sumber :-
:: MYARTIS.COM :: |
SITI NURHALIZA RINDUI KAABAH... Posted: 18 Aug 2011 03:20 AM PDT "Kehidupan saya tidak akan lengkap jika saya tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan," demikian pengakuan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tambah Siti, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah. "Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa," kata Siti dipetik sebagai berkata. "Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. "Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini. Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid. "Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah," ujarnya lagi. Klik untuk imej besar... ![]() ![]() ![]() Photo kredit: khyree dan uwekk @ bodct . |
SATU NOSTALGIA - HIJRAH BOB LOKMAN Posted: 18 Aug 2011 02:05 AM PDT Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... kata pepatah ini amat bersesuaian sekali dengan Bob Lokman yang kini berhijrah ke alam keinsafan. Beliau bukan hanya meninggalkan dunia hiburan yang penuh cubaan, malah menyertai sebuah parti Islam sekaligus turut sama berdakwah dengan mereka. Meskipun namanya cukup popular sebagai pencipta lagu Isabella, pelawak dan pengacara, namun semua itu kini hanya tinggal kenangan. Selain Bob, Sham Kamikaze juga turut mendapat hidayah Allah selepas Azmil Mustapha, Cico, Ashraf Muslim, Akill Hayy, Ito Blues Gang dan Ringgo Arrow. "Saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. "Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lain. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang saya rasa tanggungjawab pada anak. "Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul," demikian kata Bob Lokman ketika ditanya kenapa dia meninggalkan dunia hiburan. Istimewa untuk anda, ayuh kita singkap kembali gambar-gambar kenangan Bob Lokman daripada dahulu hingga kini... Moga ada sesuatu yang dapat kira kutip untuk dijadikan pedoman dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau berduri ini. Klik untuk imej besar... ![]() Kenangan zaman persekolahan... ![]() ![]() Bersama bapanya Ustaz Lokman Ahmad ![]() Ketika berkahwin... ![]() 13 GAMBAR LAIN... KLIK DI SINI..! . |
Posted: 17 Aug 2011 04:30 PM PDT Siapa tidak kenal dengan atlet negara Shalin Zulkifli yang pernah memenangi pelbagai kejuaraan bowling dunia. Shalin yang kini sedang sarat mengandung bahagia dengan suaminya Azidi Ameran, yang juga bekas pemain bowling negara. Menurut Shalin, dia kebiasaannya akan pulang ke Pulau Pinang pada Syawal untuk berhari raya dengan nenek di sana. Namun setelah ketiadaan neneknya yang meninggal dunia sejak dua tahun lalu, dia kini jarang balik dan hanya menyambut Syawal bersama suami di rumahnya sahaja. "Selalunya selesai solat raya pada raya pertama, kami akan pergi melawat ke kubur datuk dan nenek. Selepas itu kami balik ke rumah keluarga Shalin untuk beraya.Kemudian kami akan beraya di kampung ayah di Kajang. Hari kedua, Shalin dan suami akan pergi beraya di rumah ibu bapa suami di Shah Alam, Selangor. Selepas itu kami menziarahi sanak sudara," ujar Shalin yang dipetik sebagai berkata. Tambahnya, rumah terbukanya hanya akan diadakan pada minggu kedua hari raya. Klik untuk imej besar... ![]() Gambar koleksi Shalin Zulkifli... ![]() Gambar koleksi Shalin Zulkifli... ![]() Gambar koleksi Shalin Zulkifli... ![]() Gambar koleksi Shalin Zulkifli... ![]() Gambar Mingguan Wanita ![]() . |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan