ads

Sabtu, 15 Oktober 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hafiz , Hazama Berentap Untuk Kempen NIPSter

Posted: 15 Oct 2011 12:05 AM PDT

PETALING JAYA: Dua juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh dan lapan iaitu Hafiz dan Hazama bakal berentap bagi menguji pengaruh masing-masing menerusi satu kempen di Facebook yang dikenali sebagai NIPSter.

Melalui kempen ini, Hafiz dan Hazama memerlukan undian dan sokongan peminat bagi membolehkan mereka dipilih sebagai ikon NIPSter yang pertama di Malaysia.

Menurut Pengarah Pemasaran URC Foods Sdn Bhd, Chan Wai Keong, pihaknya berharap NIPSter bakal menjadi satu komuniti digital yang menarik selain dapat mempromosikan coklat Nips.

"Kami yakin, pertandingan ini menjadikan Nips lebih popular dan relevan di kalangan pengguna terutamanya remaja di Malaysia.

"Apa yang perlu dilakukan oleh peminat ialah dengan melayari www.facebook.com/nipsmalaysia dan mereka perlu memilih artis pilihan masing-masing," katanya.

Peminat juga boleh memulakan proses mengumpulkan mata melalui tiga permainan digital yang direka khas untuk menguji kehebatan dan skil permainan digital mereka.

Artis yang mendapat pungutan markah yang paling tinggi akan dipilih sebagai ikon NIPSter.

Lebih menarik, peminat yang menyertai permainan digital Facebook ini turut berpeluang memenangi hadiah mingguan berupa iPad2 dan hadiah utama iaitu MacBook Pro hasil daripada mata terkumpul daripada minggu pertama sehingga minggu kelapan.

Konsep pertandingan permainan digital yang menggunakan juara program realiti paling popular di Malaysia seumpama ini adalah yang pertama dianjurkan oleh pihak NIPS dengan kerjasama Astro.

Kempen yang bermula pada 26 September lalu akan berakhir pada 20 November 2011.

Sepanjang kempen berlangsung, peminat yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi untuk setiap minggu akan diumumkan di laman facebook.com/nipsmalaysia.

‘Edisi Khas’ Johan (Raja Lawak) Cecah 3 Juta Penonton

Posted: 15 Oct 2011 12:04 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Johan (Raja Lawak) berkongsi perasaan gembira apabila program lawak Edisi Khas mencatat rating lebih 3 juta penonton semenjak disiarkan di TV3 pada 7 Jun lalu. Ia menemui penonton setiap Selasa, pukul 10 malam.

Program tersebut melibatkan Johan bergandingan dengan pelakon-pelakon lain seperti Almy Nadia, Along Raja Lawak, Saiful Apek, Ropie (Cecupak), Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Acong (Sweet Child).

"Disebabkan program ini telah mencecah lebih 3 juta penonton, kami akan menjalani penggambaran musim kedua Edisi Khas tidak lama lagi.

"Selain itu, saya mendapat tahu program ini akan dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2011," katanya kepada mStar Obnline.

Johan memainkan peranan sebagai pengacara yang bergelar "Fifi Fairuz Fuyoo" yang akan memperkenalkan tiga segmen lakonan dalam setiap episod.

Antara topik yang dipersembahkan melalui sketsa yang mencuit hati termasuk isu kad kredit di mana dua pasangan kekasih yang berbelanja sakan untuk mengambil hati kekasihnya.

Along pula berlakon sebagai individu yang melarikan diri daripada ah long (peminjam wang) dan juga isu kenapa wanita tempatan lebih tertarik kepada lelaki warga asing.

Selain itu, isu-isu yang dipaparkan dalam Edisi Khas termasuk rasuah, peminta sedekah, mat rempit, pengurus wanita yang bersikap bossy, haruan makan anak dan kepercayaan tahyul.

Menurutnya, program itu berjaya mungkin disebabkan penonton gemar melihat lawak yang bersahaja dan menghiburkan.

"Mungkin kelebihan saya untuk meniru gaya orang lain seperti yang ditonjolkan dalam Edisi Khas sebelum ini menjadi salah satu tarikan untuk penonton menyaksikan program tersebut.

"Bagaimanapun, masih ada satu lagi selebriti iaitu Eric Leong yang menyebabkan saya sukar untuk meniru gaya dan cara percakapannya," ujarnya lagi yang baru selesai menjalani penggambaran drama 13 episod Super Lawak untuk Astro.

Dia juga berkongsi perasaan terujanya apabila slot kelolaannya di radio Era FM mendapat sambutan hangat.

Johan mengendalikan slot pada setiap Sabtu, pukul 7 hingga 11 pagi bersama-sama Reza manakala pada Isnin hingga Jumaat, pukul 9.50 pagi dia akan muncul dengan Sketsa Johan.

"Saya hanya berbual dengan pendengar sementara penyampai lain perlu membantu saya daripada segi teknikal.

"Saya juga perlu membawakan karakter seperti Mak Jemah dan Ah Chai mengikut permintaan pendengar," cerita Johan.

Julia Perez Belanjakan Lebih RM30 Ribu Untuk Pakaian

Posted: 15 Oct 2011 12:03 AM PDT

PENYANYI dangdut dari Indonesia, Julia Perez (gambar) akui pernah membeli baju yang direka oleh pereka luar negara berharga RM31,855.

Namun, dia agak menyesal kerana hanya memakai pakaian tersebut sekali dan selepas itu terus disimpan.

"Koleksi baju sudah banyak. Selepas tiga bulan, baju yang disimpan akan diulang pakai jika belum digunakan lagi.

"Seperti baju yang saya beli berharga RM31,855, saya hanya sempat pakai sekali dan selepas itu disimpan. Rasa seperti menyesal pula kerana jika kasut, saya boleh pakai lagi," ujarnya lagi.

Dia mengakui tiada masalah untuk memakai pakaian yang ditaja atau dibeli sendiri. Namun dia hanya memakai pakaian itu dua hingga tiga kali dan kemudian diulang pakai agar tidak membazir wang untuk membeli banyak pakaian.

"Saya selalu membaca majalah fesyen dalam dan luar negera untuk dijadikan rujukan fesyen. Saya selalu melihat seni dan penampilan artis Koera dan Thailand," jelasnya lagi.

'Alam' Album Mohram Selepas Tujuh Tahun

Posted: 15 Oct 2011 12:02 AM PDT

Mohram

PETALING JAYA: Selepas tujuh tahun menyepikan diri tanpa album, akhirnya kumpulan duo muzik "fusion" etnik, Mohram, akan muncul dengan album terbaharu berjudul Alam.

Kata salah seorang kumpulan itu, Ramli (pemain rebana), kelewatannya bersama rakan, Mohar (pemain seruling) mengeluarkan album ketiga itu disebabkan mereka belum mempunyai inspirasi dalam menghasilkan lagu.

"Kami lebihkan kepada kualiti. Justeru itu, apabila idea belum muncul, kami biarkan sahaja. Sehinggalah apabila kami ke Terengganu pada hujung tahun lalu, saya mendapat terlalu banyak inspirasi.

"Setiap idea yang datang berdasarkan alam sekitar yang dilihat. Tambah pula pada ketika itu musim monsun, cuacanya sentiasa mendung dan suasana terasa begitu nyaman," katanya yang ditemui pada majlis pra dengan album Alam di Bsync Studio, di sini, Jumaat.

Wajah Ramli yang terkini.

Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam Alam ialah Kisah Si Anak Penyu, Pusaka, Cahaya Di Taman Suci, Alam Yang Sirna, Wira Lautan dan Sungai Terengganu.

Tambah Ramli, istimewanya album ini apabila Mohram turut memasukkan nyanyian vokal pada instrumen muzik yang dimainkan pada setiap lagu yang dibahagikan kepada dua versi.

"Memang Alam banyak kelainannya berbanding dua album sebelum ini iaitu Sakti (2001) dan Antarsukkha (2004).

"Selepas menerima respons daripada peminat, kami menghasilkan album yang memuatkan dua versi iaitu lagu bersama instrumen dan juga vokal. Jadi pendengar boleh memilih versi mana yang mereka mahu dengar," ujarnya.

Selain itu, pada majlis tersebut, Mohram juga menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan pihak Taman Tamadun Islam (TTI) di Terengganu.

"Alhamdulillah, bermula hari ini Mohram dan TTI akan bekerjasama untuk meningkatkan taraf kualiti taman tema tersebut di mana kami akan menunjukkan muzik Malaysia kepada pelancong.

"Malah, Mohram telah mencipta sebuah lagu berjudul Cahaya Di Taman Suci khas untuk TTI. Kami juga akan melakukan kolaborasi dari segi penganjuran teater dan penulisan khat," ujarnya.

Album Alam akan menemui pendengar pada November depan.

Klip Video 'Criminal' Britney Spears Dilancar Bulan Ini

Posted: 15 Oct 2011 12:00 AM PDT

KLIP video single terbaru Britney Spears (gambar) berjudul Criminal akan dilancarkan pada masa terdekat ini.

Britney mengumumkan tentang perkara tersebut menerusi Twitter miliknya bahawa klip video itu akan dilancarkan minggu ketiga bulan ini.

"Saya tak sabar lagi menunggu klip video saya untuk dilancar pada minggu hadapan. Video tersebut dirakamkan di London. It's so hot," kata Britney menerusi Twitter pada Khamis, menurut aceshowbiz.

Sebelum ini, Britney diprotes keras kerana menggunakan senjata api untuk klip video itu kerana didakwa menyindir salah satu pihak.

Namun Britney menyangkal tuduhan itu dan menganggap video tersebut sekadar fantasi belaka. Namun pihaknya bersedia untuk merombak video tersebut.

Belaian cinta

Posted: 14 Oct 2011 11:59 PM PDT

KENANGAN ...Ismail menunjukkan gambar perahu besar  satu ketika dahulu  tempatnya mencari rezeki.
KENANGAN ...Ismail menunjukkan gambar perahu besar satu ketika dahulu tempatnya mencari rezeki.

KUALA TERENGGANU: "Kami tiada apa-apa rahsia istimewa kecuali kalau bergaduh, kedua-dua pihak perlu menunggu sama ada hati saya atau isteri sudah sejuk terlebih dulu, barulah kami berbincang menyelesaikan perselisihan faham dengan mengenepikan segala rasa ego," kata Ismail Abas, 94.

Warga emas itu berkata demikian ketika mendedahkan tip kejayaannya mengekalkan perkahwinannya yang kini mencecah 74 tahun.

Di saat statistik perceraian di negeri ini berada pada tahap membimbangkan berikutan 1,454 permohonan cerai diterima Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) tahun lalu, Ismail dan pasangannya, Wan Chik Wan Yahya, 87, hidup harmoni sejak mereka diijabkabulkan pada 1937 meskipun tidak pernah bercinta sebelum berkahwin berikutan pernikahan berkenaan diatur keluarga masing-masing.

Malah, Ismail tidak pernah terlintas untuk mencari wanita lain sepanjang perkahwinannya meskipun pada satu ketika dia sering meninggalkan Wan Chik kerana bekerja sebagai pelayar perahu besar yang menghantar dan mengambil barang dagangan hingga ke Singapura.


"Hati isteri perlu dijaga. Sekiranya tak mampu berpoligami buat apa hendak cari yang lain, cukuplah dengan seorang saja.

‘Bukan dosa saya’

Posted: 14 Oct 2011 11:58 PM PDT

SEBAK...Mohamad terkilan sering dihina.
SEBAK...Mohamad terkilan sering dihina.

TAIPING: "Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah," ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih.

Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.

Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua.

"Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup," katanya.


Menurutnya, dia hanya mengetahui status sebagai anak luar nikah pada usia 16 tahun selepas perkara itu didedahkan ibu dan bapa angkat yang juga bapa saudaranya yang memeliharanya sejak kecil.

Hujan air mata untuk Rain

Posted: 14 Oct 2011 11:57 PM PDT

SELAMAT TINGGAL...Rain akan berkhidmat dalam tentera dua hingga tiga tahun.
SELAMAT TINGGAL...Rain akan berkhidmat dalam tentera dua hingga tiga tahun.

SEDEKAD lamanya membina nama, Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain, akhirnya dikenali berjaya sebagai bintang pop terkenal Korea Selatan. Bukan saja di tanah air tercinta, fenomena dicetuskan Rain turut tersebar di seluruh dunia termasuk menjadi perhatian peminat di Malaysia.

Bersandarkan wajah kacak dan bakat dimiliki, Rain digilai ramai. Namun, tuntutan negara tetap disanjung tinggi hingga akhirnya pada usia 29 tahun, pemuda kelahiran Seoul, Korea pada 25 Jun 1982 ini membuat keputusan meninggalkan seketika karier seni untuk menyertai latihan ketenteraan.

  • Foto

    RAIN...jadi lambang kehebatan industri hiburan Korea Selatan.

  • Foto

    SEBAGAI PELAKON...membintangi filem Ninja Assassin pada 2009.

  • Foto

    KHIDMAT NEGARA...dalam pakaian tentera untuk memulakan khidmatnya.

  • Foto

    JANGAN PERGI...peminat keberatan melepaskan Rain.

Di Korea, golongan lelaki yang sihat tubuh badan berusia 20 hingga 35 tahun wajib untuk mengikuti latihan ketenteraan selama dua hingga tiga tahun. Ia perjuangan untuk negara demi memperingati peperangan Korea yang tercetus pada era 50-an lalu.

Apapun, bagi menjalani latihannya Rain mendaftarkan diri di kem latihan

di Uijeongbu 306 Reserve Troop Station di Wilayah Gyeongido di Selatan Korea.
Biarpun dia selebriti ternama di tahap antarabangsa, Rain mengakui tidak mengharapkan layanan istimewa sepanjang latihan.


Selasa lalu, kemunculan Rain di kem terbabit pada jam 1.10 tengah hari turut diiringi peminat fanatiknya yang yang menitiskan air mata dengan keputusan dibuat artis popular itu. Rain sanggup meninggalkan kariernya yang kini berada di puncak dan menyertai tentera.

Rain yang bermula dalam karier nyanyian, akhirnya mengorak langkah sebagai pelakon. Justeru, pada ucapan ringkasnya dia cukup terharu dengan perhatian peminat yang tak jemu memberi sokongan sepanjang perjalanan karier seninya.

"Terima kasih diucapkan kepada anda semua di atas sokongan diberikan sepanjang tempoh 10 tahun saya terbabit dalam karier seni. Saya turut meminta maaf kepada anda di atas keputusan ini. Namun, apa yang saya lakukan ini adalah satu kewajipan.

"Sebenarnya, saya menyangkakan berlaku kekecohan pada pendaftaran ini gara-gara tindakan membuat keputusan untuk menyertai latihan ketenteraan.
Apapun, saya harap dapat melakukannya dengan baik dan pulang dalam keadaan sihat," katanya.

Sebagai tanda penghargaan di hadapan kira-kira 1,200 peminat bukan saja dari sekitar Korea yang datang ke kem latihan itu malah dari Jepun, Hong Kong Taiwan dan China.

Sebagai tanda hormat, Rain menanggalkan topinya dan mendedahkan rambut yang sudah dipotong pendek bersesuaian dengan imej seorang tentera dan sedia untuk berjuang.

Bukan saja peminat, sesi pendaftaran Rain turut mendapat liputan langsung dari lokasi yang dibuat stesen televisyen seperti TVN dan Mnet. Populariti dirinya yang hebat menjadikan Rain, selebriti tunggal Korea yang mendapat siaran langsung pada hari pendaftaran.

Sebelum mendaftar ke kem itu, Rain sempat meninggalkan hadiah istimewa buat peminat apabila mengadakan konsert Last For The Best di Gymnastics Stadium di Olympic Park, Seoul pada Ahad. Ia dihadiri kira-kira 20,000 peminatnya untuk menyaksikan aksi terakhirnya.

Dalam laman Twitternya, Rain mengumumkan konsert itu akan disiarkan menerusi stesen TV Mnet ketika dia menjalani latihan ketenteraan. Rain juga mengambil peluang untuk menziarah pusara ibunya.

Cukup popular dan dikenali ramai, Rain semakin menjadi perhatian peminat sejurus muncul dalam drama Sang Doo! Let's Go To School pada 2003, diikuti Full House (2004). Malah, menerusi drama pertama saja dia menang anugerah Pelakon Baru Terbaik.

Turut berjaya mencipta nama di Hollywood menerusi filem Speed Racer pada
2008 dan Ninja Assassin (2009), keunggulan Rain di persada seni antarabangsa sudah dibuktikannya. Apatah lagi, filem Ninja Assassin melayakkannya menang MTV Awards pada 2010.

Sama ada nyanyian dan lakonan, Rain kini di prestij yang tersendiri. Oleh itu, sudah pasti keputusannya untuk berehat seketika dalam karier seni sukar diterima peminat. Malah, ada yang meramalkan keputusan Rain itu akan menggugat populariti dirinya.

Sehingga kini, Rain sudah muncul dengan tujuh album dengan perjalanan karier nyanyian cemerlang. Malah, nama Rain juga pernah tersenarai dalam kelompok 100 individu 'Paling Berpengaruh Di Dunia' oleh majalah Time di Amerika Syarikat
pada 2007 dan majalah People's pula dalam tahun sama meletakkan namanya sebagai 'Lelaki Paling Kacak Di Dunia'.

Seorang peminat Rain dari Sogang University, Kim Hee-ra, 21, berkata, dia sangat sedih dengan keputusan yang dibuat oleh bintang pujaannya itu.
Bagaimanapun, dia juga gembira kerana Rain berani mengambil risiko demi tanggungjawab pada negara.

"Tak dinafikan keputusan Rain menyertai latihan ketenteraan ini akan membawa risiko pada populariti dan karier seninya yang kini di puncak kegemilangan.
Namun, saya juga yakin ia takkan terjejas lama jika dia muncul dengan semangat baru," katanya.

Bagi Lee Jin-young, 22, pula, dia menyifatkan Rain mungkin tidak lagi popular seperti dulu kerana tidak mendapat publisiti dan laporan media selama dua tahun.

Katanya, sepatutnya Rain menyudahkan latihan ketenteraan itu ketika usianya
awal 20-an.

Sementara itu, aktor popular Korea, Song Seung-heon yang pernah mengikuti latihan ketenteraan terbabit pada 2004 memaklumkan dia juga pernah menyangka bakal mengalami kejatuhan popularitinya. Namun, ujarnya sangkaan itu meleset kerana dia lebih berjaya sekarang.

QSR lancar piza Ultimate Cheesy 7

Posted: 14 Oct 2011 11:55 PM PDT

TERBARU...Jamaludin  (dua dari kiri) dan Pengarah Operasi Restoran Pizza Hut / KFC Kemboja, Wong Sooi Kheong (dua dari kanan) menunjukkan piza Ultimate Cheesy 7.
TERBARU...Jamaludin (dua dari kiri) dan Pengarah Operasi Restoran Pizza Hut / KFC Kemboja, Wong Sooi Kheong (dua dari kanan) menunjukkan piza Ultimate Cheesy 7.

QSR Brands Bhd (QSR) pemegang francais Pizza Hut, mengunjurkan 65 peratus prestasi jualannya disumbangkan daripada kempen jualan produk utama yang diadakan tahun ini.

Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali berkata, tahun lalu rangkaian restoran makanan segera itu mencatatkan jualan RM400 juta dengan RM240 juta disumbang pelbagai kempen utama yang dilaksanakan.


"Tahun ini dengan pelancaran pelbagai kempen pengenalan produk baru bagi setiap suku tahun dijangka dapat mengekalkan momentum jualan dicatatkan pada tahun lalu.

"Kempen untuk mengetengahkan produk utama Pizza Hut penting untuk syarikat kerana ia satu strategi menunjukkan produk keluaran kami sentiasa mempunyai inovasi penciptaan makanan kepada pelanggan," katanya pada majlis pelancaran Piza Ultimate Cheesy 7 di Petaling Jaya, Selangor.


Piza Ultimate Cheesy 7 ialah produk terbaru daripada Pizza Hut yang diperbuat berdasarkan resipi asal diperbaharui, Piza Extreme Cheesy 6 pada tahun lalu. Produk ini menawarkan tujuh jenis perisa keju berbeza yang diperbuat daripada adunan doh khas untuk memberi keseimbangan sempurna pada ketebalannya.


"Ia ditawarkan pada harga RM23.90 (bersaiz biasa), RM31.90 (bersaiz besar), RM30.90 (set kombo untuk dua orang untuk bersaiz biasa) dan RM41.90 (bersaiz besar dan set kombo untuk empat orang). Set Kombo itu dilengkapi sup, roti bawang putih dan minuman ringan yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia tidak termasuk cawangan di KLCC, Genting Highlands dan Wangsa Maju.

10 gaya berbeza

Posted: 14 Oct 2011 11:54 PM PDT

KOLEKSI 2012...barisan model menggayakan himpunan kaca mata Swarovski 2012 daripada Focus Point.
KOLEKSI 2012...barisan model menggayakan himpunan kaca mata Swarovski 2012 daripada Focus Point.

MEMAKAI kaca mata dapat membentuk imej seseorang. Hanya dengan sepasang bingkai berkaca yang berfungsi bagi melindungi mata, anda mampu kelihatan pintar, seksi dan bergaya.

Malah, dalam sesetengah keadaan kaca mata mampu menarik perhatian serta memberi keyakinan kepada si pemakai.

  • Foto

    MODEN...wanita dan kaca mata tidak dapat dipisahkan apabila menjadi perhiasan utama mereka.

  • Foto

    SANTAI...kaca mata mampu menonjolkan gaya elegan wanita.

  • Foto

    BENTUK MUKA...pemilihan kaca mata harus mengikut bentuk muka, acara dan solekan.

  • Foto

    BINGKAI...keistimewaan kaca mata Swarovski bukan saja pada cermin tetapi bingkai yang memberikan gaya berbeza.

Bagi penggemar kaca mata, memilih perhiasan mata ini bukanlah perkara sukar. Apa yang perlu diberi perhatian adalah acara, bentuk wajah dan juga solekan.

Bagi wanita yang memiliki bentuk wajah bersegi, seharusnya memilih cermin mata bulat kerana mampu memberikan bentuk wajah bujur manakala wanita berwajah oval tidak perlu khuatir kerana bebas memakai sebarang bentuk cermin mata kerana semua jenis sesuai dengan mereka.


Begitu juga bagi yang berwajah mungil, mereka disarankan memilih bingkai lebar ke bawah.


Ini kerana bingkai kaca mata yang terlalu lebar dan melebihi ukuran wajah, akan kelihatan tidak seimbang.

Bagi penggemar kaca mata yang memiliki kulit gelap, seharusnya memilih bingkai berwarna terang bagi menampakkan kulit lebih cerah.

Menyedari kaca mata kini bukan saja sebagai keperluan tetapi perhiasan sama seperti tas tangan, anting-anting dan jam tangan, buat kali pertama Focus Point kini melancarkan koleksi cermin mata Swarovski 2012 selepas menerima sambutan menggalakkan di Eropah bulan lalu.

Hadir dengan himpunan kaca mata cukup menyerlah, setiap satunya direka bagi memenuhi keperluan wanita yang ingin tampil bergaya dan elegan dalam setiap acara yang dihadiri.

Ketika majlis pelancaran di Modesto The Curve Damansara, Pegawai Eksekutif Berkumpulan Focus Point Vision Care Berhad, Kim Ng, berkata sebagai pengeluar produk optik utama di Malaysia, kehadiran kaca mata Swarovski diharap menjadi pencetus fesyen terkini wanita sekali gus menjadi pelengkap gaya mereka.

"Menyedari permintaan pelanggan visi kami adalah ingin menjadi peneraju utama Asia dalam pemasaran produk optik di Malaysia," katanya yang turut menzahirkan kebanggaan Focus Point kerana dapat melancarkan cermin mata Swarovski 2012 buat kali pertama di Malaysia.

Himpunan kaca mata yang memukau ini didatangkan dalam rekaan moden dan berkualiti dengan 10 gaya berbeza. Rekaan mengambil kira tiga elemen bermotifkan kristal arkitek, lakaran logo itik dan bunga.

Imej empat itik direka penuh berseni seakan sama seperti orkid. Memakainya selain tampil moden, wanita juga mampu melindungi mata daripada sinaran matahari dengan jaringan penapis serta cermin berkualiti.

Menurut Pengurus Pembangunan Asia Marcolin Group, Christina Sheng, kerjasama antara Focus Point dan Marcolin adalah jalinan hubungan erat selepas kejayaan pelancaran produk cermin mata Mei lalu.

Kaca mata jenama mewah, Swarovski ini boleh didapati secara eksklusif di Focus Point mulai November ini.


Panduan memakai cermin mata:

- Pilih kaca mata ringan, chic dan trendy berbanding kaca mata berbingkai berat yang membuat anda kelihatan lebih serius dan tua.

- Solekan semula jadi lebih sesuai sekiranya anda berkaca mata kerana bingkai kaca mata akan menambah perhiasan pada wajah. Solekan terlalu kontras akan menyebabkan penampilan terlalu menonjol.

- Gunakan celak tipis pada garis mata, kemudian oleskan pengilat bibir dan pemerah pipi. Solekan sederhana akan membuat wajah lebih segar meskipun anda memakai kaca mata sepanjang hari.

- Ramai tidak tahu bentuk alis juga sangat penting bagi mereka yang berkaca mata. Rapikan alis dengan bentuk sedikit melengkung untuk menampakkan wajah lebih menawan.

Pesona Katrina

Posted: 14 Oct 2011 11:53 PM PDT

pix_gal0
AWAL kehadirannya menongkah arus konvensional yang dilalui nama besar industri perfileman Bollywood. Katrina Kaif tidak fasih berbahasa Hindi, malah skil lakonannya juga menjadi topik perdebatan.

Ekoran kelemahannya menguasai bahasa Hindi pada permulaan menapak dalam bidang lakonan, Katrina pernah dilabel sebagai bakat baru yang membosankan. Di sebalik kekurangan itu, gadis kelahiran Hong Kong yang membesar di Hawaii dan London itu memiliki pesona yang menyihir mata memandang.
Seraut wajah jelita persis bidadari, dilengkapi susuk tubuh yang mendebarkan jejaka, Katrina menyisihkan segala pandangan sinis itu dengan trek pencapaian mengagumkan.
Deretan filem yang dibintanginya mencatat kutipan pecah panggung, termasuk terbaru, filem Mere Brother Ki Dulhan pastinya mengundang cemburu. Dia antara segelintir bintang yang bertuah kerana populariti pantas itu memberinya peluang untuk mendampingi kesemua hero yang memiliki pangkal nama Khan.

"Pada usia 17 tahun, saya membuat keputusan berani dengan meninggalkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di London dan mencuba nasib di India. Saya masih kabur sebaik tiba di Mumbai tetapi langsung tidak khuatir. Hati saya sentiasa mendesak untuk meneroka peluang di situ. Mujur saya ke sana ditemani kakak, Christine.

"Saya sekadar mencuba, tanpa meletakkan sebarang tekanan untuk berjaya dalam bidang ini. Namun tanpa disangka, ia menjadi titik permulaan yang mengubah seluruh hidup saya," kata gadis yang mula diberi peranan kecil menerusi filem Boom pada 2003.

Katrina membawa pelbagai keajaiban kerana dia memasuki industri hanya berbekalkan kekuatan semangat yang meruntuhkan segala tembok penghalang. Dia menyinar ketika industri perfileman Bollywood masih menutup pintunya untuk menerima orang luar, lantas mendesak penerbit menukar nama keluarganya supaya dia lebih dekat dengan audiens.
Meniti pelbagai kepayahan ketika membesar, membuatkan Katrina yang dilahirkan pada 16 Julai 1984 tidak sesekali alpa dengan pencapaiannya. Komitmennya dipuji pengarah, skil lakonan dan penguasaan bahasanya juga semakin matang malah Katrina juga bijak menangani kerenah setiap Khan yang mendampinginya.

"Saya sentiasa mengutamakan harapan peminat dan tidak akan sesekali mengecewakan mereka. Ketakutan untuk gagal menjadi pendorong kepada saya melakukan yang terbaik. Penting kepada seseorang individu itu untuk mempertahankan sifat positif, selain berusaha memberikan hasil kerja terbaik.

"Jadual padat menyukarkan saya untuk sentiasa tenang, namun saya tidak merungut. Itu adalah sebahagian daripada tuntutan kerjaya. Saya sentiasa mencari aktiviti yang dapat memberikan saya ketenangan," katanya.

Meniti populariti juga menuntut Katrina supaya bijak menangani tekanan, apatah lagi apabila kehidupan peribadinya sentiasa menjadi sorotan media.

"Kami juga manusia biasa dan ada ketika hati saya tersentuh terutama apabila berita tidak betul disebarkan kepada umum. Namun, saya banyak belajar daripada itu. Saya tahu media dan selebriti tidak dapat dipisahkan tetapi saya tidak perlu menjelaskan segala-galanya.

"Saya sudah tidak peduli lagi dengan apa yang ditulis. Peminat juga sudah semakin matang, malah tahu membezakan mana benar mana salah," katanya.

Katrina berkata, selama ini harga dirinya sering dinilai menerusi hubungannya dengan lelaki. Bukan hanya dirinya, sebaliknya sebahagian besar wanita cuma dinilai dari satu sudut kecil.

"Mungkin saya dinilai begitu kerana membesar tanpa bapa. Tetapi saya semakin dewasa dan mula mempercayai hidup adalah takdir yang sudah tertulis," katanya.


Masih dibayangi Salman Khan

KALI terakhir mendampingi 'jejaka nakal' Bollywood, Salman Khan pada 2008 menerusi filem, Yuvraj, kedua-dua mereka membawa haluan sendiri selepas percintaan yang terjalin sejak Katrina mula bertapak di Mumbai, berakhir. Selepas dua tahun, perpisahan itu nyata tidak menjarakkan hubungan mereka malah Salman masih mempunyai pengaruh dalam perjalanan kerjaya bekas kekasihnya itu.

Salman juga dikatakan sebagai punca mengapa Katrina melepaskan tawaran membintangi filem terbaru arahan Ayaan Mukerji.

Filem itu bakal menemukan Katrina dengan bekas kekasihnya, Ranbir Kapoor. Sumber industri menjelaskan, Salman kurang senang apabila Katrina digandingkan dengan Ranbir biarpun percintaan pasangan itu berakhir Mac lalu.

"Salman meminta Katrina supaya menjauhi Ranbir. Katrina serba salah kerana Ayaan ialah teman baiknya, namun pada masa sama dia terpaksa tunduk kepada permintaan Salman. Biarpun menerima pelawaan itu pada permulaan tetapi akhirnya Katrina terpaksa melepaskan juga tawaran yang diberikan," kata sumber itu.

Permusuhan antara Salman dan Ranbir diketahui umum kerana beberapa tahun lalu, Salman pernah berselisih faham dengan aktor muda itu di sebuah kelab. Mereka bagaimanapun, berdamai apabila menghantar lukisan gambar datuknya, Raj Kapoor kepada Ranbir. Sejak itu mereka sering keluar bersama namun Salman kembali menjauhkan diri apabila Ranbir mendekati Katrina.


Info Katrina Kaif

  • Dilahirkan di Hong Kong, seterusnya berpindah ke Hawaii sehingga berusia 14 tahun dan menetap di London selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Mumbai.

  • Ditemui ejen pencari bakat pada usia 14 tahun dan memperoleh tawaran muncul dalam kempen barangan kemas.

  • Ketika berhijrah ke India, Katrina bekerja untuk jurugambar, Atul Kasbekar dan membintangi iklan komersial seperti Fevicol, Lakme dan Veet.

  • Seorang yang menitikberatkan gaya. Katrina sanggup menggayakan apa saja untuk memenuhi tuntutan watak dan iklan. Di luar dia lebih selesa bergaya sopan, malah Katrina juga tidak gemar bersolek.

  • Menerima pencalonan sebagai wanita Asia paling seksi di dunia oleh Eastern Eye pada 2008, 2009, 2010 dan 2011. Katrina juga dianggap seorang wanita misteri kerana enggan berkongsi hal peribadinya dengan media.

3 wira pedang kembali

Posted: 14 Oct 2011 11:50 PM PDT

pix_gal0
Filem: The Three Musketeers
Genre: Aksi, Pengembaraan, Cinta
Pengarah: Paul WS Anderson
Lakon Layar: Andrew Davies, Alex Litvak Pelakon: Logan Lerman, Milla Jovovich, Matthew Macfadyen, Ray Stevenson, Luke Evans, Orlando Bloom, Til Schweiger Durasi: 110 minit
Tarikh Tayangan: Mulai 6 Oktober 2011


NOVEL tulisan Alexandre Dumas sudah banyak kali diadaptasi bukan saja dalam bentuk filem, tetapi juga ke pentas teater muzikal. Kali pertama novel ini diangkat ke filem adalah pada 1903 oleh sebuah produksi dari Perancis, manakala kali terakhir pula pada 2005, tetapi dihasilkan dalam bahasa Perancis dengan judul d'Artagnan et les trois mousquetaires.

Pada 2001, sebuah produksi dari Amerika Syarikat pernah menerbitkan filem ini. Bagaimanapun filem arahan Peter Hyams yang dibintangi Catherine Deneuve, Tim Roth, Mena Suvari, Stephen Rea, Nick Moran, Bill Treacher dan Justin Chambers itu rata-ratanya mendapat ulasan kurang memberangsangkan daripada pengkritik filem kerana kelonggaran jalan ceritanya.
Kali ini Paul WS Anderson, sutradara yang pernah mengarahkan filem Resident Evil serta beberapa filem fiksyen sains mengambil cabaran untuk mengarahkan judul berbentuk epik itu. Anderson mempunyai beberapa rekod yang kurang baik kerana kebanyakan filem arahannya sebelum ini kurang berjaya, seperti Event Horizan dan Soldier.

Namun kepercayaan yang diberikan produksi dari Jerman - Perancis - British disahut oleh Anderson.

Mengambil abad ke-17 sebagai latar penceritaan, Three Musketeers versinya mengisahkan mengenai cita-cita anak muda bernama D'Artagnan untuk menjadi wira pedang. Ketika tiba di Paris, anak muda itu terserempak dengan tiga sahabat yang memegang kuat motto hidup satu untuk semua, semua untuk satu iaitu Athos, Porthos dan Aramis.

Ketiga-tiganya ialah bekas wira pedang yang semakin dilupakan selepas teman wanita Athos, Milady de Winter, belot apabila dia bekerjasama dengan seorang lelaki Inggeris pengecut, Duke of Buckingham, lakonan Orlando Bloom.

Milady sanggup mengorbankan cintanya kepada Athos semata-mata mahu memuaskan dirinya sendiri. Kebijaksanaan Milady melakonkan pelbagai helah memang cukup menjengkelkan. Watak Milady dibawa dengan cukup baik oleh Milla Jovovich kerana aktres ini berjaya menimbul perasaan geram di hati penonton.

Penulis sendiri hampir bertepuk tangan dan gembira apabila tiga wira bersama anggota terbaru mereka, D'Artagnan, berjaya menumpaskan dan memberkas Milady yang cuba melarikan diri bersama barang kemas yang dicuri daripada Istana Raja Perancis.

Rancangan mencuri barang kemas milik permaisuri Perancis itu diatur penasihat agama negara itu, Cardinal Richelieu (Christoph Waltz) bagi menimbulkan kebencian rajanya, King Louis, terhadap permaisuri Queen Anne yang kononnya menjalinkan hubungan sulit dengan Duke of Buckingham. Sebenarnya rancangan itu diatur Richelieu dan Milady bagi mencetuskan peperangan antara Perancis dan England.

Walaupun dikatakan sebagai sebuah filem aksi, namun tidak begitu banyak babak lasak mahupun pertarungan yang dipaparkan dalam filem 3D ini. Adegan aksi hanya lebih banyak dipaparkan pada beberapa babak akhir. Babak itu pula tampak hebat, apatah lagi apabila dipersembahkan dalam format tiga dimensi. Elemen arahan seni, kostum dan kesan khas filem ini juga harus dipuji.

Biarpun ada ulasan yang tidak begitu menggemari karya arahan Anderson, namun filem ini masih berbaloi untuk ditonton. Ketika plot penceritaan tidak begitu kuat, ia masih menarik untuk diikuti. Bagi mereka yang menggemari filem seperti Pirates Of The Carribean, pasti mereka tidak sukar untuk menerima filem ini.

Ada juga pihak berpandangan cerita ini tidak seharusnya difilemkan lagi kerana sudah begitu banyak adaptasi yang dikeluarkan sebelum ini. Namun, melihat kepada babak terakhir filem ini, ada kemungkinan susulan The Three Musketeers bakal menemui penonton.

Banjir terburuk kian menghampiri Bangkok

Posted: 14 Oct 2011 11:49 PM PDT

  • Foto

    PENDUDUK Ayutthaya timur Bangkok menggunakan bot untuk meredah banjir.

  • Foto

    SEORANG remaja meninjau keadaan di benteng beg pasir di sebuah kawasan Ayutthaya yang dilanda bah.

  • Foto

    PENGUNJUNG ke kedai tepi Chao Phraya (kanan) menggunakan jambatan kayu yang dibina selepas air sungai melimpah.

Mesej berbeza ancaman bencana kelirukan penduduk

BANGKOK: Sembilan juta penduduk di tengah kota Bangkok takut dan keliru selepas menerima mesej bercampur baur daripada pihak berkuasa khususnya sama ada banjir terburuk dalam sejarah Thailand akan memecahkan benteng penebat di ibu kota metropolitan terletak di kawasan rendah itu.
Laporan terbaru menyatakan, paras air Sungai Chao Phraya meningkat kepada 2.13 meter, melepasi rekod tahun lalu 2.10 meter manakala 230 lebuh raya, kebanyakannya di wilayah utara dan Dataran Tengah, tidak boleh dilalui kerana banjir.
Kerajaan Thailand memberi jaminan kepada penduduk bahawa ibu kota ini akan terselamat daripada banjir yang menenggelami keseluruhan bandar di seluruh Dataran Tengah selain memusnahkan sawah padi dan menutup beratus-ratus kilang.

Ia berasaskan keyakinan kota itu terletak di balik tembok banjir kukuh yang diperkuatkan sejak beberapa hari lalu.

"Saya menegaskan banjir hanya akan menjejaskan kawasan luar Bangkok dan tidak akan masuk ke kawasan lain," kata Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu memberi amaran banjir mencapai tahap krisis dan air yang mengalir dari utara mungkin bercampur dengan hujan dan air pasang dalam beberapa hari lagi menyebabkan bah melanda Bangkok.
Ada pihak lain mengatakan aliran air mungkin amat kuat dan tiada apa dapat dilakukan untuk menahan kota itu tenggelam.

Mesej berbeza daripada sesetengah agensi, jabatan dan pihak berkuasa membawa kekeliruan, kadangkala ia berlaku dalam sidang media sama.

Ia ditambah dengan kesilapan pengumuman kelmarin mengatakan banjir memecahkan satu tembok utama, menyebabkan seorang menteri mengarahkan penduduk di satu kawasan segera dipindahkan.

Kerajaan kemudian memohon maaf atas kesilapan itu mengatakan arahan dibatalkan kerana kerosakan itu disalah tafsir.

Maklumat bertentangan itu menyebabkan ramai penduduk di ibu kota ini menggaru kepala dan tertanya-tanya sama ada tempat mereka benar-benar terancam dan bagaimana cara segera pindah.

Ada penduduk membeli bekalan tambahan air minuman, beras, mi segera, ubat dan keperluan lain, menyebabkan kekurangan bekalan di sesetengah kawasan.
Yang lain memindahkan kereta ke tempat lebih tinggi di kawasan tempat letak kereta pusat beli-belah di bandar ini.

Bangunan di kebanyakan tempat di ibu kota menyimpan beg pasir, sementara yang lain membina pelindung daripada simen dan blok simen berlubang. Petugas sistem kereta api bawah tanah bandar itu bergegas memasang penghadang banjir keluli.

"Secara terus terang, saya benar-benar tidak tahu apa akan terjadi kepada Bangkok," kata Kuealapat Atsawasiramanee, 26, yang tinggal satu kilometer dari Sungai Chao Phraya.

"Sama ada ia akan banjir atau tidak, saya tidak pasti. Ada banyak maklumat dan berita di luar sana dan saya tidak tahu mana satu untuk dipercayai."

"Jika terjadinya banjir, kerajaan perlu mengatakannya. Jangan melindungi kebenaran kerana ia hanya akan menyebabkan lebih banyak huru-hara."

Kekeliruan itu tidak terhad di Bangkok. Sebuah organisasi perdagangan Jepun semalam menyelar kerajaan kerana mendakwa gagal menyediakan maklumat sebenar dan tepat mengenai situasi di wilayah tengah Ayutthaya, yang menyebabkan beratus-ratus kilang musnah.

Seiya Sukegawa dari Organisasi Perdagangan Luaran Jepun (JETRO) Thailand berkata, banyak maklumat kerajaan sebelum air banjir menenggelami kawasan itu sudah lewat, bertentangan atau sukar difahami kerana ia tidak dikeluarkan dalam bahasa Inggeris.

"Syarikat Jepun tidak tahu apa yang berlaku atau maklumat mana benar atau salah. Mereka menerima amaran namun tidak cukup maklumat dan tidak cukup masa untuk membuat keputusan," katanya.

Selain itu, lebih 300 kilang milik Jepun, termasuk pembuat elektronik dan bahagian pembekal automotif, rosak atau musnah akibat banjir.

Sukegawa juga mengadu, kerajaan Thailand tidak melakukan apa-apa untuk membantu syarikat dan kilang mereka dari segi menyelamatkan peralatan dan teknologi yang tidak rosak.

40,000 gigit jari di Kota Bharu

Posted: 14 Oct 2011 11:48 PM PDT

PENYERANG Kelantan, Khairul Izuan Razali (kiri) cuba melepasi benteng pertahanan Terengganu di Stadium Sultan Mohamad IV, malam tadi.
PENYERANG Kelantan, Khairul Izuan Razali (kiri) cuba melepasi benteng pertahanan Terengganu di Stadium Sultan Mohamad IV, malam tadi.
Terengganu lebur sisa-sisa impian Red Warriors

PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada juara Piala FA, Terengganu selepas keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.
Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashaari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18.
Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashaari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-40.

Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Ketika keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian, juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat untuk mara selesa.

2 Ganu Nelang!

Posted: 14 Oct 2011 11:47 PM PDT

ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
Selangor, T-Team, NS turut cipta nama layak ke saingan separuh akhir

PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada juara Piala FA, Terengganu selepas keputusan seri 2-2 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.
Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18.
Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi pada minit ke-40.

Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian dan juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat.

Harga barang keperluan harian naik

Posted: 14 Oct 2011 11:46 PM PDT

  • Foto

    ORANG ramai memilih ikan di Pasar Selayang, Kuala Lumpur.

  • Foto

    TINJAUAN di Pasar Besar Melaka Sentral, Peringgit mendapati harga daging lembu segar dijual pada harga RM20 sekilogram berbanding harga lama RM19.

Pemborong beri alasan cuaca tak menentu, banjir besar di Thailand

KUALA LUMPUR: Harga rata-rata barangan keperluan harian di seluruh negara terutama daging pejal tempatan dan cili merah selain sayuran tertentu meningkat dengan peniaga memberikan alasan terpaksa mengikut harga ditetapkan pemborong yang mendakwa ia berpunca cuaca tidak menentu serta banjir besar di Thailand.
Tinjauan di Pasar Selayang dan Chow Kit mendapati harga daging lembu tempatan dijual RM22 sekilogram (kg), salad antara RM6.50 hingga RM7 1kg, tomato RM5 berbanding RM3 minggu lalu dan santan asli RM9, tetapi harga sesetengah barangan seperti ayam, ikan dan bawang menurun.
Di MELAKA, tinjauan di Pasar Besar Melaka mendapati harga daging lembu, ikan kembung dan ikan merah naik antara RM1 hingga RM4 manakala cili merah sehingga RM18 berbanding RM10 sebelum Bajet 2012. Daging lembu segar dijual RM20 1kg berbanding RM19 harga lama.

Harga hasil laut termasuk ikan kembung pada RM12 berbanding RM10 sebelum ini dan ikan merah sehingga RM24 berbanding RM20, tapi harga ayam turun kepada RM8.30 sejak dua hari lalu berbanding RM8.70 sebelum itu, manakala cili padi akar (hijau) melambung RM13 berbanding RM7.

Di SHAH ALAM, peniaga sayur, Suhaimi Mahat, 53, berkata cuaca tidak menentu sejak dua minggu lalu menyebabkan harga cili merah naik kepada RM18, manakala sayur berdaun sebelum ini dijual RM2 meningkat kepada RM4.

Di KUALA TERENGGANU, harga sayur dan daging terus melambung sejak sebulan lalu dan semakin naik selepas pembentangan Bajet 2012, antaranya sawi kini RM4.50 berbanding RM2.50 hingga RM3 sebulan lalu, cili besar RM14 berbanding RM7, cili kecil RM12 dan daging naik kepada RM20 berbanding RM18.
Di KUCHING, ayam proses sebelum ini RM7.50 kini dijual antara RM8.50 hingga RM9 malah difahamkan di Kapit yang terletak di tengah Sarawak, ia dijual sehingga RM11.50 dan bawang merah pula yang sebelum ini dijual RM6 1kg naik RM1.

Di KOTA KINABALU, Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Roslee Hamid, berkata secara keseluruhannya tiada kenaikan ketara harga barangan keperluan di Sabah khususnya di ibu negeri, tetapi pihaknya ada menerima aduan kenaikan harga ayam di Kota Belud dan Papar.

Tinjauan di Pasar Besar Kota Kinabalu mendapati daging tempatan dijual RM22 1kg manakala ayam super RM9.50 dan ayam dada serta paha RM10. Kobis pula dijual RM2.50 manakala cili merah antara RM8 hingga RM9 dan bawang merah RM6.

Di JOHOR BAHRU, tinjauan di pasar @Mart mendapati harga barangan basah termasuk ikan dan ayam serta sayur-sayuran naik ketara terutama cili merah dijual sehingga RM19.90 1kg berbanding Sekitar RM5 sebelum Bajet 2012 dengan alasan musim tengkujuh dan banjir di Thailand.

Peniaga ikan, Sapri Ali Junaidi, 25, berkata harga ikan kembung naik RM7.50 1kg berbanding RM4.50 sebelumnya manakala harga sotong meningkat kepada RM14 berbanding RM7, manakala sayur-sayuran meningkat dua hingga tiga kali ganda, antaranya sawi RM4.50 1kg berbanding RM2.50 sebelumnya dan cili merah sehingga RM19.90.

Di SEREMBAN, peniaga di Pasar Awam Rasah Jaya, mengakui terpaksa menaikkan harga beberapa barangan disebabkan pemborong menjual lebih mahal. Pada 7 Oktober lalu, kembung hitam dijual RM10 1kg manakala semalam harganya meningkat RM13, kobis bulat tempatan RM4 (RM5), cili merah Kulai RM14 (RM18) dan tomato RM3.50 (RM5).

Di GEORGETOWN, harga daging tempatan dan sayur di kebanyakan pasar dan kedai runcit di Pulau Pinang meningkat satu hingga dua kali ganda selepas Bajet 2012 dibentangkan. Tinjauan di Pasar Chowrasta mendapati harga cili merah naik kepada RM16 1kg berbanding RM8 sebelum ini.

Di KUANTAN, Unit Pemantau Harga, Pejabat KPDNKK negeri mendapati harga ayam standard RM9.50 1kg berbanding RM8.50 sebelum bajet, manakala cili merah naik daripada RM17 kepada RM20 dan tomato RM6 berbanding RM3. sayuran lain seperti kacang panjang, buncis, sawi, salad, kailan dan petola turut mengalami kenaikan harga 10 hingga 50 sen.

Di KOTA BHARU, tinjauan di Pasar Tani Wakaf Che Yeh mendapati barangan keperluan utama seperti daging, ayam serta barangan dapur kekal pada harga lama. Penjual daging, Ahmad Noh, 45, berkata daging dijual RM18 1kg tanpa sebarang kenaikan sejak Aidilfitri lalu, manakala ayam RM7.80 daripada antara RM8.20 hingga RM8.30 minggu lalu.

Di IPOH, tinjauan di Pasar Besar Ipoh mendapati kenaikan harga cili merah agak mendadak sehingga hampir sekali ganda berbanding minggu lalu daripada RM8 1kg kepada RM15, manakala cili padi daripada RM8 kepada RM12 dan cili hijau daripada RM6 kepada RM10 1kg.

Tubuh Briged Sukarela PLKN

Posted: 14 Oct 2011 11:45 PM PDT

NAJIB menerima bendera perhimpunan daripada Presiden Kelab Alumni PLKN Malaysia, Mohamad Yasin Musa sebagai simbolik  pada Majlis Pelancaran Program Kami Anak 1Malaysia di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.
NAJIB menerima bendera perhimpunan daripada Presiden Kelab Alumni PLKN Malaysia, Mohamad Yasin Musa sebagai simbolik pada Majlis Pelancaran Program Kami Anak 1Malaysia di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.
500,000 ahli alumni bantu kerajaan hadapi malapetaka, bencana alam

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Briged Sukarela Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) membabitkan penyertaan lebih setengah juta alumni PLKN di seluruh negara.
Mengumumkannya malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata briged itu boleh membantu kerajaan dalam kerja sukarelawan terutama dalam menghadapi malapetaka, banjir, tanah runtuh, kebakaran serta bencana alam lain.
"Selain itu, briged itu juga akan terbabit dalam pelbagai kerja sukarelawan termasuk mengindahkan masjid dan sekolah," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Kami Anak 1Malaysia di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seramai 15,000 bekas peserta PLKN dari seluruh negara memeriahkan program itu yang diserikan dengan persembahan kebudayaan masyarakat majmuk Malaysia oleh 1,500 peserta PLKN dari Selangor.

Najib berkata, Briged Sukarela PLKN akan dibentuk dengan bantuan Sekretariat PLKN di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di seluruh negara.

"Saya harap melaluinya (Sekretariat di JLKN), tenaga kerja yang diperlukan dapat diwujudkan bagi memperluaskan Briged itu ke lebih 80 kem Latihan Khidmat Negara.
"Malah, ia juga dapat dijadikan asas pada peringkat daerah supaya Briged Sukarela PLKN dapat dilaksanakan secara menyeluruh," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersedia menyalurkan bantuan dan peruntukan kepada JLKN bagi merealisasikan penubuhan briged berkenaan.

Mengakhiri ucapannya, Najib berharap briged itu akan dapat dijadikan kumpulan masyarakat yang memberi sumbangan dalam proses membina negara bangsa.

Pelajar Malaysia mangsa herdik

Posted: 14 Oct 2011 11:43 PM PDT

 PENDUDUK di sempadan Malaysia dan Indonesia bebas keluar masuk di pos sempadan untuk menjalankan aktiviti masing-masing.
PENDUDUK di sempadan Malaysia dan Indonesia bebas keluar masuk di pos sempadan untuk menjalankan aktiviti masing-masing.
Pensyarah, rakan sekuliah cuba provokasi dakwaan rampas tanah

KUALA LUMPUR: Insiden demonstrasi penunjuk perasaan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang bertitik tolak daripada dakwaan kononnya Malaysia merampas tanah republik itu turut memberi tempias kepada lebih 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia.
Ada kalangan pensyarah, rakan sekuliah, mahu pun doktor dan jururawat di hospital di mana mereka menjalani latihan amali mengherdik dan cuba memprovokasi mereka berhubung isu berkenaan.
Bagaimanapun, tiada insiden tidak diingini berlaku selepas 6,184 pelajar Malaysia di Indonesia dinasihatkan supaya tidak bertindak balas terhadap provakasi itu.

Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada pelajar, khususnya pelajar yang menjalani amali di hospital yang diherdik dan cuba diprovokasi oleh doktor dan jururawat berhubung isu di sempadan Malaysia-Indonesia itu, tetapi dinasihatkan untuk berdiam diri dan tidak bertindak balas.

Berikutan perkembangan terbaru itu, beliau berkata, Education Malaysia (dahulunya Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memantau situasi itu 24 jam sehari bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia terjamin.

"Isu itu memberi kesan kepada pelajar kita di sini apabila ada di kalangan rakyat Indonesia termasuk pensyarah, doktor atau jururawat di hospital di mana mereka menjalani latihan amali terpengaruh dan percaya dengan dakwaan mengenai isu sempadan itu.
"Bagaimanapun, kita menasihatkan pelajar supaya tidak memberi sebarang respon selain mengambil langkah perlu seperti bergerak dalam kumpulan, tidak keluar pada waktu malam dan menukar pakaian kepada pakaian bukan identiti Malaysia untuk mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku dan tidak terheret dengan kancah pertikaian yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Sah tak rampas

Posted: 14 Oct 2011 11:37 PM PDT

KETUA Kaum Kampung Telok Melano, Malaysia, Mohamad Pani (tiga dari kiri) dan Kepala Desa (Penghulu) Temajuk, Indonesia, Mulyadi Kidang (dua dari kiri) bermesra bersama penduduk Camar Bulan, semalam.
KETUA Kaum Kampung Telok Melano, Malaysia, Mohamad Pani (tiga dari kiri) dan Kepala Desa (Penghulu) Temajuk, Indonesia, Mulyadi Kidang (dua dari kiri) bermesra bersama penduduk Camar Bulan, semalam.
Indonesia akui Malaysia tidak pernah ceroboh sempadan

JAKARTA: Indonesia semalam menegaskan Malaysia tidak pernah merampas tanah di Camar Bulan dan Tanjung Datu, di Kalimantan Barat seperti tuduhan sekumpulan rakyat republik itu, bahawa Malaysia mengambil tanah di sempadan kedua-dua negara itu secara haram.
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono ketika menjelaskan perkara itu kepada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, berkata anggota TNI mengawal kawasan sempadan itu sesuai dengan perjanjian Indonesia-Malaysia.
"Semua pos penjagaan di perbatasan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan. Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya," katanya pada pertemuan dengan Suruhanjaya I DPR di sini.

BERNAMA melaporkan Suhartono berkata, penjelasan itu berdasarkan laporan Panglima Daerah Tentera XII Tanjungpura, Mejar Jeneral TNI Geerhan Lantara, yang melakukan tinjauan di kawasan yang didakwa berlaku rampasan itu.

Sementara itu, tinjauan wartawan Malaysia semalam, mendapati Indonesia sudah selesai melakukan kerja menyukat kawasan sempadan Malaysia-Indonesia, berdekatan Camar Bulan, Paloh, dengan maklumat awal mengesahkan tiada sebarang pencerobohan ke atas tanah seluas 1,400 hektar di situ.

Berdasarkan maklumat awal, kerja menyukat secara manual menggunakan peta dan satelit mendapati Malaysia tidak pernah mengalih batu sempadan bernombor 104 dan kawasan itu juga bukanlah tanah pertanian atau penempatan milik penduduk kampung.
Isu sempadan Malaysia-Indonesia ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), yang mendakwa wilayah Camar Bulan seluas 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai dirampas Malaysia.

Sebelum ini, empat menteri Indonesia termasuk Menteri Luar, Marty Natalegawa, sudah menafikan tuduhan kumpulan itu.

Suhartono berkata, laporan media tempatan mengenai pengambilan wilayah Indonesia oleh Malaysia di kawasan terbabit memberi kesan psikologi kepada anggota tentera Indonesia yang bertugas mengawal sempadan di kawasan itu.

Katanya, anggota TNI sering mengadakan rondaan bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia di kawasan sempadan berkaitan.

Wartawan Malaysia yang meninjau kawasan berkenaan mendapati, kerja menyukat batu sempadan dilakukan pagi kelmarin dan semalam, membabitkan pegawai agensi topografi dan TNI dari Jakarta serta wakil Bupati Sambas, Dr Juliarti Djuhardi Alwi.

Isu sempadan laut di Tanjung Datu pula dilaporkan tidak pernah timbul berdasarkan Indonesia mempunyai rumah api yang dikawal anggota TNI-Angkatan Laut sejak dua tahun lalu bagi mengesahkan garisan sempadan mereka.

Kepala Desa Temajuk, Mulyadi Kidang, berkata pegawai TNI bersama wakil Kerajaan Indonesia berada di Camar Bulan sejak tiga hari lalu bagi melaksanakan kerja pemetaan dan pemantauan udara.

Bapa muncul setelah anak-anak berjaya

Posted: 14 Oct 2011 11:36 PM PDT

TIDAK semua perceraian membawa keburukan kepada anak-anak, ada juga perceraian yang menjadi motivasi kepada anak-anak untuk membina hidup baru bersama ibu yang telah ditinggalkan oleh bapa mereka.

Jika akal fikiran anak-anak dibentuk mengikut lunas hukum-hakam agama, insya-Allah mereka akan terdidik dengan baik dan membalas jasa ibu mereka setelah dewasa kelak.

Biasanya perceraian akan menyebabkan bekas isteri menanggung segala kesusahan untuk membesarkan anak-anak.

Begitulah yang berlaku kepada Syuhada (bukan nama sebenar) yang terpaksa membesarkan anak-anaknya sendiri selepas berpisah dengan suami, Jamal (bukan nama sebenar).

Namun setelah anak-anak menggenggam ijazah dan diploma, muncul si bapa untuk berkongsi kejayaan anak-anak, padahal tiada sumbangan yang diberikan untuk kejayaan mereka.

Kepulangan suami menghiris perasaan Syuhada yang selama ini telah bersusah payah membesarkan anak-anaknya, namun dia reda demi masa depan anak-anak.

Kepada saya, Syuhada bercerita untuk berkongsi pengorbanannya selepas bergelar ibu tunggal.

"Saya berusia awal 50-an, seorang penjawat awam yang akan bersara tidak lama lagi. Saya pernah berkahwin dengan lelaki yang saya cintai sejak di bangku sekolah selepas kami keluar universiti.

"Perkahwinan kami bertahan hanya 10 tahun setelah dikurniakan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan.

"Semasa berpisah dengan suami, anak yang bongsu, Azlin di tingkatan satu, Azlina, anak sulung tingkatan lima dan yang kedua, Azrin di tingkatan empat.

"Bayangkan bagaimana keadaan saya untuk membesarkan mereka. Dengan pendapatan sebagai penjawat awam ketika itu, berapa sangat gaji yang saya dapat. Tolak itu dan ini, tinggal dalam RM700-RM800 untuk perbelanjaan rumah dan anak-anak.

"Tapi saya bersyukur kerana Allah mendengar doa saya. Diberikan saya kesusahan untuk saya membaiki diri dan berdoa untuk kebaikan dan kesenangan di kemudian hari.

"Saya juga tidak ambil kisah sebab saya tahu dia tidak mampu kerana telah bernikah lain. Saya hanya berdoa dan berharap anak-anak akan berjaya dalam pelajaran dan hidup mereka.

"Alhamdulillah kerana saya mempunyai jawatan tetap dan ada sumber kewangan setiap bulan untuk perbelanjaan kami empat beranak walaupun tidak sebanyak mana.

"Setiap hari saya berdoa dan berazam akan melalui kesusahan ini, tidak kira cara bagaimana sekalipun.

"Kehadiran isteri baru menyebabkan bekas suami lupa kepada anak-anaknya. Makan minum dan perbelanjaan harian serta makan minum mereka tidak pernah dia tanya.

"Di peringkat awal, tentu saya merasa amat perit sekali. Tidak terkejar masa, maklumlah anak-anak kesemuanya bersekolah menengah dan akan menduduki peperiksaan. Mujur mereka faham.

"Berkat didikan dan kesabaran anak sulung, Azlina berjaya ke menara gading mengambil jurusan kewangan. Yang kedua menyusul kemudian diikuti dengan yang bongsu.

"Gembiranya hati saya tidak dapat hendak dikata, saya bersyukur kerana doa saya Allah makbulkan. Saya tidak mengharapkan duit ringgit anak-anak untuk hari tua saya tetapi masa depan mereka yang saya pentingkan.

"Kini saya lega, Azlina sudah tamat belajar dan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Ketika kegembiraan ini saya nikmati, tiba-tiba muncul bekas suami.

"Seminggu sebelum majlis konvokesyen, Azlina pulang ke rumah dalam keadaan sugul. Saya tanya kenapa dia mendiamkan diri. Berkali-kali saya bertanya dan minta dia berterus terang dengan saya.

"Akhirnya dia memberitahu, ayahnya ada datang berjumpanya di pejabat. Dari mana dia dapat tahu tempat kerja Azlina saya juga tidak tahu. Azlina beritahu yang ayahnya mahu hadir pada majlis konvokesyennya nanti.

"Terkedu saya dibuatnya. Hati saya macam dibakar, kemarahan saya tiba-tiba menerpa. Tetapi alhamdulillah, saya cepat sedar dan beristighfar.

"Kenapa perlu saya marah, sedangkan itu ayah mereka. Apa pun terjadi antara saya dengan bekas suami, anak-anak tidak perlu dikaitkan.

"Saya tidak marah kepada Azlina sebab telah berjumpa dengan ayahnya. Saya faham perasaannya. Saya beri kebenaran kepada dia membawa ayahnya, jika itu yang ayahnya mahu.

"Apa yang akan berlaku di sana itu kerja Tuhan, kata saya. Walaupun hati berat menerima kenyataan ini tetapi saya kena positif demi masa depan anak-anak.

"Keluarga marahkan saya kerana terlalu baik dengan bekas suami. Saya tidak ada pilihan. Ini hari bahagia untuk anak sulung kami. Saya mesti gembirakan hatinya.

"Seingat saya, anak-anak marah dengan perbuatan ayah mereka tetapi tidak pernah membencinya biarpun setelah mereka berjaya, baru dia muncul.

"Saya pasti dia telah sedar kesilapannya dan mahu menebus kesalahan dan dosanya itu kepada anak-anak kami. Kalau di dunia dia terlepas, di akhirat pasti akan menerima ganjarannya juga.

"Azlina faham perasaan saya tetapi sebagai anak dia telah melakukan tanggungjawabnya, menerima ayahnya seperti dulu. Saya gembira dan bahagia walaupun hati saya telah terluka.

"Saya mendoakan anak-anak saya yang dua orang lagi, Azli dan Azrin akan mengikut jejak kakak mereka, menerima semula ayah mereka dalam apa juga keadaan.

"Pesanan saya kepada bekas isteri lain, jangan ikutkan hati tetapi fikirkan anak-anak. Mereka berhak memilih apa yang terbaik untuk hidup mereka.

"Kepada Allah saya berserah, semoga bekas suami benar-benar insaf dan bertaubat dengan perbuatannya mengabaikan kami dulu. Kepada anak-anak, terima kasih kerana membahagiakan saya," Syuhada menamatkan cerita.

Kagum saya dengan sikap Syuhada. Jarang ditemui wanita yang sekuat dan setabah Syuhada. Sikap pemaaf ini akan menjadikan kehidupan anak-anak mangsa perceraian semakin bahagia dan ceria.

Apa yang berlaku seperti kata Syuhada adalah kesilapan yang masih boleh diperbetulkan mengikut keadaan. Allah sentiasa menguji hamba-Nya yang dia rasa mampu memikul kesusahan dan kepayahan dalam hidup.

Tahniah kepada Syuhada kerana telah melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik. Teramat besar pengorbanan Syuhada, satu pengorbanan yang harus dicontohi oleh bekas isteri dan anak-anak mangsa perceraian.

Mengundur diri, redalah dengan ketentuan Allah kerana baik dan buruknya adalah ujian untuk hamba-Nya.

salam

Bahagia berkahwin muda

Posted: 14 Oct 2011 11:34 PM PDT


USIA 20 tahun perkahwinan tambah mengeratkan kasih sayang Den dan Nora.


PERBEZAAN usia sebanyak 10 tahun merupakan antara sebab yang membawa kepada kerukunan rumah tangga Den Wahab dan Nora Tamam.

Den Wahab atau nama sebenarnya Zaharudin Abd. Wahab, 48, mendirikan mahligai bahagia bersama Norassikin Bustamam atau Nora Tamam, 38, ketika Nora baru sahaja memasuki usia 18 tahun.

Ada orang berpendapat jika isteri terlalu muda, mereka sukar hendak dikawal kerana si isteri masih belum puas bersuka ria bersama kawan-kawan.

Tetapi berbeza bagi Nora kerana selepas berkahwin, seluruh kehidupannya hanya untuk suami, anak-anak dan keluarga. Kehidupan remaja ditinggalkan kerana baginya rumah tangga adalah segala-galanya.

Pendapat Den pula, berkahwin dengan Nora yang terlalu muda ketika itu memudahkannya untuk mendidik Nora. Berbanding dengan isteri yang sebaya, mungkin sukar sedikit kerana masing-masing merasakan diri mereka sudah cukup bagus.

Kedua-duanya bertemu buat kali pertama di satu lokasi penggambaran drama Keruh di Muara di Kelantan. Namun pada masa itu, baik Den mahupun Nora tidak menaruh apa-apa perasaan.

Namun kata Den, selepas habis penggambaran dan balik ke Kuala Lumpur, dia terasa seperti kehilangan sesuatu. Den kemudian bertemu Nora dan mereka mula berkenal rapat.

Empat bulan selepas itu, mereka bertunang dan enam bulan kemudian mereka diijabkabulkan iaitu pada 17 Ogos 1991.

Den yang berasal dari Kampung Datuk Keramat berkata, semasa melamar Nora, dia sendiri yang menyatakan hasratnya itu kepada Pak Tamam (bapa Nora) yang terkejut kerana menyangka Den sekadar mahu main-main.

Menurut Nora pula, sikap Den yang bertanggungjawab terhadap ibu dan adik beradiknya memikat hatinya. Semasa di lokasi penggambaran, setiap hari Den tidak akan lupa menelefon ibunya untuk bertanya khabar.

''Sikap tanggungjawabnya itu terbawa-bawa sehingga sekarang kepada dirinya dan anak-anak dan saya rasa selamat,'' ujar Nora yang merupakan anak sulung daripada enam beradik.

Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun ini dikurniakan lima orang cahaya mata, iaitu Nurzahira Natasha, 19, yang kini menuntut di KLIUC, Batrisyia Balqis, 16, Farah Ismahani, 13, Danish Haikal, sembilan tahun dan Haziq Ikram, lapan tahun.

Mengenai cabaran yang dihadapi pada awal perkahwinan, ujar Nora, itu adalah adat perkahwinan namun segalanya dapat diatasi.

''Selepas berkahwin, kami terus tinggal bersama mentua. Den anak kesembilan daripada 10 beradik. Saya banyak belajar dengan mentua cara menyesuaikan diri, makanan yang disukai oleh Den dan sebagainya. Contohnya makanan yang mesti ada setiap hari dan disukai oleh Den ialah sambal lado. Saya pun sudah pakar membuat sambal ini yang wajib ada setiap kali hendak makan nasi.

''Kami masih lagi mengamalkan rutin biasa setiap hari daripada mula berkahwin dahulu sehingga sekarang. Contohnya apabila suami hendak keluar rumah, saya akan mencium tangan dan kedua-dua pipinya. Ada juga kawan-kawan yang cemburu tetapi benda yang baik apa salahnya dijadikan rutin.

''Sebagai ketua keluarga pula, Den bijak menyelesaikan sebarang masalah supaya tidak berpanjangan dan biasanya dia yang banyak beralah dan bertolak ansur. Sebagai seorang artis dan usahawan, masanya tidak terbatas dan saya perlu memahami setiap situasi. Dalam hal ini, saya menjadikan ibu bapa saya sebagai contoh,'' kata Nora lagi.

Bagi lebih mengeratkan hubungan suami isteri, seminggu sekali apabila anak-anak sudah tidur, mereka akan keluar pergi makan-makan, menonton wayang atau bersiar-siar melihat keindahan kota.

Den dan Nora juga tidak pernah lupa hari-hari penting seperti hari jadi mereka dan anak-anak, ulang tahun perkahwinan, hari ibu, hari bapa dan sebagainya.

''Kami latih anak-anak untuk mengingati hari-hari penting ini dan menyuruh mereka mengucapkan selamat kepada yang menyambutnya atau membeli kek dan hadiah. Dengan cara ini kemesraan akan lebih terjalin di dalam keluarga,'' jelas Den pula yang menerbitkan drama bersiri Beret Hijau sebanyak 13 siri melalui syarikatnya sendiri, Global Network Entertainment.

Den juga kini sedang sibuk dengan persiapan persembahan teater komedi berjudul Mail Lambung yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada Mac tahun depan.

Makanan penawar penyakit

Posted: 14 Oct 2011 11:32 PM PDT


Salad tofu dengan vinaigrette lemon.


KITA sedia maklum, apa-apa makanan dan minuman yang diambil setiap hari secara tidak langsung menjamin kesihatan yang berpanjangan.

Walaubagaimanapun tahukah anda, sesetengah bahan mentah yang mungkin ada di dapur seperti di rak atau di peti sejuk dapat digunakan sebagai penawar mujarab untuk sesetengah penyakit seperti sakit perut, pening kepala, sakit tekak dan sebagainya.

Saya berminat untuk berkongsi topik ini dengan pembaca setelah saya membaca satu artikel yang bertajuk Secret cures from the kitchen daripada majalah masakan berbahasa Inggeris iaitu Food Digest.

Penulisnya menulis tentang beberapa bahan makanan yang boleh dijadikan ubat untuk mengubati sakit-sakit tertentu sama ada sakit di dalam atau sakit luaran.

Saya tidak menolak bahawa pentingnya kita untuk mendapatkan rawatan daripada doktor apabila kita diserang sakit namun secara peribadi saya berpendapat bahawa setiap bahan-bahan makanan ada khasiatnya yang tersendiri yang secara tidak langsung ia juga boleh dijadikan penawar penyakit.

Apa kata minggu ini kita lihat khasiat beberapa bahan-bahan makanan yang saya petik daripada majalah itu yang mampu dijadikan penawar penyakit.

Madu, lemon dan cayyenne

Apabila anda sukar untuk menelan, madu, jus lemon dan serbuk cayyenne (sejenis serbuk cili) boleh melegakan kesukaran untuk menelan makanan.

Menurut Elson Haas, iaitu seorang perintis ubat bersepadu dan penulis buku Staying Healthy, lemon mengandungi Vitamin C yang dapat mengecutkan keradangan pada tisu tekak. Madu juga dapat melegakan dan menyahkan penyakit.

Cayyenne pula dapat merangsang peredaran semasa anda menelan di samping dapat menyembuhkan.

Sekiranya anda menghidap sakit tekak, tuangkan lebih kurang separuh sudu makan dan penuhkan sudu dengan jus lemon. Taburkan 1/8-1/4 sudu teh dalam sudu yang sama kemudian telan. Ulangi cara ini sehingga anda berasa lega.

Garam dan halia

Ketidakcernaan boleh menyebabkan kita lemah tidak bertenaga. Anda boleh mengelakkan ketidakcernaan dengan mengambil halia dan garam sebelum anda menikmati juadah tengah hari atau malam. Parutkan satu inci halia segar yang telah dikupas kulitnya.

Ambil secubit atau dua cubit garam dan campurkan dengan halia. Gaulkan ia menjadi seperti pes.

Kunyah pes itu selama seminit atau dua minit dan telan. Selepas itu minum segelas air suam dan anda harus terus makan dalam masa 10-15 minit selepas anda menelan halia tadi, jika tidak anda akan berasa panas dan tidak selesa.

Air kanji nasi

Jika anda menderita sakit perut disebabkan oleh keracunan makanan atau virus cubalah cara perubatan orang Bangladesh yang telah dipraktikkan sejak beribu tahun dahulu.

Kandungan protein dalam beras boleh menstabilkan usus semasa atau selepas anda mengalami penyakit ini. Ia dapat membantu badan yang telah terhidrasi (kekurangan air) dan boleh melegakan. Masak satu cawan beras.

Kali ini gunakan nisbah air lebih sedikit daripada biasa. Setelah air mendidih dan beras sedikit kembang tapis air dan minum air semasa panas atau sejuk. Beras tadi bolehlah anda masak seperti biasa.

Saya percaya bahawa menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di rumah untuk mengelak dan merawat sakit yang tidak serius kadang-kadang lebih mujarab. Oleh itu pemilihan bahan-bahan makanan yang baik dan berkualiti amatlah penting.

Di sini saya kongsikan resipi yang menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat untuk santapan anda. Akhir kata jagalah pemakanan dan kesihatan anda. Jumpa lagi minggu hadapan.

I-Q Homeopathy pertingkatkan minda

Posted: 14 Oct 2011 11:31 PM PDT


Produk I-Q Homeopathy untuk minda.


PERUBATAN homeopati bukan sesuatu yang baru di Malaysia atau di negara-negara lain di dunia. Selain berubat secara moden, ramai yang memilih kaedah ini bagi merawat penyakit.

Ia sebenarnya telah bermula di Jerman sejak 200 tahun dahulu oleh Profesor Hahnemann.

Keistimewaannya, ia menggerakkan sistem atau saraf badan sendiri bagi melawan penyakit dan menjadikan seseorang itu tidak bergantung pada ubat.

Perubatan homeopati boleh digunakan bagi merangsang pemikiran untuk mencapai tahap kecerdasan minda.

Ini diakui sendiri oleh pakar perubatan homeopati yang telah melibatkan diri dengan perubatan tersebut selama lebih daripada 33 tahun, iaitu Profesor Zainal Aripin Zakariah.

Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang homeopati di Kuala Lumpur dan melanjutkan pelajaran dalam bidang itu dengan Dr. Praya Singh di Hahnemann College, London dengan kerjasama City University di peringkat Diploma Lanjutan.

Menyedari masalah yang dihadapi oleh ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang tidak berminat atau lembap dalam pelajaran, Zainal Aripin telah menghasilkan formula yang dinamakan I-Q Homeopathy.

I-Q Homeopathy merupakan produk homeopati terbaru yang didakwa mampu meningkatkan keupayaan minda bagi semua lapisan umur. Dahulunya produk ini dikenali sebagai Fikri. Ia dikatakan membaiki sistem saraf supaya kembali cergas berfikir dan bertindak.

Sesuai untuk pelajar

I-Q Homeopathy amat sesuai diambil oleh pelajar yang akan menghadapi peperiksaan terutamanya pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ia dikatakan mampu mengatasi masalah fokus ketika belajar, tidak berminat untuk belajar, sukar memahami sesuatu konsep atau sukar mengingati fakta.

Selain itu, ia didakwa sesuai untuk mereka yang memerlukan tumpuan dan daya fikir yang tinggi dalam aktiviti harian.

Formula I-Q Homeopathy diperoleh pada tahun 1982 semasa beliau mengikuti kursus Doktor Falsafah dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Bradford, United Kingdom.

Keletihan, kurang tumpuan pada pelajaran, benci buku disertai dengan pelbagai masalah yang dihadapi kerana berjauhan dengan keluarga dan bimbang gagal membuatkan beliau mencipta satu formula yang boleh membantunya mengatasi masalah tersebut.

Pada masa itu beliau telah mempunyai diploma dalam bidang homeopati di Hahnemann College, London.

Menurut beliau, I-Q Homeopathy sesuai diambil oleh semua lapisan umur terutamanya kanak-kanak sebelum persekolahan, di bangku sekolah hingga ke peringkat universiti.

Dibuat dalam bentuk semburan, pengambilannya mencergaskan minda dan didakwa membuatkan seseorang itu boleh membaca lebih lama dan dengan lebih mendalam. Dengan kata lain, ia melambatkan seseorang itu daripada cepat penat apabila belajar.

''Ibu bapa sering berhadapan dengan masalah anak-anak mereka yang malas membaca atau belajar. Ini kerana minda kanak-kanak tidak tahan berfikir lama kerana mudah penat.

''I-Q Homeopathy ini pernah dicuba kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang menghadapi masalah lambat membaca, susah membaca atau sukar mengira.

"Setelah pengambilan, nampak perubahan pada mereka yang mula menunjukkan minat dalam pelajaran dan boleh membaca dan mengira dalam masa singkat.

''Minda seseorang yang mengambilnya boleh tahan sehingga lapan jam tanpa rasa mengantuk, letih dan bosan.

"Selain golongan pelajar, produk ini juga amat sesuai diambil oleh suri rumah yang sibuk dengan urusan rumahtangga dan melayan kerenah anak-anak, ahli politik, ahli perniagaan atau sesiapa sahaja,'' ujar Zainal Aripin yang pernah memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia daripada tahun 1987 hingga 1991.

Tambah beliau, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang terlalu nakal atau lasak juga boleh mengamalkan produk ini supaya anak-anak menjadi terkawal.

Dibuat daripada pati oat liar yang menjadi makanan untuk sel dan beberapa bahan lain, I-Q Homeopathy dibuat dalam bentuk nano yang akan terus masuk ke dalam sel dan memberikan reaksi yang cepat.

Cuma sembur tiga atau empat kali ke lidah setengah jam sebelum makan pagi dan malam, sudah mencukupi bagi seorang dewasa. Bagi kanak-kanak pula, cukup sekali atau dua kali semburan sahaja.

Beliau menjelaskan, I-Q Homeopathy yang diedar oleh Avacello Sdn. Bhd. telah diuji keberkesanannya sebanyak 95 peratus dan tiada kesan sampingan.

I-Q Homeopathy dijual pada harga biasa RM99.90 namun orang ramai boleh mendapatkan harga promosi 59.90 sehingga peghujung Disember 2011.

Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai I-Q Homeopathy, boleh menghubungi 013-3605700 atau 013-3443700.

Promosi konsep agro pelancongan

Posted: 14 Oct 2011 11:30 PM PDT


KOLAM renang turut disediakan kepada para pengunjung untuk beriadah bersama keluarga di Felda Residence Tekam, Jerantut.


SETIAP tahun, keindahan alam semula jadi negara ini memikat puluhan juta pelancong domestik dan antarabangsa, dan ia sememangnya satu anugerah Tuhan kepada Malaysia.

Dari gunung-ganang yang menyimpan khazanah alam berusia ratusan juta tahun sehinggalah ke pulau-pulau yang menawarkan lokasi selam berkelas dunia, semuanya ada di negara ini.

Namun sebenarnya, masih banyak aset yang belum dieksploitasi secara maksimum, antaranya yang berbentuk konsep agro pelancongan.

Di Australia dan Amerika Syarikat, pakej melawat ladang epal atau anggur yang menawarkan peluang kepada pengunjung memetik sendiri buah-buah berkenaan telah lama diketengahkan sebagai satu cabang pelancongan yang mendapat sambutan di negara tersebut.

Justeru, apa kurangnya negara kita yang juga memiliki buah-buahan tempatan yang enak dan istimewa. Bagi mereka yang masih tercari-cari lokasi terbaik bagi merasai sendiri pengalaman agro pelancongan, Felda Residence Tekam yang terletak di Jerantut, Pahang merupakan pilihan terbaik.

Pusat penginapan yang dikelilingi dusun buah-buahan dan ladang sawit itu terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTR) Sungai Tekam, Jerantut.

Sebenarnya, Felda Residence Tekam sudah lama dikenali oleh warga Felda, selain semakin menjadi pilihan kakitangan kerajaan dan swasta yang ingin berkursus dalam suasana damai sambil menikmati buah-buahan tempatan.

Di situ juga, pengunjung berpeluang melawat dusun dan ladang sawit yang mana ia satu pengalaman mengujakan, khususnya kepada anak-anak yang membesar di bandar.

Ini adalah waktunya untuk mereka mengenali lebih dekat pokok buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan, di samping kelapa sawit yang menjadi antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

Lebih menarik, pusat penginapan ini tidak hanya menawarkan konsep agro pelancongan semata-mata, sebaliknya turut mempunyai padang golf sembilan lubang buat kaki golf melepaskan gian mereka.

Selain itu, di Felda Residence Tekam sendiri terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan resort peranginan lain seperti restoran, kolam renang, gelanggang tenis dan padang bola sepak.

Lebih istimewa, pengunjung juga boleh menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti merentas hutan, flying fox, memancing dan berbasikal.

Pengurus Felda Residence Tekam, Mohd. Zainuddin Masduki berkata, lokasi pusat itu terletak kira-kira 190 kilometer dari Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Bandar Tun Abdul Razak, Jengka.

Katanya, sejak dibuka pada 1990, Felda Residence Tekam yang terletak di kawasan seluas 2,400 hektar sememangnya mendapat sambutan yang cukup baik.

''Keseluruhannya, Felda Residence Tekam menawarkan 30 bilik executive suite, lapan bilik keluarga, tiga bilik superior, 18 bilik deluxe dan 60 calet, di samping asrama yang menyediakan 176 katil.

"Terdapat juga bilik seminar dinamakan Seroja, Melati, Melor, Anggerik dan Kemboja," katanya kepada S2.

Mohd. Zainuddin berkata, pihaknya menawarkan pakej keluarga, kumpulan dan pelajar dengan menawarkan lawatan sambil belajar ke ladang sawit atau ke gugusan gua Kota Gelanggi yang terletak kira-kira lapan kilometer dari resort itu.

Tambahnya, para pengunjung juga berpeluang berkunjung ke Taman Negara Pahang yang popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara.

''Felda Residence Tekam turut menjadi pilihan agensi kerajaan dan syarikat korporat untuk mengadakan seminar kerana suasananya jauh daripada kesibukan ibu kota," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved