ads

Rabu, 19 Oktober 2011

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


SEJARAH HIBURAN MALAYSIA - SUDIRMAN HJ ARSHAD

Posted: 19 Oct 2011 01:56 AM PDT



PENGHIBUR TERBAIK ASIA



Sudirman Haji Arshad merupakan penyanyi pertama Malaysia memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989.

Sudirman telah mengalahkan lapan orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Filipina, China dan Singapura. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan 2 buah lagu Inggeris 'A Thousand Million Smiles' dan 'Send In The Clown' dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.

Kejayaan beliau telah diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan turut mendapat liputan meluas dari berbagai media di negara ini.

Kejayaannya dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa seharusnya diberi sanjungan yang berterusan meskipun pada saat ini beliau telah tiada lagi untuk terus mewarnai dunia seni suara tanah air dengan pencapaian-pencapaian gemilangnya.


INFO: Kami akan menyiarkan kembali kisah artis-artis kita yang telah mencipta sejarah di Malaysia dan di seluruh dunia. Ada banyak sejarah yang telah tercipta dan pernah disiarkan di myartis sekitar tahun 1998 yang lalu. Moga dengan tersiar kembali sejarah tersebut, ia kemungkinan dapat memberi semangat kepada artis-artis lain untuk terus memartabatkan industri seni negara. Harap maklum..!

GAMBAR SANA SINI

Posted: 19 Oct 2011 01:14 AM PDT


Alangkah sibuknya Jaja Nadzir (bekas isteri Heykal Hanafiah) kita ni menguruskan anak-anak. Mana nak baiki kereta lagi, nak pergi kerja cari rezeki dan pelbagai urusan yang agak memenatkan bagi seorang 'ibu tunggal'.

"yehaaa... my car is ready.. $$$ melayang tapi wa tatak kisah pown (cuba positive kan diri).. no more self shopping till end of year!!" Luah Jaja selamba.

Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... tak gitu Jaja?

Jaja... makin sibuk & makin slim
Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISU KENING: WARDINA SAFIYYAH LUAH PERASAAN..!!

Posted: 18 Oct 2011 11:13 PM PDT


Berikut adalah luahan hati Wardina Safiyyah yang diketengahkannya dua hari lepas dalam facebook mengenai ketidakpuasan hati segelintir pihak mengenai isu kening. Moga dengan tersiarnya luahan hati ini, kita semua dapat memahami isu yang diperkatakan itu sambil membuka minda ke arah yang lebih positif.


PENAT JUGA JADI HAKIM...TAK BEGITU?

Saya risau dan kurang faham dengan mentaliti sesetengah orang Islam... isu kening menjadi bahan bualan hebat... isu bertudung bak rahib kini menjadi kegemaran setelah bonggol unta ditinggalkan buat seketika...

Mengapa isu yang lebih besar dan penting yang tidak pula mahu diambil tahu... adakah ini muslihat supaya umat ISlam terus berbual mengenai perkara kecil hingga melupakan perkara-perkara yang lebih besar? TIDAK bukan muslihat tapi hakikat pemikiran kita yang gagal melihat "the bigger picture" of things....

Persoalan saya tak penat kah, mencari dan cuba menilai orang lain....? Kita ni pun kalau Allah beri "hak" untuk menilai TAK MUNGKIN dapat Adil dalam penilaian kita... Stop it please.. kita semua dibayangi sikap bias dan prejudis kita.. kebanyakan dari kita terlalu menurut emosi termasuklah saya... jadi peringatan buat diri dan semua.... tak usahlah jadi hakim di dunia ini......

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR NOSTALGIA ALI 'XPDC'

Posted: 18 Oct 2011 07:22 PM PDT


SEJAK disingkirkan dari XPDC beberapa tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, ternyata 'memulang paku buah keras' pada bekas kumpulannya bahawa XPDC tidak akan mampu 'survived' tanpanya. Malah pergabungan kembali Mael juga dilihat gagal membawa XPDC kembali ke zaman kegemilangan kumpulan itu sebelum ini.

"Sebenarnya, saya tidak suka bercakap soal penyingkiran atau perpecahan dalam XPDC. Biarlah saya buka buku baru dan lupakan apa yang sudah berlaku.

"Ini kerana, kami disingkirkan atas sebab peribadi yang tidak perlu saya ceritakan. Biarlah ia menjadi sejarah.

"Apa yang menjadi masalah ialah peminat sendiri sukar menerima hakikat saya sudah tidak lagi bersama XPDC. Saya tidak boleh ubah pemikiran mereka dalam jangka masa singkat," katanya beberapa tahun lalu.

Istimewa untuk peminat Ali, jom kita imbas kembali nostalgia penyanyi rock terhebat itu ketika zaman kanak-kanaknya.


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KRISDAYANTI SIMPAN DARAH TALI PUSAT AMORA

Posted: 18 Oct 2011 02:04 PM PDT


Demi trend dan kesihatan Ariannha Amora Lemos, darah tali pusat daripada ari-arinya telah disimpan di bank plasenta.

Demikian dijelaskan Krisdayanti dan Raul Lemos yang sememangnya faham bahawa darah tali pusat bayi mengandungi "stem" sel. Kegunaannya ialah ia dapat menyembuhkan bayi jika diserang penyakit genetik atau penyakit serius lain dimasa hadapan.

Apa yang mereka lakukan itu adalah satu cara bagi melindungi Amora disamping sangat menitikberatkan masa depannya. Selain itu, mereka menilai langkah tersebut sebagai perlindungan dan kepentingan jangka panjang yang bermanfaat.


"Perkara ini sudah menjadi trend kesihatan yang baru yang turut dipraktikkan di Singapura.

"Saya melihat ia sebagai suatu perkara yang positif kerana mampu menyembuhkan penyakit yang mungkin akan menyerang 100 peratus," ujar Krisdayanti dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, difahamkan sebagai seorang muslimah, Krisdayanti tetap menanam puput ari-ari pusat Amora seperti kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved