ads

Jumaat, 21 Oktober 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Yasmin Hani Akhirnya Menjadi Milik Sha'arin

Posted: 21 Oct 2011 05:49 AM PDT

Yasmin Hani

PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, dekat sini, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran

Sha'arin Mohammed

Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran termasuklah cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah kitab Al-Quran.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Qamilla manakala wajah Yasmin disolekkan oleh teman rapatnya, Tengku Putra Iskandar Tengku Othman.

Pelamin kedua-dua mempelai ditaja oleh Mohd Ali.

Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) Di lokasi yang sama.

Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.

Sha'arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama.

Nama tercalar angkara penipu

Posted: 21 Oct 2011 12:14 AM PDT

Nur Heliza Helmi
Nur Heliza Helmi

SELEPAS pelbagai kontroversi menerjah dirinya awal tahun ini, agak lama juga Nur Heliza Helmi mendiamkan diri. Bagaimanapun, wajah manisnya tiba-tiba muncul menjadi pengacara program Man Jadda Wajada di TV AlHijrah (TVAH) untuk 13 episod.

Heliza juga dipilih mengacarakan sesi uji bakat Ustazah Pilihan di Astro Oasis.
Justeru, apakah yang sudah berlaku kepada perniagaan diusahakan gadis ini sehingga akhirnya dia membawa haluan menjadi perantara beberapa program televisyen?

  • Foto

    Nur Heliza Helmi

  • Foto

    MASIH SOLO...Heliza masih belum bertemu jejaka idaman.

  • Foto

    MASIH SOLO...Heliza masih belum bertemu jejaka idaman.


Ditemui pada sesi fotografi bersamanya, baru-baru ini, Heliza memberikan penjelasan. Katanya, perniagaan diusahakan masih lagi beroperasi. Malah,
segala urusan berjalan lancar sebagai pembekal bahan binaan kepada pelanggan.


"Bagaimanapun, pada masa sama rezeki saya nampaknya ada dalam pengacaraan apabila Astro Oasis dan TVAH memberi peluang. Saya hadir pada uji bakat diadakan dan syukur memperolehnya. Selain itu, saya juga terbabit dengan forum dan ceramah.


"Saya suka belajar dan mencuba perkara baru. Ia bukan saja menambah ilmu di dada tetapi turut memberikan banyak pengalaman. Dalam hidup ini, bukan mudah meraih kejayaan sekiranya tiada usaha untuk memajukan diri.

"Apapun, buat masa ini rezeki untuk saya menyinar dalam nyanyian belum lagi terlaksana. Namun, saya tidak berputus asa. Ini kerana saya harus terus berusaha mendapatkan lagu yang sesuai dengan vokal dan ia bukanlah mudah," katanya.

Tidak menaruh sebarang harapan tinggi, Heliza hanya mampu berdoa dan bertawakal kerana yakin ada hikmah di sebaliknya. Katanya, ini perancangan Allah dan sebagai manusia biasa, kekuatan diri sangat penting termasuk sokongan keluarga.

Berbicara lagi mengenai perkembangan dirinya, Heliza berkata, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini yang dipraktikkan golongan muda dengan berniaga secara online, dia juga tidak melepaskan peluang berbuat demikian.

Menerusi blog Heliza Helmi Hijab (HHH), gadis bermata bundar berusia 25 tahun ini menjual aneka jenis tudung dan busana Muslimah manakala Heliza Instant Telekung (HIT) pula menjual pelbagai rekaan telekung terkini pada harga berpatutan.

Menurut Heliza, dia sangat berminat dalam perniagaan. Oleh itu, dia tidak gentar mencuba dan semuanya dilakukan mengikut perancangan. Ujarnya, dalam kehidupan perlukan perancangan bagi memastikan apa saja yang dilakukan mendapat manfaat.

Mengenai bidang lakonan, Heliza yang pernah membintangi filem Syurga Cinta di samping Awal Ashaari berkata, dia sememangnya rindu untuk berlakon.

Jelasnya, tawaran masih diperoleh tetapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan aktiviti seni lain.



Mangsa penyamaran individu tak bertanggungjawab

DI sebalik kecanggihan teknologi maklumat masa kini, ada juga negatifnya. Ini kerana ada pihak sanggup mengambil kesempatan 'menangguk di air keruh' dengan menyamar diri sebagai Heliza. Menerusi laman sosial facebook, Heliza menjadi mangsa.

Penyamar terbabit yang menggunakan namanya membuat onar dengan menipu orang ramai termasuk ahli kelab penyanyi itu. Si penyamar menagih simpati dengan pelbagai masalah yang membabitkan kewangan dan dia memerlukan bantuan.

Sudahlah mengaku diri sebagai Heliza Helmi tetapi nama pemegang akaun dimaklumkan adalah individu lain. Tidak mahu dirinya terus menjadi mangsa, Heliza sudah membuat laporan polis. Liciknya penyamar itu, dia juga mampu meniru suara Heliza.

"Perkara ini baru saja berlaku beberapa bulan lalu dan saya ketahui pun menerusi ahli kelab yang memaklumkannya. Begitu juga panggilan telefon diterima daripada orang ramai yang menjadi mangsa penyamar itu. Justeru, saya membuat laporan polis.

"Nama baik saya bukan saja tercemar tetapi menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan. Oleh itu, saya meminta mereka yang sudah ditipu si penyamar itu supaya tampil membuat laporan polis juga," katanya.

Menurut Heliza, ia penting untuk membersihkan namanya dan menangkap individu terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Katanya, dia sangat kesal dengan apa yang berlaku. Malah, akuinya dia bukan seorang yang suka menagih simpati.

Berbicara soal jodoh, Heliza berkata, biarlah semuanya ditentukan Tuhan.
Ujarnya, kursus perkahwinan pun masih belum diambil memandangkan dia mahu memberi tumpuan pada karier sebelum berumah tangga.

"Sampai waktu, adalah jodoh," katanya.



PROFIL:

NAMA: Nur Heliza Helmi
PANGGILAN KOMERSIAL: Heliza Helmi
TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
STATUS: Bujang
USIA: 25 tahun
KARIER: Ahli perniagaan, Penyanyi, Pengacara, Pelakon & Model
SYARIKAT: Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP)

SINGLE: Antaranya Cinta Di Lautan Lalang, Doa Dalam Lagu (duet dengan Mawi), Warna Sendu Tarian Jiwaku, Selalu Ada, Panggil Namaku

FILEM: Syurga Cinta (2009)
DRAMA: Doa Ibu (2009)

PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat Akademi Fantasia 5, calon Aktres Terbaik
Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22), calon Anugerah Pelakon Harapan Wanita FFM22

PROGRAM TV: Ustazah Pilihan, Man Jadda Wajada
MODEL IKLAN: Sunsilk, Garnier
BLOG: Heliza Helmi Hijab (HHH), Heliza Instant Telekung (HIT)

Artis 'YouTube' Amerika Serikan AIM18

Posted: 21 Oct 2011 12:12 AM PDT

Barisan artis yang bakal menyerikan Anugerah Industri Muzik ke18.

KUALA LUMPUR: Penyanyi muda yang dicungkil bakatnya dari YouTube berasal dari Amerika Syarikat, Greyson Chance akan bergandingan dengan penyanyi tempatan Najwa Latif dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) pada 12 November depan.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM18, Adrian Lim, berkata, pemilihan Greyson Chance kerana kehebatannya yang mampu mempengaruhi peminat muzik melalui YouTube sehingga berjaya mengangkatnya sebagai seorang bintang.

"Kami mencari kelainan dengan menampilkan persembahan dua artis yang popular di laman YouTube yang diterima oleh masyarakat. Selain itu kami mahu memberi peluang kepada mereka untuk beraksi di medium arus perdana.

"Kami juga melihat peralihan industri hiburan daripada zaman menggunakan kaset, cakera padan dan kini YouTube sebagai medium untuk mengetengahkan bakat," jelasnya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan penyampai dan artis untuk persembahan pada malam AIM18, di The Royale Hotel, di sini, Khamis.

Greyson Chance.

Selain Greyson dan Najwa Latif sebagai penampilan khas, malam AIM18 turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis terkenal tempatan seperti Mawi dan Akhil Hayy, Hafiz AF7, Stacy, Meet Uncle Hussain, Hazama, 6ixth Sense, Rahmad dan Zamani Slam.

Manakala penyampai anugerah terdiri daripada Kumpulan Search, Ziana Zain, Fauziah Latif, Remy Ishak, Datuk M.Nasir, Zainal Abidin, Tony Eusoff, Nora, Sarimah Ibrahim, Ramlah Ram dan Syamsul Yusof.

Majlis bertemakan Bergemerlapan dan Glamor itu akan dikendalikan oleh pengacara A.C Mizal dan Zizan Razak, sementara Awal Ashaari dan pelakon Diana Danielle akan mengendalikan sesi karpet biru.

Menurut Adrian, pemilihan barisan artis baru dan lama mampu memberi daya tarikan kepada setiap golongan yang menonton AIM18 dan secara tidak langsung mengimbau kenangan lalu.

"Kami sengaja menampilkan artis era 80an kerana melihat permintaan terhadap lagu-lagu 80an tinggi dan sering dimainkan semula di radio-radio tempatan.

"Dalam pada itu kami dapat melihat transisi atau perubahan industri muzik tempatan dari dahulu hingga kini," jelasnya.

Selain itu, ditanya tentang terdapat khabar angin mengatakan AIM18 diboikot segelintir artis tempatan kerana kriteria yang ditetapkan terlalu ketat dan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan sahaja, Adrian berkata ia dibuat untuk bagi menghargai karya anak tempatan.

"Saya ada dengar tentang perkara tersebut tapi tidak pasti sama ada betul atau tidak, namun apa yang kita perlu faham adalah penganjuran AIM untuk mengiktiraf bakat dan karya-karya anak tempatan sahaja.

"Bagaimanapun bagi saya ramai artis yang menyokong penganjuran ini berikutan senarai penglibatan yang dihantar untuk bersama-sama menyertai AIM18," katanya.

AIM18 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 12 November depan, pukul 9 malam di Astro Ria.

'Apa Tengok-Tengok' Bukan Kejar Untung

Posted: 21 Oct 2011 12:11 AM PDT

Para pelakon filem Apa Tengok-Tengok (dari kiri) Pratip Baskaran, Iqbal Mazlan, Grace, Chomatt Samad dan Aaron Roa.

PETALING JAYA: Syarikat produksi Apa Tengok-Tengok iaitu Venture Hills Film Production mengakui penghasilan filem yang bertemakan muzikal dan semangat muhibah itu tidak menyasarkan keuntungan tetapi untuk mendidik penonton mengenai realiti sebenar kehidupan pelajar sekolah.

Pengarahnya Roy, berkata walaupun filem-filem bercorak seram, aksi dan komedi lebih mendapat sambutan, mereka sebaliknya lebih selesa mengetengahkan genre yang kurang popular demi tanggungjawab sosial untuk mendidik masyarakat.

"Walaupun kami ada membangkitkan tentang idea untuk menghasilkan filem berbentuk komersial yang boleh membawa pulangan tetapi penerbitnya Susan Goh mahu untuk menerbitkan sebuah filem yang menekankan pengajaran dan mesej kepada penonton.

"Soal keuntungan adalah perkara nombor dua tetapi yang penting kami mahu hasilkan filem yang sarat dengan mesej dan pengajaran," katanya yang ditemui selepas sidang media filem tersebut di sini, Rabu.

Roy berkata atas alasan tersebut mereka lebih senang untuk mengetengahkan barisan pelakon muda dan baru sebagai teraju utama kerana penekanan yang ditumpukan dalam filem cereka Melayu pertama arahannya ini bersandarkan pada plot dan mesejnya.

"Filem ini mendedahkan tentang kehidupan dan kegiatan remaja sekolah seperti isu disiplin, pergaduhan dan pelajar sekolah yang melakukan kerja separuh masa yang salah di sisi undang-undang kerana kurangnya pantauan daripada ibu bapa.

"Banyak mesej berguna dan realiti sebenar yang cuba kita paparkan untuk membuka mata dan memberi pengajaran," katanya.

Bercakap mengenai pemilihan judul filem berkenaan, Roy berkata tajuk itu menjadi pilihan kerana ia sering digunakan oleh kebanyakan pelajar-pelajar sekolah terutamanya apabila terlibat dalam pergaduhan.

"Kita biasa dengar budak-budak sekolah menggunakan istilah ini (apa tengok-tengok) apabila mereka hendak bergaduh sesama mereka. Istilah ini selalu digunakan sebagai satu bentuk provokasi untuk bergaduh.

"Filem ini pula memaparkan tentang isu disiplin dan kegiatan pelajar sekolah, justeru ia dilihat sesuai sebagai simbolik kepada kenakalan mereka. Ia juga kedengaran ringkas dan menarik perhatian," katanya.

Filem yang menjalani penggambaran sekitar Johor Baru, Johor ini menampilkan juara program Pilih Kasih musim pertama Iqbal Mazlan, Chomatt Samad, Gracie, Aaron Roa dan Gracie.

Ia turut dibantu pelakon-pelakon berpengalaman seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Kuswadinata, Zulkifli Ismail, Sathiya dan Datuk Arumugam (Alleycats).

Filem Apa Tengok-Tengok mula ditayangkan pada 27 Oktober ini.

Aishah Dengan Anak Lebih Rapat Selepas Bercerai

Posted: 21 Oct 2011 12:10 AM PDT

Aishah

KUALA LUMPUR: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah mengakui penceraiannya dengan Faizal Sazali Zulkifli pada Mei lalu memberi impak besar dalam kehidupannya bersama anak-anak.

Kata Aishah, perceraiannya itu menyebabkan hubungannya dengan anak-anaknya menjadi semakin rapat selain dapat menyemai kasih sayang yang mendalam kepada mereka.

"Anak-anak saya kini menjadi lebih bersikap "protective" terhadap saya, mereka lebih ambil berat dan tidak mahu saya bersedih.

"Alhamdulillah, mereka memahami dan menjalankan tanggungjawab sebagai anak-anak yang baik. Boleh dikatakan hikmah di sebalik apa yang berlaku ini kehidupan saya dan anak-anak lebih rapat," katanya ketika ditemui di majlis makan malam Seribu Bintang anjuran Karyawan, di Sime Darby Convention Center, di sini, Rabu.

Penyanyi lagu "Janji Manismu" ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Armand Azhari, 17, dan Azhari Ahlami, 11, hasil perkahwinan keduanya selepas melalui tiga kali alam perkahwinan.

Selain itu, kata Aishah kehidupannya berjalan lancar seperti biasa dan rezekinya dan anak-anak lebih murah.

"Saya menjalani kehidupan seperti biasa dan tawaran untuk melakukan persembahan pentas juga tidak putus-putus sejak Aidilfitri lalu.

"Apa yang penting ialah mencari rezeki untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak saya," jelasnya.

Bercakap tentang jodoh, Aishah mengakui dia kini lebih berhati-hati selepas beberapa kali gagal dalam kehidupan berumah tangga.

"Susah nak cakap tentang jodoh sebab ia sudah ditentukan oleh Allah. Kalau ada jodoh untuk berkahwin lagi saya terima. Sekiranya tiada sekalipun saya tetap terima kerana yang penting adalah menjalankan tanggungjawab kepada keluarga sama ada ketika bersama suami atau tidak," tuturnya.

Dalam pada itu, Aishah turut bersyukur kerana diberi kepercayaan menjadi duta oleh sebuah syarikat produk pelangsingan badan De'Bella sejak Disember tahun lalu.

"Alhamdulillahlah selepas menggunakan produk tersebut berat badan saya ketara turun sebanyak 23 kilogram.

"Saya kurangkan berat badan bukan kerana untuk kecantikan tetapi untuk kesihatan yang lebih baik," tambahnya.

Katanya, dia masih mengamalkan produk tersebut bagi mencapai sasaran berat badan yang benar-benar diinginkan.

'In Perfect Harmony' Untuk Peminat Muzik Pelbagai Era

Posted: 21 Oct 2011 12:10 AM PDT

Teraju utama Chang Fang Chyi, Tan Soo Suan dan Tria Aziz (kanan) menyampaikan lagu Josh Groban, You Raise Me Up dengan iringan ensemble.

PETALING JAYA: Muzikal In Perfect Harmony: A Malaysian Musical Journey anjuran Star Publications (M) Berhad dengan kerjasama Dama Musical Production bukan sekadar meraikan sambutan ulang tahun ke -40 akhbar itu tetapi ia juga satu penghargaan kepada peminat muzik pada era 70-an hingga kini.

Muzikal berkenaan berlangsung bermula 6 hingga 23 Oktober ini di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Menariknya, muzikal arahan Pun Kai Loon itu turut menyelitkan jurnal kejadian dan peristiwa penting yang berlaku baik di Malaysia mahu pun di peringkat antarabangsa sepanjang penubuhan syarikat akhbar itu yang bermula pada 1971.

Rangkaian pelbagai genre lagu didendangkan oleh tiga teraju utama iaitu Tan Soo Suan, Tria Aziz dan Chang Fan Chyi dengan iringan "ensemble" yang lain.

Douglas Lim sebagai deejay radio menghiburkan penonton dengan jenaka yang mengimbau peristiwa lucu pada dekad-dekad yang lalu.

Ia turut diperkuatkan lagi dengan kehadiran personaliti radio dan pelakon veteran Patrick Teoh selaku tukang cerita dan pelawak Douglas Lim yang menggalas watak seorang deejay radio.

Bermula dengan era 1970-an, penonton akan dihiburkan dengan lagu "medley" pembukaan In Perfect Harmony dan Imagine.

Seterusnya, penggemar muzik era itu pasti terhibur dengan lagu-lagu seperti Dancing Queen, Y.M.C.A dan medley Stayin' Alive/ Night Fever/ Tragedy.

Beralih ke era 80-an, penonton pasti terbuai dengan melodi indah seperti "medley" That's What Friends Are For/ We Are The World dan Like A Virgin.

Kehangatan muzik pada era 90-an pula menerusi lagu-lagu seperti Bohemian Rhapsody, medley My Heart Will Go On/ Hero/ I Will Always Love You, Balik Kampung/ Chow Kit Road dan Kuch Kuch Hota Hai pasti mengimbau memori penonton.

Patrick Teoh menyentuh hati penonton dengan gaya bersahaja dan kepetahannya sebagai tukang cerita.

Pada segmen terakhir pula, penonton akan dipersembahkan dengan rangkaian lagu tahun 2000 seperti Gemilang, Complicated/ Baby, Bad Romance, Nobody dan You Raise Me Up.

Selain itu, empat nama besar dalam dunia nyanyian tanah air turut membuat penampilan eksklusif sebagai penyanyi undangan.

Penyanyi Zainal Abidin tampil pada 6 hingga 9 Oktober lalu, Sean Ghazi (12-16 Okt), Datuk David Arumugam (19-23 Okt) dan The Seasons 4 (12, 16, 19 & 23 Okt). Kesemua mereka mempersembahkan lagu popular seperti Getaran Jiwa, As Time Goes By, Only You, Hijau dan Sampaikanlah Salam dengan cara tersendiri.

Sean Ghazi antara penyanyi undangan yang tampil dengan lagu-lagu Getaran Jiwa (Tan Sri P. Ramlee) dan Lagenda (Datuk Sheila Majid).

Tiket-tiket berharga RM103, RM153, RM203, RM233, RM263 dan RM303 (untuk persembahan Rabu hingga Ahad malam) manakala bagi pertunjukan pada Sabtu dan Ahad petang, tiket-tiket berharga RM93, RM153, RM173, RM213 dan RM253.

Muzikal ini dipentaskan setiap hari pada pukul 8.30 malam, selain pertunjukan siang pada pukul 3 petang pada 22 dan 23 Oktober ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kaunter tiket KLPac di talian 03-4047 9000, TAS @Lot10 03-2142/3 2009 atau 03-7967 1988 sambungan 1432 (pembelian korporat untuk 50 tiket dan ke atas).

40 Artis Dijangka Meriahkan Siri Jelajah FFM24 Di Johor

Posted: 21 Oct 2011 12:09 AM PDT

Kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, Festival Filem Malaysia ke-24 tahun ini dimeriahkan dengan siri penjelajahan di beberapa buah negeri bagi mempromosikan festival itu.

Pengarah Sekretariat Publisiti dan Promosi FFM24, Mohd Khalil Saleh berkata, lebih 40 artis tempatan akan memeriahkan siri jelajah itu di Johor Bahru pada 28 Oktober ini.

Khalil berkata, aktiviti kemuncak yang akan diadakan di Plaza Angsana itu turut melibatkan pengarah dan penerbit filem.

"Roadshow ini diadakan bagi mempromosikan FFM24. Ia bertujuan membolehkan artis dan pengarah filem dapat mendekati peminat-peminat mereka melalui pelbagai aktiviti yang diadakan," ujarnya ketika ditemui mStar Online pada Selasa.

Selain dapat beramah mesra dengan artis, antara program lain yang bakal berlangsung adalah pertandingan amal Golf oleh beberapa artis terkenal, persembahan daripada artis dan sebagainya.

Malah pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Filem Negara akan membuka bilik pameran bagi memberi pendedahan kepada masyarakat peranan dua badan terbabit.

"Ini adalah beberapa keistimewaan "roadshow" ini kerana ia bukan sahaja mempertemukan artis dengan peminat tetapi juga diadakan pelbagai aktiviti bagi melibatkan semua yang hadir.

"Program ini turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri Johor dan kemungkinan besar ia akan dihadiri oleh Menteri Besarnya iaitu Datuk Abdul Ghani Othman," ujarnya.

Selain Johor, siri jelajah ini telah diadakan di Pulau Pinang dan Perak.

Dalam pada itu, Khalil berkata, program tersebut dijangka akan menerima kunjungan daripada peminat filem tempatan daripada Singapura.

Antara artis yang bakal menghadirkan diri pada siri jelajah itu antaranya Aaron Aziz, Awie, Adi Putra, Yana Samsudin, Mr Os.

Terdahulu, FFM24 menyaksikan penyertaan terbanyak dalam sejarah industri perfileman tanah air apabila sejumlah 41 buah filem cereka dipertandingkan berbanding 29 buah filem pada tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, 13 buah filem adalah terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) terpilih dalam saringan awal tersebut diikuti Grand Brilliance Sdn Bhd. (7 buah ) dan Tayangan Unggul (5 buah).

Antara filem yang dipertandingkan adalah seperti Aku Masih Dara, Damping Malam, Raya Tak Jadi, Sini Ada Hantu, Hantu Bonceng, Al-Hijab, Cun, Nur Kasih dan Bini-Biniku Gangster.

Kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Empat Negara Bakal Gamatkan 'Konsert Star Live 2011'

Posted: 21 Oct 2011 12:08 AM PDT

Barisan penyanyi yang akan memeriahkan Konsert Star Live 2011.

PETALING JAYA: Acara tahunan stesen televisyen ntv7 iaitu Konsert Star Live 2011 bakal diadakan pada 17 Disember depan di tempat letak kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (KL).

Selain penyanyi-penyanyi tempatan berbangsa Cina, konsert percuma yang bermula pada pukul 8.30 malam itu turut dibarisi para penyanyi popular dari negara China, Hong Kong dan Taiwan bagi merancakkan konsert yang bertemakan 'Saya Gila Muzik'.

Antara bintang popular yang akan membuat persembahan pada malam tersebut ialah dayDream, Choo Hou Ren dan Lin Kah Jun dari Malaysia, Mr. (Hong Kong) dan Sam Lee (Taiwan).

Athena Beh

Menarik lagi, pada malam itu penampilan khas daripada tiga penyanyi soprano, Athena Beh, Jess Lee dan Della Ding Dang akan memukau penonton dengan kekuatan vokal mereka.

Penyanyi tampan Anthony Neely dan Aaron Yan pasti akan membuat para peminat fanatik mereka teruja dengan persembahan yang diberi nanti.

Mulai pertengahan November depan, tiket boleh didapati di pejabat ntv7 (Sri Pentas), Pejabat Kumpulan Galaxy di Mid Valley, kaunter tiket Kumpulan Galaxy di Sungei Wang Plaza dan cawangan Karaoke Red Box dan Karaoke Green Box di seluruh Malaysia (kecuali Red Box Plus dan Ria).

Anthony Neely

Selain itu tiket juga boleh didapati menerusi beberapa aktiviti pengagihan tiket eksklusif yang akan dilakukan di empat lokasi iaitu Sungei Wang, KL (19 November 11), Viva Home, Cheras, KL (3 Disember 2011), Karnival Yuan ntv7, Seri Kembangan (4 Disember 2011) dan Berjaya Times Square, KL.

Konsert Star Live 2011 akan disiarkan secara langsung di saluran ntv7. Orang ramai juga berpeluang melihat kemeriahan konsert itu nanti melalui laman web www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.ntv7.com.my/starlive, atau ikuti perkembangan terbaru konsert berkenaan di akaun Facebook dan Twitter ntv7.

Bruce Willis Tidak Senang Dengan Ashton Kutcher

Posted: 21 Oct 2011 12:02 AM PDT

Bruce Willis

AKTOR Bruce Willis tidak sanggup melihat bekas isterinya, Demi Moore menderita gara-gara perbuatan curang Ashton Kutcher yang mempunyai hubungan skandal dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Sara Leal.

Justeru itu, Bruce ingin jumpa dan berbincang dengan Ashton mengenai hal tersebut.

"Bruce akan bertemu dengan Ashton untuk berbicara dengannya. Walaupun Bruce dan Demi sudah pun bercerai, Bruce masih lagi mengambil berat mengenai bekas isterinya itu.

"Malah Bruce juga tidak senang hati dengan apa yang telah berlaku pada Demi," kata sumber kepada Showbizspy.

Tambah sumber itu lagi, Bruce bukan sengaja ingin mencampuri kehidupan rumah tangga Demi, cuma dia enggan melihat ibu kepada anak-anaknya menderita.

Bruce dan Demi pernah berkahwin pada tahun 1987 dan bercerai pada tahun 2000. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Rumer Willis, Scout Willis dan Tallulah Willis.

Sekali tepuk RM50,000 lesap

Posted: 21 Oct 2011 12:00 AM PDT

BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.

Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.


Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.



"Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.


"Tanpa membuang masa, Roslan menawarkan peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lumayan namun saya menolaknya dengan baik dan mengatakan tidak berminat dengan urus niaga seperti itu," katanya di sini, semalam.

Juadah dekat longkang

Posted: 20 Oct 2011 11:58 PM PDT

JIJIK...keadaan dapur yang tidak bersih walaupun   perniagaan  baru beroperasi.
JIJIK...keadaan dapur yang tidak bersih walaupun perniagaan baru beroperasi.

KUALA LUMPUR: Sangat kotor! Itulah ungkapan paling sesuai diberikan kepada sesetengah pemilik kedai makan sekitar Jalan Genting Klang yang tidak menjaga kebersihan sehingga memaksa pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penutupan kepada kedai berkenaan.

Harian Metro turut serta dalam operasi lawatan kebersihan ke beberapa premis makanan itu mendapati rata-rata pelanggan yang datang seolah-olah tidak sedar mengenai tahap kebersihan kedai yang mereka kunjungi itu amat teruk.


Tinjauan mendapati ayam yang sudah dimasak dibiar tergantung dekat longkang tiada penutup dan tersumbat. Malah, lipas berlegar-legar di setiap sudut dapur kedai berkenaan.

Seorang pelanggan, Malissa, 21, berkata, dia tidak pernah sakit perut atau keracunan makanan setiap kali ke kedai berkenaan.


"Saya tidak tahu pun kedai ini kotor, mungkin sebab saya selalu memesan makanan dari depan jadi tidak nampak apa yang berlaku di belakang.


"Rumah saya dekat kedai ini, sebab itu saya sering datang makan, tetapi selepas dapat tahu mengenai perkara itu, mungkin saya tidak akan datang lagi sehingga mereka bersihkan kedai terlebih dulu," katanya.

Sementara itu Pegawai Kesihatan Parlimen Wangsa Maju dan Setia Wangsa, Dr Jamaiyah Mohd Yunus berkata, jika ada kedai yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan Seksyen 11 Akta Makanan 1983, premis mereka akan dikenakan kompaun atau kedai perlu ditutup.


"Antara syarat perlu dipatuhi semua pengendali makanan ialah perlu mendapatkan suntikan, memakai apron, topi dan menghadiri kursus asas pengendalian makanan," katanya.

Sembilan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL menyertai operasi itu dan enam kompaun dikeluarkan dengan kesalahan berniaga di luar premis, membuang sisa makanan di longkang awam, ada urungan lipas, tiada suntikan dan tiada lesen perniagaan.

Model hibrid

Posted: 20 Oct 2011 11:57 PM PDT

BERDAYA MAJU...Jacob (kiri) sambil ditemani Ketua Perancangan dan Hubungan Kerajaan BMW Group AG, Glenn Schmidt ketika melancarkan BMW ActiveE di Kuala Lumpur, semalam.
BERDAYA MAJU...Jacob (kiri) sambil ditemani Ketua Perancangan dan Hubungan Kerajaan BMW Group AG, Glenn Schmidt ketika melancarkan BMW ActiveE di Kuala Lumpur, semalam.

BMW Group Malaysia merancang membawa masuk model hibrid ke pasaran tempatan menerusi model Series dan 5 Series dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe berkata, model terbaru itu berdasarkan penerimaan pasaran dalam usaha Malaysia meningkatkan teknologi hijau dan rantaian mapan.


"Adalah penting melaksanakan langkah tertentu bagi menggalakkan pasaran menerima inovasi teknologi. Hasrat kerajaan Malaysia memperkenalkan standard diesel Euro IV dalam masa terdekat misalnya adalah langkah penting ke arah evolusi negara menjadi penyokong sebenar teknologi hijau.

"Kami di BMW berharap agar kerajaan dapat memberikan komitmen yang menyeluruh kepada rancangan ini," katanya yang merancang membawa masuk hibrid 7 Series.


Geoffrey ditemui pada pelancaran pameran BMW EfficientDynamics yang menampilkan kehebatan kenderaan konsep BMW ActiveE di ibu negara, semalam. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan Pameran itu mengetengahkan kenderaan konsep ActiveE, kereta elektrik penuh berasaskan BMW 1-Siri yang dibangunkan BMW bagi memaju dan memperkenal kenderaan elektrik yang berdaya maju dalam pasaran menjelang 2013. "Kehadiran ActiveE memberi peluang kepada rakyat Malaysia menghargai keupayaan kenderaan elektrik selain memberi kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil untuk memperkenalkan kenderaan elektrik ke pasaran Malaysia seperti teknologi diesel maju BMW, teknologi petrol maju BMW, teknologi hibrid, kenderaan elektrik dan hidrogen," katanya.

Bayi duyung

Posted: 20 Oct 2011 11:57 PM PDT

MARIA menunjukkan gambar anak perempuannya yang berkaki seperti ikan duyung.
MARIA menunjukkan gambar anak perempuannya yang berkaki seperti ikan duyung.

MAUMERE (Indonesia): Seorang wanita, Maria Elizabeth dari Kampung Garam, Daerah Kota Uneng di Wilayah Sikka, kelmarin, melahirkan seorang anak perempuan yang mempunyai kaki seperti ikan duyung.

Bayi yang diberi nama Maria Oktaviani itu meninggal dunia pada jam 5 petang hari yang sama.

Menurut Maria, ketika usia kandungannya masuk tiga bulan, dia bermimpi seekor ikan duyung datang kepadanya.

Dalam mimpi itu, ikan duyung itu berjanji kandungan Maria akan membawa rezeki yang melimpah untuk keluarganya dengan beberapa syarat.


Yang pertama, Maria mesti menamakan anaknya itu Puteri Duyung.


Kedua, setelah dilahirkan, bayi itu mesti disimpan di dalam bekas. Manakala syarat ketiga, Maria tidak boleh menceritakan perjanjian mereka kepada sesiapa pun.

Kata Maria, sekiranya syarat itu dilanggar, seorang daripada anggota keluarganya akan menjadi korban.

Menurut Maria, dalam mimpi itu, dia telah menolak permintaan untuk menamakan anaknya Puteri Duyung.

"Dalam mimpi itu, kami bertengkar di tepi pantai. Dia meminta saya menamakan anak saya Puteri Duyung tetapi saya menolak. Saya kata dia ikan dan kami manusia," cerita Maria.

Menurut Maria, dia telah menceritakan mimpinya itu kepada suaminya kerana ketakutan.

Mereka juga telah sepakat untuk menamakan anak mereka 'Maria Oktaviani' sekiranya bayi perempuan dan 'Mario Oktaviano' sekiranya bayi lelaki.

Cerita Maria lagi, ikan duyung itu cuba untuk menyakinkan dia supaya tidak takut dan berkata bahawa anak dalam kandungannya itu akan membawa rezeki untuk mereka sekeluarga.

Manfaat 22 tahun pengalaman

Posted: 20 Oct 2011 11:54 PM PDT

BANGGA...kostum teater muzikal Puteri Gunung Ledang antara hasil sentuhan tangannya.
BANGGA...kostum teater muzikal Puteri Gunung Ledang antara hasil sentuhan tangannya.

"SAYA tekad mahu menjadi seorang pereka kostum kerana tidak ramai wanita memilih bidang ini sebagai karier utama mereka.

"Kebanyakan mereka memilih untuk menjadi seorang pereka fesyen dan bukannya pereka kostum. Justeru, saya berfikir, mengapa tidak saya memulakannya dan menjadi yang pertama," kata Akma Suriati Awang, 45.

  • Foto

    SEGAK...kostum pahlawan lembu atau 'matador' antara rekaannya yang memerlukan perincian teliti.

  • Foto

    PENUH...kostum yang terlampau banyak menyebabkan bilik stornya padat dan penuh.

  • Foto

    TEKUN...tanpa mengira penat, Akma tekun menjahit bagi menghasilkan kostum bermutu.

Baginya, bidang rekaan kostum bukanlah pekerjaan yang semudah disangka. Cantik dan buruk sese�orang aktor mengenakan pakaian yang diberikan ketika di set penggambaran adalah idea pereka kostum itu sendiri.

Dia yang terkenal di kalangan penggiat seni perfileman, teater dan pengiklanan dalam dan luar negara berkata, pereka kostum bukan hanya perlu menyediakan kostum tetapi juga perlu me�ngetahui jalan cerita sesebuah karya dan watak pelakonnya.


Ini kerana, ia akan memudahkan se�orang pereka kostum itu mencari dan menghasilkan pakaian sesuai dengan watak dan pergerakannya, sinopsis cerita serta faktor pencahayaan.


"Ia bukan satu tugas tangkap muat saja kerana benang dan jarum memang tak pernah ditinggal bagaikan hubungan isi dan kuku. Kadang-kadang baju atau kostum terkoyak, terlalu besar atau kecil. Semuanya perlu dibuat dengan kadar segera tetapi pada masa sama, perlu profesional," katanya.

Memulakan karier pada 1988, dia membawa 22 tahun penga�laman bersamanya bekerja selaku perunding fesyen dan pereka kostum selepas menamatkan pengajian di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara atau UiTM) de�ngan Ijazah Sarjana Muda Seni Rekaan (Rekaan Fesyen).

Teater Nostalgia Laguku terbitan 1989 dan teater Suara Rimba pada 1993 adalah dua karya pertamanya sebagai pereka fesyen dan kostum.

Sejak itu, kerjayanya terus berkembang apabila hasil sentuhan tangan dan idea kreatifnya semakin diterima ramai pihak. Dia turut terbabit dalam arena rekaan fesyen daripada butik, pakaian korporat, kostum artis untuk drama, filem, iklan televisyen, persembahan khas seperti Citrawarna, pesta bunga, kereta berhias, hari kemerdekaan, pertabalan, sehinggalah ke teater bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.

Bercerita lebih lanjut mengenai minatnya itu, antara sentuhannya adalah kostum di dalam filem antarabangsa keluaran 20th Century Fox Production Limited seperti Entrapment, Anna and The King, Teater Puteri Gunung Ledang dan Paloh.

Bekerja di samping pelakon Hollywood terkenal seperti Catherine Zeta Jones, Sean Connery, Jodie Foster dan Chow Yun Fat serta pelakon tempatan seperti Tiara Jacquelina, Stephen Hughes Rahman dan M Nasir, bagaikan mimpi jadi kenyataan bagi insan sepertinya.

"Saya tidak pernah menyang�ka mendapat peluang dan pengalaman paling bermakna sebegini dalam hidup apabila diberi kesempatan bekerja di samping pengarah, pelakon dan kumpulan produksi ternama.

"Bekerja bersama mereka memberikan pengalaman bernilai yang tidak boleh ditukar ganti. Menerusinya, saya juga belajar sisi lain selain seni seperti erti semangat kerjasama, saling menghargai antara satu sama lain dan berdisiplin.

"Sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, tiada lagi produksi tempatan yang serius memandang peranan seorang pereka kostum itu sebagai salah seorang nadi utama kejayaan sesebuah karya.

"Situasi itu berlainan dengan produksi antarabangsa apabila seorang pereka kostum mendapat layanan sama rata seperti bintang utama selaras dengan tanggungjawabnya yang berat bagi memastikan filem atau teater itu menarik, sekali gus berjaya memikat hati penonton.

"Justeru, ilmu yang diperoleh melalui kesempatan saya bekerja bersama produksi luar sedikit sebanyak diharapkan mampu mengubah mentaliti produksi tempatan agar lebih peka dan berdisiplin," katanya yang pernah bekerja dan turut serta dalam teater The Lion King di Jabatan Kostum, Hafen Theatre di Hamburg, Jerman pada 2005.

Bercita-cita mahu menjadi seorang pelukis ketika di bangku sekolah, pemilik syarikat Couture Classics (M) Sdn Bhd ini bertukar angin ke bidang seni rekaan fesyen dan kostum selepas berkenalan dan mendapat tunjuk ajar mentor�nya, Profesor Najib Noor.

Pendedahan diberikan Profesor Najib mengenai rekaan kostum membuatkan dia memilih bidang ini sebagai mata pencarian tanpa menoleh ke belakang, sebaliknya terus melawan arus seni yang sering mengalami pergolakan dan penuh cabaran.

Menurutnya, usai pengajiannya di UiTM, Indah Reka Butik di Bangsar Shopping Centre yang ketika itu pakaiannya dipakai pengacara televisyen popular, Wan Zaleha Radzi untuk rancangan di stesen televisyen TV3, menjadi lokasinya mencari sesuap nasi.

Hasil kerja kuat selama enam bulan saja, dia berjaya membeli sebuah mesin jahit industri, tepi dan sulam untuk memulakan perniagaan sendiri di Pandan Indah.

"Pada mulanya, tidak di�nafi�kan terdapat beberapa pen�syarah yang tidak yakin terhadap kebolehan dan keputusan saya. Mereka juga beranggapan ini adalah Malaysia bukannya Hollywood, mesti tidak boleh cari makan.

"Saya cuba dan terus mencuba. Alhamdulillah, kini saya mampu tersenyum puas dan gembira dengan kejayaan yang dicapai," katanya yang suka memakai pakaian pelik dengan kombinasi warna terang sebagai asas.

Ibu kepada seorang puteri bernama Alia Uzaima, 3, ini berkata, tidak salah bermimpi atau berangan kerana ia adalah kunci dan penggerak kepada sesuatu kejayaan.

Menurutnya, tiada yang mustahil dalam hidup ini kerana semuanya dilakukan dan dibentuk diri kita sendiri serta jangan sesekali menyerah kalah sebelum mencuba.

Membesar dalam keluarga yang turut meminati seni, dia bersyukur kerana kedua-dua ibu bapanya tidak pernah menghalang minatnya untuk berkecimpung dalam bidang ini. Malah, suaminya, Mohd Uzaili Selamat, 43, menjadi tonggak utamanya apabila bersama-sama dirinya mengusahakan syarikat yang kini terletak di No 31, Jalan 24/56, Kawasan J, Keramat Wangsa.

Walaupun terpaksa bertung�kus-lumus sebelum mencapai kejayaan, berkat kesabaran dan usahanya, dia kini mampu berbangga menjadi wanita Melayu pertama menembusi bidang pasaran ini yang kebiasaannya dimonopoli kaum Cina.

Kecemerlangannya melayakkan dia menerima Anugerah Pereka Kostum Terbaik pada Festival Seni Boh Cameronian pada 2006 dan Finalis Anugerah Fesyen Antarabangsa Her, 1994.

Senang sendirian

Posted: 20 Oct 2011 11:54 PM PDT

pix_gal0
Migrain pantas, rancak

PERJALANAN karier seninya pernah bergelora seketika apabila berdepan masalah kontrak bersama syarikat rakaman Millennium Art Sdn Bhd milik komposer Julfekar. Namun, semua itu bukanlah halangan buat cita-cita yang disimpan sekian lama, untuk bergelar penyanyi berjaya.

Bahkan semua cabaran dihadapi Heela, atau nama sebenarnya Shahila Shariff dengan penuh kesabaran, selain menjadikannya pedoman serta pembakar semangat untuk mengatur langkah lebih kemas dalam bidang muzik yang cukup diminatinya. Kini, episod terbabit sudah diletakkan di belakang, dan dia sendiri mula bergerak sendiri menyusun tapak.
Lantas, buat permulaan, artis muda dari Shah Alam ini mempertaruhkan single terbaru berjudul Migrain, bagi mengukuhkan namanya dalam industri seni negara. Lebih bermakna, single berkonsepkan dansa ini ialah hasil nukilan dirinya sendiri, dan diterbitkan komposer Iswandy Atan dan Redzuan Asat.
Teruja kerana diberi kepercayaan penuh dan kelonggaran dalam menghamburkan idea oleh dua komposer yang cukup dihormatinya, Heela, Iswandy dan Redzuan yang hadir ke Balai Berita baru-baru ini saling memuji antara satu sama lain dan seronok dapat berkongsi pengalaman merakamkan lagu itu bersama-sama.

Cerita Iswandy dan Redzuan, pemilik syarikat 87Red Communications, rakaman selama tiga bulan itu langsung tidak berdepan sebarang kesulitan, bahkan mereka senang bekerjasama dengan Heela. Artis baru itu tidak pernah kering dengan idea, serta mempunyai pengetahuan asas dalam nyanyian.

"Melihat potensi yang ada pada Heela, dia mampu membawakan apa saja genre lagu, bukan saja pop dance, lagu berkonsepkan balada pun dia boleh dinyanyikannya. Kami memilih pop dance untuk single ini selepas membuat kajian berdasarkan persembahan yang pernah Heela jayakan sebelum ini. Dirinya cukup bertenaga apabila beraksi di atas pentas dan pandai mencuri perhatian orang ramai.

"Oleh itu, selain menarik pendengar dengan lagu yang rancak, kami rasakan dia mampu sampaikan lagu ini berbekalkan bakat yang dimiliki. Dengan bimbingan, kami turut memberikan dia kelonggaran untuk menghasilkan lirik sendiri menerusi pengalaman yang dia ada, dan ternyata dia mampu melakukannya.
"Hasilnya, dengan campur tangan yang saksama dari semua pihak, kami berjaya merakamkan lagu ini dalam masa lebih kurang tiga bulan. Sebagai susulan, kami ada mencipta lagu balada untuknya, yang sedang disiapkan," kata Iswandy yang pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi seperti Black dan Mohamad, artis kelahiran program Mentor, serta Syahz, bakat yang digilap menerusi Bintang Idola Berita Harian (BIBH).

Lagu Migrain yang akan dilancarkan pada 20 November Di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini sudah pun diedarkan ke stesen radio tempatan.

Kata Heela, dalam versi asal Migrain, diselitkan nyanyian rap dalam bahasa Thailand, dendangan sendiri.

Mahu dikenali dengan kelainan dan keunikan, Heela begitu gembira dapat menghasilkan liriknya sendiri buat kali pertama. Proses itu disifatkan sebagai pengalaman paling berharga buat penyanyi yang baru setahun jagung, sepertinya.

Kembang bakat sebagai pelakon, pengacara

HEELA yang gemar menyampaikan lagu dengan penuh ekspresi ini bersyukur, dalam masa agak singkat ini, dia bukan saja berjaya bergelar penyanyi, bahkan turut menceburi bidang lakonan dan pengacaraan.

"Kini, saya sedang menjalankan penggambaran drama 13 episod yang akan disiarkan di TV9 bertajuk Budak Kolej. Dalam drama ini saya melakonkan watak Wati, teman wanita watak lakonan Bell Ngasri.

"Selain itu, saya juga baru selesai penggambaran filem Hoore Hoore, arahan Saw Teong Hin. Dalam filem yang akan ditayangkan Februari tahun depan ini, saya beraksi di sisi Kilafairy, Akim AF, Adibah Noor, Aznil Nawawi dan ramai lagi.

"Kadang-kadang, saya turut dipanggil menjayakan majlis sebagai pengacara. Syukurlah rezeki saya tidak putus-putus, walaupun saya pernah ditimpa masalah. Sekarang, perjalanan seni saya lebih baik daripada sebelum ini," ujarnya yang sering ditemani ibu tercinta sejak bergelar artis.

Mengharapkan masa depan lebih gemilang, gadis muda ini begitu mengagumi penyanyi Indonesia, Agnes Monica kerana pencapaian seninya, kesungguhan dan kredibilitinya sebagai penghibur, serta vokalnya yang mantap.

"Agnes kini diletakkan di dalam kelompok artis bertaraf antarabangsa, dan sudah banyak memenangi anugerah. Saya cukup meminati dirinya dan sekiranya mempunyai rezeki, saya ingin berjaya sebagai penghibur seperti Agnes.

"Saya akan mencuba yang terbaik untuk ke arah itu, namun begitu saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang kerana tanpa sokongan ahli keluarga dan peminat, tidak mungkin saya berjaya sampai ke tahap ini," tambahnya lagi yang turut diketengahkan menerusi pertandingan BIBH.

Kenapa Rozita?

Posted: 20 Oct 2011 11:53 PM PDT

Rozita Che Wan dan Ally Iskandar bakal bergandingan buat kali pertama sebagai pengacara.
Rozita Che Wan dan Ally Iskandar bakal bergandingan buat kali pertama sebagai pengacara.
Terima tawaran sebab sudah lama kawan Ally Iskandar

MAMPUKAH aktres sensasi, jelita dan popular, Rozita Che Wan, memikul tanggungjawab sebagai hos Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal berlangsung 4 November depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur?

Kemampuannya sebagai pengacara belum terbukti, namun ibu kepada dua anak bujang itu cukup berani apabila menyahut cabaran besar yang disandarkan ke bahunya.
Tatkala namanya diumumkan sebagai gandingan Ally Iskandar mengacarakan majlis terbabit, khabarnya ramai yang agak terperanjat. Tidak kurang yang berpendapat, Rozita belum layak untuk mengendalikan sebuah acara besar yang bakal disiarkan secara langsung. Apatah lagi pada malam berkenaan, seseorang pengacara tidak boleh terlalu bergantung kepada skrip. Supaya tidak kelihatan janggal, hosnya perlu mempunyai keupayaan untuk turut menambah bicara secara spontan. Mampukah Rozita berbuat demikian?

Bagi wanita berhati waja ini, dia tidak pedulikan kata-kata orang. Kalau dia boleh berlakon tanpa bimbingan sesiapa dan bermula dengan pengalaman sifar, dia juga yakin mampu menggalas tugas sebagai pengacara. Lagipun dia percaya, keserasian yang wujud antara dirinya dan Ally dapat menghidupkan acara berprestij itu.

Mengakui mengambil sedikit masa untuk memberikan kata putus, Rozita memberitahu, dia menerima tawaran itu selepas diyakinkan Ally dirinya mampu memikul tanggungjawab berkenaan.

"Ally berjanji akan membantu saya. Bila dia terangkan kepada saya bahawa tidak semua pelakon mendapat peluang seperti ini, hati saya terus terbuka untuk terima. Saya pun kenalah buktikan, kata-kata yang mempertikaikan kemampuan saya tidak berasas.
"Saya kena buang karakter yang sering dibawakan dalam drama, sebaliknya cuba menjadi diri sendiri pada malam itu. Namun apa yang paling saya bimbangkan ialah jika tersasul sewaktu mengacara. Saya juga bimbang jika saya berdebar secara berlebihan, kerana tak mahu penonton melihat reaksi wajah saya ketika itu," katanya yang sudah mula menelaah lakaran skrip pertama yang diberikan.

Ujar wanita ini, tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang. Walau sudah berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik, dia yakin pasti ada kritikan yang akan menyusul di kemudian hari.

Namun dia sebolehnya cuba bersikap positif apabila tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata negatif yang bakal dilemparkan kepadanya. Wanita ini menuntut agar peminat memberinya sedikit ruang kebebasan untuk dia mencuba satu bidang baru.

"Sudah lebih lima tahun saya berlakon, mungkin sudah tiba masa saya cuba satu bidang yang baru pula. Sebelum ini saya pernah menerima tawaran mengendalikan Festival Filem Malaysia (FFM) tahun lalu, tetapi pada waktu itu saya belum bersedia.

"Menyedari peluang sebegini tidak akan datang buat kali kedua, saya nekad untuk menerima saja tawaran ini. Saya tidak mahu menganggap tanggungjawab ini sebagai tekanan. Jika kita menganggap semua benda sebagai tekanan, ia akan mempengaruhi keputusan kita. Jadi, saya meminta peminat supaya memberikan kebebasan kepada saya untuk buat keputusan ini.

"Saya juga tidak berasakan populariti dan kontroversi menjadi sebab TV3 memilih saya. Saya terima tawaran ini juga disebabkan Ally. Kami sudah lama berkawan baik dan kami mempunyai keserasian. Saya percaya dengan bantuan dari Ally, saya mampu menjalankan tugas ini dengan baik. Selain itu saya juga boleh belajar ketika sesi latihan yang bakal diadakan nanti," katanya yang tidak bimbang dengan kutukan orang ramai.

Sementara itu, jelas Ally pula, persahabatan yang sudah lama terjalin memberi kelebihan kepada mereka untuk mencari keserasian. Pada malam itu, dia akan memastikan penyampaiannya setara dengan Rozita agar tidak membayangi kemampuan aktres sensasi itu.

"Pada malam itu, saya bukan saja akan membentuk dirinya, tetapi saya juga akan cuba ikut rentaknya. Saya mahu penonton melihat corak pengacaraan kami setara. Saya akan cuba mengelak daripada kelihatan canggung. Inilah masanya untuk kami membawakan kelainan," katanya.

Kualiti drama meningkat

SEMENTARA itu, kemuncak ASK 2011 kian dirasakan dengan pengumuman 17 calon bagi kategori drama, 10 drama rantaian, tujuh drama komedi dan 29 filem yang layak bertanding, kelmarin.

Pada kali ini, anugerah yang diperkenalkan pada 1994 itu memilih tema Glamor Keemasan sebagai lambang magis industri drama tanah air yang bukan saja dimeriahkan dengan kehadiran pelapis baru berbakat tetapi juga peningkatan kualiti drama diterbitkan.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Nurul Aini Abu Bakar berkata, ketika mula-mula diperkenalkan ASK hanya mengiktiraf drama terbitan TV3, namun sejak penyertaan dibuka kepada stesen televisyen lain pada 2005, anugerah itu mula menjadi penanda aras kepada syarikat produksi untuk melahirkan lebih banyak produk yang baik.

"Kita mahu memotivasikan rumah penerbitan menghasilkan drama terbaik yang berkualiti. Malah kita dapat melihat perkembangan positif industri drama tempatan apabila ramai penerbit berlumba-lumba menghasilkan drama berkualiti.

"Tahun ini contohnya, daripada 17 drama yang terpilih dari 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011, kebanyakannya menunjukkan peningkatan secara menyuruh," kata Nurul Aini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Sementara itu, mengulas kategori filem pula, dia berkata, semua filem yang disiarkan pada tarikh yang dinyatakan layak untuk bertanding. Bagaimanapun dua filem iaitu Dalam Botol dan Dua Alam menarik diri daripada anugerah terbabit.

Katanya, jawatankuasa ASK akur dengan keputusan diambil penerbit kedua filem berkenaan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menghalang keputusan yang diambil.

Monopoli filem seram

FILEM seram nampaknya terus menguasai carta apabila menduduki senarai teratas pencalonan bagi kategori filem. Daripada 29 filem bertanding, 12 daripadanya berunsurkan seram termasuk seram komedi.

Metrowealth Movies Production milik David Teo juga sekali lagi muncul syarikat penerbitan yang menyaksikan penyertaan terbanyak, selepas berbuat demikian dalam Festival Filem Malaysia (FFM) 24.

Bagaimanapun Ahmad Izham menyangkal mereka menyokong penghasilan filem berunsur seram. Sebaliknya, kelayakan filem seram menyertai ASK 2011 ialah refleksi kepada pasaran industri filem tempatan.

"Kalau melihat kepada permintaan industri filem tanah air, kita dapat tengok dengan jelas filem seram paling banyak pengikutnya. Sebagai badan media, kami cuba bersikap telus dengan memberi ruang kepada semua genre filem untuk bertanding.

"Apa yang kita lihat ialah gambaran kepada industri filem tanah air, bukan bermaksud kami sengaja hendak menggalakkan penghasilan lebih banyak filem seram. Sebaliknya itulah fenomena yang berlaku kepada industri filem sekarang," katanya.

Mengenai pemilihan Rozita sebagai pengacara bersama pula, dia yakin pelakon itu mampu mengalas tanggungjawabnya selaku hos dengan baik berdasarkan kepada rakaman uji bakat yang diadakan. Walaupun tidak mempunyai pengalaman, namun Rozita dikatakan paling menyerlah berbanding tiga lagi calon yang diujibakat.

"Kita sudah melihat kepada rakaman uji bakat yang diadakan. Apa yang mengejutkan Rozita mampu mengacara dengan baik. ASK memang anugerah yang berprestij, namun setiap tahun kita cuba mencari kelainan bagi memeriahkan lagi penganjuran acara itu.

"Kalau kita meletakkan pengacara yang memang berpengalaman, mungkin penonton tidak nampak kelainannya. Tetapi dengan menampilkan aktres sebagai pengacara, setidak-tidaknya penonton akan dapat melihat keistimewaan anugerah ini. Lagipun objektif ASK itu sendiri adalah untuk memberi pengiktirafan kepada golongan artis," kata Izham.

Bersesuaian dengan tema Glamor Keemasan, konsep persembahan pada malam anugerah juga banyak menjurus kepada pelapis baru. Penerbitnya, Hamsiah Biri berkata, senarai artis yang bakal membuat persembahan akan menampilkan wajah segar termasuk Black, Elecoldxhod, Zizan, Altimet, Najwa Latif, Awi Rafael, Nashrin, Kilafairy, Nur Fathia dan Wawa Zainal.

Pemenang tender diumum 2012

Posted: 20 Oct 2011 11:52 PM PDT

pix_gal0
Projek pembangunan pusat bandar Cyberjaya dianggar RM10 bilion

CYBERJAYA bakal melangkah setapak lagi ke arah menjadi antara bandar raya pintar terkemuka di dunia apabila bermulanya pembangunan pusat bandarnya yang dianggarkan bernilai sehingga RM10 bilion tahun depan.

Pemaju dan pemilik bandaraya pintar di bawah Inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) itu, Cyberview Sdn Bhd sudah pun mengeluarkan tender bagi pembangunan pusat bandar itu 16 September lalu dan menjangka dapat mengumumkan syarikat yang dipilih dalam tempoh enam bulan selepas tarikh tutupnya 21 Disember ini.
"Tender itu bertujuan mendapatkan cadangan pelan induk serta aturan komersial yang terbaik sesuai dengan kedudukan Cyberjaya sebagai pusat pelaburan strategik negara," kata Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Ir Hafidz Hashim.
"Walaupun kami sudah mempunyai idea bagi pembangunan pusat komersial yang akan menjadi pusat bandar Cyberjaya itu, kami berharap tender itu akan mengumpulkan idea dan pandangan terbaik daripada pemaju sendiri.

"Pusat bandar ini adalah sebahagian perancangan asal Cyberjaya yang dibuat pada 1997 dan kami yakin pembangunannya akan membawa Cyberjaya ke tahap baru," kata beliau pada sidang media bagi mengumumkan prestasi Cyberjaya 2011 di Cyberjaya, semalam.

Hafidz menjelaskan, pusat bandar yang bakal menjadikan aktiviti di Cyberjaya lebih rancak itu akan dibangunkan di tapak seluas 57.06 hektar antara Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) dan stesen transit KLIA Putrajaya & Cyberjaya.

Beliau berkata, projek yang akan mengandungi pelbagai jenis hartanah komersial dan enterpris itu akan dibangunkan sebaik semua keputusan pelaburan serta pelan pembangunannya dimuktamadkan dan diluluskan semua pihak berkuasa berkaitan.
Sementara itu, beliau berkata, jumlah pelaburan di Cyberjaya menyusut kepada RM3.04 bilion tahun ini berbanding RM3.1 bilion pada 2010 susulan penurunan jumlah pelaburan komersial.

Namun, katanya, penurunan itu diimbangkan dengan peningkatan dalam pelaburan projek kediaman yang menjadi penyumbang utama jumlah pelaburan Cyberjaya tahun ini.

"Bagi tahun depan, kami yakin nilai pelaburan ini akan meningkat lebih tinggi kepada RM3.73 bilion berdasarkan jumlah pelaburan serta komitmen yang sudah kami terima setakat ini," katanya.

Sepanjang tahun ini, Cyberjaya mencatatkan nilai pembangunan RM2.42 bilion meningkat 40 peratus berbanding RM1.6 bilion tahun lalu dipacu pembangunan unit kediaman, diikuti jualan tanah enterpris, komersial dan institusi.

Jumlah keluasan tanah yang belum dibangunkan telah berkurangan kepada 29 peratus tahun ini berbanding 50.6 peratus pada 2010, manakala jumlah pembangunan Cyberjaya yang selesai meningkat kepada 27 peratus daripada 23.7 peratus tahun lalu.

Premis niaga hampiri bahu jalan

Posted: 20 Oct 2011 11:46 PM PDT

PREMIS niaga di tepi jalan Pekan Bukit Bunga terletak terlalu dekat dengan bahu jalan.
PREMIS niaga di tepi jalan Pekan Bukit Bunga terletak terlalu dekat dengan bahu jalan.
Pekan Bukit Bunga sesak, peniaga hadapi risiko dirempuh kenderaan

TANAH MERAH: Segelintir peniaga di Pekan Bukit Bunga, dekat sini, seolah-olah tidak menghiraukan faktor keselamatan apabila bertindak berani memperbesarkan perniagaan sehingga menghampiri bahu jalan.

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan orang ramai berikutan jalan berkenaan adalah laluan utama menghubungkan antara pekan itu dengan Jalan Timur Barat dan Buketa, Selatan Thailand menerusi Jambatan Muhibah.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu turut menyebabkan keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan menjadi bertambah sesak terutama pada waktu puncak.
Lebih memburukkan keadaan apabila pengunjung meletakkan kenderaan tanpa mempedulikan tindakan itu boleh mengganggu kelancaran lalu lintas.

Tinjauan Berita Harian di kawasan berkenaan mendapati, peniaga terdedah kepada risiko dirempuh kenderaan bertali arus kerana jarak gerai hanya terletak beberapa meter dari kiri kanan bahu jalan.

Pengunjung, Omar Solihan, 52, berkata kemungkinan kejadian itu boleh berlaku bila-bila masa jika peniaga leka.

"Jangan terlampau ghairah berniaga sehingga tidak sedar kita sebenarnya mungkin menempah maut.
"Jalan berkenaan adalah laluan utama dan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, siapa yang akan dipersalahkan, sama ada peniaga terbabit atau pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan awal," katanya.

Pengunjung, Nur Susilawatie Abdul Jalil, 46, turut mendakwa kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana beberapa gerai yang menjual pelbagai barangan terletak di pinggir bahu jalan.

Katanya, jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan, dibimbangi masalah aliran trafik akan terus membelenggu terutama ketika musim perayaan dan cuti persekolahan.

"Kita percaya tindakan diambil bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi memberi kebaikan bersama bagi mengelak nyawa terancam, kemusnahan harta benda, sekali gus menjamin lalu lintas lancar," katanya.

Lann (A To Z) nikah 11/11/11

Posted: 20 Oct 2011 11:45 PM PDT

Penyanyi Lann (A To Z) atau nama sebenarnya Norazlan Abdul Aziz memilih tarikh 11 November 2011 (11/11/11) untuk menamatkan status dudanya. Pilihannya seorang anak dara yang 16 tahun lebih muda.

Lann, 42, memilih Siti Nur Ain Daut, 24, yang dikenali sejak tiga tahun lalu sebagai suri hidupnya setelah rumah tangganya runtuh dan melalui episod hangat apabila berlaku perselisihan pendapat di antaranya dan bekas isteri pasal penjagaan anak.

Selain keistimewaan tarikhnya (11/11/11), tarikh itu juga sebenarnya hari ulang tahun kelahiran Ain. Itulah alasan mereka memilih tanggal tersebut untuk memeterai ikatan janji berumah tangga.

"Saya dan Ain dan tiga tahun berkawan... tapi memang saya tak mahu menguar-uarkannya. Sekarang segala perkara sudah selesai dan kami akan bernikah, jadi saya sedia memberitahu semua orang," kata Lann ketika datang ke pejabat Utusan Karya Sdn. Bhd. untuk menghantar sendiri kad undangannya

Mereka akan bersanding pada keesokan harinya di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia, Bandar Baru Rawang. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Lan dan bakal isteri yang tiada kena mengena dengan dunia seni.

Memandangkan majlis kedua-dua belah pihak dibuat serentak, mereka akan membahagikan acara kepada tiga bahagian bermula makan tengah hari sebagai acara pertama. Pada acara itu pengantin akan diarak menggunakan kereta kuda dengan alunan kompang, pencak silat dan pengirng berpakaian tradisonal Melayu.

Majlisnya penuh unsur tradisional kerana mereka mengambil tema Mengimbas 500 tahun Tradisi Melayu Beradat. Majlis bersanding juga dihiasi acara tepung tawar, silat dan pantun.

Sesi kedua pada sebelah petang pula diadakan acara memotong kek. Mereka akan menukar persalinan untuk acara itu. Sebelah malam pula sekali lagi mereka akan bersanding. Pada majlis itu ada acara istimewa pengantin perempuan memotok kek ulang tahun.

"Ada juga showcase mini kami berdua kepada tetamu sebelah malam. Ain bukanlah penyanyi, tapi dia boleh menyanyi, jadi kami adakan showcase istimewa sempena hari persandingan kami," jelas Lann keapda Mangga Online.

Diana Amir Nafi Tiada Tawaran Lakonan Selepas Bertudung

Posted: 20 Oct 2011 11:40 PM PDT

Penghijrahan yang dilakukan adalah bersandarkan kesedaran yang tercetus dalam hati kecilnya. Menolak tepi apa sahaja kata-kata sinis yang dilemparkan ke atasnya lantaran tidak percaya pada apa yang dilakukannya sekarang, pelakon muda, Diana Amir nekad untuk terus merubah penampilannya untuk tampil sopan bertudung.

Biarpun ramai yang terkejut dengan perubahan itu, menurut Diana, dia mengambil keputusan ini setelah berfikir panjang dan mendapat keyakinan diri yang kuat.

Baru melalui tempoh tiga minggu bertudung, Diana dikatakan kurang mendapat tawaran berlakon kerana ramai penerbit filem sukar memberikan watak yang bersesuaian dengan imej terbarunya sekarang.

Menafikan tentang perkara itu, Diana berkata, masih ramai yang belum mengetahui perubahannya ini, lantas kebanyakan tawaran yang datang memerlukan dia beraksi seperti mana dirinya dahulu.

"Saya baru nak bertudung dan ia mengambil masa yang lama untuk semua orang mengetahuinya, jadi masih ramai pengarah dan penerbit yang memberikan tawaran mengikut keadaan saya yang sebelum ini.

"Namun setelah saya terangkan, mereka segera faham dan berjanji akan mencarikan watak yang sesuai dengan saya sekarang ini.

"Sekarang saya sudah mula mendapat tawaran drama dan filem semula, saya akan menjalani penggambaran telemovie Puji-pujian, dan filem Assalamualaikum Cinta sedikit masa lagi.

"Perubahan ini saya lakukan atas kerelaan hati saya sendiri, semua pihak baik keluarga ataupun rakan-rakan bersetuju dengan apa yang saya lakukan. Tiada sebab untuk saya tidak bertudung sekarang ini, bahkan pada saya, sekiranya saya menyayangi ibu bapa saya, maka saya harus membuat keputusan sebegini,"jelas Diana

Buka Perniagaan

Bercerita tentang perancangan masa depannya, jelas Diana dia kini sedang dalam proses buka sebuah perniagaan pakaian yang berjenamakan Diana Amir Muslimah Collections ( DAMC).

"DAMC dibuat dengan kerjasama pereka fesyen terkenal, Anizam Yusuf, dia akan reka pakaian muslimah yang bersesuaian dengan fesyen anak muda sekarang ini.

"Sekarang kami dalam proses perbincangan, jika tidak ada aral melintang ia akan dirasmikan pada bulan Disember nanti,"jelas Diana.

Johan Mengaku Masih Sayang Ezreen

Posted: 20 Oct 2011 11:39 PM PDT

Pernah digosipkan bercinta ketika kedua-duanya bergandingan dalam drama rantaian, Juvana, hubungan dua pelakon baru, Johan Asaari dan Izreen Azminda, dikatakan tidak lagi serapat dahulu.

Semakin renggang dan tidak lagi berhubung antara satu sama lain, Izreen dikatakan berkecil hati apabila Johan digosipkan bercinta dengan pelakon popular, Fasha Sandha.

Cemburu dengan gambar-gambar mesra antara Johan dan Fasha sewaktu di dalam penggambaran drama, Cinta Elysa, Izreen dikatakan cuba merenggangkan hubungannya dengan Johan.

Bertanyakan Johan tentang hubungannya bersama Izreen, dia mengakui sangat rapat dengan wanita itu dahulu, namun ia sedikit renggang apabila Izreen tidak lagi mengendahkannya biarpun sudah berkali-kali dia cuba memulihkan kembali hubungan itu.

"Kami memang berkawan rapat sebelum ini, namun tidaklah bercinta. Pada saya, cinta itu suatu perkara yang besar, jadi ia perlukan masa yang lama untuk diterjemahkan.

"Saya suka persahabatan bersama Izreen, kami rapat dan saya sayangkannya, tapi sekarang ini masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.

"Saya sendiri terkejut apabila Izreen mengatakan dia kecil hati apabila saya mula renggang dengannya selepas berlakon bersama Fasha.

"Sudah berkali-kali saya hantar pesanan ringkas (sms) padanya, tapi dia tidak pernah balas. Kalau betul dia rasa saya berubah, kenapa tidak saja kami bersemuka dan berbincang secara baik. Saya juga hairan kenapa Izreen tidak mahu lagi bercakap dengan saya.

Suka Fasha?

Bercerita tentang Fasha pula, jelas Johan, dia sangat menghormati Fasha sebagai 'senior' dan tidak terlintas untuk bercinta dengan wanita hebat itu.

"Saya anggap Fasha seperti Jennifer Lopez, sebab dia sungguh eksklusif di mata saya. Peribadinya, saya memang takut ketika pertama kali bertemunya, tetapi bila dah berlakon bersama, ternyata Fasha seorang yang ramah, bersungguh dengan kerjanya dan sangat berdisiplin,"jelas Johan.

Anugerah Skrin 2011 bertemakan Golden Glamour

Posted: 20 Oct 2011 11:32 PM PDT

BAHANG Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) sudah mula dirasai. Bakal berlangsung 4 November ini, menerusi TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ASK 2011 tampil dengan konsep segar iaitu 'golden glamour'.

Seperti mana yang diketahui umum, penganjuran ASK adalah bertujuan untuk mengiktiraf karya anak tempatan yang telah bertungkus lumus menghasilkan drama serta filem sepanjang tahun lalu.

Setiap tahun, ASK akan menjadi tumpuan peminat dan pemerhati dunia hiburan tanah air yang ternanti-nantikan siapakah yang bakal dijulang dengan gelaran terbaik yang menjadi dambaan setiap anak seni yang bergiat cemerlang pada setiap tahun.

Mempertaruhkan pengacara popular, Ally Iskandar untuk mengemudi majlis berprestij ini, ASK2011 juga turut mengundang pelakon popular, Rozita Che Wan sebagai pengacara bersama pada malam itu nanti.

Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, pihak penganjur turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk turut sama menyertai anugerah berprestij ini.

ASK2011 bakal mempertandingkan 23 kategori meliputi drama. Filem dan penerbitan dalaman serta dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Daripada 23 kategori yang dipertandingkan, 10 daripadanya adalah daripada kategori drama, tujuh daripada filem dan enam lagi daripada kategori penerbitan dalaman.

Untuk kategori drama, 17 buah drama, 10 drama rantaian, dan tujuh drama komedi telah dicalonkan, manakala untuk kategori filem pula 29 buah filem layak untuk dipertandingkan untuk ASK 2011 ini.

Antara drama yang layak bertanding adalah seperti Berkalung Noda, Airmata Nur Salina, Korban Kasih Abah, Jangan Hantar Aku Ke Neraka, Sanggul Beracun dan Janji Syurga.

Manakala untuk filem pula, antara yang tercalon adalah seperti Mantra, magika, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, KL Gangster, Kongsi, Nur Kasih The Movie dan Sekali Lagi.

'Rahmat Masjid' dekati kanak-kanak

Posted: 20 Oct 2011 11:31 PM PDT


Para peserta program Rahmat Masjid bersama ahli jawatankuasa Masjid At-Taqwa, Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah, Melaka, baru-baru ini.


KEWUJUDAN Masjid At-Taqwa yang baru berusia tiga bulan di Kampung Paya Lebar Masjid Tanah, Melaka ternyata membawa rahmat kepada ahli kariahnya.

Dalam usaha mengimarahkan masjid, Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa, Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) Paya Lebar bersama-sama dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar mengadakan program yang mendekatkan golongan kanak-kanak ke masjid iaitu Rahmat Masjid.

Menurut Imam 1 Masjid at-Taqwa, Zainudin Alias, dalam al-Quran dan hadis banyak menjelaskan tentang kepentingan dan peranan masjid.

Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba') sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang bersih. (at-Taubah: 108)

Begitu juga daripada Abu Darda', dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Masjid adalah rumah setiap orang yang bertakwa. Dan Allah menjamin dengan roh, rahmat dan kelancaran perjalanannya menuju reda Allah, menuju syurga, bagi orang yang menjadikan masjid rumahnya". (riwayat Tabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Ausath).

Kata beliau, situasi itu memberi gambaran betapa bertuah andai kita dapat menanamkan semangat cintakan masjid pada usia kanak-kanak lagi.

"Dengan penerangan yang tepat dan penuh hikmah saya percaya program Rahmat Masjid mampu memberi suntikan dan semangat untuk kanak-kanak berjemaah di masjid," katanya.

Sementara itu, Penyelaras program, Norazima Mohamad berkata, program yang dikhaskan untuk murid tahun 6 itu merupakan salah satu aktiviti selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Tujuannya memberi kefahaman kepada murid berhubung kelebihan mereka berkunjung atau berjemaah di masjid.

"Sepanjang program yang disertai oleh 50 murid dan 10 guru, peserta didedahkan dengan adab-adab di dalam masjid, kelebihan masjid, cara beriktikaf, solat tahiyatul masjid dan gotong-royong membersihkan kawasan dalam masjid seperti lantai, kipas dan stor," katanya yang juga guru Bimbingan SK Ramuan China Besar.

Turut hadir Penghulu DUN Ayer Limau, Baharuddin Rashid; Pengerusi JKKK Kampung Paya Lebar, Yaaman Yusof dan Guru Besar SK Ramuan China Besar, Pouziah Ghani.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid At-Taqwa, Kasim Bedai mengalu-alukan program sedemikian tambahan pula masjid itu baru dibina.

"Saya juga mengalu-alukan sumbangan wang ringgit atau peralatan yang sesuai seperti rehal, penyedut hampagas dan sebagainya untuk kegunaan masjid," katanya.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Setiausaha masjid, Abdul Gahni Hashim di talian 017-8899575.

Kaffarah menzihar isteri

Posted: 20 Oct 2011 11:30 PM PDT

SAYA ada sedikit kekeliruan tentang hukum Zihar. Situasi saya begini:-Saya sedang berbual-bual dengan isteri mengenai satu gambar lama yang saya simpan. Dalam gambar itu ada tiga orang sedang tidur terlangkup iaitu isteri saya, anak lelaki saya dan adik perempuan saya.

Lalu saya berkata secara spontan kepada isteri, "Sudah tengok gambar tu? Ada tiga punggung, besar! Sama je tiga-tiga." Kami pun tertawa kerana menganggap ia lucu. Selepas itu saya tersentak kerana secara tidak sengaja telah berkata demikian.

Soalan-soalan saya:

1. Adakah jatuh zihar terhadap isteri walaupun saya tidak sengaja kerana ia adalah anggota yang boleh menimbulkan syahwat.

2. Adakah saya perlu berpuasa dua bulan berturut-turut? Bagaimana jika di pertengahan puasa tersebut terdapat hari yang diharamkan berpuasa seperti hari raya haji?

3. Atau bolehkan saya terus membayar kaffarah memberi makan kepada 60 fakir miskin dengan membayar nilai wang yang sama di pusat zakat?

Jawapan:

Terlebih dahulu elok kita memahami apakah zihar. Mengapa ia diharamkan dan apa syarat-syarat berlakunya zihar, rukun serta bentuk ungkapan zihar. Dalam ruang yang cukup terhad ini saya akan cuba menjelaskan sekadar yang termampu.

Dalam al-Quran, surah Mujadalah atau dinamakan juga dengan Mujadilah membicarakan secara khusus mengenai persoalan zihar.

Di zaman jahiliah zihar adalah jalan untuk menceraikan isteri. Kerana pada zaman jahiliah apabila seorang suami tidak mahu kepada si isterinya, maka jalan untuk menyelesaikannya adalah dengan menzihar isterinya dengan ibunya.

Hal ini maklum di zaman jahiliah. Zihar pada budaya arab adalah menyamakan isteri dengan punggung emak lelaki tersebut dengan tujuan menghinanya dan merendah-rendahkannya dan juga mengimplikasikan zihar. Tetapi gurauan dan sendaan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai niat tersebut tidak membawa kepada zihar.

Rupanya ada di antara kaum muslimin yang masih terpengaruh dengan adat dan kebiasaan masyarakat jahiliah. Lagipun pada ketika Khaulah binti Tha'labah diziharkan oleh suaminya Aus bin Samit belum ada hukum daripada syariah mengenai zihar.

Sebab itulah apabila dizihar oleh suaminya, Khaulah segera bertemu Rasulullah SAW untuk mendapatkan penjelasan. Kebanyakan kitab tafsir menukilkan riwayat dari Aisyah yang bermaksud: "Maha Suci Tuhan Yang Maha luas pendengarannya akan segala sesuatu, sesungguhnya aku telah mendengar pengaduan Khaulah binti Tha'labah, aku hanya dapat dengar sebahagiannya sahaja dari pengaduan Khaulah mengenai suaminya kepada Rasulullah saw. Khaulah berkata: "Wahai Rasulullah telah ku habiskan usia mudaku untuknya (Aus bin Samit), perutku telah mengandungkan zuriatnya, namun apabila aku telah menjangkau usia tua diziharnya aku. Sesungguhnya aku mengadu kepadamu wahai Rasulullah. Tidak lama kemudian, mengikut beberapa riwayat turun ayat mengenai hukum zihar sebelum subuh keesokan harinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. Dan orang-orang yang 'ziharkan' isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan rasul-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi adat jahiliah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadalah: 1-4)

Definisi zihar

Zihar berasal daripada perkataan zahr, yang bererti belakang. Apabila seorang suami mengatakan bahawa isterinya seperti belakang ibunya, maka berlakulah zihar. Dalam konteks zihar, dua aspek utama yang menjadi perhatian.

Pertama, perkataan belakang hanya sebagai kiasan sahaja, sedangkan secara hakikatnya ia merangkumi semua anggota tubuh badan kecuali mata kerana ia bukan zihar yang jelas.

Oleh itu, jika diniatkan sebagai suatu penghormatan maka tidak menjadi zihar. Sebaliknya jika diniatkan talak maka jadi zihar. Kedua, wanita yang menjadi perbandingan ialah wanita yang haram dikahwini oleh suami.

Jika kita telitikan apa yang dimaksudkan oleh zihar mengikut Imam Syafie: "Lafaz suami menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan mana-mana anggota wanita yang haram ke atasnya sampai bila-bila (haram muabbad) bagi suami.

"Lafaz zihar mestilah jelas mengandungi perkataan yang menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan mana-mana anggota wanita haram muabbad (kekal haram dikahwini)."

Kaffarah zihar

Selepas si suami menziharkan isterinya dan mahu kembali bersamanya maka hendaklah melangsaikan kaffarah yang dinyatakan dalam al-Quran seperti berikut.

Kaffarah zihar ialah membebaskan hamba, jika tidak mampu hendaklah memberi makan atau pakaian kepada 60 fakir miskin.

Jika itu masih lagi tidak mampu maka hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Suami yang melakukan zihar mesti membayar kaffarah sebelum melakukan perhubungan kelamin dengan isterinya. Perbuatan zihar mungkin berlaku jika suami jahil tentang hukum-hakam.

Berdasarkan kepada lafaz saudara apabila melihat gambar isteri, anak dan adik perempuan bahawa ketiga-tiga punggung adalah sama, maka zihar itu berlaku. Sebabnya, lafaz yang saudara ungkapkan jelas.

Keduanya, menyamakan salah satu anggota tubuh orang yang haram dikahwini untuk selama-lamanya iaitu adik perempuan.

Sekiranya saudara ingin kembali bersama isteri maka saudara dituntut melangsaikan salah satu jenis kaffarah yang termampu.

Dalam memilih kaffarah zihar saya pulangkan kepada saudara, buat yang mana terdaya dan termampu. Sesungguhnya Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan olehnya.

Sekiranya memilih untuk berpuasa dua bulan berturut-turut maka hari raya tidak memungkinkan saudara berbuka, kerana suruhan berpuasa dua bulan berturut-turut adalah perintah dari al-Quran. Manakala tegahan berpuasa adalah daripada hadis dan hadis Rasulullah adalah bagi keadaan biasa, bukan untuk diaplikasi kepada orang yang menjalani hukuman zihar.

Yang demikian itu juga adalah pandangan al-Marhum Sheikh al-Azhar, Sayyid Muhammad Tantawi.

Namun, ada juga pandangan ulama yang terpilih bahawa dalam tempoh puasa dua bulan berturut-turut sekiranya berlaku hari raya, hari tasyrik, maka tidak berpuasa pada hari-hari tersebut tidak memutuskan puasa dua bulan berturut-turut.

Begitu juga sekiranya ketika sedang berpuasa ditimpa sakit, maka dibenarkan tidak berpuasa sehingga sembuh, setelah sembuh puasa itu disambung kembali.

Jika saudara memilih untuk memberi makan kepada 60 miskin juga pilihan yang terbaik, kerana memberi orang miskin makan ada dua kelebihan. Yang pertama, mengeluarkan sebahagian harta ke jalan Allah SWT.

Keduanya, memberi fakir miskin makan. Saya kurang pasti sama ada terdapat khidmat kaffarah di kaunter-kaunter zakat, mungkin saudara boleh bertanya. Kalau tidak silap saya fikir ada khidmat bayar kaffarah zihar dan ada perkiraannya.

Syurga penuh nikmat

Posted: 20 Oct 2011 11:29 PM PDT

ALLAH SWT telah menyebut keadaan duniawi para pemilik kebun dan azab yang menimpa mereka disebabkan kebun itu apabila mereka menderhaka dan menyalahi perintah-Nya.

Allah SWT menambahkan perkara ini dengan penjelasan bahawa orang yang bertakwa dan mentaati-Nya akan mendapat kebun-kebun yang penuh dengan kenikmatan dan tidak akan binasa serta tidak akan musnah di perkampungan akhirat nanti.

Seterusnya Allah SWT menjawab dakwaan orang kafir yang berkata: "Jika benar kami akan dibangkitkan sebagaimana yang disangkakan oleh Muhammad dan para sahabatnya, sudah pasti mereka tidak akan dapat menandingi kami.

"Bahkan kami lebih baik keadaannya jika dibandingkan dengan mereka kerana yang berbaik dengan kami di dunia akan berbaik dengan kami di akhirat.

"Bagaimana kamu menyamakan di antara orang yang taat dengan orang yang derhaka sehingga kamu lebih mengutamakan orang yang derhaka dari mereka yang taat kepada Allah SWT".

Firman Allah SWT: Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya. (al-Qalam: 34)

Ibn Kathir berkata: "Tatkala Allah menceritakan keadaan ahli kebun di dunia dan apa yang ditimpa kepada mereka dengan pembalasan kerana derhaka dan melanggar perintah Tuhan lantas Allah menerangkan balasan bagi orang yang bertakwa dan taat kepada-Nya di negeri akhirat dengan syurga-syurga penuh kenikmatan yang tidak menerima kerosakan dan hilangnya nikmat."

Al-Maraghi berkata: "Orang yang bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan-Nya, pasti mereka ini akan menerima syurga yang di dalamnya mereka akan menikmati pelbagai nikmat yang terbaik.

"Tidak ada sebarang kekeruhan yang boleh mengurangkannya, sebagaimana bercampurnya kebun-kebun di dunia."

Muqatil berpendapat: "Ayat ini turun ketika orang kafir Mekah berkata kepada kaum muslimin: Sesungguhnya Allah telah melebihkan kami berbanding kamu di dunia ini, oleh itu tentu Allah SWT akan melebihkan kami berbanding dengan kamu di akhirat."

Andainya Allah tidak melebihkan kami di akhirat tapi sekurang-kurangnya Dia akan memberikan kami persamaan. Allah SWT menjawab apa yang mereka katakan dan mengurniakan kejayaan kepada orang yang bertakwa menerusi firman-Nya.

Bagaimana Allah SWT akan menyamakan orang yang taat dengan orang yang derhaka.

Firman Allah SWT: Maka apakah patut kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)? Atau Adakah kamu (berbuat demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (al-Qalam: 35)

Syed Qutub berkata: "Pertanyaan ini dituju kepada mereka yang disebutkan dalam ayat yang terdahulu. Ia adalah satu pertanyaan yang hanya mempunyai satu jawapan iaitu tidak mungkin.

Orang Islam yang mengaku dan menyerah diri kepada Allah tidak sekali-kali sama dengan orang kafir yang melakukan dosa kekufuran dengan penuh kedegilan. Allah sifatkan mereka dengan sifat yang keji ini.

Oleh itu adalah tidak rasional dan tidak adil andainya orang Islam itu dijadikan sama dengan orang kafir yang berdosa ketika menerima balasan dan kesudahan. Mengapa kamu begitu? Dengan pertimbangan apakah kamu membuat keputusan itu?

Bagaimana cara kamu menimbangkan nilai-nilai dan darjat hingga darjat orang Islam sama dengan darjat orang kafir yang berdosa dalam pertimbangan kamu?

Firman Allah SWT: Atau Adakah kamu mempunyai sebuah Kitab (yang diturunkan Allah) yang kamu membacanya? Bahawa di dalamnya kamu benar-benar boleh memilih apa yang kamu sukai untukmu. (al-Qalam: 37-38)

Al-Maghari berkata: "Apakah di tanganmu ada kitab yang diturunkan dari langit yang kamu pelajari dan kamu edarkan lalu diterima oleh generasi khalaf dari generasi salaf yang mengandungi hukum yang benar sebagaimana yang kamu sangkakan.

"Justeru, kamu boleh memilih apa yang kamu senangi, adakah urusan itu diserahkan kepadamu dan tidak diserahkan kepada orang lain selain kamu."

Kesimpulannya apakah akalmu telah rosak sehingga sanggup menghukum sedemikian rupa atau tidakkah telah datang kepadamu kitab yang memberi kebebasan kepada kamu memilih dan menyerahkan urusan itu kepadamu?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved