Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Pakai 20 tangkal
- Kumpulan Tiga Pertaruhkan 'Lelaki Tak Guna'
- 'Best In The World' Ketengahkan Pelbagai Masakan Malaysia
- Amy Winehouse Kuasai Carta
- Anak Perempuan Al Pacino Ditahan Memandu Dalam Mabuk
- Bukan sekadar berehat
- Firdaus janji tak malukan nama besar keluarga seni
- Ulama salafi dan khususiyat Nabi
- Ibnu Abbas profesor ulung dunia Islam
- Saudara Muslim tingkat kefahaman Ramadan
- BCWA bawa program Murni ke luar bandar
- Ringkas penuh makna
- Pengetua teraju kecemerlangan sekolah
- Set soalan peperiksaan percubaan mulai esok
- Pertandingan reka cipta galak inovasi
- Pemeriksaan awal cegah darah tinggi
- Latif tidak lupa tragedi Keramat Pulai
- Skeptikal Yusof terhadap anak-anak
- Syafiq teruskan legasi Yusof
- Kak Nita tetap Kak Nita
- Maria diganggu peminat 3 pagi
- Lawak kreatif di Astro Warna
- Kepuasan Syafinaz di depan kamera
- Memey enggan menoleh
- Pencarian Meet Uncle Hussain
| Posted: 01 Aug 2011 07:44 PM PDT PELIK...antara tangkal kepunyaan suami Azrina yang diperoleh daripada wanita yang mengaku dirinya malaikat. KULAIJAYA: Akibat taksub dengan ajaran tarekat disebarkan seorang wanita yang mengaku dirinya malaikat dan pemegang kunci pintu syurga, seorang lelaki nekad berhenti kerja dan mengabaikan tanggungjawab sehingga isterinya hidup serba kekurangan. "Dia kerap menghilangkan diri berbulan-bulan kononnya kerana ingin beramal mencari pahala," kata isteri lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina. Wanita berusia 40 tahun itu berkata, suaminya, Mohamed, 44, juga banyak melakukan perkara bertentangan ajaran Islam termasuk melakukan pemujaan hingga ke Indonesia.
| ||
| Kumpulan Tiga Pertaruhkan 'Lelaki Tak Guna' Posted: 01 Aug 2011 07:42 PM PDT Kumpulan Tiga dari kiri: Steph, Faz dan Hana. PETALING JAYA: Selepas era kegemilangan kumpulan Feminin dan Elite, kini penyanyi berkumpulan wanita yang dikenali sebagai Tiga muncul mewarnai arena industri muzik tanah air. Kumpulan dibawah naungan KRU Studios yang terdiri daripada Hana Amira Mohd Hatim atau Hana, 24,Fazuin Mohd Yusoff (Faz), 25 dan Stephanie Goh Mei Yee (Steph), 23, itu berkata, mereka yakin populariti kumpulan penyanyi wanita akan kembali diterima masyarakat. "Mungkin ada yang menganggap agak sukar untuk kami memartabatkan konsep berkumpulan wanita, tetapi Tiga sahut cabaran itu dan akan menampilkan lagu-lagu yang berkualiti kepada umum. "Namun, kami mempunyai cara tersendiri dalam menonjolkan personaliti diri tiga dimana kami tampil dengan konsep muzik dance tetapi imej kami pula lebih ke arah trend ala K-Pop," kata Hana. Mempertaruhkan single lagu pertama, Lelaki Tak Guna, ciptaan Edry Abdul Halim,lagu tersebut mempunyai unsur semangat wanita bangkit daripada kesengsaraan atau kesedihan yang terpaksa dilalui gara-gara lelaki yang disayangi. Malah, kata Faz, lagu tersebut melambangkan 'girl power' yang mampu mengharungi pelbagai rintangan hidup. "Sebenarnya, Tiga sudah menunjukkan bahawa kami merupakan sebuah kumpulan yang mempunyai semangat dan kekuatan mental yang tersendiri dan justeru itu kami pertaruhkan Lelaki Tak Guna sebagai langkah permulaan. "Dalam pada itu, untuk menunjukkan kelainan, kami mempunyai pakej lengkap dimana Tiga bukan sekadar menyanyi semata-mata, tetapi juga menari. "Ini kerana sebelum Tiga ditubuhkan, kami berasal daripada kumpulan penari yang digelar sebagai Selektaz," ujar Faz. Bagaimanapun, beritahu Steph pula, mereka yang menjadikan kumpulan TLC, Pink, Ludacris dan KRU sebagai idola dalam nyanyian mempunyai impian tersendiri iaitu ingin mengadakan sebuah konsert sendiri suatu hari nanti. Selain itu, sebagai penyanyi berkumpulan yang baru dalam industri muzik tempatan, Tiga sudah bersedia untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi lain. "Kami juga sudah bersiap sedia melalui segala dugaan hidup sebagai penyanyi lebih-lebih lagi kontroversi yang boleh muncul bila-bila masa sahaja," tegas Steph. | ||
| 'Best In The World' Ketengahkan Pelbagai Masakan Malaysia Posted: 01 Aug 2011 07:42 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Jika anda penggemar makanan tempatan, dokumentari yang mengetengahkan makanan-makanan Malaysia, Best In The World akan disiarkan di 8TV, setiap Khamis, pukul 9.30 malam. Pengacara yang dikenali dengan karakter 'gila-gila' Razif Hashim, akan mengendalikan program sebanyak 13 episod ini dimana dia akan mengembara dan merasai keenakan makanan-makanan tempatan. Malah, Razif juga akan berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah. Menampilkan tema yang berbeza setiap minggu, antara episod yang wajib ditonton ialah Rice Spice, yang memaparkan pelbagai hidangan yang mengandungi nasi dalam setiap juadah yang disediakan dan Oodles Of Noodles, dimana ia merupakan sajian pelbagai jenis mee yang lazat. ![]() Selain itu, episod Chili Fever dan Food From The Root juga pasti menarik perhatian penonton yang menyaksikannya. Menurut Pengurus Besar 8TV dan ntv7, Airin Ainul, Best In The World turut memaparkan segmen khas iaitu Special Tips Segment, yang memaparkan tips-tips memasak, makan serta cara pemakaian sebelum menikmati sesuatu juadah. "Saya percaya tips-tips yang diberikan sangat berguna buat penonton dan saya percaya ia juga boleh dipraktikkan di rumah atau di mana-mana sahaja kita berada. "Menyaksikan program ini, ada beberapa makanan yang dipaparkan dilihat begitu ringkas dan biasa tetapi dengan adanya Razif, dia akan membuatkan makanan tersebut menjadi lebih menarik," katanya. Dalam pada itu, program ini juga menampilkan beberapa tetamu undangan untuk berkongsi pendapat dan citarasa mereka dengan khalayak," katanya. Bagi yang tidak berkesempatan menonton di televisyen, layari laman web 8TV di www.8tv.com.my atau www.tonton.com.my. Kini program-program kegemaran juga boleh ditonton menerusi telefon bimbit dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my. | ||
| Posted: 01 Aug 2011 07:41 PM PDT Amy ketika pada kemunculan awal dalam industri muzik.LONDON: Selepas kematiannya minggu lalu, jualan album kedua Amy Winehouse 'Back to Black' yang pernah mendapat pengiktirafan anugerah Grammy kembali mengungguli carta album di United Kingdom. Album pertama penyanyi berusia 27 tahun itu, 'Frank' turut menduduki carta di tempat ke lima selain beberapa singlenya menduduki dalam kedudukan 40 teratas lapor BBC. Semasa hayatnya, Winehouse terkenal dengan single, 'Rehab', You Know I'm No Good' dan 'Love Is a Losing Game'. Sementara itu, syarikat rakaman mendiang Winehouse berkata, pihak mereka terpaksa mencetak salinan penyanyi itu bagi memenuhi permintaan peminat. Terdahulu, Winehouse ditemui mati di pangsapurinya, Camden, Utara London. Dia mengalami masalah ketagihan dadah dan alkohol sejak beberapa tahun yang lalu. Namun punca kematiannya masih belum diketahui. | ||
| Anak Perempuan Al Pacino Ditahan Memandu Dalam Mabuk Posted: 01 Aug 2011 06:30 PM PDT Al Pacino dan anak perempuanya, Julie. ANAK perempuan aktor popular, Al Pacino yang berusia 21 tahun ditahan oleh pihak polis Manhattan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Julie Pacino, ditangkap sekitar pukul 1.30 pagi waktu tempatan selepas diuji tahap pengaruh alkohol di dalam badannya. Julie yang mengaku bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk bagaimanapun dibebaskan oleh Hakim James Duffy. Kadar peratusan alkohol di dalam darahnya pula masih belum dilaporkan oleh pihak polis. Julie bagaimanapun mengakui pada malam kejadian dia telah minum sebanyak tiga gelas bir dan menghisap dadah. Al Pacino yang sedang menjalani pengambaran filem di Los Angeles bergegas untuk menjamin anaknya itu. | ||
| Posted: 01 Aug 2011 06:21 PM PDT Erra Fazira SUDAH menjadi kebiasaan pula, setiap kali Ramadan, golongan artis dengan tidak semena-mena mengambil 'cuti panjang' atas alasan mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadah. Erra Fazira, antara mereka yang mengusahakan perniagaan bermusim yang disifatkan sebagai peluang menambah pendapatan, sekali gus pendedahan awal untuk lebih serius dalam bidang serba mencabar itu pada masa depan. Memilih perniagaan hamper raya sejak beberapa tahun lalu menggunakan jenama Eea's Hamper, akuinya sebelum puasa lagi dia sudah menerima tempahan daripada pelanggan tetap terutama rakan rapat. "Kebiasaannya saya mengehadkan jumlah tempahan supaya tidak terkejar-kejar. Memang ada pembantu malah, hasil gabungan idea semua, kami pastikan kualiti gubahan produk kami sentiasa mengikut peredaran semasa. "Sambutannya agak memberangsangkan kerana pelanggan sudah mengenali jenama bungkusan hari raya buatan tangan kami. Bukan saja orang perseorangan, korporat juga membuat tempahan," katanya pelakon berusia 37 tahun ini. Begitupun, Erra menjelaskan, belum ada perancangan untuk menjadikan perkhidmatan menyediakan hamper raya sebagai perniagaan yang serius kerana tumpuannya ketika ini masih terhadap kerjaya seni dan keluarga. Cuma buat masa ini dia mahu belajar dulu selok- belok perniagaan sebelum melebarkan jenama Eea's Hamper kepada pelanggan yang tidak hanya menyediakan hamper musim Syawal, sebaliknya perayaan lain dan sambutan lain. Dedah ibu kepada Engku Aleesya, 2, itu lagi, kebetulan sepanjang Ramadan ini dapat bercuti sepenuhnya apabila penggambaran yang sepatutnya berlangsung pada tempoh berkenaan ditunda ke tarikh lain. Apa pun, masa yang ada bakal dimanfaatkan untuk perkara lain terutama menyediakan keperluan untuk perniagaannya serta melayani keletah si kecil yang semakin lasak dan mula belajar bercakap. Biar masih terlalu awal, persediaan untuk hari raya terutama baju kurung buat si kecil serta suami tercinta, Engku Emran dilakukan lebih awal supaya tidak berebut dengan orang lain. "Saya dan suami hanya bersederhana, cukup dua pasang baju kurung dan baju Melayu, tetapi paling seronok sudah pasti melihat Aleesya semakin membesar dan sudah pandai berjalan. "Apabila tengok gaun comel, mulalah saya geram, malah tahun ini saya mahu mendapatkan beberapa pasang baju kurung untuk Aleesya gayakan pada 1 Syawal nanti," ucapnya. Rancak bercerita soal perniagaan dan keluarga, persoalan beralih pula mengenai perancangan merealisasikan album baru yang sudah tertangguh lama walau sebelum ini beberapa lagu sudah dirakamkan sejak beberapa tahun lalu. Rancang berduet dengan Salma BIAR berdiri di landasan kukuh sebagai aktres terkenal, jauh di sudut hati pemilik nama Fazira Wan Chek, itu masih membuak rasa cinta terhadap nyanyian membuatkannya tidak pernah berhenti berharap. Penyanyi lagu lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu tidak mampu menyembunyikan rasa terkilan apabila gagal menghasilkan album ketika bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Record (SRC) tidak lama dulu. "Kontrak dengan SRC sudah tamat, tetapi saya sempat merakamkan lima lagu. Saya memang berharap dapat tampil dengan lagu baru, cuma barang kali rezeki belum tiba. "Kalau boleh biarlah dapat lagu yang mampu meninggalkan impak kepada pendengar. Lagu sedia ada sudah bagus, tetapi saya sendiri belum dapat seperti yang dicari membuatkan saya masih sabar menunggu," katanya yang tetap rancak memenuhi undangan menghiburkan tetamu pada majlis korporat. Erra juga tidak menolak untuk berpadu suara dengan protegenya, Salma sekiranya mendapat tawaran malah menganggap juara Mentor musim lima itu mampu bergerak lebih jauh bersandarkan bakatnya. Bagaimanapun, projek baru paduan suara antaranya dengan Sohaimi Mior Hassan berjudul Dalam Rumah Tangga dianggap pengubat kerinduan terhadap single baru dan istimewanya, melodi serta mood nyanyian lebih seperti gandingan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Seri Saloma. Beralih kepada dunia lakonan, selain sibuk dengan latihan pementasan Badai Semalam yang bakal berlabuh di Istana Budaya bermula 11 November ini, bintang yang digilap menerusi filem sembilu itu juga bakal terbabit dengan sebuah filem yang menyaksikannya membawakan watak pembunuh upahan. | ||
| Firdaus janji tak malukan nama besar keluarga seni Posted: 01 Aug 2011 06:19 PM PDT
| ||
| Ulama salafi dan khususiyat Nabi Posted: 01 Aug 2011 06:18 PM PDT SYEIKH Ibnu al-Qayyim, yang dijadikan rujukan utama sesetengah aliran dalam Islam, pernah meriwayatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW yang sangat ajaib dan pelik. Beliau menisbahkan atau menyandarkan riwayat itu kepada sejumlah ulama salaf. Beliau menyatakan: "Telah berkata al-Qadhi, Al-Marwazi telah menyusun sebuah kitab mengenai kelebihan Nabi Muhammad, Di dalamnya beliau menyebut bahawa Nabi Muhammad duduk di atas 'Arasy. Katanya lagi: "Aku berkata Ia adalah pendapat Ibnu Jarir al-Tobari dan imam mereka, Mujahid, seorang imam Tafsir. Ia juga adalah pendapat Abu al-Hasan al-Dar Qutni." Di antara syairnya, berbunyi: "Hadis syafaat itu daripada Ahmad (ibn Hanbal), kepada Ahmad al-Mustafa sampai sanadnya. Diriwayatkan juga hadis, bahawa baginda duduk di atas 'Arasy, maka janganlah kita mengingkarinya. Biarkanlah hadis itu seadanya. Janganlah kalian mencampuradukkan di dalamnya apa-apa yang boleh merosakkannya. Janganlah kalian mengingkari bahawa baginda duduk dan jangan kalian mengingkari bahawa baginda didudukkan di atas ('Arasy). ( Ibnu al Qayyim, Badai' al Fawaid, Jld 4, H: 40). Al-Faqih al-'Allamah Syeikh Mansur ibn Yunus al Buhuti RH dalam kitabnya, Kashsyaf al Qina, mengungkapkan sejumlah keistimewaan Nabi Muhammad yang kadang kala dianggap ganjil oleh kebanyakan orang yang kurang memahami prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah perkara seperti itu. Antaranya, beliau menyatakan: "Kumuhan yang keluar daripada kita adalah najis dan kumuhan yang keluar daripada Rasulullah SAW adalah suci. Begitu juga kumuhan para Nabi yang lain. Diharuskan juga berubat dengan air kencing dan darahnya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Dar Qutni bahawa Ummu Aiman pernah terminum air kencingnya. Rasulullah bersabda: "Sekiranya begitu, api neraka tidak akan memakan perut kamu." Tetapi hadis ini dha'if. Seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Dhua'fa': "Suatu hari, seorang budak membekam Nabi. Maka setelah selesai berbekam, dia meminum darah bekaman tersebut. Maka sabda Rasulullah SAW, "Celakalah kamu, apakah yang telah kamu lakukan dengan darah tadi?" Katanya: "Aku telah melenyapkan di dalam perutku." Sabda Rasulullah: "Pergilah kamu, sesungguhnya kamu telah menyelamatkan diri kamu daripada api neraka." Al-Hafiz Ibnu Hajar RA berkata: "Rahsia daripada peristiwa tersebut, adalah kerana perbuatan dua Malaikat yang pernah membasuh dada baginda sehingga dihukumkan suci segala kumuhan daripada jasad Nabi. Di antara lain, beliau juga berkata: "Rasulullah tidak mempunyai bayang-bayang ketika berada di bawah pancaran matahari dan bulan kerana Rasulullah adalah cahaya, sedangkan bayang-bayang adalah suatu kegelapan." Perkara ini disebut oleh Ibnu 'Uqail dan lain-lainnya: "Ini berdalilkan, bahawa Rasulullah pernah memohon kepada Allah agar menjadikan seluruh anggota dan arah jasadnya bercahaya, dan baginda pernah mengakhiri doanya dengan sabdanya: "Jadikanlah aku cahaya." Selain itu, bumi juga menarik segala bebanan beratnya, berdasarkan beberapa khabar. Antaranya beliau mengatakan: "Kedudukan terpuji (yang dijanjikan Allah kepada baginda Rasulullah)" ialah duduknya Rasulullah di atas 'Arasy. Daripada Abdullah ibn Salam menyatakan di atas kurs' sebagaimana al Baghawi juga menyebut mengenai kedua-duanya." Antaranya, beliau juga memperkatakan Rasulullah tidak pernah menguap. Beliau juga berkata: "Baginda juga diperlihatkan kepadanya semua makhluk semenjak dari zaman Nabi Adam hinggalah umatnya yang hidup selepasnya, sebagaimana Nabi Adam diajari nama-nama segala sesuatu, berdasarkan hadis riwayat al Dailami: "Dunia ini diumpamakan kepadaku dengan air dan tanah, maka aku mengetahui tentang semua perkara seperti mana Nabi Adam mengetahui semua nama." Diperlihatkan juga kepada baginda seluruh umat, sehingga baginda dapat melihatnya. Hal ini berdasarkan riwayat Imam al Tabrani: "Diperlihatkan kepadaku umatku semalam di bilik ini. Orang yang mula-mula dan yang terakhir. Mereka semua digambarkan kepadaku dengan air dan tanah, sehingga aku mengenali seseorang insan di kalangan mereka lebih daripada seseorang kamu mengenali sahabatnya." Diperlihatkan juga kepada baginda apa yang terjadi kepada umatnya sehingga hari Kiamat. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya: "Aku telah melihat peristiwa yang akan ditemui oleh umatku sesudah kewafatanku; begitu juga mengenai pertumpahan darah yang terjadi di antara mereka." Antaranya beliau menyatakan: "Menziarahi maqam Nabi Muhammad adalah sunat (mustahab) sama ada bagi lelaki mahupun perempuan kerana umumnya hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Dar Qutni, daripada Ibnu Umar berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang mengerjakan ibadah haji dan menziarahi kuburku selepas kewafatanku, seolah-olah dia menziarahiku ketika aku masih hidup (Demikianlah yang disebut di dalam kitab Kasysyaf al-Qinna', Jld 5, H: 30). Kitab ini dicetak atas perintah Malik Faisal ibn Abdul Aziz Aali Su'ud rahimahullah) Kesemua keistimewaan yang mereka sebutkan dan naqalkan ini terdapat antaranya ada riwayat yang sohih. Ada yang dha'if dan ada pula yang sama sekali tidak mempunyai dalil. Keistimewaan-keistimewaan Nabi Muhammad ini dinaqalkan oleh para ulama besar dari kalangan Ahli Sunnah dan mereka tidak menentangnya sedikit pun. Bahkan, mereka menerimanya dan bertolak ansur dalam meriwayatkannya kerana berpegang kepada kaedah "toleransi" dalam menaqalkan (meriwayatkan) perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sesuatu perkara. Sedangkan, dalam keistimewaan tersebut, terdapat perkataan-perkataan yang jika didengari oleh golongan penentang sudah tentu mereka memberikan hukuman yang lebih teruk daripada kafir. Kesimpulannya keistimewaan-keistimewaan Rasulullah seperti yang dinaqalkan oleh Ibnul Qayyim, Ibnu Taymiyyah dan kitab Kasyaful al-Qinna' s tidak jauh berbeza daripada pandangan kami. Maka adalah tidak adil jika pandangan pihak lain menjadi sasaran serangan dan kritikan tajam sedangkan pandangan ulama-ulama ikutan golongan yang mendakwa salafi ini tidak turut mereka sanggah. | ||
| Ibnu Abbas profesor ulung dunia Islam Posted: 01 Aug 2011 06:17 PM PDT
ABDULLAH bin Abbas atau Ibnu Abbas adalah antara beberapa orang tokoh Islam yang belum menjangkau usia dewasa ketika wafatnya Rasulullah SAW. Namun, ketika mencapai umur dewasa, beliau telah menjadikan dirinya sebagai ilmuwan terbilang, setaraf dengan ilmuwan Islam lain seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan sebagainya. Salah satu keistimewaan Abdullah berbanding para sahabat Rasulullah yang lain ialah tentang keluasan ilmu yang dimiliki oleh beliau. Beliau terkenal sebagai tokoh yang menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan, antaranya ilmu sastera dan bahasa Arab, ilmu tafsir, ilmu matematik, dan ilmu faraid. Justeru, keluasan ilmunya itu membolehkan beliau mendapat gelaran pendeta Islam atau 'profesor' dalam konteks bahasa moden pada hari ini. Maka, Abdullah merupakan profesor ulung dalam dunia Islam. Kejayaan yang beliau peroleh salah satu puncanya adalah doa Rasulullah. Doa Rasulullah ternyata dimakbulkan oleh Allah SWT apabila Abdullah berjaya memiliki sifat-sifat tersebut tatkala beliau mencapai umur dewasa. Abdullah tergolong dalam keluarga Rasulullah dan beliau adalah sepupu baginda kerana ayah Abdullah, iaitu Abbas bin Muttalib adalah bapa saudara Rasulullah. Apabila Rasulullah wafat, Abdullah masih kecil lagi dan adalah diriwayatkan bahawa beliau telah melakukan solat di belakang baginda semasa umurnya tidak kurang daripada lapan tahun. Sedari kecil Abdullah gemar bermain di rumah baginda dan pada suatu hari ketika Abdullah berlari menuju ke rumah baginda, beliau ternampak baginda Rasulullah sedang berwuduk, maka dengan segera Abdullah menghulurkan air wuduk untuk Rasulullah. Perbuatan Abdullah amat menggembirakan baginda Rasulullah dan setelah baginda selesai menunaikan solat, lantas Baginda memangku Abdullah sambil mengusap kepala Abdullah lalu baginda berdoa: "Ya Allah berikanlah keberakahan kepadanya dan berikanlah ilmu daripadanya." Satu lagi peristiwa yang diriwayatkan mengenai Abdullah ialah kisah beliau terpandang Malaikat Jibril. Menurutnya, pada suatu hari ketika beliau memasuki rumah Rasulullah, Abdullah telah ternampak ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang bersama Rasulullah. Lantas Abdullah segera pulang akibat terlalu gementar dan terus memberitahu ayahnya Abbas bin Muttalib. Kemudian ayahnya berkata, "Wahai anakku, kau telah melihat Jibril yang kebetulan sedang bertemu dengan Rasulullah SAW." Mencapai pelbagai kejayaan Ketika Abdullah bin Abbas meningkat dewasa, beliau telah mencapai kedudukan yang terkemuka di kalangan para sahabat Rasulullah. Beliau telah bekerja keras mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah dan memahami al-Quran sedalam mungkin serta memberikan fatwa-fatwa kepada masyarakat berhubung dengan hukum agama. Menjelang zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, Abdullah telah mencapai berbagai-bagai kejayaan, antaranya sebagai ahli tafsir dan hadis yang terkemuka sehingga orang ramai dari seluruh pelosok negeri berminat untuk menuntut ilmu dengannya. Khalifah Umar bukan sahaja sentiasa berada di sisi Abdullah bahkan sentiasa bertukar pandangan dengannya sepertimana yang selalu Rasulullah lakukan dengan para sahabat. Sebagai tanda penghargaan kepada Abdullah, Saiidina Umar telah mengelarkan Abdullah sebagai: "Ibnu Abbas adalah seorang pemuda yang telah tua ilmunya, mempunyai lidah yang amat berharga dan mempunyai hati yang bersih." Selain itu, Saidina Umar pernah berkata: "Sebaik-baik tafsir al-Quran adalah daripada Ibnu Abbas. Jika umurku masih panjang, nescaya aku akan selalu berdampingan dengan Abdullah bin Abbas." Di samping itu, Umar al-Khattab juga pernah berkata bahawa: "Tidak ada fatwa yang lebih baik yang pernah aku dengar melainkan daripada fatwa Ibnu Abbas." Demikianlah kebesaran Ibnu Abbas sebagai tokoh tafsir yang tiada tolok bandingnya. Segala puji bagi Allah yang telah memperkenankan doa Rasulullah terhadap diri Abdullah. Pada zaman pemerintah Saidina Uthman bin Affan pula, Abdullah juga memperoleh keutamaan sama seperti pada zaman pemerintahan Saidina Umar . Semasa zaman pemerintahan Saidina Uthman, Abdullah telah dilantik pada tahun terakhir pemerintahan Uthman sebagai Khalifah. Namun, Abdullah tetap tegas dengan pendiriannya bahawa jika sesuatu perkara itu adalah hak mahupun benar beliau akan memberitahu Uthman walaupun khalifah amat sayang kepada beliau. Menurut satu riwayat, bahawa pada suatu hari ada serombongan sahabat telah datang mengadap Khalifah Uthman untuk membicarakan sesuatu masalah. Antara yang terlibat dalam rombongan tersebut ialah Abdullah. Semua anggota rombongan tersebut telah kembali tanpa memperoleh manfaat daripada kunjungan tersebut melainkan Abdullah di mana beliau meneruskan perbincangannya dengan Khalifah secara mendalam dengan menggunakan bahasa yang lebih lembut serta sindiran-sindiran yang halus dan dalam sehingga Khalifah Uthman bin Affan memperkenankan apa yang diminta oleh Abdullah serta para sahabat yang terlibat dalam rombongan tersebut. Ketika meletusnya ketegangan pendapat antara pihak Saidina Ali bin Abu Talib dengan pihak Muawiyah bin Abu Sufyan berkaitan dengan pembunuhan Khalifah Uthman, Abdullah dengan tegas telah memberikan sokongannya kepada Saidina Ali sebagai Khalifah yang seterusnya dan Saidina Ali amat menyenangi dan menyayangi Abdullah dan mengangkatnya sebagai Gabenor di kota Basrah. Sungguh Allah telah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya kepada Abdullah hingga beliau memiliki otak yang cerdas dan telah berjaya menjadikan dirinya sebagai sumber utama ilmu tafsir pada abad pertama. Justeru, beliau telah digolongkan sebagai ulama besar, pendeta mahupun profesor ulung dalam dunia Islam. | ||
| Saudara Muslim tingkat kefahaman Ramadan Posted: 01 Aug 2011 06:16 PM PDT
BULAN Ramadan merupakan peluang keemasan bagi umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadah sama ada dengan berzikir, solat sunat, membaca al-Quran, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Lantas, baru-baru ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Bengkel Ambang Ramadan 1432H dan Majlis Anugerah Pelajar Perkim Bersama Saudara Muslim bertempat di Surau Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Program itu mendapat tajaan buku-buku ilmiah dari PTS Professional Publishing Sdn. Bhd dan Sarjana Media Sdn. Bhd. Program itu dihadiri 300 saudara Muslim berketurunan Cina, India, Siam, Iban, Kadazan, Sikh, Kemboja, Indonesia dan Filipina dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Datuk Dr. Abdul Hamid Othman. Penyelaras Program, Amran Abdullah berkata, program itu menghimpunkan dan meraikan pelajar kelas pengajian harian Perkim untuk memberi pendedahan akan kemuliaan, fadilat serta tuntutan Ramadan. Katanya lagi, bulan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan akan dirasakan serta diraih apabila ilmu tentang Ramadan difahami dengan baik. "Ia secara tidak langsung meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta tentang Islam khususnya berkaitan ibadah puasa melalui ceramah, diskusi dan forum yang diadakan serta memberi penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan komitmen tinggi dalam pengajian. "Kelas pengajian harian anjuran Perkim bermula dari Isnin hingga Ahad itu menyediakan subjek sirah, akidah, fiqh asas, praktikal solat, akhlak, tafsir, syariah, al-Quran, fardu ain, hadis, muqaddam, tafsir, tajwid, bimbingan solat, ibadah dan kefahaman Islam dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan Arab," ujar Amran. Sementara itu, Abdul Hamid menegaskan kepada peserta agar tingkatkan ketakwaan kepada Allah dengan konsep 'Allah melihat saya' supaya mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti perbuatan mencuri, melakukan maksiat, berjudi, rasuah dan sebagainya. Dengan berpegang konsep itu, mereka sentiasa diperhatikan dan tidak akan membuat kejahatan serta akan terus meningkatkan ketakwaan dalam amal ibadahnya. Jelasnya lagi, Ramadan melatih diri selama sebulan dengan mendisiplinkan diri memelihara kebersihan serta mengubah cara hidup menjadi lebih sihat dan teratur. Hal ini ditegaskan menerusi hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Barang siapa berpuasa Ramadan atas dasar keimanan dan keikhlasan maka diampunilah dosanya yang telah lalu. Pada majlis itu, Ahli Majlis Kebangsaan Perkim merangkap Pengarah Jabatan al-Quran dan Sunnah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd. Farid Ravi Abdullah menyampaikan ceramah yang bertajuk Kaifiat puasa Ramadan'. Kata Mohd. Farid, kaedah penyelarasan bagi melihat anak bulan puasa adalah melalui rukyah iaitu dengan menggunakan teleskop dan hisab iaitu dengan perkiraan astronomi kerana di Malaysia jarang dapat melihat anak bulan dengan tepat melalui rukyah seolah anak bulan belum wujud. Pengisytiharan mengenai tarikh berpuasa atau hari raya diumumkan selepas maghrib pada penghujung hari akhir bulan Syaaban atau Ramadan. Pada tahun 1995, syarat kenampakan anak bulan ini dijadikan sebagai asas untuk mengira tarikh awal bulan hijri dalam takwim Islam yang digunakan di Malaysia. Mohd. Farid menekankan kepada peserta mengenai pengertian, rukun, syarat sah, syarat wajib, niat, berbuka, perkara yang membatalkan, perkara makruh, pahala dan adab ketika berpuasa. Bagi orang yang beriman, bulan Ramadan sentiasa ditunggu-tunggu dan dirindui kerana mengharapkan rahmat serta keampunan daripada Allah, manakala bagi yang tidak beriman, kehadiran Ramadan seolah-olah bulan yang menyeksakan seperti 30 hari dirasakan 30 tahun kerana mereka tidak bebas untuk makan dan minum di khalayak ramai. Turut dijelaskan ialah mengenai fidyah iaitu bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tibanya Ramadan tahun berikutnya disebabkan uzur syarie iaitu haid, nifas, wiladah, sakit yang mudarat, musafir, ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan diri dan janinnya. Selain diadakan sesi soal jawab bersama peserta turut diadakan pertandingan tilawah al-Quran, azan dan kuiz fardu ain. Malah majlis diserikan lagi dengan forum Saudara Muslim Perkim 2011 bertajuk Memperkasakan Saudara Muslim Ke Arah Insan Bertakwa yang dipengerusikan oleh Muhammad Brunson Army serta panel jemputan iaitu Pengarah Akademi Tahfiz al-Quran Wal Hadith (Ataqwa) Kota Belud Sabah, Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz dan pensyarah Jabatan Syariah Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Muhammad Ismail Abdullah. Mohd. Farhan berkongsi kisah pengislamannya dan cabaran yang diharungi serta berpesan agar saudara baru Muslim sentiasa berkeyakinan, istiqamah, mempunyai kekentalan iman, reda dan takwa serta ikhlas kerana Allah tanpa mengira habuan dunia semata-mata. Sementara itu, Muhammad Ismail pula menjelaskan halangan utama yang membuatkan orang bukan Islam tidak tertarik dengan Islam apabila segelintir umat Islam tidak menunjukkan imej dan contoh teladan yang baik. Tambahnya, untuk memahami Islam dengan lebih dekat, janganlah hanya melihat individu Islam tetapi menyelaminya dengan pegangan yang bersumberkan al-Quran dan sunnah. "Bertakwalah kepada Allah dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh untuk mendapat keredaan-Nya seperti yang digariskan oleh Saidina Ali bin Abi Talib iaitu takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan apa yang diwahyukan di dalam al-Quran, reda dengan pemberian Allah walaupun sedikit dan bersedia untuk menghadapi kematian," jelas Muhammad Ismail. Program itu ditutup oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (Jakim), Razali Shahabudin. Razali dalam ucapannya berkata, usaha dakwah yang dilakukan oleh Perkim memberi kesan positif dalam melahirkan saudara Muslim yang berilmu melalui kelas pengajian harian, aktiviti dan program yang dianjurkan. "Majlis Anugerah Pelajar Perkim wajar dilakukan sebagai acara tahunan bagi memberi pengiktirafan tinggi kepada saudara Muslim yang berjaya dalam mendidik mereka menjadi insan yang akan meneruskan kehidupan dalam penyebaran dakwah pada masa akan datang," kata Razali. Selain itu, ia mencungkil dan mengasah bakat-bakat baru Saudara Muslim untuk membina mereka menjadi generasi dakwah yang membimbing masyarakat pada masa akan datang. Nilai akhlak remaja Islam kini membimbangkan dengan gejala sosial dan keruntuhan moral seperti diuar-uarkan oleh media cetak dan elektronik. "Jakim bersedia membantu Perkim dengan memberikan kerjasama dalam pelbagai bentuk program untuk menyepadukan program-program ke arah pemantapan dan memperkasakan saudara Muslim dalam melahirkan pendakwah yang unggul," ujarnya. Razali turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah dan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang kepada Saiful Sim Abdullah serta Anugerah Pelajar Harapan, Muhammad Hanif Abdullah. Johan pertandingan Tilawah Al-Quran dianugerahkan kepada Muhammad Brunson Army manakala johan Pertandingan Azan disandang oleh Muhammad Ikram Jamal Abdullah dan johan Pertandingan Kuiz Fardu Ain dimenangi oleh Muhammad Alif Hakim Jamal Abdullah. | ||
| BCWA bawa program Murni ke luar bandar Posted: 01 Aug 2011 06:15 PM PDT ![]() NOORAINEE Abd. Rahman (kiri) ketika melancarkan unit bergerak BCWA yang dikenali sebagai Murni di Kuala Lumpur baru-baru ini. PADA dekad yang akan datang, bilangan kes penyakit kanser payu dara dianggarkan semakin meningkat dan majoriti daripada pesakit adalah dari rantau Asia. Ini disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat sekarang dan tanggapan negatif terhadap kanser yang menyebabkan tidak ramai wanita tampil bagi mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Tanggapan ini perlu diubah dengan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai cara mengurus kesihatan dan mengambil langkah-langkah pencegahan. Kaum wanita Malaysia harus mengambil langkah proaktif bagi mengesan penyakit ini seawal mungkin kerana rawatan perubatan akan lebih berkesan apabila dilakukan pada peringkat awal. Demikian dinyatakan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman semasa majlis pelancaran Program Murni Untuk Wanita Luar Bandar anjuran Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said; Presiden BCWA Profesor Madya Dr. Zaharah Aiyub dan Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia, Ranjit Kaur. "Semakin ramai wanita di dunia yang menghidap kanser payu dara dapat disembuhkan melalui pengesanan awal. Kesedaran awal di kalangan masyarakat terhadap ancaman penyakit ini amatlah penting agar usaha dapat dilakukan bagi merawat penyakit tersebut. Justeru peratusan untuk dirawat dan sembuh adalah lebih tinggi. "Adalah penting untuk kaum wanita tidak melupakan tanggungjawab mereka dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri mereka sendiri walaupun sibuk dengan keluarga dan tugas masing-masing," kata Noorainee. Murni yang membawa maksud Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara ingin memperkasakan wanita Malaysia di kawasan luar bandar bagi membantu mereka melakukan pengesanan awal kanser payu dara. Unit bergerak itu dilengkapi dengan alat pengesanan awal dan sokongan yang dikendalikan oleh jururawat-jururawat dan bekas penghidap kanser payu dara yang terlatih bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia. Sementara itu, Penaung BCWA, Puan Seri Akmal Abdul Salam berkata, matlamat program itu untuk memberi bimbingan dan galakan serta menyokong dalam memperkasakan wanita bagi mengamalkan gaya hidup yang sentiasa peka kepada kesihatan payu dara. "Mereka juga akan didorong bagi mendapatkan bantuan perubatan apabila mengesan sebarang perubahan tidak normal pada payu dara mereka. Seterusnya memperoleh rawatan perubatan segera apabila disahkan menghidap kanser payu dara. "Program ini akan menggunakan tiga pendekatan, iaitu pengesanan awal Murni, sokongan kepada wanita dan keluarga Murni serta membina kapasiti masyarakat tempatan Murni,'' ujarnya. Menurut Akmal lagi, kanser payu dara adalah kanser paling biasa dihidapi oleh wanita di negara ini. Menurut Daftar Kanser Negara, seorang dalam setiap 20 wanita berisiko mendapat kanser payu dara dalam hayat mereka. Bagaimanapun, kajian dan pemerhatian telah menunjukkan bahawa wanita berasa takut sehingga sanggup mengelakkan saringan dan pemeriksaan payu dara secara klinikal atau mamogram. BCWA sedar wanita yang tinggal di pinggir bandar dan luar bandar tidak berupaya membuat temu janji susulan, mendapatkan rawatan secara berterusan dan pemeriksaan kerap disebabkan pelbagai tanggungjawab dan kekangan masa. "Dengan program Murni, kami berharap untuk mengurangkan stigma sosial atau tanggapan negatif yang menyelubungi kanser payu dara. "Pembabitan Jabatan Sosial dan Perubatan Pencegahan dan Jabatan Pembedahan Universiti Malaya akan membolehkan kami mengukur keberkesanan program menerusi tinjau selidik dari rumah ke rumah yang dijalankan sebelum dan selepas program. "BCWA berikrar membantu kerajaan mengelakkan kematian awal di kalangan wanita akibat kanser payu dara melalui program Murni. "Destinasi pertama kami ialah daerah Gombak pada bulan Ogos ini,'' jelas Akmal. | ||
| Posted: 01 Aug 2011 06:13 PM PDT
BULAN Ramadan, selain bulan untuk mengerjakan ibadat puasa, ia juga merupakan bulan untuk kaum Hawa menambah pendapatan. Bagi mereka yang pandai membuat kuih ataupun pandai menjahit serta menghias, pastinya tidak melepaskan peluang untuk berniaga. Ini kerana, kedatangan Syawal pastinya disambut dengan penuh meriah dan yang paling menjadi tumpuan ialah kuih raya. Begitupun, bagi mereka yang pandai menjahit sudah pasti mengambil tempahan untuk menjahit baju kurung ataupun baju Melayu. Manakala bagi mereka yang kreatif, gubahan hamper sudah pasti menjadi pilihan. Salmiza Salleh, 36, merupakan salah seorang kaum Hawa yang tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi dunia perniagaan sempena raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain menjual biskut raya, Salmiza atau lebih mesra disapa Miza turut memberi tumpuan kepada penjualan hamper sempena Ramadan dan juga Syawal. Mendapat bekalan biskut raya dari seorang pembekal yang memhasilkan sendiri di rumah, Miza sememangnya menghasilkan sendiri gubahan untuk hampernya. Walaupun tahun ini merupakan tahun pertama Miza menjual hamper, dia tetap mementingkan kualiti agar hamper-hamper buatan tangannya menjadi kenangan terindah buat penerima. "Hamper yang dihasilkan bukan sahaja dibungkus cantik, malah rasa biskut raya yang merupakan sebahagian daripada isi kandungan hamper juga sedap serta menyelerakan. "Memandangkan banyak persaingan di pasaran sekarang, untuk itu saya cuba mencari kepelbagaian dan kelainan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. "Walaupun hamper yang dihasilkan nampak ringkas tetapi ia berkualiti," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Keunikan hamper perayaan yang disediakan ini adalah pada set kuih raya yang diperbuat daripada seramik, berkonsep ala Inggeris. Selain itu, Miza turut menggunakan raga rotan atau bekas yang dihasilkan daripada buluh yang kelihatan unik dan menarik untuk dijadikan barangan hiasan. Untuk tahun ini, Miza menyediakan lima jenis gubahan hamper iaitu Syawal English Rose Tray, Bingkisan Syawal, Cahaya Syawal, Kasih Syawal dan Citra Syawal. Setiap satunya memiliki nama yang cukup klasik yang sudah pasti ia akan disertakan biskut raya seperti almond coklat, tat bunga, coklat oat, biskut bunga Cina, tat gulung dan cruncy oat. Boleh didapati pada harga serendah RM55, sebarang tempahan boleh hubungi Miza di talian 012-6436883. | ||
| Pengetua teraju kecemerlangan sekolah Posted: 01 Aug 2011 06:12 PM PDT
Pengetua merupakan orang penting yang boleh mencorakkan pencapaian cemerlang sesebuah sekolah melalui keterampilan, dedikasi dan keperibadian yang ada pada dirinya. Ilmu kepengetuaan pula ialah memiliki kemahiran mentadbir dan mengurus, kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan lain-lain kemahiran yang boleh membantu mempercepatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan sekolah. Demikianlah antara intisari ucapan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia kali ke-50 di Subang Jaya, Selangor, Jun lalu. Persidangan tersebut dianjurkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah dengan tema 'Kepimpinan Holistik Menjana Transformasi Pendidikan Negara'. Bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, transformasi dalam bidang pendidikan perlu dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal insan yang holistik yang mampu mengharungi segala cabaran sama ada di peringkat domestik atau global. Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan negara. Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan itu, peranan kepimpinan pengetua sering dijadikan fokus utama. Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial, fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang signifikan. Kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan atau cemerlang. Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh pengetua, antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan. Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah mempunyai perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga sekolah. Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelan dan garis panduan tertentu untuk dilaksanakan oleh semua sekolah. Justeru pengetua mestilah berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-dasar yang telah disediakan, keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran tertentu yang dimiliki oleh pengetua berkenaan. Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa. Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas dengan lancar. Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya kepimpinan akan dapat mempengaruhi orang bawahannya supaya bekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan akan dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru merupakan aset penting kepada sekolah. Dengan memberikan 'empowerment' dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan yakin dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan. Pengetua yang berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu diadakan secara berterusan. Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar dengan pihak-pihak di luar sekolah terutama dengan ibu bapa. Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran masa depan. | ||
| Set soalan peperiksaan percubaan mulai esok Posted: 01 Aug 2011 06:10 PM PDT Unit Pendidikan Utusan Malaysia akan menerbitkan set soalan peperiksaan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Selasa, 2 Ogos 2011. Set soalan percubaan ini boleh didapati secara percuma dalam sisipan pendidikan e-Lab untuk subjek Bahasa Inggeris yang terbit pada setiap Selasa. Manakala set soalan percubaan untuk mata pelajaran lain akan diterbitkan dalam sisipan ADaP pada Rabu untuk UPSR dan Khamis untuk sekolah menengah (PMR dan SPM). Terdapat dua set soalan untuk setiap subjek bagi setiap tahap peperiksaan. Maklumat lengkap tarikh terbitan adalah seperti yang tertera pada Jadual 1 namun tertakluk kepada perubahan. Semua set soalan disediakan oleh guru pakar dan menepati kurikulum peperiksaan yang sebenar. Set soalan yang sama akan dimuat naik ke laman sesawang www.adap.com.my seminggu selepas ia diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia. Bagaimanapun, untuk memuat turun set soalan dalam format pdf ini akan dikenakan bayaran. Kadar bayaran adalah minima dan bergantung kepada pakej yang disediakan termasuk set soalan peperiksaan percubaan tahun lepas. Maklumat terperinci boleh dirujuk pada laman sesawang tersebut atau dengan menghubungi Eksekutif Pendidikan, Fauzi Hamdan di talian 019-5716282. ![]() | ||
| Pertandingan reka cipta galak inovasi Posted: 01 Aug 2011 06:07 PM PDT
Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Bot Lumba anjuran RA3 Eduscience Corporation Sdn. Bhd. (RA3) yang melibatkan penyertaan 2,000 pelajar dari 313 buah sekolah rendah dan menengah seluruh Semenanjung Malaysia merupakan salah satu platform terbaik untuk menanam serta menggalakkan minat terhadap inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar sekolah. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pertandingan yang julung kalinya diadakan di negara ini diharap dapat mencungkil lebih banyak bakat muda kreatif di kalangan pelajar sekolah. "Usaha seperti ini berupaya menjadi platform alternatif dalam menghasilkan lebih ramai pencipta muda di kalangan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah mahir ke arah inovasi dan kreatif serta berfikir di luar kotak," katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), Putrajaya, baru-baru ini. Menurutnya, pendekatan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai ilmu sains dan teknologi dalam konteks berbeza ini diharap dapat membina kemahiran dan memberi pelajar peluang untuk mempraktikkan kreativiti merekacipta sesuatu objek. Sementara itu, Pengarah Teknikal RA3, Azril Hamzah berkata, selain menghasilkan persekitaran yang inovatif, pertandingan seumpama ini juga berupaya menyediakan kaedah pembelajaran sains dan teknologi yang menyeronokkan dan menarik kepada para pelajar. | ||
| Pemeriksaan awal cegah darah tinggi Posted: 01 Aug 2011 06:06 PM PDT Pemeriksaan kesihatan adalah adalah langkah terawal yang disifatkan paling terbaik dalam usaha mencegah serangan gejala penyakit darah tinggi. Tetetapi ia mungkin bukan amalan di kalangan kita, tetapi lebih baik disegerakan pemeriksaan supaya apa juga penyakit terutama darah tinggi dapat dikesan di peringkat lebih awal. Ini kerana penyakit darah tinggi yang dikenali sebagai pembunuh senyap itu biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda di peringkat awal. Malah kata Pakar Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir pemeriksaan kesihatan itu menjadi lebih penting terutama kepada mereka yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi. "Contohnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, kurang aktiviti fizikal, menghidap kencing manis, mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan sejarah darah tinggi di kalangan keluarga,'' katanya. Beliau berkata, dengan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dapat melakukan usaha pencegahan dari awal. "Kajian yang dilakukan di Malaysia (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Ke 3) menunjukkan 42.6 peratus rakyat negara ini menghidap darah tinggi pada 2006,'' katanya. Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 29.9 peratus semasa kajian pada 10 tahun sebelum itu. "Kajian pada tahun 2006 juga menunjukkan hanya 36 peratus sahaja yang mengetahui mereka menghidap darah tinggi dan hanya 87.7 peratus daripada mereka yang menerima rawatan,'' katanya. Dr. Shaharuddin berkata, sebahagian besar pesakit yang menerima rawatan pula tidak berada pada tahap pengawalan darah tinggi yang baik. "Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan baik kerana ia sebenarnya menjadi salah satu penyebab utama serangan jantung, lemah jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang,'' katanya. Mengenai punca penyakit darah tinggi, kata Dr. Shahruddin, lebih daripada 90 peratus tidak mempunyai penyebab yang khusus dan dipanggil essential hypertension. "Walaubagaimanapun ia berkait rapat dengan faktor genetik, berat badan berlebihan, pemakanan yang tidak sihat dan peningkatan umur,'' katanya. Selain itu, katanya, sebilangan kecil penyakit darah tinggi disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan dipanggil secondary hypertension. "Antara penyebabnya ialah penyakit buah pinggang, primary hyperaldosteronism, cushing syndrome dan phaeochromocytoma," katanya. Tambahnya, terdapat juga sebilangan pesakit mengalami tekanan darah tinggi hanya bila datang berjumpa doktor yang dinamakan white-coat hypertension atau office hypertension. "Jika mengesyaki perkara ini biasanya doktor akan menyarankan pesakit merekod bacaan tekanan darah di rumah atau membuat pemeriksaan tekanan darah menggunakan alat merekod tekanan darah yang dipakai pesakit selama 24 jam,'' katanya. Selain itu, katanya, pemakanan juga turut mempengaruhi kemungkinan seseorang itu boleh mendapat penyakit darah tinggi. "Kajian menunjukkan pemakanan yang sihat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan juga menurunkan tahap tekanan darah pesakit darah tinggi,'' katanya. Tambahnya, salah satu kajian klinikal dinamakan DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension) menunjukkan keberkesanan pemakanan yang sihat untuk menurunkan tekanan darah. "Pemakanan DASH merangkumi meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan dan kekacang,'' katanya Diet itu juga menyarankan pengurangan pengambilan garam, gula, minuman yang mengandungi gula, mengurangkan pengambilan lemak tepu dan daging. Selain itu, katanya, penyakit darah tinggi dan juga kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah atherosclerosis - kerosakan salur darah yang mengakibatkan salur darah menjadi keras dah sempit. Katanya, akibat kerosakan salur darah, pesakit boleh mengalami serangan jantung dan angin ahmar. Walaubagaimanapun tidak semua pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi mengidap penyakit darah tinggi dan begitu juga tidak semua pesakit darah tinggi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Tetapi kebiasaannya kedua-dua penyakit itu berkait rapat. "Stres boleh meningkatkan tekanan darah untuk seketika tetapi kesan jangka panjang stres keatas tekanan darah masih tidak begitu jelas,'' katanya. Begitupun pesakit darah tinggi disaran mengambil langkah-langkah mengurangkan stres dan mendapatkan rehat secukupnya sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan mereka. Dr. Shahruddin memberitahu, darah tinggi boleh dielak dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Ia merangkumi mengawal berat badan di mana mesti mengekalkan berat berat badan yang ideal iaitu jisim berat badan 18.5-22.9 kg/m2. "Jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes, penurunan berat badan disyorkan. "Sebaiknya ambil makanan yang rendah lemak, mengurangkan penggunaan minyak dan santan, mengurangkan pengambilan garam dan gula dan juga meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin,'' katanya. | ||
| Latif tidak lupa tragedi Keramat Pulai Posted: 01 Aug 2011 06:04 PM PDT
SETIAP kejayaan yang dikecapi oleh mana-mana individu adalah hasil daripada usaha sendiri. Segala rezeki yang diterima itu pula datangnya daripada tuhan. Itulah pegangan yang sentiasa dijadikan panduan Pemangku Timbalan Ketua Polis Balai Ampang Jaya, Sarjan Mejar Latif Kassim, 55, dalam meniti kehidupan yang penuh dengan cabaran, khususnya ketika melaksanakan tugas sebagai anggota polis. Bagi Latif, tanpa usaha mungkin juga dia tidak akan berada di tempat sekarang kerana sejak berusia setahun, beliau telah kehilangan seorang insan bergelar bapa. Hasil usaha selain kasih ibu yang membesarkannya umpama menatang minyak yang penuh menjadikan beliau seorang insan yang berjaya dalam bidangnya kini. "Kasih sayang dan doa daripada seorang ibu merupakan kunci kejayaan saya. "Pengorbanannya tidak akan mampu dibalas dengan wang ringgit," katanya kepada Gaya Polis baru-baru ini. Anak bongsu daripada dua adik beradik itu mula berkecimpung dalam bidang kepolisan sejak tahun 1975. Sehingga sekarang beliau telah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun. Pada tahun 1975, ketika berusia 19 tahun, beliau mengambil keputusan untuk menyertai PDRM dan menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak selama tiga bulan. Sebaik sahaja tamat latihan di Pulapol, Latif dihantar untuk menjalani latihan di Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan (SLPPH) Ulu Kinta. Kemudiannya beliau diserapkan ke Pasukan Polis Hutan Batalion 3 di Ipoh, Perak selama tujuh tahun. "Saya juga pernah bertugas di Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di Padang Besar Perlis, sebelum ditempatkan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Ampang Jaya sejak tahun 1988 sehingga sekarang," jelasnya. Pertempuran Keramat Pulai Latihan pertempuran di hutan Keramat Pulai, adalah untuk memberi pendedahan secara lebih mendalam kepada anggota rekrut yang menjalani latihan polis hutan tetapi akhirnya ia bertukar menjadi satu tragedi hitam buat diri Latif. Peristiwa pada 3 Jun 1976 merupakan detik yang tidak akan dapat dilupakan oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu, apabila seorang koperal jurulatih dan dua rakan rekrutnya meninggal dunia dalam serangan hendap pengganas komunis di hutan Keramat Pulai, Perak. "Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, iaitu selepas tiga hari menjalani latihan praktikal dalam hutan tersebut, kumpulan saya yang dianggotai 19 rekrut dan diketuai oleh Koperal Ridzuan meneruskan perjalanan untuk mencari penempatan baru. "Berdekatan dengan sebuah permatang, kami tiba-tiba diserang hendap dari tiga penjuru oleh pengganas komunis. "Tiga anggota termasuk Koperal Ridzuan terkorban semasa kejadian berbalas tembakan tersebut," katanya menceritakan kejadian yang berlaku 35 tahun lalu. Menurutnya, pihak musuh yang menjadikan permatang itu sebagai pusat latihan telah melepaskan tembakan bertubi-tubi sehingga menyebabkan dia dan rakan-rakan bergegas mencari tempat menyelamatkan diri. Walaupun masih belum mahir menggunakan senjata api, Latif dan rakan-rakan terus bertempur dengan musuh yang ketika itu ghairah melepaskan tembakan dari puncak bukit. Kedudukan musuh yang strategik tidak menghalang pasukan rekrut pelatih itu menyerang hendap dan akhirnya dengan kudrat yang ada, khemah latihan pengganas komunis di permatang hutan Keramat Pulai itu dapat ditawan. Biarpun sudah hampir empat dekad tragedi Keramat Pulai berlaku, tetapi bagi Latif, peristiwa itu sentiasa bermain di mindanya. Malah ada kalanya kesayuan menyelubungi diri tatkala terkenangkan rakan-rakan yang terkorban dalam pertempuran tersebut. Peristiwa berdarah pada tahun 1976 itu tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk beliau terus berkhidmat dalam PDRM, malah ia menjadi pemangkin semangat buatnya untuk memperjuangkan keamanan negara. | ||
| Skeptikal Yusof terhadap anak-anak Posted: 01 Aug 2011 06:02 PM PDT
KIRA-KIRA 17 tahun lalu, penerbit dan pengarah popular ini berjaya mencipta rekod dalam dunia perfileman tempatan apabila filem keempatnya, Sembilu II mencatatkan kutipan tiket luar biasa sebanyak RM6.3 juta. Dengan pencapaian hebat yang belum pernah dicatatkan oleh mana-mana pengarah filem tempatan sebelum ini, ia sekali gus meletakkan nama Datuk Yusof Haslam di puncak kegemilangan sehingga diberi jolokan The Six Million Dollar Man. Selama bergelar pengarah filem bermula dari tahun 1991 menerusi filem pertamanya, Bayangan Maut, Yusof boleh dikatakan pencetus kepada budaya filem popular yang mengenengahkan penyanyi menjadi teraju utama. Pernah dikecam dan dikritik hebat lantaran filem-filemnya dikatakan tidak mempunyai nilai seni atau istilah kasarnya, filem sampah, namun, ia langsung tidak menggugat kedudukan Yusof sebagai sutradara. Malah Yusof boleh berbangga dengan empayarnya, Skop Productions yang dibangunkan atas hasil titik peluhnya sendiri sejak tahun 1985. Selepas kali terakhir mengarahkan filem - Sembilu 2005 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM1.39 juta - Yusof lebih selesa menumpukan perhatian kepada pengarahan drama televisyen. Bukan mahu melupakan dunia perfileman, tetapi kata Yusof, legasi seninya itu kini sudah diambil alih oleh anaknya, Syamsul yang berjaya meneruskan kesinambungannya sebagai pengarah pecah panggung. Semuanya menerusi filem kelima arahan anak muda itu, KL Gangster yang mencatatkan kutipan luar biasa sebanyak RM11.7 juta sekali gus menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan. Tidak restu Barangkali ramai yang tidak tahu, di sebalik kejayaan Syamsul itu, hakikat sebenarnya, Yusof tidak pernah 'merestui' setiap hasil kerja anaknya itu. Dalam erti kata lain, apa jua buah tangan yang dihasilkan anaknya, dia perlu memainkan peranan dalam memberikan input yang pada pandangannya mampu mencantikkan lagi karya Syamsul. "Kalau Syamsul datang kepada saya dan memberikan ideanya, pasti akan ada perasaan tidak puas hati. Benar, saya memang skeptikal terhadap lontaran ideanya sejak dari filem pertamanya, Evolusi KL Drift. "Bukan sengaja mahu menjatuhkan semangatnya tetapi selagi hasil belum nampak depan mata, saya memang kurang percaya dengan kemampuannya. "Walaupun dia sudah menghasilkan lima buah filem yang semuanya mencatatkan kutipan pecah panggung, ia bukan satu tiket untuk saya menyatakan persetujuan 100 peratus untuk segala idea-ideanya yang akan datang," ujar Yusof tanpa selindung dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di rumahnya, Darul Haslam di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini. Berontak Menyambung bicara, Yusof memberitahu dia memang cukup faham dengan jiwa anak muda Syamsul yang pastinya akan memberontak seandainya kemahuannya dibantah. Tetapi, sudah menjadi resam mereka anak-beranak akan duduk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik. "Dia mempunyai alasan yang konkrit dalam setiap persoalan yang dibangkitkan sehinggakan saya berjaya 'diperdaya' olehnya untuk memberikan lampu hijau (ketawa). "Sebagai contoh, apabila dia hanya mahu menampilkan semua pelakon lelaki dalam KL Gangster, saya melihatnya sebagai sesuatu yang mustahil. Apabila saya mencadangkan untuk meletakkan seorang pelakon wanita sebagai aktres, Syamsul memberitahu ia tidak kena dengan jalan ceritanya. "Tetapi, ada juga idea saya yang diterimanya seperti menyelitkan elemen keluarga dan dia melihatnya dari sudut positif demi kebaikan jalan cerita itu sendiri. "Begitu juga dengan filem Khurafat yang mana saya merasakan ia adalah idea yang kurang menarik atas alasan industri perfileman sudah terlalu banyak dilambakkan dengan filem-filem seram. Tetapi, Syamsul berjaya mengolah cerita itu dengan gaya penyampaian tersendiri," ujar pemilik nama penuh Mohd. Yusof Md. Haslam Khan itu yang pernah membintangi filem-filem popular seperti Jiwa Remaja, Chinta dan Lagu, Detik 12 Malam serta Tiada Esok Bagimu. Berjaya Jelas Yusof, bukannya sengaja mahu membangkang tetapi dia mahu melihat rasional dan realistik di sebalik idea Syamsul. Menyingkap sejarah katanya, dia sendiri kurang yakin dengan kemampuan Syamsul mengarahkan filem. Sebab itu, dia memberikan tugas dengan lebih mudah iaitu mengarahkan siri televisyen dan Syamsul berjaya memberikan hasil yang memuaskan hati Yusof. Tetapi, sebagai seorang bapa, Yusof mengakui memang cukup kagum dan hormat dengan idea segar dan baru yang dimiliki Syamsul dalam membangunkan industri perfileman tanah air. "Sebagai penerbit, sudah pasti saya akan meluluskan segala projek filem yang mahu dilakukan oleh Syamsul dan mencabarnya untuk memberikan sesuatu yang berlainan dalam setiap filem-filemnya. "Dia menyahut cabaran saya dan akhirnya dia membuktikan bahawa dia mampu melakukannya. Setiap filem dia berjaya memberikan persembahan dan pendekatan yang berbeza. "Seiring dengan usianya yang masih muda, Syamsul tahu bagaimana hendak menawan hati golongan muda untuk ke panggung menonton filem-filemnya," katanya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Keempat (1983) menerusi filem Mekanik. Selepas Syamsul, jejak langkah Yusof itu kini mula beralih kepada anak ketiganya, Muhamad Syafiq yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Sama seperti Syamsul, kepercayaan yang diberikan Yusof kepada Syafiq dibuat selepas meneliti hasil kerja anak muda itu menerusi koleksi filem-filem pendek arahannya. "Kelebihan yang ada pada Syafiq ialah dia mempunyai kepakaran dalam teknik imej janaan komputer (CGI) yang saya percaya akan memberikan sesuatu yang berbeza untuk projek akan datang," ujarnya. Belum bersedia Dalam usianya yang sudah pun mencecah 57 tahun itu, Yusof masih belum menampakkan sebarang tanda mahu bersara dan hanya duduk di rumah menghabiskan masa dengan cucu-cucunya. Masih lagi diberikan kudrat untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya, Yusof memberitahu dia masih lagi mampu untuk bekerja. Malah tegasnya, dia masih belum bersedia menyerahkan Skop Productions kepada Syamsul untuk menerajuinya. "Syamsul masih muda dan biarkan dia bergelumang dengan dunia perfileman bagi mencari pengalaman. "Anak kedua saya, Nursyamin pula tidak berminat dengan dunia hiburan. Jadi, dia lebih selesa mencari hala tujunya sendiri. Selagi saya terdaya dan mampu untuk menerajui syarikat, saya akan lakukannya," katanya ringkas. | ||
| Posted: 01 Aug 2011 06:01 PM PDT ![]() KAMARUDDIN Siaraf (tiga dari kiri) dan Syafiq Yusof (bertali leher) sewaktu pelancaran filem Sam di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini. LEGASI pengarah dan penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam tidak terhenti pada Syamsul sahaja. Setelah Syamsul berjaya mencipta kejayaan sebagai pengarah filem yang mencatat kutipan tiket jutaan ringgit, kini tiba pula giliran adiknya, Syafiq mencuba bakat dalam bidang tersebut. Anak bongsu Yusof itu diberi peluang mengarahkan filem terbaru terbitak syarikat bumiputra itu berjudul Sam yang dikategorikan dalam genre thriller. Menurut Yusof, dia menaruh kepercayaan terhadap Syafiq mengarahkan filem dengan kos produksi dan promosi berjumlah RM1.6 juta itu biarpun anak bongsunya itu baru berusia 18 tahun dan tidak pernah mengarahkan filem cereka. "Syafiq telah menunjukkan minat mengarah filem sejak kecil lagi. Dia pernah mengarahkan tiga episod drama bersiri Gerak Khas baru-baru ini. "Hasil kerjanya memuaskan hati saya. Dia juga bagus dalam CGI (Imej Janaan Komputer). "Ini adalah salah satu cara saya menurunkan legasi bidang pengarahan filem kepada anak-anak saya selepas Syamsul yang kini sudahpun bergelar pengarah filem yang semakin berkaliber," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini. Pada pertemuan selepas pelancaran Sam yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf itu, Yusof berkata, dia mahu Syafiq mengikut jejak langkahnya. Bukan setakat mengarah, malah jauh di lubuk hati Yusof, dia mahu Syafiq dan Syamsul meneruskan usaha yang telah dijalankannya dalam penerbitan filem menerusi Skop Productions pada masa depan. "Saya anggap Syamsul dan Syafiq sebagai pengganti saya sebagai pengarah dan penerbit dalam Skop Productions. Saya pun sudah tua dan biarlah legasi saya ini diteruskan oleh anak-anak saya yang masih muda," ujarnya. Syafiq yang ditemui pada majlis itu tidak menafikan mengarahkan filem Sam merupakan satu tanggungjawab yang berat. Tetapi pada masa sama dia mahu membuktikan kemampuannya dalam bidang tersebut. Katanya, sebagai generasi baru dalam bidang pengarahan filem, dia berazam mahu membawa angin perubahan bagi mempertingkatkan lagi mutu dan gaya pengarahan dalam filem arahannya itu. "Saya mewakili generasi baru. Gaya pemikiran, idea dan pengarahan juga tentunya baru. Perkara itu dapat dilihat apabila filem ini siapi dan kita boleh membandingkannya. Tentunya tidak sama dengan filem arahan pengarah lama. "Kejayaan abang saya, Syamsul yang muncul sebagai Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu membuktikan hakikat tersebut. Ia memberi perangsang kepada saya untuk berjaya dalam bidang ini," katanya. Sementara itu, pelakon utama filem Sam, Shaheizy Sam yang melakonkan watak Sam berkata, dia tidak berasa kekok berlakon di bawah arahan Syafiq biarpun pengarah itu masih baru. Dia menghormati walau siapa juga pengarah yang mengarahkan filem lakonannya termasuklah Syafiq yang jauh lebih muda. "Saya hormati Syafiq sebagai pengarah. Ini kerana, dia memang tahu selok belok dalam bidang pengarahan filem. "Bagi saya, setiap pengarah mempunyai gaya pengarahan masing-masing termasuklah Syafiq. "Saya juga selesa berlakon di bawah arahannya. Saya tidak berasa tertekan atau kekok, jauh sekali menganggap ini adalah filem saya walaupun saya pelakon utamanya. "Malah, jalan cerita filem ini tiada kena mengena dengan saya," jelasnya. | ||
| Posted: 01 Aug 2011 06:00 PM PDT
KEHILANGANNYA' daripada dunia seni sejak kebelakangan ini nampaknya telah mengundang cakap-cakap di pihak pihak media. Malah peminatnya turut tertanya-tanya ke manakah perginya penghibur unggul ini. Manakan tidak, wajahnya memang jarang terpampang di dada akhbar mahupun majalah. Malah, publisiti dan berita tentang kerjaya seninya juga semakin berkurangan sehingga mengundang pelbagai spekulasi. Ekoran itu, ramai yang mula membuat andaian mengatakan Anita Sarawak sebenarnya sudah tidak minat lagi untuk meneruskan dunia nyanyian dan bersedia mengucapkan selamat tinggal. Sesungguhnya khabar angin itu memang mengejutkan kerana mustahil Anita mahu meninggalkan dunia seni yang sudah menjadi mata pencariannya untuk lebih empat dekad. Mengenali Anita yang cukup menjaga profesionalisme sebagai seorang penghibur itu, mana mungkin dia akan pergi tanpa sebarang pesan. Berpeluang bertemu dengan Anita sewaktu rakaman program Astana Aidilfitri di Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini, peluang keemasan itu diambil untuk bertanyakan sendiri kepada tuan punya badan. Ternyata riak terkejut jelas terpancar di wajah mulus Anita yang tidak menyangka diamnya kebelakangan ini menjadi perhatian peminat dan pihak media. Sambil ketawa kecil, Anita yang gemar membahasakan dirinya sebagai Kak Nita itu menjelaskan dia tidak pernah melupakan dunia nyanyian yang telah mengangkat dirinya sebagai penghibur yang tiada tandingan. "Sebenarnya Kak Nita masih aktif dalam bidang nyanyian dan masih lagi sibuk dengan pertunjukan pentas, persembahan korporat serta makan malam. "Sebagai contoh, Kak Nita telah diundang untuk menyanyi sempena ulang tahun kelahiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini dan beberapa persembahan lain termasuk di Singapura. "Mungkin juga kerana Kak Nita tiada cerita yang hendak dikongsikan dengan peminat membuatkan ramai yang menyangka Kak Nita sudah bersara. "Sebenarnya, kalau semua hendak tahu, Kak Nita sibuk dengan rakaman program Astana yang sudah pun memasuki musim kedua. Jadi, Kak Nita perlu melupakan dunia nyanyian untuk seketika bagi menumpukan perhatian kepada Astana," ujar Anita dalam nada yang cukup diplomasi. Menyambung bicara, pemilik nama penuh Ithnaini Mohd. Taib ini menjelaskan ketika ini dia belum memikirkan soal bersara kerana masih ada beberapa perancangan yang mahu diselesaikannya. Bagi Anita, seandainya dia mahu mengucapkan selamat tinggal, ia akan dilakukan secara spontan tanpa sebarang ketetapan tempoh untuk melakukannya. "Kalau Kak Nita mahu bersara hari ini, Kak Nita akan terus melakukannya (sambil memetik jari) tanpa perlu menunggu apa-apa. Tidak pernah Kak Nita merancang bilakah masanya akan bersara. "Seperti mana yang Kak Nita katakan tadi, dunia nyanyian masih lagi di jiwa Kak Nita. Cuma, kerana kesibukan Kak Nita dengan Astana membuatkan Kak Nita perlu beri fokus untuk memberikan hasil yang terbaik," ujar penghibur yang cukup masyhur dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Bawalah Daku Pergi ini penuh bersungguh. Dalam pertemuan itu juga, Anita sempat mengkhabarkan bahawa dia akan bercuti panjang selepas ini dan berkemungkinan dalam tempoh yang agak lama. Ujarnya, kerana kesibukan bekerja ada kalanya dia tidak mendapat rehat yang sepuasnya dan inilah masanya untuk dia merehatkan badan serta minda bagi memulihkan tenaganya sebelum kembali bekerja kelak. Menyentuh tentang kerjaya nyanyiannya pula, Anita dengan penuh jujur menjelaskan buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk muncul dengan album mahupun lagu terbaru bagi mengubat kerinduan peminatnya. Kali terakhir, Anita muncul dengan Asmara 2010 yang merupakan rakaman semula lagu Asmara yang pernah dipopularkan oleh Anneke Gronloh. Namun pun begitu, jauh di benak hatinya, dia cukup kepingin untuk muncul dengan buah tangan terbarunya termasuk lagu-lagu tradisional. Namun, katanya, biarlah masa yang akan menentukan segala-galanya untuk dia muncul dengan karya terbaru. "Memang Kak Nita sendiri rasa rindu sangat mahu merakamkan lagu-lagu tradisional. Sudah lama sebenarnya Kak Nita tidak berpeluang untuk berbuat demikian. Insya-Allah, mana tahu peluang itu akan datang kepada Kak Nita nanti," ujar Anita yang pernah popular dengan lagu-lagu berentak etnik seperti Joget Sayang Di Sayang dan Lodeh Mak Lodeh. Terima kritikan Bakat yang dimiliki oleh Anita telah membuktikan bahawa dia bukanlah anak seni sembarangan. Dia sudah membuktikan kehebatannya sebagai seorang penyanyi dan penghibur sehingga berjaya meletakkan dirinya di tahap paling tinggi sehingga tiada siapa mampu mengambil alih kedudukannya. Bukan hanya sebagai penyanyi, tetapi, Anita juga pernah menunjukkan kebolehannya dalam bidang lakonan apabila pernah membintangi filem klasik, Dua Kali Lima pada tahun 1966 dan Mr. Cinderella 2 (2003). Tidak mahu membataskan bakatnya kepada dua bidang itu sahaja, Anita seterusnya mencabar dirinya dengan mengorak langkah sebagai seorang pengacara sebaik sahaja menjadi wajah eksklusif Astro sejak tahun 2003. Antara rancangan yang pernah dikendalikannya termasuklah program bual bicara, Anita, Kwek Mambo Anita, Chef Diva Anita Sarawak dan Dekorasa Bersama Anita Sarawak. Kesemua rancangan itu mempunyai pendekatan serta kandungan yang berbeza sekali gus memberikan pengalaman baru untuk Anita sebagai hos program. Berkali-kali Anita menjelaskan kehadirannya di gelanggang pengacaraan bukanlah mahu meniru sesiapa. Sebaliknya, dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri selain dibantu dengan skrip untuk memantapkan lagi perjalanan setiap program. Begitu juga dengan program Astana yang disifatkan Anita sebagai rancangan yang memiliki nilai elegan dan eksklusifnya sendiri setanding dengan kandungan program tersebut. Katanya lagi, dia cukup sedar dengan kritikan dan dan menerimanya dengan positif sepanjang mengacarakan Astana. Malah, dia juga mengakui dia berasa kekok dan tidak biasa dengan keadaan sekeliling sewaktu mula-mula melibatkan diri dengan Astana. "Begitu juga dengan krew produksi yang barangkali terbatas pergerakan mereka dengan adanya Kak Nita di lokasi sehingga membuatkan mereka juga berasa kekok (ketawa). "Kak Nita sendiri memberitahu kepada semua bahawa jangan rasa ada jurang di antara kami kerana untuk menjayakan sesebuah program itu ia memerlukan semangat kerjasama yang sangat kuat. "Semuanya perlu mengambil masa dan Kak Nita sendiri mengambil inisiatif untuk memperbaiki segala kelemahan Kak Nita. Semua orang membuat kesilapan kerana tiada siapa yang sempurna. "Mengenai gaya penyampaian Kak Nita dalam Astana, ia adalah stail Kak Nita sendiri di mana Kak Nita menyuntik elemen lincah dan riang seperti mana personaliti Kak Nita yang dikenali ramai. Kak Nita tetap Kak Nita. Tiada siapa yang mampu mengubah hakikat itu," jelas Kak Nita tanpa selindung. Musim kedua Astana Dalam masa yang sama, Anita melahirkan rasa syukurnya apabila Astana disambung untuk musim kedua. Mendapat reaksi positif dan menggalakkan daripada musim pertama, Anita menjelaskan musim kedua akan menyaksikan lebih ramai selebriti, artis dan usahawan ternama yang sebelum ini tidak mendapat ruang publisiti yang luas. Sudah pun selesai menjalani rakamannya beberapa hari lalu, Anita melahirkan rasa puas hatinya apabila semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Untuk musim kedua Astana, anak kelahiran Singapura itu menjelaskan sebagai hos, dia banyak mempelajari selok-belok dunia pengacaraan dengan lebih mendalam lagi selain memperbaiki kelemahannya sebelum ini. "Kali ini, Kak Nita diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan melontarkan idea sendiri tetapi masih berlandaskan skrip yang telah ditetapkan. "Kak Nita pula lebih selesa menyediakan semuanya sendiri termasuklah mencari penaja serta teman-teman yang mahu ditampilkan dalam Astana. Kak Nita tidak mahu susahkan sesiapa dan biarlah waktu rakaman, semuanya dalam keadaan baik. "Alhamdulillah, pihak produksi menerimanya dengan baik. Malah, mereka juga memberi input kepada Kak Nita untuk memantapkan lagi Astana musim terbaru ini," kata wanita berusia 59 tahun itu lagi. | ||
| Posted: 01 Aug 2011 05:59 PM PDT
MEMANG sudah lama Maria Tunku Sabri memasang impian mendokumentasikan dan menerbitkan sebuah buku mengenai panduan makanan di negara ini. Sementelah pernah mewarnai kaca televisyen sebagai hos program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) selama 12 musim, Maria mahu menggunakan peluang itu sebaik mungkin bagi merealisasikan impiannya. Namun, kerana kesibukan sebagai pengacara, penerbit rancangan dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu, rancangannya itu tergendala seketika. Apatah lagi Maria begitu fokus dan komited terhadap kerjanya. Seboleh-bolehnya dia enggan mencampuradukkan antara kerjaya dan peribadi hanya kerana mahu melunaskan impiannya. Tetapi, selepas berbincang dengan suami, Ahmed Nazri Abdul Malik dan mendapat lampu hijau daripadanya, barulah Maria berani meneruskan hasrat itu. Berkat kesabaran tersebut, akhirnya Maria mampu berbangga apabila buku pertamanya, Jalan-Jalan Cari Makan Maria Tunku Sabri (JJCMMTS) berjaya diterbitkan. Hanya dengan harga RM5 senaskhah, Maria meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk melihat direktori makanan hasil ilhamnya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi dengan tibanya bulan Ramadan ini, Maria memberitahu, JJCMMTS merupakan rujukan terbaik buat mereka yang mahu mencari destinasi untuk berbuka dan bersahur. "Saya fikir buku ini diterbitkan tepat pada masanya khusus buat rakyat Malaysia yang gemar mencari lokasi untuk menikmati hidangan yang enak-enak. "Bukan itu sahaja, diharapkan dengan adanya buku ini, saya tidak lagi diganggu peminat sehingga pukul 3 pagi hanya semata-mata mahu bertanya lokasi yang menyediakan makanan terbaik," jelas Maria sambil ketawa. Bekas pramugari Malaysian Airlines itu ditemui usai pelancaran JJCMMTS yang berlangsung di Ampang, Selangor, baru-baru ini. Buku itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Turut hadir barisan personaliti TV3 dan beberapa artis popular seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Uji Rashid, Anne Ngasri, David Teo, Kenchana Devi, Danny X-Factor, Dharma Harun Al-Rashid, Syazwan Zulkifly serta Adam Shah. Biarpun JJCMMTS dilihat mudah untuk dihasilkan, tetapi bagi Maria mengarang buku itu tetap ada cabarannya tersendiri. "Bayangkan, saya perlu mencari lokasi, mencatatkan segala maklumat dan merasa makanan yang disediakan di setiap restoran yang terpilih. "Saya mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua pemilik restoran yang saya kunjungi. Sehinggakan ada satu ketika, mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan sehingga penuh meja. "Walhal, saya hanya mahu menampilkan juadah yang menjadi signature dish (makanan kegemaran) di restoran mereka untuk menarik perhatian masyarakat. "Sesungguhnya kerjasama itu benar-benar membuatkan saya terharu," kata ibu kepada sepasang cahaya mata, Amreel Nuqman, 13, dan Aleeya Nazneen, 5, itu lagi. Berbicara lanjut, Maria menjelaskan dia mempunyai masa yang cukup suntuk bagi menyiapkan buku yang diterbitkan oleh One C Resources itu. Atas alasan itu jugalah, dia sendiri tidak cukup tidur untuk memastikan semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirancang. "Saya sendiri mengorbankan cuti mingguan dengan mengunjungi dua hingga tiga buah restoran yang dipilih sehingga sehari suntuk. "Itu pun tidak semua restoran di Lembah Kelang dapat dimuatkan dalam buku ini. Kami mahu melihat sambutannya terlebih dahulu. "Seandainya ia menggalakkan, Insya-Allah, kami akan menerbitkan edisi yang seterusnya. Buat masa ini, kami merancang untuk mengeluarkan dua buah buku lain iaitu Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri 1 Malaysia dan Jalan-Jalan Cari Apa-Apa Sahaja sekitar bulan November ini," jelas bekas finalis Pengacara Jemputan Nona 1994 itu penuh optimis. Sebagai permulaan, JJCMMTS diterbitkan sebanyak 30,000 salinan di mana 20,000 telah diedarkan ke pejabat kerajaan manakala selebihnya untuk dijual. Ditanya tentang penggunaan jenama JJCM yang seperti semua sedia maklum merupakan hak milik mutlak TV3, Maria berkata, isu penggunaan hak cipta tidak timbul kerana dia sudah mendapat lampu hijau daripada Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar. Pada masa yang sama, Maria turut melahirkan rasa rindunya kepada dunia pengacaraan terutama yang berkonsepkan seperti JJCM. Katanya, seandainya diberi peluang sekali lagi, dia tidak akan menolaknya. "Sepanjang bulan Ramadan ini juga, saya akan sibuk mempromosikan buku ini dan berbuka puasa di restoran terpilih bersama peminat. Segala maklumat semuanya ada dalam buku tersebut," katanya. Untuk keterangan lanjut mengenai buku JJCMMTS ini, bolehlah layari laman web www.jjcmmts.com atau hubungi talian 011 12135350/011 12315350. | ||
| Posted: 01 Aug 2011 05:56 PM PDT ![]() Nizam Sani (dua dari kanan) bersama Abon (kanan), Caca Raja Lawak 4 (kiri) dan Sathiya (dua dari kiri) ketika pelancaran program Lawak Minggu Ini di Petaling Jaya baru-baru ini. SINONIM dengan program berbentuk lawak jenaka, Astro Warna tampil dengan sebuah lagi rancangan yang dinamakan Lawak Minggu Ini. Program yang berkonsep stand-up comedy itu akan disiarkan pada pukul 10 malam mulai 5 Ogos dan menampilkan 12 pelawak popular gabungan lama dan baru. Antara nama yang dibariskan untuk program tersebut ialah Johan, Saiful Apek, Yassin, Abon, Sathiya, Zizan, Nabil, Datuk Jamali Shadat dan Angah Raja Lawak. Selain itu, ia turut menampilkan beberapa lagi bekas peserta Maharaja Lawak iaitu kumpulan Jambu, Sepah dan Balas. Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, saluran tersebut begitu popular dengan program-program komedi. Katanya, program seperti Spontan, Lawaking, Redah Kasi Pecah dan Maharaja Lawak merupakan antara rancangan yang mencatatkan rating tinggi di kalangan penonton. "Justeru, program terbaru ini adalah kesinambungan kepada program-program komedi yang ditayangkan di Astro Warna sebelum ini. "Kami menjangka penerimaan daripada penonton akan terus bertahan jika pengisiannya menggunakan formula yang tepat," katanya pada majlis pelancaran program tersebut di Petaling Jaya baru-baru ini. Mengulas mengenai konsep yang ditampilkan dalam Lawak Minggu Ini, Nizam memberitahu, setiap episod akan menampilkan seorang pelawak bersama dua artis komedi undangan masing-masing. "Pelawak itu berperanan sebagai hos yang diberi kebebasan untuk mengendalikan rancangan mengikut kreativiti tersendiri. "Jadi terpulanglah kepada mereka untuk menggamatkan studio dengan gelak ketawa penonton. "Dalam tempoh sejam, pelawak itu juga perlu mengelolakan sekurang-kurangnya tiga atau empat segmen yang ditetapkannya sendiri," jelas Nizam. Dalam pada itu, program tersebut turut memberi kejutan kepada setiap pelawak. Tanpa mereka sedari, Nizam menjelaskan, terdapat satu segmen yang ditetapkan Astro agar pelawak-pelawak tersebut menyanyi secara live sambil diiringi band jemputan. "Segmen ini dirahsiakan kerana saya pasti, jika diberitahu terlebih dahulu, mereka mungkin tidak akan menerima tawaran untuk menjayakan program ini. "Segmen itulah yang membuatkan Lawak Minggu Ini sangat mengujakan. "Bukan mudah untuk melihat pelawak tanah air menyanyi apatah lagi secara live band," katanya. Walaupun menyedari tidak mudah untuk membuatkan penonton ketawa, Nizam yakin program tersebut bakal mencetuskan lawak kreatif yang mengandungi pengisian lebih cerdik berbanding lawak slapstik yang diamalkan oleh kebanyakan pelawak muda sebelum ini. | ||
| Kepuasan Syafinaz di depan kamera Posted: 01 Aug 2011 05:55 PM PDT ![]() Sejak setahun lalu, pemilik nama Syafinaz Yunus ini mula menghiasi kaca televisyen sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran di stesen berkenaan. Wanita yang berasal dari Melaka ini sebenarnya bukanlah baru dalam bidang penyiaran, kerana pembabitannya sudah mencecah lima tahun. Mungkin ada yang menyedari, Syafinaz atau lebih mesra dipanggil Finaz sebelum ini pernah memikul tanggungjawab sama di TV9 sebelum bertukar ke TV Alhijrah. Menyingkap bagaimana boleh terjebak dalam bidang penyiaran, Finaz berkata, pada awalnya dia tidak minat bekerja di depan kamera. "Semasa kecil, saya bercita-cita menjadi peguam namun ibu saudara menyedari saya mempunyai bakat di depan kamera dan mencadangkan agar saya menyambung pelajaran di Akademi TV3 dalam pengkhususan bidang penyiaran," katanya kepada Zass. Menurut Finaz, selepas tamat pengajian, dia menjalani latihan industri di RTM sebelum diterima bekerja di stesen NTV7 sebagai wartawan penyiaran. 'Multi tasking' dalam kerjaya Walaupun tidak begitu lama berkhidmat, Finaz diberi pendedahan mengendalikan pelbagai kerja. Dari situlah Finaz mempelajari selok-belok menjadi seorang penyampai berita yang bagus. "Saya bertugas di NTV7 selama enam bulan. Kemudian saya diarahkan membantu stesen TV9 yang ketika itu baru memulakan siaran berita. Dari situlah bermulanya penglibatan saya dalam dunia penyiaran. "Selama empat tahun di TV9, saya menimba pelbagai pengalaman, termasuklah belajar menjadi seorang yang 'multi tasking'. Bukan sahaja wartawan, malah saya juga yang akan menyunting setiap berita yang saya rakam dan akhirnya saya akan menyampaikan berita itu menerusi Berita TV9," katanya. Dalam tempoh itulah, Finaz banyak memperbaiki dirinya dan dia antara pembaca senior di saluran itu. Namun, jodohnya bersama TV9 tidak panjang apabila Finaz kini berhijrah ke stesen TV Alhijrah. Bukan kacang lupakan kulit, sebaliknya Finaz menganggap penghijrahannya sebagai anjakan baru dalam kerjayanya. "Menjadi sebahagian tenaga kerja di stesen televisyen yang baru bukan perkara mudah, namun saya berbangga kerana diberi peluang menjadi perintis. "Malah, pengalaman yang diperoleh sebelum ini memberi banyak kelebihan kepada saya untuk membantu operasi TV Alhijrah," katanya. | ||
| Posted: 01 Aug 2011 05:54 PM PDT ![]() Berdepan dengan kes ditangkap khalwat dengan aktor terkenal Norman Hakim yang kini tunangannya, dia kemudian dituduh perampas serta meruntuhkan mahligai bahagia Norman bersama Abby Abadi. Tidak cukup dengan itu, dia dilabel pelakon muda bermasalah dan semua itu terpaksa ditelan satu persatu. Namun, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menyifatkan setiap kontroversi yang hadir dalam hidupnya adalah satu pengajaran yang mendewasakannya. Enggan melihat kisah negatif sebagai satu publisiti, sebaliknya dramatis berumur 23 tahun ini percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Menurutnya, memang isu itu meninggalkan kesan mendalam, namun ia tidak membuatkannya jatuh dan lumpuh. "Saya gagahkan diri untuk mengharunginya dan Alhamdulillah keluarga, teman dan abang Norman sendiri sentiasa berdiri di belakang saya. "Lihat sahaja pada aspek positif, saya kini lebih kuat dan matang. Tidak mudah jatuh dan semua itu membentuk peribadi saya agar lebih kuat," katanya kepada Zass. Meskipun kedengaran suara-suara yang tidak berpuas hati dengannya, namun Memey tidak menjadikan semua itu sebagai suatu masalah buat dirinya. | ||
| Posted: 01 Aug 2011 05:53 PM PDT ![]() Sedang hangat dengan lagu Pokok iaitu sebuah lagi karya 'berhantu' mereka yang menampilkan juara Akademi Fantasia 9 (AF9), Hazama sebagai vokalis jemputan, MUH optimis mencari vokalis sebenar bagi memudahkan segala urusan persembahan dan rakaman lagu. MUH yang dianggotai Taja (gitaris), Gfat (bass), Babab (gitaris) dan Pitt (dram) mengakui ketiadaan vokalis tetap membuatkan mereka terpaksa menggunakan khidmat penyanyi jemputan. Taja, selaku ketua kumpulan MUH berkata, perkara mencari pengganti Lan sudah lama difikirkan, namun kerana kekangan masa dan faktor kualiti, mereka masih tidak menemui vokalis yang benar-benar sesuai dengan mereka. "Selepas pengunduran Lan, kami adakan pencarian vokalis menerusi siri uji bakat di laman sosial Facebook. Ada yang menghantar demo kepada kami, tetapi tiada yang menepati cita rasa kami. "Kami juga mahu melihat apakah nasib kami bergerak tanpa vokalis. Nampaknya, kami berjaya buktikan walaupun tanpa vokalis kami masih bertahan dalam industri," katanya yang ditemui ketika sesi sidang media Sembang Bawah Pokok bersama MUH di Maju Junction, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Taja berkata, semua anggota bersetuju untuk membuat pertandingan nyanyian terbuka bagi mencari vokalis MUH. Katanya, pertandingan yang sama konsep dengan program realiti ini akan dipersembahkan menerusi saluran TV dan peminat juga ada kuasa memilih siapa yang layak. "Segala kertas kerja projek ini sudah siap dan dihantar kepada beberapa stesen TV. Insya-Allah ia akan dapat dipertontonkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan. "Bukan maksud kami mencari publisiti murahan, sebaliknya inilah cara yang kami rasa boleh berkongsi dengan peminat akan pemilihan vokalis kami," katanya lagi. Taja berkata, projek ini menunjukkan betapa seriusnya mereka mencari vokalis kerana sebagai sebuah band, mereka sangat mementingkan kualiti. "Memang kami agak cerewet dalam memilih individu yang tepat bagi memastikan peminat mendapat hasil terbaik. "Kami tidak mahu tangkap muat kerana perjuangan kami adalah muzik, kami bukan cerita biasa yang boleh buat orang muak," katanya. Menurutnya, kebanyakan individu yang mencuba nasib sebelum ini gagal melepasi 'piawaian' ditetapkan MUH, iaitu berkarisma tinggi dan mempunyai identiti sendiri. "Kami sedar bukan mudah hendak mencari seseorang yang memiliki ciri itu, tetapi kami yakin ramai individu di luar sana yang mempunyai bakat terpendam cuma malu untuk menonjolkannya. "Sebab itu, kami tidak kisah jika terpaksa mencari di ceruk-ceruk kampung sekalipun asalkan pencarian kami berakhir," katanya yang menyeru mereka yang berminat untuk menyertai program itu. Taja berkata, ahli kumpulannya berharap projek ini bermula secepat mungkin kerana sudah terlalu lama mereka tidak muncul dengan album baru. "Malah, ketiadaan vokalis sebenarnya agak menyusahkan apabila kami terpaksa menolak banyak undangan persembahan," katanya yang meletakkan harapan tinggi terhadap program itu. Ketika ditanya alasan mengapa tidak mahu mengambil Black, Hazama mahupun Nubhan sebagai vokalis tetap, Taja berkata, Black dan Hazama sudah terikat dengan pengurusan masing-masing di mana Black dengan Media Prima dan Hazama pula Astro, sementara Nubhan pula, kami akan muncul dengan projek khas bersamanya. Menurutnya, objektif utama mereka adalah memperkenalkan muka baru dan segar sebagai kelainan dan tiada persamaan dengan penyanyi lain. Dengan wajah segar yang akan terpilih itu nanti diharapkan akan dapat menyamai kejayaan MUH seperti sebelum ini," katanya yang berharap projek realiti itu akan mendapat sambutan. Katanya, besar harapan MUH lagu-lagu mereka dan vokalis baru nanti bukan hanya menjadi santapan halwa telinga, tetapi dapat meneruskan kejayaan sebelum ini yang pernah meraih tempat kedua menerusi Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) dengan lagu 'Drama King' yang menampilkan Black. Selain Hazama dan Black, Nubhan juga antara yang sering membuat persembahan bersama kumpulan yang mula dikenali dengan lagu 'La...La...La... Kerjalah' dan 'Lagu Untukmu' ini. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!





Firdaus sebuah nama baru yang mahu mencipta nama dalam bidang seni suara dan muzik. Namun latar belakang keluarganya bukanlah calang-calang keluarga. Dia boleh bersandar pada nama-nama itu.
Firdaus berjanji tidak akan memalukan nama seni yang besar dalam anggota keluarganya, dan dia juga tidak main-main walaupun keputusan merakam album hadir dengan sebab-sebab yang lain.
"Saya anggap saya sedang memikul tanggungjawab yang besar apabila diberi kepercayaan oleh orang yang memiliki nama besar. Semestinya saya akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan tidak sia-siakan peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya," katanya yang masih malu-malu.
Penghasilan single baru Firdaus ada cerita sedih yang mahu diperjuangkannya. Lagu Kamar Sepi yang dipertaruhkannya dicipta oleh bapa saudaranya Allahyarham Tahir Ibrahim yang menulisnya berdasar pengalaman sendiri semasa di dalam penjara. Antaranya melihat kenalan di penjara yang meninggal dunia.















0 ulasan:
Catat Ulasan