ads

Selasa, 18 Oktober 2011

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


SEJARAH HIBURAN MALAYSIA - ANDRIAN SHAH

Posted: 18 Oct 2011 08:13 AM PDT



KANAK-KANAK PERTAMA TERIMA GOLD DISC



Andrian Shah Andy, merupakan artis paling muda yang pertama menerima gold disc dalam usia baru tujuh tahun. Anugerah tersebut diterimanya berikutan kejayaan album sulungnya berjudul Sayangi Daku yang terjual melebihi 40,000 unit di bawah syarikat rakaman NSR.

Orang yang bertanggungjawab membawa kejayaan Andrian ialah bapanya sendiri, Andy Yunus yang bertindak selaku penerbit album. Selain itu, Andy juga telah mencipta beberapa lagu termasuk lagu Sayangi Daku yang menjadi hits dalam sekelip mata.

Andrian selepas itu masih aktif dalam seni suara dan telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama N'Rian band dengan lagu hits 'Maafkan Sekali Lagi'. Bagaimanapun, kumpulan tersebut yang terpaksa bersaing dengan beberapa kumpulan popular lain akhirnya terus senyap begitu sahaja.


Story copyright: myartis.com


INFO: Kami akan menyiarkan kembali kisah artis-artis kita yang telah mencipta sejarah di Malaysia dan di seluruh dunia. Ada banyak sejarah yang telah tercipta dan pernah disiarkan di myartis sekitar tahun 1998 yang lalu. Moga dengan tersiar kembali sejarah tersebut, ia kemungkinan dapat memberi semangat kepada artis-artis lain untuk terus memartabatkan industri seni negara. Harap maklum..!

APA JADI DENGAN FACEBOOK ABBY ABADI?

Posted: 18 Oct 2011 05:14 AM PDT



Hairan juga apabila ada yang mengadu Facebook Abby Abadi Lurvly Fanpage tidak boleh dimasuki sejak pagi tadi. Mungkinkah ia di hack lagi seperti yang terjadi pada bulan Mei lalu atau ia sengaja di tutup oleh Abby sendiri?

Atau ia mungkin ada kena mengena dengan isu laporan pemberian Maggi dan peluntur yang disensasikan oleh segelintir blogger? Jawapannya... hanya Abby dan admin facebook tersebut sahaja yang tahu..!!

This content is currently unavailable - Klik untuk imej besar...


2 PRODUKSI JEPUN LAMAR ZIZAN RAJA LAWAK

Posted: 18 Oct 2011 01:01 AM PDT


Kalau dah tuah badan... pastinya banyak rezeki datang bergolek!

Begitulah umpama yang dapat digambarkan mengenai Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, yang mendapat tawaran berganda daripada produksi Jepun.

Jika sebelum ini sebuah syarikat produksi Jepun, Sedic Entertainment mengambilnya berlakon, kini Zizan menerima pula tawaran berlakon untuk sebuah lagi produksi dari Jepun yang tertarik pada aksi lakonannya..

"Mereka mula mengenali saya selepas menonton lakonan saya dalam filem "KL Gangster" dan seterusnya melamar saya untuk berlakon dalam filem melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Jepun dan China," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, kata Zizan filem Jepun pertamanya sebelum ini ialah mengenai Yukari (Kitano Kii) yang merupakan guru bahasa Jepun berhijrah ke Malaysia. Bagaimanapun, Yukari menjadikan Cikgu Rahman (lakonan Zizan) sebagai alat untuk mengaburi mata orang lain yang kononnya mereka bercinta.

"Ini merupakan projek pertama saya dengan syarikat produksi dari luar negara. Filem ini dijangka akan ditayangkan di negara ini, Jepun dan China," ," tambah Zizan.

Aksi Zizan dan Yukari...

SEJARAH HIBURAN MALAYSIA - IBRAHIM PENDEK

Posted: 17 Oct 2011 02:42 PM PDT



PELAKON PERTAMA BERLAKON DI HOLLYWOOD

Allahyarham Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Pendek merupakan pelakon Malaysia yang pertama mencipta sejarah berlakon di Hollywood. Filem lakonannya itu berjudul 'The Spiral Roads' di mana penggambarannya telah dilakukan di Universal International, Hollywood, Amerika.

The Spriral Road turut dibintangi oleh bintang filem terkenal seperti Rock Hudson, Gene Rowlans, Burl Ives dan beberapa pelakon lain. Sementara Ibrahim pula telah diberi watak sebagai pembantu kepada Burl Ives.

Ibrahim berangkat ke Amerika pada 18 Ogos 1961 dengan pesawat Panam dari lapangan Terbang Antarabangsa Singapura. Dalam jadual yang diatur, Ibrahim akan berada di Hollywood selama 54 hari dan hanya pulang pada hari Isnin 9 Oktober 1961 pukul 2.45 petang.

Ketika di Hollywood, Ibrahim telah dibayar sebanyak US$35 sehari dengan segala perbelanjaannya termasuk tambang pergi balik ditanggung oleh Universal. Usia Ibrahim ketika itu ialah 37 tahun dan dia merupakan pelakon tetap Shaw Malay Filem Production Ltd., Singapura.

Meskipun pihak Universal telah menawarkan Ibrahim untuk terus tinggal di sana, tetapi dia telah menolaknya. Ini kerana, Ibrahim lebih suka tinggal di negaranya sendiri disebabkan cintanya pada bangsa dan agama.

Seterusnya, setelah semua jadual dan aktiviti lakonan berjalan lancar, Ibrahim akhirnya selamat tiba ke Malaysia dan disambut oleh peminatnya secara besar-besaran. Selain menjadi pelakon pertama berlakon di Hollywood, Ibrahim juga menjadi kebanggaan peminatnya apabila menjadi pelakon Malaysia pertama berlakon dalam filem warna (technicolor).

Story copyright: myartis.com

INFO: Mulai hari ini dan seterusnya, myartis akan menyiarkan kembali kisah artis-artis kita yang telah mencipta sejarah di Malaysia dan di seluruh dunia. Ada banyak sejarah yang telah tercipta dan pernah disiarkan di myartis sekitar tahun 1998 yang lalu. Moga dengan tersiar kembali sejarah tersebut, ia kemungkinan dapat memberi semangat kepada artis-artis lain untuk terus memartabatkan industri seni negara. Harap maklum..!

GAMBAR SANA SINI...

Posted: 17 Oct 2011 02:27 PM PDT


Gambar membawa seribu makna dan gambar juga dapat menceritakan segala-galanya. Jom kita lihat gambar terkini Wardina Safiyyah yang dikongsinya dalam laman Facebook.


"Ni gambar masa pi Australia hari tu.. Amna and Atuknye," ujar Wardina memberi info.



"Ucapan yang membuatkan saya menitis air mata.. Thank YOU... this means so much too me.. lebih lagi apabila kebelakangan ini ada yang agak keras tuduhan kepada saya," jelas Wardina mengenai nota seorang peminat yang membawa seribu makna.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved