ads

Rabu, 14 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Tinggal karier lumayan demi lakonan

Posted: 14 Dec 2011 09:06 PM PST

BERTUAH...lakonan dalam Sahara dan Gemilang melonjakkan namanya.
BERTUAH...lakonan dalam Sahara dan Gemilang melonjakkan namanya.

USIA pembabitannya dalam bidang lakonan masih hijau. Namun, nama Tasha Shilla semakin mencuri perhatian peminat di persada hiburan tanah air.

Jika pelakon baru lain hanya bermimpi untuk memegang watak utama, pemilik nama sebenar, Natasha Sheila Abd Razak, 24, pula sudah beraksi dalam dua filem dan lima drama bersiri yang rata-ratanya watak utama.

  • Foto

    TASHA...dari butik Prada ke bidang lakonan.

  • Foto

  • Foto

    IMPIAN...mahu pegang watak orang cacat dan sakit mental

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Selepas diperkenalkan melalui filem Ratu The Movie arahan A Razak Mohaideen, Tasha berjaya menambat hati penonton dengan watak antagonis, Hartina yang cemburu dengan kakaknya dalam drama bersiri Sahara arahan Jamal Khan dan watak Cikgu Ruhana dalam siri Gemilang arahan Kabir Bhatia.

Namun ada harga yang perlu dibayar anak jati Kuala Lumpur ini apabila bergelar anak seni kerana tidak dapat lari dari kontroversi. Terbaru, ada pihak menyebarkan cerita Tasha dikatakan sombong, berlagak dan pilih bulu apabila sudah dikenali ramai.


Bagaimanapun, dalam pertemuan dengan Tasha, baru-baru ini, gadis yang memiliki wajah iras Kris Dayanti dan juga Atilia mengatakan, dirinya tidak ingin cepat melatah apabila dilanda kontroversi sedemikian.


"Orang fikir saya sombong mungkin sebab raut wajah yang tajam dan serius ini. Sudah banyak kali saya dengar orang cakap saya sombong terutama apabila saya tidak senyum pada orang.

"Hakikatnya, saya bukanlah seperti tanggapan negatif orang itu. Justeru, saya berharap orang jangan mudah berprasangka buruk jika tidak kenal siapa diri saya.

"Pada masa sama, saya terus berusaha membetulkan tanggapan negatif orang itu. Saya yakin Tuhan bersama pihak yang benar dan saya juga tidak kecewa dalam bidang seni apabila perkara seperti ini timbul," katanya.

Lebih memeritkan, anak sulung daripada tiga beradik ini dikatakan terjun dalam bidang lakonan untuk mendekati golongan kenamaan dan cara singkat untuk hidup mewah. Apatah lagi, dia memiliki paras rupa jelita dan bertubuh seksi yang pasti digilai golongan kenamaan.

"Sebenarnya, saya boleh berkawan dengan sesiapa saja tapi memang ada peminat
di kalangan orang kenamaan. Tapi cukup setakat berkawan saja, tak lebih daripada itu. Maklumlah, saya bekerja sebagai Eksekutif Kanan Jualan di butik jenama Mewah, Prada sebelum menceburi bidang lakonan.

"Semua pelanggan butik adalah kalangan golongan kaya dan berada. Kalau saya hendak cari golongan kenamaan, saya sudah dapat dari dulu lagi dan tak perlulah susah payah cari tapak dalam bidang lakonan.

"Orang cakap memang senang tapi mereka tak tahu pahit getir saya untuk berada pada tahap sekarang. Demi cinta pada lakonan, saya sanggup tinggalkan karier lumayan di butik demi menceburi bidang seni yang diminati bersandarkan bakat sedia ada.

"Terus terang, saya masih belum mempunyai teman istimewa lagi kerana fokus saya untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan," katanya.

Kematangan Tasha juga terserlah kerana dia tidak cepat melatah apabila dilanda gosip liar mahupun kontroversi kerana menganggapnya sebahagian asam garam dunia seni.

"Saya percaya cerita negatif disebarkan pihak tidak bertanggung-jawab yang tidak kenal siapa diri saya yang sebenar. Ia gosip biasa yang dilalui pada pelakon baru. Apa yang penting, anggota keluarga terdekat terutama ibu bapa tidak termakan dengan gosip tidak betul itu," katanya.


Bintang Tasha semakin bersinar dalam lakonan

SELEPAS beraksi cemerlang dalam Gemilang dan Sahara, pelakon berbakat besar yang sangat mengagumi Vanidah Imran, Siti Shahrizah (Eja), Ellie Suriaty dan Eman Manan ini, mempertaruhkan siri Bunga April yang kini bersiaran di TV3 melalui slot Samarinda.

Dalam siri arahan Along Kamaludin ini, Tasha bergandingan dengan Shahz Jaszle bersama barisan pelakon lain, Zack X-Factor, Mustapha Kamal, Redzuan Hashim, Noniswara, Aida Aris dan Hanez Suraya.

Drama ini yang disiarkan setiap selasa hingga khamis jam 10.30 malam sejak 22 November lalu, benar-benar mencabar kredibiliti Tasha sebagai pelakon apabila diberi kepercayaan memegang watak utama sebagai April.

"April anak orang kaya yang tegas, manja dan berdikari. Selain watak utama, April juga judul yang digunakan dalam drama ini. Lebih bermakna, saya menimba pengalaman berharga bekerja dengan Along yang juga pengarah yang teliti ketika bekerja.

"Saya juga serasi bekerja dengan Shahz Jaszle kerana kami pernah bekerjasama dalam drama Gemilang. Selain itu, saya juga pernah berlakon dengan Zack dalam Cinta Dalam Botol.

"Saya percaya, sudah berikan yang terbaik iaitu komitmen sebanyak 200 peratus dalam drama ini dan kini terpulang pada penonton untuk menilai hasilnya di kaca TV pula," katanya.

Ditanya mengenai pencapaiannya setakat ini, akui Tasha, perjalanan seninya masih jauh lagi. Apapun kata Tasha, dia percaya sudah berada di landasan betul.

"Tawaran berlakon yang mencurah juga adalah rezeki daripada Tuhan. Saya juga melihat watak utama ditawarkan sebagai peningkatan dalam aspek lakonan.

"Saya juga selesa dengan watak antagonis dilakonkan kerana ia senang melekat di hati penonton. Sebagai pelakon, saya akan terus perbaiki kelemahan sedia ada dalam lakonan, sekali gus beri kepuasan pada peminat.

"Saya banyak menimba ilmu lakonan dengan pelakon berpengalaman, Nanu Baharudin dalam Sahara. Dari segi impian, saya ingin bawa watak orang cacat dan sakit mental pula selepas ini," katanya.

Antara drama lakonannya ialah siri 26 episod, Sejundai arahan Fairuz Loy untuk Slot Lagenda di TV3.

Tidak ketinggalan, drama bersiri Dottie, telefilem Panggilan Arwah bergandingan dengan Zizan Nin dan watak utama dalam telefilem Mila Kejar Cinta bergandingan dengan Zack X-Factor.


PROFIL

NAMA SEBENAR: Natasha Sheila Abd Razak
NAMA KOMERSIAL: Tasha Shilla
ASAL: Ampang, Selangor
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1987
USIA: 24 tahun
STATUS: Bujang
KERJAYA: Model dan pelakon
FILEM: Ratu The Movie dan Klik 3GP
DRAMA: Dottie, Gemilang, Sahara, Panggilan Arwah, Mila Kejar Cinta, Ramadan Terakhir dan slot Samarinda, Bunga April

Jampi rambut kekasih

Posted: 14 Dec 2011 09:04 PM PST

DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning.
DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning.
KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.

KUALA LUMPUR: "Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.

"Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga," kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa 'dukun asmara' mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak 'berminat' apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan 'cara halus' sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.


Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.

Akma (AF3) Jaga Batas Selepas Bertudung

Posted: 14 Dec 2011 09:02 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon yang dicungkil daripada program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Akma, 26, lebih selektif dan menjaga batas sejak bertudung pada 13 Syawal lalu.

Menurutnya, atas sebab itu dia memilih untuk tidak beraksi keterlaluan semasa menyanyikan lagu dangdut berjudul Selamat Jalan Romeo yang dipertandingkan dalam Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa baru-baru ini.

Konsert tersebut akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada 31 Disember depan, pukul 10 malam.

"Saya menerima pelawaan pihak Astro apabila diminta menyanyikan lagu tersebut kerana saya pernah mendendangkannya semasa konsert AF3 dahulu.

"Pada mulanya saya ingatkan persembahan biasa tetapi sehari sebelum konsert reunion itu berlangsung, baru saya tahu ia adalah sebenarnya sebuah pertandingan.

"Bagaimanapun, saya lakukan persembahan itu secara sederhana dan tidaklah beraksi keterlaluan. Cukuplah sekadar menghiburkan mereka yang hadir pada malam itu," kata Akma kepada mStar Online.

Menyentuh tentang perubahan barunya itu, Akma pada mulanya mengenakan selendang tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk bertudung.

"Selain menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam, saya juga lebih selesa berpakaian sebegitu kerana rasa lebih tenang. Alhamdulillah kerana Allah membuka hati saya untuk berubah ke arah kebaikan.

"Saya juga bersyukur apabila mendapat peluang untuk berniaga dengan menghasilkan coklat dari rumah yang dinamakan "Cocolycious by Akma". Memandangkan sekarang sudah hujung tahun, saya mendapat banyak tempahan untuk majlis perkahwinan," katanya yang turut memberi tumpuan kepada persembahan pentas.

Beralih kepada cinta, Akma akui belum menemui jodoh yang sesuai sebaliknya memohon agar semua peminat mendoakan kebahagiaannya.

'Gaduh Kerana Kata-Kata Kesat'- Awie

Posted: 14 Dec 2011 09:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie, mengakui pergaduhannya di sebuah kelab di Langkawi pada bulan lalu kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab.

"Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.

"Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya," katanya.

Awie ditemui selepas pelancaran Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia di Istana Budaya di sini, pada Rabu.

Konsert berkenaan akan diadakan selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012.

Dalam pada itu, Awie menafikan dakwaan dalam sebuah blog hiburan yang mengatakan dia dipukul teruk namun mengakui ada berlaku pergaduhan antara dia dengan beberapa pengunjung di luar kelab itu.

"Kira-kira 30 orang telah datang untuk menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya.

"Anda (wartawan) boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya, jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar," ujarnya.

Sementara itu, kata Awie, dia kesal apabila ada pihak luar campur tangan dalam kejadian tersebut dan menganggap pihak yang menyerangnya mempunyai motif tersendiri.

"Kelab berkenaan mempunyai sekuriti yang saya yakin boleh meleraikan pergaduhan antara kami tetapi mengapa perlu melibatkan orang luar dalam kejadian itu?

"Saya tidak faham motif mereka melakukan perbuatan itu terhadap saya kerana kunjungan saya ke sana bukan untuk mencari masalah dengan sesiapa," ujarnya.

Awie berkata, pergaduhan itu selesai apabila dia dibawa ke balai polis berdekatan namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Ditanya mengapa dia ke Langkawi Awie memberitahu, tujuannya ke pulau itu untuk melihat sebidang tanah yang dibelinya beberapa tahun lalu selain mendapat undangan membuat persembahan di kelab berkenaan.

Terdahulu, sebuah blog hiburan melaporkan Awie ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan menghabiskan masa di kelab berkenaan bersama pengawal peribadinya sebelum berlakunya pergaduhan.

Penat Layan Gosip, Nabil Akui Tetap Sibuk

Posted: 14 Dec 2011 08:59 PM PST

Ahmad Nabil Ahmad

PETALING JAYA: Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 28, atau Nabil mengakui semakin tenang dan bahagia selepas hampir tiga bulan bergelar suami kepada Nazirah Ayub, 23.

Juara program Raja Lawak musim kedua itu berkata pengalaman melayari alam rumah tangga telah banyak mengubah kehidupannya yang sebelum ini kurang terurus dan berserabut.

"Alhamdulillah, saya berasa semakin bahagia dengan kehidupan hari ini. Jika sebelum berkahwin, kehidupan saya kurang teratur tetapi sejak ada isteri, semuanya semakin lancar dan teratur.

"Keutamaan saya kini adalah pada keluarga dan kerja. Malah, saya juga berdoa dan berusaha agar segera dikurniakan anak," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Ditanya mengenai perkembangan dirinya yang dilihat agak sepi daripada publisiti kebelakangan ini, Nabil berkata keadaan tersebut berlaku secara semula jadi ekoran kesibukannya dengan komitmen keluarga dan kerja.

"Bukan saya sengaja mendiamkan diri atau mengelak daripada sebarang publisiti, cuma buat masa ini saya senang untuk menumpukan perhatian pada keluarga dan kerjaya.

"Sebenarnya, saya sudah penat melayan pelbagai gosip dan cerita panas sebelum ini. Sekarang, saya suka untuk berkongsi cerita yang baik-baik tentang kerja dan keluarga saja," katanya.

Pelakon yang bakal muncul dalam filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur pada 19 Januari depan ini berkata dia juga sedang sibuk dengan sesi latihan teater tradisional anjuran Petronas berjudul Mek Mulung yang akan dipentaskan pada 16 hingga 18 Disember ini.

"Mungkin antara sebab saya agak sepi dan senyap kebelakangan ini adalah kerana komitmen teater Petronas berjudul Mek Mulung. Jadual latihan juga sangat padat dan tidak tentu masa.

"Apabila pihak Petronas menawarkan saya watak Awang Pengasuh untuk teater ini, saya teruja untuk menerimanya kerana ingin memantapkan profil lakonan," katanya yang akan kembali dalam musim terbaru teater Cuci The Musical pada Februari depan.

Nabil dan isterinya yang juga bekas pramugari AirAsia bernikah pada 30 September lalu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Mohd Naguib Tolak Tuduhan Tidak Buat Kerja

Posted: 14 Dec 2011 08:58 PM PST

Naguib Razak

PETALING JAYA: Ketua Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak, telah mengotakan janjinya untuk melakukan perubahan selepas menerajui perbadanan itu dan menolak dakwaan kononnya dia "tidak buat kerja".

Naguib berkata, terdapat beberapa perubahan dilakukan termasuklah menyusun semula infrastruktur pasaran filem mengikut transformasi ekonomi dan menambah beberapa sistem baru.

"Selepas membuat sesi dialog secara terbuka dengan pihak media dan penggiat-penggiat seni tidak lama dulu, kami (Finas) telah melakukan kajian dan ada beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan.

"Kami telah merombak beberapa perkara seperti menyusun semula perkara berkaitan pemberian rebat, skim wajib tayang dan duti hiburan selain beberapa penambahan sistem dilakukan," katanya yang dihubung mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Naguib, salah satu sistem baru yang akan diwujudkan ialah menjana ekonomi daripada produksi luar negara dengan menggalakkan mereka menjalani penggambaran di Malaysia.

Malah katanya, pihak Finas kini sedang mempercepatkan urusan perjanjian kerjasama di antara Malaysia dan Australia mengenai sistem tersebut.

"Banyak perkara yang negara luar praktik tetapi tiada dalam industri perfileman kita lebih-lebih lagi berkaitan dengan kerjasama membabitkan penggambaran.

"Sebagai contoh, andai kata produksi luar ingin menjalani penggambaran di sesebuah negara, mereka diberikan rebat atas belanja penggambaran. Justeru itu, sistem tersebut akan dipraktikkan untuk menarik lebih banyak lagi penggiat filem luar negara memilih Malaysia sebagai lokasi pilihan," ujarnya.

Naguib akan mengadakan sidang media khas pada Jumaat ini, pukul 3 petang di Studio Mix Stage, Finas, Ulu Klang, bagi mengulas lebih lanjut tentang perubahan yang dilakukannya selepas menerajui agensi itu.

Sejak Naguib menjawat jawatan KP Finas pada 1 September lalu bagi menggantikan Mohd Mahyidin Mustakim, beliau telah memberi jaminan untuk melakukan beberapa perubahan dalam landskap dunia perfileman tempatan dalam tempoh 100 hari.

Namun, selepas tamat tempoh yang dijanjikan kredibiliti beliau dipertikaikan sesetengah pihak apabila melihat tiada perubahan yang berlaku.

Menurut Naguib, walaupun ramai yang tidak sabar untuk mengetahui perubahan yang dilakukan, hal tersebut tidak memberikan tekanan buatnya, sebaliknya tugas yang baru dipikul itu dianggap satu kerja menarik kerana cabaran-cabaran yang perlu dilalui.

"Banyak perkara telah ditentukan, cuma Finas perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kementerian sebelum mengumumkan kepada semua.

"Cuma, saya tak boleh melakukan perubahan drastik dalam tempoh masa yang singkat kerana bimbang perkara yang diubah itu hanya dapat bertahan untuk sementara sahaja.

"Tambahan pula, melakukan satu perubahan dalam industri bukannya mudah kerana ia memerlukan penelitian dan kajian yang sempurna. Ia akan dilakukan secara berperingkat berlandaskan program transformasi ekonomi ke arah tahun 2020," tegas Naguib.

Ernie Chin Tidak Sindir Pengkaji Paranormal

Posted: 14 Dec 2011 08:57 PM PST

PETALING JAYA: Pengarah filem Suatu Malam Kubur Berasap, Ernie Chen tiada niat menyindir pengkaji aktiviti paranormal dan mencedok idea filem komedi seram yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Menurut Ernie, skrip yang ditulis oleh Sasha dan idea oleh Hakim itu digarap hasil perbincangan bersama yang hanya bertujuan untuk menghiburkan penonton.

"Untuk adegan paranormal itu, kami hanya ingin menunjukkan selingan cerita tentang kewujudan paranormal yang berminat untuk mencari hantu di Kampung Angan Tak Sudah.

"Selain itu, kami akui filem ini mungkin mempunyai persamaan dengan filem lain tetapi secara umumnya kami hanya ingin memaparkan cerita yang mampu membuatkan penonton terkejut dan gelak ketawa," katanya ketika sidang media selepas tayangan media filem tersebut di Cathay Cineleisure, Damansara, di sini, Selasa.

Walaupun filem tersebut belum, Ernie berkata pihak produksi outLOUD Studios Sdn Bhd akan berbincang untuk membikin sekuel filem ini pada minggu hadapan.

Katanya lagi, filem yang akan ditayangkan pada 22 Disember depan itu menelan kos RM1.3 juta termasuk promosi dan iklan.

Ernie Chen

Pihaknya turut menjaga sensitiviti orang Islam apabila membuat kubur palsu untuk babak yang melibatkan pelakon perlu baring di atas tanah perkuburan.

Selain itu, filem ini buat pertama kalinya menggabungkan lima alumni Raja Lawak iaitu Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz.

"Seperti yang diketahui keserasian Along dan Angah memang sudah nampak menerusi lakonan mereka sebelum ini. Buat pertama kalinya juga kami menyatukan Along dan Azrul yang berasal dari kumpulan Cham.

"Kami juga tidak mengetepikan alumni Raja Lawak yang lain seperti Wira dan Faiz dari Raja Lawak 4 kerana kami ingin mencungkil bakat mereka yang belum diketahui oleh penonton," katanya lagi yang turut berlakon dalam filem ini.

Suatu Malam Kubur Berasap, turut membariskan pelakon Zach Diamond, Ruminah Sidek, Zami Ismail, Accapan dan pendatang baru, Nurul Ain Nordin.

Filem ini merupakan filem terakhir Zami atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda yang meninggal dunia pada 19 Jun lalu akibat kegagalan jantung.

Filem Arahan Angelina Jolie Dapat Bantahan

Posted: 14 Dec 2011 08:57 PM PST

Angelina Jolie

LONDON: Filem terbaru aktres Angelina Jolie iaitu In The Country of Blood and Honey telah diselar oleh segelintir kumpulan pembantah kerana mengandungi elemen perkauman. Kumpulan tersebut menuntut agar penayangan filem berkenaan diharamkan.

Filem yang ditulis dan diarahkan oleh aktres itu berkisar tentang seorang askar Serbia yang bertemu dengan bekas kekasihnya iaitu wanita Islam di Bosnia yang dijadikan hamba seks dalam kem tahanan.

Menurut laporan, penghasilan filem berkenaan telah menimbulkan kemarahan kepada puak Serb dari Bosnia Herzogovina apabila babak filem itu memaparkan bangsa tersebut telah memperkosa wanita muslim yang ditahan pada era Perang Balkan 1990-an.

Wakil kepada Serb Association of War Victims, Branislav Dukic berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan filem itu diharamkan.

"Kami akan berusaha sedaya upaya agar penayangan filem ini diharamkan," katanya seperti dipetik Daily Star.

Uji bakat 'Showdown 2012' Terima Respons Positif

Posted: 14 Dec 2011 08:53 PM PST

Joe Flizzow dan Maple Loo kekal sebagai juri tetap Showdown 2012.

PETALING JAYA: Program tarian popular, Showdown 2012 muncul kembali dan pencarian bakat baru kini sedang rancak dijalankan.

Menurut Penerbit Kanan Primeworks Studio, Zebedee DeCosta, terdapat pembaharuan yang dilakukan untuk musim ketiga ini di mana pihaknya telah menjalankan uji bakat secara dalam talian pada November lalu.

"Program ini mendapat respons yang baik apabila lebih 30 krew telah menghantar video tarian mereka ke laman web, www.8tv.com.my/showdown.

"Perkembangan positif ini membuktikan bahawa Showdown bukan sahaja membuka ruang kepada generasi muda mengetengahkan bakat mereka malah membuka mata khalayak bahawa negara kita mempunyai krew tarian yang hebat," katanya.

Tambah Zabedee, bagi yang tidak berkesempatan menghantar video tarian mereka, uji bakat secara terbuka akan diadakan pada Ahad ini bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang di Aras Bawah, KL Live Centre, Kuala Lumpur.

Krew yang berjaya dalam sesi uji bakat akan berentap di pentas 'Battle' di mana mereka akan terlibat dalam pertempuran satu lawan satu.

Kemudian, bagi krew yang berjaya, mereka akan ke peringkat seterusnya, 'The Meltdown' dengan menunjukkan skil tarian secara langsung di atas pentas.

Sebanyak 12 krew dipilih dan mereka akan melalui proses penyingkiran mingguan.

Sebelum penyingkiran, pusingan penentuan yang dipanggil 'Dance Off' diadakan bagi empat kumpulan yang mendapat markah terendah dan akan bertanding sekali lagi untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

Empat kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir akan berentap mendapatkan gelaran juara dengan mempersembahkan tarian 'style' 'krump-ing', 'lock-ing' dan 'break dance'.

Seperti biasa, Showdown 2012 masih lagi mengekalkan penyanyi rap, Joe Flizzow dan Maple Loo (koreografer/penari) selaku juri tetap.

Pudu pula dilanda banjir kilat

Posted: 14 Dec 2011 08:52 PM PST

DINAIKI AIR...beberapa jalan di kawasan Pudu dinaiki air selepas hujan lebat selama dua jam, semalam.
DINAIKI AIR...beberapa jalan di kawasan Pudu dinaiki air selepas hujan lebat selama dua jam, semalam.
BANJIR...hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara, semalam.
BANJIR...hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara, semalam.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat di ibu negara selama dua jam bermula jam 5 petang, semalam menyebabkan beberapa kawasan terutama di Jalan Chan Sow Lin, Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara, dekat Pudu dilanda banjir kilat separas 0.5 meter.

Banjir kilat dan cuaca buruk itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di ibu negara lebih dua jam.


Tinjauan Harian Metro di jalan itu mendapati peniaga bertungkus-lumus mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi selepas air memasuki kedai.

Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) ketika dihubungi berkata, banjir kilat berkenaan memberi kesan kepada aliran trafik di jalan terbabit yang bermula jam 5.15 petang.


Katanya, jalan lain turut terjejas termasuk Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Tuanku Abdul Rahman, bulatan Segambut menghala Jalan Ipoh, Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching menghala Selayang.


"Turut terjejas aliran trafik di Jalan Kinabalu menghala Jalan Loke Yew dan bulatan Cheras, Jalan Maharajalela menghala Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak menghala bulatan Pahang," katanya.

Sehingga jam 7 malam keadaan trafik di jalan lain juga dilaporkan turut terjejas.

Judi talian kafe siber

Posted: 14 Dec 2011 08:50 PM PST

RAMPAS...anggota penguat kuasa MPSJ menyita komputer kafe siber terbabit.
RAMPAS...anggota penguat kuasa MPSJ menyita komputer kafe siber terbabit.

SERI KEMBANGAN: Dengan berselindung di sebalik cermin gelap dan beroperasi 24 jam, ada kafe siber di kawasan ini yang bukan saja menyediakan perkhidmatan Internet, malah turut menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Biarpun diberi amaran dan diarah tutup lebih tiga kali oleh polis dan Jabatan Penguat kuasa, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pengusaha terbabit berdegil dengan meneruskan aktiviti haram mereka.


Dalam operasi bersepadu bersama Unit D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Subang Jaya di Taman Pinggiran Putra, di sini, baru-baru ini, tiga kafe siber di Putra Walk yang menjalankan aktiviti perjudian haram diserbu dan menyita 110 set peralatan komputer.

Pengarah Penguat kuasa MPSJ, Ahmad Hasan, berkata semua premis terbabit disita mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pusat Siber MPSJ 2007 iaitu menjalankan perniagaan kafe siber tanpa lesen.


Beliau berkata, kesalahan itu boleh didenda maksimum RM1,000 dan dalam operasi itu, TNB menyita tiga meter elektrik di premis terbabit.


"Permintaan tinggi terhadap aktiviti perjudian secara dalam talian menyebabkan perniagaan itu beroperasi hingga kini walaupun beberapa kali disita.

"Berdasarkan aduan orang ramai, selain di Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, ada dua lagi premis menjalankan aktiviti sama di Jalan PP32 dan PP33, tetapi hasil serbuan mendapati premis itu kosong, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Ahmad berkata, operasi bersepadu itu bertujuan mengelakkan pengusaha pusat perjudian haram terus menjalankan aktiviti perjudian, mengurangkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja dan kaki judi yang sering berkunjung ke premis perjudian haram.

Menurutnya, pemantauan berterusan akan dijalankan polis dan penguat kuasa MPSJ bagi mengelakkan premis terbabit beroperasi semula selepas tindakan pemotongan bekalan elektrik diambil dan operasi sama dijalankan di kawasan Subang Jaya dan Puchong.

Beralih dana syariah

Posted: 14 Dec 2011 08:48 PM PST

RASMI...Mohd Shafie (tiga dari kiri) melancarkan  ASM Syariah, semalam.
RASMI...Mohd Shafie (tiga dari kiri) melancarkan ASM Syariah, semalam.

AMANAH Saham Mara Investment Services Berhad (ASM Investment) iaitu anak syarikat Amanah Saham Mara Berhad (ASMB) menyasarkan akan menukar semua dana konvensionalnya kepada dana syariah menjelang akhir 2013.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Mohamed Zaki Nik Yusof berkata, langkah itu bagi melengkapkan ASM Invesment sebagai sebuah syarikat pengurusan dana dan aset berlandaskan syariah sepenuhnya.


Menurutnya, sehingga kini syarikat terbabit sudah mempunyai tujuh dana konvensional dan sekiranya ia ditukar kepada syariah perlu menghadapi pelbagai proses.

"Proses ini termasuk mendapatkan kelulusan pemegang unit amanah dan Suruhanjaya Sekuriti. Justeru, kita akan memulakan proses itu bermula tahun depan dan menjangkakan tempoh dua tahun untuk menukar dana konvensional itu kepada syariah," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran ASM Syariah Capital Protected Sector Linked Fund dan Program Transformasi ASMB 2011-2015, di Hotel Marriot, Putrajaya, semalam.


Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyempurnakan majlis pelancaran itu.


ASM Syariah itu dibuka untuk langganan harga 50 sen seunit dengan saiz dana yang ditawarkan sebanyak 500 juta unit atau RM250 juta.

Ia dibuka untuk pelaburan selama 45 hari bermula 29 November hingga 12 Januari depan dan selepas tarikh itu ia tidak lagi diniagakan hingga tempoh matang selama tiga tahun.


Nik Mohamed Zaki berkata, dana perlindungan modal berlandaskan syariah itu sudah dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman selepas pihaknya menjalankan kajian pasaran serta meninjau kecenderungan pelabur termasuk daripada sektor korporat.

"Hasil daripada kajian yang dilakukan, dana syariah dapat dibangunkan dengan tempoh matang selama tiga tahun yang mengimbangi antara keperluan modal dan pulangan," katanya.


Katanya, dana tertutup itu mempunyai komposisi aset iaitu maksimum sehingga 92 peratus daripada nilai aset bersih akan dilaburkan dalam instrumen Deposit Islam Boleh Niaga (INID).


"Selebihnya akan dilaburkan dalam ekuiti berlandaskan syariah. Manakala, pelaburan pula tertumpu kepada syarikat peneraju sektor di bawah aktiviti ekonomi utama nasional (National Key Economic Area)," katanya.

Koleksi Liz catat rekod dunia

Posted: 14 Dec 2011 08:46 PM PST

ANTARA wanita tercantik ketika usia muda.
ANTARA wanita tercantik ketika usia muda.

NEW YORK: Koleksi barang kemas milik Elizabeth Taylor yang dilelong dalam satu acara lelongan di New York, mencecah AS$115 juta (RM367 juta), rekod tertinggi setakat ini, termasuk AS$11.8 juta (RM37.6 juta ) untuk kalung mutiara dan AS$8.8 juta (RM 28.02 juta) untuk sebentuk cincin berlian, kedua-duanya pemberian Richard Burton.

Kalung mutiara yang mengandungi sebuah mutiara bersejarah dikenali sebagai 'La Peragrina' dibeli oleh Burton pada 1969 yang waktu itu berharga AS$37,000 (RM117,852).

  • Foto

    LIZ Taylor meninggal dunia pada usia 79 tahun.

  • Foto

    CINCIN berlian hadiah Richard Burton.

  • Foto

    MUTIARA bersejarah kurun ke-16.

Kalung yang dilelong malam tadi mencapai rekod dunia AS$11,842,500 (RM37.6 juta)

Kalung itu dianggarkan dapat dijual pada harga AS$2 (RM6.37 juta) hingga AS$3 juta (RM9.6 juta) dalam lelongan yang dibuat oleh pusat lelongan barangan kemas Christie serta barangan memorabilia kepunyaan mendiang.


Mutiara La Peregrina dikatakan satu daripada mutiara terpenting di dunia. Ia dihasilkan pada kurun ke-16 dan pernah dilukis oleh Velasquez.


Ia pernah dimiliki oleh Raja Sepanyol, Philip II dan Ratu Mary I.

Burton meminta Cartier untuk menghiaskan mutiara itu pada kalung bertatah berlian dan batu delima.

Cincin berlian 33.19 karat juga diberikan oleh Burton kepada Elizabeth, yang dikahwini sebanyak dua kali itu, dibeli daripada seorang pembeli dari Asia dengan harga AS$8,818,500 (RM 28.0.2 juta).

Thomas W. Burstein daripada Christie berkata, hanya sekali saja cincin itu ditanggalkan daripada jari Elizabeth, iaitu ketika dia memberikan kepada sahabatnya untuk mencuba.

Elizabeth, dewi layar perak, bekas bintang kanak-kanak dalam National Velvet.

Dia yang pernah berlakon sebagai Cleopatra dan dalam filem 'Who's Afraid of Viginia Woolf?', meninggal dunia di Los Angeles Mac lalu, ketika usianya 79 tahun.

Elizabeth adalah seorang daripada wanita tercantik dunia, pernah berkahwin lapan kali dan sering dihadiahkan barang kemas oleh peminatnya.

Koleksinya yang terkenal termasuk barang kemas daripada Cartier, Van Cleef & Arpels dan Chopard.

Barang-barang kemas yang dimiliki sepanjang lima dekad itu mempunyai kisah mengenai kehidupannya yang penuh warna-warni.

Antara barang yang dilelong termasuk pakaian gaun 'couture' yang dikenakan ketika perkahwinannya dengan Burton (dua kali).

Sedap mata memandang

Posted: 14 Dec 2011 08:44 PM PST

MENAWAN...gaya moden dan ringkas menjadi ilusi untuk dandanan pengantin 2012.
MENAWAN...gaya moden dan ringkas menjadi ilusi untuk dandanan pengantin 2012.

SELAIN solekan dan pakaian, dandanan rambut adalah elemen penting yang mempengaruhi penampilan seseorang. Namun sering kali unsur kecantikan ini jarang diketengahkan terutama dalam pertunjukan gaya rambut, berbeza dengan industri fesyen yang mempunyai tapak sendiri serta sering menerajui pentas peragaan apabila musim bertukar.

Jika warna, fabrik dan potongan menjadi asas dalam rekaan busana, industri dandanan rambut juga apa kurangnya. Berubah merentas masa, tahun demi tahun seiring dengan kemajuan industri dandanan rambut Malaysia.

  • Foto

    ILUSI...pendandan menzahirkan ilusi gaya rambut melangkaui batas sepadan.

  • Foto

    MUDAH DIURUS...teknik potongan pendek dan mudah diurus bakal diketengahkan pada tahun hadapan.

  • Foto

    SIBER...gaya alam maya, moden tetapi hanya sekadar ilusi.

  • Foto

    MELANGKAUI SEMPADAN...dandanan yang hanya ilusi semata-mata.

  • Foto

    BERANI...mungkin ini bukan gaya rambut sebenar, tetapi keberanian dalam mendandan menjadi idea bagi menzahirkan kreativiti.

  • Foto

    LIM...optimis kepada industri dandanan rambut yang berkembang pesat.

  • Foto

    MUDAH DIURUS...rambut dengan potongan pendek dan mudah diurus menjadi gaya semasa menjelang 2012.

Bagi Presiden Persatuan Pendandan Malaysia, Billy Lim, menjelang 2012, dia optimis gaya dandanan akan berubah kepada konsep semula jadi tanpa merubah terlalu banyak keadaan. Ini bermakna, gaya rambut yang mudah diurus, menonjolkan kecantikan sedia ada tanpa menggunakan banyak warna menjadi gaya semasa dan akan menjadi ikutan sama ada lelaki mahupun wanita.

"Dari segi potongan untuk 2012, sama ada pendek atau panjang, kedua-duanya mengambil pendekatan lebih senang dan mudah iaitu mengekalkan gaya mudah diurus, lembut dan tidak ganas.


"Dalam bahasa yang lebih mudah, sedap mata memandang. Warna pula akan mengekalkan rona semula jadi tanpa banyak campuran, sama ada gelap atau terang. Tiada lagi warna yang terlalu funky atau ranggi tetapi kembali kepada cita rasa asal sesuai budaya Malaysia," katanya yang berucap ketika Malam Gala dan Pertunjukan Fesyen Rambut anjuran Persatuan Pendandan Malaysia (MHA).


Selain menghimpunkan pendandan terkenal Malaysia, majlis yang berlangsung buat kali kelima ini diibaratkan sebagai malam ala Oscar bagi pendandan rambut kerana bukan saja dihadiri selebriti, malah disokong model, pereka fesyen, jurusolek dan pengedar jenama rambut.

"Majlis ini sangat penting kerana selain memberi peluang kepada pendandan bergaul, bertukar pendapat serta menjalin hubungan lebih erat, ia juga dapat menonjolkan profesion ini secara lebih dekat, sekali gus memberi penghargaan kepada pendandan serta pengeluar produk untuk sama-sama menjalin kerjasama," katanya.

Dulu industri dandanan rambut tiada hala tuju atau pentas untuk menjalinkan hubungan erat. Ini dapat dilihat apabila wujudnya keadaan berpecah-belah, persaingan antara satu sama lain dan perkara yang tidak sihat berlaku dalam industri. Oleh itu, jawatankuasa MHA serta ahlinya sentiasa bertungkus-lumus membangunkan standard dan membentuk kayu ukur dalam bidang ini supaya ia dapat dimajukan seperti negara maju.

"Malah sejak MHA ditubuhkan, bidang gaya rambut di Malaysia menjadi semakin matang, bersatu padu, menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan dan semua pihak bagi membentuk pendandan yang aktif dan berwawasan. Saya sentiasa merayu, memujuk, memberi motivasi dan bekerja keras demi memajukan industri dandanan rambut di Malaysia sebaris dengan negara luar," ujarnya.

Sepanjang majlis berlangsung, penonton turut diserikan dengan persembahan pertunjukan fesyen rambut daripada pendandan terkenal Malaysia.

Walaupun kebanyakan rekaan yang diketengahkan berkonsepkan sesuatu yang dianggap keterlaluan atau luar biasa, ini menunjukkan kebolehan serta kematangan industri rambut Malaysia yang berfikir di luar jangkaan serta melepasi ilusi minda.

Secara tidak langsung setiap rekaan memberi inspirasi kepada pereka tempatan untuk mengekalkan konsep tempatan berasaskan ciri-ciri dan budaya Malaysia serta mengikut stail rambut masyarakat di sini.

Bertemakan Fiesta Rambut Ilusi, hampir keseluruhan pendandan mengetengahkan gaya rekaan generasi baru atau 1Malaysia yang berlangsung di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat menerusi keunikan gaya tempatan dan bebas daripada pengaruh luar.

Menurut Lim, tema Fiesta Ilusi Rambut diambil kerana ilusi boleh ditafsirkan sebagai pemikiran tiada batasan, tanpa kongkongan tradisi atau bebas menzahirkan kreativiti atau boleh dikatakan sebagai gaya rekaan rambut berilusi bebas.

"Ilusi ini juga akan melahirkan pendandan rambut mengikut trend Malaysia atau Kuala Lumpur pada masa akan datang dan bukannya datang dari New York, London atau Paris," katanya.

Antara pendandan hebat yang mengetengahkan idea mereka iaitu Andy Ho daripada Andy Ho Haute Coiffure, Elvin Soh daripada E Voque Hair & Beauty Studio Academy, Lois Lee daripada Lois Lee Salaon, Miko Au daripada Miko Hair Studio, Shawn Long daripada Shawn Cutterler, Steward Chee daripada CHK Hair Academy, Lewis Fong daripada Cutting Edge The Hair Salon dan Steve Chung daripada I Pro Hair salon.

Selain itu, turut serta Dickson Low daripada A Cut Above, Simon Kim daripada Hair Impression & Beauty Academy, Low Dick Tim daripada Albert Nico Boutique Salon and Russell Tao daripada Code 6 Hair Studio, Hadi daripada Khal Hair Salon, Riw daripada Niko Hair & Beauty, Sebastian Tan daripada Pepito Hair Studio Ben G daripada Restyle Salon di samping kumpulan pendandan Indonesia iaitu Persatuan Pendandan Rambut dan Pakar Kecantikan Indonesia.

Bukan sekadar rupa

Posted: 14 Dec 2011 08:43 PM PST

  • Foto

  • Foto

Adele ketepikan Rihanna, Katy Perry untuk muncul artis terbaik

BIARPUN pelbagai imej dan gaya diperkenalkan barisan artis terkenal dunia sepanjang tahun ini, seiring dengan kemunculan produk baru masing-masing, dengan sebahagiannya dilihat begitu pelik serta terlalu seksi, namun tuah nyata menjadi milik penyanyi British, Adele.
Berbekalkan keikhlasan dalam mencipta muzik serta vokal yang mampu meruntun jiwa, penyanyi ini diangkat sebagai Artis Terbaik oleh Billboard, dek kekuatan yang ditonjolkan olehnya menerusi album berjudul 21, yang dihasilkan bagi meluahkan kekecewaan dalam percintaan, kasih-sayang serta semangat meneruskan kehidupan.
Adele mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan penyanyi wanita pertama, Jumaat lalu, dinobat sebagai artis paling berjaya, dengan album terlaris serta single paling popular, semuanya dalam masa setahun.

Selain dirinya, turut berada dalam senarai Top 10 tahun ini ialah Rihanna, Katy Perry, Lady Gaga, Nicki Minaj, Taylor Swift, Justin Bieber, Chris Brown, Lil Wayne dan Bruno Mars.

Lagu dengan elemen blues yang penuh berjiwa, Rolling in the Deep, diletakkan pada kedudukan teratas, mengetepikan lagu dansa Party Rock Anthem oleh LMFAO, Firework dan E.T (Katy Perry) serta Give Me Everything (Pitbull).

Wanita yang dicalonkan dalam enam kategori Anugerah Grammy baru-baru ini turut diisytiharkan sebagai artis wanita terbaik Billboard.
Lebih membanggakan, dia juga muncul sebagai artis pertama yang mengungguli tiga carta iTunes, iaitu single paling laris, album paling laris dan Artis Terbaik 2011.

Manakala Rolling Stone pula menamakan 21 sebagai Album Terbaik dan Rolling in the Deep pula Single Terbaik untuk tahun ini. Dengan segala pengiktirafan yang diterimanya itu, tentu saja Adele layak digelar pemilik sah kepada tahun 2011 dalam dunia muzik.

Dia mengeluarkan album terbabit pada Februari tahun ini, dan selepas 11 bulan, 21 sudah pun terjual hampir 13 juta unit, menjadikannya album paling laris di seluruh dunia sepanjang tahun ini. Tanpa perlu menonjolkan imej pelik dan mendedahkan tubuh, sebaliknya hanya berbekal bakat, serta kemampuan membuatkan sesiapa saja yang mendengar lagunya mengalirkan air mata, Adele utuh menguasai persada seni muzik.

Dengan segala pencapaian itu, bagaimanapun, Adele seakan hidup dalam kurungan sejak akhir-akhir ini. Selepas menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan dari tekaknya, dia tidak dibenarkan bercakap selama berminggu-minggu, apatah lagi untuk menyanyi. Keadaan itu sememangnya kurang disenangi penyanyi dengan personaliti menarik ini.

Pentingkan privasi

MENGENALI lebih dekat penyanyi ini, dia sebenarnya begitu memuja keluarganya dan menganggap mereka ialah pendorong utama ke atas kejayaan yang dikecapi. Namun begitu, Adele enggan mencampur adukkan kerjaya dengan kehidupannya di rumah.

Katanya, dia tidak pernah membabitkan keluarga dalam soal karier, namun mereka sentiasa menyokong minat dan kerjayanya itu, sejak awal lagi.

"Saya rasa, mereka juga tersekat dengan kejayaan saya, sebagai mana saya berasakannya. Saya tidak bertanya kepada insan yang saya sayangi, mengenai perasaan mereka terhadap semua kejayaan ini. Banyak lagi benda yang kami hendak sembang setiap kali kami bertemu," kata Adele.

Biarpun dia dilimpahi kejayaan demi kejayaan, tetapi Adele dilihat masih bergerak umpama seorang artis indie. Malah personalitinya juga tidak berubah sejak dilimpahi kemasyhuran.

"Saya bermula dengan label indie di United Kingdom, sebelum saya bernaung dengan Columbia di Amerika Syarikat. Apa yang saya suka mengenai artis dan label indie ialah, mereka tidak melakukan semua perkara sekali gus. Memanglah, sebabnya mereka tidak mempunyai pengaruh dan tidak berpeluang untuk berbuat begitu.

"Namun, mengapa pula artis ternama perlu melakukan semua sekali? Dalam soal ini, kawalan kualiti amat penting. Jika saya melakukan semuanya, nilai seni dan muzik saya akan jadi cair. Persembahan dan temubual dapat diikuti dengan segera di mana-mana saja pada hari ini dengan kewujudan YouTube, YouTube, Twitter, Facebook dan blog.

"Saya tentunya akan terlebih pendedahan jika saya menerima setiap persembahan di TV dan muncul di semua muka depan majalah. Saya tidaklah mengubah cara dan gaya hidup saya, sebaliknya ia sememangnya begitu. Saya juga cuma melakukan sesuatu yang saya gemari, seperti menjayakan program TV yang saya tonton dan beraksi untuk penerbitan yang saya baca. Saya takkan melakukan sesuatu perkara semata-mata kerana saya harus begitu begitu, hanya untuk melariskan album," katanya.

Bercakap soal dirinya yang tidak berubah itu juga Adele memberitahu, kerjaya bukan kehidupannya, kerana dia tidak membawa pulang semua perkara berkaitan karier ke rumah.

"Walaupun banyak benda yang tidak berubah, namun sudah tentu saya amat teruja dengan sambutan peminat terhadap album kedua saya itu. Sama juga seperti saya teruja kalau berjumpa dengan artis yang saya puja. Ketika yang sama, ia juga menyekat saya. Saya lebih rela pulang ke rumah dan rakan-rakan mentertawakan saya, daripada hadir ke majlis yang dipenuhi bintang ternama, sekadar untuk berlaga bahu dengan orang yang mengenali saya, tetapi saya tidak kenal mereka. Dalam hal ini, saya masih lagi artis senarai bawahan," ujarnya.

Satu perkara yang membezakan dirinya dengan artis tersohor lain, hidup Adele tidak banyak dispekulasi. Dia akui cerita sedemikian akan menambahkan profil seseorang artis, namun dia berasa bertuah kerana tidak termasuk dalam kelompok itu.

"Lagipun saya sudah menceritakan segala-galanya dalam album. Saya seorang yang amat mementingkan privasi, pada masa sama saya seorang yang jujur," akui penyanyi yang mencipta hampir keseluruhan lagu yang dirakamkan olehnya dalam album 21.

Mencari pengarah muda

Posted: 14 Dec 2011 08:41 PM PST

Ahmad Idham (dua dari kanan) bersama tonggak 1Impian pada majlis prapelancaran program itu, baru-baru ini.
Ahmad Idham (dua dari kanan) bersama tonggak 1Impian pada majlis prapelancaran program itu, baru-baru ini.
Peruntukan RM1 juta menunggu pemenang program 1Impian

TIDAK mahu melihat bakat pengarahan golongan muda terbiar begitu saja di laman YouTube, pengarah dan penerbit filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mewujudkan program TV realiti, 1Impian, bagi mencungkil bakat belia yang terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
Program yang akan dikendalikan 1Malaysia TV itu pastinya menyuntik semangat golongan belia untuk bersaing dalam penghasilan filem bermutu, seterusnya merebut peruntukan RM1 juta di samping mengangkat mereka sebagai pengarah muda.
Pemenang program berkenaan akan diberikan peluang mengarah sendiri filem mereka dengan peruntukan dalam bentuk kos produksi, di samping penggunaan kelengkapan peralatan penggambaran yang disediakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Bagaimanapun, program itu hanya terbuka kepada golongan belia yang berusia antara 18 hingga 25 tahun dan mempunyai idea menarik dalam penghasilan filem pendek.

Menurut Idham, setiap karya yang dihantar akan diadili juri profesional, termasuk dirinya sendiri. Karya mereka akan dinilai dari segi kreativiti, bukannya teknikal sesebuah filem.

"Penyertaan ini terbuka kepada semua golongan belia tidak kira penuntut IPT atau sebaliknya, tetapi mestilah mempunyai keaslian idea mereka sendiri dan karya yang dimuat naik itu mestilah berdurasi antara tiga hingga lima minit saja.
"Filem pendek yang dihasilkan perlu dimuat naik ke laman www.1impian.my untuk dinilai dan setiap muat naik akan dikenakan bayaran RM5," katanya.

Pemilihan stesen TV terbabit sebagai penyiar program itu adalah kerana siarannya dapat ditonton di internet dan telefon anroid, yang menjadi medium terbaik untuk golongan belia.

Mengharapkan sambutan memberangsangkan daripada golongan belia seluruh negara, penyertaan yang sudah pun dibuka itu turut mengalu-alukan pembabitan penuntut Malaysia di luar negara.

"Kita wujudkan program ini bagi mencungkil bakat golongan belia, bukannya untuk menciplak atau mengambil idea mereka. Kita berharap, dengan adanya program ini, ia akan menjadi platform bagi mereka mengembangkan lagi bakat yang ada.

"Dengan cara ini juga mana-mana penerbit filem atau drama yang berminat untuk mengambil pengarah muda boleh berbuat demikian kerana mereka tidak terikat dengan kami selepas tamat program," jelasnya.

Bagaimanapun hanya filem pendek berbahasa Melayu saja diterima dan tarikh tutup penyertaan akan dimaklumkan kelak melalui laman web terbabit.

Tanpa mengira genre filem dihasilkan, peserta bebas berkarya asalkan tidak melanggar undang-undang, keharmonian, perpaduan dan tata susila masyarakat Malaysia.

"Jika penghasilan sesebuah filem pendek itu membabitkan lebih daripada seorang, kita hanya pilih seorang pengarah saja. Hanya seorang saja yang layak bagi setiap penyertaan.

"Kita juga tidak mahu hadkan kreativiti mereka dalam berkarya atau meletakkan sebarang tema kerana ia akan menyempitkan idea mereka, sebab itu kita terima apa saja karya yang dihantar tetapi tidak berbaur perkauman mahupun seks," terangnya.

Mengharapkan program terbabit akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan perkembangan industri perfileman negara, Idham mensasarkan lebih ramai bakat muda akan dapat diketengahkan, dengan idea baru dan segar.

Resah banglo burung walet

Posted: 14 Dec 2011 08:40 PM PST

 SEBAHAGIAN penduduk di Lorong Seri Kemunting 21 membuat bantahan terhadap pemilik banglo yang dipercayai mengubah suai kediaman itu menjadi rumah burung walit   kira-kira setahun lalu.
SEBAHAGIAN penduduk di Lorong Seri Kemunting 21 membuat bantahan terhadap pemilik banglo yang dipercayai mengubah suai kediaman itu menjadi rumah burung walit kira-kira setahun lalu.
Bunyi bising, masalah najis boleh bawa penyakit hantui penduduk

KUANTAN: Pulangan lumayan sehingga puluhan ribu ringgit hasil jualan sarang burung walet menyebabkan ada pihak sanggup menjadikan banglo tiga tingkat yang dianggarkan bernilai hampir setengah juta sebagai tempat perusahaan sarang burung berkenaan.
Banglo kuning yang tersergam indah di Lorong Seri Kemunting 22, di sini, itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan penduduk berikutan bunyi bising setiap hari selain menjadi punca masalah najis burung.
Mereka sepatutnya mengambil kira ketenteraman penduduk sebelum mengubah kediaman menjadi rumah burung dan memasang alat bunyian yang mengganggu kami hampir setiap hari. - T Subramanian, Penduduk
Namun, bukan banglo itu saja yang menyebabkan keresahan penduduk malah dua lagi rumah serta kebanyakan premis perniagaan di kawasan berkenaan dikatakan turut menjalankan kegiatan sama dan ada sebahagiannya sudah lama beroperasi.

Penduduk, T Subramanian berkata, mereka kecewa apabila ada segelintir pemilik, termasuk pemilik banglo terbabit sanggup mengubah suai kediaman mereka semata-mata untuk mendapatkan keuntungan lumayan.

"Mereka sepatutnya mengambil kira ketenteraman penduduk sebelum mengubah kediaman menjadi rumah burung dan memasang alat bunyian yang mengganggu kami hampir setiap hari," katanya.

Beliau dan beberapa penduduk lain sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada tindakan sewajarnya diambil malah pemilik rumah burung berkenaan tetap beroperasi seperti biasa.
"Banglo terbabit diubah suai dan digunakan sebagai rumah burung walet sejak setahun lalu manakala sebuah lagi rumah teres dua tingkat turut menjalankan kegiatan sama hampir tujuh tahun lalu.

"Bukan saja bunyi bising mengganggu kami setiap hari dari awal pagi sehingga lewat tengah malam malah kami bimbang sekiranya penyakit berpunca daripada najis burung akan merebak dan menjejaskan kesihatan penduduk di sini," katanya.

Jirannya, Teoh Yew Peng, 30, pula berkata, seluruh ahli keluarganya tertekan apabila diganggu bunyi bising daripada alat bunyian yang dipasang setiap hari tambahan pula rumah mereka terletak hanya bersebelahan.

"Kami kini buntu untuk menyelesaikan masalah ini memandangkan pemilik rumah burung berkenaan seolah-olah tidak menghiraukan perasaan kami dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk mengembalikan suasana harmoni di kawasan ini," katanya.

140 ingkar bayar cukai pintu

Posted: 14 Dec 2011 08:39 PM PST

 ANGGOTA penguat kuasa MBAS  merampas perabot sebuah rumah di Taman Delima kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu di Alor Setar, semalam.
ANGGOTA penguat kuasa MBAS merampas perabot sebuah rumah di Taman Delima kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu di Alor Setar, semalam.
MBAS sita premis, rampas barangan pemilik secara berperingkat

ALOR SETAR: Sebanyak 140 premis termasuk sebuah kediaman di sekitar bandar raya ini dikesan ingkar membayar cukai pintu membabitkan nilai keseluruhan hampir RM30,000 kepada Majlis Bandaraya Alor Setar sejak 14 tahun lalu.
Justeru, MBAS bertindak mengeluarkan waran terhadap pemilik premis yang ingkar membayar cukai pintu, selain bertindak menyita premis itu secara berperingkat.
Sebelum ini kita membenarkan mereka membayar cukai pintu secara ansuran tetapi apabila ia melepasi tarikh ditetapkan, kita menghantar surat waran memaklumkan premis mereka akan disita manakala barangan dalam premis berkenaan akan dibawa ke pejabat MBAS. - Azalina Abdul Rahman, Ketua Bahagian Hasil MBAS
Ketua Bahagian Hasil Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Azalina Abdul Rahman, berkata pihaknya mengadakan operasi untuk menyita barangan pemilik premis serta mengeluarkan waran mengenai perkara itu sejak November lalu.

Katanya, operasi menyita dan mengangkut barangan pemilik premis yang ingkar dilakukan setiap tiga kali seminggu dan pihaknya mengesan mereka berdasarkan rekod yang ada pada majlis.

"Sebelum ini kita membenarkan mereka membayar cukai pintu secara ansuran tetapi apabila ia melepasi tarikh ditetapkan, kita menghantar surat waran memaklumkan premis mereka akan disita manakala barangan dalam premis berkenaan akan dibawa ke pejabat MBAS.

"Mereka boleh menuntut barangan terbabit dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh sitaan dengan membayar jumlah keseluruhan cukai pintu yang tertunggak sebelum mereka boleh mengambil semula barangan terbabit," katanya pada sidang media selepas operasi sitaan di sekitar bandaraya ini, semalam.
Dalam operasi semalam, lima premis termasuk tiga di Kompleks Peruda, satu di Mergong dan satu di Pekan Melayu di sini disita barangan manakala satu kediaman di Taman Delima, Jalan Datuk Kumbar, di sini.

Azalina berkata, semua premis yang diperiksa semalam, mempunyai tunggakan cukai keseluruhan nilai berjumlah lebih RM25,000 yang dipercayai tertunggak sejak 14 tahun lalu.

Bagaimanapun, pemeriksaan di sebuah rumah kediaman di Taman Delima, di sini berlaku kekecohan apabila pemiliknya mendakwa tidak pernah menerima surat waran atau surat cukai pintu sebelum ini.

Pemilik rumah terbabit yang berusia 40-an itu mendakwa dia baru berpindah dan membeli rumah itu daripada pihak lain, menyebabkan dia tidak tahu mengenai cukai pintu yang tertunggak itu.

"Bagaimanapun, berdasarkan rekod kita, dia sudah mendiami rumah berkenaan sejak 14 tahun lalu dan tidak pernah membayar cukai pintu sepanjang tempoh berkenaan, walaupun kita sudah menghantar surat dan waran bertarikh 14 November lalu," katanya.

Azalina berkata, operasi itu dilakukan mengikut Seksyen 148 (Akta 171) Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan pihak berkuasa memecah masuk premis.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik premis di sekitar bandar raya ini yang belum menjelaskan tunggakan cukai pintu supaya berbuat demikian bagi mengelakkan barangan di premis dan kediaman mereka disita.

Operasi itu disertai 50 orang termasuk pegawai, kakitangan dan penguat kuasa MBAS yang bermula jam 10 pagi.

Penghadang halang pejalan kaki

Posted: 14 Dec 2011 08:38 PM PST

ORANG ramai terpaksa menggunakan jalan raya apabila laluan pejalan kaki ditutup di persimpangan Jalan Maarof, Bangsar.
ORANG ramai terpaksa menggunakan jalan raya apabila laluan pejalan kaki ditutup di persimpangan Jalan Maarof, Bangsar.
Orang ramai bimbang risiko kemalangan apabila 'bersaing' dengan kenderaan

KUALA LUMPUR: Penghadang jalan yang diletakkan di sepanjang persimpangan Jalan Bangsar ke Jalan Maarof sejak awal bulan ini bukan saja menyusahkan orang ramai yang berjalan kaki menggunakan laluan berkenaan untuk ke arah stesen LRT Bangsar tetapi turut membahayakan nyawa mereka.
Kewujudan penghadang jalan bermula dari simpang Jalan Bangsar arah pusat bandar raya ke Jalan Maarof menutup laluan pejalan kaki itu boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada orang ramai apabila mereka terpaksa bersaing dengan kenderaan ingin memasuki Jalan Maarof untuk melintas ke seberang jalan.
Tinjauan Sentral mendapati penghadang jalan berkenaan turut diletakkan di sepanjang Jalan Maarof sehingga menutup terus sebuah perhentian bas yang terletak di depan sebuah kuil di sini. Beberapa orang pejalan kaki dilihat terpaksa berjalan di belakang penghadang berkenaan sejauh 300 meter untuk menunggu bas di Jalan Bangsar.

Pejalan kaki yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan kewujudan penghadang jalan berkenaan kerana bukan saja menyusahkan mereka, tetapi turut mengundang bahaya ketika mereka melintas jalan. Ketiadaan papan tanda memaklumkan tujuan penghadang jalan berkenaan diletakkan di situ turut mengundang tanda tanya kepada pejalan kaki yang sering melalui jalan berkenaan.

Pejalan kaki yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 38, berkata pihak yang meletakkan penghadang jalan berkenaan langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan lain terutama pejalan kaki sepertinya yang terpaksa bersaing dengan kenderaan seperti kereta, lori dan motosikal untuk melintas jalan.

"Setiap hari, saya perlu melintasi kawasan ini untuk pergi dan pulang dari kerja dengan menaiki LRT. Sejak ada penghadang jalan ini, ia memang menyusahkan dan membahayakan nyawa pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain. Sebelum ini, memang tidak ada kemudahan pejalan kaki di sini tetapi kami tidak ada pilihan selain menyeberangi jalan di sini menuju ke arah stesen LRT," katanya.

Ikan kurang di Pasar Endau

Posted: 14 Dec 2011 08:34 PM PST

 Yahya hanya  menjual beberapa jenis ikan  berikutan kekurangan bekalan pada musim tengkujuh.
Yahya hanya menjual beberapa jenis ikan berikutan kekurangan bekalan pada musim tengkujuh.
Ancaman tengkujuh di Tanjung Gemok jejas nelayan ke laut dalam

ENDAU: Kekurangan bekalan ikan di Pasar Endau berikutan nelayan laut dalam tidak menjalankan aktiviti mereka akibat musim tengkujuh mula dirasai penduduk sekitar Endau dan Tanjung Gemok, Rompin.
Hasil laut dikatakan berkurangan separuh daripada hari biasa, malah sukar untuk pelanggan memilih ikan yang diminati kerana hanya terdapat beberapa jenis selain ketam, udang dan sotong di pasaran.
Kebanyakan bekalan ikan diperoleh dari bot pukat cerut laut dalam kerana banyak pemilik bot terbabit menghentikan operasi tangkapan selama tiga bulan, kekurangan ikan di pasaran dirasai. - Kamisah Tahir, Penduduk
Tinjauan ke pasar pekan Endau semalam mendapati rata-rata pembeli hanya mempunyai pilihan untuk beberapa jenis ikan antaranya tenggiri, merah, tongkol, kembung dan pari, manakala ikan beku pula diperoleh dari negeri lain terutama Terengganu dan Perak.

Penduduk, Kamisah Tahir, 36, berkata sebelum ini bekalan ikan sudah kembali pulih, namun beberapa hari lalu hasil laut itu mulai berkurangan kerana peniaga bergantung kepada bekalan daripada nelayan pesisir pantai dan bot pukat tunda.

"Kebanyakan bekalan ikan di sini diperoleh dari bot pukat cerut laut dalam kerana banyak pemilik bot terbabit menghentikan operasi tangkapan selama tiga bulan, kekurangan ikan di pasaran dirasai dan jika ada, harganya agak mahal," katanya.

Katanya, pembeli juga terpaksa beralih kepada ayam dan daging lembu sekiranya lewat ke pasar disebabkan rata-rata peniaga menutup premis jam 12 tengah hari.
"Jika tidak sempat, kebiasaannya kami ke pasar awam Tanjung Gemok, Rompin, itu pun tidak banyak ikan yang dijual. Kebanyakan penduduk di sini masih memilih hasil laut sebagai menu utama dalam setiap hidangan harian kerana sudah biasa dengan keadaan dan persekitaran tempat tinggal di pesisir pantai ini," katanya.

Katanya, bekalan akan berkurangan beberapa minggu akan datang berikutan angin kencang dan laut bergelora.

"Daripada tiada langsung lebih baik kami beralih kepada ikan beku walaupun penduduk sekitar Endau dan Tanjung Gemok biasa dengan ikan segar di jeti-jeti berhampiran setiap hari," katanya.

Peniaga ikan, Yahya Samad, 59, berkata sejak beberapa hari lalu beliau tidak dapat menjual banyak jenis ikan seperti kebiasaan kerana bekalan semakin berkurangan.

"Hari ini saya hanya menjual beberapa jenis ikan, selebihnya ketam dan udang itu pun tidak banyak. Esok terpaksa pula mencari bekalan lain.

"Mungkin kalau cuaca baik bekalan bertambah sikit kerana pemancing turut menyumbang kepada bekalan ikan gred baik. Kami sebagai peniaga pun terpaksa membeli ikan dengan harga yang sedikit tinggi berbanding biasa," katanya.

Vanila Coklat cabar kemampuan Izara & Aiman

Posted: 14 Dec 2011 08:31 PM PST

Vanila Coklat bermula 20 Disember 2011, 9.00 malam di TV3

Vanila Coklat, sebuah drama romantik komedi yang menampilkan Izara Aishah sebagai Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) sebagai Aamir, Iqram Dinzly sebagai Kamal dan Nabila Daly sebagai Liana bakal mengisi slot Lestary menggantikan Cinta Elysa bermula 20 Disember ini. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe, skrip ditulis oleh Panel AMC dan diterbitkan oleh Asia Media Content.

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat, setiap Selasa jam 9.00 malam bermula 20 Disember ini. Penonton yang terlepas menyaksikan Vanila Coklat boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Jelajah dunia dengan kapcai usang

Posted: 14 Dec 2011 08:31 PM PST


Kapcai milik Edwin March mampu mengharungi pengembaraan dalam keadaan suhu sejuk serendah 22 darjah selsius di bawah paras beku.


JIKA anda memiliki motosikal berkuasa tinggi dari jenama seperti Harley Davidson ataupun Ducati Diavel, sejauh manakah anda sanggup menunggangnya?

Paling jauh pun, mungkin kebanyakan pemilik motosikal mewah tersebut hanya berkonvoi ke Phuket, Thailand, memandangkan kos mengembara bersama jentera tersebut agak tinggi.

Sebab itu agak jarang kita dengar mereka menggunakan jentera kesayangan itu untuk menjelajah dunia.

Selain itu, misi menjelajah dunia lebih bergantung kepada kemahuan dan semangat diri bukan semata-mata jenis jentera yang digunakan.

Sebab itu pepatah mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Justeru, ada yang sanggup menjelajah dunia dengan hanya berjalan kaki atau berbasikal saja.

Bagi para pemilik motosikal berkuasa tinggi yang lebih kerap menjadi perhiasan di garaj rumah pasti terkedu ataupun 'panas' bila mengetahui ada yang berjaya merentasi puluhan negara hanya menggunakan motosikal berkuasa rendah atau jenis cub saja.

Ini yang dibuktikan oleh dua sahabat Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien, 40, dan Edwin March, 24.

Keakraban persahabatan dua lelaki itu ibarat ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua.

Hobi menunggang motosikal dikongsi mereka sekali gus merapatkan persahabatan yang unik.

Perkenalan mereka bermula Facebook. Dari situ mereka berkongsi idea gila untuk merealisasikan impian mengelilingi dunia merentasi timur hingga ke barat.

Istimewanya mereka mengembara dengan hanya menunggang motosikal kapcai.

Sekali pandang motosikal yang mereka gunakan itu sama seperti yang digunakan oleh orang kampung untuk membawa getah sekerap atau padi.

Penuhi impian keliling dunia

Syed Ahmad Abdul Hadi atau mesra dengan panggilan Hadi telah membuktikan keupayaan kapcai Modenas GT 128cc apabila berjaya merentasi perjalanan 24,000 kilometer dan menakluki 24 buah negara, dari Kuala Lumpur ke kota London.

Kejayaan tersebut kini bakal dicabar Edwin yang lebih mesra dipanggil Ed dengan hanya menggunakan Honda Cub C90.

Melihat keadaan fizikal motosikal yang dibelinya empat tahun lalu dengan harga RM250 pasti tiada siapapun akan percaya ia akan digunakan dari Kuala Lumpur ke London.

Motosikal itu kelihatan cukup usang. Tempat duduknya sudah bertampal. Beberapa bahagian lain pula sudah kelihatan dimakan karat.

Tetapi ia tidak menghalang untuk Ed mencabar perjalanan Hadi bagi mengharungi perjalanan lebih jauh sehingga 30,000 kilometer dalam masa tujuh bulan.

Jika ada yang cuba merendah-rendahkan kemampuan motosikal 'cabuk' tersebut yang berenjin empat lejang, tafsiran silap.

Honda Cub C90 itu pernah merentasi perjalanan selama 29 jam tanpa henti dari Perancis ke Jerman.

Malah kapcai itu juga mampu mengharungi situasi paling ekstrem ketika mengembara dalam keadaan suhu sejuk serendah 22 darjah selsius di bawah paras beku.

Pusat sehenti kelengkapan sekolah

Posted: 14 Dec 2011 08:30 PM PST


Anak-anak mahukan semua kelengkapan sekolah diganti baru apabila masuk penggal persekolahan nanti.


KURANG sebulan, anak-anak yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun akan memulakan sesi persekolahan baru, 2012.

Sudah pasti segala kelengkapan seperti baju, kasut, beg serta alat tulis antara yang perlu disediakan sebelum anak-anak melangkah ke sekolah.

Untuk itu, pastinya ibu bapa tercari-cari kedai yang menawarkan kesemua peralatan tersebut di bawah satu bumbung.

Ini kerana selain memudahkan pembelian, ia juga secara tidak langsung memudahkan ibu bapa membeli kesemua kelengkapan persekolahan pada satu masa.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan utara tanah air dan ingin mendapatkan kelengkapan persekolahan, apa kata kunjungi Skoolmate yang terletak di No. 18, Jalan Tuanku Hamimah 1, Taman Tuanku Hamimah, Sungai Petani, Kedah.

Boleh diibaratkan sebagai sebuah kedai sehenti (one stop centre), ia menawarkan pelbagai kelengkapan serta aksesori persekolahan di bawah satu bumbung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Silmi Sulaiman, pembukaan kedai tersebut adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa mendapatkan pelbagai kelengkapan persekolahan untuk anak masing-masing.

Dalam masa yang sama, tambahnya lagi, barangan yang terdapat di Skoolmate ditawarkan pada harga yang berpatutan.

"Di sini, kami menawarkan pelbagai barangan persekolahan daripada atas hingga ke bawah bermula daripada Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika), Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), sekolah rendah, sekolah menengah dan juga sekolah agama.

"Kami turut menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan sejajar dengan seruan kerajaan.

"Oleh yang demikian, dengan bantuan kerajaan sebanyak RM100, mereka sudah boleh mendapatkan kelengkapan pakaian seragam sekolah yang baru," katanya ketika ditemui di premisnya di Sungai Petani, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pihaknya yang mengetengahkan tag line 'sekolah adalah hebat' (school is cool) berharap agar para pelajar suka ke sekolah dan bukannya satu tekanan buat mereka.

Mengakui melakukan kajian selama enam bulan sebelum membuka kedai tersebut, Silmi amat berharap kewujudan Skoolmate mampu memenuhi keperluan para pelajar.

Selain itu, ulas Silmi lagi, pihaknya turut menyediakan pakaian seragam sekolah untuk para pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); pengawas sekolah; aktiviti kokurikulum seperti Pandu Puteri, Puteri Islam, Kadet Bomba, Kadet Polis dan Persatuan Bulan Sabit Merah; baju sukan dan sebagainya.

Mengulas lanjut mengenai perniagaanya, ujar Silmi, pihaknya cukup prihatin dengan pelajar-pelajar miskin.

Untuk itu mereka turut terpanggil menganjurkan Program Sumbangan Skoolmate (Skoolmate Donation Program), iaitu program khusus untuk pelajar miskin dan anak yatim

Bukan itu sahaja, malah bagi pelajar-pelajar kelainan upaya (OKU), mereka akan diberikan potongan sebanyak 15 peratus sekiranya membeli sebarang kelengkapan persekolahan di Skoolmate.

Walaupun baru beroperasi pada Oktober lalu, menurut Silmi, selain menjual kelengkapan persekolah, pihaknya turut menerima tempahan.

"Kami turut menerima sebarang tempahan daripada mana-mana koperasi untuk baju-baju sekolah, baju sukan dan sebagainya.

"Dalam masa yang sama, bagi mana-mana keluarga yang membeli pakaian sekolah di sini, kami akan memberikan perkhidmatan menjahit lencana sekolah secara percuma tetapi mereka perlulah membawa lencana tersebut," katanya.

Bermula 27 November lalu, pihak Skoolmate turut menganjurkan cabutan bertuah dengan setiap pembelian melebihi RM100.

Cabutan bertuah tersebut yang akan berakhir pada 28 Februari 2012 menawarkan pelbagai barangan menarik seperti komputer riba, komputer tablet dan baucer.

Dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam, Skoolmate turut mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi pengedar barangan dengan menghubungi talian 04-4480326 atau layari www.skoolmate.com.my.

Gerbang Cinta beri kelegaan

Posted: 14 Dec 2011 08:04 PM PST


Kenangan... Rizai Ali dan Ainul Farha Ramli pada majlis persandingan selepas memenangi tempat ketiga Peraduan Gerbang Cinta pada 2009.


HAL 'membina masjid' atau berkahwin bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah sebaliknya ia merupakan satu kewajipan bagi pasangan yang berkemampuan.

Namun untuk melangkah ke arah itu memerlukan persiapan yang rapi daripada mula meminang anak dara orang hingga kepada mengurus majlis perkahwinan dan seterusnya melayari bahtera rumah tangga.

Untuk memulakan urusan perkahwinan, bukan sekadar menyediakan wang hantaran tetapi juga persiapan lain perlu disediakan untuk majlis sekali seumur hidup.

Pendek kalau setakat belanja perkahwinan sebanyak RM10,000, ia satu jumlah yang belum cukup sempurna dengan harga pelbagai barangan ketika ini cukup mahal.

Namun bagi pasangan Rizai Ali dan Ainul Farha Ramli, mereka bersyukur kerana sebahagian majlis persandingan mereka ditaja selepas terpilih menjadi pemenang tempat ketiga Peraduan Gerbang Cinta musim pertama dua tahun lalu.

Melalui program tersebut, sebahagian kelengkapan majlis perkahwinan mereka dibiayai penaja peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia termasuk sajian makanan, pelamin, baju pengantin, andaman, kad kahwin, fotografi dan sistem pembesar suara.

"Program ini betul-betul membantu kami berdua, lagipun pada ketika itu baru bekerja jadi simpanan masih sedikit dan tidak mampu untuk mengadakan majlis secara besar-besaran.

"Melalui program ini, ia membantu kami untuk merealisasikan impian untuk membina 'istana cinta' kami lebih awal daripada yang kami rancangkan, '' ujar Ainul Farha ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambah Ainul yang juga merupakan seorang guru di Klang, Selangor, program tersebut membantu golongan muda yang ingin membina mahligai apabila peserta diberi panduan-panduan berguna sepanjang menyertainya.

Katanya lagi, sepanjang tiga bulan menyertai program tersebut banyak perkara baru yang dipelajari dan ditemui.

"Biarpun banyak rintangan yang harus dilalui sepanjang menyertai program tersebut tetapi hakikatnya ia sangat menyeronokkan,'' ujarnya yang kini dianugerahkan seorang anak perempuan berusia setahun.

Sementara itu suaminya, Rizai Ali yang bersependapat dengannya memberitahu, tanpa menyertai program tersebut pastinya majlis perkahwinan mereka diadakan kecil-kecilan dan ringkas.

"Program ini betul-betul membantu saya dan memberi cara penyelesaian yang mudah kepada pasangan muda yang ingin berkahwin lebih-lebih lagi sekarang ini kos untuk mengadakan majlis perkahwinan semakin meningkat," katanya .

Sementara itu bagi pemenang kedua bagi musim pertama pula, Qistina Mohd. Nazri, memberitahu, penganjuran program itu dilihat mampu memberikan dorongan kepada generasi muda untuk berkahwin dan mengelakkan daripada terjerumus kepada perkara yang tidak baik.

Katanya lagi, program ini juga membantu pasangan yang merancang untuk berkahwin membina sebuah rumah tangga yang lebih sempurna.

Dia sendiri bersyukur kerana terpilih menjadi pemenang kedua dan dapat merealisasikan impian untuk berumah tangga lebih awal daripada jangkaan.

Paling penting bersama pasangannya, Izzudin Salleh, mereka memperoleh majlis perkahwinan yang ditaja hampir sepenuhnya.

Menurut Qistina lagi, penganjuran program ini bagi musim ketiga dilihat masih relevan memandangkan program tersebut bukan sahaja membantu generasi muda untuk berkahwin tetapi menggalak dan mendidik generasi muda melihat perkahwinan dari perspektif yang positif.

Program kesihatan perut

Posted: 14 Dec 2011 08:02 PM PST


Aktiviti interaktif menarik perhatian pengunjung Program Perut Sihat Vitagen.


UNTUK tahun ketiga berturut-turut, Vitagen telah menganjurkan Program Perut Sihat Vitagen (VHTP) yang merupakan satu program inisiatif pendidikan pengguna bagi mempromosikan kesihatan penghadaman di kalangan masyarakat.

Sebagai salah satu usaha dalam menyampaikan maklumat tentang kesihatan penghadaman kepada rakyat Malaysia, VHTP turut mengadakan satu siri pameran bergerak di seluruh negara.

Pameran pertama telah diadakan di Mahkota Parade, Melaka, pada bulan lalu dan diikuti di Sunway Pyramid pada 24 hingga 27 November lalu.

Menurut Timbalan Pengurus Vitagen, Michael Ong, program tersebut adalah sebahagian daripada sumbangan mereka ke arah memperbaiki status kesihatan rakyat Malaysia.

Dalam masa yang sama, tambah beliau, ia juga merupakan sokongan kepada usaha Kementerian Kesihatan dalam mengurangkan masalah penghadaman di negara ini.

"Semasa sambutan Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia pada 29 Mei lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin ada menyatakan bahawa kesedaran orang ramai terhadap kesihatan penghadaman adalah tidak setara dengan penyakit lain.

"Ini kerana masih terdapat ramai yang kurang faham atau lebih teruk lagi mengabaikan kesihatan penghadaman masing-masing.

"Diharap program ini dapat memperkasakan orang ramai dengan maklumat yang betul dalam menjaga kesihatan sistem penghadaman melalui siri pameran bergerak yang menyeronokkan," katanya.

Pameran bergerak yang diadakan selama empat hari itu menawarkan pelbagai jenis permainan dan aktiviti yang menghiburkan serta berpendidikan.

Ia termasuk pengembaraan penghadaman, cabaran smart Vitagen, pertarungan bakteria Vitagen, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan hula hoop V dan sebagainya.

Di samping permainan dan aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif ini, tarikan utama pameran bergerak tersebut adalah pengembaraan penghadaman sihat.

Ia adalah struktur pendidikan yang menunjukkan bahagian-bahagian sistem penghadaman dengan fungsinya tersendiri dengan animasi multimedia yang menarik.

Pengunjung yang melalui struktur ini akan merasa seolah-olah memasuki dunia sistem penghadaman yang menakjubkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved