ads

Selasa, 16 Ogos 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Norman, Memey Edar 3,200 Kad Kahwin

Posted: 16 Aug 2011 08:30 PM PDT

Kad undangan perkahwinan Norman dan Memey sudah diedar.

PETALING JAYA: Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah mula mengedarkan sebanyak 3,200 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 25 September depan di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi Johor.

Menurut Memey, sebanyak 1,200 keping kad telah diedarkan untuk saudara terdekat dan media manakala cetakkan kedua sebanyak 2,000 keping akan diagihkan kepada tetamu jemputan.

"Kami telah edarkan 1,200 keping kad terlebih dahulu kepada rakan-rakan media, saudara mara dan akan mencetak sebanyak 2,000 keping lagi untuk diedarkan kepada tetamu jemputan yang lain.

"Sementara itu, jemputan untuk rakan-rakan artis hanya dibuat pada majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, 28 September nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Kad undangan rekaan Luts Design ini memaparkan gambar eksklusif pasangan bakal pengantin mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail dan menggunakan jurugambar profesional Anas Easkey.

"Kita telah melakukan sesi fotografi pada beberapa bulan lalu dan gambar-gambar eksklusif itu telah tersebar di beberapa laman blog baru-baru ini.

"Tapi biasalah perkara-perkara tersebut merupakan lumrah dan ia di luar kawalan kami," ujarnya.

Dalam pada itu, untuk majlis di Kota Tinggi, Ezuwan Ismail bertindak sebagai pereka busana bagi majlis akad nikah yang akan diadakan selepas Asar pada 24 September.

Majlis resepsi berkonsepkan dalam taman yang akan diadakan sehari selepas itu pula menampilkan Hatta Dolmat sebagai pereka fesyen untuk majlis persandingan manakala Rizman Ruzaini bagi acara potong kek.

Pasangan ini mendapat tajaan bernilai RM12 juta untuk majlis di Kuala Lumpur.

Nikah : Chef Wan Mahu Nazri Tidak Terburu-Buru

Posted: 16 Aug 2011 08:29 PM PDT

Chef Wan

PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menasihati anaknya Mohd. Nadzri,30, supaya mengenali pasangannya dengan lebih mendalam sebelum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga.

Chef Wan berkata, untuk mengahwini seseorang bukan seperti menukar baju, sebaliknya anaknya itu perlulah mengenali hati budi seseorang wanita terlebih dahulu.

"Sebagai ayah saya hanya boleh menasihati dia supaya memilih pasangan yang tepat untuk masa depan rumah tangganya dan tidak tergopoh gapah untuk berkahwin semata-mata menurut kehendak hati," katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari New Zealand, di sini, Selasa.

Chef Wan berada di negara itu sebagai duta makanan mewakili Malaysia di Wellington on the Plate Food Festival, Auckland.

Riz bersama Ana Dahlia

Beliau diminta mengulas mengenai pengakuan Nadzri atau Chef Riz yang mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon Ana Dahlia.

Riz turut berkata dia sedang memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius termasuklah soal berumah tangga.

Chef Wan memberitahu Riz perlu mengambil masa untuk mengenali diri Ana Dahlia sepenuhnya termasuklah keluarga pelakon wanita itu.

"Saya nasihat agar mereka tidak terburu-buru (untuk berkahwin) dan perlu mengambil masa untuk mengenali hati budi dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Mencari pasangan tidak hanya memandang kepada paras rupa tetapi juga hati budi seseorang itu yang akan kekal selamanya," jelasnya.

Sepah Tidak Berpecah, Cuma Salah Faham

Posted: 16 Aug 2011 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Sepah, Shuib mengakui terkilan dengan kontroversi kononnya mereka akan berpecah selepas memenangi pertandingan Maharaja Lawak lalu.

Jelasnya, apa yang dimaksudkan dengan berpecah adalah tiada halangan untuk menerima tawaran secara berseorangan dalam mana-mana persembahan atau lakonan.

"Pertama sekali saya ingin terangkan bahawa kami tidak berpecah, saya rasa ada salah faham dari kenyataan yang dikeluarkan daripada salah seorang anggota Sepah.

"Apa yang cuba mereka sampaikan ialah kami boleh berpecah-pecah jika mendapat tawaran persembahan pentas atau berlakon dan bukan semestinya bertiga," jelasnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

Kata Shuib, disebabkan khabar angin tersebut dia menerima beberapa panggilan daripada peminat tidak dikenali yang meluahkan rasa kecewa mereka.

"Lebih terkilan apabila ramai peminat yang telefon saya untuk meluahkan rasa kecewa mereka kerana telah berhabis duit mengundi kumpulan kami dalam Maharaja Lawak lalu.

"Saya rasa bersalah dengan mereka kerana mereka ingin melihat Sepah terus berada di industri ini secara berkumpulan bukan secara solo.

"Jujurnya, saya akui kami tidak akan kuat jika bergerak sendiri tanpa salah seorang daripada kami," tuturnya.

Dalam pada itu, Shuib akui ada beberapa tawaran yang tidak dapat dipenuhi ketiga-tiga mereka atas sebab-sebab tertentu.

"Kami sudah berkawan lama dan berjanji tidak akan menyekat rezeki masing-masing.

"Jika salah seorang daripada kami sibuk dan tidak dapat menyertai, kami tetap akan meneruskan persembahan biarpun berdua atau seorang," katanya.

Anita Baharom Jual Popiah Dalam Pantang

Posted: 16 Aug 2011 08:25 PM PDT

Anita bersama-sama anak dan suaminya sewaktu menyambut majlis berbuka puasa anjuran Astro tahun lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Anita Baharom yang sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya, Mohamad Dhia Iskandar pada 12 Julai lalu mengakui amat seronok menjual popia mini 'crispy' sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Walaupun sedang berpantang, ia tidak menghalang Anita untuk mengisi masa lapangnya dengan berniaga secara kecil-kecilan ketika berada di rumah.

"Sekarang ini saya sedang bercuti panjang daripada karier seni selepas melahrikan Iskandar.

"Saya hanya membuat perniagaan ini sekadar suka-suka disebabkan tiada aktiviti apabila anak saya tidur. Lagipun saya membuat perniagaan ini sendirian dan perlu bijak bahagikan masa dengan anak-anak," ujarnya kepada mStar Online.

Katanya, setakat ini banyak tempahan yang diterima daripada rakan-rakan artis dan teman rapat.

Mohamad Dhia Iskandar dilahirkan pada 12 Julai lalu.

Biarpun tidak menang tangan, dia masih menerima tempahan popia yang dijual dalam dua perisa iaitu Horlicks dan Milo.

"Saya masih mengambil tempahan dan setiap balang dijual pada harga RM7 (kecil) dan RM18 (besar)," katanya lagi yang akan pulang beraya di kampungnya di Sungai Petani, Kedah dan Johor Bahru (sebelah suami) pada tahun ini.

Menyentuh tentang karier seni, Anita yang mesra dengan panggilan Ita ini terpaksa memilih kerja yang memudahkannya membawa anaknya bersama kerana dia tidak mempunyai pembantu rumah.

"Selepas empat orang pembantu rumah berhenti kerja, saya sudah serik untuk mengambil pembantu rumah lagi sebaliknya menguruskan rumah dan anak sendiri dengan bantuan suami.

Anita menjual popiah mini 'crispy' sepanjang bulan Ramadan ini.

"Buat masa ini saya belum menerima apa-apa tawaran berlakon kerana sibuk menjaga anak yang sedang menyusu badan.

"Mungkin jika ada tawaran nanti, saya akan mencari pembantu peribadi untuk menjaga anak kerana saya akan membawa anak bersama-sama di lokasi penggambaran," ujarnya yang gembira dengan kelahiran Iskandar yang melengkapkan sepasang anak perempuan dan lelaki.

Hasil perkahwinan selama enam tahun dengan Mohd Ismadi Ismail, pasangan ini turut dikurniakan anak perempuan bernama Syifa Dhia Nurina, 4.

Sementara itu bagi mereka yang ingin membuat tempahan popia bolehlah menghubungi 012-2485811.

Putus Cinta Tak Halang Mimi & Jojoe Jadi Sahabat

Posted: 16 Aug 2011 08:24 PM PDT

Mimi (dua dari kanan) dan Jojoe (kanan) bersama-sama ahli dan bekas ahli One Nation Emcees di rakaman Melodi Raya 2011.

PETALING JAYA: Awal bulan Ramadan lalu membuka lembaran sedih buat pasangan Shamimi Amalina Norhisham (Mimi) dan Nur Hasan Baias (Jojoe) dari kumpulan One Nation Emcees yang baru putus cinta selepas beberapa tahun bersama.

Bagaimanapun, hubungan mereka masih rapat dan mesra seperti dulu memandangkan mereka masing-masing bergerak dalam satu kumpulan.

"Kami mengambil keputusan untuk berkawan sahaja dan memikirkan tentang diri masing-masing. Kami membuat keputusan ini setelah sama-sama berbincang dan merasakan ia suatu yang terbaik setakat ini.

"Namun kami tidak menolak andainya kami ada jodoh dan bercinta semula," kata Mimi.

Sementara Jojoe yang turut mengakui perihal tersebut tidak banyak menceritakan tentang hubungan yang telah berkubur itu sebaliknya gemar berbual tentang lagu terbaru mereka.

"Kami tiada masalah antara satu sama lain dan masih boleh bekerjasama untuk membuat persembahan.

"Terbaru, kami baru sahaja muncul dengan lagu baru berjudul Psiko," kata Jojoe.

Pasangan itu ditemui sewaktu rakaman Melodi Raya 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

'Game of Thrones' Siri Adaptasi Terbaru HBO Bermula Ahad Ini

Posted: 16 Aug 2011 08:20 PM PDT

Aktor Nikolaj Coster Waldau sebagai Ser Jaime Lanniste dalam sebuah babak drama bersiri Game of Thrones.

KUALA LUMPUR: Siri terbaru, Game of Thrones (GOC) yang diinspirasikan daripada buku fantasi terlaris George R.R. Martin iaitu A Song of Ice and Fire akan ditayangkan pada setiap Ahad pada pukul 10 malam bermula 28 Ogos ini di saluran HBO (saluran 411) atau 11 malam di HBO HD (saluran 431).

Pada setiap minggu, dua episod GOC akan disiarkan secara berturut-turut selama lima minggu.

Siri ciptaan David Benioff dan D. B. Weiss ini dibintangi oleh Sean Bean, Lena Heady, Peter Dinklage, Emilia Clarke dan Nikolaj Coster-Waldau.

GOC memaparkan tentang sebuah dunia berlainan yang mengalami musim panas berpanjangan dan musim sejuk yang tidak berkesudahan. Di sini perjuangan untuk Iron Throne (Takhta Besi) telah bermula.

Ia meliputi sudut di bahagian selatan di mana bahang kepanasannya melahirkan plot yang penuh muslihat dan penuh keganasan di bahagian Timur sehingga sampai ke kawasan jauh di Utara yang beku diliputi salji.

Drama arahan Tim Van Patten, Brian Kirk, Daniel Minahan dan Alan Taylor ini berkisar mengenai dua keluarga yang bergelut kuasa untuk mengambil alih Seven Kingdoms of Westeros yang melibatkan raja-raja dan permaisuri.

Penggambaran siri ini berlangsung di Paint Hall Studio di Belfast, Ireland Utara, selain pelbagai lokasi lain di sekitar Ireland Utara dan Kepulauan Malta.

Untuk maklumat lanjut mengenai waktu siaran, layari www.hboasia.com/gameofthrones.

Arah Cup Prix selepas Aidilfitri

Posted: 16 Aug 2011 08:01 PM PDT

CATAT SEJARAH...Filem Kongsi arahan Farid raih kutipan cemerlang.
CATAT SEJARAH...Filem Kongsi arahan Farid raih kutipan cemerlang.

FASA hidup yang dilalui Farid Kamil Zahari, 30, jauh berbeza jika dibandingkan dengan pembabitannya dalam bidang seni sejak lapan tahun lalu.

Di awal kemunculannya pada 2004, dia dianggap bertuah kerana diberi peluang berganding bersama pelakon popular, Erra Fazira menerajui filem 7 Perhentian.
Ketika itu, segelintir peminat melontarkan pandangan sinis apakah bakat baru sepertinya layak memainkan tanggungjawab besar itu.

  • Foto

    SOKONGAN...Farid selesa bernaung bersama MIG.

  • Foto

    YAKIN...hubungan cinta bersama Diana masih terjalin.


Namun, jejaka berusia 30 tahun ini enggan putus asa mencuba mahupun mempedulikan pandangan skeptikal yang diterima. Sebaliknya, dia berusaha mengasah bakat hingga merealisasi impian bergelar pengarah enam tahun kemudian menerusi V3: Samseng Jalanan.

Menimba pengalaman dari bawah, rezeki Farid semakin mencurah apabila terus meraih pelbagai peluang berlakon. Mengikut profil daripada laman sesawang Sinema Malaysia, Farid sudah membintangi 29 filem termasuk mengarah filem kedua, Kongsi. Filem ini juga mencatat sejarah buat Farid dan produsernya, David Teo apabila mencatat kutipan RM8.5 juta.

Filem ketiga arahannya, PE3 bakal menyusul nanti. Sementara itu, Farid masih sibuk dengan aktiviti penggambaran dan kerja produksi. Dalam kesibukan itu, dia tidak melupakan komitmen memenuhi jemputan seperti acara majlis berbuka puasa yang diadakan.

Pemuda berasal dari Alor Setar, Kedah ini mengakui jadual kerjanya tidak terbatas walaupun berdepan cabaran berpuasa. Daripada aspek lakonan, dia baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri 26 episod, Wasiat arahan Faisal Ishak.

"Dalam sibuk berlakon, saya masih memberi fokus PE3 yang kini melalui proses pasca produksi. Saya juga dalam proses praproduksi untuk mengarah filem baru, Cup Prix yang dijangka memulakan penggambaran selepas Aidilfitri nanti. Ia masih menampilkan genre aksi dan skrip dihasilkan adik saya, Fadzil.

"Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan kali ini berbeza dengan Remp-it dan V3: Samseng Jalanan. Plot masih membawa subjek motosikal, tetapi ia lebih menjurus kepada kehidupan pelumba profesional. Menariknya dalam filem ini, saya akan mengambil syot atau situasi sebenar yang berlaku di litar lumba," katanya penuh semangat.

Minat Farid terhadap subjek motosikal masih menebal. Malah, memang mengikut perancangan, mahu menghasil�kan sekuel Kongsi dan ia kini masih dalam proses pembikinan skrip.

Barisan pelakon dan plot yang ingin disampaikan belum dipastikan lagi, tetapi Farid berharap sekuel kali ini lebih hebat berbanding cerita pertama.

Atas kejayaan Kongsi mengaut keuntungan tertinggi dalam trek rekod filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) sebanyak RM8.5 juta, Farid menerima habuan RM50,000 sebagai bonus manakala RM50,000 diberikan untuk kos melanjutkan pengajian perfileman ke luar negara.

Penerima Anugerah Bakat Muda Seni Lakon pada Anugerah Seni Negara (2009) sudah lama merancang mahu merealisasikan impian menimba ilmu di luar negara. Adanya peluang ini, dia memilih Australia dan dijangka memulakan pengajian pada pertengahan tahun depan.

"Seharusnya, saya bersyukur atas kepercayaan David Teo pada hasil kerja saya selama ini hingga mendapat habuan sebesar ini. Di Australia, saya akan mengambil kursus pendek khusus dalam bidang pengarahan aksi. Bagi saya, duduk di MIG dalam keadaan selesa memerlukan kerja keras secara konsisten.

"Selama ini, saya berasa beruntung kerana diberi kebebasan untuk berkarya termasuk mengarah dan berlakon filem sendiri. Malah adanya pemberian bonus seperti ini, saya menganggap ia suatu yang berbaloi atas usaha yang dilakukan," katanya.

Melihat pada pencapaian cemerlang Farid bersama MIG, dia menolak pandangan segelintir yang mengatakan dia kini menjadi anak emas David dan MIG. Menepis pandangan itu, artis Wajah Eksklusif Astro ini juga tidak mendabik dada untuk bersikap 'demand' terhadap tawaran yang diterima.

Katanya, dia tidak berasakan perkara itu berlaku pada diri�nya sebaliknya berpandangan, dia bertuah menerima kemudahan yang lebih daripada orang lain.

"Di MIG sebenarnya, setiap pengarah mempunyai peng�khususan sendiri. Seperti saya lebih cenderung pada genre aksi, Azhari Zain pula pada seram, Ismail Bob Hasim (Bob) membawa komedi manakala Hashim Rejab tertumpu pada genre drama.

"Tidak salah untuk saya mencuba genre lain asalkan saya masih menggunakan genre asal diadun seperti aksi komedi atau aksi romantik.

"Mengikut kontrak bersama MIG, saya masih mempunyai baki tujuh filem baru yang akan disiapkan berbanding 10 filem yang ditawarkan," katanya.

Terikat kontrak bersama MIG, dia menyatakan masih bebas berlakon dengan mana-mana produksi, tetapi harus memberi fokus mengarah bersama MIG. Malah, dia selesa terus berlakon dan mengarah pada masa sama.

"Banyak tawaran daripada produksi luar yang saya terima, tetapi terpaksa ditolak kerana saya mempunyai komitmen pada filem dan drama sedia ada. Masa kerja saya sebenar�nya terhad.

"Tahun depan, saya mempu�nyai projek besar mahu mengarah filem Gerila yang memfokuskan kisah tentera. Projek ini menyaksikan kolaborasi bersama Bob dan saya akan bertanggungjawab sebagai pengarah aksi," katanya.

Menyentuh soal peribadi, Farid gembira kerana hubungan cinta bersama Diana Danielle kembali berputik. Seperti pasangan lain, Farid tidak menafikan menyimpan hasrat menamatkan zaman bujang, tetapi masih belum membuat keputusan mengenai tarikhnya.

"Mungkin saya belum dapat gerak hati untuk menamatkan hubungan kami ini. Buat masa ini, hubungan kami berjalan lancar dan saya selesa bersamanya.

"Sejak Ramadan, kami sebenarnya tidak mempunyai masa berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Cuma, kami berhubung menerusi telefon.

"Bagi saya, apa yang berlaku pada hubungan kami sebelum ini menjadi pengajaran dan mematangkan fikiran saya sebagai lelaki. Susah untuk saya kata mengenai kelebihan dia, tetapi dia seorang lemah lembut dan paling penting, sangat menghormati orang yang lebih berusia daripadanya," katanya yang tidak mempunyai masalah mengenai pertanyaan peminat terhadap soal peribadi.

Mengenai persiapan Aidilfitri, Farid menyatakan dia akan bercuti selama seminggu untuk balik ke kampung keluarganya di Alor Setar dan Jitra, Kedah.

Di kesempatan itu, dia berhasrat mengadakan rumah terbuka untuk peminat sempena kejayaan filem Kongsi pada raya ketiga di kediaman ibu bapanya di Jitra.



PROFIL:

NAMA: Farid Kamil Zahari
TARIKH LAHIR: 5 Mei 1981
USIA: 30 tahun
ASAL: Alor Setar, Kedah
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pengarah, penulis skrip dan pelakon
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Persembahan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM)

FILEM: Cinta Kolestrol (2003), Kuliah Cinta, Hingga Hujung Nyawa, 7 Perhentian dan Tangkai Jering (2004), Potret Mistik, Cinta Fotokopi, Lady Boss dan Anak Mami Kembali (2005), Main-Main Cinta dan Remp-it (2006),
Chermin dan Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang, Evolusi KL Drift, Apa Kata Hati dan I'm Not Single (2008), Papadom, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Duhai Si Pari Pari (2009), V3: Samseng Jalanan, Evolusi KL Drift 2,
Semerah Cinta Stileto, Lagenda Budak Setan, Cuti-Cuti Cinta, Estet dan Aku Masih Dara (2010), 3,2,1 Cinta, Apokalips dan PE3.

DRAMA: Fakulti, Begitulah Cinta, Takdir Yang Terindah, Enigma, Tiga Janda, Mata Di Jiwa, Cinta Tikar Sejadah, Mertua vs Menantu 2, Korban 44, Lu'lu, Lagenda Budak Setan, 7 Lagu dan Wasiat

TEATER: Di Mana Bulan Selalu Retak (2003)

GCM buat enam laporan polis

Posted: 16 Aug 2011 07:59 PM PDT

LAPOR...Zainuddin menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung gerakan memurtadkan orang Islam di IPD Shah Alam, semalam.
LAPOR...Zainuddin menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung gerakan memurtadkan orang Islam di IPD Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Enam laporan polis dibuat Gerakan Cegah Murtad (GCM) di beberapa balai polis berhubung kegiatan sesetengah pihak yang berniat memurtadkan umat Islam di negeri ini, di sini, semalam.

Timbalan Presiden Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (Pertama), Zainuddin Muhammad membuat laporan polis bersama beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.


Beliau berkata, program yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu mempunyai agenda halus untuk mengembangkan Kristian di kalangan penganut Islam.

Katanya, jika perkara itu (memurtadkan orang Islam) tidak dicegah, gerakan bagi menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia juga tidak mungkin akan berjaya.


"Walaupun Malaysia memberi kebebasan beragama diamalkan, percubaan halus memurtadkan orang Islam sangat melampau dan mesti dihalang kerana ia salah di sisi undang-undang.


"Kami (GCM) mendesak supaya polis dan pihak lain yang bertanggungjawab menyiasat perkara ini dengan terperinci," katanya.

Menurut Zainuddin, agama Islam adalah agama Persekutuan dan kes ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.


Bagaimanapun, katanya GCM tidak akan berdiam diri membiarkan pihak yang sepatutnya dihadapkan ke muka keadilan terlepas begitu saja tanpa hukuman setimpal.

"Kami membuat laporan ini supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil, namun jika tiada siasatan dijalankan, kami akan terus bertindak supaya perkara ini boleh dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan.


"Selain itu, kami tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana agama tidak harus menjadi alat untuk berpolitik," katanya.

Cari ilmu sambut bayi

Posted: 16 Aug 2011 07:55 PM PDT

DYNAS...cukup berhati-hati dengan segala keperluan Khyra.
DYNAS...cukup berhati-hati dengan segala keperluan Khyra.
DR KHOO...dapatkan pengetahuan asas penjagaan bayi lebih awal.
DR KHOO...dapatkan pengetahuan asas penjagaan bayi lebih awal.

MENEMPUH pengalaman hamil selama sembilan bulan adalah sesuatu yang sungguh menakjubkan dan pastinya kelahiran cahaya mata amat dinanti-nantikan.

Bagaimanapun, terdapat persoalan dan kebimbangan bagi ibu yang baru melahirkan anak ataupun pertama kali menjadi ibu dan bapa selepas bayi berkenaan dilahirkan antaranya, kenapa bayi saya menangis? Kenapa bayi saya tidak mahu tidur? Adakah saya memiliki susu badan yang mencukupi? Kenapa punggung anak saya kemerahan? Saya mengalami keletihan melampau.

Pakar Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Khoo Phaik Choo berkata, perkara ini boleh dielakkan sekiranya ibu bapa mendapatkan pengetahuan asas penjagaan bayi lebih awal sebelum bayi dilahirkan.

Menurutnya, setiap peringkat kelahiran adalah berbeza menyebabkan wujud persoalan berlainan di kalangan ibu bapa iaitu apabila bayi baru dilahirkan, bentuk pemakanannya, proses pencernaan, penjagaan kulit bayi dan waktu rehat untuk ibu itu sendiri.


"Bentuk pemakanan awal yang sebaik-sebaik diberikan kepada bayi baru lahir sudah tentulah susu ibu kerana ia mengandungi segala keperluan yang diperlukan bayi bagi membentuk sistem ketahanan badan terhadap segala jangkitan.


"Seelok-eloknya bayi disusukan sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam," katanya ditemui di bengkel Menjawab Kebimbangan Ibu Terhadap Persoalan Bayi Baru Lahir anjuran jenama lampin bayi, Pet Pet.

Malah, proses pencernaan bayi juga berbeza dengan golongan dewasa dan kekerapan pembuangan air kecil dan besar antara setiap bayi juga berbeza kerana ia bergantung kepada bentuk pemakanan yang diberikan kepadanya.

Selain itu katanya, adalah perkara biasa sekiranya bayi meneran ketika membuang air kecil atau besar dan ibu bapa tidak perlu risau jika keadaan ini berlaku pada anak mereka.

Bagaimanapun, ibu muda juga bukan saja perlu mengimbangi antara perubahan emosi dan hormon, tetapi turut mengetahui apa yang perlu dilakukan berdasarkan gerak hati mengenai apa yang terbaik bagi bayi mereka.

Contohnya jika bayi menangis ia adalah perkara biasa, tetapi perbuatan itu memberikan kesan kepada ibu bapa dan menimbulkan kerisauan.

Dr Khoo berkata, menangis adalah cara bayi berkomunikasi dengan ibu bapa mereka bagi memberitahu sama ada mereka rasa lapar, sakit, takut, mengalami ketidakselesaan akibat kekotoran lampin dan sebagainya.

"Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk mengesan bentuk tangisan yang dizahirkan bayi bagi membolehkan tindak balas sewajarnya diberikan.

"Bagaimanapun, ia adalah cabaran paling rumit yang perlu dihadapi ibu bapa dalam menentukan bentuk tangisan bayi mereka. Jika tidak pasti, ibu bapa perlu bertenang dan dakap anak (rapat ke dada tetapi tidak terlalu kuat) untuk mengalihkan perhatian mereka sambil mendodoi atau meng�gosok belakang badan anak perlahan-lahan supaya dia berasa tenang dan selesa," katanya.

Hadir sama Pengarah Perdagangan Disposable Soft Goods (DSG), Foo Yoke Mun dan selebriti, Dynas Mohktar bersama bayinya, Khyra Khaliyssa, 15 bulan.

Sementara itu, Dynas turut berkongsi pengalamannya mengenai cara penjagaan anak memandangkan Khyra boleh dikatakan 'anak keduanya' selepas mengalami keguguran sebelum ini.

Tidak dinafikan katanya, disebabkan itulah dia amat berhati-hati dalam segala hal berkaitan Khyra. Malah, dia juga risau banyak perkara yang berkaitan dengan anak kesayangannya itu.

"Ketika kecil Khyra mengalami ekzema yang agak teruk di bahagian kepalanya. Saya dan suami mencuba pelbagai krim untuk membantu melegakan ketidakselesaan Khyra kerana ekzema menyebabkan dia berasa gatal.

"Malah, kulitnya yang sensitif juga menyebabkannya mudah terdedah kepada masalah ruam lampin. Saya cukup berhati-hati dalam memilih lampin pakai buang," katanya.

Dia yang memberikan susu badan sepenuhnya kepada Khyra berkata, kepada ibu muda yang baru pertama kali memperoleh anak jangan menganggap tanggungjawab baru itu sebagai satu bebanan sebaliknya lakukannya dengan perasaan gembira.

"Walaupun sibuk bekerja pastikan setiap memori yang berlaku pada tumbesaran anak dicatatkan ataupun dirakamkan sebaik mungkin kerana ia adalah kenangan yang sukar dicari dan tidak boleh diulang semula.

"Saya sendiri pernah terlepas untuk mendengar perkataan pertamanya iaitu 'bibik nak mamam' yang menyebabkan saya berasa cukup terkilan sehingga kini," katanya.

Diulit bahagia

Posted: 16 Aug 2011 07:52 PM PDT

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Ramadan tahun ini lebih bermakna

JADUAL kerja Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dalam bulan puasa ini tetap padat dengan pelbagai perancangan untuk mengembangkan dan mengukuhkan kerjaya seninya.
Ketika ini dia sabar menanti kemunculan video klip lagu terbarunya, Takeover yang akan disiarkan di MTV Asia pada 19 Ogos nanti. Video klip itu dibuat di Miami.
Dalam menanti kemunculan video klip itu, Mizz Nina sudah melakukan persediaan untuk menghasilkan lagu baru nyanyiannya kerana mengikut perancangan mahu dikeluarkan tahun depan.

Mujurlah dalam proses menyiapkan lagu terbaru itu, dia sangat beruntung kerana mendapat sokongan daripada suaminya, Noh Salleh atau Noh Hujan.

Biarpun Noh sendiri memang agak sibuk menyiapkan lagu baru untuk kumpulan Hujan yang dijangka mahu dipasarkan bulan depan, tetapi masih mempunyai masa menemani isterinya di studio rakaman.

"Bulan puasa memang masing-masing sibuk. Walaupun tak ada persembahan, Noh banyak menghabiskan masa di studio, manakala saya sibuk di rumah.
"Kali pertama berpuasa dan beraya sebagai pasangan suami isteri, rasa lain sikit sebab sebelum ini dengan keluarga tapi sekarang apa-apa pun berdua," kata Mizz Nina.

Mengulas mengenai lagu TakeOver, Mizz Nina yang kadang kala disapa dengan panggilan Nina saja, menjelaskan single itu dikeluarkan pada Jun lalu dan dinyanyikan secara berduet dengan penyanyi antarabangsa, Flo Rida. Sebelum ini, Nina muncul dengan dengan lagu single, What You Waiting For pada tahun 2010.

Tidak menumpukan kepada lagu Inggeris saja, Nina mengorak langkah menghasilkan lagu berbahasa Melayu yang akan dimuatkan dalam albumnya nanti.

"Masih lagi mengumpul bahan sesuai untuk lagu baru itu nanti dan lagu itu mungkin berentak mid-tempo atau electro bersesuaian dengan lagu saya sebelum ini. Album belum diputuskan lagi kerana nak tumpukan kepada single dulu.

"Alhamdulilah single terbaru saya setakat ini mendapat sambutan," jelasnya.

Mizz Nina adalah anggota kumpulan Teh Tarik Crew. Menjadi satu-satunya ahli wanita dalam Teh Tarik Crew, dia berjaya menjadi penyanyi solo yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Sepanjang penampilannya secara solo, Mizz Nina menyanyi lagu Bahaya yang turut menampilkan Dayang Nurfaizah, manakala dalam video muzik untuk lagu What You Waiting For pula, penyanyi ini mengundang Colby O'Donis.

Sementara itu, video klip terbaru Nina itu juga boleh ditonton melalui laman web rasminya, www.mizznina.com, Jumaat ini yang turut memuatkan pelbagai barangan cenderamata daripadanya.

Bukan saja lagu single, malah peminatnya boleh membeli barangan cenderamata yang direka khas oleh Nina dan akan mula terjual di laman terbabit selepas Aidilfitri nanti.

"Saya ada jual beg sandang, slim bag, singlet dan aksesori lain. Semuanya ada tujuh jenis barangan yang direka khas oleh saya sendiri.

"Barangan ini ditempah di Bandung khas buat peminat saya dengan reka bentuk dan corak yang menarik sesuai dengan golongan muda," jelasnya.

Walaupun bulan puasa, masa yang dikhaskan untuk berehat digunakan sebaik mungkin termasuk menumpukan kepada penghasilan single dan albumnya.

Teruja sambut raya di Sarawak

BAGI sesetengah artis, ada lebih gemar beraya di kampung halaman tetapi bagi Mizz Nina kesempatan itu tidak pernah dirasainya kerana keluarganya memang menetap di ibu negara.

Berkesempatan beraya di kampung halaman suami di Sarawak memberi peluang kepadanya merasai suasana beraya di rumah mentua selama seminggu.

"Mulanya beraya di sini (Kuala Lumpur), kemudian ke Miri dan Kuching di rumah keluarga suami. Saya sudah tak rasa kekok dengan keluarga suami, malah rasa teruja nak beraya dengan mereka.

"Persiapan raya setakat ini masih belum buat apa-apa lagi mungkin lagi seminggu nak raya baru nak siapkan lagi pun kami berdua saja jadi persiapan pun sederhana," katanya. Pasangan ini bernikah pada 1 Julai lalu.

Berpeluang mengecapi percutian berbulan madu di luar negara, ia sememangnya meninggalkan kenangan indah buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga bulan lalu. Malah kesempatan itu digunakan mereka untuk beristirehat sepenuhnya setelah penat bekerja disamping meluangkan masa berdua.

"Kami ke London empat hari, begitu juga Rome kemudian ke Maldives. Kali pertama dapat menjejakkan kaki di bumi Maldives memang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata sebab terlampau cantik.

"Masa yang ada itu kami gunakan sebaik mungkin untuk berehat. Kenangan yang kami tak boleh lupa ketika di London kena beratur sejam lebih nak tengok Festival Muzik, tiba-tiba tak boleh masuk sebab penuh sesak," katanya.

Namun, pasangan itu belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat kerana lebih fokus kepada kerjaya masing-masing.

Jawablah! Untuk apa kami bergaduh!

Posted: 16 Aug 2011 07:51 PM PDT

JOHAN (kiri) dan Zizan tidak bergerak secara berkumpulan.
JOHAN (kiri) dan Zizan tidak bergerak secara berkumpulan.
Jozan bukan kumpulan tapi gabungan dua nama khusus untuk Maharaja Lawak

ZAHIRNYA mereka nampak mesra. Suka buat lawak serta saling mengusik antara satu sama lain.
Malah pasangan pelawak ini dikatakan cukup serasi dan setiap kali mereka berdua digabungkan pasti jenaka yang mereka ketengahkan akan menghiburkan. Namun, siapa sangka di sebalik kemesraan yang mereka tunjukkan itu, hanyalah sekadar pura-pura semata.
Khabarnya sejak berada di dalam program Maharaja Lawak lagi, dua pelawak sensasi ini iaitu Johan dan Zizan (Jozan) dikatakan tidak sebulu. Puncanya, Johan makan hati dengan sikap Zizan yang tidak memberikan sepenuhnya komitmen terhadap persembahannya untuk pertandingan itu gara-gara jadualnya yang terlalu sibuk dengan aktiviti lain.

Sudahnya, Johan terkontang-kanting berusaha, memerah otak mencari idea bagaimana untuk menghasilkan lawak yang bermutu sedangkan perkara itu akan menjadi lebih mudah seandainya Zizan menghulurkan bantuan.

Dan kekalahan mereka di tangan kumpulan Sepah juga menjadikan Johan panas hati dan berlakulah babak saling menuding jari siapakah yang bertanggungjawab di atas kekalahan itu.

Untuk mendapatkan kepastian sebenar adakah Johan dan Zizan saling bermusuhan, Hip mendasari hati dua lelaki ini ketika bertemu mereka di sebuah restoran di ibu negara petang kelmarin.
Sambil mengakui terkilan dengan dakwaan itu, mereka juga tanpa ragu-ragu menyifatkan gosip mereka berdua bergaduh itu timbul disebabkan ada pihak yang dengki dengan kejayaan yang mereka kecapi ketika ini.

Hip: Betulkah anda sebenarnya ada masalah tapi depan orang ramai pura-pura mesra.

Johan:
Saya sebenarnya hairan bagaimana cerita seperti ini boleh timbul? Antara kami tiada sebarang masalah. Kami tidak pernah bergaduh seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Jadi untuk apa kami bersikap hipokrit. Mungkin ada pihak yang salah faham dengan cara kami berlawak di atas pentas iaitu saling 'laser melaser' antara satu sama lain. Itu hanyalah lakonan ataupun dalam bahasa hiburan "propa" semata-mata. Selalunya kalau kami beraksi seperti lelaki lembut dan mengenakan salah seorang daripada kami, itu maknanya kami hanya berjenaka dan bukannya kerana kami tak puas hati. Kami rasa mungkin disebabkan cara kami itu membuatkan orang luar menyangkakan yang kami memang benar-benar bermasam muka.

Hip: Ada yang menyampaikan kononnya permusuhan itu berlaku disebabkan Zizan tidak memberikan sepenuh komitmen sepanjang Maharaja Lawak dan ini membuatkan Johan makan hati. Benarkah begitu?

Zizan:
Setahu saya sepanjang program itu berlangsung, saya tidak pernah gagal dalam memberikan komitmen. Saya tetap memberikan idea pada Johan walaupun ada ketika idea itu tidak diguna pakai. Malah, walau penat mana pun, saya tetap mengutamakan program Maharaja Lawak. Kalau ada penggambaran di luar, saya akan pastikan saya tetap pergi membuat latihan walaupun sehingga lewat pagi. Jadi, dakwaan yang mengatakan saya tidak memberikan sepenuh komitmen adalah tidak benar dan ia seperti mahu memburuk-burukkan saya.

Hip: Reaksi anda ketika membaca gosip itu?

Johan:
Saya rasa cerita yang mengatakan kami bergaduh itu sudah dua kali tersiar di media. Kali pertama membacanya, saya ketawa kerana cerita itu memang tidak benar. Kali kedua cerita yang sama tersiar, ketika itu kami mahu berangkat ke London untuk penggambaran telefilem Drogba dan Rooney. Masa itu memang terkejut lebih-lebih lagi apabila gosip itu ditulis berdasarkan sumber dari pihak produksi. Apa tujuannya produksi itu memberitahu perkara yang tidak benar? Walaupun kami adalah pelawak, tapi kami ada hati dan perasaan. Rasa terkilan sangat kerana gosip seperti ini seolah-olah mahu menjatuhkan kami. Saya percaya mereka yang menyebarkan tohmahan ini adalah mereka yang tidak senang dengan kejayaan kami. Bila gosip seperti ini tersiar, yang akan jadi mangsa selain kami adalah peminat. Tak pasal-pasal mereka juga akan bertelagah disebabkan gosip kononnya kami berdua bergaduh.

Hip: Mustahil kamu berdua tidak pernah bergaduh

Johan:
Memanglah pernah bergaduh tapi bukanlah disebabkan masalah peribadi tetapi lebih kepada kerja. Contohnya, sewaktu Maharaja Lawak, kami saling bertukar idea dan masing-masing cuba mempertahankan idea siapakah yang perlu digunakan. Itu adalah perkara yang normal jika dalam satu pertandingan. Kami menghormati antara satu sama lain. Kalau Johan ada tawaran lain, saya tidak perlu rasa cemburu dan begitulah sebaliknya. Kami sangat profesional apabila membabitkan hal kerjaya.
Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa Jozan bukanlah satu kumpulan tetapi ia adalah dua nama individu yang digabungkan untuk program Maharaja Lawak. Ini adalah untuk menjawab pertanyaan apakah benar Jozan sudah berpecah? Kami bukanlah sebuah kumpulan seperti yang disangkakan

Hip: Pesanan untuk mereka yang masih percaya anda berdua bergaduh

Zizan:
Buat semua peminat kami, cerita kami berdua bergaduh hanyalah sebuah gosip saja. Selepas ini, saya harap jika ada terdengar cerita yang bukan-bukan mengenai kami berdua, adalah lebih baik bertanya kepada tuan punya badan sendiri supaya nanti ia tidak sampai mengelirukan banyak pihak.

Saman tetap diteruskan

Posted: 16 Aug 2011 07:49 PM PDT

Ramli MS
Ramli MS
Ramli MS setuju tarik balik kalau penganjur selesaikan baki bayaran

SELESAIKAN bayaran tertunggak, semua masalah selesai. Demikian kata dua daripada Datuk Ramli MS berhubung tindakannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur Konsert Keunggulan 33 Tahun Francisca Peter.
"Tiada lagi rundingan. Kalau penganjur gagal bayar baki bayaran yang dituntut, saya meneruskan saman. Tuntutan sudah dihantar kepada pihak berkenaan.
"Peguam saya sudah menyediakan draf saman kepada pengarahnya, Shegar, dan wakil ticket2u.biz, Zulkhairi Ghazali (Zul), yang memberi jaminan kepada saya untuk melunaskan bayaran tapi gagal berbuat demikian," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Anak Yatim anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak yatim Dan Miskin Daidati Khadijah di Quality Hotel City Centre, baru-baru ini.

Kenyataannya itu juga jelas menunjukkan ketegasan penggubah dan pemimpin muzik ini dalam menyatakan pendiriannya untuk tidak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

"Kalau boleh dibayar, semua masalah selesai. Saya sudah memberi masa selama tujuh bulan, tetapi perkara ini diambil mudah," katanya.

Ramli juga menegaskan Zulkhairi yang ada pada malam itu bersama seorang lagi kakitangan Istana Budaya (IB) sendiri tahu bahawa dia dan pemuzik pimpinannya mahu menarik diri pada malam itu kerana bayaran penuh tidak dibuat oleh penganjur.
"Seperti yang pernah saya beritahu sebelum ini, Zul dan wakil IB ada pada malam itu. Mereka juga tahu saya nak balik (tarik diri daripada meneruskan persembahan) kerana tidak dapat bayaran penuh, tetapi Zul memujuk dan memberi jaminan kepada saya atas nama IB, satu nama yang cukup besar bahawa dia akan membayar kami menggunakan kad kreditnya," katanya.

Bagaimanapun, selepas 10 hari, apabila dia bertanyakan berkenaan soal bayaran, Zul hanya memberikan pengakuan maaf kerana tidak dapat membayar seperti yang dijanjikan.

"Dia terlalu jujur mengatakan maaf kerana terpaksa menipu. Bagi saya kewujudan Zul pada malam itu adalah punca masalah ini berlaku kerana dia sendiri tahu saya nak balik saja pada malam itu. Saya percaya kerana dia memberi jaminan menggunakan satu nama yang cukup gah, Istana Budaya," katanya.

Ramli berkata, dia tidak mahu ambil tahu masalah antara Zul dengan penganjur konsert kerana isu utamanya adalah baki bayaran seperti yang dijanjikan.

Ditanya adakah ketegasannya dalam soal bayaran akan menjejaskan reputasinya, Ramli tidak menolak sedikit sebanyak imejnya tercalar, namun dia mahu memperjuangkan keadilan terhadap dirinya serta pemuzik di bawah pimpinannya.

"Saya tetap kena teruskan (tindakan saman). Memang orang akan kata saya tegas dalam perkara ini tetapi saya berpegang kepada satu nama besar yang memberi saya jaminan sebelum naik ke pentas. Itu sebabnya saya berani meneruskan persembahan," katanya yang dibantu 45 kakitangan seperti pemuzik, jurutera bunyi dan rakaman.

Ramli mendakwa, Zul disifatkannya sebagai hero yang mahu menyelamatkan keadaan namun jaminan yang dibuat tidak dikotakan.

"Sepatutnya mereka bayar 100 peratus sebelum konsert dimulakan," katanya yang sebelum ini memegang prinsip bayar dulu baru urusan kerja dilaksanakan.

Katanya, selepas kemelut yang berlaku ini, dia berharap tidak akan ada lagi pihak yang cuba menindas artis iaitu penyanyi dan pemuzik kerana banyak artis kini menjadi mangsa 'kapur' pihak tidak bertanggungjawab.

"Untung atau rugi sesuatu persembahan terpulanglah kepada penganjur. Artis bekerja untuk cari makan dan bayaran perlu dibuat," katanya.

Cinta baru Hans Isaac

Posted: 16 Aug 2011 07:21 PM PDT

Hans Isaac
Hans Isaac
Ghairahnya kini tertumpu kepada teater muzikal

SEBAIK saja pementasan Lat Kampung Boy...Sebuah Muzikal selesai pada April lalu, kelibat Hans Isaac dalam dunia seni seolah-olah lenyap saja. Sejak itu, sudah tidak ada lagi cerita mengenai dirinya sebagai penerbit teater, filem mahupun program TV. Tiada juga perkembangan dirinya yang berkaitan dengan lakonan.
Bagaimanapun, profil Hans dalam industri hiburan kita memang besar dan meninggalkan kesan tersendiri. Lelaki yang bakatnya mula dikenali selepas membintangi filem Ringgit Kasorrga pada tahun 1993, kini bagaikan sudah sinonim pula dengan dunia pementasan muzikal.

Semuanya bermula selepas dia mementaskan Cuci Muzikal pada tahun 2009. Menerima sambutan menggalakkan, muzikal itu dipentaskan sekali lagi setahun kemudian.

Kejayaan menerbitkan Lat Kampung Boy...Sebuah Muzikal pula mengukuhkan lagi nama Hans di arena pementasan. Kini dia sudah ada perancangan untuk mementaskan Cuci The Musical kali ketiga selain membuat persiapan bagi pementasan Lat Kampung Boy...Sebuah Muzikal sekali lagi - semuanya dalam projek produksi Hans bagi tahun 2012 nanti.

Meskipun bidang pementasan teater dianggap sukar dan memerlukan penelitian yang lebih berbanding filem atau drama, tetapi Hans menganggap bidang terbabit dapat menjana pulangan dalam tempoh masa singkat disamping kos penerbitannya juga boleh diminimumkan.
"Sudah lama tak berlakon drama sampai ke satu tahap yang saya anggap mutu lakonan saya sampai setakat itu saja, tidak boleh pergi jauh lagi. Jadi, saya mengambil langkah untuk beralih ke bidang teater.

"Bukan bermaksud berhenti terus daripada bidang lakonan cuma saya kurang berlakon dan berasakan teater lebih memberi jaminan kerana jika dilihat dari segi sambutan, sememangnya masyarakat kini mula menunjukkan minat terhadap teater," katanya.

Sokongan daripada Istana Budaya (IB) dalam mengembangkan seni pementasan teater turut membuka mata jejaka berusia 40 tahun ini untuk terus berkarya selain cintanya yang semakin mendalam terhadap teater.

Memulakan pementasan pada 23 Februari tahun depan, Cuci The Musical 3 bakal membuka tirai program IB manakala teater Lat Kampung Boy...Sebuah Musical ke-2 pula akan dipentaskan pada April. Masih mengekalkan beberapa pelakon asal di dalam kedua-dua teater terbabit, Hans akan menampilkan Dina Nadzir sebagai Farah di dalam teater Cuci The Musical edisi terbaru nanti.

"Saya pilih Dina selepas tengok bakatnya dalam Dreamgirls, sangat mengagumkan dengan lontaran vokalnya yang mantap.

"Kedua-dua teater ini masih mengekalkan Awie, sebab itu jarak antara pementasan Cuci The Musical 3 dan Lat Kampung Boy," jelasnya.

Selepas kejayaan Lat Kampung Boy...Sebuah Musical pada April lalu, Hans mengambil masa yang panjang untuk berehat serta menenangkan fikiran sehingga membawanya ke pulau Maldives.

Ghairahnya terhadap teater yang dianggap menjanjikan pulangan yang cepat, membuatkan Hans mempunyai perancangan untuk mementaskan satu lagi persembahan muzikal baru berjuduk Rejang The Musical yang mahu dipentaskan pada 2013 nanti.

"Untuk tahun depan jadual IB sudah penuh dengan pelbagai program dan minggu lalu baru saya dapat kebenaran daripada Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani iaitu Rejang The Movie dipentaskan pada 2013.

"Ramai orang tanya saya kenapa tak bawa teater dari luar negara. Saya lebih suka menghasilkan karya tempatan yang mencerminkan budaya dan sejarah kita.

"Kalau buat filem pulangannya mengambil masa lebih setahun, tetapi teater ambil masa empat bulan saja sudah dapat keuntungan. Lagipun kos menghasilkan filem lebih mahal berbanding teater," katanya.

Berlakon tidak dilupakan

BIARPUN fokusnya kini lebih terarah kepada seni teater, Hans menegaskan dia juga masih aktif berlakon dan mengarah filem. Malahan dia bersiap sedia untuk memulakan penggambaran filem kedua terbitan Tall Order Production berjudul Lemak Kampung Santan yang akan dimulakan pada 8 September depan.
Filem komedi romantik ini akan menampilkan dirinya sebagai teraju utama bergandingan dengan Neelofa dan Scha Al-Yahya.

"Neelofa mempunyai karektor tersendiri serta seorang yang menarik, ada harapan, ada daya penarik dan ada gaya intonasi tersendiri. Cerita asal adalah karya saya sendiri tetapi dibantu oleh Harith Iskandar sebagai penulis skrip," jelasnya.

Selain filem, Hans juga kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Tujuh Gerhana arahan Amar Delon bergandingan dengan Vanida Imran, malah filem terbaru lakonannya Misteri Jalan Lama diarahkan oleh Afdlin Shauki bakal ke pawagam November depan.

Selepas selesai penggambaran drama 13 episod terbabit, Hans akan membintangi filem Gangster arahan Pierre Andre sebelum memulakan penggambaran filem keduanya itu.

Konsert gandingkan Awie, Ella

Minatnya terhadap bidang seni tidak pernah pudar sehingga bercadang untuk menubuhkan syarikatnya sendiri, Hans On Sounds and Light bagi mengembangkan bakat baru dalam bidang lakonan dan pementasan teater.

Penubuhan syarikatnya itu nanti akan membawa perubahan dalam kedua-dua cabang seni dan dapat melahirkan ramai bakat baru dalam memartabatkan arena lakonan dan teater.

"Saya kena cari perniagaan yang tak fokus kepada satu cabang saja. Kalau buat filem, saya kena tulis skrip sendiri tengok macam sekarang kalau filem gangster, ramai yang nak buat filem aksi, macam itu juga filem hantu.

"Saya nak artis percaya pada syarikat saya dan kalau boleh saya nak ada satu lagi panggung macam IB tetapi diuruskan oleh kerajaan dan swasta, jadi tak perlu risau pasal tarikh pementasan," katanya.
Hans tidak pernah menganggap setiap karya yang dihasilkannya mengenengahkan rakannya, sendiri sebaliknya turut mengembangkan bakat lain yang ada dalam industri.

Baginya, setiap orang mempunyai daya tarikan tersendiri dari segi bakat dan keupayaan dalam membawakan watak bahkan tidak pernah menganggap Awie sebagai ayam tambatan dalam produksinya.

"Awie pernah cakap, dia takut nak berlakon dalam teater sebab berbeza dari filem, tetapi saya yakinkan dia dalam mempelbagaikan lagi bakatnya. Saya suka kesungguhan dan tanggungjawab Awie kerana dia ikut apa yang saya cakap dan dia betul-betul fokus dalam lakonan sebab itu saya masih mengekalkan dia bukan sebab dia kawan rapat," jelasnya.

Hans bercadang menganjurkan konsert jelajah yang menggandingkan Awie dan Ella. Dengan cara ini, syarikatnya tidak hanya tertumpu kepada bidang lakonan semata-mata sebaliknya berupaya mengendalikan konsert besar.

Tangguh kahwin

Walaupun sering dikaitkan dengan ramai wanita, Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac tidak pernah menganggap serius malah dengan usianya yang semakin meningkat dia sebenarnya lebih senang bersendirian.

"Saya belum bersedia untuk fikirkan soal kahwin. Bukan tak nak kahwin cuma belum sampai masanya lagi kerana komitmen saya kepada keluarga lebih penting.

"Emak saya sekarang tak sihat sebab menghidap kanser. Jadi saya kena beri tumpuan lebih kepada dia. Setahun lalu saya ada meminati seorang gadis tetapi memandangkan kesihatan emak yang kurang baik waktu itu jadi saya terpaksa lupakan dia.

"Mungkin jodoh saya belum sampai jadi lebih baik saya beri tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Sesibuk mana pun saya tetap luangkan masa untuk emak saya," katanya.

Sebagai anak, Hans lebih mementingkan kesihatan ibunya, Carmina Isaac, 73 yang dirasakan inilah masa untuknya membalas segala jasa dan pengorbanan ibunya itu. Bagi Hans, sokongan ibunya amat penting dalam memajukan kerjayanya sejak dirinya mula bertapak dalam bidang seni lagi.

Kecewa difitnah, Raja Farah masih belum hamil

Posted: 16 Aug 2011 07:17 PM PDT

Pelakon Raja Farah Raja Aziz mengakui masih terlalu kecewa dengan beberapa tuduhan yang mengatakan dirinya mengandung terlebih dahulu sebelum bernikah dengan suaminya, Megat Bashirun Qayyum bin Datuk Zakaria hujung tahun yang lalu.

Pernah menganggap bahawa itu adalah fitnah terbesar dalam hidupnya, Raja Farah pernah satu ketika mencabar orang yang menyampaikan fitnah itu keluar dan membuktikan kata-kata mereka dikhalayak.

Senyap seketika daripada berita itu, Raja Farah dan suami menjalani kehidupan berumah tangga dengan aman, namun ketika ditanya mengenai perancangan anak, sekali lagi wanita ini melahirkan rasa kekecewaan itu, dan menurutnya hatinya bertambah berduka apabila sehingga kini dia masih belum dianugerahkan tuhan cahayamata biarpun sudah hampir setahun berkahwin.

"Kami memang tidak membuat sebarang perancangan, bagi kami jika ada rezeki Alhamdulillah, tetapi nampaknya sehingga sekarang masih belum nampak apa-apa lagi.

"Saya redha biarpun hingga kini saya dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata, dan setakat ini masih belum terlalu tertekan kerana masing-masing masih muda. Kami masih berusaha, tetapi masih belum sampai ketahap berjumpa doktor.

"Secara jujurnya, saya masih kesal dengan apa yang difitnahkan keatas saya sewaktu kami mahu berkahwin dahulu. Ada yang kata saya sudah mengandung ketika itu, tetapi kesannya sehingga kini saya masih belum dikurniakan anak.

"Memang sedih sebab saya teringin juga nak menimang anak, tetapi tuhan belum menurunkan rezeki anak buat saya dan suami,"jelas Raja Farah yang sentiasa berdoa pada Allah agar diberikan cahaya mata segera.

Beraya sebagai suami isteri

Tahun ini merupakan tahun pertama Raja Farah akan beraya bersama suaminya, bercerita tentang perkara itu, jelas Raja Farah dia tidak sabar menanti kedatangan hari raya ini.

"Awal raya kami akan pulang ke kampung saya di Negeri Sembilan terlebih dahulu, dan kemudiaannya akan berangkat ke kampung suami di Kuantan untuk beraya dengan mertua disana.

"Ini pertama kali saya mengikutnya pulang ke kampung, jadi ini masa yang sesuai untuk kami berjalan-jalan dirumah keluarganya disana.

"Sepanjang ramadhan ini merupakan saat yang paling seronok buat saya, sebab ini kali pertama saya bergelar isteri dan banyak benda baik datang pada saya pada bulan ini.

"Saya berpeluang masak waktu berbuka dan bersahur, walaupun masakkan itu yang senang-senang sahaja, tetapi ia sangat menggembirakan hati kami,"jelasnya lagi.

Aura diri gaya Tomei

Posted: 16 Aug 2011 07:16 PM PDT


Koleksi ceria Bunga Lily keluaran Prima Gold dari Tomei.


HINA besi kerana karat
Hina manusia kerana emas
PERIBAHASA ini dengan sendirinya membawa pengertian bahawa orang yang tiada barang kemas walau seurat janggut jagung pun atau dengan perkataan lain orang miskin biasanya akan dipandang hina.

Emas sejak beratus tahun tahun dahulu dianggap sebagai perhiasan atau barang kemas yang bernilai tinggi dan mahal. Kepada sesetengah wanita, memakai barang kemas memberikan lebih keyakinan diri.

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi pelbagai rekaan terbaru barang kemas dapat dilihat. Tomei turut sama memeriahkan hari raya ini dengan koleksi terbaru barang kemasnya yang bertemakan Gemilang Emas Bersama Tomei.

Jika anda berkunjung ke kedai emas Tomei, saksikan sendiri keindahan tiga set barang kemas terbarunya, iaitu set Gemilang Emas, set Lagenda Emas dan set Seri Mewah juga Impian yang merupakan anting-anting emas .

Koleksi Sweet Lily, keluaran jenama antarabangsa Prima Gold pula merupakan koleksi emas tulen 24K. Dengan pembelian RM4,999 ke bawah, anda boleh memiliki beg simpanan barang kemas manakala set beg biru eksklusif disediakan bagi pelanggan yang membeli sehingga RM5,000 ke atas.

Sempena raya ini, Tomei mengadakan promosi jimat-jimat raya di beberapa buah lokasi, iaitu di Alamanda, Putrajaya bermula 5 Ogos hingga 29 Ogos 2011, Suria KLCC daripada 6 Ogos hingga 14 Ogos 2011 dan 1 Utama daripada 10 Ogos hingga 21 Ogos 2011 di mana koleksi emas dan berlian terbaru diperagakan.

Hadiah percuma turut disediakan bersama-sama dengan pembelian pada tarikh tersebut. Tomei turut menyediakan program bersama Bank UOB dan Aeon Credit yang menarik. Ahli-ahli kad kredit UOB boleh mendapatkan rebat tunai dengan pembelian mana-mana produk terkini daripada senarai promosi disediakan.

Sementara itu dengan pelan pinjaman Aeon Credit, anda dapat memiliki barang kemas impian anda dengan cara permohonan kadar segera. Anda boleh menggunakan mana-mana kad kredit untuk proses ini jika anda tidak mempunyai kad kredit Aeon Express.

Dengan pelan ini juga anda berpeluang menyertai peraduan SMS Aeon Express yang berlangsung sehingga 31 Ogos ini.

Dalam promosi sensasi Ogos 2011 hingga Januari 2012, kunjungi segera Tomei bagi melayakkan diri menyertai Peraduan RM100 Untuk Berlian 1 Karat.

Anda hanya perlu membeli baucer tunai Tomei dengan penjimatan besar dan boleh membeli barang kemas kegemaran serta melayakkan diri ke peringkat pemilihan bulanan Berlian 1 Karat. Enam berlian 1 Karat menunggu anda. Kempen gemilang ini berlangsung daripada Ogos 2011 hingga Januari 2012 di kesemua cawangan Tomei.

Pelancaran rasmi kempen akan diadakan di pameran emas dan berlian di 1 Utama pada 21 Ogos.

Kempen ini dibuka kepada semua ahli Jewel Club. Jika anda masih belum menjadi ahli, anda boleh memohon tanpa sebarang bayaran keahlian dengan melayari www.myjewelclub.com atau di mana-mana cawangan Tomei.

Tomei sedang mengadakan jualan hebat daripada sekarang hingga 30 September nanti. Jadi datanglah beramai-ramai bagi menikmati penjimatan pembelian pada musim raya ini. Pertanyaan lanjut hubungi 03-23826188 atau www.tomei.com.my.

Seruan kebajikan dan patriotisme

Posted: 16 Aug 2011 07:15 PM PDT


Para pelajar UTP yang turut menjayakan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan di Masjid Jamek Rodhiatul Mardhiah Parit, Perak baru-baru ini.


USAHA menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang tidak seharusnya dicetuskan melalui fenomena, tetapi yang lebih penting, ia dibangkitkan melalui penghayatan patriotisme di kalangan segenap lapisan masyarakat.

Bendera keramat negara yang telah diisytiharkan namanya pada malam 31 Ogos 1997 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu, begitu besar maknanya.

Apatah lagi bendera yang dikibarkan secara rasminya di seluruh negara itu menyaksikan 'kelahiran' Malaysia pada 16 September 1963.

Empat belas jalinan jalur merah dan putih berselang-seli pada Jalur Gemilang melambangkan keanggotaan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan yang membentuk negara Malaysia.

Bulan berwarna kuning yang sinonim dikaitkan dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan pula memberi maksud ia dipayungi oleh kedudukan Raja-Raja Melayu.

Selain itu, gabungan warna biru, merah dan putih dalam penghasilan keseluruhan bendera negara menerapkan asas perpaduan, keberanian serta kesucian moral rakyat Malaysia.

Tidak cukup dengan perspektif bentuk serta warna yang menyingkap maksud tersendiri, perkataan Jalur Gemilang itu sendiri membawa konotasi perincian yang wajar diteliti dan difahami.

Frasa 'Jalur' misalnya yang dinilai dari sudut linguistik membawa maksud satu laluan, hala tuju mahupun arah sama.

Ia membawa maksud yang dianuti oleh rakyat rakyat di negara ini dari Perlis sehingga ke Sabah menuju ke arah kegemilangan bangsa dan negara.

Frasa 'Gemilang' pula mencerminkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam segenap bidang di arena tempatan mahupun persada antarabangsa.

Menyedari kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai satu medium untuk menyemai rasa cinta dan kesetiaan kepada negara, Jabatan Penerangan Malaysia meneruskan tradisi konvoi merdeka Jalur Gemilang yang telah diadakan hampir setiap tahun.

Cuma menariknya pada tahun ini, sambutan bulan kemerdekaan yang secara tidak langsung berjalan serentak dengan Ramadan sekali gus membawa kelainan tersendiri melalui pengisian amalan berbentuk kebajikan.

Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 yang dijalankan serentak di seluruh negara itu turut disesuaikan dengan program menziarahi rumah anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

Selain itu, konvoi yang terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan itu juga akan singgah di beberapa kawasan terutamanya masjid bagi tujuan program berbuka puasa selain memberi bantuan kepada golongan miskin.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Ibrahim Abdul Rahman yang berkesempatan menyempurnakan perasmian konvoi berkenaan di Masjid Jamek Rodhiatul Mardhiah, Parit, Perak baru-baru ini berkata, program tersebut akan diteruskan meskipun selepas Hari Raya Aidilfitri.

Bakal dikenali dengan nama Kembara Merdeka Jalur Gemilang Aidilfitri, konvoi berkenaan akan mengadakan rumah-rumah terbuka di beberapa tempat terpilih.

Anak kelahiran Parit itu berkata, keunikan program kembara merdeka yang sudah masuk tahun ketujuh pada kali ini ialah ia turut mendapat sokongan sebuah kumpulan laman sosial di facebook.

Menurut beliau, kumpulan yang dikenali dengan nama 'Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata' itu mempunyai keahlian mencecah 10,000 orang.

"Kumpulan ini akan memberikan pakaian baru untuk kita dermakan kepada rumah-rumah anak yatim yang kurang diberi perhatian termasuklah rumah orang-orang tua bukan Islam," katanya.

Program pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 Daerah Perak Tengah itu turut dihadiri Ahli Parlimen Parit, Mohd. Nizar Zakaria.

Majlis juga diteruskan dengan jamuan berbuka puasa sebelum 11 kenderaan dan sebuah bas daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang membawa peserta konvoi meninggalkan majlis selepas solat maghrib dan tarawih secara berjemaah.

"Kita mengharapkan apabila sampai 16 September nanti, lima juta premis di seluruh negara akan mengibarkan bendera sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia kepada negara," katanya.

Kad dari insan istimewa

Posted: 16 Aug 2011 07:14 PM PDT


LUKISAN yang dihasilkan artis-artis MFPA diterbitkan semula pada kad ucapan dan kalendar.


TIADA yang lebih menggembirakan daripada menerima sekeping kad ucapan yang dikirim sebagai pengganti diri setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun ucapan pada masa kini lebih mudah dilakukan secara digital, keseronokan membuka sampul surat dan membaca setiap kata yang dicoret pengirim jauh lebih bermakna.

"Lebih bererti lagi jika kad yang dikirim itu bukan sekadar kad ucapan biasa tetapi mampu menolong orang-orang seperti kami," itulah mesej yang disampaikan oleh Mat Jamil Ramli ketika ditemui penulis, baru-baru ini.

Setiap tahun menjelang musim perayaan, Jamil mengirim beribu-ribu kad ucapan Hari Raya Aidilfitri ke seluruh negara kepada penerima yang tidak pernah dikenalinya, termasuk penulis yang menerimanya pada minggu pertama Ramadan.

Kiriman berisi koleksi kad raya itu dijual pada harga RM50 kepada setiap penerima yang ingin menggunakannya untuk dikirim kepada rakan dan insan tersayang.

Dalam sampul surat itu dilampirkan bersama sekeping surat yang bertulis: "Sumbangan yang anda hulurkan dapat membantu kami meneruskan kehidupan dan untuk terus berdikari."

"Saya menulis salinan asal surat ini dengan menggunakan kaki saya," katanya melalui tulisan yang cantik dan kemas.

Rangkap terakhir pada surat itu cukup untuk membuatkan penerima meneliti kad-kad raya kosong itu satu persatu.

Ilustrasi berupa masjid, bunga dan pemandangan yang tercetak pada kad itu adalah karya yang dilukis sendiri oleh Jamil.

Hasil seni itu sama seperti lukisan yang biasa dilihat kerana cantik dan kemas. Jika tidak membaca surat itu, tidak mungkin saya mengetahui ia dilukis dengan menggunakan kaki.

Jamil merupakan salah seorang daripada sembilan orang artis yang bernaung di bawah Persatuan Artis Lukisan Mulut dan Kaki (MFPA) - badan yang bertanggungjawab memasarkan lukisan yang dihasilkan oleh artis mulut dan kaki.

Selain dijadikan kad ucapan hari perayaan, karya-karya yang dihasilkan oleh artis terbabit turut dicetak menjadi kalendar, hiasan dan permainan jigsaw.

"Setiap bulan kami (ahli) yang berdaftar di bawah MFPA diberi elaun daripada lukisan yang kami hasilkan," kata pemuda dari Kampung Bukit Bading, Terengganu itu.

Jamil dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan. Namun dikurniakan semangat yang kental untuk berdikari dan berjaya dalam bidang yang diminatinya.

Minat melukisnya bermula seawal usia tujuh tahun. Ketika itu beliau sekadar melukis menggunakan alat tulis yang 'dicuri' daripada adik-beradiknya.

"Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikuasai kerana kaki bukan dicipta untuk memegang atau melakar sesuatu," jelas bekas pelajar jurusan Rekaan Grafik di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi itu.

Namun dengan bakat yang ada, segala masalah berakhir. Pada masa kini Jamil mampu menghasilkan kira-kira lima buah lukisan setiap bulan bergantung kepada saiz, jenis lukisan dan tahap kesihatan.

Dengan duit elaun yang diterima dari MFPA, beliau bukan sahaja dapat membeli alat melukis bahkan dapat menyambung pendidikan ke peringat lebih tinggi.

"Masih banyak perkara dan ilmu yang perlu saya pelajari untuk menjadi seorang pelukis terkenal," katanya.

Walaupun tanpa tulang empat kerat, beliau mengakui tiada halangan yang terlalu sukar untuk ditempuhinya. Kegigihannya juga terbukti melalui kebolehan memandu sendiri kereta miliknya.

"Selepas melakukan pengubahsuaian seperti yang dilakukan oleh seorang wanita OKU di Youtube, saya berjaya melakukannya (memandu) sendiri," katanya yang merupakan salah seorang ahli sukan paralimpik Terengganu.

Pesanan beliau kepada golongan yang senasib dengannya supaya tidak malu dalam apa jua perkara dan harus berusaha keras demi mengejar impian.

Sementara itu, bakat yang sama turut dikongsi oleh Aliah Talib. Gadis berusia 24 tahun yang juga salah seorang artis MFPA yang melukis menggunakan kaki.

Dilahirkan tanpa kedua belah tangan, Aliah tidak pernah berpeluang menerima pendidikan di sekolah semasa zaman kanak-kanaknya.

Namun jauh di dalam hati beliau menyimpan hasrat yang tinggi untuk belajar.

Dengan hanya 'menagih ilmu' daripada adik-beradik yang lain, Aliah mampu membaca dan menulis pada usia tujuh tahun seperti Jamil.

Sejak itu, minatnya pada seni lukis mula berkembang menjadi hobi yang kini menjadi mata pencarian.

Aliah berkecimpung secara serius di dalam seni lukis pada usia 17 tahun selepas mendapat pendidikan secara formal di PLPP.

Di situ jugalah, beliau berkenalan dengan Jamil dan menjadi kawan baik.

Peluang yang datang tidak disia-siakan, Aliah kemudian menyertai MFPA pada 2007.

Keinginan untuk berjaya dalam bidang itu dipertingkatkan lagi dengan mengambil 'tuisyen' dengan pelukis profesional tempatan, Raja Azhar Idris.

Pada tahun ini, anak bongsu daripada tujuh beradik itu menyambung semula pendidikan di PLPP, Bangi di dalam pengkhususan lukisan batik.

"Sekarang saya ada peluang dan saya tidak akan berhenti belajar. Terlalu banyak benda perlu dipelajari jika kita mahu berjaya dalam hidup," kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Dengan naungan dan sokongan yang diberikan oleh persatuan, kedua-dua mereka kini mempunyai lebih semangat untuk meneruskan kehidupan.

Shopping cart di online

Posted: 16 Aug 2011 07:12 PM PDT


Aliza Taher dengan pelbagai produk yang dijual menggunakan konsep shopping cart.


SEKALI mencuba membeli secara dalam talian sudah pasti seseorang itu akan membeli lagi. Ini kerana membeli cara ini lebih murah, mudah, tidak perlu keluar rumah, mengharungi kesesakan, membayar letak kereta, berpanas dan sebagainya.

Melihat kepada minat ramai kini yang lebih gemar membeli secara di dalam talian, Aliza Taher tidak terkecuali untuk membuka laman sesawang sendiri awal tahun ini bagi menjual produk keluarannya.

Berkonsepkan shopping cart, kata Aliza, cara ini lebih memudahkan pembeli yang hendak membeli barang dan penjual yang hendak menjual barangan mereka.

''Di Malaysia memang ramai yang berniaga dalam talian tetapi kurang yang menggunakan konsep shopping cart atau online store.

''Konsep shopping cart ini masih asing di Malaysia dan tidak berapa ramai yang menggunakannya. Konsep ini lebih popular dan meluas di luar negara.

''Kelebihannya banyak di mana cara ini lebih mudah, cepat dan menjimatkan. Barangan tidak dijual di kedai jadi harganya lebih murah kerana penjual tidak perlu membayar sewa kedai, pekerja dan sebagainya,'' kata Aliza yang menjual produk seperti tudung, selendang, aksesori, baju kurung, jubah dan baju kanak-kanak.

Tambah Aliza yang menjual produk-produk tersebut di bawah jenama Arlene, dengan 'klik' sahaja pelanggan boleh memilih produk yang dikehendaki.

Menurutnya, harga barangan yang dijual amat berpatutan sekali. Bukan setakat pelanggan di Malaysia malah produk Arlene turut dibeli oleh pelanggan di United Kingdom, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Setakat ini, katanya, yang paling laris ialah tudung serkup satin yang dijual pada harga RM59 dan disukai oleh golongan remaja.

Pembeli boleh membayar secara tunai, kad kredit atau pindahan wang. Setiap penghantaran akan dikenakan bayaran pos RM6.

Keistimewaan sistem ini ialah sekali-sekala Aliza akan membuat promosi penghantaran percuma.

Ujar Eksekutif Kewangan di sebuah syarikat perkapalan itu, dia kini mempunyai 250 orang pelanggan berdaftar berusia di antara 20-an hingga 35 tahun.

Ujarnya, khas bagi 100 orang pembaca pertama Mega (Utusan Malaysia), melayakkan mereka untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15 peratus dengan menebus kupon yang terdapat di dalam shopping cart www.arlene.my. Cuma beli barang, buat bayaran dan tebus kupon diskaun dengan menaip kod MEGA.

Sementara bagi peniaga yang ingin memulakan perniagaan dengan konsep shopping cart, Aliza sedia membantu. Pada harga permulaan sebanyak RM299, peniaga boleh mendapat domain dan template (sistem shopping cart) itu sendiri.

Jika anda berminat bolehlah menghubungi Aliza di 019-2421610.

Sheikh Abdul Basit qari tersohor

Posted: 16 Aug 2011 07:11 PM PDT


Sheikh Abdul Basit Abdul Samad


TOKOH seni lagu Quran ini memang terkenal di seantero dunia Islam. Beliau amat berpengaruh di kalangan pembaca al-Quran era selepasnya. Rakaman 30 juzuk al-Quran masih lagi dialunkan. Individu yang dimaksudkan ialah Sheikh Abdul Basit Abdul Samad.

Anak kelahiran Mesir pada tahun 1927 mendapat pendidikan al-Quran dan berjaya menghafalnya pada usia 10 tahun melalui gurunya Sheikh Amer.

Bakat dan kepintaran Sheikh Abdul Basit menarik perhatian Sheikh Amer. Dalam sesi pengajarannya, Sheikh Amer amat mengambil berat tentang makhraj huruf, waqf ibtida dan alunan suara yang bersesuaian dengan ayat. Mengikut firasatnya, Sheikh Abdul Basit mempunyai masa depan yang gemilang bersama al-Quran.

Bagi melengkapkan lagi ilmu al-Quran, Sheikh Abdul Basit mengikuti kelas tajwid, qiraat dan ulum al-Quran daripada Sheikh Muhammad Salem Hamadah.

Semasa talaqqi qiraat, beliau telah menghafaz Matn Syatibiyyah. Hobinya membaca al-Quran secara tarannum di sepanjang hari telah menjadikan beliau terkenal di kampungnya.

Banyak pihak meminta Syeikh Abdul Basit membaca al-Quran dalam majlis. Namanya melonjak naik di kalangan masyarakat dan terkenal dengan cepat.

Pada tahun 1950, Sheikh Abdul Basit menghadiri satu majlis di Kaherah yang dihadiri Qurra terkenal seperti Sheikh Abdul Fattah Sha'sha', Sheikh Mustafa Ismail, Sheikh Abdul Azeem Zahir di Masjid Sayyidah Nafesah.

Kesemua Qurra ini adalah idola Sheikh Abdul Basit. Setelah beberapa ketika, saudaranya meminta penganjur memberi masa 10 minit kepada Sheikh Abdul Basit memperdengarkan bacaannya.

Ruang solat di Masjid Sayyidah Nafesah penuh sesak dengan pendengar yang setia menunggu bacaan qari yang terkenal. Selepas mendapat keizinan, Sheikh Abdul Basit mula mengalunkan bacaan surah al-Ahzab dengan suaranya yang lunak dan menarik.

Minit-minit awalnya, seluruh pendengar senyap sunyi dengan memberi perhatian kepada bacaannya. Beberapa ketika, kesunyian bertukar dengar laungan takbir dan doa untuk beliau.

Masa yang diberi kepadanya yang pada awalnya 10 minit dilanjutkan.

Ekoran itu, nama Sheikh Abdul Basit terkenal di Mesir. Kehebatan suaranya membaca al-Quran mendapat tawaran Radio Mesir melalui keizinan guru al-Quran terkenal ketika itu Sheikh Ali Dabba'. Pengaruhnya amat kuat, sehingga diceritakan ramai yang mula membeli radio semata-mata hendak mendengar bacaan Sheikh Abdul Basit.

Sheikh Abdul Basit menjadi qari rasmi di Masjid Imam Syafie selama 15 tahun. Kemudian berpindah ke Masjid Husein ekoran kematian qarinya Sheikh Mahmud Ali al-Banna.

Beliau bertugas di Masjid Husein selama tiga tahun dan bacaan terakhirnya adalah pada 18 November 1988.

Antara jutaan peminatnya adalah Sheikh Mahmud Sayyid Tantawi iaitu bekas Sheikh al-Azhar.

Menceritakan hubungan dan kekagumannya terhadap Sheikh Abdul Basit, Tantawi berkata: "Semasa saya masih lagi pelajar, saya selalu bersama radio pada hari sabtu untuk mendengar bacaan Sheikh Abdul Basit. Dan hari tersebut dianggap sebagai 'hari raya' bagi kami.

"Kemudian Allah SWT mentakdirkan kami menjadi sahabat dan beliau seorang yang mempunyai banyak maklumat. Secara jelasnya beliau guru yang hebat dalam tajwid dan makhraj, raut wajahnya ceria, suka kepada kebajikan dan memiliki karakter yang menarik."

Selepas menjadi khadam al-Quran dan berkhidmat untuknya, Sheikh Abdul Basit meninggal dunia pada 30 November 1988 pada usia 62 tahun.

Yahudi ingkar perintah berpindah

Posted: 16 Aug 2011 07:10 PM PDT


KAUM Yahudi pernah diusir oleh tentera Nazi di bawah pimpinan Adolf HItler (1941) dalam Peristiwa Holocust.


APABILA perintah supaya berpindah keluar dari Madinah disampaikan, seluruh kaum Yahudi Bani Nadhir sangat terkejut, termangu-mangu dan tidak mampu berkata apa-apa.

Mereka sama sekali tidak menyangka Nabi Muhammad SAW benar-benar bertindak tegas tanpa kompromi.

Akhirnya mereka akur kerana mengakui kesalahan yang dilakukan walaupun rancangan untuk membunuh Rasulullah itu gagal.

Lalu seluruh Yahudi Bani Nadhir segera mengemaskan segala barang dan harta benda mereka untuk dibawa keluar dari Madinah.

Ketika sibuk berkemas-kemas itu, tiba-tiba datanglah dua orang lelaki yang mendakwa wakil ketua puak munafik, Abdullah bin Ubay bin Salul, iaitu Yahudi yang pura-pura memeluk Islam dan sering menganggap dirinya ketua kepada seluruh bangsa Yahudi di Madinah.

Wakil itu menyampaikan pesanan dari Abdullah kepada seluruh penduduk Bani Nadhir: "Wahai sekelian kaum Bani Nadhir, janganlah kamu keluar dari rumah-rumah kamu dan tetaplah kamu di dalamnya tanpa perlu pergi ke mana-mana.

"Kamu hanya perlu membina kubu dan benteng untuk mempertahankan diri.

"Aku bersama 2,000 orang dari para pengikutku, kaumku malah dari kalangan bangsa Arab bersedia membantu kamu sebelum kaum Muslimin sempat datang menyerang kamu.

"Aku pasti akan segera menghantar apa juga bentuk bantuan sekalipun bantuan bala tentera yang secukupnya buat kamu semua.

"Yang penting kamu janganlah takut terhadap Muhammad dan para pengikutnya itu."

Mendengarkan pesanan dari Abdullah itu, ketua Bani Nadhir, Huyay bin Akhtab terus mengadakan perbincangan sama ada mahu menerima tawaran Abdullah atau keluar sebagaimana yang diarahkan.

Salah seorang daripada mereka, iaitu Salim bin Misykan pun berkata: "Lebih baik kita menolak tawaran dari Abdullah kerana dia sudah berkali-kali berbuat dusta kepada kaumnya sendiri. "Sebagaimana yang berlaku pada kepada Bani Qainuqa' (suku utama Yahudi di Madinah) hendak diusir oleh kaum Muslimin, dia langsung tidak berbuat apa-apa, hanya cakap sahaja yang lebih."

Mereka pun berdebat mengenai soal itu dan akhirnya semua yang bermesyuarat itu setuju menerima tawaran Abdullah untuk tidak tinggalkan kampung halaman yang telah lama mereka diami.

Lalu Huyay mengirim sepucuk surat kepada Rasulullah yang antara lain beliau menyebut: "Kami kaum Yahudi, tidak akan keluar daripada kampung kami ini. Kami akan terus tetap berada di sini dan jika kamu hendak menyerang atau apa sahaja, silakan! Kami tidak akan mundur dan kami bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang bakal mendatang."

Rasulullah pun terus bertakbir Allahu Akbar sejurus selesai membaca surat dari Huyay itu.

Para pengikut baginda yang lain juga turut bertakbir dan Rasulullah pun berkata: "Kita akan berperang dengan kaum Yahudi dari suku kaum Bani Nadhir."

Pada hari ditetapkan, Rasulullah berserta bala tentera baginda menuju ke perkampungan Yahudi itu dan bersedia memerangi mereka sambil bendera Islam dibawa oleh menantu baginda, Ali bin Abi Talib.

Begitupun sebenarnya apabila sampai di perkampungan Bani Nadhir itu, Rasulullah masih memberi peluang kepada mereka untuk meninggalkan rumah masing-masing.

Namun kaum Yahudi itu menunjukkan kesombongan mereka dan enggan mematuhi arahan malah menjawab: "Kami tidak akan meninggalkan kampung halaman kami ini. Sama sekali tidak! Tidak mungkin kami boleh meninggalkan harta benda dan kekayaan kami begitu sahaja.

"Sekiranya kamu hendak menyerang kami juga maka kami akan segera membina benteng-benteng pertahanan sebagai kubu di samping batu-batu yang tersedia untuk kami lemparkan terhadap kamu semua.

"Jika kamu hendak mengepung kami sekalipun, bekalan makanan yang kami simpan cukup untuk kami bertahan selama setahun. Sumber air kami juga tidak pernah kering, jadi kepunglah berapa lama pun, kami mampu bertahan."

Nilai al-Quran Braille kepada OKU

Posted: 16 Aug 2011 07:06 PM PDT


Al-quran braille membolehkan golongan buta membaca dan mempelajari al-Quran.


Mereka tidak ada deria melihat, tetapi mereka ada deria sentuhan. Pandangan mereka gelap gelita. Keindahan alam ciptaan Allah tidak dapat dinikmati sebagaimana manusia lain.

Walaupun kekurangan salah satu nikmat terbesar itu, namun kewajipan mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah tetap sama seperti hamba yang lain, tidak ada apa yang membezakan mahu pun dikecualikan melaksanakan tugas itu.

Sebagaimana dikisahkan tentang seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibnu Makhtum. Beliau seorang buta dan tiada orang yang boleh menemaninya ke masjid. Namun, kewajipan solat jemaah di masjid tetap difardukan ke atasnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Seorang lelaki buta datang kepada nabi Muhammad SAW lalu berkata: ''Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai orang yang akan memimpinku ke masjid." Lelaki itu meminta Rasulullah memberi keringanan kepadanya supaya dia boleh melakukan solat di rumahnya. Maka baginda memberikan keringanan. Ketika lelaki buta itu mahu beredar pulang, nabi memanggilnya dan berkata: "Apakah kamu mendengar azan?" Lelaki itu menjawab: "Ya". Jawab baginda SAW: "Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid".

Kisah di atas menunjukkan betapa setiap tuntutan Allah SWT harus dilaksanakan selagi mampu walau mempunyai kecacatan dan kekurangan diri. Apatah lagi kewajipan menunaikan rukun Islam yang lima itu. Tidak terkecuali kewajipan membaca al-Quran yang merupakan salah satu tuntutan fardu ain.

Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (Faatir: 32)

Mengikut logik akal, adalah mustahil bagi orang buta membaca al-Quran. Sebabnya, mereka tidak mampu melihat keindahan ayat-ayat suci itu, kesenian huruf-hurufnya apatah lagi memahami isi kandungannya.

Namun, ia tidak bermakna mereka tidak boleh mendengar ayat-ayat suci itu. Sama ada diperdengarkan oleh individu normal atau melalui pemain kaset atau cakera padat (CD) hasil kepesatan teknologi terkini.

Kecanggihan teknologi juga kini memungkinkan orang buta membaca al-Quran Braille yang diciptakan khas untuk golongan itu.

Melalui sistem tulisan titik-titik timbul itu, kini masyarakat Islam cacat penglihatan mendapat manfaat daripadanya. Ramai antara mereka sudah mampu mempelajari al-Quran secara sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Bagaimanapun, impian membaca al-Quran Braille itu hanya dicapai oleh mereka yang mampu. Ini kerana kitab edisi itu memandangkan kos senaskhah mencecah RM240.

Perkara itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Braille Malaysia, Datuk Mah Hassan Omar yang mendedahkan kira-kira 13,000 orang kelainan upaya (OKU) penglihatan beragama Islam negara ini memerlukan senaskhah al-Quran dalam tulisan itu bagi memudahkan mereka membaca dan mempelajari kitab suci itu.

Katanya, kesukaran mendapatkan teks al-Quran Braille di tempat-tempat awam seperti masjid serta kekangan kewangan menjadi punca masih ramai antara mereka tidak mampu memilikinya.

Katanya, hanya 536 naskhah al-Quran edisi itu diterbitkan sejak tahun 2006 apabila sistem percetakan secara mesin taip ditukarkan kepada sistem pengkomputeran. Ia bagi memendekkan tempoh menyiapkan senaskhah daripada setahun kepada lima jam sahaja.

"Harga senaskhah al-Quran berharga RM240, jadi ramai antara mereka tidak mampu memilikinya.

"Oleh itu, kita berharap dapat memberikan teks al-Quran Braille ini secara percuma kepada mereka sekurang-kurangnya senaskhah bagi setiap keluarga atau diletakkan setiap satu di semua masjid seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Tilawah al-Quran Braille peringkat kebangsaan kali pertama, di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mah Hassan yang buta sejak umur lima tahun itu berkata, ramai di kalangan golongan itu berkeinginan dan berminat mendalami ilmu al-Quran termasuk ilmu-ilmu keagamaan dan lapangan ilmu kehidupan supaya mereka tidak terpinggir dengan masyarakat normal.

Katanya, isu tersebut menjadi cabaran kepada kerajaan, pihak swasta dan masyarakat seluruhnya untuk memikirkan kedudukan mereka seterusnya membantu golongan istimewa itu mendapatkan ilmu secukupnya.

"Kita perlu sediakan program bersepadu kepada golongan ini supaya mereka dapat pelajaran yang betul agar tidak terdedah dengan anasir negatif dengan adanya ilmu dan bimbingan secukupnya kepada mereka.

"Jika impian ini tercapai termasuk menyediakan sekurang-kurangnya senaskhah al-Quran untuk setiap masjid dengan peruntukan dana sebanyak RM50,000 atau RM2.4 juta untuk membolehkan setiap keluarga golongan ini memilikinya, Malaysia akan menjadi contoh kepada negara luar apabila menyediakan akses secukupnya untuk mereka mempelajari al-Quran," kata peguam buta pertama negara itu.

Bagaimanapun, usaha memartabatkan golongan OKU penglihatan ini membaca al-Quran dengan baik diperhebatkan melalui penganjuran Majlis Tilawah al-Quran Braille yang julung kali diadakan tahun ini.

Seramai lapan peserta memperdengarkan bacaan masing-masing yang diadili sama seperti peserta tilawah normal lain. Mereka diuji dari segi suara, tarannum, tajwid dan fasahah.

Lapan peserta istimewa itu ialah Muhammad Taufik Azman daripada Johor, Nur Liyana Wahab (Johor); Muhammad Qayyim Nizar Sarim (Kelantan), Mohamad Syafiizwan Mohd Suhaini (Johor); Rasida Mohamed Zali (Kuala Lumpur); Nor Hidayah Mohd Yusof (Johor); Faiq Adnan (Kedah) dan seorang peserta saudara baru, Muhammad Adam Lee Abdullah (Kuala Lumpur).

Kemerduan suara dan kelancaran bacaan surah al-Anfal secara tarannum dan bertajwid oleh Muhammad Qayyim telah menambat hati barisan juri sekali gus dinobatkan juara pertama pertandingan tilawah itu.

Walaupun baru mencecah usia 13 tahun, ternyata kecacatan penglihatan sejak lahir tidak menghalang beliau mempelajari al-Quran dengan baik.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Mohamad Nordin Ibrahim menyaksikan Nor Hidayah diumumkan naib johan manakala Faiq di tempat ketiga.

Kejayaan membanggakan para peserta itu membuktikan bahawa al-Quran Braille mampu memberi kemudahan kepada golongan istimewa itu untuk mendapat ilmu dunia mahu pun akhirat.

Cuma, mereka tidak harus berasa terpinggir atau kecewa dengan kekurangan itu. Ini kerana Allah SWT meletakkan mereka pada kedudukan istimewa di samping ganjaran pahala berlipat ganda jika mereka ikhlas mengabdikan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Sebagaimana kisah Abdullah ibnu Makhtum yang diceritakan tadi, apabila Rasulullah SAW ditegur oleh Allah melalui surah 'Abasa sepanjang 16 ayat kerana tidak mempedulikan pertanyaan Abdullah ketika baginda SAW mengadakan dialog dengan para pemimpin Quraisy.

Diceritakan ketika itu baginda SAW bertatap muka dengan pemimpin-pemimpin Quraisy bernama 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, 'Amr bin Hisyam alias Abu Jahl, Umayyah bin Khalaf dan Walid bin Mughirah, ayah saifullah Khalid bin walid.

Rasulullah berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda amat berharap pemimpin Quraisy itu menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda SAW.

Sementara baginda SAW berunding dengan bersungguh-sungguh, tiba-tiba Abdullah ibnu Makhtum datang mengganggu minta dibacakan kepadanya ayat-ayat al-Quran.

Kata Abdullah: "Ya Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepada Anda!" Rasul yang mulia terlengah mempedulikan permintaan Abdullah.

Lalu beliau membelakangi Abdullah dan melanjutkan perbicaraan dengan pemimpin Quraisy. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam tambah kuat dan dakwah bertambah lancar.

Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah bermaksud hendak pulang. Tetapi tiba-tiba penglihatan baginda SAW menjadi gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti kena pukul.

Kemudian Allah mewahyukan kepada baginda: Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yang menghendaki tentulah ia memerhatikannya. (Ajaran-ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti. ('Abasa: 1 - 16).

Sejak itu, Rasulullah SAW tidak lupa memberi tempat yang mulia kepada Abdullah apabila dia datang. Bahkan baginda SAW mempersilakan beliau duduk di tempat duduk baginda, bertanyakan khabar beliau dan sentiasa memenuhi permintaan beliau.

Begitu juga dengan saudara sesama Islam lain yang memiliki segala kesempurnaan menikmati hidup di dunia ini.

Hulurkan bantuan kepada mereka. Mudah-mudahan dengan secebis bantuan dapat meringankan beban untuk mereka menjalani kehidupan dan ibadah kepada yang Esa.

Warna kontra untuk Aidilfitri

Posted: 16 Aug 2011 07:04 PM PDT


Kurung moden dengan rekaan yang dipelbagaikan tetap sesuai digayakandi mana jua.


PERKARA yang paling dititikberatkan dalam persediaan menyambut Syawal ialah memiliki sekurang-kurangnya sepasang baju baru.

Tanpa mengira apa jua fesyen, warna atau bahan yang digunakan, membeli baju baru dan aksesori menjadi perkara wajib setiap individu tanpa mengira usia.

Begitupun, bagi kaum Hawa, baju kurung merupakan pakaian rasmi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sudah pasti ia terus menjadi pilihan tidak kira masa. Bagaimanapun, impak kemeriahannya akan lebih terasa dengan tibanya Syawal.

Bagi pemilik Azura Couture, Azura Mazaruddin, 26, setiap tahun rutinnya tidak lari daripada menyiapkan tempahan raya terutamanya baju kurung moden daripada para pelanggannya.

Untuk itu, selain menyiapkan baju raya yang ditempah, dia tidak ketinggalan menyiapkan baju raya yang dilabelkannya di bawah jenamanya sendiri, Azura Couture.

Suka bermain dengan warna-warna kontra, Azura dilihat mampu menjadikan rekaannya begitu anggun untuk digayakan di pagi Syawal.

Tahun ini, selain masih lagi mengekalkan gabungan warna-warna kontra serta penggunaan warna-warna terang, Azura juga dilihat lebih gemar memilih kain polos untuk disesuaikan dengan kain yang bercorak.

Rekaan baju kurung yang ditampilkan juga lebih moden dan kontemporari, sesuai untuk digayakan ke mana-mana jua termasuk menghadiri rumah terbuka ataupun mengunjungi sanak saudara.

"Antara rekaan yang diketengahkan tahun ini menampilkan fabrik sifon dan satin.

"Seperti umum ketahui, saya memang gemar menggunakan warna-warna yang kontra tetapi sebenarnya ia memberi satu gabungan warna yang menarik untuk digayakan.

"Bagi baju yang menggunakan kain polos, saya serikan lagi dengan manik-manik sama ada di bahagian leher, lengan atau dada namun yang pasti baju kurung ataupun baju kurung moden terus mendapat tempat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Walaupun antara rekaan yang ditampilkan nampak sedikit glamor dengan perincian manik, ia tetap sesuai digayakan ke mana jua.

Peluru sejengkal dari kepala

Posted: 16 Aug 2011 07:03 PM PDT


STRATEGI... K.Soundraraja (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada kakitangannya mengenai latihan perang di Pangkalan TLDM Lumut baru-baru ini.


HANYA sejengkal jarak peluru dari kepala, jika terkena tembakan itu, saya tidak tahu apa yang akan terjadi".

Demikian reaksi awal Laksamana Pertama K. Soundrarajan, 57, ketika diminta menceritakan kenangan yang tidak dapat dilupakan sejak berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pegawai Memerintah Pusat Taktik Maritim (Pustakmar) itu berkata, ketika kejadian yang berlaku pada 1984 itu, dia bertugas sebagai Pegawai Kanan Skuadron Kapal Ronda 14, KD Beladau yang mengetuai lima buah kapal lain ke Sabah.

Katanya, kejadian tembakan berpunca daripada salah faham sebuah bot di perairan Lahad Datu yang menyangka anggota TLDM mahu memberkas mereka.

"Semasa mahu memasuki pelabuhan, ada sebuah bot kecil berhampiran kawasan itu. Pada mulanya kami menyangkakan ia merupakan bot nelayan tetapi sebenarnya ia adalah bot lanun.

"Apabila melihat kapal TLDM, mungkin mereka beranggapan kami mahu menangkap mereka sebab itu mereka melepaskan tembakan. Pada masa itu kami memang tidak bersedia dan masing-masing menunduk bagi mengelakkan terkena peluru sesat yang dilepaskan lanun tersebut," katanya.

Beliau yang lebih mesra disapa Sound berkata, apabila anggota kapal mahu melepaskan tembakan, bot kecil itu telah hilang di sebalik belukar dan batu-batu di sekitar perairan.

"Kita tidak dapat mengejar kerana mereka menghampiri kawasan cetek. Kapal sebesar KD Beladau tidak boleh menghampiri kawasan itu kerana ia akan tersangkut," katanya.

Sound yang dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang mendapat pendidikan di Penang Free School. Setelah tamat pengajian beliau mengambil keputusan menyertai TLDM kerana minat yang mendalam terhadap bidang tersebut.

Walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada keluarga yang mahukan beliau menyambung pelajaran di India dalam bidang perubatan, ia dapat diatasi setelah penjelasan untuk menyertai TLDM diberikan kepada ibu dan bapanya.

"Saya dibesarkan di Pulau Pinang dan pada masa itu rumah saya terletak berhampiran laut. Setiap hari saya akan melihat kapal dan ia telah mewujudkan minat yang mendalam untuk menyertai TLDM.

"Sebagai anak tunggal pada ketika itu, ibu bapa memang mengharapkan saya menjadi doktor. Namun saya menolak kerana minat lebih terarah kepada badan beruniform. Jika ditanya kepada rakan-rakan semasa di sekolah mereka juga akan mengiakan bahawa saya memang meminati bidang ini sejak kecil lagi," katanya.

Sepanjang berkhidmat selama 38 tahun bersama TLDM, beliau telah menangani dan menguruskan banyak tugas mencabar dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan perairan negara terjamin.

Katanya yang baru dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama pada Julai lalu, beliau telah dipertanggungjawabkan dalam pelbagai jawatan penting dalam perkhidmatan laut dan pangkalan. Antaranya menjadi Pegawai Memerintah kapal sebanyak enam kali antaranya kapal KD Rentaka, KD Sri Selangor, KD Beladau, KD Serang dan KD Rahmat selain menjawat tugas terakhir sebagai Pegawai Kanan Skuadron Frigat ke-21.

Ketika bertugas di Wilayah Persekutuan Labuan, Sound juga menjawat tugas sebagai Ketua Pegawai Staf Operasi merangkap Ketua Staf Markas Wilayah Laut 2.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia dan menjadi perintis kepada penubuhan Pusat Peperangan Bersama (Pesama).

Sound juga pernah bertugas sebagai Pengarah di pusat itu sebelum menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah di Pustakmar sehingga kini.

Ditanya rahsia bagaimana dia mendaki kejayaan sehingga mampu menjawat beberapa jawatan penting dalam TLDM, Sound berkata, ia merupakan hasil kerja keras dan dedikasinya selama ini.

Katanya, beliau sering menanamkan semangat dalam diri bahawa bukan semua orang berpeluang menjadi anggota tentera yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

"Menjadi anggota keselamatan merupakan satu amanah. Ia bukan hanya sekadar berperang tetapi tanggungjawab menjaga negara dan bukan semua orang yang dilahirkan mempunyai peluang seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya kaum bukan Melayu tidak diberi peluang untuk maju dalam pasukan keselamatan.

Katanya, peluang sama rata kepada semua kaum sentiasa ada dan semuanya bergantung kepada usaha yang dilakukan setiap individu.

"Semua kaum mempunyai peluang yang sama untuk maju dalam bidang ini dan ia terpulang kepada mereka bagaimana mahu mencapai kejayaan dalam bidang ini," katanya.

Dijangka bersalin bulan depan

Posted: 16 Aug 2011 07:02 PM PDT


PENYANYI tersohor Indonesia ini sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata ketiganya.


SERI wajah wanita hamil terpancar pada wajah Kris Dayanti ketika kami bertemu pada sesi berbuka puasa di salah sebuah kafe popular di Jakarta baru-baru ini.

Perutnya semakin ke depan. Jalannya juga sudah tidak selincah dulu. Dia sangat berhati-hati.

Kehamilan kali ketiga selepas 11 tahun diakui penghibur kontroversi itu menawarkan pengalaman baru buatnya.

"Seperti ia kandungan anak sulung kerana semuanya seperti baru buat saya. Bayangkan, kali terakhir saya hamil 11 tahun lalu iaitu anak kedua saya, Azriel.

"Kini saya melaluinya sekali lagi pada usia 36 tahun. Semuanya serba baru buat saya. Bahkan, saya sudah terlupa bagaimana sakit bersalin," katanya sambil tertawa semasa kami berbuka puasa pada hari ke-11 Ramadan lalu.

Bagaimanapun, pada pertemuan itu, suami Kris, Raul Lemos tidak dapat turut serta kerana sedang bertugas.

Kehamilan kali ketiga penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Menghitung Hari ini turut mencetus kontroversi.

Ini kerana kehamilan itu berlaku lebih awal daripada tarikh pernikahan kali keduanya dengan usahawan dari Timor Leste pada 20 Mac lalu.

Hidup Kris selepas bercerai dengan suami pertamanya, Anang Hermansyah sentiasa dihimpit pelbagai kontroversi.

Dia juga sehingga kini masih belum mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya, Auriel Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah daripada bekas suaminya itu.

Justeru, penantian untuk menimang cahaya mata ketiga ini merupakan anugerah yang paling indah dalam hidupnya biarpun Kris menyedari akan ada pihak yang akan mencemuh kehamilan kali ini.

"Saya sudah banyak diuji termasuk dengan kehamilan ketiga ini. Biarlah apa sekalipun yang difikirkan orang ramai saya reda dan bersyukur dengan anugerah Allah ini," katanya yang asyik mengusap kandungannya yang sudah memasuki penghujung bulan kelapan.

Berdasarkan perhitungan doktor, Kris dijangka bersalin awal September ini. Dia juga tidak menolak mungkin bayi itu dilahirkan pada Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Kerana itu, Kris dan suaminya kini hanya menghitung hari untuk sama-sama menyambut kelahiran benih hasil daripada kasih sayang yang disemai.

Tidak lagi memberi perhatian pada persiapan lebaran, sebaliknya, segala-galanya difokuskan untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baru.

"Semua persiapan dilakukan oleh saya dan Raul. Kami sama-sama mencari kelengkapan bayi, kami juga sudah meninjau wad bersalin di hospital, mencari orang tua yang akan menjaga saya sepanjang berpantang dan sebagainya," kata Kris.

Bahkan, setiap kali bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kandungan, Kris sentiasa ditemani suaminya.

Pasangan itu juga sudah mengenal pasti jantina bayi dalam kandungan Kris menerusi pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor.

Namun, Kris tidak mahu berkongsi apakah jantina anak yang bakal dilahirkannya itu.

"Saya mahu bikin surprise (kejutan) buat kamu juga. Kamu harus datang ziarah aku selepas aku bersalin nanti," pesannya kepada penulis.

Kata Kris, nama untuk bayinya juga sudah berada di fikiran dia dan Raul.

M. Nasir, Jamal serikan lebaran

Posted: 16 Aug 2011 07:01 PM PDT


BUAT pertama kali Hujan dan M. Nasir akan berkongsi pentas menghiburkan penonton.


BAGI menyerikan sambutan lebaran tahun ini, TV9 membawakan satu rancangan khas, Ekspresi Dato M. Nasir dan Jamal Abdillah.

Pastinya sambutan Aidilfitri kali ini akan lebih meriah apabila penonton disajikan dengan lagu-lagu malar segar dua bintang ternama ini.

Sudah tentu alunan suara mereka mendendangkan lagu-lagu seperti Seroja, Gerhana, Keranamu Kekasih dan Satu Hari Di Hari Raya akan membuatkan para penonton terkenang nostalgia lalu.

"Sudah tentu kemeriahan Syawal akan lebih terasa apabila kita dapat bersama dengan keluarga mengimbau nostalgia lalu melalui lagu-lagu dua bintang hebat ini.

"Lagipun ini adalah kali pertama TV9 menyatukan mereka di atas pentas sempena Hari Raya.

"Jadi kita harap ia akan memberikan kepuasan kepada penonton dalam menyerikan lagi kemeriahan Syawal," jelas penerbit konsert berkenaan, Ahmad Shaifullizzam Mohd. Arshad atau lebih suka disapa Gbam yang ditemui selepas rakaman konsert berkenaan baru-baru ini.

Merancakkan lagi konsert yang akan disiarkan melalui dua episod itu, beberapa artis jemputan lain turut diundang bagi bersama berkongsi pentas dengan dua nama besar ini.

Antara artis yang bakal bersama menyerikan konsert itu nanti adalah Fauziah Ahmad Daud, Francissca Peter, Mawi, Hujan dan Awi Rafael.

"Bagi memberikan suatu kelainan pada rancangan ini, kita akan gabungan dua nama besar ini dengan bakat-bakat baru yang mula menyinar seperti Hujan dan Awi Rafael.

"Kita lihat gabungan ini juga merupakan pembuka jalan kepada bakat-bakat baru ini untuk bersama menimba pengalaman dengan mereka yang ternama," tambah Gbam.

Rancangan istimewa yang berdurasi sejam setiap episod itu akan disiarkan pada 2 dan 3 Syawal nanti bermula pukul 11 pagi.

Antara persembahan yang akan disajikan kepada penonton adalah kolaborasi antara Jamal Abdillah bersama Fauziah Ahmad Daud dan Fransisca Peter.

Selain itu, M. Nasir akan berduet dengan Hujan Band mendendangkan lagu medley Aku Yang Terasing dan Juwita Citra Terindah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved