ads

Jumaat, 20 September 2013

OHBULAN!


sumber :-

OHBULAN!


Foto : Zizan Razak Buka Perniagaan Burger

Posted: 20 Sep 2013 01:32 AM PDT

Zizan Razak

Nampaknya rezeki pelawak popular, Zizan Razak semakin melimpah ruah. Tidak cukup dengan hanya bergelar penyanyi dan pengacara, terbaru Zizan dikhabarkan mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan francais.

Baru-baru ini Zizan dilihat begitu aktif mempromosikan perniagaan Burgerbyte yang dikendalikan olehnya dan menerusi status yang dikongsikan, restoran pelawak itu baru sahaja memulakan operasinya awal bulan ini di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Zizan Razak 1

Zizan menyediakan Burgerbyte buatan sendiri

Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang selebriti, Zizan masih lagi sempat meluangkan masa untuk melawat restoran barunya itu dan jika bernasib baik, berkemungkinan besar peminat akan merasa sendiri air tangan pelawak tersebut.

Wah, untunglah siapa dapat rasa burger buatan Zizan kan?

Jika diteliti daripada setiap foto-foto yang dikongsikan, nampaknya sudah ramai juga yang singgah dan merasai sendiri kelazatan Burgerbyte daripada restoran Zizan ini. Jadi apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu restoran Zizan hujung minggu ini.

Sebelum itu, apa kata kita layan dulu beberapa foto menarik pelawak tersebut bersama restoran barunya.

Sebagai rujukan, francais Burgerbyte turut beroperasi di beberapa kawasan lain seperti Sentul, Senawang dan terbaru akan dibuka di Sri Iskandar, Perak.

Kredit Foto : FacebookBurger Byte & Instagram Kelab Peminat Zizan Razak

Review Filem: Malavita, Kisah Lawak Keluarga Mafia

Posted: 20 Sep 2013 12:27 AM PDT

THE-FAMILY

Hujung minggu hampir tiba, mesti ramai yang sudah merancang untuk membawa rakan, pasangan ataupun keluarga menonton wayang.

Jika anda masih buntu memilih cerita, OHBULAN! cadangkan anda menonton filem Malavita yang dibarisi pelakon berwibawa seperti Robert De Niro, Michelle Pfeiffer, Dianna Agron dan John D'Leo.

Malavita yang telah mula ditayangkan sejak semalam (19 September 2013) mengisahkan tentang keluarga mafia yang baru berpindah ke sebuah bandar di Perancis dan diawasi oleh pihak berkuasa menerusi Program Perlindungan Saksi.

684ksp

Agen Stansfield (Tommy Lee Jones) ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan mengawal tingkah laku Fred Blake (Robert De Niro), isterinya Maggie (Michelle Pfeiffer) serta anak-anak mereka, Belle (Dianna Agron) dan Warren (John D'Leo).

Namun akibat sudah terbiasa dengan kehidupan mafia, Fred sekeluarga tetap menggunakan kekerasan dan masih melakukan jenayah setiap kali berhadapan dengan masalah di kawasan tempat tinggal mereka.

Dalam masa yang sama, seorang ketua mafia yang sedang dipenjarakan ligat mengarahkan anak-anak buahnya mencari keluarga Fred di penempatan baru itu.

malavita11

Pada suatu hari, Warren bertindak untuk melarikan diri dari rumah setelah tertangkap oleh pengetua sekolah atas tuduhan mengugut, rasuah, dan memukul pelajar lain serta gurunya.

Manakala kakaknya pula, Belle nekad untuk terjun daripada bangunan setelah cintanya tidak dibalas oleh seorang tutor sambilan.

Bagaimanapun, rancangan mereka berdua tidak berjaya apabila terlihat kehadiran sekumpulan lelaki yang mencurigakan di kawasan kejiranan mereka.

malavita-photo-51d58e60bf17d

Kerana bimbangkan keselamatan ahli keluarga yang lain, mereka bergegas pulang dan terkejut sebaik mendapati rumah mereka telah musnah diletupkan.

Apakah yang berlaku sebenarnya dan apa pula nasib Fred dan Maggie? Jangan lupa saksikan Malavita di panggung wayang berdekatan anda untuk mengetahui kisah sebenar.

Namun harus diingatkan bahawa filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas. Jangan pula anda membawa anak-anak kecil menonton filem ini ya.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan trailer Malavita untuk memberi anda sedikit gambaran mengenai filem ini. Semoga terhibur!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved