Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Ammar Alfian Jelaskan Isu Cekik, Pukul Puteri Sarah
- Kontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz
- David Teo Tidak Berperang Dengan Pihak Media
- Album 'Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin' Dilancar
- Program Kerohanian Di TV3 & TV9 Sempena Ramadan
- Kasari Wartawan, Raul Bersedia Hadapi Tindakan Undang-Undang
- Kilang gula di Sarawak
- Julia jadi ustazah
- Rumusan kunci kelembapan rambut
- Sedia tebus kecewa
- Padah zalimi tiga kucing
- Lepas tumpang kebas suami
- Berpurdah untuk menjaga kehormatan
- LZS hargai sumbangan media
- Nizam asnaf berbakat
- Bicara al-Quran mengenai kurma
- Tugas menyucikan Ramadan
- Penyeri hidup Muszaphar, Harlina
- Cerita 1Malaysia di Triang
- Dunia sains untuk insan istimewa
- Awas! Heliza palsu
- Budak Nakal’ Bollywood
- Erul yang manja...
- Koleksi baru Scholl sumbang 40 peratus
- Colgate prihatin, usaha kumpul dana RM150,000
| Ammar Alfian Jelaskan Isu Cekik, Pukul Puteri Sarah Posted: 27 Jul 2011 10:56 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu. Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik. "Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar. "Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana. "Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali," kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu. Ammar dan SarahDia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini. Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit. Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu "membunuh" wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis. Tambahnya: "Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya. "Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul. "Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul." Selain itu, dia lebih gemar menyibukkan diri dengan latihan untuk mempersiapkan diri berlakon filem berjudul Skandal. "Saya terpaksa menjaga badan dengan mengurangkan makan nasi kerana mungkin ada aksi melompat dan bertarung. "Selain itu, banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan agar dapat mengurangkan berat badan bagi mendapat badan yang lebih ringan untuk melakukan aksi tersebut," ceritanya. | ||
| Kontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz Posted: 27 Jul 2011 10:55 PM PDT Fizz FairuzKUALA LUMPUR: Pelakon Fizz Fairuz menjelaskan kontroversi kononnya dia curang Almy Nadia, membuatkan keluarganya turut terkena tempias apabila mempercayai khabar angin tersebut. Fizz yang turut dikaitkan dengan Liyana Jasmay dan Izreen Azminda itu berkata, keluarganya mula bertanya kesahihan berita itu apabila ia semakin hangat dibicarakan dalam media-media tempatan. "Ibu saya dah mula tanya adakah gosip yang dikatakan itu benar? Alhamdulillah, saya sudah menjelaskan hal sebenar di mana Liyana hanyalah rakan kerja saya di set penggambaran filem "Papadom 2" dan Izreen pula, kami pernah berlakon untuk sebuah drama pada tahun 2004. "Saya pun pelik mengapa hubungan percintaan kami sering dikontroversikan sedangkan saya dan Almy masih lagi baik dan kami masih lagi berhubung dan berjumpa jikaada kelapangan," kata Fizz yang ditemui pada majlis memperkenalkan Koleksi Rantaian Kasih 2011 Habib Jewels, di sini, Rabu. Fizz bersama lima selebriti lain menggayakan barangan kemas koleksi baru Habib Jewels.Tambah Fizz, hal tersebut sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon dan perhubungannya dengan peminat. "Saya faham, mungkin bila orang industri hiburan membaca artikel mengenai keretakan hubungan saya dan Almy, mereka menganggap ia hanyalah sebuah gosip tetapi lain pula pandangan daripada pihak keluarga dan masyarakat luar di mana mereka yang tidak tahu apa-apa akan percaya dengan khabar angin itu," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran filem "Nirajim", di bawah produksi Grand Brilliance. Sebelum ini, Fizz pernah dikaitkan dengan Liyana kerana mereka saling berbalas mesej berbau sayang menerusi akaun Twitter masing-masing. Selain Liyana Jasmay, Fizz dikatakan turut menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Izreen Azminda yang didakwa menjadi penyebab hubungan Almy dan lelaki itu renggang. Bagaimanapun, Fizz mengakui, kontroversi perhubungan mereka mungkin sering menjadi bualan ramai kerana dia dan Almy belum membuat sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan. Kata pelakon "Nur Kasih" itu, dia bukannya belum bersedia untuk berkahwin, tetapi ingin memberi peluang kepada Almy membina dan mengukuhkan kerjaya lakonan sebelum bergelar suami isteri. "Saya faham, hubungan kami sudah mencecah enam tahun, tambah pula dia perempuan, pastinya terasa bila kami belum mengikat sebarang pertalian. Tetapi dia faham dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan berkahwin dengannya. Antara koleksi baru yang reka khas Habib Jewels sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri"Cuma sebelum itu, biarlah dia merasa betul-betul erti kepuasan sebagai seorang pelakon, seperti yang saya lalui sekarang ini," katanya. Sementara itu, Fizz bersama Dynas Mokhtar, Irma Hasmie, Scha Al-Yahya, Julia Ziegler, Aznil Nawawi telah menggayakan koleksi terbaru barang kemas Habib Jewels yang dikenali Koleksi Rantaian Kasih 2011, bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri nanti. Lebih 1,000 jenis barangan kemas rekaan baru berkonsepkan tradisional dan kontemporari dikeluarkan khas buat semua golongan, termasuklah kanak-kanak. Selain mengeluarkan koleksi baru, Habib turut menawarkan perkhidmatan penilaian zakat, membersihkan dan membuat penilaian barangan kemas. | ||
| David Teo Tidak Berperang Dengan Pihak Media Posted: 27 Jul 2011 10:54 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG), David Teo menolak tuduhan kononnya dia berperang dengan pihak media sehingga enggan melakukan pra tonton filem terbitan syarikatnya. Sebaliknya kata David, langkah itu merupakan strategi baru syarikatnya dalam mempromosikan filem-filem yang tamat penggambaran dan menanti untuk di tayang di pawagam. "Saya tidak pernah merajuk dengan pihak media. Cuma saya tidak lagi melakukan pra tonton seperti sebelum ini. "Sebagai syarikat yang berjaya menerbitkan lebih daripada 60 buah filem, saya ingin mencuba strategi baru dengan tidak lagi membuat majlis pra-tonton sebaliknya membeli iklan di akhbar-akhbar tempatan. "Kali ini kami ubah cara pemasaran dengan mengeluarkan kos lebih dalam pembelian iklan di akhbar-akhbar. Dengan ini saya dapat menjimatkan masa," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Tambah David, memandangkan MIG juga mempunyai portal dalam talian sendiri iaitu www.migonline.net, ia turut mempromosikan filem-filem baru yang diterbitkan syarikat berkenaan. Bagaimanapun, menurut David, strategi tersebut dibuat bukan kerana takut apabila terdapat filemnya yang dikritik sebaliknya dia boleh menerima setiap kritikan yang diberikan oleh pihak media. "Saya tak kisah dengan kritikan yang diberi kerana selama ini juga filem saya sering dikritik. Dan saya tahu, 'kuasa pena' tidak boleh dielak. "Cuma apa yang boleh dielak, kita cuba elakkan. Tapi jika strategi ini kurang berjaya, pihak kami akan kembali semula kepada cara lama dengan membuat majlis pra-tonton," ujarnya. Jelas David lagi, walaupun mempunyai strategi baru, dia tidak menghalang pihak media untuk menonton dan membuat ulasan mengenai filem-filemnya. Malah, jika ada yang mahu menonton, pihaknya boleh memberi tiket percuma kepada mereka yang ingin membuat ulasan filem. | ||
| Album 'Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin' Dilancar Posted: 27 Jul 2011 10:54 PM PDT Upin&Ipin bersama adik Asyiela Putri Azhar dan Rosmin Hasnim.KUALA LUMPUR: Selepas popular dengan siri kartun animasi Upin & Ipin, syarikat produksi Les'Copaque dengan kerjasama Nova Music bakal menerbitkan sebuah album Hari Raya berjudul Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin. Menurut Penerbit Eksekutifnya, Rosmin Hashim, album yang memuatkan lima buah lagu Hari Raya nyanyian adik Asyiela Putri Azhar ini akan berada di pasaran pada 9 Ogos depan. "Ini merupakan projek pertama antara Nova Music dan Les' Copaque yang mana ia memuatkan lima buah lagu Hari Raya digemari ramai. "Selain menyanyikan semula lagu tersebut dengan versi Upin&Ipin kita turut menyelitkan dialog-dialog berunsur nasihat," katanya pada Majlis Pra Dengar Album Raya Seronoknya Bersama Upin&Ipin, di studio rakaman NAR Records di Taman Tun Dr Ismail di sini, Rabu. ![]() Lima lagu yang bakal dimuatkan ialah Satu Hari Di Hari Raya, Suasana Di Hari Raya, Selamat Hari Raya, Suasana Hari Raya dan Balik Kampung. Album ini juga akan dipasarkan secara cakera padat dan boleh dimuat turun sebagai nada bunyi. Selain itu, jelas Rosmin projek kedua untuk menerbitkan album Upin & Ipin akan dimulakan selepas Hari Raya Aidilfitri. "Kami sedang merancang untuk pembikinan album kedua yang bakal memuatkan beberapa lagu baru dan lagu rakyat. "Insya-Allah ia akan disiapkan pada penghujung tahun ini dan akan berada di pasaran," ujarnya. Rosmin turut berkata perancangan untuk memasarkan album-album Upin & Ipin di pasaran Indonesia berikutan sambutan menggalakkan di negara jiran tersebut. | ||
| Program Kerohanian Di TV3 & TV9 Sempena Ramadan Posted: 27 Jul 2011 10:52 PM PDT Barisan personaliti TV3 dan artis yang terlibat dalam pelbagai program majalah, variasi dan dokumentari bersempena bulan Ramadan ini.KUALA LUMPUR: Stesen televisyen TV3 dan TV9 kembali lagi dengan program-program keagamaan dan kerohanian bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan yang bakal bermula pada minggu depan. Memilih tema Sesuci Fitrah bagi TV3 dan Ramadan di Hatiku (TV9), kedua-dua stesen ini bakal menghidangkan pelbagai program berbentuk dokumentari, variasi, pengajaran, majalah, kanak-kanak dan drama bagi penonton sasaran mereka, khususnya yang beragama Islam. Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, TV3 bakal menawarkan 17 program dan TV9 pula dengan 10 program yang menawarkan pengisian kerohanian untuk penonton. "Sesuci Fitrah dipilih sebagai tema kali ini kerana ia bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk menyucikan hati agar sentiasa bermuhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang diberikan oleh-Nya. "Begitu juga dengan tema Ramadan Di Hatiku untuk TV9 di mana program-programnya menyelitkan unsur keikhlasan dan kejujuran di dalam hati," katanya pada majlis pelancaran program tersebut di Restoran Ibunda, Bukit Bintang, di sini, Selasa. Ahmad Izham OmarTambahnya, tema-tema tersebut juga dipilih kerana bersesuaian dengan susunan program yang dihidangkan agar dapat menjadi iktibar kepada penonton sepanjang bulan mulia itu. TV3 yang mengangkat tema Sesuci Fitrah akan menghidangkan 17 program iaitu: Dokumentari: 1. Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur (setiap hari 6.30 petang, mulai 1 Ogos) 2. Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara (Rabu 6 petang, mulai 3 Ogos) Majalah 3. Singgah Sahur (Jumaat & Sabtu 12.35 tengah malam, mulai 5 Ogos) Pengajaran: 4. Kalamullah (setiap hari 5.30 pagi untuk versi 30 minit) dan (setiap hari 8.55 pagi, Isnin-Khamis 2.55 petang dan Jumaat–Ahad 4.50 petang untuk versi 5 minit) 5. Kias Ramadan (setiap Rabu, 11 malam, mulai 3 Ogos) 6. Iktibar (3 & 10 Ogos, pukul 11.30 malam) Variasi: 7. Periuk Hangus (setiap Rabu 10 pagi, mulai 3 Ogos) 8. Biskut Apa? (setiap Sabtu 5.30 petang, mulai 6 Ogos) 9. Bazaar Ramadan @ TV3 (setiap Sabtu 7.30 malam, mulai 6 Ogos) 10. 5 Rencah 5 Rasa Edisi Ramadan (setiap Ahad 5.30 petang, mulai 7 Ogos) Kanak-kanak: 11. Sirah Nabi (setiap Isnin-Jumaat 9 pagi, mulai 1 Ogos) 12. Diari Sahabat (setiap Isnin–Jumaat 9.30 pagi, mulai 1 Ogos) 13. Serambi Anak Soleh (setiap Selasa 6 petang, mulai 2 Ogos) Drama: Barisan pelakon drama bersiri Ramadan Terakhir dalam slot Samarinda yang bersiaran setiap Selasa hingga Khamis, pukul 10.30 malam mulai 26 Julai ini di TV3.14. Ramadan Terakhir (Selasa-Khamis, 10.30 malam, mulai 26 Julai sebanyak 15 episod) 15. Sehelai Rambut Dibelah Tujuh (Sabtu, 10 malam, 6 Ogos) 16. Perempuan Di Hujung Ramadan (Sabtu, 10 malam, 13 Ogos) 17. Mengurai Rindu (Sabtu, 10 malam, 20 Ogos) Senarai program di bawah kempen Ramadan Di Hatiku TV9 pula adalah seperti berikut: Variasi: 1. Solat Isya' & Tarawikh dari Masjidil Haram, Mekah (setiap hari, 1-3 pagi) 2. Ini Kisahku (Rabu & Khamis, 6.30 petang, mulai 3 Ogos) 3. Jom Berbuka (Sabtu & Ahad, 7 malam, mulai 6 Ogos) Pengajaran: 4. Tanyalah Ustaz Ramadan (setiap hari, 7 pagi) 5. Sirah Ameerah (Sabtu & Ahad, 7.30 malam, mulai 6 Ogos) Majalah: 6. Mencari Resipi Temurun (Isnin & Selasa, 6.30 petang, mulai 1 Ogos) Drama: 7. Jiman (Rabu, 8.30 malam, 3 Ogos) 8. Sekilas Qalbu (Rabu, 8.30 malam, 10 Ogos) 9. Isnin Selasa Rabu (Rabu, 8.30 malam, 17 Ogos) 10. Lailatulqadar (Rabu, 8.30 malam, 24 Ogos) | ||
| Kasari Wartawan, Raul Bersedia Hadapi Tindakan Undang-Undang Posted: 27 Jul 2011 10:25 PM PDT Raul Lamos dan KrisdayantiJAKARTA: Suami kepada penyanyi Krisdayanti, Raul Lamos bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana melakukan kekerasan terhadap wartawan Zaky Makmum dan Adit ketika petugas Global TV dalam kejadian Isnin lalu. Seperti dilaporkan, selepas berlaku kejadian tersebut, Zaky telah melaporkan perkara tersebut di Balai Polis Bandara Soetta dan sehingga kini kes tersebut masih di bawah siasatan polis. "Saya tahu setiap negara mempunyai undang-undang, saya tahu undang-undang di negara ini dan apa pun yang terjadi saya akan mengikuti proses undang-undang yang ada," ujarnya seperti dipetik daripada Inilah.com. Raul dikhabarkan tidak menyenangi kehadiran wartawan lalu menolak Adit yang sedang mengambil gambarnya namun dihalang oleh Zaky yang turut menjadi mangsa kemarahan Raul. Tambah Raul, dengan proses undang-undang yang sudah berjalan, dia juga bersedia apa juga tindakan atau hukuman yang dikenakan kepadanya. Hal yang sama turut dijelaskan oleh Krisdayanti yang sentiasa menyokong suaminya dan memohon maaf atas perkara yang berlaku. "Saya mohon maaf, sebagai isteri saya sentiasa memberi sokongan kepada dia, jika terpaksa menjalani proses undang-undang kami sedia," tuturnya | ||
| Posted: 27 Jul 2011 10:24 PM PDT PERJANJIAN...Raja Sulaiman (kiri) dan Pengerusi CGS International (M) Sdn Bhd, Jimmy Wang menandatangani dokumen sambil disaksikan Mukhriz (berdiri tiga dari kiri), semalam. DALAM tempoh kira-kira dua tahun lagi, penduduk di Sarawak dijangka boleh menikmati harga gula yang lebih rendah atau sama dengan Semenanjung apabila kilang pemprosesan gula bernilai RM160 juta yang dibina Admuda Sdn Bhd (Admuda) memulakan operasi pengeluarannya. Pengarah Admuda, Datuk Raja Sulaiman Shariff berkata, apabila beroperasi kelak, kilang pemprosesan gula itu mampu mengeluarkan sekurang-kurangnya 300 tan metrik gula sehari.
"Kami juga akan mengembangkan perniagaan dengan mengeksport ke Sabah selepas kira-kira dua tahun beroperasi dan selepas lima tahun ke kawasan serantau termasuk Semenanjung," katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Admuda dan CGS International Co Ltd, syarikat pembinaan berpangkalan di China di ibu negara, semalam.
"Sejak awal tahun lalu, semakin banyak syarikat dari China dalam sektor perkhidmatan mengadakan urus niaga dengan syarikat tempatan dan berdagang dengan Malaysia. Pembinaan projek pemprosesan gula ini satu daripada buktinya. Situasi ini amat positif kerana mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan terutama kepada rakyat Sarawak.
Beliau berkata, setakat ini hanya Admuda yang memohon lesen untuk kilang pemprosesan gula di Sarawak.
| ||
| Posted: 27 Jul 2011 10:21 PM PDT PENCIPTA DAN PENGGAYA...Ariff bersama artis yang memperagakan baju rekaannya iaitu Julia (dua dari kanan), Juliana Evans, Kilafairy dan Ana Rafali. BERDARAH kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat bukan bermaksud pelakon Julia Ziegler mengamalkan cara hidup seperti orang Barat. Sebaliknya, Julia atau pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler, 27, mengakui dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama Islam. "Memang bapa saya. Bob Ziegler Abdullah, 60, keturunan Mat Salih, tapi ibu saya, Saminah Subari, 66, adalah wanita berdarah Melayu-Jawa.
| ||
| Rumusan kunci kelembapan rambut Posted: 27 Jul 2011 10:20 PM PDT BERSAMA...(dari kiri) Aspalin, Noorashikin bersama (dari kanan) Wanie dan Kelvin dengan produk terbaru Avon. TERATAI - tumbuhan air yang unik dan biasanya hidup di permukaan air tenang. Ia sering dijadikan penambah seri bagi melengkapkan taman impian oleh penggemar atau penggubah landskap. Daunnya lebar berbentuk bundar ataupun bujur yang dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding tumbuhan lain. Permukaan daunnya tidak mengandungi lapisan lilin menyebabkan air yang jatuh ke atasnya tidak membentuk butiran air.
| ||
| Posted: 27 Jul 2011 10:19 PM PDT BENGANG...gelagat penyokong negara yang kempunan selepas tiket menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura habis dijual, semalam. KETUA jurulatih negara, Datuk K Rajagobal tidak kisah sama ada pertembungan Malaysia dan Singapura malam ini bakal menyajikan pesta jaringan seperti aksi pertama Sabtu lalu ataupun sebaliknya. Ini kerana apa yang penting bagi pengendali berusia 55 tahun itu adalah mencari gol yang cukup untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014.
"Bagi saya, kami perlu mendapatkan gol untuk menang, tidak kira berapa jumlah jaringan bakal dihasilkan kerana apa yang penting kami tahu apa perlu dilakukan untuk layak ke pusingan seterusnya," katanya pada sidang media semalam.
Ternyata pasukan pelawat memiliki sedikit kelebihan hasil kemenangan pertama namun Rajagobal tetap tenang sambil menjelaskan anak buahnya sudah sedia melangsaikan tugas di depan 85,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.
| ||
| Posted: 27 Jul 2011 10:18 PM PDT KEJAM...rakaman video yang disebarkan di Internet sehingga menimbulkan kemarahan pencinta haiwan. PETALING JAYA: Padah menzalimi tiga kucing dengan memukul menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan malang itu Februari lalu, seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Chow Xiao Wei dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. Nik Mohd Fadli juga memerintahkannya dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, Chow menjelaskan dendanya.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Jabatan Veterinar, Jamadi Badri, manakala Chow tidak diwakili peguam bela. Penganiayaan Chow terhadap tiga kucing itu sebelum ini tersebar luas di laman sosial, facebook dan blog selepas dimuat naik ke Internet hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Rakaman video itu menunjukkan perbuatan tertuduh yang melakukan penyeksaan terhadap tiga kucing termasuk melibas dengan payung, menolak ke longkang, malah memijak hingga menyebabkan seekor kucing mati.
| ||
| Posted: 27 Jul 2011 07:24 PM PDT TERANIAYA... Ros menunjukkan sijil nikah palsu perkahwinannya. BANTING: "Saya kutip dia (wanita Indonesia) dari jalanan dan ajak dia tinggal bersama saya, sudahnya suami saya pula dia rampas," rintih seorang isteri yang kini hidup terumbang-ambing selepas ditinggalkan suami yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit. Isteri berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ros itu berkata, hubungan suaminya dengan wanita Indonesia dikenali sebagai Yati, 30, itu benar apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama, Mac lalu.
"Bersama dengan pegawai pejabat agama, kami menyerbu rumah Yati, namun mereka terlepas daripada tindakan kerana mengemukakan bukti sudah berkahwin, cuma Yati didapati tiada sebarang dokumen perjalanan sah," katanya. Mengulas lanjut mengenai Yati, Ros berkata wanita itu sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.
"Sejak peristiwa itu, selama lebih setahun Yati menumpang di rumah saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu," kata Ros yang tidak mempunyai anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Malek, 55.
| ||
| Berpurdah untuk menjaga kehormatan Posted: 27 Jul 2011 07:23 PM PDT
PARA PENONTON yang mengikuti siaran langsung saluran Channel 4 yang popular di England, begitu terkejut dengan penampilan seorang wanita berpurdah di kaca televisyen pada sambutan Hari Krismas tahun lalu. Ia berlaku sejurus Ratu Elizabeth II menyampaikan ucapan sempena Hari Krismas. Tidak berselang lama selepas itu, wanita yang hanya menampakkan sepasang mata ini, muncul. Tujuannya untuk memberi wanita itu peluang menyampaikan pesanan melalui apa yang dipanggil sebagai Pesanan Alternatif Krismas. Iaitu pesanan yang cukup berbeza berbanding ucapan oleh baginda Ratu England. Kemunculannya menyebabkan penonton terpaku. Masing-masing tertanya-tanya, wajah siapakah di sebalik purdah itu. Yang pasti wanita itu sudah tentu seorang Islam. Daripada suaranya para penonton dapat mengenal pasti bahawa wanita tersebut adalah rakyat British atau dengan lain perkataan dia adalah wanita berkulit putih seperti sebahagian besar penonton itu yang sedang menonton program itu. Ini kerana loghat Inggerisnya agak pekat dan asli sebagaimana warga England yang lain juga. Penampilannya dalam program yang dihos oleh Jack Straw itu dikatakan sebagai peluang yang diberi oleh saluran televisyen itu bagi memperbetulkan banyak salah tanggapan mengenai Islam, terutamanya apabila wanita Islam memilih untuk berpurdah. Lalu wanita yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Khadijah itu terus mengambil peluang itu dengan mengkritik mereka yang berpandangan salah mengenai purdah termasuk ada yang menyebutnya sebagai jilbab, burqa dan niqab. "Purdah ini sebenarnya perisai bagi kaum wanita. Tidak sekadar soal identiti tetapi lebih kepada soal perlindungan daripada segala macam ancaman dan menghalang si pemakai itu mendekati perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri mereka sendiri," ujar Khadijah. Beliau menguatkan lagi hujahnya bersandarkan dalil al-Quran yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…. (an-Nur: 31) Sehingga ke akhir rancangan, para penonton ditinggalkan dalam keadaan penuh tanda tanya, siapa gerangan di sebalik purdah itu. Sehinggalah akhbar Daily Mail akhirnya berjaya menemui dan membuat pendedahan mengenai, siapa Khadijah. Wanita yang patuh berpurdah itu adalah Elaine Atkinson, 43, iaitu seorang warga Britain sebelum menukarkannya kepada Khadijah Iqbal selepas memeluk Islam pada tahun 1996. Beliau setuju muncul di kaca televisyen apabila pihak stesen menghormati permintaannya untuk muncul dengan identitinya yang berpurdah. "Itu sudah cukup bagi membolehkan para penonton fokus pada kata-kata saya, bukannya keperibadian saya," kata Khadijah. Sejurus beliau berpurdah maka Khadijah mengaku ramai yang menuduhnya masuk ke dalam kelompok Islam radikal. Namun beliau menafikan, kerana purdah tidak bermakna menjadi lambang sesuatu yang radikal. Beliau sendiri seorang yang berfikiran sederhana dalam serba serbi. "Saya memilih berpurdah dengan penuh kesedaran. Ia semata-mata untuk melindungi diri kerana dengan wajah yang separa bertutup ini ia sebenarnya satu lambang kebebasan kepada seseorang wanita itu untuk mempertahankan haknya yang paling utama, soal keselamatan," jelasnya. Menurut Khadijah, Islam membuatkannya mempunyai panduan yang jelas untuk diikuti dan dipatuhi dalam hidup. "Tidak sahaja dalam soal jaminan keselamatan dengan menutup aurat, bahkan dalam apa juga aspek. "Selagi tidak memeluk Islam, seseorang itu tidak ubahnya seperti tikus atau hamster yang hanya tahu berputar-putar pada roda mainan yang diletakkan dalam sangkar mereka, tanpa arah tujuan," katanya. | ||
| Posted: 27 Jul 2011 07:23 PM PDT
PERANAN media dalam mempromosi dan mendidik masyarakat memang diakui sejak dulu. Dalam aspek dakwah, media adalah antara medium yang paling murah dan berkesan mencapai golongan sasaran dengan cepat. Turut mengakui dan menghargai peranan itu adalah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Untuk itu, diadakan majlis Secangkir Kopi bersama media di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Majlis yang berlangsung dalam suasana santai tetapi ceria itu dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof. Hadir sama, Pengurus Besar LZS, Dr. Ruziah Ghazali dan Ketua Komunikasi Korporat LZS, Akhtar Sahari. Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 30 wakil media arus perdana dan juga media elektronik. Mohamed Izam dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pihak media yang banyak membantu dalam usaha dakwah LZS. Katanya, salah satu petunjuk kejayaan itu adalah peningkatan jumlah kutipan zakat saban tahun. "Walaupun kutipan zakat meningkat, masih ramai yang belum menunaikan zakat terutama zakat harta dan perniagaan. "Sehubungan itu, kita mensasarkan peningkatan dalam zakat ini terutama dalam bulan Ramadan kerana keberkatannya adalah lebih berbanding menunaikan zakat pada bulan-bulan lain," katanya. Pada majlis itu, Mohamed Izam menyerahkan mock-up cek berjumlah RM14,240,950 juta untuk diagihkan kepada 19,008 fakir miskin di Selangor. Ia diserahkan kepada Timbalan Pengurus Besar Kutipan LZS, Adibah Abdul Wahab. Sebagai selingan, para hadirin disajikan dengan tayangan video Melakar Kecemerlangan Agihan. Ia memaparkan kisah kejayaan agihan LZS di samping kejayaan para asnaf mengusahakan perniagaan masing-masing. Malah, ada di kalangan mereka yang kini sudah keluar daripada asnaf dan menjadi pembayar zakat. | ||
| Posted: 27 Jul 2011 07:22 PM PDT
KELELAHAN perjalanan dari Shah Alam terasa buyar apakala menikmati saujana pemandangan sawah padi yang menghijau di Sungai Besar. Padi sedang menguning dan suasana kampung yang damai menenangkan minda. Akhirnya kami sampai ke sebuah rumah kayu. Binaannya sederhana, tetapi memukau. Dihiasi dengan pelbagai ukiran kayu-kayan, juga landskapnya yang menawan, ia cukup elegan. Jarang berjumpa asnaf yang merupakan seorang seniman. Yang mempunyai apresiasi seni yang tinggi dan menyerlahkannya dalam karyanya yang asli. Justeru kali ini, kisah yang ingin dikongsi ialah tentang Nizam Md. Azhar, 42, yang boleh dianggap seniman berbakat, yang melorek idea kreatifnya di atas kayu lalu menjadi ukiran bermutu. Setelah beberapa ketika menikmati hidangan mata, iaitu sebuah rumah tradisional Melayu berukiran kayu, kami disapa Nizam bersama isterinya, Arpah Shapawi, 42. Pasangan itu ceria menyambut kedatangan tetamu ke kediamannya yang juga menempatkan sebuah bengkel ukiran kayu miliknya. Ditabiri kehijauan kebun kelapa sawit, tengah hari yang terik terasa nyaman dibuai kedinginan alam. Usai memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kamii, beliau pun membuka cerita lama di sebalik ketekunannya menjayakan kerja ukirannya ini. "Dahulu saya mengukir secara sambilan. Saya pemandu jentera forklift berlesen dan berkerja di Pelabuhan Klang. Hampir 14 tahun saya berkerja, gaji saya tidak pun mencecah RM1,000. "Puas saya meminta agar majikan naikkan gaji. Mereka bukan melayan, sebaliknya memberikan tekanan. Akhirnya, pada tahun 2010, saya nekad berhenti. Bayangkan, gaji terakhir saya hanya RM700," kata Nizam. Jika diikutkan, pendapatan memang kecil. Dengan tanggungan anak seramai empat orang, masakan mencukupi. Lalu, Nizam melakukan kerja-kerja mengukir dan memasarkannya secara sambilan. Isteri juga membantu dengan mengambil upah menjahit. Penulis mendengar penuh minat. Sesekali penulis menebarkan pandangan kepada pelbagai hasil ukiran kayu yang telah pun siap dihasilkan dan menunggu masa untuk jualan. Ada gantungan kunci, terendak lampu, kayu beluti, papan ukiran bahkan kayu nesan telah disiapkan. Bahkan ada pelanggan yang menempah lebih awal. Hasil kerja Nizam memang teliti, tidak rugi rasanya membeli. "Namun tidak dinafikan, memulakan perniagaan dengan modal terhad amat mencengkam. Saya membeli mesin pun secara runcit. "Kira-kira setahun selepas berhenti kerja, memang terasa juga peritnya. Namun, saya gembira kerana lebih fokus menghasilkan kerja," Tambah Nizam. Ditanya bagaimana perkenalan mereka dengan pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), isterinya pula menyambung bicara. "Jika diikutkan, kami agak segan memohon bantuan. Namun, memikirkan anak-anak, khususnya anak kedua kami yang hiper aktif dan memerlukan kelas tambahan di sekolah, maka saya gagahkan juga. Ini kerana, pihak sekolah dengan kerjasama LZS memang ada menyediakan kelas tambahan. "Tidak saya sangka, pihak LZS lebih prihatin tentang keperluan kami. Pegawai zakat telah datang berkunjung ke rumah, membanci dan menilai kemampuan kami. Ternyata kami memang layak. "Maka, sejak tahun 2010 kami diberikan bantuan, iaitu persiapan menyambut raya dan pendidikan anak-anak. Bahkan, melihat kepada kesungguhan dan kreativiti suami saya, pihak LZS juga menawarkan modal perniagaan," kata Arpah penuh semangat. "Alhamdulillah, kehidupan kami berubah sejak disantuni oleh LZS. Jika dahulu kami hidup dalam agak kesempitan, kini terasa lebih lapang," ujar Nizam. Kini, Nizam dalam proses memantapkan perusahaan ukiran kayunya. LZS tampil memberikan modal tambahan bernilai lebih RM12,000 iaitu bagi tujuan pembinaan bengkel kayu dan juga modal pusingan. "Saya mempunyai wawasan untuk lebih maju ke depan dalam bidang ukiran. Bahkan, saya berazam mahu mengambil asnaf zakat yang tiada pekerjaan untuk berkerja dengan saya. Bahkan, jika boleh saya mahu menjadi tempat melatih pelajar dalam bidang ukiran kayu. "Ini kerana kerja seni mengukir ini jarang sangat diceburi ramai orang. Bahkan, jika dibandingkan dengan negara luar, hasil ukiran orang Malaysia memang halus dan kemas. "Saya juga melandaskan usaha saya ini atas minat. Dengan minat yang tinggi, kerja sukar pun menjadi mudah," tambahnya. Bahkan demi mendapat idea, Nizam sering membaca bahan yang sesuai dan berjalan-jalan melihat binaan. "Alhamdulillah, hasil kerja saya diminati ramai dan saya diminta menata hias laman dan juga hiasan dalaman kediaman. Sekarang ini pun saya sedang menyiapkan kerja di sebuah rumah," jelas lulusan Sekolah Vokasional Setapak dalam bidang kimpalan besi pada tahun 1986. Penulis merasa kagum dengan kesungguhan Nizam. Sebelum pamit, penulis sempat berpesan agar beliau meneruskan usaha dengan gigih dan jangan lupa memasang niat untuk berzakat dan bersedekah. Mudah-mudahan, pekerjaannya akan diberkati Allah dan dipermudahkan segala yang payah. Amin. Nota: Bengkel ukiran kayu Nizam turut menyediakan perkhidmatan membina dan menyiapkan perabot kayu seperti pagar, pintu gerbang, kerusi laman, buaian dan sebagainya. Beliau boleh dihubungi di Bengkel Ukiran Wong Jowo, Simpang Empat, Kg. Sg. Limau, 45300 Sg. Besar, Selangor. Beliau juga boleh dihubungi di talian 019-282 5038. | ||
| Bicara al-Quran mengenai kurma Posted: 27 Jul 2011 07:21 PM PDT BULAN Ramadan datang kembali menemui kita. Kedatangannya pada tahun ini seperti juga kedatangannya pada tahun-tahun lepas dengan membawa rahmat, keberkatan dan pengampunan daripada Allah SWT. Kedatangan Ramadan juga tidak dapat lari daripada membawa pelbagai jenis makanan dan buah-buahan kepada kita. Antara buah yang paling sinonim dengan Ramadan ialah buah kurma. Hakikatnya, kurma adalah sejenis buah yang sering diulang-ulang dalam al-Quran. Setakat yang diketahui, perkataan yang memberi maksud pohon kurma atau buah kurma disebut lebih 20 kali di dalam al-Quran. Ia menggunakan beberapa lafaz iaitu al-Nakhl, al-Nakhlah, al-Nakhil, Rutab dan Linah. Berbanding kalimah lain, kalimah al-Nakhl paling banyak disebut dalam al-Quran iaitu 11 kali, perkataan al-Nakhil pula diulang sebanyak tujuh kali, manakala perkataan Rutab dan Liinah pula masing-masing disebut sekali. Secara umumnya, perkataan al-Nakhl memberi maksud pohon kurma. Perkataan al-Nakhlah digunakan untuk maksud sepohon kurma manakala al-Nakhil pula untuk memberi maksud pohon kurma yang banyak. Perkataan Rutab pula memberi erti buah kurma yang masak, manakala perkataan Liinah pula mempunyai pelbagai tafsiran, antaranya pohon kurma yang tidak mengeluarkan 'ajwah atau kurma nabi dan ia adalah kurma yang paling bermutu. Ada yang menafsirkan Liinah sebagai pohon kurma yang masih kecil dan sebahagian ulama mengatakan Nakhlah dan Liinah adalah dua nama yang mempunyai maksud yang sama. Dalam al-Quran, Allah sering mengingatkan manusia bahawa pohon kurma yang tumbuh di bumi ini merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya. Oleh itu manusia hendaklah memerhatikan kekuasaan Allah itu dan mengakui keagungan-Nya. Contohnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (al-An'am: 99) Ayat di atas jelas menunjukkan kekuasaan Allah di dunia ini dengan menumbuhkan pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan. Antaranya kurma, anggur, zaitun dan tumbuhan lain. Semua kejadian itu menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT bagi orang-orang yang beriman. Nikmat yang wajib disyukuri Kebun kurma adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia yang semestinya disyukuri. Cara bersyukur adalah dengan cara menyedekahkan atau mengeluarkan zakat sebahagian daripada hasil buah kurma tersebut kepada fakir miskin. Ini dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-An'am: 141) Dalam al-Quran, Allah SWT memberi perumpamaan terhadap pohon kurma dalam dua ayat iaitu surah al-Qamar ayat 20 dan surah al-Haqqah ayat 7. Kedua-dua ayat itu menceritakan kisah kaum 'Ad yang dimusnahkan Allah kerana keingkaran dan kekufuran mereka dengan ribut yang sangat kuat. Keadaan kemusnahan mereka itu diumpamakan seperti pohon-pohon kurma yang telah tumbang (Nakhlin mun'aqir) dan pohon-pohon kurma yang sudah usang (Nakhlin Khawiyah). Dalam surah al-Baqarah ayat 266 pula Allah SWT memberi satu perumpamaan terhadap orang-orang yang menafkahkan hartanya dengan riak dan membangga-banggakan tentang pemberiannya kepada orang lain (tidak ikhlas), seperti seorang pemilik kebun kurma dan anggur yang luas namun ketika itu dia sudah tua, dia tidak dapat menjaga kebunnya dengan baik, sedangkan ketika itu juga anak-anaknya masih kecil. Kemudian kebunnya itu musnah kerana terkena angin yang kencang dan terbakar oleh api marak. Maksudnya di sini adalah orang yang bersedekah tanpa keikhlasan tidak akan mendapatkan pahala di akhirat nanti seperti kebun kurma tersebut, meskipun luas dan subur tetapi kemudian terbiar, musnah dan terbakar. Golongan yang ingkar Dalam surah al-Israk ayat 91, Allah menceritakan kisah orang-orang kafir Mekah yang tidak mampu menandingi al-Quran, meskipun mereka adalah sasterawan yang hebat. Oleh kerana tidak mahu beriman, maka mereka mencari pelbagai alasan lain untuk menolak dakwah Nabi SAW. Mereka turut mencabar agar nabi menunjukkan kemukjizatan-kemukjizatan baginda. Antara permintaannya adalah nabi membuat kebun kurma dan anggur yang mengalir di tengahnya sungai-sungai. Dalam surah Taha ayat 71 pula diceritakan kemarahan Firaun kepada tukang-tukang sihirnya, selepas mereka beriman kepada Nabi Musa. Firaun mengancam bahawa dia akan memotong tangan dan kaki tukang-tukang sihirnya yang beriman secara bersilang, dan dia akan menyalib mereka pada pangkal pohon kurma supaya orang ramai melihat keadaan mereka. Dalam surah al-Kahfi ayat 32 pula Allah SWT menceritakan kisah dua orang lelaki yang seorangnya mukmin dan seorangnya kafir. Lelaki yang kafir ini mendapat nikmat yang banyak daripada Allah dengan dianugerahi kebun anggur dan kurma yang luas. Yang tidak mahu bersyukur dan tidak meyakini hari kiamat, kebunnya kurmanya di dimusnahkan Allah SWT sebagai hukuman di atas kesombongannya. Kisah Maryam Ayat ke 23 hingga 25 dalam surah Maryam menceritakan keadaan Maryam semasa hendak melahirkan Nabi Isa. Ketika itu Maryam merasa amat sakit sehingga dia bersandar pada pangkal sebatang pohon kurma. Semasa sakit tersebut dia mengadu kepada Allah dengan mengatakan alangkah baiknya sekiranya dia mati sebelum ini. Namun Allah memberi khabar gembira kepadanya melalui malaikat Jibril agar jangan bersedih kerana Allah telah menciptakan aliran air di bawahnya dan memerintahkannya untuk menggoyangkan pangkal pohon kurma yang berada berhampirannya dan pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadanya. Dia kemudiannya meminum air dan memakan buah kurma yang jatuh tersebut untuk mengembalikan kekuatan tubuhnya. Sungguhpun prinsip umum dalam peperangan mengikut etika Islam ialah larangan daripada memusnahkan tanaman termasuklah kurma. Namun semasa memerangi orang kafir, tentera Islam diharuskan menebangkan pohon kurma sekiranya ada maslahat dan keperluan untuk melakukannya. Hal ini dirakamkan oleh firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat lima. Kurma sama ada pohon dan buahnya sering diulang-ulang oleh Allah SWT dalam al-Quran lebih daripada 20 kali. Ini memberi gambaran bahawa pohon ini amat dekat di hati masyarakat ketika itu apatah lagi ia mempunyai nilai khasiat yang besar kepada kesihatan manusia. Nabi SAW sendiri menjelaskan kelebihan buah kurma dalam beberapa hadis baginda malahan perkara ini turut diakui oleh kajian sains moden. Kelebihan-kelebihan kerana kandungan gizinya menjadikan ia salah satu juadah yang sangat sederhana namun sangat berkhasiat baik semasa berbuka maupun ketika sahur. Jika kita memilih untuk berbuka dan bersahur dengan kurma maka semaikan pengajaran bagi diri dan seluruh kaum keluarga kita bahwa bahawa kurma itu sesungguhnya adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT jua. | ||
| Posted: 27 Jul 2011 07:20 PM PDT
Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Ramadan. Dalam bulan ini umat Islam digalakkan mengawal diri, melaksanakan amalan puasa dan ibadat lain sebaik mungkin. Rasulullah SAW juga menganjurkan kita memperbanyakkan sembahyang sunat terutama sembahyang tarawih pada waktu malam sepanjang bulan itu. Tidak perlulah rasanya saya menulis tentang nas-nas mengenai kewajipan berpuasa di ruangan ini tetapi mengambil pendekatan melihat bulan mulia ini dari perspektif perundangan. Ramadan bukan pesta makanan. Ia juga bukan bulan pembaziran tetapi merupakan institusi tarbiah bagi umat Islam dalam pengabdian diri kepada Pencipta. Namun apabila muncul bulan yang mulia ini timbullah beberapa persoalan yang saban tahun menjadi buah mulut di kalangan masyarakat Islam. Umpamanya kita selalu berdepan dengan perbezaan pendapat antara melakukan lapan rakaat atau 20 rakaat di dalam solat tarawih. Kadang kala perbincangan berlanjutan hingga kita banyak menghabiskan masa berhujah mengenai isu ini. Bahkan boleh menyebabkan kita bermasam muka dan tidak puas hati sedangkan masih banyak isu lain patut difikirkan bersama. Lebih menyedihkan lagi orang yang membahaskan isu rakaat sembahyang tarawih ini pula ada yang meninggalkan langsung ibadat tersebut. Berdebat perkara furu' (cabang) sebegini sehingga mencetus perbalahan perlulah dihindarkan. Kita perlu lebih berhikmah mengajak umat beribadat dengan memilih bilangan terbanyak jika mempunyai kemampuan, kesihatan baik dan masa mencukupi tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya memilih bilangan rakaat yang sedikit. Apa yang penting menghidupkan bulan itu sebaik mungkin dengan kapasiti masing-masing. Sepanjang Ramadan setiap tahun juga, kita kerap didedahkan dengan penangkapan orang Islam yang makan di khalayak ramai. Begitu juga wujudnya kedai makanan yang membuka premis dan menjual makanan kepada orang Islam tidak berpuasa secara terang-terangan. Para peniaga makanan beragama Islam perlu menutup kedai makanan mereka di siang hari melainkan persiapan untuk berbuka puasa. Amat menyedihkan banyak peniaga Islam yang masih beroperasi pada siang hari tersebut. Sementara itu, program berbuka puasa pula dibuat di hotel-hotel mewah dengan penuh pembaziran. Mereka berlumba-lumba berbuka puasa di tempat-tempat mewah seolah-olah Allah mengira amalan mereka melalui kemewahan berbuka puasa tersebut. Halal haram makanan semasa berbuka puasa pula tidak menjadi keutamaan. Hiburan yang terlalu berleluasa sehingga menghilangkan keghairahan bulan Ramadan dan menjejaskan ciri Islam sebagai 'Agama Negara' juga sering menongkah arus usaha memuliakan bulan Ramadan. Daripada sudut perundangannya pula Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2003 (EJSS 2003) memperuntukkan mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan: (a) menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu; (b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya. Seksyen 19 ini menyatakan kesalahan mengenai tidak menghormati bulan Ramadan bukan hanya tidak berpuasa di bulan Ramadan. Oleh yang demikian peniaga makanan yang bersekongkol dengan orang yang tidak berpuasa juga boleh dihadapkan ke mahkamah. Malah orang yang secara hukumnya dibenarkan meninggalkan puasa juga boleh dihadapkan ke mahkamah jika makan di khalayak awam. Dalam hal ini, Pegawai Penguatkuasa Agama (PKA) di tempat berkenaan atau mana-mana pegawai diberi tauliah dan mempunyai kad kuasa boleh mengambil tindakan ke atas pelaku berkenaan. Soalnya, bagaimana PKA boleh bertindak jika tiada memaklumkan kepada mereka. Jumlah PKA sangat terhad dan sudah tentu tidak mampu membuat pemeriksaan dan rondaan ke semua premis. | ||
| Penyeri hidup Muszaphar, Harlina Posted: 27 Jul 2011 07:18 PM PDT
KETERUJAAN serta kegembiraan jelas terdengar tatkala menghubungi Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 39, untuk membuat temujanji. Malah ketika Sheikh Muszaphar menjawab panggilan, katanya, beliau baru sahaja selesai memandikan bayi sulungnya, Sophea Isabella yang dilahirkan tepat pukul 9.08 malam 21 Julai lalu. Katanya, Sophea Isabella yang dilahirkan secara normal menerusi kaedah bersalin dalam air dilihat lebih mirip kepada bapanya. Ketika sepanjang temu bual diadakan, Sophea Isabella lebih selesa tidur walaupun beberapa 'cubaan' dilakukan untuk memujuk bayi comel itu membuka mata bagi sesi fotografi. Bayi seberat 3.6 kilogram (kg) itu sebenarnya dilahirkan lewat lima hari daripada tarikh yang dijangka bersalin. Bagi pasangan bahagia ini, Sheikh Muszaphar serta Datin Harlina Mohd. Yunos, 31, kehadiran Sophea Isabella ternyata satu anugerah yang tidak ternilai. Malah bayi kecil itu bagai melengkapkan lagi kehidupan mereka suami isteri. "Alhamdulillah, penantian selama ini berbaloi malah Sophea Isabella kini penyeri kami sekeluarga. "Kehadirannya memang dinanti-nantikan kerana saya sememangnya amat menyukai kanak-kanak malah saya juga inginkan anak seramai mungkin. "Tetapi apa yang menjadikan kelahiran Sophea lebih istimewa ialah dia lahir pada malam Jumaat di mana saya memang berdoa dan berharap agar ia (kelahiran) berlaku," ujarnya sambil mengusap lembut rambut bayi yang lena di pangkuan. Apabila ditanya apakah maksud nama anak sulung mereka, jelas Sheikh Muszaphar, Sophea adalah kebijaksaan dan kecantikan, manakala Isabella pula adalah salah satu nama pejuang Islam mengikut sejarah. Kedua-dua nama tersebut digabungkan memandangkan Harlina suka dengan nama Sophea manakala Isabella pula merupakan nama idaman Sheikh Muszaphar. Dalam pada itu, Harlina memberitahu sengaja memilih untuk bersalin melalui kaedah di dalam air kerana ia mudah dan kurang sakit. Malah menurut beliau lagi, menerusi kaedah tersebut ia memberi kebebasan untuknya duduk pada posisi yang selesa. "Sakit untuk bersalin agak lama iaitu 18 jam tetapi ia memang berbaloi. "Memang betul seperti kata orang yang pernah bersalin, sebaik sahaja melihat anak yang selamat dilahirkan segala kesakitan ketika hendak bersalin tadi lenyap begitu sahaja," katanya yang sentiasa tersenyum. Ujar Harlina, sepanjang proses kelahiran suaminya tidak berganjak dari sisinya. Malah Sheikh Muszaphar merupakan penasihat merangkap doktor peribadinya di saat-saat akhir Sophea hendak dilahirkan. Menurut Harlina, suaminya turut mengajar cara bernafas dengan betul dan menenangkan dirinya ketika dia menghadapi saat kesakitan. Untuk tempoh terdekat ini pelbagai perancangan telah dibuat di mana Harlina akan bercuti selama enam bulan bagi memastikan Sophea diberi susu badan sepenuhnya. Malah ketika berbual, Harlina menyatakan walaupun baru lima hari (ketika temu bual diadakan) perancangannya sudah berubah beberapa kali. Pada mulanya beliau hanya merancang untuk bercuti tiga bulan. Kemudian memanjangkannya menjadi enam bulan seterusnya terasa seperti tidak mahu bekerja semata-mata ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada buah hatinya itu. Bagaimanapun, Harlina memberitahu, semua itu mungkin hanya perancangan kerana buat waktu terdekat ini sukar untuknya meninggalkan kerjaya sebagai pakar bius di Hospital Selayang. Begitu juga dengan Sheikh Muszaphar yang jadual hariannya turut berubah sejak kelahiran Sophea. Apa yang pasti setiap kali ada urusan di luar, beliau tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk bersama puteri kesayangannya. Hari ini genap seminggu usia Sophea malah pasangan ini tidak menolak sekiranya dikurniakan anak kedua dalam masa terdekat ini. Apa yang lebih menarik, pasangan itu juga telah menyediakan nama untuk anak kedua mereka, Sophea Isadora. | ||
| Posted: 27 Jul 2011 07:17 PM PDT ![]() Para penghuni di pusat jagaan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang terdiri daripada pelbagai kaum. Yap Yoke Moey, 51, hanya pekedai elektrik di daerah Triang, Pahang. Pun begitu, hatinya amat tersentuh tatkala melihat golongan miskin dan melarat merayau-rayau tanpa tempat tinggal. Atas keprihatinan itu dia menawarkan tempat tinggal di bilik-bilik kosong di tingkat atas kedainya. Bilik-bilik itu pada awalnya diubahsuai untuk disewakan akhirnya kekal menjadi tempat berteduh golongan tersebut. Saban hari semakin ramai yang datang berteduh dan akhirnya ruang bilik yang sedia ada tidak lagi mampu menampung permintaan yang semakin meningkat. Yap kebuntuan cara untuk membantu lagi. Jauh di sudut hati, beliau sedar masih ada yang memerlukan bantuan. Dalam diam beliau menyimpan hasrat untuk membuka sebuah rumah kebajikan khusus untuk membela nasib golongan seperti itu. Hasil dorongan dan sokongan suaminya, Chen Sik Kwong, kini pusat jagaan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang (RKWESR) yang mana Yap sendiri menjadi pengerusinya ditubuhkan sejak 2003 dan menjadi tempat berteduh kepada lebih 100 penghuni dari pelbagai latar belakang. Ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik kejayaan Yap yang berbangsa Cina adalah hasil kerjasama erat dengan seorang lelaki Melayu, Jamil Karim, 49. Ketika mula-mula berhasrat membina rumah kebajikan itu,Yap sedar bahawa impian beliau bukanlah boleh terlaksana dengan begitu mudah. Tambahan pula, beliau tidak boleh membaca atau menulis pasti dan akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran menguruskan hal berkaitan kertas kerja, urusan berkaitan jabatan kerajaan, dan lain-lain. Justeru Yap berganding bahu dengan Jamil yang berpengalaman dalam sektor kerajaan dan swasta. Tambahan pula Jamil sudah lama bekerja dengan Yap dalam menguruskan perniagaannya. Jamil yang juga Timbalan Pengerusi RKWESR berkata, bermodalkan RM100,000 termasuk pinjaman daripada ibu mentua Yap sebanyak RM50,000 dan beberapa lot tanah milik beliau sendiri, rumah kebajikan ini mula didirikan. Bangunan yang pertama dibina ialah sebuah blok bangunan enam bilik untuk penghuni, bilik rawatan doktor sukarela, dapur dan pejabat pengurusan. Kini ia diperbesar mengikut keperluan semasa. Selain pertambahan jumlah bilik untuk penghuni, ia juga menempatkan kemudahan lain seperti alat riadah, bilik televisyen dan laluan refleksologi. Jamil berkata antara cabaran terbesar yang dihadapi Yap dan beliau ialah untuk mengumpul dana sebelum pembinaan rumah kebajikan itu kerana ada pihak yang tidak faham objektif penubuhannya. Yap juga pernah dicemuh oleh beberapa pihak yang menyifatkan usahanya membela nasib golongan kurang bernasib baik sebagai sia-sia. "Ketika itu kami sedang bertungkus-lumus mencari penyumbang untuk menjayakan rumah ini. Ada segelintir yang masih mengutamakan sikap perkauman kerana mahu rumah ini dibuka khas untuk sesetengah kaum sahaja," kata Jamil. Bagaimanapun kemudiannya ramai yang memahami usaha Yap dan akhirnya turut menyokong penubuhan rumah kebajikan itu. Bermula dengan pengambilan lapan penghuni Cina, RKWESR kini menjadi tempat bergantung kepada lebih 100 penghuni berbilang kaum. Justeru pihak pengurusan perlu memenuhi keperluan mereka yang pastinya berbeza antara satu sama lain. Selain daripada memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa, pihak pengurusan RKWESR juga memastikan keperluan rohani para penghuni dipenuhi. "Kami menyediakan ruang ibadat khas untuk kegunaan penghuni berdasarkan agama mereka. Terdapat ruang ibadat untuk agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian di sini. "Selain itu kami menjemput guru-guru agama untuk memberi pendidikan agama kepada para penganutnya," kata Jamil. Tambah Jamil, RKWESR turut menyediakan dapur khusus untuk menyediakan makanan penghuni Islam serta bilik memandikan jenazah. RKWESR turut memastikan setiap penghuni yang meninggal dunia diuruskan mengikut kepercayaan masing-masing. | ||
| Dunia sains untuk insan istimewa Posted: 27 Jul 2011 07:13 PM PDT
DUNIA sains tidak terhad kepada mereka yang normal sahaja. Keajaiban sains boleh dinikmati dan dirasai oleh sesiapa sahaja. Itu yang cuba ditonjolkan oleh Pusat Sains Negara (PSN) melalui penganjuran Hari Sains Istimewa untuk golongan kelainan upaya (OKU) dan yang kurang bernasib baik. Program itu bukan sesuatu yang baru kerana PSN telah melaksanakannya sejak 1999. Penyertaan yang diterima pula cukup memberangsangkan terutama daripada badan-badan kebajikan dan sekolah pendidikan khas. Tahun ini PSN sekali lagi tampil dengan program istimewa itu yang membabitkan penyertaan 4,558 peserta termasuk guru pengiring. Hari Sains Istimewa yang berlangsung dari 25 hingga 28 Julai itu bertujuan memberi pendedahan kepada golongan tersebut dan memberi peluang kepada mereka mendekati dan mengenali dunia sains. Dengan cara itu mereka juga dapat merasai pengalaman dan keseronokan alam sains selain mampu memberi kegembiraan kepada golongan itu. Para peserta yang terlibat dalam program itu dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu OKU (penglihatan), OKU (pendengaran), sindrom down, autisme dan disleksia. Selain itu terdapat juga kumpulan yang terdiri daripada kanak-kanak hiperaktif dan anak-anak yatim serta miskin. Sepanjang program itu, pelbagai aktiviti menarik dirancang untuk mereka. Antaranya mengecat muka, helikopter kertas, dan busking sains. Mereka juga turut menyertai beberapa aktiviti berjadual lain selain persembahan pentas. Apa yang menarik setiap peserta berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang diadakan. Dengan cara itu mereka akan mendapat pendedahan secara langsung mengenai keajaiban sains mengikut tahap keupayaan masing-masing. Turut diadakan ialah ceramah motivasi bertujuan memberi inspirasi dan semangat kepada golongan terbabit. Usaha PSN itu merupakan sumbangan ilmiah bagi memastikan setiap peringkat masyarakat di negara ini turut mendapat faedah dan dapat merasai setiap perkembangan dalam dunia sains. | ||
| Posted: 27 Jul 2011 07:12 PM PDT ![]() Menurut Heliza, perkara itu disedarinya minggu lalu, apabila ramai peminat yang menghubungi pihak pengurusannya memberitahu mengenai hal tersebut. "Modus operandi penyamar itu ialah dia menggunakan nama saya dan menghubungi peminat untuk meminta bantuan. "Penyamar itu mereka pelbagai cerita bagi meraih simpati seperti kononnya saya dipaksa kahwin dan emak saya sakit, sebelum meminta peminat memasukkan duit ke dalam sebuah akaun," katanya kepada Zass. Berikutan itu, Heliza berkata, dia membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tersebut semakin berleluasa. "Kes ini akan lebih mudah diselesaikan sekiranya mangsa yang terpedaya membuat laporan sendiri. "Oleh itu, saya berharap lebih ramai peminat yang menjadi mangsa atau pernah dihubungi penyamar itu agar tampil melaporkannya kepada polis," katanya. Dalam pada itu, Heliza berkata, semua urusan berkaitan dirinya dilakukan melalui pengurus peribadi dan bapanya sendiri. "Jika peminat mendapat panggilan dari individu yang mendakwa dirinya sebagai Heliza, itu adalah palsu. "Saya hanya risaukan kesannya kepada peminat, maka saya sangat berharap mereka tidak sewenang-wenangnya percaya," katanya. Menurut bekas pelajar Akademi Fantasia 5 itu, kejadian tersebut juga membuatkannya semakin berhati-hati berkaitan hal privasi. "Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa melalui laman Facebook yang asli. "Saya juga akan meminta bantuan mereka untuk melaporkan kepada admin Facebook tentang kewujudan Facebook palsu yang mengelirukan peminat," katanya. | ||
| Posted: 27 Jul 2011 07:12 PM PDT ![]() Masakan tidak, filem asal tersebut yang diterbitkan dalam versi Malayalam pada tahun lalu, berjaya mendapat sambutan mengagumkan. Selain itu, faktor utama yang dianggap sebagai pelaris filem remake ini adalah lakonan aktor handalan, Salman Khan bergandingan dengan Kareena Kapoor. Dalam filem tersebut, peminat dapat menyaksikan Salman membawakan watak sebagai Lovely Singh, iaitu pengawal peribadi kepada Kareena. Filem itu juga sudah mendapat pandangan baik dalam kalangan orang industri, walaupun hanya akan ditayangkan 31 Ogos ini. Nama Salman sebenarnya bukanlah baru dalam industri perfileman Bollywood, tetapi sejak kebelakangan ini dia meraih perhatian yang luar biasa. Semuanya gara-gara kejayaan beberapa siri filem lakonannya iaitu Wanted (2009) dan Dabangg (2010) dan Ready (2011). Malah, Dabangg berjaya mencatat rekod sebagai filem yang mendapat kutipan kedua tertinggi dalam sejarah perfileman Bollywood. Sikap buruk makan diri Perhatian yang diberikan kepada Salman umpama sinar baru buat kerjaya pelakon yang mesra dipanggil Sallu itu. Sebelum kejayaan filem Wanted, Salman terpaksa mengharungi zaman kegelapannya hampir lima tahun. Karier lakonan yang dibina dengan cemerlang sejak 1988, jatuh merudum akibat sikap buruknya sendiri, iaitu panas baran dan kaki pukul. Salman juga dikatakan sering menimbulkan masalah di lokasi, selain mempunyai hubungan buruk dengan pengarah dan beberapa pelakon seperti Shah Rukh Khan. Sebagai hukuman, aktor yang terkenal dengan susuk tubuh sasa itu terpaksa merangkak semula dalam dunia lakonan, termasuk bersaing dengan lambakan pelakon baru yang jauh lebih muda. Peluang kedua Namun, bakat besar yang dimiliki Salman berjaya menyelamatkan nasibnya yang hampir malap apabila dia diberi peluang kedua oleh peminat. Sejak itu, Salman mula membina kembali karier lakonannya dan menjadi antara aktor pilihan pengarah ketika ini. Khabarnya, Salman terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pengarah terkenal seperti Farhan Akhtar kerana jadual penuh hingga 2012. Dalam pada itu, beberapa pemerhati industri hiburan Bolywood risau apabila Salman dilihat kembali ke perangai lama. Ketika penggambaran Bodyguard, Salman bersikap malas dan tidak profesional menyebabkan filem itu mengambil masa lama untuk disiapkan. Dia juga dikatakan gemar berparti dan mabuk hingga mencetuskan pergaduhan dengan beberapa individu. | ||
| Posted: 27 Jul 2011 07:11 PM PDT ![]() Sesi fotografi begitu santai dengan keramahan mereka dan senda gurau Erul dan adik beradiknya, membuktikan Erul tidak berseorangan sebagai insan seni. Keluarga bahagia ini sememangnya memberi sokongan penuh terhadap Erul. Selepas tamatnya kisah AF9, Erul kini menempuh alam sebenar sebagai insan seni. Pastinya pelbagai liku ranjau yang terpaksa ditempuhi anak muda ini, namun ikatan kekeluargaan yang erat membuatkan Erul makin bersemangat. Biarpun Erul tersingkir pada minggu separuh akhir AF, tetapi berbekal semangat, namanya disebut-sebut sebagai antara bintang paling menyerlah ketika ini. Senyap-senyap sertai pertandingan bercerita mengenai penglibatan awal Erul dalam bidang muzik, ibunya Noorherwani A Wahit, 48, berkata, Erul sudah menunjukkan minat sejak di bangku sekolah rendah lagi. "Saya lihat sejak kecil lagi Erul suka menyanyi. Dia akan menyanyi tak kira masa sama ada dalam bilik, ruang tamu atau di mana sahaja. "Apa sahaja lagu, pasti dia akan cuba menyanyikannya. Melihat minatnya yang begitu mendalam, saya berikan dia pendedahan dengan masuk pertandingan menyanyi. "Ketika itu Erul berumur 12 tahun. Pertandingan pertamanya adalah anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). "Saya tengok dia begitu bersemangat, walaupun ada rasa gugup dalam dirinya. Dia tak menghampakan dan dapat tempat kedua. "Bagi saya, itu sudah memadai kerana dia masih baru. Bukan mahukan kemenangan tapi saya mahu Erul mengutip pengalaman sebanyak mungkin dalam bidang nyanyian ini. "Ada juga pertandingan yang dia menang dan ada juga kalah," katanya. Tambah Noorherwani lagi, Erul juga suka menyendiri di dalam bilik untuk menyanyi. "Apa sahaja aktiviti yang anak-anak saya suka, saya akan cuba realisasikan, asalkan mereka tidak abaikan pelajaran. "Selain menyanyi Erul juga suka menonton cerita Korea. Dia akan melayan cerita Korea dalam bilik. Sehinggalah sekarang, saya tengok dia masih sama, meminati cerita Korea," katanya. Ayah sangat tegas Ramai yang tidak tahu, minat Erul dalam bidang muzik pernah disangkal oleh bapanya, Abu Samah Yahya. Bukan tidak bersetuju seratus peratus, cuma sebagai bapa, Abu samah sebenarnya pernah ada perancangan untuk anak-anaknya. "Saya memang sangat tegas dalam mendidik anak-anak. Dulu, saya memang kurang setuju kalau Erul serius dalam bidang nyanyian. "Saya risau pelajarannya akan terjejas sekiranya menyanyi. Bukan Erul sahaja, malah semua lima anak saya. "Lagipun, masa tu, dia masih belajar dan tidak mahu kerana terlalu fokus kepada minat, tumpuan pelajaran pula berkurangan. "Saya akui, pernah membuat perancangan untuk mereka. Saya tetapkan mereka perlu mengikuti kelas yang mereka tidak minat. "Tapi, lama kelamaan, saya sedar mereka ada minat sendiri dan sebagai bapa saya perlu menyokong dan memantau aktiviti mereka," katanya. | ||
| Koleksi baru Scholl sumbang 40 peratus Posted: 27 Jul 2011 07:11 PM PDT ![]() Pengarah Urusan Reckitt Malaysia, Veronika Rost berkata, syarikat yakin dengan sasaran itu kerana koleksi Scholl 2011 menawarkan lebih 100 pilihan untuk lelaki dan wanita dengan pelbagai gaya dan warna menggunakan teknologi biomekanik, yang memberi kelainan tanpa mendatangkan kesakitan pada kaki walaupun terlalu lama berdiri mahupun penggunaan yang kerap. Menurutnya, koleksi itu juga mempunyai potensi jualan yang besar kerana bakal menjadi pilihan pengguna menjelang sambutan Hari Raya nanti. "Koleksi Scholl 2011 terdiri daripada kasut untuk bersantai, acara rasmi, kasual lelaki dan wanita, bersukan meliputi jenis selipar bersarung, dan sandal. "Dalam setiap rekaan, fokus utama kami adalah untuk menyerlahkan gaya bagi memenuhi cita rasa, selain membangkitkan keyaki-nan pengguna tanpa menga-baikan aspek keselesaan kaki," katanya selepas melancarkan koleksi 2011 sempena Karni-val Scholl di pusat membeli belah Sunway Piramid bermula 25 hingga 28 Julai ini. Veronika berkata, walaupun saiz pasaran jenama Scholl masih kecil, tetapi dari segi penguasaan pasaran ia berada di tangga teratas. | ||
| Colgate prihatin, usaha kumpul dana RM150,000 Posted: 27 Jul 2011 07:08 PM PDT ![]() Pengarah urusannya, Issam Bachaalani berkata, program itu bukan sahaja mengukuhkan jenama Colgate-Palmolive sebagai barang keperluan harian kegunaan ramai, tetapi turut membantu golongan memerlukan meringankan beban. "Colgate berhasrat meningkatkan lagi sasaran sumbangan pada tahun ini kerana percaya kepada perubahan yang mampu dicapai menerusi sumbangan itu kepada kehidupan kanak-kanak berkenaan. "Sasaran pada tahun ini mungkin agak mencabar, namun kami yakin dapat mencapainya memandangkan sifat pemurah rakyat Malaysia," katanya. Pelancaran kempen itu dirasmikan: Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian Pembangunan Wa-nita Keluarga dan Masya-rakat, Harjeet Singh, dan Pengarah Pembangunan Komuniti, Jabatan: Kebaji-kan Masyarakat (JKM) Malaysia, Wan Noraidah Wan Mohd Zain. Hampir 300 kanak-kanak dan wakil rumah kebajikan seluruh :negara hadir pada majlis pelancaran berkenaan. Menurutnya, kempen itu adalah antara cara Colgate menyumbang kepada komuniti untuk membantu kebajikan kanak-kanak kurang bernasib baik. "Dengan hanya membeli ubat gigi Colgate, pengguna secara tidak langsung menderma terus kepada golongan memerlukan," katanya. Colgate berjaya mengutip RM386,000 melalui tiga kempen diadakan sejak 2008. Sepanjang kempen tahun lalu, Colgate berjaya mengumpul RM200,000, melebihi sasaran asal RM120,000 untuk: didermakan kepada 12 rumah anak yatim dan hasil sumbangan: itu diserahkan kepada: JKM Malaysia. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!
























0 ulasan:
Catat Ulasan