Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Pelakon Ruminah Sidek Dihalau Dari Rumah Sendiri
- Tonton Tawar Program Menarik Sempena Musim Perayaan
- Hans Isaac Sudah Maafkan Orang Lain
- Victoria Beckham Menderita Sakit Tulang Belakang Selepas Bersalin
- CAK: VIP ‘ayat’ Rossa
- Balas jasa ibu
- Semuanya untuk anak, suami
- Cecair sendi susut
- Pupuk sifat utama kesihatan
- Sentuhan kreatif Nafisah
- Sasar berat 730 kg
- Bergendang selagi tak bangun
- Bahaya juadah raya
- Menyerlahkan seni reka Melayu Islam
- Tirai buluh & hiasan unik
- Mengelak ruam lampin
- Cantik di hari raya
- Kerana takut jadi andartu
- Nikmat di De Palma
- Hidangan air tangan nenda
- Ramadan bulan kawal diri
- Keunikan bedak emas ZMasha
- Wynn pentingkan kecantikan
- Keselesaan fabrik kapas
- Merokok jejas kesihatan bayi
Pelakon Ruminah Sidek Dihalau Dari Rumah Sendiri Posted: 20 Aug 2011 10:24 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah, 65, menyambut Syawal pada tahun ini dengan kesedihan apabila dia dihalau keluar dari rumah miliknya di Meru, Klang gara-gara masalah hak milik tanah. Kata Ruminah, rumah yang didirikan hasil titik peluh duit lakonannya itu dibina atas tapak tanah milik ibu mertuanya sejak 2004 dan terpaksa dikosongkan selepas salah seorang saudaranya mengarahkan dia berbuat demikian. "Rumah itu mempunyai kenangan bersama arwah suami saya. Saya dihalau keluar kira-kira pukul 2 pagi pada dua bulan lalu memandangkan saya tiada hak ke atas tanah berkenaan," katanya ketika ditemui di Saloma Bistro, Jumaat. Jelas Ruminah, dia bernasib baik kerana anak sulungnya Azlan Aman Ramlie datang membantu dengan mengambilnya pada hari kejadian. Katanya, dia amat sedih dengan kejadian tersebut memandangkan rumah berkenaan dibina dengan pendapatannya menerusi wang lakonan filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Biarpun menerima ujian yang hebat, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 itu menerima ujian berkenaan dengan tabah. "Tahun ini saya diuji Allah dengan hebat dan saya sendiri tidak menyangka dalam usia 65 tahun ini, Allah masih menguji saya seperti ini. Tetapi saya reda dengan setiap ujian dan yakin pasti ada hikmahnya," ujarnya lagi. Ibu kepada pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramlie ini berharap Allah akan memudahkan setiap urusannya selepas ini dan berhasrat untuk membina sebuah rumah lain. "Selepas ini saya akan membina sebuah rumah baru dan berazam untuk mempunyai rumah sendiri sebelum meninggal dunia," katanya yang bakal menjalani penggambaran sebuah telefilem dengan Suhan Movies pada 23 Ogos ini dan berlakon di bawah arahan sutradara Erma Fatima. Pelakon filem Pensil dan Magika ini juga baru ditawarkan untuk berlakon di bawah syarikat produksi baru mengenai kisah orang Jawa yang memerlukannya bertutur dalam bahasa Jawa. Bercerita tentang Hari Raya Aidilfitri, Ruminah dijangka akan beraya di rumah anak sulungnya di Bukit Kapar, Klang pada Hari Raya pertama. Hasil perkahwinannya dengan tiga orang suami termasuk pelakon A.R. Tompel, dia dikurniakan enam orang anak, lebih 20 orang cucu dan enam orang cicit. | ||
Tonton Tawar Program Menarik Sempena Musim Perayaan Posted: 20 Aug 2011 10:22 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Sempena musim perayaan kemerdekaan dan Aidilftiri yang bakal menjelang tiba, portal video Tonton kini menawarkan koleksi filem dan rancangan menarik. Sebanyak tiga pakej baru diperkenalkan pada bulan ini iaitu 'Retro Movies', 'Syoknya Raya' dan 'Istimewa Merdeka'. Dengan harga serendah RM8 untuk empat tayangan retro terbaik, Tonton menawarkan pilihan filem seperti Jutawan Segera, Cik Mala Janda Berhias dan Pengantin Popular. Malah, penonton juga ditawarkan pembelian serendah RM4 untuk setiap buah filem bagi langganan selama sebulan. Sementara pakej 'Syoknya Raya' menampilkan koleksi telefilem terbaik seperti Bagaikan Sumayyah (2010), Selangkah ke Syurga (2008), Malam 7 Likur (2007), Airmata Syawal (2004) dan Berakhirnya Sebuah Ramadan (2001). ![]() Penonton boleh menonton kesemua drama terbaik ini dengan pakej langganan serendah RM10 sahaja atau dengan bayaran RM4 untuk setiap telefilem. "Istimewa Merdeka" menawarkan pilihan konsert patriotik terhebat. Dengan hanya RM4, penonton berpeluang merasai kemeriahan sambutan sekitar Konsert Sudirman (1986) dan Konsert Merdeka KLCC (2003). Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. | ||
Hans Isaac Sudah Maafkan Orang Lain Posted: 20 Aug 2011 10:22 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Sempena menyambut kelahirannya ke-40 pada Sabtu, pelakon Hans Isaac (gambar) berazam untuk memaafkan orang yang pernah menipu dan menganiaya dirinya serta jika dia yang bersalah, dia mahu memohon maaf daripada orang berkenaan. Jelas Hans, hasrat itu diluahkan secara spontan dan rasional setelah berbual dengan rakan-rakannya pada Jumaat malam lalu. "Pada usia sekarang ini, saya tidak mahu menyimpan perasaan marah dengan sesiapa lagi. Apabila saya bertemu dengan sesiapa sahaja, saya nak terima mereka seperti saya pertama kali bertemu dengan mereka. "Jika berjumpa dengan orang yang pernah bersalah dengan saya, saya akan menegur dan menghormati orang itu dengan cara yang ikhlas. Tetapi dalam hal ini, saya yang nak berubah dan tidak memaksa orang lain untuk berubah. Jadi, terpulang sama ada orang yang berkenaan sudah memaafkan saya atau tidak," katanya ketika dihubungi mStar Online. Dalam perkembangan lain, Hans baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 7 Gerhana yang mengisahkan seorang wanita yang melalui liku-liku hidup yang penuh ranjau dan mendirikan rumah tangga sebanyak tujuh kali. Dilahirkan dengan tali pusat tujuh warna seperti warna pelangi, bidan yang menyambutnya meramalkan dia akan mengharungi tujuh rintangan besar dalam kehidupan. Drama 13 episod arahan Amar Dilon dan lakonan Hans, Vanidah Imran, Omar Abdullah, Kay Maria dan Andrea Abdullah itu akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105) pada November tahun ini. Biarpun turut terlibat sebagai penerbit drama tersebut, Hans memberi kebebasan dan selesa mengikut rentak Amar sebagai pengarahnya. "Di lokasi penggambaran, saya tidak masuk campur untuk mengarah drama tersebut tetapi seronok melakukan kerja saya sebagai pelakon. "Tetapi sebelum kami memulakan penggambaran, saya terlebih dahulu memberikan panduan kepada Amar tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan. "Ini kerana saya perlu memastikan drama ini merupakan produk yang bagus dan mencecah rating yang tinggi," katanya. Jelas Hans, dia mempercayai Amar kerana telah mendidik lelaki itu dalam bidang pengarahan dan mengambil Amar berkhidmat di bawah syarikatnya, Tall Order Production Sdn Bhd. "Saya lebih seronok berlakon dan hanya menunggu dialog yang perlu dilakonkan. Dalam drama itu, saya berlakon sebagai watak salah seorang suami kepada wanita itu yang dilakonkan oleh Vanidah," tutur pengarah filem Cuci ini. Selain itu, dia sedang sibuk dengan pengambaran filem Langgar arahan Sein Ruffedge. Dalam filem ini, dia melakonkan watak seorang gangster dan penggambarannya mengambil masa selama 30 hari. | ||
Victoria Beckham Menderita Sakit Tulang Belakang Selepas Bersalin Posted: 20 Aug 2011 10:18 PM PDT ![]() SELEPAS melahirkan bayi perempuan, Harper Seven Beckham, penyanyi Victoria Beckham (gambar) dikhabarkan sedang menderita sakit tulang belakang. Sebelum ini, ada sumber mendakwa bekas anggota kumpulan Spice Girls itu sengaja menyembunyikan diri dari orang ramai demi menurunkan berat badannya selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, ada sumber lain menafikan dakwaan itu dan menyatakan ibu kepada empat anak ini mengalami masalah tulang belakang yang cukup serius. "Khabar angin mengatakan Victoria sedang gigih menurunkan berat badannya adalah tidak benar tetapi sebenarnya, victoria menderita sakit punggung semasa hamil dan masalah itu menjadi serius selepas dia melahirkan anak melalui pembedahan. "Hasil pemeriksaan x-ray, terdapat salah satu tulang belakang bahagian bawahnya yang bergeser sehingga menimbulkan kesakitan dan menyebabkan dia gagal mendukung Harper," kata sumber itu menurut splashnews.com. Tambahnya: "Dia sangat sedih kerana dia ingin bermain dengan anak perempuannya itu seperti ibu lain. Malah ketika menyusui Harper, suaminya, David Beckham terpaksa memegang bayi itu. "Bagaimanapun, Victoria tetap gembira kerana sangat bersyukur dengan kelahiran anak perempuan yang sangat cantik. Dia tidak akan membiarkan kecederaan itu menghalang kebahagiannya dengan Harper." Sebagai langkah mengatasi kesakitan itu, Victoria selalu melakukan sesi urutan dan mengamalkan ubat tahan sakit secara teratur. | ||
Posted: 20 Aug 2011 10:16 PM PDT ROSSA... boleh bikin gempar. PANASNYA janda si Yoyo yang khabarnya sekarang cuba dihimpit VIP dari negara ini. Sebelum ini dikatakan Rossa yang kecil molek itu dilamun cinta tetapi kemudian putus. Sejauh mana benarnya desas-desus itu, CAK akan melancarkan penyiasatan tidak lama lagi. Orangnya cantik dan peramah pula, siapa saja boleh tergoda. Rossa pun menganggap Malaysia rumah keduanya. | ||
Posted: 20 Aug 2011 10:14 PM PDT BERSATU... pasangan kembar siam Ahmad (tiga kiri) dan Muhammad bersama ibu mereka Aisah dan ayah mereka Rosli serta adik beradik. KUALA LUMPUR: "Jika dulu ibu dan ayah berjaga siang malam kerana bimbangkan kesihatan kami, sekarang giliran kami pula menggalas tanggungjawab menjaga ibu yang menderita penyakit barah payudara," kata pasangan kembar siam popular negara, Ahmad dan Muhammad Rosli, 13. Kedua-duanya yang ditemui di kediaman mereka di Puchong, dekat sini, Khamis lalu, melayan ibu mereka yang terbaring di atas katil di ruang tamu rumah. Menurut Ahmad, bagi meringankan penderitaan ditanggung ibunya, dia sebagai abang paling tua sentiasa memantau aktiviti empat lagi adiknya berusia tiga hingga sembilan tahun.
"Saya tidak tahu apa hendak dilakukan untuk mengurangkan penderitaan emak. "Selepas balik dari sekolah dan berbuka, saya memicit badan emak bila dia mengadu lenguh atau sakit," katanya yang bercita-cita menjadi pelukis. Mengerti kesukaran dialami ibu bapanya dan menggalas tanggungjawab terhadap adiknya, Ahmad dan Muhammad turut ringan tulang membantu menyediakan sajian berbuka puasa, termasuk pinggan mangkuk serta gelas minuman untuk kegunaan bersama. | ||
Posted: 20 Aug 2011 10:13 PM PDT ADA yang beranggapan aktres bermata bundar ini sudahpun mengucapkan selamat tinggal pada dunia lakonan. Apatah lagi, selepas mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Mohd Eddy Casmady pada Januari 2009 lalu, kehidupan Sari Yanti Mohamad Nazari lebih tertumpu kepada keluarga yang baru dibina. Tidak ada desakan mahupun paksaan, Sari bijak menyusun kehidupan sebagai selebriti, isteri dan ibu. Sepenuh hatinya kini untuk keluarga. Itu yang diluahkan Sari tatkala pertemuan singkat dengan aktres yang mula dikenali melalui Kisah Kaisara di kediaman mentua di Subang Jaya, awal Ramadan lalu. "Semasa mengandung anak pertama, saya mengalami alahan teruk sehingga membataskan aktiviti lakonan. Malah selepas bersalin sehingga bayi berusia lapan bulan, dia masih menyusu badan. Sekarang saya mengandung lagi, sebab itulah saya sudah tidak lama berlakon.
| ||
Posted: 20 Aug 2011 10:12 PM PDT BENGKOK... keadaan lutut pesakit osteoartritis membengkok. SAKIT lutut memang menyeksakan. Hendak berjalan beberapa langkah pun terasa jauh, inikan pula jika berangan-angan untuk melancong. Sudah tentu ia cuma sekadar impian kerana sakit ini membataskan pergerakan. Osteoartritis (OA) sendi lutut ialah penyakit kerosakan dan kemerosotan tulang rawan (kartilaj) lutut yang berlaku secara perlahan-lahan. Punca utama masalah ini ialah proses penuaan iaitu semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko mendapat OA sendi lutut. Kadar mereka yang berusia 65 tahun ke atas mendapat OA sendi lutut ialah 40 peratus.
Menurutnya, OA tiada penawar dan tidak boleh sembuh kerana ia proses penuaan. Diagnosis dan rawatan awal penting bagi membantu mengurangkan rasa sakit sendi lutut. "Aspek rawatan merangkumi banyak faktor. Pesakit perlu mengetahui gejala penyakit, perkara yang harus dilakukan apabila mengalami OA serta perlu mengubahsuai cara hidup. "Untuk bersolat misalnya, jika tidak mampu melakukan duduk antara dua sujud, pesakit menunaikan solat dengan duduk di kerusi. "Jika sebelum ini menggunakan tandas cangkung, beralih kepada tandas duduk dan bagi yang tinggal di rumah bertingkat, sebaik-baiknya tinggal di tingkat bawah," katanya. Mengawal sakit dengan cara ubat dan fisioterapi memerlukan tahap kecergasan tinggi. Biasanya pesakit berusia 60 tahun ke atas perlu berjalan setengah jam antara tiga atau empat kali seminggu. Berjalan meningkatkan kecergasan dan menguatkan otot. Bergantung kepada tahap sakit, pesakit juga boleh mengatasi kesakitan dengan penggunaan ubat melalui pengambilan nutrisi tambahan dan viskosuplementasi. Secara ringkasnya, kaedah itu ialah menggantikan bendalir dalam sendi. "Tulang rawan yang lembut melindungi tulang tetapi apabila ia luka, ia tidak mampu merawat dirinya sendiri. Suntikan viskosuplemen pada lutut boleh menggantikan bendalir sendi rosak dengan viskosuplemen yang menyerupai sendi sihat. Ia akan mengurangkan rasa sakit dan memulihkan fungsi sendi lutut," katanya. Banyak jenis bendalir digunakan untuk tujuan itu misalnya, ada yang diambil daripada haiwan dan daripada proses penapaian bakteria. Berat molekulnya juga berlainan iaitu ada yang tinggi dan rendah dengan 500,000 dalton bagi kadar molekul yang rendah dan enam juta dalton bagi kadar paling tinggi. "Lebih tinggi berat molekul, lebih tinggi kekenyalan dan tinggal lebih lama dalam sendi selepas disuntik. Selepas tujuh hari disuntik, ia diserap masuk dalam sinobium, malah sinobium sendiri menghasilkan cecair sendi baru yang pekat. Suntikan dan ketahanan bergantung kepada peringkat OA," katanya. Suntikan viskosuplemen pada sakit OA sendi lutut peringkat pertama dan kedua boleh bertahan sehingga 12 bulan, pada peringkat ketiga (lapan hingga 10 bulan) dan peringkat keempat (enam bulan). Risiko komplikasi rawatan begitu rendah dan ia selamat dilakukan berulang-ulang. Selepas disuntik, pesakit akan berasa lega pada minggu keempat. Kos mengambil suntikan viskosuplemen lebih tinggi daripada makan pil untuk mengurangkan rasa sakit seperti paracetamol dan NSAIDs. Sebelum ini, pesakit perlu mengambil tiga kali suntikan tetapi disebabkan syarikat pengeluar ubat mengeluarkan ubat lebih baik, hanya satu suntikan diperlukan. Ia menjimatkan masa kerana pesakit tidak perlu datang untuk kali kedua dan ketiga. Menurutnya, cara menyuntik viskosuplemen adalah mudah iaitu mencuci bahagian yang ingin disuntik dengan bahan pembasmi kuman. Suntikan bius dilakukan untuk mendatangkan rasa kebas. Cecair sendi lama yang banyak kekotoran dibuang dan cecair baru iaitu asid hialuronik dimasukkan. Prosedur ini mudah dan selamat dan kesan sampingannya sedikit iaitu bengkak di tempat suntikan. Bagaimanapun, ia jarang berlaku, malah risiko jangkitan juga kecil. Kaedah suntikan viskosuplemen tiga kali diperkenalkan sejak 11 tahun lalu manakala satu suntikan sejak empat tahun lalu. Jika pengambilan pil bertindak sebagai baja untuk tulang rawan, viskosuplemen pula lebih kepada menggantikan bendalir dalam sendi lutut untuk lebih pelinciran. Penggunaan pil lambat dirasai kesannya, manakala viskosuplemen lebih cepat memberi kelegaan. Kaedah ini sesuai untuk pesakit yang sudah makan ubat tetapi tidak berkesan, tidak mahu mengambil steroid mahupun mereka yang mempunyai sakit seperti diabetes atau sakit jantung serta mereka yang tidak mahu menjalani pembedahan lutut. Kaedah ini disarankan kepada pesakit yang ingin mengerjakan umrah atau haji yang memerlukan mereka banyak berjalan ketika menunaikan ibadat berkenaan. | ||
Posted: 20 Aug 2011 10:10 PM PDT BERAMAL...Team 1 menjalankan kerja amal di Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong. PERMAI Team 1 Bicycle Club (Team 1) mungkin asing bagi orang awam, tetapi tidak bagi peminat basikal di Terengganu. Melihat saja pengayuh basikal memakai jersi berwarna hijau pucuk pisang yang berkonvoi menyusuri jalan di bandar raya Kuala Terengganu, pasti ramai menyedari ia pasukan Team 1 yang ditubuhkan Hotel Permai. Pasukan yang diwujudkan pada 20 Februari lalu itu adalah idea Pengurus Besarnya, Azman Ali bagi memupuk sikap mementingkan kesihatan di kalangan pekerjanya serta membudayakan aktiviti riadah pada setiap petang. Bermula dengan hanya tiga kakitangan yang menyertai Team 1, kini Azman boleh berbangga apabila 40 kakitangan hotel berusia 18 hingga 52 tahun menyertai pasukan itu, malah mempunyai basikal sendiri.
Terengganu | ||
Posted: 20 Aug 2011 10:09 PM PDT keluarga bahagia...Nafisah bersama suami dan empat anaknya. MENJADI 'isteri hujung minggu' adalah pengalaman yang perlu ditempuh wanita cekal ini selepas diberi kepercayaan menerajui firma seni bina terkemuka di Kuala Lumpur yang membuka cawangan di Pulau Pinang. Tujuh tahun berjauhan dengan suami dan anak yang menetap di ibu kota, Nafisah Radin, 51, terpaksa berkorban demi merealisasikan impiannya yang bukan sekadar mahu memiliki firma seni bina terkemuka, tetapi juga memiliki perniagaan sendiri. "Disebabkan tinggal berjauhan, saya terpaksa berulang alik di antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk bertemu keluarga. Tiga minggu pertama di Pulau Pinang, saya menangis kerana tidak dapat menanggung rindu. Tambahan pula, pada waktu sama, saya disahkan hamil anak ketiga.
| ||
Posted: 20 Aug 2011 10:08 PM PDT SI GEMUK & KURUS... bersama adiknya, Cassie yang membantunya menjaga anak. KETIKA orang lain bertungkus-lumus mahukan bentuk badan kurus, Susanne Eman memilih sebaliknya. Kini memiliki berat 330 kilogram, Susanne masih belum mencapai impiannya menjadi wanita paling gemuk di dunia. Berasal dari Arizona, Amerika Syarikat, Susanne, 32, berharap mencapai separuh daripada berat impiannya itu menjelang akhir tahun ini.
Kata Susanne, dia tertanya-tanya jika ada manusia mampu mencapai berat badan satu tan. "Untuk mencapai impian, saya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya berat sama seperti itu," katanya. | ||
Posted: 20 Aug 2011 10:06 PM PDT CARI REZEKI...penduduk di kaki Gunung Merapi menunggu pelancong yang mahu menyewa motosikal. SERUAN berkali-kali supaya bangun sahur dari sebuah masjid pada jam 3 pagi mengejutkan saya yang nyenyak tidur di kediaman rakan di pinggir kota Jogjakarta, Indonesia. Saya ke dapur dan mendapati makanan untuk bersahur siap terhidang manakala rakan saya, Inggried Dwi Wedhaswary dan suaminya, Aryo Subarkah Eddyono tersenyum melihat saya yang masih terpinga-pinga. Menurutnya, seruan bangun sahur serta pemberitahuan waktu imsak dari masjid adalah perkara biasa di Indonesia, malah di sesetengah tempat, sukarelawan membabitkan beberapa pemuda bergendang sekeliling kampung mengejutkan orang bersahur. Selagi lampu di rumah itu tidak bernyala, selagi itulah mereka bergendang.
| ||
Posted: 20 Aug 2011 10:02 PM PDT TRADISI...lemang, rendang dan ketupat antara juadah wajib Aidilfitri. BERBICARA mengenai Aidilfitri, masing-masing terbayang keseronokan menyambut keberkatan Syawal selepas sebulan menahan diri menghadapi dugaan Ramadan. Bagi kanak-kanak, sampul duit raya mengandungi helaian wang berwarna biru, hijau mahupun merah menjadi perkara pertama terlintas di fikiran, di samping juadah makanan berasaskan coklat. Golongan dewasa pula mengambil peluang untuk menikmati kemeriahan budaya kunjung mengunjung ke teratak sanak saudara dan teman terdekat, selain menantikan hidangan istimewa sebagai pembuka selera. Sudah pasti hidangan tradisional Melayu seperti rendang, lemang dan ketupat menjadi pilihan utama dan kemestian pada pagi raya.
| ||
Menyerlahkan seni reka Melayu Islam Posted: 20 Aug 2011 10:01 PM PDT ![]() SINGGAHSANA tempat persemayaman Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mempunyai ukiran bermotifkan pucuk rebung, sulur dan daun serta ukiran 99 nama Allah dan ayat-ayat al-Quran. PADA Disember ini, dijadual diadakan acara rasmi pertama di Kompleks Istana Negara baharu, yang terletak di atas bukit berhampiran Jalan Duta, Kuala Lumpur. Acara berkenaan adalah jamuan negara sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Para tetamu yang bakal menghadiri jamuan negara berkenaan sudah pasti akan teruja dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu pada kompleks yang terletak di kawasan seluas 96.52 hektar. Istimewa Pembinaan itu merupakan sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan kali pertama kerajaan mendirikan kompleks istana buat Yang di-Pertuan Agong bersemayam. Kompleks yang menjadi mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di Malaysia turut memaparkan ciri-ciri estetika khusus dan hiasan dalaman yang boleh menjadi khazanah kebanggaan negara. Arkitek terkenal yang mereka bentuk kompleks berkenaan adalah Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. Syarikat berkenaan pernah terlibat dalam reka bentuk Dataran Putra, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Darul Ehsan di Putrajaya. Keunikan Projek lain adalah Planetarium Negara, Muzium Kesenian Islam dan bangunan Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur serta kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor. Kontraktor reka dan bina kompleks berkenaan pula adalah Maya Maju (M) Sdn. Bhd. Baru-baru ini, wartawan dan jurugambar Mingguan Malaysia berpeluang secara eksklusif meninjau kerja-kerja akhir menyiapkan kompleks berkenaan sebelum ia diserahkan kepada kerajaan pada bulan depan. Antara keunikan yang dapat dilihat adalah bilangan kubah iaitu 21 buah. Cahaya Pada kubah berkenaan terdapat reka bentuk seperti sisik sebagai tapak untuk dipasang lampu. Pada waktu malam, cahaya yang menerangi kubah berkenaan akan memberi kesan ilusi seolah-olah seperti buah nanas. Cahaya yang boleh bertukar warna mengikut acara rasmi diadakan dapat dilihat secara jelas daripada dua bangunan tertinggi negara iaitu Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Dalam pada itu, melangkah masuk ke lobi utama, tetamu akan berada di bawah kubah utama setinggi 40 meter atau 10 tingkat bangunan. Ia juga menempatkan candelier terbesar buatan tempatan yang dihasilkan sebuah kilang di Kuala Selangor. Sayap Di sekeliling kubah yang disokong oleh tiang-tiang besar berbentuk bulat, terdapat lapan lukisan besar yang memaparkan sejarah negara sejak zaman Kesultanan Melaka sehingga era sekarang yang menyaksikan Malaysia membangun dengan pesat. Dari lobi utama, tetamu boleh memilih kawasan-kawasan khusus yang hendak dituju sama ada Sayap Formal, Sayap Diraja, Sayap Pentadbiran dan Sayap Fasiliti Sokongan. Komponen Sayap Formal menempatkan balai rong seri, bilik-bilik menunggu sebelum upacara menghadap, dewan bankuet, bilik mesyuarat Majlis Raja-Raja dan bilik penyerahan watikah pelantikan duta-duta. Sayap Diraja pula menempatkan bilik peraduan, persiraman, rehat dan santapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta kerabat baginda serta bilik tetamu diraja. Ukiran Berbeza dengan Istana Negara lama di Bukit Petaling, Kuala Lumpur yang agak sempit dengan keluasan 11.34 hektar, kompleks istana baharu yang lebih luas membolehkan setiap bilik dan dewan dibina khusus untuk fungsi tertentu sahaja. Semua bilik dan dewan berkenaan memaparkan ukiran, lukisan dan hiasan dalaman tradisional Melayu dengan corak-corak seperti awan larat, bunga raya, bunga cengkih dan tumbuh-tumbuhan. Corak sedemikian tidak banyak dilihat pada istana lama yang sebelum ini merupakan sebuah vila milik jutawan Cina bernama Chan Wing dibina pada 1928. Ciri-ciri Islam termasuk corak geometri tiga dimensi atau muqarnas, ukiran kalimah Allah, lampu hiasan seperti yang banyak diguna ketika zaman Khalifah Uthmaniah di Turki juga turut kelihatan terutama pada binaan surau. Dalam pada itu, tulisan ayat-ayat al-Quran yang terpapar di sekeliling ruang dalaman dan bahagian mihrab surau berkenaan dihasilkan oleh penulis khat profesional tanah air, Abdul Baki Abu Bakar. Pensyarah Seni Khat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu sebelum ini turut terlibat melakarkan ayat-ayat al-Quran di Istana Darul Ehsan, Putrajaya; Dewan Muktamar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan surau Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Seni Khat Anak kelahiran Baling, Kedah yang juga anak didik Yang Dipertua dan Pengasas Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Mohamed Yusof Abu Bakar menggunakan khat jenis thuluth dan nasakh bagi menulis sebahagian ayat-ayat daripada surah al-Furqan dan at-Taubah. Bahan yang digunakan untuk membuat tulisan ayat-ayat berkenaan adalah aluminium warna emas dan dipadankan dengan latar belakang kayu. Seperti binaan surau, hiasan dalaman keseluruhan kompleks berkenaan juga banyak menggunakan kayu daripada jenis mahogani. Selain kayu, turut digunakan secara meluas adalah keluli tahan karat dan anti kulat termasuk untuk bahagian bumbung yang dikenali dengan nama komersial Clean Colorbond. Keluli yang amat sesuai dengan cuaca panas dan lembab di negara ini turut digunakan dalam pembinaan hangar pesawat A380 Malaysia Airline System Bhd. (MAS), Pangkalan TUDM Sungai Besi dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. Singgahsana yang menjadi tempat persemayaman Seri Paduka di Balai Rong Seri mempunyai ukiran tradisional Melayu, 99 nama Allah dan ayat-ayat al-Quran. Kemudahan Ukiran berkenaan dilakukan oleh beberapa tukang ukir terkenal dari Terengganu yang diakui sejak zaman-berzaman mempunyai hasil kerja bermutu tinggi. Selain keunikan segi ukiran, lukisan dan hiasan dalaman yang dihasilkan dengan tangan sepenuhnya, keistimewaan lain yang terdapat pada kompleks berkenaan adalah suasana alam semula jadi di sekelilingnya. Ini berikutan hanya 28 hektar yang digunakan bagi pembinaan kompleks dan selebihnya dikekalkan sebagai taman dan zon penampan untuk keselamatan. Kemudahan lain yang turut dibina di kompleks berkenaan adalah bangunan sokongan, rumah kediaman kakitangan istana dan polis, pejabat keselamatan, kem mini tentera, jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta dan tempat meletak kenderaan bawah tanah. Turut disediakan kemudahan lif, eskalator , tanjakan (ramp), klinik, tapak pendaratan helikopter, gelanggang untuk bersukan, kolam renang dan taman permainan kanak-kanak. | ||
Posted: 20 Aug 2011 10:01 PM PDT ![]() Kapal kecil sesuai untuk hadiah Hari Bapa. MENGHIAS kediaman pasti menjadi keutamaan ramai ketika ini untuk menyambut lebaran selain memenuhi kelengkapan persalinan. Rumah yang cantik bukan sahaja memberi kepuasan kepada pemiliknya, namun turut menyajikan keselesaan kepada pengunjung yang bertandang. Apatah lagi konsep rumah terbuka hari raya semakin diminati. Pastinya ketika ini ramai yang sedang berkira-kira konsep apa yang perlu diterapkan untuk hiasan kediaman pada tahun ini. Masih tercari hiasan yang sesuai? Home Decor Crafts mungkin boleh membantu. Kepada mereka yang gemar hiasan unik, pusat sehenti kelengkapan rumah ini menjanjikan pelbagai pilihan hiasan dan juga perabot yang menarik pada harga berpatutan. "Keistimewaan barangan kami terletak pada keunikan yang mungkin sukar ditemui di tempat lain. Kami juga mengimport terus barangan dari kilang di luar negara dan sesetengahnya menggunakan rekaan yang kami minta," kata Pengurus Jualan, Ahmad Taufik. Antara yang menarik adalah tirai buluh bercorak yang didatangkan khas dari Vietnam. Menurut Ahmad Taufik, tirai itu telah dipertingkatkan kualiti berbanding yang lama di mana ia menggunakan besi tahan karat menjadikannya tahan lasak dan tidak mudah putus. Harga tikar ini bermula dari RM90 mengikut jenis yang berbeza bergantung kepada kepadatan susunan juntaian buluhnya. Pihak Home Decor Crafts turut memberi jaminan sepanjang hayat kecuali jika ia diletakkan di kawasan terbuka atau terputus akibat ditarik. Terdapat 10 corak yang berlainan dan setiap satunya dilukis menggunakan tangan secara eksklusif. Kata Ahmad Taufik ia bersaiz 90 lebar dan 200 sentimeter panjang dan sesuai digunakan untuk sebagai penghadang, pada pintu atau sekadar hiasan. Selain daripada itu, terdapat juga bidai venetial yang unik dalam pelbagai rekaan memenuhi keperluan kediaman. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bidai digunakan di pejabat, namun trend itu mula menular ke kediaman dengan pilihan yang lebih pelbagai memenuhi cita rasa dekorasi masing-masing. Replika kapal Peminat hiasan jenis ini pasti teruja dengan susunan replika kapal kayu yang menghiasi rak utama kedai ini. Menurut Ahmad Taufik, ia diimport dari Vietnam dan berharga dari RM15 untuk sebuah kapal yang kecil. "Rekaan setiap kapal ini berbeza. Bagi peminatnya, mereka memang arif dengan maksud setiap rekaan. Bagi replika yang besar pula biasanya digunakan sebagai hiasan dalam pejabat atau perniagaan," katanya. Mata turut tertancap pada perhiasan zink pelbagai bentuk yang cukup unik dan memiliki nilai eksotik. Katanya, hiasan tersebut didatangkan dalam bentuk warna asal tanpa dicat. Pelanggan katanya boleh menempah warna yang disukai dan juga corak seandainya mereka berminat. Terdapat juga rekaan yang ditampal dengan bunga-bunga mawar bagi memenuhi cita rasa mereka yang gemarkan gaya Inggeris. Perhiasan kecil daripada batu onyx dan ukiran juga terdapat di situ selain pelbagai jenis terompah kayu yang unik. Menurut Ahmad Taufik, pihaknya sedang mengadakan jualan penghabisan stok hingga 70 peratus bagi sesetengah barangan bagi memberi peluang kepada kemasukan hiasan baru. Bagi mereka yang berminat dengan perabot lebih besar pula boleh masuk ke ruang simpanan perabot di bahagian belakang. Pelbagai jenis perabot kualiti import yang mengalami sedikit kerosakan dijual pada harga yang berpatutan dan diperbaiki sebelum dihantar kepada pelanggan. "Biasanya kerosakan itu hanya minimum seperti calar dan sebagainya," kata beliau. | ||
Posted: 20 Aug 2011 10:00 PM PDT ![]() Nazrudin, (kanan) Sharifah Sofia, Amber Chia dan Steve Yap bersama bayi comel mereka dalam sebuah majlis memperkenalkan produk terbaru Huggies di Hotel Saujana baru-baru ini. RAMAI ibu bapa yang berdepan dengan masalah bayi ruam seperti kemerahan, melecet dan bengkak pada kulit bahagian punggung dan kelengkang. Menurut kajian, kes ruam dianggarkan berlaku ke atas 58 peratus bayi yang lahir. Sesetengah ibu beranggapan ruam tersebut terhasil akibat lampin pakai buang yang digunakan. Ia dikatakan berpunca daripada lampin bayi yang lembap dan tidak segera diganti, alahan dan masalah kulit l yang nipis serta sensitif. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan bayi menangis, tidak selesa dan merengek tetapi ia turut mengganggu emosi ibu dan bapa. Justeru itu, jenama lampin pakai buang, Huggies melancarkan lampin pakai buang, Huggies Ultra Diaper yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan organik. Dalam sebuah majlis memperkenalkan produk terbaru Huggies di Hotel Saujana baru-baru ini, empat selebriti tanah air iaitu Sharifah Sophia, Nazrudin, Amber Chia dan Steve Yap telah bersama bayi comel mereka. Huggies Ultra Diaper merupakan lampin bayi pertama di negara ini diperbuat daripada bahan semulajadi atau organik. Bukan sekadar lampin biasa, ia merupakan lampin premium yang telah diperhebatkan dengan campuran lidah buaya (Aloe Vera), vitamin E dan juga ekstrak chamomile bagi memberi kesegaran dan rawatan terbaik bagi kulit bayi. Lampin rekaan ini sememangnya memiliki ciri-ciri mudah bernafas bagi membenarkan pengaliran udara terbaik di sekitar punggung bayi, sekali gus membantu kesegaran kulit dan sentiasa kering. Menurut Amber dan Nazrudin, pad serta lapisan tambahan pada Huggies Ultra Diaper dapat menyerap segala kelembapan sehingga 12 jam. "Ia sekali gus memudahkan urusan penjagaan kedua-dua mereka selain lebih menjimatkan. Seharusnya produk ini dicuba oleh semua ibu bapa kerana ia bebas daripada bahan sensitif sekali gus mengurangkan kesan ruam bayi," ujar mereka. Majlis pelancaran lampin bayi tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia dan Singapura, Nathan Kandapper dan Pengurus Dagangan Huggies, Hamidah Helmei. Turut diadakan demonstrasi menyarungkan lampin organik berkenaan dengan disusuli teknik senaman antara ibu bersama-sama bayi mereka bagi membuktikan betapa hebatnya produk berkualiti itu. | ||
Posted: 20 Aug 2011 09:59 PM PDT ![]() FITRI dan murni duta Purity. HARI Raya Aidilfitri yang datangnya cuma setahun sekali sudah semestinya disambut dengan penuh kemeriahan setelah sebulan berjaya menunaikan ibadah Ramadan. Kelihatan jelita dan cantik menjadi kemestian untuk menyambut hari raya. Tidak kira muda ataupun tua, semuanya mahu tampil menawan di pagi Syawal, menziarah sanak saudara dan juga ke majlis rumah terbuka. Sempena kehadiran Syawal, Sun Fabulous ada penyelesaiannya. "Ramai yang mengetahui kolagen boleh dijadikan sebagai pengganti suntikan untuk kecantikan kulit dan kaedah ini bersesuaian bagi mereka yang mengidamkan kulit tegang, anjal serta cerah menawan. Kami di Sun Fabulous hadir dengan CollaB'utee terbaik terutamanya untuk golongan wanita kerana ia mengandungi komponen anti oksida dan Vitamin C yang mampu mengelakkan kulit menjadi kering, mengurangkan kedutan kulit dan menambahkan seri di wajah," ujar Pengarah Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa Sun Fabulous, Izdihar Rosland. Istimewanya kolagen ini kerana ia dapat memberi kesan seawal sepuluh hari dan amat sesuai untuk mereka yang inginkan perubahan di Aidilfitri. Pembersih wajah Selain kolagen, pembersih wajah, Purity turut membantu anda untuk lebih cantik di Aidilfitri. Lazimnya, wanita akan bersolek untuk kelihatan cantik dan menawan. Bahkan golongan lelaki kini mahukan formula untuk mencantikkan kulit wajah mereka. Dengan memakai Purity, anda yang bersolek tebal kini tidak perlu risau kerana ia mampu menghilangkan solekan anda serta merta. "Selalunya selepas bekerja, agak sukar bagi saya menghilangkan solekan terutamanya ketika mahu berwuduk. Sebagai selebriti televisyen, saya akan memakai solekan yang agak tebal. Apabila mahu membasuh solekan, saya perlukan pencuci muka, penyegar dan pelembap bagi memastikan kulit anda segar dan kelihatan cantik berseri. Kini dengan adanya Purity, saya tidak perlu risau kerana ia mudah dilakukan dan senang dibawa ke mana sahaja," ujar Murni. Sementara itu, Fitri mengakui sebagai selebriti lelaki, dia perlu menjaga penampilan. Dengan adanya Purity yang mempunyai formulasi Switzerland, ia mampu menyelesaikan masalah perawatan mukanya. "Ia adalah pembersih, penyegar dan pelembap wajah. Semuanya dalam satu. Produk yang kaya dengan Vitamin E ini bukan sahaja sesuai untuk kaum wanita, tetapi untuk kaum lelaki bagi mendapatkan kulit yang anjal dan segar," jelas Fitri. Penjagaan kuku Sebagai pelengkap kecantikan anda di Aidilfitri, Sun Fabulous turut mempunyai penjagaan kuku. Menurut Izdihar, Sun Fabulous yakin penjagaan kuku merupakan aspek penting di dalam menampakkan diri anda lebih cantik dan menawan. "Sesuai dengan sambutan Aidilfitri, permukaan kuku akan kelihatan bersinar dengan B-Shine keluaran Sun Fabulous. Alat pengilat kuku ini hanya perlu digosok dan mampu meratakan permukaan kuku dan melancarkan perjalanan darah. B-Shine, mampu memberikan kilauan dan kilatan dan kesannya mampu bertahan selama 10 hari. Penjagaan kuku ini sesuai untuk Muslim sama ada lelaki dan wanita," ujar Izdihar. | ||
Posted: 20 Aug 2011 09:58 PM PDT KISAH yang saya paparkan ini bukan mengumpat tetapi ingin menasihatkan gadis seusia saya yang ramai di luar sana berfikir sejenak tentang keputusan mereka untuk berkahwin. Kjika terburu-buru anda bakal tersalah pilih pasangan, akhirnya jadi seperti sepupu saya, bahagia yang dicari tak dapat, kecewa yang menjerat hidup mereka sepanjang hayat.'' Demikian cerita Nuremeliya dalam emelnya. ''Gadis berusia lebih 40 tahun akan diberikan pelbagai gelaran semata-mata kerana mereka belum berkahwin. Jadi sebelum mencapai usia tersebut ramai antara gadis seangkatan kami yang kelam kabut berusaha mencari pasangan hidup tanpa mengira siapa asalkan tidak dicap dengan gelaran yang menyakitkan hati. ''Dipendekkan cerita saya dan sepupu saya Izan sering jadi mangsa umpatan sepupu kami serta saudara mara kerana tidak berkahwin, sedangkan mereka sudah ada anak remaja.Kami sering dituduh cerewat dan terlalu memilih jodoh. ''Kerana tak tahan dikutuk 6 tahun lalu, Izan buat keputusan berkahwin dengan duda empat anak, berusia 50 tahun. Ketika itu usianya mencecah 43 tahun. Nak cari orang bujang bukan mudah. Dapat duda kira baguslah. Tetapi masalahnya perkahwinan Izan tidak disukai oleh anak-anak tirinya kerana banyak sebab. ''Pertama kerana semua anak tirinya masih belajar. Kedua mereka tuduh Izan hendak rampas harta peninggalan ibu mereka. Ketiga bimbang dan takut banglo milik arwah ibu mereka akan jadi miliki Izan nanti. ''Perkahwinan yang dijanjikan baik dan direstui oleh anak-anak seperti pengakuan suaminya, semuanya omong belaka. Sebaliknya suami Izan mengharapkan Izan dapat membantunya mengurus anak-anaknya yang sukar dinasihati itu. ''Tiga bulan lamanya Izan bersabar dengan kerenah anak-anak tiri yang boleh dikatakan kurang terdidik dan pemalas. Izan mengeluh dia tak pernah buat kerja rumah selain uruskan dirinya sendiri. Masak pun tak berapa pandai kerana dia lebih menumpukan perhatian kepada kerjayanya. Tetapi setelah berkahwin Izan berkorban masa dan tenaga berusaha untuk memuaskan hati mereka, tetapi tidak dipedulikan. ''Izan ambil pembantu rumah untuk tapi pembantu cabut selepas sebulan. Izan terpaksa beli makanan siap dari pejabat ketika tak sempat masak. Tetapi tidak diminati oleh suaminya apa lagi anak-anak tirinya. Sudahlah duit habis beli makanan dia pula dituduh tak pandai memasak.
Susut ''Setelah setahun berkahwin, Izan datang jumpa saya, katanya simpanannya mula susut sebab selain mengurus rumahtangga, beli barang makan, bayar gaji pembantu rumah yang sering bertukar, suaminya juga suka meminjam duitnya untuk membiayai pembelajaran anak-anaknya yang suka berbelanja besar. Termasuklah minyak kereta dan motor. ''Ada suara kesal tentang keputusannya berkahwin dahulu. Tetapi dia terpaksa teruskan sebab kesiankan suaminya sering tak berduit. Oleh kerana dia tak lagi selesa tinggal di rumah besar, saya cadangkan dia pindah duduk di apartmen sendiri. Biarkan anak-anak tirinya yang sudah besar panjang itu menguruskan diri sendiri. Tetapi suaminya menolak. ''Kata suaminya dia terpaksa uruskan anak-anaknya sebab mereka masih belajar, lainlah kalau sudah bekerja. Masuk tahun kedua anak yang kedua belajar di kolej sudah bekerja. Yang sulung masih mencari kerja yang sesuai dengannya. Fikir Izan tentu senang sikit hidup mereka. Malangnya lebih teruk lagi sebab makan minumnya mesti diuruskan. ''Suaminya berjanji akan ikut dia pindah setelah semua anak bekerja. Bila dua orang anak tirinya bekerja cuma seorang lagi malas cari kerja, sentiasa berlengkar di rumah alasannya kerja tak sesuai dengannya. ''Sekali lagi Izan ajak suaminya pindah sebab anak-anaknya sudah bekerja, tetapi suaminya beri alasan siapa nak jaga rumah anak-anaknya sibuk bekerja. Sekali lagi Izan merajuk. Dia tetap tak mahu pulang ke rumah suaminya. Malangnya suaminya pulak jatuh sakit dan Izan terpaksa pulang untuk merawat suaminya yang telah bersara itu. ''Walaupun suaminya mendapat banyak wang ketika bersara, tetapi dia enggan berbelanja untuk rumahtangga dan anak-anaknya, dia masih harapkan Izan. Apa yang menyedihkan dan menyakitkan hati Izan sudahlah duitnya habis untuk makan minum mereka, anak-anak tirinya tuduh Izan kikis duit ayahnya. ''Kini ketika Izan sibuk bekerja kerana semakin naik pangkat suaminya pula mengharapkan dia memberikan perhatian kepadanya kerana sering sakit-sakit. Suaminya pernah masuk hospital kerana darah tinggi dan jantung. Kerana itu Izan tak berani bantah kehendak suaminya apalagi ajak pindah, takut penyakitnya tambah teruk bila fikirannya terganggu. Kata Izan dia tidak pernah menduga menghadapi masalah begitu besar setelah berkahwin. ''Dalam pada itu anak tiri perempuannya pula hendak berkahwin. Walaupun Izan tidak mengeluarkan belanja untuk perkahwinannya, tetapi jiwanya tak tenteram kerana bilangan isi rumah bertambah. Pengantin baru tak mahu pindah. Mereka selesa tinggal serumah sebab segala-galanya tersedia. ''Kata Izan dia tak tahu berapa lama lagi dia sanggup berkorban untuk suami dan anak-anak tirinya yang tidak tahu berterima kasih itu. Falsafah mereka daripada duit ayah habis untuk ibu tiri lebih baik mereka tolong habiskan. ''Kini Izan yang tersepit di tengah-tengah. Harapan Izan dahulu apabila berkahwin selesai masalah andartu atau andalusia, tetapi sebaliknya kini dia menghadapi masalah lebih besar, bertelagah dengan anak-anak tiri dan kedegilan suaminya. Demikian cerita Nuremeliya. | ||
Posted: 20 Aug 2011 09:57 PM PDT
HIASAN dekorasi dengan hidangan pelbagai jenis masakan terdiri daripada masakan pantai timur, masakan negeri Melaka dan masakan Negeri Sembilan dan lauk pauk kenduri menjadi taruhan terbaik De Palma Shah Alam, Selangor. Susun atur yang menarik mengambil kira faktor kesesakan semasa mengambil makanan menjadikan ruang hidangan makanan begitu nampak luas dan selesa di samping pelbagai jenis masakan goreng seperti char kway teow, murtabak, bulgogi, kambing panggang, ikan bakar turut terhidang untuk anda. Tidak ketinggalan, pencuci mulut dengan pilihan yang lengkap di samping pelbagai jenis buah tamar untuk majlis berbuka. Jenis masakan yang diketengahkan telah mengambil kira berbagai faktor berdasarkan kepadatan penduduk yang menetap di kawasan Shah Alam, Selangor. Berbeza dengan tahun sebelum ini, penganjur One Stop Wedding Centre De Palma diketuai perancang perkahwinan dan majlis profesional, Hussain Salleh telah membawa masuk sekumpulan nasyid terkenal tanah air bagi menghiburkan para tetamu. Penampilan Jay Jay buat julung kalinya diadakan bakal memberi sedikit nilai tambah dalam perbelanjaan majlis berbuka puasa De Palma. Berpegang pada konsep syariah, De Palma turut menjemput kumpulan tafiz untuk bertadarus di surau dan solat lima waktu di samping tarawih bersama jemah yang hadir. Pendek kata, berbuka dan menginap di hotel De Palma Shah Alam sepanjang bulan puasa ini bakal memberikan satu kenangan bermakna untuk tetamunya. Sebagai hotel yang mempunyai tauliah hidangan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), ia menjadikan dewan besar De Palma sebagai pilihan utama pelangan baik untuk majlis tertutup atau persendirian. Dengan hanya RM55 untuk dewasa dan RM25 kanak-kanak, hotel itu menyediakan makanan yang nikmat, persembahan yang menarik dan kemudahan solat. Untuk makluman lanjut, hubungi 03-55428080. | ||
Posted: 20 Aug 2011 09:57 PM PDT ![]() Pilihan hidangan bufet yang menyelerakan. MASIH ingat kenangan berbuka puasa dengan nenda tercinta di desa? Pastinya lauk-pauk kampung yang enak menghiasi meja membangkitkan selera siapa saja. Namun waktu berlalu dan mungkin bagi sesetengah daripada kita, nenda sudah tiada lagi. Pastinya memori berbuka dengan air tangan insan tersayang ini tetap menjadi kenangan yang sukar dilupa. Wujudkan kembali nostalgia masakan nenda di Restoran Rebung yang terletak di Lorong Maarof, Bangsar. Dengan tema 'Balik kampung buka puasa dengan nenek' menyajikan pelbagai juadah enak sepanjang Ramadan ini dengan harga RM60 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak (lima hingga 11 tahun). Pemiliknya, Chef Ismail berkata, antara menu istimewa yang menanti pengunjung kali ini adalah lauk-pauk kampung seperti masak lemak siput sedut dengan batang keladi, masak lemak daging salai, ikan bilis terung pipit, gulai tempoyak ikan patin, ulam-ulaman bersama pelbagai sambal yang menyelerakan. Tidak ketinggalan menu gerai seperti bihun sup utara, laksa utara, mee goreng, bubur lambuk, murtabak dan juga kuih muih enak. Turut membarisi meja pencuci mulut seperti bubur kacang, pengat durian, sagu gula Melaka, badak berendam, puteri mandi dan pelbagai lagi. Tidak cukup dengan hidangan yang enak, saat berbuka menjadi cukup istimewa diiringi irama muzik ghazal yang merdu. Selain itu dekorasi restoran yang mencipta teratak nenda di desa menggamit nostalgia lama. Menurut Chef Ismail, selepas Hari Raya nanti, pihaknya turut menyediakan menu rumah terbuka. Antara hidangan yang tersenarai adalah lemang Rembau, ketupat palas, nasi beriani, rendang dan banyak lagi. | ||
Posted: 20 Aug 2011 09:56 PM PDT Puasa merehatkan sistem penghadaman Apabila badan tidak mendapat makanan yang mencukupi, karbohidrat dan lemak yang tersimpan dalam badan dipecahkan secara perlahan-lahan untuk menghasilkan tenaga. Ramai orang mendapati tahap tenaga dan kecergasan mereka meningkat semasa berpuasa. Besar kemungkinan ini adalah disebabkan hakikatnya,apabila kita berpuasa, proses penyahtoksikan berlaku untuk menyingkirkan toksin menerusi kolon, hati, ginjal, paru-paru, kelenjar limfa, dan kulit. Di samping itu, tenaga yang tidak digunakan untuk sistem penghadaman disalurkan ke sistem metabolisme dan imun yang membantu penyembuhan, dan menyingkirkan bendasing yang boleh menyebabkan penyakit seperti sel lemak, plak kolesterol arteri, mukus dan tumor! Namun demikian, perubahan drastik dalam diet dan waktu makan boleh menyebabkan gangguan penghadaman; lebih-lebih lagi apabila sejumlah besar makanan diambil dalam tempoh yang singkat, iaitu antara malam dan sebelum subuh. Pelbagai jenis makanan yang boleh didapati untuk berbuka puasa, dan ketidakupayaan kita untuk menahan nafsu makan selepas seharian berpuasa sering menyebabkan kita tidak dapat menahan selera, walaupun kita tahu bahawa ini boleh menimbulkan masalah!
Masalah penghadaman biasa semasa Ramadan Satu daripada beberapa masalah penghadaman yang dihadapi semasa bulan Ramadan termasuk penyakit refluks gastroesofagus atau GERD. Ini berlaku apabila kandungan dalam perut (makanan/cecair) mengalir secara songsang, dari perut ke dalam esofagus atau kerongkong, menyebabkan kerengsaan, dan juga gejala lain seperti pedih hulu hati. Anda boleh mengelakkan ini daripada berlaku dengan membanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, ikan dan daging tanpa lemak dalam diet anda. Elakkan makanan tertentu yang boleh memburukkan lagi gejalanya seperti coklat, makanan berempah, makanan berlemak, makanan kaya dengan karbohidrat, susu, alkohol, kopi, dan juga bawang putih atau gula-gula getah. Sembelit adalah satu lagi masalah penghadaman biasa yang berlaku bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi juga dalam kehidupan sesetengah orang. Seseorang itu boleh dianggap mengalami sembelit apabila membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, sukar mengeluarkan najis, dan najisnya pula keras dan kecil. Mereka yang mengalami sembelit selalunya merasa sakit apabila membuang air besar, dan kebanyakannya merasa seperti usus penuh, tegang atau kembong perut. Anda boleh mengurangkan kejadian sembelit dengan menambah pengambilan karbohidrat kompleks, termasuk nasi, mi dan bijirin, dan juga buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu minum banyak air, selain daripada kopi atau kordial. Ramai orang loya dan muntah semasa bulan puasa. Ini boleh berlaku disebabkan gastritis akut, penyahhidratan, ketidakcernaan (senak) atau sekatan usus. Masalah ini biasanya timbul disebabkan diet dan amalan gaya hidup yang tidak sihat pada bulan Ramadan. Cuba lakukan beberapa perubahan kecil dalam gaya hidup anda jika anda mudah mengalami gangguan penghadaman biasa ini: Elakkan pengambilan alkohol dan tembakau, sebaik-baiknya berhenti merokok. Elakkan makanan yang berasid, atau makanan goreng dan berminyak; Minum banyak air; Elakkan aktiviti berat selepas makan, termasuk senaman berat, atau pertengkaran yang boleh menimbulkan ketegangan. Akhir sekali, salah satu daripada masalah penghadaman paling kerap dialami ialah cirit-birit selepas berbuka puasa. Cirit-birit yang perlu diberi perhatian serius ialah cirit-birit akut, yang disebabkan oleh kuman berjangkit seperti virus. virumakanan mentah, terutama sekali daging dan makanan laut mentah. Pastikan makanan dan minuman yang anda ambil adalah bersih dan segar. | ||
Posted: 20 Aug 2011 09:55 PM PDT
SUDAHKAH anda menemukan bedak asas yang sesuai dengan kulit wajah anda? Mungkinkah bedak asas yang bukan saja memberikan kemasan sempurna pada wajah tetapi mencerah dan menyerikan kulit? ZMasha kini memberikan jawapan bagi pencarian tersebut dengan bedak asas terbaru, Bedak Emas, Miracle Gold Shine. Bedak asas itu menawarkan ton warna yang sesuai serta teksturnya yang lembut pada wajah malah menjadikan wajah berseri-seri dan bersinar. Kesempurnaan kulit wajah amat bergantung kepada kandungan emasnya yang padat. Hanya bedak asas seperti ini mampu menutup kekurangan wajah dengan warna keemasan dan kilauan yang bersinar. Ingin tahu apa rahsianya? Ternyata bahan kandungan emas dengan mudah memberikan kemasan lembut pada wajah dan menutup celaan seperti pori-pori dan bintik-bintik hitam. Kulit wajah juga terjaga dengan bedak emas yang menggunakan formula Paris yang secara tidak langsung mencerahkan kulit. Kemasan lembut nyaman itu menjadikan tekstur yang ringan mudah bersatu dengan kulit wajah anda. Tidak hairan jika kulit kelihatan mulus, sempurna dan natural. Ia juga bebas wangian dan direka khas untuk kulit wanita Asia. Sesuai untuk semua warna kulit, ia akan memberikan kemasan yang sempurna pada kulit anda daripada ton warna cerah, sederhana dan gelap. Tidak kira apa juga situasi kulit anda termasuk yang mempunyai tona warna tidak sekata atau pigmentasi, ia akan hilang dengan bedak asas Bedak Emas ZMasha. Untuk hasil yang lebih memuaskan, gunakan pada sentuhan terakhir produk ZMasha dan sapukan bedak ini di seluruh wajah mengikut kehendak wajah. Jurucakap Bedak Emas ZMasha, Emma Akma juga mengakui seronok dengan sensasi bedak asas tersebut. "Seronok kerana akhirnya saya menemui bedak asas yang dapat melindungi kulit saya dan pada masa yang sama menyerlahkan ia. wajah. Ia mudah disapu dan kulit saya kelihatan berseri-seri sepanjang masa," ujarnya. Dijual pada harga RM69 di Semenanjung Malaysia dan RM 75 di Sabah dan Sarawak, orang ramai boleh menghubungi 012-2215942 atau layari www.zzbeauty.com.my. | ||
Posted: 20 Aug 2011 09:54 PM PDT
SEPERTI wanita kacukan lain, wajah pan Asia yang dimilikinya sangat menawan. Senyuman dan lirikan matanya sudah cukup membuatkan orang di sekelilingnya selesa mendekatinya. Memiliki diploma dalam bidang Mikrobiologi dan Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian), anak kelahiran Perak ini memilih kerjaya sebagai model. Mengakui sibuk dengan jadual kerja, dia mempunyai hobi yang sama dengan wanita lain. Siapa menyangka wanita moden sepertinya gemar memasak. "Saya mula suka memasak sejak kecil lagi apabila saya selalu turun ke dapur melihat ibu memasak. Antara masakan yang menjadi kegemaran seisi keluarga ialah masakan Melayu seperti lauk-pauk dan gulai," ujar model, Syazwin Nasution atau mesra dengan panggilan Wynn, 27 ketika ditemui di sidang media solekan Aidilfitri Lancome baru-baru ini. Bercerita tentang kariernya, Wynn menceburi bidang peragawan secara kebetulan sahaja. "Pada mulanya, saya hanya menjadi pengganti kepada seorang model yang tak dapat hadir untuk sesi penggambaran fesyen seorang pereka tanah air. "Dari situlah saya memulakan karier sebagai model. Kebetulan, pada masa itu, saya baru sahaja menamatkan pengajian ijazah," ujarnya yang mementingkan penjagaan kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Sebagai seorang model, Wynn juga tidak alpa tentang penjagaan wajahnya. Justeru itu, untuk mengelakkan wajah dan tubuh tampak kering dan kusam sewaktu bulan Ramadan, Wynn akan memakai krim pelembap muka dan losen badan yang secukupnya setiap hari untuk mengekalkan kelembapan kulit. "Untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri secara optimum, saya akan memakai masker muka Lancome Genifique dua minggu sekali. Tanpa memakainya, kulit tampak kurang anjal dan kusam malah saya menjadi kurang yakin bila berdepan dengan orang ramai," ujarnya yang mengakui Lancome adalah jenama kosmetik yang amat dikenali dan dipercayai di Malaysia. Sejak universiti lagi, wanita ini tidak mempunyai sebarang masalah memakai produk Lancome yang amat sesuai dengan penduduk Asia. | ||
Posted: 20 Aug 2011 09:53 PM PDT
KESEMPATAN mengunjungi Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini sangat mengujakan. Susunan jualan baju kurung pelbagai fabrik pantas menangkap pandangan mata. Berbeza dengan jualan tiga tahun lalu, pakaian fabrik kapas mula dilihat di mana-mana sahaja. Keistimewaan materialnya yang berasal daripada kapas, kapas menjadi benang, daripada benang menjadi kain, menjadikan ia fabrik pilihan bagi pakaian mahupun produk hiasan rumah. Fabrik kapas dikatakan tahan lama, lembut, sejuk, menyerap, keselesaan dan cantik menjadikannya begitu popular. Sesuai dengan cuaca negara kita yang panas, pakaian fabrik kapas mudah menyerap peluh dan tidak berbau. Koleksi fesyen fabrik kapas sedia pakai Jakel tahun ini menampilkan warna dan corak menarik. Pelanggan boleh memilih jenis-jenis fabrik benang kapas yang mereka suka seperti benang kapas India, Inggeris, China, Swiss, Itali, sulam dan lawi. Fabrik kapas, pilihan dari India dan Jepun lebih lembut, ringan dan tahan, sementara benang kapas Swiss licin dan nampak berkilat. Di Jakel, pelbagai pilihan baju kurung kelihatan lebih ringkas tanpa perincian manik.Cukup selesa dan cantik, bahkan baju kurung kapas amat praktikal untuk setiap masa. Corak-corak fabrik di Jakel juga eksklusif kerana setiap corak hanya dibuat beberapa pasang sahaja. Tidak ketinggalan, Jakel turut menyediakan koleksi baju Melayu daripada fabrik kapas. Jakel juga menawarkan potongan 10 hingga 30 peratus. | ||
Posted: 20 Aug 2011 09:53 PM PDT
Soalan: Saya mempunyai seorang adik ipar wanita yang merokok. Ketika ini dia sedang mengandung tetapi masih lagi merokok? Apakah kesan merokok kepada dirinya dan bayi yang dikandungkan? Insan simpati, Johor. Syabas. Anda adalah seorang wanita yang amat prihatin. Isu peningkatan wanita merokok kembali menjadi topik hangat. Pelbagai faktor menjadi punca dan penyebab kepada pertambahan golongan hawa ini merokok. Faktor fizikal merupakan penyebab utama. Alasannya yang tidak munasabah di kalangan wanita yang menganggap bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan. Ada antara mereka percaya bahawa merokok juga boleh mengawal selera makan. Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah dapat menangani perasaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri gundah gulana. Manakala faktor lain pula ialah faktor persekitaran dan sosial. Golongan muda lebih terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk merokok. Ada juga yang mengikut arus semasa yang berpendapat golongan wanita hari ini mempunyai persamaan taraf dengan golongan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, adalah menjadi suatu kebanggaan dan kehebatan jika seseorang wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh kaum lelaki. Merokok bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada wanita itu sendiri. Malahan ia juga dapat memudaratkan bayi yang dikandung. Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil seperti merokok tidak boleh dipandang remeh. Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang meninggal dunia bila dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih sering meninggal pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin. Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap daripada setiap batang rokok mengandungi tar asapdan apabila meluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan penyakit kanser. Nikotin akan menyebabkan ketagihan dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. Bahaya merokok boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta, peningkatan kadar kematian janin (semasa peringkat perinatal), kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan lelangit (cleft lip dan palate), peningkatan risiko untuk mengalami sawan, kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan), keguguran, penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gram dan perkembangan sistem saraf yang tidak normal. Bayi juga berisiko tinggi untuk mendapat asma dan sindrom kematian bayi mengejut (cot death). Kesemua risiko di atas lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok. Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih untuk menderita juga 'mendera' bayi dalam kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi tersebut mungkin akan berpanjangan. Sebarang soalan boleh e-mel ke kesihatan@utusan.com.my. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan