ads

Isnin, 17 Oktober 2011

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


3 GAMBAR PRA PERKAHWINAN YASMIN HANI

Posted: 17 Oct 2011 05:39 AM PDT


Tiga keping gambar praperkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose yang dijadualkan berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Selangor pada 21 Oktober 2011 ini. Gambar ini telah dirakamkan lebih awal pada 9 Oktober 2011 oleh REDphotography.

Klik untuk imej besar...




Photo: thanks to REDphotography

GAMBAR NOSTALGIA WARDINA SAFIYYAH

Posted: 17 Oct 2011 01:52 AM PDT


Wardina Safiyyah... pelakon, penulis, penceramah motivasi dan pengacara TV3 yang amat sopan, manis dan senantiasa mengutamakan keluarganya. Daripada tidak bertudung meneroka dunia seni bersama-sama Sarimah Ibrahim, kini bertudung sopan memberi inspirasi kepada artis-artis lain agar menjaga kehormatan.

Eksklusif dan istimewa di myartis, ayuh kita selongkar kembali gambar-gambar nostalgia Wardina yang penuh kenangan manis. Bagaimanapun, bagi menghormati artis ini... myartis tidak siarkan gambar-gambar tidak bertudung ketika beliau mula-mula menjejakkan kaki ke dunia penuh glamor ini. Harap maklum!!

BIODATA:
Nama: Wardina
Nama Sebenar: Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
Tarikh Lahir: 5 Jun 1979
Tinggi: 5'6"
Pandangan mengenai dunia seni: Banyak yang kita masih perlu perbaiki dan setiap satunya memerlukan usaha keras dan kerjasama semua pihak


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

11 SOALAN UNTUK DATUK SITI NURHALIZA

Posted: 17 Oct 2011 12:47 AM PDT


1. Antara Datuk K (suami) dan Tarudin Ismail (bapa)?

"Kedua-duanya sangat protective. Arwah bapa nampak garang tetapi sangat sensitif dan senang menangis. Suami pula seorang yang pemurah dan ada masanya serius. Tapi dia kelakar kepada Siti."

2. Apa seronoknya menjadi Siti Nurhaliza semasa menjual kuih dan Siti Nurhaliza seorang penyanyi?

"Seronok masa jual kuih apabila kuih tu laku terutamanya karipap sardin dan kuih keria. Masa tu la Siti  "asah" vokal dengan menjerit "kuih…kuih… " Ketika menjadi penyanyi Siti mendapat layanan istimewa dan berjaya pergi ke merata tempat yang Siti tak pernah pergi serta boleh menghiburkan orang."

3. Siti Nurhaliza semasa tujuh tahun?

"Haa… Siti suka berangan, menyanyi dan menari seorang diri. Masa zaman sekolah, Siti suka bergaduh dengan budak lelaki, suka panjat pokok dan naik basikal."

Gambar diawal kemunculan Siti di bidang seni suara


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

10 SIFAT CALON SUAMI BAGI PANDANGAN FARAH LEE

Posted: 16 Oct 2011 02:51 PM PDT


10 Sifat Calon Suami Yang Baik bagi pandangan dan rasa hati Farah Lee, gadis yang pernah digosipkan dirisik oleh pengacara TV3 Ally Iskandar. Menurut farah, 'Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut... begitu juga jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut'.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR TERKINI BABY KRIS DAYANTI & RAUL

Posted: 16 Oct 2011 02:23 PM PDT


Gambar terkini Ariannha Amora Lemos, anak Kris Dayanti dan Raul Lemos yang lahir melalui pembedahan pada 5 September 2011 lalu.

Klik untuk imej besar...



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved