OHBULAN! |
Foto: Amy Search Tenangkan Fikiran Di Pulau Redang? Posted: 18 Sep 2013 09:46 PM PDT Tak sangka dalam usia yang mencecah 55 tahun, penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search masih aktif melakukan aktiviti-aktiviti luar, apatah lagi untuk menyelam di dasar laut. Sejak 16 September yang lalu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman telah bertolak ke Pulau Redang dipercayai bersama isteri dan anak-anak. Sepanjang berada di sana, Amy dilihat sering memuat naik foto-fotonya sebelum dan selepas melakukan selaman di samping berkongsi keindahan pemandangan pulau tersebut. Walaupun Amy dilanda kontroversi berkenaan dirinya yang dikatakan muflis, namun perkara itu sama sekali tidak menjatuhkan semangatnya untuk bercuti dan meluangkan masa dengan alam semulajadi. Atau mungkin sahaja ini adalah satu cara Amy untuk menenangkan fikirannya, siapa tahu kan? Bagaimanapun melalui portal Sinar Online, Amy sama sekali menafikan khabar angin tersebut dan enggan mengulas lanjut mengenainya. Apapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto Amy Search yang sedang bercuti di Pulau Redang untuk tatapan anda semua. Kredit foto: Instagram Amy Search |
Foto : Julia Perez Rancak Buat Persiapan Kahwin Posted: 18 Sep 2013 09:45 PM PDT Pelakon dari seberang yang sinonim dengan penampilan seksi, Julia Perez dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola sepak yang berasal dari Argentina, Gaston Castano dalam masa terdekat ini. Justeru itu, kini Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe dilihat sedang rancak mempersiapkan majlis perkahwinannya dan menerusi laman sosial pelakon tersebut, Jupe turut berkongsi beberapa foto busana yang bakal digayakannya di hari istimewa itu nanti. Busana pengantin yang bakal digayakan oleh Jupe Melalui foto-foto tersebut, Jupe kelihatan sangat seksi apabila bahagian pehanya dibiarkan terdedah dan hanya membiarkan bahagian tersebut dilitupi dengan kain lace nipis. Menurut Jupe, dia memang sengaja menyuruh pereka fesyennya mereka gaun pengantin yang seksi kerana itu semua atas permintaan Gaston. Bagaimanapun gaun tersebut masih belum siap sepenuhnya dan masih dalam proses pengubahsuian rekaan. Untuk makluman, minggu lalu Gaston baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan kereta sehingga menyebabkan kenderaan yang dinaikinya itu terbakar. Akan tetapi pemain bola sepak tersebut selamat dan tidak mengalami sebarang luka serius. Apa pun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberpa koleksi foto mesra Jupe dan kekasih hatinya, Gaston Castano untuk tatapan anda semua. Kredit Foto : Instagram Julia Perez |
You are subscribed to email updates from Portal Hiburan OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan