Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Ady Putra kena tipu
- 'Usah Terlalu Kemaruk Untuk Jadi Pelakon' – Amar Baharin
- Sofia Jane Punca Sheila Rusly Kembali Berlakon
- Haizi Rani Tak Serik Mahu Jadi Penyanyi
- Illa Sabry Labur Hampir RM100 Ribu Untuk 'Muncul' Semula
- Rossa Bawa Kekasih Temui Anak, Keluarga
- Lindungi spesies terancam
- Tipu sakit untuk kahwin percuma
- Diana manfaat Ramadan dengan ibadah
- Juara Pilih Kasih 3 tidak goyang kaki
- Jual nasi dalam bonet kereta
- Jual makanan ikut pintu belakang
- Pegawai polis tak mengaku salah
- Untung 6 bulan Bank Rakyat RM1.06 bilion
- Shaheizy Sam Anggap Bercinta Dengan Nora Danish Mengarut
- Kontroversi Tak Beri ‘Kudis’ Kepada Ika Nabila
- 65 juta derita pernafasan
- Mati sebelum berbuka puasa
- Cabaran mengurus emosi anak OKU
- Persepsi barangan buatan China
- Imej terbaharu Yatt dan Diana
- Wajah segar bulan puasa
Posted: 30 Jul 2012 09:59 PM PDT Ady Putra KUALA LUMPUR: "Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat," kata pelakon popular, Ady Putra, 31. Pelakon berasal dari Singapura itu yang sering membintangi drama dan filem di negara ini berkata demikian ketika mengulas mengenai kerugian RM19,000 dialaminya kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet. Menurut Ady, apa yang berlaku suatu yang bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat.
| ||||||
'Usah Terlalu Kemaruk Untuk Jadi Pelakon' – Amar Baharin Posted: 30 Jul 2012 09:57 PM PDT PETALING JAYA: Aktor Amar Baharin berkata seseorang pendatang baru hendaklah tidak terlalu kemaruk untuk menjadi pelakon filem sehingga sanggup menerima tawaran membintangi karya yang tidak berkualiti. Sebaliknya kata Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, golongan berkenaan hendaklah bersikap selektif ataupun memilih sebelum menerima sesuatu tawaran. "Pelakon baru sepatutnya bersikap memilih jika hendak berlakon dalam sesebuah filem. Masalahnya, apa yang saya perhatikan majoriti pelakon baru menerima sahaja apa juga tawaran yang diberi kepada mereka walaupun ia berkualiti rendah. "Hanya kerana mereka mahu nama terpahat sebagai pelakon filem, segelintir artis baru ini terima bulat-bulat tawaran itu tanpa memikirkan impaknya pada profil mereka," katanya ketika ditemui di Menara Star di sini, petang Isnin. Bekas finalis program Anak Wayang ini berkata, demi untuk tidak mencalarkan profil kerjaya dia lebih selesa berlakon untuk siaran televisyen sahaja sehingga menerima tawaran filem yang berlainan dan membanggakan. "Untuk apa berlakon filem kalau filem yang ditawarkan itu tidak bagus, kurang kualiti dan hasilnya lebih teruk daripada sebuah drama televisyen? "Lebih baik saya berlakon di televisyen sahaja buat masa ini sehingga ada skrip yang tersendiri dan bersesuaian pada masa akan datang," katanya. Mengenai perkembangan terbaru, Amar memutuskan untuk berehat daripada kerja sepanjang baki bulan Ramadan yang masih tinggal ini. "Pada awal puasa, saya sibuk di lokasi penggambaran telefilem Jambatan Ke Syurga. Sebelum Ramadan, saya sudah sibuk setiap hari selama dua bulan kerana komitmen drama bersiri Naziha untuk TV3 dan Geng Surau musim kedua (RTM). "Kini saya hanya mahu berehat dulu di rumah sebelum mempertimbangkan sebarang tawaran lakonan yang baru," katanya. Aksi lakonannya boleh ditonton dalam drama Naziha yang kini disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV3. | ||||||
Sofia Jane Punca Sheila Rusly Kembali Berlakon Posted: 30 Jul 2012 09:57 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly berkata keputusan untuk kembali berlakon selepas hampir setahun berehat semata-mata kerana projek istimewanya bersama rakan aktres Datin Sofia Jane. Sheila, 41, berkata, dia terpanggil untuk berlakon semula dalam telefilem berjudul Jane Jamilah itu demi memenuhi keinginan Sofia yang bersetuju untuk membintangi karya genre komedi buat julung kalinya. "Saya bersetuju untuk berlakon semula kerana rakan lama, Sofia Jane yang buat pertama kalinya bersetuju membintangi telefilem komedi berjudul Jane Jamilah. "Telefilem ini adalah projek istimewa kami untuk tayangan selepas Hari Raya nanti dan kini berada dalam proses suntingan," katanya ketika dihubungi mStar Online. Ditanya mengenai tindakannya berehat daripada lakonan sebelum ini, Sheila berkata, dia selesa memberikan tumpuan kepada kerja-kerja belakang tabir syarikat produksinya dan suami Azman Yahya (Jinggo) iaitu JS Pictures. "Kalau diikutkan sudah hampir setahun saya tidak berlakon langsung kerana sibuk membantu Jinggo dalam kerja-kerja belakang tabir drama-drama terbitan syarikat kami. "Sebenarnya, saya kasihan pada suami yang sering tidak cukup tangan dengan pelbagai komitmen. Kebetulan pula, saya juga mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang itu, apa salahnya saya bantu apa yang patut," katanya. Mengenai sambutan Ramadan pada kali ini, Sheila berkata, syarikat produksinya tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa dan lebih menumpukan pada proses pra-produksi drama bersirinya akan datang. "Macam biasa, syarikat produksi saya akan berhenti berehat daripada penggambaran sepanjang bulan Ramadan. "Selain untuk fokus pada ibadah, saya sibuk dengan kerja-kerja pra-produksi drama bersiri Cinta Adam & Hawa yang akan memulakan penggambaran selepas Hari Raya," katanya. | ||||||
Haizi Rani Tak Serik Mahu Jadi Penyanyi Posted: 30 Jul 2012 09:56 PM PDT PETALING JAYA: Bekas peserta program Sinaran Pasport Kegemilangan yang popular suatu ketika dahulu iaitu Haizi Rani menganggap masih belum terlambat untuk memulakan kembali karier nyanyiannya selepas hampir sepuluh tahun tidak tampil dengan album baru. Haizi, 33, berkata, dia tidak peduli jika ada pihak yang sudah tidak mengenalinya kerana berpegang kepada keyakinan dan rezeki yang telah ditetapkan. "Saya tidak mahu menjadikan faktor masih dikenali atau tidak sebagai halangan untuk diri saya melakukan sesuatu yang saya cintai. "Malah saya yakin dengan kehadiran single atau album baru itu nanti akan dapat diterima peminat. "Paling penting adalah usaha kita sebagai manusia dalam mengejar sesuatu impian," ujarnya ketika ditemui mStar Online. Tambah Haizi, sepanjang tidak merakamkan album atau membuat persembahan pentas dia sentiasa memasang hasrat untuk kembali ke persada muzik tempatan dan berharap hasrat itu akan tercapai. "Kali terakhir saya muncul dengan album baru adalah pada tahun 2004 yang berjudul 'Terus Melangkah' dan selepas itu saya terus senyap. Bagaimanapun itu bukan bermakna saya sudah berputus asa dengan impian dan cita-cita saya," jelasnya. Dalam pada itu, Haizi memberitahu sedang mengintai beberapa orang komposer terkenal tanah air untuk bekerjasama dengannya dan berhasrat untuk mendapatkan khidmat Edry Abdul Halim dan Adi daripada kumpulan Sixth Sense. Haizi bagaimanapun berkata, ia masih lagi di peringkat awal dan tidak mahu terlalu terburu-buru tampil dengan karya baru selain memastikan perancangan dibuat berjalan dengan baik. "Setakat ini ia masih pada peringkat perbincangan lagi dan saya tidak mahu terburu-buru kerana ingin melakukan sesuatu yang betul," katanya. Sementara itu, Haizi yang juga bekas penyampai berita TV3 menjelaskan kehilangannya selama beberapa tahun sebelum ini bukan kerana kecewa atau kecil hati dengan industri sebaliknya ingin memberikan tumpuan kepada keluarga. Haizi menjelaskan sepanjang tempoh tersebut dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga selain memberi fokus kepada perniagaan kedai dobi yang diusahakannya. Dalam perkembangan lain, Haizi yang baru muncul sebagai pengacara program terbaru berjudul Resipi Sunnah memberitahu teruja dapat kembali ke dunia pengacaraan dan sedang dalam perancangan untuk mengacarakan sebuah program travelog. Resipi Sunnah disiarkan pada setiap Jumaat pada pukul 6.30 petang di TV9. | ||||||
Illa Sabry Labur Hampir RM100 Ribu Untuk 'Muncul' Semula Posted: 30 Jul 2012 09:54 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Illa Sabry menganggap kemunculan semulanya ke persada muzik tempatan selepas lapan tahun menyepi bukannya sudah ketinggalan meskipun ramai artis seangkatannya sudah jauh ke hadapan. Illa atau nama sebenarnya Fasillah Sabry, 33, berkata, walaupun agak terkebelakang, dia percaya dengan memiliki sebuah album yang bagus, namanya mungkin mampu diangkat semula seperti pada era kegemilangannya sekitar tahun 2004. "Dalam industri muzik kita sekarang ini, agak susah untuk menjangkakan mengenai penerimaan umum terhadap lagu-lagu kita. "Namun saya yakin dengan pelaburan hampir RM100,000 bagi mendapatkan lagu-lagu yang bagus, ia mudah menarik perhatian pendengar dan populariti itu akan muncul dengan sendirinya. "Lagipun saya akan menyanyikan semula lagu Keranamu Kekasih, yang pernah menaikkan nama saya dahulu dengan susunan muziknya lebih segar khas buat peminat yang baru mengenali saya," katanya yang ditemui di studio Menara Star, di sini, Isnin. Tambah Illa, album baru yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dihasilkan dengan kerjasama komposer hebat iaitu Ajai, Aidit Alfian dan Adi (6ixth Sence). Penyanyi kelahiran Perlis ini memberitahu, tujuannya untuk menyertai semula dalam bidang nyanyian juga tiada kena mengena untuk bersaing dengan penyanyi yang sedia ada, sebaliknya sekadar ingin memeriahkan industri muzik tanah air. "Saya seorang yang sangat teliti dan bersungguh dalam hal kerja. Kemunculan semula saya ini juga dibuat hasil daripada usaha saya yang terlalu rindu beraksi di atas pentas. "Sebab itu komposer yang dipilih untuk projek album saya ini bukan calang-calang orang. Semoga saya diberi peluang lagi," ujarnya. Walaupun yakin dengan lagu-lagu baru yang bakal muncul tidak lama lagi, graduan bidang pengurusan perniagaan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) ini agak risau dengan tubuh badannya yang sedikit berisi. Dia kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya mengikut kadar yang sesuai bagi seorang penyanyi. "Di Malaysia, para selebriti perlu menjadi cantik buat tatapan peminat-peminat mereka. Dan apabila saya muncul semula di khalayak, pasti ramai yang akan terkejut dengan perubahan diri saya yang ketara berbanding dahulu. "Bayangkan, lapan tahun dahulu, berat saya hanya 47 kilogram (kg) dan kini saya sudah 63 kg. Ini pun dah turun sedikit selepas saya menjaga rutin pemakanan dan senaman sejak April lalu," katanya yang menyasarkan berat 56 kg sebelum pelancaran album barunya itu. | ||||||
Rossa Bawa Kekasih Temui Anak, Keluarga Posted: 30 Jul 2012 09:35 PM PDT PENYANYI terkenal Indonesia iaitu Rossa mengakui telah membawa kekasihnya berjumpa dengan keluarga dan anaknya bagi merapatkan hubungan. Rossa berkata dia bersyukur apabila keluarga dan anak lelakinya, Rizky Langit Ramadan menerima kehadiran lelaki tersebut dalam hidup mereka. "Semuanya berjalan dengan baik dan hubungan itu lebih penting mendapat restu daripada keluarga. Alhamdulillahlah mereka menerimanya dengan hati terbuka," ujarnya seperti dipetik portal kapanlagi.com. Bagaimanapun Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani enggan mendedahkan identiti lelaki yang berjaya memikat hatinya itu kepada umum. "Belum masanya untuk dia dikenali oleh masyarakat tambahan pula hubungan kami masih baru pada peringat mengenal hati budi masing-masing," ulasnya. Dalam pada itu, Rossa berkata, dia tidak menolak kemungkinan akan berkahwin dengan kekasihnya itu jika jodohnya telah ditetapkan dengannya. Rossa memberitahu, dia bagaimanapun belum terfikir ke arah itu dan mahu memperkukuhkan ikatan kasih antara mereka terlebih dahulu. "Saya tidak menolak akan berkahwin lagi suatu hari nanti tetapi biarlah kami berkenalan dengan lebih rapat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin," ujarnya. Rossa sebelum ini pernah berkahwin dengan anggota kumpulan Padi iaitu Yoyo pada 2004 sebelum bercerai pada 2009. | ||||||
Posted: 30 Jul 2012 09:33 PM PDT BERGABUNG...gabungan pelajar dan kakitangan untuk menjalankan usaha memulihara penyu yang semakin terancam. RAMAI orang tahu penyu adalah sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ia mampu berenang dengan baik di dalam air, tetapi agak lambat untuk bergerak di daratan antara ciri-ciri yang membezakannya dengan kura-kura walaupun mempunyai bentuk kaki serupa. Penyu memainkan peranan penting dalam ekosistem persisiran pantai dan marin; misalnya mengekalkan kesihatan terumbu karang dan rumput laut yang menjadi habitat pelbagai hidupan di dalamnya untuk kepentingan industri perikanan serta pelancongan.
Misalnya, penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu juga dilanda kepupusan manakala spesies karah dan lipas yang mendarat di persisiran pantai Perak, Pulau Pinang dan Melaka turut berhadapan risiko terancam. Menyedari hakikat kepentingan penyu terhadap ekosistem di kawasan setempat, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menganjurkan program Kenali Penyu, Sayangi Penyu di Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec), Pasir Panjang, Perak sebagai usaha meningkatkan kesedaran pemuliharaan haiwan yang semakin pupus di negara ini. Pengurus Loji Janakuasa Lumut Malakoff, Abdul Rahman Hussin berkata, misi utama program berkenaan dilakukan adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan penyu. "Kami menyedari kepentingan pemuliharaan penyu berdasarkan bilangannya yang hidup dilaporkan begitu membimbangkan. "Oleh itu, kami mengambil langkah dengan memainkan peranan sebagai peserta yang aktif dan bertanggungjawab dalam usaha memulihara spesies penyu yang semakin terancam," katanya mengenai program yang menjadi salah satu daripada inisiatif di bawah tanggungjawab sosial korporat Malakoff. Mendapat kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), seramai 100 peserta yang terdiri daripada kakitangan Malakoff sendiri, pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Segari, SK (C) Pei Min dan SK Tamil Ladang Huntly untuk menjalankan usaha mereka memulihara penyu. Tambah meriah tahun ini mereka turut menjemput pelajar dari sekolah agama rakyat untuk menyertai program satu hari berlangsung. Setiap peserta akan menerima beg cenderahati yang mengandungi set alat tulus, botol air serta lampu solar LED untuk memudahkan mereka mengikuti setiap aktiviti yang dianjurkan. Bagi melaksanakan program yang kreatif dan meninggalkan kesan mendalam kepada peserta, aktiviti mewarna dan pertandingan fotografi turut diadakan untuk menggalakkan mereka lebih memahami mengenai pemuliharaan penyu. Bertambah menarik apabila peserta dibawa melawat ke lokasi penting untuk melihat perbezaan jenis penyu yang akan naik ke persisir pantai termasuklah daripada spesies penyu karah dan lipas. Kemuncak program berkenaan adalah setiap peserta diberi peluang untuk melepaskan semula anak penyu ke laut yang sememangnya jarang dirasai mereka. Sebagai sebahagian daripada usaha terbabit, Malakoff turut menaja pemasangan papan maklumat tambahan dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia di sekitar Tumec dengan lebih baik bagi mendidik pelawat mengenai kepentingan pemuliharaan penyu. Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Sani Mohd Isa yang turut hadir pada program itu, komitmen Malakoff memperjuangkan usaha memulihara penyu harus dipuji. "Saya mengucapkan tahniah kepada Malakoff kerana komitmen mereka terhadap usaha pemuliharaan penyu yang diperjuangkan untuk tahun kedua berturut-turut. "Saya berharap akan ada lebih banyak badan lain untuk mengikut langkah proaktif mereka melindungi spesies penyu di negara ini," katanya yang turut menerima sumbangan berbentuk replika cek bernilai RM10,000 daripada Malakoff sebagai sokongan terhadap usaha yang dijalankan. Peserta dari SK Kebangsaan Segari, Norhafizah Abdul Halim berkata, peluang untuk mempelajari mengenai spesies penyu begitu bermakna buat dirinya. "Saya belajar sesuatu mengenai penyu hari ini dan cara yang boleh dilakukan untuk melindungi spesies terancam ini. Ia adalah detik istimewa bagi saya kerana diberi peluang untuk memegang penyu buat pertama kali sebelum melepaskannya ke laut. "Pengalaman hari ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya untuk mula mengambil tindakan membantu memulihara penyu kerana kemerosotan bilangannya. "Saya pasti akan berkongsi perkara yang dipelajari dengan rakan lain dan membantu memberi kesedaran mengenai punca penyu terancam," jelasnya begitu gembira dengan pembelajaran baru yang diterimanya. | ||||||
Tipu sakit untuk kahwin percuma Posted: 30 Jul 2012 09:25 PM PDT DANIELLE dan Chris pada hari perkahwinan mereka. LONDON: Seorang pengantin perempuan ditangkap berhubung dakwaan dia menipu menghidap barah untuk meraih simpati orang ramai bagi membiayai majlis perkahwinannya yang menelan belanja 10,000 (RM50,000). Danielle Howard, 22, mendapat sokongan chef selebriti, Gordon Ramsay ketika melancarkan kempen memungut derma secara online dengan mendakwa dia bertarung untuk terus hidup. Kata rakannya, dia langsung tidak mengeluarkan wang ketika berkahwin dengan Chris, 28, apabila derma datang mencurah-curah.
Ramsay memberi sokongannya menerusi Twitter. Jurugambar, Steve Hobart yang turut membantu menganjurkan beberapa acara berkata: "Kami bertungkus lumus untuk membantunya." Satu sumber pula berkata: "Sungguh tidak boleh dipercayai. Orang ramai menyedari ditipu dan mula bercakap mengenainya." Danielle berkahwin dengan Chris pada April di Billericay, Essex. Rakaman video yang menelan belanja tinggi dibuat dan jamuan diadakan selepas lebih 1,500 orang menyertai kempen 'Berjuang bersama-sama Danielle' menerusi Facebook dan Twitter. Beberapa minggu sebelum upacara perkahwinan itu, Danielle muncul dalam akhbar tempatan, merayu bantuan. Menurutnya, dia ingin berkahwin sebelum rambutnya gugur akibat rawatan barah. Polis berkata, siasatan masih dijalankan. | ||||||
Diana manfaat Ramadan dengan ibadah Posted: 30 Jul 2012 09:24 PM PDT Nurdiyana Amir Hashim Kali pertama menyambut Ramadan selepas berhijrah tahun lalu pastinya memberi kelainan kepada pelakon cantik dan manis, Diana Amir. | ||||||
Juara Pilih Kasih 3 tidak goyang kaki Posted: 30 Jul 2012 09:20 PM PDT Reen Rahim NAMA Reen Rahim mungkin agak asing buat sesetengah peminat industri seni. | ||||||
Posted: 30 Jul 2012 09:16 PM PDT Anggota penguatkuasa menunjukkan bungkusan minuman yang diletakkan di bahagian bonet kereta. Sayur kacang yang siap dimasak antara barang yang dirampas. ALOR SETAR- Tanpa rasa segan atau malu, peniaga makanan dan minuman sanggup melanggar syarat waktu perniagaan di bulan Ramadan semata-mata untuk memberi kemudahan kepada kaki ponteng puasa mendapatkan makanan sebelum jam 3 dan waktu berbuka. | ||||||
Jual makanan ikut pintu belakang Posted: 30 Jul 2012 09:15 PM PDT Noraini (kiri) terkejut ketika aktivitinya menjual makanan dirakam Sinar Harian, semalam. SUNGAI CHOH - Peniaga sebuah premis perniagaan terkedu melihat lensa kamera Sinar Harian merakam aktivitinya melayan pelanggan Melayu membeli makanan pada waktu siang, semalam. | ||||||
Pegawai polis tak mengaku salah Posted: 30 Jul 2012 09:13 PM PDT Mohd Azuan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seremban, semalam SEREMBAN – Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan memukul dan mengugut dua lelaki, serta memecahkan cermin dua kenderaan, dua minggu lalu. | ||||||
Untung 6 bulan Bank Rakyat RM1.06 bilion Posted: 30 Jul 2012 09:12 PM PDT Bank Rakyat KUALA LUMPUR - Bank Rakyat terus cemerlang dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat yang membanggakan bagi setengah tahun pertama 2012 sebanyak RM1.06 bilion, peningkatan 7.7 peratus atau RM75.8 juta berbanding RM0.98 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu. | ||||||
Shaheizy Sam Anggap Bercinta Dengan Nora Danish Mengarut Posted: 30 Jul 2012 01:43 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres Nora Danish secara sembunyi. Aktor yang mesra disapa Sam, 30, itu berkata gosip berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah ruangan pojok akhbar mingguan pada Ahad adalah satu laporan yang tidak benar sama sekali. "Benda (gosip) ini mengarut. Saya pun tidak pasti bagaimana cerita begini boleh timbul kerana ia langsung tidak berasas dan tidak logik. "Saya terkejut sebenarnya kerana baru dimaklumkan oleh mummy (ibu) mengenai gosip itu ketika kami bersahur pada pagi ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Isnin. Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora, 30, mula berputik ketika mereka bergandingan dalam penggambaran filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini. Sam berkata, gosip terbaru itu mengingatkannya kepada dakwaan yang pernah mengaitkannya dengan aktres Wawa Zainal sebelum ini. "Apabila timbul pula gosip mengaitkan saya bercinta dengan Nora, ia terus mengingatkan saya kepada gosip lama yang mengaitkan saya Wawa Zainal. "Kedua-dua cerita ini sangat mengarut kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sehingga boleh dituduh mempunyai hubungan," jelasnya. Ditanya adakah gosip itu timbul bagi tujuan gimik promosi filem berkenaan, Sam berkata, dia tidak pasti mengenai perkara tersebut. "Entahlah, saya pun tidak tahu cerita ini timbul atas tujuan gimik atau ada pihak yang menyampaikan benda tidak betul. "Kami hanya bertemu di set penggambaran dan tidak berhubungan selepas tamat penggambaran, sebab itu saya pelik apabila gosip ini timbul," jelasnya. Mengenai perkembangan terbaru, aktor yang bakal muncul dengan filem SAM pada 19 Ogos depan berkata, dia hanya mahu berehat di samping keluarga sepanjang Ramadan ini. "Penggambaran filem 2 Kalimah pun sudah tamat, jadi saya hanya berehat di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga sahaja sepanjang Ramadan ini," kongsinya. | ||||||
Kontroversi Tak Beri ‘Kudis’ Kepada Ika Nabila Posted: 30 Jul 2012 01:12 AM PDT PETALING JAYA: Aktres muda Ika Nabila (Ika) berharap kedatangan bulan Ramadan pada kali ini melahirkan ketenangan buat dirinya yang sebelum ini diasak kontroversi silih berganti. Pemilik nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim, 23, ini berkata, dia tidak mahu merunsingkan fikiran dengan cerita-cerita buruk yang timbul kerana ia tidak menggugat atau mematahkan semangat untuk terus bekerja dalam bidang seni. "Saya bosan sebenarnya kerana orang terus bertanya mengenai kontroversi yang timbul sebelum ini. Bagi saya, semua gosip itu hanya permainan dunia hiburan. "Semoga kehadiran Ramadan pada kali ini menjadikan saya lebih tenang dan melupakan semua kontroversi yang tercetus sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini. Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam pernah didakwa kononnya sebagai peminum arak selepas foto dia memegang gelas berisi air seakan minuman beralkohol tersebar luas di Internet pada awal tahun ini. Tidak berakhir di situ, gadis dari Pulau Pinang ini turut didakwa menjalinkan hubungan sejenis dengan pengurusnya Adlin atau Kak Long, selain tuduhan memiliki alat permainan seks yang dikenali sebagai 'dildo'. Ditanya adakah dia terkesan daripada kontroversi yang timbul, Ika berkata dia enggan melatah dan tenang menyangkal setiap tuduhan kerana mengetahui kebenaran di sebaliknya. "Saya tidak buat benda-benda yang dituduh jadi saya tidak mahu ambil kisah dengan apa pun cerita yang timbul. "Ia tidak menjadi 'kudis' kepada saya pun. Yang penting, saya dan orang tua tahu kebenaran di sebalik setiap cerita yang timbul. "Bukan bermaksud saya tidak tertekan atau terkilan dengan gosip-gosip itu, cuma saya tidak mampu untuk tutup mulut orang daripada terus bercakap," katanya. Mengenai kebimbangannya terhadap kesan cerita-cerita yang timbul ke atas dirinya, Ika berkata peminat pada hari ini sudah bijak menilai antara cerita peribadi dan kerja seseorang selebriti. "Saya sentiasa okey walau seberat mana fitnah ke atas saya. Tiada apa yang perlu saya malu apabila cerita negatif terus dikaitkan dengan saya kerana ia tidak berlaku. "Pesan ibu bapa agar saya berhati-hati selalu saya sematkan dalam diri. Lagipun, peminat pada hari ini tidak semudahnya menghukum kerana mereka bijak menilai bakat dan kerja kita. "Malah, saya sentiasa mendapat sokongan peminat untuk menghadapi kontroversi yang timbul," katanya yang kini sibuk di lokasi drama bersiri Darjat. | ||||||
Posted: 30 Jul 2012 01:08 AM PDT SEKATAN pulmonari kronik (COPD) mungkin satu nama asing pada masyarakat di negara ini, tetapi ia sejenis penyakit memudaratkan yang menyebabkan penghidapnya menderita dan ia seolah-olah satu beban besar di rantau Asia. Ia adalah penyakit paru-paru tegar iaitu pernafasan tersekat akibat kerosakan dan radang di bahagian organ penting itu dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, COPD adalah masalah kesihatan utama dengan kira-kira 65 juta penghidap di seluruh dunia. Ia kini menjadi punca kematian kelima paling utama di dunia ketika ini dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan penyakit itu akan meningkat ke kedudukan ketiga menjelang 2030.
dengan risiko kematian yang tinggi. | ||||||
Posted: 30 Jul 2012 01:05 AM PDT TINGGAL KENANGAN... Syaleza bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun. SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin. Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang. Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam. Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah. Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam. Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui. "Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut," katanya ketika ditemui semalam. | ||||||
Cabaran mengurus emosi anak OKU Posted: 30 Jul 2012 01:05 AM PDT
TIGA belas tahun lalu, saat diberitahu bayi yang bakal dilahirkan isterinya menghidap penyakit jantung berlubang, Rasli Mohamad, 57, tidak menyangka bahawa ia adalah permulaan kepada cabaran emosi yang lebih berat. Selain tertekan mengenangkan nasib bayi itu yang perlu dibedah, dia dan isteri, Nor Azleen Abdullah, 54, dikejutkan pula dengan berita bahawa bayi yang dilahirkan turut mengalami penyakit sindrom Down. Biarpun reda dengan ketentuan Tuhan, perasaan bimbang wujud apabila mengenangkan masa depan anak bongsu daripada empat adik-beradik itu yang diberi nama Nur Izzaty Rasli. "Semasa diberitahu anak saya menghidap jantung berlubang, saya tidak sangka bayi saya turut menghidap sindrom Down kerana saya tidak dapat lihat petanda pada wajahnya saat baru dilahirkan. "Saya dan isteri akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar Nur Izzaty menjalani rawatan di Yayasan Sindrom Down KIWANIS selepas dua bulan dilahirkan kerana di sana terdapat program khas untuk pemulihan bayi sindrom Down," ujarnya ketika ditemui pada perjumpaan kumpulan sokongan para bapa di Pusat Perubatan dan Rehabilitasi WQ Park, Kelana Jaya baru-baru ini. KAMAL OSMAN Rasli memberitahu, dia tidak terlalu terkejut dengan berita tersebut berbanding isterinya. Begitupun, sebagai suami dan bapa, dia memainkan peranan paling penting dalam menentukan masa depan anaknya itu. "Semasa mengambil pengajian peringkat sarjana di United Kingdom dahulu, isteri rakan baik saya di sana turut melahirkan anak sindrom Down selepas kembali ke Malaysia. "Kami banyak bertukar-tukar pendapat dan cerita, selain masing-masing kini terbabit dengan Persatuan Sindrom Down Malaysia," katanya sambil memberitahu, isterinya turut berhenti kerja dan menyertai persatuan berkenaan sebagai setiausaha kerja. Menceritakan cabaran membesarkan anak sindrom Down, Rasli memberitahu dia pada awalnya cukup tertekan apabila Nur Izzaty mengamuk terutamanya di khalayak ramai apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Lebih sensitif RASLI dan isteri, Nor Azleen berharap Nur Izzaty dapat berdikari apabila dewasa melalui pendidikan khas yang diterapkan sejak dia masih bayi. "Berbanding kanak-kanak normal, anak sindrom Down lebih sensitif, emosi mudah terganggu dan mereka cepat marah kerana lebih manja berbanding adik-beradik lain. "Paling tidak tahan apabila dia mengamuk di depan orang ramai. Saya bimbang orang yang memandang berfikir bahawa anak dia mengamuk kerana saya memukulnya," jelas pensyarah universiti swasta itu. Disebabkan itu katanya, dia sekeluarga memberi perhatian lebih kepada Nur Izzaty dan banyak bermuhasabah diri supaya sentiasa bersabar menghadapi kerenahnya. "Kalau dahulu, apabila tidak dapat pujuk, saya akan dukung dia tetapi kini dia sudah besar dan tidak mampu untuk didukung lagi. "Jadi, kalau ke mana-mana saya akan pastikan tidak melalui kedai-kedai permainan kerana bimbang dia akan meminta yang bukan-bukan," katanya. Rasli memberitahu, Nur Izzaty yang mula berjalan pada usia tiga tahun kini mampu menguruskan dirinya termasuk menggunakan komputer, tetapi kadangkala akan merosakkan barang-barang di rumah apabila dia 'meragam'. "Nur Izzati suka membuli ibunya kerana ibunya lembut hati, malah kadangkala dia sengaja merosakkan barang yang diberikan termasuk komputer sebagai tanda protes. "Tetapi semasa moodnya baik, dia amat mudah bergaul, malah dia amat sayangkan dua orang anak buahnya serta bersikap baik di sekolah," katanya. Perlu kebebasan MELALUI kumpulan sokongan yang disertai pakar pemulihan, ibu bapa dapat berkongsi masalah dan mencari penyelesaiannya bersama-sama. Sementara itu, seorang pesara, Kamal Osman, 64, turut tidak terlepas menghadapi cabaran menangani sikap baran anaknya, Anis Atiqah Kamal yang kini berusia 16 tahun. "Kita tidak boleh bersikap kasar dengan Anis kerana dia akan menjadi agresif dan naik angin sekiranya dikasari. "Mujurlah, saya dan isteri serta anak-anak yang lain berbincang supaya kami sama-sama dapat menjaga Anis. Kami juga tidak pernah malu untuk membawanya ke mana sahaja," katanya. Walau apapun yang dipelajari kata Kamal, Anis akan naik angin dan mengamuk sekiranya dia dimarahi atau apabila orang bercakap secara kasar terhadapnya. "Memiliki anak sindrom Down memerlukan kesabaran yang tinggi. Kita perlu banyak bertolak ansur dalam mendidiknya agar dia cepat pandai berdikari," katanya.
Menceritakan kisah 16 tahun lalu, Kamal memberitahu, dia dan isterinya menyangka bayi yang baru dilahirkan mengalami sakit mata kerana wajahnya agak berlainan, tetapi mendapat berita menyedihkan kerana bayi itu disahkan sindrom Down. "Isteri saya menangis apabila mendapat tahu anak kami mengalami sindrom Down, tetapi saya lebih tenang dan menerima hakikat yang telah ditentukan Tuhan kepada kami sekeluarga. "Semakin Anis membesar, adik-beradinya yang lain ada yang mesra dengannya dan ada yang bersikap kasar, tetapi kini hubungan sekeluarga semakin baik apabila kami sering berbincang," ceritanya. Kamal yang turut menghantar Anis mendapatkan rawatan di KIWANIS semasa bayi, memberitahu, dia juga pernah mencuba rawatan tradisional untuk mengurangkan penyakit anaknya itu. "Semasa bayi, kami pernah mandikan dia dengan sebaldi air embun yang tak ditapis kerana mengikut petua orang lama. "Walaupun tidak pasti dengan keberkesanannya, kini saya bersyukur kepada Allah kerana Anis dapat berdikari dan menguruskan dirinya sendiri, malah dapat menyediakan minumannya sendiri," katanya. Menceritakan pengalaman itu, Kamal memberitahu, sewaktu kecil Anis pernah mencurah air ke dalam tin milo untuk membuat minumannya sendiri, tetapi kini sudah pandai selepas diajar termasuk dapat membasuh pinggan mangkuk. "Saya ketawa sendirian apabila mengenangkan ragamnya, lebih-lebih lagi kini dia sudah pandai menyebut 'shut up!' apabila rimas dibebel atau diarahkan. "Dia juga amat menyukai muzik dan akan menyanyi mengikut caranya sendiri ketika mendengar lagu-lagu kegemarannya," ujar Kamal. | ||||||
Persepsi barangan buatan China Posted: 30 Jul 2012 01:03 AM PDT Biarpun barangan dengan label buatan China begitu sinonim dengan kualiti yang rendah, namun usahawan baharu China cuba berjuang untuk mengikis stereotaip tersebut.
SELEPAS berpuluh-puluh tahun pereka fesyen, Guo Pei mendapat inspirasi untuk setiap koleksi pakaian mewahnya dengan mengembara ke luar negara, namun baru-baru ini wanita itu membuat keputusan untuk beralih sepenuhnya dengan kebudayaan China. Walaupun tindakan wanita berusia 44 tahun itu seolah-olah mengecilkan inspirasi ke atas busana ciptaannya, namun hakikatnya penekanan kebudayaan tradisi China yang berusia ratusan tahun di atas fabrik fesyen Guo Pei telah mengangkat nilai koleksinya menjadi salah satu label mewah. Koleksi terbaharu Guo Pei untuk tahun 2012 diinspirasikan daripada imej dan kisah dongeng negara China seperti pakaian berwarna merah dan emas bersisik bersempena dengan Tahun Naga serta pakaian yang disulam dengan tangan. "Selepas tahun 2008, baru saya sedar betapa saya patutnya berbangga dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa China. "Malah, baru saya mengetahui betapa barangan yang menggunakan inspirasi tradisi lebih bernilai harganya sehingga dikelaskan barangan mewah. "Semua koleksi busana saya selepas itu cukup untuk menjelaskan apa yang saya mahukan selama ini. Saya menzahirkan setiap koleksi dengan mengangkat martabat negara, budaya dan masyarakat," ujar Guo Pei yang selesa memakai gaun rona putih. Perjuangan usahawan baharu
Guo Pei sebenarnya sedang berjuang. Dia dan usahawan baharu China sedang cuba mengangkat nilai produk negara tersebut. Sejak berabad lamanya, dengan berpuluh-ribu kilang di seluruh negara itu diwujudkan untuk menghasilkan produk-produk murah bagi pasaran global, label Buatan China begitu sinonim dengan barangan tidak berkualiti. Namun, syarikat-syarikat baharu seperti yang diusahakan Guo Pei, kini menggunakan label tersebut sebagai langkah pemasaran untuk memberi kesedaran kepada generasi baharu negara tersebut mengenai jenama mewah. Ia juga sebagai usaha untuk membuka mata golongan kaya menerima barangan China mempunyai produk yang juga berkualiti. "Berabad lamanya, label buatan China sinonim dengan barangan yang tidak berkualiti termasuk cara pembuatannya," jelas Pascal Armoudom yang merupakan rakan kongsi syarikat perundingan, ATKearney yang kini menulis laporan mengenai perkara tersebut. Menurutnya, pengeluaran produk tidak berkualiti oleh China tercetus pada abad ke-20. China ternyata melalui sebuah transformasi dengan cara berlainan. Kuantiti dan kos simpanan telah bermaharajalela dan bahan-bahan serta mutu pembuatan turut merudum. "Bagaimanapun, dengan kenaikan ekonomi terkini negara China, perniagaan di negara yang mempunyai populasi penduduk dunia terbesar itu semakin pulih. Kaedah pemasaran mereka juga menunjukkan usaha untuk memberi generasi baharu dengan jenama lebih berkualiti," tambahnya. Menuju gelombang mewah
Firma perunding McKinsey menganggarkan, kemewahan pasaran di China mencecah sehingga AS$10 bilion (RM32 bilion) dan dijangka meningkat ke AS$27 bilion (RM86 bilion) pada tahun 2015. Jumlah itu mewakili 20 peratus daripada pasaran mewah global. Kini, China mempunyai 15 hingga 20 jenama yang terdiri daripada jam, barang kemas, fesyen dan kosmetik yang semakin maju serta mampu bersaing dengan firma luar negara dalam pembentukan sebuah pasaran mewah di dunia. Jurucakap jenama seperti Wenjun, NE Tiger dan firma kosmetik Herborist memberitahu, mereka menyesuaikan diri dengan teknik kuno dan bahan-bahan produk mereka untuk memenuhi cita rasa moden pengguna China. Sebagai contoh, Herborist menggunakan herba tradisional China untuk meningkatkan produk kecantikan mereka dan kini mempunyai pendapatan berjumlah AS$300 juta (RM960 juta). Ia menyamai pendapatan sebanyak 900 jabatan penyimpanan di China. Firma tersebut juga mempunyai cawangan di luar negara dan berada di pasaran global melalui rangkaian kosmetik Sephora. Sementara itu, NE Tiger turut melakukan perubahan memodenkan pakaian tradisional di China. Pengasasnya, Zhang Zhifeng turut mengembara ke kawasan kampung untuk mencari teknik fesyen purba yang akan digabungkan dengan jalinan benang emas ke dalam pakaian yang kian pupus untuk dipadankan dengan fesyen masa kini. Maruah dan patriotisme Pengendali ReuterPR, sebuah agensi komunikasi di China, Chloe Reuter memberitahu, elemen-elemen patriotik mempunyai potensi besar sekiranya ia diterapkan dalam sesebuah jenama itu. "Pelanggan kini mementingkan sesuatu kelainan dan mereka juga tidak mudah tertarik dengan promosi-promosi yang ditawarkan oleh jenama-jenama Barat," jelasnya. Bagaimanapun, penganalisis berpendapat oleh kerana revolusi tersebut masih baharu, kebanyakan pengguna masih sukar untuk mengikis stereotaip bahawa label buatan China agak rendah. Walaupun terdapat jenama-jenama China mempunyai nilai patriotik dalam setiap produk, masyarakat China yang berkemampuan masih gemar untuk memilih jenama Barat yang sinonim dengan kualiti, simbol dan status. | ||||||
Posted: 30 Jul 2012 01:02 AM PDT
PERSONALITI pelakon dan pengacara jelita Yatt Hamzah tidak pernah berubah. Celoteh yang bersahaja dan mulutnya yang diibaratkan bak bertih jagung kerana bercakap tanpa henti cukup mencuit hati sehingga memecahkan kesunyian butik Dian Pelangi, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini. Namun kini, pemilik nama sebenar Haryati Hamzah, 32, itu mengalami transformasi penampilan yang begitu berbeza. Tiada lagi kelihatan rambutnya yang panjang mengurai dan hitam lebat memandangkan isteri kepada Abdul Mutalib Abdul Shukor, 32, itu sudahpun memakai tudung. "Diakui ramai pihak menyifatkan hijrah saya ini sekadar mengikut trend seperti kebanyakan artis wanita yang lain. Lebih mendukacitakan ada dalam kalangan mereka menghitung hari setakat mana saya mampu memakai tudung dan menyarungkan pakaian yang menutup aurat. "Seharusnya peminat dan masyarakat memberi sokongan dan memanjatkan doa supaya kami kekal dengan imej ini. Boleh dikatakan setiap masa saya berdoa kepada-Nya agar terus memperkukuhkan iman agar saya menjadi Muslimah yang baik," jelas Yatt, yang terbuka hati untuk bertudung sekitar bulan April lalu selepas sujud terakhir solat taubatnya. Dalam nada tersekat-sekat kerana menahan sebak, Yatt menceritakan pengalaman ngeri yang dialami. Kata Yatt, selepas pulang dari kelas agama yang turut disertai pelakon Irma Hasmie Ibrahim, Siti Nordiana Alias dan Diana Amir, dia menunaikan solat sunat taubat. Hati terbuka Sepanjang menunaikan solat tersebut, hati ibu kepada Suci Hanania Malika, 3, itu berasa amat sayu. Dia terbayangkan kesilapan dan kekhilafan diri. Kesayuan itu semakin memeritkan sewaktu melakukan sujud terakhir. "Saya ternampak visual seksaan api neraka. Rambut saya direntap manakala tubuh badan sakit seperti didera. Ekoran daripada bayangkan itu, saya menangis sepanjang malam sehingga tertidur di atas sejadah.
"Ia cukup menakutkan. Tak tertanggung rasanya untuk menahan kesakitan seksaan itu. Maka, pada keesokan harinya, saya terus memakai tudung dan menutup aurat. "Kebetulan koleksi pakaian sopan itu merupakan kostum untuk drama genre Islamik berjudul Baitul Rahmat yang bakal disiarkan sepanjang bulan Ramadan di stesen TV1," ujar Yatt yang turut terbuka hati untuk berubah apabila melakonkan watak seorang penjaga di rumah orang-orang tua yang sopan bertudung. Ketika diajukan soalan tentang fesyen dan kecantikan, Ijazah Kepujian Sarjana Muda Komunikasi Massa (Pengiklanan), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor itu menyatakan rasa cintanya pada bidang itu tetap sama. Anak kelahiran Muar, Johor, berkenaan selesa memilih busana Muslimah yang tampak trendy tetapi perlu menutup aurat dan tidak menampakan sosok tubuh. "Berfesyen tetap menjadi keutamaan terutamanya pakaian yang berasaskan nuansa ceria. Kita perlu ubah persepsi bahawa apabila bertudung kita hanya akan menyarungkan jubah rona gelap dan tudung polos. "Kini di pasaran, lambakan fesyen Muslimah semakin cantik dan menawan. Begitu juga pada seleksi hijab pelbagai corak, fabrik dan rekaan," katanya yang dilantik menjadi jurucakap tudung D'Haja bersama Irma Hasmie. Ramadan Diana Amir Pastinya detik 19 September 2011 sentiasa terpahat dalam memori selebriti Diana Amir memandangkan pada hari berkenaan dia mengambil keputusan berhijab seperti yang dituntut agama Islam. Penampilannya kini berubah secara total. Dia tidak lagi menyarungkan skirt pendek, baju sendat, legging mahupun dres mini. Tiada sesiapa memaksa anak kelahiran Birmingham, England itu bertudung. Semuanya lahir daripada keikhlasan dan rasa insaf yang meresap di segenap ruang hatinya. Bicara Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, sememangnya sebelum ini dia berniat untuk memakai tudung tetapi hatinya berbelah bahagi kerana memikirkan karier dalam bidang seni akan terjejas.
Namun, pengalaman dibayangi hari kiamat yang semakin dekat membuatkan Diana berasa gerun dan bimbang. Dia gusar apabila memikirkan ilmu dan bekalan agamanya masih belum mencukupi. Terlalu banyak kelemahan diri perlu diperbaiki apatah lagi mentaati perintah Allah. "Justeru saya menetapkan pendirian untuk bertudung sepenuhnya. Walaupun bertudung saya masih menitikberatkan aspek rias wajah dan penampilan diri. Saya lebih cenderung memilih busana Muslimah moden, ranggi dan berona kontra atau pastel. Sesekali jubah dan kaftan turut menjadi pilihan. "Selain itu, kini saya berusaha memperbaiki solat dan mendalami ilmu agama yang selama ini dipandang ringan. Biar sesibuk manapun dengan aktiviti lakonan dan pengacaraan, tiga kali seminggu saya akan meluangkan masa menghadiri kelas agama dan usrah," jelas graduan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang itu. Menyentuh aktivitinya pada bulan puasa, Diana yang pernah membintangi filem 7 Petala Cinta, Aku Masih Dara dan drama Impian Sunsilk menyifatkan Ramadan sebagai bulan yang paling ideal untuk bercuti serta muhasabah diri. Ini bermakna, sepanjang menjalani ibadah puasa anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik itu tidak akan menerima sebarang tawaran lakonan kecuali majlis kebajikan dan berbuka puasa bersama golongan yang memerlukan. "Bukan itu saja, pada tahun ini saya ingin mencukupkan solat tarawih. Saya enggan mengulangi kesilapan lalu. Dek terlalu asyik mengejar populariti dan wang ringgit saya sanggup menerima bermacam-macam tawaran berlakon sehingga mengabaikan tanggungjawab pada solat wajib dan solat sunat tarawih. "Bagi saya ketika itu, puasa adalah sekadar menahan lapar dan dahaga. Padahal pada bulan pengampunan inilah kita perlu mengejar segala kelebihan dan fadilat yang besar ganjarannya," tuturnya yang berpeluang mengerjakan umrah buat kali pertama pada 8 Jun lalu. | ||||||
Posted: 30 Jul 2012 12:59 AM PDT
USAH jadikan alasan keletihan yang dialami dek menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan menyebabkan anda mengambil sikap sambil lewa dalam aspek penampilan diri dan merias wajah. Inilah yang ditekankan oleh jurusolek bebas, Vee Muhammad ketika ditemui Stailo, baru-baru ini. Jelasnya, golongan jejaka mahupun wanita seharusnya menitikberatkan aspek penampilan diri sepanjang tempoh berpuasa. "Bagi golongan wanita, jangan sesekali pergi ke pejabat atau kuliah dengan rambut yang tidak terurus rapi. Wajah pula dibiarkan kusam dan lesu tanpa sebarang calitan solekan. "Sebaik-baiknya sebelum keluar rumah, lindungi kulit wajah dengan aplikasi krim pelembap dan krim pelindung cahaya matahari. Ini bagi mengelakkan kulit kering dan mengelupas. Kemudian, sapu penyamar noda dan krim asas bagi menutupi bintik-bintik hitam," terang Vee yang menyarankan supaya wanita mempraktikkan solekan nipis seperti mengoles pembayang mata, gincu bibir dan pemerah pipi rona lembut atau warna semula jadi. Tambah Vee, elakkan solekan terang dan berlebihan kerana ia mengundang reaksi kurang selesa daripada orang sekeliling. Konsep suai padan Menurut pereka fesyen dan perunding imej, Jezmine Zaidan, 28, golongan wanita bertudung juga perlu tampil ceria dan funky pada bulan Ramadan. Asalkan mereka bijak mempraktikkan konsep suai dan padan yang ideal. "Misalnya, memadankan seluar jean rona biru gelap bersama blaus rona kelabu dan kardigan motif harimau bintang. Selain itu, pilih helaian selendang atau tudung bawal yang digayakan dengan pakaian serta aksesori rona kontra," jelas Jezmine yang turut menyarankan wanita berhijab bereksperimen dengan pelbagai teknik lilitan. Minuman mencantikkan kulit Bagi mengelakkan kulit wajah dan badan kering kerana kekurangan air pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air air putih selepas waktu berbuka. Seterusnya, segelas air ketika bersahur dan segelas lagi sebelum masuknya waktu imsak. Sementara itu, pengambilan air soya kurang gula pula membantu mencantikkan, mencerah dan mengekalkan kelembapan kulit. Ini disebabkan soya diperkaya dengan fitoestrogen yang mengekalkan keremajaan kulit, selain protein, asid amino dan antioksida yang membantu mengatasi masalah pigmentasi serta penuaan. Nikmati buah-buahan Pengambilan buah-buahan ketika berbuka dan bersahur adalah pilihan bijak untuk mengelakkan masalah sembelit. Sekiranya masalah sembelit tidak diatasi dengan baik, ia akan menyebabkan kehadiran jerawat dan bintik-bintik kecil di bahagian rahang serta dagu yang 'mencacatkan' seri wajah. Justeru banyakkan memakan buah pisang, betik, epal atau limau bagi mencegah sembelit. Sementara itu, amalkan meminum air lemon suam untuk membuang toksin dan gosok buah tomato di sekitar wajah bagi tujuan melembut serta melembapkan kulit. Makanan berkhasiat Bagi mengelakkan tubuh badan keletihan semasa menjalani ibadah puasa maka digalakkan mengambil sajian berkhasiat dan sihat terutamanya sewaktu bersahur. Elakkan makanan berlemak dan berminyak kerana ia menyebabkan badan lesu serta mengantuk pada siang hari. Sebaik-baiknya, pilih menu seimbang yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Ia bukan saja membuatkan anda kekal cergas malah turut membantu membuatkan wajah tampak segar. Antara menu yang disarankan ialah oat atau bijirin yang dicampur bersama susu segar rendah lemak, buah kiwi, strawberi, beri hitam dan kismis. Namun begitu, pastikan anda memilih bijirin rendah paras gula, tinggi fiber dan vitamin. Ia baik untuk rangsangan otak yang cerdas. Selain itu, roti mil penuh, kepingan keju, ayam panggang dan telur setengah masa juga pilihan ideal untuk membekalkan tenaga. Kelebihan buah kurma Dalam pada itu, bagi mengekalkan kecergasan berpanjangan individu disarankan berbuka dan bersahur dengan menikmati sekurang-kurangnya lima biji buah kurma. Hasil kajian pakar perubatan antarabangsa mendapati kandungan gula yang terdapat di dalam buah kurma membantu memberikan tenaga agar kekal aktif manakala kandungan seratnya membuatkan perut terasa kenyang. Bukan itu saja, buah kurma juga kaya dengan vitamin A, vitamin B kompleks, niasin (asid dalam vitamin B kompleks), zat besi dan asam nikotimik iaitu garam aluminium asid yang baik untuk usus. Ini termasuklah kandungan magnesium, potasium, kalsium dan kalium. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan