ads

Jumaat, 9 Disember 2011

Celebrity News


sumber :-

Celebrity News


Syarikat Alaf 21 Penerbit Novel Ombak Rindu Menjawap Isu Panas

Posted: 09 Dec 2011 09:40 AM PST

Sebelum filem Ombak Rindu berkumandang di pawagam seluruh Negara, berjuta-juta rakyat Malaysia tidak mengetahui jalan cerita dan kisah yang menjadi kekuatan novel tersebut. Namun setelah beberapa hari tayangan wajip di semua pawagam terlibat yang kini (9/12/2011) sudah menjangkau kutipan sebanyak 5.2 JUTA...

Satu persatu gossip panas yang timbul, tidak dapat dipastikan apakah kesilapannya namun semua pihak tampil dengan jawapan masing-masing.Bagi anda diluar sana mungkin ada yang tidak mengetahui kisah dan isu panas ini kerana masih diawang-awangan terutamanya selepas menonton filem akhir tahun yang mengemparkan dunia perfileman Melayu di Malaysia.

Tidak keterlaluan jika ZoOM katakan filem Ombak Rindu adalah Filem yang dilabelkan 5 bintang, perjalanan cerita dan lakonan yang mantap oleh pelakon-pelakon telah menjerat jutaan rakyat Malaysia yang bakal dan akan menontonnya.

Sehingga hari ini jika anda berniat ingin menoton filem ini pastikan anda menempah awal bagi mengelakkan anda terlepas peluang untuk menonton. Ini dibuktikan dengan Print Screen daripada GSC Online ni :

 Tayangan pada pukul 11 pagi di Pawagam Midvalley
Inilah keadaan sebenar yang berlaku di pawagam sehingga hari ini, 90 % tempat duduk sudah ditempah 

Kita tinggalkan seketika mengenai taufan OMBAK RINDU yang melanda pawagam, berbalik kepada topic kita mengenai gossip panas disebalik kejayaan Ombak Rindu. Berikut jawapan pihak pengurusan Alaf 21 mengenai isu bayaran kepada penulis :

"Saya tidak faham mengapa dia mendakwa pihak kami tidak memberi bayaran setimpal kepadanya, sedangkan dia sudah menerima bayaran yang agak banyak sejak novel itu diterbitkan. 
"Malah sejak filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam, novel tersebut diulang cetak sebanyak 40 ribu naskhah lagi dan dia bakal menerima royalti sebanyak RM50,000 lagi untuk cetakan terbaru ini," katanya pada sidang media penjelasan isu bayaran royalti novelOmbak Rindu, di pejabat Karangkraf, di sini, Jumaat.Hussamuddin menjelaskan dakwaan penulis tersebut dalam sebuah akhbar tempatan terhadap pembayaran yang tidak setimpal dan telus daripada pihak penerbitan Alaf 21 adalah tidak berasas sama sekali. 
Tambahnya, kontrak yang dimeterai antara penulis dan penerbit buku turut menjelaskan bahawa sebarang pengurusan pemasaran novel tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Alaf 21. 
"Kami mengambil tawaran yang dibuat oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd pada tahun 2009 untuk membeli hak cipta novel ini bagi diadaptasi kepada filem dengan bayaran hanya RM4,000. 
"Ketika itu Ombak Rindu adalah novel pertama yang dijual dan bagi saya jumlah itu merupakan angka yang agak besar kerana penjualan naskhah novel itu juga ketika itu kurang memberangsangkan 
"Bagi pandangan saya sebagai ahli perniagaan ini merupakan situasi menang-menang kerana jika filem itu berjaya secara tidak langsung novel ini akan terjual kembali," katanya kesal dengan tindakan Fauziah. 
"Apa yang dia katakan di akhbar tersebut seperti menunjukkan kami tidak bertanggungjawab terhadap produk-produk kami."Namun saya tidak merancang untuk ambil tindakan keatas dia kerana beranggapan bahawa dia tidak jelas tentang urusan perniagaan tersebut," katanya lagi.

ZoOM : Macam dah nampak apa yang berlaku, tapi apa kata anda ?



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Hollywood Celebrity : Ashlee Simpson and Pete Wentz Divorce

Posted: 09 Dec 2011 07:13 AM PST

Pasangan romantik suatu ketika dulu di Hollywood kini hanya tinggal kenangan, artis yang berkahwin pada 2007 ini akhirnya menamatkan hubungan mereka tahun ini (2011). Setelah 4 tahun mendirikan rumahtangga yang terbina atas dasar cinta, berkecai dek kerana masing-masing berkemungkinan sudah mempunyai pengganti masing.

Daripada akhbar di Hollywood dan serata dunia turut bercerita mengenai pasangan yang telah berpisah ini, dikhabarkan Ashlee telah menjalinkan hubungan dengan Vincent Piazza dan bekas suami beliau pula melaram dengan model Meagan Camper.



Nak buat macam mana dah budaya diseberang sana, namun semua itu hanya gossip panas di Hollywood. Jika anda mengikuti kisah bekas ahli sukan Negara tersebut, sudah pasti anda akan memikirkan kisah ini dengan gossip panas tersebut, walaupun tidak serupa tetapi seiras. Cuma semua pihak masih cuba berdolak dalik mengenai kisah mereka.

Apa-apa pun semoga pasangan tersebut dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan cara harmoni demi menyelamatkan hubungan perkahwinan yang sudah sekian lama bertaut.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Penyanyi ND Lala Kena Samun Di Jalan Genting Klang

Posted: 08 Dec 2011 08:18 PM PST

Sampai bilalah kes samun dan rompak akan berakhir, terbaru mangsa kekejaman orang yang hanya mementingkan diri dan ingin mendapatkan duit dengan cara senang menjadikan penyanyi dan ahli perniagaan ND Lala sebagai mangsa semalam.

Kejadian berlaku ketika beliau berhenti seketika di tanda stesen minyak di Jalan Genting Klang, dianggarkan 10 orang mat rempit dengan rakus memecahkan cermin kereta beliau.

Nasib baiklah tidak ada kecederaan yang  berlaku.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved