ads

Sabtu, 20 Ogos 2011

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


KENYATAAN NURUL MENGENAI IKLAN TAK SOPAN...

Posted: 20 Aug 2011 07:10 AM PDT

Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah dan berlatarbelakangkan masjid.

Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.

"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.

"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya dipetik sebagai berkata.

Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.

"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.

"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.

Klik jika anda belum baca:
IKLAN NURUL YANG KONTROVERSI..??



NANU BAHARUDDIN BELAI ANJING..??

Posted: 20 Aug 2011 06:47 AM PDT

Jika dilihat melalui gambar ini, memang jelas seperti pelakon Nanu Baharuddin sedang memegang dan membelai seekor Anjing. Mungkinkah anjing itu miliknya, atau milik orang lain?

Namun tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut, mungkin benar atau mungkin 'superimpose' semata-mata. Ini kerana laman Facebook yang didakwa kepunyaan pelakon terbabit yang memaparkan lebih banyak gambar-gambar tersebut sudah ditutup daripada dilawati sejak beberapa jam yang lalu... Allahualam..!


Klik untuk imej besar...









AZWAN ALI & DIDIE ALIAS BERPERANG DI TWITTER..?

Posted: 19 Aug 2011 01:51 PM PDT

Mungkin mereka hanya bergurau... atau sekadar mahu menghabiskan masa sementara menunggu waktu berbuka. Namun ada segelintir pihak yang mendakwa, mereka sememangnya berperang besar antara satu sama lain demi menegakkan 'benang basah'.

Harapan kita sebagai peminat industri hiburan, Azwan Ali dan Didie Alias dapat berbaik dan saling bermaafkan di bulan yang mulia ini. Ingatlah, sebagai umat Islam... kita semua bersaudara..!!


Klik untuk imej besar...


























0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved