sumber :-
:: MYARTIS.COM :: |
- AKSI BERSAHAJA FIZA ELITE...
- CINTA LISA DAN YUSRY - DONGENG ATAU REALITI?
- GAMBAR-GAMBAR NABIL & NAZIRAH...
Posted: 16 Aug 2011 08:01 PM PDT Gambar-gambar Fiza Elite ini kami terima melalui email pembaca. Dakwa pengirimnya yang enggan dikenali, aksi Fiza yang hanya berseluar pendek ini dirakam ketika penyanyi dan pelakon ini membuat persembahan pentas. Bagaimanapun, di mana persembahan tersebut berlangsung dan tarikh gambar ini dirakam tidak pula disertakan. Apa-apapun... jom kita lihat aksi Fiza yang didakwa seksi dan terlebih manja ini..! Klik untuk imej basar... ![]() ![]() ![]() ![]() . |
CINTA LISA DAN YUSRY - DONGENG ATAU REALITI? Posted: 16 Aug 2011 07:36 PM PDT Bak kata orang, masakan perigi mencari timba! Mungkin begitulah agaknya nasib Lisa Surihani yang digosipkan bercinta dengan Yusry Abdul Halim. Baru sahaja Media perdana mendedahkan yang mereka kemungkinan bakal berkahwin 2012 nanti, tiba-tiba timbul penafian KRU mengenai perkara itu. Dakwa mereka, ia adalah satu salah faham walaupun tidak menafikan mempunyai hubungan istimewa. Dalam hal ini, siapa yang salah... media perdana yang beriya mahu mengorek cerita atau Yusry dan Lisa yang berkias-kias? Tepuk dada, tanya selera! Harapan kita semoga kisah cinta ini bukan satu lagi kisah dongeng Cinderella yang nampak bahagia di depan tetapi akhirnya kelam ditelan waktu. Moga ia akan menjadi gosip indah buat peminat Yusry mahupun peminat Lisa yang kemungkinan mahu kisah cinta itu menjadi kenyataan satu hari nanti. Kenyataan akhbar KRU: Klik untuk imej besar... ![]() ANDA MUNGKIN BELUM BACA: LISA & SHAHEIZY KAHWIN... Aug 12, 2011 Mereka berdua memang nampak sepadan... malah sama popular dalam industri seni! 'Saya Amat Mencintaimu'.. Klik untuk cerita lanjut..!! . |
GAMBAR-GAMBAR NABIL & NAZIRAH... Posted: 16 Aug 2011 01:20 PM PDT Mungkin ramai yang sudah sedia maklum yang Nabil (Raja Lawak), 28 dan Nazira Ayub (bekas Pramugari Airasia) , 23 akan berkahwin pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Sementara majlis resepsi mereka pula dijadualkan berlangsung pada 2 Oktober 2011 di bandar I-City, Shah Alam, Selangor. Difahamkan, mereka memimpikan perkahwinan berkonsep 'kartun wonderland'. Mungkin ini disebabkan Nabil merupakan seorang pelawak dan dia ingin perkahwinannya itu menghiburkan tetamu yang berjumlah sekitar 1500 orang. Bagaimanapun, sebelum perkahwinan tersebut berlangsung, apa kata kita lihat dulu aksi Nabil dan Nazira yang disediakan oleh 'Kad Lestari & Festival Pengantin'. Apa-apapun, tahniah diucapkan... semoga perkahwinan yang bakal menjelang itu memberi seribu kebahagiaan buat Nabil dan Nazira. Klik untuk imej besar... ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() GAMBAR LAIN... KLIK DI SINI . |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan