ads

Rabu, 7 Disember 2011

Celebrity News


sumber :-

Celebrity News


Juri Vokal Bukan Sekadar Rupa Tinggalkan Kerusi

Posted: 07 Dec 2011 07:57 AM PST

Panas memang panas kisah terbaru Azmeer yang merupakan juri program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa, Kisah abang Azmeer kita meninggalkan meja dan kerusi juri dan pengkritik pada program ini kini hangat diperkatakan.

Dan berikut jawapan Azmeer mengenai kejadian beliau meninggalkan pertandingan VBSR :

"Saya bukan pelakon, tetapi kalau juri sudah bercakap berulang kali dan kesalahan sama masih dilakukan, buat apa saya nak komen lagi? Lebih baik saya tidak bercakap apa-apa dan tinggalkan saja pentas. Saya rasa itu tindakan terbaik daripada saya bercakap panjang lebar.


"Saya malu! Bagi saya, apa yang mereka buat sungguh memalukan. Saya mengharapkan perubahan setelah berminggu-minggu menyanyi, tetapi sampai minggu kelapan, kesalahan sama masih berulang. Penat saya bercakap selama ini. Saya rasa seperti membazir saja kerana apa yang saya cakap ibarat mengalir ke longkang.

"Tajuk program ini ialah Vokal Bukan Sekadar Rupa. Selain vokal, setiap peserta perlu menitikberatkan persembahan. Kalau menari macam budak tadika, buat apa? Saya bukan marah kepada Mafa seorang, tetapi semua peserta termasuk Asmidar. Prestasi Asmidar minggu ini mengecewakan, tidak seperti minggu lalu.

"Saya ada harga diri, saya tinggalkan pentas bukan kerana dirancang oleh pihak TV3. Saya seorang yang cerewet. Saya sudah terbabit dalam bidang ini berpuluh-puluh tahun. Sekali saya dengar mereka menyanyi, saya boleh tahu mereka menyanyi dengan betul atau tidak," katanya kecewa.

Menurut Azmeer lagi, Azmarul contohnya memang berkebolehan menyanyi, tetapi dia bukanlah penyanyi yang baik. Sewaktu mendendangkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, dia dapat mengesan nada nyanyian Azmarul sumbang setiap dua minit. Bagaimanapun untuk lagu kedua, Umpan Jinak Di Air Tenang, nyanyian peserta dari Melaka itu lebih baik.

"Penonton biasa mungkin tak sedar nyanyian Azmarul bersepah. Saya buat kerja ini sudah lama, saya boleh kesan kesilapan dengan mudah. Kalau tak percaya apa yang saya katakan, boleh saksikan kembali persembahan Azmarul di tonton.com.my. Saya tidak mahu penyanyi yang hanya boleh menyanyi. Saya memang seorang yang cerewet, saya tak mahu bagus saja tetapi perlu sempurna. Saya tidak mahu mereka hanya wujud tiga empat tahun, selepas itu hanyut. Kalau boleh saya mahu mereka bertahan lama.

"Kenapa Jamal Abdillah dan Datuk Siti Nurhaliza boleh tahan lama? Sebabnya, mereka memang penyanyi yang bagus. Juri zaman dulu tak bagi muka. Mereka nilai seseorang mengikut kelayakan sebenarnya. Juri sekarang pula terlalu mudah memberikan pujian kepada peserta. Saya bukan orang yang macam itu. Jika penonton tidak suka dengan cara saya, terpulang kepada mereka. Itu memang cara saya, saya buat bukan mengikut arahan TV3," katanya.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved