Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Neelofa Ambil Kolagen Untuk Kekal Cantik
- Tidak cemburu
- Erni sah isteri Kamarulazlan
- Parah dibelasah samun kali ke-4
- Kecewa pilih kasih penaja
- Epson sasar 12% pasaran projektor
- Masalah aktiviti otot pencerut
- Pengiktirafan kepada orang muda
- Chomel Fana Pernah Abaikan Keluarga Dan Kawan
- Capital FM: Dari Wanita Untuk Wanita
- Percubaan Sulung Tonjol Potensi Taxi
- Jessica Simpson Bakal Timang Anak Perempuan
- Ning lepas geram
- Dengarnya...: Ombak Rindu atasi Breaking Dawn
- Bisnes Dunia: RIM lupus inventori tablet PlayBook
- Pelajar Afrika pukul imigresen
- Wirid Ulama Muktabar
- Asnaf zakat yang maksiat
- Mengambil berkat orang balik haji
- Penguin 'belaan' Su
- Cat mesra alam buat kediaman
- Aroma En. Tan Kopitiam
- Chef Yan dikagumi peminat
- Zahnita, Zackery bahagia
- Obesiti bayi petanda cemas
| Neelofa Ambil Kolagen Untuk Kekal Cantik Posted: 04 Dec 2011 11:17 PM PST BIARPUN digelar pendatang baru, wajah jelita pelakon, Neelofa sudah menjadi rebutan ramai penerbit. Seunik orangnya, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 22, ini bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah setelah menjuarai Dewi Remaja 2010. Bermula dengan filem Azura, dalam masa tidak sampai setahun dia sudah berlakon lima filem. Selepas Azura, dia berlakon dalam filem Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko yang dijangka memasuki penggambaran pada bulan ini. Kesemua filem tersebut dijadualkan masuk panggung tahun depan. Selain bidang lakonan, Neelofa juga meluaskan karier seninya dalam bidang pengacaraan apabila digandingkan dengan pengacara dan penyampai Hot FM, Fara Fauzana untuk mengendalikan program Nona di TV3. Neelofa sempat berkongsi tentang pengalaman pertamanya menjalani penggambaran episod pertama Nona di Lombok, Indonesia. "Dalam setiap episod ada enam segmen dan saya mengendalikan segmen makan angin di Lombok. "Saya rasa seronok kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Jika dulu, saya memberi tanggapan negatif dengan tempat ini memandangkan ramai wanita Malaysia yang dibawa lari oleh lelaki Indonesia ke sana. "Tetapi apabila sampai ke sini, persepsi itu berubah dan saya rasa tempat ini menjadi popular kerana kecantikan tempatnya serta banyak lagi lokasi yang belum diterokai dan boleh dibangunkan seperti Bali. "Saya ke Lombok ditemani orang lain termasuk panel yang mengendalikan kru Nona di sana. Alhamdullillah, ada yang memaklumkan mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya. "Apapun, saya tahu program ini sangat besar dan jika ada penonton yang tidak berpuas hati, saya tidak akan rasa kecewa kerana saya sudah memberikan yang terbaik dan saya, pengalaman akan mengajar seseorang itu untuk menjadi lebih baik," ujarnya yang berada di Lombok selama empat hari bermula 28 November hingga 2 Disember lalu. Jelasnya lagi, dia tidak akan menyesal menerima tawaran pengacara Nona walaupun masih muda untuk mengendali program tersebut. "Saya mengidam program seperti ini dan mahu menjadikan Nona sebagai batu loncatan untuk melonjak karier saya. "Usia tidak semestinya menentukan seseorang itu lebih berbakat atau tidak kerana yang penting adalah ilmu pengetahuan. "Lagipun, program ini mahu mensasarkan remaja perempuan yang mungkin sebelum ini menganggap Nona hanya sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin. "Apabila saya banyak membaca dan bertanya kepada orang lain, secara tak langsung akan mematangkan diri saya," ujarnya. Kecantikan sebenar Menyelami erti kecantikan sebenar buat si jelita ini, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik. "Walaupun orang kata saya menang Dewi Remaja sebab cantik, kadang-kadang saya rasanya tidak juga kerana kemenangan mungkin dinilai dari banyak segi. "Paling penting, wanita itu perlu kerana jika tidak cerdik, bagaimana nak maju dalam industri ini," katanya lagi. Memiliki sepasang mata yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki, Neelofa berkata bahagian matanya jarang sekali disolek tebal. "Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja. "Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam. "Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong," ujarnya tentang tip kecantikan yang diamalkan untuk OopStarz! kali ini. Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit. "Saya takut kulit gelap, jika kulit berjerawat masih ada banyak cara untuk atasi," katanya. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 11:16 PM PST Faralyna Idris TIGA tahun memperjudikan nasib dalam dunia lakonan, Faralyna Idris, 20, baru sekarang barulah bakatnya mula disedari ramai selepas membintangi drama bersiri Asmara. Dia cukup maklum, Neelofa, Tasha Shilla, Izara Aishah dan pesaingnya yang lain memang mempunyai pengikut yang ramai. Tetapi, semua itu sedikit pun tidak membuatkan terbit di hatinya rasa cemburu. Kategori Artis Baru Wanita Popular di ABPBH2011 dianggap sengit kerana walaupun dianggap baru tetapi 20 calon yang tersenarai itu dianggap mempunyai populariti tersendiri sehingga mungkin menyukarkan peminat untuk memilih lima nama ke peringkat seterusnya. Mereka ialah Anzalna, Arrora Salwa, Bkay Nair, Chomell Fana, Eina Azman, Eyka Farhana, Faralyna Idris, Fina, Iqa, Izara Aishah, Izreen Azminda, Kilafairy, Cristina Suzanne, Lena, Melia Aimellia, Miera Leyana, Najwa Latiff, Nadiya Nisa, Neelofa, Nera, Nur Fathia, Salma, Sara Ali, Sharifah Sakinah dan Tasha Shilla. "Saya mengenali Tasha sejak zaman sekolah, dan saya juga mengenali Neelofa. Kami semua berkawan. Jadi tidak tersimpan perasaan cemburu apabila melihat mereka lebih berjaya dalam bidang seni. Saya tumpang gembira dengan kejayaan mereka dan akan sentiasa menyokong kerjaya seni rakan saya itu. "Perjalanan saya dalam dunia lakonan masih jauh lagi. Saya tidak mampu untuk mengejar populariti kerana perkara itu memerlukan satu masa yang panjang untuk dikecapi. Apatah lagi saya menyertai dunia ini untuk mencari rezeki. Lakonan ialah satu kerjaya yang saya pilih sendiri. "Tetapi seandainya terpilih ke peringkat seterusnya dalam ABPBH, saya bersyukur dan menganggap ia sebagai rezeki. Seperti saya katakan, saya melihat Neelofa lebih ke depan kerana dia lebih dikenali," katanya yang mula menceburi dunia lakonan pada usia 17 tahun menerusi episod Kisah Kaisara arahan Aziz M Osman. Sejak itu juga dia sering didatangi tawaran lain. Ibu Diana pendorong kerjaya SELEPAS membintangi drama bersiri Asmara, Faralyna akui ramai peminat mula menyedari kehadirannya. Anak kedua daripada tiga beradik ini turut menegaskan, sebuah karya yang dapat memberi impak seperti drama bersiri Asmara, amat penting buat pelakon sepertinya. Dia sendiri tidak menyangka drama bersiri yang turut dibintangi Shah Jaszle dan Faezah Elai itu boleh meletup dalam sekelip mata. Bahkan, rezekinya juga semakin mencurah-curah selepas membintangi drama arahan Heykal Hanafiah. Bagaimanapun, mungkin kerana drama yang dibintanginya selepas itu tidak disiarkan pada waktu perdana, namanya dilihat seakan sepi. Walhal kata Faralyna, dia tidak menang tangan menerima tawaran demi tawaran. Antara drama dibintanginya ialah Sutera Cinta, Kampus Belia dan Kali Kedua. Dia juga baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Dingin Lavender untuk slot Zehra di Melbourne, Australia. Drama yang turut dibintangi Eira Syazira dan Zarina AF itu mula menemui penonton bulan ini. "Saya sendiri tidak menyangka Asmara memberikan kesan sebegitu besar kepada semua orang. saya mengaku, pelakon memerlukan satu cerita yang boleh memberikan impak. Ada juga skrip cerita yang bagus, tetapi tidak mendapat perhatian daripada penonton," katanya yang menceburi bidang lakonan atas saranan ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli. Mengimbau kembali pembabitannya dalam dunia lakonan, kata Faralyna, dia harus berterima kasih kepada Norsiah kerana dia yang membuka ruang kepadanya melangkah dalam bidang ini. "Selepas ibu meninggal dunia, saya tidak mampu membayar yuran pengajian kerana saya bersekolah swasta. Oleh kerana malu tidak mampu membayar yuran, saya ponteng sekolah hampir sebulan. "Kebetulan Danielle rakan sekolah saya. Ibunya yang menyarankan saya mencuba dunia lakonan. Saya berterus terang padanya, saya tidak betah bergelar pelakon, tetapi dia minta saya cuba juga. Dia turut meminta Along (Aziz M Osman) uji bakat saya. Tak sangka pula dia sukakan bakat saya, lalu melamar saya untuk Kisah Kaisara. Sejak itu, wang lakonan saya gunakan untuk menyara bapa dan adik," katanya. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 11:15 PM PST GEMBIRA...Erni bersama Kamarulazlan. KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau Rita sah bergelar isteri kepada Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim selepas pasangan berkenaan dinikahkan dalam satu majlis di Taman Harmonis, Gombak di sini, semalam. Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid As Syaarif, Mohamed Embong jam 6.40 petang dan Rita diwalikan bapanya, Buhari Mohamed, 62. Majlis persandingan Rita dan Kamarulazlan berlangsung pada jam 8 malam dengan lebih 500 tetamu hadir memeriahkan hari berbahagia mereka.
Majlis pernikahan bertemakan Moroccan Islamic Garden berjalan lancar dan turut memperingati Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dengan bacaan al-Fatihah.
Katanya, Rita dan Kamarulazlan menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu dan menantunya ada datang berjumpa untuk minum selain mengenali hati budi 'orang baru' itu. | ||
| Parah dibelasah samun kali ke-4 Posted: 04 Dec 2011 11:13 PM PST PERIKSA...anggota polis memeriksa motosikal suspek yang ditinggalkan di hadapan kedai. Gambar kecil, Md Mizan. CEDERA...suspek cedera dibelasah dua pekerja kedai serbaneka. ALOR SETAR: Selepas tiga kali merompak kedai yang sama, cubaan seorang penjenayah mengulangi perbuatannya untuk kali keempat berakhir dengan dia parah dipukul dua pekerja warga Bangladesh sebelum diserahkan kepada polis, kelmarin. Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, suspek berusia 29 tahun yang juga bekas anggota tentera cuba melakukan samun menggunakan pistol palsu sebelum cubaannya digagalkan dua pekerja kedai serbaneka di Jalan Sultanah, di sini. "Saya berani melawan lelaki berkenaan kerana yakin dia menggunakan pistol palsu ketika mengacukan senjata itu kepada saya," kata Shairajul Islam, 43, seorang daripada pekerja terbabit.
Menurutnya, dia mengambil pisau di bawah kaunter untuk mempertahankan diri hingga mencetuskan pergelutan menyebabkan senjata itu terpelanting ke luar kaunter dan suspek mencakar muka dan menggigit kedua-dua telinganya. "Dalam keadaan kelam-kabut, saya menjerit meminta pertolongan menyebabkan rakan saya keluar membantu lalu memukul kepala dan beberapa bahagian badan suspek dengan kayu," katanya.
"Saya memukul kepala dan beberapa bahagian badan lelaki itu dengan kayu sebelum menahannya lalu menghubungi polis," katanya.
"Suspek kini direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan," katanya.
| ||
| Posted: 04 Dec 2011 11:08 PM PST BERTEMAN...persembahan Ning selama dua jam turut diserikan dengan kehadiran Russell dan Altimet. MEREALISASIKAN mini konsertnya, Ning@KL Live yang berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Jumaat lalu, bukan kecil pengorbanan dilakukan pelantun vokal soprano ini. Rasa malu diketepikan dan status diva juga tidak lagi dipedulikan apabila dengan jujur, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 36, mengakui, aset seperti dua biji kereta yang dibeli hasil titik peluh menyanyi dijual semata-mata mahu menjadikan impian mengadakan konsert suatu kenyataan. Soalnya, perlukah nama besar seperti Ning melakukan pengorbanan sebegitu rupa?
Hakikatnya ekoran ketiadaan penajaan yang mendesak wanita dikenali dengan lagu Pasti itu berbuat demikian. Biar berbaur nada kesal, Ning akur pada cabaran dan perubahan polar industri muzik tempatan yang semakin mencabar buat pejuang-pejuangnya. Paling mustahak bagi Ning adalah mengotakan janji kepada peminat setia yang sudah lama menantikan kemunculannya bersama sebuah konsert. | ||
| Epson sasar 12% pasaran projektor Posted: 04 Dec 2011 11:08 PM PST LANCAR...Lee (dua dari kiri) memperkenalkan rangkaian projektor terbaru Epson yang dilancarkan di Hotel The Gardens, baru-baru ini. EPSON Trading (M) Sdn Bhd menyasarkan penguasaan pasaran kira-kira 12 peratus dalam segmen jualan projektor keluarannya menjelang akhir tahun ini berbanding tujuh peratus yang dicatatkan tahun lalu. Pengurus Besarnya, Danny Lee berkata, syarikatnya optimis mampu mencapai sasaran itu bersandarkan pengenalan rangkaian produk dalam segmen terbabit dan produk terbaru iaitu 12 projektor yang dijangka menyumbang kepada unjuran berkenaan.
"Rangkaian produk ini disasarkan kepada empat segmen pengguna yang berbeza iaitu pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS), pendidikan, pejabat korporat dan rumah malah menjangkakan segmen PKS menyumbang sehingga 70 peratus penjualannya pada tahun depan bersandarkan kebanyakan syarikat di negara ini berstatus PKS," katanya pada majlis pelancaran rangkaian projektor itu di Kuala Lumpur.
| ||
| Masalah aktiviti otot pencerut Posted: 04 Dec 2011 11:05 PM PST Gambar hiasan "DULU setiap kali selepas makan mesti tidak selesa, loya dan mulut pula terasa masam. Dada macam terasa ngilu sangat hingga kadangkala tidak boleh tidur. Kalau makan makanan berminyak, keadaan jadi lebih teruk. "Ketika bersenam pun saya boleh alami masalah ini terutama apabila saya melakukan pergerakan tekan tubi atau bangun tubi. Malah apabila tunduk pun saya boleh rasa dada pedih," kata Terry Tan, 37, yang sudah 10 tahun mengalami masalah ini. Mulanya dia cuba bertahan tetapi gejala berkenaan menjejaskan hidupnya yang aktif. Doktor memberitahu dia mengalami masalah gejala penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Ini adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus (saluran makanan yang menyambungkan tekak dan perut). Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.
GERD boleh berlaku pada semua peringkat umur termasuk kanak-kanak tetapi biasanya membabitkan golongan muda iaitu pada peringkat hidup paling produktif. Hakikat: Ia boleh berlaku pada sesiapa saja tanpa mengira peringkat umur. Malah bagi individu yang ada sejarah keluarga mengalami GERD, peluang untuk mereka mendapat masalah yang sama adalah lebih tinggi. Penyelidik menganggarkan dua hingga lapan peratus kanak-kanak berumur tiga hingga 17 tahun mengalami gejala GERD. Selain itu didapati pertambahan umur juga membuatkan risiko GERD meningkat mendadak terutama selepas mencecah 40 tahun. Hakikat: Pedih ulu hati adalah antara gejala GERD. Pedih ulu hati adalah salah satu kesan masalah ketidakhadaman yang disebabkan refluks asid gastrik ke dalam esofagus. Ia membuatkan dada pesakit (di bahagian belakang tulang dada) terasa panas. Gejala pedih ulu hati yang kerap (lebih dua kali seminggu) atau sehingga boleh menjejaskan kegiatan harian boleh dijadikan petanda seseorang itu mengalami GERD. Bagi pesakit GERD, gejala pedih ulu hati dan refluks berlaku lebih lama dan kerap daripada masalah pedih ulu hati biasa. Hakikat: GERD kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi serius. Keradangan esofagus akibat refluks asid gastrik perut boleh merosakkan tisu lapisan dalam esofagus, menyebabkan pendarahan atau ulser (dipanggil esofagitis). Parut pada tisu ini akan membuatkan saluran esofagus menjadi sempit dan menyukarkan seseorang untuk menelan. Sesetengah pesakit mengalami keadaan yang dipanggil esofagus Barret, di mana bentuk dan warna sel dalam esofagus menjadi tidak normal. Lama kelamaan sel ini boleh berubah menjadi sel kanser - yang biasanya membawa maut. Kajian mendapati keadaan GERD boleh bertambah buruk jika pesakit turut mengalami masalah asma, batuk teruk atau fibrosis pulmonari. Malah, GERD yang teruk juga akan membuatkan gigi cepat reput kerana asid gastrik boleh melarutkan lapisan enamel gigi. Hakikat: Seperti yang diterangkan di atas, GERD bukannya disebabkan pertambahan asid gastrik. GERD selalunya berlaku apabila otot pencerut bawah esofagus tidak berfungsi dengan cekap. Biasanya apabila kita menelan, otot ini berehat beberapa saat. Namun ada sesetengah makanan boleh membuatkan otot ini berehat lebih lama dan tidak mencerut dengan ketat. Antaranya ialah alkohol, nikotin (dalam tembakau) dan sesetengah jenis ubat. Pun begitu, perubahan hormon ketika hamil juga boleh mempengaruhi fungsi otot pencerut ini. Selain perubahan hormon, peningkatan tekanan dalam ruang abdomen juga boleh menjejaskan fungsi otot pencerut berkenaan pada wanita hamil. Maka tidak hairanlah jika ramai wanita mengalami masalah pedih ulu hati ketika mengandung. Masalah otot pencerut yang lemah juga boleh menyebabkan GERD. Kajian mendapati pada 25 peratus pesakit yang alami GERD teruk. Pencernaan yang perlahan dikatakan turut menyumbang kepada masalah GERD. Ini kerana jika makanan berada terlalu lama dalam perut sebelum ia dipindahkan ke usus kecil, maka kecenderungan untuk makanan tertolak ke atas (ke arah esofagus) adalah lebih tinggi. Penyelidik juga mendapati perut yang terlalu penuh boleh meningkatkan kebarangkalian untuk otot pencerut berehat lebih lama dan ia secara tidak langsung memberi laluan kepada asid gastrik mengalir ke dalam esofagus. Hakikat: GERD boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan betul, pemakanan seimbang dan kerap bersenam. Antara perkara yang disarankan ialah: a. Kekalkan berat badan ideal. Penurunan 10 peratus berat badan boleh menjauhkan GERD. Lemak yang terkumpul pada perut akan meningkatkan tekanan dalam abdomen dan ia boleh menolak asid gastrik memasuki esofagus. b. Makan dalam kuantiti kecil. Makan terlalu banyak akan membuatkan perut anda boleh memberi lebih tekanan pada otot pencerut bawah esofagus dan meningkatkan kebarangkalian mendapat GERD. c. Tinggikan bahagian kepala katil. Meninggikan kedudukan kepala (15 hingga 20 sentimeter atau enam hingga lapan inci) adalah antara cara memastikan asid gastrik sentiasa berada dalam perut. Gunakan pelapik baji di mana ia meninggikan keseluruhan bahagian atas badan. Menggunakan bantal tambahan tidak membantu kerana ia hanya meninggikan kedudukan kepala, bukan badan atas. d. Duduk selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda baring. Tarikan graviti akan membantu mencegah aliran songsang asid gastrik. Berbaring selepas makan hanya akan memudahkan kemasukan asid gastrik ke dalam esofagus. Elakkan: a. Mengambil makanan yang boleh mencetuskan gejala pedih ulu hati seperti makanan berlemak, pedas, berempah atau berasid termasuk tomato, buah-buahan sitrus, pudina, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat. b. Merokok. Sesetengah kajian mendapati nikotin akan membuatkan otot pencerut esofagus berehat lama dan menjejaskan kebolehan air liur untuk membersihkan asid gastrik dalam esofagus. c. Minum terlalu banyak minuman beralkohol. Alkohol yang disertakan dengan rokok akan membuatkan otot pencerut bawah esofagus menjadi lebih rehat. Malah alkohol juga boleh menyebabkan pencerutan otot menjadi tidak sekata. d. Memakai pakaian yang terlalu ketat terutama di bahagian pinggang kerana ia boleh memberi tekanan pada otot pencerut. GERD = gangguan Walaupun ramai pesakit percaya boleh bertahan dengan gejala asid refluks, namun hakikatnya penyakit itu menjejaskan banyak rutin harian mereka. Ini kerana kebanyakan pesakit mengalami sekurang-kurangnya satu daripada empat gejala umum GERD iaitu: Banyak kajian menunjukkan lebih 50 peratus pesakit GERD mengalami masalah sukar tidur dan cepat letih keesokannya. Kekurangan tidur dianggap punca utama yang menjejaskan produktiviti kerja dan kualiti kehidupan pesakit. Pesakit juga selalu berasa tidak sihat, cuba mengelak makanan atau minuman tertentu, kerap letih dan resah. Malah ia juga mengganggu sesetengah aktiviti harian mereka. Malangnya lebih separuh pesakit GERD di Asia tidak menyedari mereka mengalami penyakit ini kerana ia dianggap berkaitan dengan masalah penghadaman. Bahkan ada yang tidak memandangnya sebagai perkara penting apatah lagi jika gejala hanya datang sekali-sekala, sekali gus membuatkan ramai pesakit gagal mematuhi jadual rawatan. "GERD tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti kesukaran bernafas (apabila berlaku pneumonia), pendarahan dan kecederaan pada esofagus serta barah esofagus jika tidak dirawat," kata Perunding Gastroenterlogi dan Hepatologi, Dr Tan Huck Joo. Rawatan ini bukan sekadar perubahan gaya hidup dan pemakanan, tetapi ia juga perlu disertakan pengambilan ubat seperti antasid dan antasidalginat. Bagaimanapun bagi sesetengah orang, ubat ini tidak cukup untuk mengurangkan keasidan, terutama jika lapisan esofagus mengalami kerosakan. Namun ubat yang lebih berkesan ialah perencat pam proton (PPI). PPI seperti esomeprazole digunakan untuk mengurangkan penghasilan asid gastrik dalam perut. Ia menghalang pam asid (dalam lapisan sel dinding perut) menghasilkan asid gastrik. | ||
| Pengiktirafan kepada orang muda Posted: 04 Dec 2011 11:03 PM PST SISTEMATIK... mahasiswa perlu menunjuk dan membuktikan kepada masyarakat mereka golongan intelektual yang matang dan berwibawa biarpun ketika bergiat dalam lapangan politik kelak. AKHIRNYA Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sentiasa hangat dan kontroversi di kalangan mahasiswa dipinda bagi memberi kelonggaran golongan itu berpolitik. Pindaan itu ibarat satu kemenangan peribadi kepada mahasiswa yang selama ini berjuang mendapat kebebasan berpolitik dan bersuara. Apakah pindaan ini bakal membawa dimensi baru kepada golongan itu bagi memartabatkan peningkatan minda mahasiswa terhadap perjalanan politik negara atau sebaliknya?
| ||
| Chomel Fana Pernah Abaikan Keluarga Dan Kawan Posted: 04 Dec 2011 11:02 PM PST SATU ketika dahulu, pelakon dan penyanyi Chomel Fana pernah mengalami masalah kemurungan yang agak teruk gara-gara cedera parah di bahagian lutut kaki kanannya ketika bermain bola sepak di sebuah perlawanan pada tahun 2005. Ya, gadis yang nama sebenarnya ialah Noorhanis Farhana Shaharuddin berbakat orangnya. Selain menyanyi dan berlakon, dia juga hebat dalam sukan yang merupakan seorang pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor. Kecederaan yang dialami membuatkan Chomell tidak boleh lagi beraksi dalam mana-mana acara sukan apatah lagi mahu mewakili negara dalam sukan yang diminati itu. Hal tersebut membuatkan dia enggan bertemu mahupun bercakap dengan sesiapa pun termasuklah keluarga dan rakan-rakannya sendiri sekaligus Chomel semakin hilang kawan. Bagaimanapun, semangat baru tiba-tiba muncul dalam diri untuk terus sedar daripada lamunan yang diciptanya sendiri, itu pun selepas setahun 'terperap' di rumah. "Apa yang berlaku sebelum ini memberi pengajaran besar buat saya dan percaya ada hikmah di sebaliknya. "Dulu, semasa aktif bersukan, memang saya lupa semua perkara termasuklah lupa pada keluarga dan kawan-kawan, yang ada pun hanya kawan pasukan sahaja. "Mungkin tuhan mahu tunjuk, ligamen lutut saya cedera teruk dan sehingga terpaksa lupakan terus dengan sukan yang paling saya sayangi itu. "Sepanjang setahun melalui tempoh kemurungan, baru sedar yang selama ini saya terlalu pentingkan diri sampai lupa tanggungjawab sebagai seorang anak, contohnya sering balik lewat malam dan buat tak tahu saja bila mak beri nasihat. "Alhamdulillah, saya sedar dengan kesilapan sendiri. Terima kasih juga kepada teman, Rina Derina yang menyedarkan saya dan sentiasa berada disisi ketika jiwa bercelaru," katanya yang juga aktif dengan bola jaring, bola tampar dan hoki ketika itu. Tidak lama selepas itu, tambah Chomel, dia mula bekerja sebagai pengawal pantai di sebuah pusat rekreasi air selama tiga tahun dan kemudiannya bekerja sementara sebagai penjaga binatang, dan barulah dia menyertai produksi drama bekerja di belakang tabir selama enam bulan. Ternyata walaupun bertubuh kecil, kecekalan dan semangat Chomel di luar jangkaan. Kesungguhannya dalam melakukan setiap kerja serta karakter 'gila-gila' itu juga memberi rezeki buatnya lebih-lebih lagi apabila pengarah Aziz M. Osman mengesan bakat lakonan yang terpendam dalam dirinya dan terus berlakon watak utama menerusi siri berjudul Comel. BFF Selepas selesa di pentas lakonan, Chomel mencuba nasib membawa namanya ke dunia nyanyian dan peluang menjadi artis naungan KRU Studios satu rezeki keemasan yang tak mungkin diabaikan begitu sahaja. Lantas, single lagu pertama berjudul BFF yang berkonsepkan pop menjadi taruhan, tanda pengenalan buat peminat-peminat muzik tempatan. "Pada mulanya saya meragui keupayaan diri untuk menyanyi, tetapi akhirnya keyakinan itu tumbul hasil sokongan kawan-kawan baik serta keluarga. Jika tidak keberatan, saya nak menyebut nama kawan-kawan saya ini iaitu Yayaq, Dee serta Rina. "Sebenarnya BBF bermaksud Best Friend Forever yang menceritakan tentang sahabat sejati. Di mana merekalah yang akan sentiasa berada di samping kita walau apa pun berlaku, tidak kiralah susah atau senang. "Kebetulan pula lagu ini sangat sesuai dengan jiwa saya kerana ia mengingatkan kepada tiga orang teman saya itu," tuturnya yang turut gembira dengan respon positif daripada peminat mengenai BFF. Tambah Chomel, lagu tersebut juga seolah-olah mengimbas kembali insiden kemurungannya itu dimana dia dapat melihat teman-teman yang manakah sudi bersamanya di saat diri memerlukan sokongan moral. "Memiliki lagu ini ibaratnya seperti satu kesyukuran buat saya kerana ia telah menguatkan lagi hubungan antara saya dan teman-teman. "Malah mereka siap menyanyi BFF untuk menceriakan saya jika mood tiba-tiba sedih. Alhamdulillah, lapan tahun berkawan, kami bagaikan adik beradik," ujarnya. | ||
| Capital FM: Dari Wanita Untuk Wanita Posted: 04 Dec 2011 11:01 PM PST "SAYA rasa seperti guru yang menjaga sekelas murid-murid pintar. Disebabkan bakat yang dimiliki, mereka ini cepat bosan tetapi sentiasa aktif, penuh idea-idea bernas dan tidak ragu-ragu menyuarakannya dengan lantang," akui Perunding Capital FM, Non dalam keterujaannya bekerjasama dengan sepasukan wanita hebat sejak 1 Disember lalu. Pada tarikh tersebut, stesen radio Capital FM (88.9) yang baru diambil alih oleh Kumpulan The Star Publications itu muncul dengan fokus baru sebagai memenuhi gaya hidup wanita urban sekitar Lembah Klang dengan barisan penyampai bertaraf bintang seperti Asha Gill, Joanne Kam dan Xandria Ooi selain pengacara ESPN, Patricia K, bekas penyampai Red FM, Sheela Haran dan April Kuan (Best 104). Non yang berkecimpung dalam industri ini sejak lebih sedekad lalu merasakan bahawa radio bukan sahaja masih relevan sebagai medium komunikasi efektif sebaliknya kemajuan teknologi mengembangkan lagi potensi industri berkenaan untuk diangkat sebagai saluran media interaktif penting selain televisyen dan internet. "Cabaran untuk semua pada masa ini adalah untuk kekal relevan. Internet memungkinkan industri radio berkembang ke tahap lebih tinggi dan kini kita mempunyai cakupan pendengar global berbanding dahulu. "Ini adalah masa untuk menawarkan produk berkualiti bagi memenuhi apa yang sebenarnya diinginkan oleh pendengar," katanya kepada Mingguan mStar di studio Capital FM, Petaling Jaya baru-baru ini. Menurut Non, tanggungjawab baru yang digalasnya ini, pertama sebagai ketua program (walaupun sering merancang dan menguruskan segmen sendiri sebagai penyampai radio) dan kedua bekerjasama dengan barisan penyampai berbakat besar dan cukup berpengalaman serta arif dalam bidang masing-masing adalah satu cabaran yang menyeronokkan. Sasaran demografi pendengar wanita berusia antara 25 dan 35 tahun, katanya, merupakan satu cabaran yang ditunggu-tunggu bukan sahaja bagi diri beliau selaku Perunding Capital FM malah bagi kesemua barisan penyampai selebriti terutama Asha Gill, ibu tunggal dinamik yang berhasrat berkongsi pengalaman hidup bersama kaum ibu. Non berharap Capital FM akan dapat memperkasakan wanita moden Malaysia di zaman kepesatan teknologi ini. "Pada masa sama, kami ingin menjadikan Capital FM sebagai radio komuniti di mana para pendengar merupakan entiti penting. Lagu-lagu yang diputarkan juga mengambil kira kepelbagaian minat muzik di kalangan wanita. Ramai yang tidak sedar wanita lebih menghargai muzik dan mereka mendengar semua jenis genre dari rock sehinggalah klasik," ujarnya. Di samping itu, Non juga menjelaskan, slot waktu bagi segmen-segmen tertentu juga telah dirancang dengan baik dengan mengambil kira sensitiviti masa terutama pada hujung minggu di mana siaran umum akan mengambil tempat kerana ramai menggunakan waktu tersebut untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Bintang Penyampai Susunan segmen bagi para penyampai Capital FM yang bertaraf selebriti juga diatur dengan bijak bagi menarik minat pendengar bermula dengan pelawak dan pelakon, Joanne Kam menerusi program ala 'breakfast show' pada setiap pagi Isnin hingga Jumaat mulai 6 hingga 10 pagi. "Kami akan memulakan setiap hari dengan cerita-cerita yang memberi inspirasi kepada wanita. Kami menjemput pakar motivasi (life coach) untuk berinteraksi dengan pemanggil mengenai sebarang isu atau kesulitan dalam hidup mereka. Sementara setiap pagi Jumaat menerusi slot 'Fantabulous Fridays' saya berbicara tentang makanan, minuman dan tempat menarik untuk dikunjungi pada malam minggu," kata Joanne yang akan ditemani DJ Joey G dan pelakon Tony Eusoff. Untuk lari daripada konsep program pagi yang pernah dilakukan sebelum ini, Joanne mengubah pendekatan dengan menawarkan tips dan informasi terkini berhubung isu-isu berkaitan gaya hidup wanita termasuk bidang yang menarik minat mereka terutama segmen hiburan meliputi seni persembahan berbanding hiburan komersial. Katanya, penyampai iringan lelaki yang tidak asing dalam industri iaitu Joey dan Tony juga mempunyai pelbagai cadangan topik-topik menarik untuk diutarakan bagi membuka platform baru kepada peminat dan selebriti pelbagai bakat seperti mereka. "Yang penting, setiap pagi para pendengar Capital FM akan disuntik dengan inspirasi untuk membakar semangat mereka meneruskan rutin harian dengan positif dan minda yang baru," tambahnya. Segmen Joanne diikuti dengan program kelolaan Asha Gill pada 10 pagi hingga 1 petang yang membicarakan topik berkaitan menempuhi kehidupan sebagai ibu termasuk perihal anak-anak, menguruskan rumah tangga dan mengimbangi kehidupan serta kerjaya. Walaupun merupakan ikon signifikan dalam bidang penyiaran, Asha tidak ingin sekadar memenuhi slot dalam Capital FM sebaliknya ingin membawakan kejutan istimewa buat rakyat Malaysia dengan membongkar tips survival sebagai seorang ibu tunggal membesarkan anak remaja dalam mengimbangi kerjaya. Menurut Asha, program khusus untuk wanita adalah sesuatu yang sudah lama ingin dilakukannya untuk membantu ibu-ibu bekerjaya memacu kehidupan dengan penuh dinamik memandangkan tanggungjawab sebagai wanita semakin berat dipikul dalam zaman teknologi ini. Dia juga sudah lama memendam hasrat untuk menyertai penyiaran radio, namun tawaran-tawaran yang diterima sebelum ini kurang sesuai disebabkan kekangan waktu dan komitmen sebagai ibu yang mengendalikan urusan anak termasuk menghantar dan mengambil pulang dari sekolah. "Saya ingin berkongsi pengalaman bersama ibu-ibu lain termasuk cara mendekati anak-anak remaja. Kami ingin memecahkan jurang sedia ada dan mendekati para pendengar sebagai sahabat baik mereka. Di era moden ini, wanita lebih selesa berkongsi masalah secara terbuka dan itulah tujuan forum ini diadakan," ujar Asha. Segmen Asha diikuti dengan 'My City' kelolaan Patricia K, pengacara berbakat besar berusia 25 tahun dan berdarah kacukan Denmark - Cina. Siaran setiap Isnin sehingga Jumaat itu, katanya, membolehkan dia berkongsi pelbagai minat dengan ramai pendengar generasinya termasuk trend fesyen, gaya hidup, muzik dan melancong ke luar negara. Kata Patricia, dia berbangga mewakili wanita muda urban Kuala Lumpur masa kini dan mengakui mempunyai banyak persamaan dengan golongan tersebut yang dipacu semangat tinggi bukan sahaja untuk mempertingkatkan kerjaya malah ilmu, kemahiran, memperluaskan jaringan hubungan dan pada masa sama mendalami pelbagai bentuk hobi, genre muzik serta menghargai seni tradisional dan kontemporari. "Saya sendiri menggemari muzik 'underground' dan sudah tiba masanya peminat-peminat genre ini diberi peluang tampil ke hadapan. Selain itu, saya juga ingin mengutarakan topik berkaitan perhubungan sama ada cinta atau keluarga. "Sebagai anak yang pernah melalui pengalaman akibat penceraian ibu bapa, saya ingin berhubung dengan ramai wanita yang berkongsi pengalaman sama tetapi dalam aspek positif, seperti membantu generasi lebih muda menempuhi kehidupan tanpa dibelenggu masalah keluarga," jelas Patricia yang juga merupakan deejay berbakat. Sementara setiap malam Isnin hingga Jumaat, Sheela akan muncul bersama lagu-lagu R&B dan Soul menerusi segmen 'Groove Down' sesuai dengan mood pendengar yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan inginkan suasana tenang sebelum tiba di rumah. Menariknya, Sheela hanya menerima panggilan daripada pendengar wanita sepanjang segmen tersebut untuk memberi peluang mereka meluahkan sebarang pandangan atau sekadar berkongsi kisah-kisah menarik untuk membangkitkan semula semangat selepas seharian penat bekerja. "Ini adalah masa santai untuk wanita. Jadi kami memperuntukkan masa khusus kepada pemanggil wanita berkongsi apa jua perkara - seperti berbual dengan teman-teman wanita lain tanpa sebarang gangguan atau kritikan daripada lelaki. "Kami ingin mengeratkan interaksi dengan para pendengar dan menerusi segmen ini juga, kami cuba berbuat demikian tanpa meletakkan sebarang tekanan dan kekangan. Hanya santai dan relaks sambil menghayati irama seksi R&B dan Soul," katanya. Manakala pada hujung minggu pula, April menyajikan irama muzik global pada setiap Sabtu pada 10 pagi hingga 1 petang dan memutarkan lagu-lagu berinspirasikan jazz dari seluruh dunia mulai 1 hingga 4 petang pada setiap Ahad. "Segmen 'Global Passport' sesuai dengan pendengar wanita yang mempunyai pelbagai citarasa muzik. Sebagai peminat genre ini, saya ingin berkongsi koleksi muzik dunia yang kaya dengan pengaruh instrumental. Tidak terlalu eklektik, saya akan membawakan lagu-lagu moden agar relevan dengan pendengar. "Segmen jazz pula sudah lama menjadi impian saya. Sedar tak sedar, saya mempunyai koleksi besar cakera padat yang dipengaruhi genre tersebut. "Ramai artis terkenal mendapat inspirasi daripada jazz dan ini adalah platform terbaik untuk berkongsi pengetahuan itu dengan pendengar," tambah April. | ||
| Percubaan Sulung Tonjol Potensi Taxi Posted: 04 Dec 2011 11:01 PM PST ALBUM: Langkah PertamaARTIS: TaxiLAGU-LAGU PILIHAN: Warna, Ku Emosi dan Mimpi SemalamEDARAN: Warner Music Malaysia KUALITI dipamerkan oleh kumpulan baru, Taxi dalam album sulung iaitu Langkah Pertama membuktikan mereka layak bergelar juara program pencarian kugiran, Twisties Bingit musim ketiga. Ini kerana, pada seimbas dengar saja, lima lagu yang termuat dalam album ini kedengaran memikat perhatian dan mempunyai kekuatan tersendiri. Sekalipun kumpulan yang dianggotai oleh empat anak muda, Cidin (vokalis), Wan (gitaris) dan pasangan adik-beradik iaitu Suki (bass) dan Amin (drum) belum dikenali ramai, potensi mereka terserlah dalam penghasilan lagu-lagu yang segar dan kontemporari, seiring dengan selera muzik semasa. Album ini membuka tirai menerusi lagu Warna yang turut dijadikan lagu tema produk makanan ringan Twisties. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar, Iwan ini membangkitkan suasana segar dan ceria menerusi paduan genre alternatif rock yang diwarnai bunyi siulan dan kicauan burung. Beralih ke trek kedua iaitu Ku Emosi, lagu rancak ini mempunyai tarikan tersendiri dengan alunan gitar dan drum yang penuh jiwa dan rasa. Bagi memperlahankan tempo, Taxi mempertaruhkan pula sebuah lagu balada yang mengasyikkan menerusi lagu ketiga yang bertajuk Mimpi Semalam. Walaupun lagu ciptaan sepenuhnya Cidin ini menekankan kisah cinta dan perhubungan, susunan melodi yang menarik itu menjadi kekuatan trek ini. Album ini juga memuatkan lagu ciptaan penyanyi dan komposer terkenal M. Nasir iaitu Ghazal Untuk Rabiah yang pernah dipopularkan penyanyi itu bersama Jamal Abdillah. Menariknya, versi Taxi ini kedengaran meyakinkan dan tersendiri. Untuk memberikan kelainan, Taxi menyelitkan elemen rock dalam susunan muzik dan stail nyanyian Cidin yang kontemporari dan berjiwa muda. Pada trek terakhir pula, lagu Angkubah yang menjadi single pertama kumpulan ini boleh disifatkan sebagai sebuah lagu pop rock yang menarik. Seperkara yang turut layak dipuji adalah rekaan kulit albumnya yang ringkas, muda dan moden, bersesuaian dengan konsep pop rock yang diketengahkan oleh Taxi. Sayangnya, jika mereka turut menyelitkan nama setiap anggota kumpulan ini pada gambar-gambar kulit album ini, pasti ia menjadi lebih baik sebagai panduan kepada pendengar yang belum mengenali mereka lagi. Bagaimanapun, untuk percubaan sulung, Langkah Pertama memperlihatkan potensi dan peluang untuk kugiran ini pergi jauh dalam dunia muzik tanah air. | ||
| Jessica Simpson Bakal Timang Anak Perempuan Posted: 04 Dec 2011 10:56 PM PST Jesscia Simpson.PENYANYI bersuara lantang, Jessica Simpson yang sedang sarat mengandungkan anak pertamanya bakal mendapat seorang anak perempuan menurut laporan Contactmusic. Dalam laporan itu juga menyebut, Jessica memang inginkan seorang anak perempuan namun tidak dipersetujui oleh tunangnya, Eric Johnson yang mahu anak lelaki. "Saya rasa anak yang sedang dikandungkan adalah bayi perempuan tetapi Eric mengatakan bahawa ia adalah bayi lelaki. Saya sendiri tidak tahu," ujarnya kepada majalah People. Bagaimanapun pasangan itu bercadang untuk membuat imbasan pada minggu depan untuk mengetahui jantina bayi mereka. "Saya sudah menyediakan beberapa nama untuk anak kami nanti tetapi masih ingin merahsiakannya," ujarnya. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 10:54 PM PST Ning Baizura KALI terakhir dia mengadakan sebuah konsert berskala mega adalah sewaktu menjayakan konsert Teguh di Stadium Negara iaitu kira-kira 15 tahun lalu. Selepas berbulan-bulan promosi mengenai konsert itu diuar-uarkan, akhirnya kerinduan peminat terubat apabila penyanyi itu muncul dengan konsert solo anjuran syarikatnya sendiri HappeNings (M) Sdn Bhd yang dikhabarkan menelan belanja sebanyak RM1 juta. Perasaan rindu serta keinginan untuk menyaksikan penyanyi popular ini menyanyi di sebuah konsert solo jelas tergambar apabila jeritan dan sorakan penonton mengiringi kemunculan Ning yang cukup anggun mengenakan pakaian labuh rona lavender. Untuk persembahan pembukaan, Ning memilih lagu Curiga, sebuah lagu yang menjulang namanya sekali gus meletakkan dirinya sebagai antara penyanyi terkenal pada waktu itu. Persembahan itu kemudiannya diteruskan dengan nyanyian sebuah lagi lagu popular Ning berjudul Dugaanku yang melodi dan liriknya diakui cukup meruntun perasaan. Sebagai penyanyi yang pernah mengadakan persembahan di dalam dan luar negara, ternyata pengalaman itu digunakan sepenuhnya untuk menjadikan konsertnya seronok ditonton. Bukan saja menghiburkan tetapi Ning juga bijak berkomunikasi dengan penonton. Tidak semata-mata bertanyakan khabar, penyanyi berusia 36 tahun ini pandai bercerita dan sesekali berjenaka sambil disahut dengan hilai tawa mereka mereka yang mendengarnya. Itulah yang dilakukan Ning sepanjang acara berlangsung. Nyanyiannya akan diselang selikan dengan sesi bersembang dengan penonton membuatkan hampir 600 penggemar yang hadir terasa dekat dengan idola kesayangan mereka itu. Diiringi oleh empat orang pemuzik yang diketuai oleh Aylwin Santiago sebagai pengarah muzik dan tiga orang penyanyi latar, konsert Ning@KL menuangkan pelbagai rasa kepada penonton. Umum rasanya cukup arif dengan apa yang pernah di lalui penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Kontroversi ini. Namun bak kata Ning, segala kontroversi yang dilaluinya itu banyak mematangkan dirinya serta menjadikan dirinya seperti hari ini dan dia tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku. Selama hampir dua jam persembahan berlangsung, anak kelahiran Kajang, Selangor itu menyajikan pelbagai jenis rentak lagu yang dipetik dari album-albumnya sebelum ini. Malah ada juga lagu yang jarang kedengaran Ning menyanyikannya turut didendangkan pada malam itu. Penjara Kasih, Ke Sayup Bintang, Pasti, In Another Life, Kau Dan Aku, Selagi Ada Cinta dan juga rangkaian lagu rancaknya iaitu Alangkah, Getaran Rinduku, Kata Hati, Drama, Asmara, Percaya, Teguh dan Pada Aksinya berjaya membangkitkan nostalgia penonton lantas bertindak seperti penyanyi latar kepada Ning. Bezanya nyanyian mereka hanya kedengaran dari tempat duduk. Paling menarik apabila anak kesayangan Satilah Abdullah ini berduet dengan dirinya sendiri menerusi layar lebar sewaktu menyanyikan lagu Beribu Sesalan. Menurut Ning, idea untuk mengetengahkan konsep itu diambil ketika dia menyaksikan konsert Celine Dion di Las Vegas. "Selama ini orang hanya melihat Ning sebagai seorang selebriti. Menerusi persembahan tadi penonton secara tidak langsung dapat melihat wajah polos Ning yang tidak bersolek. Ning sebagai orang biasa dan bukannya artis," ulasnya ketika ditemui usai persembahan. Ternyata Ning mempunyai banyak lagu yang sedap dan mampu memikat jiwa pendengar. Sayangnya ia tidak banyak diputarkan di radio. Bagaimanapun, entah mengapa, Ning tidak menyanyikan satu pun lagu dari album Pujaanku walaupun album terbitan LY itu mempunyai banyak lagu yang boleh menjadi halwa telinga. Dari segi stamina dan vokal, Ning berjaya membuktikan bahawa dirinya masih bertenaga untuk menjayakan konsert berskala mega seperti itu. Meskipun sebelum ini ada suara-suara nakal yang mempertikaikan vokalnya, namun malam itu, Ning berjaya menutup mulut mereka dengan mempamerkan mutu nyanyian yang cukup membanggakan. Cuma perasaan tidak puas timbul sewaktu Ning menyanyikan lagu Curiga. Adalah lebih baik jika dia melepaskan saja suaranya selantang yang boleh tanpa perlu mengawalnya. Apabila memperkatakan mengenai Ning, tidak dapat dinafikan selain vokal soprano, imej yang ditampilkannya juga adalah sebahagian daripada tarikan yang ada padanya. Sepanjang konsert itu, penyanyi ini mengenakan lima persalinan yang berteraskan lima jenis bunga yang menjadi elemen dalam konsertnya. Lima jenis bunga itu adalah bunga teratai, bunga matahari, bunga jasmine, bunga ros dan orkid. Bukan saja cantik dari segi rekaan. Antara rakan artis yang turut memberikan sokongan moral kepada Ning ialah Anuar Zain, Adibah Noor, Ida Nerina, Zahida Rafik, Zizan Nin dan Dina Nadzir. Bagi mereka yang terlepas untuk menyaksikan konsert itu, DVD konsert itu akan dijual secepat mungkin serta sebuah konsert jelajah negara juga akan dilakukan Ning pada tahun depan dengan menjadikan negeri Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai lokasi pertamanya. | ||
| Dengarnya...: Ombak Rindu atasi Breaking Dawn Posted: 04 Dec 2011 10:49 PM PST ANTARA pelakon filem Ombak Rindu. Kawan-kawan yang sudah pun menonton filem yang diangkat daripada novel tulisan Fauziah Ashari baru-baru ini rata-rata memberitahu, mereka terhibur dengan garapan terbaru pengarah yang pernah mencuit hati peminat dengan filem Cun sebelum ini. Malah, tidak kurang yang kehabisan tisu kerana tidak dapat menahan kesedihan menonton lakonan hebat Maya. Dalam e-melnya dia berkata, sokongan dan bantuan yang diberikan itu berjaya mengetengahkan maklumat serta mempromosikan filem ini kepada masyarakat umum. "Justeru, melalui sokongan dengan sebaran maklumat dan komentar yang menyokong serta membina, filem ini berjaya menarik perhatian masyarakat melalui sambutan yang memberangsangkan pada hari pertama tayangannya. "Sesuatu yang positif terpancar melalui sambutan hari pertama tayangannya di mana kebanyakan panggung yang menayangkannya menyaksikan fenomena 'kehabisan tiket'. Kami mendapat maklumat, hampir semua panggung sekitar lembah Klang termasuk di negeri-negeri lain kehabisan tiket. Semua ini terjadi ekoran dokongan rakan media semua kerana tanpa adanya sokongan positif dari rakan-rakan sekalian, fenomena ini mungkin tidak akan berlaku," kata Sharad. Sharad turut berharap fenomena yang memberangsangkan ini dapat berpanjangan dalam usaha untuk meraih kutipan sebanyak mungkin. "Kami sedar, Ombak Rindu sebuah filem bergenre drama, yang biasanya agak sukar meraih kutipan di pasaran. Namun, demi mempertingkatkan mutu dan tahap industri filem tempatan, kami berasakan perlu memulakan usaha menerbitkan filem-filem yang punyai kandungan bermutu dan mantap. Justeru, sokongan dan bantuan rakan media amatlah kami perlu dan hargai demi memupuk usaha kami ke arah itu," katanya lagi. | ||
| Bisnes Dunia: RIM lupus inventori tablet PlayBook Posted: 04 Dec 2011 10:43 PM PST Telefon BlackBerry keluaran RIM. RESEARCH In Motion Ltd (RIM), pengeluar telefon BlackBerry, sudah melupuskan kebanyakan inventori produk tabletnya, PlayBook sejak ia menjual produk berkenaan pada harga diskaun yang sangat rendah. Pada Mac, Balsillie berkata: "Pelancaran PlayBook mungkin menjadi pembangunan yang sangat ketara kepada RIM sejak pelancaran BlackBerry pertama pada 1999." Tetapi apabila tablet itu dijual April lalu, terdapat komen mengatakan peranti itu tidak lengkap dan kekurangan perisian email. RIM kini menjanjikan perisian yang dikemaskini pada Februari. RIM berkata, ia menghantar 150,000 PlayBooks kepada pengedar dan kedai pada suku ketiga tahun fiskal yang berakhir 26 November lalu. Jumlah yang dibeli pengguna adalah lebih tinggi, mencerminkan jualan tablet sebelum ini. Syarikat itu menghantar 500,000 pada suku pertama dan 200,000 pada suku kedua. RIM juga berkata, ia sudah menjual 14.1 juta BlackBerry pada suku ketiga, yang jauh lebih tinggi daripada unjuran para penganalisa. Syarikat itu menjangkakan jualan akan jatuh sedikit pada suku semasa sejajar dengan unjuran penganalisa. Syarikat menyediakan angka awal keuntungan dan pendapatan bagi suku ketiga yang lebih rendah daripada diunjurkan, tetapi ia tidak mengejutkan penganalisa. RIM berkata ia menjangkakan pendapatan pada tahap AS$1.20 kepada AS$1.40 sesaham yang diunjurkan sebelum ini. Pungutan pendapat penganalisis yang dilakukan FactSet, mengunjurkan secara purata iaitu pada AS$1.18 sesaham. Syarikat itu mengunjurkan pendapatannya berada pada paras AS$5.3 bilion berbanding AS$5.6 bilion yang diunjurkan sebelum ini. Penganalisa mengunjurkan secara purata AS$5.27 bilion. | ||
| Pelajar Afrika pukul imigresen Posted: 04 Dec 2011 10:29 PM PST SEORANG pelajar wanita tempatan berusia 24 tahun ditahan berada dalam bilik bersama seorang daripada 10 lelaki warga Afrika yang dicekup imigresen di Mantin, semalam. MANTIN: Kira-kira 50 pelajar kolej swasta warga Afrika di sini, bertindak ganas termasuk memukul pegawai penguat kuasa imigresen yang menahan rakan-rakan mereka yang melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Ajar di apartmen asrama kolej itu di sini, awal pagi semalam. Mereka kemudian menjerit memaki hamun hingga berlaku tolak menolak dan beberapa pelajar dilihat memukul anggota penguat kuasa. Tindakan pelajar terbabit yang semakin tidak terkawal memaksa pasukan operasi yang turut dibantu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) memberi amaran dan menghalau mereka pulang ke bilik masing-masing. Ketua Penguat kuasa jabatan itu, Abdul Kadir Hussin, mengakui kumpulan pelajar warga Afrika sering melakukan provokasi setiap kali pihaknya melakukan operasi membabitkan mereka. "Kami sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bersyukur kita dapat mengawal keadaan dengan bertindak mengikut bidang kuasa kita," katanya di sini, semalam. Katanya, dua pelajar Afrika berusia lingkungan 20-an ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 46 warga asing yang sebahagian besarnya warga Afrika ditahan dalam 'Ops Ajar' selama tujuh jam bermula jam 10 malam itu. Antara kesalahan mereka adalah pas pelajar tamat tempoh, tinggal lebih masa dan memiliki pasport palsu. Operasi itu disertai 105 anggota termasuk Rela, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Turut ditahan dalam operasi itu adalah seorang pelajar wanita tempatan berusia 24 tahun kerana berkhalwat dengan seorang warga Afrika di dalam sebuah bilik di apartmen asrama berkenaan. Dia diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 10:28 PM PST
BUKU ini mengumpulkan wirid-wirid ulama muktabar yang menjadi amalan seharian para alim terdahulu. Wirid-wirid ini seharusnya menjadi amalan seharian dalam kehidupan umat Islam. Ini kerana setiap amalan itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang tersendiri di samping dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wirid-wirid yang diamalkan juga akan menjadi amalan tambahan umat Islam yang mengamalkannya dalam mencari pahala sebanyak mungkin untuk memudahkan urusan yang bakal dihadapi di akhirat kelak. Dengan adanya buku ini, ia dapat memudahkan umat Islam untuk mengetahui wirid-wirid yang sahih, tidak memesongkan akidah dan boleh diamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Buku ini diterbitkan dengan tujuan mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan. Setiap pembelian buku ini secara tidak langsung merupakan sumbangan kepada dana tersebut. Pembangunan terkini yang sedang dijalankan di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat adalah pembinaan Masjid Imam Syafie yang dianggarkan berjumlah RM6 juta. Pembinaan kini mencecah hampir 60% siap dan sedang giat memulakan pembinaan di tingkat tiga. Sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada masyarakat Malaysia diperlukan dalam menyumbang dana sehingga pembinaan siap. Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki Buku ini melibatkan seorang ulama yang disegani iaitu Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai iaitu Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia pada 1 September 1960. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari keluarga yang taat beragama. Bondanya, Rahmah Muhammad Sobri adalah puteri ulama besar di Kalimantan Selatan. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarganya berhijrah ke Tanah Suci Mekah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu, beliau juga mengikuti pengajian secara umum di Masjid Haram dan juga di rumah para masyaikh. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau mengajar kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah. Beliau adalah murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-'Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani. Guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya menemani ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi makam nabi SAW. Pada tahun 1983, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga beroleh sarjana muda. Kemudian menyambung pengajian di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am Dirasat 'Ulya pada tahun 1990. Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, beliau menumpukan perhatian mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar. Sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) iaitu satu julukan yang terhormat dan tulus daripada masyarakat universiti al Azhar sendiri. Beliau mengadakan kelas pengajian 'Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin' sejak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamek al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama muda ini. Sememangnya sejak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telah menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 10:26 PM PST ![]() Wang zakat tidak sepatutnya dibelanjakan kepada perkara-perkara maksiat seperti berjudi dan minum arak. - Gambar hiasan SAYA pernah menonton sebuah rancangan agama di televisyen dan penceramah menyatakan, orang yang tidak menunaikan solat tidak layak menerima zakat atau dibantu dengan sedekah. Alasannya, orang tersebut melakukan derhaka kepada Allah dan jika diberikan zakat, maka seolah-olah menggalakkan lagi dirinya kekal dalam derhaka. Apakah ada sandaran dalil mengenai hal ini dan bagaimanakah pandangan syarak sendiri? Jawapan: Terima kasih kerana bertanya. Hakikatnya, dalam kehidupan di dunia ini, memang manusia terbahagi kepada dua, pertama golongan taat dan kedua, golongan maksiat. Namun begitu, apabila yang melakukan maksiat itu adalah kalangan orang miskin yang melarat, maka pastilah ia lebih dipandang berat. Seperti mana dinukilkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,- kata Muawiyah: Juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat seksa yang pedih iaitu: 1) Orang tua penzina; 2) Raja (penguasa) yang pembohong dan 3) si miskin yang sombong". (riwayat Muslim) Hakikatnya, orang miskin yang melakukan maksiat secara terang-terangan adalah sombong dan angkuh kepada Allah SWT. Sudahlah mereka miskin tetapi tetap mahu mendabik dada menzahirkan keangkuhan. Misalnya enggan bersolat, suka membuka aurat, gemar mengumpat dan suka membuka keaiban orang. Mereka ini, sudahlah miskin, tetapi tetap tidak mahu mengambil iktibar di atas kemiskinan mereka. Walhal, kemiskinan seringkali menjadikan manusia lebih sedar dirinya. Kerana ujian kemiskinan memang menjerakan. Dalam hal ini, di dalam al-Quran sendiri, Allah SWT pernah menggambarkan bagaimana kemiskinan telah menguji kesabaran para isteri Nabi Ayub a.s yang asalnya kaya dan menjadi papa (rujuk surah Shaad: 41-44 dan al-Anbia': 83 dan 84). Apabila menyentuh isu kebajikan sesama umat Islam khususnya zakat, yakni apakah ia wajar disalurkan kepada umat Islam yang jelas melakukan maksiat, maka ulama terbahagi kepada dua pandangan. Sebahagiannya, tidak mahu memberi zakat kepada golongan ini melainkan mereka berubah. Ini kerana keingkaran itu menzahirkan sikap tidak wajar mereka kepada Allah dan bakal mengundang kemurkaan Allah SWT. Di sisi Maliki misalnya, mereka menyatakan: "Tidak diberi pahala pemberian zakat kepada orang yang membuat maksiat jika disyaki mereka akan membelanjakannya untuk itu (maksiat). Jika tidak (tidak digunakan untuk maksiat), harus diberikan (zakat) kepada mereka." Imam Ibn Taimiyah juga semasa membicarakan hal ini menegaskan: "Seorang muslim harus memberikannya kepada orang yang berhak daripada golongan fakir, orang yang berhutang dan lain-lain, asalkan mereka beragama Islam serta taat mengikuti syariat. Sesiapa yang nyata melakukan perkara bidaah atau kejahatan (kefasikan), dia patut menerima hukuman (seperti dibuang negeri dan lain-lain) serta diminta bertaubat. Jadi, bagaimana kita boleh menolong orang yang melakukan hal-hal demikian?" Bahkan beliau dalam kitab AI-Ikhtiarat menyatakan: "Tidak harus diberi zakat kepada orang yang tidak menggunakannya ke jalan Allah (untuk taat kepada-Nya). Ini kerana Allah SWT mewajibkannya sebagai satu pertolongan untuk taat kepada-Nya, kepada orang-orang beriman yang berhajat kepadanya seperti golongan fakir, orang yang berhutang atau sesiapa sahaja yang menolong orang beriman (seperti amil dan pejuang ke jalan Allah). Maka sesiapa yang tidak solat, dia tidak diberi zakat sehinggalah dia melaksanakan ibadat solat." Bagaimanapun, ada kalangan fuqaha yang masih memberi keizinan agar zakat diagihkan kepada golongan ini, atas alasan zakat itu sudah jelas siapa yang berhak ke atasnya. Apabila orang itu sudah termasuk dalam kategori asnaf zakat, maka mereka boleh menerima zakat biar pun ketika itu mereka adalah muslim yang maksiat. Maksiat itu tidak boleh menghalangi hak yang telah disediakan ke atas mereka, sebagaimana termaktub dalam ayat 60, surah at-Taubah. Sheikh Muhammad Abu Zahrah misalnya menyatakan, al-Quran dengan jelas memperuntukkan bahawa fakir dan miskin adalah asnaf zakat tanpa dibatasi halangan tertentu. Apatah lagi Nabi SAW sendiri pernah menggunakan zakat bagi menjinakkan hati orang-orang kafir. Maka sudah pasti ia lebih berhak bagi menjinakkan hati muslim yang sudah liar. Beliau juga melihat, keengganan menyalurkan zakat kepada golongan fasiq (umat Islam yang maksiat) juga seakan-akan membunuh mereka secara senyap dengan membiarkan mereka mati dalam kebuluran. Apatah lagi jika orang berkenaan mempunyai tanggungan yang wajib, maka zakat itu adalah untuk memenuhi keperluan tanggungannya. Bahkan, dalam konteks hari ini, ancaman akidah juga boleh diambil kira dalam hal ini. Kecualilah, menurut Sheikh Abu Zahrah, jika memang jelas terbukti bahawa seseorang itu memang menggunakan wang zakat ke arah maksiat dan kefasiqan, maka kala itu baharulah disekat orang berkenaan daripada menerima bantuan zakat. Ini demi mengelakkan mereka menyalahguna wang zakat ataupun sehingga menafikan hak tanggungannya pula. Maka, bagaimana pula sikap pusat-pusat zakat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada hari ini? LZS misalnya masih memberikan bantuan kepada para asnaf walau apa pun keadaan mereka. Bantuan akan tetap disalurkan kepada semua asnaf yang layak dan pada masa yang sama, LZS juga mengambil pendekatan menganjurkan pelbagai kursus dan program demi melunakkan hati penerima zakat. Misalnya melalui program membaiki bacaan al-Quran, membaiki mutu ibadah, kursus keibubapaan dan sebagainya lagi. Hal ini sejajar dengan pandangan fuqaha bahawa zakat sewajarnya disalurkan kepada mereka yang berhak, sekali pun mereka fasiq. Pada masa yang sama hendaklah diaturkan pendekatan mendidik mereka, agar mereka berubah dan tidaklah mereka kekal dalam kefasiqan begitu sahaja. Seperti mana kata Imam Ibn Taimiyah lagi: "Sesiapa yang tidak sembahyang hendaklah disuruh sembahyang. Jika dia berkata: "Saya sembahyang." Maka dia boleh diberikan zakat. Jika sebaliknya, dia tidak diberi. | ||
| Mengambil berkat orang balik haji Posted: 04 Dec 2011 09:42 PM PST ![]() Anak-anak digalakkan memeluk ibu bapa yang pulang dari mekah kerana ingin mengambil berkat orang yang pulang dari Tanah Suci. - Gambar hiasan AMBIL berkat orang balik haji." Benarkah para jemaah haji yang mula pulang ke tanah air ada membawa berkat? Berkat dari Tanah Suci Mekah al Mukaramah? Bagaimanakah yang dikatakan mengambil berkat dari ahli keluarga, saudara mara dan handai taulan yang baru pulang dari haji itu? Adakah dengan sekadar minum air zamzam sebagai buah tangan dari Tanah Suci itu dikatakan mengambil berkat? Adakah para jemaah haji yang baru pulang itu layak diambil berkat daripada mereka? Pelbagai persoalan timbul dengan istilah mengambil berkat dari para jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadat haji itu. Namun, bagaimana sebenarnya kita atau Islam itu melihat fenomena mengambil berkat tersebut supaya tidak terjebak dengan sebarang fenomena yang boleh membawa kepada kesesatan dan khurafa? Umumnya, berkat atau barakah adalah memohon restu Allah SWT agar dikurniakan kebaikan yang berkembang, kesejahteraan berpanjangan, kesihatan yang berkekalan sehinggalah berjaya dalam pekerjaan, soal jodoh dan sebagainya. Barakah ini adalah dengan keizinan Allah. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati rezekinya, maka jika Allah kehendaki, Dia akan memberi barakah kepada seseorang itu. Permohonan berkat ada disebutkan dalam al Quran. Ini sebagaimana kata-kata Nabi Allah Isa a.s dalam firman Allah: Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada. (al-Maryam: 31). Maka Allah adalah al-Mubaarik, pemberi restu atau barakah dan hamba-hamba-Nya adalah al-Mubaarak yang bermakna seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas. Sifat memberi barakah hanyalah milik Allah, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekelian alam. (al-A'raaf: 54) Barakah Allah adalah di mana-mana sahaja Dia letakkan di alam maya ini, firman-Nya yang bermaksud: Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya). (Qaaf: 9) Apatah lagi dari Tanah Suci Mekah dan Madinah di mana tidak semua umat Islam berpeluang dan mampu ke sana! Bekas Pengurus Besar Kanan Haji, Lembaga Tabung Haji (LTH), Datuk Dr. Azmi Ahmad berkata, jemaah haji adalah tetamu Allah yang Allah pilih menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah, melihat rumah Allah, Baitullil Haram, bangunan tertua di dunia yang penuh dengan keberkatan dan menziarahi makam Rasulullah dan para sahabat. Maka, katanya, apabila mereka pulang dengan haji yang mabrur, bermakna tiada balasan yang lain dijanjikan oleh Allah kecuali syurga. "Apabila dijanjikan syurga bermakna para jemaah yang pulang ini adalah bakal penghuni syurga. Jadi, ambil berkat dan doa daripada bakal penghuni syurga adalah sangat digalakkan kerana pasti doa dari mereka akan dimakbulkan oleh Allah. "Tetapi janganlah dek kerana hendak ambil berkat ini kita datang berbas-bas. Sanggup bertunggu tangga di lapangan terbang semata-mata untuk mendapatkan berkat daripada jemaah yang Allah janjikan sebagai penghuni syurga itu," katanya. Sepanjang pengalaman bertugas selama 26 tahun di Tabung Haji beliau yakin setiap jemaah yang selamat pulang ke tanah air membawa pelbagai keberkatan dari Tanah Suci. "Oleh kerana terlalu berkat, saya amat menggalakkan agar jemaah lelaki yang baru balik dari haji eloklah dilantik menjadi imam sekurang-kurangnya untuk 40 hari di masjid-masjid atau surau-surau. "Ini kerana kita hendak mengambil berkat daripada doa mereka. Jadi kita mintalah yang balik haji ini doakan untuk jemaah masjid dan surau. "Doakan agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh, rumah tangga kita aman damai dan sebagainya. Insya-Allah dapatlah juga tempias-tempias berkat daripada orang yang balik haji ini," katanya kepada Mega, baru-baru ini. Namun menurut Dr. Azmi, umumnya masyarakat tidak boleh menghakimi haji seseorang itu mabrur atau tidak. Semua itu adalah dalam rahsia dan pengetahuan Allah. "Sebab itu, jangan pula kita tidak pergi ziarah apabila mendengar kononnya haji seseorang itu ditolak. "Walhal kita digalakkan menziarahi jemaah haji bagi pelbagai tujuan murni yang lain termasuk mengambil pengajaran dengan apa yang terjadi sepanjang di tanah suci," katanya. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 09:41 PM PST ![]() JIKA ditanya jenis penguin yang paling diminatinya, sudah pasti dia memilih penguin Emperor kerana teruja dengan warna keemasan di bahagian dada binatang yang termasuk dalam kategori burung itu. Lebih menarik perhatian Sumazly Sulaiman adalah keunikan penguin itu yang kadang-kala kelihatan seperti budak kecil memakai tuksedo. Emperor adalah salah satu daripada 20 jenis penguin di seluruh dunia yang unik dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Bentuk kaki yang pendek dan berjalan terkedek-kedek sememangnya melucukan, justeru menambat hati sesiapa saja yang memerhatikan tabiat penguin. "Kalau diperhatikan lagi, penguin berjalan selalunya terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan, terutama waktu makan," kata Sumazly yang mesra dipanggil Su . Lelaki berusia 45 tahun itu juga terpikat kepada penguin kerana suaranya yang berbeza dengan kebanyakan haiwan lain. Disebabkan semua faktor berkenaan, Su memutuskan untuk mengumpul barangan penguin yang cukup menyenangkan dirinya. Bapa kepada empat cahaya mata itu berpeluang melihat sendiri habitat haiwan itu sewaktu menghadiri penyelidikan atmosfera di kutub Antartika pada 2002. Bertitik tolak dari situ, pemilik Sarjana Reka Bentuk Sistem Elektronik dari Cranfield, United Kingdom itu mula menyimpan semua barangan berkaitan haiwan berkenaan. Sehingga pada hari ini, anak kelahiran Johor Bharu, Johor ini memiliki lebih 100 item berunsurkan penguin. Tempahan Kebanyakan koleksinya dibeli di luar negara dan melalui tempahan dalam talian kerana barangan berupa penguin sukar didapati di dalam negara. Koleksi Su juga tidak terhad kepada barangan berbentuk patung mainan tetapi merangkumi pelbagai bentuk termasuk telefon, lampu hiasan, kalendar, buku, cakera video digital (DVD), pen, magnet, pin, album, poster, pembaris, set cadar, baju T, jangka suhu, cawan dan mainan teka-teki. Antara koleksi DVD penguin yang dimiliki ialah filem March of the Penguin, Happy Feet, Surf's Up, Life in the Freezer dan Mr. Pooper. Su sanggup tidak berkira soal wang andai ada tayangan filem di pawagam yang mempromosikan barangan penguin seperti mana dilakukan oleh restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Mc Donald. Minatnya itu terserlah apabila beliau menghabiskan masa bersama keluarga di pusat beli-belah, Zoo Negara atau ke Underwaterworld di Pulau Langkawi, Kedah. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 09:39 PM PST ![]() BERBICARA tentang menghias atau membersih kediaman, kita jarang meninggalkan rutin mengelap lantai dan membuang habuk untuk memastikan persekitaran yang sihat. Bagaimanapun kita cenderung mengabaikan kebersihan dinding kerana risau lapisan cat dinding menjadi lebih nipis jika kerap dilap. Tidak ramai yang tahu bahawa membersihkan dinding adalah sama penting dengan pembersihan rutin yang lain untuk memastikan rumah dilindungi daripada bakteria dan kuman demi kesejahteraan keluarga. Bahkan dinding yang cantik akan menjadi penyeri kediaman. Berbanding cat konvensional, cat mesra alam seperti Cat Superwash Cat Mesra Kesihatan oleh Mr. Paint Man tahan lama pembasmi kuman dan pengelap kuman tanpa mengurangkan perlindungan anti bakteria. Dinding menjadi lebih bersih apabila dilap dengan kain basah kerana air menjadi pemangkin aktiviti pembasmian kuman oleh ion perak. Ini kerana cat mesra alam yang menggunakan teknologi nano-silver menjadi aktif apabila bakteria hadir justeru bertindak memecahkan protein dan asid nukleik bakteria supaya ia mati dengan sendirinya. Lain pula halnya dengan mereka yang gemar menghidu bau dinding yang baru dicat. Mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' itu adalah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru dicat, sebenarnya berisiko kepada kesihatan. Bagi kebanyakan orang termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan radang mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta reaksi alergi. Pendedahan pada jangka masa lama juga dikaitkan dengan penyakit hati dan buah pinggang. Oleh itu, wap daripada cat adalah tidak sihat. Sehinggakan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat dilapor menetapkan bahawa cat adalah antara lima 'bahaya' bagi alam sekitar. Cat dinding pada kediaman yang anda gunakan mungkin mengandungi banyak wap sebatian organik (VOC) yang boleh memberi reaksi alergi kepada manusia. Bahkan semakin 'lebih seri' warna sesuatu cat bermakna lagi banyak kandungan VOC di dalamnya. Alam sekitar Justeru, lahirnya idea cat dengan formula mesra alam yang mempunyai kadar bau dan VOC (Volatile Organic Compounds) rendah. Mengecat semula kediaman bukan lagi masalah kerana pilihan anda mengurangkan risiko kesihatan keluarga atau alam sekitar. Ini kerana, penghasilan gas memudaratkan yang boleh mencetuskan asma dan masalah pernafasan yang lain adalah minimum. Pastinya keluarga anda seronok dalam proses pemilihan warna untuk bilik tidur, dapur, bilik bayi, ruang tamu ataupun mana-mana sahaja ruangan dalaman. Dengan pelbagai pilihan warna, ia menjamin kesihatan dan hiasan sempurna buat kediaman. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 09:38 PM PST ![]() Muhammad Nazri Tan Abdullah bersama isterinya, Norhaliza Abd. Jalil di restoran mereka di Sri Rampai Bussiness Park, Kuala Lumpur. BERBEKALKAN pengalaman selama 15 tahun dalam bidang makanan dan minuman, Muhammad Nazri Tan Abdullah memberanikan diri melangkah setapak lagi dengan membuka restoran ala kopitiam. Biar pun tanpa modal yang besar, ditambah pula kedudukan kedai agak terlindung dari pandangan orang ramai, namun dia bersyukur kerana sejak dibuka pada 16 Oktober lalu, restorannya tidak putus dikunjungi pelanggan. "Alhamdulillah, walaupun baru dua bulan dibuka sambutan yang diperolehi amat baik sekali," katanya. Berkonsepkan masakan Cina, En. Tan Kopitiam Muslim menawarkan pelbagai pilihan makanan oriental dan barat dengan resipi yang diolah sendiri oleh pemilik. Terletak di Rampai Business Park, Kuala Lumpur, restoran itu dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 11 malam dan ditutup pada pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap hari Jumaat. Muhammad Nazri yang memeluk Islam sejak 18 tahun lalu memberitahu bahawa masakan Cina mementingkan aroma yang wangi dalam setiap hidangan bagi membangkitkan selera. "Untuk memperolehi sajian begini, pemilihan bahan yang berkualiti serta cara masakan dengan api yang bersesuaian amat penting mendapat hasil enak dan asli. "Sebagai contohnya hidangan nasi goreng Yong Chaw yang terkenal dalam menu di restoran Cina dimasak menggunakan kuning telur dan api yang kuat bagi membangkit aroma yang harum dan menyelerakan," ujarnya. Salah satu makanan yang menjadi permintaan hangat di restoran itu adalah chicken chop yang disajikan dengan dua pilihan sos istimewa iaitu mongolia dan lada hitam. Rasa sos mongolia yang masam manis sememangnya unik dan memberikan pengalaman berbeza kepada tunas rasa yang kebiasaannya menikmati makan barat dengan sos lada hitam atau cendawan sahaja. Kesukaran untuk mencari restoran ala kopitiam yang dijamin halal menjadi pendorong untuknya memulakan perniagaan itu. Keistimewaan lain yang ada pada restoran ini adalah terdapat ruangan kreatif untuk kanak-kanak melukis dan mewarna di samping dilengkapi dengan kemudahan surau dan WiFi. Menu lain disediakan adalah nasi goreng ikan masin, bubur nasi ayam, kuey teow sup ayam, char kuey teow, assam laksa, dumpling noodle, sup cendawan, fish and chips fried rice, dan spaghetti bolognese. Selain itu, pelanggan juga dihidangkan dengan pelbagai pilihan roti bakar seperti roti bawang putih, roti black and white, dan roti arab yang di sapu dengan mentega berkualiti tinggi. Sementara itu, kopi putih asli dari Ipoh boleh dinikmati dalam minuman En. Tan White Coffee yang 'kaw' dan Mrs. Tan White Coffee yang lebih lembut. Bagi yang tidak menggemari kopi anda pasti tertarik dengan pilihan minuman dengan nama yang begitu mempersonakan seperti Fall in Love, Blue Angel, Labrum Flame, Second Heaven, Virgin Mohito dan Midnight yang merupakan campuran beberapa perisa minuman buah-buahan, soda dan susu. Dalam pada itu, pemilik juga bercadang memperkembangkan lagi menu kepada masakan lain seperti tomyam bagi mengikut selera dan permintaan pelanggan. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 09:37 PM PST
MINAT memasak yang ada pada diri anak kelahiran Guangzhou, China, itu sebenarnya telah dipupuk oleh ayah dan ibunya sejak beliau kecil lagi. "Bapa saya bekerja sebagai pengurus restoran dan ibu pula menjalankan perniagaan kedai runcit. Sejak kecil, jika ada masa lapang, saya akan belajar memasak dengan bapa dan ibu saya. "Ketika berusia 13 tahun, secara tidak langsung kerjaya saya sebagai chef bermula. Ketika itu, saya berpindah ke Hong Kong untuk menyambung pengajian di Kolej Munsang yang terletak dalam bandar Kowloon. "Sepanjang tempoh pengajian, saya melakukan kerja sampingan dan bekerja di sebuah restoran masakan Cina milik bapa saudara saya. "Selepas tamat pengajian saya berhijrah ke Kanada dan Amerika Syarikat sekitar tahun 1975," ujarnya ketika ditemui dalam pameran Fabulous Food 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini. Ditaja oleh pengeluar sos dan bahan perasa, Lee Kum Kee, kempen Show Your Love Through Taste yang dibawa Chef Yan nyata menarik perhatian ramai pengunjung ketika beliau melakukan demonstrasi masakan ayam sizzling flambe, roll daging lembu dan ayam serta stik ayam serai. Menurut Chef Yan, kerjaya beliau sebagai chef selebriti bermula di Kanada ketika muncul dalam siri rancangan temu bual Calgary pada tahun 1978 diikuti dengan siri masakan Yan Can Cook yang telah disiarkan lebih 50 buah negara sejak tahun 1982. Bakat masakan Asianya nyata berbeza kerana kaedah yang ditunjukkan itu amat mudah untuk dipelajari. Tidak hairanlah mengapa beliau mempunyai pengikut setia yang sentiasa menantikan kemunculannya dalam program travel log masakan yang menampilkan tempat-tempat tumpuan masakan seluruh Asia. Walaupun bidang kepakaran beliau merupakan hidangan masakan Cina moden, namun beliau sendiri mengutamakan aspek gaya masakan tradisional pada setiap masakannya. "Walau betapa moden sesuatu masakan tersebut, gaya tradisional perlu dipelihara agar resipi masakan tersebut masih terasa segar seolah-olah masakan air tangan ibu," katanya. Sama ada di televisyen atau secara peribadi, Chef Yan ternyata mudah bergaul dengan peminat bersama gelagat humornya yang pasti memikat hati. Selain mendedahkan keunikan khazanah masakan Cina dan Hong Kong, Chef Yan turut memaparkan pelbagai tip-tip yang boleh digunakan ketika berada di dapur. Antaranya seperti, cara-cara mudah untuk memotong daging, sayur dan pemilihan rempah ratus yang bermutu tinggi. "Saya teruja dengan peluang yang diberikan untuk bertemu peminat di Malaysia kerana saya rasa begitu dihargai," jelasnya. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 09:36 PM PST ![]() ZAHNITA Dorothy Hussein Wilson dan suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor bersama anak tunggal mereka, Zahra Feena. DARI luaran, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 26 tahun, mungkin dilihat sebagai seorang yang suka glamor, bebas dan sosial. Namun lama mengenalinya, Zahnita merupakan seorang isteri dan ibu yang amat bertanggungjawab. Berkahwin pada usia yang begitu muda, iaitu ketika berusia 20 tahun dengan lelaki pilihan hati yang dikenalinya sejak berumur 15 tahun, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 33 tahun, Zahnita tidak pernah menyesal. Malah keputusannya itu turut mendapat restu dan disokong oleh kedua-dua ibu bapa. Pernikahan Zahnita dan Abdul Zackery Ghouse telah diadakan di Masjid Bandar Sri Damansara pada 3 Jun 2005 manakala majlis resepsi mereka disempurnakan di Hotel Saujana Regency. Menurut Zahnita, usia muda atau tua bukan penentu pada kematangan dalam sesebuah perkahwinan. Ada juga yang berkahwin pada usia 30 tahun namun tidak matang dalam rumah tangga. ''Kematangan adalah sesuatu yang kita boleh pelajari. Apabila kami berkahwin, banyak yang kami pelajari bersama dan ia membuatkan kami lebih matang. ''Saya gembira dengan kehidupan saya sebagai isteri dan ibu. Zack (nama singkatan suami) seorang suami dan bapa yang baik. Dia amat menyayangi kami. ''Semasa Zack melamar dulu, saya berfikir saya inginkan sebuah kehidupan yang kukuh. Saya tidak mahu berfoya-foya tanpa arah tujuan. Sampai bila hendak buat perkara yang tidak berfaedah. Bagi saya lebih baik saya berkahwin dahulu dan kemudian barulah memulakan karier,'' kata Zahnita semasa ditemui di rumahnya di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini. Kini setelah tujuh tahun usia perkahwinan, Zahnita memiliki apa yang diidamkannya, sebuah rumah tangga bahagia bersama suami dan permata hatinya, Zahra Feena, enam tahun dan kerjaya sebagai model yang begitu diminatinya. Wajahnya sering terpampang di akhbar dan majalah juga di kaca televisyen mempamerkan fesyen daripada gedung terkemuka. Zahnita turut terkenal sebagai model iklan. Ditanya bagaimanakah dia menyelesaikan masalah dalam rumah tangga lebih-lebih lagi kedua-duanya masih muda dan panas, kata Zahnita, menipu kalau dikatakan tiada masalah. ''Semua rumah tangga pasti akan berhadapan dengan masalah namun pandai-pandailah hendak menyelesaikannya. Setiap manusia mempunyai kelemahan. ''Jangan biarkan masalah berlanjutan. Cuba berbincang. Memang ada yang mengambil jalan mudah dengan bercerai tetapi bercerai bukan penyelesai segala masalah. ''Pernah juga apabila bergaduh, saya tidak bercakap sehari namun saya rasa saya tidak boleh buat macam itu. Buat apa menyimpan dendam nanti lama-lama ia meletus dan menjadi besar. ''Sebenarnya setiap kali selepas bergaduh, sesebuah pasangan itu akan menjadi bertambah erat. Ia membuatkan hubungan makin kukuh. Jadi jangan berputus asa,'' ujar Zahnita lagi. Zack turut bersetuju dengan pendapat isterinya. Baginya, perkahwinan yang dibina adalah atas pilihan sendiri dan diri sendirilah yang harus bijak mengendalikan rumah tangga. Menurut Zack, dia bersyukur kerana mendapat isteri yang baik, lemah lembut dan pandai mengendalikan sebuah rumah tangga. Katanya, walaupun setelah berkahwin, dia tidak pernah menghalang Zahnita daripada meneruskan minatnya dalam bidang peragaan asalkan isterinya itu bijak membahagikan masa dan tidak mengabaikan rumah tangga dan anak. ''Saya mengenali Zahnita sejak berusia belasan tahun lagi. Saya tahu dia seorang yang baik dan sebagai suami, sudah menjadi tanggungjawab saya mendidiknya dan Alhamdulillah Zahnita mudah dididik dan tidak membantah. ''Sehingga ke hari ini kami tidak pernah berdepan dengan masalah besar dan saya mengharapkan rumah tangga saya akan kekal bahagia selamanya,'' jelas Zack yang kemudian bergegas hendak ke pejabat. | ||
| Posted: 04 Dec 2011 09:35 PM PST
BERAT badan berlebihan, kegemukan mahupun obesiti bukan lagi sesuatu yang baru atau jarang ditemui dalam dunia serba moden kini. Walaupun teknologi moden kini telah banyak mengurangkan penyakit berjangkit, rekod penyakit kronik naik mendadak sejajar dengan saiz pinggang penduduk seluruh dunia. Boleh dikatakan antara era paling mewah bagi manusia, bukan sahaja penyakit berjangkit kini berjaya dikawal dan jumlah makanan melimpah ruah, pembangunan teknologi juga membolehkan kerja dilakukan tanpa perlu bangun atau berjalan. Hasilnya, Samoa ditabal negara 'paling gemuk' dengan 93.5 peratus daripada rakyatnya obes diikuti Kiribati (81.5 peratus), Amerika Syarikat (66.7 peratus), Jerman (66.5 peratus) dan Mesir (66 peratus). Malaysia pula menjadi johan obesiti di Asia Tenggara 16.3 peratus penduduk yang obes hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu. Sememangnya isu obesiti telah lama dibangkitkan dan dikait rapat dengan makanan segera atau pemakanan tidak sihat, kurang bersenam serta tekanan di tempat kerja. Namun, paling membimbangkan apabila kanak-kanak seawal usia beberapa bulan juga sudah mencapai tahap obes yang serius dan boleh mengancam kesihatan jangka panjang mereka. Punca obesiti kanak-kanak mungkin berbeza termasuk dilahirkan besar akibat genetik atau ibu menghidap diabetes tetapi faktor utama tetap berkait rapat dengan gabungan masalah pemakanan dan aktiviti fizikal. Banyak kes sudah direkodkan di seluruh dunia, termasuk Malaysia sendiri berkaitan obesiti kanak-kanak dan bilangannya dilihat semakin meningkat setiap hari. Satu perangkaan baru sebelum ini menjangkakan 25 peratus pelajar sekolah di negara ini bakal gemuk atau obes menjelang 2020 jika masalah ini gagal dikawal, dan ini secara langsung akan meningkatkan bilangan pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi dalam jangka panjang. Kes terbaru di Cleveland, Amerika Syarikat menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dirampas daripada keluarganya atas dakwaan kecuaian yang menyaksikan anak kecil itu kini mempunyai berat badan 200 paun (90 kilogram). Kes itu pertama seumpamanya di daerah tersebut dan dikatakan bermula setahun lalu selepas pegawai sosial mula memerhatikan kanak-kanak berkenaan yang berada pada berat kritikal. Dikhuatiri boleh membawa kepada diabetes dan tekanan darah tinggi, pihak berkuasa akhirnya bertindak kerana melihat ibunya gagal mengurangkan berat badan kanak-kanak tersebut. Jika trend obesiti kanak-kanak berterusan, kejadian serupa mungkin berulang di mana pihak kesihatan terpaksa bertindak tegas demi mengelakkan nyawa kecil terancam. Selain mengancam kesihatan fizikal anak, obesiti juga akan meninggalkan parut psikologi akibat amalan umum masyarakat dunia mempersenda saiz dan rupa fizikal seseorang. Anak yang dibiarkan obes hingga ke usia remaja mungkin akan kekal obes hingga lanjut usia dan bakal diiringi pelbagai penyakit, tekanan emosi, rasa rendah diri dan juga kesukaran bersosial dalam masyarakat. Oleh itu, ibu bapa dan keluarga perlu mengambil berat faktor penyumbang masalah ini dan mula bertindak mengawal berat badan anak pada tahap ideal bagi menyediakan serta menjamin masa depan yang sihat dan cemerlang bagi mereka kelak. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!










0 ulasan:
Catat Ulasan