Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Izara, Tasha benci Tiz
- Cinta pada lakonan mengatasi segalanya
- Farah merindu
- Tania Hudson Dihendap Peminat Fanatik
- Ean Teruja Bekerja Dalam Tekanan
- Shaheizy Sam Berhabis RM4 ribu Untuk Landskap Taman
- Julie Woon pentingkan penjagaan rambut
- Dewi Sandra Nikah Lagi
- Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara
- Leher ditikam, dada dirodok
- Ugut bunuh menantu
- Nekad terjun tingkat 2
- Suami cemburu upah samseng belasah peniaga
- Pesona Jennifer pukau Santiago
- Nasim buka cawangan di Sungai Petani
- Turun gunung lebih mencabar
- Tidak semua bijak
- Revolusi telefon pintar Motorola
- Peralatan teknologi mengesan terkini
- Bersembang dengan robot jelita
- Kelab robotik pupuk minat pelajar
- Kolagen akuatik pertama dunia
- FRIM bangunkan hasilan semula jadi
- Hasil hutan sumber ubatan
- Hilang tekanan selepas berkahwin
Posted: 11 Dec 2011 09:29 PM PST
KEDUA-DUA pucuk muda ini hadir ke dunia seni dengan pakej yang lengkap. Cantik dan berbakat. Namun, tuah Izara Aishah mahupun Tasha Shilla hadir bukan dalam waktu yang pantas. Bakat mereka hanya disedari tatkala lakonan antagonis yang dibawa begitu berkesan di mata peminat. Watak Fiona yang dijayakan oleh Izara dalam drama bersiri Soffiya masih melekat kuat rasa amarah di hati peminat terhadapnya sehingga kini. Begitu juga watak Cikgu Ruhana yang dimainkan Tasha menerusi drama Gemilang masih diingati biarpun drama tersebut sudah lama melabuhkan tirainya. Izara mahupun Tasha bagaimanapun mengaku tidak begitu selesa membawakan watak antagonis yang mampu membuatkan penonton membenci diri mereka namun tidak juga menidakkan tuah populariti yang dikecapi adalah menerusi watak sebegitu. Persamaan turut dikongsi kedua-dua aktres itu apabila dikatakan berdendam dan membenci pelakon Tiz Zaqyah. Berpeluang bertemu dengan Izara dan Tasha usai sidang media Anugerah Bintang Popular (ABP2011) yang berlangsung di Holiday Villa, Subang, Selangor baru-baru ini, Kosmo! tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan hal itu seterusnya merungkai kisah dendam dan kebencian yang dilemparkan kedua-dua aktres itu terhadap Tiz Zaqyah. Izara mahukan penghormatan Sebelum ini kehadiran pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2010, Izara, 19, dalam dunia lakonan hanya di pandang sepi. Tidak ramai yang sedar akan kehadirannya dan menganggap pelakon itu sekadar menambahkan muka-muka baharu di persada seni. Khalayak lebih tertumpu kepada Neelofa dan anak dara kepada Rohana Jalil, Khilafairy. Namun, selepas kemunculannya dalam drama Keranamu Laila dan Soffiya, nama Izara mula meniti di bibir peminat. Dua drama rantaian itu cukup membuatkan nama pelakon muda berasal dari Johor Bahru itu diterima peminat dalam industri hiburan tanah air. "Drama Soffiya memang memberi impak yang besar kepada Izara. Ia disebabkan, watak Fiona yang begitu membenci dan berdendam dengan ibu tirinya sendiri lakonan Tiz Zaqyah. "Disebabkan drama itu Izara mula dikenali. Malah, ketika berada di luar ramai yang menegur tetapi tidaklah sampai membenci sehingga sanggup memaki hamun kerana watak antagonis yang dibawa Izara," ujarnya saat ditanya mengenai impak terhadap watak jahat yang dibawanya. Izara juga menolak tanggapan dia dan Tiz mempunyai masalah. Menurutnya, lakonan yang dijayakan tidak sampai terbawa-bawa sehingga habis pengambaran drama tersebut. Sinonim dengan watak antagonis Izara bagaimanapun mengakui kurang selesa dianggap sesuai menjayakan watak sebegitu. Katanya: "Saya takut peminat menganggap saya sebagai pelakon stereotaip. Kalau boleh Izara mahu berlakon pelbagai watak. Sebenarnya, Izara pernah berlakon watak baik dalam drama Kasih Najihah dan juga watak komedi dalam drama Jejaka J. Namun, peminat masih belum mengenali Izara ketika itu". Sering menjayakan drama Izara juga mengimpikan tawaran berlakon filem namun menganggap rezekinya untuk berlakon layar perak masih belum tiba. Katanya, biarpun ada tawaran berlakon filem tetapi watak yang diterima kadangkala tidak menepati citarasa malah ada juga watak yang diminati tidak kena pula dengan masanya. Bercerita mengenai projek terbaharunya, ujar pelakon yang sudah mempunyai buah hati tetapi bukan dalam kalangan orang seni itu, sekarang ini dia sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaharu iaitu Vanila Coklat. Drama gandingan kesebelasnya bersama pelakon Iqram Dinzly itu bagaimanapun tidak menunjukkan sisi negatif Izara, sebaliknya dia akan melakonkan watak baik. Biarpun tawaran mencurah-curah dalam bidang lakonan, Izara bagaimanapun menolak untuk membuat dua kerja dalam satu masa. Dia juga mengakui mengimpikan sebuah penghormatan terhadap kariernya sebagai pelakon. "Izara lebih selesai menerima satu kerja dalam satu masa. Jadi, Izara dapat menumpukan 100 peratus perhatian dan memberikan yang terbaik dalam lakonan Izara. "Perjalanan karier Izara masih jauh. Izara mahu hasil kerja Izara nanti diberi penghormatan dan ketika itu baru Izara puas menjadi sebagai seorang pelakon," tuturnya yang serius menceburi bidang lakonan. Tasha kemaruk berlakon Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 24, pula mengaku fasa kehidupannya dalam bidang lakonan semakin lancar selepas membintangi drama Gemilang. Cuma, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk mengukuhkan namanya di persada seni lakon tanah air. Sememangnya watak Cikgu Ruhana yang berebutkan Saifullah (lakonan Shahz Jazsle) daripada Asma (Tiz Zaqyah) yang dibawa oleh Tasha berjaya menonjol bakat lakonan gadis berasal dari Kuala Lumpur itu. Akibat daripada perebutan hati Saifullah, Tasha dikatakan mula membenci Tiz. Namun katanya, semuanya itu sekadar lakonannya di dalam drama Gemilang. Realitinya, pelakon berwajah comel itu sangat mengagumi bakat lakonan yang ada pada Tiz. Baru dua tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, Tasha mengaku apa yang menggembirakan dirinya adalah impian sejak kecil untuk bergelar pelakon akhirnya menjadi kenyataan. Begitupun, Tasha menolak pandangan nakal yang mendakwa populariti mendadak yang melanda dirinya hari ini bersandarkan pada tuah semata-mata. Hakikatnya dia menyifatkan populariti diri yang dikecapinya itu bertitik-tolak daripada komitmen dan bakat yang dimiliki dalam bidang lakonan. Malah, anak sulung itu juga mengakui hadir dalam dunia seni tanpa bantuan sesiapa. "Saya pergi sendiri casting drama Kabir Bhatia, Gemilang tanpa ditemani sesiapa. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat watak Cikgu Ruhaya. Memang sejak kecil lagi Tasha impi menjadi seorang pelakon dan sekarang ia sudah tercapai. "Memang saya akui kehadiran saya dalam bidang seni juga bergantung pada tuah tetapi bukan bersandar kepada tuah semata-mata. Pencapaian kecil yang saya kecapi sekarang adalah kerana kerja keras dan komitmen yang saya curahkan untuk berada dalam bidang ini," katanya. Tasha juga tidak meletakkan sasaran berapa banyak job yang harus dia ambil dalam satu masa, asalkan dia mampu melaksanakan semua kerja yang diberi dengan sebaik mungkin. Kongsi Tasha lagi, dia juga menolak sebarang bentuk kontroversi atau kisah remeh-temeh sebagai senjata untuk membina namanya. Dia menganggap dirinya dikenali ramai kerana kerja dan bukan kerana kontroversi. "Saya sentiasa ingatkan diri fokus sebenar saya berada dalam bidang ini. Jadi, saya seboleh-bolehnya tidak mahu ada cerita-cerita panas atau kontroversi murah yang dikaitkan dengan diri saya," katanya senyum tetapi bernada serius. Pelakon filem Ratu The Movie itu juga sangat berbesar hati apabila orang ramai mengenalinya kerana sesuatu watak yang dilakonkannya dan bukan kerana kisah kontroversi. Tasha juga tanpa berselindung mengakui dia tidak memerlukan cinta pada masa terdekat ini. Dia juga menolak dakwaan kehadirannya dalam dunia seni semata-mata untuk mengejar insan bergelar VVIP. "Lakonan adalah kerjaya impian saya dan saya tidak mahu komitmen hubungan cinta akan merosakkan perkembangan kerjaya saya hanya kerana leka dengan permainan cinta," ungkapnya optimis. | ||
Cinta pada lakonan mengatasi segalanya Posted: 11 Dec 2011 06:38 PM PST MAKIN POPULAR...sudah membintangi banyak drama TV. MUTAKHIR ini banyak cerita kurang enak dikaitkan dengan dramatis yang sedang mencipta nama, Izreen Azminda Aznam. Ia termasuk kisah putus cintanya dengan pelakon Johan Ariff Asa'ri (Botak) serta merampas tunang orang. Sedikit sebanyak perkara itu membuatkan reputasinya terguris. Dalam berhadapan dengan kemelut itu, ada sedikit sinar dalam hati pelakon yang mula diminati ramai menerusi drama bersiri Juvana itu apabila bakat lakonannya lebih dinilai orang. Satu lagi berita gembira apabila timbul cerita mengatakan pemenang tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 ini bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati.
Ditemui pada satu sesi fotografi bersama Rap, baru-baru ini, pelakon kelahiran Kangar itu bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenainya. Waktu sama, dia mengharapkan tidak ada lagi pihak cuba mengaitkan atau bertanya mengenai isu kontroversi yang cuba digembar-gemburkan membabitkan isu putus cinta bersama Johan dan dikatakan merampas tunangan orang. | ||
Posted: 11 Dec 2011 06:36 PM PST Namun begitu, masih tersemat di dalam sanubari bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim kedua ini untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian. Cuma, sampai saat ini, impian itu belum lagi kesampaian. "Sudah lama juga saya mengimpikan untuk sekurang-kurang memiliki satu single baru, tetapi masih belum kesampaian. Insya-Allah tahun depan saya akan masuk studio semula," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Rasa Halal Laos & Thailand, baru-baru ini. Selain sibuk mengendalikan program terbabit, Farah juga mengacara program Nasi Lemak Kopi O, yang sedikit-sebanyak membataskan dirinya untuk kembali ke studio muzik. Tidak mahu bakat seninya terhakis tanpa sempat memiliki sebarang album, Farah berasakan inilah masa paling sesuai untuk dirinya kembali ke bidang yang diimpikan dulu. "Kalau dulu mungkin genre pop dan balada yang diketengahkan, tetapi kini saya akan lebih menitikkan soal pemilihan lagu agar bersesuaian dengan penampilan dan status saya sekarang. Mungkin saya akan pilih lagu ketuhanan kerana jika dilihat kepada keadaan sekarang, sudah ramai artis lama yang beralih kepada lagu sedemikian," terangnya. Pengalaman merakamkan lagu untuk program TV realiti, Ustazah Pilihan, berjudul Warisan Hawa membakar lagi semangatnya untuk kembali ke bidang nyanyian. Malah, Farah menyimpan impian untuk merakamkan lagu duet bersama penyanyi Yasin dan Sham Kamikaze yang dilihat mempunyai identiti tersendiri sebagai penyanyi lagu ketuhanan. "Saya ingin mempunyai produk sendiri walaupun hanya sekadar single. Saya juga sudah berhenti berlakon kerana ia memerlukan banyak masa di lokasi. Saya lebih sesuai menyanyi daripada berlakon," katanya. Tidak sabar bergelar ibu SELEPAS lebih enam bulan mendirikan rumah tangga, kehidupan Farah kini kian bahagia meskipun terpaksa berjauhan daripada suami yang menguruskan perniagaan di Pulau Pinang. Baginya, berjauhan daripada insan tersayang bukanlah masalah, malah rasa rindu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. "Masa bercinta dulu pun kami sudah berjauhan selama enam tahun, jadi ini bukanlah satu masalah. Bila sudah berkahwin ini, kami berasa lebih dekat walaupun jauh bahkan suami memberi keizinan kepada saya untuk keluar negara menjalani proses rakaman program ini," katanya. Sepanjang tempoh itu juga pasangan ini belum diberikan rezeki untuk memiliki cahaya mata, tetapi Farah sudah mula menggambarkan perasaannya menjadi ibu. Walaupun usia perkahwinan masih baru, namun pasangan ini sudah tidak sabar menanti kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka. "Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan kerana bagi kami, itu semua rezeki. Buat masa sekarang kami masih berusaha lagi ke arah itu," jelasnya. Bagaimanapun mahligai yang baru dibina terpalit kontroversi apabila ada pihak mendakwa Farah tidak melangsaikan hutang majlis perkahwinannya. Namun, dia menerima dugaan itu dengan sabar dan menjelaskan, ada pihak cuba memfitnah dan memburukkannya dengan dakwaan terbabit. "Saya sudah membuat bayaran hampir RM40,000 untuk kos katering kepada syarikat ini, tetapi bayaran itu tidak diserahkan kepada syarikat katering terbabit. "Malah syarikat katering itu cakap, mereka tak minta sebarang bayaran daripada saya sebab niat mereka hendak menaja makanan pada majlis kahwin saya. Saya tak tahu langsung niat murni katering itu, tetapi soalnya sekarang kenapa syarikat yang menerima bayaran itu membuat fitnah mengatakan saya tak bayar?" soalnya. Biar apapun tanggapan negatif orang terhadapnya, Farah tetap mempertahankan dirinya dan mahu bersemuka dengan pihak yang memfitnahnya itu. | ||
Tania Hudson Dihendap Peminat Fanatik Posted: 11 Dec 2011 06:35 PM PST DI sebalik ketenangan dan kejelitaan yang terpancar pada wajah milik pelakon Tania Hudson, rasanya tidak ramai yang tahu dia pernah menjalani pembedahan otak akibat menghidap penyakit Arteriovenous Malformation (AVM) tiga tahun lalu. AVM adalah sejenis gumpalan urat yang tidak normal tertumbuh di otak dan penyakit yang dialami pelakon berusia 26 tahun ini menjadi serius apabila berlaku pendarahan dalaman. Syukur kerana masih lagi dapat bernafas dan menjalani aktiviti harian seperti biasa, penderitaan lalu banyak mengajar anak kacukan Melayu-Inggeris ini menjadi seorang yang cekal dan berfikiran positif. "Saya pernah melalui saat-saat sukar dimana penyakit yang dihidapi berlaku sejak kecil lagi. Keadaan itu membuatkan jiwa saya kosong dan kemurungan. "Bagaimanapun, selepas pembedahan tersebut, barulah saya sedar dan bersyukur Tuhan masih memberi peluang baru serta harapan untuk saya terus hidup. Malah penderitaan yang dilalui itu memberi pengajaran besar buat diri sendiri. "Saya mula belajar kerana jangka hayat manusia sebenarnya amatlah pendek tanpa kita sedar dan ia berlalu dengan pantas. Maka bersiap sedialah bahawa nyawa kita boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Justeru itu, terimalah dugaan hidup yang sudah atau bakal dilalui dengan pemikiran yang positif. Gunakan peluang yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang berguna. "Yang penting, percayakan pada diri, seperti perumpamaan ini, bila kita ubah cara pemikiran maka kita boleh mengubah dunia," katanya yang bakal menyambung pengajian di bidang fesyen pada tahun depan. Tambah pelakon yang pernah membintangi drama Tiramisu ini, pemikiran yang positif juga perlu dimulakan dengan mengikis perasaan negatif dan pada masa sama membina semula keyakinan diri. Bagaimanapun tambahnya, untuk menjadi seorang yang berfikiran positif bukannya mudah dan sokongan daripada keluarga serta teman-teman rapat amat diperlukan. Cabaran Bakal muncul dengan filem terbaru, Ngorat, arahan Prof. A. Razak Mohaideen, tahun depan. Tania akui, perjalanan kerier lakonannya tidaklah selancar kakaknya, Natasha Hudson yang pantas meraih perhatian khalayak. Namun, dia tidak pernah berkecil hati apatah lagi cemburu dengan apa yang diraih kakaknya, malah Tania tidak kisah jika namanya sering dikaitkan dengan Natasha.Faham dengan situasi diri yang perlukan masa rehat lebih sejak menjalani pembedahan, Tania akur dengan tawaran yang kurang itu. "Selepas pembedahan tersebut, saya bersyukur kerana dapat hidup dengan lebih normal. Cuma masa rehat dan tidur yang diperlukan agak lama sedikit berbanding orang biasa. Kalau tak, mulalah penyakit asma menyerang, tak pun kepala saya akan sakit. "Hal tersebut membuatkan kerjaya lakonan saya sedikit terganggu dimana pihak produksi perlu bertoleransi dengan masalah saya lebih-lebih lagi mengenai masa kerja contohnya, tak bolehlah sampai ke Subuh. "Alhamdulillah, setakat ini mana-mana pihak produksi yang pernah bekerjasama dengan saya memahami keadaan ini." tuturnya yang juga tidak tahan dengan asap rokok. Peminat fanatik Walaupun populariti tidak sehebat kakaknya, Tania tetap dikenali masyarakat malah mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Jika tidak, tak adalah sampai dia menjadi mangsa hendap oleh seorang peminat fanatik lelaki selama seminggu. Kata Tania, lelaki yang berusia 20-an itu telah mengikuti Tania tidak kira di mana saja sama ada ketika di luar atau pulang ke rumah. "Lelaki tersebut mula mengganggu hidup saya selepas terserempak di sebuah bengkel kereta dan memberitahu bahawa dia merupakan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan saya. Tak sangka pula selepas itu dia muncul di hadapan rumah dan mengganggu saya dan ibu dengan menekan loceng rumah dengan kerap. "Tindakan lelaki itu menimbulkan perasaan takut dan bimbang tentang keselamatan diri. Saya turut diberi buah-buahan dan telah bercakap dengannya supaya pulang. Selepas beberapa hari melalui keadaan yang sama, saya terus membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya," katanya. Kejadian tersebut membuatkan Tania lebih peka dengan persekitaran dan memastikan dia sentiasa ditemani seseorang setiap kali keluar rumah, lebih-lebih lagi pada waktu malam. "Sekarang ini saya lebih berhati-hati dengan keadaan persekitaran. Harap pengalaman yang dilalui ini dapat menjadi pengajaran buat semua terutamanya wanita yang pulang dari kerja pada lewat malam," tuturnya. | ||
Ean Teruja Bekerja Dalam Tekanan Posted: 11 Dec 2011 06:35 PM PST BUKAN dia tidak kenal erti penat atau lelah tetapi personalitinya yang penuh dinamik dan hiperaktif itu adalah suntikan adrenalin buat lelaki bernama Ean ini untuk kekal bertenaga. Buktinya, menerusi kunjungan singkat penyampai radio hitz.fm ini ke Menara Star, baru-baru ini, kelincahan Ean cukup mewarnai sesi fotografi dan pertemuan kami. Sebagai pemula bicara kami, pemilik nama penuh Tengku Mohd Ean Nasrun ini mengakui pengalaman dan kerjaya dalam bidang penyiaran radio sejak enam tahun lalu adalah antara perkara terbaik dalam hidupnya. Kepuasan yang lahir secara menyeluruh itu, kata Ean bukan saja terzahir menerusi kerja dan pengiktirafan terhadap stesen radio berbahasa Inggeris nombor satu itu, malah lebih manis lagi apabila ia mendapat restu dan sokongan keluarga. "Saya cukup bertuah dengan fasa kehidupan yang saya lalui. Mungkin jika ditanya apakah perkara terbaik yang saya miliki, ia adalah kebahagiaan dan keindahan dalam hidup sejak kecil sehinggalah bergelar penyampai radio nombor satu. "Hidup saya bagai lengkap dengan kasih sayang keluarga dan memiliki apa sahaja yang diingini, malah saya melakukan perkara yang begitu saya cintai iaitu penyampaian radio. "Apa yang lebih manis lagi, apabila apa yang saya lakukan itu mendapat restu dan sokongan padu keluarga dan kasih sayang para pendengar," katanya. Terus rancak berkongsi ceritanya, anak lelaki tunggal dalam keluarga ini berkata pada tahap ini perasaan cintanya pada kerjaya di radio semakin mendalam dan dia hanya mahu melakukan tugasan itu selama yang boleh. "Saya sedar menjadi penyampai radio khususnya bagi segmen pagi yang didengar oleh para pendengar ketika mereka hendak keluar bekerja penuh dengan cabarannya. "Namun, semakin saya mendalami bidang ini, hati dan fokus saya semakin menebal sehingga saya hanya mahu tumpukan pada bidang ini sahaja pada waktu ini," katanya. Bertunjangkan alasan dan keterujaan itu jugalah, Ean berkata dia sanggup mengetepikan bidang pengacaraan di televisyen buat masa ini. "Selepas tiga tahun mengendalikan segmen pagi, pelbagai cabaran yang saya hadapi semakin mengukuhkan tumpuan dan perasaan sayang pada bidang radio. "Sebab itu, saya selesa untuk mengetepikan pengacaraan di televisyen kerana ingin memberikan 100 peratus fokus pada penyampaian radio," luahnya. Bagaimanapun, Ean mengakui sebagai manusia normal kelincahan yang diperagakan seawal pukul 6 pagi pada setiap hari bertugas itu tetap punya batasnya. Katanya, selepas seharian bekerja dengan penuh tenaga dan tumpuan, tubuh sasanya itu akan beransur penat menjelang petang. "Sekalipun saya sentiasa kelihatan lincah dan aktif, ia tetap punya batasnya kerana saya juga manusia biasa. "Selepas seharian bekerja dari seawal 6 pagi, momentum yang diberikan dalam tugas saya akan berkurangan pada sebelah petang, sekaligus memberi petanda bahawa saya memerlukan rehat sebelum menyambung semula tugasan pada keesokan hari," terangnya. Teruja bekerja di bawah tekanan Kami anjakkan pula perbualan pada pengalaman bekerja di konti radio berbahasa Inggeris yang kekal nombor satu selepas 11 tahun itu, Ean berkata berada di kedudukan pertama tidak semudah yang disangkakan. Tambahnya, apa yang lebih memberikan tekanan adalah untuk mengekalkan kedudukan dan momentum tersebut, khususnya bagi segmen keramat kendaliannya, Hitz.fm Morning Crew with JJ & Ean. "Bergelar stesen radio nombor satu adalah satu perkara tetapi untuk mengekalkan kedudukan itu adalah satu tanggungjawab besar buat kami di hitz.fm. "Mujurlah, kami dilengkapi oleh pasukan individu yang berpengalaman dalam bidang penyiaran radio seperti Jake Abdullah dan Raqeem Brian yang sentiasa menitikberatkan soal kandungan program dan gaya penyampaian agar seiring dengan keadaan dan selera semasa," katanya. Ean berkata, atas dasar itu jugalah, dia sudah terbiasa dengan persekitaran kerja di bawah tekanan yang tinggi daripada pihak pengurusan radio tersebut. Malah, dia turut mengakui berasa puas dan teruja dengan tekanan berterusan yang dihadapinya bagi mengekalkan prestasi dan momentum di radio. "Tugasan di konti radio bukan semudah yang disangka terutama bagi penyampai untuk segmen pagi seperti saya. Selain pengorbanan waktu yang memerlukan saya bangun seawal 4.30 pagi dan tidur awal, saya juga perlu sentiasa kreatif ketika bertugas. "Mengacara di televisyen dan menjadi penyampai radio adalah berbeza. Jika di televisyen, tumpuan penonton boleh dialihkan pada visual tetapi untuk menarik perhatian pendengar, seseorang penyampai itu perlu kreatif, lincah, bijak dan teliti pada setiap saat," akuinya. Obses sukan tinju Sisi hiperaktif yang dimiliki oleh Ean sebenarnya punya rahsia di sebaliknya. Katanya, sikap obses terhadap sukan tinju dan seni mempertahankan diri adalah kunci asas yang membuatkan dirinya bertenaga dan segar. "Sejak remaja lagi saya memang obses pada aktiviti-aktiviti fizikal yang lasak seperti sukan tinju dan seni mempertahankan diri. "Kegilaan saya terhadap aktiviti fizikal yang lasak ini bermula sejak saya menonton filem Rocky dan pertandingan Ultimate Fighting Champisonship (UFC) . Aktiviti-aktiviti fizikal ini menjadikan diri saya semakin sihat dan aktif," katanya. Kongsi Ean, sikap obses terhadap aktiviti fizikal itu juga pernah membuatkan dirinya terlalu cenderung melakukan rutin senaman di gimnasium untuk membina otot secara mendadak. "Bayangkan, sikap obses pada aktiviti fizikal ini pernah membuatkan diri saya ketagih melakukan senaman di gimnasium untuk membina otot secara keterlaluan sebelum ini. "Namun, kini selepas melihat perubahan pada fizikal ini, saya berpuas hati dan terus aktif melakukan pelbagai bentuk seni mempertahankan diri seperti silat, tinju, jujitsu secara konsisten," katanya. | ||
Shaheizy Sam Berhabis RM4 ribu Untuk Landskap Taman Posted: 11 Dec 2011 06:34 PM PST AKTOR popular Shaheizy Sam yang mesra disapa Sam cukup bertuah kerana mempunyai kelompok peminat yang sangat menghargai kerja lakonannya. Bukan saja dia menerima pelbagai bentuk hadiah, malah undian peminat ini juga membolehkan dia bergelar Artis Paling Popular 2010. Bagaimanapun, populariti mendadak ini tidak sama sekali melalaikan Sam untuk berbangga atau mendabik dada. Sebaliknya, kejayaan itu membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk dan kata-kata serta merendah diri. Dalam pertemuan OopStarz! bersama aktor ini di kediamannya, baru-baru ini, pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaru iaitu Songlap bermula 15 Disember ini, Sam sempat berkongsi 10 barangan kesayangannya untuk tatapan pembaca. Mari kita lihat satu persatu barangan peribadinya yang merangkumi trofi anugerah, peti syiling 50 sen, koleksi barangan karakter The Joker, jam tangan dan landskap taman yang dibina dengan titik peluhnya sendiri. Apa ceritanya setiap barang ini? Sama-sama kita intai dalam zoom!!! minggu ini. Trofi Sam sangat menghargai sebarang pengiktirafan yang diberikan kepadanya. Dia menganggap trofi Anugerah Yasmin Ahmad di Anugerah Skrin 2010, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) dan terbaru Pelakon Lelaki Terbaik FFM24 sebagai pengiktirafan industri atas lakonannya. Baginya, semua orang berlakon tetapi tidak mudah untuk diiktiraf. Sementara itu, trofi Artis Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang dimenanginya, April lalu sebagai paling berharga kerana walau sehebat mana seorang pelakon itu berlakon, belum tentu individu berkenaan akan diiktiraf di mata peminat. Sebab itu, Sam sangat menghargai kesudian peminat yang sentiasa menyokong kerja seninya. Aksesori komputer riba Aksesori yang ditampal di atas permukaan komupter ribanya ini cukup istimewa kerana ia dihasilkan olehnya sendiri. Menurut Sam, dia menghabiskan masa selama lebih seminggu untuk melekatkan satu persatu biji batu Swarovsky itu sehingga menjadi satu corak. Walaupun kerjanya rumit, Sam puas melihat hasilnya kerana penelitian yang ditumpukan ke atas kerja-kerja membakar gam batu itu, melekat dan menyusun satu persatu batu itu memberikan satu kepuasan. Aksesori itu sudah tiga tahun melekat pada komputer ribanya. Landskap taman Adik kepada aktres Zizie Ezzette ini mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkan landskap taman di depan rumahnya. Walaupun terpaksa berhabis sekitar RM4,000 untuk kos barang-barang dan pemasangan, Sam akui berpuas hati kerana landskap itu dibangunkan dengan titik peluhnya sendiri. Kalau hendak tahu, landskap ini baru sahaja dibina oleh Sam ketika menghabiskan cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Dia sendiri yang melakukan kerja-kerja mengecat, memasang perabot dan memacakkan tiang lampu di taman ini. Gitar Gitar dan muzik adalah sebahagian daripada hidup Sam. Kongsi bekas anggota kumpulan M.O.B ini, setiap perkara yang dilakukan adalah berlatarkan muzik. Justeru itu, gitar ini boleh diumpamakan seperti teman sunyi dan ketika masa senggang pada waktu kerja. Setiap kali dia memetik gitar itu, ia seolah memberikan idea untuk menghayati watak atau filem yang dijayakannya dalam satu-satu masa. Gitar ini adalah koleksi terbarunya yang dibeli kurang sebulan yang lalu dengan harga RM1,600. Peti syiling 50 sen Peti syiling yang kelihatan seperti peti harta karun ini tersimpan wang syiling 50 sen yang dikumpulnya sejak setahun yang lalu. Idea untuk menyimpan syiling itu tercetus selepas dia memikirkan kepentingan untuk menabung yang tidak pernah menjadi kenyataan sejak kecil lagi. Kata Sam, dia mengumpulkan syiling itu dengan pelbagai cara seperti menukarkan wang kertasnya di kaunter parkir dan meminta daripada keluarga dan teman-teman rapat. Malah, rakan-rakannya yang mengetahui hobi itu sering memberikan syiling 50 sen mereka kepada Sam setiap kali berkunjung ke rumah. Sam akui, apabila syiling itu sudah terkumpul sebanyak itu, terbit pula rasa sayang kepadanya untuk menukarkannya di bank. Mungkin dia akan simpan saja syiling itu untuk dijadikan khazanah, katanya. Koleksi memorabilia Joker Sam sangat mengagumi karakter Joker daripada filem Batman kerana ia menyuntik idea dan semangat kepadanya dalam lakonan. Apabila dia kebuntuan ilham untuk menghayati karakter lakonannya, Sam akan menonton DVD filem itu atau membelek-belek kemeja T, patung atau pun merenung ke arah poster karakter tersebut sebagai sumber inspirasi. Bagi Sam, kejayaan karakter antagonis Joker itu membuktikan bahawa semua pelakon boleh menjadi pelakon yang hebat kerana aktor Heath Ledger sudah membuktikannya kepada dunia dalam filem The Dark Knight. Semua memorabilia ini dibeli sendiri oleh Sam kira-kira dua tahun lalu. Hadiah peminat Sam mengakui dia sangat menghargai apa sahaja barangan atau hadiah pemberian daripada para peminat. Tidak kira apa juga betuk hadiah yang diberikan kepadanya, Sam sangat tersentuh dengan keikhlasan para penyokongnya. Kata pelakon filem Kongsi ini, peminat tiada pertalian darah dengannya tetapi sokongan dan kasih sayang yang mereka tunjukkan itu buat dia terharu. Antara beberapa hadiah pemberian peminat yang sempat dikongsikan termasuk bantal,bingkai gambar, bunga, kemeja T, alas tilam dan perhiasan kapal layar. Cermin mata Memang banyak sungguh koleksi cermin mata yang dimiliki oleh aktor ini. Semua cermin mata ini bukan untuk melaram semata-mata tetapi setiap satunya mempunyai kuasa kanta kerana dia memang seorang yang rabun. Cerita Sam, sebenarnya sejak kecil dia memang mengalami masalah rabun jauh. Memandangkan Sam takut untuk menggunakan kanta lekap, sebab itu dia membeli pelbagai cermin mata yang mempunyai rekaan berbeza-beza untuk disesuaikan dengan penampilannya. Sehingga kini, dia sudah mempunyai lebih 20 unit cermin mata. Jam tangan Jam tangan berjenama Jaguar ini sangat sentimental buat Sam. Apa tidaknya, ia adalah jam tangan pertama yang dibeli oleh Sam dengan wang lakonannya sendiri. Dibeli dengan harga RM1,000 di pusat beli-belah Sunway Pyramid, wang itu diperoleh daripada hasil lakonannya dalam drama bersiri 52 episod, Rumah Ayah pada 2001. Kunci kereta Kunci kereta terbarunya, Nissan Teana ini juga mempunyai nilai tersendiri dalam hati anak bongsu dalam keluarga ini. Sam berkata kunci kereta ini cukup bernilai kerana ia adalah hadiah yang dimenanginya daripada ABP2010 yang lalu. Bagi Sam, hadiah kereta yang dimenanginya datang daripada undian peminat. Ia membuatkan Sam sedar bahawa bukan semua artis berpeluang untuk mendapat pengiktirafan di hati peminat. Segala susah-payah dan pengorbanan peminat yang tidak henti-henti mengundi namanya sehingga memenangi trofi dan kereta ini tidak terbalas oleh dirinya. "Saya selalu berasa diri ini seperti pasukan bola sepak, di mana peminat akan menyokong sepenuhnya tetapi apabila saya menang hadiah dan trofi mereka tidak dapat apa-apa pun melainkan kepuasan melihat kejayaan saya. Hakikat itu menyentuh perasaan dan membuatkan saya amat menghargai peminat," akuinya. | ||
Julie Woon pentingkan penjagaan rambut Posted: 11 Dec 2011 06:33 PM PST WALAUPUN berambut tidak terlalu panjang, pengacara Take Me Out!, Julie Woon tetap menitikberatkan penjagaan rambut agar sentiasa cantik dan sihat. Ini kerana baginya, keadaan rambut pada suatu masa itu menjadi penentu keyakinannya sebelum melakukan sesuatu perkara.Kata Julie, rambut merupakan anggota yang paling penting kerana ia diibaratkan sebagai mahkota wanita. Rambut boleh menampakkan seseorang itu selekeh atau kasual dan ia bahagian yang paling sukar untuk dikekalkan kecantikannya. "Bahagian rambut juga mampu memberi kesan kepada tahap keyakinan seseorang. Saya akan berasa terlalu cantik selepas keluar dari salun rambut kerana selepas membuat rawatan." katanya kepada OopStarz! Julie agak beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk merawat rambutnya. Dia mendapat tajaan dari salon kecantikan Shawn Cutler, Jalan Telawi, Bangsar bermula awal tahun lalu dan boleh mendapatkan khidmat salun itu pada bila-bila masa. "Kebiasaannya, saya akan ke Shawn Cutler apabila mempunyai tugasan dan acara di luar sekurang-kurangnya seminggu sekali. "Servisnya bagus malah pendandan rambut di situ juga banyak memberikan nasihat tentang gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tidak sewenang-wenangnya mengikut citarasa saya 100 peratus. "Jika potongan yang diinginkan tidak sesuai dengan wajah, mereka tidak akan buat dan semestinya saya mempercayai mereka. "Saya juga akan memotong rambut setiap bulan atau dua bulan sekali jika ingin mempercepatkan rambut panjang. "Selain itu, saya akan melakukan rawatan kulit kepala untuk menguatkan akar rambut kerana semua debu dan kekotoran yang melekat di kulit kepala akan memberi kesan buruk kepada akar rambut," katanya. Mendapatkan rawatan di salun tidak memadai baginya kerana Julie tetap akan mencuci rambutnya di rumah setiap hari. "Saya perlu mencuci rambut setiap hari kerana memiliki rambut yang berminyak. Jika ada yang berambut kering, saya rasa mereka boleh mencucinya selang dua hingga tiga hari sekali. "Saya juga memilih syampu yang sesuai dan sering bertukar-tukar syampu selepas menggunanya beberapa bulan agar kulit rambut tidak serasi dengan satu jenis syampu sahaja," katanya yang sedang menggunakan syampu jenama Kadus. Julie yang gemar bermain tenis dan berenang di waktu lapang turut berkongsi tip sebelum berenang. "Sebelum berenang, saya akan meletak perapi rambut terlebih dahulu untuk melindungi rambut dari terdedah dengan klorin," ujarnya. | ||
Posted: 11 Dec 2011 06:33 PM PST JAKARTA: Penyanyi Dewi Sandra selamat melangsungkah perkahwinan buat kali ketiganya dengan jejaka bernama Agus Rahman di Jakarta Selatan, Ahad. Bagaimanapun acara yang dilangsungkans acara tertutup itu tidak membenarkan mana-mana media untuk membuat liputan. Seperti dipetik DetikHot, lokasi pernikahan itu kelihatan beberapa jambangan bunga dari beberapa orang penyanyi dan syarikat rakaman seperti Universal Music dan Sony Music. Penyanyi ini sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Surya Saputra dan pernikahan kedua dengan penyanyi Glenn Fredly yang berakhir dengan penceraian. | ||
Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara Posted: 11 Dec 2011 06:31 PM PST KISAH dua budak botak yang nakal tetapi bijak bernama Upin dan Ipin kini menjadi satu fenomena terutama di kalangan kanak-kanak di negara ini bahkan hangat diperkatakan di negara-negara jiran termasuk Indonesia. Bersesuaian dengan musim cuti sekolah, Jabatan Muzium mengadakan pameran bertemakan Jejak Upin dan Ipin dengan kerjasama Les'Copaque Production. Pegawai Perhubungan Media Les'Copaque, Mohd Zarin Abdul Karim berkata, pameran diadakan berikutan sambutan yang menggalakkan terhadap siri animasi itu. "Kami sering menganjurkan karnival Upin dan Ipin secara bergerak ke seluruh negara sebelum ini namun mendapat permintaan untuk diadakan secara tetap. "Antara mereka mahu melihat di sebalik pembikinan siri animasi ini menyebabkan kami menghasilkan idea untuk mengadakan pameran yang lebih meluas. "Secara tidak langsung, ia menjadi aktiviti utama masyarakat seisi keluarga terutama kanak-kanak sempena cuti sekolah," katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini. Mohd Zarin berkata, Les'Copaque memberikan satu kelainan kepada pengunjung di mana selain melawat muzim, mereka juga mendapat maklumat di sebalik industri animasi khususnya pembikinan siri Upin dan Ipin. "Kami mahu memberikan pengalaman sebenar kepada pengunjung yang selama ini hanya melihat watak-watak animasi menerusi televisyen dan majalah. "Kebiasaannya ibu bapa sering membawa anak-anak mereka ke taman tema tetapi menerusi pendekatan baru dalam Jejak Upin dan Ipin, kami membantu mereka menyelami suasana itu," katanya. Beliau menambah, tarikan khas iaitu replika Rumah Opah memberikan peluang kepada pengunjung merasai pengalaman berada dalam suasana animasi popular itu. "Selain itu, kami turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik melibatkan maskot Upin dan Ipin termasuk jualan produk jenama animasi itu. "Pengunjung juga berpeluang untuk bergambar dengan maskot sebagai kenangan musim cuti sekolah akhir tahun," kata Mohd Zarin lagi. Pengunjung seolah-olah dibawa berimaginasi mengembara dalam siri animasi Upin dan Ipin di samping mendapatkan maklumat pembikinan dari penulisan skrip, seni konsep, papan cerita, rekaan cerita, karakter sehingga ke rakaman suara. Pameran Jejak Upin dan Ipin kini berlangsung di Muzium Negara sehingga 31 Disember ini dengan pas masuk RM12 untuk dewasa (pemegang MyKad) dan RM20 (tanpa MyKad) manakala kanak-kanak RM6 (MyKad) dan RM10 (tanpa MyKad). Setiap pengunjung layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan menyertakan pas masuk dan pemenang akan diumumkan pada setiap Ahad. | ||
Posted: 11 Dec 2011 06:30 PM PST SIASAT...anggota polis memeriksa tempat kejadian mangsa dibunuh di Jeti Maling, dekat Dataran Sibu Fasa II. SIBU: Lima kesan tikaman termasuk empat di dada dan satu di leher dipercayai menggunakan pisau ditemui pada tubuh seorang wanita yang menanggung azab lebih sejam sebelum menemui ajal di Jeti Maling, berdekatan Dataran Sibu Fasa II, malam kelmarin. Mangsa dipercayai diserang sebelum diheret ke dalam semak di kawasan itu. Sebelum kejadian, mangsa, Chiew Ming, 40, bersendirian menunggu feri untuk pulang ke rumah keluarganya di Sungai Bidut, sebaik selesai kerja, jam 8 malam.
Berikutan itu, dia yang dibantu orang ramai kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui mangsa dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan berlumuran darah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis. | ||
Posted: 11 Dec 2011 06:30 PM PST KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita warga emas tergamak membelasah menantu perempuannya dengan batang kayu, selain mengugut mahu membunuh mangsa sebelum menghalau wanita terbabit dari rumahnya, Rabu lalu. Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku apabila warga emas berusia 60-an terbabit tidak menyukai sikap menantunya berusia 34 tahun yang tinggal bersama sejak tiga tahun lalu, sebelum bertindak luar kawalan membelasah mangsa di rumahnya di Jinjang. Pada mulanya, mangsa dikatakan bertengkar dengan ibu mentuanya sebelum kejadian bertukar ganas menyebabkan mangsa terpaksa melarikan diri bersama anak perempuannya berusia setahun dan menumpang di rumah seorang rakannya.
| ||
Posted: 11 Dec 2011 06:29 PM PST DUKUNG... anggota Rela, Vejaya Kumar mengusung warga Afrika yang cedera selepas terjun dari tingkat 2 ketika mengelak ditahan dalam operasi, semalam. MANTIN: Tindakan 'berani mati' seorang pelajar kolej swasta warga Afrika nekad terjun dari tingkat dua sebuah kondominium, di sini bagi mengelak dicekup mengundang tragedi apabila patah kaki dalam satu serbuan, semalam. Dalam Ops Ajar bermula jam 8 malam, lelaki berusia 26 tahun itu panik melihat kehadiran penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Rela sebelum nekad terjun dari tingkat dua dalam usaha melarikan diri. Namun, warga Nigeria itu ditemui terbaring akibat patah kaki kiri dan pemeriksaan lanjut mendapati dia tinggal lebih masa di negara ini.
Serbuan di rumah itu mendedahkan mereka anggota kumpulan 'African Scam' yang dipercayai bergiat aktif memperdaya mangsa sejak beberapa tahun lalu. | ||
Suami cemburu upah samseng belasah peniaga Posted: 11 Dec 2011 06:28 PM PST DI SINI...Mohammad menunjukkan longkang tempat dia ditinggalkan selepas dibelasah. KAJANG: Akibat cemburu buta, seorang peniaga menerima lapan jahitan di kepala selain lebam dan bengkak di seluruh badan selepas dibelasah lebih 20 lelaki di gerai makan miliknya sebelum ditinggalkan dalam longkang beberapa meter dari tempat kejadian di Taman Kajang Mewah, di sini, Ahad minggu lalu. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Mohammad Hanapiah, 49, sedang berniaga bersama anak lelakinya berusia 24 tahun sebelum didatangi kumpulan suspek terbabit.
"Ada antara penyerang itu membawa parang serta kapak dan menetak kepala saya tanpa belas kasihan walaupun sudah tersungkur atas tanah.
Bagaimanapun, katanya, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengerusi pertubuhan itu dan tidak menjalin hubungan sulit dengan wanita terbabit.
"Sedangkan berjumpa berdua dengan isterinya saya tidak pernah, inikan pula menjalin hubungan sulit," katanya.
| ||
Pesona Jennifer pukau Santiago Posted: 11 Dec 2011 06:26 PM PST SENTIASA RIANG...Jennifer melambai ke arah peminat ketika kru kamera merakam aksinya. PERTUNJUKAN FESYEN...antara aksi menawan janda Marc Anthony. NAMPAKNYA Jennifer Lopez menemui peluang terbaik untuk mempamerkan bentuk tubuhnya yang menggoda ketika menyertai program mencari bakat terbarunya. Ketika muncul di khalayak ramai baru-baru ini, ternyata kaki Jennifer menjadi satu daripada aset utama dan menjadi perhatian ramai. Penyanyi itu menayangkan anggota tubuhnya dalam set pakaian singkat ketika
Jennifer, 42, menjalani penggambaran untuk program realiti televisyen dikendalikannya, Q'Viva! The Chosen. Program itu menumpukan usaha mencari bakat baru dalam bidang seni di seluruh Amerika Latin. | ||
Nasim buka cawangan di Sungai Petani Posted: 11 Dec 2011 06:25 PM PST KEMBANG BISNES...Anand (kiri) bersama Pengarah Urusan Le French Lifestyle, Ooi Choon Kim (tiga dari kiri) merasmikan Pusat 3S di Amanjaya. MENYEDARI permintaan tinggi terhadap kereta jenama Peugeot, Nasim Sdn Bhd (Nasim) mengorak langkah dengan membuka pusat perkhidmatan dan jualan, Peugeot Blue Box yang baru di Sungai Petani, Kedah sambil menyasar jualan 20 unit sebulan. Ia yang juga dikenali sebagai Pusat 3S itu dimiliki dan dikendalikan Le French Lifestyle Sdn Bhd adalah premis terbaru selepas Melaka, Kota Bahru, Kelantan; Balakong, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah.
Menurutnya, pihaknya juga berasa bangga apabila 2011 dianggap sebagai tahun kejayaan buat Peugeot apabila buat julung kali jumlah jualan kenderaan jenama berkenaan berjaya mencecah sehingga 5,000 unit setakat November lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran pembukaan Peugeot Blue Box di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini. | ||
Posted: 11 Dec 2011 06:23 PM PST REHAT...Asman ditemani sukarelawan melepaskan penat. SEPANJANG sejam berbual dengan Mohd Asman Iljam, 40, penulis bukan saja rasa kagum tetapi turut 'malu'. Bukan apa, Asman yang sukar berjalan dengan baik akibat masalah palsi serebrum sejak kecil (iaitu keadaan membuatkan otot menjadi lemah) berlatih menaiki tangga di rumah pangsanya sehingga ke tingkat 17. Bukan sekali, tetapi dua hingga empat kali sehari! Apabila hujan lebat, dia sedikit muram kerana tidak dapat bersenam. Namun wajahnya akan kembali ceria jika ibunya, Roslia Mahmud, membenarkan dia berlatih walaupun sekali. Semangat dan tekad Asman memang kuat. Baginya apa sangatlah tangga setinggi 15 tingkat itu jika hendak dibandingkan dengan cabaran yang bakal dilalui di Gunung Kinabalu. Dek semangat itulah juga, dia berjaya menawan puncak gunung kemegahan negara itu dalam Ekspedisi Pendakian Di Luar Kemampuan Gunung Kinabalu pada 13 hingga 17 Oktober lalu bersama 18 orang kelainan upaya (OKU) dengan ditemani dua doktor dari Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park serta 99 sukarelawan Kelab Rotary.
Gejala AMS teruk pula ialah: Antara gejala AMS teruk ialah: "Individu yang mengalami AMS perlu dirawat segera. Cara terbaik ialah turun ke paras lebih rendah secepat mungkin. Jangan teruskan mendaki jika mengalami gejala yang disenarai di atas. Selain berehat, pesakit boleh diberikan bekalan oksigen, paracetamol atau ubat lain. "Berita baiknya, ia boleh dicegah dengan mendaki perlahan-lahan, elakkan minum minuman beralkohol, makan sedikit sedikit tetapi kerap dan mengambil ubat seperti acetazolamide dan dexamethasone. "Panduan mudah - berhenti apabila penat dan jika ada gejala, berhenti dan berehat. Namun paling penting ialah mempunyai cukup persediaan (latihan) sebelum mendaki," katanya. | ||
Posted: 11 Dec 2011 06:17 PM PST BUKAN MUDAH...institusi perlulah meletakkan diri dalam kedudukan terbaik bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai berprestij termasuk oleh masyarakat antarabangsa. DI sebalik kemegahan masyarakat global mengiktiraf kebanyakan universiti ternama dunia, ada segelintir pihak kurang bersetuju dengan alasan wujudnya diskriminasi selain ketidakadilan dalam membuat penilaian. Antara alasan paling kukuh ialah pengiktirafan itu hanya memberi fokus pada segelintir universiti dan bukan secara keseluruhan terutama membabitkan institusi kurang terkenal, tetapi mempunyai reputasi baik. Ketidakadilan itu juga sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli akademik kerana bakal mewujudkan situasi kurang sihat yang memungkinkan usaha memartabatkan dunia pendidikan terganggu.
| ||
Revolusi telefon pintar Motorola Posted: 11 Dec 2011 06:16 PM PST SELEPAS lama menyepi, syarikat teknologi Motorola Mobiliti Inc. tampil memperkenalkan produk telefon bimbit pintar terbaru mereka, Motorola RAZR dengan tawaran fungsi lebih eksklusif dan dinamik. Masih kekal bersama platform RAZR, model itu dilihat bakal menyaingi pelbagai jenama peranti telekomunikasi moden yang banyak terdapat di pasaran. Menurut Pengarah Kanan Bahagian Jualan, Motorola Mobiliti Asia Selatan, Robert van Tilburg, pengenalan gajet itu merupakan lanjutan daripada kecemerlangan model RAZR sebelum ini. ''Selepas mencatat jualan terbaik untuk model terdahulu, kini Motorola RAZR kembali dengan reka bentuk lebih bergaya dan berkuasa. ''Mereka yang mahu mencabar diri menikmati pengalaman telekomunikasi terbaik pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki model ini,'' katanya. Motorola RAZR hadir bersama reka bentuk unik yang sangat ringan dan nipis iaitu hanya 7.1 milimeter (mm). Lengkungan luarnya diperbuat daripada potongan aluminium berlian yang dibangunkan bersama material keluli tahan karat dan fiber KEVLAR. Tidak cukup dengan itu, peranti kawalan sentuh penuh itu turut mengaplikasi teknologi skrin AMOLED termaju bersaiz 4.3 inci dengan kualiti kukuh tahan calar Corning Gorilla. Menerusi fungsi antara muka yang lebih intuitif, Motorola RAZR membenarkan pelbagai aplikasi diaktifkan secara serentak pada satu-satu masa. Bagi spesifikasi teknikalnya pula, model tersebut dipacu oleh pemproses dua teras 1.2GHz dan RAM DDR2 1GB dengan sokongan sistem operasi terpantas iaitu Android 2.3.5. Lebih menarik lagi, ia tersedia bersama aplikasi Motorola MotoCast untuk akses kepada komputer peribadi secara terus daripada telefon bimbit bagi membolehkan pengguna mencari serta memuat turun fail atau media kegemaran mereka. Fungsi kameranya juga tidak menghampakan kerana dilengkapi resolusi lapan megapiksel dan boleh merakam video definisi tinggi (HD) 1080p. Dengan segala kelebihan itu, Motorola RAZR telah pun memasuki pasaran Malaysia dengan tawaran harga RM1,999. | ||
Peralatan teknologi mengesan terkini Posted: 11 Dec 2011 06:15 PM PST PENGELUAR peralatan makmal terkemuka dunia, Agilent Technologies Inc baru-baru ini melancarkan tiga produk baru iaitu FTIR spektrometer paling kecil dan ringan di dunia iaitu - Agilent Cary 630 Fourier Transform Infrared Spectrometer. Peralatan analisis pertama yang menggunakan udara - Agilent 4100 Microwave Plasma-Atomatic Emission Spectrometer dan sistem spektrometer jisim/komatografi gas (GC/MS) berasaskan peralatan gas kromatografi paling laris di dunia - Agilent 7200 Q TOF. Peralatan untuk mengukur bahan bioanalitikal terkini akan membantu saintis dan ahli kimia menjalankan penyelidikan dan analisis pelbagai industri termasuk kimia, farmaseutikal dan akademi pada aplikasi meliputi makanan tiruan, keselamatan makanan, alam sekitar dan ujian tenaga. Pengurus Negara, Analisis Kimia dan Sains, Agilent Malaysia, Soh Lam Seng berkata, mempertingkatkan kualiti makanan dan alam sekitar memainkan peranan penting ketika ini. "Oleh itu lebih ramai pelanggan dan rakan penyelidik mahukan peralatan yang lebih canggih dan inovatif bagi memenuhi keperluan mereka hari ini dan masa akan datang. "Pihak kami gembira dapat mempamerkan peralatan baru bagi membantu rakyat negara ini memajukan dunia sains," katanya semasa ditemui di Pameran LabAsia 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Malah apa yang lebih menarik Agilent Cary 630 FTIR mempunyai perisian intuitif yang membantu pengguna menerusi setiap langkah operasi dan menganalisis sampel dengan tepat dengan hanya beberapa saat. Peralatan berkenaan amat sesuai bagi kawalan kualiti atau analisis kualiti (QA/QC) dalam industri kimia dan farmaseutikal atau penyelidikan akademik atau pengajaran di makmal. Ia juga boleh digunakan bagi pelbagai aplikasi terutama mengesan ketulenan sarang burung yang menjana pendapatan berjuta Ringgit Malaysia (RM). Menggunakan Agilent Cary 630 FTIR, sarang burung tiruan boleh dikesan hanya beberapa saat. "Caranya mudah, hanya letakkan sampel sarang burung di hujung pengesan dan dalam beberapa saat bacaan telah diperoleh. "Malah operator yang menggunakannya tidak memerlukan tenaga mahir," katanya. Ini dapat mengurangkan kes-kes penipuan berkaitan dengan sarang burung tiruan memandangkan harganya yang mencapai ribuan ringgit sekilogram. "Secara tidak langsung dengan membekalkan sarang burung tulen kepada negara China, ia akan memberikan pendapatan kepada negara," katanya. Sebelum ini terdapat kes membabitkan pengeskport sarang burung tiruan yang didakwa datangnya dari negara ini. Lam Seng berkata, sehingga kini terdapat beberapa pengusaha dan pembekal sarang burung telah membeli dan menggunakan alat berkenaan. Selain itu, Agilent 4100 MP-AES pula merupakan peralatan yang bakal mengubah cara saintis mengendalikan analisis asas. "Sekarang hampir semua analisis menggunakan gas yang mahal tetapi mesin terbaru ini dijana hanya memerlukan udara," katanya. Disebabkan ia tidak memerlukan gas mudah terbakar atau mahal, peralatan berkenaan amat sesuai dan selamat digunakan bagi makmal analisis asas terutama di kawasan terpencil, makmal mudah alih dan operasi yang mengambil masa singkat serta kurang penyelenggaraan. Menggunakan teknologi gelombang mikro, peralatan berkenaan menawarkan masa pengesanan lebih pantas berbanding peralatan sebelumnya. Mesin ini juga mudah digunakan tanpa memerlukan latihan serta tidak memerlukan penentu ukur semula. Manakala Agilent 7200 Q-TOF bagi GC/MS sesuai bagi menganalisis kompaun sasaran yang diketahui atau tidak dikenali dalam aplikasi yang lebih mencabar seperti keselamatan makanan, penyelidikan produk semulajadi, analisis alam sekitar, pengesanan dadah pada ahli sukan dan penyelidikan tenaga. | ||
Bersembang dengan robot jelita Posted: 11 Dec 2011 06:14 PM PST
MEMPUNYAI susok tubuh, tekstur kuli t dan gerak badan seakan manusia tetapi ia sebenarnya bukan manusia. Jika dahulu robot adalah mesin-mesin yang bergerak mengikut arahan komputer bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang rumit, tetapi kini ia menyerupai manusia dan boleh berkata-kata. Fenomena robot 'hidup' itu kini semakin berkembang di Jepun. Ia digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan seperti menjaga kaunter maklumat dan sebagai pemandu pelancong. Itu kelebihan yang terdapat pada robot wanita bernama Actroid yang telah dicipta oleh sebuah syarikat pembangunan robotik di Jepun - Kokoro Company Limited. Nama Actroid adalah gabungan dua perkataan iaitu Actor (pelakon) dan Android (teknologi yang digunakan). Hasil usaha keras dan kerjasama para jurutera Jepun, Actroid berjaya dihasilkan menerusi kombinasi beberapa bidang utama iaitu sains, teknologi dan artistik seperti biologi serta anatomi. Bagi mereka yang pertama kami bersemuka dengan robot pintar ini pasti akan menyangka ia adalah manusia sebenar. Binaan artistik robot Actroid ini yang sangat terperinci sehingga ia hampir menyamai manusia. Kesempurnaan itu dapat dilihat pada perjalanan otot anggota badan yang lembut dan lancar seperti kelipan mata dan pergerakan mulut ketika bertutur. Antara bahagian tubuh yang paling ketara menyamai manusia adalah rambut, mata, gigi, tangan, kaki, bentuk tubuh dan dandanan termasuk juga suara. Bentuk badannya pula dibina dengan penuh teliti dengan setiap sudut dan aspek dipastikan menyerupai manusia sebenar. Untuk bahagian tangan, ia menggabungkan dua mekanisme utama iaitu komponen mekanikal bagi tujuan pergerakan dan bahagian luarnya diperbuat daripada material lembut. Bagi mewujudkan kesan pergerakan otot di bahagian lengan, silinder tekanan udara digunakan sebagai penyambung. Keunikan lain yang terdapat pada Actroid ialah, kulitnya dihasilkan daripada bahan silikon yang sama seperti yang digunakan dalam bidang perubatan kulit. Untuk bahagian di sekeliling mulut pula satu lengkungan khas telah dibina. Ia bagi membolehkan Actroid melemparkan senyuman dan mengeluarkan pelbagai ekspresi secara natural. Bagi operasi pergerakan dan memberikan tindak balas, Actroid akan melalui proses ujian percakapan di dalam studio khas. Ia bertujuan memastikan apa yang ditutur selari dengan pergerakan badan dan tangannya. Orang ramai yang ingin berinteraksi dengan Actroid perlu bercakap menggunakan mikrofon pada kotak operasi yang terletak bersebelahan sebelum menerima sebarang respons daripadanya. Actroid boleh ditemui pada pameran Encyclopedia of The Actroid di Pusat Sains Negara (PSN) yang bertujuan mendedahkan teknologi robotik kepada rakyat negara ini terutama para pelajar. "Matlamatnya ialah membawa masyarakat terutama pelajar sekolah dan universiti untuk mengenali dan mendekati bidang sains robotik. "Ia dilihat bakal memberi dimensi baru dalam penyediaan program serta aktiviti PSN secara lebih dinamik sekali gus menawarkan para pengunjung pameran berkualiti dan bertaraf antarabangsa. "Pameran ini cukup lengkap merangkumi bidang kejuruteraan mekanikal dan seni halus serta disampaikan secara interaktif dan mudah difahami. "Memandangkan tahun ini merupakan tahun penggalakan sains, jadi pameran seumpama ini sangat menepati hala tuju PSN untuk mencetus minda imaginatif dan inovatif terhadap golongan muda," kata, Pengarah PSN, Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli. | ||
Kelab robotik pupuk minat pelajar Posted: 11 Dec 2011 06:13 PM PST Robotik kini merupakan bidang yang semakin memainkan peranan penting terutama dalam industri teknologi tinggi. Justeru, menguasai bidang tersebut bukan sahaja satu keperluan, tetapi kemestian dalam konteks membangunkan industri masa hadapan. Penggunaan robot dalam industri bukan satu yang asing sejak beberapa dekad lepas tetapi bentuknya adalah pelbagai mengikut keperluan dan berinspirasikan objek atau haiwan. Ramai hanya memahami dan bersetuju bahawa robot ialah jentera yang dicipta berupa manusia selengkapnya (humanoid) atau seperti haiwan robot. Namun, robot yang digunakan dikilang kilang biasanya hanya seperti lengan yang bekerja memasang komponen komponen kenderaan atau peranti yang memerlukan pengeluaran besar-besaran. Demikian istilah robot muncul daripada perkataan 'robota' atau pekerja. Menyedari kepentingan dan peranan robot yang mampu mengubah wajah 'industri' dan mengambil alih tugas manusia ketika ini, generasi muda kini semakin menyedari robot kini adalah rakan mereka. Maka, apabila Kementerian Pelajaran mengambil keputusan memperkenalkan bidang robotik menerusi usaha-usaha penerapan dan pemupukan dengan mewujudkan kelab robotik, ia dilihat satu langkah yang selari dengan keperluan semasa. Kementerian Pendidikan baru-baru ini merancang untuk memperluaskan kelab robotik di seluruh negara pada tahun depan bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi. Usaha itu dilihat sebagai satu transformasi besar-besar yang dilaksanakan dalam pendidikan di negara bertujuan membolehkan pelajar mempunyai daya saing dalam sains dan teknologi. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, perlaksanaan usaha tersebut penting kerana ia memberikan peluang kepada pelajar terlibat dalam kerja-kerja sains dan teknologi bagi memupuk minat mereka sejak kecil lagi. Jelasnya, kelab robotik sebenarnya memainkan peranan penting kerana ia dapat merangsangkan kreativiti pelajar dalam bidang sains dan teknologi terkini. "Pelajar Malaysia sebenarnya adalah sangat kreatif dan berpotensi apabila membuat satu robotik, maka, kini adalah masanya untuk mencungkil bakat mereka. "Kelab juga selaras dengan transformasi pendidikan iaitu memberi tumpuan terhadap pembangunan modal insan dan tidak lagi berasaskan kepada peperiksaan semata-mata," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Robothon Muda Kebangsaan Ke-6 di Georgetown baru-baru ini. Tambahnya, kelab robotik itu juga membolehkan pelajar mempunyai kemahiran melalui kerja-kerja membuat robot, sekali gus membolehkan mereka memahami pengetahuan sains dan teknologi dengan lebih jelas dan mendalam. Lantaran itu, pelajar bukan lagi mendapat ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, namun memperolehinya daripada kerja-kerja yang dibuat dalam kelab itu. Oleh itu, usaha sedemikian membolehkan mereka mendapat pengalaman yang berharga dan lebih-lebih lagi berpeluang menggunakan pengetahuan yang ada apabila membuat robot. Bagaimanapun, Mohd. Puad berkata, dalam peringkat awal usaha memperluaskan kelab robotik adalah sangat mencabar kerana ia melibatkan peruntukan yang agak besar. Katanya, kerajaan kini membantu menubuhkan kelab robotik di 500 daripada 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, namun, jumlah itu adalah sangat rendah. Beliau berkata, ini kerana kos untuk menubuhkan satu kelab robotik agak tinggi, lantaran itu, ia tidak sepatutnya bergantung dengan peruntukan kementerian, manakala, pihak sekolah termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di negara ini masing-masing perlu bekerjasama untuk menjayakan matlamat ini demi kepentingan generasi baru. Kos tinggi tubuh kelab robotik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eduspec Holdings Bhd., Lim Een Hong berkata, kos untuk menubuhkan kelab robotik bukan murah dan ia memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000. "Ini kerana, kelab ini memerlukan kira-kira 10 set Lego Robotik di mana satu set berharga antara RM2,500 hingga RM3,000. Selain itu, 10 komputer riba juga diperlukan bagi membolehkan 30 pelajar dapat belajar bersama-sama. "Ini adalah keperluan asas sahaja, oleh itu, pembelanjaan akan bertambah apabila set lego lebih maju diperlukan," katanya. Dalam perkembangan sama, Een Hong juga memberitahu bahawa banyak langkah perlu diambil sebelum menjayakan usaha memperluaskan kelab robotik di semua sekolah . Ini kerana, setakat ini bukan setiap sekolah mempunyai guru-guru yang berpengalaman untuk mengajar bidang robotik. "Kita kini masih berkurangan guru berpengalaman, lantaran itu, latihan atau kursus perlu diberikan kepada guru-guru mengenai robotik di dalam maktab perguruan terlebih dahulu," katanya. Lantaran itu, katanya, usaha ini perlu kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta supaya kelab robotik dapat ditubuhkan di setiap sekolah di negara kerana ia merupakan satu kokurikulum yang penting untuk membangunkan minda pelajar. "Kelab robotik ini perlu diusaha dan diperluaskan kerana pelajar Malaysia memang berpotensi dan telah memenangi beberapa pertandingan antarabangsa sebelum ini. "Oleh itu, biarlah kerajaan dan pihak swasta bersama-sama menjayakan kelab robotik bagi membawa robotik pelajar kita ke peringkat dunia," katanya. | ||
Posted: 11 Dec 2011 06:12 PM PST China dan Korea Selatan merupakan pengeluar utama kolagen dunia. Tetapi bahan asasnya tidak diketahui secara khusus. Biasanya kolagen didapati daripada lembu atau babi yang terdedah kepada penyakit lembu gila dan Japanese Encephalitis (JE). Kedua-dua penyakit bersifat zoonosis amat berbahaya kerana boleh menjangkiti manusia. Setakat ini, belum terdapat kilang yang mengeluarkan bahan asas kolagen yang diiktiraf sebagai halal di negara ini. Pengarah projek kajian, Prof. Dr. Jamilah Bakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata, pasukannya menjalankan kajian bagi membangunkan sendiri teknologi pengekstrakan kolagen akuatik daripada kulit ikan tilapia. "Kajian menghasilkan kolagen akuatik bermula sejak 12 tahun lalu," katanya semasa ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara UPM dan Bionic Lifesciences sempena Pameran BioMalaysia 2011 di ibu negara baru-baru ini. Pada majlis MoU itu, UPM di wakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd. Saleh Jaafar manakala Bionic Lifesciences diwakili oleh Pengarahnya Ir. Mohd. Salleh Yahya. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Biotech Corp., Datuk Dr. Mohd Nazlee Kamal dan Dekan Fakulti Fakulti Sains Makanan dan Teknologi UPM, Prof. Dr. Mohd Yazid Abdul Manap. Syarikat terbabit akan memasarkan kolagen berkenaan secara komersial. Ketika itu jelas Jamilah, permintaan untuk kolagen amat kurang berbanding seperti sekarang. Bagaimanapun, pasukannya terpanggil menjalankan kajian memandangkan tidak terdapat kolagen yang boleh dikatakan halal di dunia. Ditanya mengapa kajian tersebut menggunakan haiwan akuatik sebagai sumber kolagen, Jamilah berkata, ikan tidak mempunyai penyakit yang boleh menjangkiti manusia. Menurut beliau, buat masa ini industri kolagen dunia seperti dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, Perancis dan Jerman sedang mencari alternatif bagi menghasilkan kolagen daripada hidupan akuatik. "Bagaimanapun iklim empat musim menyebabkan hidupan akuatik tidak boleh dikeluarkan secara berterusan selain ciri asas yang berlainan," katanya. Apa yang lebih menarik Jamilah berkata, ikan tilapia dipilih kerana mudah diternak dan mudah ditemui. Mengenai pemilihan Bionic LifeScience sebagai pengeluar kolagen, beliau berkata, syarikat berkenaan mempunyai kemudahan dan pengalaman yang diperlukan. Malah beliau yakin syarikat berkenaan dapat mengeluarkan sehingga enam hingga 10 tan kolagen sebulan. "Bagi tujuan keselamatan hak intelek, pihak UPM telah memohon paten bagi teknik penghasilan kolagen daripada ikan tilapia di negara strategik," katanya. Sasaran kerjasama penyelidikan adalah untuk membekalkan bantuan teknikal, pengetahuan dan pemindahan teknologi bagi pengeluaran kolagen berasaskan hidupan akuatik daripada skala makmal ke komersial. Kajian berkenaan akan mengambil masa setahun bermula Julai 2011 hingga Jun 2012. | ||
FRIM bangunkan hasilan semula jadi Posted: 11 Dec 2011 06:12 PM PST Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merupakan antara agensi yang mengurus dan memulihara sumber hutan. Pada masa sama, agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu turut menjalankan penyelidikan bagi memartabatkan sumber bukan balak daripada hutan terutama herba. Satu daripada bahagian yang memainkan peranan penting memartabatkan hasil hutan bukan balak ialah Bahagian Hasilan Semulajadi . Ia terbahagi kepada enam bahagian iaitu Penemuan Ubat-Ubatan (DDG) , Sumber Biologi, Bioaktiviti, Pembangunan Produk Herba (PPH) , Fitokimia dan Pusat Teknologi Herba. PPH ditubuhkan pada tahun 2002 dengan nama asalnya Unit Formulasi dan Pembangunan Produk. Kini ia aktif dalam aktiviti penyelidikan pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) terutama dalam pembangunan produk herba. Antara aktiviti R&D&C yang dijalankan adalah penyulingan minyak pati, dan pengekstrakan tumbuhan ubatan dan beraroma, pemprofailan dan analisis kimia, formulasi produk kosmetik dan nutraseutikal berasaskan herba serta kawalan kualiti produk herba. Terdapat dua aktiviti utama PPH: * Menjalankan aktiviti R&D&C berkaitan produk herba bermula dengan pengekstrakan, analisis kimia, formulasi prototaip dan kawalan kualiti produk yang dihasilkan. * Menyediakan perkhidmatan analisis kimia-fizik minyak pati menggunakan peralatan GC, GCMS, graviti spesifik, dan indeks biasan, serta ujian bebanan mikrob terhadap bahan mentah dan produk herba. Selain itu, PPH secara tidak langsung turut memberikan khidmat nasihat dan perundingan kepada industri, orang perseorangan dan pelajar berkaitan herba, dan hasil hutan bukan balak yang lain seperti gaharu. PPH juga terlibat dalam membantu industri kecil dan sederhana dalam membangunkan produk kosmeseutikal dan nutraseutikal daripada herba yang berkualiti, selamat dan berkesan. Projek penyelidikan di PPH dibiayai oleh e-Science Fund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Tabung Geran Penyelidikan FRIM, Technofund, FMBiosis dan melalui beberapa perjanjian persefahaman (MoU) yang dijalankan bersama industri. Dalam merealisasikan hasil penyelidikan untuk kegunaan masyarakat, PPH telah menghasilkan pelbagai inovasi supaya hasil penemuan penyelidikan dapat dimanfaatkan dalam bentuk yang lebih praktikal. PPH, telah menyertai pertandingan inovasi di peringkat FRIM, kebangsaan dan antarabangsa. Inovasi yang terhasil adalah paduan tenaga dan kerjasama di kalangan kakitangan FRIM dan Bahagian Hasilan Semulajadi amnya. Menurut Ketua Program PPH, Dr. Nor Azah Mohamad Ali, pihaknya kini mempunyai lebih 100 koleksi minyak pati yang diperoleh menerusi kajian dan pengekstrakan sebelum ini. Beliau berkata, kajian tersebut penting bagi menentukan kandungan kimia, nilai perubatan serta kesesuaian minyak pati tersebut di dalam penghasilan produk. Ujian-ujian lain seperti antioksi dan antimikrob juga dijalankan, manakala kawalan kualiti penting bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah bebas mikrob. Beliau memberi contoh, antara produk yang berjaya dihasilkan ialah syampu dan aerosol. Mengenai aspek khidmat nasihat dalam penghasilan minyak pati, Dr. Nor Azah berkata, pelanggan boleh mendapatkan kemudahan cara memproses dan mengetahui kandungan kimianya. Antara tumbuhan yang terlibat ialah serai, serai wangi, melor, gaharu dan vanila. Industri minyak gaharu kini sedang berkembang, dan ini mendorong PPH memberi tumpuan kepada pokok tersebut sebagai satu daripada industri baru. Kajian yang telah dijalankan meliputi teknik inokulasi, teknologi pengekstrakan, kawalan mutu minyak dan kayu gaharu. Melalui projek penyelidikan yang bertajuk "Pencirian dan penilaian sensor minyak pati daripada spesies Aquilaria terpilih ke arah penilaian kualiti hasilan herba yang telah dijalankan sejak tahun 2007, FRIM kini telah menemui pendekatan yang lebih sistematik dan saintifik dengan menggunakan peralatan saintifik yang berteknologi tinggi untuk menentukan kualiti gaharu seperti Pemprofilan Kimia Kromatografi Gas & Kromatografi Gasi Spektrometri Jisim (GC & GCMS), Cap jari aromatik (aroma fingerprinting) melalui Solid Phase Microextraction (SPME) dan teknik klasifikasi gaharu. Teknik pemprofilan kimia serta kandungan resin dalam kayu gaharu ini telah mula ditawarkan kepada pihak industri gaharu dan ia boleh digunakan untuk mencirikan kualiti kayu dan minyak gaharu tempatan. Selain itu, PPH juga telah menghasilkan satu teknik yang dikenali sebagai gaharu sense. Teknik ini menggunakan alat sensor untuk menentukan kualiti gaharu. Inovasi ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Walaupun ada antara inovasi dihasilkan boleh didapati di pasaran namun inovasi di PPH adalah berkualiti kerana selamat dan berkesan serta disokong dengan hasil penyelidikan. Teknik itu sedang dipatenkan dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. PPH juga telah diiktiraf sebagai makmal Bionexus oleh Malaysia Biotechnlogy Corporation pada tahun ini. Dalam perkhidmatan teknikal, PPH telah menyumbang aktif kepada hasil pendapatan FRIM. | ||
Posted: 11 Dec 2011 06:09 PM PST SELAIN sebagai kawasan tadahan hujan dan menjadi sumber ekonomi melalui penghasilan kayu-kayan, hutan di negara ini juga mampu menjadi sumber untuk bahan-bahan perubatan. Selain pokok-pokok, mikrob dan kulat yang terdapat dalam hutan di seluruh negara juga boleh dimanfaatkan. Itu peranan yang dimainkan oleh Bahagian Hasilan Semulajadi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melalui Pusat Penemuan Ubatan (DDC). Ketua Programnya, Dr. Getha Krishanasamy berkata, program tersebut mampu memberi sumbangan dalammemanfaatkan hasilan hutan untuk tujuan pembangunan ubat-ubatan. ''Program ini dillihat sangat penting dalam konteks pembangunan ubat-ubatan daripada hasilan hutan," katanya. Malah, ia boleh dianggap satu penjanaan kekayaan seperti yang ditetapkan oleh Projek Berimpak Tinggi (HIP) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Dr. Getha berkata, pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan dana pembangunan untuk melengkapkan kemudahan R&D termasuk Pusat Simpanan Mikrob. Peruntukan yang dipohon oleh program itu di bawah RMK-10 ialah RM5 juta. Ia juga bertujuan meningkatkan kemudahan dan penyelenggaraan kemudahan lain supaya lebih banyak aktiviti penyelidikan yang boleh dijalankan oleh program tersebut sesuai dengan matlamat penubuhannya. ''Kami akan memberi fokus kepada sebatian-sebatian bioaktif tulen daripada sumber semula jadi (tumbuhan dan mikrob) yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan perubatan dan menilainya sama ada ada toksik atau sebaliknya," kata beliau. Oleh itu kata Dr. Getha, banyak kajian perlu dijalankan tetapi ia berdasarkan strategi yang dirancang. Beliau dalam nada penuh yakin berkata, untuk tujuan itu pihaknya juga menjalankan penyelidikan dengan kerjasama beberapa pihak sama ada dari dalam atau luar negara. ''Bersama rakan kerjasama dari Jepun, kami telah menubuhkan satu koleksi Kultur Mikrob FRIM (FACC) yang menyimpan kultur hidup dan pangkalan data untuk sejumlah besar sumber genetik mikrob Actinobacteria (lebih 10,000 pencilan) untuk digunakan dalam kajian bioteknologi dan farmaseutikal," ujarnya. Pada masa sama, pihaknya juga menjalankan R&D mencari sumber semulajadi berpotensi untuk dibangunkan sebagai ubatan terutama bagi kanser dan penyakit berjangkit. Mengenai usaha itu, Dr. Getha berkata, pihaknya bekerja sama dengan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dengan Drugs for Neglected Diseases Initiatives (DNDi) untuk menyokong usaha global dalam penemuan calon ubatan berpotensi daripada sumber semula jadi untuk penyakit terabai. Penyakit tersebut termasuk Human African Trypanosomiasis (sleeping sickness) dan Leishmaniasis. Program tersebut juga menjalankan penyelidikan untuk mencari spesies tumbuhan berpotensi sebagai penawar dalam terapi ketagihan dadah. Pada masa sama, DDC juga membentuk platform untuk memperkukuhkan R&D dalam bidang penemuan ubat-ubatan daripada sumber semulajadi dengan menggunakan pelbagai teknologi seperti sistem asei (assay) sasaran spesifik, proteomik, dan juga bioinformatik. Berkongsi kejayaan yang dicapai setakat ini, Dr. Getha berkata, pihaknya telah berjaya memfailkan empat paten termasuk satu paten difailkan untuk sebatian antikanser yang dipencil daripada spesies tumbuhan terpilih. Selain itu, pihaknya juga telah memfailkan paten untuk sebatian anti-MRSA (multidrug resistant Staphylococcus aureus) yang dipencilkan daripada kulat Basidiomycetes. DDC juga telah memfailkan sembilan pendedahan reka cipta, menghasilkan enam ijazah sarjana dan tiga doktor falsafah dan lebih daripada 60 kertas saintifik dalam jurnal dan seminar. ''Kami juga telah menyaring 256 spesies tumbuhan untuk aktiviti antikanser, antiparasit dan antibakteria selain 260 pencilan mikrob dan 133 pencilan kulat untuk aktiviti antiparasit dan antibakteria," kata beliau. Teroka potensi herba Salah satu unit penting di bawah Hasilan Semula jadi FRIM ialah Program Bioaktiviti. Menurut ketuanya Dr. Nik Musaadah Mustapha, dengan jumlah penyelidik seramai 11 pegawai, program tersebut aktif menjalankan aktiviti meneroka potensi dan keberkesanan sumber biologi tropika. Aktiviti tersebut ialah untuk membangunkan sebagai agen terapeutik, nutraseutikal dan kosmeseutikal melalui kaedah in vitro dan in vivo. Tahap keselamatan penggunaan ekstrak daripada spesies yang yang dikenal pasti berpotensi pula akan turut dinilai dengan meneliti kesannya terhadap sel hati dan sel ginjal, dua organ yang penting dalam tubuh manusia. Bidang penyelidikan teras di Program Bioaktiviti ialah antiinfektif, antiradang, antioksidan, antidiabetik, hepatoprotektif dan biopestisidal. Penemuan awal aktiviti saringan untuk setiap bidang tersebut menjadi asas pemilihan tumbuhan ubatan untuk kajian lanjutan yang perlu ke arah pembangunan produk herba yang berdaya saing. | ||
Hilang tekanan selepas berkahwin Posted: 11 Dec 2011 06:08 PM PST HAMPIR sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi popular, Ezlynn mengakui kehidupannya kini sudah jauh berubah. Jika sewaktu masih bujang katanya, semua perkara harus difikirkan sendiri memandangkan tanggungjawab yang harus dipikulnya untuk menyara kehidupan keluarga. Malah, kalau ada masalah sekali pun, semuanya ditanggung dan akan diselesaikan sendiri tanpa ada bahu yang boleh bergantung harap. Tetapi sekarang ini kata Ezlynn, dengan adanya Adam Fahmy Shamsudin atau Adam yang kini sudah sah menjadi suaminya, dia boleh bergantung harap kepada belahan jiwanya itu. "Dengan adanya Adam, saya kini mempunyai teman untuk berbincang tentang apa perkara sekali pun. "Kalau dulu semuanya sendiri, tetapi sekarang sudah berdua dan setidak-tidaknya segala tekanan yang saya hadapi berkurangan. "Dalam erti kata lain, bebanan itu semakin ringan dan Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang bertambah lengkap selepas berkahwin," jelas Ezlynn dalam nada penuh teruja. Penyanyi yang menempa kemasyhuran menerusi lagi Hi Hi Bye Bye itu berkata demikian sewaktu ditemui usai sidang akhbar pengumuman majlis persandingannya yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ezlynn dan Adam mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur di mana Ezlynn menerima mas kahwin serta wang hantaran sebanyak RM80 dan RM20,020.20. Menyambung bicara, pemilik nama sebenar Azline Ariffin ini memberitahu sepanjang tempoh hampir tiga minggu ini, dia begitu gigih menyingsing lengan di dapur bagi menajamkan lagi skil memasaknya. Sebagai seorang isteri, memang tidak sah kalau tidak turun ke dapur dan menyediakan juadah daripada air tangan sendiri bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Biarpun suaminya seorang yang ringkas dan tidak cerewet tentang soal makan, tetapi Ezlynn enggan menjadikannya sebagai tiket untuk menjadi seorang yang sambil lewa dalam bab penyajian makanan. "Sehinggakan mak saya sendiri akan menelefon dan bertanyakan soal memasak serta menu yang akan saya sediakan untuk hari itu. "Saya bersyukur kerana mempunyai ibu yang sangat memahami dan sanggup membantu anaknya ini dalam bab memasak. "Sempat jugalah dia memberikan tips dan resipi untuk saya menerusi telefon," jelas Ezlynn yang terkenal dengan imej berambut kerinting ini sambil ketawa kecil. Antara menu yang menjadi kegemaran Adam kata wanita berusia 30 tahun ini seperti ayam masak merah, daging dan ayam masak kicap. Ujarnya lagi, kesibukannya di dapur semuanya bergantung kepada jadual hariannya dengan Adam kerana bukan setiap masa mereka akan makan di rumah. Sebaliknya, jika pada hari tersebut mereka sibuk dengan agenda sendiri, maka, mereka berdua memilih untuk makan di luar sahaja. Begitu juga dengan Adam yang mengakui perlu memikul tanggungjawab baru selepas menikahi Ezlynn yang sudah menjadi artis jagaannya sejak enam tahun lalu. "Hakikatnya, memang tiada banyak beza antara dulu dan sekarang kerana sejak saya menjadi pengurus Ezlynn, semuanya sudah siap dijaga dan diatur. "Lebih-lebih lagi sejak kami mula bercinta tiga tahun lalu, kami sendiri sudah menyiapkan diri dan bersedia untuk menghadapi alam rumah tangga. Jadi, kami sendiri tiada masalah untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri," jelas Adam yang berusia 35 tahun itu memberikan hujahnya. Tidak terlepas daripada disoal tentang cahayamata, pengantin baru ini tidak menolak rezeki yang hadir untuk mereka. Dengan penuh terbuka, Ezlynn memberitahu seboleh-bolehnya dia mahukan anak secepat mungkin memandangkan usianya sudah melewati 30 tahun. "Kami memang tidak merancang. Kalau boleh, kami mahu sepasang cahaya mata. Jika ada rezeki untuk kami menimang anak kembar, lagi seronok kerana tidak perlu melalui proses bersalin berulang-kali," ujar Ezlynn berseloroh sambil memandang manja ke arah suaminya. Dalam pertemuan itu, Ezlynn yang pernah diiktiraf dengan gelaran Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik 2004 ini sempat mengkhabarkan tentang perkembangan karier seninya. Bagi mengubat kerinduan peminatnya, Ezlynn akan muncul dengan single terbarunya tahun depan dan masih mengekalkan konsep muzik dance. "Saya tidak boleh dipisahkan dengan genre itu kerana peminat mengenali saya menerusi lagu-lagu seperti itu. Apa yang boleh saya katakan lagu terbaru ini nanti akan menampilkan muzik yang cukup energetik. "Bukan itu sahaja, filem terbaru saya, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid juga akan ditayangkan tahun depan. Ia merupakan kesinambungan daripada filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah," jelas Ezlynn yang juga pernah membintangi filem Diva Popular dan Bilut sebelum ini. Majlis impian Ezlynn SELEPAS majlis resepsi Memey dan Norman Hakim yang mendapat liputan besar-besaran, kini giliran Ezlynn dan Adam pula untuk diraikan dalam majlis yang menelan belanja hampir sama dengan Memey dan Norman. Bakal berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 11 Januari depan, majlis perkahwinan yang mendapat tajaan Rafflesia itu bakal mengenengahkan konsep musim luruh di Sepanyol. Untuk itu, warna-warna yang menjadi pilihan adalah emas, kuning dan kuning champagne baik pada gaun perkahwinan Ezlynn mahupun dekorasi yang bakal mendapat sentuhan perancang perkahwinan yang semakin meningkat naik, Che Det. Biarpun majlis sebelum ini menjadi bahan perdebatan masyarakat, namun Ezlynn mempunyai justifikasi sendiri sebaik sahaja membuat keputusan menerima tawaran Rafflesia. Katanya, dia dan suaminya berpuas hati dengan profesionalisme Rafflesia yang sanggup bertolak ansur dengan permintaan mereka yang mahu menjadikan majlis itu lebih bermakna. "Kami tidak menyerahkan semuanya kepada Rafflesia kerana mengenangkan majlis ini adalah untuk meraikan teman-teman media dan juga rakan artis. Sudah pasti kami mahu menjadikannya sebagai momen terindah dalam diari hidup kami. "Banyak perkara yang kami titik beratkan dan mahu tampilkan dalam majlis ini. Sebagai contoh, saya memang berniat mahu memberikan buku doa buat tetamu Muslim sebagai cenderamata dan Rafflesia menerimanya dengan terbuka. "Begitu juga dengan permintaan saya dan Adam yang mahukan ibu bapa dan ahli keluarga hadir bersama-sama meraikan majlis ini selain adanya bacaan doa selamat yang wajib dilakukan sebelum majlis bermula," kata Ezlynn sambil dipersetujui Adam di sebelahnya yang sekali-sekala mencelah perbualannya. Menariknya tentang majlis perkahwinan mutiara Ezlynn dan Adam itu apabila gaun perkahwinannya bakal mendapat sentuhan empat pereka fesyen wanita yang semakin meningkat naik. Mereka yang dimaksudkan ialah Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani, Sharifah Mariam Syed Mohd. dan pelakon baru popular, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa. Keempat-empat pereka muda ini bakal memberikan sentuhan masing-masing menerusi empat bahagian dalam menyiapkan gaun tersebut yang bakal ditatah mutiara Laut China Selatan yang dianggarkan bernilai RM80,000 hingga RM100,000 sebutir. Nurliza bakal memberikan penekanan kepada ekor gaun, Sya Shaharani (gaun utama), Sharifah Mariam (kain layah) dan Neelofa (kasut). |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan