ads

Jumaat, 21 Oktober 2011

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


YASMIN & SHAHRIN SAH SUAMI ISTERI

Posted: 21 Oct 2011 01:02 AM PDT


Shahrin Mohammed Razali Wong sah bergelar suami kepada Yasmin Hani Richardson dengan sekali lafaz setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, Selangor pada pukul 3.45 petang tadi.

Rombongan Shahrin telah membawa tujuh dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. Hantaran tersebut termasuk sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Klik untuk imej besar...


Sementara Yasmin Hani pula membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SEJARAH HIBURAN MALAYSIA - SEMBILU 2

Posted: 21 Oct 2011 12:48 AM PDT


FILEM BOX-OFFICE MELAYU PERTAMA


Filem Sembilu II terbitan Yusof Haslam telah mencatat sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana telah menjadi filem box-office Melayu pertama mencapai kutipan sebanyak RM6.1 juta.

Filem keluaran Skop Production Sdn. Bhd. Ini telah ditayangkan pada tahun 1994 dengan membariskan pelakon-pelakon yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi terkenal seperti Awie, Era Fazira dan Ziana Zain.


Pendekatan yang digunakan oleh Yusof Haslam dengan mengambil penyanyi-penyanyi terkenal dalam filem ini ternyata telah berjaya menarik jumlah penonton yang ramai. Antara filem-filem box-office beliau yang lain adalah Maria Mariana (RM4.7 juta), Maria Mariana II (RM4.8 juta) dan Sembilu (RM4.2 juta).

Malah sebagai kesinambungan bagi filem tersebut, ia telah diterbitkan sekali lagi pada 2004 berjudul Sembilu 2005 yang dibintangi oleh kebanyakkan pelakon-pelakon asal dan pelakon baru.


Story copyright myartis.com



Info: Kami akan menyiarkan kembali kisah artis-artis kita yang telah mencipta sejarah di Malaysia dan di seluruh dunia. Ada banyak sejarah yang telah tercipta dan pernah disiarkan di myartis sekitar tahun 1998 yang lalu. Moga dengan tersiar kembali sejarah tersebut, ia kemungkinan dapat memberi semangat kepada artis-artis lain untuk terus memartabatkan industri seni negara. Harap maklum..!

KUTIPAN JUTA2: LIBAS & KLIP 3GP TAK TERDAYA..?

Posted: 20 Oct 2011 08:01 PM PDT


KL Gangters masih lagi memegang tampuk teratas senarai kutipan paling tertinggi di pawagam mengalahkan filem-filem terbaru seperti Libas dan Klip 3GP. Meskipun promosi Libas dan Klip 3gp dilihat agak meriah, namun entah mengapa semuanya bagai tidak menjadi bagi filem ini.

Ada pihak menyalahkan filem Real Steel yang sedang berputar di pawagam menjadi punca utama ketidakupayaan Libas dan Klip 3gp menyerlah. Dakwa mereka, promosi besar-besaran sahaja kadangkala belum cukup untuk menghasilkan pulangan lumayan atau mengajak penonton ke pawagam.

Persoalannya sekarang... filem apakah yang mampu menewaskan buah tangan anak Datuk Yusof Haslam dan Ahmad Idham (Hantu Bonceng) ini? Sama-samalah kita nantikan pemecah rekod tersebut!!

Senarai top 20


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

FILEM TRIBUTE BUAT ARWAH DIN BERAMBOI

Posted: 20 Oct 2011 05:53 PM PDT


Pengarah, pelakon dan penerbit Afdlin Shauki memaklumkan akan memulakan produksi filem AH LONG BUKIT BERUNTONG, sebuah filem tribute untuk arwah Din Beramboi.

Filem yang sepatutnya dilakonkan oleh Din Beramboi itu dikatakan akan memulakan penggambarannya pada hujung tahun 2011. Bagaimanapun, Afdlin masih mencari pelakon yang paling sesuai untuk menggantikan Din Beramboi bagi berganding dengannya nanti.

Pada peminat Din Beramboi, nantikan kesinambungan sketsa lawak ini yang diabadikan ke dalam filem pula. Bak kata pepatah... harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama!

Arwah Din, jasanya tetap dikenang...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KENAPA RAMAI BENCIKAN IZARA AISHAH?

Posted: 20 Oct 2011 05:23 PM PDT


Hanya kerana watak jahat dalam drama Soffiyya di TV3, Izara Aishah Hisham tiba-tiba menjadi perhatian ramai penonton yang bencikan watak Fiona lakonannya. Mungkinkah ini bermakna Izara telah berjaya membawa watak tersebut dengan baik hingga berjaya menimbulkan sakit hati?

Bagaimanapun, bagi pendapat segelintir pihak pula... Izara telah terjun ke dalam 'lubang' yang salah apabila berlakon sebagai Fiona. Kerana dakwa mereka, pelakon baru yang cantik seperti Izara tidak sepatutnya mengambil watak jahat jika mahu mengetengahkan bakat dalam dunia lakonan.

"Minda penonton di Malaysia kebiasaannya akan melabelkan watak tersebut sampai bila-bila. Jadi... berhati-hatilah bila memilih watak yang mahu dilakonkan agar ia tidak melekat dalam jiwa penonton yang emosional," dakwa seorang peminat drama tersebut dalam sebuah forum hiburan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI...

Posted: 20 Oct 2011 01:22 PM PDT



Gara-gara fesyen rambut ala Reshmonu, Fazley Yaakob yang muncul bersama ibunya di siaran langsung 'Semanis Kurma' didakwa telah dikritik oleh segelintir pihak yang kurang senang dengan penampilan terbarunya itu.

Benarkah teruk sangat rambut Fazley? Rasanya macam biasa je... jom tengok...!!

Klik untuk imej besar...



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BRUCE WILLIS BENGANG DENGAN ASHTON KUTCHER

Posted: 20 Oct 2011 01:03 PM PDT


Bruce Willis dikatakan mahu menemui Ashton Kutcher untuk berbincang mengenai kecurangan aktor itu terhadap bekas isterinya Demi Moore. Semuanya gara-gara Bruce tidak sanggup melihat bekas isterinya itu menderita gara-gara perbuatan Ashton yang didakwa melakukan hubungan seks dengan Sara Leal.

"Bruce akan bertemu dengan Ashton untuk berbicara dengannya. Walaupun Bruce dan Demi sudah pun bercerai, Bruce masih lagi mengambil berat mengenai bekas isterinya itu.

"Malah Bruce juga tidak senang hati dengan apa yang telah berlaku pada Demi.

"Bruce bukan sengaja ingin mencampuri kehidupan rumah tangga Demi, cuma dia enggan melihat ibu kepada anak-anaknya menderita," kata satu sumber yang dipetik daripada Showbizspy.

Bruce dan Demi yang pernah berkahwin pada tahun 1987 telah bercerai pada tahun 2000 akibat tidak sefahaman. Mereka mempunyai tiga orang anak hasil perkongsian hidup selama tiga tahun itu yang bernama Rumer Willis, Scout Willis dan Tallulah Willis.

Saat bahagia Bruce, Demi, Ashton & anak2 
Klik untuk imej besar...


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved