sumber :-
:: MYARTIS.COM :: |
59 TAHUN NIKAH - MAK NANI TERUS TABAH Posted: 15 Aug 2011 04:30 PM PDT Bukan mudah mahu membina rumahtangga bahagia... Namun bagi Mak nani, 75, atau lebih dikenali sebagai Rosnani Jamil, artis veteran yang pernah berlakon bersama-sama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kebahagiaan yang dinikmatinya sekarang adalah kurniaan Allah SWT. Beliau yang berkahwin ketika berusia 18 tahun, iaitu pada 12 November 1953 tidak pernah menyesal berkahwin muda. Katanya apa yang mereka lalui selama ini telah banyak mengajar mereka erti kehidupan yang sebenar. Meskipun suaminya, Pak Jamil kini uzur kerana diserang kencing manis, darah tinggi dan gout... namun Mak Nani tak pernah mengeluh. Sebaliknya Mak Nani seronok menjaga suaminya itu kerana ia merupakan satu tanggungjawab sebagai isteri. "Kesabaran adalah satu yang wajib. Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini jadi salah seorang pasti akan lakukan kesilapan. Sabar dan terima," ujar Mak Nani dipetik sebagai berkata. "Sekarang ni sudah lima tahun Abah (panggilan untuk suaminya) guna kerusi roda, tapi itu tak halang kami keluar berjalan bersama. Malah Mak suka bawa Abah keluar bersantai dan makan-makan. Setiap kali ada sambutan harijadi, Hari Ibu atau Hari bapa, kami sekeluarga juga akan keluar," tambahnya. Klik untuk imej besar... ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() . |
IKLAN NURUL YANG KONTROVERSI..?? Posted: 15 Aug 2011 01:51 PM PDT Bukan mudah menjadi artis atau model iklan... apatah lagi dalam masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Ini kerana, mereka kena peka dengan sensitivity agama dan budaya jika mahu terus dihormati sebagai insan seni yang berwibawa. Cohtoh paling ketara yang menjadi perbualan dan kontroversi kini ialah iklan Nurul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab. Ini kerana, ada segelintir pihak yang mempertikaikan penampilannya dalam iklan 'Terapi Pelangsingan' sebagai tidak kena dengan suasana Ramadan dan Hari raya yang bakal menjelang. "Masalahnya kenapa letak gambar masjid jadi latar belakang tu? Kenapa tak buat gambar lemang hangus atau bahulu rentung aje jadi latar belakang?" Demikian komen seorang forumer dalam sebuah forum hiburan. "Apasallah suka pakai dada melapang macam ni.. lagi satu si marion cauter tu... aku tengok setiap baju yang dia pakai mesti ala-ala berkemban... ingat sexy sangat kot," komen forumer lain pula. Dalam hal ini, model atau artis yang terlibat sememangnya hanya 'cari makan' dan terpaksa mengikut kehendak pengiklan. Malah design iklan yang diketengahkan juga adalah rekaan graphic designer yang menokok tambah latar belakang mengikut citarasa majikan mereka. Bagaimanapun, sebagai insan seni... mereka mempunyai hak dan seharusnya menolak atau pandai menjaga diri daripada terjebak dengan iklan yang kurang sopan. Ini kerana, wang bukan segalanya dalam hidup ini... yang penting ialah maruah diri! Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan." (Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani) Klik untuk imej besar... ![]() . |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan