Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Serah jiwa
- Norman, Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat
- Memiliki pakej lengkap
- Deraian air mata Norman, Memey
- Mayat dalam beg tangan wanita
- Suara ghaib arah bunuh
- Sentuhan pereka eksentrik Perancis
- Imogen dilontar bom air
- Wanita banyak pilihan
- Kesedaran zakat, koleksi rantaian kasih Habib
- Mertua suka ganggu hidup kami
- Ringkas tetapi berprestij
- Fazura setia pada satu produk
- Disneyland Paris memukau
- Teluk Chempedak tidak pernah 'tidur'
- Bawal goreng panas Alor Setar
- Kek Hotel Abadi gamit pengunjung
- Noor Atika selesa memancing, berkebun
- Chong Wei berjuang buru emas Olimpik
- Bapa revolusi bola sepak Sarawak
- Yasmin pilih ‘samba’ badminton
- Hobi unik Roslinda
- Adiq permata baru sukan berbasikal
- Socrates, genius bola sepak
- Fiza bahagia dengan anak-anak
| Posted: 29 Jul 2011 06:09 PM PDT SETIAP kali berdoa, Andriani Marshanda atau Marshanda yang mengambil keputusan bertudung lebih setahun lalu enggan menyesali keputusan besar yang mengubah seluruh perjalanan hidupnya. Dia yang berketurunan Minangkabau, berusia 22 tahun, juga tidak ingin kembali menoleh laluan silam tatkala bertekad menyerahkan seluruh misteri hidupnya kepada Allah. Wanita berbintang Leo yang dilahirkan pada 10 Ogos 1989 ini turut berkongsi keterujaannya menanti kehadiran Ramadan kerana buat pertama kali akan meraikannya sebagai seorang isteri. Meskipun nanti dia dan suaminya masing-masing sibuk kerana terbabit dengan penggambaran sinetron sepanjang Ramadan, kehadiran bulan mulia itu tetap memberi pengertian tersendiri kepada mereka berdua. Namun, Marshanda menjelaskan, dia dan Ben tidak terlalu ghairah membuat pelbagai persediaan kerana kesempatan berbuka bersama hanya dapat dinikmati pada hujung minggu. "Melihat jadual penggambaran, masa saya dan Ben akan lebih banyak di lokasi malah rakaman berlarutan hingga selepas waktu berbuka. Alhamdulillah, Ben memahaminya malah sentiasa menyokong jika saya masih mahu aktif berlakon. Saya tidak akan mengabaikan Ben dan cuba menyediakan menu kesukaannya ketika bersahur. Soal juadah barangkali tidak menimbulkan banyak masalah kerana Ben akan membuat permintaan awal sebelum keluar ke lokasi penggambaran. Hanya hujung minggu kami dapat berbuka bersama. Insya-Allah, tiada apa perlu dirungut kerana Tuhan masih memberi kami kesempatan makan semeja ketika bersahur," katanya. Menyandang gelaran isteri sejak 2 April lalu, Marshanda yang pernah melahirkan dua album solo, Bidadari dan Marshanda berkata, dia dan suaminya sentiasa melihat kesibukan mereka dari sudut positif. Baginya, kesibukan yang dilalui itu adalah rezeki yang diturunkan Allah membuatkan dia dan Ben belum menyimpan rencana untuk memiliki cahaya mata. "Saya dan suami jarang bertemu sejak berkahwin kerana masing-masing sibuk. Tetapi itu tidak bermakna kami langsung tidak memikirkan perancangan masa depan. Bukan sengaja menunda rancangan tetapi saya hanya bersedia memiliki anak selepas tamat pengajian universiti. "Kesibukan ini juga sebahagian daripada rezeki Allah, mana mungkin saya dan suami mahu mengeluh. Namun jika ditakdirkan Tuhan saya mengandung awal, saya terima," katanya akui sebagai isteri, setiap apa juga keputusan dibuat berdasarkan perbincangan dengan suami. Bekas kekasih aktor popular, Baim Wong ini enggan menyalahgunakan kebebasan dan keizinan yang diberikan suaminya hingga mengabaikan tanggungjawab yang sedia tergalas di bahunya. "Jika ada sesuatu yang tidak disukainya, Ben akan berterus terang. Mungkin itu yang membuatkan hubungan kami berjalan lancar. Bohong jika rumah tangga kami tidak disulami perselisihan kecil, itu normal apatah lagi kami masih dalam proses mengenali peribadi masing-masing. Namun, saya dan Ben sepakat, setiap masalah harus dibincangkan sehingga selesai dan mencapai keputusan. Apa yang terbuku di hati harus dikeluarkan supaya tidak timbul masalah berbangkit pada kemudian hari," katanya. Mengenai kerjayanya, dek terlalu sinonim membawa watak remaja baik dan solehah, Marshanda cuba mencari angin baru dalam lakonannya. Keluar daripada watak stereotaip yang sering melingkari dirinya, Marshanda merasai cabaran berbeza apabila terpilih untuk memainkan peranan sebagai Sofia dalam sinetron terbaru, Sujud Ke Sujud. Dalam sinetron yang akan disiarkan menerusi RCTI itu, Marshanda memikul tanggungjawab berat untuk merealisasikan watak sebagai perempuan gila yang mencintai suami orang. "Wataknya mengujakan kerana tidak mendatar seperti yang pernah saya bawakan sebelum ini, malah menguji kerana buat pertama kali diserahkan peranan seperti ini. Cabarannya besar kerana gila itu sendiri bersifat abstrak. Setiap apa yang saya luahkan untuk melunaskan watak Sofia harus mempunyai alasannya. Saya tidak mempunyai masalah kerana sejak dulu sering menonton filem. Jadi rujukan itu boleh dibuat menerusi filem yang ditonton. Kebanyakan ekspresi untuk watak itu saya ceduk daripada filem Don't Say A Word yang dibintangi Michael Douglas, Sean Bean dan Brittany Murphy," katanya. INFO: Andriani Marshanda Nama Komersial: Marshanda atau Chacha Tarikh Lahir: 10 Ogos 1989 Asal: Jakarta, Indonesia Sinetron: Bidadari, Bidadari 2, Keluarga Mata Hatiku, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Kisah Kasih Di Sekolah, Kisah Kasih Di Sekolah 2, Adam dan Hawa, Manis dan Sayang, Hikmah 2, Putri Yang Terbuang, Soleha, Aqso dan Madina, Benci Bilang Cinta, Maha Kasih, Maha Cinta, Hingga Akhir Waktu, Cinta Bunga, Legenda, Anak Cucu Adam dan Sejuta Cinta Marshanda. Filem: Petualangan 100 Jam dan Kalau Cinta Jangan Cengeng Album: Bidadari dan Marshanda Album Kompilasi: Allah Yang Ku Cintai, Best Of Female Idol, Broken Heart, Broken Heart Vol 2, Now and Forever dan Dua Belas Lagu Islami Terbaik | ||
| Norman, Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat Posted: 29 Jul 2011 06:06 PM PDT Norman Hakim dan Memey Suhaiza tentunya gembira kerana bebas daripada tuduhan khalwat ketika mereka berhasrat mendirikan rumah tangga pada September depan.KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza 'menerima' hadiah perkahwinan dua bulan lebih awal, apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan. Norman dan Memey yang hadir bersama di mahkamah pada pukul 9.30 pagi, mengakui bahawa mereka agak emosional semasa mendengar penghakiman tersebut menyebabkan mereka menangis. Pasangan yang akan diijabkabulkan pada 24 September ini, juga tidak putus-putus melafazkan ucapan syukur manakala Norman segera ke surau berhampiran untuk menunaikan solat sujud syukur sebelum ditemubual oleh wartawan. "Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan," kata Norman. Memey yang memakai baju kurung dan berselendang ungu yang mengambil masa untuk menenangkan diri pula memberitahu, keputusan tersebut adalah berita yang paling dinanti-nantikannya. "Ini adalah berita yang sangat gembira buat saya di saat-saat saya mahu mendirikan rumah tangga. Segala dugaan yang saya hadapi telah berakhir," katanya dalam nada yang agak tersekat-sekat menahan sebak. Terdahulu, Salehan melepas dan membebaskan Norman, 35, dan Memey, 23, daripada tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan pada antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-A1, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini. Bagi kesalahan itu Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(2)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2005. Mereka didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 29 Januari 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pada penghakimannya, Salehan berkata, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa Norman dan Memey berada bersama dalam premis terbabit. "Saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pegawai penguat kuasa agama konsisten bahawa hanya tertuduh wanita (Memey) berada di dalam premis tersebut manakala tertuduh lelaki (Norman) berada di premis 4-2A, iaitu bersebelahan," katanya. Walaupun pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon boleh ke premis 4-2A dengan cara memanjat lubang pintu jeriji, Salehan berpendapat, tiada keterangan yang menunjukkan jeriji itu berada dalam keadaan terbuka atau berkunci. Selain itu, berdasarkan keterangan abang Norman, Mohamed Sophee saksi pendakwaan keempat (SP4), menyatakan bahawa jeriji itu berkunci dan dakwaan panjat tersebut juga tidak disoal balas dengan selengkapya. "Sayangnya, pihak pendakwaan tidak pula membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan SP4 yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh lelaki, malah bekerja dengannya, ujar Salehan. Selain itu, Salehan juga berpendapat, intipati bahawa tertuduh sedang melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syak juga tidak dapat dibuktikan, apabila Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi berpakaian lengkap. Norman pula berdasarkan keterangan, berbaju putih dan berseluar pendek. Pada penghakimannya, Salehan juga berkata, pengadu dalam kes itu, Mohd Yusri Abdul Razak (saksi pendakwaan keenam) boleh dipertikaikan apabila bertindak memberi kenyataan kepada rancangan Melodi selepas tangkapan dibuat. "Tindakan SP6 boleh menimbulkan tohmahan kepada tertuduh dan ia juga bersifat subjudis, kerana kes tersebut terlebih dahulu dibicarakan oleh media," ujar Salehan. Beliau juga memutuskan bahawa memandangkan beban pembuktian adalah terletak di bahu pihak pendakwaan, maka jika terdapat kelemahan dalam kes itu, ia adalah merit kepada tertuduh. Pada prosiding itu, Norman dan Memey diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mewakili pihak pendakwaan. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 06:05 PM PDT CERIA...Neelofa bersama ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dan juga Lisa Surihani bersama ibunya, Siti Amira Ahmad ketika pelancaran filem S.A.M, baru-baru ini BUANG jauh-jauh dulu segala kontroversi yang pernah melanda si empunya jelitawan ini kerana ia sudah menjadi permainan dunia hiburan. Sebelum ini kita pernah melihat ramai pelakon yang cantik tidak kira di Malaysia, Indonesia, Hollywood dan Bollywood terkena tempias gosip kerana pelbagai godaan menunggu di luar sana. Namun bagi anak jati dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini - Noor Neelofa Mohd Noor - dugaan yang pernah dilaluinya tidak pernah menjadi kudis sebaliknya dia semakin yakin dan mara ke depan menonjolkan bakat.
Impian saya adalah untuk menjadi anak seni yang hebat seperti mana seniwati pujaan saya iaitu Saadiah, Normadiah dan Sarimah. | ||
| Deraian air mata Norman, Memey Posted: 29 Jul 2011 06:03 PM PDT LEGA...Norman dan Memey bergenang air mata selepas menerima keputusan mahkamah, semalam. KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan ini. Ia juga hadiah perkahwinan paling bermakna bagi kami," kata pelakon, Memey di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam. Reaksi spontan itu diberikannya sejurus Hakim Salehan Yatim memutuskan dia dan pasangannya yang juga pelakon dan pengarah filem, Norman Hakim dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, tiga tahun lalu. Salehan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili pendakwa syarie Siti Fatimah Maulana gagal membuktikan kes prima facie terhadap tuduhan itu.
| ||
| Posted: 29 Jul 2011 06:01 PM PDT PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat bayi ditemui berbungkus dalam beg tangan. NILAI: "Saya ingatkan beg tangan itu berisi duit, namun sebaik membukanya, saya terkejut melihat sehelai tuala berdarah dan apabila disentuh ia terasa lembut," kata Azmi Talib, 48, pengguna jalan raya yang menemui mayat bayi lelaki di Kilometer 282.4, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur masuk Nilai, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Azmi yang kebetulan berhenti di bawah jambatan di lebuh raya berkenaan untuk makan durian bersama seorang rakannya mula sangsi melihat beg tangan wanita dalam keadaan masih elok dalam longkang berhampiran.
"Kemudian saya pergi ke longkang untuk membuang air kecil lalu ternampak beg masih lagi elok dan tergerak hati untuk membukanya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
"Seorang anggota polis itu kemudian mengangkat beg ke atas dan membuka bungkusan itu sebelum menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat," katanya.
"Berdasarkan kepada siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai baru dilahirkan kerana tali pusat dan uri masih ada padanya," katanya.
| ||
| Posted: 29 Jul 2011 06:00 PM PDT BEBAS TUDUHAN...Chee Beng dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, semalam. SHAH ALAM: "Tertuduh mengalami penyakit jiwa dan diganggu bunyi ghaib," kata Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad ketika membebaskan penjual telefon bimbit, Tan Chee Beng, 32, daripada tuduhan membunuh teman wanita berusia 16 tahun, dan cuba membunuh diri, di Cheras, dekat sini, tujuh tahun lalu. Siti Mariah pada penghakimannya berkata, mahkamah menerima keterangan Chee Beng ketika membela diri bahawa dia berada dalam keadaan tidak siuman dan tidak menyedari perbuatannya apabila mendengar suara ghaib yang menyuruhnya membunuh mangsa dan diri sendiri.
Menurutnya, pembelaan tertuduh berhubung perkara itu juga tidak disangkal atau dicabar pihak pendakwaan. "Oleh itu, mahkamah berpendapat adalah wajar untuk membebaskan tertuduh daripada tuduhan membunuh mangsa dan cuba membunuh diri. Tertuduh diperintah diletakkan di bawah jagaan Hospital Bahagia selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor," katanya. Mengikut pertuduhan pertama, Chee Beng didakwa membunuh Tan Hui Choo di tepi tangga, Tingkat 2, Balok A, Apartmen Sri Bayu, Taman Kemacahaya, Batu 9, Cheras, jam 6.20 pagi, pada 6 September 2004. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Manakala, Chee Beng diwakili peguam, Edmund Boon. Sepanjang perbicaraan, seramai 14 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan tampil memberi keterangan. Akhbar ini pada 1 September 2004 melaporkan seorang lelaki nekad mengelar leher dan menikam hingga mati teman wanitanya berusia 16 tahun kerana didorong perasaan cemburu. Hui Choo, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun, Kajang itu ditemui terbaring dengan baju kurung sekolahnya berlumuran darah di beranda kira-kira 10 meter daripada pintu rumahnya. Manakala, teman lelakinya yang ketika itu berusia 25 tahun ditemui terbaring berdekatan mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan nazak dipercayai cuba membunuh diri dengan sebilah pisau sepanjang 30 sentimeter di sisinya. | ||
| Sentuhan pereka eksentrik Perancis Posted: 29 Jul 2011 05:56 PM PDT PADAN...multi rona dan monokrom turut menjadi helaian pilihan bagi musim ini. SERAKAN rona ceria dan cetakan abstrak melatari koleksi terkini House of Tatiana yang menampilkan hasil cetusan pereka fesyen dari Perancis. Setiap helaian dalam himpunan kali ini jelas memperlihatkan keindahan flora serta kegembiraan meraikan musim bunga dan panas yang bukan saja tampak romantis, tetapi anggun digayakan bersama aksesori ringkas. Menurut pengasas House of Tatiana, Julie Lim, setiap koleksi di rumah fesyen di Jalan Maarof, Bangsar itu dipilih berdasarkan kualiti, nilai eksklusif dan menepati selera wanita lingkungan usia 19 ke 60 tahun.
| ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:54 PM PDT BASAH...Imogen (baju biru dan gambar kecil) dilontar dengan bom air. LONDON: Imogen Thomas, wanita yang terbabit dalam skandal seks dengan bintang bola sepak Manchester United, mungkin mencari keseronokan di tepi pantai ketika mengendalikan rancangan Hunks In Trunks semalam. Bagaimanapun, jelitawan berambut perang itu mendapat lebih daripada apa yang dijangkanya. Bekas bintang Big Brother berusia 28 tahun itu berada di resort di Norfolk untuk rakaman bahagian akhir rancangan itu yang menyaksikan peserta lelaki berbaris dengan pakaian mandi untuk pertandingan ratu cantik lelaki.
Ini kali kedua bekas Ratu Wales itu menjadi hos rancangan Hunks In Trunks berikutan kemunculannya di Brighton minggu lalu dan dia disertai oleh Amy serta juga rakan bekas bintang Big Brother, Brian Dowling. Imogen dipercayai menandatangani perjanjian tujuh minggu dengan rancangan ITV itu. Seorang jurucakap stesen televisyen berkenaan berkata, Imogen akan kembali pada musim panas untuk melakukan perkara lain di beberapa lokasi di seluruh Britain. Rancangan itu sebelum ini dihoskan oleh Coleen Nolan. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:49 PM PDT PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita. | ||
| Kesedaran zakat, koleksi rantaian kasih Habib Posted: 29 Jul 2011 05:48 PM PDT
ZAKAT sinonimnya dilabelkan sebagai bantuan kepada orang susah. Malah, dalam bahasa lebih mudah, zakat dimanfaatkan untuk membantu golongan fakir dan miskin. Tetapi hakikatnya zakat adalah mekanisme ekonomi yang global dan bersifat manusiawi. Zakat juga salah satu daripada lima rukun Islam dan diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Ia juga bermaksud membersihkan harta dengan mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf (penerima) yang berhak menerimanya. Amalan zakat menjadi satu cara pengurusan ekonomi, kewangan dan sosial di dalam usaha mewujudkan satu perpaduan didalam menyatukan umat Islam pada keseluruhannya. Melalui zakat, sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang 'senang' akan diagihkan kepada golongan yang kurang berada. Keadaan tersebut mampu merapatkan jurang ekonomi umat Islam di samping merapatkan silaturrahim sesama ummah. Membayar zakat adalah sesuatu yang wajib, apabila segala syarat wajib zakat sudah ada pada diri dan harta yang kita miliki, makan menjadi haram jika dengan sengaja meninggalkan kewajipan zakat. Malah kepentingan membayar zakat juga adalah sesuatu yang perlu diberikan penekanan. Menunaikan amanah zakat bermakna melestarikan amanah Allah manakala mengingkari suruhan bermakna menyanggah hukum Allah. Menyedari kepentingan tersebut, bertempat di Habib Jewels Ampang, satu program keagamaan luncheon talk telah diadakan bagi memperkenalkan dan memberi penerangan tentang peranan wanita korporat dalam dunia zakat. Program anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Habib Jewel Sdn. Bhd. itu turut memberi penekanan tentang cara-cara pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dan juga zakat harta. Berangkat merasmikan majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Pada program yang penuh meriah tersebut, para tetamu turut dipertontonkan dengan acara peragaan koleksi barang kemas terbaru, Rantaian Kasih sempena kempen Hari Raya Habib Jewels. Selain itu, tetamu juga turut diperdengarkan dengan ceramah dan motivasi yang disampaikan oleh Ustazah Datuk Siti Norbahyah Mahmood yang bertajuk Kilauan Firdausi manakala, Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadiq Habib pula membentangkan kertas kerja yang bertajuk Emas di Malaysia. Turut hadir memeriahkan program itu ialah tokoh-tokoh wanita korporat Islam. Sementara itu, Pengarah Urusan, PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias berkata, melalui program seumpama ini, ia mampu memberi pendedahan secara mendalam berkaitan zakat termasuklah zakat harta dan juga perniagaan. "Memandangkan kaum Hawa semakin berjaya, maka menjadi kepentingan pihak kita untuk memberi pengetahuan berkaitan dengan zakat supaya mereka mengetahui tentang hak mereka,'' ujarnya ketika ditemui pada majlis tersebut baru-baru ini. Katanya lagi, ini juga bertujuan supaya wanita Islam tetap terpelihara dan terserlah ciri-ciri profesionalnya dengan mendukung syariat dan akhlak Islam walaupun di mana mereka berada dalam menghadapi cabaran era ini. Katanya lagi, melalui program tersebut, ia boleh membantu bagaimana kaedah yang tepat dalam proses pembayaran dan juga pengiraan sesuatu zakat tersebut,'' ujarnya lagi. Dalam pada itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang ingin mengetahui tentang zakat terutama zakat harta dan perniagaan boleh menghubungi ibu pejabat PPZ di talian 1300-88-5757 atau melayari laman web www.zakat.com.my. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:46 PM PDT KATA orang, apabila berlakunya perkahwinan itu, dua keluarga pengantin itu akan menjadi satu. Ertinya pengantin bukan sahaja 'berkahwin' dengan lelaki atau wanita pilihan tetapi juga keluarga pasangan mereka. Ada setengah hubungan keluarga yang terjalin melalui perkahwinan ini membawa bahagia tetapi tidak kurang juga yang membawa masalah. Puncanya mudah sahaja, campur tangan mertua dan ipar-duai dalam rumah tangga yang baru dibina. Tidak kira sama ada di pihak lelaki atau wanita, pastinya campur tangan akan membawa kepada perceraian jika tidak ditangani dengan baik. Inilah kisah yang ingin dikongsi dengan pembaca minggu ini. Luahan hati seorang isteri yang mahu dikenali sebagai Aini (bukan nama sebenar). Dalam e-melnya, Aini bercerita bagaimana rumah tangganya diatur oleh mertua sejak mereka berkahwin hingga mempunyai dua anak. Kita ikuti kisah Aini untuk iktibar bersama. "Saya berusia 30 tahun, telah berkahwin dengan suami seorang pegawai tentera sejak lapan tahun lalu. Kami dikurniakan sepasang anak, berusia 5 dan 7 tahun. "Saya bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah. Anak-anak dihantar ke nurseri kerana keluarga mertua tidak mahu menjaganya. Ibu saya tinggal jauh di kampung saya nun di selatan tanah air. "Saya mengharapkan ibu mertua menjaga anak-anak kami kerana rumah kami berdekatan. Lagipun saya hanya bekerja separuh hari. Malangnya dia menolak dengan alasan saya ada gaji, boleh hantar nurseri. "Saya tidak ambil hati tentang perkara itu kerana sejak awal perkahwinan saya sudah nampak perangai pelik mertua dan ipar-duai saya. Suami saya anak sulung daripada tiga beradik, dia mempunyai dua adik perempuan yang tidak bekerja walaupun ada kelulusan. Bayangkan jika mereka buat perangai, ditambah dengan sikap mertua saya. Bapa mertua saya sudah meninggal dunia. "Di awal perkahwinan saya tidak berapa ambil tahu tentang urusan kewangan suami sebab saya percaya dia tahu tanggungjawabnya terhadap saya dan rumah tangga kami. "Ketika mengandung anak sulung, mertua saya meminta suami membawa saya keluar dari rumahnya dengan alasan, rumah sempit dan hanya ada dua bilik. "Saya terima permintaannya dengan senang hati, memang itu yang saya mahu. Kami menyewa di sebuah taman berhampiran rumahnya yang hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai. "Ingatkan akan reda, sayangnya lain yang terjadi. Mertua meminta saya dan suami datang ke rumahnya setiap hari selepas balik kerja. Selepas makan baru kami boleh balik. "Suami mengikut perintah ibunya tanpa membantah. Sehari dua saya boleh tahan, kalau hari-hari, bukankah kerja bodoh namanya. Lebih baik kami terus tinggal di rumah itu, daripada berulang-alik setiap hari. "Peliknya, duit belanja sudah diberi setiap bulan tetapi mertua minta kami belikan barang-barang dapurnya apabila cukup bulan, ini tidak termasuk permintaan untuk beli keperluan lain yang diingini. "Ada masa dia mahu pergi makan angin, atau melawat saudara-maranya, kami suami saya perlu ikut sebab mahu menjaga hati ibunya. "Setelah anak sulung saya lahir kami tidak punya waktu lagi untuk singgah ke rumahnya setiap hari. Sebab anak saya dihantar ke nurseri. Mertua saya tidak mahu jaga walaupun dia masih sihat dan saya ada dua adik ipar yang tidak bekerja. Kerja mereka menonton TV dan melawa. Semuanya dengan duit abang mereka. "Disebabkan saya tidak mahu singgah ke rumahnya, dia mula kata saya menantu tidak guna, tak sedar diri dan macam-macam. Di jajanya cerita buruk tentang saya kepada orang kampung sedangkan saya mempunyai alasan kukuh kenapa tidak mahu ke rumahnya lagi setiap petang. "Keadaan berterusan selama setahun lebih sehingga saya melahirkan anak kedua. Itu pun saya terpaksa hantar nurseri. Pada masa yang sama, sikap mertua semakin menjadi-jadi. "Dia memeras ugut suami saya dengan macam-macam cerita termasuk meminta wang beribu-ribu ringgit untuk membesarkan rumah tanpa sebab. Pada hal rumah itu sudah cukup besar. Bukan ada siapa pun kecuali mereka tiga beranak. Saya dan suami ada rumah sendiri. "Walaupun dikata macam-macam saya pekakkan telinga, tutup mata dengan gelagat mereka sebab sayangkan suami dan rumah tangga. Saya cuba berbuat baik dengan mereka tetapi tidak dilayan, mereka tetap menyakiti hati saya. "Yang saya pelik kenapa adik-adiknya tidak mahu cari kerja sedangkan mereka ada kelulusan walaupun setakat tingkatan lima. Apabila saya nasihat mereka marah-marah dan kata bukan minta duit saya tetapi duit abang mereka. Mereka tidak faham abang mereka juga dalam kesempitan dan apabila tiada duit saya yang terpaksa tolong dia. "Saya pernah menyuarakan masalah ini kepada suami. Seperti biasa dia kata jangan ambil hati, memang begitu perangai ibu dan adik-adiknya. Tapi sampai bila? "Saya inginkan keluarga yang bahagia dan gembira, bukan macam ini. Terkenangkan sikap mereka hati saya terguris. Mak dan ayah saya berpesan supaya saya tidak ambil hati. Sabar banyak-banyak kata mereka. "Bagaimanapun saya tetap berdoa dan berusaha memulihkan hubungan ini. Saya amat berharap untuk hidup gembira dengan keluarga mertua sama seperti apa yang saya dapat daripada keluarga saya. Mudah-mudahan Allah permudahkan," Aini menamatkan ceritanya. Begitulah lumrah hidup Aini, selalu diduga tanpa kita jangka. Saya hargai sikap baik Aini dalam menangani masalah ini. Kesabaran pada saya memainkan peranan penting untuk mencapai kebahagiaan. Saya juga yakin suami Aini tersepit antara isteri dan ibu. Berat baginya menimbang mana yang perlu didahulukan. Namun sebagai lelaki dan ketua keluarga dan anak sulung lelaki yang bertanggungjawab, saya amat pasti suami Aini mampu melakukan semua itu. Aini harus terus memberi sokongan kepada suaminya dan pada masa yang sama berusaha memujuk dan mengubah sikap mertua dan ipar duainya, Mungkin pada suatu ketika yang baik, berterus-terang dengan suami tentang perkara ini secara lebih serius dan minta dia juga tolong sampaikan kepada ibunya dengan cara halus dan bersopan supaya ibu tidak terluka hati,. Memang susah melakukannya tetapi masih ada ruang untuk membaik keadaan. Saya doakan agar usaha Aini dimakbulkan oleh Allah SWT. Mengakhiri catatan, pesanan saya, kesabaran itu sebenarnya kunci kebahagiaan. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:45 PM PDT
TAMPIL gaya mewah dan anggun, koleksi Michael Kors kali ini lambang 30 tahun kemewahan Amerika. Rekaan barunya ternyata lebih ringkas dengan warna lembut, warna tanah dan warna-warna gelap. Michael Kors merupakan individu bertanggungjawab menghasilkan rekaannya sendiri. Menampilkan rekaan mewah dan eksklusif untuk musim luruh tahun ini, Michael Kors menggunakan fabrik polos berkualiti tinggi dalam menterjemahkan setiap rekaannya. Direalisasikan menerusi himpunan terbarunya, semua rekaan Michael Kors dicipta untuk tata gaya kehidupan moden dan berani. Ia sudah pasti sesuai digayakan ke mana-mana jua tanpa mengira sama ada majlis rasmi atau tidak rasmi. Setiap rekaan Michael Kors kaya dengan budaya dan seni. Ini sekali gus mencerminkan falsafah Michael Kors dalam menghasilkan koleksi mewah dan berkualiti tinggi dengan gaya Eropah. Kebanyakan rekaan mempamerkan warna tanah seperti coklat, kelabu, putih dan krim. Reka bentuk glamor mengikuti trend memperlihatkan baju, seluar serta blaus wanita juga banyak bermain dengan warna putih dan hitam. Sudah pasti rekaan Michael Kors menampilkan warna rekaan yang segar, natural dan lembut khusus untuk mereka yang mementingkan gaya canggih. Selain baju, seluar dan gaun, Michael Kors tampil dengan pelbagai aksesori wanita seperti kasut, beg tangan dan perhiasan diri. Semua himpunan aksesori itu dihasilkan ringkas, mencerminkan gaya hidup kasual. Himpunan beg tangan dan kasut nampak indah dengan pelbagai rekaan dan warna. Kesimpulannya, kesemua rekaan musim luruh 2011 Michael Kors adalah ringkas tetapi masih menampilkan gaya berprestij. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:44 PM PDT
MEMANG sejak dari zaman remaja lagi, pelakon terkenal, Nur Fazura hanya menggunakan satu jenis produk untuk penjagaan kulit wajahnya. Menurut aktres jelita ini lagi, dia tidak suka banyak produk kerana keberkesanan satu produk itu mencukupi baginya. "Cara Faz menjaga diri tidak susah, setiap pagi Faz akan ambil cuka epal, dan beberapa lagi suplemen serta jus oren. Dan Faz juga memang sudah beberapa tahun tidak minum minuman berais," jelas Fazura yang ditemui di majlis beramah mesra Bintang Selebriti Lux di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. Jelas pelakon dan juga pengacara itu lagi, dia juga tidak menjamah makanan berminyak kerana tahu ia tidak baik untuk kesihatan. "Faz memang banyak makan buah, buah yang paling banyak Faz makan ialah nanas. Walaupun ada yang mengatakan nanas 'tajam' untuk perempuan tapi Faz yakin dengan vitamin c yang ada dalam buah tersebut memberi keperluan vitamin yang diperlukan oleh tubuh Faz," jelasnya. Selain menjaga pemakanan, Fazura juga sering memanjakan diri di spa, dia paling gemar berurut. Menurut Fazura, ketika berurut dia akan rasa begitu lega, segar dan benar-benar merehatkan mindanya juga. "Faz akan berurut sekurang-kurangnya dua kali sebulan, skrub badan pula dua kali seminggu, Faz juga percaya bahawa aroma terapi memang memberi kesan untuk merehatkan minda seseorang," jelas Fazura yang kini merupakan duta jenama pembersih badan Lux. Menurut si cantik ini lagi, jika tidak berlakon, dia memang bukan seorang yang gemar mengenakan solekan. Yang akan dibuat sebelum keluar ialah memakai krim pelindung matahari dan sedikit gincu, alasannya supaya kulit bebas bernafas. "Sebelum tidur pula biasanya Faz akan memasangkan lilin dan minyak aroma terapi. Faz akan pastikan sebelum tidur buang semua energi negatif, tidur dengan minda yang positif, kadang-kadang Faz akan baca buku atau menonton DVD, tapi sudah jarang dapat peluang tersebut kerana kesibukan tugasan lakonan," ujarnya. Bagi Fazura, kecantikan sebenar bukan terletak pada rupa, ia lebih kepada cara seorang wanita itu membawa dirinya. Cara berinteraksi, tutur kata yang elok, itulah kecantikan yang sebenarnya bagi seorang wanita. "Satu yang menjadi pesanan mama Faz ialah untuk menjaga kecantikan seorang wanita itu perlu cukup tidur," ujarnya yang mengagumi kejelitaan bintang antarabangsa, Angelina Jolie. Dalam pada itu, Fazura sebenarnya didatangkan khas oleh Lux untuk memenuhi permintaan peminat setianya yang telah memenangi pertandingan mencipta tanda tangan Lux. Seramai 10 pemenang telah dipilih dalam pertandingan yang telah berlangsung dari 16 Jun hingga 16 Julai lalu. Kesepuluh pemenang ini juga boleh membawa kawan baik mereka untuk sesi tatarias kuku dan majlis makan malam eksklusif bersama Nur Fazura, artis kesayangan mereka. Malah Fazura turut berkongsi rahsia kecantikan dengan pemenang kali ini dalam suasana penuh intim. Selain beramah mesra, para pemenang ini juga berpeluang membawa pulang produk mandian badan Lux yang sudah ditandatangani oleh Nur Fazura. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:41 PM PDT ![]() SALAH sebuah daripada tujuh Hotel Disney di dalam kawasan taman tema yang menawarkan penginapan ala fantasi. SELAIN tarikan sejarahnya seperti Menara Eiffel, gerbang Arc de Triomphe, Notre Dame dan muzium Lurve, Paris juga dikunjungi kerana satu lagi tarikan yang cukup popular iaitu Disneyland Paris. Jika Paris merupakan destinasi paling dikunjungi di dunia, taman tema yang terletak kira-kira 30 kilometer di luar ibu kota negara Perancis itu juga mempunyai reputasi yang hampir sama. Dengan kunjungan 15 juta pelawat setiap tahun, Disneyland Paris sendiri tersenarai sebagai destinasi tarikan pelancong paling popular di Eropah. Ia menjanjikan kunjungan penuh dengan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Kesempatan melawat taman permainan dan hiburan di Chessy Marne-la-Vallee pada Mei lalu memberi peluang kepada penulis menjenguk apa yang ditawarkan oleh rangkaian resort Disney itu. Cuma tempoh lawatan setengah sehari tidak membenarkan penulis menikmati keseluruhan hiburan yang ditawarkan dengan sekeping tiket (berharga kira-kira RM300). Mengikut apa yang dicadangkan pada risalah taman tema itu, pelawat memerlukan dua hingga tiga hari untuk menikmati semua hiburan dan permainan yang ditawarkan di situ. Disneyland Paris dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Taman Disneyland dan Taman Studio Walt Disney, itu tidak termasuk tujuh buah Hotel Disney, premis jualan, restoran dan pusat hiburan. Secara kasar, keluasan keseluruhan taman yang dibuka pada 1999 itu dianggarkan menyamai satu perlima daripada saiz pusat bandar Paris. Taman tema pertama iaitu Taman Disneyland dibahagikan kepada beberapa konsep dan tema hiburan iaitu Fantasyland, Main Street USA, Frontierland, Adventureland dan Discoveryland. Pengembaraan di Fantasyland misalnya membawa pelawat ke alam penuh imaginasi seperti terbang bersama Peter Pan, Alice and Wonderland, Dumbo Flying Elephant, Pinocchio dan Jiminy Cricket. Bagi yang mahukan lebih cabaran, permainan Big Thunder Mountain dan Indiana Jones boleh membawa pelawat mengembara dari perut bumi hingga ke puncak gunung. Selain perjalanan roller coaster berbentuk kereta api lombong biji timah itu, taman tema juga dipenuhi dengan pelbagai jenis permainan gelongsor berteknologi tinggi. Bagi kanak-kanak, peluang bertemu dan bergambar dengan watak kegemaran mereka seperti Mickey Mouse, Snow White, Aladin dan banyak lagi pasti umpama mimpi bertukar realiti. Memeriahkan lagi suasana magis di taman tema itu adalah aksi pelawat khususnya kanak-kanak yang dipakaikan dengan pelbagai pakaian watak Disney oleh ibu bapa mereka. Premis jualan pakaian dan cendera hati itu juga dihias cantik dengan tema-tema tersendiri. Jauh di tengah taman, tersergam sebuah istana berbumbung tajam yang selama ini hanya dilihat melalui siri kartun dan animasi. Istana Sleeping Beauty itu merupakan pentas persembahan dan perarakan yang paling dinanti-nantikan pelawat. Acara yang dianggap sebagai kemuncak hiburan di Disneyland itu bermula dengan persembahan teater oleh watat-watak Disney sebelum diakhiri dengan persembahan bunga api yang menghidupkan keajaipan alam Disney. Sementara itu di taman kedua iaitu Taman Studio Walt Disney yang dibuka tiga tahun selepas pembukaan Disneyland Paris menyajikan hiburan dengan citarasa berkonsepkan Hollywood. Hiburan untuk dewasa dan kanak-kanak termasuk persembahan lagak ngeri oleh pasukan Hot Cars, terjunan dari tingkat 13 (roller coaster maya) dan mengetahui rahsia di sebalik pembikinan filem -filem terkemuka Hollywood. Belum lagi berakhir, kepuasan di Disneyland Paris bukan sekadar hiburan di dua bahagian taman tema kerana tarikan di Disney Village juga tidak kurang menariknya. Alami dramatik Mickey dan rakan-rakan melalui persembahan Buffalo Bill's Wild West, teater IMAX yang menayangkan filem-filem terkini, bersantai di kafe atau menjenguk sedikit cenderahati di Planet Hollywood. Bagi yang bercuti dengan keluarga, persinggahan ke Disneyland Paris juga memberi peluang menginap di dalam 'istana' seperti keluarga di raja. Penginapan yang boleh dipilih di salah satu daripada tujuh Hotel Disney itu ditawarkan mengikut tema-tema tertentu. Cuma harga yang perlu dibayar untuk merasai kemesraan layanan hotel bertaraf antarabangsa itu mungkin boleh 'mencederakan' perbelanjaan anda. Antara yang paling hampir dengan taman termasuk Magic Circus, Residence Du Parc, Park & Suites Prestige Val d'Europe, Relais Spa Cheesy. Tiket satu hari untuk dewasa dijual pada harga kira-kira RM300 untuk dewasa dan RM270 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun. Dengan hiburan tanpa henti, permainan berteknologi tinggi, hiasan kota fantasi dan kemeriahan watak Disney, harga yang dibayar tidaklah terlalu mahal. Dengan segala tarikan yang menakjubkan itu, Disneyland Paris bukan sekadar tempat untuk berhibur malah membebaskan segala kerisauan yang bersarang di kepala. | ||
| Teluk Chempedak tidak pernah 'tidur' Posted: 29 Jul 2011 05:40 PM PDT ![]() WALAUPUN sudah dinihari, pantai Teluk Chempedak, Kuantan masih dikunjungi oleh orang ramai yang ingin menyaksikan aktiviti tengah malam di kawasan itu termasuk gerai jualan, bermain papan luncur dan juga pameran lukisan. BAGI mereka yang masih tercari-cari tempat bersantai pada waktu malam, pantai Teluk Chempedak merupakan antara destinasi terbaik untuk dikunjungi di bandar Kuantan. Berbanding pantai lain, Teluk Chempedak paling menjadi tumpuan sebagai destinasi riadah bersama keluarga mahupun teman-teman sejak siang hingga ke lewat malam. Setiap hari, pantai itu sentiasa dipenuhi pengunjung, tidak kira pada hari bekerja mahupun musim cuti kerana selain menikmati keindahan pantai dan menghirup udara segar, pelbagai aktiviti dan kemudahan disediakan di situ. Meskipun jam menunjukkan pukul 1 pagi namun kebanyakan pengunjung masih tidak berganjak malah semakin ramai yang datang ke pantai itu, seolah-olah beranggapan malam masih muda. Di setiap kawasan hingga ke kawasan tempat meletak kenderaan, kelihatan deretan gerai menjual pelbagai barangan termasuk makanan, pakaian, aksesori dan cenderamata. Dengan deretan restoran makanan Melayu, Barat dan makanan segera yang dibuka 24 jam sehari, membuatkan Teluk Chempedak seolah-olah tidak pernah 'tidur'. Bukan itu sahaja, penyediaan kemudahan taman permainan kanak-kanak yang mesra pengunjung juga memberi kelebihan kepada Teluk Chempedak sebagai destinasi pilihan utama orang ramai pada waktu tengah malam. Mereka yang ingin mengabadikan potret diri sebagai kenang-kenangan, boleh berbuat demikian melalui khidmat pelukis profesional yang setia menunggu di pantai itu. Di satu sudut lain, kelihatan anak-anak muda berkumpul bersama rakan-rakan sambil mempamerkan kehebatan modifikasi kenderaan masing-masing seolah-olah seperti ada satu pertandingan. Ada antara mereka yang mengambil kesempatan mempamerkan kemahiran bermain papan luncur dan tidak kurang juga yang membawa haiwan peliharaan mereka termasuk spesies ular sebagai tontonan pengunjung. Selain landskap yang cantik, kemudahan Wi-fi turut menjadi sebab utama lokasi itu menjadi tumpuan ramai terutama pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut untuk tujuan tugasan dan sebagainya. Dengan cahaya lampu neon melimpahi sekitar kawasan itu, ia benar-benar menghidupkan lagi suasana malah pengunjung tidak perlu bimbang mengenai keselamatan anak-anak selain bertujuan mengelakkan daripada berlaku gejala negatif seperti perbuatan sumbang. Bagi mereka yang memilih untuk bersantai di pesisiran pantai, terdapat beberapa bangku disediakan bagi kemudahan pengunjung. Mereka juga boleh melakukan aktiviti waktu malam seperti barbeku, berkhemah dan aktiviti sukan bermain bola tampar. Seorang peniaga yang ditemui, Mohd. Rushidi Jaafar, 33, berkata, setiap hari pantai Teluk Chempedak tidak pernah sunyi malah sentiasa dipenuhi warga tempatan dan pelancong terutama waktu malam hingga awal pagi. Dia yang juga seorang pelukis berkata, selain melihat telatah dan ragam manusia, permintaan pengunjung untuk melakar wajah mereka juga meningkat ketika musim cuti. "Kebanjiran pengunjung hingga lewat malam membuatkan pantai Teluk Chempedak tidak pernah sunyi apatah lagi pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh beberapa pihak berkenaan menambahkan lagi kemeriahan di sini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Seorang bapa, Farikh Abdul Manaf, 39, berkata, suasana menarik dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan menjadi penyebab utama mereka sekeluarga memilik lokasi tersebut. Katanya, kerana kesibukan bekerja di siang hari, waktu malam atau hujung minggu menjadi pilihan sekeluarga untuk beriadah di pantai itu. "Suasana di sini lebih tenang dan jauh daripada kesibukan di bandar tambahan pula, aktiviti dan kemudahan yang disediakan bersesuaian dengan semua peringkat umur. "Pelbagai jenis gerai makan dan restoran segera yang dibuka 24 jam memudahkan kami sekeluarga untuk menikmati makanan pilihan walaupun sehingga lewat malam," jelasnya. Bagi Rahayu Zainal Abidin, 32, dia mencadangkan kerajaan negeri memperbanyakkan aktiviti terutama pada waktu tengah malam di Teluk Chempedak bagi menggalakkan kehadiran pengunjung. "Golongan muda dapat memanfaatkan aktiviti yang lebih sihat dan berfaedah daripada membuang masa begitu sahaja," ujarnya. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:40 PM PDT
JIKA anda mencari juadah istimewa ketika berada di Alor Setar, Kedah, maka hidangan nasi berlauk ikan bawal goreng panas yang cicah air asam pastinya boleh menjadi menu pilihan anda. Salah satu restoran yang menyajikan hidangan ringkas itu sebagai menu utama ialah di Restoran Bawal Goreng Panas-Panas di Jalan Putra yang diusahakan seorang peniaga, Amna Abu Bakar, 29. Restorannya dibuka pada pukul 10 pagi hingga 3 petang. Dari pukul 7 malam hingga 1 pagi pula restoran ini bertukar nama menjadi 'Ikan Bakar Perahu Besar' yang mana hidangan ikan bakar bersama masakan Thai disediakan. Menurut Amna, hidangan utama yang sering dicari pelanggan ialah ikan bawal goreng panas dan ikan keli goreng panas yang dicicah dengan air asam istimewa. "Selain itu, kari ikan nyok-nyok yang merupakan resipi warisan keluarga kami juga menjadi kegemaran pelanggan di sini dan memang apabila mereka kali pertama mencubanya mereka akan datang semula ke restoran ini," katanya kepada S2 di restorannya di sini baru-baru ini. Kata Amna, hidangan lain ialah seperti ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan dan pelbagai lagi lauk-pauk yang dimasak sendiri olehnya. "Harga di sini berpatutan. Hanya dengan RM7 pelanggan boleh menikmati nasi, ikan bawal serta air asam," jelasnya. Amna memberitahu, di restorannya, segelas air teh O ais dan air teh O panas dijual hanya 50 sen sahaja. "Saya sengaja jual 50 sen segelas supaya pelanggan ingat restoran saya," katanya. Amna mengambil tempahan katering dan jamuan berbuka puasa sempena Ramadan. Bagi yang ingin menempah anda boleh menghubungi Amna di talian 012-5960054. | ||
| Kek Hotel Abadi gamit pengunjung Posted: 29 Jul 2011 05:39 PM PDT
BAGI sesebuah hotel tarikan utama yang menggamit kedatangan pengunjung adalah keselesaan bilik, fasiliti, landskap, spa dan kemudahan lain yang ditawarkan. Ciri-ciri itu menjadi kebanggaan yang mencuri hati pengunjung menginap untuk satu tempoh yang panjang. Bagi Hotel Abadi di tengah-tengah bandar raya Melaka iaitu di Jalan Melaka Raya 6, Banda Hilir, keunikannya adalah kek yang disajikan kepada pengunjung. Ini kerana, kek-kek yang disediakan bukan dibeli dari kedai kek sebaliknya ia dibuat sendiri oleh chef hotel itu. Kek-kek yang dihasilkan menjadi pilihan dalam majlis-majlis resepsi perkahwinan, ulang tahun hari lahir, seminar dan sebagainya yang ingin diadakan di hotel tersebut. Ia boleh didapati di Indah Gelataria di lobi utama hotel itu. Pelbagai jenis kek disajikan antaranya kek marmar keju (marble cheese), pai epal, coklat basah, kek durian, kek lobak, baulu dan sebagainya. Kek adalah sumber inspirasi menjadi kebanggaan Hotel Abadi yang dimiliki sepenuhnya usahawan bumiputera. Lokasinya strategik tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong seperti Dataran Pahlawan, Jonker Walk, Menara Taming Sari, kota A'Famosa dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Hotel Abadi yang dibuka pada 25 Disember 2010 menawarkan bilik selesa dengan katil besar dan mengikut kemampuan pelanggan. Penginapan ditawarkan kepada lima kategori iaitu standard dengan kadar harga RM130++ semalam, superior (RM150++), deluxe (RM180++), studio suite (RM300++) dan junior suite (RM350++). Pengurus Sumber Manusia Hotel Abadi, Mohd. Azmir Md. Ali berkata, tiga restoran yang menawarkan pilihan masakan Melayu, Cina dan Barat iaitu D Oriental Chinese Cuisine, Indah Gelataria dan Rindu Bistro & Lounge. "Kesemua masakan itu disediakan oleh chef berpengalaman luas dengan menitikberatkan keenakan dan memilih hidangan yang segar serta berkhasiat untuk setiap hidangan," katanya. Bagi mereka yang ingin mengadakan seminar atau kursus kata Mohd. Azmir, enam bilik disediakan. Katanya, bilik Kasih 1 hingga 3 mampu memuatkan antara 250 hingga 300 orang manakala Kasih 4 hingga 6 pula memuatkan 120 hingga 150 orang pada satu-satu masa. Dalam pada itu, sepanjang Ramadan, bufet berbuka puasa ditawarkan ialah RM42++ bagi dewasa dan RM24++ untuk kanak-kanak dan warga emas. | ||
| Noor Atika selesa memancing, berkebun Posted: 29 Jul 2011 05:37 PM PDT
SEANDAINYA anda minat memancing, sudah tentu kesabaran menjadi teman setia setiap kali meluangkan masa melakukan aktiviti tersebut. Malah, memancing juga berupaya melatih kesabaran diri kerana tanpa sifat itu sukar untuk anda memperoleh hasil yang memuaskan. Kepuasan yang diperolehi selepas mata kail bersama umpan disambar ikan menjadi faktor utama atlet bola jaring wanita, Noor Atika Md. Radzi menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi masa lapangnya ketika berada di kampung halamannya. Lokasi kampung halaman di Ayer Hitam, Kedah dengan persekitaran menghijau, selain berdekatan dengan sungai menjadikan Noor Atika selesa untuk melontar joran sambil tenang menunggu hasil seperti ikan haruan atau puyu. Menurut Noor Atika, minat memancing timbul sewaktu di bangku sekolah rendah yang ketika itu sekadar meneman adiknya Mohd. Alif melakukan aktiviti berkenaan sebelum timbul minat mendalam selepas melihat hasil tangkapan yang diperoleh. "Selalunya ikan yang biasa saya dapat ialah ikan haruan dan puyu kerana ikan itu yang biasa ada di sini. "Memang sukar digambarkan kegembiraan apabila umpan yang dipasang pada joran disambar ikan, suatu kepuasan yang luar biasa bagi saya. Ada kalanya setiap kali memancing saya mampu memperoleh tiga ekor ikan dengan mengunakan umpan serangga dan cacing. "Ikan-ikan hasil tangkapan itu biasanya saya akan kongsi bersama jiran-jiran atau melepaskan semula ke sungai," jelas Noor Atika. Selain memancing, Noor Atika juga gemar berkebun terutama menanam sayur-sayuran seperti kacang bendi dan terung di kebun milik ayahnya. "Ayah saya memang suka berkebun dan kami mempunyai kebun berdekatan rumah. Selalunya jika cuti semester saya akan pergi ke kebun untuk mendapatkan hasil tanaman. "Berbakti pada tanah memang memberikan kita rezeki yang banyak tambahan pula apabila hasil tanaman itu boleh dimanfaatkan bersama. "Selain tanaman, di kebun ayah saya juga ada pokok buah-buahan seperti betik, pisang dan sebagainya," kata Noor Atika. Tambah kapten pasukan Kedah itu, kesemua aktiviti tersebut seakan telah menjadi rutin hariannya ketika pulang bercuti dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Pada tahun ini, tiada misi besar buat Noor Atika dan rakan-rakan lain dalam skuad kebangsaan selepas menyertai Kejohanan Bola Jaring Dunia di Singapura awal Julai ini. | ||
| Chong Wei berjuang buru emas Olimpik Posted: 29 Jul 2011 05:36 PM PDT
DATUK Lee Chong Wei akan tetap dijulang sebagai ikon besar badminton negara, sama ada dia berjaya atau tidak menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik di London tahun depan. Deretan kemenangan yang telah dipahat jaguh No. 1 dunia itu di pentas antarabangsa cukup membuktikan kehebatannya sebagai pemain terbaik dunia. Dia bukan saja menjadi tumpuan di gelanggang badminton, malah menjadi rebutan banyak pihak korporat untuk menjadi duta mereka. Chong Wei mampu hidup masyhur dan mewah hasil kejayaan yang dikecapi setakat ini. Dalam kata lain, kerjayanya sudah hampir sempurna tanpa mengira apa yang akan berlaku dua tahun dari sekarang. Namun sebagai pejuang sejati, Chong Wei percaya, sebanyak mana kejuaraan yang telah dikecapi dan semewah mana harta yang dikumpul, kariernya tidak lengkap selagi emas Olimpik belum dapat digenggam. Malah, atas keinginan tinggi untuk memburu lebih banyak kejuaraan dan pengiktirafan, Chong Wei menukar hasrat untuk bersara selepas tamat Sukan Olimpik 2012, sebaliknya berikrar akan terus berjuang selagi kudratnya mengizinkan dia mencabar kedudukan No. 1 dunia. Semua harapan yang disandarkan rakyat Malaysia kepadanya disahut sebagai cabaran, biarpun mengakui ia turut memberi tekanan. "Saya sudah lali dengan tekanan, apa lagi tekanan yang tidak pernah saya rasa?,'' ujar Chong Wei, yang kini berada di England dalam misi mencari kejuaraan dunia pertama. Tiga tahun lalu, Chong Wei diaibkan dengan kekalahan mudah 12-21, 8-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Olimpik yang mencuri perhatian dunia. Bukan kegagalannya membawa pulang emas yang dipersoal tetapi bagaimana dia dikalahkan dengan begitu mudah. Bagi Chong Wei, apa yang sudah berlaku tidak boleh diubah, yang penting dia mengambil iktibar daripada kekalahan itu dan berusaha memperbaiki permainan di masa akan datang. Andai ditakdirkan bertemu lagi dengan jaguh China itu di final Olimpik 2012, ceritanya mungkin akan berbeza. Chong Wei telah membuktikan keupayaannya memberi cabaran serius kepada Lin Dan di pentas besar dengan mengalahkan juara dunia tiga kali itu pada final All England, Mac lalu, untuk kejuaraan All England kedua. "Ketika kalah di Olimpik 2008 saya amat tertekan. Saya rasa bersalah kepada rakyat Malaysia, apatah lagi ia kekalahan mudah. Agak lama juga saya cuba bangkit dari rasa tertekan itu tetapi sebaik saya berjaya bangkit, saya tidak lagi pandang ke belakang. "Saya berusaha keras dalam latihan untuk meletakkan diri saya ke tahap sekarang. Saya percaya kalau mahu menang pingat emas Sukan Olimpik, tahun depan adalah waktu yang paling sesuai dan saya tidak akan mempersiakannya. "Saya tidak tahu apa akan berlaku pada 2016, ketika itu usia saya sudah 34 tahun, mungkin saya masih bermain atau mungkin tidak. Saya akan lakukan apa saja untuk memastikan emas menjadi milik saya pada 2012, tertekan atau tidak, saya kena melalui semuanya secara positif,'' ujar Chong Wei. Kebangkitan Chong Wei sejak Sukan Olimpik 2008 jelas dilihat selepas dia merangkul kejuaraan demi kejuaraan antarabangsa, hingga digelar 'Raja Siri Super'. Tahun ini, sudah enam gelaran dirangkul pemain berusia 29 tahun itu bermula dengan Siri Super Masters Akhir, Siri Super Terbuka Malaysia, All England, Siri Super Terbuka India, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia dan Siri Super Terbuka Indonesia. Tahun lalu, Chong Wei memenangi tujuh gelaran - Terbuka Jepun GP Terbuka Macau, GP Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia, All England, Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea. Pada 2009 pula dia berjaya menawan enam kejohanan, Terbuka Hong Kong, Terbuka Macau, GP Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia, Terbuka Switzerland dan Terbuka Malaysia. | ||
| Bapa revolusi bola sepak Sarawak Posted: 29 Jul 2011 05:35 PM PDT ![]() KENANGAN manis Awang Mahyan (berbaju putih) ketika membimbing skuad bola sepak Sarawak pada 1988. HANYA 26 bulan saja Awang Mahyan Awang Mohamad membimbing skuad bola sepak Sarawak, namun dalam tempoh sesingkat itu beliau berjaya merevolusikan pasukan berkenaan dan 'merasuk' semangat penyokong fanatiknya ke tahap luar biasa. Kejayaan skuad bimbingannya , yang digelar Ngap Sayot pada 1988 dan 1989 diabadikan dalam buku bertajuk Legenda Ngap Sayot hasil tulisan Dr. Jeniri Amir, pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Keperibadian unik Awang Mahyan menyebabkan dia mendapat pelbagai gelaran seperti panas baran, pantang dicabar, keras kepala, cakap lepas, bomoh, 'gila-gila' dan degil, namun sewaktu namanya dipuja, beliau mengundur diri pada 1990 atas nasihat arwah ibunya yang tidak mahu beliau dicemuh jika bersara pada era kemerosotan. Ketika bergelar pemain, kariernya hampir berkubur apabila digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 1973 kerana menumbuk pemain lawan hingga dimasukkan ke hospital selama 14 hari. Beliau bernasib baik apabila FAM menerima rayuannya dan menukar hukuman kepada penggantungan lima tahun, sebelum akhirnya dipendekkan kepada tiga tahun. Apabila tempoh penggantungannya berakhir, Awang Mahyan kembali ke padang bola sepak dan menyertai skuad Sarawak pada 1979, di usia 29 tahun sebelum bersara pada 1982. Tujuh tahun kemudian, beliau diberi mandat menjadi jurulatih, dan bermula dari saat itu, landskap bola sepak Sarawak direvolusikan daripada pasukan belasahan kepada pasukan yang digeruni. Menggunakan slogan Ngap Sayot yang membawa maksud kasar 'makan sayur' atau lawan boleh dijinakkan, Sarawak amat hebat di bawah bimbingan Awang Mahyan. Namun, kecemerlangan mereka ketika itu turut diselubungi dakwaan pengunaan ilmu hitam sedangkan kata Awang Mahyan, ia hanyalah permainan psikologi. Kisah kemunculan kucing hitam di padang cuma kebetulan, malah ada peminat sengaja melepaskan haiwan itu apabila Sarawak menang. "Kita lancar perang psikologi. Semasa menentang Singapura semua pemain memakai stokin sebelah merah sebelah hitam dan masuk padang melalui penjuru, bukan dari garisan tengah. Ia memberi kesan kerana pemain Singapura budak bandar, mereka takut dengan unsur 'ilmu hitam," katanya sambil ketawa. Awang Mahyan juga memberi air penaik semangat kepada pemain menggunakan ayat al-Quran kepada pemain. "Apabila minum budak-budak saya menjadi, tapi ia kesan psikologi kerana pernah kita terlupa bawa air dan saya 'tipu' mereka dengan bagi air biasa, semangat mereka naik juga," katanya. Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Negeri, Kuching juga antara peristimewa yang tidak boleh dilupakan Awang Mahyan. Selepas aksi pertama di Alor Star terikat 1-1, stadium 17,000 tempat duduk itu diserbu 40,000 peminat. Penonton yang melimpah ruah hingga ke tepi padang memaksa perlawanan dibatalkan. Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bersetuju dengan cadangan FAM untuk memindahkan perlawanan ke Stadium Nasional Singapura, di mana Sarawak akhirnya kalah. "FAS silap besar kerana ikut cakap FAM. Dalam peraturan dinyatakan jika penonton tidak terkawal dan perlawanan ditangguh, ia mesti diteruskan keesokan hari tanpa penonton," katanya. Tambah Awang Mahyan lagi, kenangan 1988 juga tidak lengkap jika peristiwa beliau terjun ke Sungai Sarawak dari Jambatan Gantung Satok tidak diimbas. Ia berpunca daripada cabaran yang dilontar kepada pemain jika mereka menewaskan Johor pada suku akhir kedua di Kuching. "Johor memegang kelebihan dua gol ketika itu, jadi bagi menaikkan semangat pemain, saya beritahu akan terjun Sungai Sarawak jika mereka menang dan sanggup berlari balik ke hotel dari stadium selepas perlawanan. "Alhamdulillah, Sarawak menang dan malam itu juga pemain saya berlari balik ke hotel. Keesokannya saya bersama 150 penyokong terjun ke sungai Sarawak," katanya. Pada 1989, Sarawak layak ke suku akhir Piala Malaysia tetapi kempen mereka dihentikan oleh insiden hitam bertemu Kuala Lumpur di Stadium Merdeka. Sarawak membantah keputusan pengadil, Steven Ovinis yang melayangkan kad merah kepada pemain mereka yang didakwa membuang masa sedangkan dia benar-benar cedera. Ovinis mendakwa ditolak oleh pemain dan memaksa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) campur tangan dengan memukul pemain Sarawak. Beliau sendiri dikasari Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan. "Saya tak kenal siapa dia masa itu, akibat terlalu marah saya meludah muka Zaman Khan," katanya sambil menjelaskan perlawanan berkenaan dihentikan dan Kuala Lumpur diberi kemenangan percuma. | ||
| Yasmin pilih ‘samba’ badminton Posted: 29 Jul 2011 05:34 PM PDT
SAMBA Brazil biasanya lebih sesuai di padang bola. Bila bercakap tentang Brazil dan sukan, hanya satu perkara yang bermain di fikiran kita, skuad bola sepak yang hebat atau gadis tinggi lampai di gelanggang bola tampar. Siapa yang pernah terfikir tentang Brazil dan badminton ? Ia umpama kombinasi yang tidak kena, namun hakikatnya, badminton juga adalah sukan pilihan di negara Amerika Selatan itu. Ini yang menjadikan Santai S2 minggu ini unik, kami memperkenalkan gadis Brazil yang memilih untuk ber'samba' di gelanggang badminton. Akademi Badminton New Vision yang terletak di Petaling Jaya menjadi pilihan Yasmin Cury, gadis manis dari Campinas, Sao Paulo dan rakan-rakannya untuk mendalami ilmu badminton. Dia tiba di sini Februari lalu bersama jurulatih, Luis Fernando, pemain lelaki No. 1 Brazil, Daniel Paiola, pemain wanita No. 1 negara itu, Fabiana Silva serta rakan sepasukan, Hugo Artmuso. Kata Cury, selepas melengkapkan perguruan tujuh bulan di negara ini, barulah dia akan berlepas pulang tetapi dia akan singgah terlebih dulu di Guatemala, September ini untuk beraksi dalam kejohanan di sana. Menceritakan bagaimana dia boleh terlibat dalam badminton, sukan yang kurang popular di Brazil, Cury menjelaskan, pada asalnya dia seorang pemain bola tampar, namun dia sanggup meninggalkan sukan itu kerana minat terhadap badminton. "Dulu saya gemar bermain bola tampar tetapi sebaik mula mengenal badminton, cinta saya telah bertukar arah. Saya serius bermain pada usia 11 tahun dan menyertai pasukan kebangsaan. Bagi saya badminton mampu menguji kekuatan individu dan ia antara sebab yang membuatkan saya tertarik dengan sukan ini. "Kawan-kawan banyak mempengaruhi saya untuk memilih badminton. Saya bergaul dengan ramai pemain hebat di negara saya, daripada suka-suka saya akhirnya bergiat serius. Namun, pada awal penglibatan saya, ibu bapa saya tidak tahu. "Selepas melihat saya amat meminati sukan ini, mereka terus memberi sokongan sehinggalah hari ini,'' cerita Cury. Cury, yang ketika ini menghuni ranking ke-170 dunia dalam perseorangan wanita turut mendedahkan, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mempunyai pengaruh besar di negaranya. Kehebatan juara All England itu amat dikagumi pemain- pemain Brazil, malah ia antara faktor yang membawa dia untuk berlatih di Kuala Lumpur. "Kemampuan Lee Chong Wei mempertahankan banyak kejuaraan antarabangsa melahirkan rasa kagum mereka yang sentiasa mengikuti perkembangannya, di Brazil dia menjadi idola dan pujaan ramai pemain,'' katanya. Katanya lagi, selain faktor Chong Wei, kelainan sistem latihan di Malaysia juga antara yang membawanya dan rakan-rakan memilih untuk berlatih di sini, biarpun lokasi Kuala Lumpur amat jauh dari negara asalnya. "Sistem latihan di sini amat berbeza dengan di negara kami, ia banyak memberi penekanan kepada aspek kekuatan kecergasan. "Banyak perkara baru yang saya belajar sepanjang lima bulan berada di sini," kata Cury, yang memasang misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London. Biarpun seronok dengan pengalaman di Kuala Lumpur, namun gadis Virgo ini mengakui, amat merindui negaranya. "Kurang dua bulan lagi, saya tidak sabar untuk pulang.. saya benar-benar rindukan Brazil," katanya. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:33 PM PDT
WOW...' itulah perkataan pertama yang terpacul daripada mulut penulis apabila melihat koleksi kolar pin yang disimpan oleh ratu lompat bergalah negara, Roslinda Samsu. Bahkan, apa yang lebih menarik sewaktu mendengar satu persatu cerita di sebalik koleksi kolar pin itu, pasti membuat sesiapa sahaja kagum untuk menjadi seorang atlet sepertinya. Menurut Roslinda, kesemua kolar pin itu dikumpul sejak awal 2001 dan sehingga kini dia mempunyai lebih 50 koleksi di rumahnya di Desa Petaling. Jumlah itu tidak termasuk yang disimpan di kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah. "Setiap atlet yang mewakili negara ke temasya seperti Sukan Olimpik, Komanwel, Asia dan Sukan SEA akan dibekalkan dengan kolar pin yang melambangkan Malaysia dalam jumlah yang banyak. "Ia untuk ditukar dengan atlet-atlet lain yang kita temui sewaktu menyertai temasya tersebut. Kalau kita rajin banyaklah kolar pin yang mampu kita peroleh. "Inilah istimewanya dapat menjadi atlet kerana selepas menyertai kejohanan, kita dapat mengumpul koleksi yang sukar diperoleh seperti kolar pin ini," jelas Roslinda. Antara kebanyakan kolar pin yang berada dalam koleksi Roslinda itu, terdapat satu yang istimewa bagi dirinya iaitu kolar pin berbentuk obor yang diperoleh ketika menyertai Olimpik Beijing pada 2008. "Pin ini saya dapat ketika berkunjung ke gerai yang menyediakan kolar pin dari Muzium Olimpik khusus untuk ditukar dengan atlet yang beraksi di Beijing. "Lihat sahaja bentuknya, amat ringkas berbanding kolar pin lain, malah kolar pin ini juga amat istimewa bagi saya," katanya ramah. Selain mempunyai koleksi kolar pin, Roslinda juga mempunyai koleksi pelekat peti sejuk bermagnet serta rantai kunci yang diperoleh ketika berkunjung ke luar negara. "Kebanyakan koleksi saya ini dari Sepanyol, India, Afrika Selatan, Thailand dan banyak lagi. "Sebab utama saya suka kumpul pelekat peti sejuk bermagnet adalah kerana bentuknya yang unik," ujarnya. Roslinda yang telah memulakan latihan persediaan untuk menghadapi Sukan SEA berharap mampu mempertahankan pingat emas yang dilakarnya sebelum ini di Laos 2009. | ||
| Adiq permata baru sukan berbasikal Posted: 29 Jul 2011 05:32 PM PDT
TIDAK pernah terlintas di fikiran anak muda ini untuk menjejakkan kaki ke bumi Australia. Apatah lagi berpeluang mewakili pasukan berbasikal bertaraf dunia di negara Kangaroo itu. Bagi bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail dan Sekolah Menengah Bukit Mentok, Mohd. Adiq Hussainie Othman, ia ibarat mimpi yang menjadi kenyataan. Segala penat lelah pelumba kelahiran Kemaman itu seakan berbalas apabila dijemput menyertai pasukan Drapac Porsche Professional Cycling Team pada 2010 serta beraksi bersama pasukan tersebut ketika Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010. Bakatnya semakin menyerlah pada tahun yang sama dia berjaya muncul juara kebangsaan dan tahun 2011 Adiq terus menonjol serta mendapat pengiktirafan Kementerian Belia dan Sukan menyertai program Road To London 2012 bersama pelumba lain termasuk pelumba sensasi, Mohd. Azizulhasni Awang. Adiq yang lahir pada 29 April 1991 mula meminati sukan berbasikal ketika berada di tingkatan satu, anak keempat daripada lima beradik itu tidak menoleh ke belakang selepas menyedari bahawa dia mampu pergi jauh sehingga ke peringkat antarabangsa. Salah seorang yang melihat perkembangan Adiq ialah adiknya sendiri, Mohd. Afiq Huznie Othman, juga seorang pelumba basikal mewakili pasukan Terengganu dan menjadikan abangnya sebagai idola. "Ketika itu saya masih kecil lagi, saya melihat minat abang saya dalam sukan ini sangat mendalam. Dia serta beberapa lagi rakannya tidak jemu berlatih setiap hari, mungkin dari situ juga terdetik untuk saya mengikut jejak langkahnya," kata Afiq. Pelumba Leopard Trek, Andy Schleck menjadi idola buat Adiq dan selepas setahun Schleck muncul juara kebangsaan dalam acara lebuh raya di negaranya, Luxembourg, setahun selepas itu Adiq turut mencatat kejayaan yang sama. Bakat Adiq bukan sahaja dalam acara lebuh raya, malah dalam acara trek juga dia mampu memberi persembahan terpuji dan menjadi salah seorang pelumba harapan ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley bagi disiplin jarak sederhana. Adiq hampir meraih pingat dalam perlumbaan mata di Sukan Asia Guangzhou tahun lalu. Tahun ini, dia berjaya memperbaiki prestasinya dengan menyumbang gangsa pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat untuk acara yang sama. "Tidak ada idola lain dalam sukan berbasikal ini kecuali abang saya. Sebagai adik, saya rasa bangga dengannya terutama selepas terpilih dalam program Road To London 2012," kata Afiq yang sekarang ini bersama pasukan Terengganu di Kejohanan Berbasikal Kebangsaan Singapura. Kata Afiq, abangnya bukan sekadar menceburi sukan berbasikal atas dasar minat semata-mata, malah pernah memberitahunya bahawa dia lakukan semuanya kerana ingin membantu keluarga. "Saya boleh anggap bahawa impiannya sudah hampir berjaya, saya bangga dengan sikapnya yang ingin membantu keluarga dan dia menasihati saya sejak saya masih darjah enam supaya menceburi sukan ini agar dapat membantu keluarga hidup senang," kata Afiq. Bapa Adiq, Othman Awang bekerja sendiri sementara ibunya, Rusni Ismail seorang jururawat. "Saya berharap dia mampu memberi kayuhan terbaik buat negara terutama sekali di Sukan Olimpik 2012 London. Kami sekeluarga sentiasa berdoa agar dia mampu meraih kejayaan dan pingat sebagai hadiah buat negara," kata Afiq. Ketika artikel ini ditulis, Adiq masih berada di Eropah menyertai beberapa kejohanan dan latihan bersama rakan sepasukannya termasuk seorang lagi pelumba Malaysia, Amir Mustafa Rusli yang juga dilamar oleh pasukan Drapac awal tahun ini. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:31 PM PDT
SOCRATES, nama tersohor yang diingati atas dua personaliti terkemuka dunia. Socrates (469-399 SM) ialah ahli falsafah Yunani kuno yang disifatkan sebagai salah seorang pengasas falsafah barat. Manakala seorang lagi tuan punya nama 'Socrates' (dilahirkan 1954), pula merupakan legenda bola sepak Brazil yang dikenali kerana kehebatannya dalam dua edisi Piala Dunia, 1982 (Sepanyol) dan 1986 (Mexico). Sejauh mana Socrates kuno menyumbangkan kepada sejarah falsafah dunia, maka sebanyak itulah juga legasi yang ditinggalkan Socrates moden dalam arena bola sepak antarabangsa. Dianggap antara panglima jentera tengah terulung dalam sejarah bola sepak, Socrates, memulakan karier di Botafogo pada 1974. Socrates memiliki kemahiran menakjubkan seperti bijak membaca dan mengatur permainan seolah-olah mempunyai banyak pilihan selagi bola ada pada kakinya. Dia mampu menghantar bola kepada sesiapa yang mahu ditujukan. Skil sepakan tumit yang sering dipamerkan ketika beraksi, turut menjadi terkenal dan ikutan di seluruh dunia. Namun, tidak seperti Pele, Ronaldo, Kaka mahupun Neymar, dia masih belum berstatus bintang sensasi sewaktu zaman remajanya, malahan tidak menyarung jersi skuad kebangsaan Brazil sehinggalah usianya menjangkau 25 tahun. Kelewatan prestasinya memuncak disebabkan dia sebelum itu menumpukan pengajiannya dalam bidang perubatan dan dia sebenarnya merupakan seorang doktor bertauliah, satu pencapaian yang jarang dilakukan di kalangan bintang bola sepak, sekali gus mendapat gelaran 'The Doctor'. Socrates ialah kapten pasukan legenda Piala Dunia 1982 yang menyaksikan barisan tengah yang dikemudinya bersama Cerezo, Falcao dan Zico pada ketika itu amat digeruni lawan. Pada temasya tersebut, dia menjaringkan dua gol, satu daripadanya merupakan gol cantik sewaktu menentang Soviet Union. Dia menggelecek melepasi dua pemain lawan sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol. Meskipun terkandas pada pusingan kedua selepas ditewaskan 2-3 dalam perlawanan epik kepada Itali, pasukan Brazil itu diingati dan masih menjadi sebutan sehingga hari ini kerana persembahan bermutu tinggi lagi menghiburkan. Empat tahun kemudian di Mexico, Socrates sekali lagi cemerlang, namun tidak cukup untuk membantu Brazil menjulang Piala Dunia yang diidam-idamkan. Mereka tewas pula kepada Perancis yang diketuai Michel Platini menerusi penentuan sepakan penalti. Socrates mungkin menjadi punca kekalahan pasukannya kerana gagal menyempurnakan salah satu sepakan itu, namun, dialah satu-satunya pemain dari skuad Piala Dunia terdahulu yang mengekalkan prestasi pada tahap yang sama seperti empat tahun lalu. Di peringkat kelab, dia menghabiskan empat tahun di Botafogo sebelum menyertai pasukan kedua popular Brazil, Corinthians dan menetap di pasukan tersebut selama enam musim sehingga 1984, menyaksikan dia berada pada kemuncak prestasi dengan meledak 172 gol daripada 297 penampilan. Socrates kemudiannya memilih aksi di luar Brazil apabila berhijrah ke kelab Serie A Itali, Fiorentina, namun hanya bertahan semusim. Dia mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Eropah dan sebab itu, mengambil keputusan kembali ke Brazil. Sekembali ke tanah air, dia menyarung pula jersi Flamengo sebelum mengakhiri kerjaya selama 15 tahun di Santos. Di tanah air, Socrates mempunyai identiti berbeza. Selain dihormati kerana kehebatannya dalam bola sepak, dia juga dipuja kerana kepimpinannya dalam politik, terutamanya kesungguhan menentang pemerintahan diktator. Sebagai pemimpin Democracia Corintiano (Demokrasi Corinthians), Socrates mengetuai gerakan memperjuangkan demokrasi dalam bola sepak. Pada 1982, dia bersama rakan-rakan sepasukannya, dibantu pemain pertahanan Wladimir serta keizinan daripada presiden kelab, Waldemar Pires, mengambil alih keseluruhan pengurusan pasukan. Mereka berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dikenakan pelbagai larangan oleh pengurusan terdahulu dan selepas kejayaan memihak Socrates dan rakan-rakan, seluruh skuad Corinthians mendapat hak mengundi menentukan sesuatu isu pasukan. Perjuangan itu kemudiannya dilanjutkan kepada penentangan politik kerajaan Brazil yang ketika itu diperintah diktator ketenteraan. Dia merupakan antara rakyat biasa yang berani bersuara mencabar barisan kepemimpin junta. Socrates pernah mendedahkan, tiga idolanya semasa zaman kanak-kanak ialah Fidel Castro, Che Guevara dan John Lennon. Di sebalik kemasyhurannya, Socrates bagaimanapun bukan seorang ahli sukan yang wajar dicontohi jika dinilai dari aspek gaya hidup. Sehingga hari ini, dia mengakui masih ketagih arak dan kuat merokok. "Saya menghisap 20 batang rokok setiap hari dan masih kerap meneguk arak," katanya dalam temu bual bersama sebuah akhbar United Kingdom. Socrates kini menetap di Ribeirao Preto bersama isteri dan enam anaknya. Dia aktif menulis dalam beberapa akhbar dan majalah, selain menjadi pengulas sukan. | ||
| Posted: 29 Jul 2011 05:29 PM PDT
EH... Annissa datang. Fiza apa yang akan terjadi kepada suami awak nanti," itulah antara soalan spontan yang diajukan oleh peminat sewaktu melihat Fiza di The Curve baru-baru ini. Ternyata lakonan Fiza sebagai Ana seorang isteri yang penyabar, memberi impak besar kepada peminat-peminatnya. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 31, berkata, itulah watak protagonis yang berjaya membuat penonton kasihan kepadanya. Sebelum ini Fiza sering diberi watak antagonis sehingga membuatkan orang beranggapan dia juga jahat seperti peranannya dalam drama bersiri Asmara. Bagaimanapun kata Fiza, akhir-akhir ini ramai yang mudah simpati dengannya dan tidak hairanlah rezekinya dalam bidang lakonan juga semakin bertambah. "Alhamdulillah, akhir-akhir ini rezeki saya murah sangat. Ada banyak tawaran berlakon dan ada ketikanya, saya terpaksa tolak kerana jadualnya bertindih. "Sepanjang saya berlakon Annissa, ada lima job yang terpaksa saya tolak, dua untuk drama episod dan tiga telefilem. Selepas Annissa, saya ada job tapi saya tolak juga kerana tidak larat nak bekerja back to back," jelasnya. Fiza yang telah bercerai dengan suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, 31, pada November 2010, dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryanna, 3, dan Feeya Adyrra, 2, berkata, matlamat hidupnya sekarang adalah untuk anak-anak. Menurut Fiza, biarpun dia dan suami mendapat hak penjagaan anak bersama, namun anak-anaknya banyak menghabiskan masa dengan bekas suami dan mertua di Gombak kerana kesibukannya berlakon. "Fiza tidak kisah anak-anak dijaga suami dan mertua kerana Fiza sendiri sibuk. Ada baiknya mereka dengan bekas suami kerana segala keperluan terjaga. "Walaupun Fiza tidak bersama kakak dan adik (panggilan untuk kedua-dua orang anaknya), tapi setiap apa yang mereka lakukan Fiza tahu. Fiza tahu pukul berapa mereka tidur, bangun, pergi kelas dan mengaji," katanya terus terang. Kata Fiza, pembantu rumahnya, Yulianti, 25, sentiasa menjadi mata dan telinganya ketika dia tidak bersama anak-anak. Baginya, Yulianti bukan sekadar pembantu tapi lebih kepada seorang saudara kerana mereka sudah bersama sejak Fiza melahirkan Feeya Adyrra. "Kalau nak tahu, bila si adik nak tidur, dia mesti cari Yulianti. Fiza tabiklah dengan dia sebab boleh menjaga kakak dan adik dengan sabar. Budak-budak biasalah, ada ketikanya tidak mahu dengar cakap. "Setiap kali Fiza shooting, ketiga-tiga mereka akan menetap di Gombak dan bila free, Fiza akan ambil mereka untuk tinggal dengan Fiza di Damansara. "Waktu itu, kami akan keluar jalan-jalan. Sebab itulah, orang sekitar The Curve sudah kenal kami kerana Fiza akan bawa anak-anak lepak kat sini," ceritanya tersenyum. S3 dapat melihat kemesraan yang terjalin antara Fiza dan anak-anak bersama dengan jurujual di bahagian permainan. Ketika Aryanna dan Adyrra ingin menunggang binatang mainan, mereka disuruh naik dulu dan bayar kemudian. Malah, Aryanna dan Adyrra yang comel dan sering menarik perhatian orang ramai itu turut menunjukkan kebolehan mereka membaca doa makan, tidur dan lagu-lagu berunsur keislaman. "Banyak perkara yang Fiza belajar daripada mereka. Kalau hari ini mereka diajar perkara baru di tadika atau kelas mengaji, pasti Fiza tahu malah secara tidak langsung, Fiza pun dapat belajar. "Cuba tengok telatah adik macam burung kakak tua. Dia ikut sahaja apa kakaknya buat, tapi ada bagusnya kerana dia dapat belajar banyak perkara," katanya. Disebabkan keletah anak-anaknya yang sentiasa ceria itulah Fiza tidak dapat berpisah lama dengan mereka dan setiap seorang dibelikan telefon bimbit selain pembantu rumah. Naluri seorang ibu membuatkan Fiza tidak dapat berpisah lama dengan anak-anaknya. Walaupun tidak dapat bertemu setiap hari kerana tugasan, namun Fiza akan pastikan dia berpeluang mendengar suara mereka. "Tiap kali mahu bertemu mereka, Fiza pasti teruja kerana ada sahaja cerita baru yang dapat Fiza dengar," katanya terus terang. Bila ditanya tentang masa depan, Fiza yang pernah dikaitkan dengan Faizal Mohd. Khan, 33, bapa kepada pelakon Erin Malek memberitahu yang dunianya sekarang adalah anak-anak dan kerjaya. Kata Fiza, dia tidak menolak jika bertemu jodoh lagi tapi untuk memilih siapa atau tarikh pernikahan, bukanlah urusannya. "Baru sangat Fiza bercerai. Bagilah Fiza kumpul wang untuk masa depan. Kalau ada jodoh, Fiza tidak menolak," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!
















0 ulasan:
Catat Ulasan