ads

Ahad, 21 Ogos 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Terkenang si dia

Posted: 21 Aug 2011 09:39 PM PDT

pix_gal0
Nostalgia berhari raya bersama kakak

TIDAK lengkap sambutan 1 Syawal dalam sesebuah keluarga kalau seorang daripada anggotanya tiada di sisi. Ketiadaan insan yang disayangi tentu saja mencambahkan rasa sayu walau di sekeliling ramai sanak saudara datang berkunjung.

Perasaan itu yang dilalui Ana Raffali, 26, selepas seorang kakaknya mengikut suami bertugas di India sejak empat tahun lalu, manakala adik lelakinya pula berada di Moscow menyambung pengajian di bidang perubatan.
Namun kegembiraan mereka sekeluarga berganda tahun ini apabila si adik yang sudah enam tahun di negara orang kembali, ke tanah air sekali gus menyambut hari raya bersama-sama.
"Walaupun adik beradik ramai, situasi tidak serupa jika seorang tiada. Dari kecil kami tidak berpisah. Seperti kakak saya, walaupun berjauhan boleh dikatakan tiap tahun dia balik meraikan Aidilfitri, cuma kali ini saja mereka sekeluarga hanya balik kampung selepas musim raya.

"Kepulangan adik yang sudah tamat pengajian tentu saja memberikan suasana berbeza. Sebelum ini kami turut mengirim kuih muih, baju Melayu dan tidak ketinggalan rakaman video sambutan 1 Syawal sebagai pelepas rindu," kata anak ke sembilan daripada 11 bersaudara itu.

Cerita penyanyi lagu lagu Tolong Ingatkan Aku itu terus berlegar kepada arwah kakak sulung yang juga anak kedua dalam keluarga, Wilma Halina, apabila kembali ke rahmatullah lapan tahun lalu.

Akuinya, arwah kakaknya itu memang handal membuat kek dan biskut malah menerusi tunjuk ajarnya Ana belajar mengadun biskut istimewa untuk hari raya seawal usia 17 tahun.
"Nostalgia ketika arwah masih ada segar dalam ingatan kerana dialah orang paling sibuk membuat persiapan. Dari awal lagi dia sudah menyediakan bahan dan kami adik beradik akan membantu mana yang patut.

"Lucunya belum sempat raya kuih berbalang habis dimakan adik-adik, maklumlah kami keluarga besar. Apabila malam raya kami sepakat mencucuk dan membakar sate beramai-ramai, itu paling seronok. Sudah macam kenduri," katanya sambil tersenyum.

Paling diingati ketika program pertukaran pelajar di Jepun tatkala masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila buat pertama kali perlu menyediakan juadah raya termasuk ayam masak merah dan kuah kacang.

Kebetulan ketika itu hanya Ana dan seorang lagi teman berbangga Melayu terpaksa menyambut hari raya di perantauan namun mereka sepakat memasak bersama-sama bagi mengubati rindu kepada keluarga dan suasana di desa.

"Waktu itu saya berbual lama dengan emak semata-mata mahu mendapatkan resepi. Walaupun rasanya tidak sama seperti air tangan emak, terubat juga rasa teringin kami malah rakan dari Australia turut memuji masakan kami yang tak seberapa itu," kata Ana sambil ketawa.

Menurutnya, dalam meniti kedewasaan memori zaman kecil dan remajanya tetap terpahat kukuh di ingatan dan sebagai kakak kegembiraan kini lebih diutamakan kepada adik serta tujuh anak saudaranya.

Duit raya antara kemestian kepada insan kesayangan apatah lagi kini dirinya sudah mula bekerja dan mempunyai wang sendiri yang mahu dikongsi dengan seisi keluarga.

"Untuk persiapan keluarga terutama adik-adik saya serahkan kepada emak dengan memberinya wang belanja. Disebabkan rumah kami bertimbun bahan bacaan, saya bercadang menambah lagi rak buku.

"Boleh dikatakan kediaman kami sudah seperti perpustakaan mini kerana di ruang tamu penuh buku malah tetamu turut membelek-belek buku yang ada," kata graduan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Nyata si manis yang murah senyuman itu meletakkan keluarga di tangga teratas kehidupannya hingga soal jodoh diletak dulu ke tepi sekali pun hubungannya dengan seorang jejaka sudah di peringkat serius.

Diajukan lagi perihal jodoh, Ana hanya tersenyum selain menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga masih belum selesai dan tidak adil baginya mementingkan diri sendiri berbanding kebajikan insan tersayang.

Sudah menjadi rutin, saban tahun seboleh-bolehnya mereka sekeluarga akan berkonvoi mengunjungi sanak saudara di kedua-dua belah pihak ibu dan bapanya iaitu di Mentakab, Pahang dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Berpisah jalan terbaik

Posted: 21 Aug 2011 09:33 PM PDT

pix_gal0
Walaupun pahit, keputusan bercerai memberi kelegaan kepada Ainina

DI SEBALIK senyumannya, ada titis air yang jatuh di pipi halus Ainina Ahmad B ini tatkala mengakui secara jujur bahawa dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi dengan bekas penyanyi kumpulan Mega, Rahmat Tohak.

Meluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada wartawan Hip, ibu kepada Nur Ariana berusia sembilan tahun dan Nur Ara Elesya, dua tahun menegaskan dirinya reda dengan nasib yang dilaluinya.
"Ya... Saya dan dia (Rahmat) sudah berpisah. Kami berpisah pada awal tahun ini tetapi saya tegaskan perpisahan ini bukan penyebab saya kembali aktif berlakon kerana rezeki berlakon hadir ketika saya mengalami dugaan ini.
"Jadi saya terima rezeki berlakon seadanya dan semua yang berlaku adalah kehendak tuhan dan Tuhan tahu apa yang terjadi," luah Ainina Ahmad B, pelakon yang pernah menempa kegemilangan sebagai heroin episod Spektra sehingga menghangatkan saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) satu ketika dulu.

Namun anak kepada seniman Allahyarham Ahmad B ini, sama sekali menyangkal perpisahan itu hadir disebabkan orang ketiga mahupun di disebabkan sikap tidak bertanggungjawab di suami.

Sebaliknya, dia sanggup menerima keputusan yang paling pahit ini demi memberi ruang dan mengambil sikap mengalah supaya orang lain mendapat lebih kebahagiaan seperti yang dimahukan.

Korban kasih, mungkin itulah episod kisah cinta Ainina tetapi dia tegas tidak mahu lagi berpaling ke belakang kerana hayunan langkahnya perlu diteruskan demi menjaga hatinya sendiri yang sudah terluka sebelum ini.
"Rahmat adalah seorang lelaki yang baik, penyayang dan cukup bertanggungjawab. Selama 11 tahun kami berumah tangga dia cuba memberikan keadilan kepada kami (Ainina dan isteri pertama), namun semua ini perlu saya akhiri kerana cukup sudah apa yang saya alami selama ini. Saya tidak mahu lagi Rahmat berada dalam keadaan serba salah kerana terpaksa membahagikan kasih yang ada.

"Saya tidak akan kembali kepadanya. Kalau berpatah balik kepadanya, umpama saya kembali lagi kepada kesakitan lalu. Keadaan tidak akan berubah," katanya yang tidak mahu bergaduh dengan bekas suami dan cuba menganggapnya sebagai sahabat pula.

Katanya, perhubungan dia dan bekas suaminya kini ibarat sahabat kerana mereka masih perlu bersama ketika membawa anak-anak keluar berjalan-jalan.

Malahan, dia sendiri mengakui Rahmat cukup bertanggungjawab apabila sudi mengambil pembantu rumah untuk menemani anak-anak ketika ketiadaannya di rumah untuk ke lokasi penggambaran.

"Keputusan ini diharapkan dapat memuaskan hati semua pihak dan menyenangkan pihak lain. Hubungan kami juga baik. Kami sepakat menjaga anak-anak bersama walaupun sudah berpisah.

"Sebagai manusia, saya sudah penat yang teramat dan sampai satu tahap, keputusan berpisah ini adalah jalan terbaik. Saya akui tidak mampu lagi bertahan. Sebagai isteri yang berada dalam dilema ini, hanya saya dan tuhan tahu apa yang ada dalam hati ini," sambungnya lagi yang memberitahu anak-anak seolah-olah memahami apa yang sedang berlaku antara mereka.

Katanya, setelah membuat keputusan yang cukup berat dalam hidupnya itu, dia cukup lega walaupun terluka dan berdoa ada kebahagiaan yang lebih baik yang menanti dirinya kelak.

"Saya menanggung semua ini sendiri. Apabila memberitahu ibu bahawa saya inginkan perpisahan dan sudah bersedia ke arah itu, ibu pula yang menangis dan hiba dengan nasib saya," katanya yang cuba mengatakan tidak lagi mencintai bekas suaminya.

Mengalih episod duka kepada kisah Syawal, masih ada saki baki kelukaan yang pernah menghiasi dirinya ketika bergelar isteri sebelas tahun lalu.

"Selama 11 tahun, saya tidak pernah merasa beraya dengan suami. Namun saya reda. Cuma tahun ini Rahmat nak bawa anak-anak ke Johor dan dapatlah mereka beraya bersama ayah mereka nanti. Untuk saya? Tidak apalah, kerana saya masih kuat mengharungi semua ini," katanya yang memberitahu cukup kasihan dengan anak sulungnya, Nur Ariana yang sangat memahami situasi yang dialami.

"Nur Ariana cukup memahami. Dia tahu kami sudah berpisah. Jika Syawal menjelang dia akan cakap, ayah beraya dengan kakak dan abang dulu. Barulah dengan kita," katanya sebak.

Tidak rela tanggalkan tudung

"Saya tidak kisah berlakon apa saja watak asalkan memakai tudung. Sebaik berehat dari berlakon dulu, saya sudah bertudung dan saya akan menolak tawaran jika terpaksa menanggalkan tudung.

"Penonton sekarang sudah matang dan saya rasa mereka tidak kisah untuk menerima mereka yang bertudung seperti saya," katanya yang memberitahu kembali merindu untuk berlakon bersama pelakon seangkatannya dan barisan pelakon baru yang disifatkan cukup berbakat.

Anina, berkata, kehadirannya dalam dunia lakonan satu ketika dulu bukan disebabkan mahu mengejar populariti dan semua tawaran yang diberikan dianggap sebagai tanggungjawab.

"Dalam keadaan sekarang, bukan lagi untuk saya mengejar populariti. Ketika aktif berlakon dulu pun, saya tidak berniat untuk menjadi terkenal kerana apa yang saya lakukan adalah tanggungjawab serta mencari rezeki.

"Saya juga jarang menghiasi majalah dan saya lebih dikenali TV dalam drama yang saya lakonkan," katanya yang sudah habis menjalani penggambaran drama Sekering Jiwa Ante yang bakal disiarkan di TV9 sempena Syawal ini.

Ketika ditanya tidak gentar dan kaku ketika berada di set penggambaran kerana sudah hampir 10 tahun tidak berada di hadapan kamera,

"Pada awal pembabitan semula ini, pastinya saya berasa agak kaku tetapi syukur perasaan itu sudah hilang. Saya rasa lebih semangat. Takut juga apabila mula-mula bergandingan dengan pelakon seperti Bell Ngasri tetapi semua itu dapat ditangani.

"Saya akui pengarah dan produser mungkin risau mengambil saya sebagai pelakon kerana sudah lama tidak berlakon dan saya ini ibarat pelakon baru yang mula bertapak dalam dunia seni," katanya.

Menurutnya, sebagai pelakon yang pernah membawa watak berat, dia mengharapkan dapat diberikan peluang untuk terus membawakan peranan seperti itu kerana jiwanya cukup puas jika dapat mewarnai drama dengan lakonan seperti itu.

"Masa muda dulu, saya membawakan watak utama dan heroin, tetapi kini banyak ditawarkan watak ibu dan saya tidak kisah tetapi mengharapkan watak yang diberikan berat dan serius," katanya.

Lepas kahwin, Noh makin kuat membebel

Posted: 21 Aug 2011 09:28 PM PDT

Pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri, menurut vokalis kumpulan Hujan, Noh, dia kini merasai kebahagiaan yang sebelum ini belum pernah dikecapinya.
Mengakui keadaan dirinya lebih terurus sekarang ini, jelas Noh, isterinya penyanyi popular, Mizz Nina masih menguruskan segala hal rumah tangga biarpun dia kini sedang sibuk merangka album terbarunya.
"Memang seronok kerana setiap hari makan dan pakaian saya teratur, Nina kini juga sudah mula memasak sendiri masakan sahur dan berbuka, jadi itu sebenarnya paling berharga.
"Walaupun dia banyak berjaga-jaga dalam memasak kerana bimbang tak menjadi, namun setakat ini ia tidak mengecewakan. Saya tetap berpuas hati kerana berbanding semaktu bujang dulu, saya biasanya hanya makan mee segera sahaja sewaktu sahur.
"Bila dah berumah tangga ni, banyak perubahan yang dapat saya rasakan. Kalau sebelum ni, Nina banyak membebel, tapi sekarang saya rasa, ia dah beralih pada saya, pantang saja ada masalah, saya jadi cepat membebel dan dia pun perasan perubahan ni,"jelas Noh.
Bercerita tentang persiapan raya, jelas Noh dia dan Nina masih belum merancang untuk membeli pakaian baru dihari raya nanti.
"Setakat ini masih belum buat apa-apa persediaan, sebab masing-masing sibuk. Kami memang terlalu sibuk sekarang ini sampaikan mahu mengemas pakaian perkahwinan tempoh hari pun masih belum terbuat lagi.
"Kami akan sambut hari raya pertama di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, dan selepas itu kami akan berangkat pulang ke rumah saya di Sarawak untuk beraya disana pula,"luahnya.
Disisi kerjaya pula, jelas Noh dia dan Hujan masih merangka strategi untuk mengadakan konsert jelajah, namun usaha itu masih terlalu awal untuk diceritakan kepada umum.
"Mungkin ada siri jelajah Hujan selepas raya nanti, tapi masih terlalu awal dan masih belum ada lokasi strategik untuk di maklumkan kerana masih belum sahih lagi,"jelas Noh.

Noh dan Nina bahagia melayari rumah tangga bersama

Pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri, menurut vokalis kumpulan Hujan, Noh, dia kini merasai kebahagiaan yang sebelum ini belum pernah dikecapinya.

Mengakui keadaan dirinya lebih terurus sekarang ini, jelas Noh, isterinya penyanyi popular, Mizz Nina masih menguruskan segala hal rumah tangga biarpun dia kini sedang sibuk merangka album terbarunya.

"Memang seronok kerana setiap hari makan dan pakaian saya teratur, Nina kini juga sudah mula memasak sendiri masakan sahur dan berbuka, jadi itu sebenarnya paling berharga.

"Walaupun dia banyak berjaga-jaga dalam memasak kerana bimbang tak menjadi, namun setakat ini ia tidak mengecewakan. Saya tetap berpuas hati kerana berbanding semaktu bujang dulu, saya biasanya hanya makan mee segera sahaja sewaktu sahur.

"Bila dah berumah tangga ni, banyak perubahan yang dapat saya rasakan. Kalau sebelum ni, Nina banyak membebel, tapi sekarang saya rasa, ia dah beralih pada saya, pantang saja ada masalah, saya jadi cepat membebel dan dia pun perasan perubahan ni,"jelas Noh.

Bercerita tentang persiapan raya, jelas Noh dia dan Nina masih belum merancang untuk membeli pakaian baru dihari raya nanti.

"Setakat ini masih belum buat apa-apa persediaan, sebab masing-masing sibuk. Kami memang terlalu sibuk sekarang ini sampaikan mahu mengemas pakaian perkahwinan tempoh hari pun masih belum terbuat lagi.

"Kami akan sambut hari raya pertama di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, dan selepas itu kami akan berangkat pulang ke rumah saya di Sarawak untuk beraya disana pula,"luahnya.

Disisi kerjaya pula, jelas Noh dia dan Hujan masih merangka strategi untuk mengadakan konsert jelajah, namun usaha itu masih terlalu awal untuk diceritakan kepada umum.

"Mungkin ada siri jelajah Hujan selepas raya nanti, tapi masih terlalu awal dan masih belum ada lokasi strategik untuk di maklumkan kerana masih belum sahih lagi,"jelas Noh.

Sambutan bulan kemerdekaan SK Seri Setia meriah

Posted: 21 Aug 2011 09:28 PM PDT


Murid-murid K Seri Setia bersemangat menyanyikan lagu Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2011 di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SERAMAI 850 murid prasekolah hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia meraikan sambutan bulan kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti yang mampu memupuk semangat patriotik serta nilai-nilai murni sejak dari kecil lagi.

Guru Besarnya, Ooi Hock Leong berkata, murid-murid di sekolah ini diwajibkan menyanyi satu lagu patriotik pada setiap kali perhimpunan hari Isnin agar mereka dapat menghafal dan menghayati maksud lagu tersebut.

''Lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Satu Malaysia dan Keranamu Malaysia dinyanyikan dengan lancar dan penuh semangat oleh generasi muda ini yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti," katanya pada majlis Pelancaran Bulan Patriotik 2011 peringkat sekolah itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, apabila ia menjadi kebiasaan, maka mereka akan terus mempunyai semangat kecintaan yang teguh kepada negara sehingga dewasa.

Katanya lagi, pihak sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk diisi sepanjang bulan ini seperti pertandingan mewarna, syarahan, bercerita dan lain-lain yang berkaitan dengan tema kemerdekaan.

''Anugerah turut disediakan kepada guru paling patriotik di sekolah ini setiap tahun.

''Aktiviti-aktiviti yang diadakan diharap dapat membantu menyemarakkan lagi semangat patriotik warga sekolah terutamanya murid-murid agar sebati dalam diri mereka,'' tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pengawas sekolah, Nor Anis Farhani, 12, berkata, perasaannya berkobar-kobar apabila bernyanyi bersama rakan-rakan sekolah yang lain.

''Program ini diadakan setiap tahun dan ia sangat dinanti-nantikan oleh semua murid di sini kerana terdapat pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan,'' ujarnya.

Murid tahun dua, Sharmina Harimi, 8, pula menyatakan bahawa dia begitu seronok dan bersemangat apabila menyanyikan lagu-lagu kebangsaan dengan kawan-kawan beramai-ramai.

YGMB bantu guru lanjut pelajaran

Posted: 21 Aug 2011 09:26 PM PDT


ALIMUDDIN Mohd. Dom dan Anuwar Ali berjabat tangan selepas menandatangani MoU antara YGBM dan OUM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Dalam usaha untuk melahirkan warga pendidik yang mempunyai tahap pendidikan tinggi selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) mengambil inisiatif dengan menyediakan peluang melanjutkan pelajaran kepada golongan tersebut.

Peluang ini terbuka kepada semua guru di bawah Kementerian Pelajaran (KPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PhD) dalam hampir kesemua bidang yang ditawarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya bersedia menawarkan pinjaman kewangan kepada golongan pendidik termasuk mereka yang berada di peringkat pengurusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

"Pinjaman dengan jumlah maksimum sebanyak RM30,000 akan disediakan oleh Koperasi YGMB kepada setiap ahli yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Alimuddin, perjanjian kerjasama dengan OUM itu sekali gus dapat membuka peluang kepada warga pendidik untuk mendapatkan pendidikan ke tahap tertinggi di samping menjaga kebajikan ahli-ahli YGMB.

"Pihak YGMB bukan sahaja menjaga kebajikan ahli-ahlinya dalam bentuk kewangan yang bersifat sementara namun kali ini fokus kepada perkara yang lebih bernilai untuk masa depan iaitu pendidikan.

"Pinjaman ini pastinya dapat membantu memudahkan lagi urusan warga pendidik kerana pelbagai kemudahan lain turut disediakan dan ia diuruskan sepenuhnya oleh pihak yayasan dan universiti," terang beliau.

Jelasnya lagi, tempat dan tenaga pengajaran bagi program pengajian di OUM juga tidak terbatas di kampus utamanya di Kuala Lumpur sahaja.

"Bagi guru-guru yang berada di luar Kuala Lumpur, tenaga pengajar dan tempat akan disediakan di lokasi berhampiran di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Pendekatan ini amat membantu dalam memudahkan guru-guru yang ditempatkan di luar Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran tanpa perlu ke kampus utama OUM," ujarnya lagi.

Tambah beliau lagi, pengajian di universiti ini juga lebih kepada kaedah pembelajaran atas talian (online learning) yang tidak memerlukan para pelajar bertemu pensyarah secara bersemuka. Manakala sesi pengajian pula dijalankan pada hujung minggu sahaja.

"Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan aktiviti pembelajaran di universiti itu daripada mengganggu kerja-kerja harian guru di sekolah," katanya lagi.

Bagaimanapun Alimuddin memberitahu, beberapa kriteria tertentu perlu diberi pertimbangan sebelum seseorang guru itu layak untuk melanjutkan pelajarannya.

"Pihak YGMB berharap agar guru-guru yang masih belum mempunyai ijazah supaya merebut peluang ini bukan sahaja untuk meningkatkan tahap pendidikan malah sebagai salah satu cara untuk kenaikan pangkat," jelas beliau.

Pada masa yang sama, YGMB juga dalam proses untuk mengadakan kerjasama serupa dengan beberapa universiti lain seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Sementara itu, Tan Sri Anuwar Ali berkata, OUM telah bersedia menerima kemasukan lebih 100,000 ahli yayasan itu dengan program yang telah diubah suai mengikut keselesaan mereka.

"Sehingga kini pihak OUM mempunyai hampir 30,000 pelajar yang telah menyambung pelajaran mereka dalam bidang pendidikan dan ini menunjukkan kepercayaan warga pendidik terhadap kemampuan kami," katanya.

Bilik Sumber kempen antidadah SK Taman Desa terima anugerah

Posted: 21 Aug 2011 09:25 PM PDT


Pelajar yang terlibat dalam Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Selangor menerima hadiah kemenangan masing-masing di SK Taman Desa, Rawang, baru-baru ini.


SELARAS dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk menjadikan sekolah bebas dadah menjelang tahun 2015, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa telah mewujudkan sebuah pusat sumber khas untuk aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah itu di Rawang, Selangor.

Bilik sumber PPDa tersebut telah dinobatkan sebagai Johan Pengurusan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Selangor 2010 dan melayakkannya mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan tahun ini.

Bagaimanapun, matlamat utama SK Taman Desa mewujudkan bilik Sumber PPDa adalah untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap antidadah di kalangan para pelajar khususnya dan masyarakat sekitar amnya.

Selain bilik berinformasi itu, pelabagai program dan aktiviti PPDa giat dilaksanakan pada tahun ini seperti Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat Daerah Gombak pada April lalu, Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat Negeri Selangor (Jun), Pertandingan e-PPDa peringkat Daerah Gombak (Jun), Program Lawatan Penanda Aras serta Perkhemahan Mega - Gaya Hidup Sihat (Jun).

Turut dilaksanakan adalah Program 5 minit dan Program Sifar Dadah (PROSIDAR).

Kesemua ini diadakan dengan objektif utama untuk mempelbagaikan aktiviti dan saluran dalam menerapkan nilai murni bencikan dadah serta mengamalkan hidup yang sihat tanpa dadah.

Elak Wi-fi diguna orang lain

Posted: 21 Aug 2011 09:24 PM PDT

BAGAIMANAKAH cara untuk melindungi sambungan Internet Wi-fi di rumah daripada digunakan oleh orang lain yang tidak sepatutnya?

Pertama, pastikan modem router yang anda gunakan mempunyai kata laluan. Perlu ditukar kata laluan sedia ada atau default yang disetkan pada modem router seperti admin, 12345 atau apa-apa sahaja kepada kata laluan yang lebih selamat.

Ia akan menyukarkan untuk sesiapa sahaja meneka dan memecah masuk kata laluan tersebut. Kalau perlu naik taraf kepada modem router yang lebih baik lagi.

Kedua, setkan pada modem router anda untuk nyahkan fungsi Broadcast SSID. SSID (Service Set Identifier) merupakan perimeter bagi nama rangkaian anda dalam persekitaran rangkaian tanpa wayar.

Dengan ini, nama SSID tersebut disembunyikan daripada diketahui dan dicapai oleh pihak lain menerusi rangkaian tanpa wayar.

Ketiga, laksanakan fungsi enkripsi kepada rangkaian tanpa wayar anda.

Terdapat banyak fungsi enkripsi yang disediakan untuk rangkaian tanpa wayar ini seperti WEP (Wired Equivalent Privacy), WPA (Wi-fi Protected Access) dan WPA2. Penggunaan fungsi enkripsi WPA2 dengan teknik enkripsi AES (Advanced Encryption Standard) di cadangkan untuk talian tanpa wayar anda. Elak daripada menggunakan teknik enkripsi WEP kerana terdapat banyak program untuk menggodamnya dan ia mudah untuk digodam.

Keempat, hadkan capaian rangkaian tanpa wayar kepada alamat-alamat MAC tertentu sahaja seperti alamat MAC yang terdapat pada komputer anda.

Alamat MAC merupakan alamat fizikal bagi antara muka kad rangkaian yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ia boleh dicapai dalam Windows dengan menaip perkataan ipconfig /all dalam program Command Prompt.

Kelima, seperti biasa sentiasa kemaskini sistem pengoperasian yang digunakan seperti Windows atau Linux, perisian anti virus dan perisian keselamatan yang lain seperti perisian Personal Firewall dan lain-lain. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan baik dan menjalankan fungsi keselamatannya.

Elakkan daripada menggunakan rangkaian tanpa wayar anda secara terbuka kerana ia boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menggunakan Internet menerusinya. Antara masalah yang timbul adalah ia akan menyebabkan capaian Internet anda menjadi perlahan. Ini kerana berkemungkinan ramai yang mencapai dan menggunakan rangkaian tersebut. Dengan itu, kadar capaian jalur lebar rangkaian anda akan dibahagi-bahagikan mengikut jumlah pengguna.

Seterusnya, rangkaian tanpa wayar secara terbuka ini juga boleh mengundang seseorang menggunakan talian Internet anda untuk melakukan pelbagai perkara yang tidak baik seperti perbuatan jenayah, fitnah, provokasi, penggodaman, melanggar undang-undang negara dan lain-lain. Jadi, berhati-hatilah.

Lebih versatil

Posted: 21 Aug 2011 09:23 PM PDT


Pilihan warna yang pelbagai buat peminat komputer riba dari Lenovo.


SIRI terbaru Lenovo Ideapad kini ditampilkan dengan gaya yang lebih kemas, elegan, versatil dan dilengkapi pemproses generasi kedua Intel Core (sehingga i7) dan Turbo Boost Technology 2.0.

Untuk tatapan yang lebih realistik, Lenovo mempertaruhkan kad grafik daripada NVIDIA GT 550M sebanyak 1GB menambah kepuasan dan pengalaman melayari Internet, permainan video dan juga video-video yang menarik.

Kehadiran aplikasi OneKey Theatre II yang mana mampu meminimakan paparan audio-visual secara automatik dengan hanya satu sentuhan sahaja.

Kemunculan barisan baru komputer tersebut juga turut diserikan bersama kempen Lenovo iaitu The Enhance.Enrich.Exchange untuk pengguna Lenovo.

Lenovo memperkenalkan lima komputer baru yang terdiri daripada IdeaPad Z470, IdeaPad Z370, IdeaPad Y470, IdeaPad S100 dan Lenovo H330.

Bagi mereka yang mementingkan gaya serta kepuasan hiburan pastinya siri Z merupakan pilihan yang tepat.

Bermula dengan skrin seluas 13 inci bagi IdeaPad Z370 dan 14 inci bagi IdeaPad Z470, kedua-duanya ditawarkan bersama hiasan penutup (cover) jernih yang berwarna merah jambu 'fuchsia', biru langit dan hitam.

IdeaPad Y470 pula amat sesuai bagi 'kaki' permainan video sama ada secara online mahupun di muat turun.

Hadir bersama Intel Core i7-2630QM dan digabung bersama kad grafik NVIDIA versi Geforce GT 550M 1GB, aplikasi OneKey Theatre II dan sistem pembesar suara dan bunyi dari SRS Premium Sound dan JBL menyerlahkan kelebihan komputer riba ini.

Ia juga turut dilengkapi paparan skrin LED yang lebih jelas seluas 14.1 inci beresolusi sebanyak 1366 x 768.

Manakala IdeaPad S100 adalah legasi dari komputer riba Lenovo yang terkenal iaitu S10-3, namun memiliki kelebihan terbaru seperti papan kekunci Accu Type, skrin LED 10.1 inci dan beratnya yang kurang dari satu kilogram.

Seterusnya, Lenovo H330 (CPU) yang sesuai untuk kegunaan pejabat mahu pun bermain permainan video dan merupakan komputer meja yang dilengkapi bersama teknologi aplikasi keselamatan dan multimedia yang terkini.

Berbeza dengan komputer meja biasa, saiznya lebih tirus dan lebih tinggi lagaknya seperti sebuah menara namun dua kali lebih nipis daripada biasa.

Biarpun begitu Lenovo H330 masih mengekalkan sistem pemprosesnya iaitu Intel Core Family malah ditingkatkan keupayaan memorinya sehingga 8GB bagi model-model tertentu.

Kesemua model komputer daripada Lenovo ini kini sudah boleh didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan, untuk maklumat lanjut layari laman web Lenovo di alamat www.lenovo.com.my.

Kemudahan canggih teropong langit

Posted: 21 Aug 2011 09:22 PM PDT


DR. MAXIMUS J. Ongkili (tiga dari kiri) ketika merasmikan Observatori Negara Langkawi sambil diperhatikan Fadillah Yusoff (tiga dari kanan), di Langkawi baru-baru ini.


Negara kini boleh berbangga kerana berada dalam landasan yang baik menuju kepada penggunaan sains dan teknologi sebagai penggerak ekonomi.

Ini berdasarkan kepada penambahan prasarana dan kemudahan berkaitan sains dan teknologi angkasa yang boleh dimanfaatkan oleh saintis dan penyelidik.

Selepas beberapa siri pencapaian dalam bidang sains angkasa seperti Program Angkasawan Negara (PAN), eksperimen angkasa lepas dan pembinaan kemudahan seperti Pusat Angkasa Negara di Sungai Lang Banting, Selangor, kini sebuah lagi kemudahan berkaitan sedia untuk digunakan.

Jika dahulu, pencerapan angkasa hanya dilakukan di Planetarium Negara dan beberapa kemudahan lain, kini Observatori Negara Langkawi (ONL) siap untuk digunakan.

Pembinaan ONL menjadikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) mempunyai kemudahan ketiganya selain Pusat Angkasa Negara (Sungai Lang, Banting) dan juga Planetarium Negara di Kuala Lumpur.

Ini menambah kepada kemudahan untuk saintis dan juga penggiat aktiviti astronomi menggunakan ONL sebagai pusat penyelidikan sains angkasa khususnya dalam bidang astronomi dan fizik suria.

Ia bukan semata-mata menambah kemudahan sedia ada tetapi juga teknologinya dipertingkatkan dengan penggunaan teleskop robotik.

Teleskop robotik itu yang merupakan pertama di negara ini membolehkan penggunanya mengawal secara kawalan jauh melalui talian Internet dan membolehkan penyelidikan astronomi dijalankan oleh pakar-pakar tempatan, serantau dan antarabangsa.

Kedudukannya di kawasan hutan simpan pada ketinggian 250 meter (m ) dari aras laut merupakan kriteria yang memudahkan pencerapan langit dilakukan tanpa pencemaran cahaya yang merupakan musuh utama untuk aktiviti pencerapan langit.

ONL dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) , Datuk Dr Maximus J Ongkili pada awal tahun ini. Kedudukannya di pulau legenda itu cukup sesuai dengan berbumbungkan langit dan terbuka kepada jutaan bintang berkerlipan.

Menurut Ongkili, pembinaan ONL merupakan pelengkap kepada infrastruktur angkasa negara dan sebagai usaha kerajaan menyediakan infrastruktur asas untuk membolehkan penyelidik menjalankan kajian dengan lebih sistematik dan bersepadu.

"Ia memberi peluang kepada saintis tempatan untuk berkreativiti dengan peralatan dan seterusnya meneroka misteri serta membuat penemuan saintifik baru di langit Khatulistiwa ini," ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalannya, Datuk Fadillah Yusof ; Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Madinah Mohamed dan Ketua Pengarah Angkasa, Dr. Mustafa Din Subari.

Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah, Jepun dan Austalia memang telah lama memiliki teleskop berkuasa besar, namun semuanya berada sama ada di hemisfera Utara dan Selatan Bumi.

Ini bermakna, pengkajian langit di hemisfera utara dan selatan memang telah banyak dilakukan.

Namun di khatulistiwa, ia sangat minimum. Jadi, disinilah keunikan ONL yang terletak di khatulistiwa dan mampu menjadi jambatan untuk menghubungkan langit utara dan selatan.

Oleh itu, ONL dianggap mempunyai keunikannya sendiri kerana ia berada di Khatulistiwa, sekali gus berperanan besar dalam mengisi kekosongan di tengah-tengah hemisfera.

ONL juga dilengkapi dengan teleskop robotik pertama di negara ini yang menempatkan dua sistem teleskop utama iaitu sistem teleskop bintang (stellar) dan matahari (solar).

Agak kompleks

Sementara itu Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA), Angkasa yang juga merupakan Koordinator ONL , Mhd. Fairos Asillam menjelaskan, teleskop robotik merujuk kepada sistem teleskop astronomi dan sistem pengesan yang mampu membuat pemerhatian atau pencerapan tanpa campur tangan manusia.

Katanya, dalam disiplin ilmu astronomi, teleskop memenuhi syarat sebagai robot jika mampu membuat pemerhatian tanpa dikendalikan oleh manusia, boleh diberi arahan lebih awal melalui pengaturcaraan komputer, dan mampu memberi maklum balas sendiri.

Sebagai contoh, jika sedang melakukan pencerapan secara robotik, tiba-tiba langit sangat berawan tebal, sistem akan dimatikan dan kubah akan ditutup secara automatik untuk mengelakkan air hujan mengenai teleskop dan kameranya yang sensitif terhadap air.

"Rekaan sistem teleskop robotik agak kompleks kerana ia menggabungkan sejumlah subsistem yang termasuk kawalan teleskop, kubah, kamera CCD, pemfokus, pengesan cuaca serta beberapa kemampuan yang lain.

"Keseluruhan subsistem tersebut dipimpin oleh sebuah sistem kawalan utama yang merupakan satu sistem komponen perisian komputer," ujarnya.

Sempena perasmian ONL itu juga, beliau turut melancarkan Galeria Astronomi-Observatori Malaysia yang mengandungi katalog observatori utama di seluruh negara untuk rujukan masyarakat.

Buku panduan itu dapat memberi panduan dan maklumat kepada sesiapa sahaja berminat untuk meneroka bidang astronomi dan kemudahan prasarana yang ada di seluruh negara.

Kini terdapat 11 observatori milik institusi dan tujuh buah observatori persendirian di seluruh negara.

Buku Discover the Wonderers of the Universe from Langkawi National Observatory -An Eye to Space pula memaparkan imej-mej objek angkasa yang telah dirakam menggunakan teleskop robotik ONL.

Antaranya ialah matahari, bulan planet komet, galaksi dan bintang . Imej akan di memberi pendedahan kepada umum tentang keindahan langit malam dengan menggunakan kepakaran tempatan dan kemudahan di ONL.

ONL tumpu penyelidikan, pendidikan

Posted: 21 Aug 2011 09:21 PM PDT


Bidang sains angkasa wajar dikembangkan supaya rakyat memahami kepentingannya.


PENUBUHAN Observatori Negara Langkawi (ONL) dan dilancarkan pada awal tahun ini membuka lembaran baru dalam sejarah bidang sains angkasa di negara ini.

Selain menambah kemudahan dalam pencerapan langit dengan teknologi canggih , ONL menawarkan lebih daripada sekadar pusat pencerapan.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) yang juga Koordinator ONL , Mhd. Fairos Asillam berkata, ia menunjukkan bahawa Malaysia semakin sedar kepentingan sains angkasa dan dengan itu mewujudkan kemudahan berkenaan memberi impak besar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Melalui ONL, ia membuka peluang yang luas kepada penyelidik Malaysia termasuk pelajar paska-siswazah tempatan menjalankan penyelidikan astronomi yang mempunyai merit sains yang tinggi terutamanya jika dijalankan melalui kerjasama antarabangsa.

ONL juga merupakan platform awal untuk melatih penyelidik tempatan dalam mengendalikan sistem teleskop di observatori dan merupakan pengalaman penting sebelum mereka menggunakan teleskop-teleskop utama lain di dunia.

Tanpa pengalaman mengendalikan sistem teleskop di sebuah observatori, ia menyukarkan penyelidik tempatan menggunakan observatori - observatori utama lain di dunia.

Apa yang penting ialah, selepas wujudnya ONL, menjadi cabaran baru untuk Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memanfaatkan kemudahan tersebut seperti yang dirancang.

Mhd. Fairos berkata, aspek pengisian perlu difokus sebaik sahaja ia dilancarkan dan tanggungjawab tersebut dibahagi kepada dua bahagian iaitu penyelidikan yang meliputi 70 peratus peranan ONL dan bakinta untuk pendidikan.

Aspek pertama yang diberi penekanan ialah penyelidikan. Dengan ada ONL, lepasan siswazah boleh menggunakannya untuk tujuan penyelidikan yang mana Malaysia mempunyai kelebihan khususnya pencerapan di langit Khatulistiwa.

Selain daripada bidang astronomi, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, Angkasa sedang giat untuk mengembangkan beberapa bidang tumpuan baru iaitu pencerapan Objek Dekat Bumi (Near Earth Object) seperti asteroid, komet.

Selain itu, untuk melengkapkan penyelidikan sains angkasa, agensi itu sedang berusaha membangunkan keupayaan tempatan dalam bidang baru seperti radio astronomi dan cuaca angkasa.

Selain itu, aspek penyelidikan juga boleh ditumpukan kepada penyelidikan matahari atau aktiviti matahari.

Kemuncak aktiviti matahari dikatakan berlaku pada 2013 dan ini boleh dicerap dengan kemudahan di ONL.

Selain daripada teleskop di ONL, melalui penglibatan negara dalam program antarabangsa seperti International Space Weather Initiative (ISWI), ANGKASA telah berjaya memperolehi beberapa kemudahan antarabangsa untuk di 'host" di Malaysia Sudden Ionospheric Disturbance (SID) untuk mengukur aktiviti matahari khususnya suar matahari dan AGREES iaitu suatu alat untuk meninjau profil ionosfera.

Selain itu, Angkasa juga sedang berunding untuk mendapatkan dua lagi kemudahan iaitu CALLISTO dan AMBER untuk aktiviti cuaca angkasa.

Ini akan membuka peluang saintis tempatan terlibat dalam penyelidikan kerjasama antarabangsa.

Ladang lembu tenusu terbesar Asia Tenggara

Posted: 21 Aug 2011 09:20 PM PDT


KAWASAN mesin perahan susu di Ladang Chokchai boleh memuatkan sebanyak 48 ekor lembu pada satu-satu masa.


TERLETAK di daerah Pak Chong, Nokhon Ratchasima di Bangkok, Ladang Chokchai merupakan ladang ternakan lembu tenusu yang memang terkenal di Thailand.

Selain aktiviti tenusu, ladang tersebut turut memberi fokus kepada aktiviti lain seperti penternakan lembu daging, agro pelancongan dan juga perniagaan restoran stik.

Malah, ladang yang berkeluasan 4,800 hektar itu merupakan ladang lembu tenusu terbesar di Asia Tenggara.

Ia bermula pada tahun 1957 sebagai ladang sayur-sayuran yang diusahakan oleh pengasasnya bernama Chockchai.

Menjelang 1965, Chockchai cuba melibatkan diri dalam penternakan lembu daging sehingga berjaya menternak 10,000 ekor.

Tahun 1978 Ladang Chokchai memulakan aktiviti penghasilan produk tenusu yang menerima permintaan tinggi selain aktiviti pembiakan lembu baka.

Pada tahun 1985, ladang tersebut berjaya mengeluarkan produk susu segar berpastur di bawah penjenamaan Farm Chockchai sebelum memperkenalkan susu berjenama 'Umm!...Milk' pula pada tahun 2002.

Menurut Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Phnich Jarikpakon, ladangnya mempunyai empat mesin pengumpulan susu di mana setiap satunya mempunyai 48 unit perahan.

"Proses perahan susu lembu di sini dibahagikan kepada dua kaedah iaitu secara manual dan juga menggunakan mesin.

"Walaupun ladang ini mengamalkan sistem perahan berkomputer bersama rakaman data, namun para petugas tetap diajar dengan teknik manual.

"Ini kerana, untuk perahan kali pertama, ia akan dijalankan secara manual bagi tujuan menguji dan menentukan kualiti susu,'' katanya ketika di temui di ladangnya baru-baru ini.

Disebabkan lembu-lembu di ladang tersebut sangat produktif, aktiviti perahan susu dilakukan tiga kali sehari iaitu pukul 4 pagi, 2 petang dan 9 malam di mana waktu pagi memberi hasil yang paling banyak.

Untuk satu sesi perahan, ia akan melibatkan 192 ekor lembu pada satu-satu masa.

Bercerita mengenai prosesnya, Jarikpakon memberitahu, lembu-lembu akan dimandi dan dibersihkan untuk mengurangkan haba badan sebelum dibawa ke kawasan perahan.

Kemudian, bahagian puting lembu akan dicuci dengan cecair khas bagi memastikan kebersihan susu yang akan dikeluarkan.

Selepas itu, para petugas akan menjalankan kerja-kerja memerah secara manual menggunakan tangan bagi mendapatkan sampel susu untuk diuji.

Jika semuanya berada dalam keadaan baik, proses perahan akan diteruskan menggunakan mesin.

Satu unit mesin perahan biasanya dilengkapi komponen seperti cawan puting, hos susu, mesin penyedut, pengacau susu, hos vakum dan meter susu.

Bagi melaksanakan proses perahan, cawan kecil akan dilekapkan pada puting lembu sebelum motor dihidupkan untuk menyedut susu.

"Susu yang telah disedut kemudiannya akan melalui meter kawalan susu menerusi saluran kaca dan akhirnya terkumpul di pusat pengumpulan.

"Untuk setiap proses ini, ia biasanya akan mengambil masa selama tujuh minit.

"Proses pemindahan susu menggunakan saluran tertutup ini mempunyai kelebihan daripada segi kualiti, kebersihan dan mengelakkan jangkitan bakteria,'' jelasnya.

Bagi meningkatkan kualiti produk tenusu pula, Jarikpakon memberitahu, Ladang Chokchai ada bekerjasama dengan beberapa universiti dan organisasi penyelidikan di Thailand.

Sehingga kini, ladang berkenaan telah menghasilkan lima produk tenusu menggunakan penjenamaan Chokchai.

Tips tanam kacang panjang merah

Posted: 21 Aug 2011 09:19 PM PDT


Kacang panjang merah adalah sejenis tanaman memanjat sama seperti kacang panjang hijau.


KITA biasa melihat dan makan kacang panjang yang berwarna hijau. Baru-baru ada dijual kacang panjang merah pula. Varieti ini berasal dari selatan China dan dikenali sebagai changjiang dou, cheung kung tau, Chinese Red Noodle Bean atau asparagus bean.

Kacang panjang merah (Vigna unguiculata subsp. sesquipedalis) tergolong dalam famili Fabaceae. Kacang panjang merah juga adalah sejenis tanaman memanjat sama seperti kacang panjang hijau cuma berwarna merah.

Namun, warna merah akan hilang setelah dimasak. Ia boleh memanjat sehingga dua dan tiga meter tinggi. Kacang ini sesuai dimasak atau dijadikan ulam sahaja. Rasanya manis sedikit dan rangup seperti asparagus.

Tanaman ini kaya dengan sumber protein, vitamin A dan C, thiamin, riboflavin, zat besi, fosforus, magnesium dan mangan.

Amalan pengambilan sayur kacang panjang sebagai makanan harian boleh membantu kita terhindar daripada beberapa jenis penyakit, antaranya serangan jantung, masalah sembelit, kurang darah, anemia dan sakit pinggang. Ia juga memainkan peranan sebagai antibarah dan antioksidan (awet muda).

Penyediaan kawasan

* Kacang panjang merah sesuai ditanam di kawasan yang bersaliran baik, tanah tidak terlalu berair, dan pH tanah antara 5.5 dan 6.5

*Batas berukuran satu meter lebar dan panjang mengikut keluasan kawasan. Gaul dan gemburkan tanah bersama kompos dan baja organik (tahi ayam).

*Jarak penanaman yang disyorkan ialah antara 50 dan 60 sentimeter (sm) antara pokok dan antara baris.

*Kayu junjung 5 dan 6.5 kaki (tinggi) dan trilles perlu disediakan juga kerana kacang panjang merah adalah jenis tanaman memanjat.

*Batas sebaiknya ditutup dengan plastik silver shine sebagai sungkupan untuk kawalan rumpai dan kekalkan kelembapan tanah.

Penanaman

*Penanaman boleh dibuat melalui biji benih

*Dua kaedah penanaman sama ada semaian atau tanam terus.

* Biji benih akan pula bercambah pada hari kedua selepas ditanam, dan boleh mula dipindahkan pada hari ke lapan hingga kesepuluh.

* Bagi kaedah tanam terus, dua atau tiga biji benih akan ditanam dalam satu lubang.

*Pada hari kelapan, jika terdapat lebih daripada satu anak pokok yang tumbuh kerja penjarangan perlu dilakukan. Tinggalkan satu sahaja anak pokok yang paling sihat dalam setiap lubang tanaman.

Pengairan

* Pengairan perlu diberi dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan. Sebaiknya, sumber air yang digunakan adalah air yang bersih tanpa klorin.

* Cara pengairan bergantung pada pengusaha sama ada secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis.

Pembajaan

*Pembajaan kali pertama akan diberikan pada minggu kedua selepas menanam dengan kadar 50 gram (g) per pokok

* Baja kali kedua, pada minggu keempat sebanyak 50 hingga 80g setiap pokok

* Baja kali ketiga, pada minggu ketujuhsebanyak 80 hingga 100g per pokok

*Baja yang digunakan mestilah baja organik sama ada baja yang dibeli atau baja buatan sendiri.

* Jika baja dari kilang, ikut kadar yang telah disyorkan. Ini kerana ada sesetengah baja dalam bentuk larutan pekat dan perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

*Bagi yang membuat baja organik sendiri, baja boleh disembur seminggu sekali untuk pertumbuhan pokok yang baik.

Kawalan rumpai

* ine' sedikit sebanyak telah membantu mengawal pertumbuhan rumpai.

* Seminggu sekali rumpai perlu dibuang. Ini kerana rumpai adalah musuh utama tanaman dalam persaingan untuk mendapatkan makanan, ruang dan cahaya matahari. Selain itu, rumpai boleh menjadi tempat pembiakan serangga perosak jika dibiarkan tanpa kawalan.

* Kerja merumpai boleh dilakukan di sekeliling pokok dan mesin rumput di luar batas tanaman.

Kawalan perosak dan penyakit

*Bagi kacang panjang merah, serangan ulat pengorek buah adalah masalah utama. Sembur racun organik buatan sendiri atau yang dibeli bermula pada minggu kelima selepas menanam.

*Pada minggu tersebut bunga telah berkembang dan buah muda akan muncul. Lalat buah akan mula berkeliaran di kawasan penanaman untuk bertelur.

*Sembur racun seminggu sekali. Pemantauan yang teliti dan kerap sangat penting untuk mengawal serangan perosak dan penyakit.

*Ada juga masalah penyakit mati rosot yang disebabkan saliran kawasan yang teruk. Tanah yang berair tidak sesuai untuk tanaman kacang panjang merah.

* Ulat pelombong daun boleh diatasi dengan menyembur racun organik cili padi, lada hitam dan juga sabun pada daun yang terkena serangan.

Penuaian

* Hasil boleh mula dituai selepas 45 hingga 60 hari ditanam. Kacang panjang yang matang biasanya bersaiz antara 25 dan 45 sm panjang.

*Kutip hasil setiap dua atau tiga kali hari sekali. Pengeluaran hasil akan berterusan selama sebulan, bergantung pada kesuburan pokok.

Kerepek Tanjung Sepat ke Australia

Posted: 21 Aug 2011 09:18 PM PDT




KETIKA pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) sibuk membuat kuih dan kerepek bagi memenuhi permintaan menjelang perayaan, lain pula dengan Siti Noraini Markom, 50.

Dia yang dikunjungi rombongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di premisnya di Kampung Kundang, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor, bersama-sama suaminya, Mohd. Noor Sukimi sibuk memunggah produk IKS keluaran syarikat mereka untuk dihantar ke Australia.

Mengapa sampai ke Australia? Kenapa tidak di pasaran tempatan?

"Sekarang banyak sangat usahawan IKS yang membuat kerepek dan pasaran di sini tidak terlalu besar.

"Jadi apa salahnya saya mencuba rezeki di Australia. Saya merancang untuk memasarkan produk saya ke Filipina selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Bekas kerani pejabat swasta di pekan Banting itu memulakan usahanya dengan menjual biskut bangkit kelapa resipi arwah ibunya.

"Sememangnya kuih bangkit buatan ibu memang sedap sehingga saya mengambil keputusan membuat dan menjualnya semasa musim perayaan," katanya.

Ketika itu, dia membeli ketuhar bagi menghasilkan biskut bangkit kelapa sebelum membeli dapur gas yang kecil.

Bagaimanapun Siti Noraini terfikir sampai bila dia akan berniaga secara bermusim.

Justeru, dia mula menjual kuih bangkit kelapa dan menjualnya dengan berbasikal sekitar kampung, kantin sekolah dan kedai runcit.

Perniagaan itu terus berkembang dan kesibukan menguruskan perniagaan berseorangan memaksanya menggaji dua orang pembantu dan membuat jadual penghantaran apabila 300 buah kedai runcit mula menerima kuih bangkit kelapa buatannya.

Walaupun masih bekerja sebagai kerani di syarikat swasta di Banting, Siti Noraini tidak melepaskan peluang menghadiri kursus keusahawanan anjuran pelbagai jabatan kerajaan.

Beliau mahu mendalami aspek perniagaan dan keusahawan termasuk pemasaran dan perhubungan dengan pelanggan sebelum pergi lebih jauh.

Setelah enam tahun bekerja dan perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, Siti Noraini mengambil keputusan nekad meletakkan jawatan.

"Ketika itu saya mengembangkan perniagaan dengan membuat pelbagai jenis biskut dan kerepek serta menjual produk usahawan lain," katanya.

Berkat kegigihan dan kesungguhan membangunkan perniagaannya, dia sudah mula melihat bibit kejayaan.

Sejak penglibatannya dalam IKS, Siti Noraini menerima pelbagai anugerah seperti Peladang Jaya, Tokoh Usahawan Wanita Selangor dan Belia Jaya.

Malah, usahanya menarik minat pelbagai agensi kerajaan yang tampil memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk selain khidmat nasihat.

Sentiasa mengingati arwah ibunya dalam kejayaan yang dikecapi, Siti Noraini yakin segala kejayaan berkat doa ibunya.

Dalam pada itu Siti Noraini sentiasa menanamkan pelbagai impian seperti kerepek di dalam kanister ketika usianya 35 tahun.

"Alhamdulillah saya mencapai sasaran yang saya tetapkan sendiri," katanya.

Permintaan kerepek ubi, pisang tanduk dan keledek yang semakin menggalakkan menyebabkan Siti Noraini memerlukan bekalan bahan mentah yang banyak.

Malah pada masa yang sama, seorang usahawan dari Australia berminat untuk memasarkan kerepeknya ke Australia dan New Zealand.

Selain negara berkenaan Siti Noraini juga telah berjaya menghantar produknya ke Hong Kong, Jakarta dan Singapura.

Selepas musim perayaan, Siti Noraini akan menerbangkan kerepeknya ke Filipina yang mempunyai pasaran yang lebih besar.

"Masalahnya bagi pasaran luar negara, kami perlu memastikan kualiti dan kapasiti produk yang konsisten setiap kali penghantaran.

"Misalnya bagi ke Australia saja saya perlu menghantar kerepek ubi bagi memenuhi hampir satu kontena sepanjang 20 kaki," katanya.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah terutama dari luar negara, Siti Noraini perlu berubah daripada peralatan menggoreng manual ke separa automatik.

"Ini bagi mempercepatkan lagi proses penghasilan produk tetapi saya tidak boleh berkompromi dengan kualiti produk yang saya hasilkan," katanya.

Selain menerima tempahan, Siti Noraini juga membawa produknya ke ekspo-ekspo seluruh negara dan antarabangsa anjuran agensi kerajaan.

Buat masa ini produk IKS Siti Noraini dengan jenama Ani Biskut boleh didapati di K-Shoppe Bukit Kapar dan Jalan Istana Lama, Kampung Jawa, Kelang.

Mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk IKS Siti Noraini boleh menghubungi beliau di 019-373 4735 atau 03-3148 1088 atau emel: ani_biskut@yahoo.com.

Mempersiap usahawan Malaysia ke China

Posted: 21 Aug 2011 09:16 PM PDT


MAFPA berperanan membantu proses pembungkusan produk-produk yang akan dieksport ke China.


CHINA merupakan negara ekonomi ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Jepun dengan catatan perdagangan antarabangsa pada tahun 2010 berjumlah RM9.3 trilion.

Daripada segi peluang pasarannya pula, ia dibahagikan kepada segmen-segmen bandar besar dan juga kecil mengikut faktor geografi, kebudayaan, keturunan dan bahasa.

Bukan setakat itu, China yang mempunyai jumlah penduduk mencecah 1.3 bilion orang turut menyumbang kepada kuasa membeli yang semakin meningkat.

Melihat kelebihan tersebut, ia merupakan peluang keemasan yang perlu dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan Malaysia untuk memasarkan produk keluaran mereka.

Justeru, Bahagian Pembangunan Keusahawanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini menganjurkan seminar Kesediaan Usahawan Malaysia untuk Menembusi Pasaran di China.

Dianjurkan bersama Persatuan Usahawan Pemprosesan dan Pembungkusan Makanan Malaysia (MAFPA), seminar itu menggariskan matlamat membantu usahawan Malaysia menyediakan perniagaan, produk dan perkhidmatan untuk dieksport ke pasaran China.

Objektif lainnya adalah untuk memberi maklumat mengenai undang-undang pihak berkuasa negara China dalam urusan pengeksportan serta mewujudkan jaringan kerjasama secara berkumpulan.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan, usaha meneroka pasaran luar negara memerlukan usahawan menyediakan pelan perancangan strategik yang praktikal, fleksibel dan berpandangan jauh.

''Seminar ini merupakan satu contoh inisiatif yang sangat baik dalam usaha menjayakan agenda pembangunan keusahawanan di negara ini.

''Jadi, sebagai memulakan langkah memasarkan produk dan perkhidmatan ke China, para usahawan perlu bersedia dengan rangkaian perniagaan, memahami peraturan, membuat kajian cita rasa pengguna serta memahami piawaian pembungkusan dan pelabelan.

''Menerusi cara ini, ia akan memberi cabaran kepada para usahawan untuk mengeluarkan produk yang berkualiti,'' katanya ketika merasmikan seminar berkenaan di Putrajaya baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MAFPA, Kamalbahrin Khamsan pula memberitahu, menerusi seminar itu pihaknya mahu mengenalpasti usahawan yang mampu menyediakan produk bersesuaian dengan keperluan dan permintaan di China.

Ia adalah sebagai persediaan mencari usahawan berpotensi menyertai program Misi Dagang ke China pada bulan Oktober akan datang serta Pameran Perdagangan China dan Pusat Pengedaran pada Januari 2012 anjuran MAFPA.

''Bermula tahun 2008, MAFPA telah mengadakan perjanjian bersama dengan empat pusat pengedaran di Ningxia, Guang Zhou, Shanghai dan Chengdu di China dengan penyertaan lebih 130 usahawan dari Malaysia.

''Dalam masa lima tahun, kita menjangkakan sebanyak 15 buah lagi Pusat Pengedaran akan dibuka dengan tumpuan lokasi di bahagian barat negara China,'' jelasnya.

Seminar sehari itu mendedahkan para peserta dengan produk-produk yang berpotensi dieksport selain pembentangan khidmat nasihat, pelan pemasaran dan persiapan eksport.

Pada seminar itu, turut diadakan prapelancaran Pameran Produk Malaysia (PROMAS) 2011 yang bakal diadakan pada 16-19 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai objektif program PROMAS, Kamalbahrin memberitahu, ia merupakan platform mengumpul dan memilih produk serta perkhidmatan yang bersesuaian untuk dibawa menyertai misi perdagangan dan pameran antarabangsa.

PROMAS juga bakal menjadi medium kerjasama agensi-agensi terlibat dalam urusan eksport seperti MATRADE, Jabatan Kastam, Kementerian Kesihatan, SME Bank, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).

Liyana beraya di Australia

Posted: 21 Aug 2011 09:15 PM PDT


KERIANGAN jelas terpancar di wajah Liyana Jasmay dan anak-anak yatim yang diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Restoran Ikan Sungai, Desa Melawati, Kuala Lumpur.


DALAM kebanyakan daripada kita mula berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman menyambut kehadiran Syawal yang bakal tiba lebih kurang seminggu lagi, lain pula ceritanya dengan aktres muda Liyana Jasmay.

Buat pertama kalinya, Liyana bersama 14 ahli keluarganya akan berangkat ke Australia untuk menyambut kehadiran Syawal di negara Kanggaru itu.

Jelas Liyana, perancangan berhari raya di luar negara itu tercetus apabila mereka sekeluarga mencari waktu yang sesuai untuk pergi bercuti bersama.

"Mulanya kami merancang untuk ke Australia pada tahun lalu, tetapi disebabkan pada waktu itu kakak ipar saya baru sahaja melahirkan anak, kami terpaksa membatalkan perancangan itu.

"Mana mungkin kami meninggalkannya di sini dan berseronok bercuti ke luar negara. Keluarga saya jenis yang kalau bercuti pasti semuanya mesti ada.

"Jadi sekarang ini, anak buah saya itu pun sudah besar sedikit dan boleh menaiki kapal terbang, kami sepakat untuk berhari raya di Australia.

"Bila lagi mahu beraya di tempat orang yang sudah tentu lain adat dan budayanya," Jelas Liyana ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Restoran Ikan Sungai, minggu lalu.

Dalam majlis itu, seramai 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Rabeka, Hulu Klang diraikan oleh Liyana dan keluarganya.

Bukan sahaja meraikan, malah Liyana sempat bersama dengan anak-anak yatim berkenaan bermain berbunga api.

Keriangan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim tersebut apabila mereka dapat bersama dengan idola mereka dalam menanti kehadiran Syawal yang bakal menjelma.

Menyambung bicara berkenaan destinasi rayanya itu, jelas Liyana, mereka sekeluarga akan bertolak pada petang hari raya pertama nanti.

"Penerbangan kami pada pukul 6 petang, jadi sempatlah kami menyambut hari raya di sini. Seperti biasa pada pagi Syawal nanti kami akan menunaikan solat sunat Aidilfitri terlebih dahulu.

"Selepas itu kami mengunjungi saudara-mara terdekat sebelum bertolak ke lapangan terbang pada sebelah petang," jelasnya yang kini sedang sibuk menyiapkan projek tahun akhir pengajiannya dalam Seni Persembahan dan Media, di Kolej Universiti Sunway.

Bagaimanapun, bicara Liyana lagi, bagi mengelakkan dia dan keluarga merindui rendang dan ketupat sepanjang berada di Australia, mereka akan membawa bekal.

"Kami memang merancang untuk membawa makanan tradisi itu ke sana tetapi memandang Australia tidak membenarkan membawa masuk makanan ke sana, cukuplah juadah hari raya itu menjadi bekalan sepanjang penerbangan ke Australia," jelas Liyana.

Menurut Liyana, dia bersama keluarganya akan berada di Sydney selama 10 hari sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

"Namun ada juga perancangan adik-beradik yang lain untuk melawat Melbourne, tetapi ia tidak melibatkan kami semua.

"Seandainya mereka ke sana, saya akan tinggal dengan ibu dan ayah di Sydney kerana saya tidak selesa dengan cuaca di Melbourne yang terlalu sejuk dan hujan," cerita Liyana yang tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya untuk beraya di Australia.

Baginya, pengalaman pertama berhari raya di perantauan itu sudah pasti akan menjadi kenangan terindah buat dirinya dan keluarga.

"Bagaimana rasanya beraya jauh dari negara sendiri, tentu lain rasanya dan sudah pasti itu akan menjadi kenangan yang sukar untuk saya dan keluarga melupakannya.

"Namun untuk mengekalkan mood raya, saya akan membawa baju-baju raya saya untuk dipakai ketika berada di Australia," jelasnya.

Membeli-belah di Jalan TAR

Posted: 21 Aug 2011 09:14 PM PDT


Nur Fathia Abd. Latif


BUAT pertama kalinya, Nur Fathia Abd. Latif, membawa ibu dan dua adik perempuannya membeli-belah persiapan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, selama ini dia tidak tahu peniaga di situ berjualan hingga lewat pagi pada bulan Ramadan dan apabila berada di sana Nur Fathia menjadi rambang mata.

"Meriahnya kat situ. Terus terasa nak beraya sebab suasana di situ happening sangat berbanding kalau di pusat membeli-belah.

"Rasanya nak datang lagi sekali sebab banyak pilihan. Semua barangan ada, daripada biskut sampailah ke baju raya," ceritanya.

Menurut Nur Fathia yang lebih mesra dipanggil Fathia, dia berbelanja kira-kira RM2,000 untuk ibu dan adik-adiknya.

Katanya, setiap seorang dibelikan dua pasang baju, iaitu jubah dan baju kurung.

"Adik-adik kalau nak membeli baju mesti nak pergi sama Fathia sebab Fathia yang akan pilih baju untuk mereka. Kiranya, Fathia tau fesyen sikit daripada mereka.

"Lagipun saiz kami hampir sama, jadi tidak susah untuk membeli baju. Untuk adik lelaki, dia pergi dengan ayah. Susahlah nak cari baju lelaki," katanya yang menaja baju raya keluarga dengan hasil lakonan.

Biarpun sewaktu membeli-belah, dia sering ditahan oleh peminat untuk bergambar, pemegang watak Amni Sofina dalam drama bersiri Stanza Cinta, tidak menghampakan permintaan mereka.

Katanya, bukan luak pun kalau bergambar dengan para peminat yang banyak memberi sokongan kepadanya selama ini.

Menurut Fathia, tema warna baju kali ini adalah putih yang bakal dipakai pada raya pertama di Ayer Hitam, Pulau Pinang.

Kali ini katanya, giliran mereka sekeluarga beraya di rumah nenek sebelah ibunya dulu dan raya ketiga barulah ke Perak, keluarga sebelah bapa.

"Kalau beraya di Penang, pagi raya kami sudah dijamu dengan makanan Arab sebab mak Fathia berasal dari Hadramawth, Arab Saudi. Jadi makanan Arab seperti kuah bamia iaitu bendi dicicah roti dan harisa seperti kanji yang di tengahnya ada minyak dan rempah, pasti sajian utama.

"Bila balik Perak, lain pula menunya. Mesti ada ketupat, lemang dan rendang tok sebab bapa adalah Melayu-Indonesia yang berasal dari Padang, Indonesia," katanya yang bercadang untuk membuat rumah terbuka pada hari raya kedua.

Menurut Fathia di kalangan masyarakat Arab di Pulau Pinang ada satu tradisi, di mana pada hari raya kedua mereka akan berkunjung antara satu sama lain.

"Dulu-dulu Fathia ikutlah, sekarang ini seganlah. Pada hari kedua raya, anak-anak remaja keturunan Arab akan berkumpul kemudian beraya dari satu rumah ke satu rumah dengan menaiki bas, ala-ala rombongan.

"Itu adalah cara untuk mengeratkan silaturrahim sesama keturunan yang menetap di sana. Dulu seronoklah ikut sebab dapat duit raya banyak," katanya tersenyum.

Nur Fathia minat menyanyi

DI kalangan ahli keluarga, Fathia terkenal sebagai penyanyi.

Sejak dulu anak sulung daripada empat beradik yang bakal menyambut hari lahir ke-24 pada 1 September ini, lebih minat menyanyi daripada berlakon.

Malah sewaktu bertemunya pada satu majlis di Menara Great Eastern, Jalan Ampang baru-baru ini, Fathia turut memperdengarkan vokalnya kepada penulis.

Tidak dapat dinafikan Fathia ada bakat dan boleh pergi jauh sebagai penyanyi.

"Sejak dulu Fathia tidak pernah terfikir nak jadi pelakon, tapi kalau penyanyi memang ada angan-angan.

"Sekarang ini terbalik pula, perkara yang tidak pernah difikir menjadi keutamaan, sedangkan minat yang mendalam itu masih belum direalisasikan.

"Sebenarnya KRU pernah mendengar suara Fathia tapi waktu itu Fathia tidak berani nak cuba. Sekarang ini kalau ada yang tawarkan untuk jadi penyanyi, rasa-rasanya boleh sebab sudah bersedia," akuinya terus terang.

Menurut Fathia, dia gemar menyanyikan lagu-lagu yang berentak santai seperti lagu dendangan Norah Jones dan Zee Avi.

Bagaimanapun katanya, untuk merakam lagu, dia perlu menyertai kelas bimbingan vokal terlebih dahulu bagi memastikan tahap kualiti nyanyian.

"Setakat ini Fathia belum lagilah menyuarakan hasrat menjadi penyanyi pada mana-mana pihak. Tapi kalau ada yang berani untuk mengetengahkan Fathia sebagai penyanyi dan kena dengan gayanya, pasti Fathia terima," kata pelajar Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu.

Teroka keunikan negeri Perak

Posted: 21 Aug 2011 09:10 PM PDT


SALAH satu babak program Discover Perak yang menyaksikan Xandria Ooi dan Julie Song (kiri) mencuba sendiri proses pengilangan kicap.


MENYEDARI keunikan negeri Perak yang memiliki 1001 rahsia tentang khazanah makanannya telah mendorong saluran Asian Food Channel (AFC) untuk menerbitkan sebuah rancangan istimewa, Discover Perak.

Bakal memulakan tayangan perdananya pukul 8 malam di AFC (saluran 703, Astro), Discover Perak bukan sembarangan program pengembaraan yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Sebaliknya, program yang dihasilkan sebanyak lima episod ini akan memaparkan keindahan negeri Perak serta rahsia yang belum pernah dibongkar sebelum ini.

Pengarah, penerbit dan hos Discover Perak, Xandria Ooi memberitahu idea untuk menerbitkan program itu timbul selepas diperkenalkan dengan Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminuddin Hashim.

Kata Xandria, dia bagaikan terpaku dan terkesima apabila mendengar cerita Aminuddin tentang negeri Perak terutama makanan yang ditawarkan dari negeri itu.

"Saya fikir adalah satu kerugian yang sangat besar seandainya ia tidak dieksploitasi dengan sebaik mungkin. Inilah juga masanya untuk kita memperkenalkan keunikan makanan yang ada di negara kita kepada khalayak antarabangsa.

"Apa yang boleh saya katakan, Discover Perak tidak hanya menonjolkan budaya dan makanan yang ditawarkan di negeri itu.

"Tetapi ia juga memaparkan keistimewaan serta aktiviti yang barangkali tidak pernah diketahui ramai sebelum ini," ujarnya sambil dipersetujui Aminuddin yang berada di sebelahnya.

Personaliti tinggi lampai berusia 28 tahun itu berkata demikian sewaktu sidang akhbar program tersebut yang berlangsung di Restoran Ibunda, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Xandria lagi, pihaknya menjalani penggambaran di lima buah daerah iaitu Ipoh, Taiping, Gopeng, Pangkor dan Belum selama hampir dua bulan pada tahun lalu.

Bagi menyempurnakan Discover Perak, Xandria tidak mengacarakan rancangan itu seorang diri. Sebaliknya dia ditemani oleh sahabat baiknya yang juga seorang chef terkenal iaitu Julie Song.

Mungkin tidak ramai yang tahu, Julie juga memiliki restorannya sendiri, Indulgence Restaurant & Living yang ditubuhkan sejak tahun 1996 dan terletak di Ipoh.

Sempat berkongsi cerita tentang Discover Perak, Xandria yang kelihatan cukup teruja dalam sidang akhbar itu menjelaskan dia sendiri tidak pernah menyangka mampu mendapat banyak cerita-cerita menarik.

Salah satunya adalah bagaimana seorang pemilik kilang membuat kicap terkenal di Ipoh yang berdepan dengan masalah di mana tiada seorang pun warisnya yang mahu mengambil alih perniagaannya.

"Bukan itu sahaja, saya cukup kagum dan tertarik melihat bagaimana sebuah kopitiam yang diusahakan oleh seorang warga Cina tetapi dikunjungi semua bangsa dan kaum.

"Begitu juga dengan seorang pengusaha cendol di Taiping yang mana cendol hasil air tangannya mendapat sambutan luar biasa setiap hari.

"Disebabkan itu, saya menyifatkan pengalaman sepanjang menjalani penggambaran Discover Perak ini telah membuka mata dan minda saya terhadap negara saya sendiri," kata Xandria yang menerbitkan Discover Perak menerusi syarikatnya, XO Productions.

Melihatkan kepada kepuasannya menghasilkan Discover Perak, Xandria turut ditanya apakah dia tidak mahu menerbitkan program serupa tetapi menampilkan negeri lain pula.

Katanya, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang perancangan ke arah itu kerana negeri Perak sendiri belum habis diteroka sepenuhnya.

"Jika tiada aral melintang, kami mahu meneruskan Discover Perak untuk musim kedua dengan memaparkan keindahan dan keunikan daerah lain pula," kata bekas pengacara rancangan Life! Session yang pernah ditayangkan di saluran ntv7 tidak lama dulu.

Stacy luang masa berbuka

Posted: 21 Aug 2011 09:10 PM PDT



Biarpun bukan beragama Islam, ia tidak menghalang juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy untuk meluangkan masa berbuka bersama peminatnya.

Majlis berbuka puasa diadakan di Bora Ombak, Ampang 17 Ogos lalu, disertai 60 peminat bertuah.

Menurut Naib Presiden Kelab Stacy, Angie Frenz, Feeda Khadri, majlis berbuka puasa itu dicadangkan oleh Stacy sendiri.

"Walaupun bukan beragama Islam, ia bukan penghalang untuk Stacy meluangkan masa bersama peminatnya. Malah idea majlis berbuka puasa ini dicadangkan oleh Stacy sendiri.

"Lebih menarik, kelab peminat Stacy telah sepakat untuk memberi kejutan dengan meraikan hari jadi Stacy dan kebetulan pada 18 Ogos.

"Malah Stacy turut melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada peminat yang meraikan hari jadinya serta berharap majlis berbuka puasa ini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya," katanya kepada Zass.

Feeda berkata, peminat mula datang sejak jam tujuh petang dan Stacy tiba bersama pengurusnya beberapa minit sebelum waktu berbuka.

"Meskipun abang (Chaq) dan ahli keluarga yang lain berada di Sabah, Stacy tetap hadir memeriahkan majlis.

"Malah Stacy juga sempat mempromosikan album terbarunya, Stay-C yang sudah pun berada di pasaran," katanya.

Tambah Feeda lagi, peminat yang hadir turut terhibur kerana dapat mendekati Stacy dengan lebih dekat dan berbual-bual mesra dengan penyanyi tersebut.

"Selain berbuka, mereka turut mengambil kesempatan untuk berbual-bual dan mengambil gambar dengan Stacy. Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 10.30 malam, dan peminat yang hadir semuanya berpuasa hati kerana dapat meluangkan masa dengan Stacy," katanya.

Misteri lagu Cinta Tiga Segi kini terbongkar

Posted: 21 Aug 2011 09:09 PM PDT



Membaca baris lagu ini sahaja pasti membuatkan kita terbayang wajah penyanyi kesayangan ramai Saleem yang mempopularkan lagu ini sekitar 2008.

Lagu yang berjudul Cinta Tiga Segi ini bukan sahaja menjadi siulan anak-anak muda, malah ia sering kali menjadi pilihan ramai untuk berkaraoke.

Di sebalik keunikan lagu ini, ada kisah misteri yang tersembunyi, kononnya ia dicipta oleh seorang banduan yang bernama Hazwan, sebelum dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh kekasihnya.

Sebelum meninggal, dia meminta rakannya untuk merakamkan lagu itu sebagai tanda kenangan dan sejauh manakah kebenarannya menjadi tanda tanya sehingga kini.

Bagaimanapun, setelah tiga tahun, akhirnya pencipta sebenar lagu ini tampil membuat pendedahan eksklusif bersama Zass.

Akui terkilan dan geram dengan pelbagai andaian dan cerita yang tidak berasas direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, Mohd Nazri Mohd Yusof, 26, atau Ayie yang merupakan seorang anggota polis dari Singapura, tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Bagi Ayie, sudah sampai masanya masyarakat mengetahui perkara sebenar dan tidak terus terperdaya dengan cerita-cerita yang tidak berasas itu.

"Bukan saya tak mahu bersuara sebelum ini, tapi keadaan tidak mengizinkan. Sebenarnya saya sentiasa berusaha untuk menyampaikan perkara sebenar, tapi saya bertemu dengan orang yang salah dan tidak dapat memperbetulkan keadaan. Lagipun saya berada di Singapura dan tiada kenalan di Malaysia yang dapat membantu," kata Ayie memulakan bicara.


Muat turun di YouTube sejak 2006

Menurutnya, tajuk sebenar lagu itu adalah "Perangkap Cinta" yang ditulisnya ketika berumur 13 tahun lagi iaitu pada 1998.

Ketika itu dia yang sedang dilamun cinta monyet hampa kerana insan yang disayangi menolak cintanya dan kembali kepada kekasih lama.

"Memang lagu ini saya tujukan khas untuk dia, secara tepatnya ia adalah luahan perasaan saya kepada gadis tersebut. Mula-mula saya rekod lagu ni dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan didengarkan kepada kawan-kawan.

"Selepas itu ia mula merebak selepas kawan-kawan mendengarkannya kepada kawan yang lain pula. Seingat saya, saya memasukkan lagu ini ke YouTube pada 2006. Selepas itulah semakin ramai yang menyanyikan semula lagu itu.

"Kalau di Singapura, sebut sahaja "Perangkap Cinta" semua sudah tahu siapa yang mencipta dan menyanyikan lagu itu. Saya sendiri tidak sangka hanya kerana sebuah lagu, pelbagai perkara boleh terjadi dan berlarutan sehingga ke hari ini," katanya kepada Zass di pejabat Sinar Harian di sini.

King’s Confectionary difrancais

Posted: 21 Aug 2011 09:08 PM PDT



Bagi anda yang menggemari makanan sampingan seperti pastri, kek, muffin mahupun roti, pasti kedai roti King's Confectionary Sdn Bhd sudah tidak asing lagi bagi penggemarnya.

Menawarkan pelbagai variasi makanan yang sememangnya enak dan memenuhi cita rasa masyarakat Malaysia, King's Confectionary semakin mengukuhkan jenamanya dengan lebih 70 kedai di Semenanjung Malaysia.

Memulakan perniagaan perusahaan roti sejak tahun 1973, King's Confectionary beroperasi dari Alor Setar hingga ke Johor Bahru dan telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 10 juta pelanggan setiap tahun.

Dengan modal permulaan RM350,000 hingga RM400,000 termasuk untuk ubah suai dan pe-ralatan, King's Confectionary mula membuka kedai dan kilangnya yang pertama di Kepong, Selangor.


Berjaya rekod nama

Ketua Pegawai Operasinya, Andy Phang berkata, jenama ini telah dikenali dan produknya dipercayai sejak lebih tiga abad lalu.

"Kami di King's Confectionary berbesar hati dengan sokongan padu yang diberikan dari pasukan kami yang menjadi tulang belakang perniagaan ini dengan pengurusan yang lebih sistematik dari sehari ke sehari.

"Kami juga sentiasa mencabar diri kami untuk menghasilkan produk terbaru bagi memenuhi gaya hidup pelanggan yang semakin moden," katanya.

Dalam pada itu, King's Confectionary juga tidak ketinggalan menerapkan gaya dan nilai hidup sihat dengan menghasilkan produk yang kurang gula namun tinggi nilai seratnya.

Selain harga yang berpatutan, King's Confectionary amat mementingkan kualiti produknya di mana keju dan mentega yang digunakan adalah diimport dari New Zealand dan Australia.

Kelebihan dan keistimewaan yang digunakan dalam menghasilkan produknya ini secara tidak langsung meletakkan jenama King's Confectionary setaraf dengan produk yang dihasilkan di hotel.

Selain itu, King's Confectionary juga turut mendapat pengiktirafan dan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Analisis Bahaya dan Kawalan Titik Bahaya (HACCP).

Perodua tawar pemeriksaan percuma

Posted: 21 Aug 2011 09:06 PM PDT



Pemilik kenderaan Perodua kini boleh menikmati perjalanan lancar dan lebih selamat ke kampung halaman dengan pemeriksaan percuma 15 minit oleh Perodua di dua stesen servis Petronas sepanjang Lebuhraya Utara Selatan dan Pantai Timur.

Perkhidmatan itu boleh didapati di stesen servis Petronas terletak di kawasan Tapah (ke Utara) dan Bentong (ke Timur) daripada jam 9 pagi sehingga 6 petang mulai 26 Ogos sehingga 29 Ogos ini.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, program itu adalah kali kedua sebagai mengambil bahagian dalam kempen Petronas Coffee Break semasa Hari Raya Aidil Fitri.

Pemeriksaan 15 minit itu termasuk pemeriksaan enjin; transmisi; sistem pendingin (termasuklah kipas dan suhu); sistem brek (bendalir brek dan pad brek); sistem stereng kuasa; sistem klac; tayar; sistem ampaian; elektrik (termasuk bateri, lampu dan wiper); dan diagnosis enjin.

Perodua turut menyediakan tiga mekanik di setiap stesen servis untuk tujuan pemeriksaan.

Jangan tertipu kurma RM1

Posted: 21 Aug 2011 09:05 PM PDT


PERBEZAAN kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar.


GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

"Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

"Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan," ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.

Pantang maut sebelum ajal

Posted: 21 Aug 2011 09:03 PM PDT


KAWASAN Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah yang menjadi tempat Arman Shah dicampak dalam hutan selepas ditikam lapan kali Khamis lalu.


KUALA PILAH – Berpantang maut sebelum ajal! Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 29 tahun yang masih bernyawa walaupun ditikam sebanyak lapan kali di badannya sebelum dicampak di dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini pada Khamis lalu.

Lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit yang tersedar dari pengsan pada pagi Jumaat lalu itu masih berupaya berjalan sejauh beberapa kilometer sebelum diselamatkan oleh orang ramai di Jalan Seremban-Kuala Pilah semalam.

Sumber berkata, lelaki dikenali sebagai Arman Shah itu diselamatkan oleh orang ramai yang menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar sebelum menghubungi ambulans.

"Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban dekat sini dan kakitangan di wad kecemasan terkejut selepas mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat lapan kesan tikaman pada badannya.

"Mangsa sempat menceritakan yang dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan menggunakan pisau pada petang Khamis lalu di Bahau, dekat sini," katanya di sini semalam.

Tiga juta kelapa diimport

Posted: 21 Aug 2011 09:02 PM PDT


NOH melihat santan kelapa sawit di Pasar Tani Mega Stadium, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kesemua tiga juta biji kelapa yang diimport dari negara jiran telah dibawa masuk ke negara ini bagi memastikan bekalannya sentiasa mencukupi untuk pengguna di seluruh negara menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya yakin dapat mengatasi masalah kekurangan kelapa setelah langkah penambahan bekalan kelapa dibuat oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sejak bulan lalu.

Menurutnya, kekurangan kelapa dijamin tidak akan berlaku berikutan terdapat santan yang kini dihasilkan daripada kelapa sawit dan telah dijual di pasaran pada harga kira-kira RM7 sekilogram.

"Dengan adanya ciptaan santan daripada kelapa sawit, ia dapat membantu masalah kekurangan santan yang telah menyebabkan FAMA terpaksa mengimport tiga juta biji kelapa yang sudah pun dibawa masuk.

"FAMA yakin isu kenaikan harga tidak akan berlaku apabila bekalan kini semakin banyak dan mencukupi," katanya lagi.

Drama culik peminjam wang

Posted: 21 Aug 2011 09:01 PM PDT


ANGGOTA polis memeriksa kereta jenis BMW yang dijadikan suspek untuk menculik seorang gadis di Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kebijaksanaan polis menangani satu kes penculikan dapat menyelamatkan seorang gadis dan ibunya dari terus menjadi tebusan selama lapan jam oleh seorang peminjam wang bersenjatakan pedang dalam kejadian di Taman Bukit Cheras di sini semalam.

Kejadian mencemaskan itu berlaku pada pukul 2.30 pagi apabila lelaki berusia 32 tahun tersebut menunggu gadis berumur 24 tahun pulang dari kerja sebagai ahli perniagaan di depan rumahnya di sebuah apartmen di Gombak. Motif kejadian dipercayai berkaitan dengan masalah keluarga dan cinta.

Selepas mendapati mangsa tiba, suspek telah masuk ke dalam kereta mangsa jenis BMW putih sebelum memaksa gadis itu memandu ke arah Cheras.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved