OHBULAN! |
Foto (Hi-Res) Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran Posted: 21 Sep 2013 10:51 AM PDT Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan, Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof yang telahpun selamat bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada malam Sabtu (21 September 2013). Majlis pernikahan yang bertemakan ala Pakistan itu dimeriahkan lagi dengn kehadiran keluarga terdekat dan kenalan rapat kedua-dua mempelai bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Semoga ikatan perkahwinan antara mereka berdua ini sentiasa diberkati dan kekal sepanjang hayat. Buat semua peminat Fouziah Gous, di sini OHBULAN! sertakan foto-foto menarik sepanjang majlis pernikahan pelakon ini untuk tatapan anda. |
Fouziah Gous Sah Bergelar Isteri Posted: 21 Sep 2013 07:19 AM PDT Dengan sekali lafaz, Fouziah Gous atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 30 sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Md Zhafran Md Yusof di sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor tepat jam 9.42 malam tadi. Md Zhafran telah dinikahkan oleh Pegawai Takbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhd Sujak Hj. Mohd Dasuki berwakil wali abang pengantin perempuan, Abd Wahab Mohd Gous dengan mas kahwin RM1,112 beserta wang hantaran berjumlah RM50,000. Md Zhafran yang mengenakan busana pengantin bertemakan ala Pakistan telah menerima sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, set kafling Mont Blanc dan kaca mata, tali pinggang, pen Mont Blanc dan clutch, set wangian Allure dan penjagaan wajah Lab Series, manisan strawbery serta manisan kurma. Manakala, Fouziah Gous yang anggun menggayakan busana berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, set barang kemas dan mas kahwin Pointer's, set wangian Chanel, set Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch YSL dan kaca mata Tom Ford serta manisan coklat. Majlis pernikahan telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah mempelai dan rata-ratanya menggayakan busana bertemakan ala Pakistan, bersesuaian dengan tema yang ingin diketengahkan oleh pihak pengantin. Untuk makluman, majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel JW Marriot, Putrajaya, manakala untuk keluarga lelaki pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga Zhafran sendiri di Bukit Jelutong, Shah Alam. |
You are subscribed to email updates from Portal Hiburan OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan