ads

Sabtu, 22 Oktober 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Mangsa hamba seks

Posted: 22 Oct 2011 09:44 PM PDT

  • Foto

  • Foto

Nama Tiz Zaqyah, Izara Aishah jadi bualan gara-gara impak watak mereka dalam drama Soffiya

APABILA melihat kepada kemesraan antara dramatis, Tiz Zaqyah dan aktres baru, Izara Aishah yang kali pertama digandingkan sebagai penghias muka depan B*POP, mereka serasi seolah-olah sudah lama mengenali satu sama lain. Tapi itu hanya luarannya saja, padahal Izara yang baru mengenali dunia lakonan sejak Mac lalu dalam diam rupa-rupanya cuba menjatuhkan Tiz kerana menganggap seniornya itu sebagai perampas kebahagiaan yang sedang dibinanya.
Namun, itu hanyalah secebis kisah yang cuba dipaparkan menerusi drama bersiri terbaru TV3, Soffiya yang mula bersiaran sejak 21 September lalu menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 hingga 8 malam. Selain Tiz dan Izara, drama terbitan Filmscape Sdn Bhd itu turut dibarisi Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan. Drama 28 episod itu ini diarahkan Joeza Rasidi.
Pastinya, pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Tiz diberi watak utama sebagai Soffiya. Soffiya yang dikenali sebagai Yaya tinggal di kampung, namun dia mengalami trauma akibat menjadi hamba seks bapanya sendiri. Tidak tahan dengan kerakusan itu, Yaya membunuh bapanya lalu dia ditempatkan di pusat pemulihan juvana.

Apabila dewasa dan mendirikan perkahwinan, Yaya dibenci oleh anak tirinya, Fiona (lakonan Izara) kerana suami Fiona, Ilyas (Fizo Omar) adalah cinta pertama Soffiya yang turut bertindak sebagai peguam bela menyelamatkan Soffiya daripada hukuman bunuh.

"Ini kali pertama saya menjayakan watak ekstrem, dirogol dan ia satu pengalaman baru. Namun, bukan mudah menjayakan atau menghayati watak Soffiya. Perlu bermain perasaan dalaman dan ekspresi muka. Tapi, saya seronok bekerja dengan Izara. Walaupun dia baru, tapi beliau 'memberi' setiap kali kami beraksi di depan kamera.

"Bagi saya, Izara seorang pelakon, dia bukan selebriti yang semata-mata berwajah cantik, sekadar menjadi pelaris majalah hiburan atau akhbar. Saya senang bekerja dengannya. Tambahan pula kami satu kepala, memudahkan lagi kerja pengarah. Secara peribadi pula, saya berpendapat Izara bukan seorang pelakon yang orang kata control cun, tapi dia sentiasa menjadi dirinya sendiri," kata Tiz.
Beralih kepada soal peribadi Tiz bersama aktor Remy Ishak, sehingga hari ini belum ada sebarang pengakuan daripada mereka mengesahkan kedua-duanya adalah pasangan kekasih, walhal semua orang tahu mereka sedang menyulam cinta, maka terdengar desas-desus pasangan berkenaan bersikap hipokrit apabila berbicara mengenai status perhubungan masing-masing.

Kata Tiz, dia bukannya tidak berani untuk berterus-terang mengenai hubungannya bersama Remy, tapi sehingga saat ini beliau belum bersedia memberi ungkapan cinta untuk menterjemahkan hubungannya bersama Remy kerana mereka belum ada sebarang perancangan untuk menuju ke gerbang perkahwinan.

Akui rapat dengan Remy

"Saya bukannya tak nak mengaku bercinta dengan Remy, tapi jika belum ada sebarang pengesahan, bila nak kahwin, saya tak berani cakap apa-apa, saya malu sekiranya dah pukul canang kami bercinta, di penghujungnya kami tak jadi kahwin. Jadi, saya hanya boleh katakan, ketika ini saya memang berkawan rapat dengan Remy. Dia ada sifat seorang lelaki yang memenuhi cita rasa saya.

"Remy juga memiliki kualiti seorang ketua, jadi saya nampak dalam dirinya memang ada ciri-ciri seorang suami, itu yang membuatkan kami serasi," akui Tiz.

Sebelum ini tersebar gosip di beberapa akhbar, kononnya Tiz membawa bekal makanan untuk Remy ke lokasi penggambarannya. Mereka makan bersuap-suap apabila kemesraan itu disaksikan artis, selain kru produksi.

"Saya tak pernah bawa bekal makanan untuk Remy ke set penggambarannya, jadi dakwaan yang mengatakan kami makan bersuap-suap tu, mana datangnya? Saya akui, memang pernah ke lokasi penggambaran filem Azazil sebelum ini dan makan bersama Remy, tapi kami tak pernah makan bersuap-suap pun... Kami takkan tunjuk kemesraan depan orang ramai, kami malu.

"Pun begitu, sekiranya kami makan berdua saja, saya mengaku pernah suap Remy, begitu juga dengan dia. Bagi saya, makan bersuap ni perkara biasa, lumrah. Kami nak rasa makanan masing-masing, bukannya nak feeling sangat pun...," kata Tiz berterus-terang.

Tambah Tiz, disebabkan kemesraan yang terpancar antara mereka, bukannya dia dan Remy tidak mahu mengaku bercinta, tapi kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan kedua-duanya di Twitter mahupun Facebook (FB), semua orang boleh membuat andaian sendiri, bagaimana status perhubungan mereka sebenarnya, jadi tak perlulah terbit kenyataan secara terang-terangan daripada mereka. Memang mendalam maksud yang cuba disampaikan Tiz.

Nafi dendami Diana Danielle

Sebelum ini menerusi B*POP, ada gosip yang mendakwa Tiz ke lokasi penggambaran Azazil untuk menyaksikan babak romantik yang dilakonkan Remy bersama artis jelita, Diana Daniele. Khabarnya Tiz cemburu apabila melihat kemesraan kedua-duanya di monitor.

"Itu saya tak nafikan, memang saya ke lokasi Azazil melihat pembikinan babak romantik berkenaan, saya terkejut! Saya rasa orang lain juga akan faham bagaimana perasaan saya ketika itu. Tapi, sebagai artis, saya perlu bersikap profesional. Selepas hari itu, saya tak pernah rasa marah mahupun berdendam dengan Diana. Saya perlu menerima situasi berkenaan seadanya, istilah cemburu tidak pernah terbit dalam kamus anak seni.

"Namun, cemburu dalam percintaan memanglah ada, orang kata cemburu tanda sayang. Sebaliknya apabila membabitkan soal kerja, saya perlu buang perasaan itu jauh-jauh," akuinya tanpa berselindung.

Seperkara lagi yang dianggap isu lama apabila gosip liar mendakwa Tiz dan Remy tinggal serumah di Ampang, Selangor terus diperkatakan di kalangan media massa dan peminat hingga hari ini. Lebih panas apabila pasangan berkenaan kononnya sedang diintai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diserbu.

"Gosip berkenaan saya dah tahu lama. Saya dah lali dengan isu itu, tapi nampaknya ia terus diperkatakan. Saya harap, kali ini biarlah yang terakhir saya membuat kenyataan, sekalipun saya dan Remy berkawan rapat, tapi kami tak pernah tinggal sebumbung! Justeru, saya harap isu ini tidak lagi diulang berkali-kali di media massa, cukup, saya tak mahu bercakap mengenai perkara yang tak pernah berlaku," tegas Tiz.

Izara nafi benci bapa kandung

IZARA Aishah mengakui watak Fiona dijayakan dalam drama Soffiyah ibarat 'kelas lakonan' untuk memperkemaskan lagi mutu lakonannya.

"Inilah karakter paling susah pernah saya jayakan. Saya sentiasa bermain emosi apabila air mata menjadi teman setiap masa. Seronok bekerja dengan produksi ini, lebih-lebih lagi pelakon senior seperti Tiz Zaqyah dan Fizo Omar, selain pengarah banyak beri tunjuk ajar," katanya menyifatkan Fiona membenci bapa kandungnya kerana menjadikan dirinya hamba seks sehingga tergamak membunuh anak sendiri.

Justeru, tersebar desas-desus dalam kehidupan realiti Izara, dia turut membenci bapa kandungnya kerana dikatakan pernah mengabaikan dirinya dan keluarga sejak beliau kecil, selain tidak pernah mendapat belaian kasih sayang seorang ayah. Kononnya juga dia keberatan meletakkan nama bapa kandungnya itu sebaris namanya setiap kali ditanya wartawan dan lebih selesa dikenali sebagai Izara Aishah saja.

"Saya tidak pernah membenci ayah kandung, tambahan pula saya mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada bapa tiri. Benar, ayah dan ibu saya berpisah ketika saya berumur dua tahun, tapi itu tidak boleh dijadikan alasan saya membencinya. Seingat saya, kali terakhir bertemu ayah ketika saya Darjah Satu dan sejak itu kami hanya berhubung menerusi telefon.

"Kali terakhir saya bercakap dengan ayah di telefon pada Aidilfitri lalu. Mengenai nama, memang saya tak mahu nama keluarga terbabit sama dalam kerjaya seni, biarlah saya dikenali dengan nama sendiri. Terus-terang, saya tak pernah membenci ayah. Saya berharap saya bertemunya suatu hati nanti, tambahan pula dia juga akan menjadi wali apabila saya kahwin nanti.

"Namun, saya tak dapat menyembunyikan perasaan ini, sebenarnya saya tawar hati dengan ayah sebab dah lama sangat tak berjumpa dengan dia, itu saja... bukan membenci dirinya," kata Izara berterus terang.

Menerusi Soffiya, Fiona (Izara) berkahwin dengan Ilyas (Fizo) dan terkini ada khabar angin mendakwa, Izara dan Fizo dalam diam bermain cinta apabila perasaan itu berputik tanpa disedari kru produksi. Khabarnya, kedua-duanya pernah dilihat hadir ke sebuah pusat rekreasi berkuda di Ampang, baru-baru ini. Menurut sumber, Izara dan Fizo dilihat begitu mesra ketika sedang menikmati makan malam bersama.

"Saya dah ada teman lelakilah. Antara saya dan Fizo hanya kawan sesama rakan artis. Saya akui, pada hari itu memang Fizo mempelawa saya hadir ke pusat rekreasi itu dan sebagai kawan saya hanya datang memenuhi pelawaannya, itu saja. Tambahan pula, teman lelaki saya menghantar saya ke situ. Memang kami makan malam bersama, tapi taklah mesra seperti didakwa. Terus-terang, saya amat menyintai teman lelaki saya. Kami kenal sejak kecil. Tak mungkin cinta saya beralih arah kepada orang lain," terang Izara.

Pada Anugerah Skrin 2011 pada 4 November ini yang bersiaran secara langsung di TV3, Izara dijangka menjadi seorang penyampai trofi untuk satu kategori dipertandingkan.

INFO Tiz
NAMA SEBENAR: Siti Zaqyah Abdul Razak
NAMA KOMERSIAL: Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik
ASAL: Kuala Lumpur
DRAMA: Impian Ilyana, Impian Sunsilk, Bernafas Dalam Lumpur, Seandainya Aku Siti, Nur Kasih, Asmaradana, Spa Qistina dan Soffiya
FILEM: Nur Kasih The Movie dan Cinta Kura-Kura (belum tayang)
PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

INFO Izara
NAMA KOMERSIAL: Izara Aishah
TARIKH LAHIR : 28 September 1992
KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik
ASAL: Bakar Batu, Johor Bahru
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan)
PENDIDIKAN: Diploma Seni Persembahan, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor
PENCAPAIAN: Tempat kedua Dewi Remaja 2010
KOMERSIAL TV: McDonald's dan Fair & Lovely
TEATER: Tok Rimau dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur ketika berusia 12 tahun.
DRAMA: Kasih Najihah, Hantu Gigi, Jejaka J, Selumbar Kasih, Masih Membara Cintaku, Keranamu Laila, Cikaro, Pusing Raya dan Soffiya.

Hubungan Izreen & Johan As’ari Tegang

Posted: 22 Oct 2011 09:42 PM PDT

Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik di sesi ramah mesra Anugerah Skrin 2011 di One Utama, Sabtu.

PETALING JAYA: Sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November depan menjadi gamat apabila pasangan pelakon drama Juvana, Izreen Azminda, 26, dan Johan As'ari, 25, hadir ke One Utama, di sini, Sabtu.

Kedua-dua pelakon itu mencuri tumpuan ramai memandangkan kedua-duanya diasak dengan persoalan cinta.

Mereka dilihat tegang dan Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik.

Ketika mendapatkan Izreen, dia akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.

Suasana tegang berlaku di antara Izreen dan Johan sewaktu ditemubual.

"Saya dan Johan sudah tiada apa-apa hubungan lagi apabila dia tidak mengaku kami bercinta.

"Saya berasa tidak senang dengan kenyataannya seolah-olah kami tidak mempunyai apa-apa sedangkan sebelum ini dia pernah mengaku mencintai dan menyayangi saya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Saya rasa sudah cukuplah apa yang dilalui sebelum ini dan tidak mungkin akan kembali bercinta dengannya selepas ini," kata Izreen dalam satu sidang media di One Utama.

Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.

Izreen difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonksn oleh Fasha dan Johan.

"Saya tidak dapat menerima alasan gambar tersebut diambil bagi tujuan promosi kerana mengapa perlu mengambil banyak gambar setiap hari dan kemudian menyebarnya di Twitter," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Izreen akui bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat pelbagai kenyataan negatif tentang Johan ketika ditemubual oleh media sebelum ini.

"Saya mahu memohon maaf kerana saya agak emosional waktu itu. Biarpun sudah putus cinta, kami masih berkawan dan berharap semua orang faham tentang apa yang berlaku," akuinya yang tidak mempunyai masalah untuk membuat sesi fotografi dan berlakon bersama-sama Johan jika ada permintaan.

Artis Meriahkan Sesi Ramah Mesra ASK2011

Posted: 22 Oct 2011 09:40 PM PDT

Antara artis yang hadir ke sesi ramah mesra ASK2011 di One Utama, Sabtu.

PETALING JAYA: Bagi menyemarakkan Anugerah Skrin (ASK) 2011, TV3 menganjurkan sesi ramah mesra melibatkan artis dan peminat di One Utama, di sini, Sabtu.

Antara artis-artis yang telah memeriahkan acara tersebut adalah Datin Paduka Umie Aida, Zahiril Adzim, Johan As'ari, Izreen Azminda, Wan Sharmila, Zul Yahya, Syazwan Zulkifli, Nashrin, Najwa Latif dan Salma (Mentor 5).

Selain itu, turut diadakan pertandingan Pencarian Hos Bintang Pantene yang dimenangi oleh Nik Husna Nik Ali. Sebagai ganjaran, dia berpeluang mengacarakan karpet merah di samping Adzriefaiz Adzlan (Faiz) dan Nabila Huda.

Sepuluh finalis yang bertanding terpilih menerusi empat sesi uji bakat di Kuala Terengganu, Melaka, Kelantan dan Subang Jaya.

ASK2011 bakal berlangsung pada 4 November depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan dihoskan oleh pengacara Ally Iskandar dan pelakon Rozita Che Wan.

Antara artis-artis yang akan menjayakan persembahan ASK2011 ialah Black, Elecoldxhod, Ferhad, Zizan, Zain Ruffedge, Altimet, Najwa Latif, Awi Rafael, Nashrin, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Alyah, Aizat dan Tomok.

Selain itu, nantikan persembahan istimewa daripada dramatis seperti Kilafairy, Nur Fathia, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay.

Secara keseluruhan, ASK2011 bakal mempertandingkan 23 kategori meliputi 10 kategori drama, 7 kategori filem dan 6 kategori penerbitan dalaman serta dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Calon-calon yang dipertandingan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011 selain pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.

Untuk kategori drama, 17 buah drama, 10 drama rantaian dan 7 drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem pula 29 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk ASK2011 ini.

Antara drama yang layak bertanding seperti Berkalung Noda, Airmata Nur Salina, Korban Kasih Abah, Jangan Hantar Aku Ke Neraka, Rendang Madu, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Sanggul Beracun.

Sementara filem yang layak bertanding termasuklah Mantra, Magika, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi dan KL Gangster.

Bagi kategori drama rantaian pula, ASK2011 menerima pencalonan seperti Asmara 2, Juvana, Nora Elena, Syurgamu Ramadan, Trilogi Cinta, Roda-Roda KL, Dia Bukan Maryam dan Lagenda Budak Setan.

Astro Oasis Siarkan 'Khabar Haji' Musim Ketiga

Posted: 22 Oct 2011 09:40 PM PDT

Izelan Basar

KUALA LUMPUR: Saluran Astro Oasis buat kali ketiga akan menyiarkan program Khabar Haji bermula 24 Oktober hingga 7 November depan.

Program ini akan memaparkan berita dan hal ehwal semasa yang komprehensif berkaitan perjalanan haji pada setiap hari selama 15 episod pada pukul 10 malam.

Menurut Pengurus Salurannya, Izelan Basar, Astro Oasis bekerjasama dengan sebuah syarikat produksi Arab Saudi bagi menyediakan kandungan berita dan laporan yang lebih eksklusif dan terkini.

"Kami berasa amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat produksi dari Arab Saudi pada tahun ini. Melalui usaha sama ini, kami dapat mengembangkan perjalanan rakaman Khabar Haji ke tempat-tempat yang sebelum ini sukar ditembusi oleh pihak media.

"Ini secara tidak langsung akan memudahkan tugas pasukan produksi kami untuk memaparkan kandungan berita dan laporan yang lebih eksklusif dan terkini kepada para penonton.

"Pasukan produksi juga terdiri daripada mereka yang sudah berpengalaman. Ini termasuklah dua orang pengacara iaitu Nazri Kahar yang pernah mengikuti rombongan Khabar Haji pada musim pertama dan Imam Muda Azhar yang merupakan pengacara pada tahun lalu.

"Tenaga kerja berpengalaman dan perancangan yang rapi untuk musim ketiga ini akan dapat menghasilkan sebuah program yang terbaik dan memberi gambaran lebih jelas terhadap perjalanan rukun Islam yang kelima ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Khabar Haji musim yang ketiga ini turut menjanjikan liputan lebih terperinci menerusi beberapa segmen baru yang diperkenalkan.

Antaranya menyingkap kehidupan harian dan aktiviti rakyat Malaysia di Mekah seperti, pegawai Tabung Haji, pekerja profesional dan mahasiswa Universiti Ummul Qura.

Selain itu, Khabar Haji kali ini juga akan menyingkap lebih dalam tentang persiapan haji seperti penginapan, katering dan kemudahan untuk jemaah yang uzur.

Bukan sekadar sebuah program berita dan hal ehwal semasa, penonton turut dipaparkan dengan memahami perjalanan Rukun Islam yang kelima ini.

Manakala sempena kemuncak kepada ibadah haji iaitu wuquf dan melontar Jamrah bermula 9 hingga 11 Zulhijah akan disiarkan secara langsung selama sejam akan dibawakan dari Arafah dan Mina.

TV3 Sedia Program Menarik Di Slot Pesta Cahaya Deepavali

Posted: 22 Oct 2011 09:39 PM PDT

Sivaji The Boss disiarkan pada 22 Oktober ini, pukul 2 petang.

PETALING JAYA: Bermula seawal 22 Oktober ini, TV3 menyediakan pelbagai rancangan menarik sempena Hari Deepavali pada 26 Oktober melalui slot Pesta Cahaya Deepavali.

Rancangan-rancangan hebat terbitan tempatan dan luar negara seperti Sivaji The Boss, Ninaithale Inikkum, Nona Istimewa Deepavali, Arjun And The Adventure Of The Ice Lotus, Malaysia Hari Ini (MHI) Istimewa Deepavali, Muzikal Jodoh Deepavali dan Wanita Hari Ini (WHI) Istimewa Deepavali.

Sivaji The Boss disiarkan pada 22 Oktober ini, pukul 2 petang. Filem lakonan Rajnikanth, Vivek, Shriya dan Suman ini mengisahkan tentang seorang lelaki kaya bernama Sivaji yang berkelulusan Amerika kembali ke tanah airnya, India bagi membantu anak bangsanya yang berada dalam kesusahan.

Nona Istimewa Deepavali pada 23 Oktober, pukul 2 petang dihoskan oleh Vanida Imran. Episod istimewa Nona sempena Deepavali menawarkan pelbagai segmen istimewa.

Arjun And The Adventure Of The Ice Lotus disiarkan pada 26 Oktober, pukul 9.05 pagi.

Antaranya, fesyen dengan koleksi aksesori Deepavali menerusi segmen kecantikan dan kesihatan mendalami khasiat minyak kelapa dara.

Temui personaliti Thanuja Ananthan yang dimahkotakan sebagai ratu cantik Malaysia. Segmen masakan pula memaparkan Datin Khaty berkongsi rahsia masakan nasi beriyani istimewa dan tidak ketinggalan segmen majlis perkahwinan Ashraf Muslim.Lokasi pilihan istimewa kali ini ialah dari kediaman Datuk Rama dan Datin Khaty, pemilik rangkaian Restoran Lotus.

Malaysia Hari Ini (MHI) Istimewa Deepavali disiarkan pada 26 Oktober ini, pukul 6.30 pagi. Ikuti edisi istimewa yang memaparkan tentang kemeriahan sambutan di peringkat keluarga, komuniti setempat dan kebangsaan.

Arjun And The Adventure Of The Ice Lotus memaparkan kisah tiga orang murid Guru Drona iaitu Arjun, Bheem dan Duryodhan disuruh untuk melakukan upacara meditasi di sebuah pergunungan. Ia disiarkan pada 26 Oktober ini, pukul 9.05 pagi.

Ninaithale Inikkum yang disiarkan pada 26 Oktober ini, pukul 10 pagi menceritakan tentang Siva dalam perjalanan dari Mumbai untuk menyertai majlis "reunion" kolejnya.

Wanita Hari Ini (WHI) Istimewa Deepavali pada 26 Oktober ini, pukul 12.30 tengah hari membawakan siaran lintas langsung dari Studio B ke Batu Caves, dimana Perdana Menteri Malaysia dan Keluarga Presiden MIC, Datuk Palanieval serta seluruh rakyat Malaysia menghadiri sambutan perayaan Deepavali yang pertama kali diadakan secara terbuka.

Antara topik-topik yang bakal dipaparkan di studio adalah "Pesta Cahaya" serta persembahan tarian India klasik dan moden, "Dance Space Studio".

Sementara Muzikal Jodoh Deepavali pada 26 Oktober ini, pukul 5.35 petang menyiarkan tentang program muzikal komedi yang dihoskan oleh Kenchana Devi dan Shashi Dharan.

Dua pengacara ini akan menemubual artis popular tanahair mengenai perayaan Deepavali diselangi dengan beberapa buah lagu menarik.

Justin Timberlake & Jessica Biel Kembali Intim

Posted: 22 Oct 2011 09:38 PM PDT

PENYANYI Justin Timberlake (gambar) dan aktres Jessica Biel semakin serius membina hubungan mereka. Dua bintang Hollywood itu dilihat pernah keluar makan malam bersama dan mengajak ahli keluarga.

Pasangan yang telah bersama selama empat tahun itu dilihat meninggalkan restoran di Los Angeles bersama ibu dan ayah tiri Justin, Lynn dan Paul Harless.

Menurut TMZ, dua gambar yang diedar di Internet semakin menguatkan dakwaan jika kedua-duanya sudah serius kembali.

"Mereka hanya menghabiskan waktu bersama dan menjalani semua hal dengan perlahan," kata satu sumber.

Jessica dan Justin dikhabarkan putus cinta pada Mac lalu. Namun kedua-duanya dilihat sering menghabiskan waktu berdua-duaan kebelakangan ini.

Sorok dadah

Posted: 22 Oct 2011 09:33 PM PDT

  • Foto

  • Foto

    Pegawai kastam China menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam kain.

Selain keldai dadah, sindiket turut guna barangan pengguna kaburi jenayah

MUTAKHIR ini, banyak kes rakyat negara ini ditipu, diperdaya dan dijadikan keldai dadah. Kes berkenaan terus meningkat dan sudah pastinya disambut dengan kebimbangan ramai, khususnya ibu bapa yang risau memikirkan jerat ditaburkan sindiket dadah antarabangsa yang tidak kenal erti sempadan atau takutkan pihak berkuasa.
Statistik Bahagian Konsular Kementerian Luar menunjukkan setakat Julai lalu, seramai 840 rakyat Malaysia ditahan kerana kesalahan dadah. Jumlah itu tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan ke kementerian berkenaan atau yang tidak diketahui umum kerana kebanyakan yang terjebak biasanya bersendirian tanpa memaklumkan ahli keluarga mereka.
Hakikatnya, apa yang berlaku di Malaysia adalah masalah global di negara lain kerana penjenayah dadah kini semakin 'bijak dan kreatif' mencari alternatif baru untuk menyeludup dadah terutama dadah jenis sintetik yang mendapat sambutan penggunanya.

Oleh kerana undang-undang pengedaran dadah di kebanyakan negara semakin ketat dengan hukuman yang berat termasuk mati, maka pengedar dadah kini lebih kreatif dalam mencipta cara penyeludupan barang 'haram' itu.

Selain kreatif mencipta cara penyeludupan baru, pengedar atau sindiket dadah kini juga menjadikan 'golongan terdesak' seperti orang miskin atau yang berhutang dijadikan 'keldai' dadah untuk mengangkut dadah merentasi sempadan menggunakan penerbangan antarabangsa.

Penggunaan keldai dadah juga dapat mengurangkan risiko anggota sindiket ditangkap selain kerugian yang besar akibat ditahan pihak berkuasa.
Biasanya keldai dadah adalah orang upahan yang tidak tahu langsung mengenai latar belakang sindiket dan mereka diupah mengangkut dalam jumlah kecil yang disorokkan sama ada disedari atau tidak.

Keldai dadah ini juga terbahagi kepada beberapa kategori iaitu orang yang terdesak dan mengetahui mereka dijadikan pengangkut dadah, manakala sekelompok lagi pula menjadi 'keldai' tanpa sengaja atau mereka tidak tahu mereka dipergunakan atau diperangkap untuk membawa dadah.

Golongan wanita, orang tua, remaja serta golongan terdesak seperti penagih dadah dan orang yang berhutang dengan mereka dijadikan keldai dadah. Mengikut media Amerika Syarikat, upah keldai dadah adalah AS$3,000 (RM9,361) biarpun ganjaran diterima sindiket itu lebih 100 kali lebih tinggi!

Dalam kebanyakan kes penyeludupan dadah menggunakan penerbangan antarabangsa, suspek mengakui mereka tidak mengetahui membawa dadah kerana mendakwa mereka memenangi peraduan atau pakej percutian malah ada yang mendakwa mereka dihantar ke luar negara oleh majikan tempat mereka bertugas.

Namun, dalam kebanyakan kes dipercayai 'keldai' dadah ini biasanya mengetahui mereka membawa dadah kerana bayaran yang diterima lebih tinggi lebih-lebih lagi tugas itu berisiko tinggi ditangkap malah di sesetengah negara hukuman membawa dadah ini boleh dihukum mandatori mati.

Cara biasa digunakan pengedar atau keldai dadah ini mengedar dadah adalah dengan menyelitkan najis dadah itu dalam bagasi atau dibungkus dan disorok dalam dubur dan faraj.

Satu lagi cara penyeludupan dadah menggunakan keldai dadah ini adalah dengan memaksa mereka menelan dadah yang dibungkus dalam sarung getah menyamai kondom. Mereka ini juga digelar sebagai 'swallowers.'

Selain itu, mengikut cara konvensional, penyeludup menyembunyikan dadah dalam tempat tertentu dalam kenderaan, barang-barang, atau pakaian termasuk di tapak kasut atau barang kemas diubahsuai.

Kini, taktik pengedaran juga diubah dengan cara yang kadang kala tidak masuk akal seperti diproses dijadikan seperti kerepek kentang, diproses menjadi kertas, disorok dalam botol syampu, serbuk pencuci atau sabun buku. Malah, dadah dimasukkan dalam buah-buahan, sayuran dan dalam serangga yang dikeringkan serta dijadikan produk kecantikan seperti bedak, pencuci muka, pensil alis mata dan cecair pengilat kuku.

Dalam keghairahan penyeludup dadah menyeludup dadah ini polis di seluruh dunia hampir setiap hari menguatkuasa pelbagai cara bagi menyekat pengedaran dadah ini yang mana urus niaga hariannya semakin meningkat di semua rantau di dunia ini.

Persoalannya, dengan tertangkapnya banyak keldai dadah ini setiap hari adakah 'otai' sindiket dadah ini akan memberhentikan kegiatan mereka atau terus melancarkan 'perang' terhadap pihak berkuasa?

Pihak berkuasa narkotik pula memang tidak kurang bijak berbanding pengedar dadah kerana ada tersendiri menyelesaikan teka-teki penyeludupan dadah yang membuatkan orang awam sendiri tertanya-tanya - bagaimana mereka melakukannya.

Antara taktik sindiket

BERIKUTAN kejatuhan mendadak bekalan dadah berikutan pengeluaran pokok ganja seperti Afghanistan, Pakistan, Turki dan negara di Amerika Selatan seperti Mexico dan Peru berkurangan akibat peperangan, menjadikan sindiket dadah kian licik melancarkan taktik penyeludupan.

Berikut beberapa bukti dan pendedahan polis cara penyeludupan dipraktikkan penjenayah dadah ini:

Serangga
Sejumlah 300 gram kokain ditemui di dalam 100 kumbang mati, yang ditemui oleh pegawai-pegawai kastam di Amsterdam di dalam kargo dari Peru.

Lampin bayi
Di Jerman, seorang ibu muda ditahan kerana cuba menyeludup 15 gram amphetamines dan 46 pil ecstasy ke dalam lampin anaknya.

Rambut palsu
Pihak berkuasa Namibia, menahan seorang pelajar berusia 21 tahun di Angola dalam cubaan pelajar itu menyeludup kokain ringan menggunakan 76 paket yang dibungkus melalui rambut sambungan di kepalanya.

Gajet seks
Seorang wanita Ukraine tidak menyangka pegawai-pegawai kastam Lapangan Terbang Kiev akan memeriksa kandungan barang-barang, terutama gajet seks yang dibawanya yang terbukti ada kandungan dadah di dalamnya.

Air gereja
Pihak berkuasa Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) menangkap Warren Maynard Brooklyn berusia 50 tahun kerana cuba menyeludup 42 botol cecair ketamin ke Amerika Syarikat dari Kanada. Maynard cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengisytiharkan cecair itu sebagai 'holy water' penganut Kristian.

Patung
Menyorokkan dadah dalam patung agama adalah helah lama tetapi kini patung agama turut digunakan. Sebuah patung Jesus diperbuat daripada plaster yang digabungkan dengan kokain berjaya dirampas kastam Amerika Syarikat di sempadan Laredo, Texas pada tahun 2008. Wanita yang membawa patung £6.6 juta (RM2.83 juta) berjaya melarikan diri kembali ke Mexico, tetapi seorang lelaki Mexico berusia 61 tahun disyaki membayar wanita untuk membawa patung itu telah ditangkap.

Anak anjing
Penyeludupan dadah biasanya takut dengan anjing yang dilatih pihak berkuasa narkotik untuk mengesan dadah, namun kali ini mereka menggunakan anjing dengan memasukkan heroin yang dipaketkan ke dalam perut haiwan berkenaan. Perut anak anjing itu dibedah dan dijahit semula. Kejam bunyinya, namun itulah hakikatnya apabila pihak berkuasa narkotik Amerika Syarikat pada 2006 menahan ahli organisasi dadah Colombia yang cuba menyeludup heroin ke negara itu .

Kaki palsu
Seorang lelaki Chile berusia 66 tahun telah ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan terbang di Barcelona, Sepanyol setelah mereka mendapati bahawa simen pada kakinya yang patah itu dibuat daripada kokain. Polis dilaporkan berkata, kaki lelaki itu mungkin telah sengaja dipatah bagi membolehkan kokain dijadikan simen kakinya. Walaupun nampak macam tidak logik dan sukar dikesan, namun ia dapat dipatahkan pihak berkuasa negara itu.

Kerepek kentang
Pada 2006, polis di Austin, Texas Amerika Syarikat menemui 168 gram kokain dalam kerepek kentang berjenama popular. Ini jelas menunjukkan pengedar dadah semakin kreatif kerana berjaya menghasilkan kerepek kokain yang menyerupai kerepek kentang sebenar. Namun, mereka tewas juga kerana polis juga kreatif dalam mengesan tempat dadah itu disorokkan.

Beg pakaian
Bukan seperti taktik lama yang mana dadah disorokkan di dalam bahagian beg pakaian, kerana penjenayah dadah kreatif dengan menjadikan beg pakaian itu menggunakan campuran kokain dengan damar dan gentian kaca. Kejadian berlaku di Sepanyol apabila seorang wanita Chile yang cuba masuk ke Sepanyol ditahan bersama dua beg pakaian yang dibawanya. Wanita itu ditahan kerana pihak berkuasa mendapati beg pakaian yang dibawanya lebih berat daripada kandungannya.
tamat

INFO: 'Wajah' keldai dadah

Pihak berkuasa lapangan terbang lazimnya menahan mereka yang mempamerkan ciri-ciri berikut:

  • Penumpang yang kelihatan berisi atau gemuk dan mengenakan jaket yang mencurigakan kerana bungkusan yang diikat pada badan.

  • Individu yang resah

  • Wanita yang mengembara bersendirian

  • Wanita dengan bagasi sedikit dan tidak mengenakan pakaian mengikut cuaca negara destinasi

  • Penumpang yang membawa bungkusan, hadiah untuk orang lain

  • Anjing pengesan, mesin x-ray atau pengimbas dan ujian air kencing turut digunakan bagi mengesahkan kehadiran dadah itu.
  • Mahu cepat popular

    Posted: 22 Oct 2011 09:32 PM PDT

    YANTI... masih seronok memburu gelaran Ratu X.
    YANTI... masih seronok memburu gelaran Ratu X.

    KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

    Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

    Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

    Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.


    Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.


    "Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

    "Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi," katanya kepada Metro Ahad.

    Diganggu bekas kekasih

    Posted: 22 Oct 2011 09:31 PM PDT

    TERANIAYA... Siti Aisyah menunjukkan salinan laporan polis serta salinan artikel blog yang memfitnahnya.
    TERANIAYA... Siti Aisyah menunjukkan salinan laporan polis serta salinan artikel blog yang memfitnahnya.

    SUBANG JAYA: Akibat tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak, seorang pakar teknologi maklumat (IT) sanggup memasang niat mahu memusnahkan kerjaya dan keluarga pramugari yang digilainya sejak zaman persekolahan dulu.

    Lelaki berusia 37 tahun itu bukan sekadar menggodam dan mengubah suai laman sosial milik mangsa, malah turut memasang perangkap bagi memastikan pramugari berkenaan ditangkap khalwat dengan tunang yang kini suaminya.

    Perbuatan lelaki itu yang sanggup melakukan apa saja bagi memastikan niat jahatnya tercapai, membuatkan wanita terbabit trauma dan ketakutan sejak 10 bulan lalu sehingga terpaksa menumpang di kediaman kakak di sini setiap kali bercuti.

    Menceritakan kembali apa yang berlaku, pramugari itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Aisyah, 35, berkata dia mengenali bekas teman lelakinya sejak zaman persekolahan sebelum mereka bertemu semula kira-kira dua tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius.


    "Namun, hubungan itu putus kerana saya tidak tahan dengan sikapnya yang cemburu buta dan panas baran, sehinggakan anak saya yang berusia lapan tahun hasil perkahwinan terdahulu ditampar disebabkan saya menumpukan perhatian terhadap anak setiap kali saya bercuti.


    "Saya kemudiannya berkenalan dengan seorang pegawai kanan kerajaan ketika berada di luar negara dan kami mengambil keputusan berkahwin, Julai lalu. Bermula dari situ, bekas teman lelaki saya tidak dapat menerima kenyataan dan melakukan pelbagai perbuatan untuk mengaibkan saya," katanya yang ditemui semalam.

    Ingin ke pentas teater

    Posted: 22 Oct 2011 09:30 PM PDT

    pix_middle

    PENGHUJUNG 2009 dia menceburi dunia lakonan secara serius. Banyak uji bakat dihadiri demi mencari platform untuk memperkenalkan nama. Sasarannya, biarlah 2010 ramai penerbit dan pengarah mengenalinya dan terbukti usaha yang tidak mengenal jemu itu berbaloi apabila hasrat itu mampu dicapai.

    Banyak tawaran menjengah hinggakan tiada ruang rehat untuknya sepanjang tahun ini. Selesai penggambaran, dia akan berpindah pula ke lokasi lain.

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    Itulah penangan pendatang baru berbakat besar, Tasha Shila yang berjaya mencuri perhatian ramai menerusi lakonan berkesannya dalam siri Sahara, Gemilang dan Ramadan Terakhir.

    Ke mana saja kakinya melangkah pasti ada memanggilnya Tina, Cikgu Rohana atau Sakinah. Perkembangan positif itu pastinya membuatkan hati gadis cantik ini berlagu riang. Manakan tidak, tiga karakter berbeza aura itu melekat di hati penonton hinggakan mereka menyapanya dengan panggilan itu.


    "Syukur, banyak tawaran peranan utama menyusul selepas Ramadan Terakhir ke udara di TV3 Ramadan lalu. Biarpun penat, kerana minat tidak mengapa. Saya gembira dengan maklum balas yang diberikan penonton. Mereka menerima saya dengan baik bahkan ingat nama watak yang saya bawa lebih-lebih lagi Tina, Cikgu Rohana dan Sakinah.


    "Pun begitu, saya tidak boleh leka dengan pujian yang diberikan kerana sebagai pendatang baru, banyak lagi ilmu lakonan yang perlu digali dan ia boleh diperolehi menerusi pengalaman.

    "Justeru itu, jika ada watak sesuai dan tidak bertindih dengan jadual sedia ada, pasti tawaran yang dihulurkan disambut dengan rasa besar hati," katanya yang anggun dalam persalinan O'oi Couture.

    Tidak lekang dengan senyuman manis, anak sulung tiga beradik ini menyambung bicara dia baru saja selesai penggambaran siri Zikir arahan Feroz Khan untuk slot Akasia TV3 dan kini terikat pula dengan penggambaran Bunga April yang bakal menghiasi slot Samarinda saluran sama.

    Drama rantaian arahan Along Kamarudin itu menyaksikan gandingan keduanya bersama aktor muda Shahz Jaszle selepas Gemilang yang turut dibintangi Tizz Zaqyah dan Kamal Adli.

    Akui Tasha keterujaannya terhadap karier yang diceburi semakin tinggi apabila berpeluang membawa pelbagai watak. Bagaikan irama yang disusun indah apabila berselang-seli watak protagonis dan antagonis hadir dalam genggaman sekali gus memberi ruang kepadanya meneroka banyak sisi lakonan.

    "Sebagai contoh, ramai bencikan watak cikgu Rohana dalam Gemilang tetapi kebaikan serta kenaifan Sakinah (Ramadan Terakhir) mengundang simpati penonton.

    "Terus-terang apabila percubaan saya melakonkan watak gelap menjadi, bimbang pula andai tidak berpeluang bawa watak putih. Kalau boleh saya mahu dikenali sebagai pelakon serba boleh dan syukur ada yang membuka ruang untuk saya menunjukkan kemampuan diri.

    "Alhamdulillah, kini berselang seli pula aturannya. Jika menerusi Zikir saya tampil dengan karakter antagonis, dalam Bunga April saya memegang watak gadis lemah lembut dan berjiwa tabah. Kepelbagaian itu buat saya semakin bersemangat meneroka watak-watak baru," katanya.

    Melalui watak yang dijayakan juga, Tasha banyak belajar apa itu erti kehidupan. Dengan menyelami karakter juga dapat membentuk keperibadian menjadi insan lebih baik daripada semalam.

    Segala kebaikan daripada watak yang dibawa dijadikan panduan dalam mengemudi hari-hari mendatang bahkan ia disifatkan sebagai satu dakwah apabila sedikit sebanyak mampu mengubah persepsi dan perlakuannya.

    Tidak dinafikan saingan semasa cukup sengit apabila teman seangkatan rata-ratanya berbakat dan memiliki pakej yang dituntut industri. Anak jati kota metropolitan Kuala Lumpur ini melihatnya sebagai perkara positif malah tidak sedikitpun dirinya gentar berdepan dengan saingan yang ada.

    Apa yang penting adalah memberikan persembahan terbaik dan terus mencari kelainan agar diri tidak tenggelam dengan kemunculan bakat baru yang tumbuh bagaikan cendawan.

    "Jika dulu ada yang merungut industri kekurangan pelapis tetapi sejak tahun lalu menyaksikan perubahan dengan kemunculan ramai pendatang baru yang berpotensi besar. Selain Neelofa, Anzalna dan Izara Aishah, ada beberapa nama lagi yang menjadi sebutan pengarah dan penerbit.

    "Bagi saya itu satu perkembangan baik dan tidak timbul istilah tercabar atau gentar kerana rezeki masing-masing sudah tertulis.

    "Lagipun saya masuk bidang ini kerana minat dan mahu mencari rezeki, jadi kenalah berusaha bersungguh-sungguh. Paling penting kena komited, jujur dan ikhlas dengan kerja. Saya tidak kisah penampilan nampak buruk di skrin TV asalkan nampak kelainan dalam persembahan.

    "Jika skrip menuntut saya memotong rambut atau ubah gaya sedia ada, saya sanggup. Itukan sebahagian daripada tugas seorang pelakon," ujarnya yang memasang impian bergelar penyanyi dan hos selepas mencapai kepuasan dalam dunia lakonan.

    Bukan saja laris di kaca TV, si jelita ini turut dilamar menerajui beberapa filem namun dek kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri, keinginan terbang lebih jauh itu terpaksa diketepikan.

    Pengorbanan itu bagaimanapun berbaloi kerana impak yang diterima menerusi produksi drama cukup memberangsangkan.

    Ralat? Bohonglah andai rasa itu tidak bersarang di hati lulusan Diploma Penyiaran MIM tetapi dipujuk diri mungkin tahun ini bukan rezekinya menyerlah di layar perak.

    "Bagi saya, baik drama mahu pun filem impaknya tetap sama. Saya tidak mahu terlalu mengejar kuantiti hingga mengabaikan kualiti, lebih baik selesaikan satu persatu. Mana yang ada dalam genggaman harus diutamakan dan dilangsaikan dengan sebaik mungkin.

    "Biarlah saya penuhkan jadual tahun ini dengan drama dan jika ada rezeki tahun depan filem pula," kata bintang filem Ratu, Klip 3GP dan Rock 2.

    Mengulas perihal peranca­ngan karier, Tasha yang pernah mengikuti kelas bimbingan vokal cikgu Shafi Sharif dan menghadiri uji bakat Akademi Fantasia musim ketiga serta ketujuh tetapi nasib tidak berpihak padanya berkata, dia ingin mengasah bakat di pentas teater.

    Hasrat ini sudah lama bertandang di sanubarinya dan berharap dapat direalisasikan tahun depan.

    "Saya bukan datang dari keluarga berdarah seni bahkan tidak pernah ada pendidikan secara formal dalam lakonan. Apa yang saya ada hari ini adalah dikutip daripada pengalaman yang tidak seberapa dan ia menuntut kerja keras dan fokus yang bukan sedikit.

    "Pentas teater adalah salah satu platform terbaik bagi memantapkan skil lakonan dan saya teringin sekali merasai pengalaman itu.

    "Selain pengalaman, saya belajar menerusi pemerhatian di lokasi dan tunjuk ajar pelakon senior. Paling banyak mendidik saya adalah aktor dan pengarah, Sofi Jikan. Ketika menjayakan telefilem Mencari Janah dan Ku Yakin arahannya, dia ajar saya cara-cara menjiwai watak.

    "Harap-harap ada yang sudi menawarkan peluang beraksi di pentas teater kepada saya. Insya-Allah saya tidak akan sia-siakan kepercayaan yang diberikan," katanya.

    Leher kena kelar

    Posted: 22 Oct 2011 09:29 PM PDT

    KEJAM... mayat pengawal keselamatan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
    KEJAM... mayat pengawal keselamatan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

    PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan warga tempatan ditemui mati dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Flat Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, di sini, kelmarin, dipercayai dibunuh dengan kejam.

    Kejadian dimaklumkan rakan mangsa yang membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang, selepas terhidu bau busuk dari rumah yang disewa mangsa bersama empat lagi rakannya.


    Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Muhammad, berkata sebaik menerima laporan, pihaknya membuat pemeriksaan di rumah berkenaan dan menemui mangsa terbaring dalam bilik dengan beberapa kesan tikaman.

    "Mangsa warga tempatan berusia 57 tahun dipercayai menyewa bersama empat rakannya yang juga bekerja di beberapa syarikat kawalan keselamatan.


    "Mangsa ditemui mati di dalam bilik di rumah berkenaan dengan kesan kelar di leher serta empat tikaman di badan, dada dan perut.


    "Berdasarkan keadaan bilik dan rumah yang berselerak, kami percaya berlaku pergelutan antara mangsa dengan lebih daripada seorang suspek, dan kami tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh akibat perselisihan faham," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Menurutnya, tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan motif sebenar kejadian masih lagi disiasat, namun polis menahan dua lelaki dipercayai rakan serumah mangsa dan akan memanggil beberapa lagi rakannya yang berusia 25 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan.


    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Zulfahmi meyakinkan

    Posted: 22 Oct 2011 09:28 PM PDT

    ZULFAHMI...pamer tunggangan mantap
    ZULFAHMI...pamer tunggangan mantap

    MUHAMMAD Zulfahmi Khairuddin mempamerkan tunggangan meyakinkan pada sesi kelayakan Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia Shell Advance di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam apabila mencatatkan masa 2 minit 15.909 saat sekali gus akan memulakan perlumbaan hari ini di petak ke-13 untuk kategori 125cc.

    Beraksi untuk pasukan AirAsia SIC Ajo Racing, pelumba berusia 20 tahun itu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri dengan mempamerkan tunggangan cukup meyakinkan sekali gus memperbaiki sesi kelayakan pada tahun lalu di Sepang apabila sekadar menduduki petak ke-22 dengan catatan 2:17.896s.


    Ia juga adalah petak kedua terbaik yang diraih Muhammad Zulfahmi pada musim ini, mengulangi pencapaian pada Grand Prix Perancis apabila dia turut menduduki petak ke-13.

    Pada perlumbaan di Phillip Island, Australia minggu lalu, Muhammad Zulfahmi yang menjadi pelumba tunggal negara beraksi pada musim penuh menerusi kategori 125cc, sekadar menduduki petak ke-26 dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20. Pada sesi kelayakan semalam, anak muda berasal dari Selangor itu mencatatkan masa terpantas peribadi pada pusingan ke-12 daripada 14 pusingan yang dilakukannya.


    "Hari ini (semalam) memang saya mencuba sebaik mungkin dan tempat ke-13 ada kedudukan yang amat baik sekali gus ia memenuhi sasaran saya yang mahu mencatatkan masa dalam lingkungan 2 minit 15 saat.


    "Esok (hari ini) saya mengharapkan cuaca yang baik dan akan cuba meraih kedudukan 10 teratas. Apapun, saya yakin peluang untuk memungut mata agak cerah," katanya.

    Muhammad Zulfahmi yang menggunakan jentera Derbi setakat ini menduduki tempat ke-18 keseluruhan dengan 21 pungutan mata.


    Sementara itu, rakan sepasukannya, Muhammad Farid Badrul Hisham yang beraksi menerusi tiket wild card, hanya mampu mencatatkan masa 2:19.744s untuk berada di petak ke-31 pada perlumbaan sebenar hari ini.

    Pada sesi latihan bebas kelmarin, Muhammad Farid terjatuh di selekoh ketiga sesi latihan kedua dan gagal untuk mencatat masa terbaik.

    Pedoman: Hati mati tanpa al-Quran, sunah

    Posted: 22 Oct 2011 09:27 PM PDT

    AL-QURAN dan sunah Rasulullah SAW adalah panduan yang perlu digunakan umat Islam dalam memandu kehidupan di dunia dan di akhirat.

    Kedua-duanya adalah harta paling berharga bagi umat Islam kerana al-Quran merujuk kepada perintah secara langsung daripada Allah SWT kepada manusia yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW.


    Sunah Rasulullah SAW pula merujuk kepada penjelasan Baginda mengenai sesuatu perkara secara lebih jelas. Kebanyakan sunah yang ada pada masa ini berpandukan kepada penjelasan baginda terhadap soalan yang ditanyakan sahabat pada zaman itu.

    Adalah jelas bahawa kedua-duanya sangat penting kepada umat Islam sebagaimana sabda Baginda sendiri yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunahku." (Riwayat Imam Malik) Jadi, tidak hairanlah al-Quran dan sunah ini ibarat udara serta air yang sememangnya diperlukan oleh manusia. Jika air dan udara diperlukan manusia untuk hidup di dunia, al-Quran dan sunah pula diperlukan manusia untuk menghidupkan hati agar penuh dengan keimanan.


    Tanpa panduan dan pegangan daripada al-Quran dan sunah, maka matilah hati seseorang itu dan hiduplah dia dalam kekufuran serta dalam kegelapan baik di dunia mahupun di akhirat kelak.


    Namun, dalam kita berpegang pada al-Quran dan sunah ini, hendaklah kita berhati-hati kerana pada masa ini, wujud banyak cetakan atau petikan daripada ayat al-Quran yang disalah cetak serta dipalsukan.

    Sebagai umat Islam, kita perlu peka bahawa tidak semua ayat yang ditulis dalam kaligrafi bertulisan jawi itu adalah ayat al-Quran, walaupun lazimnya ia kelihatan cantik untuk dipandang dan sebagai perhiasan di dalam rumah.


    Janganlah kita butakan hati, akal dan fikiran dengan menganggap semua kaligrafi jawi itu adalah petikan ayat al-Quran dan janganlah pula sewenang-wenangnya membeli atau mempamerkan ayat berkenaan tanpa memeriksa kebenaran ayat berkenaan.

    Ini kerana, jika ada satu baris yang diletakkan secara salah dalam ayat berkenaan, ia akan membawa maksud berbeza sekali gus akan mencemarkan kesucian kalam Allah.


    Periksa dan telitilah ayat berkenaan dengan sebaik-baiknya. Jika kita tidak mengetahui atau fasih mengenainya, adalah lebih baik supaya tidak membeli atau mempamerkannya sebelum merujuk kesahihan ayat berkenaan kepada mereka yang pakar sebagaimana terkandung dalam al-Quran.


    Janganlah kerana ingin menunjuk bahawa kita Islam, kita butakan hati dengan membeli perhiasan yang diperindahkan dengan kaligrafi sedangkan kita sendiri tidak fasih untuk membaca serta memahaminya.


    Begitu juga halnya hadis yang dikatakan berdasarkan sunah Rasulullah SAW. Pada masa ini, wujud hadis yang dipalsukan serta diadakan- adakan oleh pihak tertentu.


    Walaupun secara pandangan mata kasarnya hadis itu mungkin nampak elok serta baik, kesan hadis palsu ini sebenarnya akan mengelirukan umat Islam dalam menentukan kedudukan perkara paling telus dan benar.


    Janganlah sewenang-wenangnya mencedok hadis serta petikan ayat al-Quran ini jika kita kurang ilmu mengenainya. Cara yang terbaik adalah dengan mempelajarinya daripada seorang guru yang dipastikan layak dan bukan berdasarkan pembacaan daripada buku atau carian di Internet semata-mata.


    Ini kerana, adat untuk belajar hendaklah dengan berguru. Rasulullah SAW sendiri diajar oleh Malaikat Jibril untuk membaca menerusi wahyu pertama iaitu surah al-Alaq, ayat 1-5 yang bermaksud: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak tahu." Selepas itu juga Jibril kerap kali datang membawa wahyu Allah, selain ada antara wahyu itu diterima sendiri Baginda secara langsung daripada Allah SWT selain pengalaman waktu Israk Mikraj.


    Jadi, sebagai manusia yang lemah, janganlah kita mengambil sesuatu perkara itu tanpa pengesahan daripada mereka yang benar-benar layak untuk mengajar atau sekadar melalui pembacaan.


    Ini kerana tanpa penunjuk yang betul, seseorang itu boleh diibaratkan sebagai mereka yang sesat dalam cahaya tanpa mengetahui di manakah sumber cahaya itu yang sebenarnya.

    Nikmat menyusur Chao Phraya

    Posted: 22 Oct 2011 09:25 PM PDT

    SIBUK...pemandangan di Sungai Chao Phraya.
    SIBUK...pemandangan di Sungai Chao Phraya.

    KETIKA artikel ini ditulis, penduduk di utara Thailand berhadapan bencana alam, malah ia hampir melemahkan hati penulis ketika mula-mula tiba di ibu kota gajah putih itu untuk merasai pengalaman menyusuri Sungai Chao Phraya.

    Bagaimanapun, hasrat penulis akhirnya tercapai apabila rakan memberitahu atur cara makan malam berjalan seperti biasa, cuma lawatan ke kota bersejarah, Ayutthaya terpaksa dibatalkan berikutan laluan untuk ke situ ditutup kerana banjir besar.

    • Foto

      SEDIA MENUNGGU...bot pelancong sedia menunggu kehadiran tetamu.

    • Foto

      ENAK...pelbagai juadah menarik disediakan.

    • Foto

      SELAMAT JALAN....kru bot pelancong melambai tangan kepada pelancong.

    • Foto

      MENARIK...suasana malam di Sungai Chao Phraya.

    Penulis sememangnya teruja untuk merasai sendiri pengalaman menyusuri sungai 372 kilometer itu kerana beberapa rakan yang ditemui sebelum berangkat ke Bangkok memberitahu, kunjungan ke Thailand tidak sah sekiranya seseorang pelancong tidak merasai kenikmatan menyusuri Sungai Chao Phraya menaiki bot pelancong.

    Hati penulis berdebar-debar sebaik kaki melangkah masuk ke bot pelancong, 'Rue Khun Mae' bermaksud bot mak saya kerana ketika itu alunan air agak kuat hingga memercik mengenai muka penulis.


    Sungai Chao Phraya atau Menam Chao Phraya mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand (Teluk Siam) di selatan. Sungai ini membentuk Lembah Chao Phraya atau Basin Chao Phraya.


    Cuaca ketika itu mula gelap ditambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, manakala arus sungai agak laju menambah lagi debaran penulis bersama 32 peserta rombongan.

    Namun kebimbangan itu terhapus sebaik enjin bot dihidupkan dan mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan muara Saint Cruise Church. Bot itu diubahsuai dan sememangnya sangat klasik, bersih dan terjaga rapi.

    Badan bot dicat kuning pinang masak, bangkunya diubah suai cantik sekali gus membuatkan hati penulis terus jatuh cinta pandang pertama.

    Walaupun sibuk menyediakan 10 hidangan untuk malam itu, pemilik bot berkenaan, Sue Phang, sempat berbual dan berkongsi pengalaman dengan penulis.

    Menurut Sue, rombongan penulis agak bertuah kerana arus sungai ketika itu agak perlahan berbanding beberapa hari sebelumnya yang agak menggila berikutan hujan lebat di utara.

    Malah menurutnya lagi, dia diberitahu oleh pihak berkuasa supaya meningkatkan tahap keselamatan ke tahap tertinggi kerana jika tidak bernasib baik bakal berhadapan dengan ranting atau kayu hanyut.

    Jika pada waktu siang, mudah kelihatan fungsi sungai ini. Walaupun lebuh raya sudah banyak dibina, kesesakan lalu lintas menyebabkan warga Bangkok lebih gemar menaiki bot panjang untuk bergerak di sepanjang sungai berkenaan.

    Selain tempat bersejarah yang ada di pinggir sungai berkenaan, hampir kebanyakan bangunan pejabat kerajaan, hotel dan pusat perniagaan terletak di tebing Chao Phraya.

    Bagaimanapun, suasana sebelah malam juga tidak kurang hebatnya. Bangunan pesisir sungai ini dihiasi neon yang indah bergemerlapan sehingga mewujudkan perasaan yang sukar digambarkan.

    Antara destinasi pelancong yang terletak di tebing Chao Phraya ialah Grand Palace, Temple of Dawn (Wat Arun), Temple of the Emerald Buddha (Tha Chang), pasar borong yang dikenali sebagai Pak Klong Talad (Tha Rajinee) dan Muzium Negara (Tha Maharat).

    Justeru, tidak hairanlah apabila Sue memberitahu kerajaannya memperuntukkan berjuta-juta ringgit menaik taraf dan mengindahkan pesisir sungai selain menjadikannya lawatan wajib bagi pelancong yang mengunjungi Bangkok.

    Bangkok pesat membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini. Penduduk kota gajah putih berjumlah 12 juta itu amat bergantung hidup kepada sungai yang terpanjang dan terpenting.

    Hati penulis tergamam seketika sejurus bot yang dinaiki melintasi tiga jambatan iaitu Rama 8, Sung Swe dan Pin Kaow, malah jambatan Rama 8 menyerupai jambatan Pulau Pinang.

    Pengalaman menaiki bot sukar dilupakan walaupun sesekali kecut perut melihat air sungai kekuningan manakala caj yang dikenakan juga berpatutan.

    Mujur sepanjang dua jam penulis tidak berhadapan dengan situasi tidak diingini cuma ketika ingin berlabuh di Sipiaya Piei, enjin bot mati tiba-tiba disebabkan ada ranting tersangkut pada kipas.

    Dr Omar mesra pelajar

    Posted: 22 Oct 2011 09:24 PM PDT

    pix_middle

    PERTENGAHAN 2009, penulis menerima satu panggilan telefon mengenai kematian seorang rakan yang pernah sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM). Biarpun berbeza jurusan dan tahun pengajian, hubungan penulis dengan Allahyarham rapat kerana kami sama-sama menginap di Desasiswa Cahaya USM.

    Sesuatu yang mengejutkan, berita mengenai kematian Allahyarham itu diterima daripada bekas Penggawa Desasiswa Cahaya, Prof Datuk Dr Omar Osman yang kini menjawat jawatan Naib Canselor USM, bermula awal bulan ini.

    • Foto

      KEMPEN SIHAT...menyertai penuntut dalam satu kempen menjaga kesihatan di USM.

    • Foto

      KAMI JUARA...meraikan kejayaan pasukan hoki USM menjuarai kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Mac lalu.

    • Foto

      TURUN PADANG...sama-sama mengayuh basikal dengan penuntut dalam satu kempen berbasikal di USM, baru-baru ini.

    • Foto

      BERI SOKONGAN...menghadiri projek bakti siswa satu tanggungjawab yang jarang diabaikan Dr Omar.

    • Foto

      SIRIH PULANG KE GAGANG...bersama bekas penghuni Desasiswa Cahaya dalam majlis perjumpaan semula, hujung tahun lalu.

    • Foto

      MESRA...Dr Omar bersama mantan Naib Canselor USM, Tan Sri Prof Dzulkifli Abd Razak berbual dengan beberapa penuntut luar negara yang belajar di universiti itu.

    Malah, ketika memaklumkan berita kematian itu, Dr Omar dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kelantan untuk menziarahi jenazah Allahyarham, menyebabkan sebahagian besar daripada kami rakan Allahyarham, berasa bersalah kerana tidak berkesempatan berbuat demikian.

    Secebis kisah di atas sudah cukup untuk memberi gambaran mengenai hubungan akrab Dr Omar dengan pelajar dan juga bekas pelajarnya. Mengambil kisah kematian rakan penulis, biarpun kami sudah hampir 20 tahun meninggalkan USM, hubungan dengan Dr Omar tetap terjalin.


    "Memang saya dan isteri amat rapat dengan Allahyarham, malah dia sudah kami anggap seperti anggota keluarga. Sebaik saja Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung, isterinya terus menghubungi isteri saya.


    "Sebab itulah, kami suami isteri menjadi antara individu terawal yang tahu mengenai kematian Allahyarham berbanding rakan-rakannya yang lain," kata Dr Omar dalam pertemuan dengan penulis di pejabatnya di USM, baru-baru ini.

    Mengimbas sedikit kenangan mengenai hubungan dengan bekas pelajarnya, Dr Omar berkata, dia memiliki beberapa pengalaman unik yang sukar dilupakan.

    "Bersama Allahyarham, saya antara yang mengiringi jenazahnya ke pusara. Itu mungkin pengalaman sedih. Namun, saya juga ada pengalaman manis apabila pernah diberi kepercayaan menyertai rombongan meminang bekas pelajar saya yang ingin berkahwin," katanya.

    Nyata, pendekatan Dr Omar menjalinkan hubungan akrab dan mesra dengan pelajar memberi banyak kelebihan kepadanya terutama dalam perjalanan kerjaya hingga menjawat jawatan Naib Canselor USM pada hari ini.

    Katanya, 'sejarah' hubungan mesra dia dengan pelajar bermula selepas dia mengalami sedikit masalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran selesa di peringkat awal kerjaya sebagai pensyarah kursus Pengurusan Projek di Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan (PBP) USM pada 1989.

    "Selepas menamatkan pengajian peringkat diploma di UTM pada 1981, saya terus ke England untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

    "Keseluruhannya saya menghabiskan masa kira-kira lapan tahun di luar negara, menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan budaya pembelajaran di Malaysia apabila mula berkhidmat di USM pada 1989.

    "Jadi, untuk mengatasi masalah itu, saya berpendapat cara terbaik ialah dengan bergaul lebih rapat dengan pelajar agar dapat menyelami jiwa mereka, lantas saya memohon menjadi Penggawa Desasiswa Cahaya pada 1990," katanya.


    Pemikiran luar kotak

    Biarpun berstatus pakar dan tokoh akademik, Dr Omar tanpa silu menganggap pelajar adalah sebahagian guru yang mengajarnya banyak perkara.

    "Banyak perkara yang saya pelajari daripada pelajar saya," katanya.

    Beliau kemudian memberi contoh kejayaan Majlis Penghuni Desasiswa Cahaya (MPDC) sesi 1991/92 menganjurkan Projek Siswa Niaga dan Masyarakat (Prisma) dengan menjadi anak angkat kepada peniaga Kompleks Pekan Rabu di Alor Star, Kedah pada 1991.

    "Sebelum itu, apabila bercakap mengenai projek anak angkat, selalunya siswa akan masuk kampung di pedalaman untuk menyelami kepayahan hidup masyarakat miskin.

    "Bagaimanapun, hasil perbincangan saya dengan pelajar, timbul cadangan untuk mengadakan Prisma dan kemuncaknya majlis makan malam dan penutup projek itu dihadiri oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.

    Dr Omar berkata, kejayaan menganjurkan projek itu membuka mata banyak pihak dan ia turut menjadi perintis kepada penganjuran lebih banyak projek siswa niaga dan masyarakat di USM serta institusi pengajian tinggi lain.

    "Bagi saya kejayaan menganjurkan Prisma pada 1991 oleh MPDC adalah satu contoh pemikiran luar kotak atau strategi laut biru yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

    "Ia secara tidak langsung menunjukkan, sebelum orang lain bercakap mengenainya, saya bersama pelajar-pelajar saya sudah lebih awal mempraktikkannya.

    "Itu antara faedah yang boleh kita dapat bila baik dengan pelajar. Bagi saya, golongan muda atau generasi baru ada banyak idea dan menjadi tanggungjawab pembimbing mereka untuk mengetengahkan idea itu ke tahap lebih baik," katanya.


    Istimewa angka enam

    Jarang orang akademik memiliki anak ramai tapi Dr Omar berbangga kerana memiliki enam anak dan secara kebetulan dia sendiri anak keenam daripada keluarga besar seramai 11 beradik.

    "Mungkin angka enam agak istimewa kepada saya. Selain saya anak keenam dalam keluarga dan ada enam anak, saya juga adalah Naib Canselor USM yang keenam," katanya.

    Sebagai ketua kepada satu keluarga besar, bagi Dr Omar, tiada yang lebih bermakna kepadanya selain daripada kesempatan untuk menghabiskan masa dengan anak-anaknya kerana ia sesuatu yang bukan senang untuk diperoleh.

    "Kalau ditanya apa yang saya lakukan pada masa lapang, itulah jawapan saya kerana menghabiskan masa bersama anak-anak adalah sesuatu yang cukup bermakna dan menggembirakan bagi saya.

    "Sejak menjawat jawatan Naib Canselor USM awal bulan ini, semestinya saya semakin sibuk dan secara tak langsung, masa untuk saya bersama anak-anak semakin terbatas.

    "Bagaimanapun, saya tetap cuba sebaik mungkin memperuntukkan waktu khusus untuk mereka. Sebagai contoh, saya seboleh-bolehnya akan menghantar dua anak saya yang masih bersekolah ke sekolah mereka, selain cuba mengosongkan jadual pada setiap hujung minggu agar saya dapat bersama anak serta isteri," katanya.

    Dr Omar berkata, dia sentiasa memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menentukan masa depan mereka kerana percaya setiap orang ada minat dan kelebihan masing-masing.

    "Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah memberi peluang dan menyediakan kemudahan terbaik untuk mereka mencapai cita-cita mereka itu," katanya.

    Menurutnya, kebebasan serta bimbingan itu itulah yang diberi ibu bapanya kepada dia serta adik beradik yang lain dan nyata ia membuahkan hasil apabila mereka kini berjaya dalam kehidupan masing-masing.

    "Saya bersyukur kerana dikurniakan Allah ibu bapa yang amat memahami serta bertanggungjawab. Cuma, rasa sedikit terkilan kerana hanya dua hari sebelum nama saya diumumkan sebagai Naib Canselor USM keenam, ibu saya meninggal dunia.

    "Apapun, saya reda dengan ketentuan takdir dan percaya ibu pasti berbangga dengan pencapaian ini biarpun dia tidak lagi bersama saya," katanya.



    PROFIL

    NAMA: Profesor Datuk Dr Omar Osman
    JAWATAN: Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM)
    KELAHIRAN: 2 September 1958, Nibong Tebal, Pulau Pinang
    PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, Pulau Pinang; Penang Free School, Pulau Pinang; Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur (Diploma Ukur Bahan); Polytechnic of Wales (Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan); Heriott Wott University, Edinburgh, England (Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah Pengurusan Pembinaan dan Pengurusan Projek).
    AYAH: Osman Md Isa, 90
    IBU: Allahyarham Chick Ismail
    ISTERI: Noraizam Jamaluddin
    ANAK: Shahril, 28; Shazleen, 24; Safiah, 23; Safiynaz, 20; Shamil, 16 dan Shafiq, 14.

    PENGALAMAN:
    Timbalan Naib Canselor, USM (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Mac 2007- September 2011
    Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM 2008-2009)
    Pengarah Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, USM (2005-2007)
    Pegawai khas kepada Menteri Pendidikan (2000-2004) Penggawa Desasiswa Cahaya, USM (1990-1996)

    Kenderaan bak istana

    Posted: 22 Oct 2011 09:23 PM PDT

    MEWAH... kenderaan eleMMent palazzo yang berharga RM9.53 juta.
    MEWAH... kenderaan eleMMent palazzo yang berharga RM9.53 juta.

    MEMILIKI rumah besar seperti istana sudah menjadi perkara biasa. Bagaimanapun sekiranya mampu, anda mungkin boleh memiliki istana di atas roda. Dan yang paling menarik - ia berkilau di dalam gelap.

    Sebuah van khemah (campervan) yang diberi nama eleMMent palazzo kini boleh dimiliki dengan bayaran £1.9 juta (RM9.5 juta).


    Kenderaan ekstravagan sepanjang 12 meter ini direka sebuah syarikat pembuat rumah motor, Marchi Mobile daripada Austria.

    • Foto

      CANGGIH... ruang bahagian pemandu.

    • Foto

      LENGKAP... bilik utama yang luas dilengkapi dengan pemanas bawah lantai dan televisyen skrin rata 102 sentimeter.

    • Foto

      RUANG BERSANTAI... rumah motor yang mewah dilengkapi tempat rehat dan teres bumbung yang boleh dibuka.

    Ia mempunyai sebuah bilik tidur utama yang luas, lengkap dengan bilik air dan sebuah televisyen skrin rata berukuran 102 sentimeter, teres bumbung yang boleh dibuka, pemanas bawah lantai dan sebuah bar.


    Selain daripada itu, ia juga mempunyai pancuran mandi seperti air hujan, tandas yang berasingan, tempat rehat dan tempat pemandu yang siap dengan katil dua tingkat.


    Internet bergerak, pendiang api, video pengawasan dan televisyen satelit boleh dipasang dalam kenderaan ini, sekiranya mahu.

    Dan yang pasti, kenderaan ini dicat dengan cat yang berkilau dalam gelap.


    Jadi, dengan harga yang sebegitu mahal, anda boleh pilih sama ada mahukan kenderaan motor mega seperti ini ataupun sebuah rumah bak istana di Double Bay, New South Wales, Australia.

    Tapi rumah itu takkan berkilau pada waktu malam.

    40 wanita jaga Gaddafi

    Posted: 22 Oct 2011 09:22 PM PDT

    BERANI... Gaddafi berjalan bersama dua pengawal wanitanya.
    BERANI... Gaddafi berjalan bersama dua pengawal wanitanya.

    MUAMMAR Gaddafi yang maut dibunuh pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Sirte, bandar kelahirannya di Libya adalah antara pemimpin paling lama memerintah di dunia iaitu selama 42 tahun.

    Gaddafi memegang tampuk pimpinan Libya sewaktu berusia 27 tahun dalam rampasan kuasa pada 1969, menggulingkan Raja Idris, dan paling lama dalam sejarah dunia Arab.


    Sepanjang pemerintahannya, bekas pemimpin Libya itu dikatakan banyak mengamalkan perbuatan pelik antaranya dengan memilih wanita yang masih dara sebagai pengawal peribadinya.

    • Foto

      PERCAYA... Galyna doktor peribadi Gaddafi.

    • Foto

      BERSEDIA... sebahagian daripada pengawal Gaddafi.

    • Foto

      MEWAH... salah sebuah aset Gaddafi di luar negara asing.

    • Foto

      LENGKAP... Gaddafi suka tinggal di dalam khemah berhias mewah.

    Gaddafi memilih sendiri 40 wanita yang disukainya yang kemudian dilatih menjadi pembunuh yang sangat cekap sebagai pelindung dirinya.


    Sebagai menghormati semua pengawal peribadinya itu, Gaddafi mensyaratkan mereka untuk memakai perhiasan seperti barang kemas, menggunakan kasut bertumit tinggi, menghias kuku serta mengenakan mekap.


    Malah, sebelum pemberontakan berlaku, kesemua 40 wanita berkenaan dikatakan langsung tidak pernah meninggalkannya dan setia menanti di sisinya termasuk ketika lawatan ke luar negara.

    Dalam satu serang hendap pada 1998, salah seorang pengawal peribadinya terbunuh apabila menggunakan dirinya untuk melindungi bekas pemimpin Libya itu daripada puluhan peluru yang ditembak ke arahnya.


    Ketaksuban Gaddafi terhadap wanita bukan setakat itu saja, malah beliau dikatakan turut membawa sekumpulan jururawat yang diketuai oleh seorang wanita Ukraine dikenali sebagai Galyna Kolotnytska bagi menjaganya.

    Dilahirkan dalam khemah puak Badawi pada 1942, Gaddafi lebih suka memakai jubah selain menggayakan uniform tentera dengan pelbagai imej yang pelik.


    Walaupun menentang segala bentuk aktiviti termasuk sukan yang dikatakan bersumberkan Barat dan melalaikan, Gaddafi dikatakan turut pernah membeli pegangan dalam kelab bola sepak Juventus pada 2002.


    Antara sifat peliknya juga adalah tidak akan sesekali menginap di mana-mana hotel sewaktu di luar negara. Dia akan memilih untuk tinggal di dalam khemah yang diperlengkapkan dengan pelbagai kemudahan dan dihias indah seperti mahligai.


    Malah, dalam kebanyakan perbincangan bersama pemimpin negara lain, Gaddafi lebih selesa melayan mereka di dalam khemah berbanding di rumah penginapannya.


    Dalam satu kenyataan, Gaddafi mendakwa itu adalah cara bagaimana masyarakat Badawi menjalankan kehidupan dan tetamunya perlu menghormati adat dan budaya mereka yang tinggal di dalam khemah.


    Selain itu, Gaddafi juga menggelar dirinya sebagai Raja segala Raja di Afrika. Malah dia sendiri menggelar dirinya sebagai 'Anjing Gila daripada Timur' sebagai amaran kepada kuasa Barat mengenai kekuasaannya.


    Kerana itu juga, beliau pernah menyuarakan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara kesatuan Afrika apabila cuba menggabungkan Libya, Syria dan Mesir pada 1972 tetapi ia ditentang dan tidak mendapat persetujuan.


    Walaupun usahanya itu gagal, pada 1974, sekali lagi Gaddafi menyuarakan hasrat untuk mewujudkan negara Republikan Arab dengan cuba untuk bergabung dengan Tunisia tetapi akhirnya gagal kerana tidak dipersetujui oleh pemimpin negara berkenaan.


    Di segi kekayaan pula, Gaddafi dikatakan memiliki aset bernilai lebih RM500 bilion.


    Walaupun lebih gemar duduk dalam khemah mewahnya, Gaddafi sebenarnya memiliki lebih tujuh rumah mewah yang setiap satunya bernilai jutaan ringgit dan didaftarkan atas nama anaknya, Saif Al-Islam.


    Kebanyakan aset yang dimiliki itu bukan saja terdapat di negara Arab, sebaliknya membabitkan hartanah di Amerika Syarikat, Kanada, Austria dan Britain yang antaranya dilengkapi kolam renang serta set studio.


    Namun, selepas pemberontakan menentangnya berlaku hingga mendapat sokongan NATO, semua harta kekayaannya di negara asing disita.


    Walaupun kini Gaddafi hanya tinggal nama, kebanyakan penduduk, khususnya di Libya, bersetuju bahawa sejarah kepimpinannya tidak akan padam.


    Biarpun sebahagian penduduk meraikan kematian Gaddafi, ada antara mereka masih bersedih berikutan kematiannya yang agak tragis dan tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya sebagai seorang tawanan.

    Denyutan menjadi ‘rintihan’

    Posted: 22 Oct 2011 09:21 PM PDT

    pix_middle
    BAHAYA...  masalah berkaitan jantung boleh menyerang tiba-tiba seandainya tidak prihatin.
    BAHAYA... masalah berkaitan jantung boleh menyerang tiba-tiba seandainya tidak prihatin.

    APABILA ritma denyutan jantung anda tidak tetap atau dikenali sebagai pemfibrilan atrium (atrial fibrillation - AF), ia memberi isyarat anda perlu berhati-hati. Ini kerana, berbanding jenis strok lain, AF menyebabkan risiko diserang strok yang lebih parah iaitu lima kali ganda. Pesakitnya mungkin lumpuh atau meninggal dunia.

    Dengan AF, risiko mendapat strok meningkat kerana kebuk atas jantung seseorang (atrium) tidak mengecut dengan efektif yang menjejas kelancaran pengaliran darah dalam jantung.

    Ini menyebabkan darah bertakung dalam atrium dan apabila alirannya terganggu, pembekuan darah boleh berlaku. Darah beku yang terbentuk di atrium boleh terpisah dan bergerak melalui arteri terus ke otak dan menyebabkan strok.

    Dua kajian dijalankan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2003 dan tahun ini menunjukkan ramai pesakit tidak menunjukkan gejala AF yang jelas. Ketika episod AF, sebilangan mereka mengalami sensasi debaran atau kelajuan di dada manakala pesakit lain mungkin pitam, pengsan atau pening.


    Perunding Kanan Pakar Pulmonari dan Penjagaan Kritikal HKL, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai, berkata dalam kedua-dua kajian, kebanyakan pesakit mengadu sesak nafas disebabkan kadar denyutan jantung mereka yang laju dan tidak tetap.


    Hasil kajian terbabit, kira-kira lima peratus pesakit yang menghidap AF pernah diserang strok.

    "Strok memberi kesan terhadap berjuta-juta pesakit dan keluarga mereka di seluruh negara setiap tahun. Dianggarkan 15 juta orang di seluruh dunia menderita strok setiap tahun dengan lima juta meninggal dunia.

    "Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko diserang AF. Mereka yang berusia 40 tahun ke atas terdedah kepada penyakit ini tetapi ia lebih banyak dihidapi individu berusia 60 tahun ke atas.

    "Bagi pesakit yang menghidap AF, risiko mendapat strok lebih tinggi. Mereka yang mengalami gejala tertentu perlu berjumpa doktor untuk memastikan mereka tidak menghidap AF," kata Dr Jeyaindran ketika ditemui dalam program anjuran Bayer HealthCare bertemakan 'Strok: Dengar Kata Jantung Anda' di ibu negara, baru-baru ini.

    Program sempena Hari Strok Sedunia 2011 bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai AF, gangguan ritma denyutan jantung paling lazim serta risikonya terhadap strok.

    Jabatan Ubat-Ubatan HKL terbabit dengan banyak percubaan klinikal antarabangsa dalam pemfibrilan atrium dan menarik minat penyelidik berkaitan AF apabila mereka menjadi salah satu pusat terbesar dengan pesakit paling ramai dalam percubaan kritikal. Ini menyebabkan lebih banyak percubaan kini dijalankan di HKL.

    Di Malaysia, strok penyebab kematian ketiga terbesar selepas penyakit jantung dan kanser. Ia punca utama kecacatan parah, dan setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat negara ini menderita akibat penyakit itu. Kadar AF di Malaysia masih belum diketahui tetapi kejadian ini dijangka meningkat apabila populasi mengalami peningkatan usia dan faktor risiko AF yang sudah dikenal pasti tidak ditangani.


    APAKAH AF?

  • Apabila ritma denyutan jantung tidak normal.
  • Degupan jantung yang tidak teratur.
  • Kadar degupan jantung sangat pantas iaitu 350-700 seminit.
  • Atrium tidak mengecut dengan efektif.


    INDIVIDU/PESAKIT TERDEDAH AF

  • Darah tinggi
  • Diabetes
  • Paru-paru
  • Tiroid
  • Buah pinggang
  • Sesak nafas
  • Obes


    SEBAB TERJADI AF

  • Mereka yang mempunyai sejarah sakit jantung.
  • Individu yang minum arak/alkohol dan pneumonia.


    GEJALA AF

  • Jantung berdebar
  • Lesu
  • Sakit dada
  • Pening kepala
  • Pengsan
  • Sesak nafas


    FAKTOR RISIKO AF

  • Usia: lazimnya semakin usia bertambah, risiko AF meningkat.
  • Gender: AF lebih banyak dihidapi lelaki berbanding wanita.

  • Keadaan jantung:
    - masalah injap jantung.
    - serangan jantung.
    - kegagalan jantung berfungsi.

  • Faktor lain:
    - Diabetes.
    - Darah tinggi.

    Matlamat merawat AF ialah mengembalikan ritma denyutan jantung yang normal dan tetap serta mengurangkan risiko serangan strok. Lazimnya ia dapat dilakukan dengan pengambilan ubat atau penggunaan rangsangan elektrik.

    Jika dua usaha itu tidak membuahkan hasil, rawatan AF akan memfokuskan perlindungan daripada darah beku yang mungkin bergerak dari jantung ke otak, seterusnya mengelakkan strok. Untuk mengurangkan risiko strok, doktor boleh memberikan ubat untuk mencairkan darah atau antikoagulan yang berupaya mengurangkan risiko strok jika diambil dengan betul.

    Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Azhari Rosman, berkata antikoagulan dengan warfarin berkesan mencegah strok pada pesakit yang menghidap AF dan ia rawatan standard sejak separuh abad lalu.

    Bagaimanapun, terdapat banyak had dalam penggunaannya seperti pesakit perlu mengawal ketat diet mereka kerana warfarin bertindak balas dengan banyak jenis makanan lazim serta ubatan lain.

    Pengambilan warfarin juga memerlukan pesakit ke hospital dengan kerap bagi menjalani pemantauan serta mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari untuk mendapatkan kesan antitrombotik yang stabil.

    "Kini terdapat beberapa antikoagulan oral baru yang berpotensi memberikan pesakit AF perlindungan lebih baik terhadap strok tanpa kesulitan. Satu antikoagulan jenis ini kini berada di pasaran dan dua lagi dalam perancangan yang mana satu daripadanya hanya perlu diambil sekali sehari," katanya.

    Risiko terjadinya pembekuan darah lebih tinggi jika anda menghadapi penyakit/masalah:

  • Denyutan jantung tidak seragam.
  • Darah beku terbentuk di saluran darah.
  • Darah beku di paru-paru.
  • Injap jantung tiruan; sama ada mengguna jenis mekanikal atau - bioprosthetik (sumber semula jadi)
  • Penyakit injap jantung.


    Warfarin menghalang pembentukan darah beku yang baru dalam saluran darah dan menyekat darah beku yang sudah terbentuk daripada semakin membesar. Bagaimanapun, warfarin tidak berupaya melarutkan darah beku yang sudah terbentuk.



    Vitamin K jejas kesan warfarin

    Vitamin K membantu proses pembekuan darah. Oleh itu, vitamin K dalam makanan boleh menjejaskan kesan warfarin.

  • Makan makanan mengandungi terlalu banyak vitamin K boleh mengurangkan kesan warfarin.
  • Makan makanan mengandungi terlalu sedikit makanan vitamin K boleh menambahkan kesan warfarin.

    Pastikan pengambilan jenis sayuran yang mengandungi vitamin K yang konsisten setiap hari.


    Kandungan vitamin K yang tinggi:
    Asparagus, bayam, brokoli, kailan, daun kucai, daun bawang, daun pasli, kacang soya, daun salad, kacang pistachio, ketumbar dan sawi hijau.

    Kandungan vitamin K yang sederhana:
    Minyak zaiton, kacang buncis, kacang pis, kubis merah, epal hijau dan kiwi.
  • Longboard Junior jadi perintis

    Posted: 22 Oct 2011 09:18 PM PDT

    HEBAT..persis pemain papan luncur profesional.
    HEBAT..persis pemain papan luncur profesional.

    GOLONGAN remaja sering dikaitkan dengan naluri untuk mencuba sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan. Justeru, tidak hairanlah jika kita mendapati golongan muda ini akan menceburi apa saja bidang yang boleh memberikan kepuasan. Antara yang menjadi kegilaan remaja masa kini ialah bermain skate board atau lebih dikenali sebagai longboard.

    Permainan ini memerlukan persediaan yang rapi sama ada daripada segi keutuhan fizikal mahupun kekuatan mental. Melalui latihan yang dilakukan secara berterusan pastinya akan memahirkan seseorang untuk menggunakan papan permainan itu dengan sempurna dan selamat.

    • Foto

      TERATUR..disusun dengan kemas selepas berlatih.

    • Foto

      WAJIB..pelapik lutut mesti dipakai untuk melindungi lutut dari mengalami kecederaan.

    • Foto

      HEBAT..mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berguna.

    • Foto

    Kawasan rekreasi Desa Hill, Kuala Terengganu menjadi lokasi tumpuan sekumpulan remaja yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Longboard Junior' berlatih dan menguji kecekapan dalam permainan itu. Setiap hujung minggu pasti mereka berkumpul untuk menjalani sesi latihan secara bersama dan bertanding sesama sendiri.

    Menurut Alif Aiman Zaiki, 17, yang juga selaku ketua kumpulan itu, tujuan mereka bermain longboard itu semata-mata untuk mengisi masa lapang di samping mewujudkan kumpulan remaja yang bijak menggunakan masa lapang.


    "Kami menubuhkan kumpulan ini pada awal Januari lalu selepas melihat begitu ramai yang mempunyai minat sama. Jadi, dengan membentuk satu kumpulan seperti ini akan memudahkan kami untuk mengadakan latihan bersama dan saling bertukar maklumat berkenaan skil permainan.


    "Kami memilih kawasan Desa Hill ini kerana lokasinya yang tidak sibuk dengan orang ramai dan tidak mengganggu laluan kenderaan. Ini penting kerana permainan ini memerlukan satu trek yang bersesuaian dan kondusif agar sesi latihan dapat dilaksanakan dengan teratur," katanya.

    Katanya, mereka amat mementingkan aspek keselamatan dan penjagaan diri kerana permainan longboard ini sangat berbahaya seandainya dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

    Antara komponen tambahan yang diwajibkan kepada peluncur adalah topi keledar, sarung tangan dan alat pelindung di bahagian siku dan lutut termasuk pemakaian kasut bersesuaian dan tidak boleh hanya berselipar saja.

    Rakannya, Mohd Faiz Suhairi, 17, mengatakan permainan ini sangat memerlukan tumpuan dan kekuatan mental yang tinggi untuk membolehkan seseorang itu memperagakan aksi longboardnya dengan lancar dan bergaya.

    "Longboard bukan sejenis permainan sembarangan kerana kita seharusnya mampu mengawal board yang dinaiki dengan baik, apatah lagi seandainya menuruni kawasan trek curam. Menuruni kawasan curam pastinya akan menguji ketahanan mental seseorang kerana sebarang kelalaian akan membawa padah.

    "Bagaimanapun menuruni kawasan curam yang berselekoh pastinya satu cabaran kepada setiap pemain. Malah saya sendiri pun pernah terjatuh ketika peringkat awal berjinak-jinak dengan permainan ini dulu. Tetapi terjatuh dan mendapat luka sudah menjadi asam garam kepada kami. Semua itu menjadi asas berguna untuk meningkatkan kemahiran," katanya.

    Muhammad Akram Farizan, 17, pula memberitahu dia bercita-cita untuk menyertai pertandingan longboard pada masa depan.

    "Jika berpeluang saya akan mencuba bakat saya bertanding dalam permainan ini. Buat masa ini biarlah saya mahir dan cekap dulu kerana untuk menyertai pertandingan longboard memerlukan kemahiran tinggi.

    "Itulah sebabnya saya sering berlatih dan selepas saya tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun, saya dan beberapa rakan saya akan menyertai beberapa pertandingan di luar Terengganu," katanya.

    Ketika ditanya berkenaan sambutan golongan remaja masa kini yang dilihat begitu meminati permainan itu, Muhammad Akram Earizan, 17, menganggap ia sebagai perkembangan positif.

    "Remaja yang sentiasa mempunyai aktiviti akan menjadikan diri mereka lebih dinamik dan progresif. Secara tidak langsung gejala negatif yang selama ini banyak dilabelkan kepada kami golongan remaja dapat dikikis apabila masa lapang yang ada lebih banyak dimanfaatkan dengan sesuatu yang bercorak sukan dan riadah.

    "Saya juga berharap agar lebih ramai lagi golongan remaja dan pelajar sekolah akan menyertai kami untuk bersama-sama menceburi permainan yang menyeronokkan ini.

    "Kumpulan kami juga berhasrat untuk menjadi satu kumpulan perintis dalam menggerakkan permainan longboard di Terengganu sekali gus mengangkat permainan ini sebagai suatu kegiatan riadah yang digemari ramai," katanya.

    Bagi Muhammad Syafiq Aizat Asmadi, 17, dia menyarankan agar pihak tertentu seperti Kementerian Belia dan Sukan mengadakan lebih banyak pertandi­ngan di seluruh negara.

    "Penganjuran pertandi­ngan longboard akan menjadikan permainan ini lebih diminati dan golongan remaja yang berkebolehan dapat menonjolkan bakat mereka. Malang sikit kerana pada masa ini pertandingan longboard kurang diberi perhatian yang sewajarnya.

    "Malah, pada saya pihak sekolah juga seharusnya digalakkan menubuhkan kelab longboard sebagai salah satu kegiatan kokurikulum. Ini sudah tentu akan memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk bergiat dengan aktif dan mendalami kemahiran," katanya.


    PROFIL

    NAMA: Ariff Aiman Zaiki
    UMUR: 17 tahun
    ASAL: Durian Burung, Kuala Terengganu

    PROFIL

    NAMA: Mohd Faiz Suhairi
    UMUR: 17 tahun
    ASAL: Durian Burung, Kuala Terengganu

    PROFIL

    NAMA: Muhammad Akram Farizan
    UMUR: 17 tahun
    ASAL: Bukit Tunggal, Kuala Terengganu

    PROFIL

    NAMA: Muhammad Syafiq Aizat Asmadi
    UMUR: 17 tahun
    ASAL: Marang, Terengganu

    Pasangan perlu tolak ansur,toleransi

    Posted: 22 Oct 2011 09:12 PM PDT

    MESRA..walaupun berbeza kaum dan bangsa, itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk bersama.
    MESRA..walaupun berbeza kaum dan bangsa, itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk bersama.

    SI bapa berbual dengan anaknya menggunakan bahasa Turki, si anak mengangguk tanda faham apa yang dibualkan. Si ibu pula mencelah perbualan dua beranak itu namun lebih selesa berbicara menggunakan campuran bahasa Inggeris dan Melayu.

    Bagi yang pertama kali melihat keadaan itu pastinya terfikir tidakkah si anak keliru penggunaan bahasa yang pelbagai, namun itulah keistimewaan dan kelebihan anak yang lahir daripada keluarga campur.

    Mempunyai dua budaya berbeza dan mengamalkan cara hidup berlainan daripada komuniti asal membuatkan anak-anak ini terkehadapan dan lebih terbuka daripada segi pemikiran ataupun percakapan.

    Perkahwinan campur sudah wujud sejak berlakunya aktiviti perdagangan pada zaman dulukala. Ketika itu Tanah Melayu yang terkenal sebagai antara pusat perdagangan dunia menjadi tumpuan pedagang dari serata tempat dan ada pedagang yang terpikat dengan penduduk tempatan seterusnya menetap di sini.


    Trend itu berterusan hingga kini membabitkan warga asing pelbagai negara selain dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Bukanlah pelik melihat seorang kanak-kanak mempunyai ibu berbangsa Cina dan ayah berbangsa India sambil mengamalkan dua cara hidup serentak.


    Lebih unik, anak yang dilahirkan pasangan bangsa berkenaan kebanyakannya iras wajah orang Melayu.

    Namun, walaupun fenomena ini sudah bertapak lama dan berkembang, masih ada sesetengah masyarakat di negara ini yang mempunyai persepsi negatif terhadap perkahwinan campur.

    Rata-rata beranggapan perkahwinan yang dibina oleh dua individu berlainan bangsa tidak akan bertahan lama kerana mempunyai latar belakang, cara hidup, budaya terutamanya agama berbeza.

    Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Denison Jayasooria berkata, perbezaan budaya antara pasangan bukanlah menjadi faktor utama punca perceraian sebaliknya lebih kepada persefahaman.

    Katanya, masyarakat sering membuat andaian perkahwinan campur sering berakhir perceraian sedangkan ia hanya dinilai daripada sudut perbezaan yang dilihat pandangan mata kasar saja.

    "Soal perceraian bukan hanya terjadi pada perkahwinan campur tetapi mana-mana perkahwinan walaupun datang daripada kaum dan agama yang sama juga tidak terlepas menghadapinya.

    "Apa yang penting adalah persefahaman dan sikap saling mempercayai antara pasangan menjadi resipi kepada keutuhan rumah tangga yang dibina," katanya yang juga berkahwin campur.

    Sepatutnya perbezaan dilihat sebagai kelebihan bukannya kekurangan kerana melalui perbezaan itulah kita dapat mengenali atau mempelajari sesuatu perkara yang baru.

    Denison berkata, perceraian di dalam perkahwinan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana individu yang mengambil keputusan untuk berkahwin seharusnya mempersiapkan diri untuk menjalani kehidupan dengan pasangan yang sememangnya mempunyai cara hidup berbeza.

    Katanya, sifat tolak ansur, memahami antara satu sama lain dan saling menghormati perlu diterapkan dalam institusi kekeluargaan dan jika ia tiada, mungkin bahtera perkahwinan akan menuju kehancuran.

    "Memang tidak dapat dinafikan agak sukar untuk mengubah cara hidup atau kepercayaan yang sudah sebati dalam diri seseorang sejak kecil tetapi jika sikap toleransi diterapkan, pasti tiada masalah serius yang akan timbul.

    "Jangan terlalu memaksa atau mendesak pasangan untuk menerima budaya baru kerana proses ini memerlukan masa dan jangan mengharap perubahan yang drastik daripada pasangan masing-masing," katanya.

    Perkahwinan campur ini terbahagi kepada dua iaitu perkahwinan yang bersifat asimilasi dan akulturasi yang bukan saja terjadi di negara kita tetapi di seluruh dunia.

    Proses asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan antara kelompok atau individu yang datang daripada etnik dan kebudayaan berlainan supaya menjadi satu dengan etnik yang dominan.

    Proses ini berlaku apabila mana-mana kelompok yang berfikir dan berperasaan secara berlainan, akhirnya bersatu dalam kesatuan sosial serta budaya sama.

    Perkahwinan campur asimilasi ini boleh dilihat menerusi perkahwinan antara Islam dan bukan Islam dan anak yang akan dilahirkan disebut sebagai peranakan.

    Perkahwinan campur akulturasi pula lazimnya terjadi dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam dan banyak dilihat menerusi perkahwinan antara etnik di Sabah dan Sarawak.

    Akulturasi adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

    Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan budaya tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

    Katanya, tidak dapat dinafikan bukan semua orang mempunyai fikiran terbuka mengenai perkahwinan campur ini bahkan masih ada lagi yang berfikir bahawa ia lebih kepada perkahwinan jangka pendek.

    Sama ada sedar atau tidak, keluarga sebenarnya menjadi halangan terbesar pada mereka yang ingin berkahwin dengan pasangannya yang datang daripada keluarga berlainan.

    Menurut kajian Kita, masalah yang timbul dalam perkahwinan campur ini terhad kepada kes membabitkan pertukaran agama.

    "Dalam kebanyakan kes, keluarga sering membantah jika perkahwinan itu memerlukan anak mereka menukar agama dan nama kerana ia dikhuatiri akan memutuskan ikatan kekeluargaan yang terjalin.

    "Berbeza pula dengan perkahwinan campur di Sabah dan Sarawak, ia lebih bersifat mesra dan cara pemikiran mereka jauh lebih terbuka sekali gus menjamin keharmonian rumah tangga," katanya.

    Bagaimanapun, katanya masyarakat yang tinggal dalam kawasan bandar lebih bersifat terbuka mengenai perkahwinan campur kerana sudah didedahkan mengenainya, namun agak sukar diterima oleh masyarakat di luar bandar.

    Selain itu, ada yang berkahwin campur hanya mahu mendapatkan anak cantik dan bijak hanya kerana sering dimomokkan dengan kenyataan sedemikian.

    Namun, jika diteliti daripada kajian sains dan sosiologi ada benarnya kerana rata-rata anak yang lahir daripada perkahwinan campur ini lebih bijak dan pandai menyesuaikan diri.

    "Daripada aspek sains, ia sebenarnya berkaitan dengan 'geneologi' atau struktur tatasusila keluarga dan keturunan seseorang di mana percampuran dua gen yang datang daripada susur galur berbeza akan menjadikan anak lebih bijak dan cantik.

    "Jika dilihat menerusi aspek sosiologi, persekitaran anak itu dibesarkan sebenarnya mempengaruhi. Membesar dalam kepelbagaian budaya, cara hidup dan bahasa berlainan menjadikan anak itu lebih berfikiran terbuka dan berpandangan luas," katanya.

    Beliau berkata, anak yang lahir hasil perkahwinan campur mempunyai dilema sendiri kerana mereka tidak boleh menamakan mereka mengikut bangsa ibu mahupun bapanya.

    Katanya, anak-anak ini adalah satu generasi baru yang membawa dua budaya sekali gus dan mereka tidak boleh membawa satu budaya berasingan.

    "Namun, mereka berdepan dengan beberapa dilema terutamanya menguruskan proses dokumentasi yang memerlukan mereka menyatakan bangsa mereka.

    "Mereka terpaksa memilih sama ada untuk menjadi bangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain, malah kebanyakan ibu bapa mereka memilih meletakkan bangsa mengikut bangsa bapa mereka," katanya.

    Katanya, dia juga menyarankan agar ditambah satu lagi kategori bangsa bagi mewakili golongan ini dan dimasukkan ke dalam kad pengenalan.

    Ruth janji persembahan terbaik

    Posted: 22 Oct 2011 09:10 PM PDT

    Penyanyi popular Indonesia Ruth Sahanaya sudah banyak kali mengadakan persembahan di Malaysia. Dia juga pernah mengadakan konsert bersama Kris Dayanti dan Titi DJ semasa mengadakan road tour Tiga Diva di Stadium Putra Bukit Jalil beberapa tahun lalu.

    Hujung tahun ini pelantun lagu Kaulah Segalanya itu mendapat kepercayaan mengadakan konsert solo pertama di negara ini. Dia akan berkonsert pada 17 Disember ini di Dewan Plenari, KLCC.

    Khaty turut muncul dalam konsert Ruth Sahanaya di KL.

    Konsert tersebut sempena ulangtahun ke 25 pembabitannya dalam bidang seni suara. Ruth tidak bersendirian kerana dia turut mengundang penyanyi Malaysia, Datuk Khatijah Ibrahim untuk bersama-samanya nanti.

    "Saya sudah lama mengidamkan konsert solo ini kerana saya anggap Malaysia ibarat rumah kedua saya. Saya kerap sekali diundang ke Malaysia, jadi inilah hadiah saya kepada peminat saya di sini.

    "Saya sangat bersyukur diberi kesempatan mengadakan konsert solo di Malaysia dan semestinya saya menjanjikan persembahan terbaik nanti," kata Ruth dalam sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Dalam konsert yang dibawakan oleh A'Caralis Kuala Lumpur itu, Ruth yang mesra disapa Uthe oleh rakan-rakan seni di Indonesia dijangka mempersembahkan 30 buah lagi secara penuh dan medley.

    "Ini hadiah saya kepada peminat yang menyokong saya sehingga lagu-lagu saya mendapat sambutan baik di Malaysia," jelasnya lagi.

    Tiket-tiket untuk menonton konsert itu dijual pada harga RM128, RM388, RM588, RM788 dan RM1,500 sudah mula dijual kepada umum. Untuk tempahan secara dalam talian boleh ke laman www.ilassotickets.com.

    Sentuhan chef Restoran Ambra

    Posted: 22 Oct 2011 09:10 PM PDT




    MUNGKIN nama restoran ini kedengaran seperti sebutan Arab. Ditambah pula dengan hiasan dalamannya yang mempunyai sedikit sentuhan Maghribi dan juga Mediterranean.

    Namun hakikatnya, ia merupakan sebuah restoran hidangan fusion yang menggabungkan Barat dan juga tempatan.

    "Sebenarnya nama Ambra kami ambil daripada nama buah kedondong yang disebut 'amra' bagi orang utara memandangkan kami berdua berasal dari sana. Tapi sengaja ditambah huruf 'b' bagi menyedapkan bunyinya," kata pemilik restoran, Fadlyza M. Fadzillah.

    Beliau mengusahakan restoran tersebut sejak dua bulan lalu bersama suaminya, Chef Sholahuddin Abu Bakar yang telah 20 tahun berpengalaman dalam bidang kulinari. Menurutnya, kesemua menu di situ dihasilkan oleh suaminya yang sememangnya pakar dalam masakan Barat dan tempatan.

    Apa yang menjadi keutamaan mereka adalah penggunaan bahan segar dalam setiap hidangan termasuk patty burger yang dihasilkan sendiri menggunakan daging kisar.

    Antara hidangan yang sering menjadi kegemaran pelanggan adalah sirloin steak, striploin steak, chicken chop, lamb shank dan juga pilihan burger.

    Selain itu, menu tempatan tidak mengecewakan seperti mee goreng abu yang diletak kuah kacang di atasnya, mee udang, nasi goreng Ambra yang disertakan dengan kerabu mangga. Menariknya, selain kerabu mangga yang menjadi pembuka selera, kerabu ambra menggunakan buah kedondong juga memberi kelainan buat membuka selera pengunjung.

    Barisan minuman tidak mengecewakan antaranya jus ambra bersama asam boi, air jagung (menggunakan jagung rebus yang dikisar dan dicampur dengan ais vanila) dan juga kopi kampung yang didatangkan khas dari Baling, Kedah.

    Usai menikmati menu utama, akhiri hidangan anda dengan creme brulee berperisa pandan yang sangat enak atau kek lobak merah. Tentang rasa hidangan, usah dipersoal kerana ia sememangnya air tangan atau paling tidak pun resipi seorang chef profesional.

    Restoran Ambra dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11 malam pada hari biasa, manakala hujung minggu dari pukul 2 petang hingga 11 malam. Ruang meletak kenderaan percuma turut disediakan dalam bangunan Centrio.

    Apabila ayah kaki judi

    Posted: 22 Oct 2011 09:09 PM PDT

    SAYA mengaku sebagai anak mangsa perceraian hidup kami adik beradik memang tak sempurna, sejak kecil hinggalah berumah tangga. Daripada empat beradik cuma adik bongsu sahaja boleh dikatakan berjaya melanjutkan pelajaran, sementara kami bertiga, sekolah takat tingkatan lima. Lebih teruk macam saya sudahlah semasa kecil hidup terseksa dah kahwin pun belum jumpa bahagia.

    ''Saya tak salahkan jodoh emak ayah saya, memang itu ketentuan Allah tetapi sebagai manusia kita mesti berusaha. Jika dah tak sesuai antara satu sama lain, cari jalan keluar mungkin jodoh kedua mereka lebih bahagia. Saya bercakap daripada pengalaman sendiri tentang kehidupan emak ayah saya. Dan inilah yang saya ingin kongsikan dengan pembaca,'' demikian cerita Suhaidah dalam emelnya dan ketika kami berbual di telefon.

    ''Saya terpanggil untuk bercerita setelah membaca kisah minggu lalu tentang suami tak mahu bagi nafkah anak. Itu cerita pasangan yang dah bercerai. Tetapi emak saya walaupun tak bercerai hidup kami adik-beradik memang susah. Nama saja ada ayah, tetapi dia tak kisah langsung tentang hidup kami.

    ''Kisah ini berlaku lebih 26 tahun lalu. Ketika itu sebagai anak sulung yang baru darjah enam saya sudah faham dan melihat kepincangan hidup emak, ayah kaki judi, banyak duit gajinya habis beli nombor. Perbelanjaan sekolah dan makan minum kami empat beradik tak dipedulikan. Untung ada rumah kerajaan, kalau tidak mungkin kami tidur bawah jambatan atau duduk rumah kotak.

    ''Untuk meneruskan hidup emak terpaksa berniaga nasi lemak di sekolah, pendapatan tak seberapa, tapi kami dapat makan kerana emak akan masak lebih. Tetapi untuk belanja persekolahan memang tak pernah cukup. Pakaian ala kadar aja. Biasanya emak beri kami pakaian terpakai sepupu kami, tapi kami tak kisah.

    ''Kata emak saya dah cukup bernasib baik kerana dapat belajar sampai tingkatan lima. Lepas itu kata emak saya kena berhenti dan cari kerja sebab ada tiga adik lagi nak bersekolah. Saya akur dan terpaksa cari kerja, mula-mula kerja kilang, lepas tu kerana ada rezeki saya jadi kerani di sebuah kilang.

    ''Apa yang menyedihkan saya, emak selalu kena marah dengan ayah pasal benda-benda kecil. Biasanya ayah bengis bila duit dah habis. Mintak pada emak tak dapat. Biasanya bila dapat gaji ayah beri emak duit kadang-kadang RM300, tapi itu pada awal bulan, tak sampai seminggu dia minta duit pada emak, kalau dijumlah lebih daripada RM300 yang diberi. Bila emak kata duit dah habis, emak kena tengkinglah. Mangsanya duit berniaga emaklah jadi korban.

    ''Bila gaduh ayah pasti ugut nak ceraikan emak. Emak punyalah takut, sebab tak ada tempat nak bergantung. Nenek dan datuk dah meninggal dunia, nak harapkan bantuan adik-beradik mereka pun bukan orang senang. Jadi emak menikus dan menangis bila ayah sebut pasal cerai.

    ''Bila dah kerja saya bantu emak walaupun gaji tak banyak tapi dapat ringankan sikit beban emak. Sebab itulah adik bongsu kami dapat sambung belajar hingga masuk kolej dan jadi guru.

    ''Kami adik-beradik kahwin ikut pandai kami. Tapi saya saja terima nasib macam emak. Bekas suami saya walaupun bukan kaki judi, tapi dia kaki melaram memancing perempuan. Lepas seorang perempuan, seorang lagi dia laram, duit gaji habis, kehidupan saya tiga beranak terabai. Tapi saya tak sabar macam emak, saya bagi dia kata dua kalau tak ubah perangai saya bersedia diceraikan.

    ''Bila bercerai saya berpeluang sambung belajar kerana syarikat tempat saya bekerja semakin berkembang. Saya rasa amat bertuah diberi peluang menjawat jawatan lebih baik lagi. Tapi macam biasalah bukan senang nak mintak cerai. Makan tiga tahun baru selesai. Itupun sebab saya pindah duduk rumah emak jadi dia malu nak duduk rumah flat, akhirnya dia ceraikan saya.

    ''Anak-anak saya emak jaga. Bukan tujuan saya nak kulikan emak. Tapi emak kata hidup dia lebih senang daripada berniaga sebab duit sentiasa habis ayah ambil. Tapi bila emak jaga anak kami. Duit emak kami simpan dalam bank. Dan kami siapkan makan minum dan segala barang keperluan emak dan untuk anak-anak kami juga.

    ''Secara tidak langsung ayah tak ada jalan nak mintak duit emak, buku bank emak saya yang pegang. Dan ayah tak tahu kami beri emak duit, dia fikir kami tanggung makan minum emak. Untuk berbelanja sendiri takkan duit pencen tak cukup. Ayah cuma bayar sewa rumah, dan bil air dan letrik sahaja.

    ''Kata emak dia rasa hidupnya amat bahagia kerana anak-anak sudah bekerja dan kami mengambil berat hidupnya. Tidak seperti hidup bersama ayah menurut emak dia sering menderita. Tapi emak tak berani bantah cakap ayah.

    ''Saya rasa emak mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi, bukan macam saya. Sebabnya emak tak ada tempat nak bergantung dan mengadu jadi dia terpaksa sabar dengan kerenah ayah. Bercerai amat emak takuti.

    ''Kata emak dia bertahan hidup bersama ayah bukan kerana dia sayangkan ayah apa lagi bahagia, tetapi kerana ada tempat nak tumpang berteduh. Kasih sayang bersuami isteri langsung tak ada dalam kamus hidup emak.

    ''Moral cerita saya orang perempuan mesti ada pelajaran dan pekerjaan, bersuami belum tentu beri kita kebahagiaan, ada yang lebih menderita.

    ''Salah satu sebab saya minta cerai kerana tak mahu jamin pinjaman peribadinya dengan bank. Kerana membantah saya diseksa secara mental dengan aktiviti liarnya dengan ramai wanita. Tapi saya tak marah sebaliknya saya minta diceraikan, kerana itu lebih baik untuk saya dan anak-anak, saya tak mahu 'gantung diri' sebagai penjamin dan dikejar Along,'' demikian cerita Suhaidah tentang hidupnya untuk dikongsi pengalaman.

    Teknologi mengisi kediaman

    Posted: 22 Oct 2011 09:09 PM PDT


    SUSunan ruang yang kemas dan tidak terlalu sarat.


    KALAU boleh kami mahu memiliki semua kemudahan di sini," reaksi spontan beberapa petugas media ketika melangkah keluar dari pusat pameran Bang & Olufsen yang terletak di The Gardens, Kuala Lumpur.

    Namun, bukan itu alasannya mengapa kami begitu berat hati untuk meninggalkan ruangan tersebut, sebaliknya hakikat terpaksa berpisah dengan kelengkapan audio dan visual yang bernilai hampir RM 500,000u yang mengisi kediaman.

    Mewah, sofistikated, dan privasi. Segalanya ada pada jenama ini.

    Pengunjung berpeluang merasai sendiri kecanggihan gajet jenama antarabangsa sambil beristirehat di sofa mewah.

    Ia seolah-olah memberi inspirasi penghias dekorasi kediaman.

    Jika anda hanya mahu susunan perabot mahal di rumah, ia seperti tidak lengkap tanpa televisyen, sistem audio dan bunyi yang canggih.

    Memiliki televisyen gergasi dengan sistem tiga dimensi di ruang tamu atau menonton pasti memberi satu kepuasan.

    Kemas

    Dengan susunan rumah yang kemas dan dihiasi teknologi terkini, ia menjadi pelengkap kediaman.

    Katakan apa sahaja, Bang & Olufsen ada jawapannya.

    Berehat bersama keluarga sambil menonton televisyen plasma dengan kualiti penuh HD dan BeoVision 4-85, ia menghidupkan suasana rumah.

    Susunan lebih kemas kerana sofa tidak perlu diletakkan terlalu berdekatan dengan televisyen bersaiz besar.

    Ia merupakan teknologi pintar yang mudah digunakan di samping memaksimumkan ruang kediaman.

    Gaya elegan juga disempurnakan hanya menggunakan hujung jari. Menggunakan sistem automatik, pengguna hanya perlu set televisyen dan sistem bunyi secara automatik.

    Kesibukan aktiviti gaya hidup urban ini memberi ruang kepada orang ramai memiliki teknologi atau gajet melengkapkan kediaman yang berprestij besar.

    Hasilnya, gaya hiasan kediaman anda menyimpulkan kemewahan dan lambang kejayaan.

    Syaqirin terjemah semangat juang

    Posted: 22 Oct 2011 09:08 PM PDT




    SEJAK kecil Mohd. Syaqirin didedahkan dengan dunia ketenteraan apabila sering ke tempat kerja bapanya, Kapten (B) Mohd. Sanusi Samsuddin.

    Di situ, dia mempelajari macam-macam perkara dan benda baru tentang operasi tentera darat walaupun terlalu awal buat kanak-kanak lelaki sepertinya.

    Bagaimanapun semua pengetahuan tersebut berguna untuk mendalamkan minat Penolong Pengarah Kejuruteraan Operasi Hospital Umum Sarawak ini.

    Biarpun, tidak menyarung pakaian tentera, namun hari ini Mohd. Syaqirin cukup berbangga kerana semangat juang sudah meresap dalam jiwanya.

    Pemilik Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor ini mahir tentang dunia ketenteraan.

    "Disebabkan terlalu minat, saya memasuki sebuah forum ketenteraan di Internet dan berjumpa dengan pencipta model ketenteraan pula," katanya yang ditemui di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu.

    Memang cukup teruja melihat sebanyak 36 jenis model tentera udara dan darat yang dibentangkan di ruang tamu rumahnya.

    Antaranya model jet pejuang SU-30MKM untuk Tentera Udara Malaysia (TUDM), F16 Blok 52 Sufa (Israel) dan F/A-18D (Amerika Syarikat).

    Begitu juga dengan kereta kebal yang terdiri daripada Stricker, Abrams dan Challenger pelbagai model.

    Dalam pada itu, lelaki yang baru menamatkan zaman bujang dengan Rosidah Shamsuddin, 26, pada 14 Oktober lalu ini kelihatan cukup berhati-hati memegang setiap modelnya. Bimbang andai cara pegangan boleh menjejaskan warna dan aksesori model.

    Anak sulung daripada enam beradik ini memberitahu bahawa dia menitikberatkan aspek keselamatan 'aset' miliknya yang kini mencecah RM20,000.

    Dia begitu prihatin kerana semua hartanya itu sukar untuk diperbaiki andai mengalami sebarang kerosakan. Proses membaiki pula memakan masa berjam-jam bergantung kepada jenis kecacatan.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

    Copyright 2010 All Rights Reserved