ads

Selasa, 1 November 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


‘Suamiku luar tabii’

Posted: 01 Nov 2011 07:43 PM PDT

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.
BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

KLANG: "Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

"Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay," rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.


Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

"Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya," katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.


Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.


Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.


"Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

"Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. "Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat," katanya.


Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.


"Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.


"Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya," katanya.


Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. "Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil 'adik' masih tidak berubah.


"Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu," katanya.


Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.


"Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.


"Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini," katanya.

Shaheizy Sam Nafi Bakal Tinggalkan MIG

Posted: 01 Nov 2011 07:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon popular Shaheizy Sam menafikan bahawa dia tidak akan menyambung kontrak dan meninggalkan syarikat pengurusannya Metrowealth Sdn Bhd.

Kata Shaheizy, perkara tersebut tidak benar sama sekali, malah dia akan menyambung kontrak yang bakal tamat pada penghujung Disember ini.

"Khabar angin itu tidak benar sama sekali kerana saya akan meneruskan kontrak saya dengan MIG untuk tahun seterusnya.

"Saya tak tahu apa yang orang luar berkata tentang MIG, tapi bagi saya MIG menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dalam menguruskan kerjaya saya," katanya yang ditemui selepas tayangan filem Aku Bukan Tomboy, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, dia turut menafikan mempunyai masalah dengan syarikat pengurusan tersebut seperti yang dikatakan segelintir pihak.

Bercerita tentang filem Aku Bukan Tomboy yang bakal ditayangkan pada 17 November ini, Sam berkata cabaran utama adalah memberi mutu lakonan yang berbeza dari filem sebelum ini.

"Cabaran berlakon filem ini adalah mencari kelainan dari filem-filem sebelum ini,

"Saya sudah biasa bawa watak komedi, jadi saya mahu penonton rasa bosan dan takut lawak-lawak saya tidak menjadi atau tidak kelakar," katanya.

Dalam filem tersebut Sam memeggang watak sebagai Harry kawan baik kepada Isha lakonan Scha Alyahya. Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang kehidupan gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kematian ibu.

Biarpun mempunyai sikap seperti seorang lelaki, Isha diminati oleh dua orang jejaka iaitu Harry dan Burn (Syamsul Yusof).

MC Pitch Bukan Motif Kaut Untung

Posted: 01 Nov 2011 07:41 PM PDT

Antara penerbit, pengarah dan pihak penganjur yang terlibat dalam MC Pitch.

KUALA LUMPUR: Penganjuran Malaysian Creative Pitch (MC Pitch) akan dilakukan buat julung kalinya di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, pada 17 November bagi memberi peluang kepada orang awam dan individu seni untuk menjual idea (pitch).

Bagaimanapun, Pengarah MC Pitch, Martias Ali menolak dakwaan bahawa program ini bertujuan untuk mengaut keuntungan.

"Kami menyediakan prasarana dan ruang ini kepada semua pihak yang berminat untuk berkongsi idea-idea kreatif dan bermutu dalam bentuk drama televisyen, filem, dokumentari, iklan, animasi, novel, buku dan komik untuk memperbanyakkan pengisian kandungan kreatif dalam hasil karya tempatan.

"Motif kami bukan untuk membuat duit tetapi lebih menggalakkan ciptaan idea kreatif di kalangan masyarakat negara ini," katanya ketika sidang media MC Pitch di Finas, Selasa.

Martias Ali.

Martias yang melahirkan idea untuk menganjurkan program ini menambah: "Saya menganggap program sebegini mampu menyelesaikan masalah berhubung ketandusan idea cerita yang tidak menarik di negara kita.

"Saya harap program ini harus diadakan setiap tahun untuk menggalakkan semua orang menghasilkan idea kreatif bagi membantu membangunkan industri seni kreatif negara ini"

Program yang bakal bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang ini diadakan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dengan kerjasama Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam) sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24. Ia terbuka kepada semua individu yang mempunyai idea kreatif dan inovatif untuk dikomersialkan.

Tiada had umur dan kelayakan profesional atau pengalaman yang diperlukan untuk menyertai program ini.

Setiap peserta dikehendaki membeli tiket berharga RM2 untuk setiap idea yang dilontarkan tidak kurang daripada 5 minit di hadapan penerbit dan wakil stesen televisyen seperti TV3, Astro dan RTM.

Selain itu, pada hari yang sama turut dianjurkan pertandingan pitch di Panggung Mini P Ramlee, Finas di mana peserta perlu mendaftar dan kemudian diminta memberikan pitch di hadapan penonton.

Juri profesional akan menilai persembahan pitch tersebut dan pemberi pitch terbaik akan menerima wang tunai sebanyak RM2,000 untuk juara, RM1,000 (naib juara) dan RM500 (tempat ketiga).

TV3 Beri Perhatian Isu Cerita Seram

Posted: 01 Nov 2011 07:41 PM PDT

Ahmad Izham Omar.

PETALING JAYA: Stesen milik Media Prima Berhad, TV3 memberi perhatian sepenuhnya terhadap isu cerita seram yang menjadi isu hebat di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya sentiasa memastikan program seram ditayangkan di stesen itu mempunyai pengajaran berguna untuk penonton.

"Sudah tentu pihak kami memberi perhatian sewajarnya mengenai isu berkenaan dan kami memandang tinggi terhadap semua pandangan yang diutarakan.

"Malah kami memastikan semua drama berunsurkan seram mempunyai mesej jelas dan penonton dapat mengambil iktibar daripada cerita yang dipaparkan," ujarnya.

Ahmad Izham ditemui ketika sidang media selepas majlis pra tonton program terbaru Media Prima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, slot hidangan cerita seram hanya ditayangkan seminggu sekali di stesen itu iaitu pada hari Khamis.

"Malah kami di TV3 secara jelas menerangkan pada permulaan cerita bahawa semua program berunsurkan seram memerlukan bimbingan daripada ibu bapa untuk penonton bawah umur," ujarnya.

Terdahulu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenai lambakan filem seram di televisyen, yang menurutnya, tidak langsung membantu membina pemikiran masyarakat.

Drama dan filem seram bukan hanya ditonton oleh orang dewasa pada lewat malam tetapi kerana kemajuan teknologi, ia boleh dilihat 24 jam oleh semua peringkat umur.

Batal Semua Konsert, Adele Jalani Pembedahan Tekak

Posted: 01 Nov 2011 07:40 PM PDT

Adele.

NEW YORK: Penyanyi lagu Someone Like You, Adele telah membatalkan semua konsertnya sehingga hujung tahun ini kerana mengalami masalah tekak.

Adele, 23 juga dikatakan akan menjalani satu pembedahan untuk memperbaiki masalah tekak dan kod vokalnya. Malah ada pihak mendakwa Adele sebenarnya menghidapi kanser tekak.

"Saya kesal kerana terpaksa membatalkan semua siri konsert saya dan sedih untuk dikatakan bahawa kini saya sedang mengalami masalah dengan suara saya," ujarnya dalam satu kenyataan di laman web rasmi miliknya.

Peminat penyanyi itu nyata sedih dengan berita tersebut tetapi sentiasa memberikan sokongan kepadanya di laman Twitter dengan mendoakan supaya penyanyi itu kembali sihat.

"Saya tiada pilihan dan perlu menjalani pembedahan atau mengalami kerosakan suara buat selama-lamanya," katanya.

Adele dijangka memerlukan masa lebih kurang setahun untuk kembali pulih.

Jessica Simpson Akhirnya Mengaku Sedang Mengandung

Posted: 01 Nov 2011 07:38 PM PDT

Jessica Simpson hadir ke parti Halloween pada Ahad dengan perut yang sedang membesar.

NEW YORK: Penyanyi bersuara lantang, Jessica Simpson, akhirnya mengaku sedang mengandungkan anak sulung namun tidak mendedahkan butiran mengenai kehamilannya itu.

Jessica yang sudah bertunang dengan kekasihnya, bintang NBA, Eric Johnson membuat pengumuman itu melalui laman web rasminya pada Isnin.

Namun sumber terdekat penyanyi itu memberitahu Jessica sedang mendangung enam bulan dan dijangka melahirkan anak sulung pada awal tahun hadapan.

Sebelum itu, pada malam Halloween, Jessica hadir dengan pakaian ketat dan menampakkan bonjolan jelas pada perutnya sebelum membuat pengumuman itu.

Jessica telah menjadi topik perbualan berminggu-minggu lamanya kerana didakwa sedang mengandung dengan peningkatan berat badan ketara.

Rompak bank silih berganti

Posted: 01 Nov 2011 07:35 PM PDT

PERIKSA...anggota unit forensik mencari bukti di lokasi kejadian.
PERIKSA...anggota unit forensik mencari bukti di lokasi kejadian.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki bersenjatakan parang dan pistol bertindak nekad merompak dua bank berasingan pada jarak lapan kilometer dalam tempoh lebih lima jam membabitkan kerugian lebih RM69,000, semalam.

Dalam kejadian pertama jam 10 pagi di Jalan Metro Pudu, di sini, dua lelaki terbabit melarikan wang tunai RM44,000.


Menurut sumber, dua lelaki bertopi keledar itu melulu masuk ke dalam bank berkenaan sebelum seorang daripada mereka ke kaunter dan mengacukan parang ke arah seorang wanita berusia 29 tahun yang juga pengurus di bank berkenaan.

"Rakan suspek yang mengekori suspek pertama mengacukan pistol ke arah seorang lagi pekerja dan mengarahkan mereka memberikan kerjasama.


"Mereka mengarahkan pengurus bank terbabit memasukkan wang ke dalam beg dibawa mereka," katanya.


Sumber berkata, ketika kejadian terdapat lima pekerja bank di premis berkenaan termasuk seorang pengawal keselamatan.

"Dua suspek dilapor hanya mengambil masa kurang tiga minit sebelum melarikan diri," katanya.


Pengurus bank terbabit membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, dua suspek terbabit melakukan satu lagi rompakan di sebuah bank di Taman Saujana Cheras, di sini lima jam kemudian.


Dalam kejadian kedua kira-kira jam 3.45 petang itu, kumpulan terbabit berjaya melarikan lebih RM25,000.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ditemui di lokasi kejadian, terdapat lima hingga enam pelanggan termasuk pekerja bank dalam premis itu.


Beliau berkata, sebaik masuk ke bank berkenaan, suspek yang bersendirian meluru ke arah kaunter.


"Suspek melompat ke dalam kaunter berkenaan dan mengacukan pistol ke arah seorang pekerja. Dia (suspek) mengarahkan pekerja bank itu menyerahkan wang kepadanya dengan memasukkan wang ke dalam sebuah beg dibawa sebelum melarikan diri," katanya.


Menurutnya, biarpun suspek dikejar beberapa pengawal keselamatan, namun suspek meloloskan diri.


Siasatan mengesyaki rakan suspek menunggu di kawasan berhampiran bank memudahkannya melarikan diri.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa yang dihubungi berkata, polis tidak menolak kemungkinan dua bank dirompak kumpulan perompak sama.

Pencalonan bayar segala penat lelah

Posted: 01 Nov 2011 07:33 PM PDT

pix_middle

LIMA belas tahun lalu, dua pesona jelita ini pernah disatukan dalam drama bersiri yang mencetus fenomena, Salam Taj Mahal, dengan kelainan pada plot penceritaan diterjemah.

Meskipun masih baru ketika itu dan tidak mempunyai profil sehebat hari ini, dua pelakon ini, Umie Aida dan Eja, mampu mengheret emosi penonton hingga kenal akan bakat yang diperjudikan.

  • Foto

    Umie Aida

  • Foto

    Eja

Merentasi sedekad perjalanan seni, masing-masing mencatur langkah sendiri, mengukuhkan empayar seni dan membina nama hingga berjaya meletakkan bakat yang ada sebaris dengan populariti yang dicurahkan.

Tanpa kontroversi yang terpalit, Umie dan Eja masing-masing berjaya bertahan hingga ke hari ini. Tidak sesekali hanyut dibuai glamor, kedua-dua figura ini mengecapi kebahagiaan dengan suami dan anak selain terus meletak fokus pada keluarga tersayang.


Gurau Eja atau nama sebenar, Siti Shahrizah Saifuddin, 39, sebaik tiba di kediaman mewah Umie pagi itu, lama sudah mereka tidak bertemu. Namun, sesekali berjumpa, terus teringat seribu satu kenangan ketika berlakon bersama.


Bezanya, ketika itu kedua-duanya masih muda dan tidak punya komitmen sebagai isteri seperti hari ini yang menjadi alasan kukuh kedua-duanya jarang berkesempatan bertemu.

"Bayangkan Salam Taj Mahal menemukan kami berdua dan selama sebulan penggambaran di India. Ketika itu, kami sebilik dan berkongsi pelbagai cerita bersama.

"Sekarang, masing-masing sudah berkeluarga dan ada kerjaya sendiri.
Alhamdulillah, saya dan Umie masih di sini dan kekal memperjuangkan minat dalam seni lakon meskipun sudah berkeluarga," katanya.

Meninjau perwatakan dan personaliti dua bintang popular ini, mereka memang mempunyai banyak persamaan. Kebetulan pula kedua-duanya berkongsi tarikh lahir yang sama, cuma Umie muda setahun daripada Eja.

Kali terakhir mereka dipertemukan menerusi drama rantaian Rindu Semakin Jauh lima tahun lalu.

Kini mereka dipertemukan sekali lagi dalam satu sesi fotografi eksklusif bagi mendengar cerita dan kisah mereka apabila kedua-duanya tersenarai sebagai calon akhir dalam Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung Jumaat ini.

Umie atau nama sebenar, Umi Khalsum Rahmad Ali, 38, berentap bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) menerusi karya kakaknya sendiri, Erma Fatima iaitu Air Mata Nur Salina manakala Eja yang popular menerusi drama bersiri Ahmad Durrah dan Mantera Anjasmoro bertanding untuk kategori filem melalui Janin.

Bersandar pada bakat lakonan yang tersendiri dan dibantu dengan penceritaan mampu menterjemah kesungguhan mereka membina perwatakan diberi, baik Umie mahupun Eja kedua-duanya menyifatkan pencalonan awal meletak nama mereka hingga ke gelanggang ASK tahun ini sudah cukup membayar penat lelah.

Menang atau kalah bukan lagi menjadi taruhan ketika melangkah pada malam penentu itu nanti.

Umie yang sebelum ini pernah menggenggam trofi ASK sebanyak tiga kali iaitu Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Embun dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Ayuni dan Surat Terakhir), mengakui ASK pentas terbaik bagi mengukur kemampuan diri sebagai pelakon selain meletak penghargaan yang indah buat barisan anak seni.

"Berita saya tersenarai hingga ke peringkat akhir menerusi drama Air Mata Nur Salina adalah satu penghargaan buat saya dan karya sentuhan Erma.

"Bohong jika saya katakan tidak mahu memang kerana setiap pelakon yang dicalonkan pasti menyimpan hasrat untuk menggenggam trofi kemenangan. Namun, ia bukanlah komponen penting buat saya. Saya hanya ingin memastikan drama itu berjaya dipandang pihak lain kerana jujurnya ia sebuah cerita yang kuat.

"Watak Salina yang saya pegang bukan sembarangan karakter, namun Alhamdulillah saya mampu melakukan apa yang diinginkan pengarah. Reaksi positif daripada penonton juga begitu baik membuat saya gembira dan bersyukur.

"Namun, saya sendiri �gementar apabila melihat drama lain yang turut diletak ke pentas akhir kerana lakonan setiap pelakon utamanya begitu kuat dan hebat.

"Jika ada rezeki dan ketentuan sudah tersurat buat saya, pastinya ia adalah satu pembakar sema�ngat untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih baik," katanya.

Umie dikatakan bakal bersaing dengan teman baiknya, Erra Fazira menerusi drama Sanggul Beracun yang disiarkan melalui Astro Citra, pelakon veteran, Norlia Ghani menerusi drama Janji Syurga, Rozita Che Wan (Masihkah Ada Sinar) dan Amyza Adnan (Midah Kuih Bangkit).

Bagi Eja pula, sejak berkecimpung dalam dunia seni selama 15 tahun, inilah kali pertama namanya membolosi pencalonan akhir ASK. Eja mengakui cukup terharu dan menganggap ia satu penghargaan terindah buatnya.

"Memang sudah lama saya membina nama sebagai pelakon dengan puluhan drama dan filem, namun rezeki itu belum menyebelahi saya. Bagaimanapun, tidak sekelumit saya berkecil hati atau putus semangat kerana pada saya, apa yang penting adalah keikhlasan, disiplin dan kesungguhan untuk melakonkan setiap tanggungjawab yang diberi.

"Janin sebuah filem hebat sentuhan penulis skrip hebat yang turut menerbitkannya, Wan Hasliza, namun ia tidak punya publisiti yang besar.
Alhamdulillah tanpa promosi dan tiada yang bercerita lebat mengenainya, Janin masih mampu mengutip RM1.5 juta di panggung.

"Lebih membanggakan, Janin adalah karya yang mampu memimpin saya ke fasa yang lebih baik sebagai pelakon kerana watak dan jalan ceritanya.

"Saya bersyukur apabila ada pihak memandang kesungguhan menghidupkan watak utama filem itu selain menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam lakonan.

"Saya tidak mahu membebankan fikiran dengan mencongak soal menang atau kalah sebaliknya hanya ingin hadir malam Jumaat ini bagi mengiktiraf karya bermutu yang dihasilkan anak tempatan," jelasnya.

Eja dan Umie mengakui, fokus utama mereka kini bukan lagi dunia lakonan sebaliknya tanggung�jawab terhadap keluarga paling diutamakan.

Eja kini lebih cenderung membesarkan anak kesayangannya, Nur Eishal Mohd Silahuddin, 2, manakala Umie memberi perhatian kepada rumah tangga yang dibina bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac tahun lalu selain tanggungjawab kepada anak, Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhilmy.

"Saya bersyukur dan bertuah kerana suami memahami dan tidak pernah menghalang cuma tugas saya perlu pandai memilih tawaran yang tiba," kata Eja.



PROFIL UMIE AIDA:

Nama sebenar: Umi Khalsum Rahmad Ali
Tarikh lahir: 18 Januari 1973
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak ketiga daripada enam beradik
Suami: Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan

Anak: Mohd Dzulhelmy, 16, dan Mohd Daniel Firdaus, 17
Filem: Azazil, Ombak Rindu, Hikayat Merong Mahawangsa, Dukun, Apa Kata Hati, Cuci, Kala Malam Bulan Mengambang, Puaka Tebing Biru, Salah Bapak, Diva Popular, Buli Balik, Qaisy Dan Laila, Gangster, Cinta Luar Biasa dan banyak lagi

Drama: Abadi Sebuah Cinta, Spa Qistina, Kek Lapis Kak Ida, Seruling Kasih, Rumah Di Tengah Sawah, Intan Mahsuri, Tarantula I & II, Cinta SMS, Nur Fitri, Kesetiaan, Feloni Aka Ecstasy, Takdir Sedang Berbisik, Serpihan Laungan Takbir, Bukan Bidadari, Korban Kasih Marlisa, Masyitah, Airmata Nur Salina, Karma Salina dan banyak lagi

Penerbit: Diva Popular
Teater: Dejavu Seorang Perempuan, Suara Palestine, Natrah, Natrah 2, Badai Semalam dan banyak lagi
Album: Romeo & Juliet dan Gema Kasih

Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik di FFM ke-16 menerusi filem Embun, Pelakon TV Wanita Popular Menang di ABP 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Surah Terakhir pada 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Ayuni pada 2001 dan Pelakon Wanita Filem Terbaik
di ASK 2003 menerusi filem Embun.



PROFIL EJA:

Nama penuh: Siti Shahrizah bt Saifuddin
Tarikh lahir: 18 Januari 1972
Tempat lahir: Kuala Kubu Baru, Selangor
Keluarga: Anak sulung daripada lima beradik
Suami: Mohd. Silahuddin Jamaluddin
Anak: Nur Eishal Mohd. Silahuddin, 2 tahun 2 bulan
Filem: Sara, Anak Mami The Movie, Bilut, Kayangan, Misi: 1511, Sepi dan Janin

Drama: Ejen 88 & 44, Rahsia Demi Rahsia, Teduh Kabus, Salam Taj Mahal, Kiranya Ku Tahu, Takhta Hati, Tiga Dara, Rindu Semakin Jauh, Kalau Itu Takdirnya, Masih Ada Cinta, Wajah Kekasih, Cinta Semerbak Kayu Manis, Mya Zara, Seputih Qaseh Ramadan, Sadiq & Co, Dimata Mu Aku Dijiwa Mu Dia, Pembunuh Upahan, Igawan, Sangga Saadah, Talkin Terakhir, Wadi Unung, Demi Tuhan Kuizinkan, Satu Permintaan, Cinta Dari Kaabah, Tasbih Cinta, Dia Bukan Maryam, Ahmad Durrah dan Mantera Anjasmoro

Gempar pawagam terbakar

Posted: 01 Nov 2011 07:24 PM PDT

BERASAP...orang ramai berkumpul di luar kawasan pawagam terbabit yang berasap, semalam.
BERASAP...orang ramai berkumpul di luar kawasan pawagam terbabit yang berasap, semalam.

KUALA LUMPUR: Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam.

Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari sebelum sebuah jentera dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal.


Menurutnya, ketika kejadian, pawagam berkenaan kosong.


Setakat ini, punca kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Projek RM10b sudah dilaksana

Posted: 01 Nov 2011 07:23 PM PDT

PERJELAS...Idris memberi penerangan pada taklimat ETP di Kuala Lumpur, semalam.
PERJELAS...Idris memberi penerangan pada taklimat ETP di Kuala Lumpur, semalam.

UNIT Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mengumumkan pelaksanaan projek dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan RM10 bilion setakat ini iaitu dua pertiga daripada RM15 bilion yang dirancang sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Idris Jala berkata, sebanyak RM5 bilion lagi tambahan pelaburan dijangka akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.


"Untuk tahun ini, pelabur memberi komitmen untuk melaburkan RM15 bilion. Sejak dilancarkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) 25 Oktober tahun lalu sehingga kini RM10 bilion sudah dilaksanakan atau 64 peratus daripada jumlah yang dirancang.

"Selain itu, sebanyak 70 daripada 131 Projek Permulaan (EPP) atau 53 peratus, sudah dilaksanakan setakat ini. Dengan mengambil kira sebahagiannya mempunyai lebih daripada satu projek, kini sudah ada 97 projek yang sedang dalam pelbagai tahap pelaksanaan," katanya pada taklimat mengenai ETP selepas setahun dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata keyakinan pihak swasta terhadap ekonomi tempatan semakin meningkat sejak kerajaan memperkenalkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).


"Dengan memberi tumpuan kepada 12 NKEA, keyakinan swasta makin meningkat. Ia dicerminkan dalam pelaburan pihak swasta yang meningkat sebanyak 23.4 peratus kepada RM51.2 bilion bagi setengah tahun pertama 2011," katanya.

Idris berkata, terdapat kemajuan positif dalam ETP selepas hanya setahun diperkenalkan.


"Ini membuktikan kita berada pada landasan tepat untuk menjadi negara maju sekali gus melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

PayPal rekrut 500 tenaga kerja Pusat Operasi Global

Posted: 01 Nov 2011 07:04 PM PDT

PENYEDIA perkhidmatan pembayaran online, PayPal menyasar untuk memiliki 500 tenaga pakar ICT menjelang 2013 di Pusat Operasi Globalnya di Malaysia yang akan beroperasi mulai Januari depan.

Naib Presiden Kanan Operasi Global PayPal, John McCabe berkata, khidmat tenaga pakar itu sebagai kemudahan menawarkan perkhidmatan dan sokongan kepada pelanggannya di seluruh Asia selain dan menyediakan perkhidmatan tambahan kewangan dan risiko perniagaan PayPal di peringkat global. "Buat masa kini kita mempunyai 200 tenaga pakar dan tambahan itu dilakukan bagi menyertai pertumbuhan berteknologi tinggi syarikat di Malaysia. Bagi memperluaskan kemudahan, PayPal merekrut siswazah lepasan universiti melalui tawaran secara online selain menjadikan pusat operasi PayPal sebagai pusat latihan," katanya pada perasmian pembukaan pejabatnya di bangunan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC), di 1 First Avenue, Dataran Bandar Utama, Petaling Jaya semalam.


Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Pusat Operasi Global Malaysia itu kini menyertai rakan global PayPal yang beroperasi di Berlin, Shanghai, Sao Paulo, Dublin dan Chandler serta Omaha di Amerika Syarikat.

Sementara itu, Mukhriz berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh memperluaskan perniagaan ke peringkat global dengan menyertai kemudahan perdagangan seperti yang ditawarkan PayPal dalam memudahkan sistem pembayaran.


"Saya menggesa PKS tempatan dengan pantas menggunakan pelbagai saluran runcit yang strategik untuk meneroka pertumbuhan baru dalam pendekatan pengembangan perniagaan termasuk penggunaan teknologi baru," katanya.

Kesan mudarat tukar jenama

Posted: 01 Nov 2011 06:35 PM PDT

TERBARU...(dari kiri) Amber, Tini dan Kandapper melancarkan Huggies Dry Comfort baru dan kempen Lindungi 'B' Bayi Anda.
TERBARU...(dari kiri) Amber, Tini dan Kandapper melancarkan Huggies Dry Comfort baru dan kempen Lindungi 'B' Bayi Anda.

PENJAGAAN kesihatan kulit bayi sememangnya menjadi keutamaan ibu bapa terutama apabila membabitkan penggunaan lampin pakai buang yang tidak betul hingga mengakibatkan masalah ruam lampin kepada si manja mereka.

Secara kebiasaannya, ruam muncul pada bahagian kemaluan, paha dan punggung bayi apabila bayi dibiarkan memakai lampin pakai buang yang basah atau kotor untuk jangka masa lama.

  • Foto

    COMEL...Tini dan Kaseh yang manja.

  • Foto

    MANJA...Amber dan Ashton yang ceria.

Apabila ini berlaku, kulit bayi akan menjadi kemerahan-merahan dan membengkak hingga adakalanya menyebabkan kegatalan dan menimbulkan ketidakselesaan kepada bayi.

Ibu mana yang tidak panik apabila berhadapan situasi sebegitu terutama mereka yang baru pertama kali bergelar ibu.


Situasi sebegini turut berlaku kepada Amber Chia dan anak lelakinya, Ashton, berusia setahun yang mengalami masalah ruam lampin kesan penggunaan lampin pakai buang yang berlainan.


Menurutnya, dia secara tidak sengaja ingin mencuba produk lampin pakai buang berlainan untuk anaknya, tetapi sebaliknya memberi kesan yang memudaratkan.

"Bayangkan perasaan anda sebagai ibu apabila anak menangis kesakitan disebabkan ruam dan kita hanya mampu memujuknya. Saya rasa seolah-olah tidak berdaya untuk menolongnya," katanya.

Selepas kejadian itu Amber berkata, kini dia cukup berhati-hati memilih penggunaan lampin pakai buang yang diperlukan anaknya.

"Ruam yang dialami itu bukanlah satu pemandangan yang 'cantik' untuk dilihat kerana melihatnya saja sudah membuatkan saya tidak senang duduk apatah lagi Ashton.

"Saya tidak ingin perkara yang sama berlaku buat kali kedua kerana kejadian kali pertama dulu itu pun sudah cukup membuatkan saya panik dan kelam kabut," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Huggies Dry Comfort dan kempen Protect Your Baby's B (Lindungi 'B' Bayi Anda) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Namun, walaupun sering menukar lampin pakai buang berkenaan, adakalanya ruam masih berlaku dan jika tidak ditangani segera ia boleh menyebabkan masalah lebih serius kepada bayi.

Bagi Kartini Ariffin atau lebih dikenali sebagai Tini, dia cukup bersyukur puteri kesayangannya, Kaseh, 10 bulan tidak pernah mengalami masalah ruam lampin.

Tini berkata, walaupun Kaseh mengalami masalah kulit sensitif terutama di kawasan pipinya, ia masih boleh ditangani melalui penjagaan kebersihan secara menyeluruh.

"Kehadiran Kaseh adalah sesuatu yang amat bermakna buat saya dan sudah pasti kebajikannya amat saya titik beratkan. Oleh itu, saya ingin berikan hanya yang terbaik kepadanya sepanjang masa," katanya.

Katanya, penjagaan kebersihan perlu dijadikan subjek utama ibu bapa terutama terhadap bayi kerana mereka memerlukan penjagaan lebih khusus berbanding orang dewasa.

Bermula daripada pemilihan lampin pakai buang yang betul, kebersihan diri bayi itu sendiri serta kekerapan penukaran lampin berkenaan semuanya perlu diberikan perhatian khusus.

"Saya akui tidak mudah menjadi ibu terutama ibu muda berkerjaya, tetapi ia bukan penghalang untuk memberikan yang terbaik untuknya.

"Saya sentiasa risau apabila anak tak sihat atau tidak ceria kerana ia boleh memberikan kesan terutama kepada emosi dan fizikal mereka serta perasaan saya sebagai ibu," katanya.

Di samping itu, sebagai jenama terkemuka lampin pakai buang, Huggies memperkenalkan Huggies Dry Comfort baru yang memiliki 100 peratus lapisan pernafasan dan menggunakan teknologi mencegah kebocoran bagi memastikan kulit bayi tetap kering dan selesa sehingga 10 jam.

Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia/Singapura, Nathan Kandapper, berkata setiap ibu bapa hanya inginkan yang terbaik untuk anak mereka.

Malah, menurutnya kempen yang dijalankan ini bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan penjagaan kesihatan kulit bayi mereka melalui pelbagai saluran termasuk lagu tema menarik yang diilhamkan daripada pengalaman kedua-dua selebriti bersama anak mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huggies Dry Comfort dan kempen Protect Your Baby's B, layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/huggiesmalaysia atau hubungi 1800-82-1188.

Jawablah!: Elak jaja kisah peribadi

Posted: 01 Nov 2011 06:34 PM PDT

Najwa Latif
Najwa Latif
Pengurus Najwa mohon maaf jika ada pihak tersinggung

PENGURUS penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, mengamuk dan mengugut mahu menyaman wartawan. Itulah cerita hangat yang menjadi topik perbualan pihak media sepanjang minggu lalu. Khabarnya, kontroversi itu berlaku ketika penyanyi berusia 16 tahun itu diundang untuk menjayakan sebuah majlis mempromosikan filem baru.
Meskipun bukan penyanyi ini yang bertindak sedemikian, namun sebagai artis, itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh penyanyi remaja ini. Sedikit sebanyak tempias akan terkena padanya juga.
Menurut saksi kejadian, pengurus Najwa, Azahari Jaafar dikatakan memarahi seorang wartawan daripada sebuah stesen televisyen hanya kerana dia bertanyakan soalan berbentuk peribadi kepada penyanyi di bawah jagaannya itu.

Kebetulan sebelum itu, sebuah akhbar tabloid ada menyiarkan cerita kononnya Najwa meminggirkan bapanya sendiri. Soalan berkenaan pula ditanya kepada penyanyi remaja ini kerana wartawan terbabit mahu mendapatkan penjelasan Najwa sendiri berhubung kesahihan berita disiarkan itu.

Berang dengan tindakan wartawan berkenaan, Azahari didakwa marah-marah sambil menuding jari ke arah wartawan terbabit. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu juga mengugut mahu menyaman wartawan yang menyiarkan cerita itu.

Hip mendapatkan penjelasan daripada Najwa dan Azahari berhubung kontroversi itu.
HIP: Najwa ada di tempat kejadian sewaktu kontroversi itu berlaku?

Najwa tiada di lokasi kejadian ketika kontroversi itu berlaku. Najwa dapat tahu mengenai cerita ini selepas dimaklumkan sendiri oleh kakak dan juga Azahari.

HIP: Najwa tentu sedar kontroversi seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi Najwa sendiri?

Itu memang Najwa tahu. Malah Najwa memang sudah bersedia untuk berdepan dengan segala dugaan dan cabaran apabila mengambil keputusan menjadi anak seni. Cuma dalam hal ini, Najwa harus berpegang kepada prinsip dan juga pesanan keluarga, supaya tidak bercerita mengenai hal keluarga kepada orang luar. Biarlah peminat mengenali diri Najwa menerusi bakat Najwa saja.

HIP: Tetapi sebagai artis, mahu atau tidak, peminat tetap mahu tahu sisi peribadi Najwa.

Itu betul, cuma ia bukan untuk Najwa. Najwa harus menjaga hati keluarga yang tak suka Najwa bercerita kisah peribadi untuk tatapan umum.

HIP: Namun benarkah cerita yang mendakwa Najwa meminggirkan bapa sendiri, seperti yang disiarkan dalam akhbar berkenaan?

Najwa akui ibu dan bapa Najwa memang sudah bercerai. Najwa pernah berjumpa dengannya (bapa). Hanya itu saja yang Najwa boleh ceritakan.


Berikut adalah kenyataan daripada pengurus Najwa, Azahari Jaafar.

HIP: Kenapa perlu memarahi wartawan sehingga sampai tahap mahu saman-menyaman?

Apa yang berlaku pada hari itu adalah salah faham sebenarnya. Saya tidak marah wartawan berkenaan. Saya hanya meminta dia tidak bertanya soalan yang mengaitkan hal ehwal keluarga Najwa. Tapi mungkin cara saya pada waktu itu membuatkan ada pihak yang tersinggung. Mengenai mengugut mahu menyaman wartawan, perkara itu tidak benar sama sekali. Bagi saya, menyaman bukanlah satu tindakan yang mampu menyelesaikan masalah. Lagipun, apa yang sudah berlaku, tak mungkin boleh ditarik kembali. Apapun, dengan rendah hati, saya meminta maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kejadian tempoh hari.

HIP: Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini, Azahari tentu faham tugas wartawan. Adalah perkara biasa jika artis ditanyakan soal peribadi. Mengapa perlu dihalang?

Bukan saya yang menghalang, tetapi keluarga Najwa sendiri. Apabila artikel pertama yang membabitkan hal peribadi itu keluar, saya yang terpaksa menjawab dengan keluarganya. Tak mahulah perkara yang mengaibkan seperti ini dijaja. Memang sukar untuk berdepan dengan saat seperti ini, banyak hati yang perlu saya jaga. Sejujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya sedar, setiap manusia ada kelemahannya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wartawan yang banyak membantu Najwa selama ini. Saya harap perkara seperti ini tidak menjejaskan hubungan Najwa dengan wartawan.

Nostalgia budak bogel

Posted: 01 Nov 2011 06:32 PM PDT

pix_gal0
Daripada kartun komik kepada animasi

TIGA budak bertelanjang bulat dikenali dengan nama Dan, Din dan Don yang suatu ketika cukup terkenal dalam majalah kartun Gila Gila, kini diberi 'nyawa' oleh pengkarya atau pencipta karektor ini, Saadon Ishak.
Ketiga-tiga karektor ini yang hanya boleh diikuti menerusi lembaran demi lembaran daripada setiap edisi majalah berkenaan, suatu hari nanti boleh ditonton dalam bentuk animasi yang lebih cantik dengan latar belakang kampung yang dilakar dengan gambar penuh berwarna warni dan kelihatan hampir realistik.
Lima episod cerita budak telanjang bulat ini sudah disiapkan oleh penerbitnya, Don Studio Sdn Bhd. Namun apabila dipindahkan dalam bentuk animasi, ada beberapa perubahan untuk disesuaikan dengan kehendak semasa dan pasaran.

Saadon yang juga Pengarah Urusan Don Studio agak terkejut apabila pegawai pemasaran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) memaklumkan wartawan Hip Berita Harian berminat untuk mendapatkan cerita lebih lanjut mengenai animasi terbitannya.

Katanya, Dan, Den dan Don adalah cerita mengenai tiga sahabat di sebuah kampung pedalaman pada era tahun 60-an.

Dunia hiburan bagi ketiga-tiga budak ini adalah berdasarkan apa yang mereka lihat dalam realiti kehidupan sehari-hari masyarakat kampung pada waktu itu seperti percaya kepada benda ghaib, mitos, amalan tradisi, pekerjaan orang kampung dan sebagainya.
"Tapi paling jelas, untuk siri animasi semua karakternya tidaklah boleh berbogel. Dari segi aspek budaya, ia tentu tidak manis. Jadi, saya mengubahnya dengan ketiga-tiga karektor itu berseluar, malahan kadang-kadang berpakaian lengkap.

"Nama Din juga ditukar menjadi Den sebab Din sudah ada dalam karektor animasi Jepun. Jadi, animasi ini dikenali sebagai DanDenDon. Bagaimanapun, secara keseluruhan watak dan gelagat serta cerita DanDenDon tidak banyak berubah," kata Saidon, selaku penerbit animasi terbabit.

Seperti mana siri animasi Lat - Kampung Boy karya Datuk Lat, siri DanDenDon juga turut menggunakan latar belakang kampung halaman pengkaryanya.

"DanDenDon ini merakamkan nostalgia saya ketika zaman budak-budak. Latar belakangnya ialah suasana kampung saya di Lenggong, Perak. Suasana dan pemandangan yang dipaparkan dalam siri ini memang kampung saya.

"Begitu juga dengan apa yang dimainkan oleh Dan, Den dan Don ialah kelaziman yang dilakukan oleh budak kampung, seperti menangkap dan bermain ikan laga. Setiap sudut rumah juga saya gambarkan dalam keadaan hampir realistik.

"Dalam siri DanDenDon ini, apa yang saya cuba kekalkan ialah mengenai budaya dan nilai tradisi yang dipegang orang kampung. Ia satu imbauan bukan saja kepada saya tetapi juga mereka yang berasal dari kampung selain golongan yang pernah mengikuti komik DanDinDon dulu," jelasnya.

Penerbitan bermula tahun 2007

MENURUT Saadon, inisiatif menerbitkan siri animasi DanDenDon bermula pada 2007 dan ketika itu, usaha pertama dilakukan ialah mendaftarkan hak cipta karyanya terlebih dulu.

Apabila usaha berkaitan dengan IP ini diperoleh secara sah, barulah kerja penerbitan animasi DanDenDon dimulakan sekitar 2008.

"Saya perlu mendaftarkan DanDenDon sebagai harta intelek atau IP milik saya. Ini karya dan hak saya. Biarpun agak mahal, tetapi saya perlu lakukan untuk melindungi masa depan IP karya milik saya.

"Saya tidak mahu macam P Ramlee, selepas puas berkarya akhirnya IP atau hak cipta karyanya menjadi milik orang lain. Saya daftarkan hak cipta setiap karya saya dalam semua aspek," katanya.

Sebagai pemegang IP, Saadon berkata, selepas ini selain menerbitkan animasi, dia bebas untuk menghasilkan barang dagangan (merchandise) DanDenDon.

"Sebagai permulaan saya bercadang untuk menerbitkan buku DanDenDon. Saya rancang buku ini boleh dipasarkan tahun depan. Ia sebagai kesinambungan daripada animasi DanDenDon," jelasnya lagi.

Menurutnya, setakat ini Don Studio belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana stesen TV tempatan kerana tumpuan utama ialah memasarkan karyanya ini ke luar negara.

Selain mencari pasaran antarabangsa, Don Studio juga turut mencari peluang untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana syarikat produksi animasi luar negara bagi menghasilkan siri DanDenDon dalam episod lebih panjang.

Sehubungan itu, Don Studio tidak ketinggalan untuk menyertai misi mencari peluang pasaran industri kreatif di luar negara seperti mengikuti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di TIFFCOM2011 di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

"Sekurang-kurangnya dengan menyertai misi FINAS ini, ia memberi pengalaman dan pengetahuan berguna. Dari sinilah saya dapat mengenali dan seterusnya menjalin kerjasama dengan syarikat produksi antarabangsa yang menyertai pasaran antarabangsa.

"Saya tidaklah begitu mengharap siri DanDenDon ini dibeli, walaupun sekiranya ia berlaku, memang satu kebaikan kepada Don Studio. Tapi lebih daripada itu adalah untuk mencari rakan kongsi yang dapat menjadi penerbit bersama siri ini.

"Saya tahu bukan senang nak cari rakan kongsi, tetapi menerusi misi FINAS, saya boleh belajar formula sesuai untuk mengenali rakan kongsi dalam penerbitan dan pengedaran. Saya akur kadang-kadang kita kena belajar dari kesusahan terlebih dulu sebelum segala-galanya menjadi mudah," katanya ketika ditemubual di Roppongi Hill Tower Tokyo, tempat berlangsungnya TIFFCOM2011.

Don Studio ialah antara sembilan syarikat penerbitan yang menyertai misi FINAS ke TIFFCOM2011 yang berlangsung pada 24 Oktober hingga 26 Oktober lalu.

Selain DanDenDon, Don Studio juga turut menerbitkan dua lagi siri animasi berjudul APAK dan PST.

Siri APAK mengisahkan karakter utamanya iaitu seekor ayam jantan dan watak haiwan lain yang menjadi humanoid (seperti manusia). Ceritanya berkisar mengenai kehidupan sehari-hari menggambarkan pelbagai ragam manusia daripada etnik berbeza dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum.


MDeC, MOSTI banyak bantu

SAADON mengakui kejayaan DanDenDon ialah hasil sokongan kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) yang memberi geran untuk menerbitkan siri animasi itu.

"Antara individu yang banyak membantu ialah Kamil Othman (Naib Presiden MDeC). Beliau yang menyedari potensi DanDenDon untuk diterbitkan dalam bentuk animasi. Siri ini diterbitkan sendiri oleh Don Studio.

"Memang sepanjang pembikinan siri ini, kami tidak menghebahkan kepada mana-mana pihak. Saya belum bersedia untuk mempromosikannya sehinggalah saya ditemui anda (penulis) di Tokyo hari ini.

"Sebelum datang ke Tokyo, saya sudah membawa DanDenDon ke pasaran MITCOM2011 di Cannes, Perancis dan juga Singapura," katanya.

Menurut Saadon lagi, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Tourism Malaysia yang berminat menggunakan siri animasi DaDenDon sebagai sebahagian bahan untuk mempromosikan Malaysia di Asia Barat.

"Malahan negara Arab juga menyatakan minat untuk mengedarkan siri animasi DanDenDon selepas melihat keindahan pelbagai tempat di Malaysia," katanya.

Saladin dicalonkan Anugerah Emmy

Posted: 01 Nov 2011 06:25 PM PDT

pix_gal0
Satu lagi pencapaian membanggakan dalam industri kandungan kreatif negara

INDUSTRI animasi Malaysia terus melangkah ke hadapan apabila projek penerbitan bersama dengan Al Jazeera saluran kanak-kanak iaitu Saladin: The Animated TV Series menerima pencalonan dalam anugerah Emmy.
Ia dianggap sebagai satu perkembangan menarik. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk pembangunan industri kreatif terus gigih melakukan pelbagai inisiatif pemasaran untuk penerbitan TV dan filem dan kerjasama rapat untuk berkongsi dengan penggiat kreatif Malaysia ke seluruh dunia.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, walaupun sekadar pencalonan dalam anugerah Emmy tetapi ia sudah cukup membuatkan studio animasi gergasi negara luar membuka mata terhadap kemampuan Malaysia menghasilkan karya animasi bermutu.

"Apabila bercakap mengenai anugerah Emmy, semua orang akan bercakap mengenai studio animasi gergasi dari Eropah, Amerika, Korea dan Jepun. Tapi sekarang kita sudah membuktikan bahawa Malaysia juga mempunyai potensi untuk menghasilkan produk animasi berkualiti tinggi," katanya dalam satu kenyataan media yang dilampirkan oleh Global Creative And Media Agency Sdn Bhd (CGMA) kepada Hip.

CGMA adalah agensi yang dilantik oleh kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) untuk mengatur dan menguruskan segala aktiviti pemasaran dan promosi produk industri kreatif Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ini termasuklah membawa delegasi yang terdiri daripada syarikat produksi tempatan menghadiri pasaran industri kreatif peringkat global seperti MIPCOM di Cannes, Perancis dan baru-baru ini ke TIFFCOM, Tokyo.
Sementara itu, siri sebanyak 26 episod dengan setiap satu selama 26 minit dihasilkan menggunakan teknik penjanaan imejan computer (CGI), Saladin: The Animated TV Series dianggap mengandungi segala-galanya.

Siri animasi bercorak aksi ini ada watak hero, penjahat, vendetta, drama, komedi, aksi bermain pedang, pertempuran dan tidak ketinggalan elemen romantik. Saladin pula digambarkan sebagai hero yang hebat – berani menghadapi segala bahaya, tidak sanggup menerima kekalahan tetapi masih ada unsur kelakar dalam dirinya.

Diinspirasikan daripada tokoh negara dan pejuang terkemuka pada zaman pertengahan, Salah al-Din Yusuf Ibn Ayyub, siri ini menggambarkan tempoh zaman muda Saladin yang suka mengembara untuk mencari pengamalan dan pengetahuan sehinggalah menjadikan dirinya seorang pemimpin disegani di dunia sehingga hari ini.

FINAS bersama-sama dengan MDeC, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM bergabung bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang diuruskan oleh Global Creative & Media Agency (GCMA) membawakan senarai syarikat yang mantap menghadiri misi MIPCOM selama empat hari pada awal Oktober lalu.

Sementara itu, Naib Presiden MDeC yang juga Penerbit Eksekutif Saladin: The Animated TV Series, Kamil Othman berkata, biarpun sekadar layak untuk pencalonan tetapi ia sudah cukup untuk membuktikan bahawa pelaburan perbadanan ini dalam membangunkan bakat kreatif tempatan mula menunjukkan hasil.

"Pencalonan ke anugerah Emmy adalah membuktikan kita mempunyai ramai bakat kreatif hasil daripada kesungguhan dan pelaburan dalam penerbitan oleh MDeC dan JCCTV, selain menerusi kerjasama penerbitan secara kondusif antara Malaysia dan Qatar untuk menghasilkan program animasi kanak-kanak dan remaja kelas dunia.

"Kami harap hubungan strategik ini akan terus berkembang dan semakin kukuh dari tahun ke tahun," kata Kamil.
Saladin: The Animated TV Series mula diterbitkan pada tahun 2007 di bawah Inisiatif Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia MSC, yang bertujuan untuk membangunkan industry kandungan kreatif tempatan.

RM210 juta daripada MIPCOM2011

KETIKA MIPCOM, 16 perjanjian bernilai lebih RM210 juta diumumkan pada majlis koktail resepsi delegasi Malaysia yang berlangsung di Hotel InterContinental, Cannes, Perancis pada 4 Oktober lalu.

Dihoskan oleh Kamaruddin, majlis ini dihadiri oleh hampir semua syarikat penerbitan Malaysia selain rakan kongsi asing daripada Amerika Syarikat, Singapura, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, United Kingdom, Jerman, Perancis, Sepanyol, China, Korea, India dan Lubnan.

"Saya bangga kerana syarikat dari Malaysia mencatatkan kejayaan besar dalam MIPCOM tahun ini, yang mencatatkan nilai penjualan sekali ganda dan harta intelek.

"Kejayaan yang diperolehi menerusi 16 perjanjian yang lumayan di MIPCOM ini adalah satu bukti bahawa industri media kreatif dan hiburan di Malaysia berkembang semakin pesat," katanya.

Mengikut kajian daripada PriceWaterhous Coopers, penduduk dunia membelanjakan kira-kira RM5 trilion dalam industri kreatif dan hiburan. Ini membuatkan kerajaan Malaysia menyusun strategi dan perancangan lebih agresif untuk meraih perolehan yang dianggarkan RM1.4 trilion bagi pasaran di Asia Pasifik sahaja.

Di bawah inisiatif kandungan industri kreatif kerajaan, Malaysia mensasarkan dapat memperolehi RM3 bilion pada tahun 2020, dengan menyediakan 10,300 pekerjaan selain menetapkan sasaran 45 peratus eksport di bawah Pendapatan Negara Kasar.

Kedai TUKAR mampu jana pendapatan tinggi

Posted: 01 Nov 2011 06:20 PM PDT

KEDAI runcit dinaik taraf menerusi program TUKAR.
KEDAI runcit dinaik taraf menerusi program TUKAR.
SEMUA 315 pengusaha kedai runcit dalam program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang dilaksanakan kerajaan di bawah bidang ekonomi utama nasional (NKEA) borong dan runcit kini mampu menjana keuntungan antara 30 hingga 80 peratus lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala, berkata ia adalah sebahagian daripada 500 pengusaha kedai runcit yang disasarkan oleh program itu sehingga hujung tahun ini.
"Dalam separuh pertama tahun ini, 315 pengusaha runcit di seluruh negara yang menyertai program TUKAR menerusi bimbingan peruncit serta pemborong terkemuka tempatan seperti Mydin, Carrefour, Tesco dan Aeon, sudah tersenyum lebar kerana mereka kini mampu meraih margin keuntungan yang tinggi.
"Prestasi memberangsangkan itu adalah hasil pemodenan kedai, termasuk susun atur rak, kemasan lantai, kawalan aliran tunai lebih baik dengan sistem pengurusan, selain memberi lebih pilihan barangan kepada pelanggan," katanya pada taklimat khas sempena 12 bulan pertama pelancaran ETP di Kuala Lumpur, semalam.

Program TUKAR dilancarkan kerajaan pada Januari lalu bertujuan memodenkan kedai runcit tradisional sedia ada sekali gus dapat meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

Di bawah program itu, pasar raya besar akan bertindak sebagai pembimbing dan akan membantu memodenkan prasarana kedai runcit terpilih dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka.

Program berkenaan dijangka menyumbang kira-kira RM5.6 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan mewujudkan 512,500 peluang pekerjaan menjelang 2020.
Di bawah program TUKAR, antara peruncit utama seperti Mydin, bersama-sama dua pasar raya asing, Carrefour dan TESCO bercadang melabur RM5.43 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang menerusi projek TUKAR bagi membantu memodenkan kedai runcit dalam usaha meningkatkan daya saing pemiliknya.

Sebanyak 5,000 kedai runcit di seluruh negara yang dikenal pasti oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terbabit dalam projek itu.

Ahli RELA awasi stesen minyak

Posted: 01 Nov 2011 06:18 PM PDT

PEGAWAI RELA memeriksa kenderaan  yang mengisi minyak di stesen minyak sekitar Padang Besar bagi mencegah penyeludupan minyak ke negara jiran.
PEGAWAI RELA memeriksa kenderaan yang mengisi minyak di stesen minyak sekitar Padang Besar bagi mencegah penyeludupan minyak ke negara jiran.
Penyeludup takut nombor pendaftaran kenderaan isi bahan api direkod

PADANG BESAR: Kumpulan penyeludup yang bergiat aktif di sekitar sempadan Malaysia-Thailand, di sini dikesan semakin kecut perut untuk 'mencuri' diesel serta petrol subsidi negara, selepas empat stesen minyak yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan mereka dikawal rapi anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA).
Suasana itu dikesan Berita Harian di dua daripada empat stesen minyak terbabit masing-masing di Batu 20 Jalan Kaki Bukit serta Titi Tinggi Hulu, di sini susulan tinjauan dilakukan pada hari pertama penempatan anggota RELA terbabit di stesen minyak terpilih, semalam.
Berdasarkan pemerhatian, beberapa pikap dengan nombor pendaftaran Thailand kelihatan was-was untuk memasuki stesen minyak terbabit, selepas menyedari dua anggota RELA lengkap berpakaian seragam berada di sisi pam.

Tambah merisaukan penyeludup, dua anggota terbabit dilihat begitu tekun merekodkan nombor pendaftaran kenderaan serta jumlah bahan api yang diisi setiap kenderaan yang memasuki stesen minyak, sekali gus memungkinkan tindakan mereka terbongkar.

Pemangku Pengarah RELA negeri, Abdul Halim Abdullah, berkata tindakan menempatkan anggotanya di stesen minyak terpilih sekitar sempadan adalah antara inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan pihaknya susulan kejayaan dicapai melalui tindakan sama di Kelantan bermula Mei lalu.

Bagi Perlis, katanya, seramai 18 anggota termasuk dua penyelia akan ditempatkan di semua empat stesen minyak terpilih setiap hari untuk merekodkan jumlah pengisian minyak bagi setiap kenderaan, sekali gus membantu pihak berkuasa mengenal pasti kenderaan yang terbabit dalam penyeludupan.
Katanya, empat pam minyak terbabit sengaja dipilih kerana ia disyaki berpotensi menjadi tumpuan penyeludup berikutan kedudukannya yang hampir dengan sempadan.

"Dua anggota akan ditempatkan di setiap stesen minyak secara giliran selama dua syif sehari. Hari ini (semalam) kita dapat lihat sedikit kesan apabila ada antara kenderaan yang sering digunakan untuk tujuan penyeludupan seolah-olah takut untuk memasuki premis, sebelum terus berlalu sejurus melihat kehadiran kami," katanya ketika ditemui meninjau empat pam minyak terbabit, semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) KPDNKK, Ahmad Dahuri Mahmood, melancarkan penempatan anggota RELA di stesen minyak terpilih di Stesen Caltex Batu 20 Jalan Kaki bukit, di sini.

Difahamkan, ada lebih 22,000 anggota RELA berdaftar di seluruh Perlis, bagaimanapun hanya sejumlah kecil daripada mereka akan terbabit dalam penempatan terbabit secara giliran.

Sukan rakyat taraf antarabangsa

Posted: 01 Nov 2011 06:17 PM PDT

BOT berhias pasukan peti undi Teluk Pasu-MARDI johan  Sukan Rakyat Mega di Sungai Nerus.
BOT berhias pasukan peti undi Teluk Pasu-MARDI johan Sukan Rakyat Mega di Sungai Nerus.
Pelbagai acara dapat sambutan penduduk setempat, pelancong

KUALA TERENGGANU: Bot berhias pasukan peti undi Teluk Pasu-MARDI bermotif ayam juara Pertandingan Bot Berhias sempena Sukan Rakyat Mega Teluk Pasu di sini, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.
Tempat kedua dimenangi pasukan peti undi Kebor Besar-Jabatan Perikanan Negeri dengan hadiah wang tunai RM3,000, manakala ketiga peti undi Jeram-Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan memperoleh RM2,000.
Pengerusi pertandingan bot berhias Peti Undi Teluk Pasu, Mohamad Zali Zakaria, 48, berkata kemenangan itu kebanggaan pasukan selepas memerah idea untuk dizahirkan pada bot berhias berkenaan dan antara bot yang menggunakan kos paling minimum.

Beliau berkata, pasukannya seramai 10 orang mengambil konsep bentuk ayam, sejajar dengan sejarah Teluk Pasu.
"Teluk Pasu dulu terkenal tempat menyabung ayam laga dan penduduk menggunakan air dalam pasu emas untuk memandikan ayam.

"Kita menzahirkan objek ayam tema bot dan tidak menyangka jadi juara pertandingan ini.
"Berbanding bot lain yang menitikberatkan soal keceriaan dan hiasan bot, kami lebih mementingkan aspek pencahayaan dan mungkin itu yang memberi tuah kepada kami kerana cahaya yang berwarna warni membuatkan bot berhias kami menyerlah serta berjaya menarik perhatian juri," katanya.

Mohamad Zali berkata, program anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu yang disertai sembilan pasukan itu menarik minat penduduk menyertainya.

"Program ini adalah yang paling meriah dan unik pernah diadakan di negeri ini. Malah, jika kita lihat dari segi kehadiran penduduk cukup ramai. Sambutan dan kerjasama yang diberikan juga amat bagus dan kita patut bersyukur dengan kerjasama dan keprihatinan kerajaan negeri dan wakil rakyatnya menganjurkan program ini.

"Justeru, kita sangat berharap pertandingan dan program seumpama itu dijadikan acara tahunan," katanya.

Hadiah disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sambil disaksikan ADUN Teluk Pasu selaku penganjur, Datuk Abd Rahin Mohd Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman; ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh dan Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa.

Penduduk setempat turut menyertai sukan rakyat pada sebelah siang membabitkan pelbagai acara termasuk tarik tali, boling kelapa, menganyam ketupat, baling telur, rakit darat, baling bola dalam jaring dan sepak raga bulat.

Sementara itu, pengunjung, Zaini Hamzah, 50, dari Kampung Masjid Buluh Gading berkata, beliau terkejut melihat kehadiran ramai penduduk seolah-olah ia program antarabangsa, sedangkan ia hanya membabitkan kawasan DUN Teluk Pasu dan sekitarnya.

Pengunjung, Rafazirah Remali, 19, dari Kampung Gong Badak, berkata dia mendengar mengenai program itu daripada rakan dan terpanggil untuk datang bagi melihat kemeriahan pertandingan bot berhias yang selalunya diadakan di Putrajaya.

"Selalu kita lihat pertandingan ini diadakan di Lembah Klang, tetapi kini ia berjaya dianjurkan di kawasan kampung kami," katanya.

Sementara itu, Ahmad mengucapkan tahniah kepada Abd Rahin kerana berjaya menganjurkan program berkenaan yang mendapat sambutan luar biasa dan dilihat sebagai satu penambahbaikan daripada penganjuran sukan biasa dengan mengadakan pertandingan bot berhias.

Cubaan seludup warga asing gagal

Posted: 01 Nov 2011 06:17 PM PDT

PENUMPANG bot yang disyaki warga asing berjaya ditahan malam kelmarin.
PENUMPANG bot yang disyaki warga asing berjaya ditahan malam kelmarin.
PGM, APMM tahan warga Pakistan, Afghanistan masuk Malaysia sebelum ke Australia

MELAKA TENGAH: Pasukan keselamatan di sini, mematahkan cubaan menyeludup lapan warga asing ke Australia menerusi Indonesia, di perairan Selat Melaka kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Upeh, dekat sini, malam kelmarin.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata mereka yang ditahan masing-masing membabitkan empat rakyat Pakistan dan Afghanistan berusia antara 16 hingga 41 tahun serta seorang bayi berusia setahun.
Beliau berkata, penahanan itu dilakukan dalam operasi disertai 11 anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan sembilan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kira-kira jam 10 malam, selepas melakukan intipan.

"Semua warga asing berkenaan termasuk kanak-kanak warga Afghanistan berusia setahun enam bulan bersama ibu bapanya berusia 27 dan 29 tahun, dipercayai dalam perjalanan ke Indonesia sebelum dibawa ke Australia bagi tujuan mencari pekerjaan.

"Siasatan awal mendapati, mereka disyaki masuk ke Malaysia untuk diseludup ke Australia oleh pihak tertentu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, semalam.

Chuah berkata, empat awak-awak dan seorang tekong bot warga Indonesia berusia 30an disyaki menyeludup semua warga asing itu turut ditahan.
Selain itu, katanya, pasukan berkenaan turut merampas sebuah bot pancung bersama dua unit enjin sangkut masing-masing jenis Mercury 60 kuasa kuda dan Suzuki 40 kuasa kuda serta empat tong minyak petrol.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua bot PGM dan APMM diketuai Pegawai Pemerintah PGM Wilayah 2 Melaka, Inspektor Mohd Mashari Sathi dihantar melakukan intipan di perairan pulau berkenaan kira-kira jam 9.50 malam.

Chuah berkata, tidak lama selepas itu, pasukan berkenaan mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika anggota berkenaan mengarahkan bot pancung itu supaya berhenti, tiba-tiba ia dipecut laju. Namun, selepas kira-kira 10 minit mengejar, akhirnya anggota kita berjaya menahan bot berkenaan," katanya.

12 Peserta cilik berentap di Pentas Idola Kecil 4

Posted: 01 Nov 2011 06:05 PM PDT

Stesen nombor 2 Malaysia, TV9, melalui program Idola Kecil kembali dengan musim keempat! Lebih dikenali sebagai IK4, 12 peserta cilik berusia lingkungan 8 hingga 12 tahun, telahpun dikenal pasti untuk menonjolkan bakat mereka menerusi program realiti hiburan kanak-kanak Nombor 1 Malaysia ini. Idola Kecil 4 akan mula menemui penonton pada 5 November 2011, Sabtu, 9.00 malam ekslusif di TV9 (Saluran 119).

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Penjenamaan TV9, Cik Sherina Nordin, "Saya bagi pihak TV9 berasa amat bersyukur kerana permulaan program Idola Kecil musim keempat ini mendapat penerimaan yang positif serta sokongan yang amat menggalakkan daripada semua pihak. Pada musim ini kami menerima lebih daripada 1,000 penyertaan ujibakat di empat buah lokasi, sekaligus merupakan rekod penyertaan paling tinggi berbanding musim-musim lalu. Kali ini, penyertaan bukan sahaja dari bangsa Melayu, malahan adik-adik yang berbangsa India dan Cina juga turut mencuba nasib mereka. Ini membuktikan bahawa Idola Kecil mempunyai pengikutnya yang tersendiri."

"Proses pemilihan sememangnya sukar kerana peserta-peserta kali ini hebat belaka. 30 peserta yang telah disenarai pendek perlu menjalani sesi 'bootcamp' sebelum 12 peserta yang terbaik dipilih. Kesemua 12 peserta ini datang dari pelbagai latarbelakang, berbeza usia, identiti dan perwatakan. Usia muda bukanlah penghalang bagi mereka untuk menempa nama dalam industri seni tanahair dan TV9 akan terus memainkan peranan dalam melahirkan generasi penghibur yang berkualiti suatu hari nanti. Apa yang penting, kami juga bukan sahaja setakat mencungkil bakat mereka, tetapi juga pelajaran mereka supaya kedua-duanya adalah seimbang," tambah Sherina lagi.

Musim keempat ini akan menampilkan 12 orang peserta yang terdiri daripada 8 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Berikut adalah barisan peserta Idola Kecil 4:

  1. Ahmad Marzuki b Nordin , 10 Tahun
  2. Hairul Asri B. Alis Sjofjan, 12 Tahun
  3. Irfan Haris B othman, 10 Tahun
  4. Mohd Syafiqri B Kaharudin, 10 tahun
  5. Farisha Bt Asmadi, 12 Tahun
  6. Nabihah bt Idrus, 12 Tahun
  7. Noor Aina Batrisyia Bt Azman, 8 Tahun
  8. Nurfazlina Bt Ramlan, 12 Tahun
  9. Nurshazaleen Natasha Bt Jamaluddin, 11 Tahun
  10. 10. Sarah Elyysa Bt Khairul Fahmy, 11 Tahun
  11. 11. Sharifah Nurhafifa Bt Wan Aziz, 12 Tahun
  12. 12. Sharifah Rusilmu Imani Bt Syed Hussain, 11 Tahun

Idola Kecil akan mula disiarkan di kaca televisyen Malaysia melalui program pengenalan pada 5 November, Sabtu, 9.00 malam. Konsert mingguan pertama akan disiarkan mulai 12 November, setiap Sabtu, 9.00 malam. Rutin seharian peserta menjalani kehidupan sebagai peserta Idola Kecil dapat dilihat secara online di laman web rasmi Idola Kecil, www.tv9.com.my/idolakecil4. Selain itu HIP TV yang bersiaran setiap Khamis, 8.30 malam akan menjadi program sokongan Idola Kecil dengan memaparkan aktiviti-aktiviti peserta-peserta. Berita Adik akan mendedikasikan slot Jumaat mereka khusus untuk paparan esklusif IK4, manakala Nasi Lemak Kopi O akan menemubual peserta-peserta pada setiap hari Ahad, 8.00 pagi – 10.00pagi.

Pengalaman dan keserasian Alif Satar yang dianggap sebagai 'Abang Long' oleh peserta-peserta Idola Kecil sebelum ini telah mengekalkannya sebagai pengacara bagi musim keempat. Sementara itu, tiga tenaga pengajar berpengalaman yang telah banyak berjasa kepada program ini juga akan terus menabur bakti mereka bagi musim keempat ini iaitu Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian). Sementara itu, juri tetap sejak musim pertama lagi iaitu Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia binti Raja Haron kini diberi tanggungjawab yang lagi berat iaitu selaku Penasihat Persembahan kepada program realiti hiburan kanak-kanak No. 1 Malaysia ini.

Idola Kecil masih mengekalkan format penilaian peserta menggunakan juri. Berlainan musim ini, proses pengadilan akan dinilai oleh barisan juri yang akan bertukar setiap minggu. Hadiah-hadiah bagi juara, naib juara dan tempat ketiga adalah wang tunai sebanyak RM 10,000, RM 5,000 dan RM 3,000 masing-masing.

Musim ini akan melihat peserta-peserta ditemani oleh pasukan Kawan 9 menjalani sesi 'busking' atau persembahan spontan di tempat-tempat awam seperti hospital kanak-kanak, stesen lrt, pasaraya besar, dan taman tema kanak-kanak. Objektif sesi ini adalah untuk menaikkan lagi keyakinan diri peserta-peserta dalam membuat persembahan di khalayak ramai.

Idola Kecil 4 akan dihangatkan lagi dengan Hot FM sebagai Geng Radio. Hot FM juga akan memainkan peranan dalam mempromosikan kesemua bintang Idola Kecil. Selain temubual mingguan ekslusif bersama peserta-peserta, dan laporan harian terkini; Hot FM akan menawarkan hadiah wang tunai kepada pendengar mereka melalui segmen Menu Muzik. Pendengar hanya perlu menonton program Idola Kecil untuk mendapatkan kata kunci. Selain itu, Hot FM turut mempromosikan program Idola Kecil melalui laman web, facebook dan twitter mereka. Hot FM Zoomerz turut akan turun padang memeriahkan lagi musim keempat Idola Kecil dengan menawarkan barangan ekslusif Idola Kecil kepada orang ramai.

Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan IK4 serta aktiviti-aktviti yang dijalankan oleh peserta-peserta ini, melayari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil4 atau facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4.Selain daripada itu, anda juga boleh sentiasa mendengar maklumat terkini IK4 menerusi Geng Radio IK4 iaitu Hot FM.

Hikmah wuquf di Arafah

Posted: 01 Nov 2011 06:04 PM PDT


WUQUF di Arafah adalah antara simbol menunjukkan perpaduan dan kesatuan umat Islam walaupun berlainan warna kulit dan bangsa.


PARA fuqaha bersepakat ibadah wukuf di Padang Arafah telah ditentukan dengan masa dan waktu yang jelas iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun. Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (subuh) pada hari kesepuluhnya.

Ia tidak sah jika diganti oleh orang lain. Sesiapa yang sempat berwuquf pada waktu tersebut, dia memperolehi ibadat haji, manakala yang tidak sempat berwuquf dia pasti tidak akan mendapat haji tersebut.

Justeru, ibadat wuquf merupakan tiang asas kepada haji dan nadinya.

Para jemaah haji akan bertemu sesama mereka di Padang Arafah untuk menunaikan ketaatan kepada Allah. Pada masa yang sama, perhimpunan itu juga mengingatkan umat Islam bahawa mereka adalah umat yang satu.

Taraf mereka adalah sama sahaja di sisi Allah SWT melainkan bagi orang yang meningkatkan amalan ketaqwaan dan ketaatan yang banyak kepada Allah SWT.

Mereka sewajarnya bekerjasama di dalam mempertingkatkan kesedaran diri di dalam menegakkan suara kebenaran, bertolong-tolongan melakukan kebaikan dan berusaha kuat di dalam mempertahankan keimanan dan keyakinan terhadap agama dan nilai kemanusiaan.

Setiap tahun umat Islam yang menghadiri perhimpunan ini akan mengingati dan merenungi pertemuan seumpamanya yang telah dihadiri sendiri oleh Rasulullah SAW di samping mengetuai dan memimpinnya.

Mereka seolah-olah berada di dalam kelompok ratusan ribu para sahabat yang membanjiri Padang Arafah untuk sama-sama menjejaki cara ibadat haji yang dikerjakan oleh nabi SAW yang dikenali sebagai Hajjatul Wada'.

Di sanalah Allah SWT menurunkan ayat tentang ketuanan agama Islam dan penerimaan-Nya terhadap wadah yang dibawanya (rujuk al-Maidah: 3)

Di situlah juga nabi SAW yang sedang menaiki unta, berdiri di antara bongkah batu-batu besar di kaki Jabal Arrahmah memberi peringatan, nasihat dan amanat kepada para jemaah haji ketika itu.

Baginda SAW mengajak mereka berpegang kepada tali agama Allah dan menyatakan kerugian akibat perpecahan sesama sendiri, menerangkan tentang dasar-dasar keunggulan agama dan peranan umat yang bakal bertanggungjawab terhadap penyebaran risalah keamanan kepada sekelian manusia.

Baginda SAW di dalam khutbahnya (pada 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah) turut menjelaskan dasar-dasar agama Islam, menghapuskan ciri-ciri kesyirikan dan jahiliah, menyatakan tentang kehormatan darah manusia, harta dan maruah mereka di samping pengharaman menumpahkan darah, merampas harta dan menjatuhkan maruah sebagaimana yang disepakati oleh kesemua ajaran agama langit.

Turut dijelaskan di dalam khutbahnya tentang amalan berhubung dengan perkara jahiliah yang telah dihapuskan. Baginda SAW juga mengharam dan membatalkan perbuatan riba, selain memberi amanat dan wasiat kepada kaum lelaki (suami) supaya memelihara wanita (isteri), di samping menyatakan tanggungjawab dan hak-hak yang perlu dilaksanakan untuk kebaikan mereka seperti pemberian makanan dan pakaian dan menjelaskan tanggungjawab para isteri untuk ditunaikan terhadap para suami mereka.

Khutbah haji wada'

Antara sabda Baginda SAW : "Sesungguhnya darah dan harta sesama kamu adalah mulia dan haram (dicerobohi) seperti mulianya hari ini (Arafah), bulan ini (Zulhijjah) dan negeri ini (Mekah). Ketahuilah bahawa setiap perkara jahiliah diletakkan di bawah kakiku ini (dibatalkan). Segala tuntutan (bayaran) darah di zaman jahiliah dahulu juga dibatalkan.

"Tuntutan darah pertama yang dibatalkan adalah tuntutan darah anak kepada Rabi'ah bin Al-Harith yang telah menyusu di kampung Bani Saad yang kemudianya dibunuh oleh Huzail.

"Tuntutan terhadap harta riba di zaman jahiliah juga dibatalkan, tuntutan pertama yang dibatalkan adalah harta riba yang menjadi hak kepada Al-Abbas bin Abdul Muttalib, kesemuanya telah dibatalkan.

"Takutilah kamu kepada Allah dalam (menguruskan) para wanita (isteri), kerana kamu mengambil mereka (sebagai isteri) dengan amanah (yang diwajibkan oleh) Allah serta kamu dihalalkan untuk mereka dengan kalimah Allah (akad nikah).

"Adalah menjadi kewajipan mereka (wanita) tidak membenarkan sesiapa pun yang kamu tidak gemari duduk di hamparan (masuk ke rumah) kamu. Jika mereka melakukan demikian (memberi keizinan untuk orang lain) maka kamu pukulilah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan.

"Kamu hendaklah memberikan perbelanjaan rezeki dan pakaian untuk mereka dengan cara yang baik. Daku tinggalkan untuk kamu suatu perkara yang kamu tidak akan sesat sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah (al-Quran)".

Dengan khutbah yang amat padat itu, nabi SAW menggariskan umat Islam dasar perjalanan yang berketerampilan dan membawa kepada ketamadunan manusia yang sewajibnya diikuti dan dituruti sepenuhnya dengan rasa kemulian dan penuh bangga.

Kesemua itu demi menjaga segala peraturan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk dipikul di atas bahu mereka. Pelaksanaan terhadapnya pasti menjadi umat berdaya saing untuk terus maju sejajar dengan dasar kemanusiaan dan kemaslahatan sejagat yang berpaksikan kebenaran, kesaksamaan dan keadilan.

Isi khutbah di atas menjelaskan bagaimana ketamadunan palsu umat terdahulu yang menyimpang jauh daripada tuntutan nilai kemanusiaan yang telah dihidupi oleh generasi awal, yang menjauhi petunjuk ilahi, dan akhirnya membawa kepada kecelakaan dan malapetaka yang amat dahsyat kepada mereka yang meruntuninya.

Ketamadunan terdahulu yang tersasar daripada prinsip agama dan akhlak, menjual segala asas budi pekerti untuk dilelong di pasar-pasar perdagangan dan kilang-kilang pengeluaran bahan.

Insan telah dimanipulasi untuk menjadi ganas dan gasar, membentuk jiwa yang sentiasa menginginkan penumpahan darah dan merampas harta orang lain.

Oleh sebab itu, kemajuan setempat walaupun amat menarik dan mengagumkan pada pandangan mata, ia pasti tidak dapat dinikmati dalam keadaan jiwa yang tenang dan hati yang tenteram bahkan segala kegusaran dan penderitaan terus menerus menghantui minda dan jiwa raga manusia setempat.

Rasulullah SAW 'seolah-olah' pada hari Arafah tersebut ditunjukkan keadaan umat mendatang setelah zaman baginda yang berada dalam keadaan perpecahan dan perseteruan yang amat berkecamuk.

Tiada penyatuan di kalangan mereka, silih berganti generasi yang datang dan pergi tetapi ia sama tanpa penambahbaikan, permasalahan masih tidak dapat diselesaikan, kesulitan dan kecelaruan yang menimpa tiada tindakan dan kajian terperinci yang boleh mengatasinya.

Justeru, sampailah ketika dan saatnya di mana umat Islam sewajibnya menyedari dan memahami makna kefarduan haji ini.

Ibadat haji bukan sahaja dilaksanakan penunaiannya terhadap beberapa perkara ibadah secara praktikalnya malahan mereka sewajarnya dapat menyelami segala kemanfaatan yang dipaparkan oleh Allah SWT menerusi rukun Islam yang kelima ini.

Kekuatan umat dapat dipaparkan:

l Dalam kesepaduan dan kesekataan apabila ia dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya;

l Keteguhan prinsip dan ketenteraman perasaan apabila Al-Quran dipegang dan dihayati sewajarnya;

l Saling berkongsi harapan dan bekerjasama dalam meleraikan permasaalahan sesama ummat;

l Bersepakat di dalam mempertahankan diri daripada ancaman dan tipu daya musuh Islam ;

l Juga mengawal diri umat daripada dicela, dipijak dan ditertawakan oleh sebarang musuh yang sentiasa mencari jalan bagi melemahkan kekuatan dan keteguhan perpaduannya.

Sejarah umat Islam terdahulu yang amat panjang tidak pernah menyaksikan sebarang serangan musuh di dalam pelbagai situasi seperti yang dihadapi oleh mereka ketika ini.

Seluruh kekuatan musuh dan taktik peperangan saraf dilancarkan oleh musuh Islam demi membantutkan keserlahan umat yang telah mengungguli dunia kemanusiaan.

Justeru, bagi menghadapi ancaman musuh dan mempertahankan diri serta prinsip yang teguh, umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, membuang segala kekalutan minda dan menjernihkan kembali perseteruan dan perbalahan sesama sendiri.

Kerana itu, peristiwa wuquf di Arafah setidak-tidaknya dapat mengembalikan nostalgia lalu, memaparkan bagaimana kesemua diri umat menuju kepada ajaran Allah SWT, patuh dan tunduk kepada-Nya dan arahan-Nya.

Di sanalah Baginda SAW memperingatkan umat supaya menjaga amanah yang amat besar lagi kudus ; amanah persaudaraan, amanah menegakkan hukum hakam agama Allah, mempraktikkan amalan bantu membantu, membuang segala perasaan keakuan dan negatif sesama sendiri.

Umat yang disifatkan sebagai "bangsa yang beriman kepada Allah, dilahirkan untuk kebaikan manusia sejagat, bersama menyuruh berbuat baik, bersama mencegah perbuatan kemungkaran". (ali-'Imran: 110) sepatutnyalah bertindak menyelami maksud hari Arafah dengan membentuk jiwa yang mantap, kesepaduan yang teguh, berpegang kepada al-Quran, melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan berlandaskan syariat Ilahi, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi.

Unik Rasm Quran

Posted: 01 Nov 2011 06:03 PM PDT


Umat islam di Malaysia umumnya menggunakan al-Quran Rasm Uthmani dalam pengajian al-Quran. - Gambar hiasan


ILMU Rasm jarang dibincang secara terbuka di masjid dan surau sebagaimana ilmu tafsir, fikah, tauhid dan lain-lain. Kebiasaannya ia dibincang di kelas pengajian al-Quran bersama dengan ilmu tajwid, dabt dan qiraat.

Ramai masyarakat lebih tertumpu kepada memahami makna al-Quran. Ini selaras tujuan Quran diturunkan adalah menjadi panduan hidup. Selain itu, ia didorong oleh faktor guru yang ramai dan berkemampuan, di samping kitab tafsir yang banyak dan mudah didapati di pasaran.

Kandungan ilmu Rasm Quran adalah menghurai berkaitan hazf huruf, ithbat huruf, badal, berkaitan huruf hamzah, wasl, fasl (sambung dan pisah kalimah) dan berkaitan dua qiraat yang ditulis dengan satu tulisan.

Ia lebih bersifat ilmiah dan amat sesuai dipelajari bagi yang mendalami tatacara penulisan al-Quran.

Namun ia adalah maklumat penting yang perlu ada untuk memahami cara penulisan al-Quran. Rasm al-Quran yang diamalkan dalam mushaf pada masa ini, bermula di zaman Rasulullah SAW. Kebanyakan ulama menyatakan ia adalah tauqifi.

Rasulullah amat memberi perhatian kepada wahyu yang diturunkan kepadanya dan amat amanah dalam menyampaikan wahyu tersebut.

Baginda juga mengarah para sahabat menulis wahyu dan apabila siap menulis wahyu, baginda meminta penulis wahyu membacakan kepadanya bagi tujuan memastikan ia ditulis dengan tepat.

Abdul Aziz al-Dabbagh menyatakan bahawa tidak ada seurat rambut pun bagi sahabat r.a dan yang lain dalam urusan penulisan al-Quran. Tetapi ia adalah tauqif daripada Rasulullah SAW. Bagindalah yang mengarah kepada mereka menulis mengikut keadaan tersebut sama ada menambah alif atau mengurangkannya.

Seterusnya baginda menyatakan jika susun atur al-Quran adalah mukjizat maka rasmnya juga adalah mukjizat.

Bagi mereka yang selalu membaca al-Quran dan memerhatikan bentuk tulisannya akan mendapati beberapa kelainan tulisan walaupun pada kalimah yang sama.

Umpamanya kalimah Ibrahim di ayat 124, 125, 126 surah al-Baqarah di tulis dengan huruf ya' kecil antara huruf ha dan mim di atas kalimah. Tetapi kalimah Ibrahim dalam surah Maryam di ayat 41, surah Saffat ayat 83 ditulis dengan huruf ya' dalam kalimah.

Dalam bab tulisan ta' marbutah atau dipanggil ta simpul dan ta' maftuhah terdapat kalimah yang sama seperti syajarah yang bermaksud pokok. Dalam surah al-Israk ayat 60, syajarah ditulis dengan ta' marbutah.

Begitu juga tulisannya dalam surah al-'Araf pada ayat 19, 20 dan 22. Tetapi dalam surah al-Dukhan ayat 43, kalimah syajarah ditulis dengan ta' maftuhah.

Bagi kalimah al-Quran yang terdapat dalam beberapa surah ditulis dengan dua bentuk. Pertama, ithbat alif selepas huruf hamzah seperti di ayat 9 surah Israk, ayat 77 surah al-Waqiah, ayat 21 surah al-Hasyr dan lain-lain.

Bentuk kedua ditulis dengan hazf alif selepas huruf hamzah di dua tempat sahaja iaitu di ayat kedua surah Yusuf dan ayat ketiga surah al-Zukhruf.

Kesemua tulisan dalam al-Quran adalah tauqifi dan rahsia perbezaan tulisan dalam kalimah yang sama bentuk tulisan dan maknanya tidak diketahui secara jelas kehendaknya.

Namun terdapat juga ulama yang menghurai maksud perbezaan tulisan tersebut. Rasm al-Quran adalah unik dan perlu kepada pengamatan dan jika susun atur kalimahnya mukjizat maka tulisannya juga adalah mukjizat.

Jangan merendahkan orang lain

Posted: 01 Nov 2011 06:02 PM PDT

ISLAM menganggap semua manusia adalah sama. Tidak mengira pangkat, harta, rupa paras, keturunan dan sebagainya. Semua mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu ditunai dan dilaksanakan.

Seseorang yang membesar di rumah setinggan dan seseorang yang dibesarkan di istana sebenarnya tidak mempunyai perbezaan di sisi Allah SWT. Ukuran pada nilaian Allah SWT hanya terletak pada ketinggian taqwa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya. (al-Hujurat: 13).

Mereka yang beriman kepada Allah SWT tidak boleh membeza-bezakan manusia. Tidak wajar untuk ditinggikan sebahagiannya dan direndahkan sebahagian yang lain dengan melihat ukuran keduniaan semata-mata.

Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui kemuliaan seseorang. Barangkali seorang pengemis lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding seorang pegawai tinggi.

Justeru, mengapa kita tegar merendah-rendahkan sesuatu keturunan, kaum dan bangsa? Mengapa kita sanggup dan tergamak untuk menghina seseorang yang mempunyai kecacatan atau kekurangan? Sedangkan mereka tidak mengetahui dan tidak meminta untuk dijadikan begitu.

Ia adalah keputusan daripada Allah SWT yang penuh dengan hikmah yang tersurat dan tersirat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah sama, bapa kamu adalah sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan." (riwayat Ahmad dan al-Baihaqi).

Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT tidak akan bermegah-megah dengan hartanya, tidak berbangga dengan keturunan serta warna kulit dan tidak mendabik dada dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Semua yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan Allah SWT.

Oleh kerana itu, janganlah kita merendah-rendahkan orang lain dengan mengeji dan memperlekehkannya atau tidak memberi layanan yang baik kepadanya. Nabi SAW pernah ditegur oleh Allah SWT kerana tidak mempedulikan sahabat yang buta iaitu Abdullah bin Ummi Maktum r.a yang bertanya soalan kepada baginda.

Teguran Allah SWT itu terkandung dalam firman-Nya yang bermaksud: Dia memasamkan muka dan berpaling, Kerana dia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. (Abasa: 1-6)

Pengajaran daripada ayat ini adalah kita perlu memberi layanan yang sama dan bersikap adil kepada semua manusia. Sedangkan Allah SWT mengharamkan kita untuk berbuat zalim sesama manusia walaupun terhadap orang yang kita benci.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah: 8)

Elak perbuatan dwi standard

Senario ini sebenarnya banyak berlaku dalam masyarakat termasuklah dalam organisasi. Kerap kali kita mendapati apabila sesuatu permohonan dibuat oleh seseorang yang mempunyai kedudukan, maka proses menguruskan permohonan tersebut dibuat secara pantas dan diberi layanan yang terbaik.

Namun, jika permohonan tersebut adalah daripada orang yang tidak berpangkat, maka proses itu akan memakan masa berminggu-minggu, berbulan-bulan bahkan terpaksa menunggu bertahun-tahun. Tidakkah kita merasakan ini juga adalah sebuah kezaliman?

Begitu juga sekiranya sesuatu organisasi itu didominasi oleh sesuatu kaum atau bangsa. Maka kakitangan dari bangsa yang lain akan disisihkan dan tidak diberi hak mereka secara adil. Kita juga mendapati ada di kalangan kakitangan yang dinafikan haknya semata-mata mempunyai pangkat yang rendah.

Ada di kalangan mereka yang ditolak cadangan dan pandangan yang dikemukakan semata-mata kerana tidak berpangkat dan tidak mempunyai kedudukan. Demikianlah betapa tidak adilnya dunia ini.

Oleh kerana itu, marilah sama-sama kita menjauhi sikap suka merendah-rendahkan orang lain. Anggaplah pangkat, kedudukan, harta dan rupa paras itu sebagai pemberian daripada Allah SWT yang mungkin akan ditarik balik pada bila-bila masa sahaja.

Mungkin orang bawahan yang kita perlekehkan itu suatu hari nanti akan menjadi majikan kita pula. Mungkin orang yang miskin itu akan menjadi kaya berbanding kita. Yang paling kita bimbang ialah, mungkin orang yang kita hinakan itu dapat menjejakkan kaki ke syurga Allah SWT di Akhirat nanti, sedangkan kita belum tentu dapat menjejakinya. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka… (al-Hujuraat: 11).

Carven Ong penuhi impian perkahwinan

Posted: 01 Nov 2011 06:01 PM PDT


Carven Ong bersama dua helai gaun rekaannya yang menarik.


SETIAP pasangan yang sedang bercinta mengimpikan perkahwinan yang indah dan akan dikenang sepanjang hayat. Namun untuk merealisasikan perkahwinan impian ini memerlukan perancangan yang rapi dan komitmen daripada mereka yang berpengalaman.

Tahun 2012 akan tiba tidak lama lagi dan jika anda merancang untuk melangsungkan perkahwinan impian anda, segala persiapan harus dilakukan mulai sekarang.

Jika anda masih belum mempunyai idea bagaimana hendak mengadakan majlis perkahwinan impian anda itu, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur dan agensi perancang perkahwinan Wedding Artists oleh Carven Ong menjemput pasangan yang bakal berkahwin menghadiri pameran elegan Dream Weddings pada 10 dan 11 Disember ini yang akan diadakan di hotel tersebut.

Selain menghadiri pameran, anda mungkin dapat memenangi semula perbelanjaan yang telah anda belanjakan untuk jamuan, hiasan dan fotografi di Dream Weddings ini.

Pengurus Besar Prince Hotel & Residence, Tim Quarm berkata, jamuan perkahwinan biasanya menelan perbelanjaan yang paling besar dalam bajet perkahwinan pasangan. Di Dream Weddings, pihaknya memberi peluang kepada satu pasangan bertuah untuk memenangi perbelanjaan jamuan perkahwinan mereka secara sepenuhnya.

Prince Hotel juga bakal memberi hadiah cabutan bertuah bagi setiap pasangan yang membuat tempahan bagi majlis perkahwinan mereka di hotel tersebut.

Turut menjadikan perkahwinan idaman ini lebih menarik, pasangan yang mengambil pakej hiasan jamuan serta fotografi Wedding Artist by Carven Ong akan berpeluang memenangi semula perbelanjaan mereka.

Menurut Carven Ong, pereka busana anggun bagi selebriti dan kini pengasas agensi perancang perkahwinan tersebut, Dream Weddings merupakan pameran bagaimana sambutan perkahwinan sesebuah pasangan itu dibuat khas untuk mereka menurut personaliti, gaya, cita rasa dan bajet mereka.

''Saya telah lama menghasilkan rekaan semenjak 20 tahun yang lalu. Wedding Artist by Carven Ong bagaikan cabang bagi konsep gaun perkahwinan yang istimewa dan turut merangkumi aspek-aspek lain dalam soal perkahwinan seperti fotografi dan video sebelum sebelum perkahwinan, hiasan flora, kad dan dekor resepsi.

''Rahsia merancang perkahwinan pasangan terletak pada konsep dan rekaan yang dihasilkan berdasarkan kisah cinta pasangan yang bakal berkahwin. Sebelum kami memulakan sebarang tugasan, kami harus mengetahui latar belakang mereka, pengalaman dan kisah mereka untuk menuju ke ambang perkahwinan serta harapan bagi majlis perkahwinan mereka.

''Sekiranya idea tersebut dipersetujui oleh bakal pasangan, pihak lain yang terlibat akan turut berkongsi idea itu seperti jurugambar, penggubah bunga, pasukan penghasilan majlis dan saya sebagai pereka gaun perkahwinan,'' ujarnya.

Dalam soal bajet, Carven menyarankan pasangan yang merancang untuk berkahwin supaya bersikap terbuka dalam soal kewangan. Tidak kira berapa bajet mereka, yang penting ialah mengutamakan apa yang perlu sahaja dalam perkahwinan mereka.

Carven menambah, setiap pasangan mempunyai keutamaan yang berbeza bagi perkahwinan mereka. Ada yang mengutamakan fotografi dan sanggup memperuntukkan kos yang besar.

Berniaga sekadar berkongsi rasa

Posted: 01 Nov 2011 05:59 PM PDT


Rozita Ahmad Tajuddin (kiri) dan Nur Haliza Hassan berbincang mengenai perniagaan baju kurung mereka.


PERNIAGAAN bukanlah satu bidang yang bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Malah hari ini senarionya berbeza apabila rata-rata yang menceburi bidang ini adalah bertujuan untuk memenuhi masa lapang ataupun sekadar suka-suka.

Inilah yang berlaku kepada sekumpulan empat rakan karib Rozita Ahmad Tajuddin, 32, Nur Haliza Hassan, 32, Noor Fitriah Bakri, 32, dan Syarifah Zurina Syed Salim, 32.

Penglibatan mereka dalam bidang ini bukanlah bertujuan untuk menjadi kaya atau mengumpul harta tetapi mereka sekadar ingin berkongsi apa yang mereka ada.

Ternyata penglibatan keempat-empat wanita ini dalam bidang perniagaan tiada sebarang perancangan malah mereka melakukannya secara spontan.

Menurut Rozita, mereka berempat membuat keputusan untuk bergabung tenaga selepas pulang bercuti dari Vietnam.

Sepanjang di sana, selain melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik, mereka turut melawat tempat-tempat membuat baju termasuklah baju kurung.

Setelah meneliti kesemua baju kurung yang dihasilkan berkualiti serta menarik jahitan maniknya, tanpa membuang masa mereka terus bersetuju untuk memasarkan produk tersebut di Malaysia.

"Sekembalinya ke Malaysia, kami terus membuat keputusan untuk memasarkan baju-baju tersebut di Malaysia.

"Ini kerana, selain dibuat daripada kain yang berkualiti, jahitan manik yang dijahit juga kemas dan menarik.

"Dari situlah kami terfikir untuk menjual baju-baju tersebut di sini memandangkan orang kita banyak mengenakan baju kurung apabila ke pejabat," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kota Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ternyata percaturan mereka membuahkan hasil walaupun ia baru dipasarkan melalui Internet awal tahun ini.

Hari ini, selain memasarkan produk mereka melalui Internet dan kawan-kawan, mereka juga merupakan pembekal kepada peniaga-peniaga yang terdapat di sekitar Lembah Klang.

Dengan menggunakan jenama Drama Queen, mereka turut memasarkan baju kurung untuk kanak-kanak.

Dalam pada itu, menurut Nur Haliza pula, baju kurung yang mereka jual diperbuat daripada pelbagai jenis kain kapas seperti kain kapas Inggeris, Korea, sutera dan juga linen.

Apa yang menarik apabila membicarakan mengenai latar belakang masing-masing, ternyata tiada seorang pun yang mempunyai asas mahupun pengalaman dalam bidang perniagaan.

Tetapi disebabkan minat selain ingin membuktikan kebolehan masing-masing, mereka tidak kisah untuk belajar dari bawah dan hingga kini mereka berempat masih lagi menimba pengalaman.

"Kami sememangnya tidak mempunyai asas di dalam bidang perniagaan tetapi Alhamdulillah apa yang kami lakukan hari ini seolah-olah terbuka jalannya.

"Kami juga mempunyai kemahiran masing-masing dan setiap seorang akan bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan seperti bahagian pemasaran, pengiklanan dan sebagainya.

"Boleh dikatakan masing-masing ada peranan sendiri dan disebabkan itu kami mampu meneruskan perniagaan ini," katanya lagi.

Begitupun, menurut Rozita, hari ini hanya dirinya dan Nur Haliza sahaja yang bermastautin di Kuala Lumpur manakala Syarifah Zurina tinggal di Pulau Pinang dan Noor Fitriah kini bertugas di luar negara.

Walaupun begitu, ia tidak sedikit pun mengganggu perjalanan perniagaan mereka. Kesemua baju kurung siap bagi dewasa dan kanak-kanak boleh dilihat melalui www.dramaqueenscloset.blogspot.com ataupun di facebook.

Bukan itu sahaja malah kesemua produk yang dipasarkan adalah mampu milik kerana harganya berpatutan.

Jangan ketinggalan dapatkan koleksi terbaru mereka setiap tiga bulan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved