Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011
- Tebus talak demi kekasih
- Rozita Dibayar Tinggi Kerana 'Kiah Mai Pulak'
- Krisis Pak Long & Kumpulan Kristal Selesai Cara Baik
- Vanidah Tolak Tawaran Berlakon Kerana Pelajaran
- Forteen Tak Mahu Di Cop Artis K-Pop
- MasterChef Di Astro Ria Sabtu Ini
- Drama 'Nilapura' Ganti 'Supermak' Di TV3
- Mariah Carey Mahu Perkenalkan Anak Kembar
- Bas rempuh treler
- Berganding lagi dengan Zizan
- Kempunan RM350,000
- Honda Wave Dash SE versi Repsol dilancar
- Kesan boleh dilihat dalam 4 minggu
- Derita buah zakar terlampau besar
- Diugut bunuh
- Muzium Kapal Korek dibuka
- Impian final ke-3 Hai-O membara
- Bahaya spa ikan
- Remaja dan isu akidah
- Berkorban dan bersyukur
- Zakat bukan untuk yang miskin sahaja
- Pertahan kedudukan istimewa Islam
- Halfest 2011 tonjol kemampuan usahawan Islam
- Wanita Arab pertama terima Hadiah Noble
Rozita Che Wan Cuba Nasib Jadi Pengacara ASK2011 Posted: 19 Oct 2011 06:36 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Rozita Che Wan dipilih sebagai pengacara Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November ini. Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, pemilihan Rozita adalah bagi memberikan kelainan kepada penganjuran kali ini. "Pemilihan Rozita adalah unik dan akan memberikan kelainan pada malam itu nanti. Walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pengacara, pihak kami yakin dia mampu melakukannya," ujarnya pada sidang media ASK2011 di sini, Rabu. Ahmad Izham berkata, Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar pada majlis tersebut. ![]() Beliau yakin gandingan itu akan memberi kelainan dan percaya Ally dapat menjadi mentor kepada Rozita sebagai persediaan. Ahmad Izham berkata, acara karpet merah pula akan dikendalikan oleh Nabila Huda, Adzriefaiz Adzlan dan hos Bintang Pantene. Sementara itu, Rozita yang ditemui berkata pada mulanya dia terkejut dengan pemilihan itu namun memandang positif dengan amanah yang diberikan. Ujarnya, tugas itu adalah peluang besar untuknya dalam mengembangkan kerjaya seninya ke tahap lain. "Sudah tentu saya takut dan fikir banyak kali sebelum menerima tawaran itu. Namun atas dorongan dan keyakinan pihak produksi serta Ally saya menyahut cabaran tersebut," katanya. Manakala Ally pula berkata, dia akan mempersiapkan diri untuk acara gilang gemilang itu dan akan memastikan keserasian mereka berdua. "Sebelum ini saya banyak mengacarakan program berbentuk hiburan dan ini kali pertama untuk ASK2011. "Persediaan tetap perlu dilakukan kerana ia sebuah majlis anugerah dan latihan bersama Rozita akan diteruskan bagi mencari keserasian antara kami supaya tidak kekok nanti," ujarnya. Sementara itu secara keseluruhan, ASK2011 akan mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman selain dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene selaku penaja utama. Sepuluh kategori drama bakal dipertandingkan manakala jumlah kategori filem kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman. ASK2011 ini akan mempertandingkan 17 buah drama, 10 drama rantaian dan tujuh drama komedi. Manakala kategori filem pula melibatkan 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Menurut Pengurusan Penjenamaan TV3, Nurul Aini Abu Bakar calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011. "Drama terpilih juga berdasarkan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielson Media Research berdasarkan genre masing-masing," katanya. Penghakiman juga adalah telus dan juri yang dilantik tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam drama atau filem. Bercakap mengenai konsep ASK2011 tahun ini, Nurul Aini memberitahu tema 'Golden Glamour' dipilih pada malam tersebut. "Konsep itu dipilih bagi merujuk kepada sentuhan magis para karyawan dan produksi yang menghasilkan karya hebat selain melahirkan bintang baru yang bersinar," katanya. Malah katanya, persembahan pada malam itu juga akan menampilkan muka baru bagi memberi kelainan pada penganjuran tahun ini. Antara artis yang akan menjayakan persembahan pada malam itu adalah Black, Ferhad, Najwa Latiff, Tomok, Shila Amzah dan Jaclyn Victor. Persembahan daripada dramatis popular seperti Kilafairy, Nur Fathia, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay dijangka menarik perhatian penonton. |
Posted: 19 Oct 2011 06:35 PM PDT TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak dengan bekas suami untuk berkahwin dengan teman lelaki. JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak. Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang' namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah. Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.
"Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama," katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama. |
Rozita Dibayar Tinggi Kerana 'Kiah Mai Pulak' Posted: 19 Oct 2011 06:34 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh mengakui perlu mengeluarkan bayaran yang tinggi kepada pelakon Rozita Che Wan untuk menjayakan drama bersiri Kiah Mai Pulak. Ini kerana dia tidak mahu mengganggu kesinambungan drama Kiah Pekasam sebelum ini yang pernah disiarkan di Astro Warna (saluran 132). "Kami terpaksa mengeluarkan bayaran yang agak tinggi atas permintaan Rozita dan telah dipersetujui kedua-dua belah pihak. "Ini kerana kami perlu meneruskan kesinambungan cerita ini memandangkan dia merupakan pelakon utama yang mampu menarik ramai penonton," katanya kepada mStar Online. Tambahnya: "Walaupun dia meminta bayaran yang mahal, tetapi dia masih memberikan komitmen yang tinggi serta menyediakan kostum sendiri yang cantik-cantik untuk penggambaran drama ini. "Kostum yang dipakai lebih menyerlah dan berwarna-warni berbanding sebelum ini. Dia sanggup membeli sendiri kostum-kostum tersebut. Mengenali Rozita, dia bukanlah seorang yang mudah memakai baju yang ditaja. Lagipun susah untuk mencari penaja yang mampu menepati seleranya." ![]() Menyentuh tentang gandingan buat kali kedua antara Rozita dan Zain Saidin yang pernah digosipkan bercinta sebelum ini, Fadzil menganggap penglibatan mereka turut dikekalkan bagi meneruskan kesinambungan drama tersebut. "Tiada sebab untuk kami menyingkirkan kedua-duanya kerana mereka sangat penting untuk mengekalkan kesinambungan musim pertama," ujarnya. Kiah Mai Pulak menceritakan Che Kiah telah diminta oleh pihak istana supaya mengendalikan sebuah resort yang baru saja ditubuhkan di daerah Kuala Perlis. Kiah serba salah namun dengan semangat dan tunjuk ajar, Kiah berjanji untuk mengusahakan resort itu hingga berjaya. Masih mengekalkan muka-muka lama seperti Fendy London, Azza Rima, Cip Puteh dan Sabrina Ali, drama ini turut mempertaruhkan Sheila Rusly, Eizlan Yusof dan Aiman (Mentor). Ia menemui penonton setiap Khamis, pukul 10.30 malam di Astro Warna (Saluran 132). |
Krisis Pak Long & Kumpulan Kristal Selesai Cara Baik Posted: 19 Oct 2011 06:32 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Penyanyi Shafie Ahmad,46, atau lebih dikenali sebagai Pak Long yang popular dengan lagu Selagi Ada Rindu berjaya menyelesaikan kesnya dengan Kumpulan Kristal yang dikatakan "mencuri" lagu berkenaan untuk dimuatkan dalam album mereka. Pak Long berkata, hasil perbincangannya dengan syarikat rakaman Music Valley, mereka telah mencapai kata sepakat untuk tidak memanjangkan kemelut itu. "Saya sudah berjumpa dengan pihak pengurusan yang menerbitkan album Kumpulan Kristal tidak lama dahulu dan kami mencapai persetujuan yang baik. Pihak Music Valley pun sudah memasukkan nama saya dalam album Kristal sebagai pemilik asal lagu berkenaan. "Malah syarikat itu juga memberi peluang kepada saya menghasilkan beberapa buah lagu untuk artis dia bawah syarikat mereka," katanya kepada mStar Online semasa majlis pelancaran single terbaru nyanyiannya di Restoran Rebung di sini, Selasa. Pak Long menambah, dia gembira lagu berkenaan yang pernah dia popularkan untuk album pertamanya pada tahun 2008 dinyanyikan semula oleh artis lain dengan susunan muzik berbeza. Sementara itu dalam perkembangan lain, Pak Long baru menyiapkan "single" terbarunya berjudul Rindu Tetap Merindu yang merupakan kesinambungan Selagi Ada Rindu. Lagu edaran syarikat rakaman FMC itu katanya telah dihantar ke stesen-stesen radio dan sedang menunggu giliran untuk disiarkan. Ujarnya, lagu tersebut ditulis kira-kira dua tahun lalu yang mengisahkan mengenai alam dan percintaan. "Saya suka berimaginasi ketika menghasilkan lagu. Lagu ini dibuat di tepi pantai sambil mengimbas pengalaman saya merindui peminat-peminat saya," uarnya. Tambah Pak Long lagi, istimewanya "single" tersebut kerana turut memasukkan bahasa daripada petikan sastera lama selain berkonsepkan etnik balada. Ia turut memuatkan muzik berunsurkan rock, Arab dan kemelayuan. Ditanya tidakkah dia berasa bimbang kerana terpaksa bersaing dengan artis-artis yang lebih muda, bapa kepada tujuh orang anak berusia lapan hingga 11 tahun ini memberitahu, tidak berasa bimbang dengan hal tersebut. Ujarnya, karya yang dihasilkan tiada kaitan dengan usia tetapi apa yang lebih penting bagaimana sesebuah lagu itu mampu memikat hati pendengar selain mampu bertahan lama. Pak Long yang pernah menghasilkan lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian kumpulan Jin Bara dan Al-Jannah yang dipopularkan Mawi turut memberitahu, selepas "single" tersebut popular, dia berhasrat menghasilkan sebuah album penuh yang dijangka berada di pasaran pertengahan tahun 2012. |
Vanidah Tolak Tawaran Berlakon Kerana Pelajaran Posted: 19 Oct 2011 06:31 PM PDT ![]() SERDANG: Aktres Vanidah Imran tidak mengambil sebarang tawaran berlakon sepanjang tahun ini bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajiannya di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Kata Vanidah, dia tidak pernah menyesal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon dan menganggap ia sebagai satu pengorbanan. "Saya memang merancang untuk sambung pengajian selepas Rashidi tamatkan pengajiannya. Alhamdulillah kini sudah masuk semester kedua saya di OUM. "Secara jujurnya memang agak sukar untuk membahagikan masa dengan kerja sebab itulah saya menerima tawaran menjadi pengacara rancangan Nona dan menolak semua tawaran berlakon," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen suaminya, Rashidi Ishak di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, Selasa. Rashidi menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi daripada universiti itu selepas tujuh tahun bergelar pelajar. Dalam pada itu, Vanidah juga mengakui menyesal kerana terlalu mengejar kerjaya pada usia muda sehingga mengabaikan pelajaran. "Saya menyesal kerana ketika muda saya terlalu sibuk mencari peluang dalam industri sehingga melupakan pelajaran dan saya menasihatkan artis-artis baru agar habiskan dulu pengajian mereka sebelum terlibat dalam industri ini. "Industri ini sentiasa terbuka tapi peluang kita untuk belajar kerana itu lebih penting kerana pelajaran memberi nilai tambah dalam diri kita," katanya yang memilih jurusan berkaitan pendidikan dan bahasa. Selain itu, dia mengakui mendapat inspirasi dan galakan penuh daripada suami dan keluarga untuk terus menuntut ilmu. "Ayah saya memang ingin sangat saya sambung belajar, sehinggakan saya sudah bekerja dia masih menyuruh saya sambung belajar. "Selepas suami tamat pengajiannya barulah saya rasa masa yang paling sesuai untuk saya pula menuntut ilmu," ujarnya. |
Forteen Tak Mahu Di Cop Artis K-Pop Posted: 19 Oct 2011 06:30 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Kumpulan baru, Forteen tidak mahu dilabel sebagai penyanyi berkumpulan ala Korea, K-Pop, sebaliknya menjelaskan muzik mereka lebih ke arah konsep Barat. Kata salah seorang daripada kumpulan yang bernaung di bawah label KRU Studios itu, Ariz, ramai yang keliru dengan konsep muzik yang dibawakan Forteen dan mereka ingin mengubah persepsi tersebut. "Kami tidak mahu di cop sebagai artis berkumpulan ala K-Pop walaupun sekarang ini musim K-Pop melanda di negara kita. Tetapi cara imej yang dibawakan ada sedikit unsur-unsur dari Korea. "Bagaimanapun Forteen membawakan muzik berkonsepkan pop dan kami mengambil rujukan daripada kumpulan seperti Westlife, Il Divo dan juga KRU. "Janganlah pula menganggap kami merujuk konsep lagu KRU kerana kami berada di bawah label kumpulan itu," selorohnya. ![]() Selain Ariz,ahli kumpulan Forteen terdiri daripada One, Izzue dan Ameer. Menurut One pula, walaupun kurang gemar dengan pandangan orang mengenai konsep muzik yang dibawakan, dia dan ahli kumpulannya itu bersyukur kerana ia menunjukkan Forteen semakin dikenali. "Inilah masanya untuk kami menunjukkan bakat yang dimiliki masing-masing. Walaupun terpaksa bersaing dengan beberapa kumpulan ala K-Pop di Malaysia, ia merupakan cabaran kami untuk menyaingi mereka. "Alhamdulillah, "single" lagu pertama kami iaitu "Berdua Bersatu" merupakan kejayaan pertama kami lebih-lebih lagi ia kerap dimainkan di radio. Itu juga menunjukkan peminat memberi respons yang memberangsangkan," ujarnya. Selepas "Berdua Bersatu", Forteen bakal muncul dengan "single" kedua pula dalam masa terdekat ini dan mereka juga bercita-cita untuk menghasilkan sebuah album penuh jika "single" lagu yang dibawakan menerima respons positif. "Diakui Forteen masih baru dan terlalu jauh lagi perjalanan untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam industri seni yang penuh dengan saingan. "Apabila melihat jumlah peminat menerusi akaun Facebook kami iaitu http://www.facebook.com/pages/Forteen lebih daripada 15,000 orang, ia sudah cukup buat kami gembira dan lebih bersemangat lagi untuk meneruskan kerjaya kami. "Harap Forteen dapat memberikan sesuatu yang positif dalam mengembangkan industri muzik tempatan," kata Izzue pula. |
MasterChef Di Astro Ria Sabtu Ini Posted: 19 Oct 2011 06:30 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Program realiti masakan popular dunia MasterChef Malaysia akan mula bersiaran pada Sabtu ini di Astro Ria (saluran 104), pukul 9 malam. Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata pihak Astro teruja memulakan siaran program realiti ini bersama 40 orang peserta yang terpilih menerusi sesi saringan pemilihan yang ketat. "Walaupun ia merupakan kali pertama program ini diperkenalkan, kami berasa amat gembira dengan sambutan memberangsangkan yang diberikan oleh orang ramai terhadap program ini. "Kami berharap pengisian yang ditawarkan kali ini mampu memberikan pengalaman yang berbeza kepada para penonton," katanya melalui satu kenyataan akhbar kepada mStar Online, di sini, Rabu. Tambahnya, barisan peserta yang telah terpilih mempunyai potensi yang berkualiti untuk bersaing serta pergi jauh dalam bidang masakan. "Menariknya lagi, kesemua 40 orang peserta ini terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia. "Pada penghujung rancangan ini, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia," jelas Azlin lagi. Program realiti masakan nombor satu ini telah dijadualkan untuk bersiaran pada setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat selama 11 minggu. Program MasterChef ini bermula pada tahun 2009 di Australia dan mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di negara itu untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010. Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. |
Drama 'Nilapura' Ganti 'Supermak' Di TV3 Posted: 19 Oct 2011 06:29 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Drama bersiri Nilapura bakal menggantikan drama Supermak bagi mengisi slot aksi di TV3 bermula 31 Oktober ini. Ia menemui penonton setiap Isnin pukul 9 malam. Drama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan. Drama terbitan KL Motion Picture berlatarbelakangkan lokasi penggambaran di Kellie Castle di Perak dan sekitar negeri Kedah. Antara pelakon-pelakon handalan tanah air yang membintanginya ialah Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz. Cerita epik percintaan ini berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Putera Rangga yang dilakonkan oleh Amar Asyraf merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura. Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya. Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal. Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan. Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti. |
Mariah Carey Mahu Perkenalkan Anak Kembar Posted: 19 Oct 2011 06:27 PM PDT ![]() SELEPAS enam bulan melahirkan bayi kembarnya, diva terkenal, Mariah Carey akhirnya mahu memperkenalkan anaknya kepada dunia. Mariah dan suami, Nick Cannon telah menjemput Barbara Walters ke kediaman mereka di New York untuk satu temu bual khas untuk program 20/20. Bakal disiarkan pada 21 Oktober ini di saluran ABC di Amerika, selain bercakap mengenai pengalaman mengandungkan Monroe dan Moroccan, perkahwinan dan kehidupan sebagai selebriti, Mariah juga akan memperkenalkan kembarnya dalam program itu. Ia akan menjadi kemunculan pertama anak kepada penyanyi yang popular dengan lagu We Belong Together itu. Monroe dan Moroccan dilahirkan secara pembedahan pada 30 April lalu pada hari ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut yang ke tiga. |
Posted: 19 Oct 2011 06:26 PM PDT KELUAR...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengusung keluar mangsa yang cedera. ROSAK...bahagian depan dan tepi bas hancur selepas merempuh treler. JASIN: "Saya terkejut kerana ketika cuba masuk ke lorong kecemasan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dan melihat sebuah bas terbabas ke kanan jalan," kata pemandu treler, Aziz Romzi Sarkam, 42. Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, dua penumpang termasuk wanita sarat mengandung lima bulan cedera, manakala 14 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan treler di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bas berkenaan membawa 16 penumpang dengan empat daripadanya ke Singapura dan selebihnya ke Johor Bahru, manakala treler itu dari Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.
Che Suza berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas dikenali sebagai Raja Chandran berusia 40-an dari syarikat Jebat Ekspres itu dipercayai cuba memotong di sebelah kanan jalan, sebelum terlanggar belakang treler terbabit yang ketika itu sedang bergerak perlahan ke lorong kecemasan.
"Akibat rempuhan kuat itu, seluruh dinding bahagian kanan badan treler ini rosak teruk dan termasuk ke dalam bas, manakala bas ekspres berkenaan pula rosak di bahagian kiri depannya," katanya.
|
Posted: 19 Oct 2011 06:25 PM PDT PADA satu temu bual tidak lama dulu, dia pernah menyatakan belum bersedia untuk memikul watak berat memandangkan pengalaman lakonannya sendiri belum cukup mantap atau boleh dibanggakan. Namun, kenyataan yang diungkapkan itu tidak bererti Juliana Sophie Johari Evans, 22, tak endah sekiranya graf lakonannya hanya statik di takuk sama. Tentu saja dia mahukan peningkatan, cuma dia tidak mengharapkan proses perubahan berlaku secara drastik akan tetapi memadai seandainya berdikit-dikit.
|
Posted: 19 Oct 2011 06:24 PM PDT REMAN...suspek kes culik dibawa ke Mahkamah Selayang untuk perintah tahanan reman. KUALA LUMPUR: Sekumpulan enam orang termasuk seorang wanita yang menculik seorang ahli perniagaan untuk mendapat wang tebusan RM350,000 berputih mata apabila dicekup dalam tempoh tiga jam selepas membebaskan seorang ahli perniagaan yang diculik mereka 12 jam lebih awal di Selayang, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun dan memiliki premis perniagaan insurans di Jalan Kuching, di sini, baru saja menghantar anaknya ke sekolah rendah sebelum berjoging di kawasan berdekatan rumahnya di Batu Caves.
"Mangsa dilarikan ke kawasan Taman Metro Prima, Kepong dan disembunyikan dalam kereta berkenaan sehingga jam 10 pagi di kawasan tempat letak kereta di perumahan itu.
Katanya, sebaik menerima panggilan daripada kumpulan itu, isteri mangsa menghubungi polis kerana bimbang keselamatan suaminya.
"Bagaimanapun, selepas mereka mengetahui isteri mangsa membuat laporan polis, kumpulan itu membebaskan mangsa tanpa mengambil wang tebusan jam 7 malam di tepi jalan di Kepong.
|
Honda Wave Dash SE versi Repsol dilancar Posted: 19 Oct 2011 06:23 PM PDT BERGAYA...sasar jual 4,200 Honda Wave Dash SE. BOON Siew Honda Sdn Bhd menyasar jualan 4,200 unit Honda Wave Dash SE yang didatangkan dalam versi Repsol dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang hingga awal tahun depan. Pengarah merangkap Pegawai Pemasaran dan Jualan Boon Siew Honda Sdn Bhd, Tan Hui Jing berkata, model terbaru itu tampil dengan imej lebih bergaya diperkenalkan berikutan kejayaan pelancaran Honda Wave Dash pada April lalu. Menurutnya, model edisi khas berharga RM5,368 itu disasarkan kepada golongan muda yang gemar dengan gaya motosikal Repsol.
Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada; Ketua Pegawai Tadbir Boon Siew Honda, Jeremy Loo dan Ketua Kumpulan Penunggang Honda Repsol, Andrea Doviziosa. Honda Wave Dash SE dijana dengan kuasa 110cc enjin empat lejang yang menampilkan kuasa kuda maksimum 6.22kW/7,500rpm dan tork maksimum mencecah 8.59Nm/5,500 rpm. |
Kesan boleh dilihat dalam 4 minggu Posted: 19 Oct 2011 06:21 PM PDT "BERTENANG, jangan marah, nanti cepat tua," gurau teman-teman. Gurauan yang tidak lapuk ditelan zaman ini rupanya ada benarnya kerana kajian sains menunjukkan sikap kurang molek seperti cepat marah, mudah tertekan dan resah bukan saja boleh menjejaskan kesihatan tetapi turut memberi kesan pada keadaan kulit. Tekanan antara faktor yang boleh membuatkan kulit kita nampak lebih tua. Itu belum masuk faktor gaya hidup tidak sihat dan jarang bersenam, kurang menitikberatkan soal pemakanan, penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak bersesuaian dan pencemaran - termasuk asap rokok. Selain itu, kulit yang selalu terdedah pada sinaran ultra lembayung juga akan lebih cepat tua tetapi malangnya masih ramai wanita tidak memakai krim tabir suria walaupun pakar kulit menegaskan ia satu keperluan harian, kata Naib Presiden Pembangunan Produk Clinique, Debbie D'Aquino.
Apabila usia kita meningkat, proses pembuangan sel mati yang berlaku secara semula jadi akan semakin perlahan. Pada usia 25 tahun, proses daripada pembentukan sel baru hinggalah ia mati mengambil masa 30 hari. Pada umur 30 hingga 40 tahun, proses ini mengambil masa antara 35 hingga 45 hari dan melebihi 50 hari bagi individu berumur 50 tahun ke atas. Ini bermakna sel kulit baru yang sampai ke permukaan kulit muka ketika kita dalam tempoh 30 hari kini mengambil masa lebih lama sehingga menyebabkan kulit menjadi kusam, kering, kasar, nipis dan sekali gus membuat kita nampak tua. Walaupun sel mati ini akan tanggal sendiri tetapi masih ada partikel, sisa atau sel mati yang terlekat pada kulit. Jadi di sinilah pentingnya kita membuang sel mati supaya bahan sisa ini tidak terus terkumpul yang lama kelamaan boleh menjejaskan keadaan kulit muka kita. Inilah sebabnya, kata Debbie, pembuangan sel kulit yang mati perlu dimasukkan dalam rutin penjagaan kulit harian bagi setiap wanita tanpa mengira umur, khususnya mereka yang berusia 30 tahun ke atas. "Jika anda pergi berjumpa pakar kulit, perkara pertama yang mereka akan lakukan ialah menyegarkan dulu kulit kita dengan membuang sel kulit mati sebelum memberikan rawatan lain," katanya. Kenapa proses pembuangan sel kulit mati penting? Ia adalah cara semua jadi untuk menyerlahkan kecantikan kulit dengan: Namun ada satu perkara penting, jangan cuba menggosok kulit yang rosak akibat selaran matahari (terbakar). Ini kerana ketika ini kulit berkenaan sudah mengalami keradangan dan apa yang perlu dilakukan ialah menunggu sehingga kulit anda pulih sendiri sebelum mencuba sebarang produk pengelupasan. Apa yang boleh menghalang kita daripada memperoleh kulit yang berseri? Menurut Debbie, ada banyak faktor yang boleh membuatkan kulit tampak kusam dan tidak bermaya iaitu: Kulit kusam "Kulit kusam adalah isu global yang mendapat perhatian wanita di seluruh dunia daripada semua peringkat umur termasuklah di Asia. Mungkin ramai tidak sedar kulit wanita Asia sangat unik kerana ia tidak mudah mempunyai garis halus atau berkedut berbanding kulit wanita Barat. Ia juga mempunyai daya kerintangan atau ketahanan yang lebih tinggi terhadap pendedahan sinar UV. "Selain itu, kebanyakan wanita Asia mempunyai kulit yang bersih dan mulus. Bagaimanapun, ia agak lemah dan lebih mudah rosak, cepat bertindak balas terhadap tekanan dan ada tompok kusam. Keperluan kulit Asia sebenarnya berbeza sedikit dengan wanita Barat," katanya. Katanya, kulit wanita Asia memerlukan pencucian dan pembuangan sel mati yang lembut. Penjagaan ini perlu disusuli dengan penggunaan pelembap dan pengambilan makanan tambahan. Bagaimanapun, ada kalanya selepas puas mencuba pelbagai produk, keadaan kulit masih tidak berubah. Bagi yang masih tercari-cari, bolehlah mencuba Clinique Turnaround Concentrate Extra Radiance Renewer untuk membantu merangsang tiga peringkat proses semula jadi kulit seperti yang disebut di atas melalui: Ekstrak berangan akan bertindak sebagai pemberi 'amaran palsu' kepada kulit untuk merangsang pembaharuan sel kulit dan menanggalkan sel mati tanpa memberi tekanan pada kulit. Asid salisilik pula membantu meleraikan ikatan yang memegang sel-sel kulit. Ia akan tertarik pada tompok paling kering pada kulit supaya bahagian ini menjadi lembut dan licin. Asetil glukosamine pula membantu mengawal pusingan proses pembentukan sel kulit dan menyingkirkan sel mati daripada permukaan kulit supaya ia tampak bersih dan berseri. Selain itu, ia juga mengandungi bahan antioksidan seperti ekstrak penapaian akar Polygonum cuspidatum, vitamin E dan sodium hyaluronate yang mampu 'memegang' air sehingga 1,000 kali berat asalnya. Ekstrak bran beras juga dimasukkan ke dalam formulasi ini supaya warna kulit jadi lebih sekata di samping memberi perlindu�ngan daripada kesan kerosakan akibat terdedah pada cahaya matahari. Produk yang lembut ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan peringkat umur dan kesannya boleh dilihat dalam masa empat minggu dan kehalusan kulit meningkat sebanyak 74 peratus, kata Debbie lagi. "Kami bukannya mempercepatkan apa-apa proses tetapi cuba membantu supaya proses biologi ini berlaku secara semula jadi untuk mendapat kulit lebih sihat dan cantik tanpa kesan sampingan," katanya. |
Derita buah zakar terlampau besar Posted: 19 Oct 2011 06:19 PM PDT MENDERITA...Warren berdepan dengan pelbagai kesukaran ketika berada di luar rumah LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau. Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.
Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.
"Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah," katanya.
Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.
Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau. |
Posted: 19 Oct 2011 06:17 PM PDT PASTINYA saat ini penyanyi remaja yang juga kekasih Justin Bieber, Selena Gomez, berada dalam ketakutan. Sesiapa pun akan berasa sedemikian sekiranya menerima ugutan bunuh yang mengecutkan perut. Jika sebelum ini Gomez yang turut dikenali sebagai pelakon itu pernah mendapat ancaman daripada peminat penyanyi remaja tersohor itu, setelah gambar mereka dalam suasana penuh intim ketika bercuti tersebar di internet, kali ini ugutan yang diterima lebih teruk lagi. Gomez sendiri sudah pun ke mahkamah dan mendapatkan perintah supaya lelaki itu tidak mendekati dirinya kerana dia benar-benar berada dalam ketakutan. Kisah ancaman berkenaan didedahkan peguam Gomez, Blair Berk, dalam beberapa dokumen ketika dia mendapatkan perintah mahkamah terbabit. Brodnicki nampaknya pernah memberitahu pakar sakit jiwa yang merawatnya, selain daripada arahan yang kononnya diterima dari Tuhan, dia juga mengembara dari Chicago ke L.A. untuk bertemu dengan artis berusia 19 tahun itu, selain pernah berkunjung ke tempat kerja Gomez tidak kurang daripada tiga kali. Pelakon Monte Carlo dan pasukan peguamnya turut menyatakan, selepas Brodnicki dikatakan membuat ancaman untuk mencederakan orang ramai, dia dicekup untuk menjalani ujian kewarasan. Ketika itulah lelaki terbabit membuat pengakuan berhubung ancaman terhadap Gomez. Sewajarnya mereka mengambil langkah berhati-hati kerana ia bukan lagi ancaman daripada kanak-kanak yang begitu meminati Bieber, sebaliknya ancaman daripada pesakit mental dewasa. Bieber belanja RM3 juta untuk kekasih? SEMENTARA itu, saat diri Gomez berdepan ancaman menakutkan, muncul pula gosip mengatakan kononnya Bieber sudah pun membelanjakan kira-kira RM3 juta untuknya. Angka berkenaan dikatakan didedahkan sendiri oleh rakan penyanyi Never Say Never itu. Menurut laman OMG!, beberapa rakan Bieber bimbang penyanyi berusia 17 tahun itu berbelanja besar daripada hasil pendapatannya untuk membuatkan gadis berkenaan melekat padanya. Maklum sajalah, Bieber dua tahun lebih muda daripada Gomez. Jadi, dia perlu membuatkan teman wanitanya kagum dengan cara dia melayan wanita muda terbabit. Begitupun ada yang beranggapan, sebenarnya rakan Bieber cemburu kerana penyanyi itu tidak menghabiskan duit untuk mereka, seperti mana dia mencurahkan Gomez dengan hadiah dan percutian mahal. Maka muncullah pelbagai spekulasi. Menurut rakan penyanyi lelaki terbabit, Gomez ialah gadis impian Bieber. "Dia benar-benar ingin membuatkan Gomez kagum padanya. Setiap kali mereka keluar, ia umpama sebuah produksi, daripada pengawal peribadi hinggalah ke jambangan bunga, jet peribadi kepada hidangan yang disediakan khas. Tambahan lagi, Bieber memberikan Selena hadiah yang mahal-mahal. Semua itu tentunya memerlukan perbelanjaan yang tinggi," kata rakannya itu. Semua peminat sudah pun membaca mengenai sewaan bilik hotel yang mewah, majlis makan malam dan tontonan wayang secara tertutup di Staples Center di L.A., serta pengembaraan menggunakan jeti peribadi. Namun, bukankah itu caranya anak muda yang berpendapatan tinggi, seperti dua artis ini, berbelanja sejak dulu lagi? Kecap populariti sendiri SELENA sendiri bukanlah artis yang menumpang populariti Bieber, terutamanya sejak akhir-akhir ini. Selain dikenali menerusi hasil kerjanya sendiri, sama ada di TV mahupun filem, dia juga kini meletup bersama album terbaru Selena Gomez & The Scene berjudul When The Sun Goes Down. Di Amerika saja, album single mereka terjual melebihi 5 juta unit, selain memiliki dua album berstatus emas, dua album yang memasuki carta top 10 pada minggu pertama jualan, dua single yang menjuarai carta Billboard Dance dan sebuah trofi Peoples Choice Award, sejak kemunculan mereka kira-kira dua tahun lalu. Album terbaru Gomez sudah pun memasuki pasaran antarabangsa mulai Jun tahun ini. Menerusi album berkenaan, Gomez dan rakan-rakannya mengecap populariti menerusi lagu Who Says, Bang Bang Bang dan Love You Like A Love Song. Ia turut menyaksikan Gomez bekerjasama dengan pencipta, penulis dan penerbit kelas A termasuk Toby Gad, E-man, Priscilla Renea, Tim James & Antonina Armato, Greg Kurstin, Midnight Beast/Stefan Abingdon dan ramai lagi. |
Posted: 19 Oct 2011 06:15 PM PDT KAPAL korek di Tanjung Tualang akan dibuka kepada pengunjung selewat-lewatnya awal tahun depan. BATU GAJAH: Kapal korek bijih timah pertama dan satu-satunya yang masih tinggal di negara ini di Tanjung Tualang, dekat sini, akan dibuka kepada pengunjung selewat-lewatnya awal tahun depan, ketika bermulanya Tahun Melawat Perak 2012. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata kerja pemulihan dan pembaikan monumen bersejarah yang dijadikan Muzium Kapal Korek itu kini di fasa pertama. Fasa kedua dan ketiga pula dijangka selesai menjelang akhir tahun ini iaitu membabitkan kerja baik pulih lain, termasuk mengecat dan membaiki sebarang kecacatan kapal korek sebelum dibuka kepada pelancong, katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan kerja ke kapal korek berkenaan, di sini. Kapal korek berkenaan yang ada sejak 1913, dihadiahkan oleh Malaysian Mining Corporation (MMC) kepada kerajaan Perak sekitar 1990-an untuk dijadikan monumen sejarah dan tarikan pelancongan. MMC pernah bertanggungjawab menjalankan aktiviti perlombongan bijih di Perak, khususnya di kawasan sekitar Tanjung Tualang, Changkat Tin, Sungai Galah dan yang terakhir di Kampung Changkat Pinggan. Hamidah berkata, peruntukan diperoleh hasil pelaksanaan tabung program Save The Dredge melalui kerjasama kerajaan negeri dan pengusaha bijih timah dalam usaha menyelamatkan satu-satunya kapal korek yang masih wujud di negara ini. Beliau yakin ia bakal menjadi satu produk pelancongan yang mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke Perak. Sementara itu, Hamidah yang kemudian turut meninjau pembangunan produk pelancongan Kellie's Castle, di sini, berkata beberapa kemudahan lagi akan disediakan di situ. Katanya, peruntukan sebanyak RM5 juta disediakan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu RM3.8 juta untuk kerja menyediakan infrastruktur manakala RM1.2 juta untuk kelengkapan dalaman. Beliau berkata, kira-kira 66,000 pelawat melawat Kellie's Castle sepanjang tahun lalu berbanding 54,000 (2009) dan 45,000 (2007). |
Impian final ke-3 Hai-O membara Posted: 19 Oct 2011 06:13 PM PDT HAIRUUDDIN (jersi kuning) bagaikan terbang membolosi gawang T-Team, kelmarin. TONGGAK Negeri Sembilan, Hairuddin Omar sudah mula ghairah mahu beraksi dalam final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut selepas menyumbat dua gol, malam kelmarin. Pada 2009 dia mewakili Negeri Sembilan manakala pada 2010 mewakili Kelantan dengan memenangi pingat kejuaraan pada kedua-dua edisi berkenaan. Sekarang ini saya tidak mahu terlalu memikirkan untuk ke final tapi memberi fokus 100 peratus untuk perlawanan Sabtu ini di tempat sendiri. Jika diikutkan, Negeri Sembilan sudah sebelah kaki untuk ke final tapi kita perlu sentiasa berwaspada kerana kita masih ada 90 minit dan bagi saya macam-macam boleh berlaku pada perlawanan kedua nanti, katanya. Berpandu kepada jumlah jaringan perlawanan separuh akhir pertama, skuad Hoben Jang Hoben mungkin tidak berdepan sebarang masalah mengatasi kelab dari Pantai Timur itu dan mereka kini hampir pasti layak ke final buat kali ketiga berturut-turut. Kita tidak boleh memandang rendah keupayaan T-Team dan perlu bermain berhabis-habisan bagi mempertahankan agregat jaringan gol pada perlawanan pertama. |
Posted: 19 Oct 2011 06:11 PM PDT TINJAUAN Berita Harian ke premis terapi ikan di sekitar ibukota yang dibimbangi sebar virus HIV dan Hepatitis C. PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air. |
Posted: 19 Oct 2011 06:10 PM PDT ![]() Pemahaman tentang konsep mentauhidkan Allah menjadikan remaja Muslim kalis dipengaruhi dakyah golongan kuffar. - Gambar hiasan ISU akidah adalah perkara pokok bagi remaja Islam. Di tengah-tengah simpang siur aliran pemikiran yang pelbagai, landasan akidah adalah amat penting bagi remaja. Akidah diambil daripada akar kata aqa'id iaitu tautan atau ikatan diri terhadap Allah. Akidah tauhid memberi landasan ikatan kepada Allah yang satu. Terdapat banyak aliran ideologi yang berkembang dalam hidup manusia sejak dahulu sehingga kini. Terdapat juga pemikiran falsafah dan silang budaya yang terkait dengan isu akidah. Fahaman liberal dan pluralis umpamanya mempunyai kesan langsung kepada isu akidah. Usaha-usaha agama lain terutama Kristian melakukan pemurtadan adalah sesuatu yang bercanggah dengan akidah tauhid. Akidah bukan sekadar pernyataan mengesakan Allah dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya. Sebaliknya, yang amat penting adalah pemahaman dan aplikasi terhadap Allah yang satu dalam keyakinan, kata-kata, amalan dan juga manifestasi ilmu. Para remaja tidak sahaja menjadi penganut Islam berasaskan warisan keturunan tetapi hendaklah memahami ilmu tentang akidah tauhid, mengukuhkan ibadah, memahami jalur syariah dan fikah di samping memiliki akhlak yang mulia. Asas ini sangat penting bagi remaja kerana keyakinan tanpa pemahaman boleh membawa jiwa remaja kepada kekosongan. Keyakinan tanpa didukung oleh ilmu tidak akan memberi kekuatan, memahami hakikat kewujudan dan kaitan dengan penciptaan. Memahami Islam bukan sekadar memahami hal-hal yang nyata dan tampak, tetapi ia terhubung dengan faktor-faktor ghaibiyat. Di sini pentingnya para remaja memahami al-Quran sebagai sumber petunjuk kepada yang nyata dan kaitannya dengan yang ghaib. Sekiranya para remaja diberi fahaman Islam dan tauhid secara ilmu, ia bakal memantapkan lagi keyakinan remaja terhadap perkara tauhid. Berlakunya kelonggaran dan ketidakfahaman remaja terhadap isu akidah ini adalah akibat daripada kekosongan ilmu dan kelompangan keyakinan yang menyebabkan anutan terhadap agama menjadi tidak teguh dan kukuh. Keteguhan dan kekukuhan akidah bersumberkan pemahaman yang jelas terhadap pencipta dan juga pemahaman yang nyata terhadap kaitan wahyu Allah dengan penciptaan-Nya sebagai contoh. Al-Quran memberikan asas yang sangat jelas tentang faktor ghaibiyat yang terhubung dengan faktor yang nyata supaya keyakinan kita terhadap wujudnya Allah dan kaitannya dengan alam ini menjadi teguh. Dalam surah Al-Alaq, Allah menyebutkan khalaqal insanamin alaq... membawa makna bahawa kejadian manusia itu bermula daripada seketul darah beku. Dalam surah Al-Mukminun pula, Allah menyatakan bahawa punca kejadian manusia adalah daripada sari pati tanah. Apakah kaitannya sari pati tanah dengan pokok-pokok dan buah-buahan yang menyumbang terhadap kejadian air mani? Ia adalah sesuatu yang saintifik. Apabila kromosom X dan kromosom Y bertemu, ia menghasilkan zigot. Ia disebut dalam bahasa al-Quran sebagai nutfah. Apabila proses pembenihan itu subur menghasilkan susuk dan bentuk, Allah tiupkan roh ke dalam embrio tersebut. Ia menghasilkan manusia dalam rahim yang mempunyai kekuatan. Roh walaupun tidak nampak, tetapi bagi yang hidup merasakan ia ada. Al-Quran menyebutkan roh itu adalah milik Allah dan yang diketahui oleh manusia hanyalah sedikit sekali. Adanya roh (yang ghaib) menyebabkan akal berfikir, hati merasa dan daya melakukan amal. Tanpa roh, seluruh jasad dan potensi yang ada pada manusia akan kaku dan tidak boleh berbuat apa-apa. Asas berfikir seperti ini boleh menanamkan landasan akidah yang teguh di kalangan remaja. Mengkaji benda dan fenomena tidak terputus dengan hakikat Penciptaan. Daripadanya lahir hikmah yang tinggi memahami yang nyata dengan ghaib. Pertimbangan saintifik tidak hanya dalam batas akal, uji kaji dan hasil tetapi merentasi terhadap hikmah di sebalik kejadian dan manfaatnya kepada manusia. Kelemahan akidah remaja, kelonggaran pemahaman ilmu, kealpaan melakukan reflektif terhadap kekuatan tamadun silam menyebabkan para remaja mudah terpengaruh dengan fahaman popular Barat yang menyesatkan. Apabila kekaguman terhadap Barat sifatnya melampaui, pemahaman secara ritual dan berkala terhadap Islam tidak boleh menyebabkan para remaja memiliki kekentalan akidah tauhid. Keadaan seperti ini mendedahkan remaja kepada kerosakan akhlak, kemuflisan ilmu Islami dan akhirnya mudah terjebak kepada fahaman hedonisme (berpoya-poya), melupakan agama, terjebak dengan ajaran sesat dan juga boleh menjadi murtad. Ilmu dan amal Oleh itu, amat penting para remaja Islam memahami agamanya secara ilmu dan amal. Kadangkala para remaja memiliki kekuatan rohani yang tinggi, tetapi lemah dalam amal Islamnya. Islam sebagai sistem kepercayaan perlu diperlihatkan dengan kekuatan amal. Keindahan Islam sejak dahulu zaman tamadunnya hingga kini terlihat daripada pekerti dan amal manusia. Ini yang menyebabkan orang lain tertarik dengan Islam bukan sahaja kerana kebenaran yang terdapat dalam al-Quran dan agama ini, tetapi keindahan peribadi pemeluknya memiliki daya tarik yang tinggi. Cabaran yang mendatangi zaman ini memerlukan remaja untuk sentiasa mencari jalan mempertingkatkan ilmu dan pemantapan iman di samping keupayaan diri untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan. Pelbagai pergolakan serta perubahan yang berlaku dalam masyarakat ada kalanya menguji tahap ketahanan diri. Tanpa asas serta pemahaman yang betul terhadap akidah tauhid, remaja boleh terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat agama. Justeru, para remaja harus bertitik tolak dengan pemahaman akidah yang mantap atas dokongan ilmu yang benar dan akhirnya bakal mampu menjadi agen perubahan terhadap kebaikan dan kesejahteraan umat manusia. Menjadi pengagum kepada kemajuan Barat adalah tidak salah sekiranya remaja sendiri berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk umat Islam dan manusia. Di Barat sendiri, krisis agama menjadi suatu yang meruncing. Fahaman liberal, pluralis serta fahaman tidak beragama juga menjadi pegangan hidup masyarakat Barat. Hampir 700 tahun Barat membina tamadun kebendaan, ia memikat umat Islam dan setengahnya menjadi penciplak setia tanpa melihat keperluan manfaat berbanding. Ada di kalangan umat membeku dalam lingkungan tradisi dan hilang keupayaan untuk melakukan perubahan yang mampu merintis perubahan dalam kerangka Islam. Malah, wujud secara rakus melulu dalam menciplak Barat sehingga faktor jati diri tidak menjadi pertimbangan lagi. Inilah krisis mendepani umat yang memerlukan kepemimpinan berkualiti, responsif dan kreatif pada segenap lapangan. Remaja sewajarnya reflektif terhadap puncak kepemimpinan Islam tatkala Tamadun Andalusia berkembang di Sepanyol, di mana orang Kristian dan Yahudi berasa terlindung di bawah kepemimpinan Islam yang berasaskan kepada akidah tauhid. Islam tidak hanya dilihat sebagai suatu agama, tetapi digarap hasilnya sebagai sumber tamadun. Islam mendukung risalah alamiah yang tidak saja menjadikan Islam dan umatnya sejahtera, tetapi pada masa sama memberi erti mengenai kemanusiaan itu sendiri. Pemikiran dan tradisi keilmuan umat Islam menyumbang kepada kebangkitan Barat dan Eropah. Justeru, para remaja dalam berfikir tidak harus berfikir secara ringan dan mudah terhadap Islam. Sebaliknya, pemikiran Islam harus ditunjangi dengan kefahaman ilmu Islami dan tamadunnya. |
Posted: 19 Oct 2011 06:09 PM PDT ![]() Ibadat korban adalah sebagai tanda bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. - Gambar hiasan PENGORBANAN adalah kalimah mulia dan keramat bagi mana-mana budaya dan masyarakat. Namun erti sebenar sebuah pengorbanan tidak semudah mengungkapkannya atau menyeru orang lain berkorban. Pengorbanan dalam konteks semasa menuntut kepada pemahaman yang menyeluruh dan melampaui tafsiran konvensional bagi merasai matlamat sebenar di sebalik saranan berkorban yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). (al-Kauthar: 1-3). Sekiranya difahami maksud ayat di atas, segala nikmat yang diterima sama ada kebaikan yang banyak atau segala bentuk kelebihan yang dimiliki sewajarnya dizahirkan kesyukuran ke atas nikmat dan kelebihan tersebut dengan bersembahyang dan menyembelih korban untuk-Nya. Malah untuk cakupan makna yang lebih luas, pengorbanan untuk menegakkan agama Islam di atas muka bumi merupakan tugas utama umat Islam. Ini kerana kita diberi oleh Allah SWT nikmat agama Islam, nikmat kehidupan yang bersyariat dan juga petunjuk serta bimbingan Allah SWT. Umum memahami dan mengaitkan pengorbanan dengan bulan Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha yang disambut saban tahun. Ini kerana ibadah korban yang disyariatkan khusus pada bulan tersebut dan berlakunya peristiwa perhimpunan berjuta-juta tetamu Allah di Mekah bagi menzahirkan kehambaan kepada-Nya pada tanggal 10 Zulhijjah. Sekali gus menandakan sambutan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh umat Islam di dunia. Pensyariatan ibadah korban bukan hanya sekadar melaksanakan aktiviti dan ritual keagamaan dengan penyembelihan binatang atau menunaikan haji di Mekah semata-mata. Namun maksud sebenar pensyariatan ibadah korban itu lebih luas. Intisari dan pengajaran daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail mengungkap seribu makna dalam memahami erti sebuah pengorbanan. Dengan memahami intipati dan maksud yang sebenar di sebalik pensyariatan ibadah korban, ia mampu menjadi titik tolak kearah perubahan diri yang sempurna serta mampu mendorong manusia ke arah mempersiapkan diri dengan azam dan matlamat yang lebih jitu dalam mendepani kehidupan yang lebih mencabar. Rumusan mudah yang diperolehi dari intipati maksud pengorbanan ialah bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi dan sedia berkorban demi kebaikan dan kebahagiaan bersama. Semakin banyak nikmat yang diterima sepatutnya semakin banyak ungkapan kesyukuran meniti di bibir manusia. Semakin kita bersyukur maka Allah SWT pasti akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim: 7). Di sini kepentingan antara kesyukuran dengan pengorbanan jelas kelihatan apabila Allah SWT menjanjikan tambahan nikmat sekiranya kita bersyukur. Sekiranya kita bersyukur dengan menterjemahkannya dalam bentuk pengorbanan. Semakin kita berkorban maka semakin banyak kenikmatan yang bakal kita perolehi. Perjuangan menegakkan syariat Allah SWT juga merupakan pengorbanan terbesar kerana ia adalah usaha menjadikan seluruh manusia dan makhluk di muka bumi dapat merasai nikmat keadilan dan kesejahteraan ajaran agama Islam. Ia menjadi manifestasi kesyukuran kita kepada Allah SWT yang dicerminkan melalui pengorbanan. Contoh terbaik bagi umat Islam dalam memahami erti sebenar pengorbanan, tidak lain adalah junjungan mulia Rasulullah SAW. Baginda sentiasa berkorban demi kesejahteraan umatnya walaupun diri baginda terpaksa menanggung derita. Pengorbanan baginda yang suci dalam memastikan Islam tertegak di muka bumi melambangkan pengorbanan teragung seorang utusan Allah. Baginda bukan sahaja sanggup berkorban berjuang di medan perang bagi mempertahankan Islam, malah dalam urusan kehidupan seharian baginda penuh dengan pengorbanan bagi memastikan umatnya mendapat manfaat yang terbaik. Pengorbanan Nabi Sekiranya umat Islam menelusuri serta menghayati perit jerih pengorbanan nabi, pastinya umat Islam akan mampu mengembalikan kegemilangan ketamadunan Islam yang pernah mengalami zaman keemasannya suatu ketika dahulu. Kegemilangan yang dikecapi suatu ketika dahulu merupakan manifestasi pengorbanan yang diasaskan oleh baginda dan kemudiannya disambung oleh para sahabat, tabien dan ulama-ulama selepasnya yang akhirnya membuahkan natijah kecemerlangan kepada umat Islam. Sekiranya ditekuni dengan mendalam, sentiasa bersyukur dan rela berkorban sebenarnya adalah formula utama kepada kebahagiaan umat sejagat yang sering tidak kita sedari. Segala masalah yang berlaku di sekeliling kita berpunca daripada kegagalan kita untuk bersyukur serta hilangnya kesanggupan untuk mengorbankan sesuatu yang kita sayangi walaupun sedikit. Begitu juga keadaannya dengan realiti yang berlaku dalam dunia kini. Pelbagai masalah yang berlaku seperti peperangan, penindasan, kemusnahan dan huru-hara adalah akibat daripada tiadanya sifat untuk memberi atau dalam erti kata lain untuk berkorban. Apatah lagi rasa syukur dilihat seolah-olah tiada lagi dalam sanubari manusia kerana masing-masing saling berusaha memenuhi keinginan diri walaupun terpaksa mengambil hak orang lain tanpa izin. Perasaan syukur hilang dan diganti dengan perasaan haloba kepada keuntungan dunia semata-mata. Manusia lebih suka menuntut haknya daripada menunaikan hak orang lain. Justeru, pelbagai masalah timbul kesan akibat kegagalan kita memahami matlamat dan hikmah di sebalik sebuah pengorbanan. Jika manusia sentiasa bersyukur dan sedia berkorban, natijahnya pasti menghasilkan keadaan dunia yang lebih aman dan damai. Bayangkan dunia di mana setiap orang sentiasa bersyukur dan sanggup berkorban demi kebaikan orang lain. Pada masa yang sama, orang lain pula dengan hati terbuka berkorban untuk saudaranya. Pastinya keamanan dan keharmonian akan mereka nikmati bersama. Realiti manusia Bagaimanapun, realitinya manusia sering alpa dengan nikmat dunia serta mementingkan diri sendiri. Manusia menjadi tamak haloba dan rakus dengan runtunan hawa nafsunya. Masalah sosial yang menghimpit umat Islam akan selesai jika setiap anggota masyarakat menghayati makna pengorbanan dan kesyukuran dengan erti yang sebenarnya. Ibu bapa dan keluarga sanggup berkorban mengawasi dan mengambil tahu keadaan anak-anak mereka. Masyarakat berkorban untuk bersama-sama mencegah kemungkaran dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan para pemimpin negara sanggup berkorban bagi memastikan keamanan dan kedaulatan dalam negara sentiasa terpelihara. Suatu kerugian yang amat besar jika saban tahun menjelang bulan Zulhijjah kita memperkatakan persoalan pengorbanan secara tersurat namun gagal memahami maksud sebenar di sebaliknya. Justeru, seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, keturunan dan warna kulit diseru untuk memahami dan menghayati sedalam-dalamnya erti sebuah pengorbanan agar kesan yang diperoleh menyeluruh. Hikmah pengorbanan bukan hanya untuk dihayati oleh orang Islam sahaja malah sesuai dan relevan kepada seluruh umat manusia. Jangan hanya demi kepentingan sendiri kita sanggup menuntut hak kita dan menafikan hak orang lain. Pasti orang lain sudah banyak berkorban untuk kita dan kita harus bersyukur dengan berterima kasih dan sedia berkorban untuk orang lain pula. Semangat dan penghayatan yang mendalam tentang erti kesyukuran dan pengorbanan akan merintis ke arah suasana dan keadaan yang lebih aman dan harmoni. Marilah kita bersama-sama membuka lembaran baru sempena Bulan Pengorbanan yang bakal menjelang dengan bersyukur atas segala nikmat yang dikecapi, serta menanam azam baru yang didasari semangat dan kesediaan kita untuk berkorban demi kepentingan bersama. |
Zakat bukan untuk yang miskin sahaja Posted: 19 Oct 2011 06:08 PM PDT ![]() Wang zakat adalah untuk diagihkan kepada asnaf sebagai mana yang termaktub dalam al-Quran. - Gambar hiasan KAYA masih layak dapat zakat? Bukankah zakat hanya untuk orang miskin? Demikianlah antara persoalan semasa mengenai agihan zakat. Tidak dinafikan, umumnya umat Islam sering mengaitkan zakat dengan fakir dan miskin. Bagi menjawab isu ini, kita tidak boleh bersifat melulu menafikan sesuatu yang kita tidak tahu. Hakikatnya, asnaf zakat ada lapan. Hanya dua asnaf sahaja yang disyaratkan miskin, iaitu fakir dan miskin. Bagi hamba sahaya, mereka bukanlah miskin melainkan mereka asnaf istimewa, justeru diri mereka adalah milik tuannya. Dalam Islam, hamba hendaklah dilayani dengan santun oleh tuannya dan kebajikannya dipelihara oleh tuannya. Mereka memang tiada harta tetapi kebajikan mereka sepatutnya terjaga, justeru mereka adalah milik tuannya yang kaya. Lima lagi asnaf zakat iaitu amil, mualaf, gharimin, fisabilillah dan ibn sabil tidaklah disyaratkan miskin ke atas mereka. Walaupun begitu, pastilah dalam tata cara pengagihan zakat, hendaklah diutamakan golongan fakir dan miskin. Justeru, mereka inilah yang paling layak diraikan dalam agihan zakat sesuai dengan tatanan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Mungkin ada yang berhujah, bukankah ulama fikah sendiri ada yang menegah zakat diberikan kepada orang-orang kaya. Mereka memberi dalil, iaitu saat Nabi Muhammad SAW mengutuskan Muadz bin Jabal ke Yaman, maka nabi telah berpesan: Zakat itu hendaklah dikutip daripada orang-orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin di kalangan mereka. (riwayat Bukhari). Namun begitu, kita mesti melihatnya secara objektif dan jelas. Fuqaha misalnya Dr. Abdullah Nashih Ulwan memang menyatakan orang-orang kaya itu ditegah daripada mendapat agihan zakat. Namun, apa yang dimaksudkan dengan tegahan itu ialah jika diambil harta zakat itu daripada bahagian (asnaf) fakir dan miskin dan diberikan kepada orang kaya. Sekiranya diambil daripada asnaf yang lain, misalnya daripada asnaf fisabilillah, maka tidaklah disyaratkan penerimanya seorang yang miskin. Sehubungan itu, amalan zakat di Malaysia, khususnya di Selangor, setiap orang Islam boleh mendapat bantuan zakat walaupun mereka tidak miskin. Misalnya dalam kes hutang rawatan dan membantu melanjutkan pendidikan. Mereka dibantu atas nama asnaf fisabilillah, asnaf gharimin (berhutang) atau asnaf-asnaf lain yang sesuai. Bukan atas sifat kemiskinannya. Mungkin juga ada pihak yang berhujah, bahawa nabi pernah menolak untuk memberikan zakat kepada orang kaya, sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis: "Tidak ada bahagian zakat bagi seorang yang kaya dan seorang yang kuat yang mampu berkerja," (riwayat Abu Daud). Memang diakui, Islam amat tidak meraikan sikap malas sehingga menjadikan penganutnya suka meminta-minta. Sayid Sabiq dalam kitabnya Anasir Kekuatan Dalam Islam, ada menukilkan kisah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW pernah menolak permintaan seorang pemuda Ansar dan dia diajar mencari kayu sehingga mampu berdikari dan tidak sekadar mengharapkan simpati demi sesuap makanan. Ini menunjukkan Islam tidak meraikan orang yang kaya dan mampu bekerja. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad SAW juga telah membuat pengecualian bahawa zakat masih boleh diberi kepada orang kaya jika mereka memerlukan zakat sesuai dengan keadaan diri mereka - yakni tidak sampai berlebih-lebihan dan mengabaikan hak fakir dan miskin. |
Pertahan kedudukan istimewa Islam Posted: 19 Oct 2011 06:07 PM PDT ![]() Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu adalah pelindung bagi agama Islam yang menjadi agama Persekutuan di negara ini. HIMPITAN dan asakan terhadap umat Islam di Malaysia sudah mula dirasai oleh orang Islam. Dalam era pasca kemerdekaan sahaja memang banyak cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia. Begitu juga kisahnya semasa sebelum mencapai kemerdekaan. Menyorot kembali kisah-kisah duka yang terbaru seperti kes Asihah Bukhari, Jamaludin Othman dan Azlina Jailani @ Lina Joy yang begitu menghiris perasaan umat Islam kerana kemurtadan mereka. Ditambah dengan gerakan Interfaith Commission (IFC), Article 11 dan Gerakan Pluralisme Agama sudah pasti menjadi ancaman kepada keutuhan kedudukan istimewa agama Islam di Malaysia. Terbaru kemelut siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor terhadap sebuah premis yang dimiliki oleh Damansara Utama Methodist Centre (DUMC) juga menjadi isu yang hangat diperkatakan. Unsur-unsur penyebaran agama Kristian kepada orang Islam memang ada menurut Sultan Selangor tetapi bukti tersebut tidak cukup untuk membuat pendakwaan. Dalam masa yang sama adalah lebih baik bagi mengambil pendekatan mendidik berbanding menghukum dalam kes tersebut seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor. Di mahkamah pula terdapat banyak cabaran yang telah dikemukakan terhadap institusi agama Islam seluruh negara. Umpamanya dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu keesahan fatwa mufti telah dicabar. Dalam kes Muhammad Abdullah @ Moorthy pula,jenazah seorang mualaf pula menjadi bahan pertaruhan di mahkamah bagaimana ia akan dikebumikan. Dalam kes Subahsini lawan Saravanan pengislaman anak kecil dipertikaikan oleh pihak yang bukan Islam. Semua perkara di atas dan banyak lagi yang tidak disenaraikan di sini menjurus kepada mempersoalkan kedudukan istimewa Islam di Malaysia. Di Malaysia, agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain kerana ia satu-satunya agama yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan. Nama agama lain langsung tidak disebut di dalam Perlembagaan melainkan hanya dinyatakan agama lain boleh dianuti dan diamal dengan aman dan harmoni. Namun begitu ketiadaan sebutan nama agama lain itu tidaklah menggambarkan penindasan terhadap agama lain kerana Islam itu sendiri adalah agama yang adil dan saksama. Perlembagaan juga menjamin orang bukan Islam menganut dan mengamalkan agamanya selaras dengan semangat Perlembagaan itu sendiri. Berbalik kepada kegusaran umat Islam di atas, suatu inisiatif yang digerakkan oleh Pembela untuk menghimpun umat Islam pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam sedang digerakkan. Pembela adalah gagasan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam arus perdana yang bernaung dan membentuk wadah yang lebih besar bagi menzahirkan kesatuan umat Islam tanpa mengira ideologi politik dan takhasus persatuan. Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) adalah salah sebuah NGO yang instrumental kepada penubuhan Pembela. Perhimpunan yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) ini akan menzahirkan ekspresi umat Islam arus perdana menolak gejala murtad di kalangan orang Islam. Manifestasi kesatuan umat Islam ini amat penting bagi memperlihatkan umat Islam amat prihatin terhadap umat Islam yang lain. Pembela tidak reda walaupun seorang umat Islam dimurtadkan. Namun perjuangan menegakkan kebenaran ini bukanlah suatu perkara yang mudah, ada yang sudah mula sinis mempersoalkan sama ada Pembela mampu mengumpul sejuta umat Islam untuk tujuan ini. Orang sebegini sebenarnya tidak faham maksud dan laras bahasa Melayu, sejuta tersebut bukanlah angka yang dipentingkan, sejuta tersebut bermakna ramai. Ada juga yang mempersoalkan jika diadakan Himpunan ini adakah ia dapat menjamin tidak ada orang Islam akan murtad? Persoalan sebegini seolah-olah meletakkan kesemua perkara kepada qada dan qadar sahaja tanpa membuat sebarang usaha bagi melakukan sesuatu. Memang mudah mempersoalkan tindakan orang lain tetapi melakukan sesuatu itu adalah perkara yang agak sukar. |
Halfest 2011 tonjol kemampuan usahawan Islam Posted: 19 Oct 2011 06:03 PM PDT ![]() Umat islam di negara ini sangat beruntung kerana mempunyai pilihan produk dan perkhidmatan yang bukan sahaja halal malah berkualiti. ATAS kelebihannya mahir bertutur dalam tiga dialek Cina iaitu Mandarin, Kantonis dan Hokkien atau lebih tepat hasil berkawan baik dengan rakan-rakan Cina, memberi ilham kepada Wan Sahaluddin Wan Farid mengambil resipi daging salai kering yang cukup popular di kalangan kaum Cina untuk dijadikan makanan yang boleh dinikmati oleh umat Islam di negara ini. Hasilnya seperti yang sempat dirasai, ia sangat enak dan sedap. Rasa 100 peratus daging yang dimesrakan juga dengan pelbagai perasa manis, lada hitam dan sebagainya. Ia sama sekali tidak sama, sama ada dengan daging salai yang biasa mahupun daging dendeng yang cukup dipopularkan dari jiran. "Daging salai kering ini adalah resipi asli dan berasal dari kaum Cina. Itu yang mereka salai dengan bau yang semerbak seperti yang lalu kita di Jalan Petaling tetapi sayangnya yang mereka salai itu adalah daging khinzir. "Terpaksalah kita tutup hidung supaya tidak terhidu bau daging babi yang disalai itu," kata Wan Sahaluddin. Wan Sahaluddin adalah pengasas dan pengerusi Syarikat Hyper Food Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di Sungai Buloh, Selangor. Syarikatnya mengeluarkan pelbagai jenis produk makanan sampingan yang berkhasiat terutamanya daging salai dan panggang lembu, kambing, ayam, ikan kering halal dan serunding rangup benang sutera (floss) ayam, lembu, kambing dan ikan. Beliau disifatkan membuat pusingan hampir 360 darjah apabila sanggup meninggalkan bidang pembinaan sebelum ini dan melabur hampir RM2 juta untuk terlibat dalam industri makanan ini. Namun mengetahui bahawa daging salai ada potensi dijadikan makanan untuk seluruh kaum di Malaysia, ada sesetengah pengusaha berbangsa Cina mengeluarkan daging salai yang didakwa halal kerana menggunakan daging lembu dan boleh dinikmati oleh umat Islam. Tetapi tidakkah lebih baik jika umat Islam sendiri mengusahakannya. Menyedari itu maka menjadi fardu kifayah kepada Wan Sahaluddin untuk beliau satu-satunya muslim di negara ini mengeluarkan daging salai kering ini dalam skala yang besar bagi memastikan umat Islam menikmati yang tidak sahaja produk keluaran Muslim tetapi yang penting 100 peratus halal dari apa juga aspek, terutama sumber bahan terutama daging dan seluruh aspek pengeluaran yang terjamin bersih dan mengikut Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP). Daging salai "Saya tidak mahu mendabik dada sebagai satu-satunya pengeluar muslim yang mampu mengeluarkan daging salai kering di negara ini tetapi saya sekadar memenuhi tanggungjawab agar kita dapat menikmati makanan tanpa perlu ragu-ragu yang selama ini kita tertanya-tanya sedapkah daging salai kering ini? "Apa rasanya? Mengapa orang Cina suka sangat dengan daging salai ini? apa khasiatnya? Dan macam-macam lagi pertanyaan. "Jadi kini mereka boleh merasainya sendir. Rupa-rupanya memang sedap daging salai kering resipi asal Cina dan yang lebih penting makanlah banyak manapun, tidak perlu ragu, 100 peratus halal kerana saya mengusahakannya dengan memenuhi segala peraturan malah dengan mendapat bantuan teknikal dari pihak Mardi," katanya. Beliau turut menawarkan umat Islam memasarkan daging salai kering ini secara francais dari Syarikat Hyper Food Industries itu. Pengeluar kek lapis halal pun kena tempias Satu masa kita dikejutkan dengan berita kek lapis Sarawak yang indah berwarna warni dengan rasa yang enak itu disahkan tidak halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebabnya, kebanyakan pengusaha menggunakan mentega yang didapati bersumberkan babi. Akibatnya ramai pengusaha kek lapis Sarawak yang rugi walaupun bukan semua pengusaha kek lapis menggunakan mentega tersebut. Jadi begitu sekali kesannya apabila mekanisme halal tidak menjadi amalan dan diambil serius, perniagaan yang telah kukuh pun boleh musnah dalam masa yang singkat. Begitulah yang terjadi kepada Syarikat Maria Kek Lapis Sarawak, jenama kek lapis terkenal di Kuching Sarawak. Syarikat ini juga nyaris gulung tikar natijah tersebarnya berita tersebut walaupun sudah bertapak sejak 10 tahun. Bak kata orang, dek kerana nila setitik habis susu sebelanga. Walhal, Syarikat Maria bebas daripada mentega yang dikatakan mengandungi sumber babi itu. Malah mereka selama ini adalah salah satu dari dua syarikat pengeluar kek lapis Sarawak yang mempunyai sijil pengesahan halal Jakim. Salah seorang kakitangan Syarikat Maria Kek Lapis Sarawak, Julia Udin berkata, menyedari bahawa syarikat itu dimiliki bukan Islam menyebabkan mereka sedar pentingnya mematuhi peraturan penyediaan kek mengikut standard syarie dan mempunyai sijil halal Jakim. "Begitu pun kami tetap menyamak premis kami sebagaimana yang dinasihatkan oleh pihak Jakim walaupun tidak ada sebarang peraturan yang kami langgar. "Walaupun kami menanggung kerugian yang sangat besar dengan sebahagian besar stok tidak dibeli oleh pelanggan tetapi Alhamdulillah kini kami mampu bangkit semula dan tetap meneruskan usaha perniagaan kek lapis Sarawak ini setelah berjaya menempuh segala halangan dan cabaran," kata Julia. Seperti yang dilihat sendiri, kek-kek lapis Sarawak keluaran Syarikat Maria mendapat perhatian luar biasa dari para penggemar. Mereka begitu ghairah untuk memilih pelbagai jenis kek lapis, iaitu terdiri lebih dari 50 jenis yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Daging salai kering dan kek lapis Sarawak itu adalah antara yang terdapat pada Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, yang berakhir 16 Oktober lalu. Halfest adalah pameran khusus untuk produk serta perkhidmatan yang men dapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan merupakan landasan bagi syarikat atau usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mempromosikan produk masing-masing. Sebanyak 600 ruang pameran dan ekspo dibuka dengan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan dipamerkan oleh para usahawan kecil, sederhana dan syarikat-syarikat besar yang mempunyai sijil halal masing-masing. Apa yang lebih menarik sepanjang Halfest di PWTC adalah kewujudan pelbagai jenis produk kegunaan yang kesemuanya halalan toyyiban. Lebih istimewa, kebanyakannya adalah hasil keluaran para usahawan Muslim yang ingin memenuhi pelbagai keperluan fardu kifayah untuk seluruh umat Islam dan bukan Islam di negara ini. Pengunjung dapat merasai sendiri pelbagai jenis produk lama dan baru terutama makanan dan minuman yang membuktikan bahawa umat Islam di negara ini tidak sepatutnya mempunyai masalah mendapatkan bahan-bahan yang halal untuk kegunaan seharian. Malah bukan sahaja untuk mengisi keperluan harian tetapi ditambah pelbagai khasiat dan keistimewaan tersendiri bagi memastikan pengguna mendapat faedah yang lebih daripada biasa. Ini apabila hasil pelbagai penemuan dan penyelidikan yang saintifik, pelbagai produk baru berasaskan tumbuh-tumbuhan herba dan lain-lain hasil sumber alam seperti madu, rumpai laut dan sarang burung misalnya berjaya dikeluarkan. Semua ini persis mengembalikan sejarah perubatan dan amalan kesihatan Islam dahulu kala. Umat Islam misalnya tidak digalakkan bergantung kepada penggunaan garam laut yang dihasilkan daripada proses pembersihan kerana dikatakan membawa mudarat kepada kesihatan. Tetapi kita mempunyai garam yang lebih tulen, asli dan lebih berkhasiat, iaitu garam bukit keluaran Halagel (M) Sendirian Berhad yang diambil dari kawasan pergunungan Himalaya yang wujud secara semula jadi sejak jutaan tahun. Pengunjung bukan sahaja berpeluang merasai sendiri pelbagai produk makanan dan minuman, Halfest juga mengajar kita pelbagai perkara mengenai soal penjagaan kesihatan, kecantikan sehinggalah betapa pentingnya umat Islam kembali menggunakan wang dinar emas. Namun menarik juga akan kata-kata seorang pengunjung, yang kagum dengan pelbagai hasil keluaran bumiputra, Islam, halal dan memenuhi pelbagai spesifikasi dan kualiti keluaran. "Sayangnya, selagi premis perniagaan yang besar-besar seperti pasaraya dan gedung beli belah, masih dikuasai oleh bukan Islam maka sukar untuk segala barangan produk Islam ini dapat menembusi pasaran. "Jadi sukar untuk kita mendapat produk-produk yang halal dan berkualiti ini kerana budaya kita lebih suka membeli belah di premis yang besar yang kesemuanya di bawah satu bumbung berbanding premis-premis perniagaan yang lain," katanya. |
Wanita Arab pertama terima Hadiah Noble Posted: 19 Oct 2011 06:03 PM PDT ![]() Tawakkul Karman bersama tiga anaknya yang turut berbangga dengan kejayaan ibu mereka. DI kalangan rakyat Yemen, beliau digelar wanita besi dan ibu revolusi. Seorang wanita biasa yang berjuang menuntut perubahan dalam masyarakat yang konservatif dan masih dibelenggu dengan semangat berpuak-puak, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Tawakkul Karman merupakan antara wajah penting dalam kebangkitan rakyat menentang rejim kuku besi Presiden Ali Abdullah Saleh. Tawakkul, 32, telah lama menjadi aktivis hak asasi manusia. Tetapi kemuncak segala-galanya bermula apabila beliau ditahan pada Januari lalu. Penahanan wanita itu telah mencetuskan tunjuk perasan yang disertai beratus ribu rakyat yang menuntut pengunduran Ali dan pembentukan negara demokrasi. Ketika barisan nama pemenang Hadiah Noble diumumkan baru-baru ini, Tawakkul berada di tempat di mana setiap hari beliau berada sejak lapan bulan lalu iaitu dalam khemah kumpulan antikerajaan di Dataran Perubahan, terletak di bulatan di tengah-tengah kota Sanaa yang menjadi simbol kepada kebangkitan revolusi Yemen. "Hadiah tersebut bukan untuk saya tetapi untuk seluruh rakyat Yemen kerana perjuangan, bangkit menentang (Ali) dan konco-konconya. "Sebagai pemimpin yang zalim dan diktator mereka memang marah dengan penganugerahan ini kerana ia dianggap tidak adil," kata Tawakkul ketika ditemui di khemahnya ketika sedang sibuk menerima ucapan tahniah daripada aktivis lain. Wanita itu - yang berkongsi anugerah tersebut dengan Presiden Liberia, Ellen Sirleaf Johnson dan aktivis keamanan Liberiat Leymah Gbowee - merupakan wanita Arab pertama memenangi Hadiah Nobel Keamanan. Dengan anugerah itu bermakna jawatan kuasa Noble secara tidak langsung memberi penghormatan kepada gelombang kebangkitan yang melanda Asia Barat ketika ini yang bermula dengan usaha menjatuhkan pemimpin Tunisia, Mesir dan Libya. Di Yemen, berjuta-juta orang telah keluar membuat bantahan di ibu negara, Sanaa dan bandar-bandar sekitar negara tersebut sejak akhir Januari lalu. Begitupun Ali masih enggan meletak jawatan. Tawakkul dan aktivis-aktivis muda yang lain telah mengetuai kebangkitan, iaitu satu pergerakan yang agak unik di negara yang dianggap masih mundur di penghujung selatan Semenanjung Arab itu, di mana sebahagian besar rakyatnya amat konservatif dan pemilikan senjata berleluasa dengan hampir setiap rumah mempunyai pistol atau senapang sendiri. Seperti majoriti wanita Yemen, Tawakkul suatu ketika dulu mengenakan Niqab, pakaian tradisonal berbentuk jubah menyelubungi seluruh tubuh dan yang kelihatan hanyalah sepasang mata. Bagaimanapun tahun lalu beliau berubah kepada gaya yang lebih sederhana dengan hanya mengenakan tudung yang menutup rambut. Beliau memberitahu mahu bertentang muka dengan para rakan aktivisnya yang lain. Beliau juga merupakan ahli Parti Islah, iaitu parti pembangkang Yemen. Tetapi pembabitannya dalam bantahan antikerajaan telah mencetuskan kritikan hebat daripada golongan konservatif parti itu. Sebahagiannya telah mengecam beliau dalam khutbah-khutbah di masjid, Rejim Ali pula berusaha untuk melemahkan beliau dengan menyebarkan gambar Tawakkul berada dalam khemah kumpulan tunjuk perasaan bersama rakan-rakan lelaki. Sebahagian gambar itu telah diubahsuai seolah-olah beliau berdua-duaan dengan lelaki. Hakikatnya, golongan wanita merupakan antara kumpulan terbesar yang terbabit dalam bantahan antikerajaan. Kumpulan antikerajaan itu juga mendapat sokongan daripada kumpulan puak-puak negara itu. Mereka juga berjaya meneruskan bantahan secara aman walaupun persekitaran di sekeliling mereka huru hara apabila pasukan keselamatan beberapa kali melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan beberapa bandar telah bertukar menjadi medan perang. Ia membabitkan pertempuran antara unit tentera dan kumpulan yang menentang Ali. "Ali dan konco-konconya tidak akan mengheret Yemen ke dalam kancah peperangan kerana kami tidak akan melawan. "Kami memilih keamanan dan kami tidak akan menggunakan keganasan dalam revolusi ini. Sebenarnya kami boleh tamatkan revolusi ini dalam beberapa hari saja bukan berbulan-bulan seperti sekarang kerana kami tidak mengangkat senjata. Kami hanya memilih keamanan. "Jangan bimbang tentang Yemen, Yemen bermula dengan aman dan revolusi ini juga akan berakhir dengan aman dan kita akan memulakan sebuah negara demokrasi dengan aman," katanya. Sementara itu ketika Tawakkul menerima ucapan tahniah yang tidak putus-putus, suaminya, Mohammed al-Nahmi setia duduk di sisinya dalam khemah tersebut. "Beliau memang layak menerima hadiah ini. Sebelum beliau menjadi isteri saya, beliau adalah rakan dan teman dalam kesusahan," kata Mohammed. Ibu kepada tiga anak itu, berasal dari bandar di wilayah Taiz di selatan Yemen. Bandar yang dikenali kerana memiliki sebilangan besar golongan kelas pertengahan dan para intelektual universiti yang sekian lama menjadi penentang dasar kerajaan Ali. Bapanya, Abdul Salam Karman, suatu ketika dahulu merupakan menteri hal ehwal undang-undang di bawah pemerintahan Ali tetapi telah meletak jawatan kerana membantah amalan rasuah dalam kerajaan. Tawakkul telah menganjurkan bantahan dan tunjuk perasaan seawal tahun 2007 lagi. Ketika itu antara aktivitinya adalah mengadakan perjumpaan di luar pejabat kerajaan di Sanaa yang digelar Dataran Kebebasan. Beliau berkempen untuk mendapatkan hak-hak yang lebih besar kepada golongan wanita dan menamatkan pencabulan ke atas wartawan. Bersama tujuh wartawan wanita lain, beliau menubuhkan Wartawan Wanita Tanpa Rantai (WJWC), sebuah organisasi yang memperjuangkan kebebasan akhbar. Ketika rusuhan pertama kali meletus di Tunisia pada Disember 2010 iaitu selepas seorang penjual buah-buahan, Mohamed Bouazizi, membakar diri kerana kemiskinan, Tawakkul mengetuai bantahan di Yemen untuk menyokong rakyat Tunisia. Beliau menghantar mesej-mesej melalui telefon bimbit menggesa rakyat menyertainya. Bantahan kecil-kecilan membabitkan tidak lebih 200 orang itu disuraikan dengan tembakan meriam air dan belantan. Ekoran itu pada 23 Januari pihak berkuasa menahan Tawakkul. Langkah tersebut bertujuan memberi amaran tetapi telah memakan diri apabila telah mencetuskan gelombang tunjuk perasaan golongan wanita di jalan-jalan raya di Sanaa dan beberapa bandar lain, sesuatu yang sukar dilihat di Yemen sebelum ini. Tawakkul dibebaskan keesokan harinya dan menjelang petang beliau mengetuai satu lagi bantahan. Semangat wanita itu disemarakkan lagi dengan bantahan di Mesir yang berjaya menumbangkan Presiden Hosni Mubarak. Sehari selepas Hosni berundur pada Februari lalu, penunjuk perasaan di Yemen bersama-sama dengan Tawakkul dan rakan-rakannya berjaya menawan persimpangan utama di tengah-tengah Sanaan yang kemudian dikenali sebagai Dataran Perubahan. Sejak 17 Februari lalu, kem penunjuk perasaan terus berada di dataran tersebut walaupun pasukan keselamatan berulang kali melepaskan tembakan. Antara yang terus kekal berada disitu ialah Tawakkul Karman. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan