Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Nera (AF9) Boleh Bercinta Dengan Bukan Melayu
- Zach Mahu Buat Album Kerana Siti Nurhaliza
- TV AlHijrah Pantau Drama Pelakon Nampak Aurat
- Norman KRU Mahu Anak Secepat Mungkin
- Facebook Larang Penyiaran Kulit Album Nirwana
- Nia Ramadhani Rindu Dunia Hiburan
- Ibu, anak rakam suara
- Rentung dalam wad
- Budak dirotan masuk hospital
- Kembara muzik Lynn
- Sandiwara longgar skru
- Stanza Cinta Nurfathia
- TV3 dan TV9 Raikan Kedatangan Ramadhan
- AF9 hulur sumbangan buat Madrasah AL-Taqwa, Hulu Langat
- FFM masih tidak dapat sambutan artis muda?
- Kutahya pewaris seramik Iznik Turki
- Eksplorasi Islam uji minda peserta
- Surah al-Falaq elak bencana
- Membantu rakyat Palestin di bulan Ramadan mulia
- Misi penuh risiko
- Sajian sihat di Malaya Steambot
- Bercerai akibat gangguan saka
- 400 pelajar Cheras terima komputer riba 1Malaysia
- Tudung Syria kapas jadi pilihan
- Latihan polis dan tentera kemuncak kejayaan
| Nera (AF9) Boleh Bercinta Dengan Bukan Melayu Posted: 28 Jul 2011 09:03 PM PDT NeraKUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia ke 9 (AF9) Nera atau nama sebenar Queennera Francis Kitingon, 19, memberitahu keluarganya tidak pernah menghalang untuk dia bercinta dengan lelaki Melayu atau berlainan agama. Tambah Nera, ahli keluarganya berfikiran terbuka dan sentiasa memberi sokongan apa juga pilihannya. "Keluarga tidak pernah menghalang saya untuk berkawan dengan siapa sahaja, mereka tidak pernah meletakkan syarat dan sentiasa berfikiran terbuka. "Bagaimanapun sebagai ibu bapa mereka sentiasa memberi nasihat kepada saya agar menjaga diri dalam apa juga yang saya lakukan," katanya. Bagaimanapun, Nera mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa biarpun sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan bekas pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24. "Saya belum mempunyai kekasih atau bertemu orang yang betul-betul sesuai dengan saya. Lagi pula saya masih baru di sini dan baru memulakan kerjaya. "Saya dan Azri berkawan rapat sejak di dalam akademi tapi apabila sudah keluar dari akademi kami jarang bertemu dan sibuk dengan hal masing-masing," katanya. Ditanya tentang lelaki idaman, Nera memberitahu dia mendambakan lelaki yang jujur dan bertanggungjawab. "Saya tidak kisah atau terlalu memilih cukuplah dengan seorang yang baik hati, jujur dan bertanggungjawab sebagai lelaki," tuturnya. Sementara itu, Nera yang baru muncul dengan "single" terbaru berjudul Hatiku Milikmu memberitahu telah menitiskan air mata ketika merakamkan lagu tersebut. "Lagu ini sangat menyentuh hati saya, ketika menghayati dan memahami lagu tersebut sewaktu proses rakaman, saya menangis. "Saya terharu kerana ramai yang memberi maklum balas baik terhadap lagu tersebut, secara tidak langsung saya dapat menangkis cakap-cakap orang tentang bakat nyanyian saya," katanya. | ||
| Zach Mahu Buat Album Kerana Siti Nurhaliza Posted: 28 Jul 2011 09:03 PM PDT Zach berhasrat untuk tampil dengan album solo mini.PETALING JAYA: Pelakon Zachery Francis atau mahu dikenali sebagai Zach Diamond, 34, bakal kembali mewarnai dunia nyanyian apabila berhasrat menghasilkan album secara solo selepas meninggalkan dunia nyanyian sejak sekian lama. Menariknya, dia yang popular sebagai anggota kumpulan X-Factor berhasrat menyahut cabaran itu selepas diminta oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang mahukan dia berbuat demikian. "Datuk Siti Nurhaliza berpesan kepada saya untuk membuat album solo dan tidak mahu melihat saya hanya sibuk berlakon. "Jika ada rezeki, saya akan cuba menunaikan keinginannya selain perlu meminta pendapat daripada kawan-kawan saya yang lain," katanya kepada mStar Online. Semuanya bermula apabila dia dan Siti dipertemukan dalam satu majlis hari jadi rakan baiknya, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh. Dalam majlis itu, mereka dikehendaki berduet mendendangkan lagu Dealova yang dipopularkan oleh kumpulan Dewa dari Indonesia. "Saya agak teruja apabila pertama kali menyanyi bersama-sama dia (Siti) dan terkelu lidah apabila dia meminta saya menghasilkan album. "Pada waktu itu juga, saya terlepas cakap untuk mempelawanya berduet bersama-sama dalam satu album," ceritanya lagi. Pelakon drama Si Capik dan Duyong Aridinata yang kini selesa bergerak sendiri berbanding mempunyai pengurus ini juga akan tampil dengan single berjudul Aura Membara nyanyian bersama dua anggota X-Factor iaitu Danny dan Shah. Menyentuh tentang nama barunya Zach Diamond yang mengambil sempena nama berlian, lelaki itu menganggap nama itu akan memberi satu maksud yang bernilai memandangkan berlian merupakan batu yang keras dan kukuh. "Saya masih baru menggunakan nama ini untuk diperkenalkan dalam beberapa drama lakonan saya. Saya juga mahu lari daripada gelaran Zach X-Factor," jelasnya. Beralih kepada lakonan, dia baru sahaja selesai penggambaran drama Cut Amirah untuk stesen televisyen di Singapura dan sedang menjalani penggambaran drama Biarlah Rahsia di samping pelakon Natasha Hudson, Eizlan Yusof dan Rozita Che Wan. Selain itu, dia juga bakal muncul dengan dua buah filem iaitu Jidin Sengal dan Suatu Malam Kubur Berasap pada hujung tahun ini di pawagam. | ||
| TV AlHijrah Pantau Drama Pelakon Nampak Aurat Posted: 28 Jul 2011 09:02 PM PDT Selebriti AlHijrah yang bakal menghiasi Ramadan di TV AlHijrahKUALA LUMPUR: TV AlHijrah menegaskan bahawa pihaknya sentiasa memantau semua rancangannya terutama sekali jika ia berkaitan sensitiviti melibatkan aurat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan stesen televisyen itu. Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bukhari Che Muda berkata, penapisan yang dilakukan adalah mengikut kesesuaian cerita dan tidak mencacatkan mesej yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. "Kami memang tegas mengikut garis panduan yang ditetapkan iaitu cara pemakaian yang menutup aurat, dialog dan cara lakonan yang tidak bersentuhan di antara lelaki dan perempuan. "Namun mungkin ada adegan yang kami tidak boleh potong kerana ia akan mencacatkan jalan cerita atau mesej yang ingin disampaikan. "Apa yang lebih penting yang kami nilai ialah mesej keagamaan yang ingin disampaikan kepada penonton," jelasnya pada sidang media Majlis Ramadan Satu Perjuangan, di sini, Khamis. Bukhari diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan keraguan terhadap garis paduan oleh pihak stesen televisyen berkenaan apabila masih terdapat drama yang ditayangkan menonjolkan adegan bersentuhan dan tidak menutup aurat. Ia berikutan sebelum ini TV AlHijrah telah mengeluarkan peraturan kepada penerbit produksi tempatan agar tidak menghasilkan drama yang memaparkan adegan bersentuhan di antara pelakon lelaki dan wanita selain menampakkan aurat. Bukhari Che Muda Dalam pada itu, Bukhari turut menjelaskan sebanyak 30 peratus produk luar yang diimport akan ditapis terlebih dahulu sebelum ditayangkan kepada umum. "Kita mempunyai sebanyak 30 peratus produk iaitu drama atau program luar yang kita import, kebanyakan program tersebut menonjolkan budaya masyarakat negara masing-masing. "Sudah tentu sukar untuk kami membuat tapisan, namun apa yang kami utamakan ialah mesej yang ingin disampaikan itu lebih memberi manfaat," katanya. Dalam pada itu, sempena Ramadan ini stesen televisyen tersebut akan menambah waktu siaran kepada 24 jam pada Jumaat, Sabtu serta Ahad dan 18 jam pada Isnin hingga Jumaat. Menurutnya, penambahan waktu adalah bagi mengimarahkan bulan mulia itu dengan pengisian yang lebih bermakna. "Sepanjang bulan Ramadan, waktu siaran bertambah menjadi 144 jam seminggu berbanding 102 jam seminggu sebelum ini. "Penambahan ini bagi memberi pengisian yang bermakna sesuai dengan bulan Ramadan dalam pelbagai genre yang memenuhi selera pelbagai lapisan penonton," ujarnya. Selain itu, sebanyak 17 program baru pelbagai genre bakal dipaparkan seperti Muhasabah Ramadan, Taddarus Al Quran, Ramadhan Di Australia, Juadah Iftar, Resepsi Umi, Man Jada, One Month Ramadan In Kuala Lumpur, Chef, Umme, Hostel Ramadan, My Fasting dan Fattabiouni. Jelasnya, TV AlHijrah juga akan mengulang tayang drama terbaik Kitab Cinta. "Kami memaparkan program yang seratus peratus berunsur keagamaan dan berkonsepkan Ramadan bukan hanya sekadar satu slot seperti stesen televisyen lain. "Selain itu kami juga akan menayangkan kembali drama bersiri Kitab Cinta atas permintaan ramai," jelasnya yang mengakui terdapat peningkatan kos apabila penambahan waktu siaran. | ||
| Norman KRU Mahu Anak Secepat Mungkin Posted: 28 Jul 2011 09:01 PM PDT Norman KRUKUALA LUMPUR: Abang sulung kumpulan KRU, Norman Abdul Halim, mengakui, dia dan isterinya, Shireen Mardziah, memerlukan cahaya mata untuk lebih menyerikan rumah tangga mereka. Kata Norman, sejak berkahwin pada 7 Ogos 2009, dia dan isteri sering berdoa agar dapat memperoleh anak secepat mungkin namun, sehingga kini mereka masih lagi belum dikurniakan rezeki itu. "Saya memang perlukan anak sebenarnya. Dan sehingga kini kami masih lagi berusaha, cuma rezeki saja yang belum tiba. "Malah kami juga merancang untuk mendapatkan anak sekurang-kurangnya dua hingga empat orang. Kalau boleh saya mahu menjadi bapa secepat yang mungkin," katanya. Tambah Norman, walaupun dia sering sibuk dengan kerjaya menguruskan syarikat KRU Studios, dia tidak pernah menganggap kanak-kanak sebagai satu bebanan buatnya. Malah, dia begitu menyukai kanak-kanak dan kadang-kala Norman sempat meluangkan masa bersama tujuh orang anak buahnya. "Sebenarnya saya sangat sukakan kanak-kanak kerana mereka dapat mengurangkan tekanan kerja saya. "Kadang-kala mereka juga memberi perangsang dan semangat untuk kita mulakan kehidupan harian kita. Sebab itulah saya tak sabar-sabar nak ada anak agar dapat lebih menyerikan kehidupan saya dan isteri," ujarnya. | ||
| Facebook Larang Penyiaran Kulit Album Nirwana Posted: 28 Jul 2011 09:01 PM PDT ![]() LOS ANGELES: Gambar kulit album Nevermind, kumpulan rock popular, Nirvana pada tahun 1991 telah dilarang untuk dipaparkan di laman web sosial Facebook. Seperti dipetik dari Femalefirst, gambar bogel seorang bayi yang berenang mendapatkan wang dikatakan melanggar nilai-nilai murni masyarakat. Manakala seorang jurucakap yang juga pengendali laman Facebook memberitahu gambar tersebut melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh laman sosial tersebut. "Facebook tidak membenarkan gambar yang menyerang individu atau kelompok, atau gambar bogel, penggunaan dadah, berbentuk kekerasan atau pelanggaran ke atas beberapa syarat lain. Bagaimanapun, Spencer Elden iaitu bayi pada gambar tersebut pada 20 tahun lalu tidak membantah gambar berkenaan disiarkan di laman sosial berkenaan malah dia mengakui selesa apabila lebih ramai yang melihatnya. | ||
| Nia Ramadhani Rindu Dunia Hiburan Posted: 28 Jul 2011 08:52 PM PDT ![]() JAKARTA: Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani mengaku rindu terhadap dunia hiburan yang dahulu menjadi sumber rezeki utamanya. Sejak mendirikan rumah tangga pada awal April 2010 dengan ahli perniagaan Ardie Bakrie, Nia telah meninggalkan dunia lakonan dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga. "Saya rindu sangat untuk kembali berlakon. Sebenarnya suami saya sudah mengizinkan cuma waktu bersama keluarga pasti akan terjejas kerana waktu yang tidak menentu. "Masakan saya akan balik lewat malam dan membiarkan keluarga begitu sahaja kerana sekarang saya sudah punya suami," tuturnya seperti dipetik Kompas.com. Dalam pada itu, Nia turut menyedari setelah berstatus isteri Ardie, hidupnya berubah dan memilih kehidupan keluarga berbanding kerjaya. "Dulu kalau penggambaran sudah tentu akan balik pagi, jika mahu berjumpa dia (Ardie) akan datang ke lokasi. Jumpa pun kadang-kadang kerana kekangan waktu. "Sekarang sudah berkahwin hidup saya berubah seratus peratus dan hanya beri perhatian terhadap keluarga sahaja," katanya. | ||
| Posted: 28 Jul 2011 08:52 PM PDT ANGGUN...bergaya dengan gaun rekaan Ezuwan. JIKA sebelum ini, dia selesa dikenali sebagai Nora saja namun pe�nyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin akhirnya mengambil keputusan untuk menukar nama baru kepada Nora J. Kenapa Nora J? Alasan penyanyi dari Kelantan itu, nama Nora sudah ada banyak persamaan dengan ramai personaliti lain maka dia memilih 'jenama baru.' Menjelaskan perkara itu kepada Rap, baru-baru ini, kata Nora, J diambil daripada pangkal huruf nama suami�nya, komposer Johan Nawawi.
Sekurang-kurangnya, tiada lagi kekeliruan pada nama Nora itu yang mengaitkan diri saya dengan individu lain. | ||
| Posted: 28 Jul 2011 08:50 PM PDT CEMAS...kelihatan orang awam menunggu di luar bangunan Hospital Besar Kuala Lumpur manakala jentera Bomba dan Penyelamat menghampiri pintu masuk bahagian kecemasan zon kuning berikutan kebakaran sebuah bilik yang menempatkan pesakit di ICU. KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) rentung dalam kebakaran di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, mangsa, Dedy Mulia Abdul Ghani, 33 yang dipercayai menghidap sakit mental sedang dirawat di hopsital berkenaan gagal diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik di wad terbabit.
Menurutnya, dua jentera bomba dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.
Menurut Azizan, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tempat lain dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.
| ||
| Posted: 28 Jul 2011 08:48 PM PDT LEBAM...Mastura menunjukkan kaki cucunya, Nur yang lebam. SAKIT...kaki Nur yang lebam dirotan guru. KUALA LUMPUR: Akibat dirotan guru tabika, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun lebam di kaki, tangan dan badan hingga dimasukkan ke hospital dalam kejadian Khamis lalu. Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Nur, 6, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Isnin lalu akibat kecederaannya selepas dirotan guru terbabit yang mengajar di Taman Pelangi, Sentul. Akibatnya, mangsa trauma dan kini tidak mahu ke sekolah, malah sering meracau pada waktu malam.
Katanya, ini bukan kali pertama dia diperlakukan begitu, malah sudah lebih 10 kali, tetapi dia mendiamkan diri selepas diugut guru itu supaya tidak mengadu kepada keluarga.
"Saya terkejut selepas mendapati kaki, tangan dan badannya lebam dan cuba bertanyakan hal itu.
Menurutnya, ini bukan kali pertama dia nampak kesan kemerahan di badan cucunya itu, malah sudah beberapa kali sejak dia mula belajar di tabika berkenaan mulai awal tahun ini. "Cucu saya itu juga sudah tidak seceria dulu dan kini semakin murung," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Setapak, Jumaat lalu.
| ||
| Posted: 28 Jul 2011 08:47 PM PDT CRYSTAL BALL...gaya persembahan dan personaliti Lynn jadi pilihan untuk majlis rasmi membabitkan kerabat diraja dan orang kenamaan. KEMERDUAN suaranya amat menyentuh jiwa �hinggakan diri bagai terpanggil untuk terus 'melekat' di ruang santai lobi Hotel Klana Resort, Seremban, dek tidak sabar menantikan dendangan lagu seterusnya. Bermula dengan lagu pop dan rock era ini, Norlin Abu Ashaari - mesra disapa Lynn - seterusnya beralih ke genre country, R&B , blues, rock klasik, malah lagu asli berdasarkan permintaan pengunjung. Melihatkan jumlah pengunjung yang melepak di Cascades Lobby Lounge pada malam itu, nyata gaya serta keanggunan wanita ini berjaya menarik ramai peminat dan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikannya mengalunkan lagu pilihan mereka.
di kalangan orang kenamaan. "Apa yang penting ialah aspek komunikasi yang mana kami sering berinteraksi dengan hadirin setiap kali masa rehat dan selepas tamat persembahan. "Daripada maklum balas itulah kami dapat tahu jenis lagu kegemaran mereka, sekali gus membolehkan kami menambah senarai lagu untuk dimainkan pada malam berikutnya," ujar Lynn memulakan bicara. Menceritakan mengenai pembabitan awalnya dalam bidang itu, Lynn menegaskan tiada asas dalam nyanyian dan teknik vokal yang digunakannya ketika mengadakan persembahan diperoleh berdasarkan pengalaman. "Sejak remaja saya gemarkan muzik hinggakan belajar pun mesti mendengar radio. Minat menyanyi itu diteruskan selepas tamat sekolah dan kemudiannya menyertai kumpulan muzik secara sambilan ketika me�nyambung pengajian di Amerika Syarikat," katanya. Bekas penuntut jurusan bahasa Inggeris di Southern Illinois University Carbondale itu bagaimanapun tidak dapat meneruskan minatnya sejurus pulang ke tanah air apabila terikat dengan kerjaya sebagai setiausaha di sebuah syarikat korporat di Petaling Jaya. Sementara suaminya yang dikenali ketika menuntut di Amerika Syarikat, pula bekerja di syarikat teknologi maklumat sebagai juruteknik komputer dan ini tidak me�ngizinkan mereka meneruskan aktiviti muzik kerana tuntutan kerja yang tidak menentu. Semuanya berubah sejurus pasangan romantis ini menghabiskan cuti hujung minggu mereka di Genting Highlands sekitar lewat 1980-an. "Ketika kami singgah ke Awana Genting, saya terlihat poster pemain keyboard yang mengadakan persembahan di hotel itu. Pemain keyboard itu adalah bekas ahli kumpulan saya ketika menuntut dan kami terus berjumpa dengannya. "Selepas berbual panjang, kami dipelawa menyertainya mengadakan latihan dan persembahan pada setiap hujung minggu. Lama-kelamaan minat itu kembali bercambah hingga akhirnya saya dan suami nekad berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada nyanyian," ujarnya. Kolaborasi pasangan suami isteri itu dan rakan mereka bermula di sebuah kelab malam di Melaka di mana kebanyakan pengunjung kelab itu adalah golongan muda yang sukakan muzik keras dan bingit. "Kami mula serasi sebagai satu kumpulan, tetapi malangnya kami tidak dibayar oleh pengusaha kelab selepas dua bulan di sana. Jadi kami ambil keputusan tinggalkan kelab itu selepas tiada kata putus daripada mereka. "Disebabkan kami tiada kenderaan, kami bergantung sepenuhnya kepada bas ekspres dan malam itu juga kami bawa semua peralatan muzik menaiki bas ke Cherating," katanya. Di sana, kumpulan itu meneruskan persembahan di Impiana Resort selama setahun sebelum rakan mereka terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan. Kembara muzik pasangan ini seterusnya merantau ke sebuah hotel di Johor Bahru pada hujung 1995, di mana mereka digandingkan bersama seorang penyanyi Filipina dan tampil dengan nama Hot Lips. "Pada awalnya ok, tapi lama-kelamaan penyanyi Filipina itu mula menimbulkan masalah apabila turun dari pentas dan bertemu pengunjung sambil menadah mangkuk dan meminta wang. "Insiden itu juga membuat�kan kontrak kami dibatalkan serta-merta dan sekali lagi kami menaiki bas dengan segala peralatan muzik menuju ke Kuala Lumpur. "Mujur suami mengenali beberapa pemuzik di KL dan kami diberi peluang mengadakan persembahan di Holiday Inn City Centre (kini Hotel Quality). Itulah pertama kali kami mengadakan persembahan dengan 90 peratus permintaan lagu Melayu dan kami mula menyanyikan lagu asli dan pop era 60-an, 70-an dan 80-an," tambahnya. Pasangan serasi ini kemudian ditawarkan mengadakan �persembahan di Permai Park Inn, Terengganu selama tiga tahun. Atas beberapa alasan, Lynn dan suaminya meninggalkan negeri itu untuk kembali beraksi di KL. Pada 2003, mereka menerima tawaran yang dinanti-nantikan selama ini iaitu beraksi di kampung halaman di Negeri Sembilan apabila berjaya mendapatkan kontrak bersama Hotel Klana Resort selama setahun. Perjalanan mereka diteruskan ke Langkawi, Kedah sebelum berehat seketika pada hujung tahun lalu. "Kami tidak pernah penat dengan semua ini. Ia sebenarnya satu cabaran dan ruang untuk menimba pengalaman apabila dapat merantau ke tempat orang. Semua ini mungkin tak akan berlaku jika saya masih bekerja di pejabat," tegasnya. Lynn dan Hisham kini kembali memeriahkan lounge di Klana Resort sejak Januari lalu dengan membariskan beberapa orang kenamaan sebagai peminat setianya. Biarpun sedar dengan pandangan serong masyarakat, Lynn menegaskan apa yang dilakukannya ini sama seperti orang lain. "Saya dan suami mencari rezeki dengan cara ini dan kami bekerja berdasarkan apa yang kami gemari. Saya pasti tak ramai yang boleh katakan bahawa mereka melakukan sesuatu yang diminati dan mendapat bayaran atas minat itu. "Bagi saya, selagi mendapat sokongan suami dan keluarga, saya tidak akan putus asa dan seronok melakukannya. Seronok apabila dapat menyentuh perasaan orang lain dengan persembahan kami," katanya. | ||
| Posted: 28 Jul 2011 08:43 PM PDT DICURI...besi penghadang yang ditanggalkan pencuri di susur keluar MRR2 menghala Jalan Taman Bukit Maluri. KUALA LUMPUR: Lagak mereka seperti pekerja penyelenggaraan jalan raya, namun jika diamati mereka mencuri besi penghadang jalan dengan membuka skru besi di sepanjang susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Jalan Taman Bukit Maluri, di sini. Perbuatan itu menyebabkan banyak besi penghadang yang menjadi penghalang atau penebat kenderaan yang terbabas daripada jatuh ke bawah jejambat hilang dan keadaan itu mengundang kebimbangan di kalangan pengguna lebuh raya berkenaan.
Peniaga, Lim, 43, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan lima hingga tujuh orang yang berlakon seperti pekerja penyelenggara lebuh raya termasuk menggunakan jaket keselamatan.
Pengguna lebuh raya berkenaan, Ahmad Sajali, 34, berkata kecurian besi penghadang itu menyusahkan pengguna jalan raya.
Difahamkan, individu sama turut mencuri besi penutup longkang di hentian motosikal (laluan berteduh dari hujan) di bawah jejambat sama menyebabkan longkang tidak bertutup dan boleh menyebabkan kemalangan motosikal terutama waktu malam dan gelap.
| ||
| Posted: 28 Jul 2011 08:41 PM PDT Namun tawaran berlakon tetap diterima atas dasar percaya ia adalah rezeki yang membantu menggerakkan kerjaya seninya. Bertemu empunya diri di satu majlis fesyen, The Blue Kebaya, baru-baru ini ternyata gadis berkenaan cukup bijak berkata-kata sesuai dengan dirinya sebagai pelajar jurusan undang-undang membuatkan sesi temuramah lancar. Nur Fathia yang yang menampilkan dirinya sebagai gadis baik dan bertudung dalam Stanza Cinta, ternyata resah jika peminat terus-terusan menganggap dirinya seratus peratus sama dengan watak yang dibawakan itu. Bermula daripada iklan syampu hinggalah kepada drama Dea Sofea, Laila Asyikin, Hani dan Hotel Hasanah, semuanya menuntut wanita bernama Nur Fathia Abd Latiff ini mengenakan tudung. "Secara jujurnya, saya di luar adalah berbeza dengan watak yang dibawakan. Kadang kala saya risau jika peminat tidak dapat menerima diri saya di luar kerana menganggap saya baik seperti watak yang dibawakan. "Saya harap peminat tidak terkejut dengan penampilan saya di luar lakonan kerana saya berbeza ," katanya berterus terang dan mengakui dia berperibadi kasar dan suka bercakap. Dia mengakui kini tidak lagi berada dalam keadaan tertekan selepas isu yang membabitkan dirinya timbul dan menganggap ia sebagai pengajaran dalam melalui fasa kehidupan baru. "Membawa watak Amni bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan penghayatan dan perlu banyak bermain emosi. Saya masih dalam proses belajar dan saya rasa lakonan saya lebih baik dari sebelum ini. "Saya harap penonton dapat menilai lakonan saya setelah menonton keseluruhan episod dan barulah bakat saya dinilai ," kata anak sulung daripada empat beradik ini ketika ditanya pandangan sesetengah pihak yang mengatakan lakonannya kurang menjadi, namun menganggap teguran itu membantu melengkapkan kekurangan diri. Terbang ke Melbourne selepas Syawal Tidak lekang dengan tawaran filem dan drama, gadis yang akan membintangi filem Nasi Lemak 2.0 dari produksi China, berkata filem itu akan menjalani penggambaran di Melbourne selepas Syawal. "Selepas raya, saya akan menjalani penggambaran di Melbourne dan berlakon di samping Afdlin dan Reshmonu," katanya yang kelihatan teruja berlakon di luar negara kerana menganggap ia akan membantu dirinya mengutip pengalaman sebagai pelakon baru. Kata gadis yang mempunyai kalangan keluarga berlatar belakangkan bidang undang-undang ini, dia juga bakal berlakon telefilem di bawah arahan Wan Hasliza . "Saya baru dapat skrip dan dalam belum ada judulnya lagi. Kali ini saya membawa watak yang tidak memerlukan saya memakai tudung," katanya. Di sebalik kontroversi yang melanda dirinya, gadis yang menganggap bidang lakonan hanya kerja sambilan pada mulanya ini tidak menafikan rezekinya semakin melimpah ruah dan dia mensyukuri segala nikmatnyang diberikan-Nya. Biarpun masih terlalu awal, tetapi apabila ditanya apa kebiasaan yang dilakukan ketika menyambut puasa danAidilfitri, Nurfathia berkata, sudah menjadi tradisi dalam keluarganya untuk pulang beraya di kampung halaman sama ada di Perak di sebelah ayahnya, mahupun Pulau Pinang di sebelah ibunya. "Keluarga saya amalkan pulang ke kampung berhari raya dan ia satu pengalaman berhari raya yang cukup menyeronokkan," katanya yang memberitahu hidangan masakan Arab adalah hidangan wajib pada setiap Syawal. "Nasi Bukhari dan masakan Arab pastinya hidangan wajib yang melengkapkan keindahan Hari Raya kami," katanya. | ||
| TV3 dan TV9 Raikan Kedatangan Ramadhan Posted: 28 Jul 2011 08:39 PM PDT
| ||
| AF9 hulur sumbangan buat Madrasah AL-Taqwa, Hulu Langat Posted: 28 Jul 2011 08:38 PM PDT
| ||
| FFM masih tidak dapat sambutan artis muda? Posted: 28 Jul 2011 08:35 PM PDT
| ||
| Kutahya pewaris seramik Iznik Turki Posted: 28 Jul 2011 08:35 PM PDT
KUALITI barangan seramik Iznik mengalami masalah kemerosotan kualiti yang teruk pada abad ke 17 Masihi selepas ia dikagumi ramai selama lebih kurang 200 tahun. Antara sebab utama kemerosotan kualiti barangan Iznik ialah kerana campur tangan istana, kekurangan bahan mentah, masalah kawalan harga yang terlalu ketat dan penghijrahan keluar pembuat seramik dari Iznik. Pada abad ke 17 Masihi, seorang pegawai kanan empayar Uthmaniyah telah cuba untuk mengukuhkan kembali industri seramik Iznik dengan membawa dua orang pakar pembuat seramik Iznik ke Istanbul untuk memulakan bengkel seramik Iznik semula. Malangnya kesinambungan kraf seramik ini gagal mencapai keputusan yang dikehendaki kerana terdapat pelbagai masalah teknikal. Sewaktu industri seramik Iznik semakin merudum, satu lagi pusat pembuatan seramik empayar Uthmaniyah mula mendapat perhatian. Kutahya yang juga merupakan pusat pengeluaran barangan seramik Uthmaniyah semakin digemari dan semakin popular di kalangan rakyat tempatan dan juga pendatang asing. Sewaktu abad ke 17 Masihi, harga barangan seramik Kutahya mula meningkat dan mengatasi harga barangan seramik Iznik di pasaran. Sebagai contoh, pada tahun 1623 Masihi, sebiji pinggan Kutahya berharga 500 akne (mata wang Uthmaniyah ketika itu) berbanding harga dua belas biji pinggan Iznik yang berharga 60 akne keseluruhannya. Barangan seramik Kutahya mendapat permintaan tinggi kerana motif hiasan dan jenis produk yang berlainan berbanding barangan seramik yang dikeluarkan di Iznik. Motif hiasan Kutahya dikatakan lebih digemari kerana ia sesuai dengan cita rasa golongan pembeli yang bukan daripada golongan istana. Motif hiasannya memaparkan motif harian dan legenda yang menepati cita rasa golongan di luar istana berbanding motif hiasan barangan Iznik yang terlalu kompleks seperti tughra dan rumi hatayi yang sesuai untuk kegunaan istana. Seramik keluaran Kutahya juga turut mendapat permintaan daripada golongan bukan Islam untuk hiasan seni bina rumah ibadat mereka terutamanya gereja. Pembuat barangan seramik Kutahya juga memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam untuk mendapatkan motif-motif keagamaan yang mereka perlukan seperti yang terdapat di dalam gereja St James di Jerusalem. Antara bangunan empayar Uthmaniyah abad ke 18 Masihi yang menggunakan seramik Kutahya ialah Masjid Yeni Valide di Istanbul, Balikli Tekkesi di Kutahya, Masid Nakiboglu di Konya, Masjid Beylerbeyi di Istanbul dan Masjid Ali Pasha di Kutahya. Motif yang menunjukkan ilustrasi Ka'abah di Mekah di atas seramik turut bermula dengan seramik Kutahya. Ia juga turut memperlihatkan penambahan warna yang digunakan di atas barangan seramik Kutahya seperti kuning dan biru kundang. Kedua-dua warna ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli. Seperti Iznik, Kutahya juga mengalami saat-saat kemerosotan pada abad ke 18 Masihi tetapi industri ini mampu bangkit semula pada abad ke 20 dan terus mewarisi kegemilangan industri seramik Iznik sehingga ke hari ini dengan menggunakan motif hiasan seramik Iznik seperti bunga tulip, teluki (carnation), hyacinths dan sebagainya atas permintaan pembeli yang tinggi. Sokongan daripada kerajaan di awal abad ke 20 Masihi dengan mewajibkan bangunan baru menggunakan hiasan seramik Kutahya membantu mengukuhkan industri seramik Kutahya. Selain pembuat seramik Kutahya, terdapat juga pembuat seramik di Jerusalem dan di Eropah yang meneruskan penggunaan motif hiasan seramik Iznik walaupun ia tidak mempunyai kualiti yang setanding dengan barangan seramik Iznik. Barangan seramik Iznik dan Kutahya ada dipamerkan di galeri seramik Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM). MKIM juga akan menerbitkan sebuah buku mini baru yang berjudul The Essence of Iznik tidak lama lagi. Buku mini ini sesuai untuk bacaan umum dan para pelajar seni sebagai pengenalan kepada seni barangan seramik Iznik. Ia boleh didapati di Kedai Muzium Kesenian Islam Malaysia atau lawati laman sesawang muzium di www.iamm.org.my untuk maklumat lanjut. | ||
| Eksplorasi Islam uji minda peserta Posted: 28 Jul 2011 08:34 PM PDT ![]() SRA Masjid Sayidina Abu Bakar, Bangsar merangkul gelaran juara bergambar bersama Che Mat Che Ali (lima dari kanan), Ketua Pengarang Majalah, Badrul Azhar Abdul Rahman (empat dari kiri) dan Yang DiPertua BKUM, Kamsari Nor. MELENTUR buluh biar daripada rebungnya, amat sesuai dengan matlamat yang cuba diterapkan oleh majalah Al Islam di dalam program Eksplorasi Islam 2011. Aktiviti pertama kali anjuran majalah keluaran Utusan Karya Sdn. Bhd. ini mendapat sambutan menggalakkan daripada 11 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) terpilih di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta sebuah kumpulan yang diturunkan oleh Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM). Cetusan program Eksplorasi Islam berdasarkan program Explorace Amazing yang disiarkan di kaca televisyen tetapi diberi nilai tambah dengan memasukkan unsur-unsur pengetahuan mengenai ilmu-ilmu Islam. Ketandusan program-program Islam seumpama ini, mendorong Al Islam untuk mengetengahkan melalui gabungan konsep pembelajaran dan aktiviti permainan. Sekali gus, di samping mengingati ilmu yang telah dipelajari di sekolah, peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah agama tahun 4 hingga 6 juga diberikan pendedahan konsep kepimpinan dalam kumpulan, disiplin, mematuhi arahan dan tanggungjawab. Peserta bukan saja diuji mindanya tetapi juga kepantasan menyusun strategi yang efektif untuk menyelesaikan permasalahan yang diberikan dengan sempurna. Ternyata ciri-ciri yang menjadi objektif penganjuran program tersebut, dimiliki oleh kumpulan SRA Masjid Sayidina Abu Bakar, Bangsar yang berjaya merangkul gelaran juara. Kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM800 berserta hadiah iringan dan sijil penyertaan. Manakala bagi kumpulan kedua dimenangi oleh SRA Al-Mubarakah, Cheras dengan menerima hadiah wang tunai RM700, sijil dan hadiah iringan dan SRA Al-Ihsaniah, Puchong di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM500, sijil serta hadiah iringan. Menariknya, Eksplorasi Islam bukan saja menjadi medan untuk pelajar mengasah ingatan tetapi membentuk peribadi dan sahsiah diri. Itulah perkara paling penting dalam usaha mendidik jiwa generasi muda cinta pada Islam sekali gus dijadikan sebagai aktiviti memenuhi masa lapang. Aktiviti tugasan Eksplorasi Islam merangkumi setiap subjek yang diajar di sekolah. Antaranya termasuk ilmu feqah, ibadah, al-Quran, tajwid, sirah dan bahasa Arab. Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, dalam ucapan perasmian penutup, menjelaskan, Eksplorasi Islam adalah salah satu program berbentuk ilmiah yang sangat bermanfaat dan membentuk peribadi mulia generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan. "Majalah Al Islam bukan sahaja berjaya mengatur program yang mempersembahkan penyampaian ilmu dalam bentuk yang begitu menarik. Sebaliknya aktiviti seumpama ini mampu menarik generasi muda untuk meminati Islam. Melalui program ini juga, pelajar dapat mengisi masa cuti mereka dengan aktiviti yang baik serta mengasah ingatan untuk mengingati kembali setiap ilmu yang diajar oleh para guru di bilik darjah," katanya. Ternyata setiap aktiviti yang diatur di empat check point iaitu Masjid Negara, Stesen TV ALHIJRAH perpustakaan Pusat Islam serta di ruang legar Pusat Islam, mempunyai cabaran tertentu. Dan ini terbukti apabila kebanyakan kumpulan dikenakan penalti kerana gagal menyempurnakan arahan tugasan yang diberikan khususnya yang menyentuh soal solat berjemaah. Antara penalti yang dikenakan ialah membersihkan makam pahlawan dan mencatatkan nama negarawan yang disemadikan serta menyusun buku di perpustakaan. Program yang berlangsung pada 23 Julai lalu mendapat kerjasama dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Masjid Negara, Jawi, Pusat Islam, Perpustakaan Pusat Islam, dan stesen TV ALHIJRAH. Turut membantu memeriahkan perjalanan program ialah Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang yang menaja sarapan pagi. Selain itu, Yayasan Restu menyumbangkan 60 naskhah al-Quran untuk setiap peserta yang mengambil bahagian serta tajaan produk Bilal dari syarikat Bilal Edar Sdn Bhd. Tidak ketinggalan syarikat Jamu Mak Dara, Nestle, ADABI, D'Tandoor Food Industries Sdn. Bhd, dan Muniff Hijjaz . Sementara itu, stesen TV ALHIJRAH menyediakan dua slot dalam rancangan Assalamualaikum untuk Al Islam menguar-uarkan program berkenaan pada masyarakat umum sebelum program berlangsung. Stesen televisyen tersebut turut menyediakan siaran langsung untuk kumpulan terawal yang sampai ke stesen berkenaan. Badan Keluarga Utusan Melayu pula menyumbang buku cerita dan alat tulis. Tahniah kepada pelajar yang berjaya! | ||
| Posted: 28 Jul 2011 08:32 PM PDT SURAH ini termasuk dalam Surah Makiyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, Ata', Ikrimah dan Jabir. Sedangkan mengikut riwayat yang lain daripada Ibn Abbas dan Qatadah bahawa ia termasuk dalam surah Madaniyah. Ibn al-Jauzi berkata: Pendapat ini lebih kuat daripada yang pertama. Ia mengandungi lima ayat dan diturunkan selepas surah al-Fil. Firman Allah SWT: Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh. Al-Mawardi berkata: Surah ini dimulakan dengan qul yang membawa maksud katakanlah kerana Allah telah perintahkan nabi-Nya berkata demikian. Ibn al-Jauzi menyebut enam pendapat berkenaan tafsir al-Falaq: i. Ia adalah waktu Subuh seperti pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, Sa'id bin Jubair, Qatadah, al-Qurazi dan Ibn Zaid. ii. Ia adalah makhluk semuanya. iii. Ia adalah penjara dalam neraka jahanam seperti pendapat Ibn Abbas juga dan Wahab serta Suddi yang menafsirkan telaga dalam neraka jahanam atau lembah dalam neraka jahanam. iv. Pohon kayu dalam neraka seperti pendapat Abdullah Ibn Umar. v. Setiap yang terbelah daripada sesuatu seperti cahaya Subuh, benih yang tumbuh daripada bijian. Inilah pendapat al-Hasan. vi. Satu nama daripada neraka jahanam. Inilah pendapat Abu Abdul Rahman Abdullah bin Yazid al-Habali. Sayid Qutub berkata: Sama ada dipakai dengan pengertian: Aku pohon perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi atau dipakai dengan pengertian Aku pohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk. Oleh itu kedua-dua pengertian ini sesuai dengan ayat-ayat yang kemudian. Firman Allah SWT: Dari kejahatan makhluk-Nya. Berkenaan dengan ayat ini ada tiga pendapat: i. Ia adalah umum. Inilah pendapat yang azhar. ii. Ia adalah semua kejahatan yang diciptakan seperti Iblis dan zuriatnya. Inilah pendapat al-Hasan. iii. Neraka jahanam. Inilah pendapat al-Mawardi. Al-Maraghi berkata: Aku berlindung, memohon pelindung kepada zat yang menjadi Tuhan semua makhluk, pencipta segala yang ada dari segala penyakit dan keburukan yang menimpaku antara salah satu makhluk daripada makhluk-makhluk seluruhnya. Kemudian disebutkan secara khusus sebahagian makhluk yang banyak mendatangkan bencana, lalu memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada kejahatan mereka dan menolak bencana yang ditimbulkan olehnya. Firman Allah SWT: Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita. Maksud ayat ini pada perkataan ghasiq ada empat pendapat: i. Matahari apabila tenggelam. Inilah pendapat Ibn Shihab. ii. Bulan apabila ditutupi awan. iii. Bintang thuraya apabila jatuh. iv. Malam yang berlabuh kerana pada waktu itu keluarnya binatang buas dan serangga. Begitu juga penjahat berkeliaran pada waktu itu. Inilah pendapat Ibn Abbas, al-Dahhak, al-Suddi dan lain-lain. Al-Maraghi berkata: Iaitu daripada kegelapan malam ketika malam itu datang dan menutup segala sesuatu dengan kegelapannya. Malam hari gelap-gelita itu mengerikan dan menimbulkan ketakutan kerana kegelapan malam menjadi tempat berlindung bagi orang jahat ketika bermaksud jahat dan kegelapan malam menolong bagi musuh. Firman Allah SWT: Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul. Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat banyak hadis yang menerangkan bahawa baginda pernah disihir oleh Labid Ibn al-A'sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri baginda, sehingga mengkhayalkan baginda dan menyebabkan baginda seolah-olah melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda tidak mendatanginya. Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Rasulullah SAW sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini. Sudah tentu pengaruh sihir terhadap Nabi Muhammad SAW itu menyentuh akan dan mempengaruhi rohani Baginda. Jika demikian, benarlah kata-kata kaum Musyrikin tentang Baginda itu sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir. (al-Israk: 47) | ||
| Membantu rakyat Palestin di bulan Ramadan mulia Posted: 28 Jul 2011 08:31 PM PDT
AHLAN wa sahlan ya Ramadan! Marhaban ya Ramadan, Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqqobalahu Ya Karim, Marhaban Ya Ramadan Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan… Amin." Demikianlah doa yang dibaca oleh umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadan, bulan penuh berkah, yang insya-Allah akan mula disambut lusa. Marilah kita memulakan satu perlumbaan untuk merebut ganjaran yang Allah limpahkan sepanjang bulan Ramadan ini. Antaranya, umat Islam tidak sahaja wajib menunaikan puasa, malah bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Perlu diingat, zakat fitrah sahaja tidak memadai bagi tujuan untuk membantu mereka yang susah ini. Ini kerana kita lebih daripada mampu. Justeru, menjadi satu pemandangan yang cukup indah apabila kita paparkan terutamanya didada-dada akhbar anak-anak yatim dan miskin diraikan di sepanjang bulan Ramadan ini. Mereka mendapat pemberian yang cukup lumayan daripada pelbagai pihak yang mampu membuatkan mereka tersenyum lebar. Begitu juga dikalangan keluarga-keluarga miskin terutamanya ibu-ibu tunggal turut dipanggil untuk dirai dan menerima bantuan supaya dapat meringankan beban mereka. Namun persoalannya, tidakkah anda mahu melihat suasana bahagia seperti itu dirasai anak-anak yatim dan keluarga miskin daripada saudara kita di Palestin? Sanggupkah kita berbuka dengan lambakan juadah, tetapi mereka sekadar mengunyah roti kering yang dicelup dalam air kosong? Tidakkah kita sudi untuk membantu meluputkan sedikit kesedihan balu-balu Palestin yang para suami mereka syuhada dengan menghulurkan pakaian baru walau sekadar sehelai berbanding kita di sini, sepasang baju raya tidak memadai? Secara peribadi, adalah menjadi impian penulis untuk menatap wajah ceria anak-anak yatim dan miskin di Palestin sebagaimana yang dinikmati oleh golongan yang senasib itu di sini. Tetapi bagaimana semua ini dapat kita jadikan satu kenyataan?! Alhamdulillah pertubuhan NGO Malaysia yang sering menjadi jambatan menghubungkan rakyat Malaysia dengan rakyat Palestin, iaitu Pertubuhan Aqsa Syarif sedang berusaha mengumpulkan sebanyak RM1 juta untuk dibawa ke Gaza dalam misi membantu rakyat Palestin di sana. Mereka akan bertolak pada 20 Ogos ini dan akan berada selama lapan hari di Gaza, Palestin bagi menyampaikan pelbagai bantuan daripada rakyat Malaysia sempena sambutan Ramadan dan Syawal. Bukan itu sahaja, malah mereka juga akan menyumbangkan bantuan untuk anak-anak yang masih belajar yang mana sesi persekolahan di sana akan bermula pada September ini! "Kami berjanji akan membawa pulang foto-foto anak-anak yatim yang gembira dan ceria mendapat hadiah dan duit raya sebagaimana yang sering kita tatap di sini,"kata Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor. Membawa pulang foto-foto tersebut menjadi sebahagian daripada misi kepada lapan anggota sukarelawan Aqsa Syarif. Mereka akan berada di sana selama 10 hari terakhir Ramadan di bumi Palestin, bumi suci umat Islam yang masih dicengkam oleh si Zionis Israel. | ||
| Posted: 28 Jul 2011 08:30 PM PDT
Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 seramai 12 orang sukarelawan yang diketuai oleh Profesor Madya Mohd. Zin Kandar sebagai salah satu misi penting di bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Mereka akan menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk bantuan kemanusiaan dan projek-projek kritikal di Gaza, Palestin. Kerjasama dengan beberapa buah organisasi tempatan di sana, The Welfare Association for Palestin & Lebanese Families (WAFRAH) dan Takaful for Child Welfare (Takaful) mereka mengenalpasti lebih daripada 2,700 anak-anak yatim dan keluarga miskin yang tinggal di Palestin sebagai kumpulan sasar yang bakal menerima bantuan sumbangan daripada rakyat Malaysia. Aqsa Syarif dalam usaha untuk mengumpulkan sebanyak RM1 juta untuk dibawa ke sana dalam misi kali ini bakal melalui sempadan di Mesir, iaitu dari pintu masuk Rafah. Sebelum ini, Aqsa Syarif telah berkerjasama dengan pelbagai pihak tempatan di Palestin bagi mengusahakan pelbagai projek ekonomi dan sosial bagi membantu penduduk Palestin. Bantuan diberikan kerana mereka hilang punca pendapatan akibat tekanan rejim Israel termasuk serangan yang telah menyebabkan Gaza pernah menjadi mangsa serangan pada Disember 2008. Orang ramai, khususnya umat Islam masih berpeluang untuk menjayakan misi ini dengan menghulurkan sumbangan mereka melalui; 1) SKIM ANAK YATIM l Pembiayaan RM170 sebulan untuk seorang anak yatim Palestin 2) SKIM KELUARGA MISKIN l Pembiayaan serendah RM35 sebulan untuk sumbangan kepada keluarga miskin. Segala maklumat mengenai penajaan dan pembiayaan ini boleh diperolehi melalui laman web http://www.aqsasyarif.org.my atau menelefon talian 03-87334636 Sehingga kini menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd. Noor seramai 700 individu dan keluarga di Malaysia telah bersetuju untuk menaja perbelanjaan anak-anak yatim Palestin dan 300 individu lagi untuk menaja keluarga miskin di sana. "Manakala tidak ada jumlah yang tertentu bagi sesiapa yang ingin membantu menjayakan projek kilang roti, ternakan lembu, ikan air tawar dan lain projek-projek yang masih memerlukan dana besar bagi memenuhi keperluan rakyat Palestin," katanya. Melalui misi ini, setiap umat Islam di negara ini tanpa mengira strata ekonomi, kaya atau miskin berpeluang untuk memperoleh ganjaran atau saham akhirat dengan membantu saudara mereka yang teruk tertindas di Tanah Suci Palestin ini. "Sepanjang Ramadan ini juga pihak Aqsa Syarif bersedia menerima sebarang undangan dan jemputan untuk sama-sama berkongsi maklumat mengenai misi ini dan situasi yang begitu memerlukan bantuan di Gaza itu. "Jemputan untuk sesi penerangan ini merupakan antara tazkirah-tazkirah yang dikira sangat bermanfaat untuk mengisi masa-masa terluang semasa rehat tengahari, sebelum berbuka puasa dan selepas menunaikan solat sunat Terawikh!" kata Dr. Hafidzi. Tidak dinafikan misi ini bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran yang getir dan mengancam keselamatan. "Tetapi insya-Allah setiap langkah adalah umpama jihad dan semua ahli konvoi telah menanamkan niat-niat suci mereka untuk menyampaikan bantuan kepada umat Islam di Gaza. "Disamping hendak mengambil keberkatan untuk 10 hari-hari terakhir Ramadan, kita percaya ganjaran yang menanti atas setiap sumbangan yang diberi adalah berlipat kali ganda dan tidak mungkin peluang seperti ini boleh diperolehi lagi," katanya. Tambah beliau, setiap keluarga rakyat Palestin adalah mereka yang diharapkan agar terus kekal menetap di tanah suci itu walaupun mereka teruk menderita sehingga kini. "Mungkin untuk keluar dari penderitaan ini, mereka boleh berhijrah ke negara lain atau menjadi pelarian. "Tetapi jika akhirnya semua akan keluar meninggalkan tanah suci, maka siapa yang akan tinggal dan menguasai setiap inci bumi yang begitu suci. "Maka sebab itu, sumbangan dari rakyat Malaysia sangat besar maknanya bagi memastikan bumi Palestin tetap didiami oleh para pejuang yang akan berjuang sehingga Masjid Al Aqsa bebas dan seluruh Palestin kembali kepada pemilik yang sebenar, iaitu umat Islam," kata Dr. Hafidzi. | ||
| Sajian sihat di Malaya Steambot Posted: 28 Jul 2011 08:30 PM PDT ![]() Pelbagai jenis sos untuk disesuaikan dengan cita rasa stimbot. MELIHAT pada namanya, pasti ramai tertanya-tanya apa istimewanya stimbot di premis Malaya Steamboat yang terletak di Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, itu. Seperti yang tertera pada namanya, sudah pasti restoran ini menjadikan stimbot sebagai menu utamanya. Apa yang menjadikan restoran ini lebih istimewa, ia dimiliki sepenuhnya oleh usahawan bumiputera yang tidak perlu diragui status halalnya. Sudah pasti penggemar-penggemar masakan tersebut yang terdiri daripada kalangan masyarakat Melayu dapat menikmati hidangan tersebut tanpa was-was. Menurut pemiliknya, Datin Rabiah Othman, 60, perniagaan tersebut baru dibuka penghujung tahun lalu dan sudah pasti ia dibuka untuk memenuhi selera masyarakat tempatan terutamanya masyarakat Melayu. Memilih Malaya sebagai awalan nama restorannya, jelas Rabiah ia tidak membawa sebarang maksud yang tersirat malah perkataan tersebut hanya melambangkan negara Malaysia selain Melayu. "Sebelum ini dapat dilihat kebanyakan restoran yang berkonsepkan sebegini dipelopori kaum Cina. Sudah pasti apabila saya sebagai seorang anak Melayu membuka perniagaan ini, saya inginkan kelainan dan memberitahu orang ramai bahawa restoran ini pemiliknya Melayu. "Untuk itu sudah pasti ia disasarkan kepada pengunjung-pengunjung Melayu di mana mereka boleh makan sepuasnya tanpa rasa ragu-ragu. "Yang pasti, di sini para pengunjung boleh dapati apa yang turut dijual di restoran-restoran stimbot yang lain," ujarnya ketika ditemui di premisnya di No. 69 & 70, Jalan Prima Sg3, Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. Bercerita lanjut, Rabiah memberitahu, dia dan anak-anak memang menggemari hidangan stimbot tetapi menjadi masalah untuk mencari yang halal. Ini kerana menurut Rabiah, selain tidak banyak orang Melayu yang mengusahakan perniagaan tersebut di samping dia juga merupakan seorang yang amat cerewet mengenai bab makan, sudah pasti dia akan mencari yang halal dan dimasak oleh orang Melayu sahaja. Apabila susah untuk mencari tempat menikmati hidangan tersebut selain diusahakan oleh orang Melayu, akhirnya timbul idea untuk Rabiah membuka restoran stimbot sendiri. Setelah mendapat kata sepakat bersama anak-anak dan setahun mengambil masa melakukan kajian dan penyelidikan, akhirnya ia dapat direalisasikan. Tambahnya, selain stimbot, restorannya turut menyediakan hidangan lain seperti nasi goreng, mi goreng, nasi putih dan dua jenis lauk sebagai pilihan. Dibuka dari hari Isnin hingga Khamis mulai pukul 5 petang hingga 12 tengah malam, Malaya Steamboat yang mampu memuatkan 250 tetamu pada satu-satu masa menjadi pilihan terutama bagi penduduk dan pengunjung di sekitar kawasan tersebut. Sementara itu untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, restoran ini akan beroperasi sehingga pukul 1 pagi. Jelas Rabiah lagi, harga set stimbot yang disediakan di Malaya Steamboat amat berpatutan iaitu RM25 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak yang boleh dinikmati bersama sup dan tomyam. Istimewanya, sup dan tomyam yang dihasilkan adalah resipi dan dari air tangan Rabiah sendiri. Selain itu, ada lebih 70 jenis pilihan makanan laut, bebola dan sayur-sayuran yang dijamin halal dan segar di samping 10 jenis pelbagai sos yang boleh dinikmati bersama stimbot tersebut. Sempena Ramadan ini, Malaya Steamboat turut beroperasi sama seperti hari-hari biasa. Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi talian 03-61842319. | ||
| Posted: 28 Jul 2011 08:28 PM PDT SETELAH berkawan dalam tempoh masa yang agak lama, akhirnya Yasmin (bukan nama sebenar) dan Yazid (bukan nama sebenar) mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Sepanjang berkawan, pasangan ini tidak mempunyai sebarang masalah malah mereka merupakan pasangan yang cukup ideal di kalangan rakan-rakan. Pasangan ini telah memilih bulan Oktober 2002 untuk menjadikan detik bersejarah mereka malah segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin dan diraikan dalam majlis perkahwinan yang cukup gilang-gemilang. Cukup usia perkahwinan mencecah 11 bulan, Yasmin dan Yazid telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Hari demi hari, perjalanan hidup mereka sekeluarga tidak mengalami sebarang masalah malah mereka dilihat seperti keluarga yang cukup bahagia. Satu hari, Yasmin dan Yazid telah bercuti dan pulang ke kampung halaman Yazid di utara tanah air. Hari pertama mereka sampai, segala-galanya seperti biasa hinggalah hari ketiga apabila anak mereka, Danial (bukan nama sebenar) mula menangis tidak berhenti-henti. Sudah pasti, seluruh ahli keluarga terkejut dan masing-masing telah mencuba pelbagai cara termasuklah mengunjungi klinik untuk mendapat kepastian apakah penyakit yang dialami Danial. Apa yang menjadi persoalannya, doktor mengesahkan Danial sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit dan Danial juga berhenti menangis apabila tiba di klinik. Akhirnya, Yasmin dan Yazid mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mereka di ibu kota. Apabila mereka tiba di ibu kota, segala-gala kembali pulih seperti sedia kala malah perkara tersebut akan berulang sekiranya mereka pulang ke kampung halaman Yazid. Akhirnya setelah diselidik, Yasmin mendapati bahawa keluarga Yazid mempunyai saka dan kejadian Danial menangis setiap kali berada di sana adalah disebabkan gangguan saka tersebut. Tidak tahan dengan situasi tersebut, Yasmin akhirnya meminta cerai dan dalam masa yang sama Yasmin turut menuntut hak penjagaan kekal ke atas Danial. Yasmin berbuat demikian adalah kerana ingin menjaga Danial dan tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku kepada anaknya itu. Kes Yasmin ini telah diletakkan di bawah peruntukan Seksyen 81 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Yasmin telah mengemukakan pelbagai bukti termasuk bukti dari Pusat Perubatan Islam yang telah mengesahkan terdapat unsur-unsur ilmu hitam pada anaknya (Danial) semasa anaknya sakit. Yasmin turut memberitahu mahkamah bahawa perkara tersebut (anak sakit) hanya akan terjadi apabila mereka pulang ke kampung suaminya, Yazid dan apabila pulang semula ke ibu kota, Danial akan kembali pulih seperti sedia kala. Semasa perbicaraan berlangsung, Yasmin telah memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan kekal anaknya atas alasan-alasan seperti: lDia (Yasmin) adalah ibu kandung kepada anak tersebut dan merupakan orang paling layak bagi menjaga anak tersebut. * Yasmin juga merupakan seorang Islam dan sempurna akal fikiran dan selama ini dia yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak tersebut. * Sejak lahir, anak tersebut tinggal bersama Yasmin dan dijaga sepenuhnya oleh Yasmin. Sejak kecil juga Yasmin tidak pernah berpisah atau berjauhan dengan anaknya itu kecuali semasa Yasmin keluar atas urusan kerja. * Yasmin layak dan mampu dari segi umur untuk memberi jagaan dan kasih sayang yang diperlukan oleh anak tersebut. Tambahan pula Yasmin sebagai seorang ibu lebih rapat dengan anak tersebut berbanding suaminya. * Yasmin adalah seorang ibu yang berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiyah dan dapat memberikan didikan Islam yang sempurna kepada anak tersebut serta menunjukkan contoh tauladan yang baik berbanding suaminya. * Yasmin juga tidak pernah hilang atau diisytiharkan oleh Mahkamah hilang hak kelayakan untuk menjaga anak tersebut. * Pada masa tersebut Yasmin dan anaknya tinggal selesa di rumah yang dimiliki oleh Yasmin sepenuhnya. Pada masa yang sama, Yasmin turut memohon nafkah anak sebanyak RM500 sebulan dengan cara dimasukkan ke dalam akaunnya. Begitupun, sebelum mahkamah memutuskan sebarang keputusan, Yasmin sedar, Yazid adalah bapa kepada anaknya dan dengan itu dia memohon agar suaminya diberi hak lawatan pada waktu yang munasabah dengan terlebih dahulu dimaklumkan kepadanya. Setelah kesemua hujah didengari dan meneliti segala alasan-alasan yang diberikan, mahkamah akhirnya telah membuat keputusan, hak jagaan kekal Danial diberikan kepada Yasmin. | ||
| 400 pelajar Cheras terima komputer riba 1Malaysia Posted: 28 Jul 2011 07:57 PM PDT
KUALA LUMPUR 28 Julai - Seramai 400 pelajar dari sembilan sekolah di Cheras menerima komputer riba 1Malaysia menerusi fasa kedua pengagihan kemudahan itu, hari ini. Komputer berkenaan diserahkan kepada mereka oleh Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Syed Ali Alhabshee dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Pengarah Wilayah Tengah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd. Fadhillah Mohd. Nor. Cheras merupakan kawasan Parlimen pertama di Wilayah Persekutuan menerima agihan komputer riba 1Malaysia bagi fasa kedua. Sebanyak 5,623 unit komputer riba 1Malaysia diperuntukkan untuk Wilayah Persekutuan dan selepas Cheras, pengagihan akan dilakukan di Putrajaya dan Bandar Tun Razak. Dalam ucapannya, Syed Ali berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada pelajar di Wilayah Persekutuan untuk menerima kemudahan itu. Beliau meminta ibu bapa supaya memantau penggunaan komputer itu oleh anak-anak mereka terutama ketika melayari Internet. Mohd. Fadhillah pula berkata, SKMM akan mengadakan program Penggunaan Internet Secara Positif di sekolah-sekolah yang memohon untuk mengadakan program itu bagi mengurangkan penyalahgunaan komputer riba 1Malaysia di kalangan pelajar. Ditanya mengenai beberapa laporan yang diterima SKMM mengenai penjualan komputer itu katanya, pihaknya masih lagi menyiasat kesemua laporan tersebut. "Jika benar perkara ini berlaku, kami akan mengenakan tindakan yang tegas terhadap mereka yang terlibat," ujarnya. | ||
| Tudung Syria kapas jadi pilihan Posted: 28 Jul 2011 07:55 PM PDT
WALAUPUN lambakan pelbagai gaya dan jenis tudung terdapat di pasaran apatah lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi namun tudung Syria kain kapas masih tetap mempunyai peminatnya sendiri. Selesa, harga yang termampu dibeli, mudah dijaga dan pemakaiannya yang singkat serta tidak mengambil masa yang lama antara menjadi faktor tudung Syria kain kapas masih bertahan walaupun telah beberapa tahun berada di pasaran. Tudung Syria kain kapas sesuai dan cantik dipakai oleh semua golongan dan peringkat usia, tidak kira golongan remaja, pelajar, wanita bekerja atau suri rumah. Ia tidak perlu digosok dan cara membasuhnya juga tidak cerewet, tidak luntur warna malah warnanya tetap sama walaupun telah beberapa kali dibasuh. Safura Amiruddin yang telah memakai tudung Syria kapas sejak lima tahun lalu berkata, keselesaan tudung inilah yang membuatnya terus setia dengan tudung ini walaupun pelbagai jenis tudung terbaru berada di pasaran. "Kelebihan tudung ini ialah ia boleh digayakan mengikut kreativiti sendiri. Walaupun telah lima tahun berada di pasaran namun ramai yang masih tidak faham cara pemakaiannya yang sebenarnya amat mudah namun menonjolkan daya tarikan,'' katanya yang datang ke Studio Utusan bagi menunjukkan cara-cara pemakaian tudung Syria kapas. Menurutnya, wanita yang memakai tudung ini akan nampak kemas dan cantik. Satu lagi kelebihannya ialah muka yang bulat atau tembam akan nampak panjang atau bujur sirih. Harga tudung ini juga tidaklah mahal kerana setiap sehelai bersama anak tudung dijual pada harga di antara RM13 hingga RM40. Oleh kerana terlalu berminat dengan tudung Syria kain kapas ini dan dengan tujuan untuk mengajar lebih ramai wanita bagi menggayakan tudung ini, Safura kini membuka booth menjual tudung tersebut di pusat membeli-belah The Curve, Damansara. "Terdapat pelbagai pilihan warna-warna terang yang boleh di suai padan sama ada mengikut baju atau tidak. "Si pemakai boleh mengenakan hingga tiga warna berbeza pada anak tudung seperti hijau, kuning dan biru dan dikenakan dengan tudung sama ada yang pendek atau panjang. "Bagi mereka yang sukakan gaya ringkas, boleh memilih tudung kosong sementara jika hendak ke majlis atau dipakai pada hari raya nanti, boleh memilih tudung yang telah saya jahit dengan batu permata dan manik supaya nampak lebih eksklusif,'' ujar Safura yang juga model Safi Rania ini. | ||
| Latihan polis dan tentera kemuncak kejayaan Posted: 28 Jul 2011 07:53 PM PDT ![]() SEBAHAGIAN pelatih tentera dan polis yang tamat latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson. TELUK KEMANG 28 Julai - Pemikiran Strategi Laut Biru bakal memperlihatkan kesannya apabila kursus bersama melibatkan anggota polis dan tentera yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson di sini tamat pada Sabtu ini. Malah, majlis tamat latihan melibatkan 2,107 orang perajurit muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 984 konstabel polis itu akan lebih bermakna apabila ia akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beberapa pelatih yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini memberitahu, latihan bersama ini memberikan dimensi baru serta perakuan bahawa polis dan tentera boleh menjadi satu entiti dalam tugas menjaga keamanan negara. Perajurit muda, Gim Kuei Hoong, 19, berkata, pada awal latihan dia merasa janggal kerana perlu berkawad dengan konstabel polis. "Cara 'hukuman' dan arahan ketika berkawad berbeza antara polis dan tentera. Namun selepas perbincangan dan latihan bersama, ia akhirnya dapat diatasi dengan semangat cintakan negara," katanya ketika ditemui menjelang beberapa hari sebelum majlis tamat latihan itu baru-baru ini. Latihan bersama antara anggota ATM dan PDRM adalah lanjutan daripada Pelan Strategik Lima Tahun PDRM pada tahun 2007 untuk menambah bilangan anggotanya sehingga mencapai kekuatan 150,000 pada awal tahun 2011. Menerusi latihan pertama ini, seramai 3,091 pelatih melibatkan anggota polis dan tentera menjalani latihan secara bersama di beberapa pusat latihan polis dan tentera. Kuei Hoong berkata, program ini sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan di negara lain, malahan Malaysia mendahului program keselamatan, latihan dan kursus bersama ini. Rakannya, R. Aswini, 19, pula memberitahu, hubungan antara tentera dan polis yang dahulunya renggang kerana faktor ego dan kerahsiaan sendiri, kini menjadi lebih akrab dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. "Kini kami lebih memahami kehendak tugas seorang anggota polis dan mereka juga lebih memahami tuntutan tugas seorang anggota tentera," katanya. Seorang lagi perajurit muda, Mohd. Nur Amirul Muntil, 20, menjelaskan, dia gembira kerana terpilih menjalani latihan bersama pasukan polis. "Sebelum ini, saya hanya melihat dari jauh anggota polis bertugas dan dengan tamat latihan bersama ini, kami dapat membina disiplin bersama, memahani tugas masing-masing dan paling utama, negara ini dijaga dari segala bentuk ancaman," ujarnya. Dalam pada itu, konstabel polis, Chee Seong Khoon, 24, memberitahu, hubungan rapat sewaktu latihan pastinya berkekalan sampai bila-bila. "Program ini memberi impak positif dan satu hubungan berpanjangan. Saya optimis, anggota yang menjalani latihan bersama ini akan menjadi sahabat akrab selepas ini," katanya. Seorang lagi konstabel, Md. Khairul Razee Ramli, 25, berkata, program ini satu perubahan yang bagus kerana ia membina kematangan dan keperibadian polis dan tentera secara serentak. "Elemen ini satu subjek yang tidak terlintas di fikiran kita, tetapi direalisasikan melalui Pemikiran Strategi Laut Biru. Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menjadikan ia realiti," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


















0 ulasan:
Catat Ulasan