ads

Rabu, 17 Ogos 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Rozita Che Wan Akui Jumpa Shahir Beri Nasihat

Posted: 17 Aug 2011 09:26 PM PDT

Rozita Che Wan mengakui bertemu dan berbincang dengan Shahir susulan keputusan penyanyi itu untuk bersara.

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada bertemu dengan penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) beberapa kali susulan pengakuan mengejut penyanyi itu untuk berehat dan mengundurkan diri daripada bidang seni baru-baru ini.

Rozita berkata, sebagai teman apa yang dapat dilakukannya adalah dengan berbincang dan memberikan nasihat sekadar termampu. Bagaimanapun, dia menghormati keputusan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu untuk bersara.

"Saya ada menemuinya dan berbincang tentang keputusannya itu. Siapalah saya untuk memberikan nasihat secara berlebih-lebih pula.

"Sebagai kawan, saya hanya boleh memberikan pandangan dan nasihat apa yang termampu saja," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Raya Astro di Saloma Bistro, baru-baru ini.

Ditanya adakah Shahir berkongsi dengannya akan sebab dan alasan sebenar di sebalik keputusan drastik itu, Rozita berkata, apa juga keputusan yang dilakukan oleh penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu adalah hak peribadinya yang tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Mungkin dia masih muda dan baru dan tidak kuat untuk menghadapi liku-liku dunia seni ini. Apa pun, sebagai orang luar kita harus menghormati keputusan tersebut.

"Dia hendak berehat ke, bercuti panjang ke atau bersara sekali pun, itu adalah haknya dan siapa kita untuk mempertikaikan?," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rozita yang baru pulang ke tanah air pada dua hari lalu selepas 12 hari mengerjakan umrah di Mekah kini kembali sibuk di lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia.

"Ibadat umrah kali ini sangat istimewa kerana saya mengerjakannya bersama ibu, kakak dan abang ipar. Suasananya lebih meraih kerana saya dapat pergi bersama ahli keluarga yang lebih ramai berbanding sebelum ini.

"Kini saya kembali ke lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia sehingga 26 Ogos sebelum bercuti selama seminggu untuk sambutan Hari Raya nanti," katanya yang tampil menawan dengan imej bertudung.

Sekadar diusik apakah dia akan memakai tudung selepas ini, Rozita berkata, hatinya memang teringin untuk bertudung sepenuhnya tetapi bukan dalam masa terdekat memandangkan imej sebegitu akan membataskan watak yang dilakonkannya buat masa ini.

"Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula.

"Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami," katanya yang sudah sembilan tahun menggalas status ibu tunggal.

'Tak Lengkap Kalau Tidak Ke Mekah' - Siti Nurhaliza

Posted: 17 Aug 2011 09:25 PM PDT

Siti dan suami akan mengerjakan umrah di Mekah pada 19 Ogos ini.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.

Siti berkata, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah.

"Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa," kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.

Siti ditemui ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.

Siti menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak.

Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah.

Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.

"Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

"Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini. Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid.

"Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah," ujarnya.

Siti juga berkata dia berharap semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru tentang pengesahan halal yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya merasakan dakwaan tentang produk keluaran SimplySiti tidak halal itu sebagai dugaan Ramadan dan pasti ada hikmahnya. Perkara tersebut telah pun berlaku dan memberikan kesan kepada penjualan produk tersebut.

"Tetapi setelah kami memberikan jawapan bahawa produk itu halal, ramai juga yang memberikan respons positif dan mengucapkan syukur," ujarnya selaku Presiden SimplySiti.

Selain suaminya majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Zamri selaku pengerusi majlis, penyanyi kumpulan Nowseeheart dan Yasin Sulaiman yang membuat persembahan nyanyian.

'Ratapan Syawal' Kisah Kesedihan Fazli Zainal

Posted: 17 Aug 2011 09:24 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Fazli Zainal mengakui menitiskan air mata apabila pertama kali menonton klip video lagu Ratapan Syawal nyanyiannya yang baru sahaja disiapkan pada awal Ramadan lalu.

Jelas Fazli, klip video tersebut sedikit sebanyak ada menyentuh kehidupannya sebagai anak yatim piatu yang menyambut Hari Raya tanpa kedua-dua ibu bapa.

"Hati saya tersentuh dan menangis ketika pertama kali melihat klip vidoe ini. Ia menceritakan kisah seorang anak yatim piatu yang terkenang kehidupannya ketika ibunya masih ada.

"Sebagai seorang yang beraya bersendirian sudah tentu lagu ini meninggalkan kesan pada saya lebih-lebih lagi apabila ia dijadikan klip video," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Fadilah Mansor dan Faiz Fadzil

Tambah Fazli, lagu ciptaan Hazami itu pada mulanya diminta untuk dijadikan lagu tema sebuah drama, namun pengarah Shuhaimi Lua meminta untuk dijadikan sebuah klip video.

"Mengikut perancangan awal Shuhaimi ini menjadikan lagu tersebut sebagai lagu tema untuk sebuah drama, namun apabila melihat liriknya yang mempunyai jalan cerita menarik, dia meminta agar ia dijadikan sebuah klip video untuk Aidilfitri.

"Kami memulakan proses pembikinan seminggu sebelum menyambut puasa dan melakukan penggambaran tersebut di Janda Baik, Pahang," katanya.

Video klip tersebut turut dilakonkan oleh Fadilah Mansor dan bintang baru Faiz Fadzil.

Tambah Fazli, ia sudah pun siap sepenuhnya dan bersedia untuk disiarkan di televisyen bermula minggu hadapan.

Ia juga boleh ditonton menerusi Youtube menerusi: http://www.youtube.com/watch?v=hwxeoE3ikA4&feature=share

Dayang Tak Harap Jualan Album Tinggi

Posted: 17 Aug 2011 09:23 PM PDT

Dayang Nurfaizah

KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah mengakui tidak meletakkan harapan tinggi terhadap penjualan album barunya Dayang & Cinta yang dipasarkan dua bulan lalu.

Jelas Dayang, dia sedar dengan penjualan albumnya agak lembab, namun apa yang penting ialah produknya kini sudah berada di pasaran.

"Album saya baru dua bulan lebih berada di pasaran dan belum lagi tahu berapa penjualannya, namun saya sedar trend sekarang memang penjualan album fizikal lembab kerana banyak medium lain untuk mendapatkan lagu.

"Secara jujur saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk penjualan album tersebut, cukuplah jika ia terjual lebih 10 ribu unit.

"Bagi saya, apa yang penting ialah album saya keluar dan berada di pasaran," katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Dayang Nurfaizah Bersama 106 kanak-kanak Istimewa, di One Bangsar, di sini, Selasa.

Tambahnya, sebagai artis dia hanya mampu berusaha untuk memberikan yang terbaik dan terpulang kepada peminat untuk menilai dan mendapatkan hasilnya.

"Pada masa sekarang saya sendiri keliru apa formula yang paling sesuai yang peminat mahu. Ada yang lebih suka mendapatkan lagu tersebut melalui muat turun, ada juga yang mahu album fizikal.

"Pada saya sebagai artis saya hanya berusaha untuk memberi yang terbaik dan sedar bahawa kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak," katanya.

Biarpun kurang menonjol berbanding artis-artis lain pada tahun ini, Dayang mengakui rezeki terhadap jemputan persembahan masih seperti dahulu.

"Alhamdulillah biarpun bukan kepada album tapi rezeki jemputan untuk persembahan pentas masih banyak.

"Walaupun tidak terlalu mewah ia boleh dikatakan berbaloi dan cukup untuk menampung kehidupan saya," katanya.

Rabbani Junior Teruskan Legasi Rabbani

Posted: 17 Aug 2011 09:22 PM PDT

Kumpulan Rabbani kini terdiri daripada lapan orang ahli sahaja.

PETALING JAYA: Selepas 20 tahun perjuangan karier kumpulan nasyid popular, Rabbani, kini Rabbani Junior bakal menyusul mengikut jejak langkah 'senior' mereka.

Menurut wakil daripada kumpulan Rabbani, Azadan Abd Aziz, Rabbani Junior dianggotai seramai sembilan orang yang terdiri daripada anak-anak anggota kumpulan itu.

"Sebenarnya, sudah lama bekas ketua kumpulan kami, Allahyarham Ustaz Asri berhasrat menubuhkan Rabbani Junior. Memandangkan sebelum ini Asri menjadi ketua kami, maka anak keempatnya, Mohd Ilham Fikri yang menjadi ketua kumpulan tersebut.

"Ketika Asri masih lagi hidup, dia tidak sedar mengenai bakat terpendam anaknya itu, tetapi selepas pemergiannya, barulah kami sedar, Fikri mewarisi bakat ayahnya," katanya.

Tambah Azadan, Rabbani Junior pernah mengadakan persembahan pada konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati, Shah Alam pada Julai tahun lalu dan bakal muncul dengan "single" terbaru mereka pada tahun hadapan.

Walaupun masih baru penubuhannya, Rabbani Junior sudah mula memenuhi jemputan undangan persembahan dan buat masa ini, mereka membawakan lagu-lagu Rabbani yang pernah popular dahulu.

Fikri (atas kanan), bersama ibu dan adik beradiknya.

Bagaimanapun, kata Azadan, kehadiran Rabbani Junior tidak bermakna Rabbani akan berhenti terus daripada bidang nyanyian nasyid, tetapi mengakui, ingin memperlahankan sedikit karier kumpulan itu.

"Kemunculan Rabbani Junior adalah untuk meneruskan perjuangan Rabbani kerana saya percaya, satu hari nanti, Rabbani tidak boleh aktif lagi seperti biasa.

"Selain itu, kami juga ingin mencari bakat baru kumpulan nasyid lain sebagai 'produk' baru kepada syarikat baru yang akan ditubuhkan nanti iaitu Rabbani Studio," ujarnya.

Kata Azadan, studio tersebut akan dibuka di Bandar Manjalara, Kepong dalam masa terdekat ini dan selepas itu ia akan memudahkan lagi kerja-kerja belakang tabir kumpulan itu.

"Studio kami sudah pun siap sepenuhnya dan segala proses rakaman akan dilakukan di situ.

"Malah, jika sebelum ini kami banyak mengambil komposer luar, kini dengan penubuhan studio baru kami, Rabbani akan menghasilkan lagu-lagu sendiri," tuturnya lagi.

Saluran HD Komitmen Astro Untuk Penonton

Posted: 17 Aug 2011 09:21 PM PDT

Barisan artis tanah air yang memeriahkan pelancaran tiga saluran HD terbaru dan dua saluran khas Raya dan merdeka.

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, menyifatkan pelancaran tiga lagi saluran baru berdefinisi tinggi (HD) yang diperkenalkan stesen televisyen itu sebagai bukti komitmen mereka untuk mentransformasikan semua saluran dalam format berkenaan sepenuhnya pada masa depan.

Saluran-saluran itu ialah B.yond iaitu Sundance HD (saluran 438), Discovery HD World (saluran 571) dan Astro SuperSport HD2 (saluran 833)

Henry berkata, sebagai pemangkin format itu dalam dunia penyiaran televisyen di Malaysia, mereka sentiasa peka dan komited untuk menawarkan lebih banyak saluran HD tetapi ia perlu dilakukan secara berperingkat buat masa ini.

"Saluran HD adalah standard terbaru dunia penyiaran dan jawapan kepada masa depan. Sebagai pemangkin saluran HD, kami komited untuk mentransformasikan semua saluran kami kepada format ini.

"Pengenalan tiga lagi saluran iaitu Sundance HD, Discovery HD World dan Astro Supersport HD2 menjadikan jumlah saluran HD Astro meningkat kepada 15 saluran kini," katanya yang ditemui selepas sidang media majlis pelancaran itu di Saloma Bistro, di sini, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan

Bagaimanapun, Henry menambah, proses transformasi saluran-saluran sedia ada kepada format baru itu tidak semudah yang disangka. Ia melibatkan masa, kos yang tinggi, aplikasi teknologi dan paling penting penerbitan sesebuah program harus dilakukan dalam format HD di peringkat produksi lagi.

"Memang menjadi sasaran kami untuk menyeragamkan semua saluran Astro dalam format HD tetapi banyak perkara perlu dipertimbangkan.

"Sebagai contoh, pada masa ini masih ramai rakyat kita yang menggunakan set televisyen definisi biasa di rumah. Selain itu, penerbitan program, filem atau drama juga perlu dirakam dengan peralatan dan format HD bagi membolehkan ia menjadi definisi tinggi.

"Sebab itu, kami terpaksa melakukan transformasi ini secara berperingkat memandangkan ia bukan saja melibatkan Astro tetapi teknologi, pengguna, produksi, penerbitan dan pihak lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Astro turut menawarkan dua saluran khas iaitu Raya HD (saluran 188) dan Astro Fiesta (saluran 100) bersempena sambutan Hari Raya dan ulangtahun kemerdekaan negara pada 30 dan 31 Ogos ini.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pelbagai kandungan yang bertemakan Hari Raya dan kemerdekaan akan disiarkan di kedua-dua saluran berkenaan selama sepuluh hari bagi menyemarakkan perayaan berkembar itu pada tahun ini.

"Untuk saluran Raya HD, kita bakal siarkan pelbagai program seperti filem, drama dan konsert terpilih dalam format HD bermula Raya pertama sehingga 9 September.

"Menariknya, semua filem dan telefilem terpilih yang pernah disiarkan di saluran-saluran Melayu lain sebelum ini bakal ditayangkan dalam format HD menerusi saluran ini.

"Sementara untuk saluran Astro Fiesta pula, kami akan siarkan kandungan program seperti filem, drama, dokumentari dan konsert bertemakan kenegaraan dan patriotisme bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan negara," katanya.

Watak Jeff Buckley : Robert Pattinson Tewas

Posted: 17 Aug 2011 09:21 PM PDT

Robert Pattinson

AKTOR Robert Pattinson tidak terpilih untuk memegang watak pemuzik legenda, Jeff Buckley.

Malah pengarah Jake Scott telah memilih pelakon baru Reeve Carner untuk menggalas watak tersebut.

Jake yakin aktor pilihannya itu mampu membawakan watak Jeff Buckley dengan baik berbanding Robert Pattinson.

Sementara itu, keputusan tersebut turut dipersetujui oleh keluarga mendiang Jeff Buckley.

"Kami sangat bangga apabila Reeve setuju memegang watak ini. Bagi saya dia paling layak untuk bawa watak ini kerana apa yang ada dalam dirinya tidak tumpah seperti mendiang," ujar ibu Jeff Buckley.

Biarpun khabar angin sebelum ini lebih memihak kepada Robbert Pattinson, namun kenyataan sebenar dia gagal mendapatkan watak tersebut. Bagaimanapun aktor kacak ini sudah mendapatkan kontrak untuk filem David Cronenberg berjudul Cosmopolis.

Warna indah Aidilfitri di kota London

Posted: 17 Aug 2011 09:18 PM PDT

pix_middle

NALURI keibuan jauh tersembunyi di sanubari hatinya. Sekalipun hanya sekadar menumpang kasih dengan anak-anak tiri, mereka sudah pun dianggap seperti anak kandung sendiri.

Justeru, Ning Baizura Sheikh Hamzah akur untuk terbang lagi ke United Kingdom (UK) buat sekian kalinya untuk melawat Siban dan Aife, iaitu anak-anak kepada suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton bersama bekas isteri.

  • Foto

    BAHAGIA...Ning dan Omar bagai pasangan bercinta.

  • Foto

    LEPAS RINDU...mereka menghabiskan cuti musim panas bersama anak kesayangan.

  • Foto

Lebih daripada itu, Ning juga akan menyambut Aidilfitri akan datang di perantauan, tetapi tidak langsung terkilan dengan situasi yang berlaku. Mungkin itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukannya ketika Ramadan dan menjelang Syawal kali ini.

Bukan juga kerana mahu mengelak ibadat berpuasa, Ning dan Omar hanya mahu melepaskan rasa rindu kepada kedua-dua kanak-kanak itu yang masing-masing baru berusia 7 dan 8 tahun.


"Jun hingga Ogos adalah musim panas di UK kerana September nanti mereka akan kembali semula ke sekolah. Lantas ini saja masa dan peluang yang kami ada. Saya hanya melihat semua itu sebagai satu pengorbanan dalam perkahwinan saya dan tidak pula timbul rasa kesal meskipun terpaksa meninggalkan kampung halaman sendiri ketika hari raya nanti."Apabila melihat anak-anak suami saya, rasa sedih berjauhan dari kampung halaman akan hilang. Syukur juga ibu saya (Satilah Abdullah) akan turut menyusul ke UK pada Aidilfitri nanti selepas kami terbang dulu," kata Ning kepada Rap ketika berkunjung ke Studio NSTP, baru-baru ini.

Buang dulu persoalan mengenai zuriat sendiri selepas melangkaui gerbang perkahwinan tiga tahun lalu kerana semua itu tidak akan memberi kesan negatif kepada Ning. Namun, apa yang penting bagi Ning dan Omar, mereka perlu memelihara keharmonian rumah tangganya dengan sebaik-baiknya.

Meskipun belum mendengar tangisan bayi, baik Ning mahupun Omar, tidak pernah lesu menyemai kasih sayang agar cinta mereka terus mekar.

Tambah Ning yang sedang popular dengan lagu Seribu Sesalan bersama Jac dan Shila Amzah, anak-anak Omar sudah dianggap seperti anaknya juga dan hubungan mereka semakin akrab. Mereka menetap
bersama bekas isteri Omar di Ireland.

"Entahlah saya sendiri selalu rindukan mereka walaupun mereka bukan anak kandung saya. Saya faham akan situasi Omar yang tidak mahu kehila�ngan anak-anaknya dan bimbang kalau terlalu lama tidak bertemu lama-kelamaan ia boleh merenggangkan hubungan ayah dan anak. Lantas saya sendiri yang menetapkan agar Omar mesti melawat mereka setiap tahun berbanding persetujuan awal dulu, tiga tahun sekali. Rasanya itu lebih adil dan perlu kerana mereka masih kecil.

"Saya tidak langsung merasa gusar walaupun belum dikurniakan anak sendiri. Mungkin kerana hubungan kami berdua yang rapat membuatkan saya terlupa akan kekurangan di situ. Lagipun masing-�masing masih sibuk me�nguruskan kerja yang masih banyak perlu diselesaikan. Insya-Allah, kalau ada rezeki dan tertulis ketentuan itu, ia tidak akan ke mana," katanya.

Merentas ibadat berpuasa di negara orang pastinya memberikan pengalaman baru. Bukan sekadar pemandangan dan cuacanya berbeza, pasti suasana dan kemeriahannya juga tidak akan sama seperti di sini. Namun jelas Ning, tiada apa yang berubahnya kerana semuanya bergantung kepada nawaitu dan kejujuran seseorang manusia kepada Tuhannya.

"Memang suasananya sangat berbeza, tapi tujuan menjalani ibadat puasa itu tetap sama. Suhu di sana mungkin jauh lebih sejuk dan tidak memenatkan tapi kita mungkin akan terasa cepat lapar. Selain itu saya juga akan rindukan bazar Ramadan kita yang menjual pelbagai juadah sedap. Namun di England, restoran halal memang banyak dan orang Malaysia pun ramai.

"Tapi setiba di London saya bersama suami berhajat ingin berjumpa dengan kedutaan Malaysia serta berbincang mengenai perancangan mengadakan acara kebajikan bersama pelajar kita di sana. Biarlah secara kecil-kecilan seperti majlis berbuka puasa bersama mereka ataupun menyambut Aidilfitri secara sederhana, tapi kesannya tetap bermakna. Insya-Allah semua saya doakan akan berjalan lancar nanti," katanya.

Baru-baru ini juga, Ning turut menaikkan status laman twitter miliknya yang meminta bantuan rakan media mendapatkan nombor pelajar Malaysia yang menjadi mangsa pukul dan samun di London, Asyraf Hazlan. Kata Ning, dia juga teringin menghulurkan bantuan.

Katanya, percutian kali ini juga menyeronokkan kerana dia juga sudah ke Amerika Syarikat, Julai lalu.

"Seronoknya kali ini, saya dan suami mengambil cuti lebih awal untuk bercuti sebelum pergi melawat anak-anak. Kami ke Amerika Syarikat dulu untuk menghabiskan masa berdua dan saya sempat menyaksikan persembahan Celine Dion di Caesar's Palace, Las Vegas dan kemudian ke Los Angeles.

"Bukan sekadar untuk berseronok, sebaliknya kami cuba menimba pengalaman, sebelum saya menjayakan konsert solo pada 2 & 3 Disember depan di KL Live Centre nanti," katanya yang kali terakhir beraksi dalam filem komedi Cun! bersama Maya Karin, Faezah Elai dan Remy Ishak.

Mengenai lagu Beribu Sesalan yang sedang popular di corong radio, Ning berkata ia satu kejayaan buat dirinya bersama Jac dan Shila kerana paduan vokal mereka mendapat perhatian peminat. Lagu itu juga sudah menyertai Carta Muzik-Muzik di TV3 dan terus menjadi siulan ramai.


PROFIL

NAMA PENUH: Ning Baizura Sheikh Hamzah
TARIKH LAHIR: 28 Jun 1975
USIA: 36 tahun
TEMPAT LAHIR: Kajang, Selangor
SUAMI: Omar Sharif Christopher Layton Dalton
ALBUM: Dekat Padamu, Ning, Teguh, Ke Sayup Bintang, Always, Pujaan Ku, Natural Woman, Selagi Ada..., Erti Petermuan, EastToWest dan Dewa
FILEM: Gemilang, Maria Mariana 2, Bara, Mimpi Moon, Malaikat Di Jendela, Azura 2003, Lady Boss, Diva, Muallaf, Magika, Cun!
TEATER: The Storyteller dan SHOUT! The Mod Musical
PENCAPAIAN: Voice of Asia pada 2001, Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993, Album Terbaik (Dekat Padamu) di AIM 1993, Lagu Terbaik Kategori Balada (Curiga) di Anugerah Juara Lagu (AJL) 1993, Album Pop Terbaik di AIM 1994, Lagu Pop Rock Terbaik di AJL 1994 (Kau & Aku), Vokal Wanita Pilihan di Anugerah ERA 2003, Lagu Terbaik (Selagi Ada Cinta) di AIM 2004, Lagu Terbaik dan Muzik Video Terbaik menerusi lagu Awan Yang Terpilu di AIM 2005, Album Pop Terbaik dan Kulit Album Terbaik menerusi album Erti Pertemuan di AIM 2005 serta Lagu Duo Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2011 menerusi lagu 3 Suara bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

Syarat ‘buang sial’

Posted: 17 Aug 2011 09:16 PM PDT

LAPOR...Rohana menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Rohana menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Serah tubuh atau barang kemas. Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita.

Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih 'kaedah rawatan' kedua iaitu menyerahkan barang kemas.


Bomoh berusia lewat 30-an itu berasal dari Teluk Intan, Perak, namun sebahagian besar mangsanya ditemui dan 'dirawat' di bilik hotel sewaannya di Jalan Klang Lama di sini antara Februari lalu hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kes terbaru berlaku pada 9 Ogos lalu selepas pihaknya menerima laporan seorang wanita di kawasan Rungkup, Perak.


"Berikutan laporan itu kami menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar bomoh sebelum menipu mangsa dan meminta menyerahkan barang kemas.


"Hingga kini, dipercayai lebih 10 wanita di Kuala Lumpur dan Teluk Intan menjadi mangsanya selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit," katanya ketika dihubungi, semalam.

Goh berkata, suspek kini direman untuk siasatan kes di Perak dan akan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut.


"Pada masa sama, polis masih memburu seorang rakan suspek yang dipercayai bersubahat dengannya," katanya.Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dan usaha mencari rakan suspek giat dijalankan kerana semua barang kemas milik mangsa berada di dalam simpanan rakannya itu.


Sementara itu, seorang mangsa bomoh itu yang mahu dikenali sebagai Rohana, 35, berkata, dia mengenali bomoh berkenaan awal Jun lalu selepas diperkenalkan adiknya.


"Dalam pertemuan itu, saya terkejut apabila lelaki itu dapat 'membaca' segala masalah rumah tangga saya dan suami. Dia kemudian menawarkan untuk mengubati masalah saya dengan dua cara sama ada melakukan hubungan seks dengannya atau menyerahkan barang kemas.


"Saya yang tidak sanggup mengadakan hubungan seks dengannya, lalu memilih kaedah rawatan kedua iaitu menyerahkan barang kemas bernilai kira-kira RM10,000.


"Jumlah barang kemas itu dikatakan setimpal dengan masalah saya dan bomoh itu berjanji memulangkan barangan berkenaan selepas selesai berubat bersama-sama wang pengeras 25 sen," katanya.


Rohana berkata, selepas pertemuan pertama itu, dia seperti dipukau dan tidak mampu menolak kehendak bomoh terbabit yang meminta barang kemas bagi memudahkan urusan perubatan.


"Tapi, ternyata dia menipu. Bukan saja barang kemas saya tidak dikembalikan, tetapi masalah saya dan suami juga tidak pulih, malah bertambah parah.


"Saya cuba menghubungi bomoh itu, tetapi telefonnya ditutup dan dia melarikan diri bersama barang kemas saya," katanya.


Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarinah dari Teluk Intan, Perak berkata, dia kerugian barang kemas bernilai kira-kira RM66,000 selepas mendapatkan rawatan bomoh itu.


"Saya menemui bomoh itu Februari lalu selepas diperkenalkan sepupu di sebuah hotel. Bomoh itu menyatakan saya mengalami masalah dengan suami dan keluarga mentua.


"Saya terkejut kerana kata-kata itu benar sebelum bomoh itu menawarkan diri untuk mengubati masalah saya dengan syarat perlu menyerahkan barang kemas dan wang tunai setimpal dengan tahap masalah saya.


"Bomoh terbabit memberi alasan barang kemas itu perlu disimpannya bagi menambah mujarab proses perubatan yang sedang dijalankan," katanya.


Sarinah berkata, ketika itu, dia tidak mempunyai wang dan barang kemas, lalu meminjam barang kemas kakaknya dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM66,000 untuk diserahkan kepada bomoh itu.


"Pada masa sama, bomoh itu meminta saya mencari lebih ramai wanita yang mengalami masalah rumah tangga untuk berubat dengan alasan jika ini dapat dilakukan, proses mengubat penyakit saya akan berjalan lebih lancar.


"Namun, saya mendapat tahu mengenai tembelang lelaki itu selepas semua rakan yang berubat dengan bomoh itu menemui saya pada 13 Ogos lalu dan masing-masing mendakwa kerugian wang tunai dan barang kemas selepas ditipu bomoh terbabit.


"Kami membuat laporan di Balai Polis Ampang bagi menjejaki lelaki itu yang sudah menghilangkan diri bersama barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit milik mangsa ," katanya.

ECERDC peruntuk dana RM10 juta

Posted: 17 Aug 2011 09:14 PM PDT

KERJASAMA...Nor Mohamed Yakcop (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara  Jebasingam (kiri) dan  Wan Mohd Fadzmi  di  Kuala Lumpur, semalam.
KERJASAMA...Nor Mohamed Yakcop (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Jebasingam (kiri) dan Wan Mohd Fadzmi di Kuala Lumpur, semalam.

MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memperuntukkan dana khas sebanyak RM10 juta dikenali Dana Khas Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIC) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menjadi antara inisiatif baru bagi meningkatkan Program Pembangunan Keusahawanan (EEDP) di wilayah itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issac John berkata, dana itu diperuntukkan bagi membantu usahawan wilayah terbabit mendapat pengurangan kadar faedah dari institusi kewangan.


"Peruntukan dana itu akan digunakan untuk menyerap perbezaan di antara kadar faedah bank komersial dan kadar faedah yang diberikan EEDP ECER.

"Inisiatif baru ini akan merangsang kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mempromosikan usahawan PKS di negeri pantai timur yang akan digunakan untuk membantu usahawan menerusi aktiviti seperti latihan, penyelidikan dan pembangunan, pensijilan serta pemasaran dalam usaha meletakkan usahawan ke peringkat lebih tinggi," katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pertukaran Dokumen antara ECERDC, Sirim dan Agrobank Berhad di ibu negara, kelmarin.


Majlis itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Agrobank diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman manakala Sirim diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Dr Zainal Abidin Mohd Yusof.


Jebasingam berkata, pihaknya menyasar kira-kira 200 usahawan bagi tempoh dua tahun mendapat manfaat daripada dana terbabit.

Tonjol lebih banyak warna

Posted: 17 Aug 2011 09:01 PM PDT

LUC BOUCHARD...gaya AW11 sesuai untuk semua wanita tanpa mengira benua negara.
LUC BOUCHARD...gaya AW11 sesuai untuk semua wanita tanpa mengira benua negara.

RIASAN wajah semula jadi, bibir merah, lirikan mata penuh kuasa, kening pucat dan rentak pesta kilauan pengilat bibir menjadi antara nadi utama dalam himpunan warna aliran solekan di Mac bagi musim luruh dan dingin (AW11) kali ini.

Biarpun tampak caca marba, serakan rona-rona menarik ilham daripada unsur alam, cetusan neon, kegemilangan retro serta elemen lelaki-wanita (androgini) melatari keseluruhan persembahan AW11, yang dicetuskan daripada aliran musim-musim sebelumnya lalu diberi suntikan perspektif baru.

  • Foto

    DISCO-TECH...tampilkan rona-rona pesta yang disifatkan sebagai salah satu cara untuk ekspresi diri.

  • Foto

    TOUGH-LOVE...Konsep gabungan lelaki-wanita atau androgyny serlahkan lagak gaya kental dan sofistikated dengan unsur-unsur feminin.

  • Foto

    TOUGH-LOVE...Konsep gabungan lelaki-wanita atau androgyny serlahkan lagak gaya kental dan sofistikated dengan unsur-unsur feminin.

  • Foto

    PESTA...berani bereksperementasi dengan rona-rona terang seperti pembayang mata Pro Longwear ini bagi melengkapkan gaya Disco-Tech.

  • Foto

    HASIL OPTIMUM...layangkan bedak Mineralize Skinfinish pada wajah untuk hasil menarik bagi gaya Amber-Gris.

  • Foto

    TAHAN LAMA...bedak asas jenis cecair Pro Longwear SPF10 ini sehingga 15 jam dalam apa jua keadaan.

  • Foto

    KALIS COMOT...penggaris mata Fluidline dengan formula gel ini antara kunci utama bagi menghasilkan gaya Tough-Love.

  • Foto

    DISCO-TECH...tampilkan rona-rona pesta yang disifatkan sebagai salah satu cara untuk ekspresi diri.

  • Foto

    DISCO-TECH...tampilkan rona-rona pesta yang disifatkan sebagai salah satu cara untuk ekspresi diri.

  • Foto

    MOD-ERNIST...gaya retro 60-an diberi suntikan moden.

  • Foto

    MOD-ERNIST...gaya retro 60-an diberi suntikan moden.

  • Foto

    AMBER-GRIS...terarah kepada menyerlahkan kecantikan semula jadi dengan sedikit kesan artistik.

  • Foto

    AMBER-GRIS...terarah kepada menyerlahkan kecantikan semula jadi dengan sedikit kesan artistik.

  • Foto

    AMBER-GRIS...terarah kepada menyerlahkan kecantikan semula jadi dengan sedikit kesan artistik.

  • Foto

    TOUGH-LOVE...Konsep gabungan lelaki-wanita atau androgyny serlahkan lagak gaya kental dan sofistikated dengan unsur-unsur feminin.

Menerusi sesi pengenalannya yang diperkenalkan Jurusolek Kanan Mac Amerika Utara, Luc Bouchard di Taipei, Taiwan, baru-baru ini, AW11 menampilkan empat zon aliran - Mod-ernist, Tough-Love, Disco-Tech serta Amber-Gris - yang tidak hanya menekankan kepada aspek solekan 'cantik dan sempurna' semata-mata dalam musim ini tetapi lebih kepada lagak wanita yang tampil penuh keyakinan.

Jelas Bouchard, solekan bagi musim luruh dan dingin tidak semestinya bertumpu kepada gaya kusam serta rona yang kurang menyerlah kerana pada musim inilah perlunya lebih banyak warna ditonjolkan agar tidak tenggelam dengan warna pilihan busana yang kebiasaannya terarah kepada hitam, kelabu, perang dan tanah.


"Tidak salah mencuba sesuatu yang menarik dan segar kerana tiada peraturan betul atau salah dalam solekan. Apa jua warna yang dilakar pada wajah pasti mendatangkan hasil berbeza pada penampilan dan andai tidak serasi, ia boleh diubah kepada gaya riasan lain."Semuanya bergantung sama ada berani atau tidak untuk menggayakannya," ujar Bouchard.

Bagi Mod-ernist, rentak retro era 1960-an kembali menyinari pentas peragaan dunia dan boleh dilihat dalam pertunjukan fesyen nama-nama besar seperti Donna Karan New York, Elie Saab, Max Mara, Moschino Cheap And Chic, Chloe, Paul & Joe dan Salvatore Ferragamo.

Berbeza musim lalu yang terlalu dipengaruhi gaya bohemian 1970-an, Mod-ernist hadir lebih kontemporari tanpa lorekan penggaris mata. Moden tapi pada masa sama seakan futuristik, di mana gaya yang bermula dengan idea solekan Brigitte Bardot dibawa semula untuk Lolita moden zaman ini.

Ia juga kelihatan minimum dengan gabungan rona-rona kuning air dan jingga, namun penuh teknik dan tekstur untuk menghasilkan impak kulit licin dan bebas cela.

Untuk gaya ini, Bouchard mengesyorkan penggunaan bedak asas Pro Longwear SPF10 yang tahan sehingga 15 jam dalam apa jua keadaan sekitar.

Ringan dengan tekstur krim, ia memberikan litupan nipis dan sederhana. Walaupun berdepan keadaan cuaca panas dan lembap, ia mampu mengawal minyak untuk menjadikan kulit sentiasa tampak segar dan semula jadi.

Selain itu, beri efek kilau semula jadi pada kelopak mata, pipi dan bibir dengan sedikit sentuhan pengilat bibir Lipglass serta elak atau kurangkan penggunaan pemerah pipi jika inginkan hasil optimum bagi gaya Mod-ernist.

Konsep gabungan lelaki-wanita atau androgini dalam Tough-Love pula menyerlahkan lagak gaya kental dan sofistikated namun masih terselit unsur-unsur feminin.

Ia bukanlah konsep baru dalam dunia kecantikan mahupun fesyen tapi kali ini lebih menitikberatkan hasil wajah pucat, ilusi cengkung pada kawasan tulang pipi, bulu mata yang tidak kelihatan dan rona pudar pada bibir.

Malah ia boleh juga dibawa kepada gaya maskulin berbeza dengan lakaran menonjol pada kening serta lorekan pembayang mata bak perwira seperti yang dipersembahkan ketika pertunjukan fesyen bagi koleksi musim luruh dan dingin Prabal gurung, Vivienne Westwood - Gold Label, Proenza Schouler, Albino, Alexander Wang, Jason Wu, Dsquared2 dan Ohne Titel.

Bagi riasan gaya ini, Bouchard menekankan penggunaan penggaris mata Fluidline dengan formula gel untuk hasil garisan yang lebih ketara. Ia juga kalis comot dan tahan lama.

Jika berani menampilkan rona-rona pesta, rona-rona ekstravaganza dan berteknologi tinggi dalam Disco-Tech jelas mempesona dengan riasan yang sering di salah anggap sebagai keterlaluan.

Warna-warna 'menjerit' hedonisme pada solekan mata dan bibir dilihat seperti medium terbaik untuk menyerlahkan keindividuan seseorang.

Secara asasnya ia memberi tumpuan kepada kesan kulit sempurna tetapi disuntik warna-warna neon untuk hasil bukan konvensional.

Penggunaan produk-produk berteknologi tinggi untuk gaya Disco-Tech ini turut disifatkan mampu memberi 'kuasa' pada wajah seperti yang diterjemahkan ketika pertunjukan fesyen Jean Pierre Braganza, Vivienne Westwood - Red Label, The Blonds, The Rodnik Band, Zac Posen, Meadham Kirchoff dan Manish Arora.

Pembayang mata Pro Longwear adalah antara produk utama untuk gaya ini, di mana ia bukan saja memberikan impak warna yang meriah malah mudah diadun dan tahan lama.

Sementara palet rona kelabu, mawar kusam, lavender, ambar (kekuningan) dan perang keemasan menjadi tunjang bagi solekan gaya Amber-Gris, yang menyerlahkan sisi feminin dengan suntikan elemen kota pada pemakainya.

Bouchard menyifatkannya lebih lagak artistik, di mana warna-warna monokrom diberi nafas baru dalam mencipta aura solekan segar dan romantis.

"Amber-Gris lebih terarah kepada menyerlahkan kecantikan semula jadi dan bukannya untuk menguasai struktur semula jadi wajah. Ia juga tidak mementingkan kesempurnaan dalam solekan kerana sedikit lakaran comot pada kawasan mata berupaya menampilkan gaya lebih artistik berbanding gaya 'selamat'," katanya.

Bedak Mineralize Skinfinish yang memberikan kesan akhir optimum menjadi salah satu produk utama bagi menjayakan solekan ini yang boleh disaksikan di pentas peragaan Balmain, Rodarte, Isaac Mizrahi, Michael Van Der Ham, Roland Mouret, Marni, Pedro Lourenco dan Alexandre Herchcovitch.

Ralat tapi merestui

Posted: 17 Aug 2011 08:59 PM PDT

Erra Fazira
Erra Fazira
CERITA juara program realiti Mentor musim ke-4, Salma, mahu menguruskan sendiri kerjaya seninya, seperti yang pernah diluahkan sebelum ini mendapat pelbagai reaksi. Ada yang positif dan tidak kurang juga yang bersifat negatif.
Dari sudut positif, ada yang menganggap ia cara terbaik Salma untuk lebih berdikari dalam bidang ini, tanpa perlu mengharapkan sesiapa termasuk bekas mentornya, Erra Fazira.
Namun yang tidak sedap didengar di sebalik keputusan berkenaan apabila ada yang mendakwa kononnya berlaku perselisihan faham antara Erra dan Salma sehingga penyanyi yang berasal dari Sabah itu bertindak drastik untuk menguruskan kerjaya nyanyiannya sendiri. Apakah benar Erra dan Salma berbalah? Jika benar, apakah punca keretakan itu berlaku? Pertemuan bersama Erra baru-baru ini berjaya meleraikan kekeliruan yang timbul.

Tegas aktres yang juga penyanyi jelita itu, antara dia dan Salma tiada apa yang berlaku. Sebaliknya, keputusan untuk menguruskan sendiri kerjayanya dibuat atas kehendak bakat baru terbabit.

"Sepanjang bergelar mentor kepada Salma, Erra tidak pernah meletakkan syarat yang Salma perlu berada di bawah naungan Erra walaupun selepas keluar daripada program ini. Bagi Erra, tiada sebarang paksaan yang perlu dilakukan dan dia lebih selesa jika Salma mengikut kehendaknya sendiri.

"Mungkin Salma ada penasihat tersendiri, yang mahukan dia menguruskan sendiri kerjaya seninya. Jika betul, Erra harap apa yang dilakukannya itu nanti mampu memberinya lebih ruang untuk menjadi penghibur berjaya," ujar Erra yang ditemui pada majlis Pelancaran Lima Saluran Baru & Pratonton Program Raya Terbitan Astro di Saloma Bistro, Jalan Ampang, baru-baru ini.
Walaupun bibirnya melafazkan perkataan tidak kisah, namun jauh di sudut hati Erra, terselit juga rasa ralat apabila anak didiknya itu nekad membuat keputusan berkenaan tanpa merujuk terlebih dulu kepadanya.

"Erra rasa sayang sangat kerana hala tuju selepas keluar daripada mentor adalah yang lebih penting sebenarnya, buat diri Salma. Erra tak mahulah nanti dia tersilap langkah, sekali gus impiannya untuk menjadi seorang penghibur berjaya ranap begitu saja.

"Walaupun memang tiada sebarang perjanjian hitam putih yang menyatakan Erra harus terus membimbingnya, tapi sedikit sebanyak, Erra ada juga beberapa perancangan yang sudah disediakan untuknya.

"Erra pernah berkata padanya, jika dia perlukan bantuan dari segi imej atau penampilan, bolehlah menghubungi Erra dan team lain. Tapi sehingga kini, dia senyap saja tanpa memberikan sebarang maklum balas," ujar Erra sambil tersenyum.

Biarpun tidak lagi mempunyai sebarang ikatan rasmi, namun Erra tetap bersifat terbuka terhadap penyanyi itu dan bersedia menerima dirinya kembali.

"Jika sekiranya dia tidak bertemu apa yang diinginkan sepanjang menguruskan sendiri kerjaya seninya, dan mahu kembali meminta pertolongan Erra, Erra sedia untuk membantu. Erra tak kisah, asalkan dia berjaya menggapai cita-citanya untuk menjadi seorang penghibur," jelas Erra penuh diplomasi.

Teruja buat persiapan raya Aleesya

SETIAP tahun, ketibaan Aidilfitri lebih seronok dirasakan Erra terutama apabila disambut bersama suami tercinta, Engku Emran, dan anak sulungnya, Engku Aleesya.

Selain keluarga, dua insan ini ialah pelengkap kehidupan Erra, sekali gus menjadikan dirinya sempurna sebagai seorang wanita.

Bersembang mengenai persiapan menyambut 1 Syawal, Erra berkata, sejak berkeluarga, persiapannya bertambah berbanding zaman anak dara.

"Bila sudah berkahwin, persediaan untuk menyambut Hari Raya semakin bertambah.
Dulu untuk diri sendiri dan keluarga, tapi kini untuk rumah sendiri, suami dan juga anak. Paling mengujakan ialah ketika membuat persiapan Aleesya yang semakin bijak bergaya. Kalau bawa dia pergi membeli-belah, dia sudah boleh pilih mana satu pakaian yang dia berkenan.

"Walaupun dia tak tahu lagi makna berhari raya, tapi dia boleh tahu yang dia nak balik kampung dan siapa yang dia akan jumpa di sana," cerita Erra mengenai keletah anaknya yang berusia dua tahun itu.

Ditanya ke manakah pasangan ini bakal menyambut Lebaran tahun ini, Erra berkata, besar kemungkinan dia akan menyambut Aidilfitri di kampung suaminya di Pulau Pinang.

"Itu pun belum pasti lagi sebab tahun lalu perancangannya nak berhari raya di kampung juga, tapi sudahnya beraya di Kuala Lumpur saja. Macam Erra, tak kisah pun nak beraya di mana-mana. Erra ikut saja apa perancangan yang sudah diatur," katanya sambil mengakui jarang mengenakan pakaian sedondon seperti pasangan lain ketika Hari Raya.

Sebagai wajah eksklusif Astro, sempena musim perayaan ini, Erra mendominasi program Hari Raya apabila terbabit dalam pelbagai program yang disediakan oleh stesen televisyen berbayar itu. Antaranya program permainan, Mega Raya 2011, telefilem Mak Ok Jer dan Pontianak Beraya Di Kampung Baru.

Bukan 100 peratus komedi

Posted: 17 Aug 2011 08:59 PM PDT

pix_gal0
Karipap Karipap Cinta bersedia masuk panggung 30 Ogos

FILEM Karipap Karipap Cinta mempertaruhkan sentuhan kreativiti daripada pengarah filem berpengalaman, Othman Hasham yang kali terakhir mengarahkan filem kira-kira 10 tahun lalu menerusi Soalnya Siapa?
Reputasi Hafsham sebagai pengarah filem bercorak drama komedi memang tidak dinafikan. Ini sudah dibuktikan menerusi filem Adik Manja pada tahun 1979, Mekanik (1983), Ujang (1989), Driving School (1990) selain sebuah filem genre drama berat berjudul Rahsia (1987).
Filem Karipap Karipap Cinta adalah yang ketiga arahannya pada alaf baru ini selepas Soal Hati pada tahun 2000 dan Soalnya Siapa? (2002).

Oleh kerana kerjayanya sebagai sutradara ini yang tidak konsisten, memungkinkan hasil kerjanya dalam Karipap Karipap Cinta ini ada sedikit kelemahan. Antaranya, mungkin corak pengarahannya tidak senada dengan pendekatan pengarah muda pada hari ini yang lebih agresif.

Karipap Karipap Cinta terbitan Alternate Pictures diadaptasi dari novel karya, Nazri M Annuar ini dengan kos pembikinan sebanyak RM1.7 juta dan ditayangkan pada 30 Ogos nanti.

Filem ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang baik, tersendiri serta mencuit hati. Sebagai pengarah berpengalaman, Hafsham memasukkan babak babak berunsur nasihat tetapi tetap tidak mengetepikan elemen hiburan yang santai dan bersahaja.
Menurut Hafsham, keseluruhan jalan cerita Karipap Karipap Cinta tidak lari daripada struktur cerita asal di dalam novel cuma terdapat beberapa babak yang diubah mengikut kesesuaian di dalam filem.

"Filem ini bukan komedi 100 peratus, ada kelakar dalam seriusnya. Saya harap filem ini dapat sambutan. Dari segi barisan pelakonnya, tak ada seorang pun pelawak, malah untuk jadikan filem, saya mengambil masa hampir seminggu membaca novel ini untuk mendapatkan gambaran sebenarnya," kata pengarah yang suatu ketika amat dikenali kerana mengarahkan filem berunsur komedi yang sinis, Mekanik.

Menurutnya lagi, lakon layar filem terbabit dihasilkan oleh penulis novel itu sendiri agar dapat menterjemahkan setiap baris ayat di dalam novel ke layar perak.

Pemilihan pelakon dibuat berdasarkan karektor di dalam filem itu sendiri dan bergantung kepada jalan cerita kerana Hafsham beranggapan penonton akan bercerita mengenai filem keseluruhan cerita dalam Karipap Karipap Cinta, terbabit bukannya pelakon.

"Baik buruk sesebuah filem adalah dari segi jalan ceritanya. Kalau cerita bagus orang akan terus bercerita. Saya perlu beradu nasib dengan filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham di Hari Raya nanti. Kalau sambutan memberangsangkan, saya akan terus berkarya tetapi kalau tidak, saya akan pencen," jelasnya.

Walaupun ceritanya bagus tetapi mungkin pemilihan pelakon utama menyebabkan persembahan Karipap Karipap Cinta kurang menyengat. Ada yang berpendapat gandingan Gambit Saifullah dan pendatang baru, Melia Aimellia untuk memegang watak utama dilihat sebagai kurang tepat. Selain Gambit dan Melia, Karipap Karipap Cinta dibantu pelakon berpengalaman luas, Eman Manan, Afizuddin Fazil, Shawal Ruslan, P Jagen dan Elysya Iksana.

Dari segi lakonan, ternyata Eman Manan lebih menyerlah menerusi aksi komedi selamba walaupun wajahnya dilihat lebih kepada watak serius.

Filem romantik komedi ini mengisahkan Ali lakonan Gambit yang bertugas sebagai jurugambar di sebuah majalah dan tertarik pada Sarah bekas graduan Universiti Al-Azhar.

Disebabkan ingin menambat hati Sarah, Ali mengaku pernah belajar di universiti yang sama tetapi tindakan Ali itu mengundang padah kepada dirinya dan terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan.

Majikan Ali, Datuk Razali Bunari pula terbabit dalam pertelingkahan dengan persaingan politiknya Datuk Zidan, bapa kepada Sarah. Razali berniat jahat untuk menjatuhkan saingannya itu dan ingin mendedahkan dokumen sulit kepunyaan Zidan di dalam majalah politik miliknya.

Kerana tidak mahu hubungannya dengan Sarah menjadi rumit, Ali dan tiga rakannya memecah masuk rumah Razali dan mencuri dokumen terbabit. Keinginan Ali sebenarnya untuk memperoleh resipi kebahagiaan dan ia diolah dalam kuih karipap yang menjadi kegemaran Sarah.

Gambit berasa macam Nicholas Saputra

Tidak pernah bekerja dengan Hafsham sebelum ini dan tertarik dengan plot penceritaan filem terbabit membuatkan Eman bersetuju untuk menerima pelawaan membintangi Karipap Karipap Cinta.

Walaupun pernah bekerjasama dengan ramai pengarah, namun bekerja dengan Hafsham melengkapkan kerjayanya sebagai pelakon.

"Rasanya tidak lengkap jika saya tidak bekerjasama dengannya walaupun sebelum ini sudah banyak dengar tentang pengarahannya.

"Berlakon filem serius atau komedi adalah sama, cuma yang membezakan adalah dari segi karektor dan cara pembawaan watak itu sendiri.

Eman Manan mengakui bekerjasama dengan ramai pelakon baru menguji mutu lakonannya dan dalam masa yang sama dapat memberikan tunjuk ajar kepada pelapis baru.

Sementara itu, Gambit pula berasakan karektor Ali dalam filem ini mirip watak Joni lakonan Nicholas Saputra dalam filem, Janji Joni.

"Saya tak pernah bawa watak macam ini sebelum ini. Sedikit sebanyak watak Ali ini ada juga kaitannya dengan saya. Mulanya memang tak mampu nak lakukan tetapi lama-lama rasa serasi dengan watak itu," katanya.

Menganggap Hafsham sebagai pengarah berdedikasi dan seronok untuk bekerjasama, Gambit merasakan peluang yang diberikan tidak mungkin dilepaskan bagi menaikkan kembali namanya.

Walaupun masih baru dan mentah dalam dunia perfileman, peluang untuk memegang watak utama di dalam filem adalah peluang berharga bagi Melia bagi mencungkil bakat lakonannya.

"Saya banyak belajar daripada pelakon berpengalaman luas seperti Eman Manan dan Gambit. Tak sangka dapat watak utama kerana saya masih baru dalam bidang ini," katanya.

Dengarnya...: Teruja tengok kad kahwin Ashraf, Memey

Posted: 17 Aug 2011 08:50 PM PDT

  • Foto

  • Foto

  • Foto

BERPINAR mata Cik Normah setiap kali melihat kad undangan raja sehari artis kita sejak kebelakangan ini, yang nyata memang unik dan ada kelas tersendiri. Apa tidaknya, hiasan pada kad kahwin masing-masing memang mempunyai sentuhan kreativiti yang bukan main hebat lagi.

Ada yang bergambar klasik bersama pasangan tercinta dan ada juga disulami surah pilihan dengan reka bentuk cukup berbeza.
Beberapa hari lalu, patutlah bagai ada angin yang menyapa lembut rambut ikal mayang Cik Normah ini dan dada pula berombak-ombak riang, rupa-rupanya si jejaka berdarah manis, Ashraf Muslim, menghantar kad jemputannya sendiri ke pejabat Cik Normah.
Bagai mahu mengucap panjang sebaik menyelak helaian kad jemputan yang dihulurkan jejaka kacak persis wajah suami Cik Normah itu. Bukannya apa, ia cukup indah dengan tulisan khat ibarat sebuah muqadam kecil.

Walaupun tidak ada sekeping pun gambar Ashraf dan bakal isterinya, Noor Dayana Lokman, dalam reka bentuk kad itu, namun hasil kreativiti yang ditampilkan pereka kad kahwin artis ini sangatlah berlainan.

Kiranya, Cik Normah sempat lagi menghela nafas dalam ketika membelek reka bentuk kad kahwin pasangan ini, sambil mengimbas kembali kad kahwin Cik Normah bersama abang tersayang, walaupun bezanya jauh panggang dari api.

Teringat pula zaman kahwin Cik Normah dulu yang hanya menggunakan kertas berwarna yang difotostat beratus-ratus keping untuk menjemput saudara mara dan tetamu ke majlis undangan. Tidak cukup menjemput menggunakan kad undangan, ibu bapa Cik Normah menjemput secara mulut pula, maklumlah Cik Normah saja intan payung kesayangan mereka. Jadi tentulah majlisnya cukup meriah dan alhamdulillah sampai ke hari ini perhubungan yang dibina atas aturan orang tua ini kekal bahagia.
Tidak seperti sebahagian artis hari ini, perkahwinan mereka bukan calang-calang, ada yang diarak menaiki kuda, kereta lembu, kereta mewah mahupun diadakan di dewan berhias indah atau hotel bertaraf 10 bintang, namun akhirnya tersungkur di tengah jalan.

Cik Normah bukan mahu menyindir sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri juga, supaya rumah tangga yang dibina tidak dipersiakan. Amat merugikan berhabis ribuan ringgit untuk kad kahwin saja, tetapi istana yang dibina musnah dilanda ombak badai.

Menyambung kembali kepada kisah kad kahwin pelakon Ashraf Muslim ini, alahai, Cik Normah tabik bertalu-talu kepada kedua-dua pasangan ini yang punyai idea kreatif dan inovatif, yang turut memasukkan ayat suci dalam kad undangan mereka. Sekali pandang bagai memegang sebuah surah Yasin atau muqadam.
Istimewanya, ada doa kebahagiaan yang dititipkan dalam kad itu, yang ditulisnya sebagai doa puitis. Jadi sesiapa yang bertuah mendapat kad ini bolehlah membaca doa berkenaan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga. Salah seorang yang bertuah itu tentulah Cik Normah sendiri.

Ashraf akan dinikahkan bersama Dayana di Makkah pada 1 Syawal. Kenduri belah pengantin perempuan diadakan di Gombak pada 17 September, manakala belah lelaki pula pada 24 September ini, di Melaka.

Senang benarlah kerja Cik Normah, dari Melaka Cik Normah akan menyusuri pula ke Johor apabila Memey dan Norman Hakim yang mendapat tajaan jutaan ringgit bagi majlis perkahwinannya, akan melangsungkan persandingan di Kota Tinggi, 25 September pula.

Kad undangan Memey dan Normah tidak kurang indahnya apabila banyak bermain dengan gambar mereka. Kedua-duanya juga nampak bergaya dan menawan dalam pakaian putih ciptaan Ezuwan Ismail. Jelas suntikan elemen klasik pada foto yang menghiasi kad kahwin ini.

Cik Normah mendoakan agar rumah tangga yang bakal dibina oleh Ashraf-Dayana dan Norman-Memey Suhaiza kekal sehingga ke akhir hayat.

Makanan penentu mustajabnya doa

Posted: 17 Aug 2011 08:49 PM PDT


Makanan yang halal menjadi penyebab makbulnya doa kita kepada Allah.


RAMADAN al Mubarak tiba lagi. Di Malaysia sudah menjadi satu budaya apabila tiba Ramadan bermulalah pesta makan. Di sana sini terdapat bazar Ramadan yang menjual pelbagai kuih muih dan juadah.

Peniaga terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk mereka yang tidak pernah berniaga, peniaga gerai makan, pengusaha restoran dan lain-lain. Malah ada juga sebahagian hotel yang turut meriahkan penjualan makanan di bazar Ramadan.

Kini penduduk bandar dan warga kota lebih gemar makan di luar disebabkan kesuntukan masa untuk memasak atau meraikan keluarga, rakan taulan dan sebagainya. Bagi yang bekerja pula majikan selalunya menganjurkan program di hotel-hotel.

Kadang-kadang mereka langsung tidak menyelidik sama ada tempat itu mendapat sijil halal atau tidak.

Setiap umat umat Islam mesti memahami bahawa mencari, memilih dan mendapatkan rezeki yang halal merupakan fardu ain.

Makanan merupakan suatu keperluan asas dan tidak boleh diambil secara sambil lewa kerana ia akan memberi kesan kepada manusia secara fizikal dan spiritual.

Makanan memberi kesan kepada sikap, tabiat, tingkah laku, pemikiran, minda, kesihatan, kecantikan, saiz, perlakuan seks dan sebagainya.

Islam meminta supaya manusia memakan sesuatu yang halal lagi baik (rujuk al-Baqarah ayat 57, al A'raf ayat 160 dan Taha ayat 81).

Sebagai contoh, firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata (al-Baqarah: 168).

Allah SWT berfirman dalam ayat lain yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu beriman (al-Baqarah: 172).

Dalam surah al Maidah ayat 88 Allah SWT menegaskan bahawa pengambilan makanan dan minuman yang baik adalah tanda keimanan seseorang.

Terdapat juga beberapa hadis yang menjelaskan kelebihan memakan makanan yang halal antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka nerakalah yang layak baginya (riwayat Tabrani)."

Dalam hadis lain, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Baguskanlah pemakanan kamu nescaya Allah akan perkenan permintaan kamu (riwayat Tabrani)."

Islam telah memberi panduan mengenai makanan yang halal dan haram. Rasulullah SAW bersabda di dalam suatu hadis yang bermaksud: Perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas, tetapi di antara dua perkara ini ialah perkara-perkara yang syubhat (ragu-ragu). Oleh sebab itu, sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara syubhat, telah membersihkan dirinya pada agama dan kemuliaannya. (riwayat Imam al-Bukhari).

Isu status makanan yang terjual merupakan satu isu yang tidak berkesudahan. Apa yang menjadi persoalan adalah timbul keraguan mengenai status makanan yang terjual di pasaraya, restoran, hotel dan sebagainya.

Tahun lepas masyarakat Malaysia digemparkan dengan isu bufet Ramadan yang disajikan oleh sebahagian hotel yang tidak mendapat sijil halal. Pelbagai faktor penyebab kekeliruan tersebut.

Antara faktor paling utama adalah pengendali makanan itu sendiri. Ramai bukan Muslim terlibat sebagai pengendali makanan di Malaysia.

Bukan semua mereka mendapat pendedahan yang secukupnya untuk menyediakan makanan yang halal dan berkualiti menurut perspektif Islam. Malah terdapat juga umat Islam sendiri yang kurang arif.

Sudah tiba masanya perkara ini ditangani dengan saksama agar segala kekeliruan dapat diselesaikan.

Semua pihak harus memainkan peranan dan tidak hanya membiarkan sesetengah pihak sahaja yang mengendalikannya.

Usaha ini hendaklah dijalankan secara berterusan dan tidak bermusim atau berkala.

Ini amat perlu supaya makanan yang disediakan benar-benarl menepati piawai yang ditentukan oleh syariat Islam dan Malaysia sebagai destinasi hab halal tidak diragui.

Jelajah zakat Klife

Posted: 17 Aug 2011 08:48 PM PDT


Seorang warga emas terharu menarima sumbangan daripada Normaziah Sheikh Mohamad (kiri).


RAMADAN sesungguhnya bulan ibadat yang penuh berkat. Bukan saja menjalani Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa, malah sepanjang Ramadan umat Islam mengambil kesempatan memperbanyakkan sedekah.

Pelbagai amalan lain untuk mengimarahkan bulan Ramadan turut menjadi rebutan umat Islam yang tidak mahu melepaskan peluang membantu golongan fakir dan miskin.

Kesemuanya itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan supaya Ramadan dapat dilalui dengan penuh kesyukuran.

Memberi zakat yang menjadi tuntutan agama turut disempurnakan sepanjang Ramadan.

Inilah bulan di mana golongan kaya membersihkan pendapatan mereka dengan cara berkongsi keuntungan serta kekayaan bersama golongan miskin.

Klife Global, sebuah syarikat yang diasaskan Datuk Normaziah Sheikh Mohamad tidak ketinggalan menghulurkan zakat kepada golongan memerlukan sepanjang Ramadan.

Menerusi projek Jelajah Zakat Klife, Pengarah Urusan syarikat itu bersama-sama kakitangannya menghulurkan sumbangan kepada golongan miskin di lapan buah negeri.

Minggu pertama Ramadan, Jelajah Zakat Klife bertemu penerima zakat di Johor Bharu, dan majlis penyerahan zakat berlangsung dalam suasana harmoni.

Selain menerima wang tunai, Klife turut menyumbangkan beras dan produk kesihatan keluaran syarikat itu yang bersesuaian untuk dimanfaatkan oleh penerima.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua menerima kunjungan Jelajah Zakat Klife. Berlangsung di Kuala Pilah, Normaziah bersama suami, Datuk Ir. Hanafi Daud yang merupakan Presiden Klife mengunjungi penerima zakat dari rumah ke rumah.

Sememangnya kunjungan sebentar pasangan itu bersama kakitangan Klife untuk menyerahkan bantuan menyentuh hati penerima yang terdiri daripada warga tua yang uzur.

Ada air mata mengalir tatkala sumbangan dihulurkan. Mereka sempat bertukar cerita tentang pengalaman berpuasa terutama warga tua yang tinggal bersendirian di rumah usang.

Jelajah Zakat Klife dimulakan pada tahun lepas dengan kunjungan ke lima buah negeri.

Pada tahun ini, tiga buah negeri lagi mendapat perhatian Klife menjadikan lapan kesemuanya iaitu Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Sumbangan zakat untuk tahun ini diperuntukkan kepada 1,000 penerima berbanding 700 orang pada tahun lepas.

Normaziah berharap dapat membantu lebih ramai golongan miskin pada tahun-tahun akan datang.

Semasa di Kuala Pilah, satu majlis berbuka puasa turut diadakan bersama penerima zakat yang tidak sempat menerima kunjungan Normaziah di rumah.

Kesempatan bersama kelompok penerima zakat, Normaziah turut berkongsi nasihat serta panduan kepada mereka yang ditinggalkan suami supaya menghadapi cabaran hidup dengan lebih tabah.

''Saya berasal daripada keluarga miskin dan saya tahu bagaimana penderitaan mereka terutama kaum wanita yang ditinggalkan suami.

''Mereka terpaksa bekerja keras untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan serba kekurangan.

''Oleh itu apabila saya mempunyai kemampuan, maka adalah menjadi cita-cita saya mahu meringankan beban golongan berkenaan,'' kata Normaziah.

Kunjungan ke negeri-negeri di wilayah utara berlangsung pada 13 dan 14 Ramadan. Teluk Kumbar, Pulau Pinang; Kulim, Kedah; dan Batu Kurau, Perak antara kawasan yang dikunjungi Normaziah sambil ditemani Pegawai Perhubungan Awam Klife, Ahmad Zaidi Mohamad Yahya dan Noraishah Tokiran yang berperanan sebagai pembantu peribadi.

Dua lagi negeri menanti kedatangan Klife iaitu Kelantan dan Terengganu bakal melengkapkan Jelajah Zakat Klife 2011.

Fahami peristiwa penurunan al-Quran

Posted: 17 Aug 2011 08:48 PM PDT


Umat islam hendaklah berusaha memahami dan melaksanakan isi kandungan al-quran. - Gambar hiasan


BULAN Ramadan melakarkan pelbagai peristiwa penting dalam lipatan sejarah Islam. Selain pensyariatan puasa, peristiwa lain yang ditulis dengan tinta emas adalah kemenangan Islam dalam Badar Kubra, pembukaan Kota Mekah, pertempuran Ain Jalut, Yom Kippur, intifadhah Palestin dan sebagainya.

Namun, peristiwa penting terbesar adalah penurunan al-Quran atau Nuzul al-Quran yang disambut oleh kita pada hari semalam.

Penurunan mukjizat ini dirakamkan dalam al-Quran dalam firman-Nya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara benar dengan salah). (al-Baqarah: 185)

Ayat ini jelas menunjukkan al-Quran sebagai suatu dokumen rujukan dan cahaya petunjuk kepada semua manusia. Pedoman melahirkan individu atau masyarakat Islam tulen juga terkandung dalam al-Quran.

Malah, penurunannya juga adalah suatu bukti kewujudan Allah SWT serta kerasulan Muhammad SAW dengan apa yang dibawanya.

Menurut Jalaluddin al-Suyuti, al-Quran diturunkan dalam dua peringkat. Peringkat pertama daripada Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus.

Penurunan sekaligus ini berlaku pada malam al-Qadar di bulan Ramadan yang dirakam dalam al-Quran: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Dan apakah engkau mengetahui malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)

Penurunan peringkat kedua pula daripada Baitul Izzah di langit dunia kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur dalam tempoh lebih kurang 23 tahun.

Bermula daripada saat Baginda SAW diangkat sebagai rasul, ayat al-Quran mula diturunkan hinggalah berakhir sebelum kewafatannya iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Sifat penurunan al-Quran begini ini adalah suatu hikmah yang besar kepada umat Islam terdahulu.

Penurunan al-Quran secara beransur-ansur adalah mengikut persediaan Rasulullah SAW sendiri, keperluan situasi zaman dan menjawab persoalan semasa.

Kadang-kadang ayat diturunkan berdasarkan sesuatu masalah, menjawab pertanyaan Sahabat atau hasil sebab peristiwa yang berlaku dan kadang-kadang merupakan suatu perintah dalam sesuatu amalan syariat.

Sifat penurunan begini memberi banyak hikmahnya. Ia memudahkan Rasulullah SAW serta para Sahabat memahami, menghafal dan mengamalkan ajaran al-Quran. Malah, adat jahiliah dan pengamalan bukan secara Islam juga dapat dibuang sedikit demi sedikit tanpa menimbulkan kejutan kepada masyarakat awal Islam.

Selain itu, kategori penurunan ayat-ayat juga melambangkan kemukjizatan al-Quran. Ini terserlah melalui penurunan kategori ayat sebelum hijrah dan selepasnya.

Ayat yang diturunkan sebelum hijrah disebutkan Makkiyah biasanya melibatkan ayat-ayat pembinaan akidah, akhlak di samping keterangan tentang sifat-sifat ketuhanan dan keesaan Allah SWT.

Kategori ayat ini berlainan dengan fasa selepas hijrah yang disebutkan ayat-ayat Madaniyah. Ayat dalam kategori kedua ini memberi perhatian kepada jihad, cara amal ibadat, hukum-hakam dan proses pengisian individu dan masyarakat Islam.

Proses penurunan al-Quran ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan malam al-Qadar, bulan Ramadan dan ibadat puasa seperti yang dinyatakan di atas.

Secara umum, ia mengandungi makna simbolik tentang kelebihannya dan kemuliaan al-Quran yang Allah SWT kurniakan pada kita.

Oleh itu, kita sebagai umat akhir zaman yang masih boleh menatap al-Quran sebelum kita dimatikan atau sebelum al-Quran diangkat ke langit hendaklah mengambil beberapa langkah perubahan.

Dokumentari jelajah bumi para anbiya

Posted: 17 Aug 2011 08:46 PM PDT


Dr. Mashitah Ibrahim melancarkan dokumentari 'Palestin Bumi Para Anbiya' di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


ISU Palestin masih relevan hingga hak al-Quds dan umat Palestin dikembalikan. Oleh itu bulan Ramadan wajar diadikan bulan untuk menginsafi kesengsaraan dan pengorbanan umat Palestin yang masih terus dizalimi rejim Zionis.

Umat Islam di seluruh dunia harus mengenali dan memahami isu Palestin. Palestin bukan sekadar difahami sejak era penubuhan negara Israel bahkan mesti diimbau sejak zaman nabi Ibrahim atau tamadun awal manusia lagi.

Istimewanya bumi Palestin kerana ia menjadi tempat berdirinya al-Aqsa yang dikunjungi oleh para nabi.

Bahkan terdapat sejumlah makam nabi di sana.

Atas alasan itu Astro Oasis memilih dokumentari Palestin Bumi Para Anbiya untuk tayangan sepanjang Ramadan.

Menurut penerbitnya, Shahool Hameed Mohd. Meerah, kajian mengenai dokumentari itu bermula sejak tiga tahun lalu.

Ia mengisahkan isu perebutan hak antara rakyat Palestin dengan Israel yang turut membabitkan era Palestin sejak zaman Nabi Ibrahim, Yaakub, Yusuf, Musa, Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya dan Isa.

Penghijrahan Nabi Ibrahim dan Lut dari kawasan Babylon ke Palestin antara lain menjadi hujah penting bahawa Yahudi langsung tidak boleh mendakwa Palestin sebagai tanah watan mereka.

Ini disebabkan Nabi Ibrahim sebagai ninda kepada Nabi Yaakub (Israel) bukan berasal dari Palestin.

Selain itu, sewaktu baginda sampai ke bumi Palestin ia sudah berpenghuni antara lain adalah kaum Jebusite. Kemudian, Nabi Yaakub (Israel) setelah diajak oleh anakandanya Nabi Yusuf akhirnya menetap di Mesir dan tidak pula menetap di Palestin.

Penggambaran filem ini mengambil masa tiga bulan terutama di Syria, Jordan, Turki dan Lebanon.

Antara cabaran terbesar yang dialami oleh krew penggambaran adalah keadaan yang sedang bergolak di Damsyik, Syria.

Dokumentari ini tentunya menyorot perkembangan Palestin selepas era Nabi Muhammad SAW termasuk era Perang Salib dan pasca penubuhan Israel yang membabitkan siri pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis ke atas umat palestin, gerakan Intifadah di samping siri pelan damai yang bagai tidak mampu mendamaikan konflik yang ada.

Pelancaran Palestin Bumi Para Anbiya' disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim baru-baru ini.

Remaja dan jiwa muttaqin

Posted: 17 Aug 2011 08:46 PM PDT


BULAN ramadan juga dikenali sebagai madrasah rohani. - Gambar hiasan


ZAMAN remaja adalah tempoh yang penuh dengan cabaran. Umumnya para remaja di masa ini masih tercari-cari pegangan hidup dan hala tuju perjuangan.

Sesetengahnya hanya mengikut arus perubahan yang berlaku dan sesetengahnya masih terkial-kial mencari arah tuju dalam kehidupan ini.

Sesetengah remaja hanya merasa puas dengan kelulusan yang ada, mendapat pekerjaan dan bergaji lumayan. Sesetengahnya masih tercari-cari pegangan yang kukuh untuk dijadikan pedoman.

Ramadan yang datang selalu disebut sebagai madrasah rohani. Banyak hikmah di sebalik melalui bulan Ramadan yang boleh dimanfaatkan oleh remaja untuk membina diri. Binaan diri tidak sekadar dengan kekuatan ilmu, maklumat dan keterampilan sahaja.

Binaan diri harus memberi tumpuan kepada kekuatan dalaman iaitu hati dan emosi. Hati dan emosi menjadi faktor terpenting yang mempedoman hala tuju hidup, sikap yang diambil dan amalan yang dilakukan. Madrasah rohaniah memberi fokus kepada hubungan kita dengan Allah dan juga sesama manusia.

Bagi para remaja yang insaf dan ingin mencari kekuatan diri, bulan Ramadan menyediakan ramuan yang terbaik. Matlamat akhirnya menghayati Ramadan adalah untuk membimbing remaja menjadi manusia yang muttaqin. Puasa yang dilalui oleh remaja adalah latihan mendisiplin diri.

Diri mengalami suatu proses kekangan supaya ada rasa patuh yang tinggi kepada Allah. Makna lapar bagi remaja boleh menghubungkan remaja dengan orang-orang yang serba daif dan miskin.

Jiwa keinsanan ini perlu ada pada remaja kerana lahir nilai kemanusiaan yang tinggi dan rasa ingin menolong orang-orang yang susah.

Sering terjadi orang-orang yang senang dengan pendapatan dan kedudukan lupa akan tanggungjawab membantu orang lain. Puasa juga meletakkan remaja memiliki jiwa kehambaan yang tinggi.

Dengan berpuasa, kita dilatih menjaga mulut dan menjaga mata. Apa yang kita perkatakan dalam semangat berpuasa akan sentiasa bercakap benar dan tidak berdusta. Apa yang kita lihat dan tonton tidak akan mengurangi pahala berpuasa.

Daripada situ akan lahir kebersihan hati untuk melakukan sesuatu. Berbuka puasa juga memberi makna yang cukup tersendiri daripada remaja di mana daripada rasa yang lapar menjamah rezeki Allah ada kepuasan yang luar biasa di samping mengingat ramai yang tidak merasai rezeki seperti yang kita rasa. Ia melahirkan rasa syukur yang tinggi kepada-Nya.

Begitu juga solat yang kita lakukan, agar memberi latihan kepada remaja untuk berjiwa rukuk dan sujud. Kehambaan dalam konteks remaja membawa asas patuh, taat, akur dan tunduk.

Remaja yang selalunya berjiwa aktif dan mempunyai asas-asas penentangan dalam diri harus dilatih supaya taat kepada Allah, patuh kepada ibu bapa, akur pada titah perintah Allah serta tunduk kepada sesuatu yang makruf di samping mencegah diri dari kemungkaran.

Roh solat itu sama ada tarawih atau pun tahajud boleh mendidik remaja menjadi orang-orang yang muttaqin. Remaja yang muttaqin secara rohaniahnya terhubung dengan Allah.

Apa sahaja yang terniat di hati dan ingin diterjemahkan dalam amal, remaja akan mengambil pertimbangan Allah sebagai pedoman. Ini juga disebut oleh hadis Rasulullah SAW sebagai ihsan.

Ihsan bermaksud apabila kita lakukan sesuatu kebaikan walaupun kita tidak melihat Allah tetapi hati kita meyakini Allah melihat kita. Asas ihsan ini sangat penting bagi remaja untuk membezakan seseorang remaja beriman atau sebaliknya.

Remaja yang beriman sentiasa ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah. Remaja yang seperti ini bakal membentuk watak yang telus dan tulus dalam melakukan apa sahaja dalam hidupnya.

Puncak yang ingin dicari oleh remaja dan manusia ialah kebenaran. Kebenaran merupakan kekuatan bagi remaja muttaqin. Oleh kerana zaman remaja zaman yang penuh pancaroba, madrasah rohaniah ini perlu dilalui dengan ikhlas dan sungguh-sungguh.

Jika tidak, dalam hidup remaja akan tiada asas-asas binaan hati dan rohani yang menjadi sumber kekuatan dalaman seseorang manusia.

Remaja dalam menempuh kehidupan hari-hari bakal berdepan dengan pelbagai macam cabaran. Antara cabaran yang paling besar ialah cabaran hawa nafsu.

Cabaran hawa nafsu ini hanya mampu dikawal dengan kekuatan takwa. Selalunya remaja tewas kerana gagal menyiapkan diri untuk berdepan dengan sesuatu yang sifatnya nafsu nafsi.

Puasa yang memberi asas kawalan diri dan hati boleh menjadi benteng yang terbaik bagi menghadapi cabaran nafsu nafsi. Oleh itu, para remaja harus melihat kedatangan Ramadan sebagai bulan rahmah.

Rahmah yang tersembunyi di sebalik kegiatan di bulan Ramadan ialah membimbing manusia supaya memiliki jiwa muttaqin.

Beratnya amanah sebagai hakim

Posted: 17 Aug 2011 08:45 PM PDT


Mahkamah perlu mempunyai hakim yang adil supaya kebenaran dapat ditegakkan. - Gambar hiasan


Dalam sebuah kitab yang cukup terkenal di dunia tasawuf, Kasyful Mahjub, diceritakan bahawa suatu ketika Khalifah al-Mansur dari kerajaan Abbasiyah mengundang empat ulama besar datang ke istananya.

Mereka ialah Abu Hanifah, Sufyan al-Tsauri, Mis'ar bin Qidam dan Syuraih.

Khalifah berhasrat melantik salah seorang daripada mereka menjadi hakim agung kerajaan, satu jawatan yang sangat strategik dan menjadi idaman banyak orang.

Bagaimanapun keempat-empat ulama besar itu sepakat menolak permintaan Khalifah al-Mansur. Sufyan al-Tsauri memilih melarikan diri ke sebuah pelabuhan dan bersembunyi di bawah kapal yang hendak berlayar, sementara yang lain berangkat menuju istana untuk menyatakan penolakan mereka.

Apabila tiba di istana, Khalifah al-Mansur melantik Abu Hanifah untuk menjadi hakim agung. Abu Hanifah berusaha menolak dengan menegaskan: "Wahai Amirul Mukminin, aku bukanlah orang Arab melainkan sahabat orang-orang Arab. Pemimpin Arab tidak akan menerima keputusan hakim agung seperti aku."

Khalifah pun menerima penolakan Abu Hanifah dan memanggil Mis'ar bin Qidam.

"Engkaulah yang harus menjadi hakim agung," kata Khalifah al-Mansur. Namun, Mis'ar berpura-pura berkelakuan seperti orang gila.

"Keluarkan orang ini, dia sudah gila," teriak Khalifah al-Mansur.

Tinggallah seorang ulama lagi, Syuraih pun dititahkan mengisi kekosongan jawatan hakim agung. Syuraih menyatakan keberatannya seperti mana dilakukan oleh dua ulama sebelumnya.

Syuraih berkata: "Wahai Khalifah, aku ini mudah bersedih dan suka bergurau. Padahal orang yang bersedih dan suka bergurau tidak layak menjadi hakim."

Bagaimanapun alasan Syuraih itu tidak diterima oleh Khalifah al-Mansur. Syuraih dilantik menjadi hakim agung, sebab tidak ada lagi ulama yang sesuai untuk memegang jabatan tersebut.

Kisah ini mencerminkan keteguhan ulama dalam memegang prinsip untuk tidak tergoda oleh kekuasaan.

Bagi mereka, kekuasaan merupakan wajah yang sangat menakutkan. Oleh itu, ia berpotensi menyempitkan ruang gerak dan pendirian berkecuali seorang ulama.

Selain itu, jawatan sebagai hakim sangat berat, kerana ia amanah besar dan mampu memalingkan mereka daripada ibadah kepada Allah SWT.

Justeru para ulama berusaha menghindari segala macam bentuk kekuasaan dan godaan duniawi daripada diri mereka dengan melakukan pelbagai cara.

Sudah pasti keadaan ini amat berbeza dengan situasi sekarang di mana ramai para ulama yang berebut-rebut untuk merebut kuasa terutamanya politik.

Dalam usaha berkenaan mereka berusaha mengumpul kekuatan bagi membolehkan cita-cita tercapai.

Akibat tindakan tersebut, sesetengah ulama tidak lagi dilihat membimbing umat sebaliknya banyak daripada mereka menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.

Apa yang lebih malang situasi itu berlaku hanya kerana perbezaan politik. Segala kenyataan serta tindakan yang dibuat bukan lagi berlandaskan kebenaran dan tuntutan Islam. Sebaliknya atas perhitungan sejauh mana ia menguntungkan politik pihak yang mereka sokong atau sertai.

Situasi umat Islam juga menjadi semakin bercelaru apabila ada ulama yang dilihat berpengaruh membuat kenyataan-kenyataan kontroversi.

Lanjutan itu umat Islam di negara ini terus berpecah belah disebabkan semakin ramai ulama yang tidak memainkan peranan sebagai pembimbing umat sebenar.

Usah ditipu tauke emas

Posted: 17 Aug 2011 08:44 PM PDT


Abdul Razak Abdul kadir bersama para pekerjanya melayan para pelanggan yang berkunjung ke Cantik Jewellery Sdn. Bhd., baru-baru ini.


PERCAYA atau tidak, kira-kira 90 peratus masyarakat di negara ini langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kandungan emas. Tetapi mereka ini adalah antara pengunjung setia kedai-kedai barang kemas.

Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ini, selain pusat membeli-belah kedai yang menjual barang kemas juga turut sesak. Setiap orang mahu tampil dengan sebentuk cincin, seutas rantai mahupun sepasang subang baru menjelang perayaan Aidilfitri ini.

Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul kadir berkata, disebabkan sebahagian besar pengguna tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kandungan emas sebelum membeli atau menjualnya maka mereka mudah ditipu.

Mereka mudah diperdaya oleh tauke-tauke kedai emas yang tidak berprinsip dan mengejar keuntungan semata-mata. Bagaimanapun, jika mereka memilih rangkaian kedai emas milik Habib Jewels untuk menjual aset itu, jaminan pulangan terbaik diberikan kerana emas milik mereka akan dinilai mengikut kadar sebenar.

Jelas Abdul Razak, selain digunakan sebagai perhiasan diri, emas juga boleh dijadikan aset pelaburan yang menguntungkan.

"Melalui cash for gold di semua rangkaian Habib Jewels dan Cantik Jewellery, mereka boleh mendapat harga jualan emas pada harga 90 peratus daripada nilai pasaran atau RM20 (satu gram) lebih tinggi berbanding kedai lain.

"Kami berusaha membantu pelanggan-pelanggan khususnya orang Melayu dengan menyediakan alternatif jika mereka memerlukan wang.

"Pajak gadai yang sebelum ini merupakan satu-satunya jalan penyelesaian bagi masalah kewangan mengambil emas dengan kadar murah dan mengenakan sejumlah bayaran tertentu bagi mendapatkannya semula dan ia dikira satu penipuan dan penindasan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Harga emas pernah naik sehingga 210 peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dan sejak awal tahun ini ia mencatatkan kenaikan 25 peratus dan kemungkinan akan terus meningkat memandangkan harga dolar Amerika Syarikat kini jatuh merudum.

Bagi tujuan itu, Habib Jewels memperkenalkan kepingan emas atau gold bar 999 yang dibentuk mengikut berat tertentu sebagai aset pelaburan.

Katanya, kepingan emas itu boleh dijual pada bila-bila masa dan di mana sahaja di seluruh dunia kerana jenis kepingan emas yang dijual itu mempunyai nilai pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, kepingan emas itu boleh didapati di dua buah kios syarikat itu yang baru diwujudkan dua bulan lalu di Pejabat Pos Besar Menara Dayabumi, Kuala Lumpur dan cawangan Pos Malaysia di Gombak, Selangor.

"Kami berhasrat mewujudkan kios di semua pejabat pos seluruh negara sekiranya mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan," katanya.

Tambah Abdul Razak, kepingan emas itu juga boleh disimpan di rangkaian pajak gadai Islam, Habib Arrahnu sekiranya mereka takut kehilangan aset tersebut jika disimpan sendiri.

"Aset mereka bukan sahaja dilindungi dan dijamin selamat serta diberi insurans, malah layak mendapat pinjaman 75 peratus daripada nilai aset yang disimpan," katanya.

Penuhi tuntutan fardu kifayah

Posted: 17 Aug 2011 08:43 PM PDT


Ideris Zainudin menunjukkan dodol yang diusahakannya secara komersial di Melaka baru-baru ini.


ASALNYA Ideris Zainudin menjaja ais kacang di sekitar Padang Pahlawan di Bandar Hilir, Melaka.

Memang sikapnya suka bertanya terutama tentang perniagaan menyebabkan dia mempunyai maklumat secukupnya untuk memulakan satu perniagaan yang lebih besar dan menjamin masa depan.

Dalam pada itu, Ideris gigih meneruskan usahanya menjaja ais kacang bagi mengumpul modal membuka perniagaannya sendiri.

Ketika itu tahun 1979 dan dia memikirkan apakah perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak-anak.

"Selepas berkeluarga saya mula memikirkan apakah yang boleh dijadikan warisan untuk keluarga. Saya tidak mahu anak-anak berniaga di tepi jalan seperti saya.

"Saya jadi makin nekad berniaga apabila melihat ramai golongan bukan bumiputera mengusahakan produk tradisi orang Melayu. Dalam pada itu saya buat kajian mengapa kaum Cina boleh berjaya.

"Kemudian saya fikir mengkomersialkan dodol sebagai satu kewajipan. Ia umpama satu tuntutan fardu kifayah demi menyelamatkan orang Melayu daripada membeli dodol yang dibuat bukan Islam," ujar Ideris mengimbas tentang penglibatannya dalam perusahaan dodol di premisnya baru-baru ini.

Lalu pada tahun 1999, satu kawah dibeli dan dengan bermodalkan RM40,000, belakang rumah dijadikan bengkel sementara. Lalu produksi pertama dodol dihasilkan.

"Masa itu memang saya tidak terlalu fikirkan tentang keuntungan tetapi lebih kepada kewajipan.

"Memang tidak menyangka niat baik saya diizinkan Allah untuk mendapat rezeki lebih. Ketika itu pula ada satu kumpulan persatuan umat Islam Singapura menempah dodol saya untuk dieksport.

"Tempahan demi tempahan diterima dan saya mula melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D)," ujarnya yang mengusahakan perniagaan tersebut bersama isterinya.

Bermula dari satu kawah, Ideris menambah hingga menjadi tiga dalam masa enam bulan.

Malah berkat kerajinannya dia layak menerima bantuan dari Jabatan Pertanian. Bengkel yang kecil diperbesarkan dan modal turut ditambah.

"Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri saya banyak mendapat projek kerajaan.

"Ketika itu juga saya mendapat anugerah Usahawan Terbaik peringkat kebangsaan dan pelbagai lagi anugerah dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian. Pada tahun 2010 saya juga mendapat anugerah 1Best Malaysia di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)," ujarnya yang kini mempunyai enam pekerja.

Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan perusahaan dodol Ideris berkata, sejujurnya dia mengakui sedikit sebanyak ia berpunca daripada sifatnya yang suka merantau.

"Bila kita berjalan kita dapat membuka minda melihat apa yang baik di tempat orang yang boleh mendatangkan keuntungan.

"Saya paling terkesan apabila pernah menghadiri majlis kahwin yang memberikan buah tangan jeli jenama tempatan kepada tetamu, kemudian saya terfikir kenapa tidak digantikan jeli itu dengan dodol yang lebih mudah dimakan.

"Kemudian saya pernah ke Thailand dan melihat dodol di sana dibuat dalam pelbagai warna. Jadi saya pun terus melakukan R&D sendiri dan menghasilkan dodol dalam pelbagai perisa seperti durian, capuccino, strawberi, pandan dan mangga," jelasnya yang menghasilkan kira-kira 60 kilogram dodol sehari.

Ideris menyatakan bahawa dodol Melaka memang tidak boleh ditandingi mana-mana dodol sekalipun.

"Itu hakikatnya dan jika ditanya mengapa, mungkin kerana bahan utamanya iaitu gula Melaka itu sendiri," ujarnya sambil tersenyum.

Tarikan kapal terbang Jalur Gemilang

Posted: 17 Aug 2011 08:42 PM PDT


Mohd. Rahim Amatermin (kaca mata) menunjukkan trofi yang dimenanginya tahun lalu pada pertandingan menghias premis perniagaan sempena kemerdekaan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.


ADA bermacam-macam cara untuk menzahirkan rasa kesyukuran terhadap nikmat merdeka di samping menanam semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Merdeka hujung Ogos ini.

Bagi penduduk di sekitar Pasir Gudang, Johor, mereka tentunya terpegun melihat hiasan bertemakan Jalur Gemilang sebuah premis mencuci kereta yang terletak di Kampung Pasir Putih.

Dari jauh orang ramai sudah boleh menyaksikan replika sebuah kapal terbang yang di cat dengan corak Jalur Gemilang bersama dengan logo 1Malaysia yang berdiri megah.

Premis milik Perniagaan 2A Bersatu itu merupakan juara peringkat kebangsaan kategori bangunan swasta dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka tahun lalu.

Namun untuk tahun ini, dia menampilkan tarikan yang cukup berbeza hingga mampu menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang.

Pengurusnya, Abdul Halim Amatermin, 40, berkata, dia telah melakukan pelbagai penambahbaikan bukan saja dari jumlah bendera tetapi turut meletakkan tanda niaga replika kapalterbang.

"Kalau boleh kami mahu pertahankan gelaran juara. Tetapi tujuan kami membuat hiasan bendera sebegini adalah kerana semangat patriotik. Sama ada terdapat hadiah wang tunai atau tidak, bukan perkara utama.

"Saya difahamkan pertandingan dalam kategori bangunan swasta tahun ini mempertaruhkan RM3,000. Pasti lebih ramai yang akan turut serta berbanding tahun lalu yang penyertaannya secara sukarela," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Abdul Halim, nilai tambah yang dilakukan selain pertambahan bendera adalah logo 1Malaysia besar, replika menara KLCC dan beberapa hiasan lain yang diperbuat daripada barangan terpakai.

Nilai tambah lain yang menjadi keunikan bagi Perniagaan 2A Bersatu ialah bekerjasama dengan kumpulan basikal anak muda tempatan, Bike Classic Crew untuk meronda kampung dengan basikal yang 'sarat' dihiasi bendera.

"Selain dapat menanamkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara kepada anak-anak muda, usaha ini juga dapat mengingatkan orang ramai terutama penduduk di sekitar premis kami ini mengenai sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini," katanya.

Abangnya yang merupakan kontraktror, Mohd. Rahim Amatermin berkata, perusahaan mencuci kereta yang diselia oleh Abdul Halim turut mengeluarkan belanja untuk menghiasi basikal-basikal milik anggota Bike Classic Crew.

Jelasnya, usaha menghiasi premis cuci kereta milik syarikat itu dimulakan sejak dua tahun lalu bermula dengan replika kapal terbang sembilan meter panjang dan lapan meter lebar yang dicat dengan corak Jalur Gemilang yang sudah menjadi kebiasaan kepada pengguna jalan raya yang berulang-alik ke Pelabuhan Tanjung Langsat.

Replika yang diletakkan di atas tiang setinggi 10 meter itu kini menjadi daya tarikan dan tumpuan orang ramai serta kebanggaan penduduk, lebih-lebih lagi sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos tidak lama lagi.

"Modal sebanyak RM7,000 dikeluarkan dua tahun lalu untuk membeli aluminium dan besi untuk membuat replika itu.

"Ketika meletakkannya di atas tiang kami terpaksa menggunakan kren kerana beratnya mencapai 200 kilogram," katanya.

Bagi Ketua Kumpulan Bike Classic Crew, Nur Hafizan Wagimon, 16, peluang untuk menyemarakkan semangat merdeka sebegini adalah penting untuk memupuk sifat patriotik kepada golongan muda.

Katanya, kumpulan yang dianggotai pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort ini secara keseluruhannya setuju untuk turut serta kerana ia adalah aktiviti yang menarik.

"Biasanya kami akan meronda kawasan sekitar Kampung Pasir Putih selepas waktu sekolah. Puasa memang memenatkan tetapi semangat kami menyambut hari kemerdekaan negara mengatasi lapar dan dahaga," katanya.

Seorang anggota kumpulan, Sarehan Saniful Alam, 14, berkata, dia dan teman-teman lain berasa bangga ketika berbasikal dengan bendera-bendera Malaysia berkibar ketika ditiup angin.

Si manja kekal segar

Posted: 17 Aug 2011 08:41 PM PDT


Pastikan si manja selesa dan ceria ketika dalam perjalanan berhari raya. - Gambar hiasan


Kembara bersama si manja dan anak kecil untuk pulang berhari raya memang mencabar terutama sekali bagi mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata.

Cuaca panas dan perjalanan yang meletihkan menjadikan si manja berasa tidak selesa dan penat, lalu meragam.

Bagi yang suka berkemas pada saat-saat akhir, ini boleh menyebabkan mereka kurang bersedia atau terlupa membawa barang yang diperlukan si anak untuk keselesaan sewaktu perjalanan.

Tip pertama untuk perjalanan bersama keluarga yang menyeronokkan adalah berkemas awal. Pastikan semua yang diperlukan dibawa bersama.

Bayi tidak selesa

Selain daripada lapar dan letih, ada beberapa faktor lain yang membuatkan bayi atau anak kecil berasa tidak selesa, terutamanya sewaktu perjalanan.

Kebanyakan ibu menumpukan pada makanan yang mencukupi dan salinan pakaian.

Malangnya mereka sering tertinggal perkara-perkara kecil yang dapat membuatkan si manja rasa selesa dan menyesuaikan diri dalam perjalanan, terutamanya sekiranya ia merupakan perjalanan kali pertama.

Agak mustahil untuk tidak berpeluh sewaktu perjalanan di Malaysia walaupun berada dalam kereta atau pesawat yang mempunyai penyaman udara.

Suhu panas dan peluh boleh menyebabkan bayi dan anak kecil rasa tidak selesa dan kadang-kala akan mendapat ruam. Walaupun bayi tidak berpeluh dengan banyaknya, lampin mereka perlu kerap ditukar.

Membiarkan bayi dengan lampin yang kotor untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan rengsa dan ruam lampin. Si manja pula tentu akan meragam.

Semua ketidakselesaan akibat cuaca panas dan peluh menjadikan bayi dan anak kecil meragam. Ibu bapa tentu berada dalam keadaan tidak berupaya untuk membantu terutamanya jika barang yang diperlukan tidak dibawa bersama.

Oleh itu, fikirkan apa yang perlu dibawa selain daripada makanan dan pakaian?

Anak gembira

Apabila mengembara bersama bayi, setiap individu perlu tahu yang mereka kerap membuang air besar, terutamanya jika menyusu badan.

Oleh itu penting membawa bersama tisu lembap supaya mudah untuk membersihkan bayi dan krim ruam lampin yang mengandungi zink oksida untuk mencegah ruam lampin.

Dengan tisu lembap, lebih mudah untuk membersihkan punggung bayi secara berkesan berbanding kertas tisu atau kapas dengan air.

Memandangkan pek tisu lembap terdapat dalam pelbagai saiz, simpan pek kecil di dalam beg tangan anda supaya anda boleh menggunakannya untuk membersihkan bayi atau anak kecil sebelum atau sesudah makan serta mengelap peluh dan kekotoran selepas bermain.

Zink oksida diketahui dapat memberi lapisan perlindungan pada kulit daripada tersentuh air kencing dan najis yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan lama-kelamaan menimbulkan ruam lampin.

Krim ruam lampin Johnson's baby mengandungi zink oksida yang melega dan menghilangkan ruam, membantu melawan jangkitan yang menyebabkan ruam lampin dan mencegah ruam lampin dengan membentuk lapisan pelindungan.

Sekiranya risau yang anak-anak kecil kerap berpeluh ketika bermain, boleh sapukan bedak untuk menyejukkan badan mereka dan menyerap peluh yang berlebihan.

Bedak yang mengandungi bahan semula jadi honeysuckle dapat membantu menyerap peluh di samping menyejukkan dan menyegarkan kulit dengan lembut. Bedak ini juga membantu menghalang ruam panas yang menjadikannya ideal untuk mengekalkan bayi supaya segar, kering dan nyaman ketika dalam perjalanan.

Sekiranya anda mahu bayi berbau segar seperti baru lepas mandi, anda juga boleh menggunakan cologne bayi selepas setiap kali membersihkan si manja.

Johnson's baby mengucapkan kepada semua kaum Muslimin "Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin".

Lidah bakar istimewa

Posted: 17 Aug 2011 08:40 PM PDT


HIDANGAN lidah bakar yang enak menjadi hidangan istimewa buat pengunjung di bulan Ramadan.


KESEDAPAN hidangan lidah bakar hanya mampu ditentukan oleh 'lidah' orang yang telah merasainya. Memang kesedapan itu juga satu perkara yang subjektif untuk ditentukan. Lidah lembu sebenarnya satu bahagian daging yang lembut yang dimasak dengan cara yang tersendiri. Bagi penggemarnya, sudah pasti tahu bahawa Bukit Jalil Golf and Country Resort (BJGCR) menyediakan hidangan tersebut sempena buffet Ramadan tahun ini.

Direbus dengan bawang, karot, saleri selama tiga jam, bagi memastikan daging lidah lembu sedap dimakan. Apabila sudah sejuk kulitnya ditanggal, diramas dengan rempah seperti paprika dan sos istimewa kemudian dibakar.

Tukang masak yang bertanggung jawab menyediakan hidangan tersebut, Chef Atiki Taib berkata, llidah lembu memang mempunyai peminatnya yang tersendiri dan di BJGCR ia adalah satu hidangan yang dinanti-nantikan.

"Lidah bakar ini memang sedap. Ia umpama daging yang lembut di bahagian tengah dan kenyal di kelilingnya.

"Ia memang sedap dimakan dengan air asam dan sos," katanya yang telah 20 tahun pengalaman sebagai chef.

Selain hidangan istimewa lidah bakar, sempena Ramadan ini kambing panggang turut menjadi perhatian pelanggan setia mereka.

Lebih 100 menu juadah untuk dinikmati dan semuanya bertemakan selera bazar Ramadan.

Bermakna juadah yang lazimnya dijual di bazar Ramadan boleh dinikmati dengan hanya satu kali bayaran di sini.

Sempena promosi bulan Ramadan lima tempahan yang dilakukan sebelum 15 Julai ini akan mendapat satu tempat percuma.

Pakej buffet Ramadan di Bukit Jalil Golf & Country Resort bermula dari RM35 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak (4-12 tahun). Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-89961560.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved