PM PST

Lady Gaga mendapat USD90 juta sepanjang tahun 2011.

PENYANYI yang sering muncul dengan imej pelik, Lady Gaga diumumkan sebagai penyanyi wanita berpendapatan paling tinggi sepanjang tahun 2011.

Majalah Forbes melaporkan jumlah pendapatan Gaga adalah berjumlah AS$90 juta (RM287 juta) sepanjang tahun 2011 mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Taylor Swift dan Katy Perry yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Berdasarkan pengiraan pihak Majalah Forbes, kekayaan Gaga datang daripada hasil penjualan album terbarunya, Born This Way yang terjual hampir 10 juta unit di seluruh dunia.

Selain itu, kekayaan penyanyi yang popular dengan lagu Poker Face itu terhasil daripada siri jelajah Monster Ball dengan nilai AS$72 juta (RM229 juta).

Berikut 10 artis wanita dengan pendapatan paling tinggi pada tahun 2011:

1. Lady GaGa (RM287 juta)

2. Taylor Swift (RM143 juta)

3. Katy Perry (RM140 juta)

4. Beyonce Knowles (RM112 juta)

5. Rihanna (RM92 juta)

6. Pink (RM70 juta)

7. Carrie Underwood (RM64 juta)

8. Celine Dion (RM60 juta)

9. Adele (RM57 juta)

10. Alicia Keys dan Britney Spears (masing-masing RM32 juta).

Justin Bieber Ditahan Polis

Posted: 15 Dec 2011 07:16 PM PST

Justin ditahan oleh pihak polis selepas membelok secara merbahaya.

PENYANYI pop remaja popular, Justin Bieber ditahan pihak polis kerana membelok secara berbahaya di sebatang jalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Never Say Never" ini bagaimanapun hanya diberi amaran oleh polis yang menahannya sebelum dia dilepaskan.

Sumber yang berada di tempat kejadian berkata, Justin berjanji kepada polis berkenaan tidak akan mengulangi perbuatannya dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Kejadian tersebut bukan kali pertama apabila kekasih Selena Gomez itu pernah ditahan di California kerana memotong kenderaan lain di kawasan larangan tetapi dibebaskan setelah diberi amaran.

Kali ini lebih teruk

Posted: 15 Dec 2011 07:15 PM PST

 MENDAP... hakisan tanah yang berlaku kesan daripada banjir kilat Selasa lalu membentuk lubang sedalam kira-kira dua meter.
MENDAP... hakisan tanah yang berlaku kesan daripada banjir kilat Selasa lalu membentuk lubang sedalam kira-kira dua meter.

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap di Jalan Syed Mahadi, Kampung Pindah dekat Kampung Baru di sini berulang kembali kesan daripada aliran air deras banjir kilat Selasa lalu.

Malah, mendapan kali ini lebih teruk daripada sebelumnya menyebabkan kerosakan pada rumah berhampiran dan membentuk lubang baru lebih besar.


Penduduk, Ahmad, 42, berkata, kejadian petang Selasa lalu berlaku dengan pantas, air naik mendadak dan deras sehingga menghakis tanah di kawasan berkenaan.

"Ketika air memenuhi kawasan ini, kami lihat pagar dibina mula roboh dan apabila surut beberapa jam kemudian, semuanya musnah.


"Dalam tempoh setahun, dua kali kejadian sama berlaku dan kami tidak pasti sama ada kawasan ini masih selamat diduduki. Malah, sejak kejadian April lalu, ramai pemilik rumah mula berpindah dan yang tinggal hanya penyewa," katanya.


Peniaga, Aminah Amin, 50, berkata, penduduk mahu mengetahui tahap keselamatan struktur tanah di kawasan itu.

Katanya, sejak kejadian pertama, tiada penjelasan diberi dan apabila ia berulang diharap pihak berkaitan dapat menyelesaikan perkara itu segera serta memberi maklumat tepat kepada penduduk.


Dalam kejadian 16 April lalu, saluran air bawah tanah yang menyalurkan air ke Sungai Bonus, pecah kerana tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak akibat hujan lebat.

Air deras turut membawa pasir bersama mengakibatkan jalan raya berhampiran mendap dan menghasilkan dua lubang besar sedalam dua meter. Manakala, dalam kejadian Selasa lalu, banjir kilat memusnahkan kawasan sama dan membentuk lubang dan mendapan lebih besar.


Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Datuk Ibrahim Komoo berkata, hujan lebat dan air deras boleh mengakibatkan hakisan, terutama di kawasan yang pernah mengalami mendapan.


Katanya, struktur tanah di kawasan terbabit mengalami pergerakan dan masih longgar atau bersifat belum padat. Apabila aliran air deras, ia menghakis struktur tanah sedia ada, sekali gus menyebabkan mendapan.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan akan memberi kenyataan kemudian.

4 tahun habuan Mat Rempit

Posted: 15 Dec 2011 07:14 PM PST

BATU PAHAT: "Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja," kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.

Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.

"Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.


"Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu," katanya yang membuat pengakuan berani kepada wakil Harian Metro yang menemuinya di sini, baru-baru ini.

Bas sekolah rempuh 8 kenderaan

Posted: 15 Dec 2011 07:12 PM PST

TERSADAI...bas sekolah remuk selepas melanggar lapan kenderaan.
TERSADAI...bas sekolah remuk selepas melanggar lapan kenderaan.

KUALA LUMPUR: Demi tugas, seorang pemandu ambulans memandu kenderaannya yang remuk ke pejabatnya di Sri Hartamas untuk menukarnya dengan ambulans lain bagi menghantar pemandu bas sekolah yang parah ke hospital.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, seorang pemandu bas sekolah parah selepas kenderaan dipandunya merempuh sebuah ambulans dan tujuh kenderaan lain di Dutamas Raya, Segambut.


Bagaimanapun, pemandu bas dikenali sebagai Deeva, 30-an, kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan ambulans hospital berkenaan yang tiba beberapa minit selepas ambulans gantian tiba.

Sumber trafik berkata, kejadian itu berpunca daripada bas sekolah berkenaan yang dalam perjalanan menghala ke ibu negara hilang kawalan dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh lapan kenderaan lain.


"Bas sekolah yang dalam perjalanan pulang dari menghantar pelajar sebuah sekolah antarabangsa itu merempuh empat kenderaan lain yang berada di hadapannya dan tiga kereta yang diletakkan di bahu kiri jalan termasuk sebuah kereta mewah jenis Lexus.


"Sebuah kereta kembara dirempuh dan dihempap bas itu kemudian diheret beberapa meter sebelum bas berkenaan melanggar sebatang pokok kelapa," katanya.

Menurut seorang mangsa yang terselamat, Mohd Norrizki Mohd Suffian, 25, kejadian berlaku begitu pantas dan sekelip mata sebaik dia melalui selekoh menuruni bukit di jalan berkenaan.


"Saya nampak melalui cermin pandang belakang keadaan bas yang terhuyung-hayang dan hilang kawalan sebelum merempuh belakang kereta saya dengan kuat.

"Akibat rempuhan itu, saya melanggar sebuah teksi yang berada di hadapan sebelum terbabas ke laluan masuk sebuah kondominium," katanya.


Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan terperinci sedang dilakukan termasuk mengambil keterangan daripada beberapa mangsa.


Dalam kejadian berasingan di Kilometer 34.1 Lebuh Raya Karak arah Genting Sempah, sebuah bas ekspres yang membawa 20 penumpang hampir hangus selepas terbakar di bahagian enjin.


Difahamkan, kejadian itu disedari seorang penumpang yang ternampak kepulan asap sebelum menjerit memberitahu pemandu bas berkenaan.


Semua penumpang bagaimana pun selamat selepas pemandu bas bertindak memberhentikan bas di tepi jalan dan mengarahkan semua penumpang keluar menyelamatkan diri.


Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian berjaya memadamkan kebakaran.

Israel buka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa

Posted: 15 Dec 2011 07:11 PM PST

GAMBAR menunjukkan jambatan kayu menuju ke perkarangan Masjid Al-Aqsa  di Baitulmaqdis.
GAMBAR menunjukkan jambatan kayu menuju ke perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

BAITULMAQDIS: Israel semalam membuka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa, selepas menutupnya 48 jam sebelum itu atas alasan keselamatan mencetuskan kemarahan penduduk Islam.

"Ia dibuka semula pagi tadi, termasuk pelancong, baik Kristian mahupun Yahudi," kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.


Menurutnya, tidak ada kerja dilakukan tetapi menegaskan, sebuah kereta bomba ditempatkan berhampiran dan pada masa sama, beberapa langkah keselamatan turut diambil.

"Kerja belum dimulakan lagi. Belum ada pihak yang mengubah sesuatu. Majlis Perbandaran memutuskan ia boleh digunakan semula," kata Rosenfeld.


Struktur itu mencetuskan perbalahan antara majlis berkenaan dengan masyarakat Yahudi dan Islam yang masing-masing bertanggungjawab menjaga Tembok Ratapan dan perkarangan Masjid Al-Aqsa yang bersebelahan dengannya.


Majlis itu sebelum ini mendakwa, jambatan itu terdedah kepada kebakaran dan ia mungkin runtuh di ruang untuk wanita di Tembok Ratapan.

Rekaan kekal lama

Posted: 15 Dec 2011 07:10 PM PST

MEWAH...kaftan bersulam dipadan bersama tudung bawal dengan perincian manik tampak lengkap tanpa perlu aksesori sarat.
MEWAH...kaftan bersulam dipadan bersama tudung bawal dengan perincian manik tampak lengkap tanpa perlu aksesori sarat.

MENAMPILKAN pelbagai pilihan warna daripada lembut ke terang ditambah dengan sulaman bunga pada bahagian hujung baju dan leher, busana ini boleh dipelbagaikan gayanya mengikut majlis yang ingin dihadiri.

Walaupun ringkas, rekaan kaftan yang sentiasa diterima pakai wanita sering menampilkan rekaan terkini bagi memberi kepuasan kepada penggemar gaya sopan dan anggun untuk digayakan.

  • Foto

    LEMBUT...menampilkan sifat keayuan dan kelembutan kepada si pemakai.

  • Foto

    KLASIK...jubah sutera Cleopatra tampak asli dengan kehadiran manik Jepun di bahagian pergelangan tangan baju.

  • Foto

    SEGAR...pilihan kaftan hijau menampilkan gaya yang segar kepada si pemakai.

  • Foto

    FEMININ...pemilihan kaftan ungu terang menonjolkan sifat kewanitaan si pemakai.

Penampilan bertambah menarik apabila kaftan dipadankan dengan kain batik sutera halus membuatkan langkah si gadis tampak manis dan menarik.

Sarungkan saja kaftan bersama kain batik yang tidak dijahit mengikut pilihan sama ada lipatan biasa, belahan sisi atau konsep pareo bagi menghadiri majlis makan malam supaya kelihatan lebih eksklusif dan segar.


Ia bertambah menarik jika si pemakai bijak menyuai padan aksesori untuk tampil lebih menawan walaupun hanya mengenakan kaftan yang ringkas.


Pemilik Butik Styleicious, Aleenda Md Nor yang menjalankan perniagaan secara dalam talian, menganggap kaftan sebagai rekaan yang kekal lama dan masih diterima kerana menitikberatkan soal keselesaan dan memudahkan pengguna.

"Ia sentiasa diminati kerana boleh mempelbagaikan penggunaannya tidak kira ke majlis rasmi, makan malam ataupun bertugas di pejabat.

"Rekaan kaftan yang dihasilkan menggunakan fabrik sifon dan sutera cornelli misalnya direka sendiri bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

"Semua rekaan yang dihasilkan akan disiapkan di Indonesia kerana memudahkan mereka mendapatkan material berkualiti untuk digunakan dan selepas itu barulah ia dipasarkan di negara ini.

"Terdapat dua jenis rekaan set kaftan yang direka bagi menunjukkan perbezaan iaitu di bahagian leher misalnya bentuk V dan bulat bagi memberi pilihan kepada pengguna mengikut keselesaan masing-masing.

"Set kaftan yang dipadankan dengan kain batik sutera halus itu boleh digayakan sesiapa saja kerana ia dihasilkan tanpa menetapkan saiz seseorang.

"Tambahan pula, paduan kain batik terbabit juga memberikan kemudahan kepada wanita pelbagai saiz bermula daripada kecil iaitu S hingga ke besar L supaya tidak terikat untuk mengenakan fesyen moden terkini tanpa batasan ukuran yang terdapat di pasaran.

"Ia membuatkan pilihan busana yang diketengahkan bukan hanya mudah digayakan, malah dapat memberi keselesaan kepada si pemakai kerana ia dihasilkan menggunakan fabrik yang senang dibasuh dan dijaga rapi," katanya yang kini dianggarkan sudah menghasilkan 20 rekaan kaftan.

Menurut Aleenda, set kaftan yang direkanya mudah dijaga dan diselenggara dengan baik tanpa perlu menghantar ke kedai dobi bagi mendapatkan cucian kering.

"Ia tidak perlu dibasuh dengan cucian kering kerana ia boleh direndam untuk seketika dan angkat. Namun, selepas direndam, ia tidak perlu dikeringkan kerana akan menyebabkan baju berkedut dan sukar digosok," kata Aleenda yang aktif dalam perniagaan kaftan sejak empat tahun lalu.

Selain kaftan, butiknya turut menjual jubah dan tudung bawal menggunakan perincian swarovski dan manik Jepun yang dihasilkan dengan buatan tangan di Indonesia.

‘Kami perlu bas’

Posted: 15 Dec 2011 07:07 PM PST

TERBIAR...perhentian bas di Kampung Sungai Pusu.
TERBIAR...perhentian bas di Kampung Sungai Pusu.
BERBAHAYA...Seri Indah menunjukkan jalan pintas yang dilgunakan penduduk untuk pergi ke hentian bas terdekat.
BERBAHAYA...Seri Indah menunjukkan jalan pintas yang dilgunakan penduduk untuk pergi ke hentian bas terdekat.

GOMBAK: "Seingat saya, kali terakhir bas masuk untuk mengambil penumpang di kawasan ini empat tahun lalu dan selepas itu, tiada lagi pengangkutan awam masuk ke sini.

"Cuma sekali-sekala teksi masuk, itu pun jarang sebab penduduk lebih memilih untuk berjalan ke hentian bas terdekat memandangkan caj tambang teksi terlalu mahal," kata pelajar, Seri Indah Sapawi, 16, yang kecewa disebabkan perkhidmatan bas ke kawasan Kampung Sungai Pusu, di sini, dihentikan sejak sekian lama.


Tinjauan Metroplus ke kawasan terbabit mendapati rata-rata penduduk mengeluh dan menyatakan kesukaran terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk keluar ke pusat bandar atau ke pekan berhampiran khususnya untuk membeli barang keperluan.

Seri berkata, kesukaran itu bukan hanya dihadapi penduduk yang bergantung pengangkutan awam semata-mata, malah pelajar yang mahu ke sekolah juga terpaksa melakukan perkara sama dengan berjalan tiga kilometer untuk ke hentian bas terdekat.


"Perkhidmatan bas sekolah tiada, jadi kami terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk menunggu bas di depan pintu utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana ia hanya mengambil penumpang di situ," katanya.


Penduduk, Osman Ismail, 56, berkata sejak perkhidmatan bas dihentikan, pelbagai kesulitan dihadapi penduduk selain keselamatan laluan untuk ke hentian bas membimbangkan.

"Sekiranya mahu menaiki bas ke bandar, kami terpaksa berjalan dan melalui jalan pintas untuk ke hentian terdekat. Ia membahayakan terutama kanak-kanak kerana laluan itu dalam ladang getah," katanya.


Katanya, jika tidak melalui jalan pintas sejauh tiga kilometer itu, mereka perlu menggunakan jalan utama yang lebih jauh iaitu hampir lima kilometer.

"Kadang-kadang ada teksi yang masuk ke kawasan ini, tapi kami tak mampu kerana tambangnya agak mahal antara RM6 hingga RM7, jadi ia membebankan kalau guna teksi setiap hari," katanya.


Katanya, difahamkan, perkhidmatan bas dihentikan disebabkan jumlah penumpang yang terlalu sedikit, namun Osman masih berharap pihak berkenaan mampu mencari penyelesaian bagi membantu penduduk di kawasan itu.

Lemah, lesu

Posted: 15 Dec 2011 07:05 PM PST

  • Foto

    Norish dan Misha Omar (gambar kecil).

  • Foto

    Jasmin Ahmad (kanan).

Norish tampil lemah ketika jayakan pementasan monolog

MEMILIH artis popular untuk menjayakan sesebuah pementasan ada kala memang berbaloi kerana kehadiran mereka mampu menggamit perhatian peminat untuk datang menonton. Ketiak sebahagiannya berjaya melunaskan tanggungjawab diberi dengan baik, sehingga membuatkan penonton pulang dengan rasa puas di hati, sebahagian yang lain belum tentu berbaloi dipanggil menjayakan pementasan terbabit.
Festival Monodrama anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Istana Budaya dan CTRA Production beberapa hari turut menggunakan formula sama, apabila mengundang tiga nama popular, Misha Omar, Jasmin Hamid dan Norish Karman, untuk memperkuatkan persembahan, selain beberapa lagi penggiat teater.
Sayangnya, tidak seperti biasa, kemunculan Norish pada pementasan itu gagal memberikan impak. Persembahannya ketika menyampaikan monolog Drama Bukan Dejavu arahan Rosminah Tahir kurang menyerlah.

Lontaran suaranya lemah dan pergerakannya juga kelihatan terbatas. Malah, dia satu-satunya pelakon yang menggunakan mikrofon kecil yang dilekatkan di pipi untuk membolehkan suaranya didengar khalayak.

Bahkan, pelakon Sayang Salmah ini juga dilihat memegang kertas, yang dikatakan membantunya mengingati dialog yang perlu dilontarkan pada persembahan berkenaan. Jelas sekali, dia seperti tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diberikan. Sedangkan, kemunculan di pentas teater seperti itu bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main, apatah lagi dalam kalangan penggiat seni persembahan.

Lalu, sebaik saja tamat persembahan malam kedua yang juga malam terakhir festival, beberapa wakil media ingin mendapatkan penjelasannya berhubung perkara berkenaan. Kenapa dia begitu mengecewakan sekali pada pementasan terbabit, sedangkan Norish antara pelakon disegani dan acap kali menerima pujian atas keberkesanan lakonannya sebelum ini?
Namun sayangnya, wanita jelita ini menghilangkan diri sebaik saja selesai persembahan. Difahamkan, pelakon itu terus melenyapkan diri tanpa sesiapa pun tahu sebabnya, tidak lama kemudian. Sekali lagi, wakil media kehampaan untuk mendengar penjelasan daripadanya.

Sebelum ini, Norish menyepikan diri daripada dunia seni sebaik saja selesai pementasan Terima Kasih Cinta, Februari lalu. Lalu, pembabitannya dalam festival monodrama ini tentu saja menarik perhatian media untuk mendapatkan perkembangan terbaru daripadanya. Persembahan mengecewakan yang ditampilkan pada pementasan terbaru itu menguatkan lagi keazaman wartawan untuk menemu bual pelakon terkenal berkenaan. Sayangnya, sekali lagi Norish menghilang.

Jasmin kembalikan keceriaan

ANDAINYA persembahan Norish tidak mencapai tahap yang diharapkan, kemunculan pelakon lain rata-rata membanggakan. Penampilan Jasmin Hamid yang baru-baru ini beraksi sebagai perempuan joget bernama Dara dalam Badai Semalam, cukup menghiburkan. Dia berjaya menguasai setiap ruang pentas yang pada mulanya agak hambar. Patutlah bekas penari dan bekas model sejak berusia 15 tahun itu diletakkan pada saat akhir kerana dia mampu menceriakan kembali keadaan.

Aksi spontannya membawa empat watak dalam satu masa harus diberikan tepukan gemuruh seperti mana figura ini memperolehnya setiap kali dia menamatkan dialog melalui monolog daripada drama Empat Dara Pingitan, yang mengisahkan empat sahabat mengharungi kehidupan penuh dengan kelucuan pada zaman kanak-kanak. Persembahannya bertenaga dan membuatkan penonton teringat-ingat walaupun selepas lama pertunjukannya tamat.

Keupayaan Jasmin mengisi ruang pentas dan berinteraksi dengan penonton membuatkan suasana cukup santai. Karya Ismail Kassan itu tidak bertambah berharga jadinya dengan cara Jasmin mengadaptasikan skrip ke lakonan.

Malah, Jasmin tidak segan menari dan mengalunkan lagu Empat Dara, yang turut dinyanyikan penonton, sebaik saja mereka menyaksikan figura itu cukup yakin mempersembahkan monolog terbabit dengan gaya bersahaja.

Monolog Gadis Yatim yang disampaikan Misha Omar juga dilihat amat baik kerana dia mampu menghayati watak gadis yang gelisah dan sedih setelah kematian ibu, sehinggalah dinasihatkan seorang sahabat supaya mendoakan kesejahteraan wanita itu yang berada dalam alam kubur, dengan meyakinkan. Artis kelahiran Kota Bharu ini semakin matang dalam lakonan, yang kian terserlah seperti mana ditonjolkannya dalam pementasan berkenaan.

Perjuangan bawa padah

Sementara itu, sesi awal monodrama dimulai dengan kehadiran bakat baru, Nur Amalina Jamil, menerusi monolog Nisya Khaleed, yang mengisahkan perjuangan seorang isteri berjihad bersama suami dengan cara yang salah, dan akhirnya membawa padah. Sentuhan dan arahan Ahmad Hashim ini cukup lemaknya kerana meruntun perasan tatkala bait dialog dilontarkan kemas oleh pelajar Universiti Sains Malaysia itu.

Habis persembahan penuh melankolik itu, timbul pula Monodrama berjudul Lara Di Kala Senja karya Mizalmi Ahmad yang diterajui Mohd Suhaimi Ahmad. Naskhah yang disampaikan ini cukup tertib dalam membicarakan perjuangan seorang sasterawan, tetapi bicara yang diterjemahkan dalam monodrama itu menerbitkan sedikit kebosanan penonton sehingga tumpuan pada sesi itu agak longgar. Pendidik di Kuala Kangsar itu dilihat terlalu berpandukan skrip dan pergerakan berulang serta terhad, mungkin bagi mengawal ketaksuban seorang anak muda yang menceritakan kisah penulis veteran bernama Pak Aziz yang dipinggirkan masyarakat ketika meniti usia tua.

Monolog Sehasta Perjuangan yang dibawa Mohd Fazreen, seorang petugas di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Sembilan, secara bersahaja bagaimanapun menaikkan semula gelodak yang membelenggu penonton, dengan kisah anak zaman kini yang hanya mengetahui sejarah negara melalui ibunya, bernama Timah Lawa. Walaupun ringkas, apa yang cuba disampaikan bakat teater dan pengarahan ini begitu jelas. Ketika ini, mood penonton kembali pulih dengan dendangan lagu lama yang membelai jiwa untuk terus memahami corak penceritaan berkenaan.

Manakala karya Timang Tinggi-Tinggi yang dipersembahkan Norjehan A Kadir yang mengangkat isu buang bayi juga mudah difahami penonton walaupun sesekali dialog dilontarkan dalam dialek Kelantan, yang mengundang ketawa penonton. Namun karya Ujang Arief dan diarah Alloy Azzaly ini dianggap berada di paras biasa kerana mengutarakan persoalan yang kerap dipaparkan.

Janji persembahan sentuh perasaan

Posted: 15 Dec 2011 06:51 PM PST

pix_gal0
Awie, Ella bergabung kali pertama dalam konsert besar

SELEPAS konsert Opera Hidup Wings mendapat sambutan menggalakkan pada penghujung April lalu, sekali lagi Istana Budaya akan digegarkan dengan konsert rock. Kali ini, pentas berprestij itu akan menyaksikan gabungan dua penyanyi terkemuka negara, Awie dan Ella.
Berlangsung dari 12 hingga 15 Januari depan di Panggung Sari Istana Budaya, kedua-duanya menjanjikan persembahan yang bakal menyentuh perasaan penonton. Masing-masing mengatakan, konsert ini akan memaparkan kisah hidup mereka dengan sulaman barisan lagu popular kedua-duanya.
Apabila gandingan mereka diumumkan, pastinya penonton teringat kembali kepada lagu duet mereka, Baldu Biru. Pada konsert berkenaan, bukan sekadar lagu itu yang mungkin dipersembahkan, malah pelbagai lagi lagu bakal didendangkan bersama.

Begitulah kata Awie yang tampak selesa bekerjasama dengan Ella, malah masing-masing tidak sabar untuk menjayakan konsert khas yang menggandingkan mereka ini buat kali pertama.

Awie mahu konsert yang dibawakan Tall Order Productions milik pelakon terkenal, Hans Isaac ini menjadi buah mulut orang ramai, sekali gus antara persembahan yang akan diingati dalam tempoh masa yang panjang.

Pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya kelmarin, Hans turut mengumumkan Edrie Hashim sebagai pengarah muzik bagi persembahan itu. Selain Edrie, barisan pemuzik yang turut mengiringi konsert ialah Ujang Exist (dram), Ujang (gitar), Fly (bass), Amir Feerza (perkusi), Kudin (keyboard) dan Jason Voo (keyboard).
Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Istana Budaya, Nik Kamarulzaman Nik Husin.

Rekaan pentas pula adalah hasil ciptaan Raja Malek dan Jia-Wei Loo, individu yang pernah terbabit dalam produksi muzikal Puteri Gunung Ledang, P Ramlee dan Kampung Boy tidak lama dulu.

Menurut Hans, latar belakang pentas diilhamkan daripada konsep hutan dan alam semula jadi yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa, tidak ubah seperti kehidupan Awie dan Ella yang juga ada naik dan turunnya.

"Konsert selalu dikaitkan dengan muzik, jadi kali ini di samping penghayatan muzik saya juga mahu memaparkan aksi visual, tidak ubah seperti Awie dan Ella sedang bercerita. Dendangan lagu akan ditemani dengan perjalanan cerita yang menggambarkan kehidupan mereka dan secara tidak langsung menghasilkan persembahan muzik yang menyentuh perasaan.

"Sasaran saya adalah untuk menggegarkan pentas Istana Budaya, dan tujuan saya bukan untuk mempersembahkan konsert heavy rock, tapi persembahan muzikal selama dua jam yang santai serta ringan untuk dihayati," katanya yang mensasarkan konsert itu untuk tontonan semua bangsa.

Hans yang sudah lama berhasrat menyatukan dua penyanyi ini berkata, sebanyak enam persembahan dilangsungkan sepanjang empat hari pertunjukan, dengan 8,000 tiket saja dikeluarkan.

Sementara itu, Awie dan Ella akui agak berat untuk mereka membawa gelaran raja dan ratu rock negara dan berasakan ia suatu tanggungjawab yang besar. Begitupun, gelaran itu pastinya dianggap pengiktirafan serta penghormatan buat mereka.

"Sememangnya ia bukan suatu yang mudah tambah lagi dengan gelaran yang diberikan pun sudah cukup berat. Namun kami berdua akan memberikan yang terbaik untuk setiap persembahan nanti dan saya akan memastikan penonton dapat berasakan perasaan cinta yang kami sampaikan.

"Inilah kerjasama pertama saya bersama Awie dalam sebuah konsert seperti ini. Sebelum ini kami hanya pernah digandingkan pada acara lebih kecil. Saya selesa bekerja dengan Awie, kerana kami bukanlah baru mengenali dan saya sendiri mengagumi Awie sebagai penyanyi rock yang unik," kata Ella.

Jelas tergambar kedua-dua insan seni ini saling mengagumi antara satu sama lain, seperti kata Awie, sukar untuk mencari bakat baru yang membawakan imej rock seperti Ella.

"Saya sudah menjadi peminat Ella sejak kali pertama menyaksikan persembahannya di Panggung Anniversari suatu ketika dulu. Pada masa itu, Jojie, kakaknya sebagai penyanyi latar. Tidak dinafikan pengaruh Ella sangat besar dalam industri seni dan tiada siapa yang mampu menandingi caranya menyanyi dan personalitinya yang tersendiri. Sememangnya dia adalah satu dalam sejuta," tambah Awie yang menganggap Ella sebagai kawan rapatnya.

Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert eksklusif ini, boleh mendapatkan tiket di laman web www.ticket2u.biz dari harga RM40 hingga RM450. Serta segala pertanyaan mengenai tiket boleh dibuat di talian 03-41478600.

Kemuncak pencarian Solehah

Posted: 15 Dec 2011 06:48 PM PST

Kemuncak pencarian Solehah

Dewasa ini, kepentingan dan tanggungjawab wanita semakin bertambah seiring perkembangan zaman dan teknologi semasa.

Tidak lagi hanya duduk di ceruk dapur, kaum hawa mampu berdiri sebaris golongan adam dan menceburi pelbagai bidang profesional seperti doktor, arkitek, pensyarah dan tidak ketinggalan sebagai pendakwah.

Apabila stesen televisyen berkonsep Islamik, TV Alhijrah, menerbitkan program realiti, Solehah, yang bertujuan membuka ruang mencari dan menggilap bakat wanita berilmu, ia mendapat sambutan baik masyarakat.

Bersiaran sejak 23 September lalu, sepuluh peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, Khadeejah dan Aisyah, diuji melalui tugasan berbeza setiap minggu.

Kumpulan Khadeejah terdiri daripada Sarah Azizul, 25, (Selangor), Tuan Nor Shazni Tuan Muda, 23, (Terengganu), Rosmarieza Rafiee, 25, (Melaka), Siti Adibah Zelkefly, 21,(Sarawak) dan Mariyam Sa'ari, 24, (Terengganu).
Manakala, Amie Sofia Ahmad, 25, (Kedah), Wan Suhaili Wan Mohd Yusof, 24, (Terengganu), Renny Johnnuin, 21, (Sabah), Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, (Kedah), dan Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, (Pahang) mewakili kumpulan Aisyah.

Menghadapi minggu penuh cabaran, debaran peserta terungkai apabila salah seorang daripada mereka bakal diangkat sebagai pemenang dalam episod penentuannya di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur, malam ini.

Menurut penerbitnya, Tengku Muhammad Ismail Tengku Ibrahim, malam final ini menguji kemampuan peserta menyampaikan tazkirah selama tiga minit secara individu.

"Setiap peserta diberi tajuk berbeza dan perlu mengupasnya berdasarkan kesesuaian isu semasa.

"Selama ini, mereka diberi tugasan secara berkumpulan. Ini kerana, sebagai pendakwah, penting untuk mereka memiliki keupayaan sebagai individu.

"Namun, kita yakin mereka mampu melakukannya kerana dalam tugasan berkumpulan sebelum ini, mereka sudah pandai mencari inisiatif sendiri tanpa bantuan ahli kumpulan mahupun bimbingan musyrifa (tenaga pengajar)," katanya.

Barisan juri yang akan mengadili kelak terdiri daripada Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, Prof Madya Dr Mariani Md Nor dan Isfadiah Mohd Dasuki.

Selain kekuatan isi tazkirah mereka malam itu, Ismail berkata, pemenang juga akan dipilih berdasarkan markah terkumpul (mingguan) yang dinilai dari pelbagai aspek termasuk ujian dalam dan luar kelas.


Sedia bergelar pendakwah

Walau siapa yang bakal merangkul gelaran pemenang, menurut Ismail, kesemua peserta menunjukkan prestasi memberangsangkan dan tidak mustahil bergelar pendakwah terkenal selepas program berakhir.

"Sepanjang program ini, kita dapat melihat tahap keyakinan setiap peserta semakin meningkat melalui tugasan diberikan. Ini menandakan mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk berdepan cabaran sebenar sebagai pendakwah di luar kelak.

"Malah, mereka akan turut diberi sijil dakwah yang diiktiraf Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sebagai pengesahan untuk berdakwah.

"Menariknya, mereka akan berdakwah melalui bidang masing-masing dan tidak hanya cenderung ke arah agama sahaja," katanya.

Tambah Ismail, jika di selusuri kembali perjalanan kesepuluh wanita Solehah ini, kesemuanya boleh dianggap pemenang berdasarkan pencapaian dan transformasi diri seperti kemahiran menyampaikan dakwah secara lisan dan tulisan, serta keupayaan menerima cabaran fizikal dan mental.

Bagaimanapun, adat pertandingan, yang hebat pasti diraikan. Juara sulung Solehah akan membawa pulang hadiah utama sebuah kereta Proton Saga FLX SE tajaan Proton Edar Sdn Bhd, wang tunai RM30,000, pakej umrah, perabot, piala dan sijil berdakwah.

Sementara, naib juara bakal memenangi wang tunai RM20,000 dan hadiah sampingan, tempat ketiga RM 10,000 dan hadiah sampingan, manakala tujuh pemenang sagu hati RM5,000 dan hadiah sampingan.

Melihatkan maklum balas yang baik daripada penonton, Ismail juga tidak menolak kemungkinan Solehah akan disambung ke musim kedua.

Ia selaras hasrat TV AlHijrah untuk menerbitkan lebih banyak program melibatkan wanita secara meluas.

Saya bukan kaki gaduh: Awie

Posted: 15 Dec 2011 06:45 PM PST

awie wings

Selain terkenal dengan imej rocknya, vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman sering kali dikaitkan dengan isu pergaduhan.

Terbaru, penyanyi ini dikhabarkan bergaduh di sebuah kelab di Pulau Langkawi.

Pelbagai versi mengenai hal pergaduhan ini telah dibuat tanpa mendapat tahu cerita sebenar daripada empunya tubuh.

Zass berkesempatan menemui pelakon teater Cuci The Musical ini semasa sidang media Konsert Awie & Ella di Istana Budaya bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.

Mengaku terlibat dalam pergaduhan yang dinyatakan, Awie bagaimanapun menafikan pergaduhan yang berlaku sangat teruk sehingga menyebabkan terdapat kesan lebam pada tubuhnya.

"Hal ini terjadi pada 22 November lalu apabila saya dan tiga rakan lain bercuti ke Pulau Langkawi. Saya tidak nafikan saya ada terlibat dengan pergaduhan di sebuah kelab di sana.

"Ingin saya nyatakan di sini, semua laporan yang keluar sebelum ini adalah tidak benar dan berupa fitnah semata-mata. Bukan saya yang mula mencari pasal dengan mereka," katanya.

Penyanyi Iris ini juga memberitahu, punca pergaduhan berlaku kerana beberapa pengunjung di situ yang ingin merakamkan gambarnya di kelab.

Bagaimanapun, Awie menolak permintaan mereka secara baik dan memberitahu mereka boleh mengambil gambarnya di luar kelab.

"Saya cuba bercakap baik-baik dengan mereka, namun permintaan saya tidak diendahkan.

"Sebagai artis, saya tahu cara untuk menjaga nama baik saya. Jadi, apa perlunya saya mencari pasal dengan mereka di sana kerana saya tahu saya berada di tempat orang.

"Mereka membangkitkan kemarahan saya adalah apabila cuba memprovokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak lalu membuatkan saya hilang sabar," katanya.


Melibatkan orang kampung

Pergaduhan dalam kelab tidak terhenti di situ sahaja, apabila ia melibatkan penduduk kampung.

"Bayangkan, sebaik keluar daripada kelab itu, kira-kira 30 orang kampung menunggu untuk menyerang saya dan rakan-rakan. Selain itu, ada juga antara mereka datang membawa cangkul dan bertindak memecahkan cermin kereta sewa kami.

"Saya tidak faham motif mereka bertindak begitu. Sedangkan kunjungan saya ke situ bukannya untuk mencari masalah dengan sesiapa. Saya ke kelab untuk menikmati muzik bukannya menunjuk lagak seperti didakwa. Saya hanya mempertahankan diri pada malam tersebut," katanya yang mempunyai sebidang tanah di pulau tersebut.

Sementara itu, penyanyi berusia 43 tahun ini memberitahu, pergaduhan tersebut segera dileraikan apabila pihak polis datang ke tempat kejadian.

Menurut Awie, kedua-dua pihak bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian yang berlaku.

"Saya ke sana untuk memaklumkan kepada pihak polis apa yang berlaku, namun tiada sebarang laporan dibuat baik daripada pihak saya dan juga pihak yang satu lagi.

"Diharap selepas ini, tiada lagi spekulasi yang timbul berkenaan isu tersebut," katanya.

Kurang senang apabila dilabel sebagai kaki pukul, Awie menegaskan tindakannya selama ini adalah lebih kepada untuk melindungi diri.

"Segala yang berlaku ada sebabnya. Bukannya saya suka-suka untuk bergaduh. Namun, sebagai lelaki, apabila kita berasa tidak selamat dan rasa dihina, secara spontan kita akan cuba melindungi diri sendiri.

"Sebelum ini pun, sudah banyak pergaduhan yang berlaku melibatkan saya. Namun, semuanya adalah untuk mempertahankan diri saya sendiri," katanya.

Sebelum ini, sebuah blog hiburan melaporkan kunjungan Awie ke Pulau Langkawi adalah untuk menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

D’Restu Resources mahu dikenali

Posted: 15 Dec 2011 06:44 PM PST

D'Restu Resources mahu dikenali seluruh negara

Keropok Ikan Bersira Cap Gasing keluaran Bumiputera, D'Restu Resources mengukuhkan lagi perniagaan dengan mempelbagaikan rangkaian produk keluaran syarikatnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pengurus D'Restu Resources, Nik Suhaimi Wan Daud berkata, syarikatnya menambah beberapa produk baru keropok sira menggunakan bahan seperti ubi kentang dan ubi kayu bagi mempelbagaikan lagi keluaran.

"Pasaran jenama kami kini boleh diperoleh di sekitar Kelantan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah termasuk Sabah serta Sarawak yang banyak dibeli pelanggan melalui tempahan Internet.

"Selain itu, keropok ikan sira kami juga turut terdapat di beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya yang baru menjalankan perniagaan itu hampir dua tahun.

Menurutnya, perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan oleh ahli keluarganya mampu menghasilkan sehingga 20,000 peket sebulan bergantung kepada permintaan pelanggan.

Katanya, walaupun jenama Cap Gasing masih baru, namun keropok ikan bersira boleh menjana pendapatan antara RM2,000 sehingga RM3,000 sebulan, dengan harga pasaran antara RM1.50 sehingga RM2.

Perniagaan menggunakan modal permulaan RM20,000 untuk pembelian peralatan seperti mesin kedap udara, membesarkan ruang rumah untuk tujuan perniagaan, blok dan juga pembungkusan.

Menurutnya, bagi memastikan produk mereka menghasilkan jenama yang dapat memuaskan hati pelanggan, jenama D'restu melakukan penambahbaikan dari segi kualiti dan rasa untuk terus bersaing dengan jenama keropok ikan sedia ada di pasaran.

DRB-HICOM majukan Pulau Rebak

Posted: 15 Dec 2011 06:39 PM PST

DRB-HICOM majukan Pulau Rebak

Melihatkan kedudukan Pulau Rebak yang strategik dan berpotensi, DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) melalui anak syarikat milik penuhnya, Rebak Island Marina Bhd (Rebak) berhasrat membangunkannya sebagai projek pembangunan hartanah bertaraf dunia dengan ciri menyamai konsep kediaman percutian mewah bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, pelaksanaan Pelancongan Langkawi melibatkan anggaran pelaburan RM5 bilion dalam tempoh lima tahun dan 92 peratus daripada jumlah itu menerusi pelaburan pihak swasta, manakala bakinya dijangka peruntukan kerajaan sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2012.

"Ia inisiatif yang sangat dialu-alukan bagi pulau ini kerana kesinambungan daripada apa yang terkandung dalam blueprint asal pembangunan Langkawi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

"Saya yakin pelan perancangan lima tahun secara menyeluruh ini dan kerjasama serta penglibatan semua pihak, anggaran kerajaan menggandakan pendapatan pelancongan kepada RM3.8 bilion menerusi kedatangan tiga juta pelancong ke Pulau Langkawi menjelang 2015 tercapai," katanya.

Mohd Khamil berkata, DRB-HICOM menerusi sayap Hartanah, Aset dan Pembina-annya mengenal pasti salah satu strategi bagi Pulau Rebak adalah pembangunan kediaman percutian 'butik' mewah yang akan dipasarkan kepada pembeli khusus dalam dan luar negara.

Pukul adik gemar bersosial

Posted: 15 Dec 2011 06:38 PM PST

Pukul adik gemar bersosial

KUALA TERENGGANU - Hasrat murni seorang abang menegur adik perempuannya yang difahamkan gemar bersosial dengan cara memukul mangsa bertukar menjadi mimpi ngeri setelah tindakannya itu menyebabkan dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, 9 Disember lalu di rumah mereka di Kampung Batu Enam, Chendering, di sini, adik perempuannya itu telah mengambil tindakan membuat laporan polis kerana mendakwa tertuduh, Mohd Zulkarnain Ismail, 41, telah menumbuk kepalanya sehingga menyebabkan kecederaan.

Bagaimanapun, tertuduh, bapa kepada enam anak itu akhirnya menarik nafas lega apabila dia dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tempoh dua tahun dengan seorang penjamin.

Keputusan itu dijatuhkan Majistret Noradila Ab Latif selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, Khalilah Ismail, 25.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada adiknya di sebuah rumah di Kampung Batu Enam, Chendering, di sini, pada 9 Disember lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad dalam rayuannya, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya dengan alasan niat sebenarnya adalah untuk mendidik dan bukannya untuk mencederakan adiknya itu.

"Niat tertuduh adalah sekadar mendidik mangsa kerana sudah menjadi tanggungjawabnya selepas kematian ayah dan abang sulung mereka kira-kira setahun lalu.

"Selain itu, tertuduh yang tidak memiliki pekerjaan tetap ini perlu menanggung isteri dan enam anak yang masih kecil termasuk anak bongsu yang baru berusia 42 hari," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku apabila tertuduh yang pada awalnya hanya ingin menegur serta menasihati adiknya gagal mengawal perasaan setelah mangsa cuba 'melawan' dan enggan menerima teguran berkenaan.

Dalam pertengkaran itu, tertuduh didakwa ada mengugut mangsa dengan mengeluarkan kata-kata "kalau kau keluar rumah aku akan pukul" dan kemudiannya tertuduh bertindak menumbuk kepala mangsa.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Chendering sebelum tertuduh ditahan pada keesokan harinya kira-kira jam 3 petang di rumahnya di Kampung Batu Enam, Chendering, di sini.

Sementara itu, suasana di luar mahkamah kecoh seketika apabila mangsa dan ibu tertuduh yang turut hadir ketika pertuduhan bertindak memaki hamun peguam tertuduh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang membebaskan tertuduh.

Taktik cuba menipu makan diri

Posted: 15 Dec 2011 06:36 PM PST

Taktik cuba menipu makan diri

TEMERLOH – Tindakan seorang lelaki cuba memperdaya peniaga pasar malam Mentakab dengan membeli dua helai baju menggunakan wang palsu pada 10 Disember lalu, akhirnya memakan diri.

Cubaan lelaki terbabit A.Vicknesraja Singam 39, membeli dua helai baju T berharga RM14 daripada seorang peniaga pasar malam tersebut berjaya dihidu peniaga terbabit.

Peniaga terbabit bertindak dengan menghubungi seorang anggota polis yang kemudian menahan suspek dalam sebuah kereta tidak jauh dari pasar malam. Hasil pemeriksaan, polis menemui 22 keping lagi wang palsu pelbagai nilai dengan jumlah RM415.

Tindakan lelaki terbabit hanya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku salah atas dua pertuduhan menggunakan dan memiliki wang palsu.

Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman terbabit terhadap Vicknesraja selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan menggunakan wang palsu RM50 dalam urusan membeli dua helai baju T pada 10 Disember 2011 jam 8 malam di pasar malam Mentakab, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga mengaku salah atas pertuduhan kedua iaitu memiliki wang palsu sebanyak 22 keping berjumlah RM415 dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai wang tersebut adalah palsu, kesalahan terbabit dibicarakan di bawah Seksyen 489C kanun keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidi Abd Rahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana kesalahan terbabit dianggap berat.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya, memohon kepada mahkamah supaya hukumannya diringankan kerana mempunyai tanggungan seorang anak selain mendakwa tidak mampu melakukan kerja berat disebabkan tangan kirinya tidak boleh diangkat.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun.

Simpan dadah dalam peti besi

Posted: 15 Dec 2011 06:33 PM PST

dadah

KUANTAN- Penemuan sebuah peti besi khas dalam almari bilik tidur salah seorang daripada empat penghuni sebuah rumah di Taman Haji Ahmad di sini membongkar kegiatan mereka selepas polis mendapati peti itu digunakan sebagai tempat selamat untuk menyimpan dadah.

Hasil pemeriksaan ke atas peti besi yang agak usang itu, polis menemui lima peket plastik mengandungi 1,000 biji pil kuda (Methamphetamine) bernilai kira-kira RM17,500 (harga pasaran) dan wang tunai RM1,500 dipercayai hasil dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Thoon Khuan berkata, berikutan penemuan dadah terbabit, empat suspek berusia 21 hingga 31 tahun berasal dari Terengganu dan Pahang itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios berharga kira-kira RM80,000 dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z bermnilai RM4,500 yang digunakan suspek.

"Berikutan penahan dua penganggur, seorang juruteknik dan penghantar surat itu, polis percaya berjaya membanteras kegiatan pengedaran dadah jenis itu di sekitar Kuantan termasuk kepada golongan pelajar Institut pengajian tinggi di sini.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagaimanapun polis tidak menolak kemungkinan mereka turut menjadikan golongan pelajar sebagai sasaran memandangkan salah seorang suspek baru tamat pengajian di sebuah politeknik di sini," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Thoon Khuan berkata, hasil ujian air kencing mendapati, semua suspek positif Methamphetamine.

"Kejayaan ini adalah hasil maklumat awam dan pemantauan pihak polis selama seminggu sebelum serbuan itu dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam, semalam.

"Dalam serbuan yang diketuai Asisten Superitendan Azli Mohd Noor itu, polis bertindak menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut sebelum terserempak dengan keempat suspek," katanya.

Thoon Khuan berkata, menyedari kehadiran polis, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan bagaimanapun usaha mereka gagal apabila berjaya ditahan.

"Hasil siasatan, salah seorang suspek mendedahkan tempat peti yang mengandungi dadah itu disimpan sebelum menyerahkan kuncinya kepada polis.
"Kita percaya dadah itu dibawa masuk dari negeri jiran dan nilai runcitnya mampu mencecah sehingga RM40,000," katanya.

Menurutnya, Semua suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selama seminggu bermula semalam hingga 21 Disember depan bagi membantu siasatan.
"JIka sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman gantung sampai mati mandatori," katanya.

300 petani harap jalan diturap

Posted: 15 Dec 2011 06:32 PM PST

jalan tiada turap

PASIR MAS – Penderitaan 300 petani di beberapa kawasan dekat sini, semakin kritikal apabila laluan utama untuk mengangkut hasil padi rosak teruk sejak setahun lalu.

Ketua Unit Bendang Bujuk, Husin Haron berkata, jalan sepanjang dua kilometer yang tidak berturap menyukarkan petani untuk menaiki jentera dan lori bagi mengangkut hasil padi.

Husin berkata, semua petani di sini memohon pihak berkenaan bersedia membantu petani menyelesaikan masalah ini dengan segera agar dapat memudahkan urusan pengambilan padi.

Menurutnya, rata-rata penduduk di sini bekerja sebagai petani, hanya mengharapkan sumber pertanian bagi menjana pendapatan dan menyara keluarga.

"300 petani di sini mengusahakan 1,000 ekar bendang sejak puluhan tahun lalu, maka kesulitan yang dihadapi sedikit sebanyak mengurangkan pendapatan mereka sekeluarga.

"Jika jalan ini diturap, ia akan digunakan oleh petani di kawasan seperti Bujuk, Gabus, Kolam, Baruh Kerchut dan Paloh," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Unit Bendang Gabus, Yusof Zakaria berkata, kerja membaik pulih dan menurap jalan sepanjang dua kilometer ini akan menelap belanja sebanyak RM15,000.

"Perbelanjaan yang tinggi bagi kerja menurap jalan, menyebabkan petani di sini tidak mampu untuk mendapatkan kelengkapan menaik taraf laluan pertanian tersebut.

"Jalan yang rosak serta berlubang menimbulkan kerisauan setiap kali membawa keluar hasil padi, kerana lori mungkin terbalik atau terperangkap di dalam tanah," katanya.

Yusof berkata, ia sekali gus akan menyebabkan semua urusan pertanian tergendala.

Dia berharap, agar rungutan mereka mendapat perhatian bagi membaik pulih jalan raya, memandangkan kawasan kampung mereka tidak mengalami banjir besar.

Nyaris maut lori terbalik

Posted: 15 Dec 2011 06:31 PM PST

lori terbalik

GUA MUSANG - Memandu dalam keadaan mengantuk membawa padah bagi seorang lelaki, apabila lori dipandunya terbabas lalu terbalik selepas merempuh pembahagi jalan di Kilometer 70 Jalan Gua Musang-Lojing, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi ketika pemandu tersebut, Mohd Shafie Mat Ali, 55, bersama kelindannya, Che Sabri Mamat, 23, dalam perjalanan dari Kampung Gajah, Perak ke Kota Bharu.

Bagaimanapun, Mohd Shafie hanya mengalami kecederaan ringan di betis kiri, manakala kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan selepas merangkak keluar menerusi pintu atas.

Mohd Shafie ketika ditemui di tempat kejadian, mengakui dia mengantuk sambil suasana ketika itu dipenuhi kabus tebal membuatkan dia sukar mengawal kenderaannya.

Katanya, dia dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas membeli durian di kampung berkenaan untuk dijual, dan tidak sangka berdepan dengan kejadian tidak diingini.

"Ketika itu juga kelindan saya tidur dan sebaik lori terbalik, saya bersama dia bertindihan di dalam, tetapi dapat keluar untuk menyelamatkan diri menerusi pintu atas sebelah kelindan.

"Pintu tempat saya memandu tertutup selepas terbalik, tetapi durian yang penuh di bahagian belakang tidak tercampak keluar, walaupun dalam keadaan berselerak," katanya.

Mohd Shafie berkata, dia bersama kelindan terpaksa tunggu di tempat kejadian sehingga jam 8 pagi sebelum mengarahkan Che Sabri keluar ke bandar ini bagi mendapatkan bantuan kenderaan penunda.

Menurutnya, dia sebelum kurang biasa melalui jalan berkenaan, tetapi terpaksa melaluinya untuk menjalankan perniagaan buah-buahan selepas membelinya di Kampung Gajah.

"Kecederaan yang saya alami tidaklah teruk hanya luka kecil sahaja dan bersyukur kami bersama kelindan masih selamat walaupun dalam keadaan lori terbalik," katanya.

Mohd Shafie juga menyifatkan, jalan itu banyak terdedah kepada bahaya kerana berlaku kerosakan dan cerun runtuh yang perlu pengguna lebih berhati-hati sepanjang perjalanan.

"Tempat saya kemalangan itu, terdapat banyak pembahagi jalan yang diletakan kontraktor kerana kerja pembaikan cerun runtuh hingga turut mengelirukan pengguna," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved