ads

Jumaat, 14 Oktober 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Keistimewaan Jalan Masjid India

Posted: 14 Oct 2011 11:28 PM PDT




SEBUT Jalan Masjid India, pastinya terbayang keseronokan membeli-belah pelbagai jenis barangan yang ditawarkan di kawasan itu.

Tarikan-tarikan tersendiri yang terdapat di kawasan dikategorikan sebagai lubuk emas di kalangan para peniaga menjadikannya terus 'hidup' dan 'bernafas' sehingga ke hari ini.

Namun, dalam kemeriahan dan keterujaan berbelanja, mungkin ada yang 'terlupa' tentang kewujudan satu-satunya mercu tanda tertua di kawasan tersebut - Masjid India.

Sejarah masjid itu sendiri yang dibina oleh pedagang India Muslim yang berniaga di kawasan itu pada 1863, sudah cukup untuk menceritakan kenapa namanya Masjid India.

Aktiviti perniagaan yang bermula sejak ratusan tahun lalu tidak pernah terhenti sehingga kini dan masih dapat disaksikan kebanyakan peniaga adalah India Muslim.

Kewujudan bazar di jalan tersebut terutama ketika musim perayaan menambahkan lagi kerancakan perniagaan dan menjadikannya destinasi popular ketika musim perayaan.

Di mana ada perniagaan sudah pasti wujud kedai yang menjual makanan. Begitulah juga dengan Jalan Masjid India.

Deretan kedai Mamak serta gerai di kaki lima menjadikan jalan tersebut bukan hanya untuk perniagaan namun juga menjadi destinasi popular kepada penggemar makanan.

Apa tidaknya terdapat kedai Mamak tersebut yang telah dibuka lebih 50 tahun lalu. Bahkan mungkin juga ada yang telah wujud lebih lama dari itu namun tidak diketahui ekoran pertukaran pemilik.

Begitulah istimewanya Jalan Masjid India yang sentiasa meniti di bibir warga kota dan pelancong luar sekali gus menjadikannya sebagai destinasi 'wajib' dikunjungi jika berada di Kuala Lumpur.

Peserta Kenya kuasai larian Berembun

Posted: 14 Oct 2011 11:28 PM PDT


PARA peserta memulakan larian dari Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Dungun, Terengganu.


Menurut Muhamad Rafi Kori dari Kembara Outdoor Centre yang juga ahli Persatuan Kembara Negara (PKN), antara objektif perlumbaan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu itu adalah bagi memenuhi kalendar pelancongan negerit, sekali gus memperkenalkan destinasi menarik di negeri berkenaan kepada pengunjung dalam dan luar negara.

Beliau berkata, misi itu mencapai sasaran apabila perlumbaan yang diadakan itu berjaya menarik penyertaan peserta dari luar negara.

Katanya, sebanyak 15 peserta dari negara Kenya menyertai larian yang menjadikan laluan ke puncak Gunung Berembun yang terletak pada ketinggian 1,108 meter dari paras laut (dpl) itu sebagai trek perlumbaan.

"Perlumbaan ini juga diadakan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda melalui aktiviti sukan dan rekreasi.

"Selain itu, ia turut mengajak remaja dan belia mengisi aktiviti yang berfaedah dan sihat yang boleh mencegah mereka daripada terjebak dalam gejala sosial," katanya kepada S3.

Dinamakan Mount Berembun Green Challenge 2011, acara sukan lasak itu berjaya menghimpunkan seramai 274 peserta dari dalam dan luar negara.

Kesemua mereka begitu bersemangat untuk menyahut cabaran perlumbaan ke puncak Gunung Berembun yang kaya dengan khazanah flora dan fauna, selain memiliki air terjun yang cantik.

Kesemua keindahan itu boleh dilihat sepanjang laluan mendaki ke puncak gunung yang menjadi tumpuan para pendaki dari seluruh negara pada hujung minggu itu.

Dalam perlumbaan lasak ini, Muhamad Rafi menjelaskan, para peserta diletakkan dalam kategori berbeza iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita, tertutup lelaki, tertutup wanita dan veteran.

Mereka berlumba untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM22,700 termasuk hamper dan sijil.

Para peserta dari negara Kenya nampaknya menguasai perlumbaan apabila membolot kesemua hadiah utama bagi kategori terbuka lelaki. Manakala dua peserta wanita dari negara itu pula membawa pulang hadiah kedua dan ketiga bagi kategori terbuka wanita.

Rakan penaja bagi acara perlumbaan ini adalah 100 Plus, Powerbar, Nestle, Fitness, Corezone, Mumtaz Murad Ali, Oplex Communication, WTA Travel, Hotel Primula, Mayang Sari Resort, Nor Arfa Batik dan TADC.

Mengulas lanjut, katanya, bagi memeriahkan acara larian gunung itu, beberapa program sampingan diadakan seperti pameran oleh Jabatan Perhutanan, Ketengah, AADK, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Belia dan Sukan.

"Antara aktiviti yang diadakan adalah pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna lukisan & tong sampah sempena Kempen 1MG 1MC dan gotong royong membersih hutan lipur," tambahnya.

Majlis perasmian perlumbaan telah disempurnakan oleh Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, manakala majlis penutup dilakukan oleh ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam.

Berehat di puncak gunung Tok Wan

Posted: 14 Oct 2011 11:27 PM PDT


KAWASAN puncak Gunung Tok Wan dikelilingi pokok-pokok menyebabkan tiada pemandangan menarik dapat dilihat dari puncak.


Biasanya lokasi berdekatan tempat tinggal menjadi tumpuan. Bagi mereka yang menetap di Kuala Lumpur dan sekitarnya, mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan mungkin menjadi pilihan.

Terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu kota, kawasan perbukitan itu menjadi tumpuan orang ramai yang kadangkala jumlahnya mencecah ratusan orang pada satu-satu masa.

Bagi yang tidak gemarkan kesesakan orang ramai yang memenuhi keempat-empat puncak Bukit Broga, apa kata lajak sedikit langkah anda menuju ke puncak Gunung Tok Wan.

Namun untuk sampai ke gunung berketinggian 675 meter (2,214 kaki) dari paras laut (dpl) itu, kita perlu tiba dahulu di puncak Bukit Broga pada ketinggian 400 meter (1,312 kaki) dpl.

Bersama Zaki Zakaria, 44, yang menjadi jurupandu arah, penulis meredah hutan belantara bagi menjejaki puncak Gunung Tok Wan baru-baru ini.

Pendakian kami bermula pada pukul 7.00 pagi dan satu jam kemudian, kami tiba di puncak Bukit Broga. Kami berehat seketika sebelum memasuki sempadan hutan. Trek yang ditempuh agak lembap, manakala suasana sekitar sedikit suram kerana peratusan cahaya matahari yang sampai ke lantai hutan agak sedikit.

Keadaan itu membuatkan persekitaran redup. Dalam pendakian ini, kami menemui sepohon pokok besar yang memiliki akar berselirat. Namun, di kebanyakan kawasan, tiada pemandangan menarik dapat dilihat.

Selepas menuruni beberapa puncak bukit termasuk di kawasan cerun yang disediakan kemudahan tali, kami kemudiannya tiba di satu kawasan berbatu yang diselimuti lumut.

Di situ, kami terdengar bunyi aliran air. Kami tidak mempunyai masa untuk mencari punca aliran air kerana bimbang terlewat tiba di puncak.

Kelihatan di hadapan kami adalah satu cerun yang agak menegak. Kami mengambil giliran untuk melepasi cerun tersebut. Perjalanan diteruskan dan kami tiba di puncak sekitar pukul 9.45 pagi. Kelihatan sekumpulan anak muda sedang duduk berehat di bangku kayu. Tiada pemandangan menarik dapat dilihat, sekadar belantara menghijau.

Kami bertegur sapa dan berbual mesra, sambil menikmati bekalan makanan dan minuman yang dibawa dari rumah. Selesai bergambar bersama mereka, kami menyusun langkah menuruni gunung sekitar pukul 10.15 pagi. Dalam perjalanan menuruni gunung, kami kerap berhenti untuk merakamkan keindahan bunga-bunga liar yang cantik.

Kami tiba semula di puncak Bukit Broga tepat pukul 12.00 tengah hari kala matahari terpacak di langit. Walaupun dipanah sang mentari, kami tetap meluangkan masa untuk merakamkan gambar kawasan perbukitan yang dilitupi lalang yang menghijau.

Selesai bergambar, kami meredah terik mentari menuruni bukit yang lengang. Hanya ada dua tiga orang pendaki masih berada di puncak bukit untuk bergambar.

Dek kerana panas mentari, kami berlari-lari anak menuruni cerun bukit menuju kawasan hutan. Teduhan daripada pokok menyejukkan semula kulit kami yang 'hampir' terbakar tadi.

Sebaik sahaja tiba di kawasan ladang sawit iaitu tempat permulaan mendaki Bukit Broga, kami terus menuju ke gerai milik Ezuan Che Yem, 31. Di gerainya, kami membasahkan tekak dengan air kelapa yang sejuk. Beliau hanya membuka gerai pada cuti hujung minggu dan gerainya turut dikunjungi pendaki pelbagai kaum. Ini kerana selain menjual minuman sejuk, beliau juga menyajikan menu ringkas seperti sandwic.

Memandangkan Bukit Broga semakin banyak menerima kunjungan ramai, maka setiap pendaki perlu menjaga kebersihan di bukit tersebut.

Ini kerana terdapat pendaki yang tidak bertanggungjawab membuang plastik pembungkus makanan dan botol mineral di merata tempat. Sikap itu hendaklah dihentikan kerana jika tidak, kawasan perbukitan yang indah itu akan menjadi tempat longgokan sampah sarap!

Kayuhan malam jelajah bandar raya

Posted: 14 Oct 2011 11:25 PM PDT


Ahli kumpulan RMDMTB memulakan aktiviti berbasikal malam di Jalan Kempas Baru, Johor Bahru.


Aktiviti berbasikal pada waktu malam kini sudah menjadi trend pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

Tanpa mengira latar belakang, usia mahupun jantina, sukan ini semakin mendapat tempat di hati generasi muda yang dahagakan aktiviti riadah khususnya pada waktu malam.

Wartawan S2 baru-baru ini berpeluang mengikuti pengalaman berbasikal pada waktu malam bersama sebuah kumpulan yang dikenali sebagai RMDMTB dari Johor Bahru.

Bersama 20 anggota kumpulan tersebut, kami memulakan kayuhan bermula dari salah sebuah rumah ahli kelab itu di Jalan Kempas Baru pada pukul 9.30 malam.

Kayuhan kami menuju ke Jalan Datin Halimah dan beberapa laluan lain dengan sasaran Taman Seri Lanang di bandar raya Johor Bahru sebagai lokasi berkumpul dan berehat sebelum berpatah balik ke tempat permulaan.

Meskipun jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam, namun kesemua ahli yang mengikuti aktiviti itu langsung tidak menunjukkan keletihan. Sebaliknya, kami berasa segar tatkala ditiup angin malam ketika melalui Pantai Lido yang menghadap negara jiran, Singapura.

Pengasas kumpulan berkenaan, Mohd. Taib Md. Daud, 40, berkata, kegiatan berbasikal tersebut pada mulanya hanya membabitkan dirinya, adik dan anak lelakinya sejak awal tahun lalu.

"Pada mulanya kami bertiga hanya berbasikal untuk suka-suka tetapi tak sangka pula aktiviti waktu malam ini turut mendapat perhatian rakan-rakan lain.

"Selang tiga bulan berikutnya, semakin ramai yang menyertai saya bukan sahaja golongan wanita malah meliputi kaum lain seperti Cina dan India," katanya.

Mohd. Taib yang bekerja sebagai mekanik berkata, menerusi aktiviti tersebut ahlinya bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah dapat bertemu dengan rakan-rakan dan menambah kenalan baru dalam kalangan peminat sukan tersebut.

Kumpulan itu kini melakukan kayuhan antara dua hingga tiga jam pada setiap Selasa, Jumaat dan Ahad membabitkan perjalanan antara 30 hingga 50 kilometer.

Farah AF2 menangis di Chiang Mai

Posted: 14 Oct 2011 11:24 PM PDT


PENGGAMBARAN di hadapan stesen kereta api Chiang Mai.


MELAKUKAN penggambaran program berepisod amat memenatkan, namun itu semua bukan masalah kepada Farah Diana Anuar, 26, atau Farah AF2 untuk memikul tanggungjawab.

Baru-baru ini S3 berkesempatan menjengah ke Chiang Mai, Thailand, atas jemputan pihak Astro Oasis untuk melihat Farah melakukan tugasan di sana.

Farah yang sebelum ini berada di Laos, hanya menjamah roti dan buah-buahan sebagai pengisi perut sebelum memulakan penggambaran.

Tugasan Farah pada hari pertama di Chiang Mai adalah melawat Maesa Elephant Camp dan rombongan bertolak pada pukul 8 pagi menuju ke destinasi.

Sewaktu di kawasan pelancongan itu, Farah turut bertanding memecah belon bersama salah seekor gajah yang terlatih.

Suasana ceria bertukar sayu, apabila kumpulan kami berpeluang melihat gajah bernama Thongsa menulis perkataan Rasa Halal Thailand (RHT) secara dekat sambil Farah melakukan tugasannya.

"Farah amat terharu tengok gajah itu menulis dengan cantik, walaupun ia hanya belajar selama dua minggu untuk menulis perkataan itu. Kalau Farah yang berada dalam kedudukan gajah itu, tak tahulah nak gambarkan.

"Telinganya ditarik oleh si penjaga ke atas, bawah, kiri dan kanan untuk membentuk huruf. Mesti sakit, cuma gajah itu tidak boleh bercakap sahaja. Cukuplah kalau kita pandang matanya yang sayu itu, mesti sebak," kata Farah yang berjiwa sensitif itu.

Selain melihat kebolehan gajah melukis, krew RHT juga melihat pertunjukan ular dan monyet di kawasan berhampiran.

Farah walaupun nampak lembut, namun bukan jenis penakut. Sewaktu menonton pertunjukan ular, ramai yang duduk jauh namun Farah sengaja duduk di hadapan.

Dalam kumpulan itu, hanya Farah yang berani memegang dan bergambar bersama ular dan begitu juga sewaktu menonton pertunjukan monyet dan pada hari itu juga krew RHT melakukan penggambaran di kilang lakuer (pengilat), jed serta kulit.

Kata Farah, dia tidak perlu melakukan penggambaran di setiap lokasi yang disinggah kerana dalam program selama setengah jam itu juga ada penerangan menyeluruh.

"Kalau tidak buat rakaman di lokasi, info akan diberikan secara voice over. Cara ini mudah sikit sebab penonton hanya mendengar suara Farah yang membaca skrip. Kalau rakaman langsung Farah kena hafal dan ingat info yang hendak dikatakan," jelasnya terperinci.

Sebelum krew menamatkan tugasan pada hari itu, mereka melakukan penggambaran di Bazar Malam Chiang Mai yang merupakan tumpuan pelancong dari seluruh pelosok dunia.

Menurut Farah, walaupun berada di Laos atau Chiang Mai yang menawarkan harga lebih murah berbanding di Malaysia, namun dia tidak berkesempatan membeli-belah.

"Ingat Farah tak rambang mata ke nak membeli barang-barang itu semua. Dahlah murah, cantik-cantik pula. Masalahnya, tak sempat sebab sibuk penggambaran.

"Farah kalau membeli mesti nak membelek. Kalau asyik nak membeli, sah-sah tidak selesai penggambaran nanti. Lagipun pakaian yang Farah pakai untuk program ini ditaja oleh Ariani dan Adidas," katanya yang bersolek sendiri.

Seterusnya pada hari kedua Farah di Chiang Mai, penggambaran dilakukan di hadapan stesen kereta api Chiang Mai sebelum berangkat ke masjid berhampiran.

"Di sini bukan lelaki sahaja sembahyang Jumaat tapi orang perempuan juga. Walaupun orang Islam golongan minoriti di sini tetapi mereka bersatu.

"Mereka sering mengadakan aktiviti pada setiap hari Jumaat dan sepanjang bulan puasa, ramai yang memilih berbuka puasa di masjid. Itu yang Farah dapat tahu apabila berbual dengan salah seorang ahli jawatankuasa masjid tadi," ceritanya.

Sebaik sahaja selesai tugasan di situ, Farah melahirkan rasa syukur kerana tanggungjawabnya di lokasi tamat.

Abadi kehidupan melalui foto

Posted: 14 Oct 2011 11:24 PM PDT


ANTARA gelagat Adi ketika cuba merakamkan objek yang dimahukannya.


LANTARAN minat yang mendalam dalam seni fotografi, Adi Akmal Sehrom, 25, menyertai kelab ko-kurikulum ketika menuntut di institut pengajian tinggi pada 2006. Melalui kelab itu, dia belajar teknik fotografi yang betul walaupun jurusan yang dipilihnya jauh berbeza.

Kata graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan Psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak ini, mengabadikan kehidupan yang dilihat matanya ketika merantau ke serata dunia memberikan seribu satu pengajaran hidup untuknya memajukan diri.

Bertugas sebagai wartawan penyiaran dan juga penyampai berita untuk stesen TV AlHijrah ( Saluran 114, Astro), Adi berkata, dia banyak merantau ke negara lain untuk memenuhi tuntutan kerja.

"Ketika menziarahi negara orang, bermacam-macam pengalaman dapat ditempuhi.

"Sebagai manusia, saya akui tidak semua pengalaman itu mampu diingat dalam tempoh masa yang agak lama.

"Justeru tidak mahu 'menghilangkan' memori itu, saya merakamkan apa yang dilihat dengan menggunakan kamera Canon 600D," katanya yang juga ahli kumpulan nasyid Devotees itu.

Mengagumi kebesaran dan kekuasaan Allah SWT, Adi menjelaskan, dia berhasrat untuk mendalami teknik fotografi landskap dan macro.

Ini kerana kata Adi, merakamkan foto yang mengandungi pemandangan saujana mata memandang membuatkannya berasa bersyukur dilahirkan ke dunia ini untuk melihat alam ciptaan Allah SWT.

"Tambahan pula, saya suka mengembara ke banyak tempat, jadi kesempatan itu saya gunakan untuk menajamkan skil merakamkan gambar pemandangan dan juga objek macro yang menarik," tambahnya lagi.

Menyentuh mengenai perbelanjaan bagi pencinta seni fotografi, Adi akur dengan kosnya yang tinggi.

Sebab itulah, ujar Adi, dia menyimpan wang sedikit demi sedikit agar dapat membeli dan mengumpul segala peralatan dan kelengkapan yang membantunya untuk merakamkan gambar yang lebih menarik pada masa akan datang.

"Buat masa ini, saya mengimpikan untuk mempunyai lensa kamera yang lebih bagus daripada sekarang," kata Adi.

Sophia Ibrahim sihat kerana hati

Posted: 14 Oct 2011 11:23 PM PDT


KERJA-kerja mengemas rumah dilakukan sendiri.


DILAHIRKAN di Singapura dalam sebuah keluarga anak wayang kerana arwah datuknya, Aman Belon mempunyai grup bangsawan suatu ketika dahulu, Sophia Ibrahim tidak pernah merasa kekok untuk bergelar anak wayang.

Anak sulung daripada 10 orang adik beradik, Sophia atau nama sebenarnya, Safiah di zaman mudanya, pernah berlakon selama empat tahun dalam filem-filem Melayu terbitan Merdeka Filem Productions Sdn. Bhd.

Filem pertama lakonan Sophia atau mesra disapa mummy ialah Ragam P.Ramlee pada tahun 1964 sebagai Mariana, pendukung watak utama dalam filem tersebut.

Setahun kemudian, beliau diberi peluang mendukung watak utama dalam filem Dajal Suci. Tahun 1970, bersama rakan seangkatannya, Datuk Sarimah Ahmad, beliau muncul lagi sebagai pelakon utama menerusi filem Dr. Rushdi.

Walaupun bergelar pelakon filem namun, perasaan ibu kepada empat orang anak dan nenek kepada lapan orang cucu ini memberitahu S3, beliau tidak merasa puas dengan dunia lakonan.

"Sebabnya, mummy lebih suka menyanyi. Jadi, waktu itu, mummy menyanyi di kelab-kelab malam, bermula di Kowloon dan kerjaya itu seiring dengan lakonan.

"Namun mummy tidak tinggalkan terus bidang lakonan. Cuma apabila ada tawaran berlakon, mummy terima.

"Ini termasuklah tawaran untuk berlakon filem Cinta 200 Ela (2002), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) serta dua filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian dan Puteri Impian 2," katanya ketika ditemui di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebagai artis, Sophia yang kini berusia 64 tahun telah merasai asam garam dunia hiburan. Pun begitu, beliau berkata, kehidupan yang dilaluinya hari ini cukup tenang dan tidak perlu dikocakkan dengan menebak soalan berbaur peribadi.

Katanya, cukup dengan hidupnya hari ini yang dikelilingi oleh keluarga, adik beradik, anak-anak, menantu dan cucu-cucunya.

Maka itulah, beliau berkata, tidak perlu baginya bercerita tentang kisah silam kehidupan terutamanya yang menjurus ke arah rumah tangga.

"Mummy teruskan hidup dengan menyanyi dan berlakon. Memang benar mummy tidak bergelar isteri kepada sesiapa pun selepas perkahwinan yang dibina, tidak berkekalan.

"Tetapi, alhamdulillah kehidupan mummy hari ini cukup tenang kerana hati ini tidak dibendung dengan rasa benci atau menjaga tepi kain orang. Mungkin lebih tenang daripada mereka yang bersuami tetapi tidak dihargai.

"Lagi pun, bagi mummy, kalau hati kita tidak dipenuhi dengan rasa tidak puas hati terhadap orang lain, Tuhan akan bagi kita ketenangan.

"Bukannya sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain, mencari salah orang lain atau pun sentiasa tidak puas hati terhadap apa yang orang lain ada.

"Hidup mana yang akan tenang kalau sentiasa disumpah orang? Maka itu, mulut nak kena jaga. Bahasa jangan kesat kerana orang pun ada tahap kesabaran," ujarnya.

Sophia bersyukur kerana di peringkat usianya hari ini, beliau tidak menghidap sebarang penyakit termasuk masalah berat badan.

Kunci kepada kesihatan yang baik, bagi Sophia ialah kegembiraan dan keseronokan kerana dikelilingi keluarga.

"Kalau ada adik beradik tetapi tidak rapat pun tidak guna. Itu sebabnya kehadiran anak-anak dan cucu-cucu membuatkan hati mummy girang. Keriuhan mereka sentiasa menghiburkan hati.

"Andai kata hati kita bersih, bukan sahaja orang akan menyenangi kita tetapi orang juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kita.

"Kalau hendak tahu, musim cuti sekolah nanti, rumah ini menjadi hiruk pikuk kerana cucu-cucu balik.

"Mummy memang tidak jaga cucu-cucu kerana anak-anak tahu mummy sudah penat membesarkan mereka.

"Waktu semua orang balik, mestilah mummy ke dapur memasak dan melayan kerenah mereka," kata kakak kepada Datuk Khadijah (Khaty) dan Latif Ibrahim ini.

Bercerita lanjut tentang kehidupannya hari ini, selepas solat Subuh, beliau akan mula mengemas rumah.

"Walaupun rumah tidak bersepah tetapi mummy mesti nak menyapu dan mengemas. Mana-mana habuk yang ada di atas meja, mummy akan lap.

"Kemudian, basuh baju kalau ada yang perlu dibasuh. Selepas itu, mummy akan rehat sebentar," katanya.

Aktiviti yang sentiasa disenangi oleh Sophia jika tidak keluar memenuhi undangan atau menziarahi rakan-rakan artis ialah menanam pokok bunga.

"Ini hobi mummy. Melihat warna hijau daripada daun-daun pokok, itu menyegarkan minda dan mata.

"Walaupun halaman rumah mummy tidak berapa besar tetapi memadai dengan apa yang ada.

"Boleh tanam pokok bunga dalam pasu, siram, cantas mana-mana yang perlu dicantas dan beri baja, itu salah satu exercise untuk mummy ," katanya.

Terus cari peluang baru

Posted: 14 Oct 2011 11:22 PM PDT


DALAM usianya 27 tahun, Stephanie Van Driesen mahu meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.


BAGI mereka yang sudah menonton pementasan teater muzikal The Secret Life of Nora (Nora) yang kini sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, pasti akan tertarik dengan watak gadis lurus bendul bernama Betty.

Sebagai pembantu kepada watak Nora lakonan Datin Seri Tiara Jacquelina, watak Betty yang sentiasa mengharap dan mendambakan kasih sayang daripada orang sekeliling itu membuatkan dia mudah disayangi oleh audiens.

Seharusnya sekalung tahniah layak diberikan kepada pemain watak tersebut, Stephanie Van Driesen yang telah menjiwai watak Betty dengan cemerlang sekali.

Bukan itu sahaja, Stephanie juga berjaya memukau audiens yang hadir dengan suara lunaknya tatkala menyampaikan lagu solo berjudul Kau Yang Menulis.

Sesungguhnya, Stephanie bukanlah nama baru dalam bidang seni persembahan negara kerana sebelum ini dia sudah membintangi beberapa pementasan teater muzikal.

Cuma apa yang membezakan apabila ini merupakan kali pertama Stephanie melibatkan diri dalam produksi berskala besar seperti Nora.

Bukan itu sahaja, satu kejayaan juga buat Stephanie apabila Nora merupakan pementasan teater muzikal berbahasa Melayu pertama yang dijayakan sepanjang hampir lima tahun aktif sebagai seorang bintang teater.

Dalam satu pertemuan yang berlangsung dalam penuh santai di IB lewat petang Selasa lalu, tiada perkataan yang dapat digambarkan oleh Stephanie apabila diminta mengulas tentang kejayaannya membintangi Nora.

"Tuah mungkin boleh datang dan pergi dalam hidup seseorang. Dalam konteks saya ini, saya lebih merasakan saya seorang yang berterima kasih dan bersyukur dengan peluang sebesar ini.

"Adalah menjadi impian untuk seorang penghibur seperti saya membintangi pementasan mega seperti Nora yang saya harap dapat membuka laluan yang lebih luas buat saya selepas ini.

"Apatah lagi dengan trek rekod cemerlang yang sudah dilakar oleh Enfiniti Vision Media (EVM) menerusi Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) dan P. Ramlee the Musical (PRM) sebelum ini, saya gembira kerana dapat bersama-sama dengan mereka untuk melakar sebuah lagi kejayaan menerusi Nora," kata Stephanie dalam nada penuh diplomasi.

Bukan mudah

Menyambung bicaranya, wanita yang memiliki personaliti yang cukup menyenangkan ini memberitahu Nora bukanlah tawaran pertama yang diterimanya daripada EVM.

Sebaliknya, dia pernah menjalani uji bakat dan hampir diterima untuk PRM bagi menjayakan watak kapten penari selain salah seorang daripada ensemble.

Namun, kerana ketika itu dia sibuk dan mahu menumpukan pengajiannya dalam bidang teater muzikal di LASALLE College of the Arts, Singapura, dia terpaksa melepaskan tawaran itu.

"Kata orang rezeki itu ada di mana-mana dan hanya waktu yang menentukan bilakah masa yang tepat akan hadir kepada kita. Bagi saya, soal wang ringgit bukan satu keutamaan tetapi kepuasan.

"Saya juga percaya dengan berkat kesungguhan dan kerja keras mampu memberikan habuan buat kita. Untuk mendapatkan watak Betty ini, saya juga sama seperti pelakon lain yang perlu melalui proses uji bakat.

"Walaupun Betty hanyalah sekadar watak pembantu, bagi saya ia bukanlah satu alasan untuk duduk bergoyang kaki dan tidak memberikan hasil yang terbaik.

"Hakikatnya, proses untuk membawakan watak Betty juga bukanlah semudah yang disangka memandangkan bahasa Melayu saya tidak fasih dan lancar," kata Stephanie yang berusia 27 tahun ini sambil ketawa kecil dan pernah membintangi teater muzikal SHOUT! The Mod Musical bersama Ning Baizura, Nikki Palikat dan Tria Zainal tahun lalu.

Bercerita lanjut tentang watak Betty, sebaik sahaja mendapat tawaran tersebut, dia banyak belajar dengan penolong pengarah Nora iaitu Chedd Eddie Yusoff untuk menajamkan lagi bahasa Melayunya.

Bukannya dia tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi memandangkan bahasa ibunda itu merupakan bahasa keduanya dalam pertuturan hariannya, maka, Stephanie akur kekurangannya itu.

Dengan kelas intensif yang disertainya untuk tiga sesi, anak sulung daripada tiga beradik ini ternyata berpuas hati dengan pencapaiannya sebelum tirai panggung dibuka.

Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas

Posted: 14 Oct 2011 11:18 PM PDT


Seorang wanita menunjukkan tangki air pam tandas tempat bayi disorok selepas dilahirkan seorang gadis di sebuah rumah sewa di Kemaman, semalam.


KEMAMAN 14 Okt. - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dua jam ditemui di dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa dekat sini, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek berusia 23 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Abdullah Sani Salat, bayi seberat kira-kira dua kilogram itu dijumpai dalam keadaan kebiruan dan lemah, dipercayai akibat lemas di dalam air tangki pam tandas berkenaan.

Katanya, bayi tersebut yang mengalami sedikit kecederaan pada badan itu difahamkan telah disembunyikan oleh suspek bagi mengelakkan kejadian itu diketahui rakan serumahnya yang lain.

"Salah seorang rakan serumahnya menjumpai kesan darah yang terdapat pada lantai tandas menuju ke bilik suspek. Syak sesuatu yang berlaku, dia mula melihat-lihat di sekitar rumah berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi di dalam sebuah tandas dan menemui bayi berkenaan di dalam tangki pam tandas bilik air rumah sewa mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, rakan sebilik mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian terus membawa bayi berkenaan yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan.

Tambahnya, polis menahan suspek yang kini mendapatkan rawatan di wad Hospital Kemaman dipercayai ibu kepada bayi terbabit.

"Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan suspek yang juga seorang yatim piatu kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, rakan sebilik suspek yang hanya ingin dikenali sebagai Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke tandas rumah sewa berkenaan untuk membuang air besar.

"Selepas duduk terlalu lama dalam tandas, suspek akhirnya keluar dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan dan berbaring di atas katilnya.

"Saya terkejut apabila melihat ada kesan darah pada lantai rumah lalu mengesyaki sesuatu sebelum mendesak rakannya itu untuk menceritakan apa yang berlaku dan akhirnya saya berjaya menemui bayi yang disorokkan itu setelah mendengar tangisannya," katanya.

Sabhi Sadhi & Anzalna giat cipta nama

Posted: 14 Oct 2011 11:17 PM PDT



Wajah dua figura ini, mungkin asing di mata peminat industri tanah air. Namun tidak keterlaluan mengatakan, dua anak muda ini adalah antara bintang mula menyinar dan sedang mencipta nama di persada seni.

Jika si cantik lahir dari program pencarian Dewi Remaja 2010/2011 anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Media Karangkraf, si kacak pula terpaksa berhempas pulas untuk mencari ruang dan peluang dalam industri seni.

Bagaimanapun, gandingan pertama dua artis muda ini, membuatkan mereka nampak gelisah lebih-lebih lagi Sabhi Saddi yang kelihatan malu-malu apabila Anzalna berada di sisi.

"Bagi saya Sabhi seorang pemalu tetapi dia mudah didekati dan tidak sombong. Sebenarnya saya begitu minat dengan lagu Nadiku dan tidak sangka dapat berjumpa penyanyi lagu itu dengan lebih dekat," kata Anzalna sebaik diajukan mengenai Sabhi.

Pengalaman beraksi di depan kamera tidak memberi masalah besar buat Anzalna dan Sabhi kerana keduanya pernah bergelar model sebelum aktif di dalam bidang seni.

Tatkala diajukan mengenai Anzalna, Sabhi mengakui dia seorang yang pemalu dan cepat gemuruh apabila ada perempuan di sebelah.

"Anzalna bagi saya seorang gadis cantik dan mudah didekati. Sepanjang bersamanya, saya lihat dia seorang peramah dan gila-gila.

"Saya akui saya memang pemalu, lebih-lebih lagi dengan perempuan, mungkin sebab itu saya masih single sehingga sekarang," seloroh Sabhi di samping Anzalna ketika menyertai rombongan seniman prihatin ke Homestay Banghuris, Sepang baru-baru ini.

Sebaik diajukan mengenai karier, masing-masing mengakui rezeki mula datang mencurah-curah. Namun mereka tidak rakus untuk menerima semua tawaran.



Percubaan menjadi



Bercerita lanjut mengenai dunia lakonan, kata Anzalna, dia melihat apa yang berlaku dari sudut positif. Walaupun dalam waktu sama sedar bahawa persaingan juga sangat banyak.

"Kalau orang kata saya cantik, saya percaya ada ramai lagi bakat seangkatan saya yang tidak kurang cantiknya. Tambahan pula mereka berbakat. Saya masih baru dan banyak perkara perlu saya pelajari.

"Begitu pun, Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya. Selepas membintangi Suria Di Cardoba, saya ditawarkan membintangi Ramadan Terakhir. Telefilem itu mendapat maklum balas baik daripada penonton.

"Buat masa ini saya sedang terlibat dengan penggambaran Gemersik Kalbu yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3. Selain dari itu, saya akan memulakan penggambaran dan ia merupakan filem pertama saya, Sepah The Movie bersama kumpulan Sepah dan Ramona," katanya kepada Zass.

Menurut Anzalna, meskipun masih baru, dia tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran berlakon filem apatah lagi apabila berpeluang digandingkan dengan kumpulan Sepah.

Mengakui tetap berdebar-debar dengan penampilan pertama di layar perak, Anzalna berharap akan dapat membuat yang terbaik untuk filem pertamanya itu.



Belum ketinggalan



Jika dibandingkan dengan rakan seangkatan dalam Dewi Remaja seperti Neelofa, Izara Aishah dan Ramona, nama Anzalna agak suram berbanding mereka.

Tatkala diajukan mengenai perkara itu, Anzalna mengakui dia lambat memulakan karier lakonannya.

"Selepas berakhir program Dewi Remaja, saya tidak tahu sama ada mahu berlakon atau menyanyi kerana saya minat keduanya. Lagi pula ketika itu teman lelaki saya tidak mengizinkan saya aktif di dalam bidang seni.

"Tetapi selepas memikirkan masak-masak dan ada masalah lain di dalam perhubungan kami, kami mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan. Manakala saya pula terus mengambil keputusan untuk berlakon.

"Mengenai Neelofa dan Izara, mereka memang layak untuk lebih dikenali kerana mereka adalah juara dan naib juara program itu. Ramona pula sebelum memasuki Dewi Remaja, dia pernah berkecimpung dalam bidang lakonan," kata Anzalna yang sedikit pun tidak menyimpan rasa iri hati terhadap rakan-rakannya itu.

Tidak sekadar berlakon, Anzalna mengakui turut minat menyanyi. Malah dalam masa terdekat ini, dia akan bertemu dengan sifu idamannya, Datuk Ramli M.S untuk memperdengarkan suara.

"Bila Ramli M.S menghubungi saya, saya memang rasa teruja. Tetapi kita lihat nanti hasilnya bagaimana.

"Jika diberi peluang, saya teringin untuk menyanyi lagu berentak Latin," katanya yang mahu fokus di dalam bidang lakonan dan nyanyian terlebih dahulu sebelum menerima tawaran untuk mengacara.



Bukan gadis liar



Di awal kemunculannya menerusi Dewi Remaja, beberapa keping gambar Anzalna semasa berada di luar negara tersebar menerusi ruangan siber, sehingga ada melabelkan Anzalna sebagai gadis liar.

Tidak cepat melatah, Anzalna mengakui gambar itu diambil semasa menetap di Australia, namun dia menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia seorang gadis liar.

"Masuk kelab pun tidak pernah, apatah lagi minum. Mungkin pakaian saya membuatkan mereka berfikir saya seorang gadis liar. Tetapi selepas menetap di Malaysia, saya sudah mula mengubah cara berpakaian kerana tidak mahu mengundang kontroversi.

"Sebenarnya saya lebih gemar habiskan masa di rumah dan tidur awal. Kadangkala jam 10 malam saya sudah tidur. Jadi bila masa pula saya pergi ke kelab untuk bersosial," katanya.

Tatkala di tembak mengenai teman lelaki, Anzalna mengakui baru menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka bernama Hanif.

Jika kebanyakan selebriti memilih untuk merahsiakan mengenai soal peribadi, Anzalna berkata, dia harus berlaku jujur dengan peminat yang banyak memberi sokongan kepadanya.



Sabhi lebih terkenal di seberang



Walaupun kurang popular di negara sendiri, penyanyi Nadiku ini, lebih mendapat tempat di Indonesia.

Selepas berjaya menerusi single duet bersama Helena dengan lagu Tanpamu, Sabhi mengakui bakal mempromosikan single duet keduanya dinyanyikan bersama Vienna Fridiana iaitu Seperti Dulu Lagi.

Menurut Sabhi lagu itu kini mendapat tempat di hati pendengar Indonesia apabila ia menduduki tangga ke-2 dalam carta Hard Rock Fm dan tangga ke-4 dalam carta Mustang.

"Lagu ini bergenre pop RnB berinspirasi lagu duet Anang dan Syahrini. Susunan lagu ini juga mesra pendengar agar ia mudah diterima ramai. Bagi menampilkan kelainan, kami turut menggunakan khidmat komposer Indonesia, Andrew Darmoko," ujarnya.

Penyanyi berumur 27 tahun ini turut memaklumkan pelancaran album penuhnya akan berlangsung di Indonesia terlebih dahulu.

"Insya-Allah, saya akan mengeluarkan sebuah album di Indonesia tak lama lagi. Mengenai lagu Seperti Dulu Lagi, ia akan diusulkan kepada stesen radio Malaysia mulai bulan November atau Disember ini," katanya.

Tatkala diajukan mengenai rezekinya nampak lebih menyerlah di sana, Sabhi berkata, dia tidak merasakan terlalu dikenali di sana. Cuma mendapat kesempatan untuk bekerjasama dengan beberapa artis kerana mempunyai kenalan.

"Buat masa ini, ramai mengetahui lagu saya, tetapi kurang mengenali siapakah penyanyinya. Jadi mungkin selepas ini, di samping mempromosikan lagu, saya turut memperkenalkan diri saya pada umum," katanya.



Tumpu bidang nyanyian



Meskipun baru muncul menerusi filem pertamanya, Klip 3GP, Sabhi berkata, dia tidak berhasrat untuk terus aktif di dalam bidang lakonan. Sebaliknya anak kelahiran Sandakan, Sabah ini mahu memberi tumpuan terhadap karier nyanyian terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu terburu-buru untuk membuat dua kerja dalam satu masa. Lagipun karier nyanyian saya masih banyak yang perlu diperbetulkan.

"Tetapi jika rezeki lebih memihak dalam bidang lakonan, saya tidak kisah untuk menerima tawaran berlakon kerana ia juga masih dalam cabang seni," katanya.

Sabhi berkata, setakat ini dia baru menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah telefilem akan ditayangkan di Sabah.

Bagaimanapun, tajuk telefilem itu masih belum diketahui dan akan memulakan penggambaran hujung tahun ini.



Beralih ke perniagaan



Tidak sekadar berbakat di dalam bidang seni, Sabhi mengakui turut aktif di dalam bidang perniagaan. Dia kini sudah menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Julang Kemuncak Sdn Bhd, berhasrat untuk mencari artis yang akan bernaung di bawah labelnya.

Selain itu, Sabhi bakal menerima bantuan geran RM200,000 menerusi Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES 2011) tidak lama lagi merancang untuk membuka studio vokal dan tarian di Sabah.

"Saya memilih untuk membuka studio di Sabah kerana permintaan lebih banyak di sana. Mungkin selepas ia sukses di Sabah, baru saya merancang sama ada akan membuka cawangan di Kuala Lumpur atau tidak," katanya.

Meskipun lahir dalam keluarga senang, Sabhi menafikan menggunakan pengaruh bapanya, yang bergelar Datuk, sebaliknya melakukan atas usaha sendiri.

"Sejujurnya saya tidak suka claim diri saya anak Datuk. Ayah saya ada memberi nasihat berkaitan perniagaan dan sedikit modal permulaan untuk membuka perniagaan," katanya.



Rapat dengan Vienna



Meskipun mengakui sudah sendiri sejak setahun lalu, Sabhi kini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan rakan duetnya, Vienna.

Sabhi berkata, perhubungan terjalin tidak lebih dari seorang teman rapat.

Menurut Sabhi, Vienna seorang penyayang, lemah lembut dan mengambil berat terhadap orang berada di sekelilingnya.

Justeru, tidak hairanlah jika mereka nampak rapat kerana saling bekerjasama.

di Balckberry Messenger (BBM) tetapi kami belum sampai tahap bercinta.

Awanband

Posted: 14 Oct 2011 11:16 PM PDT



Penglibatan Awanband secara langsung menerusi penghasilan album ini, menunjukkan betapa mereka serius dalam perjuangan muzik.

Selain mengetengahkan persembahan vokal mantap serta lagu yang berkualiti, keistimewaan album ini juga tertumpu kepada kreativiti penggubahan lagu.

Berkonsepkan muzik progresif dan pop, album ini tentunya dengan mudah dapat menepati cita rasa golongan muda.

Album sulung Awanband ini memuatkan enam lagu dengan mood pelbagai, seperti Lintasan Bintang, Tunggu, Oh My Love, Kartita, Dramatik dan Roda khayalan.

Istimewanya, Kartita yang telah disebarkan di laman sosial, Facebook, sejak 2010 telah diberi nafas baru dengan susunan lagu yang menggunakan pelbagai instrumen orkestra seperti violin dan cello.

Rakaman Kartita kali ini dilakukan secara live, menjadikan lagu ini kedengaran lebih 'hidup' daripada rakaman sebelumnya.

Pitbull bakal gegar Malaysia

Posted: 14 Oct 2011 11:15 PM PDT



Tahun lalu, kehadirannya ke negara ini bagi menjayakan sebuah persembahan mendapat bantahan segelintir pihak.

Bagaimanapun, rapper terkenal Amerika Syarikat, Pitbull tetap menghiburkan peminat di sini dengan jayanya.

Memandangkan kedatangan Pitbull sentiasa dinanti-nantikan peminat tempatan, sekali lagi rapper ini akan menjejakkan kaki ke Malaysia.

Kali ini, Pitbull bakal tampil dengan konsert sulungnya di negara ini yang diadakan di Sunway Lagoon, 1 Disember ini.

Dalam konsert Pitbull Live in Malaysia ini, Pitbull akan turut menggunakan kesempatan untuk mempromosikan album kelimanya, Planet Hit.

Pitbull dijangka tidak akan menghampakan peminatnya dan akan menyampaikan rangkaian lagu popularnya seperti I Like It, I Know You Want Me, Give Me Everything, Rain Over Me dan Hey Baby.

Penyanyi Take Over, Mizz Nina terpilih untuk membuat persembahan pembukaan, selain persembahan daripada DJ Joe Maz.

Tiket konsert Pitbull Live In Malaysia boleh didapati di semua cawangan kedai muzik Rock Corner, Victoria Music Centre dan The Guitar Store dengan harga RM398, RM298, RM198 dan RM138.

Ezad mengharap bintang

Posted: 14 Oct 2011 11:14 PM PDT



Nama Ezad bukanlah asing dalam dunia hiburan. Sebut saja Ezad, pasti terbayang kelibatnya sebagai vokalis kumpulan Exist.

Tapi itu kisah dahulu, kerana jejaka kelahiran Kedah ini, umpama insan baru apabila muncul secara solo dengan album Mengharap Bintang.

Menurut Ezad, album ini bagaikan memberi sinar dalam kariernya yang seakan tenggelam sejak meninggalkan kumpulan popular itu.

Malah, pernah suatu ketika dia hampir berputus asa dan tidak berminat lagi untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

Bagaimanapun, keyakinan diberi syarikat rakaman dinaunginya kini, Universal Music serta sokongan peminat setia membuatkan Ezad akur untuk kembali bergiat aktif.

"Sejak bergerak solo, saya banyak menghabiskan masa membuat pekerjaan lain seperti perniagaan minyak wangi dengan jenama sendiri.

"Namun, ramai peminat sering bertanya bila saya mahu keluar dengan album baru? Melihat sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi menambah keyakinan saya untuk merakamkan album," katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai album edaran MVM Home Entertainment ini, menurut Ezad, ia memuatkan lima lagu baru dan lima lagu lama.

"Pemilihan konsep tiada perbezaan ketara kerana saya masih mengekalkan jalur pop ballad seperti kumpulan lama.

"Bukan tidak mahu tampil dengan sesuatu yang baru, tetapi saya sudah serasi dengan konsep itu. Lagipun, ini adalah permintaan peminat sendiri. Sudah tentu saya perlu menghasilkan album yang dapat memenuhi kehendak mereka," katanya yang sudah muncul dengan single pertama berjudul Percintaan Ini.

Istimewanya, album ini mendapat sentuhan ramai komposer seperti Eddie Hamid, Saari Amri, Izhar, Lan Laga dan Adi Sixth Sense.

Lebih menarik, menurut Ezad, dia juga berpeluang bekerjasama dengan dua komposer cacat penglihatan melalui lagu Kau Dan Aku Yang Dulu ciptaan Harun Ahmad (pernah mencipta lagu Jesnita) serta Gambaran Sebuah Rindu (Ed Lazim).

Sementara lagu lama yang diberi nafas baru dengan menjalani rakaman semula ialah Alasanmu, Dirantai Digelangi Rindu, Masih Terserlah Ayumu, Mengintai dari Tirai Kamar dan Rindu Serindu Rindunya.

Agak lama meninggalkan pentas nyanyian, Ezad mengakui, dia berasa kekok apatah lagi dirinya kini bergerak sendirian.

"Saya tidak menafikan bukan mudah mencipta nama sebagai penyanyi solo kerana semua perkara saya perlu fikirkan, tetapi saya dapat merasakan kepuasan berganda.

Bersesuaian dengan judul album Mengharap Bintang, Ezad mengharapkan agar kemunculan album ini mampu menarik peminat lama dan baru.

Peminat yang merindui kelunakan vokal Ezad boleh mendapatkan album ini yang sudah berada di pasaran sejak 22 Ogos lalu.

Masih ada yang peduli

Posted: 14 Oct 2011 11:13 PM PDT



Rentetan kisah penderitaan Datuk Yahya Sulong, ZASS turut mendapatkan reaksi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang selama ini, memainkan peranan membantu mereka.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez, yangdihubungi menjelaskan, pemberian pencen tidak dapat diteruskan kerana Karyawan kini sudah tidak mempunyai dana untuk membantu mereka.

"Kami tahu masalah dihadapi Datuk Yahya Sulong. Bukan beliau sahaja, malah semua artis di bawah Karyawan, kami tahu kepayahan mereka. Karyawan memang sudah tidak ada duit untuk membantu mereka.

"Kami sendiri memerlukan perbelanjaan RM15,000 sebulan. Kos ini adalah kos bayaran gaji kepada tiga pekerja termasuk potongan KWSP, sewa pejabat, bayaran elektrik dan penggunaan Internet serta keperluan pejabat.

"Kerana itu kami berharap pada Malam Gala Seribu Bintang minggu hadapan, kami akan dapat mengumpul dana untuk dihulurkan kepada artis veteran. Biarpun tahu tidak banyak, namun itulah yang mampu Karyawan lakukan setakat ini," katanya.

Jelas Freddie lagi, sebelum ini, Karyawan mendapat peruntukan dana daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) untuk membantu para artis menerima pencen. Namun ia terhenti sejak tiga tahun lalu, apabila pihak JKKN memaklumkan peruntukan sudah tidak mencukupi.

Tambahnya, JKKN memberi peruntukan RM6,000 setahun untuk diberikan kepada 26 artis di bawah Karyawan. Meskipun sudah tiada peruntukan disalurkan mereka, Karyawan optimis mencari alternatif bagi menyambung pencen untuk artis veteran.

Pihak Karyawan bertungkus lumus mencari pendapatan untuk terus membantu. Ada di antaranya menerusi jualan meja pada setiap majlis makan malam atau melalui duit persembahan artis secara amal.

"Kami buat macam-macam demi mencari dana. Tapi, majlis makan malam bukan setiap malam ada. Dalam setahun hanya ada tiga atau empat kali sahaja.

"Ia tidak cukup. walaupun banyak kali kami disindir kerana menjual meja, tapi kami teruskan juga. Semuanya hanya mencari duit yang bukan untuk kepentingan peribadi.

"Kami memerlukan sekurang-kurangnya RM60,000 sebulan. Kami sanggup buat apa sahaja agar tidak wujud masalah begini. Namun kami akur dengan ketentuan dan berharap ada pihak tampil memberi bantuan," katanya.

Ditanya mengenai peranan Karyawan memohon dana daripada pihak kerajaan, Freddie berkata, perkara itu sudah diusulkan sejak beberapa tahun lalu.

"Karyawan sudah melakukan pelbagai cara untuk mencari dana sehinggalah kepada peringkat tertinggi.

"Namun, sehingga kini Karyawan masih tidak mendapat apa-apa respons. Apa yang diberitahu, pihak kerajaan tidak dapat memberikan dana kerana terlalu banyak persatuan artis di Malaysia.

"Saya berharap semua persatuan artis dimansuhkan dan mewujudkan satu persatuan saja," katanya.

Mengakui tidak akan bertanding jawatan presiden, Freddie hanya mahu melihat semua artis di Malaysia mendapat bantuan khususnya artis veteran.

"Cukup dengan satu persatuan sahaja yang di bawahnya ada pelbagai biro. Dengan ini, barulah kerajaan akan membantu.

"Percayalah, jika berterusan dengan banyak persatuan, ia tidak akan ke mana. saya amat berharap semua persatuan dapat bergabung demi kebajikan semua artis," katanya

Harga surat nikah ratusan ringgit

Posted: 14 Oct 2011 11:12 PM PDT


ORANG ramai dinasihatkan supaya tidak terperangkap dengan sindiket nikah palsu di negara ini. – Gambar hiasan


GEORGE TOWN – Tidak perlu 'kahwin lari', hanya perlu mendapatkan surat nikah mengikut negeri pilihan masing-masing daripada broker yang menyamar sebagai jurunikah.

Demikian taktik yang dijalankan sindiket pernikahan palsu yang didakwa semakin aktif di kawasan Seberang Perai, dekat sini sekali gus menjadikan pasangan pengantin tempatan termasuk Indonesia dan Myanmar sebagai mangsa.

Modus operandi sindiket yang dianggotai lelaki tempatan dan asing itu adalah dengan menawarkan khidmat urusan pengeluaran surat nikah kepada pasangan yang ingin berkahwin sama ada dengan rakyat senegara mahupun berlainan negara.

Malah difahamkan, seorang broker merangkap kadi dalam kumpulan terbabit akan meletakkan harga ratusan ringgit bagi setiap surat nikah yang dicetaknya sendiri.

Rakyat Singapura hutang saman

Posted: 14 Oct 2011 11:11 PM PDT

KENDERAAN dari Singapura memasuki Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen (CIQ) Johor Bahru untuk kembali ke republik itu semalam.


JOHOR BAHRU – Pihak berkuasa akan mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya bagi mengutip lebih 417,500 saman trafik tertunggak atau purata 104 saman yang tidak dibayar setiap hari sejak tahun 2000 melibatkan kenderaan berdaftar di Singapura.

Saman yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit itu adalah daripada 624,716 saman trafik yang telah dikeluarkan terhadap pemandu dari republik itu sejak tahun 2000.

Kebanyakan daripada saman itu melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju khususnya di Lebuh Raya Utara-Selatan, meletak kenderaan di tempat larangan dan memotong di garisan berkembar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sebahagian besar daripada saman itu atau 420,561 saman dikeluarkan oleh polis negeri itu.

"Jumlah saman yang belum dijelaskan di Johor adalah sebanyak 272,271 manakala bakinya melibatkan saman yang dikeluarkan di negeri-negeri lain,'' katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat keselamatan dengan media Singapura di sini semalam.

Panglima TNI pertahan Malaysia

Posted: 14 Oct 2011 11:11 PM PDT




JAKARTA – Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Agus Suhartono (gambar) memberitahu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia bahawa tidak ada wilayah Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat yang diambil oleh Malaysia.

Katanya, para anggota TNI mengawal wilayah perbatasan di Kalimantan Barat sesuai dengan perjanjian Indonesia-Malaysia dan kesemua pos penjagaan di perbatasan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan.

"Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya," kata beliau pada satu sesi perjumpaan dengar pendapat dengan Suruhanjaya I DPR di sini semalam.

Tragedi balik kampung

Posted: 14 Oct 2011 11:10 PM PDT


ANGGOTA bomba berhempas-pulas untuk mengeluarkan mayat Wan Mohd. Asyraf yang tersepit selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kuala Krai semalam.


KUALA KRAI – Kegembiraan tiga lelaki termasuk dua beradik untuk balik kampung bagi meraikan majlis perkahwinan ibu saudara mereka tidak bertahan lama apabila salah seorang daripadanya maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan semalam.

Kejadian pukul 5.45 pagi di Kilometer 108, Jalan Kota Bharu-Gua Musang itu menyebabkan pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Wan Mohd. Asyraf Wan Muhamed, 24, meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya, Wan Mohd. Hafiz, 29, dan seorang sepupu mereka cedera ringan.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki tiga bersaudara itu bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kelapa sawit dari arah bertentangan.

Pejabat Daerah Gombak diceroboh

Posted: 14 Oct 2011 11:09 PM PDT


PEJABAT Daerah, Tanah dan Galian Gombak yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman di Gombak yang dipecah masuk semalam.


GOMBAK – Pejabat Daerah, Tanah dan Galian Gombak yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman di sini semalam dipecah masuk menyebabkan duit tabung kakitangan yang dianggarkan berjumlah lebih RM9,900 dilarikan penyamun.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, sekumpulan tiga lelaki masuk ke dalam bangunan tersebut melalui tingkap tandas wanita aras bawah yang terletak di belakang bangunan lima tingkat itu.

Selepas berjaya memasuki premis itu, ketiga-tiga suspek menutup kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak di aras bawah bangunan itu.

Jel 10 tahun lacur gadis Vietnam

Posted: 14 Oct 2011 11:08 PM PDT


Vo Tu dan Kok Kyt (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.


IPOH – Sepasang kekasih termasuk wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati bersalah terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia pada 2008.

Kong Kok Kyt, 32, dan Lee Vo Tu, 25, warga Vietnam yang hamil lima bulan didakwa memperdaya dua wanita Vietnam untuk melakukan aktiviti pelacuran di sebuah pusat karaoke di Kampung Koh, Sitiawan dari 19 Julai 2008 hingga 23 September 2008.

Bekalan beras Siam merosot

Posted: 14 Oct 2011 11:07 PM PDT


ZAURIYAH menunjukkan beras Siam yang dijual di kedainya di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Banjir besar yang melanda Thailand sejak dua minggu lalu nyata memberi kesan kepada para peniaga beras Siam di Kelantan apabila bekalan bahan tersebut semakin berkurangan.

Tinjauan Kosmo! mendapati bekalan beras dari negara itu semakin susut dan para peniaga mengakui kejadian banjir merupakan penyebab utama bahan itu kurang di pasaran.

Seorang peniaga, Zauriyah Meli, 58, berkata, sejak dua minggu lalu bekalan beras semakin berkurangan apabila pemborong sudah tidak mampu menyediakan jumlah pesanan yang diminta.

Rumah empat keluarga musnah dijilat api

Posted: 14 Oct 2011 11:06 PM PDT


SEORANG anggota bomba memadamkan kebakaran rumah yang menyebabkan 23 orang hilang tempat tinggal di Bandar Ceneh Baru kelmarin.


KEMAMAN – Seramai 23 ahli keluarga yang mendiami sebuah rumah bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas kediaman tersebut terbakar dalam kejadian di Bandar Ceneh Baru dekat sini kelmarin.

Kebakaran kira-kira pukul 6 petang itu turut merosakkan sebuah van dan pelbagai dokumen penting milik empat buah keluarga di rumah tersebut.

Salah seorang mangsa, Nazma Hatulisma Dagang, 35, berkata, ketika kejadian, dia ternampak asap tebal dari bahagian dapur sebelum mengarahkan semua penghuni supaya keluar menyelamatkan diri.

"Kami empat beradik dan keluarga masing-masing memang tinggal bersama sejak beberapa tahun lalu. Tidak sangka pula kejadian ini boleh berlaku dan kami semua kini hilang tempat tinggal," katanya ketika ditemui di sini.

Premis belajar IT kena serbu

Posted: 14 Oct 2011 06:30 PM PDT


MOHD. RUHANI (kiri) dan seorang pegawai penguat kuasa memeriksa komputer yang dirampas dari sebuah premis di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Sebuah pusat komputer yang menawarkan kursus teknologi maklumat (IT) kepada orang ramai di Paramount Garden di sini diserbu pihak berkuasa kerana menggunakan perisian cetak rompak.

Dalam serbuan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) kelmarin, sebanyak 54 buah komputer dan 55 salinan perisian cetak rompak bernilai RM223,000 telah dirampas.

Ketika operasi itu dibuat, terdapat kira-kira 35 orang pelajar sedang mengikuti kursus di premis tersebut.

Sayang isteri selamatkan suami lumpuh

Posted: 14 Oct 2011 06:30 PM PDT


Rubiah memangku suaminya, Mohd. Rosdi selepas terselamat daripada kebakaran di rumahnya di Rantau Panjang semalam.


RANTAU PANJANG – Demi menyelamatkan suaminya yang menghidap strok daripada rentung, seorang isteri terpaksa mengheret lelaki itu kira-kira 30 meter keluar dari rumah mereka dalam satu kejadian kebakaran melibatkan enam rumah di pekan ini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, Rubiah Loman, 49, tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan suaminya, Mohd. Rosdi Rashid, 49, setelah asap tebal memenuhi seluruh ruang rumahnya.

"Bagaimana cara saya mengheretnya pun saya tidak ingat. Keadaan sangat pantas dan saya hanya mencapai mana tubuhnya yang boleh. Setelah mengheretnya keluar, saya perasan kaki kanannya berdarah, mungkin akibat terlanggar atau terkena sesuatu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kembar perlu tempat selesa

Posted: 14 Oct 2011 06:29 PM PDT


Pasangan kembar Nur Shazwanie (kanan) dan Nur Shazrinie dibenarkan pulang ke rumah.


KUALA TERENGGANU – Pasangan kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie Zulkifli dibenarkan pulang ke rumah mereka namun keadaan rumah daif yang didiami keluarga bayi berkenaan amat membimbangkan ibunya.

Ini kerana, pasangan bayi itu yang masih belum dapat dipisahkan lagi itu memerlukan tempat yang selesa, bersih dan sesuai memandangkan mereka terpaksa bergantung pada mesin oksigen dan rawatan khas.

Ibu pasangan kembar itu, Noraini Mohamad, 32, berkata, pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini telah membenarkannya membawa pulang kedua-dua bayi itu untuk sementara waktu.

Bagaimanapun katanya, masalah yang dihadapi adalah rumah yang didiami di Kampung Padang Gong Pak Maseh terlalu daif dan tidak sesuai untuk menempatkan pasangan kembar itu.

"Mereka perlukan tempat selesa, bersih dan sesuai kerana masih bergantung pada mesin oksigen dan rawatan khas," katanya ketika ditemui di sini kelmarin..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved